You are on page 1of 3

MESYUARAT : PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI KEDUA

TARIH : 28 JANUARI 2008


MASA : 1.20
TEMPAT : BILIK WAWASAN SMK BERANGAN
 
AGENDA/PERKARA TINDAKAN
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi  
      1.1 Mengucapkan salam dan berterima kasih kepada guru –guru  
            yang hadir bagi mesyuarat PJK kali kedua.  
      1.2 pengerusi meminta pendapat bagaimana caranya menarik  
            minat pelajar terhadap kelas pendidikan jasmani dan  
            pendidikan kesihatan. Semua guru PJK
      1.3 Beliau juga menyampaikan amanat pengetua supaya  semua  
            pelajar turun ke padang semasa matapelajaran pendidikan
            jasmani.
      1.4 Perlantikan setiausaha baru Panitia PJK
            1.4.1 Pn Fatimah mencadangkan Pn Noria binti Ghaming
                     dilantik sebagai setiausaha dan disokong oleh Pn
                     Mahani binti Mat Zain.
2.0 Ucapan Wakil Pentadbir  
      2.1Meminta semua guru pendidikan jasmani berbuat seperti yang  
           disarankan oleh pengetua iaitu turun ke padang sewaktu sesi  
           pembelajaran pendidikan jasmani. Semua guru PJ
      2.2 Sewaktu sesi pendidikan jasmani di padang diharap guru-guru
            memastikan semua pelajar berpakaian lengkap, iaitu pakaian
            sukan.
      2.3 Diminta semua guru agar dapat menjaga keselamatan pelajar
            semasa di padang.
      2.4 Pastikan semua guru masuk ke kelas PJ pada hari hujan.
3.0 Pengurusan Panitia  
     3.1 Tingkatan yang ada matapelajaran PJ pada hari tersebut  
           diwajibkan memakai pakaian PJ dari rumah dan menukar  
           unifom sebaik sahaja habis waktu PJ.  
     3.2 Pada awal tahun perbanyakkan acara PJ dipadang dan pada  
            pertengahan tahun lebihkan penekanan  pembelajaran secara  
            teori didalam kelas mengikut sukatan didalam buku teks  
            sebagai persedian untuk menghadapi peperiksaan PJK. Semua guru PJ
     3.3 Mengikut silibus PJK bagi tingkatan 1-5, bab 1-3 merangkumi
            teori bagi pendidikan jasmani dan bab 4-6 merangkumi teori
            bagi pendidikan kesihatan.Diharap semua guru dapat
            mengajar dan  menghabiskan silibus yang ada.
      3.4 Pada hari Ahad , oleh kerana terlibat dengan waktu
            perhimpunan, masa PJ adalah singkat, jadi penuhi waktu yang
            ada dengan teori PJ atau aktiviti gotong-royong.Pada hari
            Isnin – Khamis , pelajar perlu dibawa ke padang.
      3.5 Peralatan PJ boleh diambil di stor sukan.
      3.6 Penyelaras tingkatan
            3.6.1 Penyelaras tingkatan 1 : Pn Sharifah Binti Abd Latiff
            3.6.2 Penyelaras tingkatan 2 : Pn Manirah Binti Hassan
            3.6.3 Penyelaras tingkatan 4 : Pn Mahani Binti Mat Zain
 
            Tugas penyelaras adalah menyediakan soalan bagi setiap kali
             peperiksaan.
 
4.0 Pencerapan guru dan buku nota/latihan pelajar  
      4.1 Semua guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan     Semua guru PJK
            memastikan semua pelajar ada buku nota.  
      4.2 Buat folio Pendidikan Kesihatan. Semua guru PK
5.0 Hal-hal lain  
     5.1 Menambah peralatan PJK dengan cara membeli yang baru  
           seperti CD aerobic, raket badminton, bulu tangkis, bola-bola  
           untuk permainan padang dan peralatan – peralatan sukan yang     Panitia PJK
           lain.  
     5.2 Menganjurkan pertandingan inter-kelas contoh pertandingan Penyelaras tingkatan
           bola jaring, bola tampar atau lain-lain.  
     5.3 Pentadbir memberi mandat kepada guru yang mengajar PJ  
           merotan pelajar yang tidak berpakaian sukan sewaktu Semua guru PJ
           matapelajaran PJ di padang.  
     5.4 Mendapatkan kebenaran dari pihak pentadbir untuk  
           mewajibkan pelajar membeli baju PJ bewarna putih dengan Semua pelajar
           logo sekolah dan dijual di koperasi sekolah.
6.0 Penutup  
      6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan
            kemudian dan berhenti pada jam 2.05 petang.
 
 
 
Disediakan :                                                                              Disemak oleh: 
     
 
 
 
 
……………………………..                                                ……………………………..
(NORIA BINTI GHAMING)                                            (MANIRAH BINTI HASSAN)
Setiusaha                                                                              Pengerusi

Panitia PJK                                                                          Panitia PJK      

You might also like