You are on page 1of 4

SEJARAH PERKEMBANGAN BANDARAYA IPOH

Nama Ipoh diambil sempena nama sejenis pokok. Ipoh dikenali sebagai
‘Bandaraya Bijih Timah Negara’ disebabkan oleh aktiviti perlombongan disini
suatu ketika dahulu.

Bandaraya Ipoh hari ini merupakan sebuah bandaraya yang diiktiraf


sebagai ibu negeri Perak kerana disinilah pusat bagi perkhidmatan, pentadbiran,
perdagangan dan perindustrian dijalankan. Jika dilihat dari segi sejarah,
bandaraya Ipoh mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Secara geografinya,
bandaraya Ipoh terbahagi dua oleh Sungai Kinta dan dikenali sebagai pekan
lama dan pekan baru.

Sejarah perkembangan bandar Ipoh bermula di pekan lama ketika era


perlombongan bijih timah. Ketika pemerintahan Raja Melayu, Ipoh hanyalah
sebuah perkampungan yang kecil. Perubahannya hanya mula berlaku ketika
pemerintahan kerajaan Inggeris kira-kira tahun 1877. Sejak itu, ia mula bertukar
menjadi bandar dan menjadi tumpuan umum terutama sekali kaum Cina yang
datang dari Pulau Pinang untuk mencuba nasib di Perak. Banyak rumah kedai
mula dibina dan bandar Ipoh menjadi semakin membangun.

Pada tahun 1890, bandar Ipoh mula menjadi bandar kedua terbesar di
Perak selepas Taiping. Kebangkitan bandar Ipoh ini dapat dilihat dengan
terbinanya rumah kelab, panggung wayang Cina dan pasar yang besar. Pada
tahun 1892, bandar Ipoh talah mengalami kebakaran besar dan telah
memusnahkan hampir satu pertiga daripada rumah-rumah yang ada di sini.

Namun begitu, pada tahun 1893, kemusnahan itu telah dibaiki dengan
terbinanya banyak rumah batu yang lebih baik sebagaimana yang dapat dilihat
dengan jelas kini. Pembinaan rumah kedai turut bertambah dengan pesatnya
kesan daripada pembinaan jalan keretapi Lembah Kinta di antara Ipoh dan Batu
Gajah yang digunakan untuk membantu industri perlombongan dan perniagaan
berjalan dengan lebih lancar.
Disebabkan kebanyakan aktiviti perdagangan dan perniagaan berlaku di
sebelah barat Sungai Kinta, maka kawasan berkenaan telah di rezabkan sebagai
kawasan bangunan pentadbiran dan institusi oleh kerajaan Inggeris dan
kebanyakan kesan peninggalan bangunan warisan masih dapat dilihat dengan
jelas di sekitar kawasan ini .

TABURAN PENDUDUK BANDARAYA IPOH


Taburan penduduk Bandaraya Ipoh adalah kawasan penduduk
padat.Jumlah penduduk melebihi 200 orang dalam 1 km persegi.Penduduk di
Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah
bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada
kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis.

Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek,


Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya Ipoh
menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat di sekitar
pinggir Bandaraya Ipoh.

Ipoh masih menjadi salah satu bandaraya terbesar di Malaysia,walaupun


status bandaraya kedua terbesar di Malaysia itu telah di ambil-alih oleh Penang
dan Johor Bahru disebabkan kepesatan pembangunan di bandar-bandar
tersebut. Statistik populasi adalah seperti berikut:

 Populasi = 710,798 (2007)


 Populasi sekitar bandar = 1,022,240 (2007)
 Tangga :Ke-empat terbesar bandar-bandar sekitar di Malaysia.
Kumpulan Etnik di Ipoh, 2004
Etnik Populasi Peratus
Cina 451,361 70.0%
Melayu 109,616 17.0%
India 80,600 12.5%
Lain-
3225 0.5%
lain

FAKTOR-FAKTOR MENPENGARUHI TABURAN


PENDUDUK BANDARAYA IPOH

1.Bentuk muka bumi


Tanah pamah rata lebih padat penduduk kerana sesuai untuk petempatan
dan pembinaan jaringan jalan raya serta sistem perhubungan.

2.Faktor Sejarah
Terdapat sebanyak lebih kurang 100 buah bangunan warisan yang telah
dilawati oleh penyelidik di sekitar bandaraya Ipoh dan pemilihan bangunan
warisan ini dibuat berdasarkan kepada risalah panduan terhadap bangunan
dan tapak warisan bagi ibu negeri Perak sebagaimana yang telah dikeluarkan
oleh Kerajaan Negeri Perak.
Kebanyakan bangunan warisan yang terdapat di bandaraya Ipoh dibina
disekitar tahun 1880an hingga 1930a n iaitu sewaktu zaman pemerintahan
Inggeris di Malaysia.

3.Sumber mineral
Kawasan yang kaya dengan sumber mineral juga merupakan kawasan
tumpuan penduduk seperti Lembah Kinta yang kaya dengan sumber mineral
timah. Ipoh merupakan bandar yang padat penduduk akibat daripada aktiviti
perlombongan mineral timah.

4.Sistem pengangkutan dan perhubungan


Jaringan jalan raya yang padat & sistempengangkutan dan perhubungan
yang maju memudahkan pergerakan & membantu perkembangan perniagaan
dan perdagangan.
Contohnya: Sistem pengangkutan seperti Lebuh Raya Utara-Selatan telah
menggalakkan perkembangan beberapa kawasan di sepanjang laluannya
seperti:
Jelapang, Perak.

5.Kegiatan sosio-ekonomi

Perkembangan sektor ekonomi, sistem pengangkutan dan perhubungan,


kemudahan awam serta peluang pekerjaan menjadi daya tarikan kepada
penduduk.Bandaraya Ipoh yang merupakan ibu negeri,pusat perniagaan dan
perdagangan, pusat kewangan,pusat pentabdiran & pusat perindustrian
mempunyai penduduk padat.

6.Dasar kerajaan

Dasar kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyebaran


penduduk di sesebuah negara yang membawa kesan pada taburan penduduk
terutama sekali Dasar Perindustrian Negara dan Dasar Pertanian Negara.Dasar
Perindustrian Negara bertujuan untuk menggalakkan penubuhan kawasan
perindustrian bebas cukai.Kerajaan melaksanakan beberapa dasar seperti Dasar
Perindustrian Negara dan Dasar PertanianNegara bagi memajukan sektor
ekonomi negara.Wujud zon-zon perindustrian seperti Jelapang dan Kinta di Ipoh.

You might also like