You are on page 1of 1

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.2 KONSEP BUDAYA

1.2.1 DEFINISI BUDAYA

1.Secara umumnya kebudayaan dalam bahasa inggeris sebagai culture iaitu berasal dari perkataan latin
cultura, dalam bahasa mandarin disebut Wen Hua dan dalam bahasa arab disebut Thaqafah.
2.Sukukata Bu membawa pengertian asli, pertama atau sejati. Manakala ‘Daya’ mengandungi akal, jalan
fikiran, atau penciptaan.

DEFINISI UMUM
Segala hasil dari akal dan pemikiran manusia yang asli.

EDWARD B. TAYLOR (Primitive Culture)


Keseluruhan kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, undang-undang, adat
resam dan kebolehan lain dan tingkah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli masyarakat.

RALPH LINTON, 1947 (The Cultural Background of Personality)


Budaya ialah susunan perlakuan yang dipelajari dan hasil daripada kelakuan ini digunakan bersama
dalam masyarakat.

RUTH BENEDICT (1947)


Budaya sebagai unsur pengorganisasian antara individu dan membentuknya menjadi satu kelompok
kebudayaan.

1.2.2 KONSEP NILAI DAN KEPERCAYAAN

1.2.3 KONSEP SIMBOL, BAHASA, KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

1.2.4 NORMA DAN KAWALAN SOSIAL

1.Norma sosial merupakan perlakuan yang standard yang dikongsi bersama anggota masyarakat dan
dipatuhi.
2.Ini merupakan peraturan yang ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian besar masyarakat.
3.Norma sosial terbahagi kepada dua iaitu :
 Norma sosial formal ialah norma-norma yang telah ditulis dan melibatkan hukuman berat kepada
individu yang mengingkarinya.
 Norma sosial non formal iaitu norma yang tidak ditulis tetapi difahami masyarakat
4.Graham Sumner (1959) mengutarakan 2 konsep berbeza bagi norma sosial iaitu :
 Folk-ways iaitu peraturan yang berkaitan tingkah laku seharian yang diterima masyarakat dan ia
berasaskan adat resam yang diwarisi oleh masyarakat itu. Folk-ways merupakan kelakukan yang
diwarisi dalam masyarakat melalui proses sosialisasi. Contoh folk-ways ialah bersopan santun, tertib
ketika makan dan sebagainya
 Mores adalah tingkah laku standard. Merupakan tingkahlaku yang dianggap penting dalam
masyarakat bagi kestabilan sesuatu masyarakat. Sebarang percanggahannya akan membawa kepada
hukuman berat. Contohnya ialah pantang larang berkahwin adik beradik.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like