You are on page 1of 61

Himpunan Nota Kursus Perkahwinan

KANDUNGAN

Bahagian 1 : Asas-Asas Pembinaan


   
Insan
 Unit 1            Aqidah  
 Unit 2  Ibadah  
 Unit 3  Akhlaq  
 Unit 4  Perkahwinan & Prosedur  
     
    Bahagian 2 : Pengurusan Keluarga
 Unit 1  Hubungan Dalam Keluarga  
 Unit 2  Pengurusan Sumber Keluarga  
 Unit 3  Pengurusan Kesihatan  
 Unit 4  Komunikasi Suami Isteri  
     
Bahagian 3 : Pengurusan Masalah
Dalam Keluarga
 Unit 1  Pengurusan Tekanan/Stres  
 Unit 2  Pengurusan Konflik  
 Perkhidmatan Kaunseling di    
 Unit 3  
Jabatan Agama Islam
 Pengurusan Talak/Fasakh & 
 Unit 4  
Prosedur Penceraian

Bahagian 1 : Asas-Asas Pembinaan Insan

 Unit 1: Aqidah

PENGERTIAN ISLAM
Pengertian Islam mentauhidkan ALLAH S.W.T, tunduk dan patuh kepadanya serta
menunaikan semua ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W

Dalil Pengertian Islam

Hadis Rasulullah S.A.W

Maksudnya

"Malaikat Jibrail a.s. berkata (bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Wahai Muhammad!
beritahu kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam" maka Rasulullah S.A.W menerangkan
(dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadah (menyakini serta
menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah
melainkan ALLAH S.W.T dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W ialah
pesuruh ALLAH S.W.T dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta
berpuasa pada bulan ramadhan, dan juga engkau mengerjakan haji ke baitullah jika
engkau mampu sampai kepadanya."

(Riwayat Muslim)

PENGERTIAN IMAN

Membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran-
ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W

Dalil Pengertian Iman

Hadis Rasulullah S.A.W

Maksudnya

"Berkata ia (Jibrail) "berilah tahu kepada ku tengang iman - Nabi S.A.W menerangkan
(iman itu ialah) engkau beriman kepada ALLAH S.W.T malaikat-malaikatnya, kitab-
kitabnya, rasul-rasulnya, serta h ari akhirat dan engkau aberiman kepada takdir (yang
ditentukan oleh ALLAH S.W.T) baiknya dan buruknya" (mendengarkah yang demikian
ia berkata "benarlah apa yang tuan katakan itu)"

(Riwayat Muslim)
PENGERTIAN IHSAN

Melakukan Ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa ALLAH S.W.T sentiasa
mengawasi apa yang dilakukannya

DALIL PENGERTIAN IHSAN

Hadis Rasulullah S.A.W

Maksudnya

"Berkata ia (Jibrail) berilah tahu kepada ku tentan ihsan" Nabi S.A.W menerangkan:
"(ihsan itu ialah) engkau mengerjakan ibadat kepada ALLAH S.W.T seolah-olah engkau
melihatnya sekiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah
bahawa ALLAH S.W.T tetap melihat serta memerhatikan keadaan mu"

(Riwayat Muslim)

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

Di antaranya:

 Manusia diciptakan untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T


 Manusia adalah khalifah ALLAH S.W.T
 Menjadikan Islam sebagai cara hidup

ISLAM ADALAH CARA HIDUP

 Iltizam dan patuh kepada hukum Islam


 Hubungan baik sesama manusia
 Mengiktiraf hak-hak orang lain
 Bersikap sederhana
 Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
 Bersyukur dan bertawakkal

GANJARAN MENTAATI  ALLAH S.W.T

Firman ALLAH S.W.T


Maksudnya: "bagi, mereka (syurga) dar al-salam (tempat tinggal yang aman sejahtera)
disisi tuhan mereka dan dialah (ALLAH S.W.T) penolong mereka disebabkan amal-amal
(yang baik) yang mereka telah kerjakan"

(Surah Al-An'am: ayat 127)

PERANAN AQIDAH KEPADA INSAN

 Panduan dan pegangan hidup


 Pengawal diri
 Membentuk akhlak mulia
 Ketenangan jiwa
 Menghindarkan penyelewengan
 Rahmat ALLAH S.W.T
 Kekuatan diri

PERANAN AQIDAH DALAM RUMAHTANGGA

 Benteng menghadapi masalah


 Membina pergaulan baik suami isteri asas pengurusan keluarga
 Sikap bertanggungjawab
 Semangat berusaha
 Bersyukur dan qanaah (berpada-pada)

PENYELESAIAN PERSOALAN HIDUP

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada ALLAH S.W.T dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu.  Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH S.W.T dan
hari akhirat.  Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula
kesudahannya"
(Surat al-nisa; ayat 59)

PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH

 Mensyirikkan/menyembahkan selain daripada ALLAH S.W.T


 Mengingkari dan mempersendakan hukum ALLAH S.W.T
 Mempercayai ada kuasa lain selain daripada ALLAH S.W.T boleh memberikan
kesan
 Menolak Al-Quran dan Al-Sunnah
 Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W

 KESAN TERBATALNYA AQIDAH

 Terbatalnya ikatan perkahwinan (suami isteri)


 Menghilangkan hak mempusakai
 Menghilangkan hak perwakilan
 Tidak boleh dikebumikan di perkuburan orang Islam
 Menghilangkan hak keistimewaan orang Islam

RAHMAT ALLAH S.W.T KEPADA INSAN

Firman ALLAH S.W.,T

Maksudnya

"Dan (tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa
tentulahkami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-
limpah berkatnya dari langit dan bumi.  Tetapi mereka mendustakan (rasul kami) lalu
kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah
usahakan."

(Surah Al-A'raf:ayat 96)

NYATAKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH

 Percaya alam ini qadim (sedia kala)


 Percaya alam ini baru
 Tidak mempercayai rasul dan Nabi S.A.W
 Tidak percaya ada dosa dan pahala
 Malas/Cuai bersembahyang
 Tidak percya adanya nikmat dan seksa kubur
 Tidak percaya ada syurga dan neraka
 Tidak percaya Islam agama terbaik
 Memakai salib
 Beli loteri
 Menonton filem lucah
 Berzina

UNIT 2: IBADAH 

PENGERTIAN IBADAH

Satu pengabdian yang dilakukan dengan cara tunduk dan merendahkan diri, dilakukan
dengan hati yang ikhlas kepada ALLAH S.W.T menurut cara-cara yang ditentukan oleh
Syara'

PERANAN IBADAH

 KHUSUS → FARDHU AIN


 UMUM   →  FARDHU KIFAYAH

PEMBAHAGIAN HUKUM SYARA'

 WAJIB
 SUNAT
 HARAM
 MAKRUH
 HARUS

PERANAN IBADAH

 Menguatkan Iman
 Untuk Kawalan Diri
 Menguatkan Rohani
 Mendapat Rahmat
 Membentuk Akhlak Mulia

KELEBIHAN MENGERJAKAN IBADAT

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata "Tuhan


kami ialah ALLAH S.W.T kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan
pengakuan Iman dan Tauhidnya itu) maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang
tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.  Mereka ahli
syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang
mereka telah kerjakan

(Al-Ahqaaf: ayat 13-14)

PENGERTIAN DAN HUKUM BERSUCI

 Membersihkan diri daripada hadas kecil dan besar


 Membersihkan diri, pakaian, tempat tinggal dan lan-lain daripada najis dan
kekotoran
 Hukum bersuci adalah wajib

KELEBIHAN BERSUCI

 Menjadikan badan segar serta sihat


 Menguatkan rohani dan jasmani
 Menjauh daripada dihinggapi penyakit, sifat keji dan godaan syaitan
 Dapat menunaikan ibadah dengan sempurna
 Mendapat keredaan ALLAH S.W.T dan ganjaran pahala

PEMBAHAGIAN NAJIS DAN CARA MENYUCIKANNYA

 Ringan - Lap dan renjiskan air


 Sederhana - Basuh hingga hilang najis (bau, warna dan rasa)
 Berat - Basuh 7 kali, 1 kali dengan air tanah

Peringatan! - dilarang menggunakan makanan dan tulang

JENIS-JENIS AIR

1. Mutlak - air yang suci lagi menyucikan (air telaga, air hujan, air laut, sungai, air
embun dan salji)
2. Musta'mal - air yang sudah digunakan atau bercampur dengan air yang telah
digunakan untuk mengangkat hadas kecil dan besar
3. Musyammas - air yang terjemur di bawah panas matahari di dalam bekas yagn
berkarat
4. Mutanajjis - air yang kurang daripada 2 kolah dan bercampur dengan najis

CARA-CARA BERSUCI

 Istilinja'
 Wuduk
 Tayammum
 Mandi

PEMBAHAGIAN SOLAT

 FARDHU → AIN

                             → KIFAYAH

 SUNAT

FUNGSI BERSUCI KEPADA INDIVIDU

Antaranya:

 Menghayati Tuntutan Islam


 Membersih rohani dan jasmani
 Mendatangkan kesihatan dan kecergasan diri
 Menghayati tuntutan Islam
 Mendapat petunjuk dan rahmat
 Membentuk kawalan diri
 Membentuk keperibadian yang mulia  

PERANAN BERSUCI DAN SOLAH KEPADA RUMAHTANGGA

Antaranya:

 Membawa rahmat ALLH S.W.T


 Membina kasih sayang
 Memperolehi ketenangan
 Menghindarkan diri melakukan maksiat
 Membina disiplin dan akhlaq yang mulia
 Menjadikan keluarga sihat dan bahagia

AKIBAT ABAIKAN IBADAT

 Menjejaskan Iman
 Berdosa dan mendapat kemurkaan ALLH S.W.T
 Keras hati
 Gangguan emosi
 Terdedah kepada maksiat
 Jauh dari rahmat ALLAH S.W.T

UNIT 3 : Akhlaq

UMAT TERBAIK

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Adalah kamu sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk menusia supaya kamu
menyuruh kepada kebaikan (makruh) dan melarang daripada kemungkaran serta
beriman kepada ALLAH S.W.T."

(Ali- Imran:ayat 11)

RASULULLAH S.A.W CONTOH TERBAIK


Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan
yang terbaik"

(Surah Al-Ahzab: ayat 21)

KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa


ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikannya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan,  Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran)
bagi orang-orang yang berfikir."

(Surah Al-Rum: ayat 21)

AKHLAQ SUAMI ISTERI

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Pergaulilah isteri dengan sebaik-baiknya.  Jika kamu benci terhadap mereka maka
bersabarlah kerana kemungkinan kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH S.W.T
menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

(Al-Nisa': ayat 19)

 AKHLAQ SUAMI
 Bersifat taqwa
 Kasih sayang dan belas-kasihan
 Bergaul dengan secara baik
 Bertanggungjawab
 Bersikap terbuka dan bertolak ansur
 Mengamalkan kebijaksanaan
 Musyawarah
 Memberikan contoh yang baik

Rasulullah S.A.W bersabda

Maksudnya

"Sesungguhnya lelaki mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik
tingkahlakunya dan lemah lembut terhadap isteri dan anak-anaknya."

(Riwayat At-Turmizi)

AKHLAQ ISTERI

 Bersifat taqwa
 Mentaati suami
 Menghias diri untuk suami
 Mencintai dan mengasihi suami
 Memelihara kehormatan diri dan harta suami
 Menjaga rahsia rumahtangga
 Melaksanakan kepimpinan selaku isteri
 Mendapat keizinan suami

Rasulullah S.A.W bersabda

Maksudnya

"Sebaik-baik perempuan/isteri ialah bila engkau menatap kepadanya menggembirakan


hati engkau, dan bila engkau suruh dia mengikut perintah engkau, bila engkau
bersumpah atasnya, dia berbuat baik terhadap engkau, dan bila engkau tiada dirumah
dia menjaga dirinya dan harta engkau."
(Riwayat Al-Nasai)

PERKARA YANG PERLU DIHINDARI

 Membesarkan masalah yang remeh


 Mengabaikan perasaan pasangan
 Tidak ambil berat hal agama
 Mengabaikan sopan santun
 Menghina pasangan atau keturunan
 Cemburu buta
 Menyakiti hati pasangan

STRATEGI MEMBINA AKHLAQ TERPUJI

 Memahami matlamat kejadian diri


 Menghayati tuntutan Islam
 Mempertingkatkan ilmu
 Menghayati kehidupan berjamaah
 Mempertingkatkan ibadah
 Memperbaiki kelemahan
 Muhasabah diri
 Menjalinkan kasih sayang

UNIT 4: PERKAHWINAN PROSEDUR

PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN

 Ilmu fardhu ain dan kifayah


 Fizikal/mental/spiritual
 Ekonomi
 Sosial (kemasyarakatan)

PEMILIHAN CALON ISTERI

Rasulullah S.A.W bersabda

Maksudnya
Kahwinilah wanita kerana empat perkara, kerana harta,kerana keturunan, kerana
kecantikan dan kerana agamanya pilihlah wanita yang beragama, nescaya akan
selamat

(Muttafaqun' Alaih)

KRITERIA CALON SUAMI

 Menghayati agama
 Mampu memimpin keluarga
 Memiliki akhlaq mulia
 Berharta, keturunan yang baik dan segak

Rasulullah S.A.W. bersabda

Maksudnya

"Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka
hendaklah kamu kahwini akannya, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan
berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar."

(At-Turmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim)

LARANGAN SEMASA BERTUNANG

 Dilarang berdua-duaan
 Dilarang menghampiri atau muqaddimah zina (pergaulan bebas)
 Diharamkan hubungan kelamin sebelum aqad nikah yang sah

Rasulullah S.A.W bersabda

Maksudnya

"Janganlah seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak
halal baginya,maka sesungguhnya yang ketiga antara keduanya ialah syaitan
melainkan mahram (atau bersama mahram)"

(Riwayat Ahmad)
PERKAHWINAN DALAM ISLAM

 Dari segi Bahasa - Himpun, kumpul dan cantun


 Dari segi Istilah - Akad yang menghalalkan pergaulan lelaki dan wanita yang
diharuskan berkahwin

MATLAMAT PERKAHWINAN

Untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan mendapat


rahmat serta keredhaan ALLAH S.W.T mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
oleh syara'

HIKMAH PERKAHWINAN

 Memelihara diri daripada melakukan perkara yang haram


 Memelihara kesucian keturunan
 Membentuk keluarga dan menyusun masyarakat
 Menghubungkan silaturrahim

HUKUM PERKAHWINAN

 Harus
 Sunat
 Wajib
 Makruh
 Haram

RUKUN PERKAHWINAN

1. Calon Suami - Pengantin Lelaki


2. Calon Isteri - Pengantin Perempuan
3. Wali
4. Dua Orang saksi
5. Sighah (Ijab dan Qabul)

SUSUNAN WALI
1. Bapa, datuk dan seterusnya ke atas
2. Saudara lelaki seibu-sebapa
3. Suadara lelaki sebapa
4. Anak lelaki dari saudara lelaki seibu sebapa
5. Anak lelaki dari saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah
6. Saudara lelaki ayah seibu sebapa (Bapa Saudara)
7. Saudara lelaki ayah sebapa (Bapa Saudara)
8. Anak lelaki dari saudara lelaki seibu-sebapa
9. Anak lelaki dari saudara lelaki ayah sebapa dan seterusnya sampai ke bawah
10. Wali Hakim

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI

1. Nafkah
2. Mendidik dan menyuruh isteri melakukan perkara makruh dan meninggalkan
perkara mungkar
3. Adil
4. Melayani isteri dengan makruh
5. Memberi perlindungan/keselamatan

NAFKAH

 Makanan halal dan baik


 Pakaian bersih yang menutup aurat
 Tempat tinggal yang selesa
 Perubatan

Firman ALLAH S.W.t

Maksudnya

"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa
yang disempit rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan
ALLAH S.W.T kepadanya (sekadar yang mampu) ALLAH S.W.T tidak memberkati
seseorang melainkan (orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) ALLAH
S.W.T akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan."
(Surah Al-Talaq : ayat 7)

HAK DAN TANGGUNGJAWAB ISTERI

 Tunaikan hak ALLAH S.W.T


 Taat suruhan suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan Syara'. 
 Melayan suami dengan ma'ruf (baik)
 Menghias diri
 Memelihara kehormatan diri dan harta suami

HAK DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

 Kasih sayang
 Bekerjasama
 Amanah
 Istimta' dan hubungan kelamin
 Menghormati pasangan dan persemendaan
 Merancang bersama bagi kesejahteraan keluarga
 Perbincangan/Mesyuarat
 Mendidik anak-anak
 Urus rumahtangga
 Hak pesaka mempesakai
 Sabit nasab anak kepada kedua ibubapa
 Menjaga maruah suami isteri

PROSEDUR PRA PERKAHWINAN

 Tiada halangan perkahwinan


 Perjanjian untuk berkahwin (bertunang)
 Mematuhi Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri
 Hadir kursus pra perkahwinan sijil kursus yang diakui oleh Jabatan Agama
Islam (sah laku untuk selama-lamanya)
 Mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin (yang ditetapkan oleh
Jabatan Agama Islam berkenaan)

PIHAK-PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN PERKAHWINAN


Yang di Pertuan Agong/Sultan Melantik:

 Hakim Syarie di Mahkamah Syariah


 Ketua Pendaftar Nikah,Cerai dan Rujuk
 Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah - Bidangkuasa meneliti/mengesah,
melulus dan mendaftarkan Nikah, Cerai dan Rujuk

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN PASANGAN DARI


KARIAH/DAERAH YANG SAMA

 Borang permohonan kebenaran kahwin boleh diperolehi dari Pejabat Agama


Daerah yang berdekatan
 Melampirkan dokumen yang berkaitan
 Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Ketua
Pendaftar/Pendaftar Nikah Mukim, Kariah

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI


KARIAH/MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG BERLAINAN

 Dapatkan borang permohonan kahwin dari negerinya


 Melampirkan dokumen yang berkaitan
 Mengemukakan permohonan kepada Ketua Pendaftar/Pendaftar negerinya
 Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Ketua
Pendaftar/Pendaftar negeri tempat berkahwin
 Isi borang permohonan kahwin di tempat/negeri perkahwinana itu hendaklah
dilangsungkan (jika perlu)

LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA

 Perakuan daripada Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk negeri yang berkaitan


 Salinan Kad Pengenalan pemohon, wali dan saksi
 Surat status bujang/dara surat pengesahan majikan
 Surat perakuan cerai
 Surat daftar kematian
 Sijil kursus pra perkahwinan
 Surat perakuan masuk Islam
 Surat kedutaan berkenaan bagi warga asing
 Surat akuan sumpah
 Surat kebenaran daripada imigresen

LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKAITAN

 Surat kebenaran berkahwin di bawah umur bagi lelaki 18 tahun dan


perempuan 16 tahun ke bawah
 Surat kebenaran berkahwin secara poligami
 Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias

PERKAHWINAN YANG PERLU KEBENARAN MAHKAMAH

 Poligami
 Kahwin bawah umur
 Menggunakan wali hakim
 Janda Berhias

PERKAHWINAN YANG MEMERLUKAN WALI HAKIM

 Tidak mempunyai wali nasab


 Wali akrab menunaikan haji atau umrah
 Wali akrab sengaja enggan
 Anak tidak sah taraf
 Saudara baru tiada wali nasab
 Wali  berjauhan dari wanita kadar 2 marhallah atau 96 kilometer
 Wali ghaib (hilang) tidak dapat dikesan
 Wali akrab berkahwin dengan pemohon (wanita) yang tiada wali setaraf

PENDAFTARAN PERKAHWINAN

 Surat kebenaran berkahwin


 Isi borang pendaftaran berkahwin
 Upacara akad nikah
 Bacaan taklik oleh pengantin lelaki
 Bayaran (fee)
 Surat perakuan berkahwin dan akad nikah dikeluarkan dalam tempoh sebulan
PENDAFTARAN RUJUK

 Rujuk dalam iddah


 Lafaz rujuk oleh suami
 Lapor dan isi borang perakuan rujuk di Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan
Rujuk
 Bayaran (fee)
 Surat perakuan rujuk dikeluarkan selpeas keputusan cerai didaftarkan

KESALAHAN/PENALTI

 Perkahwinan tanpa kebenaran


 Memberi kenyataan palsu
 Perkahwinan poligami tanpa kebenaran
 Rujuk tanpa persetujuan isteri
 Tidak mendaftar rujuk
 Tidak mendaftarkan perkahwinan luar negara

BAHAGIAN 2 : PENGURUSAN KELUARGA

UNIT 1 : HUBUNGAN DALAM KELUARGA

ISU-ISU HUBUNGAN DI AWAL PERKAHWINAN

1. Perkahwinan dan walimah


2. Masalah pasangan baru berkahwin
3. Mengenali kelemahan diri
4. Mengenali kekuatan diri
5. Cara mewujudkan kecemerlangan diri
6. Penyesuaian diri di tahap awal perkahwinan

1.  PERKAHWINAN DALAM WALIMAH

 Majlis akad nikah


 Kenduri perkahwinan (walimah)
 Saat yang bahagia (bulanmadu)
 Perubahan kalender hidup
     KEPENTINGAN KENDURI KAHWIN (WALIMAH)

 Menjauhkan diri fitnah


 Tujuan ketaqwaan dan keberkatan
 Mengembirakan pasangan pengantin
 Mengirat silatulrahim keluarga
 Bersedekah (jamuan agama) mengikut kemampuan
 Mengadakan kenduri kahwin sunat muakadah

Sabda Rasulullah S,.A.W

Maksudnya

"Walimah itu adalah satu hak dan satu sunnah, maka barang siapa yang dijemput tetapi
ia tidak menghadirinya maka sesungguhnya derhakalah ia"

(Riwayat Abu Asy-Syeikhdari Al-Thabrani)

2.   MASALAH PASANGAN BARU BERKAHWIN

 Ekonomi belum stabil


 Konflik dan tekanan
 mementingkan keluarga sendiri
 Tidak mengenali keluarga pasangan
 Perbezaan kesanggupan dan keinginan
 Berpoligami dan bermadu
 Indah khabar dari rupa
 Gagal menyesuaikan diri atau putus asa

3.   MENGENALI KELEMAHAN DIRI

 Emosional
 Bodoh/degil
 Menuduh
 Cabaran buruk
 Cepat marah
 Lalai/Alpa/Malas
 Cemburu buta
 Suka menyakiti
 Enggan mengalah
 Menghina
 Cerca
 Boros/tamak

4.   MENGENALI KEKUATAN DIRI

 Fikiran positif
 kerajinan
 Beribadah
 Ringan tulang
 Pendidikan
 Lembut tapi tegas
 Memberi dan menerima baik
 Jati diri
 Personaliti yang baik
 Penyayang

5.   CARA MEWUJUDKAN KECEMERLANGAN DIRI

 Mengakui kelemahan diri dan menguruskannya


 Bekerjasama mengatasi cabaran dan ujian dari ALLAH S.W.T
 Keyakinan dan toleransi
 Bersikap positif terhadap peranan dan tanggungjawab
 Berdoa dan mengharap pertolongan dari ALLAH S.W.T
 Membaca Al-Quran, Hadis, berzikir dan solat berjamaah

     MENGENALI DIRI PASANGAN

 Menerima pasangan sebagaimana adanya


 Cinta, kasih dan sayang pasangan kerana ALLAH S.W.T
 Menerima budaya dan adat resam pasangan
 Menerima nilai gaya hidup yang baik
 Mengetahui kelemahan dan kekuatan diri
 Memahami latar belakang keluarga

6.   PENYESUAIAN SUAMI ISTERI DI AWAL PERKAHWINAN

 Memahami adab perhubungan dengan pasangan


 Mengenalpasti perbezaan pada diri pasangan
 Mengutamakan perbincangan
 Pengurusan rumahtangga diurus bersama
 Menerima perbezaan budaya

      MENGENALI KELUARGA PASANGAN

 Memahami latar belakang keluarga


 Menyesuaikan diri
 Menziarahi keluarga
 Bergaul dan bermesra
 Membantu dan bekerjasama dengan ahli keluarga

      BATAS-BATAS PERGAULAN DALAM KELUARGA

 Mewujudkan pergaulan yang baik


 Menjaga batas aurat dalam keluarga
 Elakkan perbuatan sumbang mahram
 Menyediakan bilik-bilik ahli keluarga
 Minta izin memasuki bilik ibubapa atau sebaliknya
 Elakkan menonton bahan-bahan lucah

      KELAHIRAN ANAK YANG PERTAMA

 Persediaan sebelum kelahiran


 Permulaan tanggungjawab sebagai ibubapa
 Diazankan dan qamat pada bayi
 Menjaga kesihatan dan keselamatan ibu serta bayi
 Kenduri aqiqah dan memberi nama yang baik
 Sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak

      HUBUNGAN KELAMIN SUAMI ISTERI


 Kewajipan bersama
 Melahirkan zuriat
 mempereratkan hubungan suami isteri
 Benteng kesucian moral

      ADAB HUBUNGAN KELAMIN

 Bersih diri dan berwuduk


 Solah sunat
 Bahasa cinta (menyatakan hasrat untuk bersama)
 Pasangan bersedia dalamkeadaan yang selesa dan masa yang sesuai
 Cumbuan dan ransangan terlebih dahulu
 Membaca doa pelindung
 Keadaan yang selesa
 Kepuasan bersama
 Kesederhanaan
 Basuh dan berwuduk (sekiranya ingin mengulangi kali yang berikutnya)
 Tidak menyebarkan rahsia

      PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH

 Mengauli isteri secara luar tabii


 Menyetubuhi isteri ketika haid/nifas
 Semasa dalam ihram
 Sedang berpuasa di bulan Ramadhan
 Dalam rumah ibadah
 Di tempat terbuka
 Isteri tidak sihat/sakit
 Sekiranya isteri dalam keadaan haid diharuskan isteri melakukan "istimata"
(merasai kenikmatan) kepada suami untuk mengelakkan mudarat yang lebih
besar

      KESAN KEGAGALAN HUBUNGAN KELAMIN

 Tekanan (stres)
 Melakukan hubungan dengan cara yang tidak sah
 Zina
 Konflik
 Perceraian
 Pengabaian tanggungjawab

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBUBAPA

 Wajib taat dan berbakti kepada ibubapa


 Menunaikan amanat dan pesanannya

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan


kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa, jika
salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun berkata"Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-
santun)"

(Surah Al-Israa':ayat 23)

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan
kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata). "Wahai tuhanku
cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan
kasih sayangnya memelihara dan mendidik ku semasa kecil"

(Surah Al-Israa:ayat 24)

BAKTI ANAK KEPADA IBUBAPA

A  :  Semasa Hidup


 Berdoa
 Kasih sayang
 Pengorbanan harta benda dan masa
 Berlemah lembut dan berbudi bahasa

B   : Selepas Mati

 Berdoa
 Menziarahi kubur
 Melaksanakan silaturrahim keluarga, ibubapa, sahabat handai
 Mengqada'kan puasa yang terhutang
 Menjelaskan hutang piutang

HUBUNGAN BAIK DENGAN MENTUA

 Sumber bimbingan
 Sumber sokongan
 Mengeratkan silaturahim
 Menghargai pengorbanannya

CARA MEWUJUDKAN HUBUNGAN DENGAN MENTUA

 Menerima. melayani mentua sebagai ibubapa


 Baik sangka
 Menerima kekurangan
 Menziarahi
 Guna komunikasi berkesan
 Beri kasih sayang

KEPENTINGAN JIRAN

 Pengganti saudara mara


 Sumber bimbangan dan nasihat
 Bantuan kebendaan masa kecemasan

CARA MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN JIRAN


 Hormat menghormati
 Baik sangka
 Tolong menolong
 Menziarahi
 Memenuhi jemputan
 Mengiringi jenazah

Sabda Rasullulah S.A.W

Maksudnya

"Diantara kebahagiaan seseorang muslim ialah mempunyai jiran yang baik, rumah
yang luas dan kenderaan yang selesa"

(Riwayat Ahmad)

UNIT 2 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

TUJUAN PENGURUSAN KEWANGAN

 KAWAL PERBELANJAAN KELUARGA


 Tahu sumber pendapatan
 Tahu aliran wang
 Elakan pembaziran
 UNTUK MENUNAIKAN IBADAT
 MENJADI PENGGUNA YANG BAIK
 MENYIMPAN UNTUK MASA DEPAN

PROSES MERANCANG PERBELANJAAN

 Langkah 1  Tentukan matlamat  Keperluan Asas :70%


 Langkah 2  Tentukan jumlah pendapatan  
 Langkah 3  Agihan perbelanjaan Kehendak/Kemewahan:20%
 Langkah 4  Rekod perbelanjaan sebenar  
 Langkah 5  Memeriksa perbelanjaan  Simpanan : 10%
 Langkah 6  Membuat penilaian  

KATEGORI PERBELANJAAN

 KEPERLUAN ASAS  KEHENDAK/KEMEWAHAN  SIMPANAN


 Tempat tinggal  Ibadat
 Makan &  Perabot  Kebajikan
minum  Kenderaan Ibubapa
 Pakaian  Derma
 Perhiasan
 Pendidikan  Masa depan

MENGAWAL PERBELANJAAN KELUARGA

 Rancang pembelian
 Beli secara tunai
 Catat perbelanjaan
 Amalkan prinsip qana'ah (berpada-pada) dan berhemah

KESAN PENGURUSAN KEWANGAN YANG BAIK

 Meningkatkan kehormonian keluarga


 Menyelamatkan dari bebanan hutang
 Mendapat keberkatan ALLAH S.W.T
 Menstabilkan ekonomi keluarga

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.  Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar"

(Surah Al-Asr:1-3)

Sabda Rasulullah S.A.W


Maksudnya

"Rebutlah lima masa sebelum datang lima masa:"

Masa muda sebelum tua

Masa sihat sebelum sakit

Masa kaya sebelum papa

Masa lapang sebelum sibuk

Masa hidup sebelum mati

(Riwayat Al-Baihaqi)

PENGURUSAN MASA

 Setiap individu diberi masa 24 jam


 Urus masa dengan baik
 Masa adalah usia
 Usia adalah amanah ALLAH S.W.T
 Jadualkan aktiviti harian

AKTIVITI HIDUP DALAM RUMAHTANGGA YANG UNGGUL

 Pengurusan rumahtangga
 Pekerjaan
 Rekreasi bersama keluarga
 Istirehat
 Ibadah
 Perhatian kepada keluarga
 Kebersihan diri dan persekitaran
 Kebajikan

PENGURUSAN RUMAHTANGGA

 Menyediakan pendapatan keluarga


 Teguhkan sosio ekonomi keluarga
 Sumber yang halal dan baik
 Tekun dan gigih

REKREASI BERSAMA KELUARGA

 Sukan/beriadah
 Ziarah/melawat
 Bercuti
 Balik kampung
 Memenuhi hobi/minat
 Hari-hari perayaan

ISTIREHAT

 Tidur
 Rehat
 Jagaan semasa sakit
 Mengurangkan tekanan
 Melakukan hobi/kegemaran
 Bersendirian/zikir
 Menikmati keindahan alam

 IBADAH

 Fardu dan sunat


 Pendidikan dan suhan
 Berjamaah di surau/masjid
 Latihan dan bimbingan
 Gudwah halsanah (role model)
 Mengikuti kelas-kelas agama
 Menjaga pergaulan (aurat adab dan adat)
 Memenuhi keperluan asas
 Kasih sayang/timbang rasa
 Ambil berat dan kerjasama
 Berusaha meningkatkan kerohanian
PERHATIAN KEPADA KELUARGA

 Hias diri
 Tempat tinggal
 Halaman rumah
 Keselesaan
 Perhiasan yang bersesuaian
 Udara bersih dan nyaman

KEBAJIKAN

 Menghadiri majlis ilmu


 Hadiri jemputan
 Gotong royong
 Kawalan keselematan/Rukun tetangga
 Kerja sukarela
 Sumbangan dan derma

KEBAJIKAN PENGURUSAN MASA

 Dapat menguruskan aktiviti seharian dengan sempurna


 Masa dapat di manfaatkan sepenuhnya
 Dapat menentukan keutamaan
 Mengeratkan hubungan di antara ahli keluarga

UNIT 3 - PENGURUSAN KESIHATAN

TAFSIRAN KESIHATAN

"KESIHATAN IALAH SUATU KEADAAN KESEJAHTERAAN FIZIKAL, MENTAL DAN


SOSIAL YANG SEMPURNA DAN BUKAN SEKADAR KETIADAAN PENYAKIT ATAU
KELEMAHAN SAHAJA:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

PANDANGAN ISLAM MENGENAI KESIHATAN


Kesihatan ialah satu keadaan bukan sekadar kesempurnaan fizikal, mental dan sosial
malahan juga kesejateraan rohani dan jiwa serta bebas dari segi penyakit dan
kecederaan

KATA-KATA HIKMAH

Maksudnya

"Akal yang sihat dan bernas hanya terdapat pada orang memiliki tubuh badan yang
sihat"

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN KELUARGA

 Gaya hidup
 Genetik dan keturunan
 Penyusunan keluarga

GAYA HIDUP SIHAT

 Mengamalkan pemakanan seimbang


 Menhadkan pergaulan sosial
 Jauhi seks rambang
  Siflis, Gonoreal, Hepatitis B, C, HIV
 Tabiat harian yang baik
 Menjaga persekitaran tempat tinggal, kerja
 Menjauhi dadah, rokok, arak
 Mengamalkan senaman secara berkala
  Menjaga berat badan unggul
 Mengekalkan kecergasan
 Mengawal tekanan darah, jantung
 Elakkan perkara yang boleh membawa stres/konflik
 Rehat yang cukup untuk memulihkan kecederaan  

 HIV/AIDS

 Cara merebak
 Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti
 Jarum suntikan yang tercemar
 Ibu Mengandung yang dijangkiti HIV kepada anak dalam kandungan
 Jalani ujian darah bagi yang berisiko
 Elakkan penyebaran kepada ahli keluarga
  Dapatkan bantuan daripada hospital/klinik
 Pemeriksaan rawatan dan kaunseling

 AMALAN KESIHATAN MENTAL YANG BAIK UNTUK KELUARGA

 Saling membantu dalam tugas harian


 Bahagikan masa dengan bijak untuk keluarga
 Amalkan nilai-nilai agama dalam keluarga
 Beri perhatian terhadap pergaulan anak-anak, kenali kawan-kawan mereka
 Ambil bahagian dalam aktiviti anak
 Saling menghormati dan memahami sesama ahli keluarga
 Ketahui keupayaan masing-masing dan hargai usaha mereka

FAKTOR GENETIK

 Zuriat yang bakal dilahirkan boleh mengidap penyakit yang sukar diubati
Contoh: Thallasemia, sawan, Asma, Gila
 Elakkan berkahwin dengan:
 Sesama keluarga terdekat
 Orang ayang mengidap penyakit yang boleh diwarisi
 Kaunseling genetik dan redha dengan ketentuan ALLAH S.W.T
 ALLAH S.W.T menggalakkan umatnya berkahwin dan mendapatkan zuriat
 Anak-anak hendaklah dijaga dengan penuh kasih sayang dan diberikan
pendidikan yang sempurna
 Menyusun keluarga dengan cara: merancang jarak kelahiran anak

KEBAIKAN MENYUSUN KELUARGA

 Kurang kadar kematian ibu dan kanak-kanak


 Menjaminkan kesihatan ibu dan anak
 Membolehkan ibu-ibu merancang kelahiran pada peringkat umur yang selamat
 Mengelakkan kelahiran yang tidak diingini
 Mencegah pengguguran
 Mendapat khidmat kaunseling untuk ibu-bapa yang berpenyakit

KEHAMILAN DAN KELAHIRAN

 Kematangan fizikal
 Umur tidak kurang daripada 18 tahun
 Perubahan fisiologi
 Proses kelahiran
 Umur lebih daripada 40 tahun boleh memberikan risiko pada ibu dan bayi
 Menjauhi penyakit ie. penyakit berjangkit ataupun penyakit tidak berjangkit
 Penjagaan dan pemeriksaan kesihatan semasa hamil
 Jadual lawatan
 Tanda-tanda hamil
 Masalah semasa hamil
 Pemakanan - jangan berlebihan/jangan berkurangan
 Kelahiran yang selamat
 disambut oleh anggota terlatih
 bersalin di hospital bagi kelahiran anak pertama
 Adat kepercayaan dan pantang larang

PENJAGAAN BAYI

 Imunisasi bagi bayi


 penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi
 jenis-jenis imunisasi
 jadual imunisasi
  Penyusuan susu ibu
 khasiat untuk bayi
 faedah untuk ibu

 PERANCANG KELUARGA YANG DISEDIAKAN

 Pil perancang
 Suntikan hormon
 Susuk hormon
 Alat dalam rahim
 Kondom

PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA BERKALA

 Menilai tahap kesihatan


 Bebas daripada penyakit
 Megesan penyakit pada peringkat awal

KEBAIKAN PENGURUSAN KESIHATAN KELUARGA

 Menjamin kesejahteraan dan kehormonian keluarga


 Mengelakan daripada berlaku perceraian yang berpunca daripada masalah
kesihaltan
 Dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna

UNIT 4 : KOMUNIKASI SUAMI ISTERI

Penyampaian atau pertukaran pesanan (mesej) maklumat, fikiran dan perasaan di


antara suami isteri

BENTUK KOMUNIKASI SUAMI ISTERI

 Pertuturan bersemuka
 Bahasa bukan pertuturan
 Penggunaan perantaraan

BENTUK BAHASA BUKAN PERTUTURAN

 Air muka/mimik muka


 Gerakan anggota badan
 Nada suara
 Kedudukan badan
 Sentuhan
 Penampilan diri
 Pemberian hadiah
PRINSIP KOMUNIKASI SUAMI ISTERI

 Proses yang berterusan


 Luangkan masa berkomunikasi
 Saling mempengaruhi
 Pengaruh persekitaran

KEPENTINGAN KOMUNIKASI

 Menyatakan perasaan
 Mengenali pasangan
 Bergurau dan berhibur
 Menyatakan mesej hubungan kelamin
 Mendidik dan menasihati
 Berkasih sayang dan mendapat ketenangan

 TEKNIK KOMUNIKASI

 Mempunyai matlamat yang baik


 Mempunyai mesej yang baik
 Menggunakan cara yang berkesan

CARA BERKOMUNIKASI YANG BERKESAN

 Bersopan santun dan lemah lembut


 Menggunakan panggilan mesra dan sesuai
 Elakkan bercakap serentak
 Mendengar dengan aktif tanpa menilai

MATLAMAT YANG BAIK

 Nasihat
 Peringatan
 Kegembiraan
 Pendidikan

MESEJ YANG DISAMPAIKAN


 Nada suara yang jelas
 Bahasa yang difahami
 Perkataan yang sesuai
 Masa dan keadaan yang sesuai
 Mempunyai persediaan dari segi mental, fizikal dan penampilan
 Menggunakan mesej yang jelas dan khusus
 Beri tumpuan
 Meminta penjelasan

FAKTOR YANG MEROSAKKAN KOMUNIKASI SUAMI ISTERI

 Mempunyai andaian yang salah


 Inginkan pasangan ysng serupa dengan diri sendiri
 Mengunkit, menyakiti, bangga diri
 Mencari kesalahan pasangan
 Terlalu cemburu
 Terlalu ingin berkuasa
 Menggunakan bahasa yang boleh memutuskan hubungan suami isteri
 Meremehkan pasangan
 Ego dan sensitif

MENGAWAL KEMARAHAN

 Istighfar
 Berwuduk
 Elakkan berdiri semasa marah
 Sabar
 Elakkan mengguna perkataan yang membangkitkan kemarahan/menyalahkan
pasangan
 Mengalah
 Menyedari dan mengakui kesalahan dan kesilapan diri
 Maaf dan memaafkan
 Sentuhan mesra
 Mengakui kesilapan/kelemahan

 PERKARA YANG PATUT DIAMALKAN DALAM BERKOMUNIKASI


 Ucapan salam
 Ucapan 'sayang'
 Ucapan 'tolong'
 Ucapan 'terima kasih'
 Ucapan "Insya Allah S.W.T" bila berjanji
 Ucapan 'maaf'
 Berdoa untuk kesejahteraan bersama

LAKUKAN AKTIVITI BERSAMA

 Beribadah
 Raikan perayaan secara bersama
 Berkongsi tugas
 Bergurau senda
 Berbincang
 Bercuti

MEMBERI DAN MENERIMA TEGURAN

 Bersedia
 Ikhlas
 Gunakan bentuk komunikasi yang sesuai
 Lembut tetap tegas
 Jangan bangkitkan kemarahan
 Pemaaf

KEBAIKAN KOMUNIKASI

 Hubungan lebih baik dan mesra


 Meningkat persefahaman dan permuafakatan
 Membawa keharmonian keluarga

BAHAGIAN TIGA - PENGURUSAN MASALAH DALAM KELUARGA

UNIT 1 - PENGURUSAN TEKANAN/STRES

Satu keadaan gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang
TANDA-TANDA TEKANAN

 Perubahan fizikal
 Perubahan sikap
 Perubahan emosi

PERUBAHAN SIKAP

 Cepat marah
 Mudah bosan
 Tidak mampu mengendalikan urusan rutin
 Mengalihkan kemarahan
 Hilang rasa lucu
 Bersikap negatif

PERUBAHAN FIZIKAL

 Sakit
 Terlalu kurus/gemuk
 Hilang keceriaan diri
 Lesu/letih
 Terlalu/tidak langsung berhias
 Agaresif
 Suka mengelamun
 Sering lupa
 Mengasingkan diri

PERUBAHAN EMOSI

 Terlalu cemburu
 Penyedih dan sensitif
 Terlalu gembira/riang
 Ego dan mementingkan diri
 Kemurungan
 Kerisauan/kebimbangan

KESAN TEKANAN
 POSITIF  NEGATIF
 Sumber motivasi diri  Prestasi menurun
 Perubahan positif  Resah gelisah
 kecemerlangan diri  Hilang kesabaran diri
 Kuat berusaha  Rasa bersalah
 Persaingan diri  Rendah diri
 Optimis  Pesimis dan sensitif

 Keyakinan diri  Hilang pertimbangan diri

KEPENTINGAN PENGURUSAN TEKANAN

 Kesihatan (fizikal, mental, psikologikal, spiritual)


 Mengelakkan konflik (suami isteri, keluarga, tempat kerja dll)
 Menjalani kehidupan yang lebih bermakna
 Mendatangkan kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara

TEKANAN MENGURUS TEKANAN

 Menyedari keadaan diri


 Mengenali punca-punca tekanan
 Ambil tindakan tertentu
 Dapatkan bantuan pakar

 PUNCA-PUNCA TEKANAN

              ↓                                              ↓                                      ↓

 FAKTOR DALAMAN  FAKTOR ISU SEMASA  FAKTOR LUARAN

FAKTOR DALAMAN

 Keinginan melakukan yang terbaik


 Ketidakmampuan memenuhi kehendak orang lain
 Terlalu ideal
 Tiada keyakinan diri
 Putus asa/rendah diri
 Terlalu menjaga kepentingan orang lain
 Desakan untuk mendapat pujian/penghargaan
 Kaki kerja (workholic)

FAKTOR LUARAN

 Pasangan hidup (suami/isteri)


 Kaum keluarga (anak, ibubapa, adik beradik, mentua, ipar dll)
 Kurang pengetahuan agama
 Rakan/sahabat/jiran
 Perubahan sistem
 Suasana/tempat/sosial
 Perbezaan budaya
 Pandangan negatif masyarakat terhadap saudara baru

FAKTOR SEMASA

 Kegawatan ekonomi
 Malapetaka/musibah
 Jatuh sakit
 Perubahan politik
 Kehilangan orang yang disayangi
 Perubahan status/kedudukan
 Perpisahan dan perceraian
 Hilang ltempat bergantung

TINDAKAN YANG BOLEH DILAKUKAN SENDIRI

 Mengubah rutinhidup
 Latih diri dengan situasi baru
 Bertenang, sabar, abaikan
 Latih berfikir secara positif
 Redha dan menerima situasi
 Usaha buat perubahan positif
 Tingkat ibadat
 Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat
 Rehat, bercuti dan pindah

TEKNIK MENGURANGKAN TEKANAN

 Ubahsuai amalan harian


 Bersenam
 Sedar tahap keupayaan diri
 Seimbangkan aktiviti kehidupan
 Membuat perancangan yang teratur
 Pertingkatkan kemahiran/pengetahuan dalam pelbagai bidang
 Pertingkatkan ibadah/taqarrub kepada Allah
 Elakkan perkara yang di larang Agama/mendatangkan kemudaratan kepada diri
 Dapatkan nasihat pakar

KESAN MENGABAIKAN PENGURUSAN TEKANAN

 Gangguan emosi/mental/fizikal
 Berlaku konflik
 Hilang keceriaan hidup
 Agresif
 Sakit
 Hilang pertimbangan/kewarasan
 Tindakan merugikan diri (sendiri/orang lain)
 Mendatangkan masalah kepada orang lain
 Kehilangan/perceraian
 Hidup tidak bermakna
 Kembali kepada agama asal
 Bunuh diri

UNIT 2 - PENGURUSAN KONFLIK

Satu situasi apabila hubungan, peranan, komunikasi, sikap nilai dan reaksi pasangan
yang tidak sejajar dengan konsep perkahwinan Islam.

TANDA-TANDA KONFLIK
 Berkurangan perasaan kasih dan mesra
 Hilang ketenangan hidup
 Mengabaikan perlaksanaan tanggungjawab
 Pergaulan menjadi tidak baik
 Berlaku halangan komunikasi
 Tidak telus/berterus terang
 Bersikap negatif

PUNCA-PUNCA KONFLIK

 Tidak menghargai/menghormati pasangan


 Menghadapi masalah kesihatan
 Gagal mengimbangi kerjaya dan rumahtangga
 Gagal memahami budaya kerja pasangan
 Gangguan oleh faktor luaran yang negatif
 Menghadapi masalah kewangan
 Mengamal akhlak yang buruk
 Perbezaan budaya

KESAN KONFLIK 

 Tekanan perasaan
 Hubungan tidak mesra
 Abai tanggungjawab
 Pertengkaran
 Penganiayaan
 Perceraian
 Kecurangan

BENTUK KONFLIK

  NUSYUZ  →  KEDERHAKAAN DARIPADA SATU PIHAK

  DARAR    →  PENGANIAYAAN FIZIKAL/MENTAL OLEH SATU PIHAK

  SYIQAQ  →  KEBURUKAN DARIPADA KEDUA PIHAK


NUSYUZ

 SUAMI  ISTERI
 Meninggal isteri  Keluar rumah tanpa izin
 Tidak melaksanakan  Tidak melaksanakan
tanggungjawab tanggungjawab

 Melakukan kezaliman  Engkar perintah suami

SYIQAQ

 Bertengkar
 Ungkit mengungkit
 Maki hamun
 Saling menyalahkan
 Tiada persefahaman
 Melukakan perasaan

DARAR

 FIZIKAL  MENTAL
 Pukul/tampar  Halau
 Sepak/tendang  Ugut
 Pijak  Ungkit/maki
 Cekik  Berpoya-poya/berperangai keji
 Tarik/tolak  Menghina/mengaib

 Kurung  Tinggal/pulau

 UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN DARAR/KEGANASAN RUMAHTANGGA

A. Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

 Ada peruntukan penganiayaan kepada isteri


 Aduan kepada Bahagian Penguatkauasa Jabatan Agama Islam
 Dakwa suami di Mahkamah Syariah
 Hukuman : Denda atau penjara, atau kedua-dua
 Perintah tegahan (injaksi)
 Tuntutan cerai/fasakh

B. Akta Keganasan Rumahtangga/Domestic Violence Act

 Meliputi :
 Isteri @Suami
 Bekas isteri @ suami
 Kanak-kanak
 Orang dewasa tak berupaya
 Mana-mana anggota keluarga

KEGANASAN RUMAHTANGGA

 Ditakrifkan samada:

 Secara sengaja @disedari meletakkan/cuba meletakkan mangsa dalam keadaan


takut kecederaan fizikal
 Menyebabkan kecederaan fizikal
 Memaksa mangsa dengan paksa/ancaman untuk melakukan apa-apa tindakan
seksual yang mangsa berhak tidak melakukan
 Mengurung/menahan mangsa tanpa kerelaanya
 Melakukan khianat/memusnahkan/kerosakan kepada harta benda

BIDANGKUASA AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA

 Perintah perlindungan interim


 Perintah perlindungan
 Perintah dan kuatkuasa penangkapan
 Perintah pampasan
 Perintah kaunseling

C. Kanun Keseksaan (Panel code)

 Dibaca bersama dengan Akta Keganasan Rumahtangga.  Bidang kuasa polis:


 Terima aduan
 Membuat siasatan
 Melakukan tangkapan
 Tahan untuk siasatan
 Melakukan pendakwaan di mahkamah sivil

 TEKNIK PENGURUSAN KONFLIK

 Mengenalpasti punca masalah


 Buat perubahan sikap/tingkahlaku
 Mendapat khidmat kaunseling
 Ubahsuai rutin hidup
 Mengatasi ikut jenis konflik

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz)


hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah
(pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (jika mereka masih berdegil) pukullah
mereka (dengan pukulan yang ringan yang bertujuan mengajarnya).  Kemudian jika
mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk
menyusahkan mereka"

(Surah Al-Nisa: ayat 34) 

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Dan jika seorang perempuan bimbang (akan timbul) dari suaminya nusyuz kebencian)
atau tidak melayaninya maka tiadalah salah bagi mereka berdua (suami isteri)
membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya) kerana
perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai)"

(Surah al-Nisa: ayat 128)


TEKNIK MENGELAKKAN KONFLIK

 Kesan perubahan pasangan


 Hindar buruk sangka
 Tangani masalah dengan segera
 Amalkan perbincangan dansifat terbuka
 Bersedia membuat perubahan positif
 Amalkan sikap bermaafan
 Patuh hukum, undang-undang dan peraturan
 Dapatkan nasihat pakar

KESAN PENGABAIAN PENGURUSAN KONFLIK

 Pertengkaran
 Penderaan/penganiayaan
 Penderitaan/kesengsaraan
 Perpisahan/Perceraian
 Kesan negatif kepada anak-anak keluarga agama

UNIT 3 - PERKHIDMATAN KAUNSELING DI JABATAN AGAMA ISLAM

KAUNSELING

Suatu proses menolong dalam pertemuan bersemuka yang melibatkan perhubungan


dua hala di antara seorang yang terlatih dengan suami dan, atau isteri yang
terperangkap dalam suatu keadan yang sukar di atasi.

BENTUK KAUNSELING

 Individu
 Bergabung/bersama
 Serentak
 Keluarga
 Penceraian

KATEGORI KAUNSELOR DI JABATAN AGAMA ISLAM


 Profesional
 Spara Profesional
 Tidak Profesional

PROFESIONAL

 Ijazah dalam Pengajian Islam


 Latihan Formal dalam Perkhidmatan Menolong (Kaunseling/Psikologi) peringkat
Ijazah/Diplima Lanjutan
 Pengalaman
 Mempunyai Perwatakan/Personaliti yang bersesuaian

SPARA PROFESIONAL

 Ijazah/Diploma dalam Pengajian Islam


 Latihan Asas Kunseling/Psikologi/Kursus JangkaPendek/Sijil
 Pengalaman
 Memiliki Perwatakan/Personaliti yang bersesuaian

TIDAK PROFESIONAL

 Mempunyai Asas dalam Pengajian Islam tetapi tidak sampai peringkat


Ijazah/Diplima
 Latihan asas/tiada latihan asas
 Pengalaman tidak berpengalaman
 Memiliki perwatakan/personaliti yang besesuaian

SUAMI ISTERI YANG MEMERLUKAN KAUNSELING

 Berkonflik
 Mengalami tekanan/Stres
 Sukar berinteraksi dengan pasangan
 Ingin berkongsi masalah
 Memerlukan pengukuhana emosi
 Memerlukan bimbingan/panduan
 Ingin memahami peraturan/prosedur
 Ingin mempertingkatkan kemahiran diri
 Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga
 Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga
 Mengenalpasti masalah

MATLAMAT KAUNSELING

Membantu Suami Isteri

 Menyelesaikan konflik
 Memahami tanggungjawab
 Mengubah tingkahlaku yang tidak adaptif (tidak berfaedah)
 Memulihkan perhubungan
 Memahami prosedur/tuntutan dan perbicaraan di mahkamah
 Memahami diri sendiri dan orang lain yang signifikan (kaitan rapat)
 Mempertingkatkan kemahiran diri
 Membina sikap asertif (berterus-terang) serta keyakinan diri
 Mengenalpasti masalah, memilih alternatif dan bertanggungjawab terhadap
keputusan yang diambil
 Merujuk masalah kepada institusi yang tepat

TATACARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

 Suami Isteri hadir di Jabatan Agama Islam Negeri mengikut tempat mastautin
 Isi borang yang disediakan
 Lampirkan salinan surat nikah/rujuk nikah dan kad pengenalan
 Dapatkan nombor rujukan/tarikh temujanji

TANGGUNGJAWAB KLIEN

 Bersedia/kerelaan sendiri
 Memberikan kerjasama
 Bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil
 Melaksanakan tindakan
 Bertingkah-laku (penampilan) sopan/beradab
 Bersikap jujur/ikhlas
 Menghormati kaunselor
 Mengelakkan bertelagah/bertengkar
 Hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan (ada temujanji)
 Bersabar dan bertenang
 Mematuhi peraturan/undang-undang

TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR

 Menghormati klien
 Berlaku adil/tidak bais
 Sabar dan ikhlas
 Tidak menghukum
 Tidak banyak bercakap
 Menggalakan klien bercakap
 Bersedia dan menunjukkan minat
 Memahami masalah klien (empati)
 Mendengar dengan teliti
 Berupaya mempelbagaikan alternatif
 Mewujudkan suasana teraputik
 Berusaha mencipta kemaslahatan
 Membantu klien membuat keputusan
 Menyediakan laporan yang diperlukan oleh klien
 Mengelakan daripada berlakunya "transparence"

ETIKA KAUNSELOR

 Menghormati klien
 Tidak bais (berlaku adil)
 Tidak menghukum
 Menjaga masa
 Menjaga rahsia
 Mendorong ke arah melakukan ma'aruf

KAREKTOR SUAMI ISTERI SEMASA BERADA DALAM SESI

 Sedih/murung/bingung
 Agresif/marah/baran
 Pasif/perlu bimbingan
 Memutar belit fakta/memburuk-buruk
 Menguasai sesi/ingin menang
 Mendesak
 Mengancam/menggugut
 Takut/bimbang/risau
 Mengalah/menurut kata

SESI KAUNSELING

 Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan


 Sesi mengambil masa di antara 45 minit @1 jam
 Dikendalikan oleh seorang kaunselor
 Suami isteri dan kaunselor mempunyai peranan bagi menjayakan sesi
kaunseling

PERANAN KAUNSELOR

 Menjemput klien
 Membuat pendahuluan
 Memberi layanan yang baik
 Mengenalpasti masalah
 Menggalakkan klien bercakap
 Mengkategorikan masalah
 Menyusunikut keutamaan
 Menggunakan strategi pertolongan
 Mengemukakan alternatif
 Membantu klien membuat pilihan dan keputusan/membuat pertimbangan
 Memeriksa/mendapatkan komitmen klien
 Membuat rumusan/penutup/temujanji semula

PERANAN KLIEN (SUAMI ISTERI)

 Mempunyai matlamat yang jelas


 Mempunyai keyakinan/kepercayaan kepada kaunselor
 Bersikap jujur dalam membentangkan masalah
 Mengawal diri daripada bertingkahlaku agresif/dikuasai emosi/tindakan negatif
terhadap pasangan/kaunselor
 Memberikan komitmen/kerjasama
 Bersedia melakukan perubahan positif menerima pandangan
 Bertanggungjawab kepada keputusan yang diambil

KEJAYAAN KAUNSELING

 Klien memberi kerjasama


 Klien bermotivasi untuk berubah
 Kaunselor mempunyai ilmu kemahiran dan pengalaman
 Matlamat kaunselor dan klien sama
 Kaunselor mengguna strategi pertolongan yang tepat
 Tempat kaunseling yang selesa dan kondusif

KEBAIKAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

 Masalah dapat dikesan di atasi pada peringkat awal


 Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni
 Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan diri
 Membina keluarga bahagia
 Menyelesaikan konflik secara baik

 UNIT 4 - PENGURUSAN TALAK/FASAKH DAN PROSEDUR PENCERAIAN

PENGERTIAN TALAK (PERCERAIAN)

Dari segi bahasa : melepaskan ikatan perkahwinan

Dari segi istilah: melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai,
talak atau seumpamanya oleh suami kepada isteri

Firman Allah S.W.T

Maksudnya
"Talaq (yang boleh dirujuk kepada itu dhanya) dua kalil.  Sesudah itu bolehlah ia (ruju'
dan)memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan
(menceraikannya) dengan cara yang baik."

(Surah al-Baqarah; ayat 229) 

HADITH TENTANG TALAQ

Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya

"Tiga perkara yang dilakukan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh


dan yang dilakukan dengan bergurau (main-main) dianggap bersungguh-sungguh
iaitu nikah, talaq dan rujuk'"

(Riwayat Ahmad, Abud Daud Ibnu Majah, At-Tramizi, Al Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya

"Seburuk-buruk yang halal kepada ALLAH S.W.T ialah talaq"

(Riwayat At-Tramizi dan An Nasai')

LAFAZ TALAQ

Jenis Lafaz Talaq :

LAFAZ SARIH (NYATA)

Lafaz yang jelas menunjukkan maksud talaq atau cerai maka talaknya jatuh walaupun
tanpa niat.

Contohnya:

"Saya ceraikan kamu" atau Saya ceraikan kamu dengan talak 1 atau 2 atau 3"
LAFAZ KINAYAH (SINDIRAN)

Lafaz yang boleh jadi bermaksud talak dan lain daripadanya, talak tidak akan jatuh
melainkan dengan niat cerai.

Contohnya:

"Kamu baliklah ke rumah ibu bapa kamu" atau"Saya bebaskan kamu"

CERAI TAKLIK

Lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara

Contohnya:

"Jika kamu keluar rumah ini, maka kamu tertalaq"

"Apabila kamu balik ke rumah ibubapa kamu  maka jatuhlah talaq"

"Manakala saya berjudi lagi maka jatuhlah talak kamu"

 TALAQ KHULU'

Perceraian dengan bayaran yang dipersetujui di antara suami dan pihak isteri

Contohnya:

"Saya ceraikan awak dengan RM 1000.00 ringgit

 LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN PENCERAIAN

 Menghayati tuntutan agama (ibadat) musyawarah


 Amalkan sifat-sifat terpuji
 Memahami emosi pasangan
 Tunaikan hak dan tanggungjawab pasangan
 Mengamalkan sikap saling bermaafan
 Memberi perhatian dan penghargaan
 Mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang memutuskan
perkahwinan
 Mengamalkan komunikasi berkesan
 Memberi keutamaan kepada pasangan dan keluarga
 Mewujudkan mawaddah dan rahmah

FASAKH

Pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu keadaan yang diharuskan oleh


hukum syarak dengan kuasa (Hakim) Mahkamah

SEBAB-SEBAB YANG MEMBOLEHKAN FASAKH

 Suami menghilangkan diri selama tempoh satu tahun atau lebih


 Suami mempunyai penyakit berjangkit seperti AIDS
 Suami cuai memberi nafkah selama tiga bulan (rujuk enakmen negeri-negeri
berkaitan)
 Suami mati pucuk
 Murtad
 Suami dengan sengaja tidak memberi nafkah batin selama satu tahun
 Suami dipenjarakan selama 3 tahun
 Suami menganiaya/menzalimi siteri
 Suami berperangai keji
 Memaksa isteri hidup secara lucah
 Membuat kehidupan isteri menderita
 Melupuskan harta isteri/menghalang isteri mengurus hartanya
 Tidak melayan isteri dengan adil
 Menghalang isteri melakukan perintah agama

 IMPLIKASI FASAKH

 Tidak mengurangkan bilangan talak


 Pasangan tidak boleh rujuk (kecuali dengan akad perkahwinan yang baru
sekalipun isteri masih dalam iddah)
 Isteri wajib beriddah
 Berhak mendapat tempat tinggal dalam masa iddah
LI'AN

Sumpah seorang suami bila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau
menafikan kandungan isterinya bukan  daripada benihnya dan isterinya bersumpah
menafikan tuduhan suaminya

KAEDAH LI'AN

 Pengurusan Li'an di dalam Mahkamah (Hakim)


 Menggunakan Lafaz sumpah
 Pengakuan bercakap benar
 Tuduhan diulang sebanyak empat kali dan sekali sumpah
 Melaknat diri sendiri jika tuduhan dusta
 Isteri boleh bersumpah menafikan tuduhan sebanyak 4 kali
 Kemurkaan ALLAH S.W.T ke atas isteri jika tuduhan suami benar pada kali yang
ke lima

LAFAZ LI'AN (SUAMI)

 "Asyhadu billahi:

Saya naik saksi dengan ALLAH S.W.T bahawa sesungguhnya isteri saya berzina (4 kali)

atau

Saya naik saksi sesungguhnya anak yang dikandung bukan dari benih saya (4 kali). 
Sesungguhnya ALLAH S.W.T melaknat saya sekiranya saya berdusta (4 kali)

LAFAZ ISTERI

"Asyhadu billahi"

Saya bersaksi kepada ALLAH S.W.T saya tidak berzina (4 kali)

atau

Bahawa kandungan ini dari benih suami saya (4 kali).  Bahawa suami saya berdusta
dan kemurkaan ALLAH S.W.T ke atas saya sekirnya suami saya bercakap benar (1 kali)
IMPLIKASI LI'AN

 Suami gugur had qazaf (tidak dikenakan hukum 80 kali sebatan ke atas
tuduhan tersebut)
 Wajid had zina (rejam) ke atas isteri jika isteri tidak bersumpah
 Pasangan bercerai selama-lamanya
 Tidak boleh nasab anak kepada suami
 Anak dinasabkan kepada ibu

ILA'

Sumpah seorang suami untuk tidak melakukan hubungan kelamin dengan isterinya
dalam masa melebihi 4 bulan dan hukumnya haram

 LAFAZ ILA'

Terbahagikan kepada 2 :

Lafaz Sarih : Lafaz yang terang dan jelas

Contoh Lafaz:

"Demi ALLAH S.W.T saya tidak akan bersetubuh dengan kamu selama lebih dari empat
bulan"

Lafaz Kinayah : Lafaz yang tidak menunjukkan Ila' kecuali dengan niat

Contoh Lafaz : "Saya tidak akan sentuh kamu selama 4 bulan"

KAFFARAH ILA'

(Mengikut tertib berdasarkan surah al-Maidah: ayat 89)

 Memberi makanan kepada 10 orang miskin atau


 Memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau
 Memerdekakan seorang hamba muslim atau
 Berpuasa tiga hari
Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya:

"Maka kaffarah (melanggar) sumpah itu ialah memberi makanan 10 orang miskin iaitu
dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian
kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba.  Barang siapa tidak sanggup
melakukan yang demikian itu, maka kaffarahnya ialah puasa selama 3 hari."

(Surah al-Maidah: ayat 89)

ZIHAR

Lafaz suami menyamakan mana-mana zahir isteri dengan anggota wanita mahram
muabbad kepada suami.

KAFFARAH ZIHAR

Mengikut tertibnya

 Memerdekakan seorang hamba muslim


 Berpuasa dua bulan berturut-turut
 Memberi makanan kepada 60 orang miskin (secupak seorang) 

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Orang-orang yang menziharkan isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang


yang bersalah kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka.  Ibu-ibu mereka
tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka.  Dan
sesungguhnya mereka (dengan perlakuan yang demikian) memperkatakan sesuatu
perkara yang mungkar dan dusta.  Dan (ingatlah)sesungguhnya Allah Maha Pemaaf
lagi Maha Pengampun.  Orang menziharkan isteri mereka, kemudian hendak menarik
balik apa yang mereka ucapkan, maka wajib keatasnya memerdekakan seorang hamba
sebelum kedua orang suami-isteri itu bercampur.  Demikianlah diajar kepada kamu
dan Allah S,.W.T maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.  Barangsiapa yang tidak
mendapatkan (hamba) maka wajib ke atasnya berpuasa dua bulan berturut-turut
sebelum kedua-duanya bercampur.  Maka siapa yang tidak berpuasa wajib ke atasnya
memberi makan kepada 60 orang miskin, demikianlah supaya kamu beriman kepada
Allah S.W.T dan Rasulnya"

(Surah al-Mujadalah: ayat 3-4)

IMPLIKASI PENCERAIAN/PEMBUBARAN PERKAHWINAN

 Berkabung
 Iddah
 Rujuk
 Muta'ah
 Nafkah : isteri dalam iddah dan anak
 Hadhanah

IHDAD

Kewajipan berkabung oleh isteri yang kematian suaminya

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Dan orang-orang yang meninggal dunia diantara kamu sedang mereka meninggalkan
isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama 4 bulan 10 hari

(Surah al-Baqarah: ayat 234)

 PERATURAN IHDAD

 Tempoh : 4 bulan 10 hari (wajib ke atas isteri)


 Tidak boleh memakai perhiasan dan bau-bauan
 Tidak boleh keluar rumah tanpa tujuan yang diharuskan oleh Syara'
 Tidak boleh menerima pinangan
IDDAH

Tempoh menunggu bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami sebelum
dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang lain

JENIS IDDAH DAN TEMPOHNYA

 KEADAAN ISTERI  TEMPOH IDDAH


 Masih mempunyai haid  3 kali suci
 Telah putus haid/belum putus haid  3 bulan
 Sedang hamil  Melahirkan kandungan/keguguran

 Kematian suami  4 bulan 10 hari

 RUJUK

Mengembalikan isteri yang ditalaq raj'ie kepada ikatan perkahwinan dengan lafaz
tertentu

HAK/NAFKAH ISTERI YANG DICERAIKAN

 Pembiayaan keperluan hidup untuk bekas isteri oleh bekas suami dalam masa
iddah meliputi tempat tinggal, makanan, pakaian dan lain-lain keperluan hidup
 Nafkah hanya diberikan kepada isteri yang diceraikan dengan talak raj'ie
 Isteri yang mengandung wajib mendapat nafkah sekalipun diceraikan dengan
talak ba'in.

MUTAAH

Pemberian saguhati yang diberikan oleh suami kepada isteri yang diceraikan tanpa
sebab yang munasabah

Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya
"Hendaklah kamu memberikan 'Mutaah' (pemberian saguhati) kepada mereka (yang
diceraikan itu).  Suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) mengikut
ukuran kemampuannya dan suami yang susah pula menurut kemampuannya, sebagai
pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan ke atas orang-
orang (yang mahu) berbuat kebaikan"

(Surah al-Baqarah : ayat 236)

TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK SELEPAS PENCERAIAN

 IBU (Hadanah)  BAPA (Nafkah)


 Penjagaan dan pendidikan
anak-anak yang masih di
bawah umur
 Anak lelaki 7 tahun ke  Pembiayaan keperluan asasi seperti
bawah makanan, tempat tinggal, pakaian,
 Anak perempuan 9 tahun ke kesihatan, pelajaran dan kebajikan
bawah
 Penyusuan selama 2 tahun  Upah menyusu susu
bagi yang masih menyusu

BENTUK-BENTUK KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

 Kahwin tanpa kebenaran Pendaftar/Mahkamah


 Poligami tanpa kebenaran Mahkamah
 Perceraian luar Mahkamah
 Dengan sengaja tidak mematuhi perintah nafkah
 Melakukan penganiayaan terhadap isteri
 Rujuk yang tidak didaftarkan
 Bersekedudukan dengan bekas isteri tanpa rujuk
 Enggan hidup setelah diperintahkan oleh Mahkamah
 Isteri ingkar perintah
 Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri
 Menghina Mahkamah
 Perceraian yang tidak dilaporkan
 Perkahwinan di luar negeri yang tidak dilaporkan Pejabat Pendaftar Nikah Cerai
dan Rujuk

You might also like