P. 1
Syarahan - Membaca Jambatan Ilmu

Syarahan - Membaca Jambatan Ilmu

4.0

|Views: 13,984|Likes:
Published by ZiNing Pang

More info:

Published by: ZiNing Pang on Jan 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/15/2015

pdf

text

original

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Guru-guru Penolong

Kanan, guru-guru, para hakim yang arif lagi bijaksana, serta rakan pelajar sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi. Syarahan yang akan saya sampaikan bertajuk “Membaca Jambatan Ilmu”. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, selain menambahkan ilmu pengetahuan, membaca juga mempunyai pelbagai faedah. Hadirin yang dihormati sekalian, Membaca merupakan suatu cabang ilmu yang sangat penting kepada masyarakat pada hari ini. Hal ini disebabkan banyak perkara yang tidak dapat kita ketahui hanya melalui pengalaman. Kebanyakan perkara yang berlaku di dunia ini dapat kita ketahui melalui pembacaan. Semakin banyak kita membaca bahan bacaan yang berfaedah semakin banyak pengetahuan yang bakal kita peroleh. Sesungguhnya amat tepat sekali slogan yang menyatakan “Membaca Jambatan Ilmu”. Selain itu, dengan ilmu yang telah kita peroleh melalui pembacaan, pemikiran kita akan menjadi lebih matang. Kematangan membolehkan kita berfikir secara mendalam. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada menjadi orang yang jumud dan beku. Umpamanya orang yang banyak membaca lebih matang walaupun pada usia yang muda. Perkara ini menjadi bukti sahih kepada kita bahawa pembacaan dapat mematangkan seseorang dalam sebarang tindakannya sama ada pertuturan dan perbuatannya.

Hadirin-hadirat yang dikasihi, Aktiviti membaca juga dapat menjadikan seseorang itu berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak. Keadaan ini membolehkan sebarang tindakannya rasional dan tidak mengikut perasaan. Ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang diperolehnya akan memandunya mengambil tindakan yang tepat dan betul. Umpamanya, sewaktu membuat sebarang keputusan yang penting. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan yang dimilikinya dapat mengawal dirinya daripada sebarang tindakan yang melulu. Membaca bukan sahaja memberikan ilmu kepada seseorang malah dapat memajukan diri, masyarakat dan bangsa. Hal ini demikian kerana ilmu yang ada padanya yang diperoleh melalui pembacaan dapat digunakan untuk faedah dan manfaat banyak pihak. Tanpa ilmu pengetahuan, amat sukar seseorang itu untuk mengubah keadaan dirinya, masyarakat, dan negaranya. Hal ini menunjukkan pada kita bahawa ilmu daripada tabiat membaca boleh membawa perubahan pada masyarakat. Hadirin yang disanjungi sekalian, Jelas kepada kita bahawa slogan “Membaca Jambatan Ilmu” amat tepat. Kecenderungan membaca amat penting kepada masyarakat dan negara menuju ke arah pembentukan negara maju pada masa yang akan datang. Ringkasnya kemajuan sesebuah negara tidak dapat dipisahkan daripada tabiat membaca dalam kalangan rakyatnya.

Sekian, terima kasih.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->