You are on page 1of 56

KISAH CINTA NABI SAW

KANDUNGAN

Siri 1 : MANDI BERSAMA-SAMA ISTERI


Siri 2: ISTERI MENYEDIAKAN KEPERLUAN NABI
Siri 3 : SOLAT MALAM DISISI ISTERI
Siri 4 : SENTIASA KETAWA BERSAMA ISTERI
Siri 5 : BERSUKAN BERSAMA ISTERI
Siri 6 : BARING ATAS RIBA ISTERI
Siri 7 : SERING MEMBERI HADIAH
Siri 8 : TIDUR SATU SELIMUT DENGAN ISTERI
Siri 9 : TIDAK MARAH DENGAN KESILAPAN ISTERI
Siri 10 : BEREBUT-REBUT DENGAN ISTERI KETIKA BERWUDU’
Siri 11 : MINTA PANDANGAN ISTERI KETIKA BERSEGAK
Siri 12 : TIDAK JIJIK DENGAN MAKANAN LEBIHAN ISTERI
Siri 13 : UNDI PARA ISTERI DALAM SESUATU PERMUSAFIRAN
Siri 14 : MENEMANI ISTERI DALAM PERJALANAN
Siri 15 : TIDAK BERSALAH TETAPI MINTA MAAF
Siri 16 : TEGURAN ROMANTIK DI KALA ISTERI MARAH
Siri 17 : BERMESRA DI HADAPAN KHALAYAK
Siri 18 : MESRA DAN MANJA DALAM PANGGILAN
Siri 19 : CIUM ISTERI JADI RUTIN HARIAN
Siri 20 : TIDAK MENERIMA JEMPUTAN TANPA ISTERI
Siri 21 : SEDIA WAKTU KHUSUS UNTUK ISTERI
Siri 22 : MEMBELAI ISTERI

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 1


MANDI BERSAMA-SAMA ISTERI

Imam Al-Bukhari meriwayatkan;

‫اح ٍد ت َْختَلِفُ أَ ْي ِدينَا فِي ِه‬


ِ ‫سلَّ َم ِمنْ إِنَا ٍء َو‬ َ ‫س ُل أَنَا َوالنَّبِ ُّي‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬ ِ َ‫شةَ قَالَتْ ُك ْنتُ أَ ْغت‬
َ ِ‫عَنْ عَائ‬

Maksudnya;
“Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW
daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air
dalam bekas itu)[1]”

HURAIAN

Dari hadis ini, kita dapat melihat bagaimana indah dan romantiknya Nabi Saw
dengan Isteri-isterinya. Gambaran romantic ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah
yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga
tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada


mandi biasa, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi
wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

ِ َ‫سلَّ َم ِمنْ إِنَا ٍء َوا ِح ٍد َونَ ْحنُ ُجنُب‬


‫ان‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬ ُ ‫س ُل أَنَا َو َر‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬ ِ َ‫ُك ْنتُ أَ ْغت‬

Maksudnya;
“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami
ketika itu sedang berjunub[2]”

Tindakan nabi SAW ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama, bahkan
Aisyah juga pernah bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama,
Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah[3].

Dan pernah sambil mandi, mereka bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main


air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana
sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya
kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW[4].
Bahkan dalam hadis yang lain, Ummu salamah pernah bercerita bahawa dia mandi
bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Hal ini berlaku,
ketika Baginda sedang berpuasa[5].

Dengan ulasan ini, penilaian yang kita dapat ambil adalah, sebagai manusia yang
menjadi Umat Nabi Muhammad SAW, selayaknya kita mencontohi amalan
Rasulullah SAW ini.

Anggapan yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan Isteri


merupakan amalan jelek, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari
ajaran islam. Bahkan, jika ditanya kepada kaum hawa, pasti mereka akan
merasakan dihargai jika mereka diperlakukan sedemikian oleh suami mereka.

Sebagai isteri pula, tidak selayaknya kaum hawa menolak apabila di ajak oleh
suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang
tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat
bahawa Aisyah amat berbangga dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya
sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan
dalam kitab-kitab hadis.

Sekian

[1] Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253.


[2] Sahih Muslim : 482.
[3] Sahih Muslim : 498.
[4] Sunan An-Nasai : 239.
[5] Mushad Ahmad : 25355.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 2


KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 2

ISTERI MENYEDIAKAN KEPERLUAN NABI

Imam Muslim meriwayatkan hadis, bahawa Aisyah R.Ha berkata;

َ ُ‫ضأ ُ َوي‬
‫صلِّي‬ َ َ‫س َوا َكهُ َوطَ ُهو َرهُ فَيَ ْب َعثُهُ هَّللا ُ َما شَا َء أَنْ يَ ْب َعثَهُ ِمنْ اللَّ ْي ِل فَيَت‬
َّ ‫س َّو ُك َويَتَ َو‬ ِ ُ‫ُكنَّا نُ ِع ُّد لَه‬

Maksudnya;
”Kami sentiasa menyediakan sugi dan air bersuci untuk Rasulullah SAW, lalu Allah
membangkitkan baginda dari tidur pada waktu malam, kemudian baginda bersugi,
berwudu’ dan menunaikan solat.....[1]”

HURAIAN

Bersugi pada waktu malam, sama ada sebelum dan selepas tidur merupakan
amalan Rasulullah SAW. Terutama ketika baginda SAW ingin berwudu’ dan
menunaikan solat.

Aisyah R.Ha berkata;

َ ‫ضأ‬
َّ ‫س َّوكَ قَ ْب َل أَنْ يَت ََو‬
َ َ‫ستَ ْيقِظُ إِاَّل ت‬
ْ َ‫سلَّ َم َكانَ اَل يَ ْرقُ ُد ِمنْ لَ ْي ٍل َواَل نَ َها ٍر فَي‬ َ ‫أَنَّ النَّبِ َّي‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬

Maksudnya;
”Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan tidur pada waktu malam dan juga siang
melainkan apabila baginda bangun, baginda akan bersugi sebelum baginda
berwudu’[2].

Bersugi merupakan amalan yang mulia, bahkan ianya amat terpuji disisi Allah
SWT.

Sabda Nabi SAW:

‫السواك مطهرة للفم مرضاة للرب‬

Maksudnya;
”Bersugi adalah penyuci mulut dan punca mendapat redha Allah SWT[3]”

Kepentingan sugi ini amatlah besar, sehinggakan Nabi SAW pernah menyebut;

ْ ‫ق َعلَى أُ َّمتِي لَفَ َر‬


‫ضتُهُ لَ ُه ْم‬ ُ َ‫َولَ ْواَل أَنِّي أَ َخافُ أَنْ أ‬
َّ ‫ش‬

Maksudnya;
“Sekiranya aku tidak takut bahawa menjadi susah atas umatku, nescaya aku
mewajibkan kepada mereka (bersugi)[4]”

Memandangkan Baginda SAW sentiasa bangun menunaikan solat Tahajjud.


Sebagai isteri yang mahu disayangi suami, Aisyah telah bertindak bahawa
menyediakan segala keperluan Nabi untuk berwudu’ seperti kayu sugi dan air
bersih untuk Nabi SAW bersuci sebelum Baginda SAW bangun dari tidur.

Tindakan ini, walaupun dilihat amat remeh, tetapi sebenarnya dapat memberi
kesan yang terlalu besar kepada hati Baginda SAW. Ekoran dari itulah, tidak pelik,
apabila dilihat, didapati bahawa antara isteri-isteri yang paling disayangi oleh
Baginda SAW adalah Aisyah R.Ha.

Begitujuga, jika diperhatikan lagi, Baginda SAW juga amat menyintai Khadijah
R.Ha sehinggakan selepas kematian Khadijah pun, baginda SAW masih lagi
menyebut-nyebut tentang khadijah didepan isteri-isteri yang lain.

Mengapakah keadaan ini berlaku???

Rahsianya adalah kerana Khadijah adalah isteri yang sangat-sangat mengambil


berat keadaan Nabi SAW, sehinggakan beliaulah teman hidup Nabi dikala nabi
keseorangan. Beliau memilih Nabi dikala orang menolak Nabi. Beliau mencintai
Nabi dikala baginda dibenci. Penerima Islam pertama dikala orang menghina Nabi.
Tidak menyayangi harta untuk perjuangan islam yang dibawa oleh Nabi SAW.

Oleh yang demikian, mengambil berat keadaan suami merupakan tindakan yang
penting bagi menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri. Pun begitu, perlu
diingati bahawa mengambil berat tersebut hendaklah bersesuaian dengan masa dan
”mood” si suami. Ini kerana, ada sebilangan suami yang agak tidak berminat untuk
”bermanja” dalam sesuatu masa tertentu. Keadaan ini berlaku disebabkan
perubahan Mood yang terjadi pada diri si suami.

Walaubagaimanapun, secara asasnya, mengambil berat terhadap keadaan suami


merupakan tindakan yang dapat melahirkan kasih sayang antara suami isteri,
seperti menggembirakannya dikala dia bersedih, menenangkan hatinya dikala
hatinya sempit, memberi jalan keluar dikala dia kebuntuan, memudahkan
urusannya dikala dia kesulitan, sentiasa memberi cadangan berbanding
membantah, tidak menekan dan mendesak dikala dia tidak berkemampuan,
bahkan dalam keadaan berkemampuan sekalipun dan sebagainya.
Lihatlah kepada Aisyah dan Khadijah yang terlalu mengambil berat terhadap
suaminya, menyebabkan cinta Nabi kepada dua insan ini amat terserlah.

Lihatlah kepada Aisyah yang menyediakan kayu sugi dan air bersih untuk baginda
SaW bersuci, walaupun tindakan itu dilihat amat remeh, tetapi ianya amat
memberi kesan besar kepada cinta Nabi SAW kepada Aisyah.

Begitujuga kepada para kaum hawa, yang mana sebagai isteri, bertindak
mengambil berat terhadap suami, seperti sentiasa menyediakan makanan,
menyiapkan pakaian yang sudah disetarika, memakaikan stokin, memotong kuku
suami dan berbagai-bagai lagi, merupakan tindakan yang pada pandangan mata
kita adalah remeh, tetapi ianya amat memberikan kesan besar bagi cinta seorang
suami kepada isterinya.

Sekian

[1] Sahih Muslim : 1233.


[2] Sunan Abi Daud : 52.
[3] Sunan Abi Daud : 5.
[4] Sunan Ibni Majah : 285.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 3


SOLAT MALAM DISISI ISTERI

Menunaikan solat malam merupakan kebiasaan bagi hidup Nabi SAW. kehebatan
menunaikan solat malam ini, sehinggakan digambarkan dalam satu riwayat
bahawa kedua kaki nabi SAW bengkak lantaran lama berdiri.

Imam At-Tarmizi meriwayatkan, daripada Al-Mughirah bin Su’bah berkata:

‫سلَّ َم َحتَّى ا ْنتَفَ َختْ قَ َد َماهُ فَقِي َل لَهُ أَتَتَ َكلَّفُ َه َذا َوقَ ْد ُغفِ َر لَ َك َما تَقَ َّد َم ِمنْ َذ ْنبِ َك َو َما تَأ َ َّخ َر‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬
ُ ‫صلَّى َر‬
َ
‫ش ُكو ًرا‬ َ َ
َ ‫قا َل أفاَل أ ُكونُ َع ْبدًا‬ َ َ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW menunaikan solat hingga bengkak kedua kaki Baginda. Dikatakan
kepada baginda, apakah sebab kamu menyusahkan diri kamu ini, sedangkan kamu
telah diampunkan dosa yang telah lepas dan yang akan datang. Berkata Baginda
SAW, apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur[1]”

Kesungguhan Nabi Muhammad SAW dalam melakukan ibadat malam ini,


sehinggakan dinyatakan oleh Aisyah bahawa, dalam keadaan uzurpun pasti
baginda tetap dengan ibadat malam.

Imam Muslim meriwayatkan hadis, bahawa Aisyah berkata:

َ ْ‫سلَّ َم لَ ْم يَ ُمتْ َحتَّى َكانَ َكثِي ٌر ِمن‬


ٌ ِ‫صاَل تِ ِه َوه َُو َجال‬
‫س‬ َ ‫أَنَّ النَّبِ َّي‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬

Maksudnya;
“sesungguhnya Nabi SAW tidak akan wafat hinggakan banyak solatnya ditunaikan
dalam keadaan duduk[2]”

Begitujuga, ketika sakit, baginda SAW tetap menunaikan solat malam mengikut
kemampuan Baginda. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan dalam keadaan duduk,
baginda akan menunaikan solat malam dengan membaca surah yang lebih panjang
dari kebiasaan.

Hal ini merujuk kepada hadis daripada Hafsah binti Omar, isteri Baginda Nabi
SAW berkata:

‫ فرأيته يصلي قاعدا‬، ‫لم أر رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قاعدا في سبحة حتى كان قبل موته بعام واحد أو اثنين‬
‫في سبحته ويرتل السورة حتى تكون قراءته إياها أطول من أطول منها‬

Maksudnya;
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW duduk dalam solat sunat melainkan
sebelum saat kewafatannya setahun atau dua tahun. Aku melihat baginda SAW
menunaikan solat sunat dalam keadaan duduk, dan Baginda SAW akan membaca
surah hingga bacaannya itu lebih panjang daripada bacaannya yang panjang-
panjang[3]”

Ketika berada dirumah, baginda SAW tidak menunaikan solat malam itu
bersendirian, bahkan baginda akan membangunkan isterinya untuk menunaikan
solat malam bersama-sama.

Imam Abu Daud meriwayatkan hadis, daripada Abu Hurairah R.A berkata,
bahawa nabi Muhammad SAW berkata;

َ َ‫ض َح فِي َو ْج ِه َها ا ْل َما َء َر ِح َم هَّللا ُ ا ْم َرأَةً قَا َمتْ ِمنْ اللَّ ْي ِل ف‬
ْ‫صلَّت‬ َ َ‫صلَّى َوأَ ْيقَظَ ا ْم َرأَتَهُ فَإِنْ أَبَتْ ن‬
َ َ‫َر ِح َم هَّللا ُ َر ُجاًل قَا َم ِمنْ اللَّ ْي ِل ف‬
ْ
‫ض َحتْ فِي َو ْج ِه ِه ال َما َء‬ َ َ َ
َ ‫َوأ ْيقظتْ ز َْو َج َها فإِنْ أبَى ن‬ َ َ َ

Maksudnya;
“Allah merahmati kepada lelaki yang bangun malam untuk menunaikan solat, lalu
membangunkan isterinya. Apabila isterinya enggan bangun, dia akan merenjis-
renjiskan air pada mukanya. Allah juga merahmati isteri yang bangun malam, lalu
membangunkan suaminya. Apabila suaminya enggan, dia akan merenjus-renjiskan
air pada mukanya[4]”

Pun begitu, kadangkala ada dari kalangan isteri baginda yang sedang haid,
menyebabkan Baginda SAW tidak mengganggu mereka tidur. Dalam keadaan
itupun, Baginda SAW tidak berjauhan dari mereka, sehingga menunaikan solat
malam bersebelahan dengan isteri tersebut.

Ini disandarkan kepada hadis riwayat Al-Bukhari, daripada Maimunah R.Ha


berkata:

‫صلِّي‬ َ َ‫ض َو ُربَّ َما أ‬


َ ‫صابَنِي ثَ ْوبُهُ إِ َذا‬
َ ُ‫س َج َد قَالَتْ َو َكانَ ي‬ ٌ ِ‫صلِّي َوأَنَا ِح َذا َءهُ َوأَنَا َحائ‬
َ ُ‫سلَّ َم ي‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬
ُ ‫َكانَ َر‬
ُ ْ َ
‫َعلى الخ ْم َر ِة‬

Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa menunaikan solat disisiku, padahal ketika itu aku sedang
berhaid. kadangkala ketika baginda sujud, pakaiannya terkenaku. Dia berkata
(Maimunah), dia solat di atas tikar[5]”

Juga hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, bahawa Aisyah R.Ha berkata:

‫ستُهُ فَ َوقَ َعتْ يَ ِدي َعلَى بَ ْط ِن قَ َد َم ْي ِه‬


ْ ‫ش فَا ْلتَ َم‬
ِ ‫سلَّ َم لَ ْيلَةً ِمنْ ا ْلفِ َرا‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬ ُ ‫ فَقَدْتُ َر‬: ْ‫شةَ قَالَت‬
َ ِ ‫سو َل هَّللا‬ َ ِ‫عَنْ عَائ‬
‫س ِج ِد‬ ْ ‫َو ُه َو فِي ا ْل َم‬

Maksudnya;
“satu malam, Aku kehilangan Rasulullah daripada hamparan tidur. Lalu aku meraba-
raba, didapati tanganku menyentuh tapak kaki Rasulullah SAW yang sedang
menunaikan solat[6]”

Nah !! dari ulasan ini, nyata kepada kita bahawa antara akhlak Nabi SAW adalah
tidak pernah mengabaikan isteri-isterinya dalam melakukan ibadat, lebih-lebih lagi
dalam menunaikan ibadat wajib dan ibadat sunat.

Dengan ini juga difahami, menunaikan ibadat tersebut, tidak semestinya mesti
berjauhan dengan isteri dikala dia sedang berhaid. Bahkan, jika ditunaikan
bersebelahan dengan isteri yang sedang tidur pun tidak mengapa, bahkan ianya
lebih baik, disebabkan dapat menghindarkan dari timbul syak dalam hati isteri
dikala isteri sedar dari tidur.

Disamping itu juga, apabila para suami menunaikan solat malam disebelah isteri,
pasti isteri akan merasakan dirinya sedang dijaga walaupun si suami itu sedang
menunaikan solat sekalipun.

Sekian

[1] Sunan At-Tarmizi : 377. : telah disahihkan oleh Albani dalam kitab Sahih wa
Daif Sunan At-Tarmizi : 412.
[2] Sahih Muslim : 1210.
[3] Al-Mukjam Al-Awsat Li At-Tibrani : 3775.
[4] Sunan Abi Daud : 1113. hadis ini adalah hasan saheh .
[5] Al-Bukhari : 366.
[6] Muslim : 751.
KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 4

SENTIASA KETAWA BERSAMA ISTERI

Memandangkan Nabi SAW adalah manusia biasa seperti manusia-manusia yang


lain, pasti keinginan dan perilaku nabi SAW seperti manusia kebiasaan. Cumanya,
nabi SAW adalah utusan Allah yang sudah pasti segala pergerakan kemanusiaan
baginda itu dikawal oleh Allah SWT.

Dalam berkeluarga, dilihat Nabi SAW sangat romantik dengan isteri-isterinya,


sehingga diceritakan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh ’Umarah yang
bertanya kepada ’Aisyah;

‫ « كان أكرم الناس وألين الناس وأحسنهم‬: ‫كيف كان رسول هللا صلى هللا عليه وسلم إذا خال مع نسائه ؟ قالت‬
‫ وكان رجال من رجالكم وكان بساما ضحاكا‬، ‫» خلقا‬

Maksudnya;
“Bagaimana keadaan Nabi SAW ketika menyendiri bersama isteri-isterinya?. Berkata
Aisyah : Baginda SAW adalah semulia-mulia manusia dan selembut-lembut manusia
dan sebaik-baik akhlak dari kalangan manusia. Baginda SAW seperti lelaki lain,
bahkan beliau terlalu banyak tersenyum dan ketawa (bersama isteri-isterinya)[1]”

Dari hadis ini, kita akan mendapat satu gambaran betapa Nabi SAW adalah
manusia yang sangat disayangi oleh isteri-isteri baginda. Gambaran sayangnya
isteri baginda itu adalah dilihat kepada pujian yang diberikan oleh Aisyah terhadap
nabi SAW.

Sebagai manusia yang paling rapat, pasti isteri lebih mengetahui keadaan suami
mereka. Segala kelemahan dan kelebihan yang wujud pada suami, pasti berada
dibawah pengetahuan isteri.
Jika diperhatikan pada hadis ini, juga dari hadis-hadis yang lain, kita akan dapati
bahawa tidak ada satu hadis pun yang pernah di keluarkan oleh mana-mana isteri
nabi tentang keburukan nabi SAW, menunjukkan bahawa kebaikan yang wujud
dalam diri nabi adalah sesuatu yang diakui dan sekali-kali tidak wajar jika tidak
mencontohi dan mentauladaninya.

Pujian dari hadis ini adalah, baginda SAW adalah manusia yang terbaik dari
semua sudut kehidupan; sama ada dari sudut kemuliaan, kelembutan dan
akhlaknya terhadap para isterinya.

Kehebatan yang wujud ini digambarkan oleh Aisyah dengan jelas bahawa Baginda
SAW semasa berdua-duaan dengan mana-mana isterinya, sering kali didapati
mereka berdua tertawa bersama-sama dan senyum bersama-sama.

Senyum dan tertawa bersama isteri secara berdua-duaan mempunyai kelebihan


yang tersendiri. Antaranya, ia merupakan cara untuk melunakkan hati dan
perasaan seseorang isteri agar rasa hidup mereka sentiasa ceria.

Disamping itu juga, dengan tertawa dan senyum berdua-duaan, akan mewujudkan
satu suasana yang romantik, harmoni, ketenangan dan seterusnya mampu
membangkitkan ghairah syahwat yang sudah pasti akan tercapai kehidupan yang
puas dalam kehidupan berumah tangga.

Keadaan ini sebenarnya telah membenarkan sebilangan kajian ilmu Psikologi yang
menyatakan bahawa, kerangsangan seks yang wujud pada perempuan tidak sama
seperti kerangsangan seks yang wujud pada lelaki.

Kaum lelaki, rangangan seks mereka adalah dengan penglihatan mata, adapun
perempuan, rangsangan seks mereka adalah dengan romantik, keharmonian dan
dengan kata-kata manis dari lelaki[2].

Justeru itu, inilah rahsia kebahagian rumah tangga yang diajar oleh nabi SAW
kepada umatnya yang wajar dijadikan sebagai contoh tauladan demi mengharungi
kehidupan berkeluarga yang bahagia.

Sekian

Wallahu ’Alam

[1] Az-Zuhd : 1263.


[2] Quran Saintifik : m/s 288-289.
KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 5

BERSUKAN BERSAMA ISTERI

Sukan merupakan antara cara untuk menyihatkan badan. Dengan bersukan, tubuh
badan akan bergerak agrasif, sudah pasti melahirkan jasmani yang sihat.

Islam menyeru manusia agar hidup sihat. Ekoran dari itu, Islam meletakkan asas
bahawa segala amalan kehidupan adalah harus, melainkan wujud nas yang
menyatakan pengharamannya.

Bermaksud, semua bentuk sukan yang boleh menyihatkan badan adalah harus,
selama mana bentuk sukan itu tidak terkandung unsure-unsur yang menyalahi
syariat; menyalahi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah secara Qatii, Sahih dan
sorih.

Justeru itulah, kita akan dapati bahawa Nabi SAW sendiri juga sering bersukan.
Bermain pedang, memanah, menunggang kuda menjadi amalan nabi SAW dan
para sahabat, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menyiapkan diri dengan
persediaan dalam menggerunkan musuh-musuh islam.

Firman Allah;

ْ ‫َوأَ ِعدُّوا لَ ُه ْم َما ا‬


‫ستَطَ ْعتُ ْم ِمنْ قُ َّو ٍة َو ِمنْ ِربَا ِط ا ْل َخ ْي ِل ت ُْر ِهبُونَ بِ ِه َع ُد َّو هَّللا ِ َو َع ُد َّو ُك ْم‬

Maksudnya;
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi
dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu)
kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu”

(Surah Al-Anfal : 60)

Dalam keadaan begitu pun, didapati bahawa bersukan yang diamalkan oleh Nabi
SAW, bukan sekadar nabi bersama-sama para sahabat sahaja, bahkan ada ketika-
ketika tertentu, baginda SAW bersukan bersama isteri-isteri baginda.
Antaranya adalah satu hadis Aisyah yang berkata;

ِ ِ‫سبَقَنِي فَقَا َل َه ِذ ِه ِبت‬


‫يك‬ َ ‫سبَ ْقتُهُ فَلَبِ ْثنَا َحتَّى إِ َذا َر ِهقَنِي اللَّ ْح ُم‬
َ َ‫سابَقَنِي ف‬ َ َ‫سلَّ َم ف‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ‫سابَقَنِي النَّبِ ُّي‬
َ

Maksudnya;
“Nabi SAW berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku
menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah
mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu”

Dalam riwayat yang lain pula menyatakan bahawa dalam satu permusafiran
Baginda bersama para sahabat. ketika itu, Aisyah turut sama dalam permusafiran
tersebut.

Dalam perjalanan, Nabi SAW memaklumkan kepada para sahabat agar mereka
berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila para
sahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda berkata kepada Aisyah ajak
berlumba-lumba[1].

Melihat kepada hadis ini, pasti kita akan dapat membayangkan betapa lunaknya
hati nabi dalam usaha hendak gembirakan isteri-isterinya. Memandangkan Nabi
SAW adalah manusia yang selalu sebuk, baginda akan mengambil segala
kesempatan yang ada untuk menggembirakan isteri-isterinya.

Disamping dalam permusafiran, baginda telah mengambil kesempatan yang ada


dengan menjadikan sukan berlumba-lumba sebagai cara untuk bermesra dan
menggembirakan isteri-isteri baginda.

Dari hadis ini juga, kita akan dapati, Nabi SAW tidak menjadikan tempat awam
sebagai penghalang nabi SAW menyeronokkan isterinya. Bahkan, jika di tempat
awam itu adalah ruang yang paling berkesan bagi nabi mahu gembirakan Isterinya,
pasti dilakukan oleh Baginda SAW.

Sebagai isteri, pasti tindakan sebegini memberi kesan besar kepada hati mereka.
hal ini dapat dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah ini. Walaupun kejadian
tersebut telah berlalu begitu lama, tapi masih berada diingatan Aisyah sehingga ke
saat Aisyah meriwayatkan hadis ini.

Sekian
Wallahu 'Alam

[1] Musnad Ahmad : 22989.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 6


BARING ATAS RIBA ISTERI

Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai


jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan
perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.

Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang
memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah
mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.

Bahkan, dengan kehadiran Haid dan Nifas ini, tidak dijadikan oleh nabi SAW
sebagai peluang untuk nabi SAW tidak bermesra dengan isteri-isterinya.

Ini dilihat kepada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

َ‫ض َويَ ْق َرأُ ا ْلقُ ْرآن‬ َ ‫ض ُع َر ْأ‬


ٌ ِ‫سهُ فِي ِح ْج ِري َوأَنَا َحائ‬ َ َ‫سلَّ َم ي‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬
ُ ‫لَقَ ْد َكانَ َر‬

Maksudnya;
”Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan
ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran[1]”

Dari hadis ini, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup
memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-
orang jahiliyyah terdahulu.

Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan
isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya
yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba
tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala
kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil
kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan
bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga
menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran
dengan najis[2].

Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan
kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran
haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami
isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan
cinta bergelora.

Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara
tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.

Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala
mereka di riba isterinya. Begitujuga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa
janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu
seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.

Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang
melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan
di akhirat.

Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia


adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah
tangga.

Sekian

Wallahu ’Alam

[1] Sunan Ibni Majah : 626.


[2] Aun Al-Ma’bud : 1/305.
KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 7

SERING MEMBERI HADIAH

Hadiah merupakan pelunak bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan
seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu
memberikan sesuatu hadiah, menyebabkan orang yang menerima hadiah akan rasa
dihargai, menyebabkan kadangkala perasaan marah juga boleh terhapus.

Sabda Nabi SAW;

‫تهادوا تحابوا‬

Maksudnya;
”Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang[1]”

Diceritakan bahawa semasa Imam Hasan Al-Banna sering menyampaikan kuliah


agama. Dalam kuliah beliau itu, terdapat seorang Pak Cik tua yang sering
mengemukakan soalan-soalan ”pekena”. Soalan yang dikemukakan, bukan dengan
tujuan ”mahu tahu”, tetapi mahu menjatuhkan kredibiliti Imam Hasan Al-Banna
sebagai seorang tokoh gerakan Islam di Mesir.

Melihat tindakan Pak Cik tersebut, Imam Hasan Al-Banna berfikir tentang cara
yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu. akhirnya,
Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah,
menyebabkan Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan
kepada Pak Cik tersebut.

Ekoran dari kejadian tersebut, menyebabkan Pak Cik itu sudah mula merasa malu
dengan Imam Hasan Al-banna, dan selepas dari kejadian itu, Pak Cik tersebut
tidak lagi mengemukakan soalan-soalan ”penena” seperti yang selalu dilakukan
sebelum ini.

Dari kisah ini, jelas kepada kita bahawa hadiah merupakan faktor penting dalam
menaikkan semangat sayang menyayangi antara manusia. Lebih-lebih lagi, dalam
usaha hendak melahirkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Nabi SAW merupakan sebaik-baik contoh yang perlu dijadikan tauladan dalam
pengurusan rumah tangga ini. ini kerana, didapati baginda SAW juga sering
memberikan hadiah kepada isterinya. Semuanya ini adalah bertujuan, untuk
melahirkan perasaan kasih sayang antara suami dan isteri.

Ini disandarkan kepada hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita;

‫س ٍك َواَل‬ْ ‫ش ِّي ُحلَّةً َوأَ َواقِ َّي ِمنْ ِم‬ ِ ‫سلَ َمةَ قَا َل لَ َها إِنِّي قَ ْد أَ ْه َديْتُ إِلَى النَّ َجا‬ َ ‫سلَّ َم أُ َّم‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬ َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬ ُ ‫لَ َّما تَ َز َّو َج َر‬
‫صلَّى‬ ‫هَّللا‬
َ ِ ُ ُ َ َ َ ‫ل‬ ‫و‬ ‫س‬ ‫ر‬ ‫ل‬ ‫ا‬َ ‫ق‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ك‬َ َ‫ان‬ َ
‫ك‬ ‫و‬ ‫ل‬‫ا‬ َ ‫ق‬ ‫ك‬
َ َ ِ َ ِ ََّ ‫ل‬ ‫ي‬ ‫ه‬ َ ‫ف‬ ‫ي‬َ ‫ل‬‫ع‬َ ْ‫َّت‬
‫د‬ ‫ر‬ ْ‫ن‬
ُ ِ َّ‫إ‬َ ‫ف‬ ‫ي‬ َ ‫ل‬ ‫ع‬
َ ً ‫ة‬‫د‬َ ‫ُو‬‫د‬‫ر‬ ْ ‫م‬ ‫ي‬ ‫ت‬ ‫ي‬ ‫د‬
َ ِ َّ ِ ِ َ َ‫ه‬َ ‫اَّل‬‫إ‬ ‫ى‬‫ر‬ َ ‫أ‬ ‫اَل‬‫و‬ َ‫ات‬ ‫م‬َ ‫د‬ ْ َ ‫ق‬ ‫اش َّي إِاَّل‬ِ ‫أَ َرى النَّ َج‬
َ‫س ِك َوا ْل ُحلَّة‬ ْ َ َ
ْ ‫سل َمة بَقِيَّة ال ِم‬َ ُ َ َ
َ ‫س ٍك َوأ ْعطى أ َّم‬ َ ُ
ْ ‫سائِ ِه أوقِيَّة ِم‬ َ َ َ َ َ
َ ِ‫سل َم َو ُردَّتْ َعل ْي ِه َه ِديَّتُهُ فأ ْعطى ُك َّل ا ْم َرأ ٍة ِمنْ ن‬ َّ َ ‫هَّللا ُ َعل ْي ِه َو‬
َ

Maksudnya;
“ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata
kepadanya, “sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan
pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-najasyi
sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku.
Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu”.
Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah SAW; “jika
hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri
baginda, dan baginda memberikan Ummu salamah minyak wangi yang berbaki dan
pakaian bernilai itu[2]”

Hadis ini amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana Rasulullah SAW
menaikkan semangat kasih sayang baginda terhadap isteri-isteri. Memberi hadiah
menjadi rutin bagi Nabi SAW.

Oleh itu, bagi mereka yang sedang berada dalam krisis rumah tangga, perlu sangat
mengambil pengajaran dari kisah Nabi ini sebagai panduan dalam menyelesaikan
krisis tersebut. Disamping itu juga, bagi mengeratkan kasih sayang antara dua
suami isteri, sewajarnya menjadikan pemberian hadiah antara pasangan sebagai
sesuatu yang rutin.

Pemberian hadiah itu, tidak semestinya dari suami kepada isteri, bahkan tidak ada
salahnya jika isteri yang memberikan hadiah kepada suami dalam mengeratkan
hubungan kasih sayang dalam berumah tangga.

Begitujuga, bagi mereka yang berpoligami, kadangkala berlaku sedikit krisis


antara isteri-isteri. Jadikan hadis ini sebagai panduan dalam mencari jalan
penyelesaian. Mungkin suami memberikan hadiah kepada isteri-isteri masing-
masing, atau bagi isteri yang sedar kesilapan ini berlaku, beliau bertindak
memberikan hadiah kepada isteri yang lain.

Semuanya adalah bertujuan, untuk melahirkan keluarga yang bahagia, berasaskan


kepada contoh tauladan Nabi Muhammad SAW.

Sekian

[1] Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.


[2] Musnad Ahmad : 26016.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 8


TIDUR SATU
SELIMUT DENGAN ISTERI

Haid merupakan masalah fitrah kaum perempuan yang tidak boleh dinafikan.
Apabila kaum perempuan didatangi haid pada setiap bulan, ianya bukan
bermakna, itulah masanya kaum lelaki tidak tidur bersama-sama dengan mereka.

Jika dirujuk keadaan arab jahiliyyah terdahulu, mereka menjadikan musim


kedatangan haid sebagai cara untuk mereka menjauhkan diri dari isterI-isteri
mereka. Masakan tidur sekali, sampai satu tahap, segala makanan masakan isteri
mereka yang berhaid juga tidak dimakan. Mereka bertindak sedemikian adalah
kerana mereka beranggapan, perempuan yang berhaid bermaksud perempuan itu
bernajis. Apabila mereka sudah bernajis, maka segala hasil tangan mereka dikira
juga sebagai najis.

Pengamalan jahiliyyah ini menyalahi dengan Islam yang amat memuliakan kaum
perempuan. Islam meletakkan asas, dikala perempuan kedatangan haid, larangan
hanya berlaku pada jimak sahaja. Adapun selain itu, ianya adalah dibenarkan.

Dalam Hadis sendiri telah membuktikan hal ini. Diberitakan melalui hadis riwayat
Imam An-Nasai dalam kitab As-Sunan Al-Kubra, daripada Zainab yang
merupakan anak perempuan Ummu Salamah bercerita, bahawa ibunya, iaitu
Ummu Salamah berkata;

‫بينا أنا مضطجعة مع رسول هللا صلى هللا عليه وسلم في الخميلة فانسللت من اللحاف فقال رسول هللا صلى هللا عليه‬
‫وسلم أنفست فقلت نعم فدعاني فاضطجعت معه في الخميلة‬
Maksudnya;
“ketika kami sedang berbaring bersama Rasulullah SAW dalam satu selimut, lalu Aku
bangkit keluar dari selimut. Bertanya Rasulullah SAW; Apakah kamu sedang
berhaid?? Aku menjawab; benar aku sedang berhaid. lalu baginda memanggilku
untuk berbaring bersama baginda dalam selimut tadi[1]”

Hadis yang dinukilkan ini merupakan satu bukti yang kukuh bahawa, dengan
kedatangan haid, bukanlah menjadi penghalang para suami untuk tidur satu
selimut dengan isterinya.

Disamping itu juga, jika difikirkan dari sudut psikologi pula, kita akan dapati
tindakan sebegini merupakan satu kemuliaan yang diberikan oleh islam kepada
kaum perempuan. Jika ini dilarang, pasti kaum perempuan akan merasakan
bahawa diri mereka seakan-akan tidak berguna dikala sedang berhaid, sedangkan
haid itu bukanlah pilihan dirinya, tetapi ia adalah ketetapan fitrah yang telah
disediakan oleh Allah SWT.

Jika dilihat kepada hadis ini, kita dapat melihat bagaimana tindakan Ummu
Salamah yang pada awalnya ingin menjauhkan diri dari Rasulullah SAW
disebabkan beliau sedar bahawa beliau sedang berhaid, tetapi dipanggil balik oleh
nabi SAW walaupun setelah diberitahu bahawa beliau sedang berhaid.

Dengan ini, menunjukkan bahawa, Nabi SAW amat memandang kepentingan tidur
bersama dengan isterinya, malahan dalam satu selimut, walaupun isterinya itu
sedang berhaid. jika dalam berhaid pun nabi SAW masih tidur satu selimut dengan
isterinya, maka terlebih utama nabi SAW tidur satu selimut dengan isterinya dikala
mereka tidak berhaid.

Kepada kaum lelaki, hadis ini selayaknya dijadikan pengajaran dalam usaha
hendak melahirkan rumah tangga yang bahagia. Isteri mana tidak merasakan
berbangga, jika mereka sering dihargai oleh suaminya. Walaupun, penghargaan itu
tidak diluahkan dari sudut kata-kata, tetapi dengan luahan bentuk perbuatan
seperti tidur satu selimut pun sudah cukup bagi isteri merasakan penghargaan diri
suami berikan kepada mereka.

Juga perlu diingat, keizinan tidur satu selimut dengan isteri yang berhaid itu bukan
bermakna islam membenarkan melakukan jimak. Ini kerana, Allah melarang
berlaku jimak dengan isteri yang sedang berhaid.

Firman Allah;

َ‫ض َواَل تَ ْق َربُوهُنَّ َحتَّى يَ ْط ُه ْرن‬ َ ِّ‫ض قُ ْل ُه َو أَ ًذى فَا ْعتَ ِزلُوا الن‬
ِ ‫سا َء فِي ا ْل َم ِحي‬ ِ ‫سأَلُونَ َك َع ِن ا ْل َم ِحي‬
ْ َ‫َوي‬

Maksudnya;
“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu
kotoran." Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu
haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci”

(Surah Al-Baqarah : 222)

Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini ketika tidur
bersama isteri yang sedang berhaid, hendaklah dipastikan isteri tersebut memakai
pakaian yang tidak mendatangkan ghairah kepada suami, disamping itu juga,
hendaklah isteri hindarkan diri dari berkata-kata dan bertindak tanduk dengan
tindakan yang boleh mendatangkan syahwat kepada suami.

Pada diri suami pula, jika bimbang berlaku jimak dengan isteri sekiranya tidur
bersama isteri dalam satu selimut, maka hendaklah suami tidur di atas katil yang
sama, tetapi menggunakan selimut yang berbeza. Jika masih lagi mendatangkan
syahwat, maka hendaklah dia tidur di atas katil yang berbeza.

Adapun tindakan keluar dari rumah dengan tidur di tempat lain, atau meminta
isteri menjauhi suami dari tempat tidur, maka itu adalah tindakan yang tidak
sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi jika dengan tindakan sedemikian boleh
mendatangkan ”jiwa terluka” oleh isteri.

Sekian

[1] As-Sunan Al-Kubra : 275.


KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 9

TIDAK MARAH DENGAN KESILAPAN


ISTERI

Setiap manusia tidak lepas dari sebarang kesilapan. Walaupun seseorang itu
berhati-hati dalam tindakan pun, kadangkala berlaku juga kesilapan.

Ekoran dari itulah, kita akan dapati islam meletakkan asas bahawa dimaafkan
kepada mereka yang melakukan sebarang kesilapan.

Sabda Nabi SAW;

‫وضع هللا عن امتى الخطاء والنسيان وما استكرهوا عليه‬

Maksudnya;
”Allah tidak mengambil salah dari umatku dikala mereka tersilap, lupa dan dalam
keadaan mereka dipaksa[1]”

Kesilapan itu kadangkala dilakukan oleh isteri. Kesilapan yang kecil, tidak
seharusnya dijadikan modal utama untuk melahirkan pertelagahan antara suami
isteri. Lebih-lebih lagi membawa kepada perceraian.

Jika dilihat kepada Nabi SAW, kita akan dapati Nabi SAW tidak menjadikan
perkara remeh sebagai penyebab untuk melahirkan masalah antara suami dan
isteri.

Keadaan ini dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah R.ha yang berkata;

‫س َل‬ َ َ‫ث فَإِنْ أ‬


َ ‫صابَهُ ِمنِّي ش َْي ٌء َغ‬ ٌ ‫طا ِم‬ ٌ ِ‫ش َعا ِر ا ْل َوا ِح ِد َوأَنَا َحائ‬
َ ‫ض‬ ِّ ‫سلَّ َم نَبِيتُ فِي ال‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬ ُ ‫ُك ْنتُ أَنَا َو َر‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬
َ ‫س َل َم َكانَهُ َولَ ْم َي ْع ُدهُ ثُ َّم‬
‫صلَّى فِي ِه‬ َ ‫اب تَ ْعنِي ثَ ْوبَهُ ِم ْنهُ ش َْي ٌء َغ‬
َ ‫ص‬َ َ‫صلَّى فِي ِه َوإِنْ أ‬
َ ‫َم َكانَهُ َولَ ْم يَ ْع ُدهُ ثُ َّم‬

Maksudnya;
”Aku dan Rasulullah SAW tidur atas satu hamparan, sedangkan ketika itu aku sedang
berhaid. Darah haidku menitis terkena pada hamparan itu, didapati nabi SAW
membasuh tempat titisan tersebut, dan tidak mengalihkan tempat itu, kemudian
baginda menunaikan solat di situ. Apabila darahku menitis terkena pakaian baginda,
Baginda SAW sendiri membasuh tempat yang kena titisan darah itu, dengan tidak
mengalihkan tempat lain, kemudian menunaikan solat dengan pakaian itu[2]”

Dari hadis ini, kita akan dapati betapa lunaknya hati nabi SAW dalam menghadapi
kesilapan isterinya yang tidak berhati-hati dengan titisan darah haid, sehinggakan
ditempat tidur dan juga pakaian Nabi pun terkena dengan titisan darah itu.
Didapati, Baginda SAW tidak bertindak memarahi isterinya atas kesilapan
tersebut.

Jika diperhatikan balik pada hadis ini, masakan marah, bahkan nabi SAW sendiri
bertindak membersihkan titisan darah haid isterinya itu, walaupun jika dilihat
kepada tafsiran oleh sebilangan masyarakat kita, ianya dilihat sebagai ”jijik” atau
tindakan orang yang ”takut bini”.

Tindakan Nabi SAW ini perlu dijadikan contoh dan tauladan oleh para suami.
Iaitu, hendaklah mengambil sikap memahami dan mengerti keadaan isteri. Sebagai
suami, dengan kesilapan kecil sebegini tidak selayaknya dijadikan modal untuk
memarahi isteri atau menyingkap kalimah jijik dihadapan isteri.

Jika keadaan ini mampu dilakukan oleh suami, pasti isteri akan merasakan bahawa
mereka disantuni suami mereka sendiri, dan sudah pasti perasaan cinta dan mesra
kepada suaminya akan bertambah kuat.

Sekian

Wallahu ’Alam

[1] As-Sunan Al-Kubra : 7/387.


[2] Sunan Abi Daud : 235.
KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 10

BEREBUT-REBUT
DENGAN ISTERI KETIKA BERWUDU’

Pada pandangan umum menyatakan bahawa bermesra dengan isteri hanya berlaku
di atas ranjang tidur, sedangkan bermesra dengan isteri itu tidak semestinya di
ranjang sahaja, bahkan di mana-mana pun boleh bermesra dengan isteri.

Bermesra merupakan cara untuk melahirkan perasaan kasih dan sayang antara
dua suami dan isteri. Bagi melahirkan perasaan itu, Islam membenarkan ianya
berlaku, walaupun dikala mahu melakukan ibadat.

Ini dapat dilihat dengan hadis Ummu Subayyah Al-Juhaniyyah atau nama
sebenarnya Khaulah binti Qais yang merupakan salah seorang Isteri Nabi SAW[1]
pernah berkata;

ُ ‫سلَّ َم فِي ا ْل ُو‬


‫ضو ِء ِمنْ إِنَا ٍء َوا ِح ٍد‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬ ُ ‫اختَلَفَتْ يَ ِدي َويَ ُد َر‬
َ ِ ‫سو ِل هَّللا‬ ْ

Maksudnya;
”tanganku dan tangan Rasulullah SAW sering berselisih ketika berwudu’ daripada
satu bekas[2]”

Yang dimaksudkan dengan tangan Ummu Subaiyyah dan tangan Nabi SAW
berselisih adalah, kadangkala Ummu Subaiyyah menaguk air dengan kedua
tangannya dari bekas tersebut, lalu diikuti oleh Nabi SAW, dan kadangkala Nabi
SAW menaguk air dengan kedua belah tangan Baginda, lalu diikuti oleh Ummu
Subayyah[3].

Ada ulama lain menyatakan, perselisihan tangan yang berlaku ketika berwuduk
antara Rasulullah SAW dengan Ummu Sabiyyah itu sehingga mereka berebut-
rebut sehingga Ummu Sabiyyah tidak mendapat air untuk berwudu’, lalu meminta
Rasulullah SAW agar air itu disimpan sedikit untuknya.
Memahami dari ulasan-ulasan ulama-ulama hadis ini, amat jelas kepada kita
bahawa Baginda SAW tidak sekadar menjadikan masa di ranjang sahaja tempat
untuk bermesra dengan isteri, bahkan kadangkala Baginda SAW juga mengambil
kesempatan dalam beberapa keadaan ibadat, iaitu berwudu’ untuk bergurau dan
bermesra dengan isteri.

Kepada kaum lelaki yang mahu melahirkan kehidupan rumah tangga yang meriah
dan gembira, selayaknya menjadikan hadis ini sebagai panduan. Bergurau dengan
isteri dikala berwudu’ ini, tidak semestinya dilakukan selalu, tetapi dalam sebulan
sekali, dalam masa dua minggu sekali dan sebagainya.

Jika ini dapat dilakukan oleh para suami, pasti isteri akan merasa bahagia hidup
bersama suaminya itu. ini kerana, suaminya sering mewujudkan suasana gurau
yang melahirkan keseronokkan hidup antara suami isteri.

PENAMBAHAN

Air sedikit dijadikan berwudu’ adalah perkara yang dikhilafi oleh ulama. Menurut
pendapat Imam Syafii Qadim, iaitu pendapat Imam As-Syafii keluarkan semasa
berada di Iraq, bahawa air sedikit boleh dijadikan sebagai air wudu’.

Adapun pendapat Imam As-Syafii semasa di Mesir, atau dikenali Qaul Jadid Imam
As-Syafie, beliau berfatwa bahawa air yang sedikit memungkinkan berlaku air
musta’mal yang dilarang digunakan untuk berwudu’.

Definisi Air Musta’mal menurut Syafiiyyah adalah;

“Air sedikit yang digunakan pada fardu taharah daripada hadas, seperti basuhan
pertama, mandi jinabah dan sebagainya[4]”

Mengikut pendapat Syafiyyah Jadid, titisan air bagi basuhan sunat yang kedua dan
ketiga ketika berwudu’ atau mandi jinabah, tidak dikira sebagai air musta’mal.

Dikira sebagai air musta’mal juga, sekiranya basuhan tersebut dari basuhan wajib
bagi wudu’ kanak-kanak.

Mengikut Mazhab Syafii yang jadid, hukum air musta’mal adalah suci dan tidak
boleh menyucikan. Maknanya, air musta’mal tidak boleh dijadikan sebagai air
untuk berwudu’ dan mandi.

Dalil yang dipegang oleh mereka adalah hadis;

‫ب َعلَ َّي‬ َ ‫ضأ َ َو‬


َّ ‫ص‬ َّ ‫يض اَل أَ ْعقِ ُل فَتَ َو‬
ٌ ‫عن ُم َح َّم ِد بن ا ْل ُم ْن َك ِد ِر قال سمعت َجابِ ًرا يقول جاء رسول هَّللا ِ (ص) يَ ُعو ُدنِي وأنا َم ِر‬
‫ضوئِ ِه‬ ُ ‫من َو‬

Maksudnya;
“Daripada Muhammad bin Al-Mungkadir berkata, Aku dengan Jabir berkata, telah
datang Rasulullah SAW menziarahiku ketika aku sedang sakit. Lalu baginda
berwudu’ dan menuangkan kepadaku air wudu’nya (aku menadah air wudu’ nabi
SAW)[5]”

Mengikut ulasan Mazhab Syafii jadid, mereka mengatakan hadis ini disangkakan
bahawa tadahan air itu bukanlah untuk dijadikan wudu’, tetapi dijadikan sebagai
minuman, kerana dizaman tersebut, kekurangan air amat teruk[6]. Oleh itu, air
tersebut tidak dijadikan sebagai berwudu’, tetapi digunakan untuk minuman.
Dengan itu, air kesan wudu’ nabi itu adalah air musta’mal yang tidak boleh
digunakan untuk berwudu’.

Walaubagaimanapun, mengikut satu riwayat mazhab Syafii dan Malik, mereka


berpendapat bahawa air musta’mal tetap dikira seperti air mutlaq juga, iaitu
airnya suci dan menyucikan[7].

Mereka berdalilkan kepada hadis;

ِ ‫س َح بِ َر ْأ‬
ْ َ‫س ِه من ف‬
‫ض ِل َما ٍء كان في يَ ِد ِه‬ َ ‫الربَيِّ ِع أَنَّ النبي (ص) َم‬
ُّ ‫عن‬

Maksudnya;
“Daripada Rubai’, Sesungguhnya Nabi SAW menyapu kepalanya daripada air yang
tersisa ditangannya[8]”

Sekian

Wallahu ‘Alam

[1] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala : 2/261. Aun Al-Ma’bud : 1/97.


[2] Sunan Abi Daud : 71.
[3] Aun Al-Ma’bud : 1/97.
[4] Al-Fiqh Al-islami Wa Adillatuh (1/123)
[5] Saheh Al-bukhari (1/82) hadis no : 191.
[6] Al-Fiqh Al-islami Wa Adillatuh (1/124)
[7] Fiqh As-Sunnah (1/23)
[8] Sunan Abi Daud (1/32) hadis no : 130.
KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 11

MINTA PANDANGAN
ISTERI KETIKA BERSEGAK

Sebagai seorang Nabi yang menjawat jawatan pemimpin sesebuah negara,


berpakaian segak merupakan satu kepentingan. Ini kerana, semua tindak tanduk
Nabi SAW pasti akan ditiru.

Berpakaian segak bukan bermakna berpakaian yang berharga mahal, tetapi cukup
berpakaian yang bersih dan pakaian itu sesuai dengan pemakainya. Kesesuaian
pada sudut saiz, warna pakaian dengan warna kulit dan sebagainya.

Bahkan, jika diperhatikan kepada hadis-hadis Nabi, kita akan dapati berpakaian
segak ini merupakan satu tuntutan, bahkan ianya disukai oleh Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

‫وهللا جميل يحب الجمال‬

Maksudnya;
”Allah adalah tuhan yang maha indah, amat suka kepada keindahan[1]”

Segak sebahagian dari keindahan dan kecantikan. Ekoran itulah, ia merupakan


kesukaan bagi Allah SWT terhadap hambanya.

Dalam hal itu pula, kita akan dapati, Baginda SAW adalah manusia yang selalu
segak dikala di rumah, mahupun di luar rumah. Baginda SAW segak dirumah
sebagai melahirkan keseronokkan para isteri melihat baginda, bahkan diluar nabi
juga segak untuk melahirkan penghormatan umat terhadap baginda SAW, juteru
mereka juga akan meniru untuk menjadi segak.

Didapati, baginda SAW dikala mahu keluar rumah, Nabi SAW akan mengenakan
pakaian segak, lalu untuk memastikan kesegakan baginda itu bersesuaian dengan
pakaian yang dikenakan, Baginda SAW akan bertanya terlebih dahulu kepada
isterinya.

Hal ini dirujuk kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hamid bin Hilal
berkata ;

‫ ما أحسنها عليك شيب‬: ‫لبس رسول هللا صلى هللا عليه وسلم بردة سوداء فقال يا عائشة كيف ترين قالت فقلت‬
‫ فخرج فيها فعرق فوجد منها ريحا فرجع فنزعها‬، ‫بياضك بسوادها وشيب سوادها ببياضك‬

Maksudnya;
“Rasulullah SAW memakai pakaian serba hitam, lalu bertanya kepada Aisyah; “apa
pandangan kamu Wahai Aisyah?” berkata; “alangkah segaknya kamu apabila kulit
putih kamu dengan hitam pakaian itu, dan hitamnya dengan putih kamu. Nabi SAW
pun keluar dan didapati beginda berpeluh, maka semerbaklah bau wangi. Lalu
baginda pulang dan memecat pakaiannya tadi[2]”

Hadis ini membuktikan kepada kita bahawa, Nabi SAW sering bertanya kepada
isterinya tentang pakaian yang dikenakan baginda, apakah ianya bersesuaian atau
tidak.

Tindakan bertanya pandangan isteri tentang pakaian yang hendak dipakai ini,
merupakan salah satu cara untuk melahirkan perasaan dihargai dalam diri isteri.
Isteri pasti akan berbangga apabila dihargai sebegitu, lebih-lebih lagi jika suami
mereka adalah manusia yang menjadi model untuk manusia tiru. Sudah pasti isteri
itu akan berfikir, orang meniru suaminya, pada hakikatnya meniru hasil dari
pendapat dan pandangan yang dikemukakan terhadap suaminya.

Menelaah kepada hadis ini, selayaknya para suami menjadikan ianya sebagai
tauladan. Tidak perlu malu untuk bertanya pandangan isteri tentang pakaian yang
dipakai. Disamping itu juga, para isteri hendaklah bersedia memberikan pendapat
yang bernas dan jujur dalam menentukan bentuk pakaian yang mahu di pakai oleh
suami.

Jika ini boleh di amalkan, sudah pasti kemesraaan dan kebahagiaan dalam rumah
tangga akan terhasil, lebih-lebih lagi dalam usaha mencapai redha Allah SWT
dalam mengharungi bahtera kehidupan berumah tangga.

Sekian

[1] Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 68.


[2] Musnad Ishaq bin Rahawiyyah : 1530.
KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 12

TIDAK JIJIK DENGAN MAKANAN LEBIHAN ISTERI

Kesetiaan dan keteguhan antara suami isteri amat susah untuk ditafsirkan. Pun
begitu, apabila suami dan isteri mampu makan dari satu bekas, ataupun suami
makan lebihan makanan isteri, atau isteri makan lebihan makanan suami, seakan-
akan tergambar satu watak bahawa antara suami dan isteri itu tidak wujud
perasaan jijik sesama mereka.

Rupa-rupanya tindakan sebegitu merupakan pengamalan Nabi SAW dengan para


isteri baginda. Ini dapat dibuktikan kepada hadis Aisyah yang bercerita;

ُ ‫ض ِع فِ َّي فَيَش َْر‬


ُ‫ب ِم ْنه‬ ِ ‫ض ُع فَاهُ َعلَى َم ْو‬
َ َ‫سلَّ َم فَي‬ َ ‫ض فَأُنَا ِولُهُ النَّبِ َّي‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬ ٌ ِ‫َح َوأَنَا َحائ‬ ُ ‫ُك ْنتُ أَش َْر‬
ِ ‫ب ِمنْ ا ْلقَد‬

Maksudnya;
”aku minum air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang berhaid, lalu Nabi SAW
mengambil bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku
meletakkan mulut pada bekas tersebut[1]”

Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW tidak menjadikan
bekas mulut isterinya sebagai jijik, walapun ketika itu isteri Baginda sedang
berhaid.

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, didapati
baginda juga makan makanan dari kesan gigitan isteri.

Ini dapat dibuktikan dengan sambungan hadis di atas yang menyebut;


ِ ‫ض ُع فَاهُ َعلَى َم ْو‬
‫ض ِع فِ َّي‬ َ َ‫سلَّ َم فَي‬ َ ‫ض فَأُنَا ِولَهُ النَّبِ َّي‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬ ٌ ِ‫ق َوأَنَا َحائ‬ ُ ‫َوأَتَ َع َّر‬
ِ ‫ق ِمنْ ا ْل َع ْر‬

Maksudnya;
”Aku mengigit sepotong daging, lalu sisa gigitan itu diambil oleh Nabi SAW, lalu
baginda pun mengigitnya pada bahagian yang aku gigit tadi”

Nah !!! betapa romantiknya Nabi SAW dengan isteri. Lebihan makanan mereka
tidak dijadikan sebagai sesuatu yang menghalang nabi untuk makan dari makanan
tersebut.

Dengan hadis ini, tauladan yang boleh diambil adalah, bagaimana Nabi SAW telah
menjadikan makanan sebagai cara untuk melahirkan perasaan mesra antara suami
isteri.

Tindakan sebegini juga sebenarnya telah melahirkan perasaan cinta yang teguh.
Berjaya meremajakan dan memperhangatkan lagi perasaan sayang, lebih-lebih lagi
dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang penuh dengan ujian.

Disamping itu juga, tindakan sebegini sebenarnya dapat melahirkan kesetiaan dan
keyakinan yang penuh antara kedua suami dan isteri. Ini kerana, ia tergambar
melalui perasaan tidak berkira atau tidak merasa jijik dan keji terhadap lebihan
makanan dan minuman antara pasangan sehingga menganggap ianya seperti
lebihan makanan sendiri.

Jika keadaan ini sering berlaku, ia menunjukkan betapa kukuh dan teguhnya
perasaan cinta antara dua suami isteri, dan ini juga menjadi bukti nyata bahawa
cinta dan sayang yang lahir dari kedua-dua suami dan isteri tersebut adalah cinta
yang ikhlas dan sejati.

Oleh itu, suami dan isteri sepatutnya menjadikan tindakan Nabi SAW ini sebagai
tauladan demi melahirkan perasaan cinta yang tidak hipokrit, lebih-lebih lagi bagi
mencari redha Allah SWT.

Sekian

Wallahu ’Alam

[1] Sunan An-Nasai : 377.


KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 13

UNDI PARA ISTERI DALAM SESUATU


PERMUSAFIRAN

Bermusafir dan bermuqim menjadi kebiasaan bagi manusia. Dalam bermusafir,


Islam memberikan beberapa kemudahan kepada muslim, antaranya adalah,
dibenarkan menjamakkan solat antara solat asar dan solat zohor dan solat Isya’
dengan Solat Maghrib; dibenarkan mengqasarkan solat yang berbentuk rubaiyyah
(baca : solat jenis empat rakaat); dibenarkan berbuka puasa di bulan Ramadhan
dan sebagainya.

Bagi permusafiran, digalakkan perjalanan itu berlaku lebih dari 2 orang.


Permusafiran yang dilakukan bersendirian dan berkeseorangan, adalah tindakan
yang tidak digalakkan oleh nabi SAW. ini dibimbangi berlaku berbagai-bagai
kesusahan dalam perjalanan, memungkinkan wujud orang yang boleh berbincang
dan membantu dalam menyelesaikan sebarang kesusahan tersebut.

Sabda Nabi SAW;

ٌ ‫ش ْيطَانَا ِن َوالثَّاَل ثَةُ َر ْك‬


‫ب‬ ِ َ‫ش ْيطَانٌ َوال َّرا ِكب‬
َ ‫ان‬ َ ‫ب‬
ُ ‫ال َّرا ِك‬

Maksudnya;
”seorang yang bermusafir adalah seekor Syaitan; dua orang yang bermusafir adalah
dua ekor Syaitan. Dan tiga orang bermusafir adalah orang yang sebenarnya
bermusafir[1]”

Ada ulama mensyarahkan hadis ini – seperti kitab Al-Muntaqa syarah kepada
kitab Muwatta’ – menyatakan, maksud dengan syaitan bagi seorang yang
bermusafir adalah kerana apabila menyendiri, atau berdua dalam permusafiran,
memungkinkan berlaku amalan-amalan syaitan, seperti melakukan amalan
maksiat tanpa ditegur, atau salah seorang akan merasa malu atau segan untuk
menegur jika seorang lagi melakukan maksiat.
Adapun jika tiga orang dalam permusafiran, akan wujudlah jemaah, yang sudah
pasti akan wujud unsur tegur-menegur jika ada salah seorang itu melakukan
maksiat, atau wujud perasaan malu untuk tidak menegur terhadap kawan
permusafiran yang melakukan maksiat[2].

Memahami dari hadis ini, menunjukkan dalam permusafiran tidak digalakkan


dilakukan seorang diri, bahkan hendaklah disertai dengan beberapa orang teman
sehingga melebihi dari dua orang.

Disamping itu juga, apabila sebut permusafiran, pasti akan wujud unsur
menjelajah ke tempat-tempat baru, yang sudah pasti akan mendapat satu
pengetahuan baru tentang sesuatu tempat yang dijelajahi. Keadaan ini sudah pasti
mewujudkan satu keseronokkan.

Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti di kalangan isteri-isteri Nabi akan berasa
mahu mengikut sama dalam sesuatu permusafiran Nabi SAW. pun begitu, adalah
satu tindakan yang tidak tepat jika permusafiran itu menyebabkan Nabi membawa
semua isteri-isteri baginda.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Baginda SAW telah mengadakan pengundian


antara mereka untuk memilih, manakah dikalangan mereka yang turut sama
dengan nabi dalam sesuatu permusafiran.

Keadaan ini disumberkan kepada hadis Aisyah R.Ha yang berkata;

َ ‫سفَ ًرا أَ ْق َر َع بَيْنَ أَ ْز َوا ِج ِه فَأَيَّتُ ُهنَّ َخ َر َج‬


ُ‫س ْه ُم َها َخ َر َج بِ َها َم َعه‬ َ ‫سلَّ َم إِ َذا أَ َرا َد أَنْ يَ ْخ ُر َج‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬
ُ ‫َكانَ َر‬

Maksudnya;
“Apabila Rasulullah SAW mahu keluar bermusafir, nabi SAW akan mengundi di
antara isteri-isteri Baginda untuk memilih dikalangan mereka, manakah nama
mereka keluar, maka isteri itulah akan bermusafir bersama baginda SAW[3]”

Jika diperhatikan tindakan nabi SAW ini, didapati Nabi SAW tidak akan bertindak
memilih mengikut kehendak nabi untuk membawa mana-mana isterinya turut
sama bermusafir. Jika ini dilakukan, pasti akan wujud perasaan tidak puas hati
dari kalangan isteri yang tidak dibawa oleh nabi dalam permusafiran.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, disamping mahu mewujudkan suasana yang
adil dengan para isteri, menyebabkan Nabi SAW bertindak melakukan undi
terhadap nama-nama mereka bagi mana-mana permusafiran sekalipun.

Tindakan sebegini, sedikit sebanyak akan melahirkan perasaan “berpuas hati”


antara sesame para isteri, lantaran akan melahirkan hubungan harmoni sesama
mereka.
Bagi para suami yang berpoligami, hadis ini sedikit sebanyak telah mengajar
kepada mereka tentang cara berpoligami yang membawa kepada keadilan dalam
berumah tangga. Jika hadis ini berjaya dijadikan amalan oleh para suami yang
berpoligami, pasti unsur “tidak puas hati” itu akan terhapus antara sesame isteri,
dan sudah pasti keadilan akan terwujud lantaran keharmonian antara isteri itu
yang menjadi factor pembantu dalam mewujudkan keadilan tersebut.

Sekian

[1] Muwatta’ : 1548.


[2] Al-Muntaqa : 4/432.
[3] Al-Bukhari : 2467.
KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 14

MENEMANI ISTERI
DALAM PERJALANAN

Isteri yang disayangi adalah isteri yang selalu dijaga keselamatannya oleh suami,
juga sering dirisaukan oleh suaminya dikala berada di luar rumah, mahupun di
rumah.

Sebagai isteri, mereka tidak seharusnya rasa ”tersepit” atau terganggu dikala
sering ditanya suami dengan soalan-soalan seperti, dimana mereka berada, apakah
waktu mereka tiada dirumah itu sesuai atau tidak?? Ini kerana, soalan-soalan
sebegini menggambarkan kebimbangan suami terhadap mereka, yang sudah pasti
semuanya terlahir daripada perasaan sayang suami terhadap mereka.

Mengambil tahu keadaan keselamatan isteri ini merupakan tuntutan Islam yang
ditunjuk ajar oleh Nabi SAW, bahkan ianya terbukti dengan salah satu hadis
Sofiyyah, salah seorang Isteri Nabi SAW yang berkata;

ْ ‫سلَّ َم ُم ْعتَ ِكفًا فَأَتَ ْيتُهُ أَزُو ُرهُ لَ ْياًل فَ َح َّد ْثتُهُ َوقُ ْمتُ فَا ْنقَلَبْتُ فَقَا َم َم ِعي لِيَ ْقلِبَنِي َو َكانَ َم‬
‫س َكنُ َها‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬
ُ ‫َكانَ َر‬
‫سا َمةَ ْب ِن زَ ْي ٍد‬ ُ
َ ‫فِي دَا ِر أ‬

Maksudnya;
“Rasulullah SAW beriktikaf, lalu aku datang menziarahi Nabi SAW pada satu malam.
Aku berbual-bual dengan Baginda. Apabila aku bangun untuk pulang, Baginda SAW
pun turut bangun untuk menghantarku pulang. Rumah Sofiyyah berada di kampung
Usamah bin Zaid[1]”
Jika dilihat dalam beberapa hadis yang lain, kita akan dapati bahawa Sofiyyah
binti Huyay bin Akhtab bukanlah seorang perempuan yang cantik, bahkan
mempunyai badan yang gempal dan pendek, lebih-lebih lagi, bapa beliau adalah
antara orang yang memusuhi Islam dan beragama yahudi, juga merupakan
pembesar utama Yahudi Bani Nadhir yang terlalu memusuhi Nabi SAW dan
pernah melancarkan provokasi jahat untuk memurtadkan sebilangan Sahabat[2].

Ekoran dari itu, menyebabkan Aisyah dan Hafsah yang satu kali memerli bahawa
mereka berdua lebih mulia disisi Nabi SAW berbanding Sofiyyah. Perlian dua isteri
nabi itu menyebabkan hati Sofiyyah agak terguris, lalu melaporkannya kepada
Nabi SAW.

Mendengar itu, baginda SAW berkata kepadanya;

‫ وعمي موسى‬،‫ وأبي هارون‬،‫ وزوجي محمد‬،‫ وكيف تكونان خيرا مني‬:‫أال قلت‬

Maksudnya;
“Mengapa tidak kamu berkata; “bagaimana kamu berdua lebih baik daripadaku,
sedangkan suamiku adalah Nabi Muhammad, “Bapaku” adalah Nabi Harun, dan
“bapa saudaraku” adalah Nabi Musa??[3]”

Dalam keadaan Sofiyyah bukan isteri yang cantik pun, Baginda SAW amat
menyayanginya. Sentiasa memberikannya semangat bagi berhadapan dengan
kerenah-kerenah isteri yang lain, sehinggakan Baginda SAW amat menjaga
keselamatan dirinya.

Hadis yang dinukilkan di atas, amat nyata dan jelas bahawa betapa Nabi SAW
amat mengambil perhatian terhadap isterinya yang bernama Sofiyyah ini.
Perhatian yang diberikan itu amat besar sehingga baginda SAW sendiri yang
menghantar Sofiyyah pulang walaupun ketika itu Baginda sedang beriktikaf.

Tindakan yang dilakukan oleh Nabi ini, sedikit sebanyak akan melahirkan
perasaan “diambil tahu” dalam hati Sofiyyah, yang sudah pasti akan lahirnya
perasaan cinta yang membara terhadap suaminya yang merupakan Nabi akhir
zaman itu.

Kepada para suami, hadis ini selayaknya dijadikan tauladan bagi melahirkan
perasaan cinta yang membara antara kedua suami dan isteri. Isteri mana yang
tidak mahu dijaga keselamatan dan sering diambil tahu oleh suaminya, ini kerana,
apabila ini dilakukan oleh suaminya, pasti dari hati kecil mereka akan terlintas satu
perasaan bahawa mereka akan rasa terselamat jika berada dibawah naungan
suaminya, justeru itu, mereka akan rasa bahawa mereka benar-benar dicintai oleh
suami.

Oleh itu, adalah satu tindakan yang kurang tepat jika ada sebilangan suami yang
bertindak membiarkan isterinya pulang ke kampung dengan membiarkan mereka
menaiki bas bersama dengan anak-anak, tanpa kehadiran suami menemani dalam
perjalanan. Ini kerana, keadaan ini akan melahirkan banyak persepsi yang kurang
sihat, sama ada dalam hati isteri, keluarga mertua malahan pada pandangan
masyarakat umum.

Mudah-mudahan hadis ini menjadi panduan bagi suami bertindak dengan yang
lebih baik dalam melahirkan perasaan kasih sayang antara suami isteri, demi
mencapai kebahagiaan dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang diredhai
oleh Allah SWT.

Sekian

Wallahu ‘Alam

[1] Sahih Al-Bukhari : 3039.


[2] Tafsir Ibni Kathir : 1/382.
[3] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala’ : 2/233.
KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 15

TIDAK BERSALAH TETAPI


MINTA MAAF

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan itu, sama ada
melibatkan kepada dosa atau tidak melibatkan kepada dosa. kesilapan yang
melibatkan kepada dosa, mewajibkan orang tersebut bertaubat kepada Allah.

Nabi SAW juga ada melakukan kesilapan. Kesilapan Nabi itu tidak melibatkan
kepada dosa, malahan terus ditegur oleh Allah SWT.

Lihatlah teguran yang Allah berikan kepada Nabi SAW menerusi surah ”Abasa”,
ekoran kesilapan nabi SAW yang melayan pembesar-pembesar Quraish dengan
harapan mereka beriman dengan Allah tanpa melayan kehadiran seorang sahabat
buta yang bernama Abdullah bin Ummi Al-Makhtum.

Amat nyata, Nabi SAW juga melakukan kesilapan, tetapi kesilapan itu tidak
melibatkan kepada dosa, disamping tidak mencacatkan kenabian Nabi Muhammad
SAW.

Kadangkala, dirasakan sesuatu tindakan itu bersalah kepada individu-individu


tertentu, walaupun ianya sebenarnya tidak salah disisi Allah SWT.

Keadaan ini menimpa sendiri kepada diri Nabi SAW yang telah mengkritik
terhadap tindakan para yahudi, sedangkan dalam masa yang sama, antara isteri
Baginda adalah seorang perempuan yang asalnya beragama yahudi, tetapi
memeluk islam, disamping bapanya pula masih lagi dengan agama lamanya.

Bapa Sofiyyah yang bernama Huyay bin Akhtab adalah pembenci utama terhadap
Nabi SAW dari yahudi Kabilah Bani Nadhir. Berbagai-bagai tindakan yang
dilakukan oleh beliau terhadap Nabi SAW. Beliau sering menyakiti hati Nabi SAW
sehingga tindakan itu boleh disifatkan sebagai melampau.

Tindakan Huyay bin Akhtab itu menyebabkan nabi SAW bertindak mengkritik,
sedangkan kritikan nabi itu didengari oleh anak Huyay yang merupakan Isteri
Nabi SAW.

Mungkin hati Sofiyyah terluka?? Itu tidak dipastikan. Tetapi, bimbang ianya
terluka, maka Nabi SAW menyediakan pencegah luka, agar luka itu tidak benar-
benar terluka.

Sofiyyah ada bercerita;

، ‫ لقد رأيته ركب بي من خيبر على عجز ناقته ليال‬، ‫ما رأيت قط أحسن خلقا من رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬
‫ حتى إذا جاء‬، » ‫ « يا هذه مهال يا بنت حيي‬: ‫ فيمسني بيده ويقول‬، ‫فجعلت أنعس فيضرب رأسي مؤخرة الرحل‬
‫ إنهم قالوا لي كذا وكذا‬، ‫ « أما إني أعتذر إليك يا صفية مما صنعت بقومك‬: ‫ قال‬، ‫» الصهباء‬

Maksudnya;
”Aku tidak pernah melihat manusia yang boleh mengatasi kebaikan akhlak Nabi Saw.
aku menunggang kenderaan unta pada satu malam bersama Baginda. Aku ketika itu
terlalu mengantuk menyebabkan kepalaku tersengguk-sengguk. Lalu, Baginda SAW
menyentuhku sambil berkata; ”Wahai orang ini. tahan sedikit wahai anak perempuan
Huyay (jangan cepat mengantuk). Apabila sampai di As-Sohba’, baginda berkata;
”aku minta maaf dari kamu wahai Sofiyyah daripada apa yang aku lakukan terhadap
kaum kamu. Sesungguhnya, mereka berkata kepadaku begian begian...[1]”

Sudah nyata lagi jelas, tidak ada kesalahan kita mengkritik yahudi. Ajaran Al-
Quran amat terang, bagaimana kritikan terhadap yahudi adalah sesuatu yang
diizinkan. Bermakna, tindakan Nabi SAW adalah perkara yang tidak salah disisi
Allah.

Pun begitu, bimbang hati Sofiyyah terluka ekoran tindakan Nabi mengkritik
kaumnya, menyebabkan Nabi SAW memohon maaf terhadap Isterinya, agar, akan
terubatlah luka jika ianya terluka. Atau menyelamatkan hati itu dari terluka, jika
ianya belum terluka.

Meneliti kepada hadis ini, ada dua dan tiga perkara yang boleh kita pelajari demi
mencapai kehidupan bahagia antara suami dan isteri. Antaranya adalah dengan
menaiki kenderaaan bersama-sama. Juga, sering menjaga perasaan isteri agar
ianya tidak terluka, walaupun kadangkala sesuatu tindakan kita itu sememangnya
benar, atau semenangnya tindakan isteri kita itu memang salah.

Tegur kesalahan Isteri adalah wajib, jika tidak, pasti bengkok tulang rusuk
semakin menjadi-jadi. Pun begitu, teguran yang dilakukan hendaklah berhikmah.
Penuh dengan segala kebijaksanaan, agar tulang yang bengkok itu walaupun tidak
berjaya diluruskan, tetapi sekurang-kuranya tulang yang bengkok itu tidak
semakin bengkok.

Lihatlah Nabi SAW menerusi hadis ini. walaupun Baginda SAW melakukan satu
tindakan yang tidak salah disisi Allah, bahkan tindakan itu adalah satu kebenaran,
tetapi tetap meminta maaf kepada Sofiyyah, kerana bimbang hati Sofiyyah terluka.

Hati bila terluka, amat susah untuk diubati. Jika ianya berjaya diubati, dibimbangi
melahirkan parut yang menjadi kenangan. Yang lebih bimbang, jika parut itu
berdarah semula. Inikan pula hati perempuan yang diciptakan Allah dengan ciri-
ciri kelembutan.

Sekian

Wallahu ’Alam

[1] Musnad Abi Ya’la : 6963


KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 16

TEGURAN ROMANTIK
DI KALA ISTERI MARAH

Dari segi psikology, kejadian perempuan tidak sama seperti kejadian lelaki.
Kejadian lelaki yang kurang beremosi berbanding perempuan. Ekoran itulah, Allah
memberikan kelayakkan menjadi pemimpin kepada lelaki berbanding perempuan.

Firman Allah;

َّ َ‫سا ِء بِ َما ف‬
َ ‫ض َل هَّللا ُ َب ْع‬
ٍ ‫ض ُه ْم َعلَى بَ ْع‬
‫ض‬ َ ِّ‫ال ِّر َجا ُل قَ َّوا ُمونَ َعلَى الن‬

Maksudnya;
”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)”

(Surah An-Nisa’ : 34)

Perempuan diciptakan oleh Allah ekoran dari penciptaan lelaki. Adam diciptakan
oleh Allah terlebih dahulu berbanding hawa. Bermaksud, perempuan hidup
memerlukan perlindungan lelaki.

Memandangkan perempuan tidak seperti lelaki, kadangkala perempuan itu boleh


melakukan sebarang kesilapan. Bukan bermakna lelaki tidak melakukan kesilapan,
tetapi kesilapan mereka tidak seperti kesilapan yang dibuat oleh lelaki.

Lebih-lebih lagi, dari kejadian mereka sendiri adalah tulang rusuk yang paling
bengkok.

Sabda Nabi SAW;

‫س ْرتَهُ َوإِنْ تَ َر ْكتَهُ لَ ْم يَزَ ْل أَع َْو َج‬


َ ‫ضلَ ِع أَ ْعاَل هُ َفإِنْ َذ َهبْتَ تُقِي ُمهُ َك‬
ِّ ‫ضلَ ٍع َوإِنَّ أَ ْع َو َج ش َْي ٍء ِفي ال‬
ِ ْ‫فَإِنَّ ا ْل َم ْرأَةَ ُخلِقَتْ ِمن‬
‫سا ِء‬َ ِّ‫صوا بِالن‬ ُ ‫ست َْو‬ ْ ‫فا‬ َ

Maksudnya;
”Sesungguhnya perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya
tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Sekiranya kamu mahu
meluruskannya, pasti kamu mematahkannya. Sekiranya kamu membiarkannya, pasti
ia akan sentiasa bengkok. Oleh itu, sentiasalah memberi wasiat kebaikan kepada
mereka[1]”

Menurut Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, hadis ini memberi gambaran bahawa
Hawa diciptakan oleh Allah dari tulang rusuk Adam. Tetapi, Imam Al-Qurtubi
pula menyatakan, maksud dengan perempuan diciptakan dari tulang rusuk
bukanlah memang hakikatnya diciptakan dari tulang rusuk Adam, tetapi
menggambarkan betapa ”bengkoknya” perempuan seperti bengkoknya tulang
rusuk[2].

Walaubagaimanapun, hadis ini telah memberikan satu gambaran bahawa jika


perempuan melakukan kesalahan, kesalahan itu tidak sama seperti kesalahan yang
dilakukan oleh lelaki.

Justeru itu, dibimbangi bengkok itu semakin melampau, menyebabkan Nabi SAW
ada memberikan sedikit panduan dalam membetulkan kesilapan perempuan.

Ini disandarkan kepada hadis daripada Qasim bin Muhammad bin Abi Bakar yang
berkata;

: ‫ قولي‬، ‫ « يا عويش‬: ‫ ثم يقول‬، ‫كانت عائشة رضي هللا عنها إذا غضبت عرك النبي صلى هللا عليه وسلم بأنفها‬
‫ وأجرني من مضالت الفتن‬، ‫ وأذهب غيظ قلبي‬، ‫ اغفر لي ذنبي‬، ‫اللهم رب محمد‬

Maksudnya;
“Apabila Aisyah sedang marah, Nabi SAW memicit hidungnya seraya berkata :”wahai
A’yish, katakanlah, Ya Allah tuhan Muhammad, ampunilah dosaku. Dan hilangkan
kekerasan hatiku, dan lindungi aku dari fitnah yang menyesatkan[3]”

Hadis ini merupakan satu panduan dari Nabi SAW kepada lelaki dalam
menghadapi isteri yang kadangkala agak keterlaluan dalam memarahi sesuatu
perkara.
Jika diperhatikan, hadis ini menyebut bahawa dikala Aisyah sedang marah, Nabi
SAW tidak memanggilnya dengan panggilan biasa, tetapi memanggil dengan
panggilan yang mengandungi unsur manja dan mesra, iaitu dengan menyebut “Ya
A’yish” atau diterjemah melayu “wahai ‘Aisyah yang kecil molek”. Disamping itu
juga, Nabi SAW menunjukkan dari sudut perbuatan manja dan mesra dengan
memicit hidung Aisyah dikala melakukan teguran tersebut.

Apabila perempuan dipanggil dengan panggilan manja dan diperlakukan seperti


itu, pasti perasaan mereka akan berubah. Marah yang meluap-luap kebakaran
akan berjaya dipadamkan dengan air manja dan sentuhan. Dengan tindakan Nabi
SAW itu, pasti kemarahan mereka akan reda, dan dalam masa yang sama Baginda
SAW telah berjaya mewujudkan suasana mesra dalam menjalani kehidupan
berumah tangga.

Alangkah indahnya aturan Allah dengan mendatangkan Nabi SAW dalam menjaga
manusia. kisah sebegini sepatutnya dijadikan pengajaran kepada semua manusia
yang berumah tangga, agar kehidupan berkeluarga akan sentiasa indah dan
makmur.

Sekian

[1] Sahih Al-Bukhari : 3084.


[2] Fath Al-Bari : 10/111.
[3] Amal Al-Lail wa Al-Lailah Li Ibni As-Sunni : 454. Syaikh Albani menyatakan
bahawa hadis ini adalah hadis doif dalam kitab Doif Al-Jami’ : 4433
KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 17

BERMESRA DI HADAPAN
KHALAYAK

Sebilangan masyarakat kita menganggap, bermesra di hadapan khalayak adalah


tindakan yang memalukan dan meloyakan. Kefahaman sebegini adalah satu
tindakan yang silap dari konsep Islam ajaran Nabi Muhammad SAW.

Nabi SAW sebagai role model yang terbaik telah membuktikan, bahawa Baginda
SAW tidak membataskan kemesraan dengan isteri hanya di ranjang sahaja,
bahkan di hadapan khalayak pun Nabi SAW pernah bermesra-mesraan.

Justeru itulah, apabila kita membaca hadis-hadis, kita akan dapati bahawa Nabi
SAW selalu sangat melakukan sesuatu tindakan yang menggambarkan Nabi sedang
bermesra dengan isterinya dihadapan para sahabat.

Ini dibuktikan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Ha, bahawa
beliau berkata;
‫سلَّ َم فَإ ِ َذا‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬ َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬ ُ ‫ان فَقَا َم َر‬ ٍ َ‫ص ْبي‬ ِ َ‫ص ْوت‬ َ ‫س ِم ْعنَا لَ َغطًا َو‬ َ َ ‫سا ف‬ ً ِ‫سلَّ َم َجال‬َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬ َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬ ُ ‫َكانَ َر‬
ُ ‫هَّللا‬ ‫ى‬َّ ‫ل‬‫ص‬ َ ِ ‫هَّللا‬ ‫ول‬
ِ ‫س‬ُ ‫ر‬َ ‫ب‬
ِ ‫ك‬
ِ ْ
‫ن‬ ‫م‬
َ ‫ى‬ َ ‫ل‬‫ع‬َ ‫ي‬
َّ َ ‫ي‬ ‫ح‬
ْ َ ‫ل‬ ‫ع‬
ُ‫ْت‬ ‫ض‬َ ‫و‬
َ َ ‫ف‬ ‫ئ‬
ُ‫ْت‬ ‫ج‬
ِ َ ‫ف‬ ‫ي‬ ‫ر‬
ِ ُ ‫ظ‬‫ن‬ْ ‫ا‬َ ‫ف‬ ‫ي‬
ْ َ ‫ل‬‫ا‬ ‫ع‬
َ َ ‫ت‬ ُ ‫ة‬ ‫ش‬
َ ِ ‫ئ‬ ‫َا‬‫ع‬ ‫ا‬‫ي‬
َ ‫ل‬
َ ‫ا‬َ ‫ق‬َ ‫ف‬ ‫ا‬ ‫ه‬
َ َ ‫ل‬‫و‬ْ ‫ح‬
َ ُ‫ان‬ َ ‫ي‬‫ب‬ْ ‫ص‬
ِّ ‫ال‬ ‫و‬
َ ُ‫ن‬ ِ ‫ف‬ ْ
‫َز‬ ‫شيَّةٌ ت‬ ِ َ‫َحب‬
ُ‫ت قَالَتْ فَ َج َع ْلتُ أَقُو ُل اَل أِل َ ْنظ َر‬ ِ ‫شبِ ْع‬ َ ‫ت أ َما‬ َ ِ ‫شبِ ْع‬ َ
َ ‫س ِه فقا َل لِي أ َما‬َ َ ْ
ِ ‫ب إِلى َرأ‬ َ ْ ْ َ ُ ْ َ
ِ ‫سل َم ف َج َعلتُ أنظ ُر إِل ْي َها َما بَيْنَ ال َمن ِك‬ ْ َ َّ َ
َ ‫َعل ْي ِه َو‬
‫سلَّ َم إِنِّي أَل َ ْنظُ ُر إِلَى‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬ َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬ ُ ‫اس َع ْن َها قَالَتْ فَقَا َل َر‬ ُ َّ‫ض الن‬ َّ َ‫ارف‬ ْ َ‫َم ْن ِزلَتِي ِع ْن َدهُ إِ ْذ طَلَ َع ُع َم ُر قَالَتْ ف‬
‫س َوا ْل ِجنِّ قَ ْد فَ ُّروا ِمنْ ُع َم َر‬ ِ ‫ين اإْل ِ ْن‬
ِ ‫شيَا ِط‬ َ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW sedang duduk lalu terdengar suara bising dan suara kanak-kanak.
Baginda SAW berdiri melihat, didapati ada seorang perempuan Habsyah telah
dikerumuni oleh kanak-kanak kerana sedang mengadakan satu pertunjukkan.
Baginda SAW memanggil; “wahai Aisyah, kemari kamu, dan lihatlah ini”. Aku
datang dan aku meletakkan daguku pada bahu Rasulullah SAW dan melihat
pertunjukkan tersebut. Sejurus kemudian Baginda bertanya; “apakah kamu sudah
puas?? Apakah kamu sudah puas??” aku mengatakan; “belum”. Tiba-tiba muncul
Omar bin Al-Khattab, menyebabakn kanak-kanak dan perempuan Habsyah itu
bersurai. Berkata Rasulullah SAW; sesungguhnya aku melihat Syaitan Manusia dan
Jin lari bertempiran daripada diri Omar[1]”

Hadis ini menjadi bukti, baginda SAW sentiasa bermesra dengan para isterinya
dengan tidak dikhususkan di tempat tertutup sahaja, bahkan di hadapan khalayak
pun, kadangkala Nabi SAW menunjukkan kemesraaan Baginda dengan para isteri.

Kemesraaan yang boleh dipelajari dari hadis ini adalah, didapati nabi SAW
memanggil Aisyah apabila dilihat ada sesuatu yang menarik untuk ditonton.
Menunjukkan, Nabi SAW tidak akan menonton sendirian, bahkan jika itu juga
diminati oleh isteri, pasti nabi SAW akan memanggil agar isterinya dapat
menonton bersama.

Juga, didapati Nabi SAW tidak marah dan menunjukkan rasa tidak selesa dikala
Aisyah meletakkan dagunya di bahu baginda SAW. Bahkan kita dapat lihat, nabi
SAW membiarkan sahaja tindakan Aisyah itu, sehinggakan nabi SAW sendiri
bertanya kepada isterinya, apakah sudah puas melihat tontonan tersebut atau
tidak??

Dari hadis ini juga, dilihat seperti Aisyah yang memulakan tindakan mahu
bermanja dengan nabi SAW dengan meletakkan dagunya di bahu Baginda. Tetapi,
jika disemak pada hadis-hadis yang lain pula, kita akan dapati, bukan isteri sahaja
yang memulakan tindakan romantik, bahkan dilihat Nabi SAW sendiri pernah
memulakan tindakan romantic tersebut, dengan menyandarkan belakangnya ke
bahu isteri.

Ini dibuktikan dengan hadis Ummu Salamah yang menyebut;

‫نهش رسول هللا صلى هللا عليه وسلم عندي كتفا ثم خرج إلى الصالة ولم يمس ماء‬
Maksudnya;
“Rasulullah SAW menyandarkan bahu baginda kepadaku, kemudian keluar Solat
tanpa mengambil wudu’ lain[2]”

Kepada para suami dan isteri, hadis-hadis yang dikemukakan ini hendaklah
dijadikan panduan dalam berumahtangga, terutama sekali dalam mewujudkan
keharmonian berkeluarga.

Menonton bersama bukanlah tindakan yang terlarang, tetapi hendaklah dari bahan
tontonan yang syariat tidak menghalang. Pastikannya harus di sisi Syarak, agar
terbela dari sebarang rosak.

Semasa menonton pula, syarak tidak memandang sebagai dosa, jika suami isteri itu
melakukan tindakan mesra, seperti bersandar-sandar sesama sendiri, berpegang-
pegangan tangan, berlawan-lawan mata, jeling menjeling, bergurau-gurau, suami
mentertawakan isteri, isteri mentertawakan suami dan sebagainya. Bahkan,
tindakan sebegitu sedikit sebanyak akan melahirkan perasaan kasih sayang yang
mendalam, yang sudah pasti akan melahirkan perasaan cinta yang hangat dalam
mengharungi bahtera rumahtangga di lautan dalam.

Mudah-mudahan dengan tindakan Nabi yang dinukilkan ini, dapat memberikan


satu rangsangan baru bagi suami dan isteri, lebih-lebih lagi bagi mereka yang
mahukan kehidupan berumahtangga yang harmoni.

Sekian

Wallahu ‘Alam

[1] Sunan At-Tirmizi : 3624.


[2] Musannaf Ibni Abi Syaibah : 1/65
KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 18

MESRA DAN MANJA


DALAM PANGGILAN

Panggilan manja mempunyai daya penarik yang kuat untuk melunakkan hati
perempuan. Apabila mereka marah, kepanasan api marah bisa disejukkan dengan
air panggilan manja.

Dari sudut psikologi, panggilan manja tidak boleh digunakan sehari-hari.


Dibimbangi "auranya" menjadi biasa. Apabila ia menjadi biasa, sudah pasti ia
menjadi tidak berharga.

Orang yang mendapat kereta baru, dia akan menjaga kereta baru itu dengan
sebaik-baiknya. Malam sukar untuk tidur, kerana pemikiranya terikat dengan
kereta baru. Pun begitu, apabila kereta baru itu sudah sampai kepada umur yang
lanjut, perasaan "sukar tidur" malam itu sudah tiada lagi. Semuanya kerana,
kereta itu menjadi penglihatan matanya sehari-hari.

Begitujuga, orang yang baru pandai memandu, pantang nampak kunci kereta,
terasa sahaja mahu memandu. Tetapi, apabila sudah hari-hari memandu, masakan
kunci kereta, melihat kereta pun kadang-kadang tidak melahirkan perasaan
gelojoh mahu memandu lagi.

Persoalannya, mengapa perasaan begitu terjadi???

Ianya kerana "aura" sudah kehabisan nilai. Bagaimana "aura" itu boleh kehabisan
nilai?

Puncanya apabila ianya sudah menjadi bahan harian.

Keadaan yang sama juga ketika berinteraksi dengan isteri. Kebiasaan nabi SAW
memanggil isteri dengan panggilan biasa. Tetapi, dalam keadaan tertentu, nabi Saw
menjadikan panggilan manja sebagai senjata tajam dalam melahirkan kemesraan.

Diceritakan dalam hadis, bahawa Aisyah ada berkata;

: ‫ طه ما أنزلنا عليك القرآن لتشقى قال صلى هللا عليه وسلم‬: ‫ فكنت إذا قلت‬، ‫إن أول سورة تعلمتها من القرآن طه‬
‫« ال‬
‫» شقيت يا عائش‬

Maksudnya;
"Sesungguhnya surah yang mula-mula sekali aku pelajari daripada Al-Quran adalah
surah Taha. Jika aku membaca "Taha.. tidaklah kami turunkan Al-Quran itu untuk
kamu menjadi celaka" bersabda Nabi SAW : kamu tidak akan jadi celaka wahai
'Aisy[1]"

Hadis ini dapat dilihat, tindakan nabi SAW memanggil dengan panggilan manja itu
bukanlah merupakan panggilan selalu, tetapi dalam masa-masa tertentu sahaja.
Tindakan nabi melakukan sedemikian, agar aura panggilan manja itu tidak
kehabisan nilai.

Bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, antara tindakan Nabi tempat nabi
SAW memanggil isteri dengan panggilan manja, apabila baginda SAW ingin
menegur isterinya yang melakukan kesilapan.

Ini disandarkan kepada hadis;

: ‫ قولي‬، ‫ « يا عويش‬: ‫ ثم يقول‬، ‫كانت عائشة رضي هللا عنها إذا غضبت عرك النبي صلى هللا عليه وسلم بأنفها‬
‫ وأجرني من مضالت الفتن‬، ‫ وأذهب غيظ قلبي‬، ‫ اغفر لي ذنبي‬، ‫» اللهم رب محمد‬

Maksudnya;
"ketika Aisyah sedang marah, nabi SAW memicit hidungnya, lalu berkata : ya
'Uwaisy, katakanlah; Ya Allah yang merupakan tuhan Muhammad. Ampunilah
untuku dosaku. Dan hilangkan kekerasan hatiku, dan selamatkan aku daripada fitnah
yang menyesat[2]"

Dari hadis ini, kita dapat melihat bagaimana bijaknya nabi SAW dalam mengurus
psikologi isterinya dalam menegur.

Apabila kita menegur kesilapan isteri, kadangkala melahirkan perasaan isteri yang
agak kurang menerima teguran. Perasaan itu timbul, ekoran mereka dalam
keadaan ego.

Justeru, bagi melahirkan perasaan mereka boleh menerima teguran, psikologi yang
digunakan nabi SAW adalah memanggilnya dengan panggilan yang mempunyai
unsur manja dan mesra. Ini kerana, apabila unsur manja ini digunakan, pasti
perasaan mahu menolak teguran tidak akan berlaku.

Oleh itu, kepada para suami, jadikan hadis ini sebagai tauladan dalam menghadapi
ranjau dalam berumah tangga. Panggilan manja perlu dijadikan sesuatu yang
berharga. Sesuatu yang berharga, tidak boleh digunakan selalu, kerana nilainya
akan lupus dari sudut perasaan hati.

Justeru, jadikanlah panggilan manja ini sebagai alat untuk meleraikan masalah,
dikala berlaku krisis dan sebagainya.

Adapun panggilan harian, perlu juga mempunyai unsur bermanja, seperti soerang
lelaki yang mempunyai isteri bernama Sabariyyah, maka dipanggilnya dengan
"Yah" sahaja; hamidah, dipanggil dengan "mida" sahaja; Hafiza, dipanggil dengan
"Fiza" sahaja dan seterusnya

Pun begitu, perlu ada juga "panggilan simpanan", dengan menyediakan panggilan
yang lebih mesra dan manja berbanding panggilan mesra harian. Seperti "Wahai
Sabariah Si kecil molek", "Wahai Mida si cantik manis", "Wahai Fiza si jantung
hati" atau seumpama dengannya.

Ianya bukan untuk digunakan harian, tetapi sebagai panggilan untuk memberi
ruang kepada hati perempuan menilai cinta dikala menghadapi krisis.

Fikir-fikirkanlah wahai para suami….

Sekian

[1] Sab'ah majlis : 10


[2] 'Aml Al-Yaum wa Al-lailah : 454.
KISAH CINTA NABI SAW: SIRI 19

CIUM ISTERI JADI


RUTIN HARIAN

Mencium Isteri merupakan ibadah. Islam memandang, tindakan tersebut tidak


terlarang, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Lebih-lebih lagi,
dengan ciuman itu akan membawa kepada bersetubuh.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati
yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan
keriangan.

Dilihat kepada Nabi, suri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala
bersama Isteri. Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan
ramadhan sekalipun.

Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis dengan katanya;

‫صائِ ٌم‬ َ ‫سلَّ َم يُقَبِّ ُل ِفي َر َم‬


َ ‫ضانَ َو ُه َو‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬
ُ ‫َكانَ َر‬

Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda
SAW sedang berpuasa[1]”
Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang
baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Bulan Ramadhan yang diwajibkan
berpuasa tidak dijadikan penghalang bagi Nabi untuk bermesra dengan isteri.

Mungkin ada sebilangan pihak akan merasa ganjil berkenaan dengan cium Isteri
ketika sedang berpuasa. Segi hukum, cium isteri dikala sedang berpuasa bukanlah
larangan. Tetapi yang terlarang adalah, cium itu boleh membawa kepada
bersetubuh.

Ekoran dari itulah, ada sebilangan ulama fiqh menfatwakan mencium isteri bagi
orang berpuasa adalah makruh. Mereka menyandarkan kepada satu hadis yang
diriwayatkan oleh Aisyah R.Ha yang berkata;

‫ أقبل في‬: ‫ فقال‬، ‫ « نعم » ثم أتاه آخر‬: ‫ أقبل في رمضان ؟ قال‬: ‫ فقال‬، ‫أتى رسول هللا صلى هللا عليه وسلم رجل‬
‫ « إن الذي أذنت له شيخ كبير يملك‬: ‫ ومنعت هذا ؟ قال‬، ‫ أذنت لذلك‬، ‫ يا نبي هللا‬: ‫ فقالت عائشة‬، ‫ ال‬: ‫رمضان ؟ قال‬
‫ فلذلك منعته‬، ‫ والذي منعته رجل شاب ال يملك إربه‬، ‫إربه‬

Maksudnya;
“Seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah SAW, berkata; “bolehkah aku
cium isteriku pada bulan Ramadhan?” Nabi berkata : “boleh”. Datang pula lelaki lain
bertanya; “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” nabi berkata : “tidak
boleh”. Aisyah berkata: Wahai Nabi Allah, kamu izinkan yang ini, dan kamu
mencegah yang itu? berkata Nabi : Yang Aku izinkan itu adalah seorang lelaki yang
sudah tua. Pasti dia mampu menahan syahwatnya. Dan yang Aku cegah itu pula
adalah adalah lelaki muda. Dia tidak mampu menahan syahwatnya, sebab itulah aku
mencegahnya[2]”

Jelas dari hadis ini. Larangan dari Nabi agar tidak mencium Isteri dalam bulan
ramadhan adalah dikala bimbang berlaku persetubuhan. Adapun jika tidak ada
kebimbangan berlaku persetubuhan, maka mencium Isteri itu adalah ibadah, yang
memberikan pahala kepada orang yang melakukannya.

Nah !! tauladan Nabi ini amat berguna untuk dijadikan panduan dalam mencipta
kemesraan dan kebahagiaan dalam berumahtangga. Dengan mencium Isteri,
kebahagiaan, kemesraan dan keseronokkan dalam berumah tangga pasti akan
wujud.

Jadikanlah mencium isteri ini sebagai rutin harian. kerana, disebalik tunjuk ajar
nabi ini, pasti akan melahirkan sesuatu yang tidak terduga dalam melayari bahtera
dalam usaha menuju ke Syurga Allah.

Sekian

Wallahu ‘Alam
[1] Sahih Muslim : 1860
[2] Amali Al-Muhamali : 105.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 20

TIDAK MENERIMA
JEMPUTAN TANPA ISTERI

Kebahagiaan tidak sekadar wujudnya kemesraaan antara suami dan isteri.


Kadangkala isteri akan merasa mereka dihargai juga merupakan cara untuk
melahirkan kebahagiaan berumah tangga.

Sebagai suami yang baik, Nabi SAW amat meletakkan para isterinya sebagai
manusia yang dimuliakan di mata masyarakat. Tindakan Nabi SAW itu adalah,
untuk melahirkan perasaan berharga dalam diri para isteri di mata suami mereka.

Jika diselidiki dari hadis-hadis. Kita akan dapati, antara cara nabi SAW bertindak
mewujudkan perasaan kebanggaan isteri baginda adalah dengan menghadiri
sesuatu majlis tertentu dengan disertai isteri baginda bersama. Bahkan, apabila
jemputan itu hanya kepada Nabi, baginda tidak menerima jemputan tersebut
hinggalah isteri baginda juga dijemput.

Ini disandarkan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik yang
berkata;

‫سلَّ َم ثُ َّم َجا َء‬


َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬َ ِ ‫سو ِل هَّللا‬ َ َ‫ق ف‬
ُ ‫صنَ َع لِ َر‬ ِ ‫سلَّ َم فَا ِر‬
ِ ‫سيًّا َكانَ طَيِّ َب ا ْل َم َر‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ِل هَّللا‬ ُ ‫أَنَّ َجا ًرا لِ َر‬
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬ ُ ‫سلَّ َم اَل فَ َعا َد يَ ْدعُوهُ فَقَا َل َر‬َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬ ُ ‫شةَ فَقَا َل اَل فَقَا َل َر‬ َ ِ‫َي ْدعُوهُ فَقَا َل َو َه ِذ ِه لِ َعائ‬
‫سلَّ َم َو َه ِذ ِه‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬ َ ُ
ُ ‫سلَّ َم اَل ث َّم عَا َد يَ ْدعُوهُ فقَا َل َر‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬ ُ ‫سلَّ َم َو َه ِذ ِه قَا َل اَل قَا َل َر‬
َ ‫َو‬
‫قَا َل نَ َع ْم ِفي الثَّالِثَ ِة فَقَا َما يَتَدَافَ َعا ِن َحتَّى أَتَيَا َم ْن ِزلَ ُه‬

Maksudnya;
”Sesungguhnya Rasulullah SAW mempunyai seorang jiran berbangsa farsi. Dia
mempunyai kepandaian memasak lauk berkuah. Dia telah memasak untuk
dihidangkan bersama Rasulullah SAW. kemudian Dia menjemput Nabi. Nabi
berkata : ”Apakah Aisyah dijemput sama?” Dia menjawab: ”tidak”. Nabi berkata :
”kalau begitu, aku pun tidak terima jemputan itu”. Dia pun pulang dan datang
kembali menjemput. Nabi SAW berkata : ”apakah Aisyah dijemput sama?” dia
berkata : ”tidak”. Nabi SAW berkata : ”kalau begitu, Aku tidak akan terima jemputan
ini” Dia pulang dan datang kembali lagi menjemput. Nabi berkata : ”apakah Aisyah
dijemput?” Dia menjawab : ”Ya” pada kali ketiga. Nabi dan Aisyah pun bangun, dan
sama-sama ke rumahnya[1]”

Lihatlah Nabi SAW dalam hadis ini, bagaimana penghargaan yang telah diberikan
oleh Nabi kepada Isteri baginda. Tindakan Nabi SAW ini sewajarnya dijadikan
contoh tauladan yang baik dalam melahirkan kebahagiaan sesama suami dan isteri.

Isteri pasti akan berbangga, jika suami mereka bertindak tidak mengabaikan
mereka dalam menghadiri majlis-majlis tertentu. Lebih-lebih lagi, jika suami
mereka adalah orang yang kenamaan.

Begitujuga, dengan tindakan membawa isteri sama dalam sesuatu majlis,


sememangnya di sana wujudnya persaudaraan itu tidak sekadar dengan suami
sahaja, tetapi sudah melibatkan bersaudaraan antara keluarga. Yang sudah pasti,
dengannya melahirkan masyarakat yang harmoni.

Melahirkan masyarakat harmoni sering menjadi perbincangan. Permasalahan ini


tidak berjaya dirungkaikan, apabila mereka tidak berjaya mendapat satu
keputusan yang kukuh. Apa yang nyata, Nabi SAW sendiri sebenarnya telah
memberikan panduan dalam menyelesaikan permasalahan yang sedang
dibincangkan itu. Tetapi sedih, ianya tidak disambut dengan sebaiknya.

Nah !! Nabi SAW sendiri telah memberikan satu panduan yang amat berguna
dalam menyelesaikan permasalahan ini. bukan sekadar masalah masyarakat
harmoni sahaja boleh terbina, bahkan ianya juga berjaya melahirkan keharmonian
dalam berumahtangga.
Apabila isteri sudah rasa dihargai suami, maka sudah pasti isteri tidak akan
mengabaikan tugasnya untuk membalas penghargaan yang diberikan suami. Maka
disitulah, bermula kebahagian yang cantik lagi indah dalam mengharungi bahtera
rumah tangga.

Sekian

[1] Sahih Muslim : 3798.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 21

SEDIA WAKTU KHUSUS UNTUK


ISTERI

Ada manusia yang hidupnya tidak sibuk, masalah pembahagiaan waktu untuk
keluarga tidak menjadi masalah baginya. Pun begitu, disana wujud manusia yang
hidupnya terlalu sibuk. Kesibukan itu, ada kalanya kerana kerja, ada kalanya
kerana dakwah dan berbagai-bagai lagi istilah sibuk ditampalkan.

Ada sebilangan manusia, kesibukan yang mengintai hidupnya menyebabkan dia


tidak sempat menyediakan masa untuk bersama keluarga. Jika keadaan ini
berterusan, dibimbangi kemesraan sesama keluarga, khususnya antara suami dan
isteri akan menjadi hambar.

Apabila hambar kemesraan, menyebabkan hilangnya daya kebahagiaan dan


rahmat sebenar dalam berumahtangga seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Firman Allah;

ٍ ‫س ُكنُوا إِلَ ْي َها َو َج َع َل بَ ْينَ ُك ْم َم َو َّدةً َو َر ْح َمةً إِنَّ فِي َذلِ َك آَل َيَا‬
َ‫ت لِقَ ْو ٍم يَتَفَ َّكرُون‬ ً ‫س ُك ْم أَ ْز َو‬
ْ َ‫اجا لِت‬ ِ ُ‫ق لَ ُك ْم ِمنْ أَ ْنف‬
َ َ‫َو ِمنْ آَيَاتِ ِه أَنْ َخل‬

Maksudnya;
”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-
isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”

(Surah Ar-Rum : 21)

Nabi Muhammad SAW yang merupakan tauladan terbaik, telah memberikan satu
gambaran yang berkualiti dalam menghadapi waktu sibuk, disamping tidak
mengabaikan tugasan memberikan kemesraan terhadap para isteri.

Keadaan ini dapat dibuktikan dengan satu hadis, bahawa Saidina Husain yang
merupakan salah seorang cucu Baginda Nabi bertanya kepada bapanya yang
bernama Ali bin Abi Talib dengan katanya;

‫س ِه َمأْ ُذونًا لَهُ فِي َذلِكَ َف َكانَ إِ َذا أَ َوى إِلَى‬


ِ ‫ َكانَ د ُُخولُهُ لِنَ ْف‬:‫ فَقَا َل‬،‫سلَّ َم‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ِل هَّللا‬ ِ ‫سأ َ ْلتُ أَبِي عَنْ د ُُخ‬
ُ ‫ول َر‬ َ
ْ َ َ ‫هَّلِل‬ ْ َ َ
ِ ‫ وجز ٌء لِنف‬،‫ وجز ٌء أل ْهلِ ِه‬،ِ ‫ ُجز ٌء‬:‫سهُ دُخولِ ِه ثالثة أ ْجزَ ا ٍء‬
‫س ِه‬ َ َ ُ ْ َ َ َّ
َ ‫ َمن ِزلِ ِه َجزأ نف‬،ْ

Maksudnya;
“Aku bertanya kepada bapaku (Ali bin Abi Talib) berkenaan Rasulullah SAW ketika
masuk ke dalam rumah. Berkata; ketika Rasulullah masuk, baginda masuk dengan
diberi izin terlebih dahulu. ketika berada dalam rumah, baginda membahagikan
masanya di rumah kepada tiga bahagian; (1) untuk Allah, (2) untuk ahli keluarganya,
dan (3) untuk dirinya[1]”

Kita mengenali Nabi Muhammad adalah seorang manusia yang amat sibuk dengan
tugasan dakwah. Dalam kesibukan itu, Nabi SAW tidak pernah menjadikan
tugasan yang lain sehingga terabai.

Antara tugasan yang tidak diabaikan oleh Nabi SAW adalah, memberikan satu
waktu khusus untuk bermesra bersama para isteri. Nabi Muhammad SAW
mengerti, tugasan baginda dalam dakwah amat besar dan berat. Sebagai
pendakwah, sudah pasti beliau akan dijadikan contoh tauladan oleh manusia
ramai.

Ekoran dari itulah, kita akan dapati Nabi SAW benar-benar mengajar tauladan
kepada manusia. Antara tauladan itu adalah, Nabi SAW tidak mengabaikan
tugasan baginda untuk memberikan kemesraan baginda terhadap para isteri.

Kepada para suami, jadikan hadis ini sebagai tauladan dalam mengharungi
kehidupan berumahtangga yang bahagia. Jika diperhatikan rata-rata manusia yang
bercerai, antara sebabnya adalah, apabila pihak suami terlalu sebuk dengan
tugasan mencari rezeki, sehinggakan terlalai dari melaksanakan tugasan terhadap
isteri mereka.

Ekoran itulah, didapati isteri menjadi liar. Jika tidak liar pun, mereka akan
menjadi manusia yang mempunyai perasaan dalaman yang bergelora, yang apabila
ianya terluah melahirkan perceraian yang dibenci oleh Allah SWT.
Justeru, jadikan tauladan Nabi SAW ini sebagai panduan. Panduan dalam
berkeluarga, juga panduan dalam melahirkan kemesraan dalam berumahtangga
yang berjaya mengecapi kebahagiaan dalam mengharungi bantera kehidupan

Sekian
Wallahu 'Alam

[1] Al-Mukjam Al-Kabir : 17867

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 22

MEMBELAI ISTERI

Membelai isteri memperlihatkan isteri mendapat pembelaan. Suami yang membelai


bisa digambarkan sebagai pendekar yang sedang mempertahankan permaisurinya.

Rasa mendapat pembelaan merupakan satu wajah dalaman hati perempuan


bahawa mereka sedang dihargai. Dari situ, bermulanya kebahagiaan hidup.

Rasulullah SAW telah membuktikan kebahagiaan bentuk ini. diamalkan sebagai


rutin harian, walaupun terpaksa berhadapan dengan masa sebuk yang keterlaluan.

Aisyah R.ha berkata;

‫س ِمنْ َغ ْي ِر‬ُ ‫سلَّ َم َما ِمنْ يَ ْو ٍم إِاَّل َو ُه َو يَطُوفُ َعلَ ْينَا َج ِمي ًعا ا ْم َرأَةً ا ْم َرأَةً فَيَ ْدنُو َويَ ْل ِم‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬
ُ ‫َكانَ َر‬
‫ض َي إِلَى الَّتِي ه َُو َي ْو ُم َها فَيَبِيتَ ِع ْن َدهَا‬ ‫ف‬ْ ‫ي‬ ‫َّى‬
ِ ُ َ ٍ ِ َ ‫ت‬‫ح‬ ‫س‬ ‫ي‬ ‫س‬ ‫م‬

Maksudnya;
“Nabi SAW sentiasa mengelilingi isteri-isteri baginda seorang demi seorang. Baginda
SAW menghampiri kami dan membelai kami tanpa menyetubungi hinggalah Baginda
SAW sampai ke rumah isteri yang masa gilirannya, maka dia bermalam disitu[1]”

Amat nyata, Nabi SAW tidak pernah mengabaikan perasaan hati para isteri,
walaupun itu bukan malam gilirannya. Baginda SAW yang berpoligami, akan
mengelilingi rumah para isteri semata-mata membelai mereka. sesampai di rumah
isteri yang merupakan malam gilirannya, baru Baginda SAW bermalam di situ.

Tindakan Nabi SAW itu, bukanlah dilakukan secara bermusim, tetapi rutin harian.
Nabi melakukan demikian, kerana tidak mahu “tawar hati” dalam hati para isteri,
walaupun dalam masa sehari sekalipun.

Perhatian dalam dakwah, tidak mengabaikan Nabi terhadap para isteri. Ekoran itu
tidak hairan, Allah memberikan izin kepada nabi berpoligami lebih dari umat.

Kepada para suami, jadikan hadis ini sebagai tauladan, lebih-lebih lagi bagi mereka
yang berpoligami. Isteri adalah sebahagian dari kehidupan. Gembira mereka
adalah gembira suami. Sedih mereka adalah sedih suami.

Jika isteri bersedih, membuatkan banyak perkara dalam urusan rumah tangga
dilakukan dengan tidak ikhlas. Wujudnya tidak ikhlas itu, merupakan bibit
permulaan krisis rumah tangga.

Justeru, keikhlasan antara suami isteri perlu dibina. Antara cara yang ditunjukkan
oleh Nabi adalah, perhatian yang sewajarnya diberi, seperti belaian isteri tidak
diabaikan.

Belaian ini, tidak semestinya datang dari suami, bahkan isteri juga perlu membelai
suami. Belaian yang diberi, hendaklah bersesuaian dengan mood suami, agar
belaian yang diberi hendaklah dipastikan mendapat kebahagiaan dalam
rumahtangga.

Sekian

[1] Musnad Ahmad : 23621.

You might also like