You are on page 1of 28

3.

0 KEMAHIRAN BERTUTUR

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan


daripada alat-alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran
berinteraksi dalam suasana berbahasa. Kemahiran bertutur berlaku di
peringkat produksi. Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk.
Oleh kerana itu, model-model yang diperdengarkan haruslah model-
model yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara
berkesan.

3.1 KONSEP BERTUTUR

Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.


Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si
penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang
didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman
daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek
fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh
dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur,
intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

32
Objektif Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan


mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-
rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan.
Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan
murid boleh bertutur dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta
menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat.

Pengajaran Dan Pembelajaran Bertutur Haruslah Membolehkan Murid:

Menyebut dengan jelas

Menyampaikan atau melahirkan pendapat


peribadi

Menunjukkan arah

Bertemu ramah

Memberikan penerangan dan memberi alasan

Membina soalan untuk mencari maklumat

Bertukar-tukar pendapat dan maklumat

Melaporkan peristiwa dan member sesuatu


huraian dengan tepat
33
Bertutur secara bertatasusila

Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan


3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUTURAN

Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan iaitu :-

a) Faktor Kecerdasan: Ini bermaksud kecerdasan otak yang


dihubungkan dengan kemampuan menghasilkan bahasa.

b) Faktor Kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu


mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa
mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan
sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.

c) Faktor Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ


vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak
atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak
boleh bertutur dengan baik.

d) Faktor Alam Sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan


perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan
bahasa kanak-kanak.

e) Faktor Jantina: Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati


kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-
kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-
kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan
mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.

Faktor Dwibahasa: Kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur


lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Ini

34
3.3 ASPEK-ASPEK PERTUTURAN

Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian dalam


kemahiran bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda,
intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran dan laras bahasa.

i. Sebutan: Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan


bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan
ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan
tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul
mengikut bunyi, ejaan dan makna.

ii. Tekanan: Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata


atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat
tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia
bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu
pengucapan.

iii. Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek adalah kadar


sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat'
dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam Bahasa
Melayu dan kalau ada pun ia tidak membezakan makna.
Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris dan
Arab.

iv. Jeda (persendian): Unsur ini disebut juga sebagai persendian. la


digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti
perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang
diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini
boleh membawa makna yang berbeza jika ia digunakan.

35
v. Intonasi: Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau
menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la kadangkala
disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu
biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang
dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan
sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di
akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang
menurun.

vi. Nada: Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun
sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam
bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So,
La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam
bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih
ketara dalam Bahasa Cina.

vii. Tatabahasa: Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau


undang-undang menggabungkan kata untuk membentuk ayat.
Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. la
terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam
bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak
begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur
atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah
ditekankan.

viii. Kelancaran: Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur


atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap
mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan
semasa percakapan itu berlangsung.

36
ix. Kefasihan: Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan
sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka
juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-
ayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh
bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar.

x. Laras bahasa: Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid


boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks,
suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-
murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-tujuan
berkomunikasi secara berkesan.

f) disebabkan oleh gangguan-gangguan bahasa ibunda (pertama).

3.4 PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

 PERINGKAT AWAL
a) Melafazkan pengucapan bertatasusila.
b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat .
d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.
f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
g) Memberi arahan.
h) Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan
sebagainya.
i) Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.

 PERINGKAT PERTENGAHAN
a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.

37
b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar
bersiri.
c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi
seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan
sebagainya.
f) Membaca iklan dan peraturan-peraturan.
g) Memberi ucapan pendek dan mudah.
h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
i) Memberi komen secara mudah.
j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara
mudah.

 PERINGKAT MAJU
a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek,
permainan, proses dan sebagainya.
b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa
menggunakannya.
c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.
d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
g) Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan).
h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum,
perbincangan, seminar dan lain-lain.
i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
j) Mendeklamasi puisi.
k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.
l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

38
3. 5 Pemilihan Bahan Kemahiran Bertutur

Guru boleh memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran


berdasarkan kriteria yang berikut;
a) Bahan yang sedia ada
b) Kesesuaian dengan objektif pengajaran
c) Keberkesanannya.

Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh


kategori iaitu;

a) Guru, Murid dan Bilik darjah


Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya
untuk membantu
Proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya;

i. Guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau


menggerakan kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi
dalam pertuturan.
ii. Guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan
iii. Guru menggunakan papan tulisuntuk mencatat perkataan
atau frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.

b) Objek Sebenar
Objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan
bahan pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid;

i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi


pelbagai kenderaan, mergastua dan air dengan
menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman.

39
ii. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang
berlaku. Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di
stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini
boleh ditunjukkan atau didengar melalui alat audio dan visual
seperti television, video, filem dan transperansi.
iii. Bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai
warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah
bahan yang boleh digunakan secara kreatif sebagai bahan
bertutur.

c) Gambar
Guru digalakkan mempunyai fail untuk menyimpan gambar yang
boleh digunakan dalam pengjaran dan pembelajaran bertutur.
Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri boleh digunakan
sebagai bahan rangsangan untuk murid-murid bercerita, berlakon,
berpuisi dan berdialog. Gambar-gambar yang digunakan hendaklah
sesuai dari segisaiz, terang dan jelas.

3.6 AKTIVITI-AKTIVITI BERTUTUR

Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temu-


ramah atau temubual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk
aktiviti yang membolehkan murid-murid mengamalkan atau menggunakan
bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi
kehidupan sehari-hari.
Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat
dipraktikkan. Aktiviti-aktiviti di atas bolehlah dijadikan rangsangan atau
model aktiviti lisan sebagai aktiviti lanjutan di dalam kelas.

40
1. Aktiviti Perbualan

Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan


sesuatu tajuk. Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang
berbual dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun
atau meminta murid-murid sendiri memilih kawannya.

Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu


sendiri yang menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain
mengikut tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu
akan menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan
bualannya itu.

Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi: -

1. Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid


dalam perbualan itu.
2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu
untuk dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya
guru merancang tajuk dan jika tajuk itu tidak disebut oleh murid,
guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk
yang dirancangkan itu.

Contoh:

Tajuk: Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos

i. Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang


berkaitan dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada
pekerja di bahagian-bahagian tertentu seperti posman, kerani,
penjual setem, juruwang, penerima bungkusan dan lain-lain lagi.

41
ii. Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos
seperti setem, bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan
wang, borang telegram dan sebagainya.

iii. Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas:

 Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan,


seperti setem, telegram, bungkusan dan lain-lain.
 Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter.
 Tetapkan murid-murid yang akan memegang peranan sebagai
pembeli, penghantar surat, penghantar bungkusan dan
sebagainya.
 Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki misalnya: -

 Minta beli setem.


 Bertanyakan harga setem.
 Minta borang telegram.
 Hendak menyimpan wang.
 Hendak mengeluarkan wang dan sebagainya.

iv. Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti


setem dengan harga-harganya (misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75
sen, $1.00) dan seterusnya setakat yang sesuai dengan
pengetahuan membilang dan mengenal angka yang telah sedia
ada pada murid-murid.

v. Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang hendak digunakan.

vi. Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan-perkataan


yang diperlukan dalam aktiviti yang akan dijalankan.

42
vii. Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak
digunakan di dalam aktiviti itu.

viii. Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat


pos tadi.

ix. Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi
menceritakan semula apa yang telah dibuatnya di pejabat pas
sebentar tadi.

x. Guru boleh bersaal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil


bahagian tentang apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan
mereka sebentar tadi.

xi. Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai rangsangan


pelajaran lisan untuk aktiviti selanjutnya.

Aktiviti lisan seperti ini boleh juga dijalankan dengan menggunakan


tajuk-tajuk seperti pasar, kedai makan, kedai buah-buahan, kedai buku
dan kedai runcit.

2. Aktiviti Bercerita

Dalam pengajaran lisan, bercerita memainkan peranan yang penting,


bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malah juga di kalangan orang-
orang dewasa.

o OBJEKTIF BERCERITA

43
a) Menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak:
 Kanak-kanak boleh secara imaginasi memasuki alam cerita
tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka yang
terlibat. Misalnya, menjadi angkasawan, gergasi dan haiwan.

b) Membina rasa hati:


 Dalam cerita sering didapati watak-wataknya menemui
kejayaan atau mengalami bahaya-bahaya yang menyebabkan
penderitaan. Keadaan ini dapat membantu dalam
perkembangan emosi kanak-kanak. Sikap mereka terhadap
manusia, pendapat-pendapat, perkara-perkara dan lain-lain
dalam kehidupan secara am boleh diubah dengan cara guru
membawa mereka kepada tema cerita itu.

c) Menyuburkan akal dan kecerdasan murid-murid:


 Semasa cerita disampaikan, minat dan rasa hairan murid-murid
dibangkitkan. Mereka digalakkan menyoal, mengemukakan
pandangan dan memberi komen terhadap peristiwa dan watak-
watak dalam cerita tersebut. Aktiviti ini boleh diikuti dengan
perbincangan selanjutnya.

d) Menggalakkan perkembangan bahasa murid-murid:


 Dengan cara memperkenalkan perkataan-perkataan baru, ayat,
peribahasa, teka-teki dan sebagainya perbendaharaan kata
murid-murid boleh diperluaskan.

e) Asas untuk pendidikan agama:


 Ada sesetengah cerita mempunyai pengajaran atau contoh
yang baik. Melalui cerita-cerita seperti ini, terutama cerita-cerita
yang mengandungi pendidikan moral dan akhlak, tingkah laku
dan sikap yang baik akan dapat disemai di kalangan murid-
murid.

44
o PRINSIP-PRINSIP BERCERITA

Cerita harus mempunyai tema yang sesuai dan bermakna cerita dari segi
tema atau jalan cerita, bahasa dan lain-lain hendaklah bersesuaian
dengan umur, latar belakang dan pengalaman murid-murid.

a) Cerita harus menggunakan bahasa yang sesuai. lni bermaksud


bahasa perlulah mudah, tepat dan jelas serta tidak mengandungi
perkataan atau rangkai kata yang boleh mengelirukan. Perkataan
atau rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus
juga dielakkan.

b) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Episod tersusun


dan ada kesudahan. Semasa menyampaikannya, guru perlu
menggunakan aneka gaya, menggunakan gerak isyarat,
pergerakan, pernyataan, menggunakan cakap ajuk, lakonan dan
sebagainya.

c) Penglibatan murid-murid sepenuhnya adalah juga penting. Libatkan


intelek, emosi dan kadang-kadang fizikal murid semasa sesi
bercerita. lni diikuti dengan aktiviti-aktiviti sebagai gerakerja
lanjutan.

o KEMAHIRAN BERCERITA

Berbagai-bagai kemahiran digunakan dalam kemahiran bercerita.


Kemahiran-kemahiran ini boleh dikumpulkan kepada dua komponen
iaitu :-
a) Komponen struktur.
b) Komponen penyampaian.

45
 Komponen Struktur
- Komponen struktur ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :-

 Permulaan
 Pembentukan
 Penutup

i. PERMULAAN

a) Guru harus menarik perhatian murid dan keadaan ini sebaik-


baiknya dapat dikekalkan sehingga ke akhir sesuatu pembelajaran.
Keadaan ini selalunya boleh didapati melalui penggunaan gerak
isyarat yang sesuai, pernyataan muka, gambar, perhubungan
penglihatan, media dan sebagainya.
b) Guru harus menunjukkan minat dan kecenderungannya untuk
membentuk satu perhubungan yang baik dengan kelas.

ii. PEMBENTUKAN

a) Bahasa yang sesuai:


 Bahasa yang digunakan mestilah mudah, sesuai supaya maksud
cerita dapat disampaikan dan difahami. Penggunaan cakap ajuk
di tempat-tempat yang boleh menambahkan kesan dan
menjadikan pendengar-pendengar memberi lebih banyak
perhatian kepada cerita hendaklah selalu diadakan. Perkataan-
perkataan dan rangkai kata yang kabur patut dielakkan dan jika
ada perkara-perkara baru, ia patut digambarkan sarna ada me-
lalui lisan atau dengan cara menggunakan gambar.

46
b) Kelancaran pertuturan:
 Ini penting untuk perkembangan cerita yang licin.
Kefahaman murid-murid akan lebih baik dan berkesan.

c) Suara guru:
 Cerita akan menjadi lebih menarik dan boleh
berbentuk hiburan jika ada perubahan-perubahan dalam suara
guru. Ini ditegaskan dari segi nada, intonasi, ketinggian, kekuatan
dan sebagainya. Ini biasanya berlaku pada tempat-tempat yang
sesuai, secocok dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu.

d) Gerak-geri dan pernyataan yang sesuai:


 Gerak isyarat dan pernyataan yang sesuai dan
bermakna membantu menerangkan atau menyampaikan maksud
atau kandungan sesebuah cerita. la juga membangkitkan minat
dan memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid.

e) Rangsangan yang tepat:


 Semasa bercerita rangsangan yang berbeza boleh
digunakan untuk mengarahkan minat dan perhatian murid kepada
cerita keseluruhannya; misalnya, media yang sesuai digunakan,
soalan-soalan boleh dikemukakan, atau cadangan-cadangan dan
pendapat muridmurid di mana-mana yang sesuai boleh diterima
dan disesuaikan dengan cerita.

f) Aturan perkembangan cerita:


 Peringkat-peringkat atau bahagian-bahagian cerita
yang membentuk keseluruhan cerita mesti dalam susunan
'dahulu-kemudian'.

g) Penjelasan tema cerita:


 Ini harus dibentuk dengan baik supaya pendengar-

47
pendengar boleh membincangkan plot cerita, watak-watak utama
dan dapat membuat gambaran mengenai moral cerita tersebut.

h) Penglibatan murid-murid:
 Semasa membentuk cerita, murid-murid boleh
terlibat sama secara efektif, kognitif dan kadang-kadang fizikal.
Mereka boleh terlibat secara lisan, atau dengan melakukan
sesuatu, atau memberi pandangan dan pendapat atau
sebagainya.

iii. PENUTUP

a) Cerita mempunyai kesudahan: Ini perlu untuk memenuhi objektif


guru.
b) Penyediaan gerak kerja atau aktiviti lanjutan. Pelbagai bentuk
aktiviti boleh mengikut sesi bercerita. Murid-murid boleh dilibatkan
dalam perbincangan, lakonan, ekspresi, bersoal jawab dan
sebagainya.

 Komponen Penyampaian

Komponen penyampaian ini bertujuan untuk menyampaikan cerita dengan


lebih berkesan lagi, pelbagai kemahiran boleh digunakan oleh guru.
Di antaranya ialah:

i. Penggunaan bahasa:
a) Bahasa mestilah jelas. Perkataan yang sesuai adalah
mustahak. Bahasa juga harus mudah, elakkan perkataan
dan rangkai kata yang kabur. Kata-kata penghubung
digunakan untuk membantu dalam perkembangan cerita.

48
b) Suara: Jelas dan terdapat perubahan dalam nada dan
intonasi. Ini mustahak kerana ia boleh menjadikan cerita
lebih hidup, menarik, bermakna dan dramatis.

ii. Keceriaan guru:


a) Penggunaan gerak isyarat/pernyataan: Pergerakan yang
bermakna dapat membentuk minat dan kefahaman yang
lebih. la dapat menyampaikan maksud yang sebenar.
b) Penggunaan pergerakan: Perhatian dapat dibuat dengan
pencerita bergerak tetapi dia harus pasti yang per-
gerakannya mempunyai tujuan dan bersesuaian pula untuk
membentuk kesan yang diper1ukan.

iii. Penglibatan murid-murid:


a) Pergerakan murid: Semasa sesi bercerita, murid-murid boleh
dipanggil untuk melakonkan sesuatu babak, situasi atau
peristiwa dalam cerita. Pergerakan yang bertujuan itu
membantu dalam pembentukan cerita dan dapat
mengurangkan rasa bosan. Secara tidak langsung ia
menambah penglibatan murid-murid.

b) Jawapan murid-murid: Ini menjadi maklumat balik terhadap


cerita si pencerita. Dengan maklumat ini, guru dapat
menyediakan gerak laju yang sesuai dan mengubah
ceritanya di tempat tertentu.

iv. Penggunaan alat bantuan:


a) Media alat pandang-dengar: Media pandang-dengar yang
dipilih mestilah berkaitan dengan situasi cerita dan
digunakan untuk membangkitkan minat serta memberi
kefahaman yang lebih baik kepada murid-murid.
b) Contoh-contoh: Contoh-contoh yang sesuai boleh menolong

49
murid-murid meluaskan lagi kefahaman mereka serta
berpeluang menikmati cerita itu sepenuhnya.

v. Peneguhan:
a) Lisan: Pencerita boleh menggunakan ulangan di mana-mana
yang perlu. Idea murid-murid, kata-kata galakan serta komen
mereka perlu diberi perhatian dan ini penting dari segi
peneguhan kognitif dan efektif.
b) Pernyataan gerak isyarat: Gerak-geri, pernyataan muka dan
badan, jika digunakan dengan betul, akan membantu
menjadikan cerita lebih jelas, hidup dan bermakna.

vi. Perkembangan cerita:


a) Langkah: Harus ada gerak laju yang sesuai semasa ber-
cerita. lni bergantung kepada bagaimana ia disampaikan;
dengan perkataan lain, ia mengikuti satu corak atau aturan
yang sesuai untuk mengembangkan cerita.
b) Perkaitan: Peringkat-peringkat tertentu dalam cerita dikaitkan
dalam cara yang lain. Kata penghubung yang betul
penggunaannya, akan memastikan tidak ada sekatan dalam
aliran cerita.
c) Hentian: Ini memberi peluang kepada murid-murid untuk
mendengar secara imaginatif memikirkan masalah dan isu-
isu yang disampaikan.

o DASAR PEMILIHAN CERITA

a) Cerita-cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengalaman,


latar belakang, peringkat umur, kebolehan otak, kecenderungan
dan minat kanak-kanak.

50
b) Cerita-cerita itu harus menggunakan bahasa yang baik, mudah
dan tidak berbelit-belit serta betul pula tatabahasanya.

c) Isi atau tema cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pen-


didikan, terutama dari segi pendidikan akhlak dan budi pekerti.

d) Cerita yang dipilih itu sebaik-baiknya biarlah daripada cerita-cerita


yang boleh dijadikan bahan lakonan atau kerja bertulis.

e) Plot cerita seharusnya menarik dan mudah difaham.

f) Cerita-cerita yang dipilih itu juga semestinya tidak menyinggung


mana-mana agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan.

g) Cerita-cerita juga tidak seharusnya rnenyentuh dasar kerajaan


atau bertentangan dengan dasar tersebut.

h) Cerita harus ada unsur-unsur perpaduan kebangsaan.

o CARA MENJALANKAN PELAJARAN CERITA

i. Guru rnenerangkan terlebih dahulu perkataan atau rangkai kata


yang susah yang hendak digunakan dan rnenerangkan juga
perkara-perkara yang menjadi latar belakang cerita itu

ii. Setelah rnengumpulkan murid-murid di hadapan darjah, guru terus


becerita sambil rnenunjukkan gambar-gambar atau alat bantu
mengajar yang lain untuk menguatkan lagi perhatian dan
kefahaman mereka.

51
iii. Setelah selesai bercerita, guru bolehlah rnengemukakan soalan--
soalan. Guru bolehlah rnenyoal isi cerita dan murid-murid juga
boleh menyoal.

iv. Pelajaran akan lebih rnenarik jika kanak-kanak diminta rne-


lakonkannya jika sesuai dengan masa dan keadaan.

3. Aktiviti Lakonan

Lakonan bukan sahaja dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan baik


malah dapat juga rnendorongkan rnereka beraksi dengan gerak-geri yang
bersahaja. Jenis lakonan yang boleh digunakan ialah:-

 Lakonan Bisu.
 Lakonan Berkait.
 Lakonan Berseni Kata dan Menggunakan Pergerakan.
 Lakonan Menggunakan Patung.

1. LAKONAN BISU

Lakonan ini hanya menggunakan pergerakan anggota tanpa ber-


kata apa-apa. Dengan berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid
lain diminta meneka apakah yang dibuat oleh pelakon itu. Dalam hal ini,
murid-murid akan sentiasa berfikir dan memerhatikan dengan teliti
perhubungan pergerakan itu.
Murid-murid yang berlakon itu pula berpeluang memikirkan sesuatu
yang hendak dilakonkannya dan menghubungkannya pula dengan

52
sesuatu kejadian itu. Lakonan jenis ini adalah satu cara untuk melepaskan
tenaga yang berlebihan atau melepaskan emosi yang meluap-Iuap di
kalangan mereka.
Guru bolehlah terlebih dahulu berunding dengan murid-murid yang
akan mengambil bahagian dan meminta mereka melakonkannya. Murid-
murid lain diminta memerhatikan setiap pergerakan yang dilakonkan oleh
rakan-rakan mereka.

Perkara-perkara yang boleh dilakonkan ialah :-

I. Pekerjaan rumahtangga:
 Membelah kayu, menyapu, membasuh
kereta, mengangkat air, menyiram bunga, membasuh baju,
membuai adik dan lain-lain.

II. Permainan:
 Main gasing, guli, layang-layang, bermain
bola, mandi sungai dan lain-lain.

III. Binatang:
 Kambing makan rumput, itik berjalan, burung
terbang, kambing dikejar oleh anjing dan sebagainya.

IV. Situasi:
 Membeli barang-barang, membeli setem, mengambil air
sembahyang dan sebagainya.

2. LAKONAN BERKAIT

53
Lakonan ini amat sesuai dijalankan pada peringkat rendah. Guru
menyebut sesuatu perkataan sambil melakonkannya sekali, misalnya
duduk, tidur, saya buka buku, say a menulis di papan hitam, saya bersikat
dan sebagainya. Kanak-kanak akan dapat menangkap perkaitan antara
percakapan dengan lakonan dan akan membuatnya berulang-ulang kali.

3. LAKONAN BERSENI KATA DAN MENGGUNAKAN


PERGERAKAN

 Lakonan jenis ini biasanya dijalankan dengan dua cara iaitu :-

i. Lakonan yang tidak bersengaja.


 Kanak-kanak melakonkannya selepas mendengar
sesuatu cerita atau kejadian dengan tidak memerlukan persediaan
yang panjang lebar. Guru memberi nasihat dan cadangan sahaja.
Kanak-kanak berlakon bebas dan menggunakan perkataan--
perkataan mereka sendiri.

ii. Lakonan yang bersengaja.


 Lakonan jenis ini biasanya disediakan khas daripada buku-buku
cerita. Murid-murid dilatih dan diberi tugas untuk menjayakannya.
Biasanya guru akan menyediakan senikata untuk mereka.

 Lakonan berseni kata ini boleh dijalankan seperti berikut :-

a. Terangkan dahulu apa yang patut dibuat oleh murid-murid sama ada
dengan menceritakan peristiwa yang hendak dilakonkan atau
memberi senikatanya.
b. Selepas itu guru bolehlah memilih pelakon-pelakonnya. Semasa
pemilihan dibuat, pastikan peluang berlakon itu diberi kepada semua.

54
Guru tidak seharusnya bergantung kepada murid-murid yang pandai
sahaja.
c. Guru kemudian memberi arahan atau petunjuk bagaimana
saharusnya diperbuat oleh setiap orang pelakon.
d. Kanak-kanak melakonkannya dengan bebas sebagaimana yang
dikehendaki oleh jalan ceritanya. Jangan ganggu kanak-kanak
semasa berlakon walaupun didapati tidak memuaskan.
e. Setelah itu baharulah guru membetulkan kesilapan mereka dan jika
perlu mereka diminta melakonkannya sekali lagi sebelum memberi
peluang kepada kanak-kanak lain berlakon.
f. Guru hendaklah memberi perangsang iaitu jangan mengkritik atau
menyalahkan kanak-kanak sehingga boleh membunuh semangat
dan minat mereka untuk berlakon.
g. Perlu juga guru menyediakan alat-alat seperti topeng dan pakaian
yang sesuai supaya lakonan itu menjadi lebih realistik dan berkesan.

4. LAKONAN MENGGUNAKAN PATUNG

Lakonan patung ialah lakonan antarabangsa yang tertua. Ia boleh


juga digunakan untuk menyampaikan pelajaran Bahasa Malaysia di
sekolah-sekolah. Jenis-jenis patung yang boleh digunakan ialah:-

i. Patung kayu:
 Gambar binatang atau manusia diwarnakan dan kemudian
dilekatkan kepada kayu.

ii. Patung sarung tangan:


 Kepala berjenis hidup-hidupan yang diperbuat daripada
pelbagai alat dan diberi pakaian.

iii. Patung tali

55
 Anak-anak patung itu digerakkan dengan menggunakan
kuasa tali yang diikatkan kepadanya. Guru akan
menunjukkan lakonan patung itu kepada murid-murid dan
melaluinya kanak-kanak dapat membetulkan kesalahan
bahasanya.

4. Aktiviti Perbincangan

Perbincangan adalah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan dan


ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan
seorang guru. Sewaktu berbincang, murid-murid diberi peranan aktif untuk
menyatakan segala pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu
topik. Sambil itu guru memandu serta mengarahkan pandangan-
pandangan mereka itu ke satu prinsip idea yang menyeluruh.
Melalui aktiviti mengajar begini, murid-murid dapat memper-
kembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka
digalakkan berfikir dengan jelas, mengutarakan idea-idea bernas dan lojik
serta bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat
atau menyelesaikan masalah perbincangan. Aktiviti perbincangan
biasanya dapat menggalakkan penglibatan mereka secara aktif dan
dinamik.

5. Aktiviti Syarahan atau Pidato

Aktiviti ini boleh dijalankan apabila murid-murid sudah dapat


menguasai bahasa dengan baik, boleh bertutur dengan gaya, nada dan
intonasi yang betul. Tajuk yang dipilih haruslah bersesuaian dengan minat
dan umur murid-murid. Tajuk boleh diberikan beberapa hari sebelum
aktiviti dijalankan tetapi pastikan yang murid-murid tidak membaca teks
yang telah disediakannya.

56
6. Aktiviti Berpuisi

Aktiviti ini bertujuan untuk membiasakan murid-murid membaca puisi


dengan gaya, gerak-geri, nada suara dan intonasi yang betul di samping
memperkenalkan bentuk-bentuk puisi itu atau menyuruh murid-murid
menciptanya atau boleh juga memetiknya daripada petikan-petikan luar.
Di antara bentuk-bentuk puisi ialah pantun, syair, gurindam dan seloka,
teka-teki dan sajak.

7. Aktiviti Temuramah

Sesi-sesi temubual atau temuramah juga boleh diadakan untuk


menambahkan kemahiran lisan. Pilih dua atau tiga orang murid bagi satu-
satu sesi yang mengambil masa lebih kurang lima hingga enam minit.
Tentukan siapa yang berperanan sebagai orang yang menemuduga dan
ditemuduga. Soalan-soalan boleh dikemukakan secara spontan atau
disediakan sebelumnya.

2.11 KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR

Mackey (1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi,


mencadangkan beberapa kaedah pengajaran kemahiran bertutur bagi
memastikan ketepatan penggunaan aspek-aspek bahasa dalam
kemahiran lisan. Mickey mencadangkan aktiviti-aktiviti latihan seperti
meniru dan menghafal dialog, latih tubi pola ayat, latihan pandang dan
sebut dan karangan lisan.

Latih Tubi

57
Latihan dimulakan dengan penyebutan guru dan kemudian murid-murid
meniru dan mengulangi sebutan tersebut secara beramai-ramai, dalam
kumpulan besar,kumpulan kecil dan selanjutnya secara individu.
Sekiranya murid menghadapi masalah guru akan menyebut semula dan
meminta murid-murid mengulangi sebutan itu lagi. Latih tubi sebutan
meliputi latih tubi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata, dan dan
bunyi-bunyi fonem yang diambil daripada bahagian dialog yang akanditiru
dan dihafal oleh murid-murid. Latih tubi penyebutan bunyi meliputi lati tubi
menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan
masalah sebutan di kalangan murid-murid. Latih tubi pasangan minimal
juga digunakan. Dalam latih tubi ini, pasangan perkataan yang mempunyai
perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan.
Contohnya perkataan daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu
dan lain-lain.

Dialog Dan Nyanyian


Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam
latihan lisan. Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru
sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog. Teknik
latih tubi dialog adalah sama dengan teknik latih tubi pola ayat. Kadang-
kadang seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafal
oleh murid-murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid
menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan
bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.

Latihan Pandang Dan Sebut


Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan
pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan
gambar-gambar yang digunakan dalam teks latihan. Di samping itu kad-
kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering
juga digunakan. Semua alat bantu ini digunakan dalam latih tubi supaya
murid-murid dapat menghsailkan pertuturan yang diperlukan oleh guru.

58
Karangan Lisan
Karangan ini merupakan karangan dalam bentuk lisan yang dihasilkan
oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan
tersebut adalah dalam bentuk bersoal jawab, latihan penghasilan dan
karangan bebas.
Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan yang bedasarkan
petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang diberi. Dalam latihan
ini, murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
oleh guru secara lisan.
Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberikan petikan
untuk dikaji. Kemudian murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu
semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri.
Karangan bebas hanya diberikan pada peringkat tertentu sahaja.
Murid-murid dikehendaki mencari bersama, butiran tentang tajuk tersebut
dan mereka dikehendaki berbual tentang tajuk tersebut.

59

You might also like