You are on page 1of 20

KONSEP KESALAHAN

Penggunaan Bahasa

Kesalahan bahasa merupakan bentuk penggunaan bahasa yang

daripada sistem bahasa

Tatabahasa Istilah

Penggunaan Bahasa
Ejaan

Contoh Kesalahan Sebutan

1
PUNCA-PUNCA KESALAHAN

Gangguan dari segi penggunaan bahasa yang menggunakan


bahasa ibunda iaitu dialek pertuturan, bahasa daerah dan bahasa
pasar.

Berlaku kekeliruan yang berpunca daripada penggunaan bahasa


yang tidak seragam.

Berlaku juga kekeliruan yang berpunca daripada kecuaian dan


kurang pengetahuan dan pemahaman antara sebutan dan
penglihatan.

Kurang kebolehan dan keupayaan menyatakan sesuatu hingga


murid terpaksa menggunakan perkataan pertama bagi lahirkan
buah fikiran.

Kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh guru semasa


mengajar tidak berkesan dan tidak sistematik.

1
KESALAHAN UMUM TATABAHASA

KESALAHAN FRASA

KESALAHAN

UMUM

TATABAHASA
Frasa Nama
Frasa Kerja
Frasa Adjektif

KESALAHAN KESALAHAN AYAT


PENGGUNAAN KATA

Kata Ganti
Kata Bilangan
Penjodoh Bilangan Ayat Tergantung :
Kata Sendi Nama Tiada Subjek
Kata Adjektif Tiada Predikat
Kata Kerja Tak Transitif
Kata Kerja Transitif
Kata Hubung
Kata Tanya
Penggunaan Kata Yang Tidak
Tepat

1
KESALAHAN DARI ASPEK MORFOLOGI

KONSEP
Kata Ganti

Kata Ganti diri ialah kata yang digunakan


untuk mengganti kata nama orang.
No Huraian Contoh

1 Semua jenis kata ganti tidak boleh  Mereka-mereka


digandakan
 Saya-saya

 Dia-dia

2 Kata ganti beliau hanya boleh  Beliau seorang angkasawan.


digunakan bagi mengganti nama
 Beliau seorang menteri kesihatan.
orang yang dihormati sahaja.
 Beliau adalah guru saya.

3 Kata ia tidak boleh digunakan  Emak sangat sayang akan ia.


sebagai objek kepada Kata Sendi
(SALAH)
atau Kata Kerja Transitif.
 Emak sangat sayang akan dia.

(BETUL)

4 Kata Ganti Ia dan Nya tidak boleh


digabungkan menjadi ianya.
 Jika tidak dibaiki dengan segera
ianya akan musnah.

(SALAH)

1
 Jika tidak dibaiki ia akan musnah.
(BETUL)

KATA BILANGAN

1
Kata bilangan ialah kata yang pada umunya digunakan untuk
Kata menghitung benda.

Bilangan

Contoh

Kata Bilangan Contoh Perkataan

Tak Tentu setengah-setengah

Pisahan tiap-tiap, masing-masing

Himpunan kedua-dua, berabad-berabad

Tentu dua, tiga, empat

  Kata Bilangan di atas tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

Salah Betul
 
Setengah orang tidak suka tidur Setengah-setengah orang tidak suka tidur
1
pada waktu siang. pada waktu siang.

1
Tiap penuntut mesti mamakai kad Tiap-tiap penuntut mesti memakai kad
2
matrik. matrik.
3 Kedua orang itu cedera parah. Kedua-dua orang itu cedera parah.

4 Berbagai jenis lauk-pauk. Berbagai-bagai jenis lauk-pauk.

Kata Bilangan Tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh
  dedikatkan dengan Kata Bilangan Pecahan (suku, setengah, separuh) kerana
ianya kontra.

  Salah Betul

Hampir tiga suku jam dia duduk di


1 Hampir tiga jam suku dia duduk di situ.
situ.

Jumlah kesemua barang ini Jumlah kesemua barang ini sembilan


2
sembilan setengah ringgit. ringgit setengah.

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

1
Walau bagaimanapun ,penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-
sama dengan kata bilangan seperti:-

Sebilanga
n
Para

Setengah-
setengah
Segala

Semua
Sekalia
n
Seluru
h

Contoh:-

  Salah Betul

1 Para orang pe!ajar para pelajar

1
2 Segala ekor binatang Segala binatang
3 Semua orang gadis Semua gadis

KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama ialah kata yang digunakan bersama-


sama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa
nama dengan kata-kata lain.
1
Kata sendi nama Contoh-contoh Kata Sendi Nama :-

memerlukan frasa nama


sebagai objek untuk
 Oleh
membentuk frasa nama.
 Antara
 Bagi
 Hingga
 Demi
 Kerana
 Tentang
 Akan

Contoh:-

  Salah Betul

1 Ravi suka durian. Ravi suka akan durian.


Kami lalu jalan itu supaya cepat Kami lalu di jalan itu supaya cepat
2
sampai. sampai.
3 Abang sudah pergi pejabat. Abang sudah pergi ke pejabat.

4 Saya bertemu Ali di pasar tadi. Saya bertemu dengan Ali di pasar .

KATA ADJEKTIF

Kata penguat
depan tidak (SALAH)
boleh
diletakkan di Sayang sangat.
belakang kata (BETUL)
adjektif. 1
Sangat sayang.
Kata penguat
belakang pula,
tidak boleh
CONTOH diletakkan di
hadapan kata
adjektif.

Kata penguat
(SALAH) tidak boleh
digabungkan di (SALAH)
Amat kacak
depan dan di
sekali’ belakang Sekali cantik
adjektif
(BETUL) (BETUL)
sekaligus.
Amat kacak @ Cantik sekali

Kacak sekali

KATA KERJA TRANSITIF

Kata yang mesti disertai


objek sebagai pelengkap
untuk menjadi frasa kerja
yang bertugas dalam
predikat ayat.

1
Objek mesti Kecuali kata makan
frasa nama atau & minum serta kata
kata nama. berapitan ber…an.

Semua kata
kerja transitif
perlu ada
imbuhan me…

Salah Betul

Dia suka baca majalah Dia suka membaca majalah

1
Kamal tendang bola itu Kamal menendang bola itu

Contoh:

1
Kata-kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan objek.

CONTOH

 Dia memegang erat tangan ibunya (Salah)


 Dia memegang tangan ibunya dengan erat (Betul)
o Khalid menghempaskan ke lantai cermin itu
(Salah)
o Khalid menghempaskan cermin itu ke lantai
(Betul)

Kata Kerja Transitif yang berapitan me…kan dan me…i berbagai-bagai


maknanya mesti digunakan dengan berhati-hati.

CONTOH

 Dia memberikan saya sebatang pensil (Salah)


 Dia memberi saya sebatang pensil (Betul)
 Dia memberikan sebatang pensil untuk saya (Betul)

 Hakim menjatuhkan orang itu hukuman (Salah)


 Hakim menjatuhi orang itu hukuman (Betul)
 Hakim menjatuhkan hukuman ke atas orang itu
(Betul)

Kata Kerja Transitif dengan Kata Ganti Nama Pertama dan Kedua dalam ayat pasif
tidak boleh digunakan Kata Sendi Nama oleh.

1
CONTOH

o Ular itu dipukul oleh saya (salah)


o Ular itu saya pukul (Betul)

KATA KERJA TAK TRANSITIF

Kata kerja yang berdiri sendiri


Kata Kerja ini tidak perlu objek
dengan makna lengkap dalam
sebagai pelenkap.
ayat.

Kata Kerja tak Transitif yang berawalan


ber… @ me… @ ter… misalnya
berbincang, berkata, bertanya,
melompat, terenyum tidak boleh
digugurkan imbuhannya.

CONTOH

o Dia kata kepada saya (Salah)


o Dia berkata kepada saya (Betul)

 Dia lompat (Salah)


 Dia melompat (Betul)

1
 Dia senyum kepada saya (Salah)
 Dia tersenyum kepada saya (Betul)

KATA HUBUNG

Menghubungkan kata dengan kata

Menghubungkan frasa dengan frasa

Menghubungkan klausa dengan klausa

Kesalahan berlaku akibat tidak memahami cara


menggunakan kata hubung

Menggunakan kata hubung secara tidak tepat dan


betul

CONTOH

SALAH BETUL

Azlan berdiri maka memberi Azlan berdiri lalu memberi salam


salam

Naim menangis bila mendengar


Naim menangis apabila mendengar
berita sedih itu
berita sedih itu

1
Azli terkejut bila Amirul menjerit Azli terkejut apabila Amirul menjerit

Gadis itu cantik meskipun Gadis itu cantik tetapi sombong


sombong

KATA TANYA

Kata tanya digunakan untuk Kesalahan kata yang sering


membentuk ayat tanya. berlaku pada kata tanya apa
dan siapa

Kata tanya apa hanya boleh Kata tanya siapa pula boleh
digunakan menanyakan nama digunakan hanya untuk
benda @ binatang mananyakan manusia

Contoh kata Tanya yang sering digunakan ialah :- Apa, Mengapa, Bila,
Bagaimana, Siapa, Berapa

CONTOH

SALAH BETUL

Nama kucing itu siapa? Nama kucing itu apa?

1
Apa nama kamu? Siapa nama kamu?

Adakah Apakah

PENGGUNAAN KATA
Banyak Ramai
YANG TIDAK TEPAT
Pedalaman Pendalaman

Bena Bina
Ada beberapa kata yang Kesalahan ini
seakan-akan sama berpunca daripada Bukan Tidak
ejaannya tetapi jauh pengguna tidak
berbeza maksudnya. mengetahui makna Ialah Adalah
yang tentang sesuatu
kata Menonton Menuntun

Telor Telur

Senarai beberapa kata yang hamper sama ejaannya. Tempoh Tembuk

Tepok Tepuk

Lancong Lancung

Golong Gulung

Lancong Lancung

Resmi Rasmi

Tembok Tempuh

1
PUNCA-PUNCA KESILAPAN AYAT

 Subjek ayat tidak jelas


 Penggabungan ayat yang tidak sempurna
 Bahagian ayat berdiri sendiri
 Kedudukan kata atau frasa dalam ayat tidak pada tempatnya
 Penggunaan kata tidak betul
 Penggunaan imbuhan tidak betul
 Makna tidak jelas
 Subjek ayat tidak jelas
 Ayat tergantung
 Makna ayat tidak jelas

1
1

You might also like