You are on page 1of 3

LATAR BELAKANG PENUBUHAN YAYASAN SALAM

Yayasan SALAM ditubuhkan tahun 1997 dimana berfungsi sebagai badan bukan kerajaan

yang mana menawarkan kerja-kerja sukarelawan di Malaysia dan di luar Negara. Yayasan SALAM

Malaysia, atau ringkasnya SALAM ditubuhkan untuk membentuk semangat sukarelawan yang dapat

menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

SALAM menganjurkan pelbagai program – program sukarelawan di mana program ini

dapat dapat membentuk keperibadian dan semangat menolong. Tumpuan program adalam dalam

pendidikan, kesihatan dan kerja pembangunan komuniti serta bantuan kecemasan. SALAM adalah

sebuah organisasi bebas yang dan bukan berorentasikan keuntungan. Perbelanjaan bagi aktiviti

adalah dibiayai oleh badan korporat, kerajaan dan sumbangan orang ramai.

Sukarelawan SALAM pernah bertugas di Aceh, Nias, dan Sri Langka ketika Tsunami pada

tahun 2004. Mangsa-mangsa peperangan seperti di Iran, Pakistan dan Afganistan serta baru-baru ini

adalah di Gaza, Palestin. Manakala sukarelawan SALAM telah membantu mangsa-mangsa banjir di

dalam negar seperti di negeri pantai barat iaitu Kelantan dan Pahang, serta di Johor, Kedah dan

Sarawak pada baru-baru ini.

Yayasan SALAM juga telah mengendalikan dua buah rumah perlindungan yang bertempat

di Chow Kit. Rumah Nur SALAM dan Rumah Sinar SALAM adalah rumah perlindungan yang di

kendalikan oleh SALAM. Berfungsi sebagai pusat jagaan kanak-kanak jalanan, ibu tunggal, bayi

baru lahir, wanita mangsa rogol dan kes-kes yang melibatkan mangsa-mangsa penderaan.

Sekarelawan SALAM juga membuat kerja “outreach” untuk memujuk mangsa penyalah

gunaan dadah agar kembali kepangkal jalan. Bukan itu sahaja, sukarelawan SALAM juga

memberikan bimbingan kepada ibu tunggal untuk menjadi usahawan kecil dengan kerjasama

pelbagai pihak agar dapat meningkatkan ekonomi mereka.

Jualan Amal GAZA oleh Yayasan Salam dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri 3
MISI SALAM

SALAM mengangap kerja sukarelawan adalah satu kerja yang bermakna dan berkesan untuk

membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih baik. Setiap individu berhak untuk

menikmati kehidupan dalam persekitaran yang lebih baik, adil dan saksama. Hal ini penting kerana

setiap manusia berhak memiliki kehidupan yang bahagia. Lantaran itu SALAM menyediakan

sukarelawan yang bersedia berkhidmat kepada masyarakat dan komuniti yang memerlukan.

Perkongsian pengetahuan, ilmu dan kemahiran sukarewalan dengan masyarakat akan dapat

membuahkan keidupan yang lebih baik. Sukarelawan mampu membina komuniti yang lebih baik,

kukuh dengan memupuk etika perkongsian, bantu membantu serta sayang menyayangi. Rakyat

Malaysia akan berpeluang menyumbang kearah pembentukan masyarakat madani dengan

berkhidmat sebagai sukarelawan SALAM.

SYARAT-SYARAT MENJADI SUKARELAWAN SALAM

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas adalah layak menjadi sukarelawan

SALAM. Penyertaan adalah di alu-alukan daripada lepasan universiti dan kolej, sedang berkhidmat

dan pesara.

Sukarelawan Yayasan SALAM yang berkhidmat diluar negara akan bertugas selama 12

bulan atau lebih dan dalam negara pula adalah 6 bulan. Sukarelawan yang akan mula bertugas akan

menjalani progrem orientasi sebelum memulakan perkhidmatan mereka. Sukarelawan ini akan

ditempatkan di organisasi yang memerlukan khidmat dan kepakaran mereka.

Jualan Amal GAZA oleh Yayasan Salam dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri 3
HURAIAN LAPORAN KERJA AMAL

Kerja amal yang dilakukan adalah memjadi pembantu jualan untuk kaunter jualan Yayasan

SALAM dengan kerjasama Kementerian luar Negeri. Jualan ini dilakukan bersempena

Perhimpunan Agong UMNO ke-58 yang berlangsung selama 4 hari dari 25 mac 2009 hingga 28

mac 2009. Progrem ini berlangsung di PWTC.

Jualan amal ini adalah bertujuan untuk mengutip dana bagi menyalurkan sumbangan kepada

rakyat Gaza di pelestin yang telah di diserang oleh tentera zionis. Bukan sahaja jualan amal

dilakukan, malah pameran “Pembunuhan Di Gaza” turut dilakukan oleh Yayasan SALAM dengan

kerjasama kementerian luar negeri. Pameran ini bertempat di lobi aras 3 PWTC. Pameran ini

memaparkan foto-foto dan rajah yang memaparkan penderitaan rakyat Gaza ekoran peperangan

tersebut.

Melalui progrem jualan amal ini dapatlah dipelajari beberapa perkara. Pertamanya adalah

cara komunikasi berkesan dengan masyarakat umum. Keduanya pula adalah mendedakan dengan

masyarakat umum yang lebih luas yang mana datangnya daripada belbagai negeri dan kawasan.

Ketiganya pula adalah mengetahui cara berorganisasi dengan baik dan terakhir adalah memperoleh

kesedaran insaniah serta pengetahuan yang lebih mendalam tentang konflik yang berlaku di Gaza.

Jualan Amal GAZA oleh Yayasan Salam dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri 3

You might also like