You are on page 1of 39

SEMANTIK

DIFINISI

UMUM

 Dalam linguistik semantik merupakan bidang atau disiplin yang mengkaji makna
dalam sesuatu bahasa
 Dari segi etemologi (perkataan), berasal dari perkataan yunani ‘sema’ yang
bererti tanda atau lambang. Semantik digunakan untuk menyelidiki tanda-tanda
atau lambang dalam bahasa tersebut.
 Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat manakala ayat terbina daripada rentetan
kata untuk mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Unit-unit bahasa itu sendiri
perlu dikaji.

PENDAPAT

1. Harimurti Kridalaksima
Mendefinisikan semantik sebahagian struktur bahasa yang berkaitan dengan
makna.

2. Katz
Menyebut semantic sebagai kajian tentang makna linguistik yang membicarakan
tentang apakah yang ditonjolkan dalam ayat.

3. Pei dan Gaynor


Menyebut semantik sebagai sains yang menguraikan kaitan referens (benda/
rujukan).

1
Segi tiga semeotik

B) konsep/ makna

------------------------------------

A)bentuk linguistik C) Rujukan


A) Ialah lambang (perkataan atau leksikon) yang berhubung secara langsung
dengan
B) Konsep atau makna berhubung secara langsung dengan
C) Benda, hal atau perkara yang menjadi rujukan

4. Raminah hj. Sabran dan Rahim Sham


Semantik ialah satu bidang kajian yang mengkaji makna.

5. John lyon
Menjelaskan makna sebagai idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada
fikiran penutur kepada fikiran pendengar yang akan menghsilkan satu bahasa
atau satu bahasa yang lain.

6. Ullman
Makna adalah hasil hubungan yang rapat antara nama dengan maksud. Nama
adalah bentuk fonetik manakala maksud merujuk kepada maklumat bagi makna.

7. Abdullah Hassan
Melihat makna dalam banyak peerkataan dan perkataan-perkataan dalam
banyak makna.

2
KESIMPULAN

Semantik ialah bidang ilmu mengkaji makna. Oleh sebab, bidang ini berkaitan
dengan struktur bahasa maka kajian makna dilakukan terhadap unit-unit bahasa,
rentetan –rentetan bahasa dengan menggunakan sains linguistik untuk
memperoleh makna yang tepat dalam pertuturan atau penulisan.

3
TEORI KAJIAN SEMANTIK

Teori Imej

 Lebih kepada gambaran dalam fikiran dan ditafsirkan secara lisan.

 Apabila sesuatu perkataan atau ayat dibaca impuls tercetus serentak


menghasilkan gambaran dalam fikiran.

 Masalah yang dihadapi ialah tidak tahu gambaran betul atau salah

 Contoh : telefon

Antik

Moden

Bimbit

Teori Bchaviuvisme

 Makna sesuatu perkataan/ ayat ditinjau berdasarkan ransangan dan gerak balas
(respond dan stimulus) R--------S

 Anggapan bahawa bahasa itu wujud hasil daripada hasil daipada operasi
R--------S

 Contoh : lapar –rangsangan

Saya lapar – gerak balas

4
Teori Analisis Kompenen

 Mengenai penentuan istilah berdasarkan hubungan kekeluargaan sesuatu


perkataan atau ujaran.

 Huraian makna sesuatu perkataan secara terperinci bukan ecara unit.

 Contoh :

TERUNA

BELUM
MANUSIA LELAKI DEWASA BERKAHWIN

Teori AALogik Simbolik

 Lebih lengkap dan menyeluruh

 Menguraikan makna pada peringkat perkataan atau ayat kepada tiga bahagian :

A. Simantik

- Hubungan antara simboldengan rujukan

- Contonnya antara perkataan dengan benda

B. Sintaktik

- Hubungan antara satu perkataan dengan perkataan perkataan lain


yang boleh menentukan makna.

C. Pragmatik

5
- Hubungan antara simbol atau perkataan dengan perlakuan yang
ditunjukkan sebagai reaksi kepada perkataan yang ditunjukkan.

STRUKTUR MAKNA
- Setiap perkataan dari segi makna atau maksud perkataan dapat dilihat dari segi
aspek iaitu makna leksikal dan makna konteks.
- Makna dari segi leksikal ialah makna yang dapat dihuraikan berdasarkan ciri-ciri
semantik sepeti diatas.
- Makna dari segi konteks pula dapat dibahagikan kepada :

a) Sinonim
b) Polisemi
c) Homonim
d) Hiponim
e) Homograf
f) Antonim

a) Sinonim
- Perkataan yang berbeza bunyi dan bentuk tetapi sama makna atau maksud.
Contoh :

- Saya anak ayah yang sulung


- Saya anak ayah yang tertua

6
b) Polisemi
- Satu perkataan yang mungkin mempunyai banyak makna dan salah satu makna
itu mungkin bersinonim dengan perkataan lain.
Contoh :

- matang : cukup tempoh ( cukup tempoh dan masak adalah bersinonim


merupakan ayat polisemi )
: dewasa

: masak

: sempurna

c) Homonim
- Ia perkataan yang dieja sama tetapi maksud yang berlainan,
Contoh :

- daki : kotoran

d) Hiponim
- Iaitu perkataan yang mempunyai lingkungan atau pemerikatan dalam struktur
makna

Conoth :

- Burung : murai
: merpati

: hantu

7
e) Antonim
- Iaitu perkataan yang mempunyai maksud bertentangan
Contoh :

- siang : malam
- cantik : hodoh
- pendek : tinggi

Perubahan Makna

- Secara simkonis (melalui masa), makna sesuatu perkataan tidak berubah tetapi
kerana peredaran masa atau dikronis makna sesuatu perkataan boleh berubah.

Contoh :

- khalwat : menyendiri untuk melakukan ibadat kepada tuhan (dahulu)


: berdua-dua lelaki perempuan ditempat yang sunyi (sekarang)

Kesimpulannya - makna bagi perkataan tertentu telah berubah hampir keseluruhan


daripada makna asalnya.

- mengikut Za’ba terdapat pelbagai jenis maksud yang berlaku pada makna
sesuatu perkataan iaitu perubahan meluas, perubahan makna menyempit dan
perubahan makna secara keseluruhan.

8
Perubahan Makna Secara Meluas

- Perubahan ini berlaku apabila sesuatu pekataan yang mempunyai suatu maksud
asalnya, mempunyai makna-makna yang lain akibat perubahan tersebut
Contoh :

- saudara : iakatan keluarga, dahulu tetapi sekarang makna “saudara” lebih


meluas iaitu membawa maksud orang yang baru memeluk agama islam dan
digunakan kata gelaran kepada orang tertentu.

Perubahan Makna Menyempit

- Iaitu merujuk kepada sesuatu perkataan yang pada mulanya mempunyai makna
yang luas atau banyak tetapi akhirnya terbatas.
Contoh :

- sarjana : merujuk kepada orang yang pandai, bijak (dahulu)


: merujuk kepada orang yang mempunyai ijazah sahaja. (sekarang)

Perubahan Makna Secara Keseluruhan

- Bermaksud perubahan makna secara keseluruhan iaitu berbeza sama sekali


dengan maksud maksud asalnya.
Contoh :

- Ceramah : orang meleter atau berleter (cakap banyak)


: ucapan yang membincangkan sesuatu perkara

9
- Mengikut Za’ba perubahan makna secara keseluruhan dari segi bahasa dapat di
lihat dari penggunaan peribahasa, simpulan bahasa, kayta kiasan, bidalan,
pepatah, perumpamaan, kata perbilangan, dan kata hikmat.

PERIBAHASA

- Peribahasa ialah susunan cakap yang pendek, yang telah melekat dimulut orang
ramai sejak zaman berzaman. Sebabnya sedemikian adalah kerana ungkapan-
ungkapan ini sedap di dengar serta dalam maknanya digunakan oleh orang
sebagai bandingan,teladan dan bahan pengajaran.
- Berikut dibincangkan beberapa daripada peribahasa melayu, iaitu :

a) Bidalan
b) Pepatah
c) Perbilangan
d) Perumpamaan
e) Kiasan
f) Kata hikmat
g) Simpulan bahasa

Bidalan

- Sejenis peribahasa yang maknanya selapis sahaja, iaitu apa yang dikatakan
itulah yang dimaksudkan. Yang istimewa ialah sifat ringkasnya, serta isi yang
bernas dan mengandungi pengajaran dan fikiran yang benar.
- Pada amnya, bentuk bidalan terdiri daripada 2 bahagian, iaitu yang menyatakan
maksud yang hendak disampaikan, diikuti dengan unsur pematah bagi maksud
tersebut.
Contoh :

: sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna

10
: jika pandai mengunting, hendaklah pandai menjahitnya

- demikian juga, bahagian pertama mengandungi sesuatu penyataan, diikuti


dengan pelengkapnya.

Contoh :

: cicir di pungut, hilang dicari

: biar lambat asal selamat

- Kesimpulannya, bidalan ialah ungkapan lama yang penuh berisi, mengambarkan


kebijaksanaan orang-orang zaman dahulu, yang masih boleh digunakan
sehingga hari ini.

Pepatah

- mengikut Za’ba, pepatah lebih kurang sama dengan bidalan iaitu peribahasa
yang lazimnya bererti selapis yang bernas sifatnya, digunakan sejak turun-
temurun oleh masyarakat melayu. Satu perbezaan antara pepatah dengan
bidalan ialah bidalan tetap mempunyai pengajaran dan fikiran yang benar, tetapi
ada juga pepatah yang tidak berisi pengajaran. Ungkapan pepatah itu berasal
daripada patah-patah perkataan pepatah memberatkan sifat ringkasnya dan
bijak susunan perkataannya.

Contoh :

: Ada gula, adalah semut

: indah khabar dari rupa

: alah biasa tegal biasa

11
Perbilangan

- Mengikut Za’ba, perbilangan ini seakan-akan bidalan dan pepatah, hanya


berbeza sedikit dari segi bentuk susunannya perbilanagan lazimnya terdiri
daripada dua baris atau lebih disebut satu persatu seperti membilang dan isinya
hampir-hampir menjadi undang-undang tetap kerana diterima kebenaran dan
kebijaksanaannya.
Contoh :

: hidup dikandung adat

: mati dikandung tanah

- Perbilangan dua baris

Contoh :

: Hukum berdiri dengan saksi

: Adat berdiri dengan adat

- Perbilangan tiga baris dan lebih

Contoh :

: ke bukit sama didaki

: ke lurah sama dituruni

: ke laut sama direnangi

12
Perumpamaan

- Perumpamaan digunakan kerana sesuatu maksud itu dikaitkan atau


diumpamakan dan satu perkara lain yang sebanding. Semua perumpamaan
mengikut Za’ba daripada bahasa kiasan, iaitu sesuatu itu dikiaskan kepada yang
lain dengan tujuan menjelaskan maksudnya perumpamaan terdiri daripada dua
jenis iaitu :

: yang disebutkan perbandingannya

: yang tidak disebutkan perbandingannya

 perumpamaan yang disebutkan perbandingannya


- perumpamaan dalam kategori ini menggunakan perkataan-perkataan seperti,
bagai, laksana, umpama, macam dan seolah-olah dipangkalnya
Contoh :

: Seperti katak dibawah tempurung

: bagai isi dengan kuku

: ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang

 perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingannya


Contoh :

: sehari selembar benan, lama-lama menjadi kain

: musuh dalam selimut

13
: biar putih tulang, jangan putih mata

Kiasan

- Kiasan ialah ungkapan yang menghuraikan sesuatu perkara dengan


menghiaskannya dengan perkara lain, sama ada dengan menyebutkan
bandingan itu atau dengan tidak menyebutkan bandingan. Tujuan kiasan dalam
adalah untuk menjelaskan lagi sesuatu maksud. Daripada kiasan juga terbit
bentuk-bentuk peribahasa lain seperti perumpamaa, simpulan bahasa dan lain-
lain lagi.

 kiasan yang menyebutkan perbandingan

Contoh :

: mukanya terserlah seperti bulan purnama

: matanya merah seperti biji saga

* kiasan yang tidak menyebutkan perbandingan

Contoh :

: mandi kerbau

: tidur ayam

14
Simpulan Bahasa

- Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih
dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang
membentukkannya. Misalnya “ kaki ayam” dan “panjang tangan” yang bererti
“suka mencari”.

* Simpulan bahasa yang berkaitan dengan tubuh badan

Contoh :

a) Gigir air
b) Kecil hati
c) Ringan kepala
d) Hati batu

* simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan

Contoh :

a) audara anjing
b) Akal kancil
c) Ajak-ajak ayam
d) Pening lalat

15
Denotas dan konotas

- sesuatu perkataan itu telah berubah maknanya apabila digunakan dalam konteks
ayat yang berlainan. Oleh sebab itu, hubungan da kedudukan perkataan dalam
ayat akan menjadi sumber nama.

Contoh :

: Dia perempuan gila

: Dia gila perempuan

- Ayat diatas mempunyai makna yang berlainan walaupun perkataan-perkataan


yang terdapat dalam kedua-dua ayat adalah sama.
- Makna ayat bergantung kepada 2 unsur yang penting iaitu makna perkataan dan
kedudukan perkataan dalam ayat.
- Dalam bahasa melayu, makna sesuatu perkataan dapat dilihat dari 2 sudut iaitu
DENOTASI dan KENOTASI
- Denotasi bermaksud makna sesuatu perkataan yang dapat dilihat dari segi yang
tersurat. Istilah lain untuk makna denotasi ialah makna kamus, makna kognitif
atau makna hurufiah atau harafiah, makna rujukan atau konseptual

Contoh :

: budak itu mengejar lembu

: budak itu seperti lembu

- Makna lembu dalam ayat 1 ialah makna demotasi, manakala makna dalam ayat
2 bukan lagi makna demotasi ialah makna yang bebas daripada sebarang
konteks atau pengaruh emosi dan biasa digunakan dalam tulisan ilmiah.

16
- Makna konotasi ialah makna tambahanyang dibawa oleh sesuatu perkataan.
Dalam tersirat dan bersifat positif dan negatif terpulang kepada tafsiran
pengguna perkataan tersebut.

Contoh : perempuan, wanita, betina

- Masing-masing mempunyai makna konotasi yang berlainan makna perempuan


membawa maksud jantina, wanita membawa maksud status, manakala betina
membawa maksud konotasi moral atau kekuatan seseorang perempuan.
- Makna konotasi juga disebut emotif atau evoluatif. Makna konotasi sering
digunakan dalam karya-karya kreatif kerana karya kreatif memerlukan konotasi
agar dapat memberi kesan yang lebih kepada pendengar atau pembaca.

17
KEUTUHAN WACANA

1. Wacana yang baik adalah merujuk kepada bentuk penulisan yng mempunyai
dua ciri :
 Kesatuan
 pertautan

2. kesatuan ialah unsur dalam wacana mempunyai hubungan idea dengan tajuk
atau judul.
3. Pertautan pula merujuk kepada hubungan antara unsure-unsur bahasa
seperti kata hubung, penanda wacana, kata rujukan, dan sebagainya yang
berfungsi sebagai penyambung bahagian-bahagian dalam wacana.
4. Sebuah wacana yang baik dikanali sebagai wacana yang utuh.
5. Keutuhan wacana merupakan aspek yang penting kerana akan memastikan
sama ada sesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana atau hanya
sekumpulan ayat yang tidak teratur.
6. Keutuhan wacana dapat diteliti daripada ujudnya kaitan-kaitan aspek
semantik, fonologi, leksikal, tatabahasa, dan gramatis.

18
Hubungan dari segi aspek semantik:

jalinan makna di antara satu ayat dengan ayat lain atau perenggan dengan perenggan
lain

a. hubungan sebab dan akibat: Dia sangat malas . Dia bodoh

b. hubungan sebab dan hasil : Ali rajin bekerja. Dia kaya

c. hubungan sebab dan tujuan: Hasan berpakaian kemas. Dia mahu memikat Aminah

d. hubungan syarat dan hasil: Kita mesti rajin berusaha. Kerajinan menjamin kejayaan.

e. hubungan latar dan kesimpulan: Lagu itu sunggu enak didengar. Sebenarnya M.
Nasir yang menciptanya

f. hubungan perbandingan: Hasnah cantik. Kakaknya lebih cantik lagi.

g. hubungan sampingan: Saya sudah membuat kerja rumah. Saya letih, jadi saya
hendak tidur.

h. hubungan memperkuat isi: Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal mayang, berlesung
pipit dan hidung mancung.

19
Hubungan dari aspek fonologi:

dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, intonasi suara - dapat menimbulkan
hubungan semantik di antara bahagian wacana

intonasi peranan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur
ayat, contohnya seperti ayat di bawah:

1. Malaysia negara yang aman

a. Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata)

b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya)

Hubungan dari segi leksikal

berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang
ingin disampaikan

a. antonim : Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara

b. sinonim : Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan
pelajaran ke universiti

c. Hiponim: Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di
halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga
tersebut.

d. Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana
mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipenuhi dengan daki.

20
Hubungan dari segi tatabahasa.

wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa.

dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti:

a. kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perengan dengan
perenggan yang lain.

i. berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain,
sebaliknya dll

ii. berfugsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana, dengan
dll

ii. berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada


masa, ketika itu dll

b. kata rujukan : kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau
manusia

i. kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini, siapa dll

c. peleburan dan penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu


maklumat daripada penyataan yang diberikan

contoh: Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan
perlahan.

21
Petikan 1

( LIHAT DI LAMPIRAN )

22
Analisis dari segi semantik berdasarkan petikan 1
(laras sains).
ASNALISIS BERDASARKAN PERKATAAN

1. Pisahkan

(Pisah – cerai)

Contoh ayat :

a)” apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu kedua-
duanya dahulu adalah sesuatu yang padu, kemudian kami pisahkan diantara
kedua-duanya…………”

b) kasih seorang ibu kepada anaknya tidak dapat diceraikan dengan mudah.

(perkataancerai boleh ndogantikan dengan cerai)

Analilis ini menggunakan medan makna sinonim yang membawa maksud


perkataan yang menunjukkan makna yang sama atau hampir-hampir sama.

2. Hidup

( hudup – mati )

Contoh ayat :

a) ”……Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup”.

b) Kemalangan jalan raya itu mengakibatkan kematian.

Analisis diataas menunjukkan medan makna antonim. Antonim ialah


perkataan yang berlawanan maksud.

23
3. Air

(Air – metabolisme, sungai, kencing, minuman)

Cohtoh ayat :

a) ”.......hal ini sidebabkan hanya air dapat menjadi medium bagi proses-
proses (yang berkaitandengan kehidupan) dan hanya dengan air
metabolisme dapat berlaku”.

b) Air sungai itu mengalir dengan deras.

Analisis ini menggunakan medan makna hiponim iaituperkataan yang


mempunyai hubungan kekeluargaan adalah perkataan-perkataaan yang
tergolong dalm satu jenisatau golongan.

ANILISIS BERDASARKAN RANGKAI KATA

1. Alam semesta

Contoh ayat :

Tidak sempurna penciptaan alam semesta ini sekiranya tiada sebarang hidupan dai
dalamnya.

Maksud rangkai kata dalam ayat ini ialah seluruh alam yang merangkumi langit dan bumi.

24
ANALISIS BERDASARKAN FRASA

1. Allah mencipta
Contoh ayat :

“Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air…”

~ mengikut kamus Dewan edisi baru 1989

 Mencipta ialah menerbitkan, menghasilkan sesuatu


 Allah ialah tuhan bagi umat islam
Analisis makna frasa kerja (FK) dalam ayat diatas ialah tuhan telah menjadikan.........

2. asas kepada kehidupan


contoh ayat :

protoplasma ialah asas kepada kehidupan.

~ mengikut kamus Dewan edisi baru 1989

 asas ialah tapak, alas, dasar


 kehidupan ialah perihal hidup
Analisis frasa sendi nama (FSN) didalam ayat ini membawa maksud tapak kepada
kehidupan. Jika tiada protoplasma maka tiada kehidupan di dunia.

3. Suhu yang rendah

Contoh ayat :

Permulaan kehidupan sudah semestinya bermula di persekitaran yang mempunyai suhu


yang rendah agar dengan itu air dapat wujud

Maksud frasa dalam ayat ini ialah kawasan yang sejuk atau kawasan yang sesuai.

25
ANALISIS BERDASARKAN AYAT

1. Kesemua penemuan ini mengesahkan al-Quran yang menyatakan segala kehidupan


bermula daripada air dan dapat disahkan melalui kajian sains.

Makna ayat di atas ialah telah termaktub didalam al-Quran bahawa bermulanya
kehidupan ini dengan adanya air dan telah dibuktikan melalui analisis sains.

2. Unit di dalam sel yang penting dikenali sebagai protoplasma.

Maksud ayat di atas ialah protoplasma adalah bahagian terkecil yang paling penting di
dalam sel.

3. Memandangkan setiap kehidupan terbina daripada sel dan kehidupan sel pula
bergantung kepada protoplasma, manakala protoplasma memerlukan air untuk hidup
kerana 80 peratus daripada air.

Maksud ayat di atas ialah semua hidupan memerlukan 80 pratus daripada air di dalam
badan.

26
Analisis kautuhan wacana berdasarkan petikan 1
(laras sains)
KEUTUHAN WACANA DARI ASPEK SEMANTIK

1. Contoh ayat :

Ayat ini menjelaskan bahawa air hakikatnya adalah asas bagi segala kehidupan.

Berdasarkan ayat diatas air ialah sebab dan asas bagi segala kehidupan ialah tujuan

KEUTUHAN WACANA DARI SEGI TATABAHASA

1. contoh ayat :

Dalam surah al-Anbiya ayat 30, Allah berfirman, ”apakah orang-orang kafir itu tidak
mengetahui langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang
padu,kemudian kami pisahkan diantara kedua duanya. Dan daripada air kami jadikan
segaja sesuatu yang hidup.”

Kata rujukan adalah kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau
manusia.

Maka kami dalam surah di dalam surah al-Anbiya ialah kata rujukan bagi Allah.

2. contoh ayat :

Air diperlukan kerana ia adalah asas kepada kehidupan

Fungsi kerana dalam ayat diatas sebagai pengembangan idea.

27
3. contoh ayat :

memandangkan setiap hidupan terbina daripada sel dan kehidupan sel pula
bergantung pada protoplasma, manakala protoplasma memerlukan air untuk hidup
kerana 80 peratus daripadanya adalah air, tidak mungkin wujud sebarang hidupan
tanpa air.

Fungsi manakala dalam ayat diatas sebagai peleburan dan penggantian iaitu satu
konsep apabila perkataan yang sama tidak diulang semula dalam ayat yang sama.

28
Teks 2

( LIHAT DI LAMPIRAN )

29
ANALISIS SEMANTIK BERDASARKAN PETIKAN LARAS UNDANG-
UNDANG
1. Analisis perkataan
a) besar (p3 ; b14)
 Medan makna yang digunakan ialah sinonim. Beberapa perkataan
dalam sesuatu bahasa yang ditunjukkan makna yang sama atau
hampir sama.

 Contohnya :
i. “…………..kesan negatifnya lebih besar kepada ……”
(besar boleh juga diganti dengan banyak)

ii. Guru besar itu berasal dari Terengganu


(perkataan besar memang sama dengan perkataan bayak
tetapi perkataan banyak tidak boleh digunakan dalam ayat
ini)

b) Kecekapan (p5 ; b1)


 Medan makna yang digunakan ialah polisem. Kesamaan bunyi dan
bentuk ejaan tetapi berbeza maknanya di dalam konteks yang
berlainan.

 Contohnya :
i.“Kelicinan dan kecekapan pentadbiran sesebuah institusi juga
akan terjejas ………..”
( kecekapan beerti kemampuan syarikat melakukan kerja 0

ii.Dia melukis lukisan pelan itu menggunakan kecekapan beliau


dalam bidang seni bina.
(kecekapan beerti kepandaian)

30
c) nyata (p6 ; b1)
 Medan makna yang digunakan ialah polisem. Kesamaan bunyi dan
bentuk ejaan tetapi berbeza maknanya di dalam konteks yang
berlainan.

 Contohnya :
i.Kesan yang paling nyata ialah kestabilan politik dan ekonomi
negara akan tergugat.
(membawa erti jelas)

ii.Alam yang nyata


(membawa erti wujud)

2. Analisis rangkaikata
a) anak buah (p2 ; b5)
 “.......pemimpin gagal menunjukkan contoh yang terbaik dan terlibat
dalam gejala ini,anak buah mereka......
(maknanya ialah pengikut)

b) orang awam (p2 ; b10)


 “.....mempunyai hubungan langsung dengan orang awam..”
(membawa erti masyarakat)

3. Analisis frasa
a) Gejala rasuah (p4 ; b1)
 “...Gejala rasuah juga boleh menyebabkan berlakunya pengaliran
wang ke negara-negara.......”
(maknanya ialah tanda-tanda terjadinya rasuah )

31
b) prestasi kerja (p5 ; b8)
 “Amalan ini boleh merosakkan etika perkhidmatan,kecekapan, dan
prestasi kerja sesebuah organisasi.
(maknanya ialah hasil yang diperolehi selepas menyempurnakan
kerja)

c) Salah satu (p3 ; b2)


 “.....masyarakat juga merupaka salah satu elemen penting yang
boleh...”
(maknanya ialah diantara sesuatu pilihan)

4. Analisis ayat
a) Akta Pencegah Rasuah 1961 mendefinisikan rasuah sebagi perbuatan
menerima sebarang bentuk suapan sebagai dorongan,upah,atau galakan
kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan.(p1,b1-b5)

(makna ayat di atas ialah menerangkan apa maksud rasuah dan memberi
tahu apa itu unsur-unsur rasuah.)

b) Kelicinan dan kecekapan pentadbiran sesebuah institusi juga akan


terjejas akibat rasuah.
(makna ayat di atas ialah kemampuan dan kelancaran inititusi
dalam pentadbiran merosot akibat gejala rasuah)

32
ANALISIS KEUTUHAN WACANA BERDASARKAN PETIKAN LARAS
UNDANG-UNDANG

Keutuhan wacana dari aspek semantik

 Hubungan semantik umum

a. Hubungan sebab dan tujuan

Contoh :

Gejala rasuah menyebabkan berlakunya pengaliran wang ke negara-negara


asing.

(Gejala rasuah adalah sebab dan pengaliran wang ialah tujuan)

 Hubungan semantik interaktif

a. Laras bahasa yang digunakan.


Laras bahasa yang digunakan ialah undang-undang.Ianya
berbentuk akta terbahagi kepada bahagian dan seksyen.Pada
seksyen,terdapat pula pecahan atau subseksyennya.Di samping
teks utama,terdapat pula judul ringkas di sebelah kiri dan kanan
teks tersebut.Sebagai contoh berdasarkan teks ialah Akta
Pencegah Rasuah 1961

33
Keutuhan wacana dari aspek leksikal

 Sinonim
Sinonim adalah satu konsep yang menunjukkan bahawa terdapat
pelbagai kata atau leksikal yang mendokong makna yang sama atau hampir
sama. Sebagai contoh , kelicinan , kecekapan , kemampuan , dan kemahiran
boleh digunakan dalam pemberitahuan perjalan sesebuah syrikat atau dalam
melakukan kerja . Namun, penggunaan kata-kata ini bukanlah boleh dibuat
secara sebarangan tetapi penulis atau penutur perlulah melihat keadaan yang
mungkin berkaitan dengan budaya atau persekitaran, sebagai panduan untuk
menentukan leksikal yang tepat.

Contoh :
Kelicinan dan kecekapan pentadbiran sesebuah institusi juga akan terjejas
akibat rasuah(p5,b1)

(Perkataan kelicinan dan kecekapan adalah sinonim iatitu membawa maksud


yang sama)

 Polisem
Polisem ialah bentuk leksikal yang mempunyai banyak makna. Ini
bermakna satu perkataan atau leksikal boleh digunakan dalam pelbagai
keadaan untuk membawa makna yang sama. Dalam sesebuah wacana
pemilihan leksikal seperti ini perlu diambil perhatian, supaya perkataan
tersebut dapat mendokong makna yang dikehendaki.

Contohnya : “Jika seseorang pemimpin gagal menunujukkan contoh yang


terbaik dan terlibat dalam gejala ini,anak buah...”(p2,b5)

34
Perkataan anak dalam ayat ini bermaksud orang bawahan. Bertitik tolak
makna asas ini , maka wujudlah perkataan anak angkat, anak emas dan lain-
lain.

Contohnya : Risiko ini lebih tinggi di jabatan-jabatan yang mempunyai


hubungan langsung dengan orang awam. (p2 ; b10)

Perkataan orang dalam ayat ini bermaksud masyarakat. Bertitik tolak


makna asas ini, maka wujudlah perkataan orang ramai, orang atas,dan lain-
lain

Keutuhan wacana dari aspek gramatikal


 Penanda Penghubung
Contoh :
“.......Kebiasaanya,mereka yang terlibat dengan gejala ini tidak akan
mempercepat seseuatu kerja dengan harapan mereka.... “(p5,b3)

Penanda penghubung yang adalah berfungsi sebagai menjalinkan kata


dengan kata sama juga dengan penanda penghubung dengan

35
RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Baru, (1989) ,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Abdul Aziz Abdui Rahman dan Masuri Ahmad (2006). Teks Suplemen Stpm Bahasa Melayu 1.
Selangor Darul Ehsan.

Abdul Aziz Abdul Rahman & Masuri Ahmad, (2006). Teks Suplemen.Subang Jaya:
Pustaka Sarjana Sdn Bhd.

Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad, (2007). Longman Teks Pra-U
STPM. Petaling Jaya: Pearson Longman.

www.kompas.com/9611/08/OPINI . Diakses pada 5 julai 2008

36
REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi akhirnya dapat juga kami menyiapkan


tugasan yang telah diberikan ini. Saya Muhammad Aizat B.Abdul Hamid dan rakan
saya Mohd Najihuddin B. Jusoh telah menerima satu tugasan yang telah diberikan oleh
pensyarah iaitu En. Sheikh Roslam Bin Sheikh Abdullah. Tugasan yang perlu saya
laksanakan adalah tugasan secara berkumpulan. Tugasan ini adalah berkenaan
dengan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu berkaitan dengan semantik dan keutuhan
wacana. Pada semester ini kami dikehendaki menganalisis dua petikan iaitu berlainan
laras.

Sepanjang kami menjalankan tugasan ini, pelbagai cabaran dan halangan yang
telah kami tempuhi. Antara halangannya ialah selain tugasan ini,terdapat juga tugasan-
tugasan lain yang perlu kami siapkan dan perlu di hantar pada tarikh yang sama
dengan tugasan ini. Oleh demikian, kami telah bertungkus lumus dan berusaha untuk
menyiapkan tugasan ini. Untuk memudahkan kerja kami, kami telah membahagikan
tugas. Perkara pertama yang menjadi halangan ialah kami tidak memahami bagaimana
cara untuk mempersembahkan tugasan ini. Kami telah mencari teks yang berlainan
laras dan mula membacanya.

Demi meyempurnakan dan memudahkan tugasan ini, kami banyak merujuk


kepada En.Shiekh. Beliau memberitahu bahawa tugasan ini adalah bertujuan untuk
pelajar memahami aspek-aspek semantik yang merupakan bidang ilmu yang mengkaji
makna, baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat dan hubungannya dengan idea,
konsep dan perasaan. Kami perlu menganalisis setiap perkataan, rangkaikata, frasa
dan ayat yang terdapat dalam petikan. Kami juga perlu memahami keutuhan wacana
yang merupakan aspek penting kerana akan memastikan sama ada sesuatu kesatuan
itu boleh dikatakan wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. Keutuhan

37
wacana dapat diteliti daripada ujudnya kaitan-kaitan aspek semantik, fonologi, leksikal,
tatabahasa, dan gramatis.

Pada permulaanya, memang agak sukar untuk saya memahami kehendak


soalan itu, tetapi setelah diberi penerangan-penerangan oleh pensyarah akhirnya dapat
juga saya memahami kehendak soalan tersebut. Pengalaman yang kami alami ialah
ketika sesi perbincangan dengan pensyarah. Di dalam sesebuah teks, terdapat banyak
aspek linguistik yang perlu kami tahu. Di situ dapat kami memahami bahawa belajar
Bahasa Melayu tidaklah begitu mudah yang disangka. Selain pensyarah, rakan-rakan
turut menjadi rujukan tempat saya bertanya dan berbincang. Mereka telah memberi
kerjasama yang saya harapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak-pihak ini sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam
menyempurnakan tugasan ini.

Sebagai kesimpulannya, melalui tugasan ini juga kami telah memahami apa
yang perlu dipelajari dalam aspek-aspek semantik iaitu berkaitan makna dalam ayat..
Kami berharap agar kami dapat memahami setiap makna yang telah kami analisis itu.
Kami akan menimba ilmu seberapa mungkin sebagai persediaan untuk mengajar suatu
hari nanti. Sekali lagi kami bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini. Sekian
terima kasih.

38
39

You might also like