P. 1
bm assigment

bm assigment

|Views: 2,110|Likes:
Published by muhammad aizat

More info:

Published by: muhammad aizat on Jan 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/19/2015

pdf

text

original

Sections

SEMANTIK

DIFINISI
UMUM

Dalam linguistik semantik merupakan bidang atau disiplin yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa

Dari segi etemologi (perkataan), berasal dari perkataan yunani ‘sema’ yang bererti tanda atau lambang. Semantik digunakan untuk menyelidiki tanda-tanda atau lambang dalam bahasa tersebut.

Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat manakala ayat terbina daripada rentetan kata untuk mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Unit-unit bahasa itu sendiri perlu dikaji.

PENDAPAT

1. Harimurti Kridalaksima Mendefinisikan semantik sebahagian struktur bahasa yang berkaitan dengan makna.

2. Katz Menyebut semantic sebagai kajian tentang makna linguistik yang membicarakan tentang apakah yang ditonjolkan dalam ayat.

1

3. Pei dan Gaynor Menyebut semantik sebagai sains yang menguraikan kaitan referens (benda/ rujukan).

Segi tiga semeotik
B) konsep/ makna

-----------------------------------A)bentuk linguistik C) Rujukan

A) Ialah lambang (perkataan atau leksikon) yang berhubung secara langsung

dengan
B) Konsep atau makna berhubung secara langsung dengan C) Benda, hal atau perkara yang menjadi rujukan

4. Raminah hj. Sabran dan Rahim Sham

Semantik ialah satu bidang kajian yang mengkaji makna.

2

5. John lyon Menjelaskan makna sebagai idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar yang akan menghsilkan satu bahasa atau satu bahasa yang lain.

6. Ullman Makna adalah hasil hubungan yang rapat antara nama dengan maksud. Nama adalah bentuk fonetik manakala maksud merujuk kepada maklumat bagi makna.

7. Abdullah Hassan Melihat makna dalam banyak peerkataan dan perkataan-perkataan dalam banyak makna.

KESIMPULAN

Semantik ialah bidang ilmu mengkaji makna. Oleh sebab, bidang ini berkaitan dengan struktur bahasa maka kajian makna dilakukan terhadap unit-unit bahasa, rentetan –rentetan bahasa dengan menggunakan sains linguistik untuk memperoleh makna yang tepat dalam pertuturan atau penulisan.

3

TEORI KAJIAN SEMANTIK
Teori Imej   Lebih kepada gambaran dalam fikiran dan ditafsirkan secara lisan. Apabila sesuatu perkataan atau ayat dibaca impuls tercetus serentak menghasilkan gambaran dalam fikiran.   Masalah yang dihadapi ialah tidak tahu gambaran betul atau salah Contoh : telefon
Antik Moden Bimbit 4

Teori Bchaviuvisme  Makna sesuatu perkataan/ ayat ditinjau berdasarkan ransangan dan gerak balas (respond dan stimulus) R--------S  Anggapan bahawa bahasa itu wujud hasil daripada hasil daipada operasi R--------S  Contoh : lapar –rangsangan Saya lapar – gerak balas

Teori Analisis Kompenen

Mengenai penentuan istilah berdasarkan hubungan kekeluargaan sesuatu perkataan atau ujaran.

 

Huraian makna sesuatu perkataan secara terperinci bukan ecara unit. Contoh :

5

TERUNA MANUSIA
Teori AALogik Simbolik   Lebih lengkap dan menyeluruh Menguraikan makna pada peringkat perkataan atau ayat kepada tiga bahagian : A. Simantik Hubungan antara simboldengan rujukan Contonnya antara perkataan dengan benda

LELAKI

DEWASA

BELUM BERKAHWIN

B. Sintaktik
-

Hubungan antara satu perkataan dengan perkataan perkataan lain yang boleh menentukan makna.

C. Pragmatik

-

Hubungan antara simbol atau perkataan dengan perlakuan yang ditunjukkan sebagai reaksi kepada perkataan yang ditunjukkan.

STRUKTUR MAKNA
Setiap perkataan dari segi makna atau maksud perkataan dapat dilihat dari segi aspek iaitu makna leksikal dan makna konteks.

6

-

Makna dari segi leksikal ialah makna yang dapat dihuraikan berdasarkan ciri-ciri semantik sepeti diatas. Makna dari segi konteks pula dapat dibahagikan kepada :

-

a) Sinonim b) Polisemi c) Homonim d) Hiponim e) Homograf f) Antonim

a) Sinonim Perkataan yang berbeza bunyi dan bentuk tetapi sama makna atau maksud. Contoh : Saya anak ayah yang sulung Saya anak ayah yang tertua

b) Polisemi Satu perkataan yang mungkin mempunyai banyak makna dan salah satu makna itu mungkin bersinonim dengan perkataan lain. Contoh :

7

-

matang : cukup tempoh ( cukup tempoh dan masak adalah bersinonim merupakan ayat polisemi ) : dewasa : masak : sempurna

c) Homonim Ia perkataan yang dieja sama tetapi maksud yang berlainan, Contoh : daki : kotoran

d) Hiponim Iaitu perkataan yang mempunyai lingkungan atau pemerikatan dalam struktur makna Conoth : Burung : murai : merpati : hantu

e) Antonim Iaitu perkataan yang mempunyai maksud bertentangan Contoh :

8

-

siang : malam cantik : hodoh pendek : tinggi

Perubahan Makna Secara simkonis (melalui masa), makna sesuatu perkataan tidak berubah tetapi kerana peredaran masa atau dikronis makna sesuatu perkataan boleh berubah.

Contoh : khalwat : menyendiri untuk melakukan ibadat kepada tuhan (dahulu) : berdua-dua lelaki perempuan ditempat yang sunyi (sekarang) Kesimpulannya - makna bagi perkataan tertentu telah berubah hampir keseluruhan daripada makna asalnya. mengikut Za’ba terdapat pelbagai jenis maksud yang berlaku pada makna sesuatu perkataan iaitu perubahan meluas, perubahan makna menyempit dan perubahan makna secara keseluruhan.

Perubahan Makna Secara Meluas Perubahan ini berlaku apabila sesuatu pekataan yang mempunyai suatu maksud asalnya, mempunyai makna-makna yang lain akibat perubahan tersebut
9

Contoh : saudara : iakatan keluarga, dahulu tetapi sekarang makna “saudara” lebih meluas iaitu membawa maksud orang yang baru memeluk agama islam dan digunakan kata gelaran kepada orang tertentu.

Perubahan Makna Menyempit Iaitu merujuk kepada sesuatu perkataan yang pada mulanya mempunyai makna yang luas atau banyak tetapi akhirnya terbatas. Contoh : sarjana : merujuk kepada orang yang pandai, bijak (dahulu) : merujuk kepada orang yang mempunyai ijazah sahaja. (sekarang)

Perubahan Makna Secara Keseluruhan Bermaksud perubahan makna secara keseluruhan iaitu berbeza sama sekali dengan maksud maksud asalnya. Contoh : Ceramah : orang meleter atau berleter (cakap banyak) : ucapan yang membincangkan sesuatu perkara

-

Mengikut Za’ba perubahan makna secara keseluruhan dari segi bahasa dapat di lihat dari penggunaan peribahasa, simpulan bahasa, kayta kiasan, bidalan, pepatah, perumpamaan, kata perbilangan, dan kata hikmat.

PERIBAHASA

10

-

Peribahasa ialah susunan cakap yang pendek, yang telah melekat dimulut orang ramai sejak zaman berzaman. Sebabnya sedemikian adalah kerana ungkapanungkapan ini sedap di dengar serta dalam maknanya digunakan oleh orang sebagai bandingan,teladan dan bahan pengajaran.

-

Berikut dibincangkan beberapa daripada peribahasa melayu, iaitu :

a) Bidalan b) Pepatah c) Perbilangan d) Perumpamaan e) Kiasan f) Kata hikmat g) Simpulan bahasa

Bidalan Sejenis peribahasa yang maknanya selapis sahaja, iaitu apa yang dikatakan itulah yang dimaksudkan. Yang istimewa ialah sifat ringkasnya, serta isi yang bernas dan mengandungi pengajaran dan fikiran yang benar. Pada amnya, bentuk bidalan terdiri daripada 2 bahagian, iaitu yang menyatakan maksud yang hendak disampaikan, diikuti dengan unsur pematah bagi maksud tersebut. Contoh : : sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna : jika pandai mengunting, hendaklah pandai menjahitnya

-

demikian juga, bahagian pertama mengandungi sesuatu penyataan, diikuti dengan pelengkapnya.

11

Contoh : : cicir di pungut, hilang dicari : biar lambat asal selamat Kesimpulannya, bidalan ialah ungkapan lama yang penuh berisi, mengambarkan kebijaksanaan orang-orang zaman dahulu, yang masih boleh digunakan sehingga hari ini. Pepatah mengikut Za’ba, pepatah lebih kurang sama dengan bidalan iaitu peribahasa yang lazimnya bererti selapis yang bernas sifatnya, digunakan sejak turuntemurun oleh masyarakat melayu. Satu perbezaan antara pepatah dengan bidalan ialah bidalan tetap mempunyai pengajaran dan fikiran yang benar, tetapi ada juga pepatah yang tidak berisi pengajaran. Ungkapan pepatah itu berasal daripada patah-patah perkataan pepatah memberatkan sifat ringkasnya dan bijak susunan perkataannya.

Contoh : : Ada gula, adalah semut : indah khabar dari rupa : alah biasa tegal biasa

Perbilangan Mengikut Za’ba, perbilangan ini seakan-akan bidalan dan pepatah, hanya berbeza sedikit dari segi bentuk susunannya perbilanagan lazimnya terdiri

12

daripada dua baris atau lebih disebut satu persatu seperti membilang dan isinya hampir-hampir menjadi undang-undang tetap kerana diterima kebenaran dan kebijaksanaannya. Contoh : : hidup dikandung adat : mati dikandung tanah

-

Perbilangan dua baris

Contoh : : Hukum berdiri dengan saksi : Adat berdiri dengan adat

-

Perbilangan tiga baris dan lebih

Contoh : : ke bukit sama didaki : ke lurah sama dituruni : ke laut sama direnangi

Perumpamaan

13

-

Perumpamaan

digunakan

kerana

sesuatu

maksud

itu

dikaitkan

atau

diumpamakan dan satu perkara lain yang sebanding. Semua perumpamaan mengikut Za’ba daripada bahasa kiasan, iaitu sesuatu itu dikiaskan kepada yang lain dengan tujuan menjelaskan maksudnya perumpamaan terdiri daripada dua jenis iaitu :

: yang disebutkan perbandingannya : yang tidak disebutkan perbandingannya

• -

perumpamaan yang disebutkan perbandingannya

perumpamaan dalam kategori ini menggunakan perkataan-perkataan seperti, bagai, laksana, umpama, macam dan seolah-olah dipangkalnya

Contoh : : Seperti katak dibawah tempurung : bagai isi dengan kuku : ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang

• Contoh :

perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingannya

: sehari selembar benan, lama-lama menjadi kain : musuh dalam selimut : biar putih tulang, jangan putih mata

Kiasan

14

-

Kiasan

ialah

ungkapan

yang

menghuraikan

sesuatu

perkara

dengan

menghiaskannya dengan perkara lain, sama ada dengan menyebutkan bandingan itu atau dengan tidak menyebutkan bandingan. Tujuan kiasan dalam adalah untuk menjelaskan lagi sesuatu maksud. Daripada kiasan juga terbit bentuk-bentuk peribahasa lain seperti perumpamaa, simpulan bahasa dan lainlain lagi.

• Contoh :

kiasan yang menyebutkan perbandingan

: mukanya terserlah seperti bulan purnama : matanya merah seperti biji saga

* kiasan yang tidak menyebutkan perbandingan Contoh : : mandi kerbau : tidur ayam

Simpulan Bahasa

15

-

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentukkannya. Misalnya “ kaki ayam” dan “panjang tangan” yang bererti “suka mencari”.

* Simpulan bahasa yang berkaitan dengan tubuh badan Contoh : a) Gigir air b) Kecil hati c) Ringan kepala d) Hati batu

* simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan Contoh : a) audara anjing b) Akal kancil c) Ajak-ajak ayam d) Pening lalat

Denotas dan konotas

16

-

sesuatu perkataan itu telah berubah maknanya apabila digunakan dalam konteks ayat yang berlainan. Oleh sebab itu, hubungan da kedudukan perkataan dalam ayat akan menjadi sumber nama.

Contoh : : Dia perempuan gila : Dia gila perempuan Ayat diatas mempunyai makna yang berlainan walaupun perkataan-perkataan yang terdapat dalam kedua-dua ayat adalah sama. Makna ayat bergantung kepada 2 unsur yang penting iaitu makna perkataan dan kedudukan perkataan dalam ayat. Dalam bahasa melayu, makna sesuatu perkataan dapat dilihat dari 2 sudut iaitu DENOTASI dan KENOTASI Denotasi bermaksud makna sesuatu perkataan yang dapat dilihat dari segi yang tersurat. Istilah lain untuk makna denotasi ialah makna kamus, makna kognitif atau makna hurufiah atau harafiah, makna rujukan atau konseptual

Contoh : : budak itu mengejar lembu : budak itu seperti lembu Makna lembu dalam ayat 1 ialah makna demotasi, manakala makna dalam ayat 2 bukan lagi makna demotasi ialah makna yang bebas daripada sebarang konteks atau pengaruh emosi dan biasa digunakan dalam tulisan ilmiah. Makna konotasi ialah makna tambahanyang dibawa oleh sesuatu perkataan. Dalam tersirat dan bersifat positif dan negatif terpulang kepada tafsiran pengguna perkataan tersebut.

17

Contoh : perempuan, wanita, betina Masing-masing mempunyai makna konotasi yang berlainan makna perempuan membawa maksud jantina, wanita membawa maksud status, manakala betina membawa maksud konotasi moral atau kekuatan seseorang perempuan. Makna konotasi juga disebut emotif atau evoluatif. Makna konotasi sering digunakan dalam karya-karya kreatif kerana karya kreatif memerlukan konotasi agar dapat memberi kesan yang lebih kepada pendengar atau pembaca.

KEUTUHAN WACANA
18

1. Wacana yang baik adalah merujuk kepada bentuk penulisan yng mempunyai dua ciri : •

Kesatuan pertautan

2. kesatuan ialah unsur dalam wacana mempunyai hubungan idea dengan tajuk

atau judul.
3. Pertautan pula merujuk kepada hubungan antara unsure-unsur bahasa

seperti kata hubung, penanda wacana, kata rujukan, dan sebagainya yang berfungsi sebagai penyambung bahagian-bahagian dalam wacana. 4. Sebuah wacana yang baik dikanali sebagai wacana yang utuh. 5. Keutuhan wacana merupakan aspek yang penting kerana akan memastikan sama ada sesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur.
6. Keutuhan wacana dapat diteliti daripada ujudnya kaitan-kaitan aspek

semantik, fonologi, leksikal, tatabahasa, dan gramatis.

19

Hubungan dari segi aspek semantik: jalinan makna di antara satu ayat dengan ayat lain atau perenggan dengan perenggan lain a. hubungan sebab dan akibat: Dia sangat malas . Dia bodoh b. hubungan sebab dan hasil : Ali rajin bekerja. Dia kaya c. hubungan sebab dan tujuan: Hasan berpakaian kemas. Dia mahu memikat Aminah d. hubungan syarat dan hasil: Kita mesti rajin berusaha. Kerajinan menjamin kejayaan. e. hubungan latar dan kesimpulan: Lagu itu sunggu enak didengar. Sebenarnya M. Nasir yang menciptanya f. hubungan perbandingan: Hasnah cantik. Kakaknya lebih cantik lagi. g. hubungan sampingan: Saya sudah membuat kerja rumah. Saya letih, jadi saya hendak tidur. h. hubungan memperkuat isi: Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal mayang, berlesung pipit dan hidung mancung.

20

Hubungan dari aspek fonologi: dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, intonasi suara - dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana intonasi peranan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah: 1. Malaysia negara yang aman a. Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata) b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya)

Hubungan dari segi leksikal berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan a. antonim : Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara b. sinonim : Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti c. Hiponim: Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut. d. Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipenuhi dengan daki.

21

Hubungan dari segi tatabahasa. wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa. dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti: a. kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perengan dengan perenggan yang lain. i. berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain, sebaliknya dll ii. berfugsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana, dengan dll ii. berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa, ketika itu dll b. kata rujukan : kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau manusia i. kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini, siapa dll c. peleburan dan penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan yang diberikan contoh: Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan perlahan.

22

Petikan 1

( LIHAT DI LAMPIRAN )

23

Analisis dari segi semantik berdasarkan petikan 1 (laras sains).
ASNALISIS BERDASARKAN PERKATAAN 1. Pisahkan (Pisah – cerai) Contoh ayat : a)” apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduaduanya dahulu adalah sesuatu yang padu, kemudian kami pisahkan diantara kedua-duanya…………” b) kasih seorang ibu kepada anaknya tidak dapat diceraikan dengan mudah. (perkataancerai boleh ndogantikan dengan cerai) Analilis ini menggunakan medan makna sinonim yang membawa maksud perkataan yang menunjukkan makna yang sama atau hampir-hampir sama.

2. Hidup ( hudup – mati ) Contoh ayat :
a) ”……Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup”. b) Kemalangan jalan raya itu mengakibatkan kematian.

Analisis diataas menunjukkan medan makna antonim. Antonim ialah perkataan yang berlawanan maksud.

24

3. Air (Air – metabolisme, sungai, kencing, minuman) Cohtoh ayat :
a) ”.......hal ini sidebabkan hanya air dapat menjadi medium bagi proses-

proses (yang berkaitandengan kehidupan) dan hanya dengan air metabolisme dapat berlaku”.
b) Air sungai itu mengalir dengan deras.

Analisis ini menggunakan medan makna hiponim iaituperkataan yang mempunyai hubungan kekeluargaan adalah perkataan-perkataaan yang tergolong dalm satu jenisatau golongan.

ANILISIS BERDASARKAN RANGKAI KATA 1. Alam semesta Contoh ayat : Tidak sempurna penciptaan alam semesta ini sekiranya tiada sebarang hidupan dai dalamnya.
Maksud rangkai kata dalam ayat ini ialah seluruh alam yang merangkumi langit dan bumi.

25

ANALISIS BERDASARKAN FRASA
1. Allah mencipta Contoh ayat : “Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air…” ~ mengikut kamus Dewan edisi baru 1989  Mencipta ialah menerbitkan, menghasilkan sesuatu  Allah ialah tuhan bagi umat islam Analisis makna frasa kerja (FK) dalam ayat diatas ialah tuhan telah menjadikan.........

2. asas kepada kehidupan contoh ayat : protoplasma ialah asas kepada kehidupan. ~ mengikut kamus Dewan edisi baru 1989  asas ialah tapak, alas, dasar  kehidupan ialah perihal hidup Analisis frasa sendi nama (FSN) didalam ayat ini membawa maksud tapak kepada kehidupan. Jika tiada protoplasma maka tiada kehidupan di dunia.

3. Suhu yang rendah Contoh ayat : Permulaan kehidupan sudah semestinya bermula di persekitaran yang mempunyai suhu yang rendah agar dengan itu air dapat wujud Maksud frasa dalam ayat ini ialah kawasan yang sejuk atau kawasan yang sesuai.

26

ANALISIS BERDASARKAN AYAT 1. Kesemua penemuan ini mengesahkan al-Quran yang menyatakan segala kehidupan bermula daripada air dan dapat disahkan melalui kajian sains. Makna ayat di atas ialah telah termaktub didalam al-Quran bahawa bermulanya kehidupan ini dengan adanya air dan telah dibuktikan melalui analisis sains.

2. Unit di dalam sel yang penting dikenali sebagai protoplasma. Maksud ayat di atas ialah protoplasma adalah bahagian terkecil yang paling penting di dalam sel.

3. Memandangkan setiap kehidupan terbina daripada sel dan kehidupan sel pula bergantung kepada protoplasma, manakala protoplasma memerlukan air untuk hidup kerana 80 peratus daripada air. Maksud ayat di atas ialah semua hidupan memerlukan 80 pratus daripada air di dalam badan.

27

Analisis kautuhan wacana (laras sains)
KEUTUHAN WACANA DARI ASPEK SEMANTIK 1. Contoh ayat :

berdasarkan petikan 1

Ayat ini menjelaskan bahawa air hakikatnya adalah asas bagi segala kehidupan. Berdasarkan ayat diatas air ialah sebab dan asas bagi segala kehidupan ialah tujuan

KEUTUHAN WACANA DARI SEGI TATABAHASA 1. contoh ayat : Dalam surah al-Anbiya ayat 30, Allah berfirman, ”apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu,kemudian kami pisahkan diantara kedua duanya. Dan daripada air kami jadikan segaja sesuatu yang hidup.” Kata rujukan adalah kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau manusia. Maka kami dalam surah di dalam surah al-Anbiya ialah kata rujukan bagi Allah.

2. contoh ayat : Air diperlukan kerana ia adalah asas kepada kehidupan Fungsi kerana dalam ayat diatas sebagai pengembangan idea.

28

3.

contoh ayat :

memandangkan setiap hidupan terbina daripada sel dan kehidupan sel pula bergantung pada protoplasma, manakala protoplasma memerlukan air untuk hidup kerana 80 peratus daripadanya adalah air, tidak mungkin wujud sebarang hidupan tanpa air. Fungsi manakala dalam ayat diatas sebagai peleburan dan penggantian iaitu satu konsep apabila perkataan yang sama tidak diulang semula dalam ayat yang sama.

29

Teks 2

( LIHAT DI LAMPIRAN )

30

ANALISIS SEMANTIK BERDASARKAN PETIKAN LARAS UNDANGUNDANG
1. Analisis perkataan
a) besar (p3 ; b14)

Medan makna yang digunakan ialah sinonim. Beberapa perkataan dalam sesuatu bahasa yang ditunjukkan makna yang sama atau hampir sama.

Contohnya :
i.

“…………..kesan negatifnya lebih besar kepada ……” (besar boleh juga diganti dengan banyak)

ii.

Guru besar itu berasal dari Terengganu (perkataan besar memang sama dengan perkataan bayak tetapi perkataan banyak tidak boleh digunakan dalam ayat ini)

b) Kecekapan (p5 ; b1)

Medan makna yang digunakan ialah polisem. Kesamaan bunyi dan bentuk ejaan tetapi berbeza maknanya di dalam konteks yang berlainan.

Contohnya :

31

i.“Kelicinan dan kecekapan pentadbiran sesebuah institusi juga akan terjejas ………..” ( kecekapan beerti kemampuan syarikat melakukan kerja 0

ii.Dia melukis lukisan pelan itu menggunakan kecekapan beliau dalam bidang seni bina. (kecekapan beerti kepandaian)

c) nyata (p6 ; b1)

Medan makna yang digunakan ialah polisem. Kesamaan bunyi dan bentuk ejaan tetapi berbeza maknanya di dalam konteks yang berlainan.

Contohnya : i.Kesan yang paling nyata ialah kestabilan politik dan ekonomi negara akan tergugat. (membawa erti jelas)

ii.Alam yang nyata (membawa erti wujud)

32

2. Analisis rangkaikata a) anak buah (p2 ; b5) • “.......pemimpin gagal menunjukkan contoh yang terbaik dan terlibat dalam gejala ini,anak buah mereka...... (maknanya ialah pengikut)

b) orang awam (p2 ; b10) • “.....mempunyai hubungan langsung dengan orang awam..” (membawa erti masyarakat)

3. Analisis frasa a) Gejala rasuah (p4 ; b1)

“...Gejala rasuah juga boleh menyebabkan berlakunya pengaliran wang ke negara-negara.......” (maknanya ialah tanda-tanda terjadinya rasuah )

b) prestasi kerja (p5 ; b8) • “Amalan ini boleh merosakkan etika perkhidmatan,kecekapan, dan prestasi kerja sesebuah organisasi. (maknanya ialah hasil yang diperolehi selepas menyempurnakan kerja)

33

c) Salah satu (p3 ; b2)

“.....masyarakat juga merupaka salah satu elemen penting yang boleh...” (maknanya ialah diantara sesuatu pilihan)

4. Analisis ayat a) Akta Pencegah Rasuah 1961 mendefinisikan rasuah sebagi perbuatan menerima sebarang bentuk suapan sebagai dorongan,upah,atau galakan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan.(p1,b1-b5)

(makna ayat di atas ialah menerangkan apa maksud rasuah dan memberi tahu apa itu unsur-unsur rasuah.)

b) Kelicinan dan kecekapan pentadbiran sesebuah institusi juga akan terjejas akibat rasuah. (makna ayat di atas ialah kemampuan dan kelancaran inititusi dalam pentadbiran merosot akibat gejala rasuah)

34

ANALISIS KEUTUHAN WACANA BERDASARKAN PETIKAN LARAS UNDANG-UNDANG

Keutuhan wacana dari aspek semantik

Hubungan semantik umum a. Hubungan sebab dan tujuan
Contoh : Gejala rasuah menyebabkan berlakunya pengaliran wang ke negara-negara asing. (Gejala rasuah adalah sebab dan pengaliran wang ialah tujuan)

Hubungan semantik interaktif

a.

Laras bahasa yang digunakan. Laras bahasa yang digunakan ialah undang-undang.Ianya

berbentuk akta terbahagi kepada bahagian dan seksyen.Pada seksyen,terdapat pula pecahan atau subseksyennya.Di samping teks utama,terdapat pula judul ringkas di sebelah kiri dan kanan

35

teks tersebut.Sebagai contoh berdasarkan teks ialah Pencegah Rasuah 1961

Akta

Keutuhan wacana dari aspek leksikal

Sinonim Sinonim adalah satu konsep yang menunjukkan bahawa terdapat

pelbagai kata atau leksikal yang mendokong makna yang sama atau hampir sama. Sebagai contoh , kelicinan , kecekapan , kemampuan , dan kemahiran boleh digunakan dalam pemberitahuan perjalan sesebuah syrikat atau dalam melakukan kerja . Namun, penggunaan kata-kata ini bukanlah boleh dibuat secara sebarangan tetapi penulis atau penutur perlulah melihat keadaan yang mungkin berkaitan dengan budaya atau persekitaran, sebagai panduan untuk menentukan leksikal yang tepat.

Contoh : Kelicinan dan kecekapan pentadbiran sesebuah institusi juga akan terjejas akibat rasuah(p5,b1)

36

(Perkataan kelicinan dan kecekapan adalah sinonim iatitu membawa maksud yang sama)

Polisem Polisem ialah bentuk leksikal yang mempunyai banyak makna. Ini

bermakna satu perkataan atau leksikal boleh digunakan dalam pelbagai keadaan untuk membawa makna yang sama. Dalam sesebuah wacana pemilihan leksikal seperti ini perlu diambil perhatian, supaya perkataan tersebut dapat mendokong makna yang dikehendaki.

Contohnya : “Jika seseorang pemimpin gagal menunujukkan contoh yang terbaik dan terlibat dalam gejala ini,anak buah...”(p2,b5)

Perkataan anak dalam ayat ini bermaksud orang bawahan. Bertitik tolak makna asas ini , maka wujudlah perkataan anak angkat, anak emas dan lainlain.

Contohnya : Risiko ini lebih tinggi di jabatan-jabatan yang mempunyai hubungan langsung dengan orang awam. (p2 ; b10)

Perkataan orang dalam ayat ini bermaksud masyarakat. Bertitik tolak

37

makna asas ini, maka wujudlah perkataan orang ramai, orang atas,dan lainlain

Keutuhan wacana dari aspek gramatikal • Penanda Penghubung

Contoh : “.......Kebiasaanya,mereka yang terlibat dengan gejala ini tidak akan mempercepat seseuatu kerja dengan harapan mereka.... “(p5,b3)

Penanda penghubung yang adalah berfungsi sebagai menjalinkan kata dengan kata sama juga dengan penanda penghubung dengan

RUJUKAN

38

Kamus Dewan Edisi Baru, (1989) ,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Abdul Aziz Abdui Rahman dan Masuri Ahmad (2006). Teks Suplemen Stpm Bahasa Melayu 1. Selangor Darul Ehsan.

Abdul Aziz Abdul Rahman & Masuri Ahmad, (2006). Teks Suplemen.Subang Jaya: Pustaka Sarjana Sdn Bhd. Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad, (2007). Longman Teks Pra-U STPM. Petaling Jaya: Pearson Longman.
www.kompas.com/9611/08/OPINI . Diakses pada 5 julai 2008

REFLEKSI

39

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini. Saya Muhammad Aizat B.Abdul Hamid dan rakan saya Mohd Najihuddin B. Jusoh telah menerima satu tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah iaitu En. Sheikh Roslam Bin Sheikh Abdullah. Tugasan yang perlu saya laksanakan adalah tugasan secara berkumpulan. Tugasan ini adalah berkenaan dengan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu berkaitan dengan semantik dan keutuhan wacana. Pada semester ini kami dikehendaki menganalisis dua petikan iaitu berlainan laras.

Sepanjang kami menjalankan tugasan ini, pelbagai cabaran dan halangan yang telah kami tempuhi. Antara halangannya ialah selain tugasan ini,terdapat juga tugasantugasan lain yang perlu kami siapkan dan perlu di hantar pada tarikh yang sama dengan tugasan ini. Oleh demikian, kami telah bertungkus lumus dan berusaha untuk menyiapkan tugasan ini. Untuk memudahkan kerja kami, kami telah membahagikan tugas. Perkara pertama yang menjadi halangan ialah kami tidak memahami bagaimana cara untuk mempersembahkan tugasan ini. Kami telah mencari teks yang berlainan laras dan mula membacanya.

Demi meyempurnakan dan memudahkan tugasan ini, kami banyak merujuk kepada En.Shiekh. Beliau memberitahu bahawa tugasan ini adalah bertujuan untuk pelajar memahami aspek-aspek semantik yang merupakan bidang ilmu yang mengkaji makna, baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat dan hubungannya dengan idea, konsep dan perasaan. Kami perlu menganalisis setiap perkataan, rangkaikata, frasa dan ayat yang terdapat dalam petikan. Kami juga perlu memahami keutuhan wacana yang merupakan aspek penting kerana akan memastikan sama ada sesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. Keutuhan wacana dapat diteliti daripada ujudnya kaitan-kaitan aspek semantik, fonologi, leksikal, tatabahasa, dan gramatis.

40

Pada permulaanya, memang agak sukar untuk saya memahami kehendak soalan itu, tetapi setelah diberi penerangan-penerangan oleh pensyarah akhirnya dapat juga saya memahami kehendak soalan tersebut. Pengalaman yang kami alami ialah ketika sesi perbincangan dengan pensyarah. Di dalam sesebuah teks, terdapat banyak aspek linguistik yang perlu kami tahu. Di situ dapat kami memahami bahawa belajar Bahasa Melayu tidaklah begitu mudah yang disangka. Selain pensyarah, rakan-rakan turut menjadi rujukan tempat saya bertanya dan berbincang. Mereka telah memberi kerjasama yang saya harapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak ini sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sebagai kesimpulannya, melalui tugasan ini juga kami telah memahami apa yang perlu dipelajari dalam aspek-aspek semantik iaitu berkaitan makna dalam ayat.. Kami berharap agar kami dapat memahami setiap makna yang telah kami analisis itu. Kami akan menimba ilmu seberapa mungkin sebagai persediaan untuk mengajar suatu hari nanti. Sekali lagi kami bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini. Sekian terima kasih.

41

42

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->