You are on page 1of 2

1. Apa itu Pendidikan Khas?

Perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi murid-murid
pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan
bermasalah pembelajaran.

2. Berapakah tempoh belajar bagi murid-murid pendidikan khas?

 Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam
(6) tahun.
 Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah menengah adalah lima
(5) tahun.

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada
sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan (Pekeliling Ikhtisas Bil.
16/2002)

3. Apakah kurikulum yang diguna pakai di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan
Khas Integrasi?

Kurikulum yang digunakan di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi
ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid, dan kurikulum alternatif.

 Kurikulum alternatif yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah:


 Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

 Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas.

(Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004)

4. Apakah kurikulum yang diguna pakai di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan
Khas Integrasi?

 Kurikulum yang digunakan di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas
Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid, dan kurikulum
alternatif.
 Kurikulum alternatif yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah:

 Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

 Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas.

(Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004)

5. Apa itu Sekolah Khas

Sekolah yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid bermasalah pendengaran dan
penglihatan.

6. Apa yang dimaksudkan dengan Program Pendidikan Khas Integrasi


Program yang disediakan bagi murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah biasa.

7. Apa yang dimaksudkan dengan Program Inklusif

Pendekatan pendidikan di mana murid-murid pendidikan khas dan biasa belajar bersama di dalam satu
kelas dan diajar oleh guru kelas biasa.

8. Apa yang dimaksudkan dengan Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik

Kanak-kanak yang menghadapi kesukaran belajar khusus.

9. Siapakah yang dimaksudkan murid-murid berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran

a. Sindrom Down

b. Autisme

c. Palsi Serebral

d. Hiperaktif

e. Hipoaktif

f. Tumpuan Perhatian Singkat (ADD/ADHD)

g. Kerencatan Akal

h. Masalah Emosi/Tingkah Laku

i. Masalah Komunikasi

j. Kerencatan Anggota

k. Pintar Cerdas/ Berbakat

l. Epilepsi

m. Disleksia

n. Murid-murid Yang Mempunyai Keupayaan Mental Yang Rendah

You might also like