You are on page 1of 28

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Tajuk 1 Asas Perkembangan Bahasa

1.1 Sipnosis

Unit ini merupakan pengenalan kepada Asas Perkembangan Bahasa pendidikan awal
kanak-kanak yang akan membincangkan tentang konsep pemerolehan bahasa,
perkembangan bahasa dan pembelajaran bahasa. Disamping itu modul ini juga akan
menerangkan kaitan dengan teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-
kanak di prasekolah

1.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui asas perkembangan bahasa kanak-kanak yang merangkumi


pemerolehan, perkembangan dan pembelajaran bahasa..
2. Mengenal pasti hubungan dan kaitan antara pemerolehan, perkembangan dan
pembelajaran bahasa kanak-kanak..
3. Menyatakan perbezaan antara setiap model-model dengan teori-teori pemerolehan
dan perkembangan bahasa kanak-kanak.

1
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Asas Perkembangan
Bahasa

Subtajuk 4
Subtajuk 1 Subtajuk 2 Subtajuk 3
Kaitan dengan
Konsep Konsep Konsep teori-teori
Pemerolehan Perkembangan Pembelajaran pemerolehan dan
Bahasa Bahasa Bahasa perkembangan
bahasa

1.4 Asas Perkembangan bahasa

 Konsep pemerolehan bahasa (Language acquistion)


 Konsep perkembangan bahasa (Language development)
 Konsep pembelajaran bahasa (Language learning)
 Kaitan dengan teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa

1.4.1 Konsep Pemerolehan Bahasa.

Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa ialah sistem
undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna.
Pertuturan pula ialah perlakuan membentuk dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa.
Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan
mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat
penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain.

1.4.1.1 Perolehan Bahasa.

Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan


orang lain secara berkesan. Penguasaan bahasa bermula dengan memahami percakapan
yang didengar dan diikuti oleh kebolehan bertutur. Kebolehan bertutur dan menggunakan
bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain,

2
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

malah ia membolehkan kanak-kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di


persekitarannya. Bayi membentuk konsep tentang objek dalam persekitarannya sebelum
tanda pertama bahasa muncul. Kanak-kanak yang berumur dua tahun sudah dapat
memahami maksud sesuatu perkataan
(Dollaghan, 1985). Semasa membesar kanak-kanak mempelajari perkataan baru dengan
membandingkan pekataan yang sudah diketahui oleh mereka (Bloom, 1998; Menyuk,
Liebergott & Schultz, 1995)

1.4.2 Perkembangan Bahasa

Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang selamat


dan pengalaman yang menggembirakan. Bagi mengalakkan perkembangan
bahasanya kanak-kanak perlu berhubung. Apabila kanak-kanak dapat berfikir dan
berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yang mewakili objek dan peristiwa
di persekitaran mereka, kemampuan mereka berfikir dan menggambarkan dengan
perkataan meningkat dan mengatasi batasan masa dan ruang.

Melalui perkembangan bahasa ini, kanak-kanak mula mengenali dunia secara


simbolik dengan perantaraan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lubang,
objek dan perkataan. Adalah jelas, kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan
dan daya perhubungan mengikut peringkat umur serta daya kefahaman mereka.
Kita tidak boleh mengharapkan kanak-kanak bertutur dengan berkesan jika mereka
tidak memahami apa yang disebutkan. Pengalaman menggunakan bahasa secara
lisan amat penting dalam mereka mengembangkan bahasa kanak-kanak.
Kemahiran berkomunikasi berkait rapat dengan menggunakan bahasa (kemahiran
linguistik) dan kemahiran berinteraksi. Menerusi penerokaan dan berinteraksi,
kanak-kanak dapat membina dan mengaplikasikan konsep baru.

3
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

1.4.3 Pembelajaran Bahasa

Kanak-kanak belajar bahasa melalui berbagai-bagai cara. Antaranya dengan


meniru bunyi yang pernah didengari. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa
dan rakannya bercakap. Mereka mendengar pertuturan daripada orang lain dan
meluahkannya dengan cara tertentu. Bunyi perkataan adalah magic kepada kanak-
kanak. Contohnya, kanak-kanak pada peringkat prasekolah tertarik degan
permainan lagu berantai. Perkataan magic ini mula diperolehi apabila kanak-kanak
mula bermain dengan bahan. Selepas menghafal dan menghasilkan semula
perkataan tersebut, mereka akan mempelbagaikan dan manipulasikannya dengan
pelbagai keadaan, membina perkataan yang lucu, mudah, mereka cerita khayalan
daripada pengalaman sendiri.

1.4.4 Kaitan dengan teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa:

1.4.4.1 Model Behavioris

Model dan teori behavioris cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan
bahasa. Melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau fi
zikal. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli bahasa seperti
Bloomfi eld, Sapir, Fries dan Brooks. Manakala, sarjana-sarjana psikologi yang
menyertainya ialah B. Watson, Thorndike, Pavlov dan B.F. Skinner. Golongan ini
beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan lakuan.
Menurut pandangan teori ini, tidak ada struktur linguistik yang dibawa sejak lahir.
Kanak-kanak yang lahir dianggap kosong dari berbahasa. Mereka berpendapat
bahawa anak yang lahir tidak membawa sebarang kapasiti atau potensi berbahasa.
Bahkan Brown (1980) dalam “Principles of Language Learning and Teaching”
menyatakan bahawa kanak-kanak lahir ke dunia ini ibarat seperti sehelai kain putih
tanpa ada apa-apa calitan. Persekitarannya yang akan membentuknya secara
perlahan-lahan untuk membentuknya membuat pengukuhan terhadap tingkah
lakunya. Pengetahuan dan keterampilan berbahasanya akan diperoleh melalui
pengalaman dan proses pembelajaran.Dengan demikian, bahasa yang didengari
akan dipindahkan melalui pewarisan kebudayaan, sama halnya seperti orang yang
belajar memandu kenderaan.

4
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Menurut model behavioris pembelajaran bahasa merupakan kepada proses yang


erdasarkan kepada peraturan pelaziman operan, iaitu yang menjurus kepada model
rangsangan gerak balas. Dalam erti kata lain, kanak-kanak itu akan diberikan satu
perkataan, dia meniru bahasa itu dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai
perkataan itu. Dengan erti kata lain, ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal
kanak-kanak dengan adanya tindak balas seperti senyuman, bertutur dan mengagah
kanak-kanak menggunakan perkataan khusus seperti “mama” atau “papa” dan
perkataan ini diulang berkali-kali dan dengan pengulangan ini kanak-kanak itu akan
dapat mengikut.

1.4.4.2 Model Nativis – Chomsky (1969-1980)

Beliau telah memperkenalkan Teori Nativisma. Chomsky mengatakan bahawa otak


manusia telah diprogramkan secara semulajadi untuk membolehkan ia bertutur dan
memahami bahasa sama seperti keupayaan berjalan. Beliau mengenalpasti sistem
ini sebagai LAD ( Language Acquisition Device ) yang bergantung kepada sel-sel
dalam serebrum konteks. LAD inilah yang akan membolehkan kanak-kanak
menganalisis bahasa yang mereka dengar dan membolehkan mereka membentuk
tatabahasa yang betul.

Pandangan Nativis tentang teori pemerolehan bahasa adalah berdasarkan model


Innatis. Teori ini kerap dinyatakan dengan teori pemerolehan bahasa yang
behavioristik. Contoh pandangan teori ini, anak yang lahir ke dunia sudah membawa
kapasiti atau potensi bahasa. Kapasiti atau potensi bahasa ini akan menentukan
struktur bahasa yang akan digunakan selanjutnya. Untuk itu kanak-kanak mudah
dipengaruhi oleh unsur-unsur yang berada di persekitarannya seperti keluarga,
rakan dan masyarakat di sekelilingnya. Ini bermakna persekitaran ini akan
membantu serta mempengaruhi kebolehan bahasa kanak-kanak. Secara
hipotesisnya, kanak-kanak ini apabila dilahirkan telah mempunyai struktur
berbahasa yang baik dan mudah menerima bahasa semasa memasuki alam
prasekolah. Berdasarkan pandangan ini, ianya mempercayai setiap manusia mula
mengenali dan memahami peraturan berbahasa dari segi tatabahasa dan erti
perkataan apabila ia dilahirkan secara umum sahaja. Berdasarkan itu, kanak-kanak
itu akan diajar cara berkomunikasi yang baik supaya ia menjadi lebih mudah untuk

5
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

memberi arahan, menyoal dan bertutur dengan lebih teratur. Untuk itu, kanak-kanak
ini perlulah menambah lagi perbendaharaan kata dan penguasaan tatabahasanya.

Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara pandangan


nativist dengan pandangan behaviorist.

EMAK KENDIRI 1.1

1.4.4.3 Model Konstruktivis

Mengikut pandangan ahli konstruktivis ianya terbahagi kepada enam teori


pembelajaran penting yang perlu kita ketahui, iaitu:

(i) Teori pembelajaran pembentukan kebiasaan.


(ii) Teori pembelajaran kod kognitif.
(iii) Teori pembelajaran interaksionalis.
(iii) Teori pembelajaran fungsionalis.
(iv) Teori pembelajaran situasionalis.
(v) Teori pembelajaran anggapan.

• Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan

Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan mekanis,
iaitu sebagai aktiviti fi zikal semata-mata. Teori ini menganggap faktor persekitaran
menjadi rangsangan dan tindak tanduk organisme pada rangsangan sebagai gerak
balas. Ia juga menunjukkan bahawa faktor luaran seperti ganjaran menguatkan
gerak balas.

Contoh: Dalam konteks pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih
tubi. Ini bertujuan untuk membentuk kebiasaan kepada kanak-kanak.

• Teori Pembelajaran Kod Kognitif

Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran,
iaitu satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan manusia secara semula jadi.

6
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Teori ini mementingkan kefahaman struktur bahasa kerana pemahaman


memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa. Pengetahuan tatabahasa juga
dititik beratkan kerana ini membantu kanak-kanak menguasai bahasa secara
berkesan.

Ia juga mementingkan pengetahuan mengenai pola-pola sintaksis dan letsikal. Di


samping itu, peraturan tatabahasa juga perlu dihafal dan ia menganggap bahasa
adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.

• Teori Pembelajaran Interaksionalis

Menurut teori ini, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya
mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang
jelas dan tepat. Teori ini berpendapat pembelajaran bahasa sebagai alat berinteraksi
dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Oleh itu,
kanak-kanak perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini
membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat.

Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanakkanak
menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat
menggunakannya dengan fasih dan lancer.

• Teori Pembelajaran Fungsionalis

Teori ini menekankan kepentingan struktur dan memberi perhatian terhadap fungsi
bahasa. Secara tidak langsung teori ini menegaskan bahasa sebagai alat untuk
berkomunikasi. Menurut teori ini, bahasa mempunyai tiga fungsi, iaitu:

a. Bahasa sebagai alat penyampai idea – Bahasa digunakan untuk berhubung,


berkongsi pendapat dan pandangan.

b. Bahasa sebagai untuk menyampaikan maklumat – Bahasa berkeupayaan untuk


menyampaikan maklumat mengenai penutur.

c. Bahasa sebagai menyampaikan penglibatan – Bahasa digunakan untuk


tujuan-tujuan berinteraksi.

7
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Untuk itu, teori pembelajaran ini mengutarakan beberapa ciri penting Antaranya
ialah: Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat itu bertenaga dan
terbuka. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik.
Bahasa ditutur mengikut keadaan dan sistem sosial. Bahasa alat untuk berhubung,
melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan. Ia juga menggambarkan watak
dan peribadi penuturnya.

• Teori Pembelajaran Situasionalis

Teori ini menganggap bahasa adalah sebagai kod komunikasi. Bahasa digunakan
untuk menyatakan aksi, untuk menerangkan, untuk menyatakan lokasi, nama, aras
dan peringkat dan sebagainya. Mengikut teori ini, bahasa dipelajari dengan cara
menggalakkan pembentukan kebiasaan. Item-item linguistik harus dipelajari dan
diamalkan penggunaannya.

Untuk itu guru perlulah menggunakan ayat-ayat yang gramatis. Bentukbentuk ayat
yang gramatis perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak. Teori ini juga
mementingkan pengalaman sedia ada murid menangani isi pelajaran. Teknik
pembelajaran seperti main peranan, simulasi atau lakonan adalah sesuai digunakan
di dalam kelas.

• Teori Pembelajaran Anggapan

Teori ini menekankan fungsi bahasa, makna dan mengutamakan tatabahasa yang
ersistem. Teori ini juga percaya bahawa bahasa adalah satu sistem yang bermakna
dan ia juga beranggapan bahawa pembelajaran bahasa adalah mempelajari cara
memberi makna. Selain itu, teori ini menerangkan keperluan berkomunikasi kanak-
kanak dan kemudian mempamerkan cara-cara setiap komunikasi itu dilakukan

8
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas


konsep asas perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut peringkat-
peringkat umur bermula dari bayi sehingga ke umur 4 tahun.

Tajuk 2 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Prasekolah

2.1 Sipnosis

Tajuk ini berfokus kepada perkembangan bahasa kanak-kanak. Ia merangkumi matlamat


pembelajaran bahasa, perkembangan bahasa mengikut umur dan peringkat
perkembangan bahasa kanak-kanak.

2.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui matlamat pembelajaran bahasa.


2. Mengenal pasti ciri-ciri kebolehan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat
umur
3. Merancangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk memupuk kebolehan
berbahasa.
4. Mengetahui peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak serta ciri-ciri
berkenaan.

2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

9
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

2.4 Matlamat Pembelajaran Bahasa

Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan


mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa
sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain.
Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraksi. Melalui bahasa juga setiap
individu dapat menyatakan perasaannya, memberi pendapat atau pandangannya.
Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan
perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak-kanak
membina konsep mengenai alam dan manusia di persekitarannya. Selain itu,
pembelajaran bahasa juga membolehkan kanak-kanak mendengar dan menyatakan apa
yang didengar dengan sebutan yang betul. Kanak- kanak juga dapat menggunakan
bahasa yang bertatasusila.
Melalui pembelajaran bahasa, kanak-kanak dapat membaca dan menceritakan isi
bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Kanak-kanak dapat menulis
dan membina ayat atau perkataan dengan betul. Tambahan lagi, pembelajaran bahasa
membantu kanak-kanak membentuk idea bahasa dan menjadi alat kepada
perkembangan kendiri dan sosial.

Amat mengkagumkan bahawa kanak-kanak dapat belajar berkomunikasi dengan orang


lain dengan begitu pesat sekali seolah-olah macam satu keajaiban.

2.4 Perkembangan Bahasa Mengikut Umur


Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima,
memahami dan melahirkan semula. Dengan perkembangan bahasa yang semakin
meningkat ini, kanak-kanak lebih cekap dalam perbualan.

10
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Jadual 2.1: Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Dari Umur Lahir Hingga Enam Tahun

Umur Kebolehan Aktiviti


Lahir • Menangis atau senyum untuk menyatakan
sesuatu.
• Bayi lebih suka kepada suara manusia berbanding
bunyi lain

1 tahun • Meniru bunyi antara umur 9 ke 18 bulan kanak- Bertutur


kanak mula menggunakan bahasa untuk dengan
berkomunikasi. kanak-kanak
• Tindak balas kepada beberapa perkataan yang iaitu dengan
biasa didengari memandang
• boleh menyebut perkataan ( mengenal nama ke arah
benda ataupun orang ) mata
kanak-kanak
(eye contact)
2 tahun • Mencantum beberapa perkataan mudah untuk Perbualan
menjadi ayat yang pendek. dan bertutur
• Boleh menyebut dan mengenal perkataan yang dengan
mudah dari objek atau gambar menguasai hampir kanak-kanak
30 perbendaharaan kata

3 tahun • Menggunakan perkataan untuk mendapatkan Perbualan


sesuatu menggunakan perkataan nama dan bersama
perbuatan di dalam kanak-kanak
percakapan.
• Mengenal pasti perlakuan atau pergerakan di
dalam gambar

4 tahun • Gemar bercakap, boleh berbual dengan ayat yang Perbualan


lebih panjang. dengan
• Boleh membaca pantun, “rhymes” dan bercerita kanak-kanak
menggunakan perkataan untuk menyebut warna,
huruf dan bentuk.

11
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

• Suka menyebut perkataan-perkataan


yang baru dan suka menyanyi

5 tahun • Mula bertanya berbagai soalan Perbualan


• Boleh menjelaskan maksud sesuatu antara guru
perkataan/ayat. dengan
• Boleh membina ayat yang lebih panjang kanak-kanak
• Mula membaca dengan sendiri dan
• Bercakap seperti dewasa kanak-kanak
• Suka kepada perkataan baru dengan
kanak-
kanak.
6 tahun • Menghadapi masalah dalam mengelaskan tentang Perbualan
sesuatu hal atau keperluan pagi dan
• Berbual di dalam ayat yang lebih panjang mengadakan
• Bercerita tentang pengalaman seharian aktiviti-
• Suka kepada perkataan yang pelik-pelik aktiviti
berinteraksi

FIKIRKAN ???

Cuba bacakan bahab-bahan mengenai cara kanak-kanak belajar bahasa


.

2.5 Sistem Bahasa

Untuk memperoleh kemahiran berbahasa yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan


dengan pelbagai program pembelajaran dan pengajaran. Untuk itu guru perlulah
mengetahui sistem bahasa seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

12
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Rajah 2.1: Sistem Bahasa

Setiap jenis bahasa merupakan satu set sistem yang merangkumi fonologi, morfologi,
sintaksis, semantik dan pragmatik.

Cuba membaca bahan-bahan mengenai sistem bahasa.

2.6 Peringkat Perkembangan Bahasa Mengikut Sistem Bahasa

Perkembangan bahasa mengikut suatu urutan. Perkembangan bahasa


kebanyakan kanak-kanak bermula dari tangisan yang berbeza ( tangisan yang berbeza
sebagai gerak balas terhadap rangsangan yang berbeza, contohnya berasa sejuk atau
panas, dicucuk oleh benda yang tajam dan sebagainya ) kepada luahan perasaan
dengan menggunakan satu perkataan. Nelson (1973) mengklasifikasikan bahasa
kanak-kanak sebagai rujukan atau luahan perasaan. Nama umum adalah secara rujukan
manakala bahasa sosial adalah secara luahan perasaan. Seterusnya kanak-kanak akan
menggunakan ayat yang lebih panjang dan belajar membentuk ayat negatif dan soalan.
Tambahan lagi, bahasa kanak-kanak merangkumi bentuk ayat yang matang dan kurang
matang. Sehingga masa kanak-kanak berumur lapan hingga sepuluh tahun, kebanyakan
bahasa yang digunakan oleh mereka adalah matang. Pada masa yang sama,
kefahaman bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat. Perkembangan bahasa
berterusan sepanjang hayat.
Berikut adalah penyataan perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut sistem bahasa.

13
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

(a) Fonologi

Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Ini


berlaku di peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan
ketara perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang halus dan
seni perbezaan fiturnya.
Peringkat perkembangan fonologi adalah:
• Peringkat menangis
• Peringkat rengekan (cooing)
• Peringkat ajukan satu suku kata yang bermakna (ma, cu, bum)
• Peringkat ajukan dua suku kata (mama, baba, tata, dedi, susu)

(b) Morfologi
Apabila kanak-kanak mula menyedari gabungan bunyi membawa makna tertentu,
mereka mula mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Perbendaharaan kata
kanak-kanak sudah menjangkau 20 hingga 50 patah perkataan dan apabila menjangkau
umur empat tahun, mereka boleh mengujarkan atau menguasai lebih 2000 patah
perkataan. Ada juga yang telah boleh memahami konsep majmuk dan perkara lepas
(past tense).

(c) Sintaksis
Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada
satu perkataan ketika berumur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika
menjangkau umur dua tahun. Setiap ujarandapat merujuk beberapa makna mengikut
susunan kata atau konteks untuk menggambarkan penafi an pertanyaan dan sebagainya.
Ayat-ayat padat dan ringkas, banyak menggunakan kata inti dan kurang atau tiada
langsung menggunakan kata tugas.
Setelah meningkat pada umur lima tahun barulah kanak-kanak itu menyamai bahasa
orang dewasa. Setelah umur lima tahun kanak-kanak akan berupaya menghasilkan ayat-
ayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan
hubungannya dengan struktur luar.
(i) Kanak-kanak umur satu setengah tahun boleh melakukan dengan tepat arahan mudah
seperti ‘ambilkan selipar ayah’, ‘Mana botol sayang’ dan sebagainya.
(ii) Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah boleh menggunakan
perkataan dengan intonasi yang berbeza.

14
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

(iii) Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti :
• Ayat Penyata: “My toy”, “Daddy’s car,” “adik punya”.
• Ayat negatif: “ Ayah belum balik”, “Adik tak buat”.
• Ayat perintah seru: “ Jangan kacau adik”.
(d) Semantik
Dalam perkembangan semantik, kanak-kanak mula berupaya menguasai beberapa patah
perkataan dan kemudian memperluaskan perbendaharaan katanya dengan agak cepat.
Mula-mula sepatah mungkin merujuk beberapa benda atau makna. Ketika inilah kanak-
kanak sering membuat kesalahan,terutama semasa memberi makna perkataan itu. Hasil
daripada interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks, kanak-kanak akan
mempelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula
dapat menyusun perkataan mengikut tatabahasa.
Perkembangan semantik kanak-kanak berkait rapat dengan peringkatperkembangan
intelek Piaget: Sensori motor, praoperasi dan operasi
konkrit:

(i) Sensori motor


• Pada peringkat ini, kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan,
contohnya:
Jika ia sedang mencari ayahnya di sekeliling rumah ia akan sebut:
“Ayah?” yang bermaksud “Di manakah ayah?”
Jika ia tengok dalam bilik air dan gelengkan kepalanya sambil sebut:
“Ayah”, ini bermaksud, “Ayah tidak ada dalam bilik air”.
Jika ia pergi ke muka pintu dan memanggil “Ayah” sambil cekak pinggang, ini bermaksud,
“Ayah, mari sini”.

(ii) Praoperasi
Di peringkat praoperasi, kanak-kanak yang berumur 2-7 tahun mula cuba memahami
bahawa ada perkataan yang mempunyai lebih dari satu makna. Tetapi mereka masih
pada peringkat konkrit dan belum begitu memahami lagi perkataan yang abstrak.

(iii) Operasi konkrit


Ini adalah peringkat kanak-kanak berumur berfi kir dan membezakan.
Antara umur 7 – 11 tahun, berkebolehan kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan
membezakan makna. Namun mereka masih terikat dengan proses pengalaman sedia ada
dan pengalaman terus mereka.

15
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Contohnya: Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah faham fungsi rumah, sebagai tempat
untuk tidur, tempat makan, tempat tinggal keluarga, tempat kawan datang dan lain-lain.

(e) Peringkat Pragmatik


Peringkat pragmatik ialah peringkat penggunaan bahasa yang peka konteks iaitu
bagaimana seseorang menyesuaikan bentuk ucapan/perkataan
mengikut konteks sosial yang berbeza.

Dalam peringkat pragmatik ini juga kanak-kanak belajar peraturan bercakap


daripada komuniti di sekitar tempat tinggalnya. Peraturan ini berbeza
mengikut sosio budaya dan bangsa.

LATIHAN 1:
LATIHAN : Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru
prasekolah untuk memupuk perkembangan bahasa kanak-kanak
prasekolah.
Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam folder
anda.

LATIHAN 2:
Apakah yang dimaksudkan dengan
(a) fonologi
(b) morfologi
(c) sintaksis
(d) semantik
(e) pragmatik
Buatlah satu jadual perkembangan bahasa mengikut sistem bahasa kanak-
kanak dari umur sejak lahir sehingga umur enam tahun.
Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam folder
anda.

16
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Kurikulum Perkembangan Bahasa dan Komunikasi


Tajuk 3 Prasekolah

3.1 Sipnosis

Unit ini akan membincangkan tentang faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pengajaran
Bahasa Melayu dan Pengajaran Bahasa Inggeris Prasekolah. Pemahaman tentang faktor-
faktor yang dihuraikan diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung dapat mendorong
anda menjadi seorang guru yang mempunyai peranan sebagai pelaksana kurikulum yang
efektif.

3.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan


pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di prasekolah.

2. Mengaplikasi peranan guru sebagai pelaksana kurikulum di dalam bilik darjah.

3.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Kurikulum
Perkembangan Bahasa
dan Komunikasi
Prasekolah

Subtajuk 1 Subtajuk 2

Pengajaran Bahasa Pengajaran Bahasa


Melayu Prasekolah Inggeris

17
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

3.4 Pengajaran Bahasa Melayu Prasekolah

Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid.


Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan
orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan
murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada
pembelajaran sepanjang hayat.

Komponen bahasa dan komunikasi merangkumi bahasa Melayu sebagai bahasa


Kebangsaan, bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.

Kemahiran mendengar - kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami


apa yang didengar.
Kemahiran bertutur - murid dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta
dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.
 Kemahiran membaca - murid boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan
memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca.
 Kemahiran menulis - murid dilatih untuk menguasai motor halus sehingga boleh
menuliskan huruf dan perkataan dan seterusnya menulis ayat mudah.

OBJEKTIF KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI MEMBOLEHKAN MURID:

i. mendengar dan menyatakan apa yang didengar;


ii. bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila;
iii. membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat
perkembangan murid;

18
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

iv. menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.

(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)

Rajah 1: Aspek –aspek dalam perkembangan bahasa dan komunikasi

KANDUNGAN DAN HASIL PEMBELAJARAN DALAM KOMPONEN BAHASA DAN


KOMUNIKASI

1. Kemahiran mendengar

1.1 . Mendengar dengan penuh perhatian


 Mengenal pasti apa yang didengar
 Mengecam dan membeza pelbagai jenis bunyi
 Mengecam dan membeza intonasi suara
 Menceritakan apa yang didengar
 Mendengar dan memberi gerak balas terhadap:
a. arahan
b. cerita
c. puisi, ritma atau rentak
d. perbualan

1.2 . Mendengar dan mengecam kesamaan bunyi perkataan


 Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang sama
 Mengecam perkataan dengan bunyi akhiran yang sama

1.3 . Mendengar dan mengecam bunyi perkataan yang berbeza

19
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

 Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang berbeza


 Mengecam perkataan dengan bunyi akhir yang berbeza

2. Kemahiran Bertutur

2.1 . Berinteraksi dengan mesra


 Berbual mengguna bahasa mudah dengan sebutan yang betul
 Berinteraksi secara spontan dan bertatasusila:
a. mengikut giliran
b. mengikut situasi
c. mengikut peringkat umur
 Menyatakan permintaan dan arahan secara bertatasusila

2.2 . Merangsang pertuturan melalui soal jawab


 Mengemukakan soalan dengan menggunakan intonasi yang betul
 Menjawab soalan dengan tepat
 Menjawab soalan secara kreatif
 Bersoal jawab secara spontan

2.3 . Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul


 Melafazkan pelbagai bentuk puisi seperti pantun, sajak dan syair
 Menceritakan semula pelbagai bentuk puisi dalam bahasa
yang mudah

2.4 . Melakonkan watak-watak mengikut situasi


 Melakonkan watak-watak menggunakan bahasa yang sesuai untuk
menghidupkan watak tersebut

3. Kemahiran Membaca

3.1 . Mengecam dan memadankan gambar dengan perkataan


 Memadankan gambar suatu objek dengan lakarannya
 Memadankan gambar dengan perkataan

3.2 . Mengenal bentuk huruf

20
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

 Menyebut huruf mengikut urutan dan


secara rawak
 Mengaitkan huruf dengan bentuk
objek di persekitaran
 Mengenal bentuk huruf kecil dan
huruf besar

3.3 . Mengenal huruf vokal


 Mengecam huruf vokal yang terdapat dalam perkataan
 Membunyikan huruf vokal

3.4 . Mengenal huruf konsonan


 Mengecam dan membunyikan huruf konsonan
 Mengecam bunyi huruf konsonan di awal dan di akhir perkataan yang
diperdengarkan

3.5 . Memperkenal dan menambah perbendaharaan kata


 Mengecam dan mengaitkan label pada pelbagai objek dan tempat
 Bercerita tentang gambar yang dilihat atau hasil kerja
 Mengecam perkataan melalui nyanyian atau puisi

3.6 . Membina suku kata dan perkataan


 Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vokal (kv)
 Mencantum dua suku kata konsonan dan vokal (kv+kv) dalam satu perkataan
 Membaca suku kata terbuka (vkv)
 Membaca suku kata tertutup (kvk)
 Membaca dua suku kata terdiri daripada (kv+kvk), (kvk+kv) dan (kvk+kvk)
 Membaca perkataan gabungan dua suku kata vokal berganding dan
konsonan berganding (kv+vk)

3.7 . Membaca perkataan dan rangkai kata


 Membaca perkataan dan rangkai kata yang bermakna

3.8 . Membaca ayat dalam konteks


 Membaca ayat dari cantuman perkataan dan rangkai kata

21
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

 Membaca ayat dalam perenggan pendek dengan intonasi yang sesuai


 Mengenal tanda bacaan di dalam ayat atau perenggan

3.9 . Memahami bahan yang dibaca


 Menjawab soalan berdasarkan bahan yang dibaca
 Menceritakan semula bahan yang dibaca melalui lisan, tulisan atau lukisan

3.10.Membimbing cara membaca


 Membaca nama pengarang, judul buku dan penerbit
 Membaca mengikut arah dan cara yang betul
 Memegang buku dengan cara dan jarak yang betul
 Menyatakan cara menjaga buku dengan betul
3.11.Memupuk minat membaca
 Membaca pelbagai bahan bacaan
 Bercerita tentang bahan yang dibaca
 Menceritakan semula kandungan cerita yang dibaca Kemahiran Menulis

4. Kemahiran menulis

. Membina kemahiran menulis


 Melakukan koordinasi mata tangan
 Melakukan pergerakan tangan dan jari untuk membentuk corak mengikut
arah yang betul
 Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis
 Menulis huruf mengikut cara yang betul
 Menulis nombor mengikut cara yang betul

. Menguasai kemahiran menulis


 Menulis perkataan
 Menulis rangkai kata dan ayat yang bermakna
 Menulis cerita

ENGLISH LANGUAGE CURRICULUM

22
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Children begin to build the foundations for fluency in English through the development of the
skills of listening, speaking and early literacy. The English Language curriculum aims at
enabling children to actively communicate with others in their immediate environment as well
as develop an enjoyment of the language through the use of stories,rhymes, poems, songs
and games.

OBJECTIVES

The English Language curriculum aims at enabling children to :

• listen actively with understanding

• express themselves orally in simple English

• read common words and simple sentences independently; and

• write words and simple sentences.

CONTENT AND LEARNING OUTCOMES.

1. LISTENING SKILLS.

1.1 Listen to and recognise similarities in the sounds of language.


 Identify words with the same beginning sounds
 Identify words with the same ending sounds

1.2 Listen to and recognise differences in the sounds of language.


 Discriminate words with different beginning sounds
 Discriminate words with different ending sounds

1.3 Listen to and understand meanings of simple words.


 Listen to words said aloud and identify objects named in the environment
 Listen to words said aloud and match with pictures

1.4 Listen to and follow simple instructions.


 Listen and carry out simple instructions
 Listen and perform actions based on instructions in gamesListen and respond
to simple songs, poems stories and dialogues.
 Listen to songs and rhymes and respond to the rhythm

23
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

 Listen to songs, rhymes and stories and perform actions according to the
meaning

2. SPEAKING SKILLS

2.1 . Communicate with peers, teacher and other adult society.


 Use body language such as gesture, eye contact and facial expression with
appropriate language responses
 Carry out simple functions of language orally e.g., to greet, to thank, to ask
 To carry out simple conversations

2.2 . Use simple words.


 Name parts of the body
 Name members of the family
 Name things in the environment
 Name things in familiar stories, poems and songs

2.3 . Use simple sentences.


 Talk about familiar experiences, favourite things and activities
 Talk about the weather
 Say out repeated sentences in stories

2.4 . Ask simple questions.


 Ask others about favourite things and activities Ask questions based on
abservations
 Ask questions based on stories they hear

2.5 . Sing songs and recite rhymes and poems.


 Sing songs and perform appropriate actions
 Recite simple rhymes and poems

2.6 . Tell simple stories.


 Tell stories about familiar things
 Retell stories using visual props

24
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

2.7 . Dramatise familiar situations and stories


 Role play familiar daily situations
 Dramatise familiar stories

3 . READING SKILLS

3.1 . Recognise letters of the alphabets


 Link sounds to letters
 Name and sound the letters of the alphabet

3.2 . Hear and say initial and final sounds, and short vowels sound within words.
 Recognise and say the initial sound in words and know which letters
represent some of the sounds
 Hear and say vowel sounds

3.3 . Read simple words.


 Recognise and sound simple words
 Point to letters, words labels, labels and read or name them
 Recognise some familiar words

3.4 . Read simple sentences.


 Show interest in illustrations and print in books and print in the environment
 Read a range of simple sentences independently

3.5 . Knowledge of print and ethics in reading


 Read print moving from left to right and top to bottom Identify the features of a
book
 Handle books carefully

3.6 . Develop interest in reading.


 Talk about books being read
 Read different texts

4. WRITING SKILLS.

Pre-writing skills.

25
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

 Engage in activities requiring hand-eye coordination


 Draw lines and circles using gross motor and fine motor movements
 Draw anticlockwise and up-anddown letter movements

. Writing Skill.
 Form recognisable letters
 Write simple words and Write simple sentences

Berdasarkan pada 4 kemahiran dalam komponen bahasa dan Komunikasi,


cadangkan aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak prasekolah untuk setiap kemahiran
tersebut.

RUMUSAN

Seorang pendidik awal kanak-kanak perlu memahami dan tahu dengan jelas tentang
perkembangan bahasa kanak-kanak. Untuk itu modul ini telah menekankan tentang asas-
asas perkembangan bahasa yang perlu dikuasai oleh seseorang kanak-kanak sebelum ia
nya mula melangkah ke tahun satu di sekolah rendah. Di dalam Asas perkembangan
Bahasa kanak-kanak beberapa konsep perkembangan ada dinyatakan antaranya ialah:
Konsep pemerolehan bahasa, Konsep perkembangan bahasa, Konsep pembelajaran
bahasa.dan perkembangan-perkembangan bahasa serta kaitannya dengan teori-teori
pemerolehan dan perkembangan bahasa. Disamping itu juga pelajar didedahkan dengan
matlamat pembelajaran bahasa, perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut tahap umur
serta peringkat-peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak yang merangkumi fonologi,
morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik

Bagi memantapkan lagi perkembangan bahasa kanak-kanak anda juga telah didedahkan
dengan kurikulum perkembangan bahasa dan komunikasi prasekolah. Untuk itu kurikulum
ini telah dibahagikan kepada dua iaitu pengajaran Bahasa Melayu prasekolah dan
pengajaran Bahasa Inggeris prasekolah. Pada
setiap pengajaran bahasa ini pelajar juga
didedahkan dengan kemahiran-kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

26
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

LATIHAN PENGUKUHAN KENDIRI

Soalan 1:

Pemerolehan bahasa sering dikaitkan dengan kemampuan minda menerima


dan memproses data-data bahasa. Pengetahuan bahasa yang wujud secara
semula jadi ini tersimpan di dalam minda.

(a) Huraikan dengan ringkas peranan model berikut yang berkaitan dengan teori
pemerolehan dan perkembangan bahasa:

i) Model Behavioris

ii) Model Nativis

iii) Model Konstruktivis

(b) Bincangkan perkembangan semantik bahasa kanak-kanak berdasarkan kepada


teori perkembangan Piaget.

(c) Bincangkan perkembangan bahasa kanak-kanak semasa berumur 3 tahun.

Soalan 2

Kemahiran berbahasa merupakan satu bidang pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
guru-guru pendidikan prasekolah.

(a) Sebagai seorang guru prasekolah, anda dikehendaki mengajar membaca. Nyatakan
kaedah-kaedah moden yang kerap digunakan oleh guru prasekolah untuk mengajar
membaca.

(b) Perkembangan penulisan kanak-kanak bermula sejak mereka mula memegang


pensil. Dengan mengemukakan beberapa contoh, jelaskan tahap-tahap penulisan
kanak-kanak.

27
PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

(c) Kemahiran mendengar dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Bincangkan factor-faktor


yang mempengaruhi kemahiran mendengar kanak-kanak prasekolah.

Selamat mencuba..........

28

You might also like