You are on page 1of 49

PANDUAN UNTUK IBU HAMIL

Dr Mohamad Hussaini Razali, MD


Editor

Dr Zainab Yahya, MOG Dr Zainur Rashid, MRCOG


PANDUAN UNTUK IBU HAMIL
Dr Mohamad Hussaini

DIARI IBU

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila mati seseorang hamba, maka
terputuslah amalannya kecuali pada tiga perkara: Sedekah yang jariyah (terus-
menerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh mendoakan baginya, ataupun ilmu yang
dimanfaatkan sesudah itu"
PANDUAN UNTUK IBU HAMIL
Diterbitkan oleh:

DIARI IBU

TAAWUN MEDI RESOURCES (TMR)


No. 6, Jalan Angsana 2, Taman Pinggiran Golf, 70400 Seremban, N. Sembilan e-mail:
ujangdr@gmail.com

©TMR

®TMR Hak Cipta Terpelihara Melainkan dengan kebenaran pengarang dan penerbit,
mana-mana bahagian dari buku ini tidak boleh dihasilkan semula dalam apa jua
bentuk sekalipun.

Printer and Sole Distributor:


PANDUAN UNTUK IBU HAMIL
EDITOR: DR ZAINAB YAHYA Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Seremban DR
ZAINUR RASHID ZAINUDDIN Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan IMU, Seremban DR
FADILAH ASHARI Klinik Iman

DIARI IBU
I

PENDAHULUAN

ngin saya ambil peluang yang masih ada ini untuk memanjatkan setinggi-tinggi
kesyukuran ke Hadrat Allah SWT yang telah memberikan kesempatan untuk saya
menyusun ‘Diari Ibu’ ini. Salawat dan salam ke atas Ar-Rasul SAW, keluarga
baginda, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah baginda SAW
sehinggalah ke hari kiamat. Saya berdoa semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan
dan memberi manfaat kepada kita semua. Cetusan semangat dan ilham untuk menyusun
diari ini timbul setelah acapkali bertemu pesakit dan para ibu yang masih kurang
memahami sekitaran fisiologi wanita sendiri dan kehamilan. Ibu-ibu muda
terutamanya, masih tercaricari jawapan bagi pelbagai persoalan tentang kehamilan.
Mereka seolah-olah menerima sahaja proses kehamilan bagai satu fitrah alam,
seperti mana bumi menerima hujan. Sedikit sekali yang mereka fahami tentang proses
yang unik dan hebat ini. Satu proses yang telah di atur oleh Allah swt, Tuhan Maha
Pencipta dengan begitu teliti dan teratur. Proses yang akan melahirkan makhluk
terhebat di muka bumi yang ditugaskan sebagai pemimpin dan peneraju kehidupan di
muka bumi. Apakah kita hanya berserah kepada fitrah untuk kelahiran penting ini?
Kelahiran zuriat yang bakal meneruskan perjuangan dan cita-cita kita. Bukankah
Allah swt memberikan kita segala jalan dan peluang untuk kita berusaha bagi
mendapatkan natijah yang terbaik? Kehamilan dan kelahiran boleh dirancang dengan
sebaik mungkin agar setiap peringkat proses ini dilalui dalam sekitaran yang
terbaik dan selamat. Semoga bayi yang bakal lahir bakal menjadi insan sihat dan
kuat bagi meneruskan generasi yang unggul dan cemerlang. Wallahua’lam Dr Hussaini

"Ajarkan anak tiga hubungan: SOLAT sebagai pengubung dengan Allah, SELAWAT sebagai
penghubung dengan Nabi, serta SILATURRAHIM sebagai penghubung sesama manusia".

i
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi perhargaan ingin saya tujukan kepada isteri-isteri dan anak-anak
yang banyak memberikan dorongan dan semangat dalam setiap usaha yang saya lakukan.
Semoga bantuan kalian diberkati dan dirahmati Allah swt. Penghargaan istimewa
untuk sahabat-sahabat saya Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Zainab Yahya dan Dr
Zainur Rashid atas suntingan yang dilakukan. Tidak lupa juga ribuan terima kasih
kepada kakitangan Klinik Iman Bukit Changgang, terutama Puan Norlizan yang
membantu dalam menyemak ejaan.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

ii
Kandungan Saya sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu Fahami struktur dan organ
kehamilan anda Ovulasi Kitar Haid Persenyawaan Penentuan Seks Bayi Trimester
pertama Minggu 1 hingga Minggu 12 Tanda-tanda (simptom) awal kehamilan Carta
Jangkaan Tarikh Bersalin (Expected Date of Delivery - EDD) Bagaimana mengesahkan
kehamilan anda? Anda dan Doktor - Semak Doktor dan Bersiap sedia untuk soalan
Bersiap sedia untuk pemeriksaan Bagaimana pemeriksaan pelvis dilakukan? Ujian-
ujian darah yang perlu di lalui Air kencing akan diuji Ujian yang mungkin perlu
Berweaspada dan jauhi perkara-perkara terlarang Hadapi Cabaran Mengandung
Kehamilan Bermasalah Plasenta Embrio Rekod Perubatan - Menemui Doktor Kali Pertama
Rekod Perubatan Diari trimester pertama Trimester Kedua - Minggu 13 hingga Minggu
28 Berat anda sudah mula meningkat Berwaspada dengan tekanan darah anda Rahim dan
abdomen anda
Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan
mereka.

Muka surat 1 5 6 7 8 9 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 23 25 27 30 31 32 33 36 61
62 64 64

iii
Kandungan Mendengar bunyi jantung bayi Ujian air kencing Paras hemoglobin darah
Oedema atau bengkak di kaki dan tangan Ultrasound (USG) Suntikan toksoid tetanus
Zat besi dan kalsium Ujian-ujian makmal yang mungkin dilakukan Diet anda Adakah
hubungan seks boleh dilakukan ketika mengandung? Bolehkah anda bersenam? Menjaga
postur badan anda Mari memulakan program senaman antenatal Bagaimana untuk
bersantai dan berehat Bagaimana anda mengatasi masalah ini Gusi berdarah Sembelit
Buasir Masalah tidur Berpeluh Jangkitan candida/keputihan Vena Varikos Anemia
Kehamilan kembar Rekod Perubatan - LAWATAN ANTENATAL Diari Trimester Kedua
Trimester Ketiga Minggu 29 hingga Minggu 40 Lawatan Antenatal Bagaimana melakukan
hubungan seks Bermusafir atau mengembara
Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Muka surat 64 65 65 65 65 66 66 66 67 68 68 70 73 76 78 78 78 78 79 79 79 80 80 80
82 86 119 120 123 124

iv
Kandungan Pemberian Gas Pethidine Kelahiran abnormal Pembedahan Caesarean
Kelahiran Forcep / vakum Penjagaan selepas bersalin Diet Penjagaan episiotomi
Sakit bahagian abdomen Rehat Lelehan genital Bayi anda Adakah dia bayi saya Rupa
bayi ketika lahir Pemeriksaan bayi oleh doktor selepas lahir Menguji tindakan
refleks bayi Skor Apgar Susu ibu susu yang terbaik Bengkak payu dara Puting yang
merekah Bersendawa Tumbesaran dan penjagaan bayi Imunisasi Pergigian Perkembangan
penting Nasihat pencegahan kehamilan Halaman untuk bayi anda Foto bayi anda

Muka surat 171 171 172 172 173 174 174 174 175 175 175 177 177 177 181 182 183 184
186 187 187 188 189 193 193 194 195 196

Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca
terlebih dahulu.

vi
Saya sudah BERSEDIA untuk menimang CAHAYA MATA

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin


tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan
diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

1
Jika anda sudah mengambil keputusan untuk menjadi seorang ibu maka semaklah
perkara-perkara di bawah:
Senarai Semakan Untuk Kehamilan : Umur anda? Umur yang paling sesuai untuk hamil
ialah antara 20 hingga 35 tahun. Mengandung dalam usia belasan tahun atau lebih
dari 35 tahun akan mengundang risiko kepada kandungan. Walau bagaimanapun di zaman
yang serba moden ini, terdapat ramai wanita yang hamil kandungan pertamanya di
usia melebihi 35 tahun. Penjagaan yang teliti harus diberikan kerana penyakit
kencing manis dan darah tinggi adalah lebih kerap pada usia sebegini. Adakah anda
atau pasangan anda mempunyai masalah penyakit keturunan ? Beberapa masalah
perubatan, contohnya Hemofilia, thalasaemia dan kekurangan “G6PD” diwarisi secara
keturunan. Sekiranya anda atau pasangan anda mempunyai saudara rapat yang mengidap
penyakit keturunan, maka ada kemungkinan penyakit itu akan diwarisi kepada bayi
anda. Rujuklah kepada doktor atau kaunselor genetik yang boleh menjangka tahap
risiko yang mungkin anda hadapi. Adakah anda imun terhadap Rubela ? Jangkitan
Rubela atau German Measles boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi dalam
kandungan, terutama pada awal kehamilan ketika organ dalaman bayi sedang
berkembang. Oleh itu sebelum hamil, mintalah doktor menjalani pemeriksaan darah
terhadap anda untuk memastikan anda mempunyai imunisasi terhadap penyakit Rubela.
Jika tidak ada, doktor boleh memberikan anda vaksin ( suntikan pelalian Rubela ).
Anda dinasihatkan agar tidak hamil sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh suntikan
tersebut kerana ia boleh membawa risiko kepada janin.

"Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung


rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih
dihargai."

2
Adakah anda mengambil atau pernah mengambil pil perancang ? Sekiranya anda ada
mengambil pil perancang maka dinasihatkan berhenti mengambilnya untuk suatu jangka
masa yang panjang sebelum anda bercadang untuk hamil supaya badan anda mempunyai
masa untuk kembali ke kitaran normalnya. Seelok-eloknya, berhenti selama 3 kitaran
haid sebelum anda cuba untuk hamil. Ini akan dapat membantu dalam pengiraan masa
kandungan dengan tepat. Adakah anda mempunyai masalah kesihatan kronik? Sekiranya
anda mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi atau Epilepsi, anda sepatutnya
berbincang dengan doktor anda sebelum cuba hamil. Doktor anda mungkin akan
mengubah rawatan anda kerana ubat yang anda ambil mungkin boleh memberi kesan
kepada bayi dalam kandungan atau mengakibatkan kesukaran waktu hamil. Bagi
penyakit kencing manis contohnya, paras gula darah haruslah terkawal terutamanya
beberapa bulan sebelum anda hamil. Paras gula darah yang tinggi pada sebelas
minggu pertama kehamilan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Anda dinasihatkan
mengamalkan perancang keluarga supaya anda tidak hamil ketika paras gula di dalam
darah tidak terkawal. Dalam sesetengah kes memerlukan suntikan insulin beberapa
bulan sebelum anda dibenarkan untuk hamil. Berbincanglah dengan doktor anda.
Adakah kerja anda memungkinkan anda menghadapi sebarang risiko ? Jika kerja anda
terdedah kepada bahan kimia, plumbum, ubat bius atau sinar-X, ini mungkin
mempengaruhi peluang anda untuk hamil atau mendatangkan risiko kepada bayi.
Dapatkan nasihat doktor. Adalah lebih baik anda bertukar pekerjaan sebelum hamil.
Anda juga boleh berbincang dengan majikan anda sekiranya pekerjaan anda melibatkan
kerja berat dan membebankan yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan anda dan
bayi.

"Anak sepatutnya dididik dengan kaedah 80% belaian positif dan 20% belaian
negatif. Malangnya ibubapa kerap menggunakan kaedah negatif yang membenamkan
kehebatan anak.

3
Berapakah berat badan anda ? Sebaik-baiknya berat badan anda berada pada paras
normal, iaitu bersesuaian dengan ketinggian anda (berat badan unggul), selama
sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda hamil. Dapatkan nasihat doktor bagi
mencapai berat badan yang sesuai. Jangan sekali-kali berdiet sewaktu hamil,
kecuali anda menghadapi masalah berat badan yang serius, kerana ini mungkin
menyebabkan badan anda kekurangan zat penting. Adakah anda makan dengan sempurna ?
Amalkan tabiat pemakanan yang sihat yang banyak mengandungi makanan segar, ini
akan meningkatkan peluang anda untuk hamil dan mendapatkan bayi yang sihat. Adakah
anda merokok atau minum minuman keras? Anda dan pasangan anda patut berhenti
merokok sebaik sahaja anda ingin hamil kerana tembakau mempengaruhi kesuburan
lelaki dan wanita di samping boleh memudaratkan bayi sebelum dan selepas bersalin.
Adakah anda banyak melakukan senaman ? Untuk memastikan badan anda sentiasa sihat
dan cergas, anda perlu bersenam, contohnya berjalan atau berenang selama 20 minit
setiap hari.

"Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku atau
mimik muka. Suami yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan
komitment terhadap isterinya."

4
Fahamilah bagaimana organ dalaman anda bersedia dan berfungsi untuk kehamilan.
Ketahuilah bagaimana hebatnya Allah swt menjadikan bayi yang bernyawa dari dua
jenis sel (ovum dan sperma) yang amat kecil yang bercantum dan bertemu dalam tiub
fallopian.
FAHAMI STRUKTUR DAN ORGAN KEHAMILAN ANDA Dengan memahami struktur dan fisiologi
organ pembiakan anda, akan menolong menyingkirkan segala ketakutan dan salah
faham. Anda akan lebih bersedia dalam meneruskan kehamilan anda. Sistem pembiakan
anda terdiri dari rahim (uterus), ovari, tiub fallopian, serviks dan faraj. Rahim
adalah tempat di mana bayi membesar dan dilindungi sehinggalah dia dilahirkan. Di
dalam bidang perubatan ianya dinamakan uterus. Uterus adalah sebuah organ
berbentuk pir dan terletak di bahagian bawah abdomen. Jika tidak hamil, saiznya
hanyalah 3” X 2” X 1”. Uterus boleh terus mengembang perlahan-lahan untuk
memuatkan seorang bayi. Bahagian bawah uterus yang sempit dipanggil serviks.
Bahagian ini mempunyai bukaan dihujungnya yang dipanggil “os” (pintu rahim).
Bahagian bawah serviks bercantum dengan faraj. Semasa persenyawaan, cecair semen
yang mengandungi sperma mengalir melalui faraj, serviks, uterus dan menuju ke tiub
fallopian. Tiub fallopian adalah dua tiub panjang di kiri dan kanan yang akan
bercantum dengan bahagian atas uterus. Setiap tiub akan berakhir di bukaan yang
berbentuk jari dan dipanggil fimbria. Ia berdekatan dengan ovari kiri dan kanan.
Ovari adalah organ yang berbentuk oval dan mempunyai saiz seperti walnut. Ovari
menghasilkan hormon yang mengawal kitaran haid wanita dan juga mengeluarkan telur
yang dipanggil ovum. Ovari juga mengeluarkan hormon yang penting untuk kehamilan.
"Malu Itu Tidak Datang Kecuali Dengan Membawa Kebaikan" Al Hadis

5
Ovulasi Setiap wanita dilahirkan dengan ovari yang berisi beribu folikel. Setiap
folikel berupaya mengeluarkan sebiji telur matang (ovum). Sepanjang usia subur
wanita, setiap ovari hanya akan mengeluarkan 400 ovum. Ovum hanya akan mula
dikeluarkan apabila seorang wanita itu mencapai baligh. Setiap bulan, sebiji
folikel matang dan sebiji ovum akan dikeluarkan melalui pemecahan lapisan luar
ovari. Ini dipanggil ovulasi. Ovum akan bergerak ke tiub fallopian dan kemudian ke
rongga uterus. Ovulasi berlaku di pertengahan kitar haid iaitu lebih kurang hari
ke 14 selepas haid pada wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari.

Fakta di atas penting untuk menentukan waktu subur anda bagi menambahkan lagi
kebarangkalian untuk mengandung.

"Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi
kesulitan itu"

6
Kitar Haid Kitar haid adalah satu proses yang berlaku setiap 28 - 30 hari. Kitar
haid yang pertama biasanya berlaku di antara umur 11 - 15 tahun. Kitar haid akan
terus terjadi kecualil semasa kehamilan sehingga masa putus haid.

Haid adalah aliran darah yang terjadi pada masa tertentu berlaku setiap bulan.
Aliran darah ini biasanya berlaku selama 3 hingga 8 hari. Pada separuh pertama
kitaran haid, iaitu semasa folikel matang, ovari akan mengeluarkan hormon
estrogen. Hormon ini akan merangsang dinding dalam rahim/uterus (endometrium)
untuk menjadi tebal dan berongga bagi persediaan proses kehamilan. Setelah berlaku
ovulasi, ovum yang matang akan melalui fimbria masuk ke dalam tiub fallopian.
Folikel yang mengandungi ovum ini akan menghasilkan hormon progestron. Hormon ini
akan mengekalkan ketebalan dinding dalam uterus. Jika tiada penghamilan berlaku,
kedua-dua paras hormon estrogen dan progestron akan menurun. Di akhir kitaran haid
apabila paras hormon-hormon tadi benar-benar turun, terjadilah pendarahan dan
penyingkiran dinding dalam rahim sebagai darah haid. Inilah yang dikatakan ‘rahim
yang tidak hamil akan menangis setiap bulan’
"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya
akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-
anak menjadi liar"

7
Persenyawaan Persenyawaan adalah percantuman satu ovum yang matang dengan satu
sperma. Jika persetubuhan terjadi dalam masa 12 24 jam semasa ovulasi, maka salah
satu daripada berjuta sperma yang dimasukkan ke dalam faraj akan bergerak melalui
saluran ‘os’ dan rongga uterus sehingga tiba di tiub fallopian di mana ia akan
bersatu dengan ovum untuk mempersenyawakannya.

Ovum yang telah disenyawakan ini akan bergerak sepanjang tiub fallopian ke rongga
uterus. Di sini ia akan terbenam di dalam lapisan dinding rahim. Kehamilan terjadi
dan penghasilan hormon estrogen dan progestron terus berlaku. Dinding dalam uterus
akan menjadi lebih kukuh dan tiada berlaku pendarahan.

"Layanilah anak-anak sebagai kanak-kanak. Usah mengharapkan mereka melakukan kerja


atau tugas sehebat prestasi ibu-bapa. Nilai kemampuan mereka sesuai dengan
peringkat umur."

8
Haid tidak terjadi dan wanita tersebut dikatakan mengandung. Ovum yang telah
disenyawakan ini akan terus membesar menjadi fetus.

Soalan: Kenapa terjadi pendarahan di awal-awal kehamilan? Ianya sering dikelirukan


sebagai turun haid. Penentuan Seks Bayi DNA dari sperma suami akan menentukan seks
bayi anda. Ianya ditentukan ketika proses persenyawaan dan ianya tidak boleh
ditukar lagi selepas dari ini. Setiap sel badan manusia mempunyai 46 kromosom.
Sel-sel pembiakan seperti sperma dan ovum hanya mengandungi separuh dari bilangan
kromosom ini. Kromosom mempunyai kod genetik atau maklumat yang menentukan ciri-
ciri yang akan diwarisi oleh individu tersebut. Maklumat mengenai seks bayi
terkandung di dalam kromosom seks. Dua jenis kkromosom seks adalah kromosom X dan
kromosom Y. Semasa persenyawaan, satu sperma akan bersatu dengan satu ovum untuk
menghasilkan satu sel yang mengandungi bilangan kromosom

"Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak
rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam
rumahtangga."

9
yang lengkap. Semua ovum membawa kromosom X tetapi sperma mungkin membawa kromosom
X atau koromosom Y. Maka, seorang wanita sentiasa menyumbangkan kromosom X tetapi
seorang lelaki boleh menyumbangkan kromosom X atau Y. Sekiranya satu ovum berpadu
dengan sperma membawa kromosom Y, anaknya menjadi lelaki. Sebaliknya satu ovum
yang berpadu dengan satu sperma membawa kromosom X akan melahirkan anak perempuan.

Sperma dan ovum bertemu

Ovum lima hari selepas persenyawaan

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya
dengan kesusahan" Al Hadis

10
TRIMESTER PERTAMA Minggu 1 hingga Minggu 12

"Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya"

11
TANDA-TANDA (SIMPTOM) AWAL KEHAMILAN Jika kitar haid anda tetap setiap bulan,
simptom paling awal kehamilan adalah tiadanya haid pada bulan tersebut. Kebanyakan
wanita mengalami sekurang-kurangnya beberapa simptom awal kehamilan, bermula dari
minggu pertama selepas haid berhenti atau 5 minggu selepas haid yang terakhir.
Perhatikan simptom-simptom di bawah. Tidak semua wanita hamil akan mengalami
simptom yang sama: • Payu dara yang lembut dan membesar • Rasa mual dan loya •
Rasa keletihan dan lesu • Pening kepala • Lelehan faraj • Perubahan rasa pada
makanan tertentu • Kerap buang air kecil • Emosi yang tidak menentu Hormon seperti
progestron dan human chorionic gonadotrophin (HCG) bertanggungjawab di atas
gejala/simptom di atas. Hormon-hormon ini dihasilkan oleh badan untuk menyokong
kehamilan dan menjaga pertumbuhan embrio.

“Senggugut boleh dikurangkan dengan mengandung dan melahirkan anak”

"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses
perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau
maki hamun"

12
"Suami yang tidak mahu terima isteri, seadanya akan mudah membenci dan
menyalahkannya walaupun perkara remeh. Berlapang dada dan terimalah isteri sebagai
teman untuk segala-galanya"

13

CARTA JANGKAAN TARIKH BERSALIN (EXPECTED DATE OF DELIVERY - EDD) Untuk menentukan
tarikh kelahiran, pastikan hari pertama turun haid yang terakhir (Last Menstrual
Period). Tarikh di bawahnya adalah tarikh EDD. Sebagai makluman, bayi yang cukup
bulan boleh dilahirkan 2 minggu sebelum atau selepas EDD.
BAGAIMANA MENGESAHKAN KEHAMILAN ANDA? Sekiranya haid anda masih tidak datang
selepas seminggu dari tarikh yang sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kencing
bagi mengesan kehadiran hormon HCG yang mengesahkan anda telah mengandung. Ujian
ini boleh dilakukan oleh anda sendiri di rumah tetapi sekiranya ianya di lakukan
oleh doktor di klinik akan memudahkan anda mendapat nasihat dari doktor anda.
Apabila menjalankan ujian ini sendiri, anda mesti mengikuti arahan yang diberikan
dengan betul dan berhati-hati. Air kencing pertama di awal pagi paling baik
digunakan untuk ujian kencing. Ujian yang positif adalah dikira hampir tepat.
Ujian negatif mungkin disebabkan ianya dilakukan terlalu awal dari haid terakhir.
Selepas sahaja ujian kehamilan anda didapati positif maka pergilah berjumpa dengan
doktor anda.

UPT
Salah satu jenis alat ujian kencing bagi mengesan HCG

Selepas haid anda tidak datang, walaupun anda tidak pasti anda telah hamil: •
Jangan ambil apa-apa ubat tanpa nasihat doktor • Jangan melakukan ujian x-ray •
Jika berjumpa doktor untuk apa-apa tujuan, maklumkan kepada doktor tersebut anda
tidak didatangi haid pada tarikh yang sepatutnya.

"Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. sikap pasif
menyebabkan isteri tidak pandai buat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijak
bersosial."

14
ANDA DAN DOKTOR
SEMAK SENARAI BERIKUT SEBELUM ANDA MEMILIH KLINIK UNTUK PEMERIKSAAN ANTENATAL ATAU
HOSPITAL UNTUK BERSALIN • Jarak klinik dari rumah anda serta hospital di mana anda
akan bersalin • Masa rawatan klinik tersebut dan kemudahan ketika kecemasan • Sama
ada doktor ini menjalankan operasi klinik secara sendiri atau secara berkumpulan.
Dapatkan juga pengalaman mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan klinik atau
hospital tersebut. • Sama ada kemudahan yang ada cukup sempurna untuk pemeriksaan
antenatal, bersalin dan post natal • Kemampuan anda untuk menanggung segala
pembayaran pemeriksaan kesihatan dan bersalin • Sama ada dalam kes yang rumit,
klinik atau hospital tersebut mempunyai doktor pakar yang boleh dirujuk pada bila-
bila masa. Temujanji pertama bersama doktor penting untuk menilai kesihatan dan
persediaan anda untuk meneruskan kehamilan anda. Pemeriksaan antenatal sebenarnya
boleh dilakukan selepas 12 minggu kehamilan.
"Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari seseorang Islam akan ilmu, kemudian
mengajar ilmunya itu kepada saudara Islam yang lain" Al Hadis

15
DOKTOR DAN ANDA
BERSIAP SEDIA UNTUK SOALAN-SOALAN INI: Tarikh hari pertama kitar haid terakhir.
Doktor akan membantu menentukan tarikh anda dijangkakan bersalin. (Rujuk mukasurat
13 - Carta Jangkaan Tarikh Bersalin) 2. Tempoh kitar haid terakhir, jumlah
pendarahan, jangkamasa haid. (Contoh catatan doktor: 4 / 30 bermakna pendarahan
selama 4 hari dan setiap kitar haid mengambil masa 30 hari) 3. Tempoh perkahwinan
4. Bilangan kehamilan sehingga kini 5. Cara pencegahan kehamilan yang digunakan,
jenisnya, masa mula pakai dan masa berhenti. 6. Sejarah kehamilan yang sebelum
ini: • Tarikh kelahiran • Cara kelahiran dan tempat bersalin • Masalah ketika
mengandung dan bersalin. • Berat dan jantina bayi serta tempoh penyusuan •
Keguguran 7. Sekiranya pernah menjalani pembedahan atau sedang menjalani apa-apa
rawatan 8. Sejarah kesihatan anda - jika anda mengidap kencing manis, darah
tinggi, lelah, epilepsi atau penyakit jantung. Anda mungkin ditanya sejarah
kesihatan ahli keluarga anda. 9. Jika anda atau suami mengalami apa-apa penyakit
keturunan 10. Jika anda terdedah kepada dadah, x-ray atau radiasi Jika doktor anda
tidak bertanya isu-isu yang anda rasa penting beritahu doktor dan jelaskan
keraguan anda. 1.

"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan
perkataan"

16
DOKTOR DAN ANDA
BERSIAP SEDIA UNTUK PEMERIKSAAN DOKTOR 1. Ketinggian: Ketinggian anda akan
dicatitkan pada hari pertama lawatan anda ke klinik. Jika anda mempunyai
ketinggian kurang dari 145cm, anda mungkin mempunyai rongga pelvis yang kecil,
menyukarkan anda untuk bersalin normal. Bersiap sedia untuk kemungkinan pembedahan
Caesarean ketika bersalin nanti. Berat anda akan dicatitkan secara berkala pada
setiap kali lawatan antenatal. Peningkatan berat yang sesuai penting bagi gambaran
tumbesaran bayi di dalam kandungan Kadar nadi anda akan dikira

2.

Berat:

3. 4.

Nadi:

Tekanan darah: Dalam setiap lawatan antenatal, tekanan darah akan diambil. Tekanan
darah melebihi 140/90 amat membahayakan anda juga kandungan anda. Keadaan ini akan
menyebabkan pre-eclampsia. Ikutilah nasihat doktor dengan sepenuhnya. Pemeriksaan
Lain: Kebersihan mulut Tanda anaemia Jantung dan paru-paru Payu dara Sekiranya ada
bengkak kaki atau tangan Pemeriksaan Uterus: 12 minggu pertama kehamilan, uterus

5.

6.

"Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing
ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca
kegagalan"

17
tidak boleh dirasa melalui pemeriksaan abdomen. Bagaimanapun pemeriksaan dalaman
pelvis boleh dilakukan untuk memastikan kehamilan atau menentukan jangkamasa
kandungan berdasarkan saiz uterus. Ini paling baik dilakukan dalam minggu keenam
hingga minggu ke sepuluh. Bagaimana pemeriksaan pelvis dilakukan? Berbaring di
atas katil pemeriksaan dengan membengkokkan kaki dan tapak kaki mendatar di atas
katil. Doktor anda akan memasukkan satu alat (spekulum) ke dalam faraj anda.
Bernafas secara perlahan dan mendalam dengan merehatkan bahagian pelvis sebanyak
yang boleh. Spekulum ini tidak akan mencederakan anda. Alat ini memegang dinding
faraj dan membukanya supaya saluran faraj boleh diperiksa untuk memastikan tiada
keabnormalan. Alat spekulum kemudiannya ditanggalkan dan doktor akan memasukkan
dua jari tangan yang telah dipakai sarung tangan ke dalam faraj anda. Dia akan
menekan abdomen anda dengan satu lagi tangan untuk merasai uterus dan menentukan
saiz uterus anda.

Berapa kerap saya perlu berjumpa doktor? Untuk 28 minggu pertama kehamilan, anda
perlu berjumpa doktor sekali setiap bulan. Untuk 8 minggu seterusnya, perlu
berjumpa doktor sekali setiap 2 minggu. 4 minggu terakhir, anda perlu berjumpa
doktor setiap minggu. Jika perlu, doktor akan meminta anda datang lebih kerap.

"Antara umur satu hingga tujuh belas tahun, setiap anak akan terima sekitar148 000
kali teguran negatif. Teguran tersebut akan memberi kesan buruk pada perlakuan
anak kelak."

18
DOKTOR DAN ANDA
UJIAN-UJIAN DARAH YANG PERLU DILALUI: 1. Paras Hemoglobin (Hb) untuk mengesan
sebarang kekurangan zat besi. Ujian akan diulang jika perlu. 2. Kumpulan Darah (A,
B, O, Rh) untuk menentukan kumpulan darah anda. Penting bagi persediaan kelahiran.
Adalah sangat penting untuk anda mengetahui sama ada anda Rhesus positif atau
Rhesus negatif. Tidak mencukupi dengan hanya mengetahui kumpulan darah sahaja.
(Rujuk m/s 28). Sekiranya anda mempunyai Rhesus negatif, kehamilan anda akan
memerlukan perhatian yang khusus 3. VDRL ujian untuk mengesan sebarang penyakit
bawaan seks yang boleh mengancam bayi anda jika tidak dirawat dalam masa 20 minggu
kehamilan. Ujian ini akan dilakukan oleh doktor sekali sepanjang kehamilan. Jika
positif ujian akan diulang selepas menjalani rawatan. 4. Ujian Gula (dua jam
selepas makan) membantu mengesahkan penyakit kencing manis bagi mereka yang
mempunyai paras gula darah yang tidak normal. 4. MGTT (Modified Glucose Tolerance
Test) Ia dilakukan untuk mengenalpasti sama ada anda
"Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan
terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa
kepada ketenangan."

19
mengidap penyakit kencing manis semasa hamil. Lazimnya ia dilakukan pada wanita
yang berisiko tinggi. Ia boleh dilakukan walaupun pada trimester pertama. Anda
akan dinasihatkan berpuasa selama 10 jam dari malam sebelumnya. Di pagi hari
keesokannya darah anda akan diambil. Anda akan diberi minuman glukos dan selang 2
jam darah anda akan diambil semula. Selepas itu barulah anda boleh makan ataupun
minum. DALAM SETIAP LAWATAN ANTENATAL, AIR KENCING AKAN DIUJI UNTUK: 1. Kehadiran
Protein boleh mengesahkan kehadiran jangkitan kuman pada salur kencing. Jika
kehadiran protein amat tinggi disamping anda mempunyai tekanan darah yang tinggi,
anda mengalami keadaan bahaya yang dipanggil pre-eclampsia. 2. Sel nanah jika
positif anda sah mengalami jangkitan di saluran kencing 3. Gula Jika gula positif
dalam dua kali ujian air kencing, satu ujian yang lebih terperinci (ujian glukosa
darah) perlu dilakukan. ________________________________ * Apabila mengumpul
sampel air kencing, pastikan aliran tengah diambil (beberapa saat selepas aliran
bermula) dan takung adalah bersih, tidak disentuh bahagian dalamnya.

"Puasa adalah sebagai perisai, selagi dia tidak memecahkan perisai tersebut". Al
Hadis

20
UJIAN YANG MUNGKIN PERLU
1. ULTRASOUND / USG (Ultrasonography)

Janin

Kebanyakan doktor akan menasihati anda untuk pemeriksaan ultrasound sebagai rutin
dalam tempoh antenatal. Selepas dilakukan pemeriksaan ini pada awal trimester
kedua (16 -20 minggu) ianya boleh diulangi apabila menghampiri akhir kehamilan.
Banyak kajian menunjukkan pemeriksaan ultrasound ini tidak membahayakan bayi malah
memberikan banyak maklumat yang berfaedah. Pemeriksaan ini selamat dan tidak
menyakitkan ibu mengandung. Ianya berdasarkan gelombang bunyi ultrasonik
(gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dan tidak boleh didengar oleh manusia) yang
dihantar bergerak masuk ke dalam abdomen dan kemudian dipantul semula dari
pelbagai permukaan. Gelombang yang dipantul balik kemudian diterima dan
dipancarkan ke atas sebuah monitor. Doktor anda mungkin memperolehi maklumat
berguna

"Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat
memuji dan mengkritik"

21
mengenai bayi anda seperti tahap tumbesarannya, kedudukan bayi, kedudukan
plasenta, cecair mentuban dan lain-lain lagi. Sebab-sebab ujian ini dilakukan pada
awal trimester pertama adalah 1. 2. 3. 4. wanita tersebut tidak pasti akan kitar
haidnya yang terakhir. dalam kes pendarahan atau kesakitan di bahagian bawah
abdomen. USG boleh membantu mengesan keadaan kehamilan. bukti klinikal mengesyaki
akan berlakunya kandungan di luar rahim (kandungan ektopik) pemeriksaan pelvis
menunjukkan uterus besar dari yang sepatutnya.

Bagaimana pemeriksaan ultrasound dilakukan Anda akan diminta untuk memenuhkan


pundi kencing anda supaya rahim anda akan dapat dilihat dengan jelas dengan USG.
Anda mesti minum banyak air dan jangan membuang air kencing untuk 2 - 4 jam
sebelum USG. Pemeriksaan ini hanya mengambil masa 10 - 15 minit. Selepas menyapu
lapisan gel di atas abdomen anda, sejenis alat kecil (prob) akan dilalukan secara
perlahan di atas abdomen anda. Gelombang yang dipancarkan boleh diimbas di atas
skrin monitor.

"Janganlah suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuk
tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak-budakkan
isteri"

22
BERWASPADA DAN JAUHI PERKARA-PERKARA TERLARANG
1. Menghisap Rokok Ini boleh mengancam bayi anda. Lebih kerap menghisap rokok maka
kesannya lebih buruk ke atas bayi dalam kandungan. Apakah kesannya? • Berat bayi
anda berkurangan • Bayi mungkin mengalami kecacatan • Pertumbuhan bayi di
peringkat awal kanak-kanak akan terganggu. Hubungan seks Hubungan seks boleh
diteruskan sepanjang masa mengandung. Namun ianya perlu dielakkan bagi wanita yang
kerap mengalami keguguran, pendarahan dari faraj atau sakit di bahagian abdomen
Pergerakan Yang Tersentak-sentak Mesti dielakkan Perjalanan Jauh Perjalanan yang
tersentak-sentak mesti dielakkan. Perjalanan yang licin dalam jarak yang
berpatutan tidak akan mengancam kehamilan. Sekiranya terjadi pendarahan dari
faraj, anda mungkin mengalami keguguran oleh itu anda perlu berehat di atas katil.
X-ray Adalah membahayakan dalam trimester pertama dan kedua. Kalau ianya sangat-
sangat diperlukan maka ‘abdominal shield’ akan digunakan untuk mengelakkan
kandungan dari terkena sinaran.

2.

3. 4.

5.

"Nyatakan rasa sayang pada anak supaya mereka yakin bahawa mereka dicintai
walaupun ketika dimarahi. Usah timbulkan rasa ketakutan yang berpanjangan dalam
diri mereka."

23
6.

Ubat dan dadah Mesti berhati-hati terutamanya dalam tiga bulan pertama kehamilan
di mana segala sistem organ bayi anda dalam proses pembentukan. Kesan dari ubat
dan dadah pada peringkat ini akan menyebabkan kecacatan. Sesetengah ubat mesti
dielakkan. Dapat nasihat dari doktor anda tentang ubat-ubat ini. Berhati-hati
dengan ubat-ubatan ini: • • • • • • • • • • • • • antibiotik - tetracycline,
doxycycline dal sulphas yang mempunyai jangkahayat yang panjang dalam badan kita
Sesetengah ubat yang menghalang pembekuan darah seperti warfarin Anti-thyroid
Anti-diabetic Anti-epileptic Pil tidur Anti-kanser Steroids Narcotics (LSD,
Cocaine, Heroin - boleh menyebabkan kecacatan yang serius ke atas bayi) Ubat
Migraine Ubat tahan sakit (NSAIDS) Hormon Ubat bius

7.

Sentuhan dengan binatang Terutamanya kucing dan burung. Binatang ini mungkin
mengalami penyakit tooxoplasmosis. Mungkin menyebabkan keguguran atau kelahiran
awal. Rehat dan tidur Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.

8.

"Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam
rumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya
dimurkai Allah."

24
HADAPI CABARAN MENGANDUNG
1. Rasa mual dan muntah (Morning Sickness) Kebanyakan wanita hamil akan mengalami
keadaan ini. Dikenali sebagai ‘morning sickness’ walaupun ianya berlaku juga pada
waktu lain dalam sehari. Ianya merupakan keadaan meloya dan diikuti muntah tanpa
amaran. Selepas berhenti, seseorang itu akan berasa baik semula sehingga rasa mual
kali kedua muncul. Rasa mual dan loya ini akan berkurangan di trimester kedua.
Pada awal kehamilan, morning sickness adalah disebabkan oleh kenaikan paras hormon
yang tertentu (hCG) dan pengurangan pergerakan perut dan usus dalam abdomen.
Walaupun kebanyakan wanita hamil tidak rasa terganggu, namun sesetengahnya
mengalami gejala yang teruk. Biasanya mual berlangsung dari minggu ke 5 hingga
minggu ke 12 dan berakhir pada minggu ke 14. Jika ia sangat teruk, doktor mungkin
memberikan ubat tahan muntah yang jika boleh, baik dielakkan. Kemasukan ke
hospital dan rawatan glukos secara intravenous mungkin diperlukan jika muntah
berterusan dan anda kehilangan banyak cecair dalam badan. Di antara sebab-sebab
lain berlakunya gejala loya dan muntah yang teruk adalah kandungan anggur (molar)
dan kandungan kembar. Kemungkinan juga anda bernasib baik dan tidak berasa mual
atau muntah sepanjang tempoh kehamilan anda.

"Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akan


mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari
Allah." Al Hadis

25
MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH
• Makan lebih kerap, kurangkan kuantiti makanan daripada kuantiti biasa. Jika
perlu makan 5 hingga 7 kali sehari dengan makanan yang seimbang. Ambil beberapa
minit masa untuk bangun dari katil. Tarik nafas secara mendalam untuk menyedut
udara bersih Jangan minum banyak kopi dan teh Jauhkan dari benda yang berbau kuat
Tambahkan pengambilan makanan yang sesuai dengan selera anda. Minum air limau atau
teh cair tanpa susu mungkin boleh menolong Elakkan memakai baju ketat Kurangkan
makan makanan berlemak dan berminyak

• • • • • • • •

2.

Lesu dan Keletihan Kelesuan dan keletihan adalah biasa dalam peringkat awal
kehamilan. Ini adalah tindak balas ke atas perubahan hormon untuk menolong anda
mempunyai rehat yang cukup. Ini akan berkurangan setelah memasuki trimester kedua
Cara mengatasinya: Pastikan tidur secukupnya; selalu rehatkan kaki dengan
meletakkannya pada paras pinggang dan elakkan berdiri terlalu lama.

"Perancangan yang teliti memainkan peranan penting dalam hidup manusia anda harus
merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

26
KEHAMILAN BERMASALAH
1. Keguguran 10 - 15% daripada kebanyakan kehamilan berakhir dengan keguguran.
Kebanyakannya berlaku dalam masa tiga bulan pertama. Di antara penyebab utama
adalah kerana fetus yang tidak normal. Tiga jenis keguguran utama: a. Keguguran
Yang Mengancam (Threatened Miscarriage) Ini berlaku apabila terdapat sedikit
pendarahan di pembukaan rahim dengan atau tanpa rasa sakit di abdomen. Pendarahan
ini boleh dihentikan dengan rehat dan sedikit sedatif Keguguran yang tidak boleh
dielakkan (Inevitable Miscarriage) Ini berlaku apabila pendarahan dari rahim
terjadi berterusan dan sakit abdomen bertambah sehinggalah keguguran lengkap
berlaku (kandungan gugur dengan sepenuhnya) Keguguran yang tidak lengkap
(Incomplete Miscarriage) Berlaku apabila rahim cuba mengosongkan kandungannya
tetapi ada sebahagian dari kandungannya (tisu dari fetus) tertinggal di dalam
rahim. Perdarahan berterusan akan berlaku. Dalam kes sebegini, pesakit perlu
menjalani D&C (Dilatation & Currettage). Bahagian dalam dinding rahim dicuci
perlahan-lahan untuk mengeluarkan sebarang tisu yang tinggal.

b.

c.

2.

Kehamilan Luar Rahim / Kehamilan Ektopik Kehamilan ektopik berlaku apabila ovum
yang disenyawakan tidak berjaya melekat ke dinding rahim.

"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-
anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu
kepulangannya.

27
Sebaliknya ianya mungkin tertanam di tiub fallopian, dalam ovari atau kadang-
kadang di ruang abdomen. Dalam kebanyakan kes, oleh kerana tiub fallopian tidak
boleh menampung tumbesaran fetus akhirnya ia pecah dan berlaku pendarahan di
bahagian dalam abdomen. Sakit abdomen yang amat sangat diikuti rasa pening dan
wajah menjadi pucat akibat kehilangan darah merupakan tanda penting masalah
kehamilan ektopik ini. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera, dan pembedahan
perlu dilakukan untuk membuang kandungan di luar rahim ini di samping menghentikan
pendarahan dalaman. Sekiranya darah yang hilang banyak, transfusi darah mungkin
perlu dilakukan. 3. Kehamilan Rhesus Negatif Jika darah anda mempunyai antigen
Rhesus (sejenis protein khusus darah) anda dilabel sebagai Rhesus positif.
Sekiranya tiada, anda adalah Rhesus negatif. Jika anda mempunyai Rhesus negatif
dan suami anda Rhesus positif, bayi anda mungkin mewarisi Rhesus negatif atau
Rhesus positif. Masalah akan timbul sekiranya anda mempunyai darah Rhesus negatif
dan bayi anda mempunyai darah Rhesus positif. Dalam kes ini, apabila sedikit darah
daripada bayi anda memasuki sistem darah anda ketika bersalin, sistem pertahanan
badan anda akan membentuk sejenis antibodi yang akan bertindak ke atas mana-mana
darah Rhesus positif. Ini adalah kerana badan anda mengenali protein Rhesus
positif sebagai benda asing. Antibodi ini boleh merosakkan darah fetus dalam
kandungan. Kehamilan pertama mungkin tidak menimbulkan masalah kerana bayi anda
sudah dilahirkan ketika antibodi baru hendak terbentuk. Masalah akan timbul dalam
kehamilan yang berikutnya. Antibodi ini akan memasuki darah fetus Rhesus positif
dan merosakkan darahnya. Ini akan menyebabkan gejala anemia, penyakit kuning
(jaundice)

"Sekali-sekala jika anak-anak bertengkar atau berbalah sebaiknya usah


campurtangan. Biar mereka cuba selesaikan sendiri supaya kepimpinan dapat dipupuk
sejak kecil lagi."

28
atau kecacatan otak. Dalam kes yang serius, bayi mungkin mati dalam kandungan.
Untuk mengelak dari terjadinya kes sebegini, anda perlu mengetahui kumpulan darah
anda dan jenis Rhesus anda semasa mengandung. Jika kumpulan darah anda Rhesus
negatif sama dengan suami anda maka tidak perlu bimbang. Jika suami anda Rhesus
positif dan bayi anda juga Rhesus positi, anda boleh mendapat suntikan anti-D
gammaglobulin yang akan melindungi kehamilan berikutnya. Suntikan ini perlu
diberikan secepat mungkin selepas bersalin (dalam tempoh 72 jam). 4. Penyakit
Darah Tinggi Pada kebanyakan wanita, buat pertama kalinya, tekanan darah akan
diperiksa dengan lebih kerap semasa hamil. Anda mungkin mengidap penyakit darah
tinggi tanpa pengetahuan anda. Ketika pemeriksaan doktor di trimester pertama dan
tekanan darah anda didapati tinggi, anda akan dinasihatkan supaya dimasukkan ke
wad untuk pemeriksaan lanjut. Anda mungkin sememangnya mengidap penyakit darah
tinggi yang tidak dipengaruhi oleh kehamilan seperti disebabkan oleh sebab-sebab
sekundar atau keturunan. Biasanya penyakit ini tidak memudaratkan kehamilan anda
jika dibandingkan dengan pre-eklampsia (rujuk ms 64) Penyakit Kencing Manis Bagi
wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis, ujian MGTT
(rujuk ms 19) akan dilakukan pada awal kehamilan. Penyakit kencing manis semasa
kehamilan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi terutamanya apabila paras gula
darah terlalu tinggi di trimester pertama. Ia juga boleh menyebabkan saiz bayi
anda lebih besar dari biasa.

4.

"Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu
keputusan akan menyebabkan suami rasa kurang dihargai."

29
Plasenta (Uri)

Plasenta adalah umpama sebuah stesyen pertukaran di antara fetus dan ibunya. Di
sini fetus menerima makanan berkhasiat dari darah ibunya dan membuang bahan
buangan kembali ke dalam darah ibu. Plasenta yang melekat di dinding rahim
dihubungkan kepada fetus melalui tali pusat (umbilical cord). Satu lapisan membran
melindungi darah ibu dan fetus daripada bercampur tetapi hanya membenarkan
pergerakan masuk dan keluar bahan-bahan berkhasiat dan bahan buangan. Sesetengah
bahan berbahaya dan dadah boleh melalui membran ini dan masuk ke dalam darah
fetus. Plasenta dipenuhi oleh salur-salur darah dan terbentuk dari tisu rahim dan
tisu fetus. Pembentukannya akan sempurna pada minggu ke 4. Ia juga menghasilkan
hormon yang perlu semasa kehamilan. Selepas bayi dilahirkan, plasenta akan
terpisah dari dinding rahim dan keluar selepas keluarnya bayi anda.

"Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan
takbur" Al Hadis

30
Embrio

Ovum yang tersenyawa bergerak sepanjang tiub fallopian dan tertanam ke dalam
dinding rahim. Pada minggu ke 6, embrio adalah 1.25cm panjang dan tidak kelihatan
seperti bayi. Walau bagaimanapun satu kepala yang besar, ekor dan tonjolan mata
sudah kelihatan. Pada minggu ke 12, bayi anda adalah: • 9 cm panjang dan 9 gram
beratnya • kelihatan seperti manusia • Kebanyakan organ dalam terbentuk dan
berfungsi • Mempunyai kelopak mata • Mempunyai cuping telinga, tangan dan kaki •
Mempunyai kuku jari • mempunyai otot yang sedang membesar dan boleh bergerak.

"Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian"

31
Rekod Perubatan
Menemui Doktor Kali Pertama
(Anda boleh meminta bantuan doktor anda untuk mengisi dan mencatatkan maklumat di
rekod anda ini)

" Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan
menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih
disayangi dan dihormati.

32
Rekod Perubatan
Nama No I/C Umur Pekerjaan Alamat : : : : :

Nama Suami : No I/C Umur Pekerjaan : : : : : : : :


Jantina Komplikasi

Tempoh Perkahwinan Kitar Haid Terakhir (LNMP) Jangkaan Tarikh Bersalin (EDD)
Gravida(Hamil kali ke..) Para (Bersalin kali ke..)

Sejarah Kehamilan
Tahun

Hasil kandungan

Rungutan kehamilan semasa:


Mual Keletihan Muntah Masalah buang air kencing Sebarang kesakitan
Discaj/Pendarahan

"Anak-anak yang kurang bijak sebenarnya bukan kerana sifat mereka, tetapi kerana
mereka melakukan perkara yang kurang bijak. Samalah seperti anak yang bijak
melakukan perkara yang bijak."

33
Sejarah Kesihatan Masa Lalu
Darah Tinggi Diabetik Cacat Keturunan Merokok Ubat yang sedang diambil Pembedahan
Alergi Sakit jantung Alkohol

Sejarah Kesihatan Keluarga


Datuk nenek Alergi Barah Diabetik Darah Tinggi Sakit Jantung Sakit Buah Pinggang
Sakit keturunan Kelahiran Kembar Kematian bayi sewaktu lahir Ibu Ayah Adik Beradik

Penggunaan Kaedah Perancang Keluarga


Kaedah Mula digunakan Tarikh Berhenti

"Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak
menjaga minda dan perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya
mengembirakan suaminya."

34
Pemeriksaan Fizikal
Pemeriksaan Umum
Tinggi Nadi Kepucatan Kebersihan Gigi Oedema Berat Tekanan Darah

Kardiovaskular Paru-paru Abdomen

Pemeriksaan Pelvis

Pemeriksaan Makmal
Hemoglobin Kumpulan Darah ABO Rhesus VDRL Ujian Urin
Gula Protein

Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Barangsiapa yang


menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan aku
maka Allah pun akan memutuskannya. Al Hadis

35
Diari Trimester Pertama
(Alangkah indahnya kiranya kita dapat menuliskan pengalaman kehamilan kali ini
untuk tatapan di masa hadapan. Ianya menjadi kenangan 10 tahun akan datang bila
bayi kita telah meningkat usia)

"Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus
bertindak apa yang kita mampu"

36
ISNIN

Tarikh:

Minggu:

Bulan:

SELASA

Tarikh:

RABU

Tarikh:

KHAMIS

Tarikh:

"Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya


atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"

37
JUMAAT

Tarikh:

Minggu:

Bulan:

SABTU

Tarikh:

AHAD

Tarikh:

NOTA

"Biarkan anak berdikari. Kalau anak silap memakai kasut, puji dahulu kemudian
beritahu akan kesilapannya. Gunakan hikmah dalam teguran supaya mereka boleh
terimanya."

38
ISNIN

Tarikh:

Minggu:

Bulan:

SELASA

Tarikh:

RABU

Tarikh:

KHAMIS

Tarikh:

"Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya


kerana suami akan tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya".

39

You might also like