You are on page 1of 20

K

AJIAN GEOGRAFI
TEMPATAN(KGT)

TAJUK:PERKEMBANGAN PETEMPATAN DI
TAMAN BELATUK,NIBONG TEBAL S.P.S
BERBANDING DENGAN WOODLAND,
SINGAPURA.

NAMA :DEENESSHNATH A/L UTHAMAN


TING :2 CEKAL
N.GURU:EN.ABDULLAH
PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucap ribuan terima


kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam
pergumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan kajian
ini.Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada ibu bapa
saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan
sepanjang kajian ini.
Saya juga tidak melupakan seorang yang paling berjasa
kepada saya iaitu En.Abdullah.Beliau telah memberi
panduan , nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian
dijalankan. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada pihak
sekolah yang telah memberi surat kebenaran untuk
menjalankan kajian ini.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
responden –responden penduduk kawasan kajian saya sudi
ditemu-bual dan memberi maklumat tentang kawasan kajian
saya yang banyak membantu saya dalam membuat folio
geografi.
Akhir sekali,saya juga mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan-rakan saya yang memberi tunjuk ajar
dalam membuat folio geografi ini.Sekian, terima kasih.
PENDAHULUAN

Saya ,Deenesshnath a/l Uthaman telah membuat kajian di


kawasan Taman Belatuk dan Negara yang dibandingkan
ialahTaman Belatuk,Singapura.
Saya memilih kawasan Taman Belatuk untuk
menjalankan kajian atas sebab-sebab kerana rumah saya
terletak berhampiran dengan kawasan tersebut..Ini akan
memudahkan saya untuk menjalankan kajian kerana saya tidak
perlu membayar kos pengangkutan dan sebaliknya saya dapat
pergi ke sana menggunakan basikal.
Tambahan lagi,sambutan dan sokongan penduduk
tempatan di sini agak baik,ramah dan mudah mesra.Mereka
memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam kes kajian
ini.Selain itu,saya telah memilih Bandar Jurong ,Singapura
sebagai tempat perbandingan saya untuk kajian saya.Negara
Singapura terletak dekat dengan Negara kita,Malaysia.Oleh itu,
saya boleh membezakan dam membandingkan kedua-dua
kawasan itu dengan lebih mudah.
Kajian yang dijalankan di sini melibatkan tempoh masa
kira-kira 4 minggu, iaitu dari bulan Ogos hingga bulan
September.Kajian ini dibuat secara berkumpulan dengan rakan-
rakan sekolah saya untuk mempercepatkan masa supaya kajian
dapat dihasilkan secepat mungkin.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian Geografi Tempatan di Taman Belatuk dan


perbandingannya denganWoodland adalah untuk :
a)Menyatakan jenis dan pola petempatan di Taman Belatuk
dan di Woodland,Singapura.
b)Mengkaji faktor–faktor yang mempengaruhi petempatan di
Taman Belatuk dan di Woodland,Singapura.
c)Menghuraikan fungsi petempatan di Taman Belatuk dan
Woodland,Singapura.
d)Mengenalpasti masalah petempatan di Taman Belatuk dan
di Woodland,Singapura.
e)Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan
masalah petempatan di Taman Belatuk dan di
Woodland,Singapura.
f)Menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap Taman
Belatuk berbanding Negara lain.
Kawasan Kajian
Dalam kajian ini,saya telah memilih kawasan tempat tinggal di
Taman Belatuk yang terletak di Nibong Tebal,Pulau Pinang
berbanding Woodland,Singapura sebagai kawasan
kajian.Petempatan ini disiap dibina sekitar tahun 1996.
Mengikut sejarah,kawasan taman ini dahulunya berasal
daripada 40% ladang kelapa sawit dan selebihnya ialah hutan
pokok getah. Kawasan kajian ini merupakan kawasan tanah
pamah.Kawasan kajian ini terletak disekeliling taman
perumahan lain seperti Taman Bersatu, Taman Camar Jaya dan
kawasan persekolahan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan
Tunku Abdul Rahman dan Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis
Tamil Kerian.
Pekan yang terdekat dengan kawasan kajian saya ialah
Pekan Nibong Tebal yang terletak lebih kurang 2 km dari
kawasan kajian. Jarak relatif dari Pekan Nibong Tebal ke
Taman Belatuk dengan berjalan kaki ialah 30 minit .10 minit
akan ambil jika menggunakan kenderaan bermotor.

LATAR BELAKANG NEGARA BANDINGAN


Negara bandingan kajian saya ialah Singapura. Singapura ialah sebuah
negara di Asia Tenggara yang terletak di penghujung Semenanjung
Malaysia, berhampiran dengan Negeri Johor Darul Takzim (Malaysia) dan
Kepulauan Riau (Indonesia). Negara yang seluas 692.7 km persegi ini
mempunyai penduduk yang berjumlah 4.16 juta, terdiri daripada bangsa
Cina (76.8%); Melayu (13.9%); India (7.9%) dan lain-lain (1.4%).
Kaedah Kajian
Bagi mendapat maklumat dan data yang diperlukan untuk kajian ini, beberapa
kaedah telah saya gunakan iaitu:

1. Pemerhatian
Saya dan beberapa orang rakan sekelas telah menjalankan permerhatian
terhadap petempatan penduduk di Taman Belatuk. Antara aspek-aspek
yang diperhatikan ialah jenis-jenis perumahan dan bangunan yang
terdapat di kawasan tersebut berserta dengan jenis dan pola
petempatan.

2. Soal Selidik
Saya besama beberapa orang rakan sekelas telah menyoal selidik
penduduk di Taman Belatuk tentang sejarah dan jenis pekerjaan
penduduk diTaman Belatuk. Melalui maklumat lisan yang diperolehi, ia
dapat menambahkan koleksi maklumat dan data yang dikumpul untuk
tujuan kajian geografi tempatan ini serta menjimatkan masa.

3. Rujukan
Saya telah membuat rujukan mengenai negara bandingan iaitu Singapura di
perpustakaan sekolah. Saya juga telah banyak merujuk kepada buku
rujukan serta buku teks Geografi Tingkatan 2 dan 3 untuk menulis dapatan
kajian. Di samping itu, saya juga telah membuat rujukan pada nota yang
telah diberi oleh guru .

4. Melayari Internet
Dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, saya telah melayari
beberapa buah laman web untuk mendapatkan peta negara Singapura serta
memperoleh maklumat tambahan berkaitan dengan Singapura.
8.1Jenis dan pola petempatan
a) TAMAN BELATUK

Jenis petempatan di Taman Belatuk ialah bandar


kerana ia terletak behampiran dengan Pekan Nibong
Tebal. Selain itu, Taman Belatuk juga dikategorikan
sebagai bandar kerana terdapat pelbagai kemudahan
infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, sekolah,
dewan serbaguna,taman permainan dan sebagainya.
Bagi pola petempatan pula, Taman Belatuk
mempunyai pola petempatan yang berpusat . Kediaman
penduduk dibina rapat dan padat dengan susun aturnya
berlapis-lapis.Rumah dan bangunan dibina bertumpu di
persimpangan jalan ..
Sementara itu, berdasarkan hasil pemerhatian yang
dibuat di sekitar Taman Belatuk terdapat pelbagai jenis
bangunan dan rumah yang telah dibina seperti rumah
banglo setingkat dan berkembar, rumah kedai setingkat
dan dua tingkat,
b) Woodland, Singapura

Jenis petempatan di Woodland, Singapura juga ialah


bandar kerana sama seperti di Taman Belatuk, pelbagai jenis
kemudahan awam turut terdapat di Woodland. Contoh yang
terbaik ialah kemudahan jaringan pengangkutan seperti stesen
MRT (Mass Rapid Transport) yang menghubungkan antara
satu tempat ke satu tempat selain kemudahan-kemudahan
seperti sekolah, pusat membeli-belah dan kawasan rekreasi.
Bagi pola petempatan pula, Woodland mempunyai
pola petempatan yang berpusat, yakni kediaman penduduk
dibina rapat dan padat. Namun begitu, Woodland mempunyai
pola petempatan berpusat yang terancang, berbeza dengan
Taman Belatuk.
Pembangunan di Woodland ditumpukan pada bahagian
tengah, selatan dan timur kawasan tersebut manakala kawasan
perumahannya terdapat di bahagian utara. Di sini, kebanyakan
rumah-rumah yang dibina adalah dari jenis rumah pangsa dan
kondominium.
Oleh itu, saya sebagai salah seorang penduduk di
Taman Belatuk berasa bangga dan bersyukur kerana Taman
Belatuk mempunyai kawasan petempatan yang berpusat dan
semakin membangun ini
8.2 Faktor Yang Mempengaruhi
Petempatan

Taman Belatuk
 Bentuk Muka Bumi
Faktor utama yang mempengaruhi petempatan ialah bentuk muka
bumi yang bertanah pamah dan rata.Hal demikian memudahkan
petempatan dan jaringan pengangkutan dibina di kawasan kajian.
Bangunan lain seperti kedai perniagaan dan bangunan pendidikan
adalah contoh bangunan yang dibina di Taman Belatuk.

 Kegiatan ekonomi
Petempatan Taman Belatuk telah dipengaruhi oleh beberapa
kegiatan ekonomi.Antaranya ialah kegiatan perniagaan..perkilangan
dan perkhidamatan.Pasar mini,restoran,kilang membuat papan ,
kedai gas dan pusat tuisyen adalah beberapa contoh kegiatan yang
terdapat di kawasan kajian Taman Belatuk. Kegiatan ekonomi
perniagaan lebih diutamakan kerana Taman Belatuk merupakan
taman perumahan dan ramai penduduk memerlukan kegitan
ekonomi ini.

 Darjah Ketersampaian
Tahap ketersampaian ke Taman Belatuk adalah tinggi.Ini dapat
dikatakan kerana terdapat 3 jalan utama yang menghubung taman
ini dengan Pekan Nibong Tebal
Woodland, Singapura
 Bentuk muka bumi

Di Woodland, Singapura, petempatan penduduknya dipengaruhi


oleh bentuk muka bumi yang terdiri daripada tanah pamah yang rata. Hal
ini membolehkan Singapura untuk membina petempatan-petempatan yang
tinggi seperti kondominium dan rumah pangsa serta bangunan-bangunan
pencakar langit.

 Dasar kerajaan

Petempatan di Woodland, Singapura yang berpusat dan terancang


juga turut dipengaruhi oleh dasar kerajaannya yang mengehadkan bilangan
rumah-rumah yang dibina. Hal ini kerana ketiadaan kawasan tanah yang
mencukupi untuk membina lebih banyak rumah kepada penduduk-
penduduk Singapura. Di samping itu, ia juga menyebabkan setiap
petempatan di Singapura harus dirancang dengan lebih teliti terlebih
dahulu bagi mengelakkan sebarang pembaziran terhadap penggunaan tanah
di negara yang kecil itu.
Selepas menjalankan kajian ini, saya mendapati bahawa penempatan
dan pemilikan rumah di Malaysia adalah lebih mudah berbanding di
Singapura. Oleh yang demikian, saya sebagai rakyat Malaysia berasa
bersyukur kerana berpeluang menikmati kemudahan yang telah disediakan
oleh kerajaan ini
8.3 Fungsi petempatan

a)Taman Belatuk

Fungsi utama petempatan di Taman Belatuk adalah sebagai bandar


perniagaan kerana rata-rata penduduknya terlibat dalam bidang perniagaan. Hal
ini dapat dilihat berdasarkan hasil pemerhatian yang diperolehi dengan jumlah
rumah kedai dua tingkat yang mewakili peratusan tertinggi dalam jenis bangunan
yang terdapat di sepanjang Jalan Belatuk.Contoh-contoh premis perniagaan
yang terdapat di kawasan ini adalah seperti bengkel membaiki motosikal dan
basikal, kedai perabot, kedai alat-alat tulis dan lain-lain.
Selain bidang perniagaan, pusat pendidikan,seperti pusat tuisyan yang terdapat
di Taman Belatuk juga menjadi salah satu fungsi petempatan di kawasan kajian
saya.Antara fungsi pusat tuisyen ini ialah memberi sumber pendapatan kepada
penduduk di sana yang berkerja sebagai guru sampingan di tuisyen .Selain
itu,pelajar sekolah yang terdapat di Taman Belatuk dapat pergi ke pusat tuisyen
yang terdapat di taman itu. Antara pusat tuisyen yang terdapat di Taman Belatuk
ialah Pusat tuisyen Yakin dan Pusat Tuisyen Darma.

b)Woodland, Singapura
Petempatan di Woodland, Singapura juga berfungsi sebagai bandar
perniagaan. Namun ia lebih komersial kerana kawasan tersebut dibangunkan
dengan mempunyai zon komersialnya tersendiri seperti di Woodland Square. Di
Woodland Square terdapat sebuah tanah lapang yang menjadi lokasi sambutan
pelbagai acara mega serta turut menempatkan sebuah pusat membeli-belah,
Causeway Point yang merupakan antara yang terbesar di Singapura. Bangunan
Causeway Point setinggi tujuh tingkat pastinya mampu menempatkan bilangan
premis perniagaan yang banyak seterusnya telah membantu fungsi Woodland
sebagai sebuah bandar perniagaan.
Selepas membandingkan fungsi petempatan di Taman Belatuk dengan
Woodland, Singapura, saya berasa lebih bangga dan bersemangat untuk
berkhidmat membangunkan negara saya, Malaysia ke arah yang lebih maju dan
moden.
Rumusan

Di akhir kajian geografi tempatan yang saya jalankan, saya dapat


merumuskan bahawa petempatan di Taman Belatuk dan negara bandingannya
iaitu Woodland, Singapura mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan.
Kedua-dua lokasi kajian dikategorikan sebagai bandar dan mempunyai pola
petempatan yang sama. Taman Belatuk dan Woodland, Singapura pula
mempunyai pola petempatan yang berpusat dan terancang. Petempatan di
kedua-dua lokasi juga turut dipengaruhi oleh faktor-faktor yang tersendiri
seperti faktor bentuk muka bumi,darjah ketersampaian dan kegiatan ekonomi
yang mempengaruhi petempatan di Taman Belatuk manakala petempatan di
Woodland, Singapura pula dipengaruhi oleh faktor bentuk muka bumi dan dasar
kerajaannya. Sungguhpun begitu, kedua-dua petempatan ini mempunyai fungsi
yang sama, iaitu sebagai bandar perniagaan, dengan fungsi perniagaan yang
lebih komersial terdapat di Woodland, Singapura. Akhir sekali, saya juga dapat
mengenalpasti masalah kedua-dua petempatan dan dapat mencari langkah
penyelesaian di Taman Belatuk dan Woodland masing-masing.

Secara keseluruhannya, kerja kursus geografi ini telah memberikan saya


pendedahan tentang petempatan dan perkembangan yang terdapat di Taman
Belatuk serta negara bandingannya, iaitu di Woodland, Singapura. Melalui kajian
yang dijalankan, penduduk di Taman Belatuk berasa amat bertuah dapat tinggal
di Taman Belatuk yang mempunyai kawasan yang luas dan selesa serta memiliki
kemudahan infrastruktur yang mencukupi untuk dinikmati para penduduknya.
Harapan saya, semoga kawasan ini lebih terus maju dan membangun di masa
hadapan
8.3 Masalah petempatan

a) Taman Belatuk

 Kesesakkan lalu lintas

Taman Belatuk ialah petempatan jenis bandar.Oleh itu


,salah satu masalah yang sering dialami di kawasan kajian ini ialah
kesesakkan lalu lintas . Masalah ini sering berlaku pada awal pagi ,waktu
tengah hari iaitu waktu penghabisan sekolah dan waktu petang iatu waktu
habis kerja dan sekolah sesi petang.Ini boleh dikaitkan kerana terdapat 2
sekolah disekeliling Taman Belatuk dan kilang di hujung taman
ini.Kesesakkan lalu lintas ini juga menyebabkan pencemaran bunyi.Punca
pencemaran ini ialah bunyi daripada motosikal ,kereta .
bas sekolah dan sebagainya.

 Pencemaran sampah –sarap

Daripada hasil soal –selidik dan pemerhatian ,saya


mendapat tahu satu lagi masalah yang dihadapi oleh penduduk di Tamn
Belatuk.Masalah yang saya katakan ialah pembuangan sampah sarap
dimerata tempat.Ini dapat dibuktikan kerana terdapat longgokan sampah di
tepi jalan yang tidak dipedulikan oleh penduduk.
b) Woodland, Singapura

 Kesesakkan lalulintas

Singapura merupakan sebuah negara yang berpenduduk padat tetapi


mempunyai saiz jalan raya yang kecil. Masalah yang sering dihadapi ialah
kesesakkan lalulintas apabila penduduk menggunakan kenderaan masing-
masing di jalan raya. Saiz jalan rayanya yang kecil menyukarkan
pergerakan lalulintas yang lancar di kawasan tersebut.
 Kekurangan tempat tinggal

Singapura juga turut menghadapi masalah kekurangan tempat


tinggal. Kekurangan tanah untuk membina bangunan baru menyebabkan
kesukaran kepada negara tersebut untuk menyediakan tempat tinggal bagi
menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah.
Oleh itu, saya amat bersyukur dilahirkan di Malaysia kerana
walaupun mengahadapi beberapa masalah petempatan, tetapi saya masih
lagi berpeluang mempunyai tempat tinggal yang luas dan selesa.
8.5 Langkah mengurangkan masalah
petempatan
a) Taman Belatuk

 Melebarkan jalan raya

Penduduk yang padat dan pembangunan yang pesat di Taman Belatuk


menyebabkan bilangan kenderaan bertambah dan menjadi kesesakkan lalu
lintas.Masalah ini dapat ditandatangani jika melebarkan jalan raya .Jalan
raya yang lebar dapat menampung lebih banyak kereta walaupun pada
waktu puncak.Jalan raya juga hendaklah di naiktaraf supaya pengguna
jalan raya dapat menggunakan jalan raya dengan selesa dan dapat
mengelakkan kemalangan.

 Menguatkuasakan Undang-undang

Disebabkan kerana penduduk di Taman Belatuk membuang sampah secara


tidak teratur dan tidak prihatin kepada kepentingan orang
lain.Menguatkuasakan undang-undang adalah langkah yang terbaik untuk
mengawal pencemaran sampah-sarap di Taman Belatuk.Selain itu,Majlis
Pembandaran juga Meletakkan lebih banyal tong pembuangan sampah dan
tong kitar semula.Akhir sekali,penduduk di sini juga harus menyedar dan
menjaga kawasan perumahan mereka.
b) Woodland, Singapura

 Menggunakan pengangkutan awam

Oleh kerana saiz jalan raya di Singapura kecil, salah satu alternatif yang
boleh diambil ialah dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan
awam seperti MRT (Mass Rapid Transport) dan perkhidmatan bas. Dengan
langkah ini, jumlah kenderaan di jalan raya yang kecil dapat dikurangkan
dan masalah kesesakan lalu lintas dapat diselesaikan.

 Membina lebih banyak rumah pangsa berkos rendah

Punca utama kekurangan tempat tinggal adalah kerana kekurangan tanah


untuk dibina penempatan. Oleh itu, lebih banyak rumah pangsa berkos
rendah haruslah dibina kerana pembinaannya dapat menjimatkan kawasan
tapak tanah di samping membolehkan lebih ramai penduduk memiliki
kediaman mereka sendiri.

Melalui perbandingan terhadap langkah penyelesaian masalah


penempatan antara kawasan kajian saya, Taman Belatuk dengan
Woodland, Singapura, saya berasa lebih bertuah dan bersyukur kerana
dapat tinggal diTaman Belatuk Hal ini kerana Taman Belatuk tidak
mengalami masalah yang serius yang sukar diatasi berbanding di
Woodland, Singapura.

You might also like