You are on page 1of 27

GEOGRAFI

Alam Sekitar Manusia

Tema 4 : Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama


Serantau
NAMA : SAIFUZAMIR BIN MUSA

: MOHD AZIZI FAUZI BIN LASEMIN

: NOOR SHAHIRA BINTI SADALI

KELAS : TINGKATAN 6AA

NAMA GURU : EN. NIK SUHAIMI BIN NIK JAFFAR

SUBJEK : GEOGRAFI (942/2)


VISI

Kajang High School Terbilang 2010

MOTTO

Berilmu Berdisiplin Berjaya

MISI

Berusaha meningkatkan kecemerlangan kurikulum melalui proses P&P yang berkesan


Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan inovatif
Berusaha meningkatkan kecemerlangan sahsiah pelajar melalui program bina insane yang
cekap dan berkesan
Berusaha mengurangkan masalah disiplin melalui aktiviti komunikasi dan kaunseling
berkesan

FALSAFAH

SMKTK ingin melahirkan individu yang terdidik dan mewujudkan warganegara yang
berdisiplin, bertanggungjawab, berketerampilan, mempunyai ketahanan diri yang teguh,
berhemah diri dan berbudaya kerja yang cemerlang bagi memenuhi aspirasi negara.
SMKTK ingin mendidik pelajar di peringkat menengah berdasarkan keadilan pendidikan
bagi memastikan bahawa setiap individu menginsafi kepentingan tanggungjawab diri,
agama dan masyarakat.
SMKTK juga memberi peluang seluas-luasnya kepada semua pelajar menerima
pendidikan menggunakan segala kemudahan dan memberi bimbingan ikhlas agar mereka
sentiasa berusaha berdikari dan mempertingkatkan prestasi akademik dari semasa ke
semasa.

Soalan 1

a) Huraikan konsep Liberalisasi Ekonomi dan Degerulasi Ekonomi seperti


mana yang terkandung dalam istilah Globalisasi Ekonomi. (6m)

Globalisasi ekonomi ialah satu proses di mana sempadan negara-negara di dunia


kini menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah, pantas dan
rapat. atau lebih dikenali dengan ‘Dunia Tanpa Sempadan’ menerusi ledakan dan
kemajuan yang dicapai dalam teknologi maklumat ( IT ) maka segala pergerakan
modal, teknologi, kepakaran (R&D), bahan, informasi pasaran dan perdagangan
boleh menembusi mana-mana negara yang mengamalkan konsep pasaran bebas
tanpa had atau batas sempadan. terdapat dua konsep penting yang dibawa oleh
arus globalisasi ekonomi iaitu:

 Liberalisasi Ekonomi, iaitu dasar pasaran bebas yang memberikan


peluang kepada sesiapa sahaja yang termasuk pemodal-pemodal asing
memasuki seterusnya menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara
tanpa batas. Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan
bebas. Aliran keluar – masuk modal dan perdagangan dalam sesebuah
negara itu juga tidak boleh disekat atau dikawal oleh kerajaan. Ia
bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa pasaran ( kuasa permintaan
dan penawaran ). Seluruh dunia akan menjadi sebuah negara yang terbuka
kepada semua yang berkemampuan dan berkesanggupan mengeksploitasi
pasaran.
 Dergulasi Ekonomi, iaitu penghapusan segala peraturan dan sekatan
ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang selama ini
menghalang aktiviti perdagangan, pengairan dan pemilikan modal,
teknologi, perniagaan pasaran barangan serta serta perkhidmatan dan lain-
lain dasar perlindungan penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tariff,
penghapusan skim keutamaan dagangan ( PTA ), penghapusan dasar
kawalan modal berpilih seperti mana yang diamalkan oleh Malaysia kini
dan lain-lain yang bertentangan dengan tuntutanpasaran bebas.

b) Jelaskan empat kesan kepada sesebuah negara Asia Pasifik apabila ia


menerima pakai konsep globalisasi ekonomi.
 Kesan positif
- Menambahkan keupayaan modal dalam negara. Negara Asia
Pasifik yang tergolong dalam kelompok negara sedang
membangun dan juga negara mundur tidak mempunyai modal
yang cukup untuk menggerakkan sektor ekonomi moden
khususnya sektor industri dan perkhidmatan. Industri teknologi
tinggi ( IIITEC ) misalnya amat memerlukan modal yang
banyak.Dengan suntikan modal asing membolehkan industri
berkembang pesat, peluang pekerjaan kepada rakyat akan
bertambah, memutuskan lingkaran kemiskinan yang selama ini
menghimpit negara-negara sedang membangun dan lain-lain .
- Menggalakkan pemindahan teknologi, kepakaran dan R&D.
Selain modal, tahap teknologi yang mundur dan kekurangan
tenaga pakar juga menjadi halangan utama kepada sebahagian
besar negara-negara sedang membangun untuk maju dalam
sektor ekonomi moden. Hanya globalisasi sahaja yang akan
menggalakkan kemasukan teknologi moden dan pemindahan
kepakaran dari negara-negara yang lebih maju seperti Jepun ,
Amerika Syarikat, German dan lain-lain. Contoh teknologi
HITEC, teknologi komunikasi dan lain-lain.

 Kesan negatif
o Kegawatan ekonomi. Wang boleh bergerak keluar merentasi
sempadan sesebuah negara debgan hanya menekan butang
computer sahaja. Dengan penarikan keluar ‘wang panas’ secara
mendadak dari sesebuah negara akan menyebabkan negara itu
menjadi muflis, operasi industri dalam negara akan terhenti,
pengangguran akan bertambah, beban hutang luar meningkat dan
ekonomi negara gawat. Contohnya Malaysia kehilangan modal
luar hampir 400 bilion ringgit dalam tempoh kegawatan tersebut.
o Tekanan ekonomi dan bebanan kepada golongan miskin.
Globalisasi bersama dengan konsep deregulasinya bermakna
menghapuskan hak-hak keistimewaan dan subsidi yang selama
ini dilakukan oleh kerajaan untuk melindungi rakyatnya. Apabila
subsidi terhapus harga barangan dan perkhidmatan akan
meningkat, kos hidup akan meningkat dan golongan miskin akan
menderita dan mungkin boleh membawa kepada kegawatan
sosial serta politik seperti yang berlaku di Indonesia.

c) Mengapakah sesebuah negara perlu saling bergantung antara satu sama


lain? ( 10m )

Kepentingan saling bergantung antara negara


 Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian
sumber-sumber bahan mentah dan juga sumber tenaga. Sesetengah
negara / kawasan tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup bagi
menggerakkan sektor industrinya. Ia amat bergantung kepada negara /
kawasan luar bagi memperolehi sumber tenaga tersebut. Misalnya
Malaysia amat bergantung kepada Thailand dalam memperolehi bekalan
beras negara. Pendek kata, dalam sistem ekonomi terbuka , keadaan saling
bergantung sudah menjadi satu kemestian.

 Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian


dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan ( R&D )
serta inovasi baru dalam pelbagai bidang ekonomi. Tanpa teknologi
sesebuah negara / kawasan tidak boleh dibangunkan walaupun ia mungkin
kaya dengan sumber alam. Dengan adanya pemindahan dan perkongsian
teknologi moden muka bidang-bidang seperti pembangunan sumber
manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin, pelancongan,
pertanian dan sebagainya oleh dimajukan dengan cepat. Sebagai contoh
dalam usaha memperkembangkan Industri Berteknologi Tinggi ( IIITEC )
di Malaysia ia amat bergantung kepada pemindahan teknologi dari negara
Jepun. Misalnya teknologi kejenteraan automasi, teknologi reka bentuk
dan teknologi kawasan mutu.

 Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan


pasaran dan perdagangan antara negara/kawasan. Dengan adanya
kerjasama dan saling bergantung maka sesebuah negara itu boleh
memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan mereka ke
negara/kawasan lain. Kesan-kesan positif daripada perluasan dan
perkongsian pasaran akan dapat dinikmati bersama khususnya dari segi
pertambahan permintaan dan juga kuasa beli pengguna. Misalnya
barangan negara-negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran Eropah dan
Amerika Syarikat.

 Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian


modal. Kekurangan dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara
lain sama ada daripada pelaburan kerajaan mahupun pelaburan swasta.
Keuntungan pelaburan modal akan diperolehi melalui prinsip perkongsian
bijak seperti kaedah pelaburan bersama atau kaedah pelaburan silang.
Contohnya melalui perkongsian modal swasta telah mempercepatkan
proses pembangunan ekonomi di kawasan Segitiga pertumbuhan ASEAN
iaitu di IMT-GT, IMS-GT dan juga EAGA-BIMP.

 Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian


buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam
sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh.
Contohnya Malaysia akan bergantung kepada buruh-buruh Indonesia
dalam sektor perladangan dan pembinaan.
Soalan 2

Dengan merujuk kepada Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ( Asia Pasific Economic
Cooperation – APEC ):
a) Nyatakan lima projek kerjasama yang dirancang dan dipersetujui untuk
dilaksanakan olehnya. ( 5m )
b) Mengapakah negara-negara anggota APEC perlu berkerjasama antara satu
sama lain? ( 10m )
c) Huraikan lima masalah yang boleh menghalang kerjasama yang lebih kukuh
dalam kalangan negara-negara anggota APEC. ( 10m )

Jawapan :-

a) Terdapat 10 projek kerjasama yang telah digubal oleh Jawatan Kuasa Kerja
APEC pada tahun 1991. Projek-projek tersebut telah dipersetujui untuk
dilaksanakan oleh semua anggota APEC. Di antaranya ialah:-

1) Projek menilai data perdagangan dan pelaburan yang diketuai oleh Jepun,
Amerika Syarikat dan Singapura.
2) Projek promosi perdagangan yang diketuai oleh Korea Selatan, Malaysia
dan Thailand.
3) Projek pelaburan dan pemindahan teknologi yang diketuai oleh Jepun,
Indonesia dan Filipina.
4) Projek pembangunan sumber manusia yang diketuai oleh Jepun, Korea
Selatan, Thailand, Indonesia, Kanada dan Malaysia.
5) Projek pembangunan sumber tenaga yang diketuai oleh Australia.
6) Projek telekomunikasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
7) Projek pembangunan sumber marin yang diketuai oleh Kanada, Indonesia
dan New Zealand.
8) Projek perikanan yang diketuai oleh New Zealand, Thailand dan Jepun.
9) Projek pengangkutan yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
10) Projek pelancongan yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

b) Pentingnya negara-negara anggota APEC bekerjasama antara satu sama lain


adalah:

 Untuk saling memperoleh keuntungan dalam konteks perdagangan


antara negara. Contohnya maklumat pasaran dan data perdagangan
seratau dengan mudah dan cepat diperoleh dan digunakan semua negara
dengan adanya projek Jalinan Maklumat Elektronik APEC yang
dihubungkan menerussi sistem perhubungan global yang beribu pejabat di
Singapura ( Singapore TDB Globalink ).Semua data boleh digunakan oleh
semua negara APEC dengan mudah dan cepat.

 Untuk saling memperolehi keuntungan dari segi perluasan saiz


pasaran . Kesan-kesan positif melalui perluasan pasaran boleh dinikmati
oleh semua negara anggota APEC menerusi pertambahan penduduk
serantau dan peningkatan kuasa beli yang menyebabkan barangan dan
perkhidmatan boleh dijual ke serata dunia. Kuasa - kuasa pasaran negara
APEC boleh diketahui dengan mudah.

 Untuk memperolehi peluang perkongsian teknologi, R&D dan inovasi


baru dalam pelbagai bidang seperti bidang tenaga, telekomunikasi,
pelancongan, pengangkutan dan lain-lain. Negara-negara APEC yang
kurang maju boleh menikmati keuntungan pemindahan teknologi dari
negara yang lebih maju.

 Saling menguntungkan dari segi perkongsian pelaburan modal / kewangan


menerusi pelbagai konsep dan kaedah yang diperkenalkan seperti
pelaburan silang dan pelaburan bersama.

 Untuk memperolehi keuntungan dalam konteks pengairan buruh dan


kepakaran. Kekurangan buruh dan kepakaran alam sesebuah negara
boleh ditampung oleh negara lain melalui pelbagai bentuk kerjasama
seperti latihan lanjutan luar negara pinjaman tenaga pakar dan sebagainya.

 Untuk memperoleh keuntungan dalam konteks pembangunan


sumber alam sekitar yang lestari. Pengurusan dan penjagaan alam
sekitar di negara masing-masing akan menjadi lebih mapan menerusi
pertukaran maklumat dan teknologi terkini. Isu-isu alam sekitar serantau
seperti pencemaran laut, jerebu dan lain-lain akan ditangani bersama.

c) Di antara masalah-masalah yang boleh menghalang kerjasama ekonomi yang


lebih kukuh dalam kalangan negara-negara anggota APEC bagi mencapai sebuah
wilayah ekonomi yang benar-benar maju:

 Wujudnya jurang ekonomi yang begitu berbeza antara sesama


negara anggota. Terdapat negara yang kaya dan miskin. Negara yang
kaya seperti USA dan Jepun akan mengambil kesempatan untuk mengaut
keuntungan dan memonopoli ekonomi negara-negara yang lemah kerana
APEC mewujudkan rantau ekonomi yang terbuka.

 Masalah sikap kepentingan melebihi daripada kepentingan serantau


terutamanya dari negara-negara yang lebih maju seperti Jepun dan
Amerika Syarikat. Contohnya Jepun sendiri enggan menjadi pemimpin
negara-negara APEC kerana ancaman rakan dagangan Amerika dan
negara-negara kesatuan Eropah ( EU ).

 Masalah kejatuhan nilai mata wang yang melanda sebahagian besar


negara-negara anggota APEC khususnya di rantai Asia Tenggara termasuk
Asia Timur seperti Korea Selatan. Hal ini menyebabkan sistem ekonomi
negara berkenaan lumpuh, negara menjadi bankrap dan kegawatan
ekonomi.

 Masalah politik yang tidak stabil yang dihadapi oleh sesetengah negara
anggota APEC yang mewujudkan iklim pelaburan yang tidak sihat
disamping menjejaskan kestabilan serantau. Contohnya negara Indonesia
pada masa kini menghadapi pelbagai tuntutan autonomi di wilayah
Ambon dan Timur-timur yang sudah tentunya menjejaskan pembangunan
ekonomi dan pelaburan di rantau berkenaan.

 Masalah kekurangan teknologi dan kepakaran yang masih rendah


yang dimiliki oleh sebahagian besar negara-negara anggota APEC. Hanya
negara-negara tertentu sahaja yang maju dan kaya.
Soalan 3

Terdapat sebuah pakatan kerjasama antara negara-negara di rantau Asia


Tenggara.
a) Nyatakan nama pakatan negara itu dan negara-negara yang
menganggotainya. [ 5m ]
b) Mengapakah negara-negara tersebut perlu bekerjasama antara satu sama
lain? [ 20m ]

Jawapan :-

a) Pakatan Kerjasama dan negara yang menganggotainya

 Menyebut nama pakatan kerjasama yang dimaksudkan iaitu ASEAN (


Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara ).

 Menyenaraikan negara-negara yang menganggotainya iaitu: Malaysia,


Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Thailand, Myanmar,
Vietnam dan Laos.

b) Sebab-sebab negara-negara ASEAN perlu bekerjasama antara satu sama lain:

 Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks


meningkatkan perdagangan antara negara ASEAN. Hal ini dicapai
menerusi Perjanjian Keutamaan Perdagangan ( PTA ) dengan memberi
tarif khas atau bebas cukai kepada sesetengah barangan dari sesama
negara anggota. Kesannya ia dapat mengurangkan pergantungan kepada
negara maju yang selalunya tidak adil dalam konteks hubungan dua hala.

 Untuk saling memperolehi keuntungan dari segi perluasan saiz


pasaran. Kesan-kesan positif diperoleh melalui pertambahan penduduk
dan peningkatan kuasa beli yang menyebabkan barangan perkhidmatan
boleh dijual ke serata negara ASEAN.

 Untuk saling memperolehi keuntungan dari segi perkongsian


teknologi, R&D dan inovasi baru dalam pelbagai bidang seperti
perindustrian, tenaga, pertanian, perikanan, perhutanan, pengangkutan
dan lain-lain yang pastinya memberikan keuntungan kepada semua
negara anggota.
 Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian
pelaburan modal / kewangan menerusi pelbagai konsep dan kaedah
seperti pelaburan silang, pelaburan bersama, koperasi kewangan ASEAN
dan lain-lain yang dilangsungkan di bawah Jawatankuasa Kewangan dan
Bank ( COFAB ).

 Untuk saling memperoleh keuntungan daripada keadaan saling


melengkapi dan pengkhususan pengeluaran barangan industri
pembuatan dan perkhidmatan serta sumber alam dan tenaga. Kekurangan
sesebuah negara boleh ditampung oleh kelebihan dari negara lain.

 Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pengairan


buruh dan kepakaran. kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam
sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain. Di samping itu,
sesetengah negara ASEAN yang mengalami masalah lebihan buruh
boleh mengurangkan masalah lebihan tenaga buruhnya.

 Saling keuntungan dalam konteks penjagaan alam sekitar dan


keselamatan serantau seperti ancaman lanun serta menangani
pemasalahan alam sekitar. Contohnya menjadi tanggungjawab
bersama untuk menjaga perairan Selat Melaka dan menangani masalah
pencemaran merentasi sempadan seperti jerebu dan pencemaran
tumpahan minyak.

 Untuk saling menikmati kestabilan politik serantau dan


mengamalkan prinsip ZOPFAN. Mewujudkan kestabilan politik
serantau melalui prinsip tidak campur tangan hal-ehwal politik dalaman
dalam kalangan negara-negara anggota di samping mewujudkan zon
aman, bebas dan berkecuali ( ZOPFAN ) tanpa campur tangan pihak
luar.
Soalan 4

a) Secara ringkasnya huraikan empat rancangan pembangunan ekonomi yang


telah, sedang dan akan dilaksanakan di kawasan segitiga pertumbuhan
ASEAN. [ 8m ]
b) Jelaskan tiga saling keuntungan yang akan diperoleh oleh negara-negara
ASEAN melalui pembentukan kawasan segi tga pertumbuhan. [ 9m ]
c) Huraikan empat masalah utama yang boleh menghalang kemajuan
pembangunan ekonomi di kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [ 8m ]

Jawapan :-

a) Rancangan pembangunan ekonomi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di


kawasan segitiga pertumbuhan

o Pembangunan sektor pelancongan. Memajukan industri perhotelan atau


memajukan sumber-sumber maritime untuk tujuan pelancongan seperti
menjadikan kepulauan Riau sebagai pusat pelancongan baru di IMS-GT,
Langkawi, Phuket dan Acheh ‘ Pintu Masuk Pelancong ASEAN ‘di bawah
IMT-GT di samping mewujudkan kawasan bebas cukai.
o Pembangunan sektor pengangkutan. Khususnya laluan darat udara dan
air / perkapalan seperti Jalan Kereta Api Trans-Borneo di bawah EAGA-
BIMP, Projek Line ke-2 Johor dengan Singapura di bawah IMS-GT dan
perkhidmatan feri Langkawi-Phuket-Acheh di bawah IMG-GT.
Perkembangan sistem dan jaringan pengangkutan ini menjadi pemangkin
utama untuk memajukan sektor-sektor ekonomi yang lain.
o Pembangunan sistem perhutanan. Meliputi sumber-sumber pembalakan
khususnya di kawasan EAGA yang amat kaya denga hutan di samping
program pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.
o Pembangunan sistem telekomunikasi. Sektor ini juga amat berpotensi
untuk berkembang dengan pesat misalnya projek Internet ASEAN dengan
Thailand sebagai pusatnya di bawah program IMT-GT. Progam
pertukaran siaran Radio & TV dan lain-lain maklumat budaya
membolehkan interaksi sosial antar negara akan menjadi rapat.
o Pembangunan sektor pembandaran. Mewujudkan bandar-bandar baru
melalui pendekatan pelaburan bersama seperti projek Bandar Nusa Jaya
sebagai bandar terapung di Tanjung Pelepas di Johor di bawah rancangan
IMS-GT. Perkhidmatan pembandaran akan menguntungkan banyak pihak.
b) Kepentingan / saling keuntungan yang diperolehi oleh negara-negara ASEAN
melalui pembentukan segi tiga pertumbuhan.

o Saling keuntungan dalam konteks mempercepatkan pembangunan


sumber alam di kawasan terbabit. Kawasan segitiga dikenal pasti
memang kaya dengan sumber-sumber alam yang belum dimanfaatkan
sepenuhnya. Justeru dengan wujudnya kerjasama ini sumber-sumber ini
dapat dibangunkan dan dimajukan dengan lebih cepat tanpa membazir.
Contohnya sumber hutan, sumber air dan lain-lain. Antara kesan posiyif
daripada pembangunan sumber alam ini ialah mempercepatkan
pembangunan fizikal seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan.
o Saling keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan
perdagangan antara negara ASEAN yang terbabit dengan segitiga
pertumbuhan. Antara kesan positif perluasan pasaran ialah melalui
peningkatan jumlah penduduk dan kuasa beli yang menyebabkan barangan
dan perkhidmatan boleh dijual dengan mudah tanpa kerenah biokrasi yang
cerewet di kawasan segitiga terbabit seperti mewujudkan kawasan bebas
cukai.
o Saling berkegantungan dalam konteks perkongsian pelaburan modal.
Kekurangan modal yang dihadapi oleh pihak swasta tempatan dalam
sesebuah negara akan ditampung oleh pihak swasta yang lain yang terlibat
dalam pakatan segitiga terbabit seterusnya wujud keadaan saling
melengkapi.dengan adanya perkongsian modal ini membolehkan sektor-
sektor ekonomi di kawasan segitiga pertumbuhan seperti sektor
pelancongan, perhutanan dan lain-lain dapat dibangunkan dengan cepat.

c) Masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pakatan Segitiga pertumbuhan


ASEAN dalam memajukan pembangunan ekonominya

o Masalah kegawatan ekonomi serantau yang menjatuhkan nilai mata


wang masing-masing berbanding dengan dolar US telah menjejaskan
banyak projek pembangunan di bawah segitiga pertumbuhan yang telah
dipersetujui sebelumnya/Projek tergendala. Penurunan nilai mata wang
negara-negara ASEAN telah menyebabkan kenaikan kos projek yang
begitu mendadak. Para pelabur tempatan tidak mempunyai modal yang
cukup.
o Masalah fizikal seperti bentuk muka bumi yang terlalu bergunung-
ganang dan berpulau. Menimbulkan kesukaran perhubungan. Halangan
fizikal menjadi masalah utama untuk pembinaan kemudahan infrastruktur
sebagai asas sesuatu projek pembangunan. Misalnya bmuka bumi yang
bergunung-ganang menghalang pembinaan lebuh raya Trans Borneo
dalam kawasan EAGA-BIMP.
o Masalah politik ( tuntutan bertindih antara negara ) dan juga
keselamatan seperti ancaman lanun dan keselamatan di sempadan.
Contohnya tuntutan antara Malaysia dengan Indonesia terhadap Pulau
Sipadan dan Ligitan di Sabah dan ancaman lanun di Filipina. Masalah
politik dan keselamatan ini terletak dalam kawasan IMS-GT.
o Masalah pasaran terhad. Saiz penduduk kecil dan kuasa beli rendah.
Kebanyakan kawasan segitiga pertumbuhan mempunyai penduduk yang
jarang seperti di kepulauan Borneo di samping penduduk yang miskin.
Perluasan pasaran, kuasa beli dan permintaan terhadap barangan dan
perkhidmatan adalah rendah.
Soalan 5

a. Apakah yang anda faham dengan “Segi Tiga Pertumbuhan” ? (5 M)

Segi Tiga Pertumbuhan merupakan lanjutan daripada kerjasama serantau


ASEAN. Segi Tiga Pertumbuhan merujuk kepada kerjasama ekonomi pada kawasan
yang lebih kecil di dalam wilayah ASEAN yang melibatkan tiga atau empat buah negara
berjiran.

Teras kerjasama ini ialah saling memperoleh keuntungan apabila negara-negara


yang berjiran saling membantu dan melengkapi antara satu saama lain untuk memajukan
kawasan yang telah dipilih. Kawasan yang dipilih itu dikenal pasti sebagai pusat
pertumbuhan yang baru yang akan dimajukan secara bersama supaya keuntungan
dikongsi secara bersama oleh ketiga-tiga negara terbabit.

Kawasan tersebut akan dibangunkan oleh pihak swasta antara negara manakala
kerajaan hanya bertindak sebagai fasilitator. Terdapat dua strategi kerjasama yang
popular untuk memajukan kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN konsep pelaburan
bersama dan konsep pelaburan silang.

b) Bezakan istilah liberalisasi ekonomi dengan Deregulasi Ekonomi. (8M)

Liberalisasi ekonomi ialah dasar pasaran bebas yang memberikan peluang


kepada sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing memasuki dan menguasai
pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas.
Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas. Aliran
keluar-masuk modal dan perdagangan dalam sesebuah negara itu juga tidak boleh disekat
atau dikawal oleh kerajaan. Liberalisasi ekonomi bergantung sepenuhnya kepada kuasa-
kuasa pasaran iaitu kuasa permintaan dan penawaran. Seluruh dunia menjadi sebuah
negara yang terbuka kepada semua yang berkemampuan dan berkesanggupan
mengeksploitasikan pasaran.
Deregulasi ekonomi merupakan dasar penghapusan segala peraturan dan
sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang selama ini menghalang
aktiviti perdagangan, perkhidmatan, dan lain-lain.
Sebagai contoh penghapusan dasar perlindungan, penghapusan subsidi,
penghapusan sekatan tarif, penghapusan skim keutamaan dagangan (PTA), penghapusan
dasar kawalan modal terpilih, dan lain-lain yang bertentangan dengan tuntutan pasaran
bebas. Deregulasi ekonomi seperti ini diamalkan oleh Malaysia masa kini.
c) Mengapakah negara-negara sedang membangun masih perlu bergantung
kepada negara-negara maju dalam memperkembangkan ekonominya? (15M)

Dalam sistem ekonomi global, tidak ada sebuah negara yang mempunyai
ekonomi yang lengkap. Walaupun negara tersebut mempunyai kelebihan dalam sesuatu
aspek tetapi pada masa yang sama kekurangan pada aspek yang lain. Oleh sebab itu,
setiap negara perlu bergantung antara satu sama lain demi mewujudkan keadaan saling
melengkapi agar pembangunan sosioekonomi negara terlibat lebih pantas berkembang.

Antara kepentingan saling bergantung antara negara ialah perkongsian


sumber-sumber alam khususnya bahan mentah dan sumber tenaga. Sesetengah
negara atau kawasan tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup bagi menggerakkan
sektor industri dalam negara. Oleh sebab itu negara terpaksa bergantung kepada negara
luar bagi memperoleh sumber kuasa tersebut. Misalnya, negara Jepun terpaksa terpaksa
bergantung kepada negara-negara Teluk dan negara-negara Asia yang lain bagi
memperoleh bekalan petroleum. Negara-negara Teluk atau Arab pula yang kekurangan
sumber minyak kelapa sawit terpaksa bergantung kepada negara-negara Asia Tenggara
khususnya Malaysia untuk mendapatkannya. Malaysia juga bergantung kepada Thailand
untuk mendapat bekalan beras.

Selain itu, perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan


pembangunan (R&D) serta inovasi baru dalam pelbagai bidang ekonomi juga
merupakan kepentingan saling bergantung antara negara. Tanpa teknologi sesebuah
negara atau kawasan tidak boleh dibangunkan walaupun negara tersebut kaya dengan
sumber alam. Melalui pemindahan dan perkongsian teknologi moden maka bidang-
bidang pembangunan sumber alam, sumber tenaga, perindustrian, marin, pelancongan,
pertanian dan sebagainya di sesebuah negara boleh dimajukan. Contohnya, dalam usaha
untuk memperkembangkan Industri Berteknologi Tinggi (HITEC) di Malaysia, negara
bergantung kepada pemindahan teknologi dari negara Jepun seperti teknologi kejenteraan
automasi, teknologi reka bentuk dan teknologi kawalan mutu. Malaysia juga bergantung
kepada perkongsian dan pemindahan teknologi maklumat (IT) dari Amerika Syarikat.
Antaranya ialah seperti idea dan teknologi MSC di negara ini yang berkonsepkan
teknologi lembah silikon di Amerika Syarikat.

Di samping itu, perluasan pasaran dan perdagangan antara negara atau


kawasan. Dengan adanya kerjasama dan saling bergantung, maka sesebuah negara boleh
memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan mereka ke negara atau kawasan lain.
Kesan-kesan positif daripada perluasan dan perkongsian pasaran dapat dinikmati bersama
khususnya daripada segi pertambahan permintaan dan kuasa beli pengguna. Misalnya,
barangan-barangan dari negara-negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran negara-
negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Perkongsian modal. Kekurangan modal dalam sesebuah negara atau kawasan


boleh ditampung oleh negara lain sama ada daripada pelaburan kerajaan mahupun swasta.
Keuntungan pelaburan modal akan diperoleh melalui prinsip perkongsian bijak seperti
kaedah pelaburan bersama ataupun kaedah pelaburan silang. Contohnya,
perkongsian modal swasta telah mempercepatkan proses pembangunan ekonomi di
kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN iaitu IMT-GT, IMS-GT, EAGA-BIMP.
Perkembangan dalam ekonomi membolehkan rakyat di negara-negara berjiran dalam
kawasan segi tiga pertumbuhan tersebut menikmati limpahan pembangunan yang berlaku
secara bersama. Manakala pihak swasta pula memperoleh keuntungan melalui pegangan
ekuiti yang telah di persetujui antara mereka dengan kerajaan.

Perkongsian buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan tenaga pakar
dalam sesebuah negara atau kawasan boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan
tenaga buruh. Contohnya, Malaysia yang bergantung kepada buruh-buruh dari Indonesia
dalam sektor perladangan dan pembinaan. Kemasukan buruh dari Indonesia
membolehkan sektor pembinaan seperto perumahan dan bangunan di Malaysia
berkembang dengan pesat. Indonesia pula memperoleh keuntungan melalui pengaliran
wang hasil daripada gaji yang diterima oleh pekerja dari negara tersebut. Selain buruh,
negara-negara yang kekurangan tenaga pakar juga boleh meminjam dari negara yang
mempunyai kepakaran yang tinggi khususnya dari negara maju. Saling keuntungan
diperoleh melalui pengembangan latihan kemahiran lanjutan di luar negara, program
usahasama pembangunan sumber manusia (HRD) dan saling bertukar kepakaran.
Soalan 6 ( STPM 2009 )

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)

[5m]
b) Huraikan perbezaan ciri keanggotaan antara APEC dengan Pertubuhan
Negara-Negara Asia Tenggara ( ASEAN ). [10m]
c) Jelaskan bagaimana APEC dapat memberikan manfaat kepada negara
anggotanya.
[10m]

Jawapan :

a) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik ( APEC ) ialah satu


pertumbuhan separuh rasmi yang telah dibentuk melalui persidangan pertama pada
November 1989, di Canberra, Australia. Terdiri daripada 18 buah negara anggota,
antaranya Malaysia, Indonesia, Thailand, Kanada dan lain-lain.

b) Perbezaan APEC dan ASEAN

APEC ASEAN
i. satu pertumbuhan separuh rasmi yang i. Persatuan Negara-negara Asia
telah dibentuk melalui persidangan Tenggara yang ditubuhkan di Bangkok
pertama pada November 1989, di pada tahun 1967.
Canberra, Australia.
ii. Mempunyai 18 buah negara anggota ii. Dianggotai oleh sepuluh buah negara
di rantau Asia Tenggara dan dikenali
sebagai ASEAN 10.
iii. Antaranya ialah : iii. Antaranya :
Malaysia, Indonesia, Thailand, Malaysia, Thailand, Indonesia,
Singapura, Filipina, Brunei, Amerika Singapura, Filipina, Brunei, Vietnam,
Syarikat, Kanada, Mexico, Australia, Kampuchea, Laos dan Myanmar.
New Zealand, Hong Kong, Taiwan,
Korea Selatan, China, Jepun, Papua
New Guinea dan Chile.
iv. Memilih Singapura sebagai sekreatariat iv. Ditubuhkan pada tahun 1967 melalui
tetap. Memulakan operasi pada awal Deklarasi Bangkok 1967 yang pada
tahun 1993. mulanya hanya mempunyai lima buah
negara di Asia Tenggara iaitu
Malaysia, Thailand, Indonesia,
Singapura dan Filipina.
v. v.

c) APEC memberi manfaat kepada negara anggotanya :

 Perdagangan antara negara. Idea liberalisasi perdagangan diharap dapat


dinikmati oleh semua negara dan tidak dimonopoli oleh negara tertentu
sahaja. Contohnya Projek Jalinan Maklumat Elektronik APEC ( APEC ELIN )
dihubungkan menerusi sistem perhubungan global yang beribu pejabat di
Singapura ( Singapore TDM Globalink ) membolehkan maklumat pasaran dan
data perdagangan serantau diperoleh dengan cepat dan mudah oleh semua
negara anggota.

 Perluasan saiz pasaran dan kesan-kesan positif melalui perluasan


pasaran. Keadaan ini dinikmati oleh semua negara anggota APEC menerusi
pertambahan penduduk serantau dan peningkatan kuasa beli yang
menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual ke serata negara.
Konsep globalisasi pula membolehkan semua pasaran negara anggota APEC
dapat ditembusi tanpa halangan atau sekatan yang ketat.

 Perkongsian teknologi, R&D dan inovasi baru. Perongsian teknologi, R&D


dan inovasi barudalam pelbagai bidang seperti bidang tenaga, pembangunan
sumber manusia, telekomunikasi dan sebagainya. Negara APEC yang kurang
maju boleh menikmati keuntungan pemindahan teknologi dari negara yang
lebih maju. Hal ini boleh dicapai dan diselaraskan melalui projek Rangkaian
Teknologi Maklumat dan Pelaburan Asia Pasifik ( APITIN ).

 Perkongsian pelaburan modal atau kewangan. Dilakukan melalui pelbagai


konsep pelaburan silang, pelaburan bersama dan pelaburan langsung
dalam pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, pelancongan dan lain-lain.
Selain membantu mengembangkan ekonomi negara yang lebih mundur,
anggota negara APEC yang maju dapat menikmati keuntungan daripada skim
intensif pelaburan, taraf perintis dan kos tenaga buruh yang murah di negara
yang dilaburinya.

 Pengaliran buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara ditampung oleh
negara lain melalui pelbagai bentuk kerjasama seperti latihan lanjutan luar
negara, pinjaman tenaga pakar, atau projek Pembangunan Sumber Manusia
( HRD ) Pelbagai Hala Asia Pasifik.
 Pembangunan sumber alam sekitar yang lestari. Pengurusan dan
penjagaan alam sekitar di negara masing-masing akan menjadi mapan
menerusi pertukaran maklumat dan teknologi terkini. Isu-isu alam sekitar
serantau seperti pencemaran laut, jerebu, pencerobohan perairan perikanan
diluar daripada ZEE dan isu kepupusan sumber marin ditangani secara
bersama.

STPM 1999/K2/6

1 (a)Mengapakah pakatan segi tiga pertumbuhan ditubuhkan di rantau Asia


Tenggara? [13m]

(b)huraikan secara ringkas empat program kerjasama pakatan segi tiga


pertumbuhan yang telah dilaksanakan. [12m]

SKEMA JAWAPAN:

(a)Antara sebab-sebab mengapa pakatan segi tiga pertumbuhan ditubuhkan ialah:

-Untuk menpercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sector di antara


negara-negara ASEAN yang berjiran yang termasuk dalam kawasan segi tiga
pertumbuhan tersebut. Segi tiga pertumbuhan menjadi pusat pertumbuhan ekonomi
ASEAN yang baru.

-Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pembangunan sumber alam.


Kawasan segi tiga sememangnya kaya dengan sumber-sumber alam yang belum
dimanfaatkan sepenuhnya seperti sumber hutan, sumber maritim, sumber tenaga, sumber
air dan sebagainya.

-Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan


perdagangan antara kawasan/intra-ASEAN. Kesan-kesan positif daripada perluasan
pasaran setempat akan dinikmati bersama. Misalnya melalui kewujudan kawasan bebas
cukai.

-Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian pelaburan


modal/kewangan berdasarkan prinsip perkongsian bijak yang dilakukan menerusi
pelaburan bersama ataupun pelaburan silang oleh pihak swasta.

-Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian teknologi,R&D dan


inovasi baru dari negara jiran yang lebih maju ke kawasan segi tiga terbabit. Pemindahan
teknologi membolehkan sumber-sumber yang ada dapat dibangunkan dengan cepat.
-Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pengaliran buruh dan tenaga
pakar. Kekurangan buruh dan kepakaran di sesuatu kawasan segi tiga akan dapat
ditampung oleh buruh dan tenaga pakar dari Negara jiran.

-Kerjasama dalam menjaga alam sekitar dan keselamatan.

(b) i)Program kerjasama pembangunan sektor pelancongan- memajukan industry


perhotelan/resort atau memajukan sumber-sumber maritim untuk tujuan pelancongan
seperti menjadikan Pulau Riau sebagai pusat pelancongan baru di bawah IMS-GT.
Langkawi-Phuket-Acheh sebagai ‘pintu’ masuk pelancongan ASEAN di bawah IMT-GT

ii)Program kerjasama pembangunan sector pengangkutan- khususnya laluan darat , udara


dan air/perkapalan. Misalnya jalan kereta api Trans-Borneo di bawah EAGA-BIMP,
Projek Line ke-2 Johor dengan Singapura di bawah IMS-GT dan juga perkhidmatan feri
Langkawi-Phuket-Acheh dibawah IMT-GT

iii)Program kerjasama pembangunan sector pertanian dan perikanan- khususnya


berkaitan dengan sektor perladangan kelapa sawit dan getah di bawah EAGA dan juga
sektor makanan/padi di bawah IMT-GT. Kerjasama perikanan pula meliputi perikanan
pinggir pantai, laut dalam dan akuakultur.

iv)Program kerjasama pembangunan sector perhutanan- meliputi usahasama memajukan


sumber-sumber pembalakan khususnya di bawah EAGA yang sememangnya kaya
dengan sumber hutan di samping program kerjasama pemeliharaan dan pemuliharaan.

v)Program kerjasama membangunkan infrastruktur fizikal- seperti jaringan jalan raya,


bekalan tenaga, sumber air, system perhubungan dan lain-lain terutamanya di wilayah
yang baru berkembang misalnya di Lembah Mindano di bawah EAGA.

vi)Program kerjasama pembangunan sektor perindustrian- tumpuan diberikan kepada


sektor industri berasaskan sumber seperti industri pemerosesan pertanian (agro-based
industry) terutamanya di IMT-GT dan EAGA sertra industri berintensif buruh di IMS-GT
dan IMT-GT

vii)Program kerjasama membangunkan sektor pembandaran- mewujudkan bandar-bandar


baru melalui pendekatan pelaburan bersama seperti projek bandar Nusa Jaya sebagai
Bandar terapung di Tanjung Pelepas Johor di bawah rancangan IMS-GT
viii)Program pembangunan sektor telekomunikasi- termasuk juga program pertukaran
siaran radio & TV dan lain-lain program budaya di kawasan segi tiga terbabit yang
membolehkan interaksi sosial antara negara jiran akan menjadi lebih rapat.

STPM 2000/k2/6

2) Jadual 2 di bawah menunjukkan nilai perdagangan antara Negara-negara


ASEAN pada tahun 1990 dan 1996.

Jadual 2:Nilai Perdangangan antara Negara-negara ASEAN


(juta AS$) pada Tahun 1990 dan 1996
Negara 1990 1996
Brunei 1 131 1 700
Indonesia 4 420 12 600
Malaysia 16 509 37 200
Filipina 2 198 7 000
Singapura 23 605 72 200
Thailand 7 764 19 900
Jumlah 55 627 150 600

(a)Berdasarkan Jadual 2 di atas , lukis graf bar untuk menunjukkan nilai


perdagangan antara negara-negara ASEAN pada tahun 1990 dan 1996. [10m]

(b)Berdasarkan graf bar yang telah anda lukis pada soalan (a) huraikan keadaan
perdagangan antara negara-negara ASEAN pad atahun 1990 dan 1996. [6m]

(c)Jelaskan tiga halangan yang dihadapi oleh negara-negara ASEAN untuk


meningkatkan perdagangan. [9m]
SKEMA JAWAPAN

(a) Graf bar menunjukkan nilai perdagangan antara negara-negara ASEAN pada
tahun 1990 dan 1996

Nilai Perdagangan antara Negara ASEAN pada Tahun 1990 dan 1996
US $ Juta
80000
70000 Brunei
60000
Indonesia
50000
40000 Malaysia
30000 Filipina
20000
Singapura
10000
Thailand
0
1990 Tahun 1996

(b)keadaan perdagangan antara negara-negara ASEAN pada tahun 1990 dan 1996

-Keseluruhannya semua negara ASEAN mangalami peningkatan nilai perdagangan


antara 1990 dan 1996. Jumlah peningkatan adalah sebanyak 94,973 juta US$.

-Peningkatan tertinggi dialami oleh Singapura sebanyak 48,595 juta US$, diikuti
Malaysia 20,691 juta US$ dan Thailand 12,136 juta US$.

-Peningkatan yang perlahan dialami oleh Brunei (596 juta US$) diikuti oleh Filipina
(4,802 juta US$) dan Indonesia (8,180 juta US$)

(c)Perdagangan intra ASEAN menghadapi beberapa halangan. Antaranya:


-Persaingan sesama negara pengeluar. Komoditi barangan yang homogeneus
menyebabkan ancaman perlambakan di pasaran yang akhirnya menurunkan harga
pasaran. Contoh komoditi kelapa sawit dan getah antara Malaysia dengan Indonesia.

-Masalah kejatuhan nilai mata wang. Sesetengah negara seperti Indonesia masih belum
pulih. Apabila urusan dagangan menggunakan dollar US akan wujud jurang nilai mata
wang yang begitu besar dengan Negara yang lebih stabil seperti Singapura,Brunei dan
Malaysia.

-Kuasa beli pasaran yang masih rendah dan saiz pasaran yang kecil. Negara yang saiz
pasarannya besar seperti Indonesia dan Filipina tetapi kuasa beli penduduknya pula
rendah manakala negara yang kuasa beli pasarannya tinggi seperti Singapura dan Brunei
hanya memiliki saiz pasaran/jumlah penduduk yang sedikit. Keadaan ini menyukarkan
perluasan perdagangan antara negara dan juga kewujudan imbangan dagangan.
4) Jadual 2 menunjukkan nilai perdagangan Malaysia dengan negara ASEAN pada
tahun 1996.

Jadual 2:Nilai Perdagangan Malaysia dengan Negara ASEAN pada Tahun 1996

Negara Import(AS$ Juta) Eksport(AS$ Juta)


Indonesia 728.0 655.0
Filipina 271.0 536.0
Singapura 5 347.0 8 156.0
Thailand 1 352.0 1 842.0
Jumlah 7 752.0 11 189.0

Berdasarkan Jadual 2:

(a) (i)Hitung peratusan bagi import dan eksport Malaysia dengan negara
ASEAN pada tahun 1996. [5m]
(ii)Lukis carta pai untuk membandingkan nilai eksport dan nilai import
Malaysia dengan negara ASEAN pada tahun 1996. Lengkapkan carta pai
anda dengan tajuk dan petunjuk. [14m]

(b) Nyatakan tiga faedah yang diperolehi oleh Malaysia hasil daripada
pengelibatannya dalam pakatan ASEAN. [6m]

SKEMA JAWAPAN
i.

Negara Import Peratusan Eksport Peratusan


(AS$ Juta) import (%) (AS$ Juta) eksport (%)
Indonesia 782.0 10.10 655.0 5.49
Filipina 271.0 3.49 536.0 4.79
Singapura 5 347.0 68.97 8 156.0 72.89
Thailand 1 352.0 17.44 1 842.0 16.50
Jumlah 7 752.0 100 11 189.0 100.0

ii.

Indonesi Indonesi
a a
Thailand 6% Thailand 10%
16% 17%
Filipina Filipina
5% 3%

Singapur Singapur
a a
73% 70%

Carta Pai Pengiraan Sudut Sektor dan Peratus Sudut Sektor

Sudut Sektor = Nilai Import @ Eksport bahagi Jumlah Import @ Eksport darab 360

Dalam bentuk jadual:

Import
Negara Import Sudut sektor % Sudut sector
Indonesia 782.0 36.3 10.0
Filipina 271.0 12.5 3.47
Singapura 5 347.0 248.3 68.97
Thailand 1 352.0 62.8 17.44
Jumlah 7 752.0 360.0 100.0

Eksport
Negara Eksport Sudut sektor % Sudut sector
Indonesia 655.0 21.00 5.48
Filipina 536.0 17.25 4.80
Singapura 8 156.0 262.40 72.89
Thailand 1 842.0 59.30 16.46
Jumlah 11 189.0 360.0 100.0

(c) Di antara faedah-faedah yang di perolehi oleh Malaysia hasil pengelibatannya


dalam ASEAN ialah:
–Faedah daripada perluasan pasaran dan perdagangan yang dicapai menerusi
Perjanjian Keutamaan Perdagangan (PTA) –barangan Malaysia boleh menembusi
pasaran ASEAN dengan lebih mudah tanpa sekatan/dasar perlindungan yang keta.
Keasan positif lebih jelas melalui AFTA.

-Faedah daripada perkongsian teknologi, R&D dan inovasi baru dalam semua bidang
– perindustrian , tenaga, pertanian, perikanan, perhutanan, pengangkutan,
telekomunikasi, kewangan dan lain-lain.

-Faedah daripada perkongsian modal menerusi konsep pelaburan bersama atau


pelaburan silang.

-Faedah daripada kerjasama/perkongsian sumber-sumber pengeluaran seprti sumber


tenaga dan sumber alam – wujud keadaan saling melengkapi.

-Faedah daripada kerjasama/perkongsian tenaga buruh dan kepakaran – kekurangan


buruh di Malaysia boleh ditampung oleh penawaran buruh dari negara jiran.

-Faedah daripada kerjasama/perkongsian menjaga alam sekitar dan keselamatan


serantau.

-Menikmati faedah daripada kestabilan politik serantau menerusi konsep ZOPFAN,


semangat kejiranan dan dasar tidak campur tangan hal-ehwal politik dalaman negara-
negara ASEAN.
STPM 2003/K2/3

5) “Globalisasi ekonomi telah menyebabkan negara-negara di dunia semakin


terkait dan saling bergantung antara satu sama lain”

(a) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara dan huraikan cirri-ciri saling
bergantung negara tersebut dengan negara-negara lain. [13m]

(b) Jelaskan bagaimana pakatan ekonomi serantau ASEAN dapat


mengurangkan kesan negatif proses globalisasi ekonomi. [12m]

SKEMA JAWAPAN
(a) Negara yang dipilih ialah Malaysia
Ciri-ciri saling bergantung antara Malaysia dengan negara-negara lain meliputi:

-Pergantungan kepada sumber bahan mentah, sumber kuasa dan juga sumber
makanan. Malaysia misalnya bergantung kepada Thailand dalam konteks bekalan
beras, sumber perikanan, sayuran,buahan dan lain-lain bagi menampung kekurangan
sumber makanan dalam negara. Selain itu, Malaysia juga begantung kepada Filipina
untuk pembekala gula, dan bergantung kepada Indonesia pula dalam konteks
pembekalan kelapa.

-Pergantungan kepada teknologi. Malaysia amat bergantung kepada teknologi moden


dari negara-negara maju dengan mengimport teknologi dari Jepun, Korea Selatan,
Amerika Syarikat, Rusia dan juga negara-negara Eropah khususnya dalam bidang
perindustrian, telekomunikasi, pertahanan, ICT, dan sebagainya. Manakala negara-
negara maju itu pula bergantung kepada Malaysia untuk pembekalan minyak kelapa
sawit dan getah asli.
-Pergantungan kepada pasaran luar negara. Misalnya pergantungan kepada AFTA,
pasaran Amerika Syarikat, pasaran Eropah,pasaran Asia-Pasifik dan sebagainya.
Sebagai contoh produk alat hawa dingin Malaysia amat bergantung kepada pasaran
negara-negara timur tengah seperti negara-negara Arab di rantau Teluk. Keadaan
saling bergantung ini berlaku menerusi persefahaman dalam perdagangan
antarabangsa.

-Pergantungan kepada modal. Pelaburan modal asing amat diperlukan Malaysia untuk
menggerak dan memajukan sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian,
perkhidmatan, pelancongan, pengangkutan, sumber tenaga dan sebagainya. Tanpa
modal asing, Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk
memperkasakan ekonominya. Antara negara maju yang banyak melabur di Malaysia
ialah seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat, England, Jerman dan sebagainya di
samping pelaburan dari negara-negara ASEAN misalnya dari Singapura, Thailand,
Indonesia, Vietnam, Filipina dan lain-lain lagi.

-Pergantungan kepada buruh dan kepakaran.penawaran buruh yang rendah dalam


sektor-sektor kritikal menyebabkan Malaysia amat bergantung kepada buruh asing.
Misalnya dalam sector pembinaan dan perladangan bergantung kepada tenaga buruh
dari Indonesia, Thailand dan Vietnam. Bekalan tenaga buruh ini selain murah,ianya
juga mudah didapati oleh kerana adanya kerjasama yang erat di antara Malaysia
dengan negara-negara ASEAN yang lain.

-Ciri-ciri pergantungan Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain berasaskan


konsep perkongsian pintar, saling melengkapi serta prinsip dan ‘Situasi Menang-
Menang’ walau bagaimanapun pergantungan Malaysia dengan negara-negara maju
adalah tidak adil dan berat sebelah yang memihak kepada negara-negara maju
tersebut.

(b)Pakatan ekonomi serantau ASEAN boleh mengurangkan kesan negatif proses


globalisasi ekonomi dengan cara:

-Mengurangkan monopoli pasaran barangan dalaman ASEAN dari negara-negara


maju. Ini dapat dapat dilakukan menerusi kerjasama ekonomi ASEAN yang
mewujudkan kawasan pasaran bebas ASEAN (AFTA). Dengan adanya AFTA
membolehkan produk barangan sesame negara ASEAN dijual dengan harga yang
lebih murah berbanding dengan barangan dari negara luar ASEAN. Apabila harga
barangan ASEAN menjadi lebih murah maka sudah tentunya permintaan barangan
import dari negara-negara luar ASEAN akan semakin berkurangan.

-Mengurangkan monopoli pasaran kewangan ASEAn oleh negara-negara maju


khususnya Amerika Syarikat. Ini boleh dilakukan menerusi penubuhan bank ASEAN,
Koperasi ASEAN, cadangan penggunaan mata wang ASEAN bagi menggantikan
dollar US dan lain-lain. Persepakatan sesama negara-negara ASEAN dalam konteks
ini membolehkan risiko kejatuhan nilai mata wang boleh dikurangkan.misalnya
apabila urusan perdagangan antara negara-negara ASEAN dilakukan dalam mata
wang ASEAN sendiri, ini akan memberikan keuntungan kepada semua pihak.
Walaupun cadangan ini sukar dilaksanakan kerana perbezaan nilai wang yang begitu
ketara antara negara-negara ASEAN tetapi perkara ini tidak mustahil dilaksanakan
demi mengelakkan daripada risik terlalu bergantung kepada dollar Amerika.

-Mengurangkan kebergantungan modal daripada negara-negara kapitalisyang jelas


tidak menguntungkan negara-negara ASEAN jika berlaku keadaan yang tidak
diingini seprti kejatuhan nilai mata wang negara-negara ASEAN yang menyebabkan
modal asing boleh ditarik keluar dari ASEAN pada bila-bila masa sahaja. Oleh sebab
itu semasa sesame negara-negara ASEAN boleh meningkatkan pelaburan menerusi
konsep pelaburan bersama dan juga pelaburan silang.

-Mengurangkan dominasi teknologi dan kepakaran dari negara-negara maju. Ini boleh
dilakukan melalui konsep persainagn pintar, konsep saling melngkapi, prinsip
menang-menang, dan juga langkah pertukaran teknologi dan inovasi baru, latihan
tenaga manusia secara bersama dan bersepadu sesame negara anggota ASEAN.
Seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan teknologi dari negara-negara naju
sahaja. Setiap negara anggota ASEAN mempunyai kelebihan teknologinya sendiri
yang boleh di kongsi bersama untuk mewujudkan keadaan saling melengkapi antara
satu sama lain.

-Membendung campur tangan politik dari negara-negara maju menerusi prinsip Zon
Aman Bebas dan Berkecuali (ZOFPAN), iaitu dasar tidak campur tangan negara-
negara anggota serta prinsip kemakmuran bersam ASEAN. Melalui persepakatan ini
negara-negara luar tidak boleh sewenang-wenangnya mencampuri urusan politik
dalaman ASEAN.

You might also like