You are on page 1of 8

PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK

1.Masyarakat Majmuk

Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan
pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada
keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan
Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia
yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan
masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-
dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri
daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek
politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu
padu’.

Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk


muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk
mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-
kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran
tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama,
bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri.

Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysia


sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan
masyarakat majmuk. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era
kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau
bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat
majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung
abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada
suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British
dan Jepun. Di sini kita akan mengupas kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia
melalui penjajahan kuasa asing.
2.Penjajahan di Tanah Melayu

a) KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA


Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah kapal yang
diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibat
sedikit perselisihan faham Sultan telah menahan beberapa pedagang Potugis yang datang
berdagang.Demi membebaskan para banduan Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada
Julai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan
membayar gantirugi .Keengganan baginda sultan telah menyebabkan Melaka diserang dengan
kehadiran 800 orang Portugis dan 600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400 orang
ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika itu.Pada
24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka.

b) RAMPASAN TAKHTA OLEH BELANDA

Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606 - Johor
berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal
apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.Pada tahun 1636 kapal Belanda telah
memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda
pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan
kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

 
c)PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG
DUNIA KEDUA

Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British.Pendudukan British di Tanah Melayu


bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor yang
telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura.
Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah
diserahkan oleh Belanda kepada pihak British.

Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai
negeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan
permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan
mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan
pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan,
perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil.

Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan
perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai
buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja. Penambahan
penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan
bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor
ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan
bandar dan luar bandar bertambah besar.

Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang
mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk
mengusahakan lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang
getah.Masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani.

Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepas
kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan
keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi
masuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke-
19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimana
migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.
c)PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap
pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun Di
Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah
kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura
yang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.Dari
segi pentadbiran , satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau Pinang ,
Melaka , Perak , Pahang , Selangor , dan Negeri Sembilan. Sementara itu negeri Perlis ,
Kedah , kelantan , dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun
1945 , dengan tujuan membalas jasa Siam.

Penjajahan Jepun mewujudkan kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum
hubungan kaum dan juga keadaan masyarakat dari segi pendidikan serta pentadbiran. Semasa
Perang Dunia ke-2, terdapat 2 bentuk hubungan kaum iaitu hubungan kerjasama antara kaum
menentang penjajah Jepun (MPAJA)dan juga hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina
ekoran dasar pilih kasih / diskriminasi terhadap etnik Cina .

Penindasan Jepun terhadap orang-orang China telah menyebabkan mereka membuka


kawasan-kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah
Melayu.Ini membawa kepada pertembungan dengan orang-orang melayu yang tinggal di
kampung-kampung tradisi. Pertembungan budaya ini telah membawa kepada perkahwinan
kacukan di antara orang melayu dan China telah melahirkan generasi masyarakat Baba dan
Nyonya yang boleh kita lihat banyaknya di negeri Melaka pada hari ini.

Penguasaan Jepun di Tanah Melayu menyekat kemasukan migrasi terutamanya dari China
disebabkan peperangan antara China dan Jepun. Pada 1947 sehingga 1953, telah berlaku
pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara itu migrasi dari India masih
lagi berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah.

Pada tahun 1945 Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu.
c)PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SELEPAS JEPUN

Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945,British kembali memerintah.
Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan
Jawatankuasa Perhubungan Kaum.Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luput
sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5
tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu.Perkara ini membawa kepada tuntutan
kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak British.

Pihak British telah memberikan syarat yang paling besar di mana untuk mencapai
kemerdekaan Tanah Melayu, orang Melayu harus menerima dan bekerjasama dengan
masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai warganegara.Pada mulanya agak sukar
bagi masyarakat Melayu menerima pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan
India.Namun dengan berlakunya keganasan Parti Komunis Malaya yang berleluasa yang
menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etnik Cina yang menyokong dan menyertai
PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam semasa
pemerintahan Jepun dahulu.Berpunca daripada keadaan ini,kerajaan teleh mengistiharkan
darurat pada tahun 1948 . Semasa darurat, hubungan etnik bertambah baik mewujudkan
kerjasama menentang komunis.

Keganasan PKM menyebabkan British menawarkan kerakyatan secara automatik kepada


penduduk imigran Tanah Melayu yang akhirnya terpaksa dipersetujui oleh orang
melayu sebagai salah satu kaedah membanteras keganasan PKM. Pada tahun 1957 ,
British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan kemerdekaan 1956 yang
diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Darurat hanya dibubarkan pada tahun 1960.Kesan dari
penjajahan British telah memberi impak positif dan negatif kepada pembangunan dan
keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa hingga ke hari
ini.
3.Kesan Penjajahan kuasa asing dalam pembentukan masyarakan majmuk di Malaysia.

Dalam melihat perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia juga dapat dirumuskan


dengan melihat kepada tiga tempoh yang berbeza. Pertamanya, zaman penjajahan British.
Didapati ketiga-tiga kaum langsung tidak berinteraksi. Boleh ditegaskan Tanah Melayu milik
orang Melayu, ekonomi kormesial pula milik orang Cina dan India sementara politik milik
British hinggakan orang Melayu ketinggalan. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang
menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi kormesial. Salah satu sebabnya
adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal serta ‘Dasar Pecah
Perintah’ yang dijalankan British sewaktu penjajahanya.

Tempoh yang kedua pula merujuk pada era menuju kemerdekaan. Dalam hal ini dapat dilihat
terdapat hubungan antara kaum. Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO),
Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se-Malaya
(MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di
bawah satu payung iaitu Parti Perikatan. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini
membolehkan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957.
Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun pada
1948 sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya. Dalam tempoh ini juga
hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat.

Peringkat yang terakhir adalah zaman selepas kemerdekaan yang merujuk zaman selepas
1969. Masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari segi ekonomi.
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh
mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk.
Namun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan. Masing-masing berusaha
mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain.

Sekitar tahun 1965, penggunaan “Malaysian Malaysia” telah mula digunakan namun
ia tidak begitu diterima pakai. Kini, ia menjadi salah satu matlamat kerajaan dalam
memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.
4.Kesimpulan.

Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan
British. Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting
adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikap
masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. Perlu
ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat,
penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang
berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan.

Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara-Bangsa. Kepentingan
Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu
diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas
pembinaan Negara-Bangsa. Identiti Negara-Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan
identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.
5.Bibliografi.

A. Aziz Deraman. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M)
Sdn. Bhd. 2001.

Chong. K.K. "Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah." In Masyarakat


Malaysia. Zuraina Majid (Ed.). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 1985.

Ismail Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua).
Selangor: UKM. 2001.

J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press. 1939.

Kassim Ahmad. Soal Kebangsaan. Wednesday, November 09, 2005. _ HYPERLINK


"http://kassimahmad.blogspot.com" __http://kassimahmad.blogspot.com_

Leon Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong:
Heinemam Educational Books (Asia) Ltd. 1983.

McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964.

Mohd Redzuan Otman et. al. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: UM. 2006.

Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise. 1992.

Muhammad Haji Muhd Taib. Melayu Baru. Petaling Jaya: Visage Communication. 1996.

Prinsip-prinsip pemerintahan dalam masyarakat majmuk. _ HYPERLINK


"http://library.mod.gov.my/en/BriefDisplayRetriever.jsp?311356" _Abdul Monir Yaacob_
(Peny.) _ HYPERLINK "http://library.mod.gov.my/en/BriefDisplayRetriever.jsp?311304"
_Kuala Lumpur: IKIM. 2000_.

Rabuskha, Alvin. Race And Politics In Urban Malaya. Stanford University, Stanford,
California: Hoover Intitution Press. 1973.

_ HYPERLINK "http://ilmu.ssl.sabah.gov.my/elmu/BriefDisplayRetriever.jsp?92395"
_Saunders, Graham._ Malaya : Perkembangan masyarakat majmuk. Kuala Lumpur:
Longman, 1978.

Swe-Hok and Kesarapany. Malaysia Recent. Trends A Challenges. Singapore: Insitute of


Soatheast Asian Studiest. 2006.

Syed Ahmad b. Syed Mohamad. _ HYPERLINK


"http://www.permaya.org/yaman/modules.php?
op=modload&name=News&file=article&sid=224&mode=thread&order=0&thold=0"
_Kepentingan Perundangan Islam Dalam Konteks Masyarakat Majmuk_. Oct 03, 2006 -
01:59 AM. _ HYPERLINK "http://www.permaya.org/yaman/modules"
__http://www.permaya.org/yaman/modules_

Tragedi 13 Mei: Satu Laporan Majlis Gerakan Negara. Kuala Lumpur. 1969.

Zakaria Ariffin. Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990.
_

You might also like