You are on page 1of 54

ISI KANDUNGAN

Dato Fadzil Noor.................................................2

Tuan Guru Yusuf Rawa.....................................20

Dr Burhanuddin al Helmy.................................31

Dato’ Profesor Zulkifli Muhammad..................41

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir...............................45

2
Dato’ Fadzil Noor(1937 – 2002)

Latar Belakang

Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung


Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.

Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman
meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil. Moyangnya Tuan Guru Hj
Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah
seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.

Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga


(1946-1949). Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di
Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-
1962).

Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor


menjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian
beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah. Pada
tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-
Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.

Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di


Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran
sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Penglibatan Awal

Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerak


cergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yang
pintar dan dihormati di Maktab Mahmud. Ketika di Mesir Ustaz Fadzil
Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan
presiden.

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia


(1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan
Presiden ABIM (1974-1978). Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi
setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan
Kedah.

3
Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibat dalam
demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974.
Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun
1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden
ABIM.

Penglibatan dalam PAS

Ustaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika
masih menuntut di Maktab Mahmud. Beliau membantu calon-calon PAS
dalam pilihanraya tahun tersebut. Ustaz Fadzil Noor juga dalam kempen
tersebut sering mengikuti ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy
dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala
Kedah dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah. Jawatan tertinggi yang
disandang oleh Ustaz Fadzil Noor adalah:
ƒ Naib Yang Dipertua (1979-1983)
ƒ Timbalan Yang Dipertua (1983-1989)
ƒ Presiden PAS (1989-2002)

Ustaz Fadzil Noor mula menjadi Yang Dipertua pada 31 Mac 1989.
Nama jawatan Yang Dipertua PAS ditukar menjadi Presiden PAS pada
masa beliau.

Ditahan Polis

Dalam perjuangan menegakkan kebenaran, Ustaz Fadzil Noor pernah


ditahan dua kali oleh pihak polis. Pada penghujung tahun 1970an, ketika
sedang berucap dalam majlis ceramah di Kg Seberang Takir,
Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah
tersebut adalah perhimpunan haram.

Turut hadir dalam ceramah itu adalah Ustaz Abdul Hadi Awang, Mustafa
Ali dan Ustaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut,
Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya dengan memberi peringatan
kepada pihak polis tentang sebuah hadith Nabi s.a.w.

Sepasukan polis terus menyerbu dan menahan Ustaz Fadzil Noor


beserta para penceramah lain.Mereka terus dibawa ke balai di bandar
Kuala Terengganu malam itu juga. Bermalamlah Ustaz Fadzil Noor di
lokap pada malam itu.

4
Lewat malam itu juga Pemuda PAS memobilisasi sokongan dan
menjelang subuh kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah
berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu. Mereka
mendesak pemimpin-pemimpin mereka dibebaskan segera. Perundingan
antara beberapa orang wakil PAS dengan pihak polis diadakan.
Hasilnya, Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin-pemimpin yang ditahan
dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

Sekali lagi Ustaz Fadzil Noor ditahan oleh pihak polis adalah dalam
ceramah di Jerlun, Kedah. Peristiwa ini berlaku ketika kes Muassasah
Darul Ulum menjadi isu panas di antara PAS dengan UMNO di Kedah.
Ustaz Fadzil Noor ditahan semasa berceramah. Beliau ditahan bersama
Hj. Shaari, YDP PAS Kawasan Jerlun dan dikenakan ikat jamin. Kesnya
terus dibawa ke mahkamah. Walau bagaimanapun kes ini digugurkan
berikutan kematian Hj. Shaari.

Orang Kanan Tuan Guru Yusof Rawa

Dalam perjuangan bersama-sama PAS, terutamanya sejak era peralihan


kepimpinan, Ustaz Fadzil Noor sentiasa berseiringan jalan dengan Tuan
Guru Yusof Rawa. Selepas pilihanraya tahun 1978 lagi, ketika Tuan
Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama, Ustaz Fadzil
Noor menjadi Naib Yang Dipertua kedua.

Semasa Tuan Guru Yusof Rawa berjaya memenangi jawatan Timbalan


yang Dipertua parti dalam tahun 1981, Ustaz Fadzil Noor pula
menduduki jawatan Naib Yang Dipertua pertama.

Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan


PAS, Ustaz Fadzil Noor bersama-sama Tuan Guru Yusof Rawa mewakili
Jawatankuasa PAS Pusat untuk duduk dalam Majlis Syura Ulama’.
Ketika Tuan Guru Yusof Rawa dipilih menjadi Mursyidul Am yang
pertama, bebanan tugas Yang Dipertua telah dilaksanakan
sebahagiannya oleh Ustaz Fadzil Noor.

Demikian juga semasa Tuan Guru Yusof Rawa uzur menjelang saat-saat
akhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua, maka Ustaz Fadzil Noor
merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju utama parti.
Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang paling kehadapan membantu
Tuan Guru Yusof Rawa semasa PAS berhadapan dengan krisis peralihan
kepimpinan dan tragedi Memali.

Ustaz Fadzil Noor juga menjadi pembantu utama semasa Tuan Guru
Yusof Rawa merintas konsep kepimpinan ulama’ dan mengukuhkan

5
asas-asas harakah Islamiyyah dalam PAS. Ustaz Fadzil Noor adalah
orang kanan Tuan Guru Yusof Rawa sepanjang perjuangan mereka
bersama-sama dalam PAS.

Menangani Fatwa Syuhada’ Memali

Semasa tercetusnya tragedi Memali, tugas menangani kes tersebut


telah diserahkan oleh Tuan Guru Yusof Rawa kepada Ustaz Fadzil Noor.
Beliau pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Persoalan paling utama kepada Ustaz Fadzil Noor pada masa itu adalah
bagaimana jenazah hendak diurus? Adakah mereka syuhada’?.
Sekiranya mereka mati syahid, jenazah mereka tidak perlu dimandi,
dikapan dan disolat-jenazahkan.

Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim
yang sangat disegani di Baling. Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz
Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid.

Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned,
ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah dan menantunya Ustaz Azahari Abdul
Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua mereka adalah
pimpinan ulama’ PAS Kedah.

Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada


Majlis Fatwa Negeri Kedah tetapi dalam waktu yang suntuk Majlis
Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat.

Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya


dikebumikan sebagai para syuhada’.

Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah


mengatakan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul
bughah.

Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa


Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau
penderhaka.

Ustaz Fadzil Noor mengatakan jika pihak kerajaan menganggap mereka


tidak syahid, kerajaan mesti bertindak menggali kubur, memandi,
mengkafan dan menyembahyang-jenazahkan mereka!

6
Untuk meredakan keadaan, Sultan Kedah telah perkenan menziarahi
pusara Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya.

Berikutan itu Ustaz Fadzil Noor mengulas:

”Mana ada raja perkenan menziarah kubur orang derhaka? Macam Hang
Jebat yang dianggap derhaka kepada Raja Melaka, tidak pernah ada
raja-raja dari dulu hingga sekarang ziarah kubur Hang Jebat”

Tindakan terhadap Ibrahim Libya adalah untuk mengelakkan


pengaruhnya dan pengaruh PAS berkembang agar UMNO tidak tergugat
di Baling.

Tetapi tanpa Ibrahim Libya pun, akhirnya Baling jatuh ke tangan PAS
pada pilihanraya 1999.

Dalam debat Parlimen, isu Memali dibangkitkan oleh UMNO. Pihak yang
mengatakan Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya tidak syahid
mencabar supaya Ustaz Fadzil Noor menggali pusara syuhada itu, sama
ada hancur atau tidak jenazah mereka.

Ustaz Fadzil Noor lantas menjawab:

”Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya.


Yang Berhormat yang tidak percayalah yang patut menggalinya untuk
melihat badan mereka hancur atau masih segar”

Memantapkan Konsep Kepimpinan Ulama’

Kepimpinan Ulama’ diasaskan semasa kepimpinan Tuan Guru Yusof


Rawa sebagai Yang Dipertua dengan Ustaz Fadzil Noor sebagai
timbalannya.

Di bawah kepimpinannya, Ustaz Fadzil Noor menekankan agar golongan


ulama’ hendaklah sentiasa berusaha untuk melayakkan diri menjadi
pemimpin dan PAS memberikan perhatian supaya institusi ulama’ mesti
disokong dan didaulatkan.

Ustaz Fadzil Noor berpandangan bahawa kepimpinan PAS akan lebih


terbuka dan lebih banyak dipikul oleh golongan intelektual masa depan,
namun konsep kepimpinan ulama’ akan terus menjadi teras.

7
Dengan itu Ustaz Fadzil Noor tetap menekankan perihal pentingnya
penghayatan kepimpinan ulama’.

Sejak kepimpinan ulama’ diketengahkan, PAS berjaya menawan dua


buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Kedua-dua negeri ini telah memberikan penghormatan kepada ulama’


untuk menjadi Menteri Besar.

Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang ke Parlimen
juga merupakan satu penampilan tokoh ulama’ yang berwibawa dan
amat dikagumi.

Kempen Menambah 500,000 Ahli

Setelah menjadi Presiden, Ustaz Fadzil Noor menyedari bahawa


walaupun setelah 40 tahun usia PAS, jumlah keahliannya baru mencecah
300,000 orang.

Pada tahun 1990, beliau melancarkan kempen menambahkan keahlian


PAS kepada 500,000 orang dalam tempoh lima tahun.
Sasaran ini adalah sebelum pilihanraya tahun 1995.

Dalam satu Ucapan Dasarnya, Ustaz Fadzil Noor menyarankan supaya


pemimpin-pemimpin di semua peringkat hendaklah memastikan agar
ada cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman perumahan dan
di setiap lorong.
Ustaz Fadzil Noor menegaskan hendaklah ada sekurang-kurangnya
seorang ahli PAS dalam setiap rumah.

Ustaz Fadzil Noor membuktikan arahannya itu dilaksanakan di


kawasannya sendiri di DUN Bukit Raya. Di Bukit Raya, cawangan-
cawangan PAS jauh melebihi cawangan-cawangan UMNO.

Pada Jun 1995, keanggotaan PAS telah mencecah 400,000.

Walaupun jumlah tersebut tidak memenuhi sasarannya, namun purata


penambahan 2,000 orang ahli sebulan telah dapat dicapai.

Ledakan pertambahan ahli ini walau bagaimanapun berlaku setelah


tercetusnya Reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim.

Purata penambahan ahli PAS untuk beberapa bulan berikutnya adalah


antara 10,000 hingga 15,000 orang sebulan.

8
Pelaksanaan Hudud

Enakmen Syariah II Kelantan yang termasuk di dalamnya hukum hudud


telah dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kepimpinan
Ustaz Fadzil Noor. Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS telah
mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk
hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951.

Para pemimpin PAS sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-
cita tersebut. Hasrat ini telah disebut dalam ceramah dan manifesto-
manifesto pilihanraya PAS. Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS
dalam melaksanakan syariat Islam tidak pernah bersikap terburu-buru.

Contohnya, kerajaan Kelantan telah mengambilkira pandangan awal


Perdana Menteri yang pernah membuat kenyatan bahawa beliau
bersedia memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Kerajaan Kelantan juga mengambil kenyataan bekas Timbalan Perdana


Menteri yang menyebut kononnya UMNO tidak menentang hudud.

Pandangan parti-parti bukan Melayu juga diberi perhatian.

Ketua Dewan Ulama’ sebagai sifatnya Menteri Besar Kelantan telah


membuka pintu pejabatnya untuk berdialog dengan ketua-ketua agama
dan politik serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Ustaz Fadzil Noor menegaskan bahawa kerajaan Kelantan telah


mencatat sejarah apabila rang enakmen itu dibenarkan untuk dibahas
dalam seminar terbuka oleh pelbagai pihak sebelum dibentangkan dalam
Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Tetapi malangnya UMNO tidak kelihatan.

Ustaz Fadzil Noor telah membidas perbuatan mereka dengan


mengatakan bahawa Barisan Nasional yang mendakwa sebagai juara
demokrasi sebenarnya belum berani untuk menghadapi rakyat seperti
yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

Ustaz Fadzil Noor turut menyelar tindakan UMNO menolak enakmen


tersebut serta pakatan mereka untuk menggagalkan pelaksanaan syariat
Islam di negeri Kelantan.

9
Tahaluf Siyasi dan Reformasi

Ustaz Fadzil Noor meneruskan tradisi perjuangan mengekalkan


perpaduan demi menjaga kemaslahatan Islam dan negara yang telah
diasaskan oleh pemimpin-pemimpin awal PAS.

Usaha Dr. Burhanuddin Helmy mewujudkan pakatan dengan lebih 80


buah parti dan pertubuhan Melayu bagi mewujudkan PUTERA atau
Pusat Tenaga Rakyat adalah satu contoh yang gilang gemilang.

PUTERA dipengerusikan oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dengan


Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebagai penggerak utama di belakangnya.
Melalui PUTERA, Dr. Burhanuddin Al-Helmy mewujudkan pula pakatan
politik dengan Tan Cheng Lok yang menerajui AMCJA.

Kemuncak perjuangan PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Dr.


Burhanuddin Al-Helmy adalah hartal atau boleh dikatakan pada hari ini
sebagai civil disobedience. Hartal melibatkan 450,000 anggota dalam
gabungan jaringan PUTERA-AMCJA.

Apabila pakatan PUTERA-AMCJA dilihat membahayakan penjajah


British, maka undang-undang Darurat pun dikuatkuasakan.

Sepanjang tempoh Darurat, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah terhalang


daripada menggerakkan sebarang pakatan politik.

Sebaliknya Tan Cheng Lok mula berjinak-jinak dengan UMNO dan


akhirnya pakatannya dengan pemimpin-pemimpin UMNO membolehkan
MCA ditubuhkan.

Pada tahun 1959, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan


pakatan politik dengan pengasas UMNO sendiri iaitu Dato’ Onn Jaafar
yang telah meninggalkan parti itu.
PAS telah memberi kerusi kepada Dato’ Onn untuk bertanding sebagai
calon Parti Negara di Terengganu dan beliau menang.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik


dengan bekas ahli-ahli UMNO dalam pilihanraya 1959, di antaranya
dengan Khatijah Sidek. Khatijah Sidek akhirnya menyertai PAS dan
bertanding di atas tiket PAS dan memenangi kerusi Parlimen Dungun
dalam pilihanraya tersebut.

10
Demikian juga dengan Prof Zulkifli Muhammad di mana beliau
merupakan pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS
menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu
PAS.

Ketika menggerakkan pakatan CCC, Ustaz Fadzil Noor telah meminta


pasukan penyelidikan PAS mengkaji semula pandangan atau mana-mana
penulisan Prof Zulkifli Muhammad berkenaan isu penyertaan kaum
bukan Islam dalam PAS.

Walaupun timbul beberapa krisis dalaman PAS dengan kemasukan PAS


dalam kerajaan campuran dan Barisan Nasional pada zaman kepimpinan
Dato’ Mohd Asri, Ustaz Fadzil Noor tetap berpendirian bahawa ianya
adalah satu langkah bagi mewujudkan pakatan politik yang menjadi
amalan politik PAS.

Berbekalkan tradisi tahaluf siyasi seperti inilah yang mendorong Ustaz


Fadzil Noor mewujudkan pakatan dengan Semangat 46 pimpinan
Tengku Razaleigh dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

Hasil daripada tahaluf siyasi ini, PAS berjaya memerintah Kelantan.


Demikian juga apabila berlakunya Reformasi berikutan pemecatan
Anwar Ibrahim. Tradisi yang diwarisi daripada pemimpin-pemimpin
terdahulu dan pengalamannya sendiri, menjadikan Ustaz Fadzil Noor
mengorak langkah bagi mewujudkan tahaluf siayasi dengan penyokong-
penyokong Anwar Ibrahim.

Bermula dengan GERAK, seterusnya Ustaz Fadzil Noor merintis


penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke
arah pembentukan Malaysia Baru. Langkah tersebut telah membawa
hasil yang begitu besar kepada PAS dan perjuangan Islam pada
pilihanraya 1999.

PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya mewujudkan kerajaan


di Terengganu. Pendekatan tahaluf siyasi yang diterajui oleh Ustaz
Fadzil Noor juga bersumber daripada warisan kepimpinan terbuka dan
sederhana Tuan Guru Yusof Rawa.

Di bawah teraju kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah membuka


ruang bagi pemimpin-pemimpin pelapis PAS untuk mewujudkan
pakatan-pakatan politik yang boleh memenangkan dakwah dan politik
Islam.

11
Kerjasama dan pakatan dengan pertubuhan dan aktivis kaum Cina
hingga tertubuhnya CCC adalah satu dayacipta keterbukaan dan
kesederhanaan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa. Ustaz Fadzil Noor
juga sering mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa PAS
adalah berakarumbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung
Semanggol.

Tatkala menyebut Hizbul Muslimin, sekali gus Ustaz Fadzil Noor


mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa tradisi kepimpinan
ulama’ sebenarnya bersumber daripada perjuangan dan pengorbanan
para ulama’ angkatan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dalam merintis
pelbagai tahaluf siyasi seperti PEPERMAS, MATA, LEPIR dan
seumpamanya menjadi iktibar bagi perjuangan PAS yang diterajui oleh
Ustaz Fadzil Noor.

Jika ada kesinambungan dan kesepaduan di antara perjuangan yang


dirintis oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr. Burhanuddin Al-Helmy,
Prof Zulkifli Muhammad dan Tuan Guru Yusof Rawa, maka Ustaz Fadzil
Noor menterjemahkannya dalam realiti politik pada masanya.

Demikian juga, jika usaha Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya


menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam
PUTERA untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah, Ustaz Fadzil
Noor pula telah berjaya mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti
politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan
undang-undang warisan penjajah, ISA!

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, PAS terus bergerak


menjadikan tahaluf siyasi sebagai satu amalan utama dalam pergerakan
siyasahnya.

Menentang Kezaliman ISA

Kezaliman ISA adalah suatu yang tidak asing lagi bagi Ustaz Fadzil
Noor. Ini kerana semasa beliau menjadi Timbalan Presiden ABIM, beliau
terpaksa memangku jawatan Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim
ditahan di bawah ISA selama dua puluh bulan bermula dari tahun 1974.

Sekali lagi setelah Anwar Ibrahim ditahan dan dibelasah oleh Ketua
Polis Negara pada malam 20 September 1998, keesokan harinya rakan
lamanya itu diumumkan telah ditahan di bawah ISA.

12
Ustaz Fadzil Noor memahami benar bahawa ISA adalah senjata politik
pemerintah. ISA digunakan untuk melindungi kepentingan politik
pemerintah. ISA juga digunakan untuk menutup jenayah pemerintah.

Meneruskan dasar PAS terhadap ISA daripada kepimpinan Tuan Guru


Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor terus melonjakkan PAS dalam sikap dan
pendiriannya terhadap kezaliman ISA.

Ustaz Fadzil Noor mempengerusikan mesyuarat menentang ISA ekoran


penahanan Anwar Ibrahim dan beberapa penyokongnya bermula dari 20
September 1998.

Mesyuarat itu diadakan di Markaz Tarbiah PAS, Taman Melewar dan


dihadiri oleh wakil-wakil daripada PAS, PRM, DAP dan NGO daripada
PUM, ABIM, JIM, SUARAM dan lain-lain.

Mesyuarat yang diadakan pada 25 September itu memutuskan untuk


mendesak kerajaan membebaskan segera semua tahanan ISA dan
memansuhkan ISA.
Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Gerakan
Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK.

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27


September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar.

Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara
hadir ke majlis pelancaran tersebut.

Dalam Ucapan Dasar di Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz
Fadzil Noor menegaskan:

”Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu


gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau
GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS
menerajui kebangkitan rakyat di negara ini”

Ustaz Fadzil Noor berulang kali menegaskan, sama ada dalam ceramah
mahupun dalam perbahasan di Parlimen, bahawa ISA bersama-sama
undang-undang zalim yang lain seperti OSA, Akta Polis dan Akta Cetak
adalah undang-undang yang mencabul hak asasi rakyat di negara ini.

13
Perhimpunan 100,000 Rakyat

Perhimpunan 100,000 Rakyat yang diadakan pada 5 November 2000


adalah satu perhimpunan aman anjuran aktivis yang menyokong BA
daripada parti- parti politik, NGO dan Reformasi.

PAS di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor telah memberi sokongan


yang padu untuk menjayakan perhimpunan ini.

Ini berlaku apabila Ustaz Fadzil Noor membenarkan setiausaha


politiknya, Dr. Mohd Hatta Ramli, untuk terlibat sebagai salah seorang
ahli jawatankuasa penganjur.

Ustaz Fadzil Noor juga telah mengarahkan Setiausaha Agung PAS,


Ustaz Nasharuddin Md Isa untuk mengeluarkan surat kepada setiap PAS
Negeri untuk mengerahkan ahli-ahli PAS turun untuk menjayakan
perhimpunan aman tersebut.

Sokongan yang diberikan serta komitmen Ustaz Fadzil Noor sendiri


untuk hadir ke perhimpunan tersebut telah menyebabkan pemimpin-
pemimpin utama parti-parti politik bersetuju untuk turut serta.

Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti KeADILan Nasional, Lim Kit
Siang, Pengerusi DAP dan Dr. Syed Husin Ali, Presiden PRM turun
bersama-sama rakyat menyertai perhimpunan aman tersebut.

Apabila laluan ke tempat perhimpunan disekat oleh polis, keempat-


empat pemimpin utama parti-parti politik Barisan Alternatif itu turun
daripada kenderaan masing-masing dan berjalan bersama-sama
puluhan ribu rakyat di atas Lebuhraya KESAS.

Solidariti keempat-empat pemimpin BA berjalan di barisan hadapan


perarakan itu, benar-benar menyuntik semangat kepada rakyat tentang
betapa mantapnya gandingan dan kerjasama BA.

Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor dan para pemimpin BA menunjukkan
contoh semangat yang kental apabila mereka berjalan sejauh hampir
lima kilometer di atas Lebuhraya yang sudah tiada kenderaan boleh
melaluinya lagi itu.

Apabila tiba di tempat yang sudah tidak boleh lagi dilalui kerana sekatan
polis, semua para pemimpin diundang untuk membuat ucapan.

14
Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor berucap di atas tembok pemisah
lebuhraya dengan dikelilingi oleh kira-kira 100,000 rakyat.
Dalam ucapanya yang penuh semangat itu, Ustaz Fadzil Noor menyeru
agar semua rakyat bersatu untuk berjuang mengembalikan hak mereka
yang sudah dicabul dan dirampas oleh Dr. Mahathir dan kerajaan
UMNO-BN.

Apabila lebih seratus orang ditahan oleh polis kerana menyertai


perhimpunan aman tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah mengarahkan Dr.
Mohd Hatta Ramli untuk mengendalikan urusan ikat jamin dan
pembebasan mereka daripada lokap.

Sokongan terhadap perhimpunan aman di Lebuhraya KESAS ini


diteruskan oleh Ustaz Fadzil Noor dengan merintis penubuhan Gerakan
Mansuhkan ISA (GMI).

GMI ditubuhkan apabila pengerusi dan ahli-ahli serta penggerak utama


Jawatankuasa Perhimpunan 100,000 Rakyat ditahan di bawah ISA pada
10 April 2001.

Demonstrasi aman seperti ini adalah suatu yang tidak asing bagi Ustaz
Fadzil Noor. Ini kerana masa mudanya lagi, iaitu pada tahun 1974,
beliau telah pun terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di
Baling.

Bahkan, pada akhir-akhir hayatnya pun beliau masih menggagahkan diri


untuk hadir bersama rakyat dalam perhimpunan-perhimpunan aman.

Sebulan sebelum beliau meninggal dunia, Ustaz Fadzil Noor telah hadir
dalam perhimpunan aman di depan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala
Lumpur membantah tindakan Amerika mahu menyerang Iraq.

Dalam perhimpunan aman tersebut, pihak polis FRU telah mengganas


menyerang orang ramai dengan tembakan gas pemedih mata dan
semburan air berkimia.

Ustaz Fadzil Noor terkena gas pemedih mata dengan teruk sekali. Sejak
itu kesihatannya sangat terganggu.

Menurut setiausaha politik dan doktor peribadinya, Dr. Mohd Hatta


Ramli, sejak itu kesihatannya semakin merosot hinggalah beliau
memerlukan pembedahan dan seterusnya menghembuskan nafas
terakhir.
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.

15
Pencapaian Sebagai Ahli Politik Islam dan Sumbangan kepada
Gerakan Islam

Pembabitan awal Ustaz Fadzil Noor dalam politik pilihanraya bermula


pada tahun 1978. Beliau bertanding dalam pilihanraya untuk merebut
kerusi Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.

Pada tahun 1980, dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Raya, sekali lagi
beliau menjadi calon PAS untuk merebut kerusi tersebut. Beliau gagal
dalam kedua-dua percubaan ini.

Hanya dalam pilihanraya tahun 1982, Ustaz Fadzil Noor memenangi


kerusi DUN Bukit Raya dan seterusnya mempertahankan kerusi
tersebut selama empat penggal berturut-turut.

Pada pilihanraya tahun 1999, Ustaz Fadzil Noor menang kerusi


Parlimen Pendang dan juga kerusi DUN Anak Bukit.

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor PAS mengalami kejayaan paling


besar sepanjang sejarah penglibatan dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya tahun 1999, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen dan


98 kerusi DUN. Dengan kedudukan tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah
dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau merupakan
pemimpin kedua daripada PAS yang memegang peranan tersebut.

Sejak peranan ketua pembangkang diwujudkan di Parlimen oleh Perdana


Menteri, Tun Abdul Razak pada tahun 1972, Dato’ Mohd Asri adalah
orang pertama daripada PAS yang menjadi Ketua Pembangkang.

Di peringkat politik dalam negeri, Ustaz Fadzil Noor telah berjaya


mewujudkan beberapa pakatan politik atau tahaluf siyasi. Antaranya
CCC, Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.

Beliau juga telah berjaya mewujudkan pakatan politik yang bertujuan


khusus menentang kezaliman ISA melalui penubuhan GERAK dan GMI,
Gerakan Mansuhkan ISA. Di peringkat serantau beliau memainkan
peranan untuk mewujudkan permuafakatan di kalangan kumpulan-
kumpulan Islam di Indonesia.

Selepas tercetusnya Reformasi Indonesia dan jatuhnya Presiden


Suharto, maka telah muncal banyak parti-parti yang berteraskan Islam
di Negara tersebut.

16
Ustaz Fadzil Noor mengambil inisiatif dan langkah diplomasi bertemu
pemimpin parti-parti tersebut dan mengsyorkan agar mereka tidak
membentuk terlalu banyak parti berteraskan Islam di sana.

Ustaz Fadzil Noor juga telah berjaya menempatkan PAS sebarisan


dengan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di peringkat
antarabangsa.

Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

”PAS sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan


umat, adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia
bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaati Islami di
benua kecil India, Refah Party di Turki, FIS di Algeria, HAMAS di
Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukung
perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak
hidup Islam”

Di peringkat politik antarabangsa juga, Ustaz Fadzil Noor tegas dan


lantang menentang kerakusan dan dasar-dasar kejam kuasa Amerika
dan Barat.

Dalam isu Palestin, Israel, Chechnya, Afghanistan dan Iraq, PAS di


bawah teraju Ustaz Fadzil Noor mengambil pendirian yang cukup
lantang dan jelas.

Tidak sedikit pemimpin dan ahli-ahli PAS semasa menyatakan pendirian


dalam isu-isu antarabangsa melalui ceramah dan demonstrasi aman
yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

Pendiriannya yang jelas dan tegas terhadap isu-isu antarabangsa yang


melibatkan umat Islam telah menyuntik semangat juang yang tinggi di
kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Dalam masa yang sama Ustaz Fadzil Noor juga amat teliti dengan isu-
isu tempatan. Sebagai contoh, beliau amat cermat menangani isu hak
istimewa orang Melayu di negara ini.

Mengambil hujah daripada tindakan Khalifah Umar bin Al-Khattab


semasa pemerintahannya, Ustaz Fadzil Noor menegaskan terdapat hak
istimewa seumpama ini demi menjaga kepentingan penduduk asal
tempatan khususnya yang tidak berada.

17
Demikian juga ketika berlaku kes Mohamad Sabu menjelang pilihanraya
1995. Setelah mengadakan mesyuarat yang teliti, Ustaz Fadzil Noor
mencadangkan satu tindakan disiplin diambil.

Mohamad Sabu diminta meletakkan jawatan daripada parti dan


keputusan ini diterima baik oleh Mohamad Sabu.

Langkah ini dilakukan demi mengekalkan kewibawaan PAS dan


mengelakkan tohmahan terhadapnya.

Selepas kes itu selesai dan mahkamah mendapati Mohamad Sabu tidak
bersalah, maka ternyata langkah yang diambil oleh Ustaz Fadzil Noor
telah menguntungkan PAS dan perjuangan Islam.

Ustaz Fadzil Noor juga meneruskan tradisi muslimat PAS diberikan


amanah untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Penampilan muslimat
dari pelbagai lapisan latar belakang dan kerjaya telah melonjakkan imej
PAS sepanjang PAS diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.

Ustaz Fadzil Noor juga amat berjaya di bidang dakwah dan pendidikan.
Selaku Pesuruhjaya PAS Kedah pada tahun 1985 beliau telah membeli
sebuah estet kecil seluas 35 ekar untuk dijadikan sebuah institusi
pengajian tinggi Islam.

Institusi ini dinamakan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

Pada masa yang sama Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena yang
didirikan oleh Ustaz Fadzil Noor adalah setanding kehebatannya pada
zaman kegemilangan Maahad Al-Ehya Al-Sharif yang diasaskan oleh
Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Muassasah Darul Ulum menampilkan pelbagai kemelut pergeresan di


antara PAS dengan UMNO, kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Kedah.

Beberapa orang pemimpin Pemuda PAS ditahan di bawah ISA dalam


ketegangan isu Muassasah Darul Ulum. Bahkan, Ustaz Fadzil Noor
sendiri ditahan polis ketika berceramah di Jerlun mengenai isu
Muassasah.

18
Kembali ke Rahmatullah

Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002


setelah dua minggu mengalami koma selepas pembedahan yang
dijalaninya.

Dengan arahan kerajaan Pusat, jenazahnya diterbangkan dengan


pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia ke Kedah.

Jenazah dibawa ke Muassasah Darul Ulum, institusi ilmu yang diasas


dan diperjuangkannya.

Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah
juta orang berkumpul di situ.

Dari Alor Setar hingga ke kawasan itu, hampir 30km orang ramai penuh
sesak di sepanjang jalan menunggu jenazahnya lalu.
Malah pada ketika terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi
kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10km menuju ke
Muassasah Darul Ulum.

Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam


itu. Ia dikira satu rekod terbesar dalam sejarah umat Islam di negara ini.

TAMAT

19
Tuan Guru Yusof Rawa (1922 – 2000)

Latar Belakang

Yusof bin Haji Abdullah dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang pada 8
Mei 1922.

Bapanya adalah seorang pedagang yang merantau dari Sumatera


berdagang Al-Quran, kitab-kitab dan alat-alat kegunaan untuk ibadat
seperti tasbih, sejadah dan lain-lain.

Pendidikan awal Tuan Guru Yusof Rawa bermula di Sekolah Melayu


Jalan Carnavon dan kemudiannya di Sekolah Charausta.

Pendidikan menengah beliau ialah di Government English School dan


kemudiannya di Penang Free School sehingga lulus peringkat Junior
Cambridge. Selepas itu bapanya menghantar beliau ke Makkah untuk
menuntut dalam bidang agama.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, Tuan Guru Yusof Rawa terus
menetap di Makkah untuk mendalami pengetahuan agama. Beliau
menetap di sana selama 12 tahun.

Menghadapi Ujian

Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, kawasan tempat tinggal


keluarga Tuan Guru Yusof Rawa dihujani dengan bom dari pesawat
udara Jepun.

Bapanya, Hj Abdullah Hj Nordin sempat menyelamatkan anak-anak dan


isterinya.
Walau bagaimanapun, tatkala keluar sekali lagi untuk mengambil
sesuatu yang masih tertinggal di kedainya, sebutir bom gugur dekat
dengannya.

Hj Abdullah terkorban dan tubuhnya berkecai.

Peristiwa itu berlaku semasa Tuan Guru Yusof Rawa berada di Makkah.
Semasa di Makkah di zaman remajanya, Tuan Guru Yusof Rawa juga
pernah diburu oleh pihak polis Masjidil Haram. Beliau terpaksa
bersembunyi beberapa hari untuk mengelakkan daripada ditangkap
polis.

20
Peristiwa ini berlaku ekoran perkelahian di antara anak-anak Jawi
dengan remaja Arab Makkah.

Sekembalinya Tuan Guru Yusof Rawa dari Makkah, beliau menerbitkan


majalah Al-Islah. Di atas kegiatannya ini beliau ditahan oleh penjajah
Inggeris yang mengesyaki beliau terbabit dengan gerakan Islah di
Mesir.

Penglibatan dalam PAS

Tuan Guru Yusof Rawa mendaftar menjadi ahli seumur hidup pada awal
penubuhan PAS iaitu pada tahun 1951.

Pada tahun 1959 beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Beliau kemudian dipilih untuk menduduki Jawatankuasa Pusat yang


ketika itu didominasi oleh pemimpin-pemimpin dari Pantai Timur dan
Kedah.

Sejak dari zaman Dr. Burhanuddin Al-Helmy lagi, Tuan Guru Yusof
Rawa sudah pun dianggap sebagai salah seorang pemimpin kanan PAS.

Menjelang penghujung tahun 1970an, Tuan Guru Yusof Rawa menjadi


Naib Yang Dipertua pertama dan Naib Yang Dipertua kedua adalah
Ustaz Fadzil Noor.

Krisis kepimpinan dalam PAS menyaksikan Timbalan Yang Dipertua,


Ustaz Hassan Adli mengosongkan jawatannya. Tuan Guru Yusof Rawa
mencabar Dato’ Abu Bakar Omar untuk jawatan tersebut tetapi kalah.

Pada tahun 1981, Tuan Guru Yusof Rawa bertanding sekali lagi untuk
jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS dan menang.

Pergolakan PAS pada tahun 1982 telah memaksa Dato’ Mohd Asri Muda
meletakkan jawatan.

Jawatan Yang Dipertua PAS telah dipangku oleh Tuan Guru Yusof Rawa.
Dalam Muktamar PAS ke-29 pada tahun 1983, Tuan Guru Yusof Rawa
telah sebulat suara dilantik Yang Dipertua PAS.

Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan


PAS, Tuan Guru Yusof Rawa telah dipilih sebagai Mursyidul Am yang
pertama pada tahun 1987.

21
Di atas sebab-sebab kesihatan, Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan
jawatan sebagai Yang Dipertua pada tahun 1989 tetapi kekal memegang
jawatan sebagai Mursyidul Am.
Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am pada
tahun 1993.

Jawatan itu dipegang seterusnya oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat, selaku Mursyidul Am PAS yang kedua.

Menangani Krisis Peralihan

Tuan Guru Yusof Rawa mengambil alih kepimpinan ketika PAS


berhadapan bukan hanya dengan kemelut dalaman PAS tetapi juga
dalam angkatan gerakan Islam.

Kemelut dalaman PAS berlaku apabila terpinggirnya Dato’ Asri dan


angkatan pemimpin-pemimpin eranya. Ekoran itu berlaku pula tindakan
dan ancaman terhadap PAS daripada penyokong-penyokong Dato’
Mohd Asri.

Kemelut dalaman di kalangan angkatan gerakan Islam pula berlaku


apabila rakan kongsi perjuangan Islam, Anwar Ibrahim daripada ABIM
membuat keputusan untuk menyertai UMNO.

Tuan Guru Yusof Rawa amat kecewa apabila Anwar Ibrahim mengambil
keputusan menyertai UMNO. Dalam perbualan telefonnya dengan
Anwar, Tuan Guru Yusof Rawa menyatakan: ”...tindakan anda itu
umpama menikam kami dari belakang”

Dengan pendedahan dan pengalamannya yang luas, dimantapkan dengan


sikap keterbukaan dan kesederhanaannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah
berjaya menampung kemelut ini sehingga PAS berjaya ditempatkan
dalam arus perdana perjuangan Islam di negara ini.

Pendekatan dan mesej perjuangan Islam yang dibawa oleh Tuan Guru
Yusof Rawa telah berjaya menarik minat angkatan muda dan pencinta-
pencinta perjuangan Islam menyertai PAS.

Dalam menangani era peralihan ini, Tuan Guru Yusof Rawa amat
beruntung kerana dibantu oleh tokoh-tokoh besar seperti Ustaz Fadzil
Noor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Ustaz Hasan Shukri, Mustafa Ali dan tokoh-tokoh muda PAS yang
lainnya.

22
Menangani Gejala Dalaman

Setelah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua, Dato’ Mohd Asri


Muda balik ke Kelantan dan mengadakan perjumpaan terbuka dengan
penyokongnya mengecam pimpinan baru regu Tuan Guru Yusof Rawa
dan Ustaz Fadzil Noor.

Kumpulan ini mengancam untuk bertindak menggempur pimpinan baru


PAS. Laporan yang diterima dari Kelantan melihat ancaman itu
membahayakan perpaduan jamaah.
Demi menjaga keutuhan parti, Tuan Guru Yusof Rawa melalui
mesyuarat Jawatankuasa Disiplin telah membuat satu keputusan yang
amat berat sekali.

Keputusan tegas dan berani telah dibuat dengan Ustaz Hasan Shukri
selaku Setiausaha Agung telah mengeluarkan surat kepada Dato’ Mohd
Asri Muda yang menyebut:

”Jawatankuasa Disiplin parti menggantung keahlian saudara daripada


menjadi ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mulai dari tarikh keputusan
ini dibuat sehingga kepada masanya diberitahu kelak. Dengan demikian
maka terlucutlah segala hak keahlian saudara dalam PAS seperti yang
disebutkan oleh Fasal 14(10(a) hingga (e) mula tarikh di atas, 9 Rabiul
Akhir 1403/23 Januari 1983 hingga masanya diberitahu kelak”

Bersama-sama Dato’ Mohd Asri Muda yang dikenakan tindakan disiplin


ialah 12 orang lagi yang mana ada di antaranya dipecat, digantung dan
diberi amaran.

Sebahagian besar daripada mereka adalah ahli Jawatankuasa Agung.


Tindakan ini dikira sebagai tindakan paling berani yang diambil oleh
gandingan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil demi
menyelamatkan parti daripada ancaman krisis.

Mengasaskan Kepimpinan Ulama’

Isu kepimpinan ulama’ timbul dalam PAS apabila krisis melanda PAS di
bawah kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda, terutama pada tempoh
terakhirnya.

Ia bermula dengan polimik apakah PAS parti Islam atau parti nasionalis?
Walaupun PAS tidak pernah berganjak bahawa ia adalah sebuah jamaah
Islam, namun pandangan yang melihat PAS sebagai lebih kepada arah
nasionalis amat berpengaruh pada era Dato’ Mohd Asri Muda.

23
Pertembungan pemikiran ini melemahkan daya tahan pimpinan angkatan
Dato’ Mohd Asri Muda.

Ada yang berpandangan bahawa malang yang merundung PAS ialah


kerana ia tidak dipimpin oleh ulama’.

Tidak pula dinafikan pengaruh daripada kepimpinan ulama’ dalam


Revolusi Iran mempengaruhi suasana dalam PAS pada masa itu.
Kejayaan umat Islam meruntuhkan rejim zalim Shah Iran dilihat sebagai
kejayaan cemerlang kepimpinan ulama’.

Dalam suasana inilah tampil tokoh besar dalam PAS seperti Tuan Guru
Nik Abdul Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh pelapis seperti Ustaz Fadzil
Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang. Berlatarbelakang senario ini, Tuan
Guru Yusof Rawa merintis jalan ke arah kepimpinan ulama’.

Sikap keterbukaan dalam gaya kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa telah
menjadikan seluruh lapisan keahlian menerima dan terus
memartabatkan kepimpinan ulama’ dalam PAS.

Dengan itu, Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya memantapkan paksi
perjuangan PAS sebagai parti politik Islam, gerakan dakwah dan
harakah Islamiyyah melalui konsep kepimpinan ulama’.

Pindaan Perlembagaan 1983

Setelah memantapkan PAS di segi dalaman, Tuan Guru Yusof Rawa


berusaha meletakkan semula PAS sebagai sebuah parti politik Islam
yang berwibawa di negara ini.

Peluang tersebut muncul apabila Dr. Mahathir Mohamad mengambil


langkah untuk menyekat kuasa raja-raja Melayu melalui pindaan
Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1983.

Tuan Guru Yusof Rawa menerajui PAS membantah langkah Dr.


Mahathir. PAS mengambil sikap mempertahankan hak raja-raja Melayu
dan menyekat pembolotan kuasa kerajaan yang cuba dilakukan oleh Dr.
Mahathir. Tindakan ini sekali gus berjaya menampilkan PAS sebagai
juara umat Islam dan bangsa Melayu.

Walaupun langkah ini diambil oleh Tuan Guru Yusof Rawa, dasar PAS
tetap selaras dengan Islam. Ini kerana sepanjang sesi 1984-85, PAS di
bawah pimpinan Tuan Guru Yusof Rawa sering berbicara mewakili

24
golongan mustadafin dan menentang golongan mustakbirin.

Dalam tempoh tersebut, PAS memperkenalkan secara terbuka


perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kefasadan.

Seterusnya pada tahun 1985, di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa,
PAS meningkatkan kempen menentang segala bentuk asabiyyah,
terutama asabiyyah UMNO dan Barisan Nasional.

Kebijaksanaan Tuan Guru Yusof Rawa merebut peluang daripada


langkah Dr. Mahathir untuk menyekat hak raja-raja Melayu telah
memberi ruang yang seluasnya bagi beliau menempatkan PAS kembali
sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam yang relevan dan
berwibawa di negara ini.

Tragedi Memali

Tragedi Memali yang tercetus pada 18 November 1985, berlaku semasa


PAS diterajui oleh Tuan Guru Yusof Rawa.

Tragedi ini merupakan pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya dan


tigabelas muridnya akibat serangan kira-kira 4,000 anggota polis.

Empat anggota polis turut terkorban.

Tragedi Memali bermotifkan politik.

Peristiwa ini berlaku apabila sokongan orang Melayu yang semakin


meningkat terhadap PAS lantaran penerimaan mereka terhadap
kewibawaan PAS dan kepimpinan ulama’.
Tragedi Memali didahului sebelum itu dengan beberapa operasi
penahanan ISA terhadap tokoh-tokoh Pemuda PAS.

Tuan Guru Yusof Rawa dengan tenang menangani tragedi di Memali.


Tugas ini diserahkannya dengan penuh bijaksana kepada timbalannya,
Ustaz Fadzil Noor, yang juga pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS
Negeri Kedah.

Di bawah kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa, PAS menegaskan bahawa


Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya gugur sebagai syuhada’.

Pendirian ini dipertahankan oleh Tuan Guru Yusof Rawa walaupun


Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka
tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah.

25
Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz
Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka,
Tuan Guru Yusof Rawa tetap cekal mempertahankan pendirian PAS
bahawa mereka semua adalah mati syahid.

Menentang Kezaliman ISA

Semasa PAS diterajui oleh Tuan Guru Yusof Rawa, pemimpin-pemimpin


PAS terutama tokoh-tokoh Pemuda sering berhadapan dengan
tangkapan di bawah ISA.

Semasa Dato’ Mohd Asri Muda menerajui PAS, pendirian PAS terhadap
ISA adalah seperti yang diungkapkan sendiri olehnya sebagai:

”PAS merasakan betapa perlunya undang-undang itu bagi sebuah


negara merdeka yang masih muda seperti Persekutuan Tanah Melayu
demi menjaga keamanan negara dan mengawasi serta mencegah
gerakan subversif, apatah lagi gerakan komunis yang amat memerlukan
pengawasan dan prihatin daripada seluruh rakyat yang cintakan
keamanan. Sikap ini menjadi bukti kerana sekalipun PAS berada di
pihak pembangkang, PAS tidaklah mengambil sikap menentang secara
melulu, mentang-mentang menjadi golongan pembangkang, maka semua
yang datang daripada kerajaan ditentang”

Berlainan dari zaman Dato’ Mohd Asri Muda, di bawah teraju Tuan Guru
Yusof Rawa, PAS mengambil sikap dan pendirian yang berbeza terhadap
ISA.

Perubahan ini ketara dalam Ucapan Dasar Tuan Guru Yusof Rawa pada
tahun 1985. Di mana katanya:

”Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri yang diluluskan oleh


Parlimen dan pindaan-pindaan yang telah dibuat ke atasnya lebih kejam
lagi. Undang-undang ini tidak terikat kepada mana-mana prinsip
sekalipun, kecuali kepada keinginan Menteri Dalam Negeri. Mangsanya
dihukum tanpa memerlukan apa-apa pembuktian, sama ada dari yang
dituduh atau yang menuduh”

Menyentuh penahanan pemimpin-pemimpin muda PAS seperti Ustaz


Abu Bakar Chik, Abdul Razak Daud, Mohamad Sabu, Ustaz Bunyamin
Ya’kub dan Suhaimi Said, Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan:

”Penahanan mereka hanyalah semata-mata di atas keinginan Menteri

26
Dalam Negeri yang didesak berulang kali oleh wakil-wakil dalam
Perhimpunan Agung UMNO. Bahaya kepada UMNO dianggap sebagai
bahaya kepada keselamatan negara. Kemerosotan sokongan kepada
UMNO dianggap perpecahan dan ancaman yang membahayakan orang-
orang Melayu. Inilah lojik dan cara berfikir pemimpin yang
mengamalkan prinsip diktator berparlimen”

”Undang-undang ini nyata sekali bertentangan dengan keadilan”

Dalam Ucapan Dasar pada tahun 1988, menyentuh tangkapan ISA


terhadap sepuluh orang pemimpin muda PAS di bawah Operasi Lalang,
Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan:

”Sebenarnya tindakan ini bukan kerana keselamatan negara, tetapi


adalah kerana muslihat pemimpin-pemimpin yang sudah terpisah dari
orang ramai, terpisah dari perjuangan rakyat dan partinya sendiri,
malah terpencil dari kliknya sendiri ISA pada prinsipnya adalah undang-
undang yang zalim kerana ia tidak memberi peluang membela diri
kepada mangsanya dalam apa bentuk pun”

Dasar yang diambil oleh Tuan Guru Yusof Rawa terhadap ISA adalah
jelas berdasarkan prinsip.

PAS menolak ISA kerana ia zalim!

Kejelasan pendirian dalam isu ISA inilah yang diwarisi oleh Ustaz Fadzil
Noor ketika menerajui PAS.

Sumbangan kepada Gerakan Islam: Sikap Terbuka dan


Sederhana

Sumbangan terbesar Tuan Guru Yusof Rawa terhadap gerakan dan


perjuangan Islam di Malaysia adalah di atas tindakannya untuk
mengukuhkan serta menempatkan kembali PAS dalam arus perdana
politik dan dakwah di negara ini.
Kepimpinannya yang terbuka memberi ruang yang seluas-luasnya
kepada tokoh dan tenaga muda pelapis dalam PAS untuk melakar dan
mencorakkan peta baru perjuangan Islam di Malaysia melalui PAS.

Konsep kepimpinan ulama’ yang diterajuinya memartabatkan kedudukan


gerakan Islam di atas paksi ilmu, syaksiyyah dan akhlak mulia
pemimpin-pemimpin yang tinggi cita-cita perjuangan Islamnya.

Peralihan daripada sebuah gerakan yang dianggap sebagai nasionalis

27
Islam kepada sebuah harakah Islamiyyah telah menarik minat golongan
teknokrat, intelektual, para lepasan universiti tempatan dan luar negara
serta pelbagai lapisan pencinta perjuangan Islam di negara ini.

Tuan Guru Yusof Rawa turut memberi ruang yang luas kepada barisan
pimpinan pelapis untuk meneroka kerjasama politik dengan kaum bukan
Islam.

Beliau merintis jalan ke arah penubuhan CCC atau Chinese Consultative


Council. Dalam konteks pengukuhan unsur-unsur dalaman PAS, Tuan
Guru Yusof Rawa membuka ruang seluas-luasnya kepada pendekatan
tarbiyyah dan harakiyyah.

Pendedahannya di luar negara serta pengetahuannya tentang


perjuangan gerakan Islam seperti Ikhwan Muslimin dan gerakan-
gerakan pembebasan yang lain, memberi keupayaan kepada Tuan Guru
Yusof Rawa untuk mencorakkan gerakerja haraki dalam PAS.

Sikap ini telah berjaya memberi laluan kepada pendokong-pendokong


Islam daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai dan terlibat
aktif dalam PAS.

Demikian juga bagi mereka yang mendokong pendekatan Revolusi Islam


Iran. Sikap terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa telah
memberi ruang bagi mereka terlibat memberi sumbangan perjuangan
Islam dalam PAS.

Di bawah kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan bahawa


apa yang boleh dianuti adalah semangat revolusi di segi menentang
penindasan pemerintah yang zalim, tetapi bukan di segi anutan
mazhabnya.

Namun di sebalik sikap terbuka dan sederhananya, PAS di bawah teraju


kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa tidak pernah berkompromi dengan
kezaliman, penindasan dan kemungkaran.

Pendirian inilah yang menampilkan identiti PAS sebagai parti politik


Islam dan sebuah harakah Islamiyyah.

Di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa, ditegaskan dengan jelas


bahawa kepimpinan ulama’ bukan sahaja membawa makna kepimpinan
mesti diterajui oleh ulama’.

Hakikat yang lebih utama adalah kepimpinan ulama’ berkehendakkan

28
kepada kandungan perjuangan yang berteraskan ciri-ciri tarbiyyah,
dakwah, ilmu dan satu pergerakan atau harakah yang menjadikan cita-
cita Islam sebagai paksinya.

Jelas, di bawah kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah


meletakkan paksi penting perjuangan PAS selepas mengambilalih
daripada Dato’ Mohd Asri Muda.

Pencapaian Sebagai Ahli Politik Islam

Kemenangan awal dalam penglibatan politik Tuan Guru Yusof Rawa


ialah pada pilihanraya tahun 1969 apabila berjaya mengalahkan Dr.
Mahathir Mohamad bagi kerusi Parlimen Kota Setar Selatan.

Sebelum penyertaan PAS dalam kerajaan Perikatan lagi, Tuan Guru


Yusof Rawa telah diberikan kepercayaan oleh Tunku Abdul Rahman
pada awal tahun 1970an untuk menganggotai delegasi negara melawat
umat Islam di Taiwan.

Perlantikan ini dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman memandangkan


kemampuan Tuan Guru Yusof Rawa bertutur dalam bahasa Inggeris dan
bahasa Arab.

Apabila PAS menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan pada tahun


1973, Tuan Guru Yusof Rawa dilantik sebagai wakil Malaysia ke PBB
untuk membahaskan isu-isu antarabangsa yang melibatkan Malaysia.

Tuan Guru Yusof Rawa juga pernah menjadi Konsul Kehormat Iraq di
Pulau Pinang. Beliau tinggal selama setahun di New York untuk
mewakili negara di PBB.

Sekembalinya dari New York beliau menyertai pilihanraya tahun 1974


dan menang tanpa bertanding.

Sejurus selepas itu, sebagai salah seorang pemimpin kanan dalam parti,
beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama.

Menterinya pada masa itu adalah Tan Sri Musa Hitam.

Perlantikan ini menjadikan Tuan Guru Yusof Rawa sebagai anak Melayu
Pulau Pinang pertama menjawat jawatan politik setinggi itu.

Selepas itu, Tuan Guru Yusof Rawa dilantik pula sebagai Duta Besar
Malaysia ke Iran. Ketika itu Shah Iran masih memerintah Iran.

29
Dengan tugas sebagai Duta ke Iran, Tuan Guru Yusof Rawa juga
ditauliahkan ke Turki dan Afghanistan.

Semasa menjalankan tugas tersebutlah Tuan Guru Yusof Rawa belajar


bahasa Farsi dan bahasa Perancis di samping mengekalkan
kefasihannya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Apabila PAS dikeluarkan daripada Barisan Nasional pada tahun 1978,


Tuan Guru Yusof Rawa kembali dari Iran pada tahun 1979 apabila tamat
tempoh khidmatnya.

Tuan Guru Yusof Rawa kemudian memilih berkhidmat dengan PAS dan
meninggalkan kerajaan.

Tuan Guru Yusof Rawa juga telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal
Hijrah Pulau Pinang pada tahun 1992.

Penghormatan Terakhir

Tuan Guru Yusof Rawa menghembuskan nafas terakhir setelah solat


subuh pada hari Jumaat, 28 April 2000.

Penuh sesak orang membanjiri Masjid Gelugor pada solat Jumaat dan
solat jenazah untuk Tuan Guru Yusof Rawa.

Sepanjang jalan dari Gelugor ke Kampong Makam yang terletak di


pinggir bandar Georgetown dipenuhi oleh orang ramai yang datang
untuk memberi penghormatan terakhir.

Kaum Cina dan India juga datang untuk memberikan penghormatan


terakhir. Turut hadir adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Koh
Tsu Koon.

Pada penghujung hayatnya, Tuan Guru Yusof Rawa menyaksikan


penzaliman yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim. Beliau mendoakan
agar Anwar bersabar dan tabah di atas penzaliman tersebut.

Apa yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim itu ditegaskan oleh Tuan Guru
Yusof Rawa sebagai kemuncak kezaliman Dr. Mahathir yang tidak dapat
lagi membezakan antara kebinatangan dan kemanusiaan!

30
Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911 – 1969)
Latar Belakang

Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 28 Ogos


1911 di Changkat Tualang, Perak.

Burhanuddin Al-Helmy mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran


dan agama dan sekolah Melayu. Dia dihantar ke Sekolah Agama Sungai
Jambu, Sumatra Barat pada tahun 1924 hingga 1926.

Pada tahun 1926, Burhanuddin Al-Helmy meneruskan pelajarannya di


Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya dari situ ke Madrasah
Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat kelas senawi pada
tahun 1934.

Burhanuddin Al-Helmy telah mendapat biasiswa seorang hartawan India


muslim dari Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti
Aligarh. Di universiti tersebut Burhanuddin Al-Helmy mengambil bidang
sastera dan falsafah.

Beliau dianugerahkan PhD daripada Universiti Aligarh, India.

Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke


Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai
guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned Singapura.

Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy belajar ilmu perubatan


homeopati daripada Dr. Rajah dan beliau telah berjaya mendapat ijazah
daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad, India.

Dengan kelayakan ini, Burhanuddin Al-Helmy telah membuka sebuah


klinik di Johor Bahru dan sebuah lagi klinik di Jalan Picitan, Singapura.

Seorang Aktivis Dakwah dan Politik

Pembabitan awal Burhanuddin Al-Helmy:

· Penerbit majalah Taman Bahagia, Singapura


· Penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat, Singapura
· Ahli Persatuan Jama’atul Islamiah
· Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM), 1939
· Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa

31
pendudukan Jepun
· Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), 1945
· Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945
· Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
· Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia, 1947
· Ahli pengasas PEPERMAS, 1947
· Ahli pengasas MATA, 1947
· Ahli pengasas Hizbul Muslimin, 1948
· Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955
· Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955
· Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya, 1955

Pengaruh Awal Pemikiran

Semasa belajar di Jambu, Sumatera Barat (1924-1926), Burhanuddin


Al-Helmy berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota Sarekat
islam Indonesia. Di samping itu guru-guru yang mengajar dan mendidik
beliau di sana terdiri di kalangan aliran Kaum Muda.

Semasa di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas,


Burhanuddin Al-Helmy juga terdedah dengan pemikiran Kaum Muda.
Aliran inilah yang telah menyalakan semangat anti-penjajah dan pro-
kemerdekaan dalam diri beliau.

Semasa belajar di India pula pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmy


mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd
Ali Jinnah dan Pandit Nehru dan pemimpin-pemimpin kemerdekaan
India yang lain.

Selepas tamat pelajarannya di Universiti Aligarh, India Burhanuddin Al-


Helmy telah mengembara ke Palestin dan Turki. Beliau mengikuti
perkembangan umat Islam di sana.

Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy telah bergiat cergas dalam


pergerakan-pergerakan Islam di pulau tersebut. Beliau menerbitkan
majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British yang akibatnya dia
ditahan oleh pihak British di sana.

Selepas itu, Burhanuddin Al-Helmy terus bergiat pula dengan persatuan


Jama’atul Islamiah dan menjadi penyunting majalah Kehidupan Dunia
Akhirat.

32
Ditahan dan Merengkok dalam Penjara

Selepas tamat pelajarannya di India, Burhanuddin Al-Helmy


mengembara ke Palestin dan Turki. Semasa di Turki belaiu ditahan
kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.

Ketika di Singapura pada pertengahan 1930an, Burhanuddin Al-Helmy


telah menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British.
Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan
oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan.

Terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dibebaskan selepas


membayar wang ikat jamin sebanyak $1,000.

Pada tahun 1950, Burhanuddin Al-Helmy telah ditahan oleh British


akibat Peristiwa Natrah. Dia dituduh terlibat dalam demonstrasi
menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membenarkan
Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di
Belanda.

Dia telah dipenjara selama satu tahun. Namun, terdapat juga catatan
yang menyatakan beliau dipenjarakan selama tiga tahun di Singapura
ekoran peristiwa tersebut, iaitu dari dari tahun 1950 hingga 1952.

Terdapat catatan yang peristiwa Natrah itu hanya sebagai alasan bagi
pihak British menahan Burhanuddin Al-Helmy.

Sebenarnya Burhanuddin Al-Helmy ditahan oleh British kerana semasa


Darurat pada 1948, beliau menyeru secara terbuka orang Melayu jangan
menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam
hutan.

Peristiwa Natrah hanya dijadikan alasan oleh pihak British. British tidak
boleh menahan Burhanuddin Al-Helmy yang bergiat masa itu di
Singapura kerana pulau tersebut tidak tertakluk kepada undang-undang
Darurat yang hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Tanah Melayu.

Burhanuddin Al-Helmy menentang penubuhan Malaysia pada tahun


1963. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA pada bulan Januari
1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan di Riau, Indonesia.

Burhanuddin bin Al-Helmy jatuh uzur semasa dalam tahanan. Pada


bulan Mac 1966, beliau dibebaskan bersyarat dan dikenakan sekatan
kawasan. Di antara syaratnya adalah beliau tidak dibenarkan melibatkan

33
diri dalam politik. Syarat tersebut ditarik balik hanya pada 22
September 1969.

Tokoh Perjuang Kemerdekaan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan


kemerdekaan. Beliau bergiat cergas dalam KMM dengan tujuan
menentang penjajahan British. Semasa pendudukan Jepun, Burhanuddin
Al-Helmy dan beberapa orang rakannya mengambil strategi licik. Ini
diungkapnya sebagai:

”Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil langkah Musa


dalam istana Firaun. Ada yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar
mengambil bahagian di hutan di ruimba jadi anti-fascist ada yang
menjalankan gerakan rayap – semut api – harimau dan sebagainya”

Dengan sokongan pihak Jepun, beliau bersama-sama Ibrahim Yaacob


memimpin KRIS membuat persetujuan dengan Seokarno dan Mohd Hatta
di Taiping untuk mengisytiharkan kemerdekaan serentak di Tanah
Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945.

Tetapi Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945.

Seokarno meneruskan rancangannya mengisytiharkan Indonesia


merdeka dari Belanda pada 17 Ogos 1945.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak dapat berbuat demikian


memandangkan perkembangan yang amat berbeza di Tanah Melayu
ketika itu.

Selepas Jepun berundur, PKMM ditubuhkan sebagai satu


kesinambungan daripada KMM. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjadi
Ketua Umum PKMM yang pertama.

Semasa diadakan kongres PKMM ke-2 di Melaka pada Disember 1946,


Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah disambut hebat oleh pelbagai lapisan
kaum di sana. Dalam ucapan tersebutlah Burhanuddin Al-Helmy
melafazkan pantun pusakanya yang terkenal:

Di atas robohan Kota Melaka;


Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.

34
Pembabitan Burhanuddin Al-Helmy dalam PUTERA, PEPERMAS, MATA
dan Hizbul Muslimin sepanjang tahun 1947-1948 adalah juga dengan
tumpuan menyemarakkan perjuang mencapai kemerdekaan Tanah
Melayu.

Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah


apabila Burhanuddin Al-Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui
Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA beserta bendera merah putih duabelas
bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka.
Pembabitannya melancarkan Parti Rakyat Malaya sebaik sahaja Ahmad
Boestamam dibebaskan dari penjara pada tahun 1955 juga adalah dalam
konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada masa itu politik kiri adalah bermaksud anti-British. Mereka yang
mengambil sikap no-cooperation terhadap penjajah British di anggap
sebagai ”kiri”. Sedangkan mereka yang bersikap cooperation seperti
UMNO, dianggap ”kanan”.

Menyertai dan Memimpin PAS

Ketika PAS ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, Dr. Burhanuddin Al-
Helmy masih dalam tahanan penjara di Singapura.

Apabila Yang Dipertua Agung Pas yang pertama, Ustaz Ahmad Fuad
melepaskan jawatannya pada tahun 1953 tugas memimpin PAS
diambilalih oleh Dr. Hj Abbas Alias.

PAS di bawah kepimpinan Dr. Abbas tidak begitu lama, iaitu hanya
selama 3 tahun 2 bulan sahaja. Ini adalah disebabkan Dr. Abbas tidak
dapat bergerak aktif kerana masih terikat dengan jawatannya di dalam
perkhidmatan kerajaan, iaitu sebagai seorang pegawai perubatan.

Angkatan muda dalam PAS pada masa itu yang antaranya terdiri
daripada Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Hasan Adli, Ustaz Abdul Wahab
Noor dan Mohd Asri Muda telah mengadakan mesyuarat tidak rasmi
berhubung dengan jawatan utama PAS.

Mereka bersepakat bahawa tidak ada orang yang lebih tepat memimpin
PAS pada masa itu selain daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Ketika itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy hanya bergiat cergas


mempromosi Parti Rakyat Malaya di seluruh Tanah Melayu. Ini
bermakna, Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak ada sebarang jawatan dalam
mana-mana parti politik.

35
Pada bulan Disember 1956 satu perwakilan yang terdiri daripada Ustaz
Abdul Wahab Noor dan Ustaz Baharuddin Latiff telah diutus bertemu Dr.
Burhanuddin Al-Helmy. Beliau bersetuju untuk menyertai PAS.

Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa tugas ini dilaksanakan


oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Hj Said Abdul Hadi yang diamanahkan
oleh Ustaz Hasan Adli untuk mendapatkan persetujaun bertulis daripada
Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan meminta beliau mengisi borang PAS.

Walau bagaimanapun, sebelum itu pun memang sudah terdapat


persetujuan tidak rasmi di kalangan mereka bertiga agar Ahmad
Boestamam menerajui Parti Rakyat Malaya, Ishaj Haji Muhammad (Pak
Sako) menerajui Parti Buruh dan Burhanuddin bin Al-Helmy menerajui
PAS. Jadi pelawaan daripada pemimpin-pemimpin PAS kepada
Burhanuddin Al-Helmy adalah tepat pada masanya.

Demokrasi dalam PAS

Setahun sebelum Dr. Burhanuddin Al-Helmy menyertai PAS, beberapa


orang pemuda juga telah pergi ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan
Prof Zulkifli Muhammad. Tujuan mereka adalah untuk mempelawanya
menyertai PAS.

Prof Zulkifli Muhammad menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1955.

Dalam Muktamar PAS ke-5 pada 25 Disember 1956, terdapat dua


pencalonan bagi jawatan Yang Dipertu Agung, iaitu Dr. Burhanuddin Al-
Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Daripada kawasan-kawasan Prof Zulkifli Muhammad mendapat


pencalonan yang lebih banyak daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Keadaan ini adalah disebabkan terdapat ahli-ahli PAS pada masa itu
yang bimbang dengan latarbelakang politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy
sebelum menyertai PAS.

Sebahagian ahli PAS lebih selesa jika PAS dipimpin oleh Prof Zulkifli
Muhammad memandangkan beliau seorang tokoh muda yang sangat
karismatik dan pernah belajar agama di Mesir.

Dalam pemilihan jawatan tertinggi PAS dalam Muktamar ke-5 itu, Dr.
Burhanuddin Al-Helmy telah berjaya menewaskan pencabarnya, iaitu
Prof Zulkifli Muhammad.

36
Pertandingan bagi jawatan tertinggi parti di antara kedua tokoh besar
ini menunjukkan kematangan ahli-ahli serta amalan dan suasana
demokrasi dalam PAS sejak awal-awal penubuhannya.

Muktamar seterusnya memilih Prof Zulkifli Muhammad menjadi


Timbalan Yang Dipertua Agung PAS. Gabungan mereka berdua inilah
yang terus memantapkan PAS. Selepas diberikan amanah memimpin
PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy menunjukkan betapa gigihnya beliau
melaksanakan tugas tersebut.

Pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam PAS adalah yang paling


lama jika dibandingkan dengan tempoh beliau berada dalam mana-mana
parti terdahulu yang disertanya. Malah hayatnya ditutup dalam PAS.
Bahkan pada zamannya juga PAS berkembang dengan luasnya.

Tugas memimpin PAS dilaksanakan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy


walaupun sebahagian dari tempoh ini dilaluinya semasa menjalani
penahanan dan sekatan tanpa bicara di bawah ISA.

Seorang Demokrat Berperlembagaan

Selaras dengan dasar PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk


mendapatkan suara rakyat bagi mengukuhkan perjuangan Islam, Dr.
Burhanuddin Al-Helmy telah menjadi calon PAS dalam pilihanraya
1959. Beliau menang dan menjadi wakil rakyat Pas bagi kerusi Parlimen
Besut, Terengganu.

Pada masa itu sistem pilihanraya Dewan Undangan Negeri dijalankan


mengikut negeri ke negeri. Negeri paling akhir selepas Terengganu
adalah Kelantan.

Dengan sistem seperti ini, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan pimpinan PAS
telah menyusun tenaga kerja jentera PAS dipindahkan dari satu negeri
ke satu negeri.

Di Dewan Undangan Negeri Terengganu, PAS menang 13 daripada 24


kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu.

Manakala di peringkat Parlimen pula, calon-calon PAS menang empat


kerusi, iaitu Ustaz Hasan Adli di Kuala Terengganu Utara, Khadijah
Sidek di Dungun, Harun Pilus di Terengganu Tengah dan Dr.
Burhanuddin Al-Helmy di Besut.

37
Dengan kemenangan ini, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-
Helmy menggunakan kempen ”Kalau di Terengganu PAS boleh menang,
kenapa Kelantan tidak?”

Ternyata taktik ini berkesan sekali sehingga PAS memenangi 28


daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri dan berjaya membentuk
kerajaan di Kelantan.

PAS juga memenangi sembilan daripada sepuluh kerusi Parlimen di


Kelantan.

Dalam konteks yang lebih luas, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah
mempertahankan amalan demokrasi di atas dasar Perlembagaan yang
sedia ada. Di atas sebab itu beliau menentang penubuhan Malaysia.
Baginya, penubuhan Malaysia adalah bertentangan dengan konsep
Persekutuan yang memberi ruang yang luas bagi pembangunan setiap
negeri di bawahnya.

Menurutnya, dengan wujudnya Malaysia, maka ”mahu tidak mahu


Kelantan menjadi satu bahagian di bawah kekuasaan Malaysia”. Dr.
Burhanuddin Al-Helmy mahu kerajaan Pusat bersikap lebih demokratik
dengan merundingkan penubuhan Malaysia dengan kerajaan negeri
terlebih dahulu.

Di bawah pimpinannya, kerajaan PAS Kelantan telah mengheret isu


Malaysia ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi penanguhan
pembentukan Malaysia.

Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy serta


pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu amat diterima rakyat,
khasnya di kalangan kaum Melayu.

Kejayaan PAS dalam pilihanraya 1959 juga membuktikan PAS adalah


sebuah parti politik dan gerakan Islam yang bersedia memanfaatkan
saluran sistem demokrasi yang bersesuaian dengan Islam bagi tujuan
memajukan Islam, rakyat dan negara.

Di atas kejayaan ini, kerajaan Perikatan menggunakan taktik kotor


untuk menghalang kemaraan PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin
Al-Helmy. Satu langkah licik telah digunakan untuk menghalang Dr.
Burhanuddin Al-Helmy daripada mempertahankan kerusi Parlimen
Besut.

38
Dalam pilihanraya 1964, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan
Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak layak bertanding kerana telah didenda
sebanyak $25,360 oleh sebuah mahkamah atas satu kesalahan teknikal
dalam sebuah syarikat perniagaan.

Sumbangan kepada Gerakan Islam

Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang


mendahului zamannya.

Beliau adalah seorang yang progresif, realistik, berpandangan global


serta sentiasa bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam.

Beliau progresif kerana beliau menolak sebarang bentuk dan unsur


kolonialisme. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya dalah untuk
memerdekan rakyat Tanah Melayu – bahkan seluruh bumi Asia –
daripada penjajahan, sama ada penjajahan dari Barat mahupun dari
Timur.

Beliau realistik kerana belaiu sentiasa bersikap terbuka dan bersedia


bekerjasama dengan mana-mana pihak – parti politik bukan Melayu atau
bukan berasaskan Islam – yang memiliki cita-cita dan tujuan yang sama,
iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan
rakyat daripada penjajahan.

Dari satu sudut Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang ahli politik
yang bersikap praktikal dan realistik kalaupun tidak pragmatik.

Pendekatannya terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS


yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama
- iaitu kemerdekaan – telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah
arus perdana politik negara pada masa itu.

PAS dilihat ada kelainan tetapi tokoh PAS ini tidak lain dan asing bagi
mereka yang sama-sama mahu mengejar cita-cita kemerdekaan.

Pakatan politik yang diwujudkan olehnya dengan parti-parti bukan


Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai
sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas
daripada UMNO.

Kelainan inilah yang sebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah
perjuangan. Dalam bahasa Dr. Burhanuddin Al-Helmy ia disebut sebagai
ideologi perjuangan.

39
Ini kerana pada masa pemimpin-pemimpin UMNO terperangakap
dengan persoalan politik perkauman dan perjuangan kebangsaan yang
sempit, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya
meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah Melayu
adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik
serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan
pribumi tanah jajahan.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga mendedahkan kepincangan masyarakat


apabila sejumlah elit politik pribumi bersekongkol melindungi dan
mempertahankan penindasan sistem penjajah ini.

Karya dan Penulisan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menghasilkan buku yang bercorak


politik antaranya:

• Perjuangan Kita, 1946


• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
• Agama dan Politik, 1954,
• Ideologi Politik Islam, 1957 Namanya Diabadikan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969


berpunca daripada serangan lelah. Sebenarnya Dr. Burhanuddin Al-
Helmy telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA. Ketika beliau
dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya
masih belum sembuh.

Namanya diabadikan di sebuah sekolah di Taiping dan nama jalan di


Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Selangor.

Beliau dianugerah pingat emas Commander of World Order of Human


Merit daripada I’Ordre Universal du Merit Human, Geneva pada 15
November 1959 di atas sumbangannya dalam pembangunan perubatan
homeopati.

Tamat

40
Dato' Profesor Zulkifli Muhammad (1927 –
1964)
Sumbangan kepada Gerakan Islam: Ahli Parlimen yang Berjaya

Sepanjang tahun 1959 hingga 1964 penglibatan Zulkifli Muhammad


paling menonjol sebagai seorang Ahli Parlimen.

Beliau menggunakan seluruh peluang yang ada sebagai seorang wakil


rakyat bagi menyuarakan pandangannya dalam pelbagai isu yang
berkaitan dengan masyarakat. Beliau merupakan wakil rakyat yang
sentiasa berada dalam dewan pada setiap persidangan.

Sama ada persidangan berjalan selama satu minggu atau dua minggu
atau sebulan mahupun dua bulan, Zulkifli Muhammad tetap berada dalam
persidangan tersebut. Demikian juga, sama ada persidangan berakhir
pada pukul 6:30 petang atau pukul 10:00 malam atau pukul 1:00 pagi,
Zulkifli Muhammad tetap berada sehingga akhir persidangan.

Zulkifli Muhammad mencatat sejarah apabila berucap selama empat jam


di Dewan Rakyat berhubung dengan Rang Undang-undang Malaysia. Di
sidang Parlimen, beliau mendesak supaya kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu menarik balik pengiktirafan ke atas negara Israel kerana
kewujudannya telah menafikan hak rakyat Palestin.

Zulkifli Muhammad juga menyarankan agar kerajaan persekutuan


menghantar memorandum ke PBB membantah tindakan ganas Perancis
ke atas Algeria. Di sidang Parlimen juga Zulkifli mencadangkan supaya
kerajaan mengambil inisiatif menubuhkan sebuah komanwel negara-
negara Islam.

Zulkifli Muhammad juga bercakap tentang membanteras amalan rasuah,


menggalakkan masyarakat desa terlibat dalam industri kecil, ancaman
getah tiruan dan memajukan industri getah tanah air serta pembangunan
bandar agar tidak tertumpa di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya semata-
mata.

Zulkifli Muhammad sering secara tajam di Parlimen menyeru agar


kerajaan wajib berhemah dan berhati-hati dalam menggunakan wang
negara. Beliau mahu tidak sesen pun wang negara dikeluarkan secara
sia-sia. Ini kerana menurutnya, wang negara adalah wang hasil titik
peluh rakyat. Oleh yang demikian tidak hairanlah bila dia dipilih sebagai

41
anggota dalam Jawatankuasa Kewangan Negara. Pandangan dan syor-
syor yang telah diberikan semasa menganggotai jawatankuasa tersebut
amat berguna kepada kesejahteraan negara.

Zulkifli Muhammad juga berhujah panjang lebar menyeru kerajaan agar


meningkatkan usaha menaikkan status Islam memandangkan sikap
liberal UMNO dalam persoalan agama Islam. Pernah seorang ahli
Parlimen Perikatan dari Pahang secara rahsia menemui Zulkifli
Muhammad meminta beliau menyuarakan hak istimewa bangsa Melayu
dalam sidang berikutnya.

Ini kerana tidak ada ahli Parlimen yang mampu berucap selantang
Zulkifli Muhammad apabila menyentuh kedudukan orang Melayu dan
agama Islam di negara ini. Ketika Tun Abdul Razak merayu agar
Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri
atau ISA pada tahun 1960, Zulkifli Muhammad dan ahli-ahli Parlimen
PAS memberi amaran bahawa akta seumpama itu amat mudah
disalahguna demi kepentingan politik UMNO-Perikatan.

Ternyata amaran tersebut menjadi kenyataan apabila ribuan aktivis


politik pembangkang termasuk ahli-ahli Parlimen PAS seperti Nik
Abdullah Arshad dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sendiri ditahan
kemudian di bawah akta tersebut. Dengan kelantangannya inilah, Zulkifli
terkenal sebagai seorang pemimpin PAS dan di antara Ahli Parlimen
yang terulung pada zamannya.

Pemergiannya Zulkifli Muhammad meninggal dunia bersama isterinya


dalam satu kemalangan jalan raya yang ngeri dekat Kuantan. Kematian
mereka berlaku di tengah-tengah kesengitan persengkataan politik di
antara PAS dengan UMNO. Bahang kempen pilihanraya 1964 pun masih
belum reda.

Zulkifli Muhammad baru saja menang mempertahankan kerusi Parlimen


Bachok bagi penggal kedua. Berbagai tanggapan dan sangkaan muncul
ketika itu. Untuk mengelakkan desas-desus ini Tunku Abdul Rahman
sebagai Perdana Menteri Malaysia terpaksa membuat ucapan dalam
Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya
kerana angkara perbuatan khianat.

Kata Tunku Abdul Rahman, ianya adalah satu tragedi kemalangan dan
takdir Tuhan. Berita kematian Zulkifli Muhammad dan isterinya
disiarkan menerusi Radio Malaysia pada pukul 10:00 pagi, 6hb Mei
1964. Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak mengarahkan jenazah
Zulkifli Muhammad dan isterinya diterbangkan dengan kapal terbang

42
khas Tentera Udara Diraja Malaysia dari lapangan terbang Kuantan ke
lapangan terbang Ipoh.

Dari lapangan terbang Ipoh jenazah dibawa dengan kereta mayat


Jabatan Ugama Islam Perak ke rumah bapa Zulkifli Muhammad di
kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Pada hari pengkebumian
jenazah Zulkifli Muhammad dan isterinya, lebih dari 10,000 orang
termasuk pemimpin-pemimpin negara, para duta negara asing, rakan-
rakan seperjuangan, ahli-ahli UMNO dan orang ramai membanjiri tanah
pusara tempat mereka disemadikan.

Karya Penulisan

Zulkifli Muhammad telah menghasilkan tiga buah buku:

· Masyarakat dan Syariat


· Analisa tentang Beberapa Masalah Hidup
· Pegangan Hidup Umat Islam

Pegangan Hidup Umat Islam ditulis oleh Zulkifli ketika terlantar selama
lapan bulan di hospital sekembalinya dari Mesir.

Sepanjang tahun 1945-1947 Zulkifli turut melahirkan idea-idea kreatif


yang progresif melalui sajak-sajak yang diterbitkan dalam majalah-
majalah tanah air seperti Medan Masyarakat, Mastika, Qalam,
Penghidupan, Hiburan dan Pembangunan.

Sajak-sajaknya berunsurkan semangat kebangsaan yang kental diadun


dengan tuntutan Islam yang kukuh dan mendalam.
Selain daripada itu, Zul juga banyak menghasilkan tulisan yang berupa
rencana seperti:

· Falsafah Akhlak dalam Islam


· Umat Islam Sekarang Makin Mundur
· Peranan Filem dalam Masyarakat
· Economic Justice
· Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam

Pejuang Bahasa Melayu

Bagi memastikan bahasa Kebangsaan terus berkembang pesat, Zulkifli


Muhammad menyeru supaya kerajaan menyegerakan pembinaan
bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zulkifli Muhammad menyokong cadangan penubuhan Universiti

43
Kebangsaan Malaysia sebagai satu institusi yang akan memartabatkan
Bahasa Melayu.

Anugerah

Usaha Zulkifli Muhammad dalam penubuhan Kolej Islam Malaya telah


mendapat pengiktirafan daripada Universitas Sawerigading (UHSA),
Indonesia yang telah menganugerahkannya gelaran Profesor Kehormat
pada 15 Julai 1957.

Bagi mengenang jasanya, Tuanku Yahya Petra, Sultan Kelantan


berkenan menganugerhkan bintang Dato’ Paduka Mahkota Kelantan
(D.P.M.K.) yang membawa gelaran Dato’ kepada Zulkifli Muhammad

Namanya diabadikan pada sebuah dewan di Kota Bharu, Kelantan.


Dewan yang dinamakan Dewan Zulkifli Muhammad itu terus menjadi
tempat yang penuh keberkatan kerana pelbagai majlis ilmu secara
berterusan dianjurkan di situ.

44
Ustaz Abu Bakar Al-Baqir(1907–1974)

Latar Belakang

Abu Bakar bin Mohd Said dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung
Semanggol. Al-Baqir yang bermakna "amat pintar" adalah gelaran yang
diberikan oleh gurunya kerana kepintarannya dalam pelajaran sejak
kecil lagi.

Sehingga kini beliau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Abu Bakar
Al-Baqir.

Beliau adalah daripada keturunan Jawa. Datuknya, Haji Abdul Jabar bin
Abdul Rauf berhijrah dari Kendal, Jawa Tengah pada pertengahan abad
ke-19. Pada mulanya datuknya menetap di Kelang. Kemudian berpindah
ke Kuala Kurau, Perak dan akhirnya ke Gunung Semanggol.

Setiap tempat persinggahan datuk neneknya, mereka menjalankan kerja


bercucuk-tanam, terutamanya bersawah padi.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu


Gunung Semanggol dan pada tahun 1919 di Pondok Ar-Rahmaniah.
Pada tahun 1924 di Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang
Perai Utara.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir meneruskan pelajaran agama di Pondok


Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatih di sekolah
tersebut.

Seorang Aktivis Dakwah dan Politik

Sejak muda, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah bergiat cergas dalam
perbagai persatuan separa-politik dan pertubuhan politik Melayu
seperti:

· Persatuan Melayu Pulau Pinang


· Persatuan Melayu Perak
· Persatuan Sunligh Taiping
· Kelab Saadat Kuala Kangsar
· Kesatuan Melayu Muda (KMM)
· Angkatan Pemuda Insaf (API)
· Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)
· Pembantu Indonesia Merdeka (PIM)

45
Penglibtannya dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan
Ustaz Abu Bakar Al-Baqir amat rapat dengan Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM, Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak

Usaha Pembaharuan

Pada akhir tahun 1920an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah membuka
kelas pendidikan Islam bernama Kanzal Ma'arif. Berlainan dengan
sistem menadah kitab yang diamalkan pada masa itu, kelas-kelas ini
memperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan bahan-bahan
pengajian ilmu pengetahuan.

Tujuan diadakan pendekatan seperti ini adalah untuk melahirkan ahli-


ahli dakwah dan mubaligh Islam yang bertepatan dengan ajaran Al-
Quran dan As-Sunnah. Kelas-kelas ini diadakan setiap malam Selasa
dan Jumaat setiap minggu. Mereka yang menduduki kelas-kelas ini
adalah terdiri daripada mereka yang dipilih sahaja. Usaha ini
menghasilkan kejayaan yang menggalakkan.

Pada peringkat ini juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah terdedah
dengan pemikiran Kaum Tua dan Kaum Muda. Disebabkan pengaruh
gurunya serta pendedahan beliau di madrasah-madrasah yang
digerakkan oleh gerakan Islah yang mewakili Kaum Muda, beliau lebih
cenderung ke arah pendekatan pembaharuan.

Maahad Al-Ehya Al-Sharif

Pada tahun 1934, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama beberapa orang
pemimpin tempatan telah menubuhkan Maahad Al-Ehya Al-Sharif di
Gunung Semanggol.

Nama Al-Ehya Al-Sharif memberi erti "menghidupkan kemuliaan".


Dengan menghidupkan kemulian agama inilah diharapkan akan
tercetusnya masyarakat yang memuliakan dunia dan Akhirat di kalangan
bangsa Melayu.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilantik sebagai mudir Maahad Al-Ehya Al-
Sharif. Jawatan ini dipegangnya hingga ke akhir hayatnya pada tahun
1974.

Usaha pembaharuan ini diteruskan pada tahun 1940 dengan Ustaz Abu
Bakar Al-Baqir menubuhkan Persatuan El-Ehya Al-Sharif (Berhad).

46
Persatuan ini berperanan sebagai badan yang mengurus dan
melaksanakan hal-ehwal sekolah. Sebuah Lembaga Pengurus yang
bertindak secara kolektif telah diwujudkan.

Meluaskan Pembaharuan

Kelahiran Al-Ehya pada tahun 1934 adalah seiring dengan matangnya


fahaman Islah di kalangan umat Islam di Tanah Melayu. Pergerakan
Islah atau Kaum Muda yang dipopularkan pada awal abad itu telah
banyak mempengaruhi pelajar-pelajar madrasah.

Kemahuan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk mendirikan Al-Ehya


bertambah kuat apabila masih kurang madrasah yang menekankan
pendidikan dunia dan Akhirat di Kawasan Kerian, Perak. Untuk tujuan
tersebut, beliau melepaskan jawatannya di Pondok Idrisiah, Kuala
Kangsar.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendirikan Al-Ehya di Gunung Semanggul


kerana berpandangan tidak sesuai baginya untuk memajukan bangsa
jika terikat dengan iklim istana. Lagipun, para ulamak di Idrisiah amat
condong kepada kemahuan status quo golongan tradisional aristokrat
diraja.

Dalam perkembangan inilah Al-Ehya menerima guru-guru dari Timur


Tengah dan Indonesia yang berfahaman Islah dan Reformasi Islam
sebagai tenaga pendidiknya.

Guru-gurui dari Indonesia ini terdiri daripada aktivis pergerakan


Muhammadiah yang terkenal sebagai Kuam Muda di Indonesia.

Sejak itu, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah menjadikan Maahad El-
Ehya Al-Sharif sebagai pusat gerakan sosiopolitik, sosioekonomi dan
kegiatan politik berparti berdasarkan Islam dari tahun 1934 hingga
Darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Pembaharuan melalui Ekonomi

Pada tahun 1947, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mempengerusiakn satu


jawatankuasa perhimpunan besar yang dinamakan Persidangan
Ekonomi-Agama se Malaya. Persidangan ini diadakan di Maahad Al-
Ehya Al-Sharif.

Tujuan persidangan tersebut dinyatakan sebagai untuk "berusaha


meluaskan penyiaran agama dan berusaha mempertinggikan ekonomi

47
bangsa dan negara yang sudah hampir lenyap ke tangan asing".

Persidangan tersebut dihadiri oleh 2,000 orang alim ulamak dan cerdik
pandai dari seluruh Tanah Melayu yang berkelulusan dari sekolah-
sekolah tinggi Mesir, Arab Saudi, India dan Indonesia. Wakil-wakil dari
Singapura juga turut hadir.

Persidangan tersebut berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu


seMalaya atau ringkasnya PEPERMAS. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah
dipilih sebagai Yang Di Pertua (YDP) bagi PEPERMAS.

Sejurus penubuhannya, PEPERMAS telah menyusun kerja-kerja


ekonomi, melantik badan-badan ekonomi serta menggariskan kerja-
kerja derma pelajaran bagi pelajar-pelajar di madrasah-madrasah
seluruh Tanah Melayu.

Pembaharuan dalam Pentadbiran Agama

Majlis Agama Tinggi atau MATA juga ditubuhkan pada tahun 1947, iaitu
sehari selepas PEPERMAS. MATA juga ditubuhkan di Al-Ehya Al-
Sharif, Gunung Semanggol.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik
sebagai penasihat kanan.

MATA ditubuhkan dengan tujuan untuk membetulkan pengurusan dan


pentadbiran hal-ehwal agama Islam yang ditadbir oleh ulamak
tradisional dan raja Melayu.

MATA adalah satu tamparan yang hebat kepada golongan yang bekerja
dalam pertubuhan ulamak negeri dan pejabat agama negeri-negeri. Ini
kerana MATA bertujuan menjadi badan agung untuk mengelolakan soal
agama. MATA juga secara langsung berhasrat menggantikan badan-
badan agama yang telah wujud di setiap negeri.

Pembaharuan melalui Pendidikan

Pada tahun 1947 juga, sebuah badan yang dinamakan LEPIR atau
Lembaga Pendidikan Rakyat telah ditubuhkan. Ustaz Abu Bakar Al-
Baqir telah dipilih menjadi pengerusi LEPIR.

LEPIR adalah hasil usaha daripada Jawatankuasa badan Kebajikan


Pelajaran MATA yang telah mengadakan pemerhatian di seruh Tanah
Melayu dan Singapura perihal kurangnya umat Melayu-Islam dalam

48
bidang pendidikan.

Melalui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah diberi tanggungjawab


untuk memajukan sekolah agama di seluruh Tanah Melayu.

Melalui LEPIR juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah menggabungkan


semua sekolah rakyat di Tanah Melayu, melahirkan satu sistem
persekolahan serta membentuk satu sukatan pelajaran yang seragam
bagi semua sekolah rakyat.

LEPIR di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah


mengusahakan penerbitan buku pelajaran agama dan bahasa Arab bagi
seluruh Tanah Melayu.

Dengan menerajui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah


menjuruskan usaha ke arah penubuhan sebuah universiti Islam dengan
menubuhkan sebuah tabung mengumpul dana daripada rakyat.

Pembaharuan melalui Politik Islam

Pada 14 Mac 1948, dalam Persidangan MATA, sebuah "Parti Orang-


Orang Islam Malaya" atau dikenal dengan nama Hizbul Muslimin telah
ditubuhkan. Nama Hizbul Muslimin telah dicadangkan oleh Ustaz Abu
Bakar Al-Baqir dan disokong oleh Ustaz Abrab Tamimi dan Dr.
Burhanuddin Al-Helmy.

Hizbul Muslimin mengambil semangat penubuhannya daripada Masjumi


di Indonesia dan Ikhwan Muslimin di Timur Tengah.

Hizbul Muslimin ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan


tanahair berasaskan Islam.

Dasar parti ini adalah atas "Islam semata-mata bagi mencapai


kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat, menciptakan masyarakat
berdasarkan Islam dan mencapai Tanah Melayu Darul-Islam".

Dalam persidangan tersebut Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih


menjadi Ketua Umum Hizbul Muslimin.

Tamparan kepada UMNO

Dalam persidangan penubuhan MATA di Maahad Al-Ehya Al-Sharif,


pemimpin-pemimpin UMNO berasa sangat ragu-ragu dan berusaha
mengelakkan diri daripada menyertainya. Tidak ramai di kalangan tokoh

49
UMNO yang hadir dalam persidangan tersebut.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin PKMM ramai yang hadir. Bahkan ramai


anggota PKMM yang mengambil bahagian penting dalam menggerakkan
beberapa jawatankuasa di bawah MATA. Keadaan ini merupakan satu
tamparan yang hebat kepada UMNO yang baru saja ditubuhkan itu.

Satu lagi tamparan terhadap UMNO adalah apabila PEPERMAS


ditubuhkan. Dengan penubuhan PEPERMAS ia menjadi saingan hebat
kepada bahagian iktisad UMNO. Bahagian ini sedang giat merangka
perancangan ekonomi lima tahunnya yang pertama dan mahukan
sokongan ramai orang Melayu.

Sejak itu lagi pihak UMNO telah membuat ancaman dengan


menggunakan ungkapan "bahaya dari gunung" terhadap tuntutan dan
usaha yang dilakukan oleh aktivis Islam daripada MATA.

Penubuhan Hizbul Muslimin seterusnya memberi tamparan yang sangat


hebat kepada UMNO. UMNO menolak penubuhan Hizbul Muslimin.

Sebaliknya, sebagai parti yang memperjuangkan kemerdekaan, PKMM


menjadi parti yang sangat berdamping rapat dengan Hizbul Muslimin.

Pusat Memperjuangkan Kemerdekaan

Pada masa itu Maahad Al-Ehya Al-Sharif menjadi pusat, sedangkan


Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menjadi ikon bagi perjuangan kemerdekaan.

Ketika itu UMNO di bawah Dato Onn Jaafar tidak memperjuangkan


kemerdekaan. Bahkan aktivis kemerdekaan sering diejek dengan kata-
kata "nak buat sebatang jarum pun tak pandai, inikan mahu merdeka".

Di bawah kepemimpinann Ustaz Abu Bakar Al-Baqir beberapa


persidangan bagi menyemarakkan tuntutan kemerdekaan telah
diadakan.

Hubungan peribadi yang baik di antara Ustaz Abu Bakar Al-Baqir


dengan pemimpin PKMM seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmi, pemimpin
Melayu Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Abdullah C.D dan juga
pemimpin-pemimpin kiri seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain
menjadikan semua persidangan yang dipanggil di atas nama Ustaz Abu
Bakar Al-Baqir mendapat sambutan yang amat luar biasa.

Suasana keterbukatan dan perkongsian yang diwujudkan oleh Ustaz Abu

50
Bakar Al-Baqir menjadikan semua pihak yang mahukan Tanah Melayu
merdeka, merasakan sumbangan mereka masing-masing dihargai.

Tidak hairan kenapa beberapa pendukung PKMM dan PKM beranggapan


bahawa Hizbul Muslimin adalah sayap politik Islam bagi PKMM
sebagaimana API adalah sayap pemuda dan AWAS adalah sayap wanita
bagi PKMM.

Pada masa itu terdapat ramai anggota-anggota Melayu daripada PKM


yang pada masa yang sama juga merupakan anggota dan penggerak
utama bagi PKMM.

Bagi sebahagian orang Melayu, PKM pada masa itu adalah satu saluran
perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan. Tambahan lagi semasa
pendudukan Jepun mereka turut serta dalam Tentera Anti-Jepun Rakyat
Malaya atau MPAJA. MPAJA adalah front utama PKM dalam perang
gerila menentang penjajah Jepun.

Selepas berakhir Perang Dunia Kedua, pelbagai kumpulan politik


Melayu kecuali UMNO, berkongsi satu cita-cita yang sama, iaitu untuk
membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan British.

Demikian juga bagi aktivis Islam, dengan tertubuhnya Hizbul Muslimin


mereka mahu menjadikan MATA sebagai jabatan agama, LEPIR sebagai
jabatan pendidikan dan PEPERMAS sebagai jabatan ekonomi di bahawa
Hizbul Muslimin.

Apapun, Al-Ehya dibawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dalam


persidangan-persidangan ini telah menaik dan mengibarkan bendera
merah putih berbintas duabelas yang melambangkan bendera Malaya
Merdeka.

Bendera ini telah diluluskan oleh pakatan politik berbilang kaum


PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi
pada tahun 1947.

Tamparan berubah Menjadi Hasutan

Penubuhan Hizbul Muslimin menambah lagi tamparan kepada UMNO.


Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Dato Onn Jaafar terhadap
Hizbul Muslimin menyebabkan pentadbiran penjajah British melakukan
pengawasan yang ketat dan tekanan yang hebat terhadap Hizbul
Muslimin.

51
Dato Onn mengulang ancamannya dengan mengatakan: "Bahaya dari
Gunung itu masih ada lagi dan ditambah pula satu merbahaya lagi yang
tumbuh dari tanah dan menjalar akarnya supaya orang-orang Melayu
terhapus dan terjatuh kerana sebenar-benarnya parti Islam itu 'merah"."

Keterbukan pemimpin-pemimpin Islam seperti Ustaz Abu Bakar Al-


Baqir untuk bergabung tenaga dengan semua pergerakan rakyat yang
menentang British dan memperjuangkan kemerdekaan dilihat sebagai
ancaman oleh Dato Onn dan UMNO pada masa itu.

Lantaran itu Hizbul Muslimin dilabel oleh Dato Onn sebagai "merah" dan
dengan itu Dato Onn telah berjaya menghasut penjajah British untuk
menganggap parti Islam itu sebagai pro-komunis.

Pengintipan dan Penangkapan

Dengan tuduhan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO,


pengintipan berterusan dilakukan terhadap Hizbul Muslimin.

Banyak pengintipan dan laporan kepada pihak polis dilakukan oleh


Penghulu Muda yang baru sahaja didatangkan ke Gunung Semanggol
pada awal tahun 1948. Beliau adalah saudara kepada Datuk Zainal
Abidin Abas, iaitu orang kuat UMNO yang juga merupakan kawan baik
kepada Dato' Onn.

Sebenarnya penghantaran Penghulu Muda itu adalah kehendak UMNO


untuk mengintip pergerakan Al-Ehya dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Akhirnya Penghulu Muda itu mati dalam keadaan yang tidak baik iaitu
selepas meminum arak. Kepercayaan seperti ini amat berpengaruh
kepada umat Islam di Gunung Semanggol pada masa itu. Peristiwa
seperti inilah yang menjadikan orang-orang Melayu di Gunung
Semanggol terus menolak UMNO.

Pada pukul 12:00 tengahari, 29 Julai 1948, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir
ditangkap di bawah Undang-Undang Darurat.

Lima Tahun Merengkok dalam Penjara

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditahan tanpa bicara di atas alasan "bahaya
kepada keselamatan Tanah Melayu".

Beliau bersama-sama lebih 300 tokoh politik agama dan pemimpin


Melayu ditahan kerana dituduh menentang British.

52
Tuduhan sampingan yang dikenakan sebagai alasan menahan Ustaz Abu
Bakar Al-Baqir adalah beliau ada berkempen menyeru orang ramai
supaya jangan membeli susu dan sabun dari kedai kaum Cina di Gunung
Semanggul!

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditahan selama enam bulan di penjara


Taiping, kemudian dipindahkan sebagai tahanan politik di Pulau Jerjak.
Beliau ditahan di Pulau Jerjak selama setahun setengah.

Semasa beramai-ramai di penjara Pulau Jerjak, mereka telah membuat


pakatan iaitu apabila keluar nanti ada di kalangan mereka secara
langsung atau tidak langsung hendaklah menjalankan jarum ke dalam
UMNO untuk menukar UMNO dari slogan "Hidup Melayu" kepada slogan
"Merdeka".

Kemudian Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dipindahkan ke penjara di Tanjung


Beruas Melaka dan akhirnya ke penjara Ipoh.

Selepas dipenjarakan selama empat tahun tiga bulan, Ustaz Abu Bakar
Al-Baqir dibebaskan pada bulan Oktober 1952.

Walaupun penjajah British tidak secara rasmi mengeluarkan perintah


mengharamkan Hizbul Muslimin, namun tindakan British menahan Ustaz
Abu Bakar Al-Baqir bersama-sama 300 orang pemimpin dan para
aktivis, telah menjadikan Hizbul Muslimin lumpuh sama sekali.

Terus Berjuang

Sebagai pengasas parti lslam pertama di negara ini, Ustaz Abu Bakar
al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara
yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan
kepada kefahaman lslam serta mewujudkan Darul lslam.

Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya


menolak perjuangan UMNO.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 17 Oktober


1945 di lpoh, Perak dan beberapa bulan selepas itu barulah UMNO
ditubuhkan.

Semasa Darurat semua kegiatan politik telah diharamkan oleh British.


Namun UMNO dibenarkan bergerak cergas oleh penjajah British bagi
mengatur jentera ke arah pilihanraya 1955.

53
Dalam pilihanraya tahun 1955, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bertanding
sebagai calon Perikatan Melayu Perak menentang calon UMNO, tetapi
gagal.

Ustaz Abu Bakar Al-Bakir tidak menjadi calon PAS yang telah pun
ditubuhkan pada tahun 1951. Sebaliknya satu pakatan politik dan
kerjasama telah diwujudkan di antara PAS dengan Perikatan Melayu
Perak. Pendekatan ini adalah satu strategi yang dirasakan perlu bagi
melindungi Maahad Al-Ehya Al-Sharif.

Sumbangan kepada Gerakan Islam

Walaupun aktiviti di atas nama Hizbul Muslimin berakhir disebabkan


perintah Darurat, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari
alim ulamak terhadap perjuangan politiknya amatlah
memberangsangkan.

Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan ke


arah penubuhan PAS pada tahun 1951.

Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan


pengiktirafan perlulah diberikan kepada Ustaz Abu Bakar Al-Baqir,
pengasas Maahad Al-Ehya Al-Sharif, pemimpin MATA, PEPERMAS,
LEPIR dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah meletakkan asas
utama bagi penubuhan PAS.

Anugerah

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah meneruskan usaha baktinya memajukan


Maahad El-Ehya Al-Sharif hingga ke akhir hayatnya pada bulan Julai,
1974.

Pada tahun 1960an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik menjadi
anggota Majlis Agama Perak.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dianugerahkan pingat Jasa Perdana


(J.P) dan Pingat Jasa Kebaktian ( P.J.K)

Setelah pemergiannya, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah


dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Perak 1975.

TAMAT

54

You might also like