P. 1
Petua Tradisional Untuk Bisul Dan Buasir

Petua Tradisional Untuk Bisul Dan Buasir

4.75

|Views: 40,515|Likes:
Published by Jagung
Rawatan tradisional untuk penyakit bisul dan buasir yang boleh anda cuba sendiri.
Rawatan tradisional untuk penyakit bisul dan buasir yang boleh anda cuba sendiri.

More info:

Published by: Jagung on Apr 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/02/2013

pdf

text

original

Petua Tradisional Untuk Mengubati Bisul Dan Juga Buasir

http://jagung.890m.com

Ubat Bisul
Pada kebiasaannya bisul tumbuh pada bahagian badan sekitar punggung. Namun terdapat juga bisul yang tumbuh pada bahagian badan seperti paha dan belakang. Bisul ni agak menyakitkan, terutama apabila bila tumbuh di bahagian punggung yang akan menyukarkan kita duduk. Bila kita hendak tidur malam, sesetengah orang akan berasa berdenyut-denyut pada bahagian yang ditumbuhi bisul. Bisul yang tumbuh akan membengkak, kerana mengandungi nanah dan darah kotor yang dicemari kuman. Untuk mencegah dari ditumbuhi bisul, banyakkan memakan makanan yang membersihkan darah seperti karot, tomato, sayuran hijau, buah-buahan serta makanan yang mengandungi vitamin C. Sekiranya anda ditumbuhi bisul:
• • • •

Tampalkan ubi keledek yang telah ditumbuk pada bisul. Asahkan kulit mempelam pada pasu dan sapukan pada bisul. Tampalkan bawang merah yang telah ditumbuk. Jika bisul diperingkat serius tampalkan bunga rumput (terdapat di kedaikedai India atau India-Muslim).

Ini Pula Ubat Buasir
Apa itu buasir? Buasir adalah pembengkakan yang berlaku pada saluran darah “vein directum”. Apa kebenda tu saya pun kurang pasti. Yang pastinya buasir ni keluar darah apabila kita buang air besar. Pada peringkat yang lebih teruk, akan keluar sesuatu seperti lendir pekat berwarna merah darah melalui dubur (memang bercampur darah).

Masalah buasir jika diajukan pada perubatan moden, potonglah jawabnya. Jika sesiapa yang terkena buasir sebelum menyerah diri kepada klinik moden, cubalah dulu rawatan tradisional. Sediakan ramuan ini: 1. Dua genggam daun inai. 2. Kunyit hidup (sebesar ibu jari pun dah cukup). 3. Sebiji buah delima yang masak (ambil kulitnya sahaja). Ramuan di atas di kisar bersama dengan air panas dan kemudiannya di tapis. Minumlah dengan sukatan secawan sebanyak 3 kali sehari. Boleh juga amalkan minum air rebusan pokok belimbing tanah (belimbing bukit). Pokok ini direbus keseluruhannya termasuk akar, batang, dan daun. Pesakit buasir hendaklah:

• • •

Amalkan makan sayur kangkung setiap hari, jika ada kesan sampingan kangkung pada angin badan, masukkan halia dan bawang putih ke dalam masakan kangkung. Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran yang mempunyai kandungan serat yang tinggi supaya melembutkan najis. Kurangkan memakan makanan yang pedas. Elakkan dari melakukan aktiviti seperti mengangkat beban yang terlampau berat, atau senaman yang memberi tekanan pada bahagian abdomen (aktiviti seumpama ini menyebabkan kita berada dalam keadaan meneran dan ini tidak bagus bagi pesakit buasir).

Blog rasmi Jagung, http://jagung.890m.com

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->