Professional Documents
Culture Documents
" Ustaz, kenapa Allah SWT selalu menguji saya dengan ujian yang berat?"
" Abang, adakah Allah membenci saya. Hidup saya selalu banyak masalah. Kekadang itu
bertimpa-timpa. Sehingga sudah kering air mata saya."
Soalan sebegini kerap ditanya. Saya yakin, inilah satu bentuk proses kehidupan untuk
kita.
Kehidupan kita yang singkat ini tidak akan sunyi daripada pelbagai bentuk ujian, cabaran
dan dugaan. Inilah hakikat kehidupan yang dicorakan oleh pelbagai jenis warna. Ujian
yang Allah SWT datangkan kepada hambaNya adalah sebagai bentuk didikan atau
tabiyah yang sangat penting kepada proses pembinaan jiwa hamba. Kenapa?
“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan :
“ Kami telah beriman, “ dan mereka tidak diuji?”
Segala bentuk dan rupa ujian daripada Allah SWT samaada kematian, kemalangan,
musibah, kesusahan dan apa jua cabaran kehidupa dunia mempunyai hikmahnya kepada
manusia.
Jika kita mendapat kesusahan dan kepayahan, lihat dan renungi nasib mereka-mereka
yang berada dibawah kita. Mereka-mereka yang lebih susah, papa kedana dan tidak
punyai apa-apa. Saya masih teringat kata seorang kawan saya ketika menuntut di Nilam
Puri. Katanya, Jika kita mempunyai kasut, lihat orang yang memakai selipar. Jika kita
dianugerahi sepasang selipar, lihat mereka yang berkaki ayam ( tidak punyai selipar).
Dan jika kita mempunyai sepasang kaki, lihatlah mereka yang hanya mempunyai sebelah
kaki.”
Justeru, ujian itu terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Bukan hanya kesusahan dan
keperitan itu sahaja ujian. Tetapi kekayaan, kemewahan dan kemegahan juga adalah ujian
bagi orang yang beriman.
Oleh itu jika kita dilanda oleh badai kesusahan, dilambung oleh tsunawi kekecewaan dan
dihimpit oleh kesempitan kehidupan, maka terimalah ia dengan jiwa yang tabah dan
redha. Kerana keredhaan itu adalah penawar dan ubat yang sangat mujarab.
Keredhaan memiliki buah yang melimpah berupa keimanan. Mereka yang jiwanya redha
akan terangkat hingga ke tempat yang paling tinggi, kemudian mempengaruhi
keyakinannya yang semakin mendalam dan kuat mengakar ke dalam sanubarinya.
Keredhaan akan menciptakan ketenangan jiwa, hati yang dingin, keteguhan dalam
menghadapi keperitan, dan ketegaran dalam mendepani segala permasalahan yang datang
bertindih-tindih.Hati yang redha akan meyakini sepenuhnya(total) kepada janji-janji
Allah SWT dan Rasulnya.
Sesiapa yang memenuhi hatinya dengan keredhaan terhadap qadha maka Allah akan
memenuhi hatinya dengan kekayaan, rasa aman, kesejukan, ketenteraman, kedamaian
serta Qana’ah ( rasa cukup). Selanjutnya, Allah akan menjadikan hatinya penuh dengan
cinta, rindu dan tawakkal kepadaNya.
Keredhaan akan membuka pintu keselamatan. Keredhaan membuat hati menjadi bebas
dan bersih daripada tipu daya, kebusukan dan kedengkian.
“ Telah merasai manisnya keimanan orang yang redha kepada Allah sebagai
Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai Nabi ikutannya.”
Sebaliknya, tidak menerima akan membuatkan hati tidak tenang, ragu dan cemas, sakit
hati dan bergelojak. Segalanya terhimpit, dunia yang luas terasa begitu sempit. Ia akan
membuka kepada pintu keraguan kepada Allah SWT, kepada Qada’ ketentuan Allah dan
juga kepada segala bentuk ketetapan Allah SWT. Dan akhirnya buah kepada tidak redha
adalah Kufur. Melupai Allah SWT dalam hidup dan akhirnya kehidupan yang dilalui
adalah satu bebanan yang amat MENYEKSAKAN.
Usirlah Kesedihan
Jika ujian datang bertimpa-timpa, masalah menghimpit dada, dan dugaan melanda
berganda-ganda, janglah bersedih. Tabahkan hati kita.
Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh roh semangat
dan membekukan jiwa. Ia akan menghentikan daya kekuatan manusia yang
mempunyai kudrat dan tenaga.
Kesedihan boleh membawa kepada kemurungan yang menggelapkan hati dan akan
membuat seluruh keindahan menjadi layu.
Penyejuk Jiwa
Kalam Allah SWT ini menyejukan jiwa mereka yang diselubungi masalah
(Al-Baqarah : 49)
Mudahan kita sentiasa tabah dengan segala bentuk ujian daripada Allah SWT. Ingatlah
inilah didikan Allah SWT.
Sekiranya kita ditimba musibah, yakinlah itulah tanda kasih sayang Allah SWT agar kita
tidak alpa dan lupa. Allah SWT menetapkan begitu agar kita sentiasa ingat kepadaNya.