P. 1
SPA_Koleksi Esei-Esei Terbaik

SPA_Koleksi Esei-Esei Terbaik

|Views: 11,010|Likes:
Published by syamsul81

More info:

Published by: syamsul81 on Jan 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/02/2013

pdf

text

original

Sections

50 TA

YSIA

Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Tingkat 12 Barat Wisma Sime Darby Jalan Raja Laut 50612 Kuala Lumpur Laman Web: http://www.penerangan.gov.my E-mel: webmaster@inform.gov.my Suntingan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara B.010(B.M) Mei 2008(001.) ISBN 978-983-3497-23-2 KOLEKSI ESEI-ESEI TERBAIK PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN
M/S TEMPAT PERTAMA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Mohd Zharif Shafiq Bin Badrul Hisham TEMPAT KEDUA RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Elayne Kuek Kim TEMPAT KETIGA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Muhammad Shafiq Bin Saidin TEMPAT KEEMPAT 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Siti Hanisah Binti Ab. Latif TEMPAT KELIMA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Krishnakumar A/L Kanesan ESEI-ESEI PILIHAN 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Nurul Aida Binti Razali 51 43 31 21 11 1

iii

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Lok Chen Chuang RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Nor Famiza Binti Ghazali RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Wan Nazifah Binti Wan Hassan 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Lim Yeh En RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Norliza Binti Haris 50 TAHUN MALAYSIAKU GAGAH GEMILANG Esei: Muhammad Hisyamuddin Bin Sharif RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Ahmad Azizi Bin Abdul Aziz 50 TAHUN KEMERDEKAAN, GEMILANG Esei: Al Falah Has Bin Abdul Aziz NEGARAKU GAGAH

61

73 81 89

95 103 111 123

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Nur Atikah Binti Mohamad Nadzri 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA, NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Amira Rafhan Binti Jafri 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Amy Suhaida Binti Mat Mokhtar

133

141

149

iv

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Siti Syamirah Binti Razali RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Siti Syafiqah Binti Razali 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Ho Kui Lan 50 TAHUN MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Siti Munirah Binti Arifin 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Mohd Firdaus Mohd Azman 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Devika A/P Gunasegaran 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Tan Poh Chai RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Loii Mun Yee RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Aina Afiqah Binti Kasim RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Muhammad Zharief Afzal Bin Md Kassim RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Karen Lee Yii Ping RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Yokesvaren A/L Sunderasen

157 167 177

187 197

203

209

217 225 233 243 251

v

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Ho Eileen 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Abdul Azim Bin Arshad 50 TAHUN NEGARA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Mohd Azrul Affandi Bin Md Kassim RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Abu Sufian Bin Mansoor 50 TAHUN MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Siti Rusniza Binti Tajul Ariff 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Nor Amaleena Binti Mohamad RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Nur Abidah Binti Kasman 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Wan Nadzirah Binti Wan Hassan 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Choo Thiam Shin 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Lee Xiao Qian

261 269

275

283 291 299

307 315

323

331

vi

TEMPAT PERTAMA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Mohd Zharif Shafiq Bin Badrul Hisham SMK Tanjung Datuk, Penggerang, Johor

A

ndai seorang manusia telah berdegup jantungnya di atas bumi ini selama separuh abad, pasti banyak liku-liku hidup dan pengalaman telah ditempuhi. Meskipun terluka dengan ranjau-ranjau kedukaan namun masih terungkai kecemerlangan yang pernah dicatatkan oleh individu tersebut. Senario ini juga tidak ada bezanya jika ditransformasikan sepanjang 50 tahun negara kita merdeka. Laungan merdeka yang diketuai Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengakhiri kibaran bendera Union Jack di langit negara bertuah ini. Rantai penjajahan yang menghambat rakyat hampir empat abad lamanya telah terlerai bersama satu lembaran yang baru. Lembaran yang harus diisi dengan catatan yang mengagumkan di samping mempertahankan kebebasan yang dimiliki. Sehubungan itu, status Malaya bertukar daripada tanah jajahan British kepada ahli Komanwel. Bermula detik itulah, satu persatu kejayaan mula ditempa oleh negara. Sehingga lewat tahun 1968, pelbagai polisi pembangunan pendidikan mula dirangka bagi memastikan kemerdekaan diisi dengan sewajarnya. Antaranya mendaulatkan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan pengiktirafan Universiti Malaya
1

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sebagai institusi kebangsaan. Sektor pendidikan yang dahulunya dipandang enteng oleh penjajah mula diberi perhatian dengan polisi pendidikan sekolah rendah secara percuma dan lebih 180,000 orang mengikuti kelas dewasa melalui kempen basmi buta huruf. Selain itu, memori manis terpahat dalam lipatan sejarah negara juga menyaksikan penubuhan negara Malaysia dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta pelancaran Televisyen Malaysia yang pertama. Langit tidak sentiasa cerah. Andai kejayaan sentiasa menyelimuti maka tidak akan teruji keutuhan kemerdekaan yang dibina. Pemisahan Singapura dan konfrontasi oleh Indonesia lewat tahun 1965 telah mengajar negara supaya lebih berwaspada akan duriduri yang tidak pernah lekang dengan agenda untuk meruntuhkan impian kemerdekaan. Meskipun dua cabaran ini berjaya diakhiri di hujung pena dan sehelai kertas, namun penutup tirai era 1960-an benar-benar hampir meragut apa yang telah dimiliki hampir satu dekad. Peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah meragut nyawa-nyawa insan yang tidak berdosa bahkan tidak kurang juga harta benda yang musnah. Tragedi memilukan ini akhirnya dapat ditangani berkat kecekapan dan kebijaksanaan para pemimpin yang enggan melihat mahligai kemerdekaan ini musnah. Rentetan kedua-dua isu ini, terbentuklah prinsip Rukun Negara yang menggabungkan faktor-faktor yang mampu menyatupadukan semula rakyat dan sekali lagi sikap toleransi telah berjaya menjernihkan semula kekeruhan yang melanda perpaduan negara pada masa itu. Setelah atmosfera negara kembali reda, negara kembali memacu semula ke arah pembangunan terutama dalam bidang ekonomi. Ketirisan yang berlaku dek ketamakan penjajah asing serta amalan pilih kasih musang berbulu ayam ini mula ditangani secara serius dan kolektif. Polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Kedua telah dilaksanakan. DEB adalah berteraskan membasmi kemiskinan dan menyusun semula struktur ekonomi masyarakat. Seiring dengan pelaksanaan tersebut,
2

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Lembaga Pembangunan Bandar raya (UDA) ditubuhkan untuk membantu kaum bumiputera menguasai sekurang-kurangnya 30 peratus pembangunan dan aktiviti industri negara. Kesinambungan usaha ini telah diteruskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak melalui program Buku Hijau. Pelancaran program ini sekali gus menandakan bermulanya satu era revolusi pertanian negara. Sebagai contoh, RISDA telah ditubuhkan untuk memangkinkan kejayaan program ini. Di samping itu, kegiatan perlombongan komoditi utama juga tidak diketepikan apabila kerajaan menubuhkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) untuk menyelaras dan mengatur pembangunan industri petroleum negara secara menyeluruh. Sehingga ke hari ini PETRONAS telah menjadi syarikat minyak multinasional yang telah mengembangkan sayapnya sehingga mempunyai kepentingan di 20 buah negara di seluruh dunia. Petronas juga gah dengan 62 buah anak syarikat milik sepenuhnya, 19 buah syarikat milik bersama, 47 buah syarikat bersekutu dan pekerja seramai 20,000 orang yang bertugas dalam bidang cari gali, mengeluarkan minyak dan gas, penapisan minyak, pemasaran dan sebagainya. Kecemerlangan negara juga dapat dilihat dengan kejayaan menubuhkan 30 syarikat usahawan bumiputera dalam projek-projek perindustrian seperti pertukangan kayu, pembuatan dan industri ringan. Negara telah mencatatkan kejayaan yang cukup manis apabila MARA berupaya merealisasikan pepatah, jauh pemandangan luas pengetahuan apabila mampu menawarkan lebih 1,700 biasiswa untuk pelajar mengikuti pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. (500 tahun Melayu menghadapi cabaran Hal: 228). Tampuk pentadbiran negara yang diambil alih oleh Bapa Perpaduan Negara pada pertengahan 1970an juga telah mencatatkan pelbagai kecemerlangan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Pembukaan seksyen pertama lebuh raya Selatan dan pelancaran Rukun Tetangga telah mengutuhkan lagi perpaduan
3

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

rakyat yang berbilang kaum. Di samping itu juga, penubuhan Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional Berhad telah memapankan lagi pertubuhan ekonomi negara. Hasilnya, pada tahun 1979 dan 1980, negara telah merakamkan kejayaan cemerlang apabila mencatatkan pertumbuhan luar biasa hasil eksport dengan peningkatan hampir 40 peratus di samping kejayaan menjadi pengeksport semi-konduktor yang terbesar di dunia, pengeksport penyaman udara ketiga terbesar di dunia dan pembukaan Pusat Dagangan Eksport Malaysia. (Berita Harian, 18 Mac 2004, Hal: 17). Pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin negara keempat membuktikan bahawa negara tidak ketandusan pelapis untuk memacu pembangunan negara di atas landasan yang tepat. Serentak dengan itu juga, ekonomi Malaysia mula berubah bentuk, saiz dan kelajuannya seolah-olah bertukar daripada sebuah perahu layar kepada sebuah kapal bermotor. Beliau telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan negara Jepun sebagai contoh. Kemudian, beliau telah mengorak langkah ke arah transformasi yang lebih radikal dengan melancarkan Amanah Saham Nasional yang menjadi permulaan dana amanah saham terbesar di dunia. Di samping itu, Dasar Perindustrian Negara mula diperkukuhkan dengan konsep Persyarikatan Malaysia dan Polisi Penswastaan Malaysia. Jelasnya, segala pelaksanaan dasar ini telah memacu negara ke arah kecemerlangan, khususnya dalam bidang ekonomi. Pada era pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah ditubuhkan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa yang telah berjaya mengangkat status negara sebagai wira dalam dunia Islam. Kejayaan dalam bidang perubatan juga tidak ketinggalan dalam mengukir nama Malaysia dalam lipatan sejarah terulung di Asia apabila Hospital Universiti berjaya merawat jantung tiga pesakit tanpa pembedahan. Banyak lagi kecemerlangan yang telah dicapai di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antaranya, Pembinaan Jambatan Pulau Pinang sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara, kelahiran
4

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kereta Nasional, pelancaran stesen Satelit Bumi untuk melancarkan hubungan Malaysia ke dunia luar dan kewujudan Pusat Dagangan Dunia Putra. Hal ini telah mula menarik perhatian dunia luar akan kemampuan negara ini dalam mencapai kejayaan-kejayaan yang mengagumkan. Maka tidak hairanlah dunia memberi penghormatan kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah persidangan-persidangan antarabangsa, antaranya Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel dan persidangan Ketua Kerajaan G-15. Namun apa yang lebih menggembirakan ialah berakhirnya perjuangan komunis selama 41 tahun dengan termeterainya perjanjian damai antara Parti Komunis Malaysia dengan kerajaan Malaysia serta pengiktirafan Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pantai Antarabangsa (IOFC). Menjelang tahun 1991, negara Malaysia kian diterangi dengan sinar harapan kemajuan yang tidak mungkin akan tersinar dek perubahan dunia ke era globalisasi yang kian mencengkam negaranegara membangun. Wawasan 2020 yang dilancarkan seiring dengan 20 perkara yang ingin dicapai negara terkenal di pentas antarabangsa sebagai pelan jangka panjang yang bakal merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju. Sehubungan itu, projek JARING mula dilancarkan bersama dengan kejayaan negara menjadi negara ASEAN pertama memperkenalkan petrol tanpa plumbum di rantau ini. Ternyata idea dan harapan Wawasan 2020 telah menyuntik pembaharuan dalam kancah ekonomi dan sosial negara. Hal ini terbukti dengan usaha pengkorporatan Tenaga Nasional Berhad untuk melancarkan lagi kecekapan agihan bekalan kuasa elektrik ke seluruh negara, pembinaan Stadium Shah Alam sebagai stadium terbesar di rantau ini, pelancaran kereta nasional kedua, pembukaan Lebuh Raya Utara-Selatan yang lebih awal daripada yang dijadualkan serta keluaran Dalam Negeri Kasar yang telah meningkat sebanyak 9.6 peratus. (Berita Harian 18 Mac 2004, Hal: 19). Malaysia semakin matang dalam menghadapi arus perubahan modenisasi sedunia. Natijahnya, negara berjaya menembusi era
5

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Internet apabila Perdana Menteri menjadi ketua kerajaan pertama muncul di dalam Internet secara langsung. Di samping itu, pembangunan teknologi juga telah merakamkan kejayaan yang gemilang apabila Perbadanan Pembangunan Multimedia ditubuhkan untuk mengasaskan Koridor Raya Multimedia serta pelancaran satelit pertama Malaysia yakni MEASAT 1 ke angkasa lepas. Dunia luar mula mengenali negara bukan hanya sekadar di atas peta bahkan pelbagai mercu tanda yang menghiasi bumi bertuah ini telah menarik lensa-lensa mata pengunjung luar untuk melihat sendiri signifikannya tersebut antaranya Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Sistem Transit Aliran Ringan, Stadium Bukit Jalil, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (PUTRA). Melihat sendiri kemampuan sebuah negara merdeka menyaingi kemajuan negara-negara Barat telah menubuhkan bibit-bibit hasad dengki dan dendam yang tidak pernah padam di hati para imperialis dunia Barat. Lantas, kegawatan ekonomi yang melanda negara ciptaan rangkaian dunia penjajah ini hampir sahaja merungkai segala kemewahan dan kejayaan yang telah ditempa lebih empat dasawarsa. Namun, sekali lagi badai tersebut tidak mampu menggugat bahtera merdeka ini untuk terus belayar ke pelabuhan kecemerlangan. Meskipun pendekatan anti-ortodoks dalam memulihkan kembali kegawatan yang timbul di perlekehkan oleh media asing, akhirnya dunia barat terpaksa menelan semula cemuhan yang dilemparkan apabila terbukti langkah yang diambil telah memberi impak yang efektif untuk menjana semula ekonomi negara. Justeru, negara terus mengorak langkah menempuh satu lagi revolusi terbaru dengan kelahiran bandar Putrajaya yang menempatkan kompleks pentadbiran negara yang terbaru. Malaysia juga berjaya menganjurkan perlumbaan kereta Formula 1 di Litar F1 Sepang. Kejayaan ini berjaya mempamerkan kemakmuran negara ke hampir 300 juta penduduk dunia. Sementelah itu, sebelum menyambut kedatangan alaf baru, negara Malaysia telah melangkah gagah keluar daripada lingkungan
6

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kegawatan ekonomi walhal negara-negara serantau masih terkapaikapai mencari resolusi yang tepat untuk merungkai kegawatan ekonomi negara masing-masing. Setibanya alaf 2000, negara kita sudah mula menjadi tumpuan pelaburan asing dan pembangunan sektor teknologi dan multimedia. Buktinya, pengerusi Microsoft, Bill Gates merasmikan pembukaan “Microsoft Knowledge Capital Centre” di Cyberjaya. Bukan itu sahaja negara juga telah berupaya menghasilkan kereta reka bentuk pertama sendiri serta pembukaan KL Sentral yang memudahkan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pelancaran kad serba guna kerajaan bagi pengenalan identiti yakni Mykad telah memberi isyarat bahawa negara kini sudah menempuh satu alam baru iaitu alam pembangunan teknologi dan maklumat yang setanding negara-negara yang maju. Puncaknya, kepimpinan negara diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Kelima telah meneruskan tradisi kecemerlangan negara. Kecemerlangan yang terus terukir termasuklah seperti berikut: • • • • • • Penggunaan alat bantuan mengajar yang lebih sofistikated dalam dunia pembelajaran. Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara. Peningkatan tahap sosioekonomi rakyat. Penurunan kadar kemiskinan yang menghimpit masyarakat luar bandar. Peningkatan nilai perdagangan Malaysia yang mencapai angka 1 trilion. Serta menjadi hub pasaran makanan halal sedunia.

Selain itu, kematangan hubungan luar Malaysia membolehkan negara memainkan peranan sebagai wakil dan suara kepada negaranegara yang membangunkan bagi menjadikan bumi merdeka ini duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di persada antarabangsa. Apa yang lebih membanggakan ialah negara bekas penjajah yang
7

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dahulunya mendabik dada mampu membawa kemajuan di negara kita, kini mengakui dan meminta resipi kejayaan Malaysia mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum. Konklusinya, 50 tahun yang diharungi bersama telah membuktikan bahawa negara kita, Malaysia telah meniti satu tahap kecemerlangan yang sungguh mengagumkan, lebih hebat daripada negara-negara merdeka yang lain. Hal ini bukanlah satu retorik kerana seantero dunia telah mengakui kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mampu membina kejayaan mengikut acuan sendiri. Hakikatnya, kecemerlangan ini akan terus bergemerlapan serta diukir dalam menjamin kemerdekaan yang terus berkekalan. Semoga pada satu saat nanti, negara kita akan menjadi sebuah kuasa besar yang akan memimpin dunia ke arah kemakmuran dan kegemilangan yang tiada tolok bandingannya. Merdeka! Merdeka! Merdeka! ......adalah laungan keramat menjelang 31 Ogos setiap tahun. Setiap rakyat tanpa mengira bangsa di Malaysia seharusnya bersyukur dengan kemerdekaan yang di kecapi. Tanpa pengorbanan dan usaha pejuang-pejuang terdahulu, semua kemewahan dan kemakmuran tidak mungkin akan kita kecapi pada hari ini. Hayatilah slogan sambutan Hari Kemerdekaan ....KERANAMU MALAYSIA. Rujukan 1. Akhbar Berita Harian, 18 Mac 2004, Berita Harian Publishing Sdn. Bhd., Halaman 16–19. 2. Kamaruddin M. Said, 500 Tahun Melayu menghadapi Cabaran, 2004, Kris Publications. 3. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Transformasi Ekonomi Melalui Pendidikan, Edisi Disember 2003, Dewan Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka.
8

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

4. Hassan Ahmad, Menggubah Minda Melayu, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Mac 2004. 5. A. Kadir Jasin, A. Kadir Jasin Menulis, Dewan Masyarakat, Mac 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Mohd Izranuddin Jelani, Realiti Sosioekonomi Orang Melayu, Oktober 2005, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka.

9

TEMPAT KEDUA RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Elayne Kuek Kim SMK Bandar Bintulu, Bintulu, Sarawak

M

alaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai amalan hidup yang berbeza dari segi agama, kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Walaupun begitu, rakyat kita masih dapat hidup dengan rukun dan damai serta mengamalkan agama masing-masing secara harmoni dan bertoleransi. Hal ini menjadi kebanggaan rakyat negara kita. Sesungguhnya, perpaduan nasional merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh kerajaan dalam setiap pelaksanaan dasar negara dan penyusunan segala strategi pembangunan dan pentadbiran negara. Ini bertujuan agar negara kita akan terus menjadi sebuah negara yang aman dan makmur yang dapat mengekalkan dan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang di kecapi sejak 31 Ogos 1957. Tanpa perpaduan yang kukuh, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh mengakibatkan kedaulatan, keharmonian dan kesejahteraan negara terjejas serta berlakunya rusuhan kaum, huru-hara, peperangan, pergaduhan dan perselisihan faham seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. Malah, Perdana Menteri kita yang kelima dan terkini, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah menyeru semua rakyat Malaysia agar berganding bahu bersama dengan kerajaan untuk
11

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menggembleng tenaga memperkukuhkan perpaduan nasional menerusi usaha proaktif dan pragmatik membina satu kesatuan yang unik daripada pelbagai perbezaan di antara kita. Selain itu, beliau juga menyahut agar kita terus membina satu kesamaan identiti yang kukuh berakar dalam persekitaran negara kita berdasarkan segala keistimewaan yang terkandung daripada pelbagai agama dan budaya. Pada dasarnya, Kempen Penghayatan Rukun Negara giat dilancarkan oleh Kerajaan agar terus menjadi amalan hidup rakyat Malaysia sejajar dengan tema “Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia”. Semangat Rukun Negara yang bersemadi dalam sanubari rakyat negara ini sejak 35 tahun dulu terus dikekalkan kerana mampu mendidik seseorang supaya lebih kerap mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain agar wujud perpaduan rakyat yang jitu di negara yang berbilang kaum ini. Justeru, kempen yang bertemakan Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang berdaya saing, bagi menjadikan negara terus merdeka, maju, aman dan makmur. Dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan semasa zaman penjajahan British telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Dasar British telah membawa impak iaitu orang Melayu tinggal di desa dengan pekerjaan pertanian padi, kaum Cina dalam bidang perniagaan dan tinggal di bandar, sementara kaum India pula tinggal dan bekerja di estet-estet getah. Ketiga-tiga kumpulan etnik terbesar ini telah dipisahkan di bawah dasar “pecah dan perintah” dan para pemimpin negara kita pula yang terpaksa memikul tanggungjawab menyatupadukan penduduk negara sejak kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957. Pada 13 Mei 1969, suatu peristiwa berdarah telah berlaku di mana rusuhan antara kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara telah berlaku. Mereka yang terlibat bukan sahaja membunuh, malah membakar bangunan dan merampas harta benda. Kejadian ini
12

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mengakibatkan huru-hara dan kemusnahan negara. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. Ekoran itu, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang negara, melicinkan pentadbiran dan memupuk suasana harmoni serta sikap percaya mempercayai dan hormat-menghormati antara kaum secara berkekalan. Polis dan pasukan tentera negara telah bertindak mengembalikan keamanan negara. MAGERAN pula telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970 untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan negara. Berikutan itu, MPN yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dalam mesyuarat pertamanya pada 27 Januari 1970 telah memperkenalkan satu ideologi negara yang mampu menyelesaikan garis pemisah antara rakyat pelbagai kaum di negara kita. Manifestasinya, lahirlah Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat, Al-Marhum Sultan Zainal Abidin. Secara keseluruhannya, Rukun Negara ialah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kemasyarakatan, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma kehidupan sosial yang merangkumi aspek politik, perundangan, keagamaan, kebudayaan dan ekonomi yang wajib dipatuhi oleh setiap warganegara Malaysia. Sesungguhnya, Rukun Negara mempunyai lima matlamat. Pertamanya, adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya. Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membina satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia bagai sebuah keluarga besar. Melalui Rukun Negara akan dapat melahirkan satu bangsa dan negara di mana rakyatnya mempunyai semangat bertolak ansur bagi mengelakkan rusuhan kaum dan ancaman luar. Justeru itu, perpaduan yang lebih
13

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

erat hendaklah dicapai kerana apabila perpaduan runtuh, maka sukarlah bagi kita untuk mengembalikannya. Pepatah Melayu mengatakan bahawa “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh yang demikian, Rukun Negara hendaklah dijadikan amalan hidup. Dengan adanya amalan kunjung-mengunjungi semasa hari perayaan, semangat kejiranan dapat membentuk perpaduan yang lebih erat dan jitu. Keduanya, adalah untuk memelihara satu corak hidup demokratik. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kebebasan hak asasi dan kebebasan berpolitik untuk rakyatnya asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Justeru, Rukun Negara sudah menggariskan bahawa apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara hendaklah diberi keutamaan berbanding kepentingan sesuatu kaum. Perkara ini penting bagi mengekalkan kestabilan, keutuhan, dan keselamatan negara. Dunia memang mengakui negara kita sebagai sebuah negara demokrasi yang berdaulat. Mengikut sistem kerajaan demokrasi, terdapat tiga badan pentadbiran di Malaysia, iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif, dan Badan Kehakiman. Tegasnya kita harus terus memelihara corak hidup demokratik yang sedia ada. Ketiganya, matlamat Rukun Negara adalah untuk mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Sesungguhnya, semua rakyat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara dengan cara pembahagian kekayaan negara secara adil dan saksama bagi wujudnya satu masyarakat yang adil. Secara khususnya, pihak-pihak yang lemah akan dibantu agar mereka dapat mempunyai peluang yang sama dalam semua aspek untuk bersaing dengan pihakpihak yang lebih maju ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Selain itu, konsep masyarakat yang adil ini juga meliputi kebebasan daripada penindasan oleh pihak yang lebih berkuasa. Seterusnya, Rukun Negara bermatlamat untuk menjamin satu sikap yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya
14

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan pelbagai corak. Masyarakat Malaysia ini bebas mengamalkan kepercayaan, agama dan budaya masing-masing selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kepelbagaian agama dan kepercayaan kaum-kaum di Malaysia dianggap di anggap oleh penganut masingmasing sebagai satu rahmat atau kelebihan bagi negara kerana ini boleh membantu mewujudkan satu tahap toleransi beragama di Malaysia yang unik dan tersendiri. Tegasnya, rakyat Malaysia hendaklah menjadikan perbezaan di kalangan masyarakat menjadi sumber kekuatan kepada pengukuhan bangsa dan negara Malaysia. Selain itu, menerusi penghayatan Rukun Negara, anggota masyarakat dapat membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden sejajar dengan perkembangan teknologi tanpa sempadan menuju ke era globalisasi. Pasca kemerdekaan menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu mendadak dan maju dalam bidang pertanian, pendidikan dan sebagainya. Dalam konteks ini, masyarakat yang progresif merujuk kepada masyarakat yang bergerak maju seiring dengan kepesatan sains dan teknologi moden tanpa mengabaikan nilai-nilai murni yang akan dapat merealisasikan matlamat negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, Rukun Negara juga menggariskan lima prinsip iaitu Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan menunjukkan bahawa agama merupakan pegangan paling utama rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang beragama mudah diurus untuk menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa agama Islam ialah agama rasmi tetapi agama lain bebas untuk diamalkan. Sesungguhnya, tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atau alasan agama adalah dilarang sama sekali. Melalui kepercayaan agamalah satu negara dan bangsa yang berdaulat dapat diwujudkan.
15

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Jawatankuasa Penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan dalam kehidupan manusia, kerana seseorang yang tidak beragama akan runtuh peribadinya dan dapat meranapkan sesuatu bangsa dan negara. Memandangkan betapa pentingnya pegangan yang teguh dalam agama dan kepercayaan, maka prinsip ini telah dijadikan sebagai prinsip pertama Rukun Negara. Prinsip kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara menuntut semua rakyat Malaysia memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja dan Negara. Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Raja Melayu sebagai ketua negeri dan Yang di-Pertuan Negeri pula bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu untuk tempoh lima tahun dan ditabalkan dalam upacara penuh gemilang di Istana Negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotik, setiap rakyat perlu menunjukkan kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada yang di-Pertuan Agong. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Negeri merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini di samping pelindung hak istimewa peribumi. Sesungguhnya, penderhakaan kepada raja bermaksud penderhakaan kepada negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab seseorang warganegara ialah taat setia dan patuh kepada raja dan negara. Oleh itu, rakyat harus mempertahankan kedaulatan raja dan negara dengan mempertahankan kemerdekaan negara agar tidak dijatuhkan oleh anasir subversif serta tidak dijajah lagi. Antara caracara amalan taat setia kepada Raja dan Negara ialah menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara, menghormati lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera dan lagu Negaraku, dan tidak belot kepada negara dalam sebarang situasi. Sebarang sikap dan pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat kepada negara lain atau rakyat mengabaikan taat setia kepada negara Malaysia dan Rajanya merupakan elemen yang bertentangan sama sekali
16

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dengan prinsip Rukun Negara. Secara keseluruhannya, seluruh rakyat Malaysia perlu sentiasa patuh dan setia kepada perlembagaan negara agar pembinaan negara dan bangsa yang berdaulat terus berkekalan. Prinsip ketiga pula menekankan Keluhuran Perlembagaan yang bermaksud keagungan dan kedaulatan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Oleh itu, semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Prinsip ini menuntut rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankan keluhuran serta kemuliaan Perlembagaan Negara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai dan memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara yang diperkenalkan pada 16 September 1963. Perlembagaan Malaysia yang mengandungi 183 perkara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara kita. Oleh yang demikian, perlembagaan negara merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dengan memperuntukkan senarai persekutuan, senarai negeri dan senarai bersama. Ketinggian perlembagaan dilihat pada peruntukan kuasa parlimen, kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta hak asasi dan kebebasan rakyat. Kestabilan politik negara akan terjejas jika rakyat membangkang keluhuran perlembagaan negara dengan mempersoalkan dan mengkritiknya. Oleh itu, adalah tanggungjawab semua rakyat untuk menjunjung dan mempertahankan keluhuran perlembagaan.
17

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Prinsip keempat pula menekankan Kedaulatan Undangundang. Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Semua rakyat akan hidup dengan rukun dan damai apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Undang-undang negara adalah berasaskan kepada perlembagaan. Justeru itu, kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan dengan dijamin di bawah institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa kerana tanpa undang-undang, rusuhan antara kaum akan berulang lagi. Undang-undang adalah perlu bagi setiap negara untuk mengawal keadaan negara dan menjamin kemakmuran negara yang terdiri daripada rakyat yang beramalan mulia. Prinsip Kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan menuntut semua rakyat agar bersopan dan bertatasusila yang merangkumi amalan sanggup menolong antara satu sama lain dengan tidak mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing. Prinsip ini menekankan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu agar berhemah tinggi dengan bersifat simpati serta empati dan sentiasa berbudi bahasa dalam pergaulan seharian. Baru-baru ini, selaras dengan “Kempen Budi Bahasa Budaya Kita” yang dijalankan, prinsip ini bermatlamat untuk membentuk warga yang bersopan santun dan bertatasusila demi mewujudkan suasana yang lebih mesra, sekali gus mengeratkan perpaduan kaum ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sehubungan itu, adalah tidak wajar sesuatu kaum membangkitkan isu yang dianggap sensitif membabitkan agama, kaum dan bahasa kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman rakyat di negara ini. Secara keseluruhannya, perpaduan nasional hendaklah dipertahankan agar terus kekal bagi mengelakkan berulangnya Peristiwa 13 Mei 1969. Tragedi tersebut menyedarkan kita betapa pentingnya amalan sifat bersatu-padu menerusi penghayatan Rukun Negara di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum agar dapat
18

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menghapuskan sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain, sekali gus melahirkan masyarakat yang muhibah dan menjana pembangunan modal insan yang gemilang serta mengekalkan kestabilan politik dan kesejahteraan negara selaras dengan usaha istiqamah melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang tahun 2020. Rujukan 1. Intan 1980, Negara Kita. 2. Dewan Bahasa dan Pustaka 2005, Buku Teks Sejarah Tingkatan 5-KBSM. 3. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007, Siri Teks Reference Pendidikan Moral SPM.

19

TEMPAT KETIGA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Muhammad Shafiq Bin Saidin Maktab Rendah Sains Mara, Taiping, Perak

B

ermula tatkala zaman pemerintahan Parameswara, apabila krisis kepimpinan dan penjajahan telah terbukti menghancurkan Melaka, ia telah melenyapkan kedamaian sekelip mata. Maka, para pewaris takhta kerajaan terus mencari formula. Tanpa berlengahlengah, Tun Perak Si Bendahara bingkas bangun bersama teorinya meluaskan empayar hinggalah mamanda Tuanku Abdul Rahman bersama gagasannya menggembleng tenaga bagi mendapatkan kalimah keramat “merdeka” yang saban tahun kita laungkan. Ibarat mimpi dalam tidur yang begitu lena, tahun 2007 genaplah angka 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Mengimbau kenangan silam, Tanah Melayu dahulunya cukup mundur, tetapi setelah lima dekad menyusur zaman, Malaysia sudah berubah wajah dengan merebaknya pelbagai transformasi dan modenisasi. Malahan, acap kali juga halwa telinga kita disogokkan dalam ungkapan yang mentakrifkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara membangun setelah melalui zaman pascamerdeka, seterusnya bakal mencapai status negara maju. Namun, tidak kurang juga antara kita yang masih bingung dengan persoalan adakah semua prognosis tersebut adalah tepat ataupun sekadar angan-angan Mat Jenin? Jika ia satu kebenaran, apakah yang boleh menggolongkan Malaysia dalam pengklasifikasian sebuah negara yang maju, gagah dan gemilang apabila dibandingkan dengan zaman pramerdeka yakni lima dekad
21

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang lalu? Sesungguhnya, pelbagai reformasi terhadap Malaysia yang mampu merungkai kekusutan persoalan-persoalan tersebut. “sekarang bukan bermenung zaman bermenung” Bukan sekadar titipan bibir semata-mata, bait lagu ‘Seroja’ tersebut secara jelasnya dapat dijadikan analogi terhadap transisi yang dialami oleh Malaysia. Telah lama Tanah Melayu tidur, sungguh lama bumi Parameswara ini diperkotak-katikkan. Lantaran itu, Malaysia telah bangkit dari dilema, keluar dari kepompong zaman bermenung, lantas mengejar semula segala kemajuan dunia termasuk revolusi-revolusi agung seperti revolusi perindustrian yang telah pun membelakangkan kita ratusan tahun lamanya. Akhirnya, setelah variasi prakarsa dilaksanakan, Malaysia telah pun mampu mengejar dan menghampiri semula revolusi tersebut. Natijahnya, negara kini sedang diulit pesta modenisasi sementelahan taraf hidup rakyatnya melonjak jauh lebih baik. Lihat sahaja dalam filem-filem simbolik seperti Embun yang menggambarkan suasana pada zaman pemerintahan tentera “Malayan People Anti-Japanese Army” atau lebih dikenali sebagai kumpulan Bintang Tiga yang memonopoli kuasa politik, ekonomi mahupun sosial sebelum merdeka ataupun kita beralih pada zaman awalan merdeka iaitu semasa popularnya seniman Tan Sri P. Ramlee, tidak banyak perbezaan dari segi kemajuan yang dialami selama beberapa tahun tersebut. Sebagai contoh, dari aspek kemajuan pengangkutan, untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain agak sukar dan memakan masa yang lama. Bagi mereka juga, kenderaan seperti sampan, rakit dan basikal tua adalah nadi penggerak utama. Fenomena tersebut bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan suasana sekarang. Jika dahulu, kancil dan rusa hanya dilihat dan disinonimkan dengan penghuni rimba, si kelisa pula dilihat hanya di sungai-sungai dan nun di atas pepohon, sang kenari leka berciutan. Kini, Malaysia sesungguhnya adalah sebuah negara yang gemilang kerana segalagalanya telah dimanifestasikan apabila produk automobil seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa rancak memonopoli litar seluruh negara. Sesungguhnya kemajuan tersebut telah mengubah senario
22

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pengangkutan di negara kita kerana sampan mahupun basikal tua sudah jarang digunakan ekoran kemajuan yang membanjiri segenap aspek kehidupan lantas menenggelamkan pengangkutan konvensional tersebut. Fenomena ini bertitik-tolak apabila Dasar Perindustrian Negara yang berorientasikan pemindahan teknologi dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad secocok dengan salah satu cabaran Wawasan 2020 iaitu ingin meletakkan Malaysia supaya dapat berdiri di barisan hadapan dalam sektor pembuatan dan ia bukanlah lagi igauan mahupun imaginasi. Ya, sememangnya Malaysia gagah dan gemilang, kita boleh, Malaysia boleh! Wawasan 2020 Satu pandangan jauh Bukan impian malah kenyataan Bersama kita jayakan Jika dahulu, kita dicengkam hebat oleh kuku besi dunia seperti Jepun. Mereka telah mencetuskan pelbagai polemik dengan modus operandi tersendiri seperti penstrukturan masyarakat yang tidak tersusun, dasar pecah dan perintah serta jurang ekonomi antara kaum. Hal ini menjadikan agensi pembangunan Tanah Melayu tergendala dan terbantut lantas membawa kepada kemunduran yang begitu ketara jika dibandingkan dengan negara-negara lain terutamanya di Eropah. Hal yang lebih menyedihkan adalah apabila nama Malaysia dahulunya tidak wujud dalam peta dunia akibat kurang menonjol walaupun sebelumnya Tanah Melayu begitu agung sebagai pengeksport bijih timah, kelapa sawit, gambir dan lain-lain. Akan tetapi, kita kini mampu mendabik dada kerana dapat melakar semula masa depan negara mengikut acuan kita sendiri. Seperti mana yang terdapat dalam bahagian prolog dalam bait lagu di atas ‘bukan impian malah kenyataan’, kita sudah hampir menyahut kesemua cabaran Wawasan 2020. Buktinya, setelah 50 tahun berlalu, Malaysia kini telah berpimpin tangan bersama-sama dunia mengharungi revolusi ketiganya iaitu revolusi maklumat seperti mana yang dinyatakan oleh Alvin Toffler, dalam bukunya The Third Wave. Contohnya adalah cetusan gagasan Koridor Raya Multimedia
23

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

(MSC). MSC adalah wilayah siber mirip Niagara International Teleport di Kanada yang menjadi medium bagi menempatkan pusat eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC juga menggabungkan semua ruang lingkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran khusus buatnya serta menjadi pemangkin kepada lahirnya kerajaan elektronik dan universiti multimedia termasuk juga pengimplementasian kad pintar, teleperubatan, pusat pemasaran tanpa sempadan serta pusat pengeluar web sedunia. Hal ini sudah jelas, terang lagi bersuluh menonjolkan bahawa Malaysia sudah melangkah setapak lagi ke hadapan sebagai negara yang gagah dan gemilang dalam segenap aspek. Justeru itu, kita perlu berterima kasih kepada nenek moyang kita yang telah memperjudikan nyawa dan malahan ada yang sanggup berkorban menentang musuh negara hingga kita kini mengecap pelbagai nikmat kemewahan dan kemajuan. Sejarah peradaban dunia pula telah membuktikan bahawa negara-negara Eropah telah mengalami zaman Renaissance pada kurun ke-15. Dengan adanya penguasaan ilmu pengetahuan, negara-negara tersebut telah mencapai ketamadunan dan berjaya menelusuri arus pemodenan yang pesat lagi rancak. Mereka juga telah menterjemahkan ilmu pengetahuan tamadun sebelumnya. Secara informalnya, inisiatif ini telah membawa kemajuan kepada negara-negara tersebut serta meninggalkan zaman kegelapan yang berlaku sebelumnya. Hal ini jelas membuktikan kuasa ilmu adalah penting kepada sesebuah negara dalam proses pemodenan. Bagaimana pula dengan suasana pendidikan Tanah Melayu pada masa tersebut? Kanak-kanak yang bersekolah pula kebiasaannya berasal daripada keluarga berada sedangkan anak-anak kecil yang tidak berkemampuan terus keciciran. Pada masa itu, sekolah pondok sangat popular terutama dalam kalangan orang Melayu. Suasananya pula sungguh daif, guru-guru mengajar muridnya di pondok yang tidak dilengkapi dengan sebarang kemudahan. Namun, pasca kemerdekaan negara sesungguhnya menyaksikan reformasi pendidikan yang begitu rancak. Hal ini berlaku atas kesedaran bahawa kealpaan terhadap pendidikan menyebabkan kita ketinggalan dan
24

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

tidak mustahil untuk dijajah buat kali kedua. Kementerian Pelajaran khususnya bukan hanya menopang dagu, sebaliknya muncul bersama kepelbagaian agenda yang disusun rapi semata-mata bagi mengecap keunggulan negara agar menjadi gagah dan gemilang dalam bidang pendidikan seperti mana yang dirasai sekarang. Hal ini terbukti apabila determinisme kerajaan diterjemahkan dengan dasar liberalisasi pendidikan yang disusuli dengan penubuhan sekolah bestari yang mana fungsinya menyamai Grassroot Twin School di Kanada. Wah, ternyatalah taraf pendidikan Malaysia bukanlah mundur kerana evolusinya berkonsepkan pendidikan global! Buktinya, program seperti penggunaan alatan elektronik sebagai alat bantu mengajar terutama di sekolah bestari serta peruntukan pembinaan dan penempatan makmal komputer di setiap sekolah tidak kira di bandar atau di pelosok desa telah memberi pelbagai pemasalahan dalam usaha mencantas kejutan budaya multimedia serta mangkus bagi melahirkan modal insan yang celik teknologi sekali gus mengurangkan kadar buta teknologi maklumat (IT) dalam kalangan pelajar. Sambil menyelam minum air, sambil berdiang menanak nasi, pengimplementasian pelbagai program dan usaha terhadap pendidikan telah meletakkan taraf Malaysia sebagai negara yang bukan sahaja gagah dan maju malah cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aspek pendidikannya, berbeza dengan suasana lima dekat yang lalu. 50 tahun sesungguhnya telah jauh meninggalkan memori suka dan duka penduduk Tanah Melayu yang berhadapan saat getir bersama penjajah. 50 tahun juga menyaksikan Tanah Melayu telah dirompak oleh penjajah durjana dek kekayaan hasil buminya yang melimpah ruah hingga membawa kepada kemasukan buruh asing seperti masyarakat Cina dan India. Disebabkan dasar pecah dan perintah, masyarakat berbilang bangsa pada masa tersebut jarang bergaul kerana orang Melayu biasanya di kampung-kampung bekerja sebagai petani dan nelayan. Sebaliknya, orang Cina pula bekerja dilombong manakala kaum India pula di ladang-ladang. Namun, atas kesedaran tentang pentingnya semangat muhibah antara setiap kaum, tiga kaum majoriti ini disatukan di bawah satu
25

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

bumbung politik iaitu di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar. Usaha beliau yang membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu, melonggarkan syarat kerakyatan dan seterusnya mencadangkan Sistem Ahli yang memberi kuota pemerintahan kepada kaum bukan Melayu telah menjadi implementasi efektif yang menghasilkan ketaatan dan perpaduan antara kaum. Hasilnya, rakyat Malaysia mampu merasai kemanisan buah kemerdekaan yang dipetik daripada pohon perpaduan yang disemai dan dibaja. Disangka hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Baru sedekad lebih pohon perpaduan subur menghijau, Malaysia tiba-tiba digemparkan dengan tragedi pembunuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Titik hitam konflik tersebut seakan-akan memberi satu petanda buruk dan menggusarkan semua pihak, apakah perpaduan ini bakal hancur punah dan adakah Malaysia bakal menyaksikan pertumpahan darah sesama kaum? Namun, segala persoalan tersebut dinafikan apabila kerajaan mengambil langkah drastik dan sewajarnya bagi membentuk semula ikatan perpaduan antara kaum di Malaysia. Kini, sejarah hitam itu telah lama berlalu, Malaysia sudah cukup gagah dan gemilang, bukan sahaja dalam aspek pembangunan, pendidikan malahan begitu mapan dari aspek perpaduannya. Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007, semangat muhibah antara kaum ini juga dilihat sebagai salah satu daya penarik terhadap pelancong selain menikmati keindahan panorama di Malaysia. Selain itu, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang dihuni oleh pelbagai kaum dan etnik yang mendiaminya. Saban tahun, pada bulan Ogos kita merayakan dan menobatkannya sebagai bulan kemerdekaan. Matlamat kita pada bulan tersebut hanya untuk mengenang peristiwa 31 Ogos yang mana negara kita telah mencapai taraf sebuah negara yang merdeka. Namun, terlalu sedikit malahan tidak mustahil jika dikatakan setiap daripada kita lupa bahawa terdapat peristiwa bersejarah lain yang berlaku pada bulan Ogos. Pada bulan tersebutlah mencatatkan peristiwa runtuhnya Jabatan Sungai Melaka ke tangan Portugis pada 24 Ogos 1511 setelah diserang sebanyak tiga kali. Mari kita tepuk dada,
26

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

tanya minda, apakah faktornya jambatan Sungai Melaka yang begitu penting sebagai strategi ketenteraan dengan sewenang-wenangnya jatuh ke tangan Portugis? Sebenarnya, selain faktor pembelotan Si Kitul yang memberi maklumat kepada tentera Portugis, terdapat lagi faktor lain terselit dicelah-celah kekalahan tersebut. Antaranya ialah faktor senjata yang digunakan oleh tentera Melayu dan Jawa pada waktu tersebut adalah begitu konvensional seperti penggunaan parang, sumpit sedangkan askar Portugis menghentam menggunakan bedilan-bedilan meriam yang sudah pasti begitu dahsyat kesannya. Faktor lain adalah ketiadaan ketua angkatan perang yang cekap seperti Alfonso De Albuquerque untuk mengatur strategi dan memimpin ketenteraan. Namun, Malaysia kini sudah pun merdeka sekali gus tampil dengan pelbagai prasarana ketenteraan yang lengkap tidak kira di darat, laut mahupun udara. Sebagai contoh, Tentera Laut Di-Raja Malaysia bakal membeli dua buah kapal selam jenis Scorpene untuk tujuan pengawalan keselamatan perairan negara. Bukan sahaja di laut, Tentera Udara Di-Raja Malaysia pula melangkah setapak ke hadapan dengan membeli 20 buah pesawat udara jenis DHC-4A Caribou yang mana versinya adalah hampir sama dengan versi yang dibeli oleh Tentera Udara di-Raja Australia. Dengan adanya kemudahan-kemudahan tersebut, adalah tidak terlalu janggal bagi mengklasifikasikan Malaysia adalah sebuah negara yang gagah dan gemilang terutama dalam bidang keselamatan dan ketenteraan. Secara konklusinya, sebagai langkah mengekalkan taraf Malaysia yang diakui gagah dan gemilang, setiap individu perlu mempunyai kesedaran bahawa kemerdekaan yang telah kita kecapi selama lima dekad ini bukanlah milik kita, sebaliknya kemerdekaan ini dipinjamkan kepada generasi hadapan. Sudah tentu tidak terlintas difikirkan kita untuk dibayangi noda-noda kemunduran, pergaduhan dan penindasan. Memetik kata-kata seorang pujangga, Qaulan Shadidie, beliau pernah bermadah, “negara ini tertegak atas sumpah keramat. Lantainya disimbah air mata, dindingnya tertegak atas tulang temulang, atapnya disulam dengan peluh dan keringat”. Jadi, marilah kita sama-sama memberi sumbangan dengan memainkan peranan masing-masing untuk menyumbang sesuatu kepada pembangunan
27

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

negara dalam apa-apa jua aspek tanpa mengira kaum dan agama agar terus maju dan melangkah lebih ke hadapan demi mengapresiasi jasa dan pengorbanan nenek moyang terdahulu yang telah berkorban jiwa dan raga semata-mata ingin memberi kesenangan kepada anak cucu mereka yakni kita serta memberi sinar baru agar Malaysia terus bergemerlapan dan berdiri megah sebagai sebuah negara yang dikagumi seantero dunia, gagah dan gemilang. Rujukan 1. Abdul Aziz b. Abd. Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah Servai, (2003). 2. Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur; Percetakan Rina Sdn. Bhd. 3. Ahmad Fawzi bin Mohd Basri, Mohd Foad bin Sakdan, Azami bin Man (2002). 4. Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Malaysia, (1991). Malaysia: The Way Forward. Ipoh: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. 6. Lotfi Ismail, (1988). Sejarah Malaysia 1400–1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors. 7. Mohamed Noordin Sopiee, 1963. Malaysia In Brief. Kuala Lumpur: Department of Information Malaysia. 8. Ramlah binti Adam, Abdul Hakim Bin Samuri, Muslimin bin Fadzil, (2004).

28

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

9. Sejarah Tingkat 3. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10. Tunku Abdul Rahman Putera, (1984). Malaysia: The Road To Independence. Petaling Jaya: Pelanduk Publication.

29

TEMPAT KEEMPAT 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Siti Hanisah Binti Ab. Latif SMK Seberang Temerloh, Pahang

M

eniti detik, menyusur denai waktu, antara lena mahupun terjaga negara kita sebenarnya telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun. Secara amnya, kebebasan mutlak diberikan kepada penduduk peribumi bagi mengepalai pucuk pimpinan negara yang pada awalnya di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Walau bagaimanapun, harus dikenang kembali, sejarah pendudukan imperialis barat yang banyak memerah keringat rakyat Tanah Melayu dan sumber kekayaan tanah air untuk kepentingan diri dan bangsa mereka. Betapa kejam, rakus dan zalim pemerintahan mereka selama 446 tahun negara dijajah. Sebagai rakyat Malaysia, rentetan sejarah negara yang terdahulu seharusnya dijadikan sebagai wadah perjuangan bangsa Malaysia. “Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah”. Begitulah diibaratkan keadaan dan situasi penduduk Tanah Melayu di zaman era penjajahan. Selama itu juga, maka terciptanya pelbagai cerita. Ada duka, suram dan kelam. Seandainya dicanangkan kepada umum tentang kisah ini pasti ada yang akan terpana, terkedu dan tidak kurang juga yang menitiskan air mata simpati. Bayangkan, kekejaman imperialis ketika mereka bermaharajalela di bumi Malaysia. Penduduk peribumi menjadi hamba, sedangkan bangsa
31

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

asing menjadi tuan dan hanya menggoyangkan kaki menanti kerja diuruskan oleh orang lain. Senang-senang sahaja mereka mengarah itu dan ini. Cuba kita renungkan sejenak, kisah-kisah sejarah terdahulu. Tujuan pendudukan Portugis di Melaka adalah bagi menyebarkan agama Kristian, mengeksploitasi hasil kekayaan bahan mentah negara, memonopoli perdagangan rempah ratus di Asia Tenggara di samping ingin membina sebuah empayar yang agung bagi kemegahan negara Portugal. Seperti mana yang telah diucapkan oleh N.H Ryan mengenai kedatangan Portugis, Portugis bertandang ke negara ini kerana tiga perkara. Iaitu kekayaan (gold), keagamaan (gospel) serta kemegahan (glory). Apabila melihat kembali sejarah pendudukan British di Malaysia, bukan sahaja telah berlaku campur tangan yang menggugat sistem pentadbiran tempatan bahkan kedudukan dan status Sultan, pembesar dan pegawai-pegawai tempatan turut terbiar. Kita dikuasai, ditindas dan dibebani dengan bermacam-macam perubahan. Senario ini ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Wadah pemerintahan British telah menyebabkan kuasa Sultan menjadi terlalu kecil selepas pengenalan Sistem Residen. Residen British mendominasi pengurusan pentadbiran secara keseluruhannya. Kuasa Sultan hanya menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Selain itu, pelbagai jenis cukai yang diperkenalkan oleh mereka membebankan dan menindas penduduk peribumi. Hak memungut cukai yang sebelumnya di bawah kuasa Pembesar beralih kepada Residen dengan menggunakan pelbagai cara dan tipu helah bagi mendapatkannya. Sosial Dari segi sosial pula, berlakunya kekangan dalam mewujudkan perpaduan kerana lahirnya sistem pendidikan vernakular dan penetapan bidang ekonomi terhadap tiga komuniti utama penduduk
32

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

tempatan. Kecaman pemerintah seperti ini, turut melanda Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun kira-kira tiga tahun lapan bulan, sejak 15 Februari 1942. Dalam tempoh itu pelbagai penerapan budaya dan idealisme yang diguna pakai oleh pihak Jepun bagi melunaskan cita-cita dan impian mereka. Tidak hairanlah, sejarah penjajahan imperialis ke atas Tanah Melayu turut menyentuh sentimen penerapan budaya Jepun. Mengupas kembali sejarahnya, lagu kebangsaan negara Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan di semua sekolah pada awal pagi di samping upacara menaikkan bendera negara matahari terbit itu. Bukan itu sahaja, cuti-cuti umum di Tanah Melayu adalah bergantung pada cuti-cuti umum di Jepun. Selain itu, telah berlaku juga pertukaran nama-nama tempat dan stesen kereta api seperti stesen Tanjung Pagar kepada stesen Kereta Api Syonan. Mereka berjaya memperluaskan pengaruh di Tanah Melayu menerusi propaganda tertentu antaranya melalui slogan “Asia untuk Asia” dan “Semangat Asia”. Pelbagai dasar pemerintahan dijalankan, ibarat kata pepatah, ‘yang teguh disokong, yang rebah ditindih’. Watak penjahat yang dimainkan oleh mereka terserlah apabila sejarah membuktikan bahawa kebajikan penduduk peribumi diabaikan dan tidak diberi peluang bersuara. Manakala ekonomi dikaut serta dieksploitasi hingga ke akar umbi untuk kepentingan negara dan bangsa mereka. Selain itu, syarikat-syarikat Jepun atau ‘kaisha’ mendapat layanan yang istimewa ketika menapak di negara ini. Jepun menjalankan dasar pemerintahan dan pentadbiran yang bermaharajalela, mementingkan bangsa mereka sahaja hingga rakyat tak ubah seperti menumpang di negara sendiri. Rakyat ibarat “diikat dengan sehasta tali, hendak melawan terasa gentar, hendak menurut terasa dipergunakan.” Serba tidak kena jadinya. Inilah di antara rentetan sejarah sebelum kemerdekaan yang menampakkan wajahnya. Tanggal 31 Ogos 1957, merupakan detik bermakna kepada setiap warganegara Malaysia. Tiada lagi tompok-tompok darah
33

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang memenuhi ruang angkasa. Tiada lagi bunyi tembakan senapang mahupun ledakan bom. Tiada lagi air mata yang membasahi pipi luka yang menangisi kematian keluarga tercinta. Tiada lagi jeritan si anak kecil yang memanggil ibunya. Tiada lagi bangsa berkulit putih mengarah penduduk tempatan itu dan ini. Era penjajahan telah lama berakhir dan yang ada cuma rasa syukur dan kegembiraan yang tidak dapat disimpulkan melalui kata-kata. Era kemerdekaan membuka tirai kemajuan dan perubahan yang setaraf bangsa-bangsa asing dan negara-negara lain. Coretan tentang perubahan pascamerdeka dapat dilihat daripada aspek politik, ekonomi dan sosial. Politik Dari segi politik, banyak perbezaan yang dapat kita saksikan. Antaranya perubahan salasilah tunjang pemimpin negara. Tatkala kemerdekaan membuka tabirnya, tampuk pimpinan negara telah bertukar tangan kepada penduduk tempatan. Corak pemerintahan yang dahulu, lebih kepada penindasan dan berbentuk kekerasan telah berubah kepada corak pentadbiran yang lebih sistematik, demokratik berparlimen dan anti keganasan. Semua ini adalah hasil kerja keras dan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang pertama,Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang diberi gelaran Bapa Kemerdekaan. Kejayaan Malaysia yang berjaya dicapai semasa tampuk pemerintahan beliau ialah pembinaan Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan. Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak yang juga Bapa Pembangunan. Beliau yang menjawat jawatan Perdana Menteri dari 1970 hingga 1976 telah berjaya membuktikan bahawa beliau juga mampu membawa Malaysia ke era pembangunan global. Beliau banyak memberikan sumbangan untuk pembangunan
34

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan kemakmuran negara. Antaranya, Laporan Razak 1956, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Pembangunan Luar Bandar dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam meneruskan misi pembangunan negara, beliau juga tidak ketinggalan untuk menyatukan beberapa Parti Perikatan iaitu MCA, UMNO dan MIC dengan mengasaskan Barisan Nasional pada tahun 1974. Rukun Negara juga merupakan ilham beliau ketika Majlis Perundangan Negara dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969. Dalam mesyuarat tersebut, golongan cerdik pandai dan pemimpin semua kaum merincik gagasan Rukun Negara. Mereka berbuat demikian kerana mahu mewujudkan satu negara dan bangsa Malaysia yang beridentiti, bersatu padu, sedia berkongsi matlamat dan aspirasi serta sanggup bangkit membela bangsa. Prinsip Rukun Negara yang terdiri daripada Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan mampu menjamin kewujudan bangsa Malaysia yang harmoni supaya kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama. Sehingga kini, masih ada cetusan idea beliau yang masih kekal digunakan lagi. Tun Hussein Onn Pada 1976, pemerintahan Tun Abdul Razak diambil alih oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga. Selaku Bapa Perpaduan, beliau amat menekankan isu-isu perpaduan melalui polisipolisi beliau dengan mengimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum. Di samping itu, beliau juga sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup kaum Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain. Pada 20 April 1981, beliau telah melancarkan dana Bumiputera yang dikenali sebagai Skim Amanah Rakyat Nasional yang bertujuan meningkatkan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara.

35

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Tun Dr. Mahathir Mohamad Hasil kecemerlangan ini, diteruskan pula oleh pucuk pimpinan negara oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak 1981 sehingga persaraan beliau pada 2003. Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Beliau menjadi perintis kepada Dasar Pandang ke Timur bagi mencapai kemajuan dari segi pendidikan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mewujudkan anjakan paradigma rakyat Malaysia. Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia). Wawasan 2020 juga merupakan ilham daripada beliau. Beliau sangat tegas dengan wawasan yang diciptakannya ini, dan berharap suatu hari nanti rakyat Malaysia mampu berdaya saing di peringkat global serta berdaya kreatif, inovatif, kompetitif dan produktif agar mampu mengorak langkah yang lebih gemilang untuk era akan datang. Nama Tun Dr. Mahathir terus terpahat sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia”, “Pencetus Negara Maju” dan negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Pada 31 Oktober 2003 satu lagi sejarah terlakar, apabila Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima. Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh beliau, memberi penekanan dalam pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Misalnya, menekankan sikap yang lebih proaktif dalam sebarang tindak-tanduk, membangunkan
36

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

institusi Islam yang berdaya saing dalam semua bidang sama ada dari aspek sosialisasi mahupun pembangunan politik, ekonomi dan integriti nasional dengan agama lain. Antara intipati yang mendasari perjuangan ke arah Malaysia, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ialah konsep Islam Hadhari yang mahu membangunkan negara secara menyeluruh dan seimbang. Ia berlandaskan pentadbiran pengurusan, perkhidmatan, pemikiran “kelas pertama” dan sahsiah yang mulia dalam kalangan semua rakyat Malaysia. Selain itu, beliau juga mahu Malaysia terus memainkan peranan yang berpengaruh selaku Pengerusi NAM dan OIC serta terlibat secara aktif di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), terutamanya dalam usaha menamatkan ketidakadilan dan kezaliman sejagat serta mendaulatkan undang-undang. Perjuangan beliau seterusnya ialah membangunkan ekonomi negara berasaskan ilmu pengetahuan melalui kemajuan sains dan teknologi. Kegigihan beliau membawa Malaysia ke arah kecemerlangan dan kegemilangan adalah satu perjuangan murni. Beliau telah mengumumkan pendekatan yang realistik dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan menggarap beberapa pendekatan yang dirasakan perlu untuk mengekalkan kestabilan politik, ekonomi, sosial negara di samping memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Selaras dengan pembinaan modal insan seperti mana yang diuar-uarkan dalam RMK-9, adalah menjadi kewajipan semua individu bagi memastikan tiada siapa yang harus tercicir dalam mencapai hasrat ini. Ekonomi Dari segi ekonomi pula, sasaran kerajaan terbahagi kepada tiga sektor utama iaitu sektor pertanian dan perindustrian telah menjadi aset negara yang penting. Dalam pada itu, sektor ini juga dijadikan platform untuk membangunkan ekonomi negara. Dasar
37

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Ekonomi Negara (DPN) yang dilancarkan pada 12 Januari 1984 bertujuan untuk meningkatkan sektor pertanian ke tahap yang maksimum berdasarkan pengurusan sumber yang cekap dan efisien. DPN juga bermatlamat untuk memajukan komuniti utama yang berpotensi untuk dieksport dengan menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian seperti pemasaran, kredit, subsidi, serta penyelidikan. Sesuatu yang menarik mengenai perubahan pascamerdeka ke atas sistem sosialisasi masyarakat Malaysia ialah perubahan perjalanan kehidupan masyarakat sehari-hari. Hal ini kerana masyarakat pascamerdeka dapat disatukan ekoran penyeragaman sistem pendidikan, bahasa kebangsaan, dan ketetapan Rukun Negara. Instrumen ini telah mencetus wadah pembentukan integriti nasional dalam kalangan masyarakat. Contohnya, sistem vernakular iaitu sistem pendidikan mengikut sukatan pembelajaran di negara asal yang diamalkan semasa pendudukan British. Ia sememangnya mengekang masyarakat daripada bersatu. Lantaran itu, ia telah memberi ilham kepada kerajaan bagi menyeragamkan sistem pendidikan di negara ini. Selain itu, sistem penetapan bidang pekerjaan bagi tiga komuniti kaum terbesar yang menghalang penyatuan ini juga telah diubah kepada dasar yang bergantung kepada pencapaian individu. Semasa pemerintahan British, tiga komuniti kaum iaitu Melayu, Cina dan India telah dipecahkan kepada beberapa kelompok ekonomi. Estet dikerjakan oleh Muthu yang mewakili kaum India, lombong bijih timah dikelolakan oleh Ah Meng, yang mewakili kaum Cina sementara Ahmad, mewakili kaum Melayu menerajui pertanian mahupun perikanan. Namun, selepas tanggal 31 Ogos 1957, Muthu berjaya membuka gedung tekstil, Ah Meng menguasai rangkaian pusat membeli belah dan Ahmad berdaya saing dalam bidang pertanian moden.

38

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kemajuan Selama 50 tahun negara kita merdeka, perubahan sektor pendidikan dapat juga dilihat melalui pertambahan sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. Institusi ini menjadi semakin agresif dalam menyebarkan dakyah pendidikan melalui kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sejajar dengan perkembangan dunia hari ini. Antaranya, Sekolah Bestari yang dilengkapi prasarana teknologi maklumat dilaksanakan bagi menyokong usaha memupuk rasa cinta terhadap ICT. Selain itu, kurikulum juga digubal dan diubahsuai agar dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, inovatif, dinamik, kreatif dan analitis. Agenda ini bertepatan dengan seruan kerajaan bagi melahirkan kumpulan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran tinggi sebagaimana yang diperlukan bagi menyahut cabaran globalisasi. Kemajuan terus berkembang dari sehari ke sehari sehingga wujudnya sektor persyarikatan. Dasar Persyarikatan Malaysia ini diperkenalkan bagi merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan dalam pembangunan negara. Pada 13 Mac 1983, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan dasar ini dengan harapan agar dapat mengurangkan bebanan kewangan kerajaan. Sejurus itu, ia dapat meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan, ekoran sektor ini lebih cekap daripada sektor awam. Tambahan pula, sektor ini banyak membantu mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal dan sektor swasta. Tidak hairanlah, sekiranya pada hari ini kita dapat melihat pelbagai syarikat yang membangun dengan pelbagai jenis perniagaan dipasarkan, beraneka pilihan produk dijual dan berbagaibagai bentuk peralatan yang digunakan untuk tujuan tersebut. Umpamanya Petronas. Satu-satunya syarikat milik Malaysia yang disenaraikan di antara 500 syarikat gergasi dunia. Syarikat ini bergerak aktif mencari gali, mengeluar dan memasarkan minyak dan gas cecair asli di 32 buah negara asing. Syarikat ini juga menjadi aset negara
39

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dalam industri petrokimia secara besar-besaran. Keuntungannya berjaya mengatasi keuntungan syarikat minyak utama di dunia contohnya Exxon-Mobil, Total, Chevron, Texaco dan Shell. Pembangunan dan Seni Bina Perkembangan dalam aspek pembangunan dan seni bina juga begitu menyerlah. Alam bina dunia Melayu, Kompleks Pejabat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya adalah salah satu tanda perkembangan pembangunan negara. Era pembangunan terus pesat sehingga arkitek-arkitek negara berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Negara kita gah dengan mercu tanda Malaysia. Antara yang dikagumi ialah Menara Kuala Lumpur yang mempunyai rangkaian telekomunikasi yang canggih dan terkini. Menara yang terletak di Bukit Nanas ini dibina setaraf kemajuan sains dan teknologi tetapi tetap menerapkan elemen Islamik iaitu menggunakan reka bentuk yang berlandaskan masyarakat Islam moden. Keindahan kubah telah dihiasi kaca yang bersinar umpama berlian, disusun rapi bercirikan gaya Muqarnas, rekaan dan berasal dari Esfahan, Iran. Rekaan ini membentuk corak kasar yang lebih besar di dasar untuk melambangkan tujuh lapisan langit. Seterusnya ialah Bangunan Parlimen yang menjadi lambang demokrasi di Malaysia. Bangunan yang terletak di Tasik Perdana ini berharga RM16 juta dan kerja-kerja pembinaannya telah dimulakan pada tahun 1960. Sementara itu, pada 1963, perasmian bangunan ini telah diperkenankan di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu. Pada hari tersebut, baginda bertitah: “Bukanlah keindahan bangunan ini yang menjadi ukuran tetapi yang penting ialah peranan yang diperjuangkan oleh Parlimen sebagai bangunan yang menjadi bukti dan warisan pegangan demokrasi yang diamal dan dipertahankan di negara ini”. Dalam pada itu, seni bina yang terdapat di Dewan Filharmonik yang siap dibina pada tahun 1998 turut menyerlahkan kecemerlangan
40

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

tamadun Melayu. Selain itu, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Keretapi Aliran Transit Ringan (LRT) juga lambang kemegahan negara dalam sektor perhubungan dan pengangkutan pada masa kini. Wira Negara Mendepani era globalisasi, rakyat tempatan pasca merdeka tidak ketinggalan untuk mengharumkan nama Malaysia di bumi asing. Terdapat anak-anak Malaysia yang berjiwa besar mampu berlayar mengelilingi dunia secara solo seperti Dato’ Azhar Mansor, mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest secara berkumpulan oleh M. Magendran dan S. Mohandas pada tanggal 23 Mei 1997, dan berenang merentasi Selat Inggeris iaitu Datuk Malik Maidin. Kehebatan rakyat Malaysia juga terserlah dalam arena sukan misalnya Nicol Ann David yang mempamerkan aksi cemerlang dalam sukan squash di peringkat antarabangsa. Pencapaian Malaysia dalam bidang pidato umum turut cemerlang menerusi pencapaian Melati Abdul Hamid yang berjaya dinobatkan sebagai Pemidato Terbaik pada pertandingan Mahkamah Undang-Undang Antarabangsa. Malaysia Gagah Gemilang Setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia kekal gagah gemilang adalah hasil keringat dan jerit perih lima Perdana Menteri Malaysia yang menjadi peneraju bangsa dan tanah air, lima aspek Rukun Negara yang menjadi unsur integriti nasional dan tiga rumpun kaum yang berbeza disatukan di bawah panji Jalur Gemilang. Sesungguhnya, perjuangan untuk mencapai kemerdekaan telah memperlihatkan komitmen yang jitu daripada generasi terdahulu.
41

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Maka, perjuangan ini perlu diteruskan oleh generasi pada hari ini, dengan meneruskan perjuangan mengisi kemerdekaan dan sentiasa memastikan negara tidak dikekang oleh neoimperialisme. Rujukan 1. Mega Setia, 2005. Seri Koleksi Sejarah Ke Arah Kemerdekaan: Mega Setia Publication. 2. Ramlah binti Adam, Shakila Parween bt. Yacob, Abdul Hakim bin Samuri dan Muslim bin Fadzil, 2004. Sejarah tingkat 5: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Dewan Siswa, Mei 2007: Dewan Bahasa dan Pustaka.

42

TEMPAT KELIMA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Krishnakumar A/L Kanesan SMK Datok Lokman, Kuala Lumpur

N

egara kita telah mencatat satu pencapaian besar pada tanggal 31 Ogos 1957 apabila berjaya membebaskan tanah ini dari belenggu penjajahan tanpa pertumpahan darah. Bermula detik bendera Union Jack diturunkan dan laungan bersejarah oleh bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, negara menyaksikan kejayaan yang bertali arus dari aspek fizikal mahupun sosial dan rohani. Sebelum pemasyhuran kemerdekaan dibuat, tepat pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, di hadapan Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Jack telah diturunkan. Sejurus kemudian, bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO. Peristiwa menurunkan bendera Union Jack penuh bersejarah itu disaksikan oleh ribuan rakyat negara ini. Sebaik sahaja bendera Union Jack mencecah bumi, orang ramai bersorak sambil memberi tepukan gemuruh. Laungan merdeka bergema menandakan kemenangan rakyat yang bebas daripada belenggu penjajah. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang berkibar megah di puncak tiang ditatap dengan bangga oleh setiap rakyat negara. Sehari sebelumnya iaitu pada 30 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah
43

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dilakukan dengan penuh gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Stadium ini yang dibina khas untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan negara telah siap sehari sebelum pemasyhuran kemerdekaan itu diadakan. Ini adalah bangunan negara yang dibina khas untuk melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka. Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan disaksikan oleh ribuan rakyat. Mereka memenuhi setiap tempat duduk di stadium itu. Raja-raja Melayu yang berkilau dan dipayungi dengan payung di raja. Duduk berbaris bersemayam di pentas khas. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington, bersedia dengan penyerahan kuasa. Upacara dimulakan dengan ucapan wakil baginda Ratu England. Kemudian, beliau menyerahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong, ketua negara Persekutuan Tanah Melayu. Kemerdekaan ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara ini kepada pemerintah setelah dikuasai oleh penjajah selama hampir tahun 446 tahun. Pemulangan kuasa ini dilakukan dengan penuh tatatertib dan sopan. Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan parti Perikatan yang bakal menjadi Perdana Menteri pertama negara telah membaca perisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang sekali. Kemudian, Tunku melaungkan seruan MERDEKA! Sebanyak tujuh kali. Ini disambut dengan laungan MERDEKA! oleh para hadirin. Laungan mereka bergema memenuhi ruang stadium. Semangat mereka terbakar oleh kegembiraan setelah berjaya melepaskan diri daripada penjajahan kuasa asing. Ini adalah hasil perjuangan keramat setiap rakyat yang mencintai negaranya yang berdaulat dan merdeka. Pada hari itu, Majlis Perundangan Negara (MPN) menekankan pembentukan ideologi negara yang dikenali sebagai Rukun Negara demi menjaga keamanan negara. Setelah berjaya membebaskan Persekutuan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan British, perjuangan Tunku Abdul Rahman seterusnya adalah membebaskan Sarawak, Sabah dan Brunei. Sehubungan dengan itu, Tunku Abdul Rahman telah
44

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mengemukakan gagasan Persekutuan Malaysia iaitu percantuman antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negeri-negeri berkenaan bagi membentuk sebuah Persekutuan Malaysia. Gagasan Persekutuan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman menjadi kenyataan apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kejayaan pembentukan Persekutuan Malaysia melalui kaedah diplomasi telah mengagumkan semua orang di dunia ini. Apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan, Indonesia dan Filipina bukan sahaja tidak mengiktiraf Malaysia, malahan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Indonesia yang lebih agresif berbanding Filipina telah mengambil langkah drastik dengan melancarkan konfrontasi. Berikutan itu, tentera Indonesia telah menceroboh beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Walaupun konfrontasi semakin tegang, pemimpin Malaysia terus meneruskan usaha perdamaian. Antaranya membuat rundingan, menghantar bantahan rasmi kepada Bangsabangsa Bersatu (PBB), dan menyusun semula Pasukan Pertahanan Negara (PPT). Kerajaan Malaysia juga mendapat sokongan daripada tentera negara Komanwel seperti Britain, New Zealand, Australia dan Kanada. Tahun-tahun kemerdekaan ternyata amat mencabar dan Tunku telah meneruskan kewibawaannya dalam menjamin perpaduan yang kukuh di kalangan penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum. Ikatan yang terjalin semasa perundingan menuntut kemerdekaan, diteruskan dan diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Perpaduan erat tiga kaum utama, iaitu kaum Melayu, India, Cina dan sebagainya kekal hingga hari ini. Ini merupakan salah satu pencapaian negara paling berharga yang menjadi teras kestabilan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini. Salah satu kejayaan Tunku Abdul Rahman selepas kemerdekaan ialah penubuhan Persatuan Asia Tenggara (kemudian ASEAN) yang menjadi batu loncatan untuk pelaksanaan dasar luar Malaysia. Tunku juga telah membawa Tanah Melayu ke arena antarabangsa dengan merintis penubuhan pertandingan
45

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

peringkat antarabangsa. Jika pada 1948, 1952 dan 1955 Tanah Melayu yang merupakan tanah jajahan British telah merangkul Piala Thomas dalam acara badminton sebanyak tiga kali berturut-turut. Kejayaan ini disambung oleh gagasan Malaysia apabila menjuarai piala tersebut buat kali pertama pada 1967. Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak menyaksikan Malaysia terus dibangunkan. Revolusi pertanian bermula di negara kita apabila RISDA ditubuhkan untuk membangunkan sektor pertanian bagi menjana ekonomi negara. Namun, hasil bumi yang lain tidak dipersiakan. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan untuk menyelaras perkembangan industri petroleum negara secara menyeluruh. Hari ini, Petronas memiliki lebih daripada seribu cawangan syarikat dan syarikat bersekutu di tiga puluh buah negara dan banyak negara lagi di seluruh dunia. Keamanan negara yang kukuh di bawah pemerintahan Perdana Menteri Ketiga iaitu Tun Hussein Onn telah menarik lebih ramai pelabur asing. Dua tahun selepas beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara, ekonomi negara mencatat pertumbuhan yang menakjubkan iaitu peningkatan hampir empat puluh peratus. Awal tahun 80an menyaksikan Malaysia melangkah lebih baik ke era perindustrian. Industri elektronik semakin dipertingkatkan. Siapa sangka Malaysia akan menjadi pengeksport separa-konduktor yang besar dan pengeksport penyaman udara yang ketiga terbesar di dunia. Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mengambil masa yang lama sebelum memulakan pelbagai rancangan pembangunan yang agresif di samping meneruskan usaha-usaha yang telah direncanakan pemimpin-pemimpin sebelumnya. Pelbagai dasar dan konsep baru dilancarkan dari tahun demi tahun yang memperlihatkan banyak faedah kepada negara. Di antaranya, Dasar Pandang Ke Timur, Persyarikatan Malaysia dan Wawasan 2020. Projek kereta nasional diumumkan pada 1983 dan dua tahun berikutnya kereta pertama Malaysia Proton Saga meluncur megah di jalan raya. Selepas Saga, Proton melancarkan beberapa kereta lain seperti Mira, Satria, Perdana, Waja, Putra, Gen-2 dan Juara. Proton hari ini dieksport ke
46

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

lebih 30 buah negara seluruh dunia termasuk negara bekas penjajah, United Kingdom sebagai pasaran utama. Kilang pengeluaran Proton yang baru di Tanjung Malim mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan sehingga sejuta kereta setahun berbanding kilang di Shah Alam yang mengeluarkan 230,000 unit kereta setahun. Pada 1965, Jambatan Pulau Pinang siap dibina. Jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan Semenanjung telah diilhamkan oleh Tun Abdul Razak sejak tahun 1960an. Disebabkan masalah kewangan impian beliau tidak dicapai. Tetapi, di bawah pentadbiran Dr. Mahathir akhirnya projek ini menjadi realiti, walaupun mendapat kritikan keras daripada beberapa pihak pada peringkat awal pembinaan. Kini tiada siapa yang dapat menafikan peranan besar Jambatan Pulau Pinang, malah jambatan tersebut menjadi satu kebanggaan negara apabila diiktiraf sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Pada tahun 1989 negara semakin dikenali apabila menganjurkan Sukan Sea XV, serta menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), walaupun menghadapi pelbagai cabaran kestabilan negara juga semakin terserlah pada tahun yang sama. Parti Komunis Malaya yang menghantar wakilnya untuk berunding dengan Persekutuan Malaysia dan bersetuju untuk meletakkan senjata dan bersedia berdamai. Ini menunjukkan bahawa tamatnya perjuangan Parti Komunis Malaya di negara kita. Sepuluh tahun sebelum tiba alaf baru, peralihan fizikal dan insani yang dilalui, di mana jutaan pelawat dan pendatang terus membanjiri seluruh pelosok negara kerana kemakmuran dan kestabilan negara telah menarik perhatian mereka. Kisah tentang para perajurit juga disanjung hingga ke hari ini. Semangat patriotik para perajurit juga terus disampaikan kepada generasi muda melalui mata pelajaran moral dan sejarah di sekolah. Pada 1991 arah tuju dan aspirasi negara di sorot dan diperjelaskan dengan pelancaran Wawasan 2020 telah menyerlahkan pandangan jauh dan jitu Perdana Menteri Dr. Mahathir. Perancangan jangka
47

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

panjang itu menetapkan matlamat dan cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi oleh kerajaan Malaysia demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam acuan tersendiri menjelang 2020. Dengan ekonomi tempatan yang semakin kukuh dan kestabilan yang ketara, Malaysia bukan sahaja terus menerima kedatangan pelabur asing, tetapi syarikat-syarikat Malaysia juga telah membuka lebih banyak pelaburan di luar negara. Lebuh Raya Ekspres UtaraSelatan sepanjang 850 km yang siap dibina pada 1994 memperbaiki mobiliti dan pengangkutan ke tahap yang lebih baik. Kalau pada dekad 70an semua terpaksa ke balai polis atau ke rumah ketua kampung untuk meminjam telefon, tetapi bermula dari 1995 sudah ramai yang mempunyai telefon peribadi (handphone) di saku mahupun di genggaman. Pada 1996 Malaysia melancarkan satelit pertama, MEASAT ke angkasa lepas. Berikutannya MEASAT 1 dan TIUNGSAT juga dilepaskan ke angkasa lepas demi meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia dengan menyampaikan berita dengan secepat mungkin. Pada tahun yang sama juga Perbadanan Pembangunan Multimedia ditubuhkan untuk mengasaskan Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan pelancaran MSC, Malaysia memulakan langkah ke era baru, iaitu era ekonomi berasaskan maklumat. Peringkat awal pembangunan MSC yang meliputi beberapa aplikasi berteknologi tinggi termasuk konsep kerajaan elektronik, teleperubatan dan kad pintar serba guna (MYKAD). Tahun berikutnya, kejayaan M. Magendran dan N. Mohandas sebagai rakyat Malaysia yang pertama menawan puncak Gunung Everest. Peristiwa ini menyemarakkan semangat pemimpin dan rakyat untuk terus membawa Malaysia ke tahap yang tertinggi. Pada tahun ini selama enam orang berjaya memuncak Gunung Everest demi memenuhi 50 tahun kegemilangan negara Malaysia. Antaranya, Fotografi RTM Idris Syed, Mohammed Fausan, Marina Ahmad, Ahmad Riduan dan Ahmad Fakri. Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menyampaikan tahniahnya melalui telefon setelah mereka melaungkan “Malaysia Boleh” di puncak Gunung Everest. Selain daripada mereka, Dato’ Abdul Malik Mydin telah berjaya menaikkan nama negara apabila beliau berjaya
48

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

merentasi Selat Inggeris sejauh 32.8 km pada 3 Ogos 2993 yang lalu dalam masa yang begitu singkat iaitu 17 jam 30 minit 15 saat. Rakyat Malaysia bukan sahaja membuktikan kepada negara lain bahawa rakyat Malaysia mampu mendahului negara lain dalam acara renang, malah menunjukkan kehebatannya dalam bidang penerjunan dengan menggunakan payung terjun. Sebanyak enam belas orang penerjun negara yang diketuai oleh Encik Rahim Dahalan telah berjaya mendarat di kutub utara pada 21 April 1998 dari jarak sebanyak 3000 meter. Rakyat Malaysia juga meningkatkan imej negara dengan menciptakan pelbagai ciptaan seperti H-Ometer. Pada 1997 juga Malaysia merampas takhta sebagai pemilik bangunan tertinggi di dunia bila Menara Berkembar Petronas siap dibina. Beberapa projek gergasi menyusul selepas itu, di antaranya Roda Pusing Gergasi (eye on Malaysia), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa F1 di Sepang serta kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil. Kesemua projekprojek ini bukan sahaja telah memberi kemudahan, manfaat dan pekerjaan kepada rakyat malah ia telah menjulang nama Malaysia di peta dunia. Malaysia terus menjadi perhatian dunia apabila menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel XVI pada 1998. Walaupun ekonomi negara pada ketika itu sedikit tergugat ekoran spekulasi mata wang oleh golongan tidak bertanggungjawab, temasya sukan berkenaan berjaya dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang. Pada masa yang sama kerajaan menolak bantuan Dana Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang dilihat cuba menguasai negara secara halus. Kawalan modal terpilih dan tambahan ringgit dilaksanakan untuk memulihkan ekonomi negara. Selain itu negara kita juga menawarkan peluang pendidikan yang dapat dinikmati oleh lebih ramai pelajar dengan pembukaan puluhan institusi pengajian tinggi swasta dan kampus-kampus cawangan universiti negara asing, di samping institusi pengajian tinggi negara meningkat kepada 500,000 orang. Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan juga menerima kemasukan ramai pelajar asing, membuktikan bahawa Malaysia kini dipercayai sebagai tempat pencarian ilmu dan pusat pendidikan yang berwibawa.
49

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Fajar alaf baru, melihat Malaysia melangkah keluar dari belenggu kegawatan ekonomi. Malah, usaha negara dengan dasar sendiri dalam menangani kegawatan ekonomi telah menerima pujian daripada IMF. Di alaf baru ini, penerokaan lebih aktif ke dunia maklumat dengan pembukaan lebih banyak pusat ilmu dan teknologi. Ulang tahun ke-20an pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad pada 2001 merangkumi senarai panjang pencapaian negara yang bukan sahaja menjadi kemegahan dan inspirasi warga Malaysia malah telah hampir mengeluarkan negara dari kelongsong dunia ke tiga. Suara lantang Dr. Mahathir di tanah air dan di arena antarabangsa dilihat bukan sahaja sebagai pencapaian peribadi beliau malah merupakan kejayaan besar yang dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Politik yang stabil dan kehidupan rakyat yang harmoni memungkinkan Malaysia mencapai begitu banyak kejayaan. Seterusnya, dengan pemimpin dan rakyat yang matang, berilmu, berbudaya, kreatif dan inovatif adalah jalan bagi Malaysia menuju ke arah Wawasan 2020 kelihatan lebih cerah dan indah, meskipun banyak cabaran-cabaran baru yang menanti di hadapan. Rujukan 1. Buku teks Sejarah Tingkatan Lima 2. Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 5

50

ESEI PILIHAN 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Nurul Aida Binti Razali SMK Damak, Jerantut, Pahang

P

ada hari ini, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang sering menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat di luar negara. Hal ini kerana, kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia selepas mengecapi kemerdekaan semakin mendadak dari tahun ke tahun. Perubahan yang drastik ini telah membuka mata pelbagai pihak yang sedang bersaing dengan Malaysia dalam usaha memajukan negara. Banyak yang berbicara tentang merdeka tetapi tahukah mereka apakah yang dimaksudkan dengan kemerdekaan?. Kemerdekaan boleh diertikan sebagai kebebasan hidup. Kemerdekaan adalah hidup tanpa penindasan oleh sesuatu kuasa. Dahulunya, negara Malaysia menghadapi pelbagai halangan dalam usaha menjadi sebuah negara yang maju. Namun begitu, kesemua kesusahan yang dihadapi oleh rakyat di negara ini berakhir apabila menjelangnya tanggal 31 Ogos 1957, ketika Perdana Menteri kita yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan perkataan “merdeka” di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pada tanggal 31 Ogos 2007, negara kita genap 50 tahun mencapai kemerdekaan. Ini adalah harapan semua rakyat Malaysia untuk meneruskan kemerdekaan selaras dengan kata-kata bijak pandai, Syeikh Muhamad Abduh, “peganglah kuatkuat kemerdekaan yang telah engkau peroleh kerana kemerdekaan itu sedikit sekali di dunia ini”.
51

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Jika dikaji secara terperinci, Ogos 1957 tidak semudah yang kita sangka untuk melalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Kita sedia maklum, perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing, bak kata peribahasa Melayu, “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada berkata “kita hendaklah mengetepikan emosi yang akan menimbulkan perpecahan, sebaliknya bersatu padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan negara”. Pada masa kini, kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, Rentap menentang Kubu Raja Brooke di Nanga. Pada tahun 1983, Dato’ Maharaja Lela membunuh J.W.W Birch pada 1875 di Pasir Salak dan Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1894 hingga 1900 di Sabah. Apa yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang telah berjuang untuk keamanan negara haruslah dikenang agar jasa dan sumbangan mereka tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Antara pemimpin negara yang telah berbakti untuk negara adalah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Merekalah yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara kita pada hari ini yang sedang menempa nama di mata dunia. Malaysia menjadi sebuah negara yang gah membangun selepas peristiwa hitam ketika Malaysia ditindas oleh negara asing diisytiharkan berakhir. Malaysia menjadi sebuah negara yang gagah dan pesat membangun dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah ekonomi, sosial, politik, arena sukan dan teknologi. Kepesatan pembangunan yang di kecapi oleh Malaysia diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan. Ketika ini, bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang telah didirikan di atas bumi Malaysia. Kemajuan ini melambangkan betapa gahnya Malaysia pada hari ini. Masyarakat dari negara luar amat kagum dengan pembangunan negara kita yang begitu pesat. Malaysia juga telah berjaya mencapai hasratnya untuk duduk sama
52

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

rendah berdiri sama tinggi dengan negara luar. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara pascamerdeka, rakyat negara ini tidak pernah berputus asa untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun. Hasrat ini dapat dicapai kerana sikap mereka yang tidak jemu untuk memajukan negara dalam pelbagai aspek. Sebagaimana kata-kata ahli bijak pandai, Beng Tju, “rakyat itu akar bangsa, jika akarnya sihat, pokoknya juga tentu akan sihat”. Selain itu, kemajuan Malaysia dari segi ekonomi telah membuatkan negara asing memandang tinggi kepada negara kita. Pelbagai institusi swasta telah muncul dan banyak membantu Malaysia dalam usaha menjadi sebuah negara yang maju. Sektor swasta telah menyediakan banyak peluang pekerjaan yang lebih baik dan menguntungkan. Kepesatan Malaysia dari segi pembangunan banyak membantu dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi negara. Seperti yang kita sedia maklum, negara Malaysia adalah sebuah negara yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan ekonomi di Malaysia meningkat. Pada tahun 2002, bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mengabaikan kejayaan yang telah dicapai oleh negara. Misalnya, ekonomi negara kita yang stabil dan pembangunan semakin pesat serta kemajuan teknologi yang serba canggih. Beliau menyeru rakyat agar menghargai segala kemajuan yang diperoleh selama ini dan melipatgandakan usaha bagi meningkatkannya. Dalam konteks ini, perpaduan dan kerjasama berkait rapat. Ini penting untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Kita juga haruslah mempunyai strategi untuk membangunkan negara. Ahli bijak pandai, Frank Tibolt ada berkata, “seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan.” Di samping itu, negara Malaysia juga telah berkembang maju dalam sektor pertanian selepas mengecapi kemerdekaan. Sektor pertanian telah berkembang maju kerana pertanian merupakan sumber utama pemakanan rakyat Malaysia. Sektor pertanian telah
53

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

banyak memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia pada hari ini merupakan pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada hitam yang utama di seluruh pelosok dunia. Kemajuan negara Malaysia dalam sektor pertanian telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf ekonomi di negara kita. Pada tahun 2020, tidaklah mustahil sekiranya berlaku revolusi makanan. Sektor pertanian juga merupakan aset yang penting dalam usaha memajukan negara. Ini kerana, sektor pertanian penting kepada sektor-sektor yang lain. Misalnya, sektor perindustrian bergantung pada sektor pertanian untuk mendapatkan bahan mentah. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar negara malah dapat menarik minat rakyat asing untuk mengimport bahan mentah di negara kita. Kita haruslah berusaha untuk menjadikan Malaysia pilihan pertama dalam setiap perkara bak kata peribahasa Melayu, “biar putih tulang, jangan putih mata”. Selain itu, negara Malaysia juga amat berkembang maju dalam industri pelancongan. Pelancongan merupakan salah satu bidang industri yang memberi pendapatan lumayan kepada negara Malaysia. Industri pelancongan merupakan antara industri yang diberi tumpuan dan perhatian yang lebih oleh sesetengah negara. Industri pelancongan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Pada tahun ini, 2007, merupakan Tahun Melawat Malaysia. Jadi, bermulalah pelbagai strategi baru bagi menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia. Penambahan padang golf, pusat pelancongan baru seperti hutan, pantai, pulau, gunung, taman negara dan pusat-pusat tumpuan pelancongan yang lain seperti pusat membeli belah, pusat sukan, pusat sejarah dan alam sekitar telah menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Malaysia. Pelbagai pembaharuan dan penambahan mengenai sektor pelancongan menyebabkan kita dipandang tinggi oleh negara luar. Melalui kempen Tahun Melawat Malaysia ini, negara kita dibanjiri oleh berpuluh ribu pendatang asing. Kemajuan inilah yang amat bermakna bagi negara kita dalam usaha membangunkan negara.
54

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Dalam konteks ini, bangsa memainkan peranan amat penting. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata, “apabila sesuatu bangsa itu tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka sudah tentulah bangsa itu akan kekal dalam kehinaan.” Dalam konteks yang lain, pendidikan di Malaysia sedang mengalami reformasi yang amat pesat pada hari ini. Koridor Raya Multimedia (MSC) telah diperkenalkan dan akan menjadi alat penting dalam bidang pengajaran pendidikan di sekolah. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengatakan bahawa MSC mempunyai fungsi yang berkesan dalam sistem pendidikan negara. MSC membolehkan negara memasuki era teknologi maklumat dan seterusnya menjadi pemangkin kemajuan negara dalam menempuh gelombang tamadun manusia pada alaf baru nanti. Pada abad ke 21 ini, pertumbuhan kolej-kolej swasta begitu pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kebanyakan sekolah di Malaysia menggunakan komputer untuk proses pembelajaran. Perkembangan Pengajian Jarak Jauh (PJJ) memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. Universiti Sains Malaysia (USM) telah mewujudkan sistem USM video Net. Universiti Teknologi Malaysia UTM telah membangunkan pelancaran kampus siber yang bertujuan memberikan perhatian sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Kemajuan inilah yang menyebabkan Malaysia tersohor di seluruh pelosok dunia. Di sini jelaslah bahawa, kemajuan pendidikan amat mempengaruhi usaha memajukan negara. Kedudukan negara akan stabil jika pemimpin bagi sesebuah negara itu berpendidikan. Sebagaimana kata-kata ahli bijak pandai, William Cowper, “otak yang kosong adalah pemikiran yang semput.” Selain itu, Malaysia juga telah berjaya mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Malaysia mempunyai keupayaan untuk memajukan dan menyelaraskan sumber-sumber sains dan teknologi yang ada dalam negara. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang masyarakatnya hidup berasaskan sains yang progresif, iaitu sebuah masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan
55

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Pelbagai alat yang dicipta untuk memudahkan rakyat di negara kita. Kemajuan sains dan teknologi amat berkait rapat dengan sektor pertanian dan perindustrian. Negara Malaysia berjaya mencipta jentera bagi memudahkan pekerja melakukan sesuatu pekerjaan. Penciptaan alat-alat canggih tidak memerlukan banyak tenaga manusia untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Akademi Sains akan ditubuhkan dan mekanisme untuk mengawasi kemajuan sains dan teknologi di dunia khasnya dalam bidang kejuruteraan genetik, bioteknologi, komunikasi, elektronik dan kaji hayat. Matlamat ini akan dicapai jika disusuli dengan usaha. Hal ini selaras dengan peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Di samping itu, negara Malaysia juga telah mencapai kemajuan dari segi sosial selepas beberapa tahun menjadi sebuah negara yang merdeka. Sebuah majlis perasmian Institut Sosial Malaysia telah diadakan bertujuan meningkatkan keberkesanan agenda pembangunan negara. Institusi ini memainkan peranan penting untuk melaksanakan program untuk faedah kumpulan sasar tertentu dan seterusnya membawa ke arah pembangunan ekonomi dan sosial yang seimbang. Pada tahun 2003, kerajaan telah melancarkan “Dasar Sosial Negara” yang merupakan payung kepada semua dasar, program dan aktiviti pembangunan sosial serta menjelaskan falsafah di sebalik pembangunan sosial di Malaysia. Dasar Sosial Negara bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri masing-masing dalam persekitaran sosial yang sihat. Pihak kerajaan telah menjalankan satu kajian perintis penilaian impak sosial ke atas empat projek pembangunan di negara ini. Dalam konteks ini, kerjasama antara semua pihak amat diperlukan bagi melaksanakan segala yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi aspek ini, bak kata peribahasa Melayu, “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat”.
56

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Selain itu, negara Malaysia juga telah berkembang maju dalam arena sukan. Sesungguhnya temasya Sukan Kuala Lumpur 98, iaitu Sukan Komanwel ke-XVI yang telah melabuhkan tirainya pada 21 September 1998 beberapa tahun yang lalu merupakan titik bersejarah bagi negara Malaysia. Kerajaan Malaysia menjadi tuan rumah kepada sukan kedua terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik. Penganjuran sukan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imej negara. Penggunaan dan pengendalian peralatan serta teknologi yang canggih dalam menjayakan acara sukan ini bukan sahaja melambangkan kemajuan negara malah membuktikan kewibawaan Malaysia di persada dunia. Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kejayaan ini merupakan kayu pengukur dan kemampuan untuk menjaga nama baik negara serta mengekalkan kenangan manis kepada semua tetamu yang datang menyaksikan kejohanan terbesar di negara ini. Malaysia juga pernah menganjurkan acara sukan bertaraf dunia seperti Kejohanan Skuasy Remaja Dunia yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Pengerusi Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Michael Fennel berkata, beliau berkeyakinan bahawa seandainya Malaysia diberi hak dan penghormatan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2008, nescaya negara-negara akan menyertai atas nama muhibah dan semangat setia kawan. Hal ini selaras dengan cogan kata “Malaysia Boleh” dan “Majulah Sukan untuk Negara.” Dalam konteks yang lain, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem politik yang stabil. Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas kemerdekaan berlandaskan Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kejayaan Malaysia dalam mencapai sistem politik yang stabil disebabkan negara Malaysia mempunyai sistem pentadbiran yang amat cekap. Sikap politik yang diterapkan dalam diri rakyat Malaysia banyak menyumbang kepada kestabilan politik di negara kita. Pada akhir abad ke-19, negara-negara kecil seperti Jerman dan Itali di Eropah bersatu dan menyertai kuasa-kuasa besar seperti Britain, Perancis, Australia dan Rusia berperang demi membuktikan kekuasaan mereka. Hal ini telah menyebabkan tercetusnya
57

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

nasionalisme dalam kalangan masyarakat di negara Malaysia. Bagi menangani masalah ini, rakyat Malaysia bersatu padu bagi menentang penindasan British, bak kata peribahasa Melayu, “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”. Sebagaimana kata-kata Meng Tze, “apabila sesuatu bangsa itu menghina dirinya, ketika itulah bangsa lain turut menghinanya.” Negara kita juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar bagai isi dengan kuku yang menjadi tulang belakang dalam usaha memajukan negara. Pemilihan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai pengerusi OIC juga telah membuka mata seluruh pihak dari negara luar dalam usaha berdaya saing untuk memajukan negara. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu bagi membangunkan negara dan mengekalkan negara kita sebagai sebuah negara yang aman merdeka. Sambutan kemerdekaan ini haruslah diadakan bagi mengenang jasa-jasa tokoh yang telah berjuang untuk negara. Kita haruslah menjadikan lima Rukun Negara sebagai panduan hidup kita iaitu kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Kita haruslah sanggup melakukan apa sahaja demi memajukan negara kita. Sebagaimana kata-kata Abraham Lincoln, “jangan ditanya apa yang dibuat oleh negara untuk mu tetapi tanyalah apa yang dibuat oleh mu untuk negara”. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Janganlah sudah terhantuk baru hendak terngadah.

58

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan 1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 6, Ramlah binti Adam, Shakila Parween binti Yacob, Abdul Hakim bin Samuri, Muslimin bin Fadzil, cetakan keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka 2003. 2. http://www.asean.or.id// 3. http://www.oic-un.org 4. http://www.commonwealth.org.uk/

59

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Lok Chen Chuang SMK Taman Tasik

Merdeka!”

Apakah erti dan makna merdeka kepada generasi muda di era globalisasi kini? Negara telah bebas daripada genggaman penjajah durjana? Negara yang telah berdaulat dan tidak dikuasai dan dikongkong oleh kuasa asing. Negara yang telah dapat melaksanakan agenda negara dengan mengikut acuan sendiri? Ya! Merdeka, dalam perkataan ini tersirat pelbagai makna kepada negara kita. Demi perkataan yang cukup berharga kepada kita, tokoh-tokoh dahulu seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Tun H.S. Lee dan Tun V.T. Sambanthan telah sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan negara kita bebas daripada cengkaman kolonialisme. Kini, genaplah sudah 50 tahun negara kita, Malaysia merdeka. Sejak kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 hingga hari ini, banyak rancangan pembangunan negara telah dirancang dan dilaksanakan dengan sistematik dan bersepadu. Kejayaan demi kejayaan yang telah dikecap terutamanya dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial, kesihatan, politik dan sebagainya. Kejayaan yang dicapai telah jelas membuktikan negara kita, Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara gergasi pada
61

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

masa kini seperti Amerika Syarikat dan Rusia. Tanpa kemerdekaan, pastinya kita tidak mampu merintis kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan. Namun, persoalan sekarang ialah bagaimanakah Malaysia dapat membebaskan diri daripada belenggu penjajahan dan menjadi sebuah negara demokrasi yang berdaulat dan merdeka? Perpaduan dapat didefinisikan sebagai perihal bersepadu, bergabung menjadi satu, sepakat dan solider. Kemakmuran dan kestabilan negara dapat terus dinikmati bersama-sama oleh rakyat Malaysia terhasil daripada kerjasama semua kaum yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan perpaduan kaum terus terpelihara. Kunci utama semangat perpaduan ini adalah berdasarkan amalan dan semangat toleransi serta sikap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Malah, sebelum negara kita mencapai status negara berdaulat, banyak pihak telah menganggap dan meramalkan negara kita akan mengalami kepayahan, berlakunya keadaan huru-hara, kemerosotan ekonomi dan ketidakstabilan politik. Hal ini kerana dengan mempunyai warganegara yang berbilang kaum, maka sukarlah untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan negara dan mengagihkan kekayaan antara kaum dengan adil dan saksama. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pada zaman digital ini, negara kita telah membuktikan anggapan dan ramalan tersebut tidak tepat sama sekali. Banyak kemajuan dan kejayaan pembangunan telah diimplementasikan dalam pelbagai bidang dengan tahap yang begitu cemerlang, gemilang dan terbilang. Tambahan pula, sekiranya kita menelusuri sejarah negara, kita berupaya untuk mengetahui bahawa perpaduan kaum merupakan wahana untuk membebaskan negara kita daripada cengkaman kolonialisme. Menoleh sejarah, perpaduan antara kaum telah dijadikan satu syarat utama yang diberi oleh pihak British kepada negara untuk membentuk negara dan bangsa yang berdaulat dan merdeka. Berdasarkan kerjasama dan permuafakatan kaum bukan sahaja dapat membebaskan negara daripada penjajahan, malah mampu menjadikan negara kita menjadi sebuah negara yang maju
62

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dari semua aspek seperti ekonomi, politik, pendidikan, kerohanian dan kejiwaan serta kebudayaan. Perpaduan kaum telah teruji semasa negara kita dilanda krisis ekonomi pada tahun 1998. Solider negara kita yang utuh lagi kukuh ini telah berjaya mengekalkan kestabilan politik dan mengharungi masalah kejatuhan ekonomi dunia pada waktu tersebut. Disebabkan solider ini, politik negara kita tidak banyak berlaku pergolakan. Kejayaan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) dan pembinaan mercu tanda tersohor iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur adalah hasil daripada pihak kerajaan yang sentiasa menekankan kekuatan semangat solider dalam agenda pembangunan negara. Tanpa perpaduan, kerajaan sukar melaksanakan programprogram kerajaan seperti DEB, Rancangan Pembangunan Malaysia Kesembilan. Tanpa perpaduan, rakyat Malaysia sukar menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup. Tanpa perpaduan juga, negara Malaysia tidak akan maju di era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini!. Oleh itu, negara maju beridentiti sendiri menjadi aspirasi kerajaan menerusi Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan sekiranya kekuatan solider terus dijadikan dasar kepada agenda pembangunan negara. Sistem pentadbiran yang berkesan menjadi pemangkin kejayaan rancangan pembangunan negara. Sistem pentadbiran yang bersinonim dengan perbuatan mentadbir, mengelola, mengurus dan memerintah yang baik memainkan peranan maknawi dalam membangunkan dan memajukan negara. Menurut Dr. Malek Haji Shah, Malaysia dikatakan melalui tiga fasa reformasi pentadbiran iaitu Fasa Kolonialisme, Fasa Sosioekonomi 1960-an dan Fasa Era Mahathir. Fasa Kolonialisme atau dikenali sebagai era penjajahan telah banyak membawa perubahan kepada negara kita yang pada waktu itu dikenali sebagai Tanah Melayu. Rangkaian kereta api, jalan raya dan pejabat pos telah diperkenalkan oleh British untuk melicinkan segala urusan pentadbiran mereka. Namun, kekayaan hasil bumi Tanah Melayu telah dieksploitasi oleh penjajah seperti
63

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

British dan Jepun semata-mata untuk kepentingan serta keuntungan mereka. Sistem ekonomi moden bercirikan kepada penggunaan mata wang, pengenalan institusi bank, perdagangan antarabangsa, penggunaan teknologi tinggi dan sistem pengurusan yang cekap adalah begitu asing kepada peribumi sehinggakan mereka jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana nasib rakyat tempatan tidak diberi keutamaan oleh kerajaan penjajah. Yang diutamakan ialah ekonomi mereka sendiri dan ekonomi peladang besar atau kelas koperator yang sama-sama mengaut keuntungan negara. Konsep ‘pecah dan perintah’ telah digunakan oleh pihak British untuk mengasingkan kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu mengikut kelas ekonomi masing-masing. Tujuan pihak British hanyalah satu iaitu untuk mengelakkan gandingan kerjasama dan perpaduan sesama kaum yang bakal mengancam kedudukan mereka sebagai penjajah. Atas dasar yang diperkenalkan oleh pihak British ini, ia telah membangkitkan rasa semangat memperjuangkan kemerdekaan negara di kalangan para intelek sendiri. Pengalaman pahit di genggaman penjajah telah mengajar tokoh-tokoh berusaha dengan gigih agar negara dapat menjadi gagah dan maju. Hasil daripada kemerdekaan yang dicapai, kini negara kita maju dengan teknologi yang canggih dan infrastruktur yang mencecah langit sehingga menjadi bualan serta sebutan penduduk di seluruh dunia. Apakah yang telah berlaku kepada Tanah Melayu apabila dijajah oleh British selama 113 tahun? Adakah pihak British menjalankan pembangunan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu? Tidak. Menjelang kemerdekaan, Tanah Melayu terpaksa menghadapi segala kepincangan yang ditinggalkan oleh penjajah untuk membangunkan ekonomi dan sosial demi kesejahteraan rakyatnya. Tempoh untuk meningkatkan sosioekonomi warganegara kita terutamanya peribumi sebelum mengejar kemajuan negara telah dikenali sebagai Fasa Sosioekonomi 1960-an. Dalam tempoh ini, selain Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama (1960-1970), pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 juga lebih tertumpu pada pembangunan kawasan luar bandar
64

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan pertumbuhan ekonomi dari segi peningkatan hasil keluaran negara. Dasar Ekonomi Baru merupakan satu formula yang dilancarkan melalui Rancangan Malaysia Kedua sebagai kesinambungan rancangan-rancangan pembangunan yang lalu ekoran peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Walaupun matlamat Dasar Ekonomi Baru iaitu membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum tidak dicapai sepenuhnya, namun Malaysia telah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan dari segi pengagihan pendapatan tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Sebagai contoh, kadar kemiskinan telah berjaya dikurangkan daripada 49.3% pada 1970 hingga 17.1% pada tahun 1990 manakala hak milik modal saham milik bumiputera telah mencatat 20.3% pada tahun 1990 berbanding dengan 2.4% sahaja pada tahun 70-an. Peningkatan sosioekonomi peribadi yang pesat telah membuktikan Malaysia mampu membangunkan ekonomi negara dalam tempoh singkat. Selepas mengharungi Fasa Sosioekonomi 1960-an, negara kita telah menjejak kaki ke fasa yang lebih penting terhadap kecemerlangan dan kegemilangan pembangunan negara iaitu sewaktu era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di bawah pentadbiran beliau, banyak pembaharuan dan perubahan yang meliputi semua bidang telah berlaku terhadap negara kita. Untuk mendorong corak serta sistem perkhidmatan awam yang lebih produktif dan efektif, pelbagai dasar serta kempen telah diperkenal dan diterapkan. Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai visi serta misi yang menjangkaui pemikiran manusia biasa dari segi pembangunan negara telah mengalih tumpuan dari sektor pertanian ke sektor perindustrian yang dapat menjana ekonomi negara. Perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir telah diberi tumpuan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) telah menghasilkan kereta nasional buatan
65

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Malaysia yang pertama iaitu Proton Saga pada 9 Julai 1985. Dasar Penswastaan yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad juga membuahkan hasil yang begitu membanggakan terhadap perkembangan pembangunan negara contohnya penswastaan seperti Syarikat Telekom Malaysia, Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Dasar ini telah ternyata berjaya dan Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya melaksanakan program tersebut. Penswastaan syarikat-syarikat tersebut telah memberi implikasi positif terhadap corak dan kadar pembangunan negara terutama dari segi ekonomi dan pendapatan negara. Di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia Keenam, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mewujudkan Dasar Pembangunan Nasional bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan tujuan untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi, di samping mewujudkan peluang yang lebih adil kepada semua pihak. Dasar Pembangunan Nasional juga sama dengan dasar-dasar kerajaan lain yang memberi tumpuan terhadap perindustrian yang mampu merancakkan ekonomi negara serta melonjakkan Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi dalam pasaran ekonomi dunia yang semakin canggih. Selain itu, penggunaan sains dan teknologi juga penting dalam memajukan negara agar mampu bersaing dengan negara lain yang berteknologi tinggi seperti Jepun. Untuk mencapai matlamat tersebut, Perdana Menteri telah memperkenalkan Dasar Sains dan Teknologi pada bulan April 1986. Dasar ini diharapkan dapat membantu Malaysia menjadi negara maju dalam penggunaan teknologi sebagai wadah untuk pembangunan ekonomi serta menggiatkan sektor Perindustrian Kedua telah dilancarkan pada tahun 1996. Satu lagi peristiwa yang membanggakan rakyat Malaysia ialah pelancaran MEASAT 1 dan MEASAT II iaitu satelit canggih untuk komunikasi dan penyiaran. Pada tahun 90-an, tumpuan kerajaan sekali lagi mengalih ke era teknologi maklumat (IT). Sejajar dengan perkembangan Koridor Raya Multimedia, kerajaan telah menetapkan tujuan aplikasi perdana yang mampu membawa Malaysia ke suatu
66

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

tahap yang lebih tinggi lagi dalam era IT, iaitu kerajaan elektronik, kelompok R&D, teleperubatan, kad pintar (Mykad), Rangkaian Pengilangan Sedunia, Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan dan Sekolah Bestari. Hal ini akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Bagaimanakah Maharaja Mikado Meiji dapat memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun yang dikenali sebagai Pemulihan Meiji? Apakah dasar pemerintahan yang ditekan oleh baginda di Jepun? Cara pemerintahan yang digunakan oleh Maharaja Mikado Meiji iaitu menjadikan negara barat seperti Britain sebagai model untuk dicontohi serta menekankan pemodenan dan perindustrian telah dijadikan contoh oleh pemimpin negara kita. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mempelopori Dasar Pandang Ke Timur yang menjadikan negara timur khususnya Jepun dan Korea Selatan sebagai negara yang dapat dicontohi. Nilai-nilai ketimuran yang dimiliki seperti kerajinan, keadilan dan berdikari telah diterap dalam pembangunan negara melalui dasar awam ini. Impaknya, pelaburan dari Jepun dan Korea kepada negara bukan sahaja meningkat, malah negara kita telah mewujudkan projek-projek infrastruktur berciri ketimuran seperti Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Dasar Kepimpinan Melalui Teladan (KMT) juga telah diwujudkan pada 19 Mac 1983 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meningkatkan daya pengeluaran dan mewujudkan perkhidmatan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Nabi Muhammad s.a.w, keempat-empat khulafa’ al-Rashidin dan Sayyidina Umar Al-Khattab telah dijadikan pemimpin contoh yang harus dijadikan teladan. Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA), Dasar Penerapan Nilainilai Islam dan Pentadbiran serta Dasar Produktiviti turut dilancarkan dengan hasrat dan matlamat yang sama, iaitu menghasilkan kerajaan bermutu dan kaya dengan nilai-nilai murni. Di samping itu, pada 28 Februari 1991, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mencetuskan Wawasan 2020 yang menggariskan
67

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

perkembangan pembangunan negara untuk tempoh masa 30 tahun. Beliau telah menggariskan sembilan cabaran yang harus disahut oleh rakyat demi mencapai status negara maju menjelang 2020. Pada masa itu, Malaysia tidak hanya menjadi negara maju dari segi fizikal, tetapi merangkumi kemajuan bersepadu seperti kestabilan politik, perpaduan negara dan mutu kehidupan. Negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020 ini dengan rakyat yang bersatu padu. Dalam era Tun Dr. Mahathir Mohamad ini, nama Malaysia telah tersebar luas di peringkat antarabangsa. Peneraju agenda negara kita telah mengadakan kerjasama dengan negara-negara lain walaupun negara tersebut miskin dan kecil seperti Tonga. Keberanian dan kelantangan Perdana Menteri dalam menyuarakan pelbagai isu pada peringkat global seperti konflik dan peperangan Iran-Iraq telah membuka mata pemimpin-pemimpin dunia terutamanya para pemimpin di negara-negara membangun. Bukan itu sahaja, disebabkan negara yang stabil lagi aman, negara kita dipilih menjadi tuan rumah bagi Persidangan Kemuncak Kumpulan Perundingan dan Kerjasama Selatan-selatan (Negara-negara G-15) dan Sukan Komanwel pada tahun 1998. Pemimpin-pemimpin negara barat seperti pemimpin Australia telah melawat negara kita dan membincangkan isu semasa yang dihadapi pada era globalisasi ini. Keputusan dan tindakan yang diambil oleh Malaysia telah dititikberatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan antarabangsa lain sebelum mereka melaksanakan projek mereka. Semua kejayaan ini telah menunjukkan negara kita mampu menjadi negara maju, moden dan gagah seperti negara-negara lain di dunia. “Saya tidak mahu tuan-tuan bekerja untuk saya, saya mahu tuan-tuan bekerja bersama-sama dengan saya.” Begitulah ungkapan yang telah dilafazkan oleh Perdana Menteri kelima kita, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menggalakkan pentadbir bekerja untuk rakyat. Sejak beliau menyandang jawatan Perdana Menteri, Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk mewujudkan pendidikan yang sempurna, pengurusan yang baik, unsur ketamadunan yang tinggi dan perpaduan yang teguh berdasarkan
68

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kontrak sosial tersusun serta kedudukan ekonomi mapan. Islam Hadhari yang merupakan ajaran Islam yang progresif untuk meningkatkan kualiti hidup manusia harus disemai dan disuburkan dalam sanubari setiap pentadbir. Malah, beliau telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Etika Awam Nasional (IEAN) untuk menggalakkan adanya pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah dalam kakitangan awam. Misi Nasional turut dilaksanakan pada Era Abdullah Badawi untuk menggariskan pembangunan yang bakal dilaksanakan dengan tujuan memastikan usaha pembangunan negara menghasilkan impak dan prestasi yang lebih tinggi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Sektor pertanian juga telah diberi ‘nafas baru’ melalui pelancaran Bumi Hijau oleh beliau kerana sektor pertanian dipercayai dapat menyumbang pendapatan negara. Secara keseluruhannya, dasar-dasar yang telah dijalankan oleh kerajaan telah membuktikan negara kita negara yang gagah perkasa serta mampu mengatasi apa jua cabaran dan halangan. Misalnya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencatat RM449,609 pada tahun 2004 berbanding dengan tahun yang lalu. Kejayaan yang dihasilkan adalah kerjasama semua kaum yang bersatu padu bagi menentukan perpaduan dan keharmonian kaum terpelihara dan mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi. Kemajuan yang dinikmati pada masa kini menjadi pertukaran titik peluh pemimpin-pemimpin negara kita yang sentiasa bertungkus-lumus membangunkan negara tercinta. Oleh itu, sebagai warganegara Malaysia, kita harus memelihara kemerdekaan yang dikecap pada hari ini tanpa melupakan jasa-jasa pemimpin kita. Kita harus mempunyai ilmu pengetahuan dan nilai murni untuk menggerakkan negara kita ke arah pencapaian cemerlang menjelang mencapai matlamat Wawasan 2020. Ingatlah wahai warganegara, kemajuan tidak bermakna sekiranya tiada perpaduan dan nilai-nilai ketimuran yang kuat di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Malaysia Boleh! Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang! 50 tahun Malaysia Merdeka, Negaraku Gagah Gemilang.
69

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan Buku Ilmiah 1. Buku Rekod Malaysia Edisi Khas 1 2. Buku Teks Sejarah – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah – Tingkatan 3. Kementerian Penerangan Malaysia. 3. Buku Teks Sejarah – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah – Tingkatan 5. Kementerian Pelajaran Malaysia 4. Buku Teks Sejarah – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah – Tingkatan 4. Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia Tinjauan Menyeluruh 6. Menara Tertinggi di Dunia (KLCC/Menara KL) – Muhammad Harun 7. Sistem Pentadbiran Malaysia – O.K. Han 8. Ulang Kaji Total Terkini Sejarah (Fakta Diagramatik) – Haji Nasar Haji @ Mary Tan Swee Ee Majalah 1. Ma’rof Redzuan 1996. Kenegaraan Malaysia 1996. Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Kumpulan Budiman 2. Dewan Masyarakat Januari 2005 3. Dewan Masyarakat April 2006 4. Dewan Siswa Jun 2006
70

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kamus Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 955 m/s 1340 Internet 1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah Malaysia 2. http://web.fskm.ntm.my/nsmkbsa/index.htm 3. http://www.pmo.gov.my//website/webdb.nsf/vfs_Ref_Dasar 4. http://www.sabah.edu.my/fma004/IT.HTML 5. http://www.sabah.edu.my/fma004/wawasan 2020.HTML 6. http://www.sabah.edu.my/lericzone/f_malaysia/sejarah

71

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Nor Famiza Binti Ghazali SMK Tinggi Bukit Mertajam

M

alaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu sebelum di ambang kemerdekaan merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang berbilang bangsa, budaya dan agama. Malaysia juga mengamalkan satu cara hidup yang demokratik dan liberal. Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat di negara ini asalkan ia tidak melanggar undang-undang negara. Perpaduan antara kaum harus diwujudkan agar wujud dasar kerjasama antara kaum dalam tiga aspek iaitu aspek politik, ekonomi dan sosial. Jika perpaduan tidak diwujudkan, pastinya peristiwa berdarah 38 tahun lalu berulang kembali. Malah, tidak mustahil negara kita akan kembali dijajah atau akan terdedah dengan pelbagai ancaman oleh anasir luar yang ingin mengeksploit kepentingan negara Malaysia. Rukun Negara didefinisikan sebagai satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma kehidupan sosial yang meliputi pelbagai aspek seperti keagamaan, kebudayaan, ekonomi dan perundangan. Sejarah penubuhan Rukun Negara adalah terbentuk akibat daripada Peristiwa 13 Mei 1969 iaitu berlakunya rusuhan kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin
73

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Dato’ Hussein telah ditubuhkan dengan tujuan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang dan memupuk suasana harmoni dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini membuktikan bahawa kehidupan bukan sekadar memerlukan makan dan minum, air dan udara tetapi kehidupan akan lebih bermakna sekiranya perpaduan dapat dikekal dan diperkukuh. Untuk membina sebuah perpaduan, ia memakan masa berpuluh-puluh tahun tetapi untuk meranapkannya cuma memakan masa sehari. Sebagai warganegara Malaysia yang patriotik, kita perlu menjadikan Rukun Negara sebagai landasan hidup bermasyarakat. Rukun Negara dibentuk untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan terhadap perlembagaan negara, kedaulatan undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan tidak kira umur dan darjat. Jika dinilai dari segi lahiriah, Rukun Negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan pasti menjamin kesejahteraan masyarakat seterusnya dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira bangsa dan agama. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi untuk kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara sekali gus dapat melahirkan negara dan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara ialah: 1. 2. 3. 4. 5. Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan kesusilaan.
74

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Prinsip yang pertama menjadi amalan hidup rakyat Malaysia ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Bangsa dan negara telah diwujudkan atas dasar kepercayaan yang kukuh kepada tuhan. Bangsa dan negara yang berdaulat telah dicapai melalui prinsip pertama yang terkandung di dalam Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi mengamalkan kepercayaan terhadap agama-agama lain tidak dilarang asalkan ia dijalankan secara aman dan tenteram. Tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan keagamaan adalah dilarang sama sekali. Menurut pandangan daripada prospek rohani dan jasmani, ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang malah boleh meranapkan bangsa dan negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan patuh terhadap ajaran agama, kita perlu mengamalkan prinsip yang pertama ini kerana ia penting bagi seseorang anggota masyarakat untuk berpegang teguh dengan ajaran agama masingmasing. Prinsip yang kedua ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Malaysia sebuah negara yang liberal telah mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Pada tanggal 26 April 2007, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin iaitu Sultan Terengganu telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Baginda dipertanggungjawab sebagai Ketua Negara untuk menjalankan seadil-adilnya pemerintahan mengikut undangundang dan perlembagaan negara serta memelihara agama Islam dan berdiri teguh atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara. Amalan mentaati Raja dan Negara ini sebenarnya adalah satu elemen yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara kita malah dapat membentuk satu ikatan yang erat bagi memupuk kecintaan rakyat terhadap tanah air. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Raja dan Negara merupakan satu faktor terpenting untuk menyatukan rakyat Malaysia. Oleh itu, berdasarkan prinsip kedua ini, kita harus berikrar agar sentiasa mentaati raja dan negara demi sebuah keharmonian dan kemajuan negara.
75

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip ketiga yang terkandung di dalam Rukun Negara. Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran dan kemuliaan Perlembagaan Negara yang telah memberi perlindungan kepada setiap rakyat di negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara Malaysia. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia dikehendaki mengamalkan 3M iaitu menghormati, menghargai serta memahami tentang maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Kestabilan negara akan tergugat jika rakyat tidak menerima Keluhuran Perlembagaan Negara. Hal ini kerana perlembagaan negara merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana individu. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosiobudaya rakyat di negara ini dan sebagai rakyat Malaysia kita perlu menjunjung dan mempertahankan prinsip ketiga ini. Seterusnya, prinsip yang keempat terkandung dalam Rukun Negara ialah Kedaulatan Undang-undang. Keadilan diasaskan berdasarkan kedaulatan undang-undang iaitu setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Tidak kira setinggi mana darjat seseorang. Jika didapati bersalah, hukuman yang setimpal tetap dijatuhkan. Sekiranya prinsip keempat ini tidak diterima masyarakat, sudah pasti hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan musnah. Oleh itu, undang-undang tidak boleh dipersendakan sebaliknya mesti dihormati dan dipatuhi. Undangundang sangat diperlukan dalam setiap negara kerana hanya undangundang yang dapat mengawal dan mewujudkan masyarakat yang aman dan makmur. Undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat supaya dapat bergerak dengan selamat dan teratur daripada sebarang kekacauan. Kita harus mempertahankan kedaulatan undang-undang agar masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan yang harmoni. Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan merupakan prinsip yang terakhir yang terkandung di dalam Rukun Negara. Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
76

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

individu. Prinsip ini bertujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen yang dilancarkan oleh kerajaan iaitu budi bahasa dan nilai-nilai murni. Sifat ini sangat penting untuk disemat dalam diri setiap rakyat Malaysia kerana salah satu cara untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa. Melalui prinsip yang terakhir ini, sifat kesopanan dan kesusilaan dapat membentuk seseorang individu dan masyarakat lebih berdisiplin serta bermoral tinggi justeru melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang berwawasan. Negara Malaysia juga akan dikenali seantero dunia kerana sikap penduduknya yang mengamalkan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan bersesuaian dengan adat timur. Masyarakat dan negara Malaysia akan dipandang tinggi oleh bangsa asing sekiranya terus mempraktikkan prinsip yang terakhir ini kerana tingkah laku yang sopan terselit darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan sama ada kehidupan persendirian mahupun kehidupan bernegara. Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini mesti diamalkan oleh rakyat Malaysia supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sejajar dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Imej negara juga pasti lebih terjamin seandainya rakyat Malaysia memiliki nilai kesopanan dan kesusilaan. Masyarakat yang baik, berbudi bahasa dan bersusila dapat dilahirkan jika prinsip kelima ini diamalkan. Berdasarkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara yang dihuraikan di atas, jelaslah bahawa mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif serta bersatu-padu dan bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai bangsa. Melalui amalan daripada prinsip-prinsip ini, perpaduan yang lebih erat sesama masyarakat dapat dicapai kerana Rukun Negara dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu. Hal ini kerana semua rakyatnya tanpa mengenal bangsa dan agama mempunyai satu semangat kesetiaan yang tinggi atau perasaan cinta terhadap negara yang sangat mendalam.
77

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Melalui pengamalan Rukun Negara ini juga terutama pada prinsip yang keempat telah melahirkan sebuah negara yang aman dan makmur. Hal ini kerana kepentingan bangsa dan negara diutamakan terlebih dahulu apabila tercetus sebarang masalah supaya tidak berlaku ketidakstabilan negara. Selain itu, masyarakat juga akan bebas daripada sebarang penindasan seseorang terhadap yang lain atau penindasan sesama golongan terhadap golongan lain. Seterusnya pengalaman Rukun Negara dapat membentuk satu sikap yang liberal dalam kalangan masyarakat. Rakyat Malaysia bebas untuk mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Negara kita sesungguhnya kaya dengan budaya pelbagai kaum jadi sesuatu komuniti yang cemerlang, gemilang dan terbilang harus diwujudkan walaupun berlainan agama kerana ia boleh mendatangkan keuntungan kepada negara melalui bidang pelancongan kerana keunikan dan kekayaan pelbagai budaya dapat menarik minat pelancong asing untuk melancong ke Malaysia, justeru menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia. Masyarakat yang progresif dapat dibina melalui amalan Rukun Negara ini. Masyarakat progresif ialah sebuah masyarakat yang mempunyai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Sebagai contoh, banyak syarikat di Malaysia telah berjaya menempa nama dalam bidang sains dan teknologi seperti MSC (Multimedia Super Corridor). Kesannya, dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi berikutan kemajuan yang dikecapi. Masyarakat progresif yang wujud pada masa kini merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya bakal menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Konklusinya, Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi berdarah ini telah menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman damai serta menghindari sifat
78

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

saling curiga antara satu sama lain. Janganlah kita diibaratkan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana hal ini akan memusnahkan negara dan bangsa itu sendiri. Berdasarkan teks yang disimpulkan di atas. Jelaslah bahawa mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu-padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Sudah terang lagi nyata, melalui Rukun Negara ia akan membantu negara kita mempertingkat dan mempergiatkan lagi kepesatan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik. Rujukan 1. Rujukan i-MASTER Tingkatan 4-5. 2. Bahasa Malaysia SPM - Info Didik. 3. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 - Rukun Negara.

79

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Wan Nazifah Binti Wan Hassan SMK Nasiruddin Shah, Besut, Terengganu

S

etiap individu di dunia ini pasti mempunyai prinsip atau pegangan hidup masing-masing. Prinsip atau pegangan hidup ini adalah bertujuan menjadi acuan kepada hala tuju seseorang dalam kehidupan. Ini adalah kerana setiap insan yang hidup pasti inginkan kejayaan mengiringi mereka. Justeru, prinsip itulah yang akan membentuk jalan yang perlu ditempuh oleh seseorang kerana kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa sebarang usaha. Dalam agama sekalipun mempunyai rukun yang wajib diikuti oleh setiap penganutnya. Sebagai contoh, agama Islam mempunyai dua kategori rukun iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman. Rukun Islam ada lima kesemuanya iaitu mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi yang mampu. Rukun Iman pula ada enam untuk memastikan keteguhan iman seseorang Muslim. Tambahan pula, bermula dari zaman para nabi lagi telah terdapat undang-undang yang menggunakan konsep musyawarah dalam proses penggubalannya. Begitulah juga fungsinya dengan Rukun Negara. Rukun bermaksud undang-undang yang wajib dipatuhi oleh semua orang manakala negara bererti kawasan yang diperintah oleh sesebuah
81

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kerajaan. Oleh itu, Rukun Negara boleh didefinisikan sebagai undang-undang yang wajib dipatuhi oleh setiap warganegara Malaysia yang tercinta demi mencapai kehidupan yang sempurna. Di negara kita Malaysia terdapat lima Rukun Negara kesemuanya. Rukun Negara yang pertama ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Kedua, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, diikuti oleh Keluhuran Perlembagaan. Seterusnya ialah Kedaulatan Undang-Undang dan yang terakhir Kesopanan dan Kesusilaan. Menurut sejarah, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13. Perisytiharan ini dilakukan selepas peristiwa 13 Mei 1969, yang melibatkan kaum, iaitu rusuhan antara kaum. Pengisytiharan Rukun Negara adalah bertujuan mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati. Di samping membentuk satu cara liberal terhadap kebudayaan dan membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi. Setiap rakyat haruslah bekerjasama untuk merealisasikan impian kerajaan ini. Rukun Negara yang pertama, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan bermaksud percaya dengan penuh yakin terhadap Tuhan. Di Malaysia, masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan berbilang kaum. Secara tidak langsung, wujud pelbagai agama dan kepercayaan. Contohnya, masyarakat Islam hanya percaya kepada Tuhan yang Esa iaitu Allah s.w.t. Berbeza pula dengan masyarakat Cina dan India, Tuhannya ialah Dewa. Ini kerana mereka menganut agama Buddha. Tidak termasuk lagi masyarakat di Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, mengikut buku teks Sejarah Tingkat Satu, masyarakat Kadazan-Dusun mempercayai Tuhan mereka adalah Kinorohingan yang bersemayam di dunia lain. Kepercayaan kepada Tuhan merupakan Rukun Negara yang pertama
82

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

memandangkan Tuhan adalah segala-galanya bagi setiap masyarakat. Tuhan adalah pencipta manusia, pencipta alam dan kebesaran Tuhan yang tidak dapat ditandingi. Percaya dan patuh kepada Tuhan adalah asas pembentukan rohani setiap insan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah Rukun Negara yang kedua. Malaysia adalah salah satu negara di dunia yang masih mengamalkan sistem beraja. Jika dahulu, negara-negara yang mengamalkan sistem beraja termasuklah Indonesia. Namun, semuanya pupus ditelan dek zaman. Walau bagaimanapun, sistem beraja di Malaysia tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Oleh sebab itulah Malaysia sering dipandang tinggi oleh negaranegara luar kerana masih mempertahankan tradisi berajanya. Sistem beraja bererti corak pemerintahan sesebuah negara yang mana seorang raja memegang tampuk pemerintahan negara. Setiap titah raja harus dilaksanakan dengan sempurna. Di Malaysia, warna rasmi bagi kerabat diraja adalah warna kuning. Setiap negeri di Malaysia mempunyai raja kecuali Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak yang diganti dengan Yang di-Pertua bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Bagi Negeri Sembilan pula, kuasa tertingginya terletak pada Yang di-Pertuan Besar. Setiap raja pula diberi peluang untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong secara bergilir. Setiap Yang di-Pertuan Agong boleh memegang pucuk pimpinan negara selama lima tahun. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Selain itu Majlis Pertabalan dan Perisytiharan Yang di-Pertuan Agong turut diadakan apabila Yang di-Pertuan Agong yang baru mengambil alih pucuk pimpinan negara. Inilah keunikan yang dimiliki oleh Malaysia yang menjadikannya terkenal di seantero dunia. Rukun Negara yang seterusnya adalah Keluhuran Perlembagaan. Keluhuran menurut kamus Dewan membawa maksud kemuliaan, ketinggian manakala perlembagaan pula bererti undang-undang.
83

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Justeru, keluhuran perlembagaan bermaksud ketinggian undangundang. Undang-undang di Malaysia wajib dipatuhi oleh segenap lapisan masyarakat. Ini adalah untuk menjamin keharmonian hidup bermasyarakat dan mengekalkan kemerdekaan negara. Bayangkan jika negara ini tidak mempunyai undang-undang yang menjadi garis panduan sesebuah kehidupan yang bermaruah. Jenayah seperti rompakan, pembunuhan, rogol dan sebagainya pasti berleluasa dan menyebabkan masyarakat luar memandang serong kepada negara kita lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah negara Islam. Sebenarnya, semua yang hidup di atas muka bumi ini pasti terikat dengan undang-undang sama ada undang-undang negara mahupun undang-undang agama masing-masing. Sebagai contoh, setiap agama menitikberatkan soal kebersihan. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman’ adalah kata-kata yang dipetik daripada bahasa Arab. Begitu juga dengan undang-undang yang digubal di peringkat negara yang menyeru masyarakatnya menjaga kebersihan. Mana-mana individu yang mengingkari undang-undang pasti dikenakan denda. Walhal di dalam peraturan undang-undang agama Islam juga ada menetapkan balasan ke atas setiap perbuatan hamba Nya sama ada baik mahupun buruk. Justeru, semua orang wajib mematuhi undangundang untuk memastikan pentadbiran negara dapat dijalankan secara telus dan menjamin keharmonian hidup. Seterusnya ialah Kedaulatan Undang-Undang. Kedaulatan menurut kamus Dewan ialah kekuasaan yang tertinggi. Undangundang pula bererti susunan peraturan-peraturan hukum yang sah. Oleh yang demikian, kedaulatan undang-undang bolehlah diertikan sebagai kekuasaan yang tertinggi yang dimiliki oleh peraturanperaturan yang telah digubal. Kedaulatan undang-undang akan terjamin jika setiap warga di negara ini mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kedaulatan ini bererti undang-undang berkuasa terhadap sesiapa sahaja yang melanggar peraturan negara. Salah satu contoh yang boleh diketengahkan ialah pencemaran alam sekitar. Sesiapa yang dikenal pasti telah melakukan pencemaran alam sekitar sama ada pencemaran sungai, pencemaran persekitaran, mahupun pencemaran bunyi akan dikenakan denda berupa kompaun, penjara
84

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan sebagainya. Walau bagaimanapun, denda yang dijatuhkan ke atas pesalah berbeza mengikut tahap kesalahan yang telah mereka lakukan. Selain itu, contoh yang seterusnya ialah Akta Penebangan Hutan. Sesiapa yang didapati bersalah menebang hutan secara haram atau meneroka hutan simpan akan dikenakan hukuman. Kes-kes sebegini banyak berlaku terutamanya pada zaman sekarang kerana tuntutan kehidupan yang inginkan kesenangan. Walau bagaimanapun, tuntutan dan kemahuan hidup tidak mampu mengatasi kekuasaan undang-undang. Perasaan cinta akan kedaulatan undang-undang dan perjuangan dalam melahirkan sebuah masyarakat yang boleh menegakkan keadilan haruslah diterapkan dalam diri setiap rakyat sejak kecil lagi agar menjadi satu cita-cita yang unggul. Usaha ini amat bertepatan dengan pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Rukun Negara yang terakhir ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Konteks kesopanan dan kesusilaan amat luas jika dihuraikan. Kesopanan dan kesusilaan bermaksud budi pekerti yang mulia. Kesopanan dan kesusilaan yang digunakan dalam Rukun Negara amat bertepatan dengan negara kita kerana Malaysia terkenal dengan kehalusan budaya timurnya. Contoh kesopanan dan kesusilaan ialah yang muda haruslah disayangi dan yang tua wajib dihormati. Nilai-nilai murni seperti ini dapat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup lebih-lebih lagi hidup dalam keadaan berbilang bangsa seperti di Malaysia. Prinsip yang muda harus disayangi kerana kanak-kanak dikatakan jarang melakukan dosa berbanding orang dewasa. Yang tua wajib dihormati kerana orang-orang tua lebih banyak makan garam berbanding orang muda. Oleh itu, mereka lebih banyak pengalaman menempuh liku-liku kehidupan. Oleh sebab itulah orang muda harus menghormati orang tua kerana mereka mempunyai banyak petua yang boleh diperturunkan. Kerana jasa mereka jualah kita dapat menghirup udara segar seperti ini. Ini kerana tanpa usaha mereka menentang penjajah satu masa dahulu, Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara yang merdeka seperti hari ini.
85

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Selain itu, masyarakat di Malaysia kaya dengan sikap saling membantu. Sebagai contoh orang yang celik membantu orang buta melintas jalan, membantu orang tua mengangkat barang-barang, menyediakan tempat duduk untuk warga tua dan wanita yang hamil. Jika semua warga di Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni ini, pasti negara kita akan sunyi daripada segala jenayah seperti penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi dan pengabaian keduadua ibu bapa. Kesopanan dan kesusilaan juga boleh diamalkan dengan mengadakan program gotong-royong sama ada di peringkat kampung, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Contohnya ialah Gotong-royong Perdana peringkat negeri telah diadakan di semua sekolah di negeri Terengganu baru-baru ini. Melalui program sebegini, hubungan silaturahim antara pelajar dan guru dapat dieratkan lagi. Ini membuktikan bahawa hubungan antara pelajar dan guru tidak terhad pada masa persekolahan sahaja. Selain itu, persekitaran sekolah akan menjadi lebih kondusif untuk para pelajar menimba ilmu secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan awam mahupun peperiksaan di peringkat sekolah. Secara tuntasnya, setiap warga Malaysia wajib mematuhi Rukun Negara untuk menjamin kehidupan yang lebih selesa. Di samping itu juga, kepatuhan rakyat terhadap Rukun Negara secara tidak langsung akan memperkenalkan Malaysia di mata dunia melalui layanan mesra terhadap pelancong dan penjagaan alam sekitar. Ternyata bahawa asas kepada perpaduan negara ialah komitmen bersama nilai, prinsip dan juga berdasarkan kepada suatu visi masa depan. Oleh yang demikian, Rukun Negara menjadi asas untuk merealisasikan nilai dan prinsip secara bersama. Perpaduan sudah tentu akan dapat diperkukuhkan lagi jika semua rakyat menghayati hak dan tanggungjawab kenegaraan dan kewarganegaraan. Oleh sebab itulah konsep sebegini mesti dikembangkan lagi dengan tujuan memperkukuhkan perpaduan dan melahirkan satu identiti Malaysia. Walau apa pun, perasaan saling mempercayai antara satu sama lain
86

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan kerjasama antara kaum perlu dipupuk jika kita ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang aman, teguh dan bersatu padu. Walaupun Malaysia sudah hampir dua dekad tidak menghadapi rusuhan kaum, namun tidak mustahil sejarah akan berulang jika soal kesensitifan kaum diambil mudah. Justeru itu, semua perlu mengambil iktibar di atas setiap kejadian yang menimpa negaranegara lain seperti di Thailand, Indonesia dan kebanyakan negara di barat. Rakyat Malaysia amat bertuah kerana negara kita dipimpin di bawah penguasaan yang adil dan mengamalkan konsep demokrasi. Rujukan 1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 2. Buku Rujukan Sejarah Visual Pelangi PMR 3. www.engkililido.sarawak.gov.my/rukunegara 4. www.pmo.gov.my

87

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Lim Yeh En SMJK Perempuan China Pulau Pinang

N

egara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah berada selama 446 tahun dalam cengkaman penjajah. Walaupun 50 tahun sudah berlalu sejak kemerdekaan namun laungan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih lagi tersemat dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa negara Malaysia telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan sejak kemerdekaan. Ini dapat kita lihat dari segi kestabilan politik dan semangat perpaduan yang berjaya diwujudkan atas semangat kerjasama antara kaum. Berbanding era penjajah keharmonian antara kaum sukar dicapai dan masyarakat berpecah-belah ketika itu. Selepas merdeka, dalam usaha mengeratkan perpaduan rakyat kerajaan telah memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, RUKUN NEGARA, Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 dan lain-lain lagi. Di arena antarabangsa Malaysia banyak menyumbang kepada keamanan dunia dan kesejahteraan masyarakat negara serantau. Sejak tahun 1957 hingga kini Malaysia banyak memainkan peranan diperingkat antarabangsa. Sebagai negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1957, Malaysia telah terlibat dalam usaha mencari jalan penyelesaian konflik antarabangsa.
89

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Misalnya, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB bagi menamatkan perang saudara di Congo (Zaire) pada tahun 1960. Sebagai pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Malaysia juga menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq. Malah, Malaysia telah diberi penghormatan yang tinggi dengan menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003. Malaysia juga komited dalam pertubuhan ASEAN bagi mewujudkan semangat persahabatan dan perpaduan dengan negara-negara Asia Tenggara. Peranan yang dimainkan Malaysia di peringkat antarabangsa menunjukkan keupayaan negara kita dalam usaha menentukan keseimbangan dunia. Dalam konteks ekonomi, Malaysia telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dari segi daya pengeluaran, pengeksportan dan pelaburan asing. Menurut laporan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2005, negara telah berjaya mencapai kadar pertumbuhan yang tertinggi pernah dicapai oleh negara berdaulat yang setaraf iaitu sebanyak 6.5 peratus setahun. Pencapaian tersebut telah memperlihatkan keupayaan Malaysia berubah dari sebuah negara yang miskin, bergantung pada pertanian tradisional kepada negara yang memiliki ekonomi yang pelbagai. Selain itu, penerokaan bidang baru seperti k-ekonomi, e-ekonomi, ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan sebagainya adalah sejajar Misi Nasional ke arah Wawasan 2020. Memandangkan sektor pelancongan merupakan sektor kedua terbesar dari segi sumbangan ekonomi negara selepas sektor perindustrian maka kerajaan melancarkan “Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007”.Ternyata kempen tersebut telah memperlihatkan kejayaan dengan jangkaan lebih 20 juta pelancong melawat Malaysia. Sektor teknologi maklumat turut diberi penekanan Malaysia bagi meningkatkan daya saing negara menghadapi arus globalisasi. Antara usaha Kerajaan ialah memperkenalkan projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) iaitu e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital. Ini amat berbeza pada zaman penjajahan di mana
90

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

penguasaan teknologi dan kepakaran berada dalam cengkaman penjajah sehingga berjaya mengeksploitasi ekonomi negara dalam industri perlombongan bijih timah dan getah. Kini perkembangan ekonomi negara makin pesat. Malaysia telah mencapai kemajuan dalam pembangunan infrastruktur negara dengan pengenalan sistem transit aliran ringan (LRT), perkhidmatan monorel, komuter dan sistem bas pengantara yang efisien dan cekap. Rangkaian lebuh raya dan jalan raya yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar juga telah meningkatkan pertumbuhan bandar dan pekan baru. Pembinaan projek mega seperti Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Jambatan Pulau Pinang juga menonjolkan imej negara di peringkat antarabangsa. Bagi meningkatkan mutu sistem perhubungan, negara kita telah memperkenalkan kemudahan satelit misalnya MEASAT 1 dan MEASAT II. Negara turut memperkenalkan kemudahan satelit mikro TiungSat-1 di samping Medium Apperture Camera Satellite (MACSat) kerjasama dengan Korea Selatan dan satelit MalaysiaIndonesia Experimental Satellite (Mixsat) kerja sama dengan Indonesia. Perkembangan ini menunjukkan bahawa Malaysia kini telah berubah menjadi negara yang berupaya menyediakan infrastruktur yang setanding dengan negara maju. Ilmu pendidikan dalam sesebuah negara adalah penting bagi pembangunan negara. Berbanding zaman penjajahan dahulu sistem pendidikan vernakular yang tidak mementingkan perpaduan dan integrasi. Ia sememangnya mendatangkan implikasi yang buruk terhadap semangat kemasyarakatan mahupun pembangunan negara dari segi politik, sosial dan ekonomi. Selepas kemerdekaan, negara kita mengambil iktibar daripada pengalaman pahit tersebut dengan memperkenalkan sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan dan sukatan pelajaran bersatu bagi mengukuhkan hubungan kaum. Pengenalan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK), Penyata Razak 1956, pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menampakkan kejayaan dan
91

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Sehingga abad ke-21, negara kita mampu menyediakan kemudahan pendidikan tinggi misalnya dengan penubuhan Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan lain-lain lagi. Dalam bidang sukan, pencapaian negara kita di peringkat antarabangsa agak membanggakan kerana negara kita merupakan negara kecil. Antara kejayaan negara ialah kejayaan M. Jegathesan yang buat pertama kalinya memenangi pingat emas dalam acara 200 meter di Sukan Asia keempat yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada tahun 1962. Di samping itu, Malaysia telah menjadi pemenang Piala Thomas 1992 selepas berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir. Kecemerlangan para atlet negara sebenarnya merupakan hasil daripada kesempurnaan kemudahan sukan dan keutuhan semangat dalaman. Dari segi penyediaan prasarana kesukanan, negara kita tidak pernah mengabaikan pembangunan fizikal sukan dengan menyediakan stadium-stadium yang lengkap dan peralatan sukan yang canggih beserta sistem latihan yang sempurna. Negara juga berjaya dalam bidang penganjuran sukan bertaraf antarabangsa contohnya kejohanan Le Tour De Langkawi dan Formula One di Sepang. Malah negara kita pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Kejayaan anak Malaysia mencipta kejayaan dunia dengan usaha gigih telah meningkatkan imej negara di muka dunia. Kejayaan Datuk Azhar Mansor mengelilingi dunia secara solo, kejayaan ekspedisi mendaki Gunung Everest pada 23 Mei 1997 oleh M. Magendran dan N. Mohandas serta kejayaan Justin Maurice Read dan Gerald Malcorm Read menjadi anak Malaysia pertama menjejakkan kaki ke Kutub Utara menunjukkan semangat “Malaysia Boleh” dan insan terbilang. Ia sememangnya menjadi titik perubahan sejarah negara kita selepas 50 tahun merdeka. Dalam bidang perubatan pula, taraf kesihatan rakyat bertambah baik berbanding zaman penjajahan. Semasa zaman sebelum
92

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

merdeka, masalah kesihatan seperti penyebaran wabak penyakit malaria, taun, beri-beri, demam campak dan batuk kering menjadi masalah kesihatan yang serius ketika itu. Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak British telah membina hospital, pusat kesihatan dan pusat penyelidikan perubatan tetapi hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja, mereka di manipulasi oleh penjajah asing. Walau bagaimanapun, keadaan ini telah berubah selepas tercapainya kemerdekaan. Kini, pusat-pusat kesihatan dan klinik didirikan oleh kerajaan di seluruh pelosok negara termasuk kawasan luar bandar. Seiring dengan kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan, mutu perubatan di Malaysia semakin meningkat sehingga menampakkan kejayaan. Hal ini terbukti dengan beberapa pembedahan besar telah berjaya dilaksanakan seperti pembedahan “Artery By Pass” di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Oktober 1982. Selain itu, Malaysia turut berperanan penting dalam pemeliharaan alam sekitar. Masalah alam sekitar yang semakin serius misalnya pencemaran alam, kekurangan bekalan bahan makanan dan perubahan cuaca memerlukan komitmen antarabangsa untuk mengatasinya. Negara telah mengambil inisiatif seperti yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Malaysia sebagai sebuah negara “megadiverse” terus berusaha untuk menjaga kekayaan warisan alam semula jadinya. Lebih separuh daripada keluasan tanah negara kekal sebagai hutan dan wujud jaringan menyeluruh bagi taman negara, taman laut, rizab dan santuari hidupan luar serta hutan simpan kekal. Usaha tersebut menunjukkan keupayaan negara Malaysia memelihara sumber alam semulajadinya. Menurut Perdana Menteri YAB. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 di Dewan Rakyat pada 31 Mac. RMK-9 menjurus kepada lima teras utama bagi mencapai matlamat negara maju dan seimbang dari segi sosioekonomi dan pencapaian individu. Malaysia sebuah negara yang sudah pun bebas daripada penjajahan, sebuah negara yang berdaulat dan sedang berkembang
93

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

maju. Kejayaan negara sememangnya membanggakan rakyat jelata. Adakah perkembangan negara begitu memberangsangkan setelah Malaysia mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, apatah lagi 100 tahun, 150 tahun dan selanjutnya? Memang tidak dapat dinafikan lagi, Malaysia merupakan negara yang gagah gemilang. Sebagai anak Malaysia, kita seharusnya menanamkan semangat cintakan negara kerana Malaysia negara tumpah darah kita.

94

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Norliza Binti Haris SMK Seri Kampar, Kampar, Perak

R

ukun Negara merupakan ideologi negara untuk memupuk perpaduan kaum. Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi negara yang dapat menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum. Ideologi ini mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilainilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Rukun Negara terbentuk akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969, setelah berlakunya rusuhan antara kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu. Hal ini berlaku kerana, pada masa itu penjajahan British lebih mementingkan pembangunan ekonomi yang telah mewujudkan jurang perbezaan antara wilayah dan pengenalan ekonomi mengikut etnik. Peristiwa hitam tersebut telah memberi kesedaran kepada kerajaan bahawa semangat bertoleransi dan sudi berkongsi pengalaman perlu dipupuk dalam diri rakyat berbilang kaum dan agama. Ekoran daripada peristiwa tersebut, sebuah badan khas iaitu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah diwujudkan bertujuan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta percaya mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan. MAGERAN ini telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN juga telah menubuhkan Majlis Perundangan
95

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Negara (MPN) di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. Majlis Perundangan Negara menyatakan satu ideologi perlu diwujudkan untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Berdasarkan keputusan tersebut maka lahirlah Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasaruddin Shah Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Bagi mengelak peristiwa 13 Mei daripada berulang, setiap warga negara Malaysia di negara ini menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan dalam hidup masyarakat. Di samping itu Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan. Selain itu, Rukun Negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat seterusnya melahirkan sebuah negara yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Semua rakyat diseru supaya mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing bagi mencapai perpaduan yang lebih erat. Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan agama. Justeru itu, pelbagai konflik dan persoalan yang muncul ketika negara kita mencapai era kegemilangan kemerdekaan. Keadaan ini bertambah rumit apabila kerajaan mengalami ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum. Sungguhpun wujudnya unsur-unsur perbezaan ini, Rukun Negara yang telah diwujudkan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu tanpa sebarang perbezaan. Di samping itu, Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan berpolitik asalkan tidak melanggar undangundang negara. Kepentingan negara mestilah diutamakan lebih
96

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

daripada kepentingan sesuatu kaum atau pihak, jika tidak kestabilan dan keselamatan negara akan terancam. Objektif Rukun Negara yang seterusnya adalah untuk mencipta masyarakat yang adil dalam menikmati kemakmuran bersama secara adil dan saksama. Peluang menikmati kekayaan negara adalah sama untuk semua anggota masyarakat. Bagi mencapai tujuan ini pihakpihak yang lemah akan dibantu agar mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju. Dengan ini masyarakat adil itu akan bebas daripada penindasan oleh golongan yang lain dan dapat membentuk satu sikap yang liberal. Objektif ini menekankan tentang masyarakat yang bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan perpaduan negara. Sesungguhnya negara kita mempunyai kekayaan daripada segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Meskipun ada perbezaan, berlainan budaya ini dapat mewujudkan satu masyarakat yang menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia setelah semua anggota masyarakat bercita-cita menuju ke arah itu. Akhir sekali adalah membina sebuah masyarakat progresif iaitu masyarakat yang mengikut langkah kemajuan sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Masyarakat progresif yang ingin diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi dan akhirnya menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat wawasan 2020. Walau bagaimanapun, kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilainilai ketuhanan. Prinsip-prinsip Rukun Negara terdiri daripada Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari
97

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

akan kepentingan agama dan kepercayaan kepada tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga suatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Kepercayaan kepada Tuhan menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan sesama bangsa Malaysia bagi menjadikan bangsa bermaruah dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain itu prinsip ini juga mewujudkan ikatan agama agar masyarakat dapat membentuk fikiran, pertuturan dan perbuatan yang memanfaatkan diri serta orang lain disebabkan semua agama mengajar kebaikan. Ini menunjukkan bahawa bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Walaupun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama rasmi negara, kebebasan beragama tetap diberikan kepada penganut agama lain. Hal ini jelas menunjukkan sikap toleransi rakyat negara ini yang tidak membezabezakan antara warganya. Kebebasan ini diberikan kerana menyedari ketiadaan kepercayaan terhadap agama boleh meruntuhkan institusi negara jika rakyat tidak mempunyai pegangan hidup. Tahap kesetiaan tinggi yang diberikan kepada raja dan negara pula amat bersesuaian kerana raja adalah lambang perpaduan negara. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang raja dalam sistem beraja yang juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertuan Negeri bagi negeri yang tidak mempunyai raja. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Raja juga merupakan simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. Rakyat yang menjadi penderhaka kepada Raja juga bermaksud penderhaka kepada negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, setiap warganegara mestilah menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri
98

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat mestilah menumpukan taat setia kepada Yang di-Pertua Negeri. Sikap kesetiaan seperti ini merupakan suatu nilai yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk rakyat cinta akan negara. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara juga merupakan satu faktor rakyat Malaysia dapat disatukan. Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengabaikan taat setia kepada negara Malaysia dan rajanya merupakan elemen yang bertentangan sama sekali dengan prinsip Rukun Negara. Prinsip ini bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab, sanggup berkorban demi negara dan memberikan sumbangan dalam pembangunan negara. Prinsip ketiga Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan pula menekankan tentang kepentingan rakyat untuk menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara kerana prinsip ini merupakan sumber perundangan negara yang tinggi. Rakyat juga perlu sedar bahawa Perlembagaan Negara berfungsi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Oleh itu, Rukun Negara menekankan adalah wajar setiap warganegara memahami maksud dan latar sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Melalui prinsip ini juga masyarakat boleh memahami bahawa perlembagaan merupakan sumber perundangan tertinggi yang harus dipatuhi demi keharmonian negara. Berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini Perlembagaan Negara telah digubal. Ini merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan digugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini juga ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan merupakan sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat. Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera juga diberikan, seperti pemberian taraf
99

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kewarganegaraan Malaysia kepada mereka sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Walaupun Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dilarang. Sekiranya rakyat tidak menerima keluhuran Perlembagaan Negara kestabilan negara akan tergugat. Kedaulatan Undang-undang pula memberi keadilan kepada setiap rakyat di negara ini kerana prinsip ini penting dalam menjaga hubungan baik antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Prinsip ini mewujudkan masyarakat yang menghormati dan mengikut undang-undang negara kerana undangundang berfungsi memberi perlindungan kepada semua anggota masyarakat. Keadilan diasaskan kepada kedaulatan undang-undang di mana taraf setiap rakyat adalah sama di sisi undang-undang. Kedaulatan undang-undang negara yang berasaskan kepada Perlembagaan perlulah diterima dan dipertahankan. Sekiranya tiada undang-undang, hidup masyarakat dan negara pasti tidak akan aman dan tidak stabil. Oleh itu, undang-undang, kehidupan masyarakat dan negara pasti tidak akan aman dan tidak stabil. Oleh itu, undangundang tidak boleh dipersendakan sebaliknya mesti dihormati dan dipatuhi. Institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa menjamin kedaulatan undang-undang negara. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang amat stabil dan makmur. Kehidupan masyarakat akan terjamin dengan kewujudan undangundang kerana semua anggota masyarakat akan merasa selamat apabila mereka dapat bergerak bebas dan teratur tanpa sebarang kekacauan. Di samping itu, semua rakyat menjalankan aktiviti kehidupan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dinyatakan oleh Perlembagaan Negara. Hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan tidak termasuk dalam hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan. Masyarakat perlu mempertahankan kedaulatan undang-undang. Dengan ini, masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan
100

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan dikekalkan dalam pemikiran rakyat negara ini. Akhir sekali, prinsip Kesopanan dan Kesusilaan menerangkan mengenai kepentingan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyat kerana prinsip ini penting dalam menjaga hubungan baik antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat ditekankan dalam prinsip kelima ini. Prinsip ini bertujuan memupuk sahsiah mulia dalam kalangan masyarakat agar tidak menyinggung perasaan orang lain yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Dalam masyarakat yang pelbagai kaum di negara ini, sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain. Seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi dapat dibentuk jika sikap bersopan santun dan bersusila diamalkan seterusnya membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Darjah kesusilaan yang tinggi dalam keduadua kehidupan persendirian dan kehidupan masyarakat meliputi tingkah laku bersopan santun. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Sekiranya prinsip ini tidak dipertahankan perpaduan antara kaum akan menjadi renggang. Apabila keadaan ini berterusan, negara akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan dan diguna pakai sehingga kini ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah menyedarkan kita semua, betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat-sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain. Di samping itu, masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat-menghormati antara
101

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

satu sama lain dapat dilahirkan apabila Rukun Negara diamalkan. Melalui perpaduan kita juga dapat membantu negara dalam mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersikap liberal dan demokratik. Sehubungan itu, adalah tidak wajar sesuatu kaum membangkitkan isu yang dianggap sensitif membabitkan agama, kaum dan bahasa kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman rakyat di negara ini. Oleh itu semua rakyat Malaysia mestilah mengamalkan Rukun Negara dalam kehidupan seharian. Rujukan 1. Kementerian Penerangan Malaysia 2. Intan 1993. Masyarakat Majmuk dan Masalah Perpaduan (Negara Kita) 3. Intan 1991. Malaysia Kita 4. Intan 1980. Negara Kita 5. Buku Fajar Bakti. Pengajian Am 6. Rukun Negara Resipi Masyarakat Adil. (Suliana)

102

50 TAHUN MALAYSIAKU GAGAH GEMILANG
Muhammad Hisyamuddin Bin Sharif SMK Sultan Yusof, Batu Gajah, Perak

M

alaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu merupakan tanah semenanjung yang mempunyai pelbagai sumber bahan mentah seperti bijih timah dan emas. Tanah Melayu telah terkenal di seantero dunia sejak tertubuhnya pelabuhan entrepot seperti di Kedah Tua dan Melaka. Setelah sekian lama kerajaan ini wujud, maka datanglah penjajah barat yang dimulai dengan negara Portugis, diikuti pula Belanda, British dan Jepun. Setelah hampir empat dekad dijajah, barulah orang Melayu bangkit dengan pelbagai jenis tentangan yang bermula di Naning, Negeri Sembilan yang diketuai oleh Dol Said, Pasir Salak, Perak yang menyebabkan J.W.W. Birch terbunuh di tangan kumpulan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela dan banyak lagi. Semua penentangan ini dibuat demi menentang birokrasi barat yang mengambil secara langsung hak-hak peribumi orang Melayu. Apabila Jepun mula menduduki Tanah Melayu, pentadbiran British terhapus sama sekali akibat tindakan Jepun yang mengambil alih tampuk pemerintahan British. Orang Melayu ketika ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ketika ini, barulah orang Melayu sedar akan kepentingan menentang penjajah dan memerintah tanah air sendiri. Setelah berakhirnya pemerintahan Jepun yang memeritkan, rakyat di Tanah Melayu mula menunjukkan semangat patriotisme
103

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang tinggi apabila pelbagai persatuan muncul di Tanah Melayu ibarat cendawan tumbuh yang bermatlamatkan pengembalian hak peribumi orang Melayu ke atas tanah air mereka sendiri. Persatuanpersatuan ini mula bersatu bagi menentang pelaksanaan Malayan Union yang akan menggabungkan sistem negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negerinegeri Selat. Sistem Malayan Union ini mendapat tentangan orang Melayu apabila Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan surat persetujuan raja-raja Melayu secara paksa bagi meneruskan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu. Selain itu, Malayan Union juga menyebabkan hak istimewa orang Melayu terhakis di samping prinsip syarat kerakyatan Malayan Union yang mengamalkan prinsip Jus Soli yang secara tidak langsung menyebabkan taraf orang Melayu sama dengan rakyat migrasi yang lain. Sebanyak 41 pertubuhan Melayu telah hadir ke kongres Melayu SeMalaya yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menubuhkan Parti United Malayan National Organization (UMNO) yang bertujuan menyatukan orang-orang Melayu menentang Malayan Union. Hasil daripada ketegasan orang Melayu ketika itu, Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya dibentuk dengan menggabungkan 11 buah negeri dan mengamalkan konsep raja berperlembagaan. Kemerdekaan telah dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu apabila Perjanjian Persekutuan 1957 telah dimeterai. Pembentukan Malaysia yang menggabungkan Singapura, Sabah dan Sarawak juga telah berjaya dibentuk pada tahun 1963. Setelah Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan Malaysia ditubuhkan, negara kita mulai mengalami pelbagai kemajuan dan perubahan dalam pelbagai sektor seperti dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia. Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan dan Badan Perundangan telah diamalkan. Perubahan yang telah dilaksanakan ketika itu telah berjaya melicinkan pembangunan dan dapat membentuk perpaduan di negara kita. Pembangunan ekonomi telah dibuat melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang bermatlamatkan
104

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

membasmi kemiskinan dan merombak semula masyarakat tanpa mengira kaum. Rancangan ini terbahagi kepada dua tahap yang berlainan. Di bawah rancangan ini Dasar Ekonomi Baru telah dilaksanakan dan ia berakhir pada tahun 1990 dan Dasar Pembangunan Nasional pula telah dilaksanakan sehingga tahun 2000 bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru. Dengan wujudnya dasar-dasar seperti ini, banyak pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan sehingga tahun 2000 bagi memastikan pembangunan negara dapat ditingkatkan dengan lebih progresif. Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang dibentuk untuk memberikan penekanan kepada sektor ekonomi, sosial dan awam yang memainkan peranan penting dalam sesebuah negara. Dua agensi besar telah ditubuhkan ketika itu iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah (FELDA) di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun tahap pertama. Pada tahap kedua dijalankan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan banyak lagi badan-badan kerajaan lain ditubuhkan pada tahap ini bagi merancakkan lagi pembangunan negara ketika itu. Akan tetapi, satu peristiwa hitam telah berlaku ketika pelbagai usaha sedang dilakukan demi mengejar kemajuan iaitu peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan pergaduhan kaum di antara kaum Cina dan kaum Melayu akibatnya wujud jurang perbezaan pendapat antara kedua-dua kaum masih ketara. Peristiwa yang membawa pengajaran yang besar sekali maknanya ini telah mengganggu pertumbuhan ekonomi negara. Peristiwa ini telah menyedarkan kerajaan betapa pentingnya perpaduan di antara kaum kerana ia menentukan kestabilan sesebuah negara di seluruh dunia. Ekoran ini, Rukun Negara mula dibentuk bagi menjamin perpaduan kaum di negara kita, hasilnya negara negara kembali pulih dan bertambah baik. Setelah peristiwa hitam ini reda, rancangan Malaysia telah diperbaharui dari masa ke semasa bagi merancakkan lagi pembangunan di dalam semua sektor di negara kita. Antaranya ialah dasar penswastaan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi
105

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mengurangkan beban kewangan kerajaan di samping meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti perkhidmatan dan dasar ini dilihat telah berjaya menampakkan hasilnya pada masa kini. Masa terus berlalu, Malaysia berjaya menongkah arus pembangunan dengan begitu baik sekali. Sektor pelajaran contohnya, pelbagai perubahan telah diambil seperti pemberian pelajaran secara percuma kepada pelajar sekolah rendah tanpa mengira keturunan bangsa dan agama. Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan dan tindakan ini diikuti oleh Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Semua ini dibuat oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan rakyat yang sedia ada supaya rakyat dapat bergerak seiring dengan kemajuan negara yang pesat membangun. Selain itu, Malaysia juga banyak memberikan sumbangan dalam kerjasama antarabangsa. Malaysia yang pada mulanya mengamalkan dasar pro barat akibat terlalu bergantung dengan negara Britain telah mengubah dasarnya dengan menggunakan pendekatan berbaikbaik dengan semua negara dengan harapan agar keselamatan rakyat dan negara terjamin dengan memelihara kepentingan sosial dan mengekalkan kedaulatan negara dan keamanan sejagat amnya melalui kerjasama antarabangsa. Kerjasama antarabangsa telah dibuat sebaik sahaja Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dengan melibatkan diri di dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Komanwel, Pergerakan Negaranegara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Kumpulan Selatan-selatan. Malaysia telah memainkan peranan di dalam semua pertubuhan yang disertainya seperti menyertai pasukan pengaman dan pendamai PBB ketika perang saudara di Congo pada tahun 1960, Bosnia pada tahun 1990 dan yang terbaru di penghujung akhir tahun 2006 di Lubnan. Penglibatan Malaysia di dalam pertubuhan-pertubuhan seperti ini dilihat dapat membantu negara kita seperti sekatan pengaruh Parti Komunis Malaya pada satu ketika dahulu. Malaysia juga berpeluang menganjurkan sukansukan yang bertaraf tinggi seperti sukan Komanwel pada tahun 1998 yang dapat membina semangat setia kawan antara negara
106

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

anggota Komanwel dan menjadi tuan rumah persidangan bertaraf antarabangsa seperti persidangan kemuncak NAM ke-13 yang dibuat pada tahun 2003. Sekarang, setelah hampir genap negara kita menyambut kemerdekaannya yang kelima puluh, pelbagai kejayaan telah berjaya di kecapi sama ada di dalam bidang ekonomi yang melibatkan sektor industri dan pertanian, bidang sukan, bidang teknologi mahupun bidang pelajaran. Semua sektor di negara kita telah berjaya meningkat dengan begitu pesat sekali. Lihatlah, kemajuan negara kita terbukti apabila rakyatnya yang bersatu padu walaupun berlainan kaum mencapai pencapaian yang luar biasa seperti belayar mengelilingi dunia secara solo, mendaki gunung Everest dan sebagainya. Malahan kita masih lagi boleh mengamalkan sikap toleransi yang tinggi bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing kerana apabila datangnya hari-hari perayaan kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina mahupun Deepavali, kita merayakannya bersamasama. Kita akan dapat melihat ramai pihak membuat rumah terbuka dengan menjemput semua orang tanpa mengira perbezaan kaum. Dalam bidang pelajaran, Malaysia menyedari bahawa pendidikan merupakan satu bidang yang amat penting dalam mengejar kemajuan. Oleh itu pihak kerajaan telah menaik taraf sistem pembelajaran Matematik dan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Bahasa Inggeris dipilih kerana bahasa ini merupakan bahasa ilmu dan antarabangsa. Menurut watikah ucapan Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein sempena hari guru 2007, beliau berasa terkejut apabila di dalam lawatannya ke negara asing baru-baru ini, beliau mendapati bahawa sistem PPSMI telah dijadikan bahan kajian di negara tersebut. Ini menunjukkan bahawa sistem pelajaran di Malaysia telah setanding dengan sistem pelajaran negara-negara di seluruh dunia. Dalam kurikulum sekolah juga, kerajaan telah cuba menerapkan nilai-nilai murni dan patriotisme dan mewujudkan mata pelajaran agama Islam, moral dan sivik. Inilah usaha terpenting buat negara bagi mengekalkan dan menambah baikkan integrasi nasional.
107

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Jika dilihat pada teknologi kejuruteraan dan seni bina, negara kita juga mempunyai kepakaran tersebut dengan wujudnya bangunan pencakar langit yang berdiri megah di tengah ibu negara. Menara Berkembar Petronas yang merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan menara Kuala Lumpur berada di kedudukan menara keempat tertinggi di dunia menjadi bukti bahawa Malaysia juga tidak ketinggalan dalam bidang pembinaan. Apabila ditinjau dalam sektor pertanian dan asas tani, sektor ini telah berjaya menyumbangkan pendapatan kedua terbesar negara di samping menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat Malaysia. Sektor ini berjaya menjadikan negara kita terkenal sebagai pengeluar minyak sayuran terbesar dunia. Hasil daripada kejayaan ini, negara kita telah berjaya menukarkan sebahagian daripada hasil minyak sawitnya dengan negara Rusia menerusi misi penghantaran seorang bakal angkasawan negara kita yang pertama ke angkasa lepas. Di samping itu, negara juga telah menempa nama di mata dunia dengan kejayaan menghasilkan bahan bakar alternatif iaitu biodiesel bagi menggantikan penggunaan minyak diesel dan petrol yang semakin berkurangan di seluruh dunia untuk menggerakkan enjin kenderaan. Selain itu, di dalam bidang sukan pula, negara kita juga telah berjaya merekodkan sejarah apabila Nicol Ann David yang merupakan pemain pertama negara yang mendapat gelaran pemain terbaik dunia dengan menyandang gelaran pemain wanita sukan skuasy nombor satu dunia. Dalam sukan permotoran pula, Malaysia telah berjaya menganjurkan perlumbaan Formula One dunia di litar Sepang yang telah diiktiraf setanding dengan litar perlumbaan lain yang terdapat di dunia. Pencapaian negara di dalam sukan hoki telah terbukti apabila negara telah meraih naib johan di dalam Pertandingan Hoki Antarabangsa Sultan Azlan Shah yang baru saja dilangsungkan baru-baru ini. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada kejayaan-kejayaan negara dalam bidang sukan kerana banyak lagi sukan seperti sukan bina badan, badminton, takraw dan lain-lain lagi tidak sempat untuk diketengahkan di sini.
108

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sektor awam pula menunjukkan satu perkembangan yang amat positif apabila pada 21 Mei yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan kadar kenaikan gaji yang tertinggi di dalam sejarah iaitu dari 7.5 peratus sehingga 35 peratus dan bagi Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia pula kadar kenaikan dari 7.5 peratus sehingga 42 peratus di samping menaikkan elaun kos sara diri (COLA) sebanyak 100 peratus bagi menggalakkan produktiviti pekerja kakitangan awam. Ini membuktikan bahawasanya negara kita sudah mencapai pada satu tahap yang amat baik kerana negara dilihat mampu memberikan kakitangannya pendapatan yang mampu membantu kos sara hidup yang kian meningkat saban hari. Perdana Menteri kita yang kelima, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melaungkan pelbagai moto dan motivasi bagi meniup semangat rakyat untuk meningkatkan lagi nilai jati diri ataupun modal insan agar negara menjadi cemerlang dan terbilang bukan sahaja di dalam negara, akan tetapi di peringkat global. Kesimpulannya, setelah Malaysia mencapai usia kemerdekaannya yang kelima puluh tahun, ia telah berjaya memajukan dirinya sebaik sahaja Tanah Melayu mendapat kemerdekaan. Pelbagai kemajuan telah diraih hasil usaha pelbagai pihak yang berusaha menjadikan negara yang kita cintai ini terus melangkah maju ke hadapan dan terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai kejayaan seperti penciptaan biodiesel dan banyak lagi. Di bawah pucuk pimpinan kerajaan yang berwibawa dan peka terhadap keperluan rakyat, pastinya negara kita akan mencapai kejayaan yang diidam-idamkan seterusnya merealisasikan matlamat kerajaan untuk menjadikan negara cemerlang, gemilang dan terbilang di dalam semua aspek iaitu Wawasan 2020. Rujukan 1. Guru-guru sumber sejarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2007. 2. Buku Sisipan Pelajar Sejarah Tingkatan Lima, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
109

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Ahmad Azizi Bin Abdul Aziz SMK Kuala Balah, Kelantan

Pengenalan Penduduk Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dan terdapat kaum bumiputera lain di Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian bangsa membawa kepada kepelbagaian budaya, agama, bahasa dan adat resam yang ternyata amat sukar untuk disatukan. Sebelum merdeka, dasar penjajahan British yang berbentuk pecah dan perintah ternyata benar-benar berkesan. Dari segi pendidikan, mereka memperkenalkan pendidikan yang bertujuan menjamin kepentingan, hasrat dan cita-cita bangsa penjajah. Mereka juga ingin mengekalkan semangat dan taat setia rakyat pelbagai kaum kepada negara asal. Mereka membelenggu fikiran anak-anak peribumi dan memecahbelahkan kumpulan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Selepas peristiwa 13 Mei 1969 barulah kita menyedari bahawa perpaduan nasional, toleransi kaum dan usaha menghapuskan jurang perkauman menjadi agenda utama kerajaan. Kerajaan menyedari bahawa jurang sosial dan ekonomi yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum menjadi masalah utama rakyat Malaysia ketika itu. Kita telah belajar dari pengalaman masing-masing dan mereka mulai
111

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menyedari bahawa keadaan harmoni dan semangat ‘memberi dan menerima’ haruslah dipupuk supaya negara terus berkembang dan bersatu sebagai satu bangsa Malaysia yang unggul. Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia Perpaduan Negara boleh didefinisikan sebagai rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Selepas tragedi 13 Mei 1969, lahirlah ideologi negara yang dikenali sebagai Rukun Negara yang dibentuk pada 31 Ogos 1970. Apabila membincangkan tentang masyarakat majmuk di negara ini, amat sesuai dipetik daripada pendapat Furnivall yang mentakrifkan masyarakat majmuk sebagai: “Mereka bergaul tetapi tidak bersatu. Setiap kumpulan berpegang kepada agama, budaya, bahasa, idea-idea dan cara hidupnya. Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar-pasar, membeli dan menjual. Inilah masyarakat majmuk, mereka hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan dalam unit politik. Golongan Cina, Melayu dan India, semuanya mempunyai fungsi yang berlainan.” Ini menunjukkan Malaysia menghadapi masalah yang sama. Situasi itu membolehkan Rukun Negara dipraktikkan yang berfungsi untuk menyatupadukan masyarakat yang sudah berpecah belah. Oleh itu, kita perlu mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan berulangnya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Justeru, “Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung citacita hendaklah mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan rakyat seluruh masyarakat....”
112

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rukun Negara dianggap sebagai ideologi negara, yang bermaksud suatu penyelarasan, penggabungan pola pemikiran dan kepercayaan yang menerangkan sikap manusia. Ia juga boleh dianggap sebagai falsafah sosial dan politik yang menjadi simbolik kepada kehidupan rakyat di bawahnya. Memandangkan tempoh perisytiharan Rukun Negara sudah berlangsung selama 36 tahun lalu, didapati penghayatannya di kalangan muda-mudi kini semakin rapuh dan hambar. Justeru, kempen penghayatan Rukun Negara dilancarkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) pada 27 Januari 2006. Kempen ini bertemakan Rukun Negara Amalan Rakyat Malaysia akan berlanjutan selama lima tahun bermula dari tahun 2006 2010. Matlamat Rukun Negara adalah untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara cara hidup berdemokrasi, mewujudkan masyarakat yang adil dan kekayaan negara dinikmati sama rata, memastikan bahawa pendekatan kepada kebudayaan tradisi yang pelbagai dan membina masyarakat yang progresif dengan menitikberatkan sains dan teknologi. Usaha untuk mencapai kesemua matlamat ini hendaklah berpandukan kepada lima prinsip berikut: • • • • • Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan Kepada Tuhan Prinsip pertama menunjukkan bahawa agama merupakan pegangan hidup paling utama rakyat Malaysia. Mereka yang mempunyai agama dikatakan akan lebih mudah untuk diurus dan ditadbir, supaya mereka menjadi warganegara yang
113

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

bertanggungjawab. Dalam perlembagaan Malaysia 1963, telah termaktub bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Walau bagaimanapun agama-agama lain turut diberi kebebasan oleh kerajaan untuk diamalkan dalam situasi yang aman dan harmoni. Sekiranya semua kaum di Malaysia mempercayai kewujudan Tuhan (konsep tuhan yang dipercayai mereka adalah berbeza-beza) tetapi rakyat Malaysia mempercayai kewujudan Tuhan. Konsep ini boleh membawa mereka hidup dalam keadaan aman dan tenang. Mereka akan merasakan diri mereka adalah makhluk yang amat kerdil di muka bumi ini. Justeru, mereka akan sujud kepada Tuhan Yang Maha Besar Lagi Berkuasa. Oleh itu, ketaatan dan kepatuhan kepada Tuhan secara tidak langsung membawa mereka ke arah perpaduan. Ini menjadikan mereka yang beragama akan mudah untuk dibentuk akhlak dan tingkah lakunya. Dengan kata lain, mereka yang beragama dan percaya kepada Tuhan akan mudah disatupadukan. Begitulah sebaliknya, hidup manusia tanpa agama seolah-olah mereka tidak mempunyai pedoman dan hidup dalam ketidaktenteraman. Justeru, pengamalan prinsip pertama Rukun Negara yang pertama dituntut oleh semua agama agar ia menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Prinsip kedua pula menuntut supaya semua rakyat Malaysia memberikan Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara dan Raja-raja Melayu adalah ketua bagi setiap negeri. Raja dianggap sebagai simbol penyatuan rakyat dan pelindung kepada hak istimewa pribumi. Penderhakaan kepada raja akan membawa maksud penderhakaan kepada negara juga. Semua kaum di Malaysia perlu mengakui bahawa pemerintahan beraja memang wujud di Tanah Melayu lebih 500 tahun dahulu lagi.
114

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Ketika itu sultan dan raja telah menentukan sempadan geopolitik negeri masing-masing sebelum kedatangan penjajah. Kedaulatan mereka sebagai ketua pada waktu itu telah diakui oleh penjajah seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun dalam Perang Dunia ke-2. Buktinya Perjanjian Pangkor telah ditandatangani di antara Sultan Perak dengan Residen Inggeris, J.W.W. Birch. Perjanjian itu membukti sudah wujud kedaulatan dalam sistem Kerajaan Melayu. Sehubungan itu, pemerintahan beraja diteruskan hingga ke hari ini yang meminta semua kaum mencurahkan sepenuh ketaatan yang tidak berbelah bahagi lagi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan. Justeru, mereka yang dianggap sebagai simbol penyatuan ditaati rakyat Malaysia, saya percaya bahawa perpaduan rakyat Malaysia akan tercapai. Dalam Islam pun dituntut supaya semua penganutnya mentaati ketua selagi dia tidak berlaku zalim. Justeru, prinsip kedua Rukun Negara yang sudah menjadi amalan, pada masa yang sama ia akan menjamin keamanan dan perpaduan nasional. Keluhuran Perlembagaan Prinsip ketiga menekankan kepada Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan ditakrifkan sebagai sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan yang dikuatkuasakan dalam negara. Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketinggian udang-undang dalam perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara (75) menyatakan undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal dengan sendirinya. Keluhuran ini termasuklah peruntukan yang berkaitan dengan isu bahasa kebangsaan (Perkara 152), keistimewaan orang
115

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Melayu (Perkara 153), Agama Islam sebagai agama Persekutuan (Perkara 151), kedudukan institusi beraja (Perkara 32) secara jelas mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai pribumi. Dalam isu bahasa contohnya ia merupakan satu isu yang sensitif untuk diselesaikan. Cuma dapat diselesaikan melalui tolak ansur politik antara kerajaan melalui kelulusan Akta Bahasa di Parlimen (1963) dan (1967). Teringat saya kepada kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Pertama yang berkata kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew ketika keluar dari Malaysia. “Kalau hendak kekal dalam Malaysia, kamu mesti menerima hak bangsa Melayu dan kedudukannya sebagai bangsa utama negara ini. Kalau kamu enggan menerimanya, kami tidak lagi menerima kamu dalam Malaysia.... Jelasnya, perlembagaan negara merupakan satu tolak ansur semua kaum. Sehubungan itu, kita sebagai rakyat tidak boleh ‘mempersoalkan’ perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Parlimen. Terdapat juga peruntukan yang memberi faedah kepada kaum bukan Melayu. Justeru, hak-hak bumiputera dan bukan bumiputera yang telah dipersetujui hendaklah dihormati. Menghormati perlembagaan merupakan satu amalan yang penting dalam pembinaan semangat perpaduan nasional. Ini kerana perlembagaan akan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran kerajaan. Perlembagaan menjamin dan mengekalkan keamanan walaupun pemerintahan silih berganti. Dapat ditegaskan di sini bahawa perlembagaan dapat menyatukan rakyat pelbagai bangsa di negara ini. Sehingga kini kepatuhan kepada keluhuran perlembagaan masih lagi kukuh dan fungsi perlembagaan masih menjadi panduan rakyat Malaysia. Kesannya, kita dapat mengecapi keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan walaupun terdiri daripada penduduk pelbagai bangsa.
116

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kedaulatan Undang-Undang Prinsip Rukun Negara keempat iaitu Kedaulatan Undang-undang. Kedaulatan bermaksud kuasa yang tertinggi dan mutlak yang dimiliki oleh sesebuah institusi pemerintahan. Ia juga bermaksud, badan pembuat dan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang bermaksud peraturan yang dibuat oleh badan perundangan melalui proses yang sah. Justeru, pelaksanaan undang-undang dikenakan terhadap setiap individu dalam masyarakat. Kedaulatan undang-undang membawa maksud undang-undang wang mempunyai kuasa yang tertinggi, mutlak dan paling berkuasa yang dapat dijelaskan dengan kemampuan badan perundangan negara yang menggubal dan melaksanakan undang-undang. Di negara kita, kedaulatan undang-undang dikaitkan dengan tiga badan utama iaitu, Badan Perundangan, Eksekutif dan kehakiman yang berfungsi dengan baik. Sekiranya satu daripada badan ini tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya, maka undang-undang tidak akan mempunyai kedaulatan sepenuhnya. Kedaulatan di sini menunjukkan sebagai sesuatu yang mutlak dan tidak boleh dipertikaikan dan kedaulatan itu penting untuk membendung kekacauan dalam masyarakat. Justeru, kesediaan masyarakat majmuk Malaysia menghayati Prinsip Rukun Negara yang keempat akan memudahkan hasrat kerajaan mewujudkan perpaduan nasional. Hidup akan lebih tenteram sekiranya terdapat undang-undang dalam negara yang berdaulat. Tanpa undang-undang kekacauan dan peperangan akan berlaku. Oleh itu, amalan menghayati Rukun Negara bagi menjamin keharmonian dan perpaduan yang kita kecapi ini akan terus berkekalan untuk selama-lamanya. Kesopanan dan Kesusilaan Kesopanan dan kesusilaan merupakan prinsip Rukun Negara kelima, yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Mengikut
117

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kamus Dewan, kesopanan bermaksud, adab sopan santun, tatasusila, tingkah laku dan tutur kata yang baik. Manakala kesusilaan pula bermaksud bersopan santun, beradab dan berakhlak. Kita digalakkan bertutur dan berkelakuan sopan apabila bergaul dengan kaum-kaum lain supaya tidak timbul perasaan mencurigai antara kaum. Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Apabila seseorang warganegara itu sopan-santun, ia dapat menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, semua bangsa perlu bersedia untuk hidup sopan santun dan bertatasusila. Unsurunsur yang bersifat negatif dari segi pertuturan, percakapan dan kelakuan perlu dielakkan oleh semua kaum. Ini kerana unsur yang bersifat negatif itu akan mencemarkan kesusilaan sesuatu kaum. Sekiranya ini yang berlaku dalam masyarakat majmuk, ia boleh mengundang konflik dalam masyarakat kita. Pelajar-pelajar digalakkan untuk bekerjasama antara kaum dalam semua aktiviti di sekolah. Mereka juga perlu mengikis tanggapan negatif terhadap sesuatu kaum, contohnya pelajar Melayu membuat tanggapan terhadap kaum India yang melibatkan kebersihan, kerajinan dan kesopanan. Justeru, prasangka itu perlu dielakkan agar integrasi dan perpaduan nasional tercapai. Jadikan amalan hormatmenghormati dalam masyarakat kerana ia dapat mewujudkan keamanan dan mengelakkan kumpulan extremis dan fanatik terhadap satu kaum kepada kaum lain. Kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab perlu sedar bahawa budaya membanggakan budaya sendiri supaya kaumkaum lain tidak terasa. Dengan penghayatan nilai-nilai murni akan menjauhi segala prasangka negatif itu. Seterusnya mereka akan bersikap sentiasa bersedia untuk saling mempercayai antara kaum dalam masyarakat. Sikap inilah yang menjadi asas kepada integriti
118

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

nasional, seterusnya inilah yang menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. Kesimpulan Kepatuhan mendukung cita-cita dan etika hidup yang diinginkan hanya boleh dicapai dengan berkesan sekiranya ada penghayatan rohaniah dan semangat yang berkobar-kobar. Penghayatan Rukun Negara memerlukan komitmen yang tinggi daripada ibu bapa dan guru-guru. Mereka perlu sedar dan peka kepada cita-cita dan prinsip Rukun Negara agar hasrat perpaduan benar-benar tercapai. Perlu ditekankan di sini bahawa sekiranya kita inginkan perpaduan rakyat pelbagai kaum, ikrar Rukun Negara bukan sekadar di mulut, tetapi penghayatan di hati akan lebih bermakna. Kita sedih, muda mudi kini lebih cenderung mengingati prinsipprinsip Rukun Negara tanpa menghayati ideologi sebenar di sebalik Rukun Negara, yang penting di sini ialah kata-kata yang terkandung di dalamnya bukan prinsip semata-mata. Justeru, generasi muda perlu lebih bersifat patriotik sekiranya inginkan keamanan yang berterusan untuk generasi akan datang. Kata-kata berbisa daripada bekas Perdana Menteri keempat kita iaitu Tun Mahathir bin Mohamad semasa Perhimpunan Agung UMNO (24 Ogos 1995) lalu yang mengatakan bahawa, “Bahasa tanpa bangsa tidak bermakna. Kita bukan mahu bahasa sahaja dan bangsa sahaja, tetapi kita mahu bahasa dan bangsa bersama-sama.” Mengikut beliau lagi, bangsa di sini merujuk kepada bangsa Malaysia. Adalah diharapkan bangsa Malaysia satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang boleh dikongsi bersama. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi cara hidup
119

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang adil. Satu bangsa Malaysia yang kesetiaan, politik dan kebaktiannya tertumpu pada bangsanya. Jadi marilah kita bersamasama kekalkan keharmonian dan integriti bangsa Malaysia supaya tahun 2020 nanti dapat dikecapi dengan aman dan damai dengan menjadikan kelima-lima prinsip Rukun Negara sebagai amalan hidup rakyat Malaysia. Rujukan 1. Abdul Rahim Abdul Rashid. 1993. KBSM. Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2. Jurnal Guru. 1989. “Ke arah Pembinaan Budaya Ilmu”. Keluaran 1. 16 Mei, Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. 3. Kamus Dewan. 1993. Edisi Baru. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 4. Ramanathan. K. 1992. Konsep Asas Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 5. Konsep Asas Politik. Edisi Kedua. Fajar Bakti. Kuala Lumpur. 6. Majalah Official Year Book 1970. 1971. Government Press. Kuala Lumpur. 7. Malaysia Digest. 1970. 4 September. 8. Khusairi Hj. Abdullah. 1983. Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar Pelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 9. R.S Milne dan Diana K. Mauzy. 1992 (Terj). Politik dan Kerajaan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

120

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

10. Salleh Mohd Akib. 1975. Prinsip dan Kaedah Pengajaran Bahasa. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., Kelantan. 11. Willian Shaw. 1976. Tun Razak: His Life and Times. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Petikan Ucapan 1. Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara. 1992. Februari 2. Jawatankuasa Integriti Nasional. 1992. Jun Akhbar 1. Berita Harian. 2006. Kontrak Sosial Rukun Negara Bina Kesepakatan Kaum. 26 Januari 2. Rakyat Lebih Berdisiplin Jika Amal Rukun Negara. 28 Januari.

121

50 TAHUN KEMERDEKAAN, NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Al Falah Has Bin Abdul Aziz SM Sains Johor, Batu Pahat, Johor

D

ewasa ini, dalam kita mengecapi keharmonian hasil titik peluh pejuang bangsa, kita harus sedar sebenarnya sudah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Sepanjang tempoh tersebut kita telah mengharungi pelbagai suka dan duka bermula dari era penjajahan hinggalah kini, detik kecemerlangan negara. Pelbagai kejayaan ditempa, baik dari sudut ekonomi, politik, sosial, pendidikan mahupun bidang sukan. Warganegara Malaysia yang bersemangat patriotik telah memberikan sumbangan dalam rencam aspek sehingga telah mengharumkan nama negara di persada seantero dunia. Persoalannya kini, apakah dugaan di sebalik kejayaan?. Justeru, apakah cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan kemerdekaan selama 50 tahun ini? Semua pihak dilihat memainkan peranan yang dominan dalam hal ini. Kegagahan negara boleh dinilai melalui peningkatan sektor ekonomi. Selama 50 tahun kemerdekaan, ekonomi negara telah mengalami perubahan yang positif walaupun ada ketikanya dilanda kemelut pada tahun 1998. Sebelum ini, kita memperkenalkan ekonomi berasaskan perindustrian, tetapi kini ekonomi berasaskan pertanian turut memainkan peranan yang penting. Pada tahun 1998, negara kita telah dilanda krisis ekonomi sehingga menyebabkan berlakunya kegawatan. Kemelut ekonomi yang disebabkan
123

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pemanipulasi mata wang oleh tokoh ekonomi dunia, George Soros telah berjaya diatasi oleh Perdana Menteri kita pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Dalam konteks ini, Mantan Perdana Menteri memperkenalkan dasar tambatan tinggi yang akhirnya berjaya menstabilkan nilai mata wang negara di pasaran dunia dan kesannya dapat dirasakan hingga kini. Atas keperluan semasa, Perdana Menteri kita Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggubal dasar tersebut kepada dasar wang apungan disebabkan keyakinan yang jitu bahawa ekonomi negara kita sudah mantap. Kini, ekonomi negara kita mula berpasakkan sektor pertanian dilihat begitu dominan memainkan peranannya. Sektor pertanian telah membuka peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk terutama penduduk luar bandar. Ekonomi negara semakin hari semakin mantap dijana oleh pelbagai aset yang bernilai. Buktinya, sektor pelancongan turut memberikan sumbangan yang utama sehingga pihak kerajaan menganjurkan kembali Tahun Melawat Malaysia 2007. Diharapkan, langkah drastik berdasarkan prakarsaprakarsa inisiatif yang digariskan oleh pihak kerajaan akan memantapkan ekonomi negara pada tahap yang optimum. Dalam dimensi yang sama, Malaysia telah mencapai kejayaan dalam pelbagai aspek. Antaranya, ialah sukan. Kejayaan atlet negara pada hari ini sudah boleh dibanggakan. Semangat juang yang tinggi dalam diri para atlet berdasarkan slogan “Malaysia Boleh” telah membimbing mereka ke arah kejayaan. Kejayaan Nicol Ann David misalnya merupakan bukti kecemerlangan negara. Nicol merangkul gelaran pemain skuasy dunia telah membuktikan kegagahan negara sepanjang 50 tahun kemerdekaan. Kemenangan demi kemenangan yang diperoleh telah meletakkannya sebagai nombor satu dunia. Selain itu, kejayaan pasangan regu badminton negara Koo Kien Kiat dan Tan Bong Heong telah membuktikan betapa rakyat Malaysia mampu untuk berdaya saing pada peringkat global. Kejayaan negara kita menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa juga turut menaikkan nama negara. Implikasinya, Malaysia kini sudah mampu untuk “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”
124

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dengan negara-negara maju lain. Penganjuran acara sukan seperti perlumbaan Formula Satu, Pertandingan Perahu Layar Monsoon Cup di Terengganu dan Le Tour De Langkawi telah menunjukkan kapabiliti negara untuk menyediakan prasarana bertaraf dunia. Terbuktilah, negara kita turut mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Di samping itu, kegagahan negara juga dapat dilihat dalam aspek pendidikan. Sepanjang tempoh 50 tahun kemerdekaan, pelbagai perubahan telah dilakukan untuk memajukan bidang ini. Sesungguhnya, pihak kerajaan sedang giat dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Jelasnya, modal insan yang dilahirkan akan menjadi aset untuk memajukan negara. Kejayaan yang dicapai oleh pelajar Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah membuktikan kegemilangan tersebut. Kejayaan Cik Nor Amalina Che Bakri pada tahun 2004 dan Cik Nadiah Amirah Jamil pada tahun 2006 telah membuktikan kualiti pendidikan negara kita semakin meningkat. Selaras dengan salah satu teras Misi Nasional untuk melahirkan modal insan, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010 (PIPP). PIPP merupakan usaha murni kerajaan untuk membuktikan kecemerlangan negara. Salah satu teras PIPP adalah untuk memartabatkan profesion keguruan. Teras ini adalah untuk membentuk komuniti pendidik yang mampu melahirkan anak bangsa yang menerajui pucuk pimpinan negara. PIPP juga turut menggariskan usaha memperhebat sekolah kebangsaan. Langkah alternatif pihak kerajaan ini adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Dalam konteks ini, sekolah kebangsaan ataupun sekolah satu aliran merupakan wadah terbaik melahirkan perpaduan dalam kalangan pelajar berdasarkan penerapan nilai murni melalui program integrasi murid. Hal ini akan melahirkan pelajar yang bersatu padu dan harmoni. Natijahnya, prospek pendidikan turut menjadi akar kegagahan negara di mata dunia.
125

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Dalam konteks yang sama, kegagahan negara turut berpaksikan semangat waja yang ditonjolkan oleh rakyatnya. Suatu ketika dahulu kita digemparkan dengan pencapaian yang membanggakan seperti Datuk Azhar Mansor yang mengelilingi dunia secara solo dengan perahu layarnya dan Datuk M. Mohandas yang berjaya menawan puncak Everest. Intihanya, akhirnya mereka yang berjiwa besar ini merupakan perintis kepada pencapaian lain yang membanggakan. Terbukti darah pejuang yang mengalir dalam tubuh rakyat Malaysia seperti mereka ini telah berjaya menjulang martabat negara. Selain itu, kegemilangan ekspedisi Datin Paduka Mazlina menjelajah kutub utara dan selatan telah menambah senarai panjang kekentalan rakyat Malaysia untuk memartabatkan bangsa dan negara di persada antarabangsa. Semangat anak muda seperti saudara Muqarrabin bin Mokhtaruddin yang akan mengharumkan nama negara dengan ekspedisinya mengelilingi dunia dengan berjalan kaki dan berbasikal pula perlu disokong penuh oleh semua rakyat Malaysia. Usaha anak muda ini membuktikan kegagahan negara menerusi kecemerlangan warganegaranya yang sanggup berkorban demi negara. Kejituan dan kemapanan semangat mereka haruslah dicontohi oleh rakyat Malaysia. Ini adalah pembakar semangat individu yang berkorban demi negara tercinta. Selain itu, para pemimpin negara kita juga merupakan individu yang boleh dibanggakan. Cara pemikiran dan ideologi masing-masing telah membawa perubahan kepada kemajuan negara. Sepanjang 50 tahun kemerdekaan, negara kita telah diterajui oleh lima orang pemimpin yang telah memacu negara ke arah kecemerlangan. Pucuk pimpinan yang diteraju oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan ikon dalam usaha menaikkan nama negara. Maka jelas, keterbilangan negara boleh diukur berdasarkan kecemerlangan warganya. Dalam kita mengecapi nikmat keamanan yang diperoleh, terdapat kekangan-kekangan yang menghalang kita untuk menikmati kebebasan sepuas-puasnya. Dalam rentetan sejarah negara terpalit
126

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dengan peristiwa hitam 13 Mei 1969, kini kebebasan kita semakin terhakis akibat tindak-tanduk belia negara kita. Dalam era globalisasi ini, ungkapan “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” sudah tidak menggambarkan peranan golongan belia untuk memartabatkan bangsa. Belia kini semakin terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang menguasai minda dan mentaliti mereka. Hal ini dapat dilihat dalam aktiviti lumba haram yang semakin membimbangkan masyarakat. Budaya “merempit” misalnya telah mencalarkan imej negara dan bangsa. Kegiatan ini telah merencatkan kemajuan negara sepanjang 50 tahun kemerdekaan. Sesungguhnya, kemajuan negara bukan sahaja diukur melalui dimensi ekonomi tetapi jua diukur berdasarkan pembangunan sosial masyarakat. Bilangan belia kita yang terjerumus dalam najis dadah juga amat menyedihkan. Usaha-usaha yang diambil untuk mengatasi permasalahan ini, “umpama mencurah air garam ke laut”. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Majalah dewan Siswa keluaran April 2004 mencatatkan sebanyak 52 peratus remaja kita terlibat dalam aktiviti penagihan dadah. Hal ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa negara kita dalam era penjajahan semula tetapi dari sudut yang berbeza. Pepatah “harapkan pagar, pagar makan padi” adalah amat bersesuaian. Hal ini, demikian kerana belia yang diharap dapat memacu negara ke arah kejayaan telah menghampakan harapan seisi warga Malaysia mengekang kita untuk menikmati kemerdekaan yang di kecapi. Justeru mentaliti dan tindakan belia sungguh signifikan dalam hal ini. Dari sudut perspektif yang sama, masalah perpaduan menjadi kekangan yang dominan dalam usaha mengekalkan nikmat kemerdekaan. Isu perpaduan kaum merupakan isu yang umpama tiada titik noktahnya. Negara kita Malaysia telah terkenal sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Nilai istimewa ini telah menjadi cermin keunikan negara kita. Namun hakikatnya, masyarakat yang berbilang kaum ini masih mempunyai kelemahan dari aspek perpaduan. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 merupakan insiden yang hampir berulang pada masa kini. Ketidaksamarataan
127

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dari segi ekuiti bangsa menjadi isu yang mengekang kita daripada memperoleh perpaduan yang jitu. Masyarakat Cina yang memonopoli kekayaan telah menimbulkan prejudis bangsa lain terhadap mereka. Hal ini secara tidak langsung, menyebabkan masyarakat majmuk ini sukar mencapai perpaduan. Oleh yang demikian kerajaan telah menggariskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berobjektif untuk memastikan keseimbangan dari segi ekuiti antara kaum. Di samping itu, ketandusan nilai moral dan etika juga menjadi faktor yang menghalang perpaduan. Masyarakat kita sukar untuk berkomunikasi dan berinteraksi, ini menyebabkan hubungan silaturahim semakin renggang. Konsekuensinya dapat dilihat melalui senario pada masa sekarang ini yang menyaksikan pengamalan nilai yang bertentangan dengan nilai dan norma tempatan dalam kalangan masyarakat. Budaya rock heavy metal atau kumpulan muzik underground seperti Black Metal telah mencemarkan budaya masyarakat kita yang terkenal dengan keluhuran budi bahasa sekali gus menjadi batu penghalang kepada perpaduan yang dipupuk selama ini. Sesungguhnya, kemajuan negara sukar untuk dicapai tanpa perpaduan. Maka jelas, masalah perpaduan boleh menjadi prioriti yang mengekang nikmat kemerdekaan di negara kita. Oleh hal demikian, terdapat pelbagai langkah positif perlu diambil untuk mengekalkan negara. Rakyat Malaysia sewajarnya mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Orang berilmu, “laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku”. Masyarakat berilmu merupakan wahana kemajuan negara. Selaras dengan tuntutan kerajaan untuk melahirkan modal insan yang global, individu berilmu dilihat sebagai medium efektif untuk bersaing pada peringkat global. Individu berilmu berperanan untuk mengisi agenda kerajaan dalam usaha memurnikan usaha mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Realiti telah menyaksikan negara kita telah melahirkan golongan inteligensia supranasional yang telah memberikan sumbangan untuk memajukan negara. Pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan bandar siber seperti Putrajaya dan Cyberjaya merupakan ilham rakyat Malaysia yang berpandangan jauh dan berinovasi tinggi. Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
128

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Lumpur (KLIA) dan Litar Sepang merupakan mercu tanda kejayaan negara. Hal ini terbukti dengan penghantaran angkasawan Malaysia ke bulan pada masa terdekat. Kejayaan tiga orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah mengharumkan nama negara dengan memenangi tempat keempat dalam Pameran Sains dan Kejururawatan Intel Antarabangsa (Intel ISEF) yang berlangsung di Alberquerque Convention Center, New Mexico, Amerika Syarikat telah menunjukkan tahap penguasaan ilmu dan inovasi rakyat Malaysia yang tinggi. Jelaslah terbukti masyarakat berilmu merupakan pemangkin kegagahan negara. Conficius pernah berkata, “untuk membentuk dunia pada aturannya, kita perlu terlebih dahulu membentuk bangsanya, untuk membentuk bangsanya, kita perlu membentuk keluarga, bentuklah diri mu dan punyailah hari yang murni”. Lafaz ini sungguh jelas membuktikan kepentingan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam pembangunan negara. Lantaran itu, ibu bapa dilihat sebagai medium efektif untuk menyemai nilai patriotik dan nilai cinta akan negara yang tinggi dalam diri masyarakat terutama anak-anak. Ibu bapa sewajarnya menanamkan nilai tersebut sejak anak-anak mereka kecil agar pengamatan nilai ini berterusan hingga mati yang bertepatan dengan peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa sewajarnya menjadi idola dalam menunjukkan contoh teladan terbaik kepada anak-anak. Dalam persepsi ini, ibu bapa boleh menyemai semangat patriotik dalam diri anak-anak dengan membawa mereka berkunjung ke kawasan bersejarah. Hal ini akan dapat memberikan informasi serba sedikit kepada anakanak. Ibu bapa perlulah mendedahkan kepada anak-anak mereka tentang kepentingan mengekalkan kemerdekaan dan pahit getir untuk mencapai kemerdekaan. Hal ini untuk meningkatkan pengetahuan dan penghayatan nilai patriotik dalam diri anak-anak. Kerajaan juga dilihat begitu aktif menyemai nilai patriotik dalam kalangan masyarakat. Penganjuran Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan alternatif kerajaan menyuburkan nilai cinta akan negara. PLKN menggariskan empat modul untuk melahirkan insan
129

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

berkualiti. Modul fizikal misalnya, akan melatih para pelatih untuk berdisiplin. Aktiviti lasak seperti kawat kaki, flying fox dan abselling akan dapat membentuk disiplin yang tinggi. Modul kewarganegaraan akan mendedahkan para pelatih tentang nilai kemasyarakatan, nilai budaya dan warisan masyarakat. Modul pembangunan karakter pula merupakan landasan yang berkesan untuk membentuk sahsiah dan peribadi para peserta. Manakala modul khidmat komuniti pula memberi peluang kepada para pelatih untuk berkhidmat kepada masyarakat bagi menyempurnakan sesuatu tugasan. Sebagai contoh, para pelatih dibawa untuk membantu mangsa tragedi tsunami yang melanda pada 24 Disember 2005. Apa yang diharapkan, PLKN akan dapat menjadi wadah melahirkan individu yang mantap semangat patriotiknya. Dalam konteks ini, para pelajar lepasan SPM atau belia berumur lingkungan 17 tahun akan menyertai aktiviti ini. Hal ini akan dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dalam permasalahan sosial yang kian meruncing. Maka jelas, PLKN merupakan langkah terbaik untuk melahirkan masyarakat yang berpatriotik tinggi. Tuntasnya, dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan negara, kita telah mengharungi saat getir yang akhirnya membawa kepada kecemerlangan negara. Rakyat Malaysia yang berpegang teguh kepada Prinsip Rukun Negara akan senantiasa bersedia untuk mempertahankan tanah air tercinta ini. Kekangan yang mendatang perlulah diatasi agar negara kita dapat menikmati nilai kemerdekaan buat selama-lamanya. Sesungguhnya semangat patriotik dan semangat juang yang tinggi merupakan agen untuk membendung negara kita daripada dijajah kembali. Semoga segala hasrat murni kerajaan dapat direalisasikan ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, penggemblengan tenaga adalah diperlukan untuk mempertahankan negara dalam dunia serba mencabar ini. Dirgahayu Bangsa dan Negaraku.

130

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan 1. Rahmat Ismail (1997). Etika Sosial: Satu Peradaban Dalam Kehidupan Sosial Manusia. Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. 2. Akhbar Skor (23 Mei 2007). Kejayaan Pelajar MRSM di New Mexico Harumkan Nama Negara. Berita Harian. 3. Dewan Siswa (April 2004). Belia dan Dadah. Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Majalah Dewan Masyarakat (Februari 2007). Memantapkan Profession Keguruan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

131

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Nur Atikah Binti Mohamad Nadzri SMK Matang, Perak

S

ebagai warganegara Malaysia dengan memahami sejarah kita dapat menanam nilai-nilai seperti setia kepada negara, jujur dan berani dalam diri di samping memupuk semangat nasionalisme. Kita seharusnya memahami dan mengetahui sejarah negara kerana melalui sejarah kita dapat mengenali diri, masyarakat, bangsa dan negara ini. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, negara kita pernah dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Sekiranya diteliti dengan mendalam, kelemahan pemerintahan, hasad dengki, perpecahan antara kaum, perebutan takhta adalah alasan kepada penjajah untuk campur tangan di Tanah Melayu di samping dasar imperialisme iaitu keinginan mereka untuk menguasai kekayaan hasil bumi Tanah Melayu seperti bijih timah, getah dan hasil pertanian lain. Selepas era penjajahan, negara kita dilanda zaman darurat di mana berlakunya pemberontakan Parti Komunis Malaya yang ingin menjadikan negara ini sebuah negara komunis. Namun fahaman ini tidak dapat diterima oleh sebahagian besar penduduk negara ini dan mereka telah berusaha bersama-sama untuk membasmi kegiatan komunis dan darurat berjaya ditamatkan pada 1960.
133

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perpaduan di antara kaum dan tolak ansur merupakan pemangkin ke arah mendapatkan kemerdekaan negara ini pada 31 Ogos 1957. Sememangnya darurat telah mengakibatkan kesan yang buruk kerana mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Kemerdekaan negara ini dicapai melalui perjuangan semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme yang tinggi warga ketika itu. Pengaruh daripada luar negara iaitu perjuangan nasionalis dan juga pendidikan yang diterima oleh anak-anak tempatan merupakan faktor utama yang menimbulkan kesedaran di kalangan penduduk tempatan memperjuangkan kemerdekaan tanpa kekerasan. Kemunculan para intelek-intelek Melayu telah mendorong perjuangan menggunakan diplomasi yang disokong oleh semangat kebangsaan. Ketika itu timbul kesedaran bahawa kemerdekaan boleh dicapai bukan sahaja melalui pemberontakan atau peperangan tetapi juga melalui perundingan dan semangat kebangsaan yang dimiliki rakyat. Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Banyak pihak telah mencadangkan percantuman negeri-negeri serantau dengan Malaya tetapi gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 mendapat sambutan dan diikuti dengan tindakantindakan tertentu yang berkesan sehingga Malaysia berjaya diisytiharkan. Dari segi sistem pemerintahan dan struktur pentadbiran negara, Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Sistem beraja yang kukuh dan masih lagi dipertahankan sehingga sekarang, namun hakikatnya ialah ‘rakyat yang memerintah’. Ini bermaksud rakyat berkuasa membentuk kerajaan. Rakyat akan memilih wakil-wakil mereka dan seterusnya akan membentuk kabinet. Namun raja dan kerabat diraja tidak diketepikan, malah diperkukuhkan lagi menerusi institusi raja berperlembagaan dan Majlis Raja-Raja yang masing-masing mempunyai sistem dan peranan yang telus.
134

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, sistem pentadbiran dan pemerintahan yang diamalkan telah berfungsi menjadikan kesejahteraan rakyat serta ke arah pembinaan sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Negara kita merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau etnik yang hidup dengan harmoni. Keunikan terserlah kerana tiada jurang perbezaan yang memungkinkan kewujudan berlakunya konflik antara etnik. Ini menggambarkan bahawa perpaduan menjamin kestabilan negara. Kemakmuran masyarakat seterusnya akan mewujudkan integrasi nasional. Di negara kita, perpaduan adalah diasaskan kepada ideologi negara (Rukun Negara). Selain daripada itu, perpaduan nasional diharap dapat dicapai melalui perpaduan di tahap perpaduan wilayah, ekonomi, politik, pelajaran, sosial dan kebudayaan. Sudah tentulah matlamat akhir kita ialah integrasi yang menyeluruh dan berpanjangan. Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan satu kejayaan luar biasa bagi Malaysia kerana peralihan kuasa pemerintahan berlaku dengan aman. Seterusnya kesepakatan kaum dan pembangunan berjalan seiring menapak maju. Namun, selepas pilihan raya 1969, perpaduan kaum hancur apabila tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi itu telah memberi banyak pengajaran termasuk kesedaran bahawa selama ini memang sedia wujud konflik di antara kaum. Rasa prasangka kaum yang telah tersemai lama dalam sejarah telah meletus menjadi rusuhan yang serius sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat untuk mengawal keadaan. Seterusnya Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip untuk mencapai lima objektif telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 melalui lima prinsip itu. Rukun Negara berhasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif, menghormati undang-undang serta taat setia dan cintakan negara di samping bersikap terbuka terhadap cara hidup rakyat daripada pelbagai kaum.
135

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, Malaysia telah melancarkan dasar pembangunan negara yang tersendiri. Matlamat asas pembangunan itu ialah untuk memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat jelata. Malaysia mewarisi sisa peninggalan penjajahan yang amat kompleks dan mendalam baik dari struktur ekonomi mahupun sosial. Kemiskinan rakyat, kemunduran antara wilayah dan sektor ekonomi serta taburan kependudukan mengikut jenis kaum dan lokasi tertentu merupakan realiti yang tidak boleh dinafikan. Keadaan ini menagih satu dasar pembangunan yang komprehensif dan perlu dilaksanakan dengan teliti, lebih-lebih lagi kerana Malaysia sebuah negara bermasyarakat majmuk. Dasar pembangunan negara yang didokumentasikan dirancang berdasarkan tempoh lima tahun yang dikenali sebagai Rancangan Lima Tahun Malaysia (RLTM). Rancangan lima tahun negara yang pertama dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan sehingga kini negara sudah melalui sembilan tahap rancangan lima tahun itu. Dasar Pembangunan Negara yang dibentuk oleh kerajaan bertujuan mencapai “kemakmuran bersama pengagihan secara saksama” buat pertama kalinya diusahakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ketelusan falsafah, objektif dan strategi yang dianjurkan oleh DEB merupakan satu pakej pembaikan ekonomi dan sosial yang tidak dapat dinafikan. Menghapuskan kemiskinan relatif dan penumpuan kepada rakyat termiskin menjadi agenda yang terpenting di samping melipatgandakan usaha-usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Usaha-usaha ini selari dengan Wawasan 2020 yang sejajar fokusnya ke arah melahirkan satu bangsa Malaysia yang maju, progresif, saintifik dan hidup bersatu padu. Agenda besar negara ini adalah merupakan satu gerakan awal mengubah status dari sebuah negara sedang membangun kepada negara maju yang seimbang dari segi ekonomi dan fizikal, serta dari segi sosial dan kemasyarakatan. Kemerdekaan merupakan titik tolak untuk meneruskan pembelaan kepada rakyat melalui perancangan dan pembangunan
136

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Malaysia mengikut acuan tempatan dari segi ekonomi, kemasyarakatan, sains dan teknologi. Sejak mencapai kemerdekaan, matlamat untuk negara ialah menjadi sebuah negara yang makmur berlandaskan perpaduan rakyat yang stabil. Dasar-dasar utama Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri sebab dirancang secara teliti dengan ciri-ciri keperluan semasa negara. Dasar-dasar utama Malaysia merupakan satu pemangkin yang boleh menyatupadukan rakyat melalui program sosioekonomi bagi memajukan rakyat khususnya penduduk luar bandar. Pendidikan merupakan antara agenda terpenting terus dan diolah bagi mewujudkan satu konsep program “acuan sendiri” negara kita yang bertaraf dunia. Sekolah Bestari adalah contoh program yang menunjukkan keprihatinan negara bagi menyediakan pendidikan yang berlandaskan perkembangan teknologi semasa. Di samping itu, rakyat menjadi fokus utama kerajaan bagi membina kemajuan yang seterusnya. Penglibatan rakyat dan keiltizaman kerajaan untuk menggembleng tenaga dengan rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara amat penting bagi mengacu satu kesepaduan wawasan dan matlamat yang mampu menghadapi cabaran masa depan yang sangat kompleks. Rakyat Malaysia perlu sentiasa bersedia dan sanggup mengharungi cabaran demi cabaran untuk membangunkan negara dengan lunas-lunas keadilan, ketekunan dan kecekalan yang jitu. Kerajaan mengimbangi pembangunan negara dengan usahausaha keprihatinan memelihara dan memelihara alam sekitar yang berkualiti. Kerajaan secara berterusan menitikberatkan kesepaduan nilai-nilai alam sekitar dengan kehidupan bagi memastikan pembangunan ekonomi dan sosial yang mapan. Pengurusan alam sekitar melalui penggunaan teknologi yang berkesan mesti diusahakan di samping mempertingkat pencapaian dan prestasi pembangunan. Kesedaran tanggungjawab dan kefahaman yang kukuh di kalangan rakyat untuk mewujudkan alam sekitar yang sihat, selamat dan produktif penting bagi melaksana pelbagai projek pembangunan
137

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kerajaan secara berkesan dan menyeluruh kerana sokongan padu penduduk Malaysia. Pembangunan insan dan pembanterasan gejala negatif merupakan usaha terpenting bagi mewujudkan ‘insan berkualiti yang bersepadu’ kerana kemajuan negara bukan hanya tertumpu terhadap kemajuan fizikal tetapi juga kerohanian. Di samping itu, pencapaian ilmu dan kemahiran yang tinggi membolehkan rakyat Malaysia bersaing. Justeru itu sumber tenaga yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang positif perlu dibina secara menyeluruh supaya dapat menyumbang terhadap kesejahteraan dan keharmonian negara. Pembinaan maruah yang tinggi dan pencapaian kecemerlangan yang bertaraf sejagat di kalangan rakyat akan mendorong ke arah kemajuan negara yang dicita-citakan. Pembangunan insan perlu dipupuk di kalangan rakyat supaya dapat bangkit di pentas dunia bagi menerajui pembangunan, bersedia dan mampu berdiri teguh dengan nilai-nilai murni dan etika yang tidak mudah digugat oleh corak atau ragam musuh negara. Sokongan padu rakyat yang menyeluruh amat penting bagi menjayakan semua agenda murni negara kita. Perpaduan, kerjasama, keadilan, kegigihan, keharmonian dan penyeimbangan pembangunan ekonomi merupakan perkara penting yang menjadi panduan bagi memenuhi hasrat Kerajaan. Sumber tenaga manusia khususnya belia merupakan aset negara yang penting. Pembangunan insan bagi mewujudkan sumber tenaga yang berkualiti diperlukan dalam membangunkan negara. Usaha melahirkan rakyat berpengetahuan yang mempunyai kekuatan mental dan rohani menjadi tanggungjawab belia sendiri agar pelbagai program yang disediakan untuk rakyat khususnya remaja benarbenar mencapai matlamatnya. Setiap rakyat Malaysia secara bersepadu dan menyeluruh bertanggungjawab menangkis segala nilai-nilai negatif dalam dan luar negara. Negara Malaysia perlu dipelihara oleh rakyat
138

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Malaysia sendiri iaitu rakyat yang cemerlang dengan pegangan agama, kebudayaan dan kesenian di samping maju dengan sains dan teknologi. Kita semestinya tidak mahu negara yang indah dan aman ini dijajah buat kali kedua dan kesenangan yang diperoleh pada hari ini harus dipelihara dan segala pengorbanan serta jasa wira-wira kita terdahulu haruslah sentiasa dikenang.

139

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA, NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Amira Rafhan Binti Jafri SMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak

T

ahun ini genap 50 Tahun Malaysia menyambut kemerdekaan dengan tema sambutan “50 Tahun Malaysia Merdeka, Negaraku Gagah Gemilang” amat bersesuaian untuk menunjukkan bahawa Malaysia telah maju dan mantap dari segi pembangunan, ekonomi, pelajaran dan perpaduan dalam tempoh tersebut. Malaysia juga telah banyak melakar sejarah tersendiri sama ada dalam negara atau luar negara. Kemajuan kita membangunkan negara telah diiktiraf sebagai satu-satunya negara membangun yang berjaya kerana kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum yang mengamalkan agama, budaya dan bahasa yang berbeza. Kemajuan ini adalah hasil usaha dan kerjasama antara barisan pimpinan dan rakyat yang berbilang kaum. Kita dapat melihat kecemerlangan Malaysia melalui sektor ekonomi, sosial dan pentadbiran. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ataupun lebih dikenali sebagai Putrajaya merupakan lambang negara bangsa merdeka. Putrajaya ialah bandar raya bestari yang bertaraf antarabangsa telah menjadi kebanggaan negara kerana kehebatan perancangannya. Putrajaya bukan sekadar menjadi pusat pentadbiran negara malah turut mempamerkan kreativiti, teknologi, seni budaya, warisan dan kecantikan semula jadi bandar raya ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan pencetus idea kepada
141

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

perancangan pembangunan kawasan hutan dan estet Prang Besar, Sepang kepada sebuah bandar raya bestari yang menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini telah diberi gelaran sebagai arkitek Putrajaya. Pembangunan Putrajaya telah menyerlahkan kemampuan anak watan untuk membina sebuah bandar raya berwawasan yang mempunyai identiti tersendiri sehingga dikagumi dunia. Rakyat perlu menjadikan Putrajaya sebagai sumber inspirasi untuk memajukan bangsa dan negara, sebagaimana kesungguhan Tun Dr. Mahathir Mohamad merencanakan sendiri pembangunan. Hal ini dipesan sendiri oleh beliau dalam sajaknya yang bertajuk “Di Atas Runtuhan Kota Melaka, Kita Dirikan Putrajaya.” Malaysia juga memainkan peranan penting dalam badan-badan berwajib antarabangsa, contohnya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB). Malaysia pernah memegang jawatan penting dalam badan-badan PBB antaranya ialah sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh 1965-1966, 1989-1990 dan 1999-2000. Tan Sri Razali Ismail pernah dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1996 dan 1997. Beliau salah seorang wakil Malaysia juga telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) 1998. Kesemua ini menunjukkan bahawa para pemimpin kita adalah setanding dengan pemimpin-pemimpin luar yang lain sehingga diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan tinggi dalam PBB. Dalam bidang politik antarabangsa pula, Malaysia telah menghantar tentera menyertai pasukan pengaman PBB di Bosnia-Herzegovina dan Timor Timur. Tujuannya adalah untuk meningkatkan komitmen Malaysia terhadap keamanan sejagat. Dalam bidang sosial pula, Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Kumpulan Penghubung Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan Kumpulan Mobilisi Bantuan Bosnia-Herzegovina. Usaha Malaysia ini telah menunjukkan bahawa Malaysia amat mengambil berat terhadap negara-negara jiran yang sering dilanda pergolakan dalam pentadbiran dan pegangan agama. Malaysia juga menyertai Pergerakan Negara142

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

negara Berkecuali (NAM) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Malaysia sering kali menjadi tuan rumah untuk sidang kemuncak bagi OIC, NAM dan ASEAN. Selain itu, berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2006, kedudukan Malaysia telah meningkat daripada kedudukan ke-20 pada tahun 2005 kepada kedudukan ke-23 pada tahun 2006 juga, Malaysia telah diiktiraf sebagai salah sebuah negara yang berada dalam kategori tinggi untuk pembangunan insan. Pencapaian ini boleh meningkatkan semangat kita untuk terus maju di samping membaiki pencapaian dalam bidang-bidang lain. Pelbagai dasar telah diperkenalkan sejak era 80-an lagi. Melalui dasar ini, ekonomi Malaysia dapat berkembang dengan pesat dan berjalan dengan lancar seiring dengan pembangunan negara. Dalam usaha untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi negara, Dasar Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia diperkenalkan pada tahun 1983. Dasar ini bermatlamat untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjalankan rancangan projek pembangunan di samping meluaskan lagi peluang pekerjaan rakyat Malaysia. Pada 1 Oktober 1999, Menara Kuala Lumpur menempatkan pusat transmisi IV dan menjadi mercu tanda ibu kota yang mempunyai ketinggian 451.9 meter. Pembangunan menara ini secara langsung adalah hasil penswastaan Jabatan Telekom Malaysia. Menara ini juga merupakan menara telekomunikasi yang tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas yang menjadi tarikan pelancong ketika ini telah dirasmikan pada 30 Ogos 1999. Menara ini merupakan bangunan yang tertinggi di dunia pada ketika itu dan juga lambang kejayaan pembangunan Malaysia. Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Jun 1998 merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam sejarah penerbangan Malaysia. KLIA mencerminkan seni bina lapangan terbang yang tersendiri, mencakupi tema simbiosis teknologi tinggi dan identiti Malaysia. Lapangan terbang ini juga sebahagian daripada Koridor Raya Multimedia (MSC) dan suatu idea yang cukup bernas yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kita
143

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. MSC merupakan prasarana multimedia yang terunggul di dunia akan terlaksana. Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Menyedari hal ini, Dasar Perindustrian Negara telah dilancarkan dengan berteraskan untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum di sektor perindustrian dan industri kecil dan menggalakkan pertumbuhan penyelidikan dan Pembangunan (R&D). HICOM telah ditubuhkan untuk memajukan pertumbuhan sektor ini dengan pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga oleh Perusahaan Automobil Nasional (PROTON). Kini muncul pula, Perodua, kereta nasional kedua, MODENAS, motosikal nasional, HICOM PERKASA, trak nasional dan lain-lain. Ini semua membuktikan kebolehan, kesungguhan dan kemampuan Malaysia dalam bidang kejuruteraan. Di samping itu juga melalui penubuhan HICOM telah menawarkan peluang pekerjaan kepada beribu rakyat Malaysia. Semua ini tidak akan berhasil jika Dasar Pandang ke Timur tidak diaplikasikan. Pada abad ke-21, kita telah menuju ke era sains dan teknologi. Jika dahulu Malaysia hanya menjadi pengguna teknologi pihak lain, tetapi hari ini kita boleh berbangga kerana kita turut menjadi pencipta dan pencetus teknologi. Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) dilengkapi prasarana untuk memajukan teknologi maklumat dan fizikal bertaraf dunia selain disokong sistem rangkaian logistik dan telekomunikasi berkapasiti yang tinggi. Negara kita juga telah berjaya menerokai bidang angkasa lepas dengan pengasas Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan Planetarium Negara pada tahun 1994. Tidak cukup dengan itu, Malaysia juga mempunyai satelitnya sendiri. Antaranya ialah MEASAT 1, MEASAT II, TiungSAT dan RazakSAT. Pemilikan serta pelancaran satelit ini menandakan bahawa Malaysia berkemampuan untuk menghasilkan satelit buatan Malaysia. Negara kita mengalami transformasi dalam bidang pendidikan. Pada masa kini, sekolah-sekolah kebangsaan dan institusi-institusi pendidikan negara telah diperkasakan untuk melahirkan generasi
144

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

muda yang berkualiti dan berkaliber. Contohnya, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 sehingga 2010 telah dilancarkan Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal tahun ini. Pelan ini bertujuan untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan berkualiti terutama bagi masyarakat luar bandar. PIPP telah meletakkan asas yang kukuh agar pelan ini dapat melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan memartabatkan sistem pendidikan negara di mata dunia. Institusi-institusi pengajian tinggi negara juga sudah mendapat pengiktirafan bertaraf antarabangsa seperti Universiti Islam Malaysia (UIAM). Ini menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini. Bersesuaian dengan tema PIPP iaitu ‘Pembaharuan-Satu Misi Nasional.’ Semangat “Malaysia Boleh” yang diterapkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyaksikan satu pencapaian luar biasa rakyat Malaysia di pentas dunia. Mereka telah berjaya membuktikan bahawa anak Malaysia setanding dan mampu bersaing dengan bangsa lain dan bukan sekadar menyandang gelaran jaguh kampung. Jika kini kita boleh melihat ada anak Malaysia yang mampu mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest, M. Magendran dan N. Mohandas pada 27 Mei 1997. Terbaru, pada 21 Mei 2007, enam daripada tujuh orang pendaki Merdeka de’ Everest 2007 termasuk seorang wanita telah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest. Setakat ini belum pernah puncak Everest ditawan oleh kumpulan seramai itu dan tiba di sana pada satu masa. Ini berkemungkinan ekspedisi tersebut bakal mencatatkan suatu lagi sejarah baru dunia. Pada tahun 1999, Datuk Azhar Mansur telah mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar Jalur Gemilang. Datuk Abdul Malik Mydin juga telah berjaya mencipta sejarah apabila berjaya berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 32.8 kilometer pada Ogos 2003. Memang tidak pernah terlintas di fikiran ramai akan ada seorang antara rakyat Malaysia yang bakar bergelar angkasawan. Dua orang calon angkasawan negara, Dr. Syeikh Muzaphar dan Kapten. Dr. Faiz Khaleed yang sedang menjalani latihan di Rusia sebagai persediaan menjadi angkasawan Malaysia yang pertama. Kita juga seharusnya berbangga dengan
145

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pencapaian hebat Datin Seri Paduka Sharifah Mazlina yang telah berjaya menjelajah ke Antartika dan baru sahaja melaksanakan misi kedua iaitu ekspedisi menawan Kutub Utara pada 19 April 2007. Pencapaian seperti ini sememangnya amat membanggakan rakyat Malaysia. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata “Kita tidak perlu berambut perang untuk menjadi lebih baik daripada yang lain. Apa yang penting kita harus yakin dengan keupayaan diri sendiri.” Sukan merupakan salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan yang berkesan untuk membina patriotik dan cinta akan negara. Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 merupakan temasya sukan yang berjaya, lancar dan paling meriah pernah dianjurkan dengan upacara penutupan penuh gilang-gemilang sambil disaksikan sendiri oleh Ratu Elizabeth II. Kemudahan dan prasarana sukan di Malaysia sememangnya telah mencapai kemuncak dengan pembinaan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil yang bernilai ratusan juta ringgit. Penganjuran Le Tour de Langkawi bagi acara lumba basikal yang bersifat dua dalam satu iaitu untuk menanam minat terhadap sukan berbasikal jelajah di samping mempromosi Pulau Langkawi bagi acara lumba basikal yang bersifat dua dalam satu iaitu untuk menanam minat terhadap sukan berbasikal jelajah di samping mempromosi Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Pada tahun ini juga kita dapat melahirkan atlet bertaraf dunia dalam sukan yang tidak asing lagi iaitu badminton. Kejayaan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dalam menyandang gelaran juara All England, Terbuka Malaysia dan Terbuka Switzerland pada tahun ini sememangnya telah membuka mata ramai peminat badminton seluruh dunia. Nicol David juga telah menjadi olahragawati pada tahun ini kerana sering kali muncul sebagai dalam sukan skuasy. Pembabitan PETRONAS sebagai syarikat gergasi petroleum negara dengan pasukan Formula One, Sauber sejak 1995 telah berjaya mengangkat imej Malaysia. Negara kita telah melahirkan pemandu F1 pertama dari Asia iaitu Alex Yoong dalam sukan Grand Prix Malaysia berserta dengan pembinaan Litar F1 Sepang yang dianggap antara termoden dan indah. Kemunculan
146

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

bakal pelumba F1, Fairuz Hashim juga telah mengembangkan lagi sukan yang bertaraf dunia ini. “Kestabilan negara yang wujud adalah hasil kerjasama antara kaum yang sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menentukan perpaduan dan keharmonian kaum sentiasa terpelihara di negara ini. Kunci utama kepada perpaduan yang kita banggakan ini adalah semangat toleransi dan sikap saling menghormati antara satu sama lain yang kita amalkan. Dengan mewujudkan perpaduan antara kaum ini kita telah berjaya melahirkan sebuah negara yang terus stabil dari segi ekonomi, politik dan sosial. Kestabilan ini membolehkan kita berjaya menarik pelabur asing. Dengan cara ini kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara”. Begitulah ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam perutusan tahun baru pada 31 Disember 1992 di RTM, Kuala Lumpur dalam buku bibliografi beliau iaitu, Mahathir, Memartabatkan Maruah Bangsa. Melalui ucapan ini sahaja kita sudah dapat menyimpulkan bahawa tanpa perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat, negara yang kita cintai akan berpecah belah dan akhirnya akan binasa. Segala usaha dan kemakmuran yang ingin dibina akan hancur musnah dan sia-sia. Erti kemerdekaan bukanlah semata-mata pembebasan pemerintahan penjajah tetapi yang lebih utama dan penting adalah semangat, dorongan dan tindakan kita untuk mengisi dan membawa kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada bangsa dan negara. Tanpa kita sedari, kita telah berjaya memelihara kemerdekaan Malaysia dengan aman dan harmoni selama 50 tahun. Dalam tempoh 50 tahun itu jugalah, kita telah menempa nama di persada dunia demi mendaulatkan agama, bangsa dan negara yang kita cintai. Justeru itu, setiap warga Malaysia perlulah melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing, tidak ada gunung yang tidak dapat didaki, tidak ada lurah yang mustahil untuk dituruni. Dengan gandingan kerjasama erat dan persefahaman serta komitmen yang tinggi daripada semua pihak, cita-cita dan harapan kita akan terlaksana jua akhirnya.
147

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Amy Suhaida Binti Mat Mokhtar SMK Seberang, Temerloh, Pahang

S

etelah Tanah Melayu dijajah selama lebih kurang 400 tahun, akhirnya pada tanggal 31 Ogos 1957 menjadi peristiwa bersejarah yang membawa perubahan besar kepada negara. Hari kemerdekaan ini diadakan untuk meraikan pembebasan negara daripada penjajahan British. Sebelum ini negara telah ditakluki oleh kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda dan British serta tidak ketinggalan kuasa Jepun. Kini sambutan kemerdekaan diadakan bagi memperingati para pejuang negara yang bermatimatian menentang penjajah suatu ketika dahulu. Pada tahun 2007, negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50. Beberapa tahun lalu, tema Keranamu Malaysia digunakan kerana pakejnya yang lengkap berdasarkan semangat nasionalisme, patriotisme dan toleransi dalam setiap lapisan masyarakat sebagai landasan sebuah negara yang merdeka. Tema Malaysiaku Gemilang bertepatan dengan hasrat ke arah negara gemilang. Hal ini jelas dipaparkan apabila menjelangnya hari kemerdekaan, semua bangsa tidak kira keturunan, agama dan usia datang menyaksikan perarakan sempena kemerdekaan. Kemeriahan sambutan dirasai oleh penduduk tempatan mahupun pelancong yang datang ke Malaysia dan mereka juga kagum akan perubahan dan kemajuan kita kecapi. Setiap kali Jalur Gemilang dikibarkan,
149

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

tepukan gemuruh kedengaran dalam sesuatu temasya sukan atau sebagainya melambangkan betapa padu dan eratnya hubungan rakyat dengan semangat nasionalismenya. Setelah 50 tahun rakyat Malaysia mengecap kemerdekaan, maka selama itu jugalah pelbagai alternatif dilakukan oleh pucuk pimpinan mengorak langkah membangunkan negara. Dalam pada itu, rakyat juga telah mempelajari peri pentingnya sebuah kemerdekaan kepada negara kerana hal ini juga merupakan pemacu pembangunan negara daripada kepompong kemunduran dan penindasan. Jika kita mengkaji dengan lebih mendalam lagi, penjajahan tersebut sebenarnya turut memberi impak positif terhadap kemajuan negara. Dari situlah asas idealisme dan gambaran untuk membawa Malaysia meniti titisan pembangunan mula terbentuk. Usaha kepimpinan negara kini menumpukan perhatian kepada pembangunan ekonomi, politik dan sosial supaya usaha untuk membangunkan negara terhasil. Ketika era penjajahan sedang hebat melanda Tanah Melayu, British telah mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi ekonomi di bumi bertuah ini khususnya terhadap sumber alam. Walau bagaimanapun, selepas bumi bertuah ini mengecap kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan mengambil pelbagai pendekatan untuk memajukan ekonomi negara demi kepentingan rakyat di negara ini. Sepanjang di bawah pucuk pimpinan Tunku Abdul Rahman, yang juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan, telah mewujudkan suatu dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Negara. Kebanyakan ekonomi selepas merdeka tertumpu pada pembangunan ekonomi luar bandar. Hal ini bukan sahaja bertujuan untuk mengembangkan sistem ekonomi malah menjadi peneraju untuk mengembangkan ekonomi dan menghapuskan kemiskinan sekali gus dapat mengatasi masalah pengangguran di Malaysia. Seperti yang telah diatur oleh agensi tertentu, Dasar Pertanian Negara telah dilancarkan pada tahun 1984. Kerajaan berusaha untuk
150

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

meningkatkan hasil dan pengeluaran. Agenda dasar ini ditubuhkan adalah untuk memaksimumkan pendapatan, meningkatkan pengeluaran dan kualiti produk serta memastikan pertanian memainkan peranan penting dalam negara. Semasa era penjajahan British, dasar pecah dan perintah diamalkan. Ekonomi diagihkan berdasarkan komposisi kaum. Kaum Melayu ditetapkan di kawasan pedalaman dan menjalankan kegiatan penanaman padi serta menjadi nelayan. Natijah daripada perkembangan ekonomi kolonial ini amat buruk padahnya kepada orang Melayu akibat daripada diskriminasi kaum dan menyebabkan orang Melayu ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi. Namun begitu, tindakan drastik yang diambil oleh pemimpin terdahulu berjaya mengubah ekonomi khususnya bagi kaum Melayu. Di bawah Dasar Pertanian Negara, projek pertanian telah diperluaskan khasnya pertanian berkelompok. Beberapa projek pertanian yang meliputi penanaman padi, kelapa, koko, getah dan ternakan ikan air tawar dimajukan. Hal ini bertujuan untuk mendedahkan penduduk peribumi terlibat dalam ekonomi komersial. Dalam memodenkan pertanian, kerajaan melaksanakan sistem estet mini. Melalui rancangan ini, beberapa kebun kecil akan disatukan. Agensi yang terlibat ialah FELDA, RISDA dan FELCRA. Bagi meneruskan projek ini, agensi-agensi tersebut memberikan sebidang tanah kepada setiap keluarga untuk didirikan rumah dan satu kawasan untuk diusahakan. Kawasan yang disediakan ini adalah untuk tanaman jualan seperti kelapa sawit dan getah. Tanaman jualan ini begitu giat dijalankan untuk kepentingan negara dan juga dieksport ke luar negara. Kesannya, pendapatan masyarakat luar bandar dapat ditingkatkan dan secara tidak langsung dapat mengatasi atau membasmi kemiskinan masyarakat tersebut. Selain itu, bidang perikanan juga turut dimajukan dengan bantuan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Begitu juga dalam bidang penternakan yang dijalankan secara komersial. Natijah pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan hasil eksport daging dan susu. Jadi, kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan melalui pengurangan import makanan.
151

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Menyedari hakikat itu, mulai tahun 1970-an, kerajaan mengalihkan kebergantungan ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian. Walaupun banyak kelemahan di peringkat awal, namun usaha ke arah memajukannya dipergiatkan. Oleh itu, Dasar Perindustrian Malaysia telah dijalankan bertujuan untuk menyemak dan mengubah suai dasar perindustrian yang telah memperkenalkan strategi untuk memajukan sektor perindustrian. Hasilnya, negara mampu memajukan industri gentian import dan industri berat. Contohnya, pembuatan kereta nasional oleh Perusahaan Automobil Nasional Sendirian Berhad dan perusahaan simen oleh Kedah Cement Sendirian Berhad. Dalam usaha memacu ekonomi negara, kerajaan juga tidak ketinggalan mewujudkan Dasar Penswastaan iaitu pemindahan perkhidmatan dan perusahaan daripada kerajaan kepada swasta. Dasar ini telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada Mac 1983. Beliau juga bertanggungjawab memperkenalkan Dasar Produktiviti yang menekankan kemampuan bekerja secara teratur dan bermutu tinggi. Selain itu Dasar Pandang Ke Timur juga diperkenalkan bertujuan untuk memperbaiki sistem pengurusan dan pembangunan negara serta memupuk semangat setia kepada negara. Di samping itu terdapat banyak lagi dasar yang telah dilaksanakan demi mencapai hasrat belia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan maju. Maka tidak hairanlah pelbagai pembangunan prasarana telah dilaksanakan semata-mata untuk melahirkan sebuah negara gemilang di persada dunia. Ekoran daripada itu, beliau telah dilabelkan sebagai Pencetus Malaysia Negara Maju dan gelaran Bapa Pemodenan. Seperti yang diketahui umum, tahun 2007, kerajaan telah mencanangkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Agenda ini merupakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Usaha ini sebenarnya sudah menampakkan hasil apabila kadar kemasukan pelancong asing ke negara ini kian meningkat. Hal ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan
152

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

ekonomi negara. Apa tidaknya dengan kebanjiran pelancong asing, rakyat Malaysia juga dapat menikmati tempiasnya melalui kemudahan infrastruktur yang disediakan serta peluang pekerjaan yang sentiasa terbuka. Kesimpulannya, usaha ke arah meningkatkan ekonomi negara ini telah berjaya mengatasi zaman kemelesetan ekonomi dan membangunkan kesemua sektor dalam negara. Arus pembangunan terus menyusur dari setahun ke setahun bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pembangunan sosial begitu rancak dijalankan dan berlaku anjakan sekali gus memecahkan rekod dunia sebagai antara negara yang paling cepat meningkat maju. Unsurunsur perpaduan dan persefahaman dalam pelbagai bidang selain sentiasa mengamalkan semangat muhibah yang terlalu luhur menjadi faktor utama negara berkembang dengan efisien. Antara bidang yang menyumbang kepada peningkatan sosial ialah bidang pendidikan, sukan, kebudayaan dan sebagainya. Ketika era pascamerdeka, peluang untuk rakyat menceburkan diri dalam bidang pendidikan adalah tipis. British tidak mahu masyarakat Melayu mendapat pendidikan tinggi kerana bimbang akan berlakunya penentangan. Namun selepas termeterainya perjanjian kemerdekaan, kerajaan sangat menekankan pendidikan rakyat. Kini melalui pendidikan, negara telah mendapat pendidikan tinggi kerana bimbang akan berlakunya penentangan. Namun selepas termeterainya perjanjian kemerdekaan, kerajaan sangat menekankan pendidikan rakyat. Kini melalui pendidikan, negara telah berjaya melahirkan ramai tokoh pelajar yang mampu menjulang nama Malaysia dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah Melati Abdul Hamid yang berjaya menjuarai pidato peringkat antarabangsa. Pertumbuhan pusatpusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus bertaraf dunia menyebabkan Malaysia tidak ketinggalan menjadi tumpuan pelajar luar negara untuk belajar di sini. Secara tidak langsung Malaysia juga dikenali sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Bidang sukan sendiri merupakan penyumbang kepada kemajuan negara. Pada tahun 1998, Malaysia telah mendapat mandat untuk
153

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mengelola sukan bertaraf antarabangsa iaitu Sukan Komanwel. Selain membuka mata dunia, penganjuran sukan ini telah meningkatkan pendapatan negara melalui pelancong yang bertandang. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam arena sukan permotoran. Oleh itu, Litar Lumba bertaraf dunia telah dibina di Sepang sebagai menyahut cabaran sukan permotoran. Selain itu nama Malaysia juga terukir indah dalam arena sukan apabila sukan badminton banyak membawa kejayaan seperti juara Piala Thomas 1992, Terbuka Badminton All England dan sebagainya. Malaysia juga mampu melahirkan jaguh sukan skuasy iaitu Nicol Ann David yang merupakan pemain nombor satu dunia pada masa kini. Di samping itu, kemudahan prasarana bagi tujuan pentadbiran negara diberikan tumpuan yang utama. Pembangunan pusat pentadbiran negara yang baru memberikan pelbagai kemudahan serta moden. Kemudahan ini selari dengan konteks masyarakat yang hidup berlandaskan teknologi maklumat yang dapat kita banggakan. Dalam konteks ini, kemudahan yang disediakan bersesuaian dengan keperluan pentadbiran yang lebih cekap dan bertanggungjawab terhadap kehendak rakyat. Rangkaian prasarana seperti Putrajaya yang gah terbina menjadi pusat pentadbiran negara yang canggih dan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang merupakan gerbang perkembangan teknologi maklumat serta Lembah Silikon Malaysia seharusnya dibanggakan oleh rakyat Malaysia dalam menempuh arus globalisasi. Sebagai bangsa Malaysia kita juga patut berbangga dengan pencapaian-pencapaian yang berjaya digapai melalui konsep Malaysia Boleh. Hal ini jelas apabila Malaysia berjaya mengukir nama di arena antarabangsa. Dalam kata lain, anak-anak Malaysia mampu menempa cabaran untuk memecahkan rekod kebangsaan juga rekod dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila salah seorang anak watan yang berjaya mengukir nama sebagai wanita pertama menawan Kutub Utara iaitu Syarifah Mazlina Othman. Sementara itu, Datuk Azhar Mansor pula berjaya dalam ekspedisi mengelilingi
154

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dunia mengelilingi dunia melalui jalan laut secara solo. Selain itu, kita juga patut berbangga apabila sekumpulan “Mat Rempit” berjaya dalam terjun udara di Kutub Utara walaupun tidak langsung berpengalaman dalam bidang tersebut. Semangat inilah yang membuka mata dunia bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang kecil dalam peta dunia. Kini kita terus mengorak langkah mengharungi pemodenan dalam era globalisasi. Banyak infrastruktur bertaraf dunia telah dibina untuk mewujudkan negara yang gagah gemilang. Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam arus kecanggihan prasarana, maklumat dan juga teknologi. Apatah lagi pada masa kini dunia berdepan dengan era globalisasi. Sehubungan itu, Projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) telah dilancarkan bagi mencapai matlamat perkembangan teknologi maklumat dan multimedia global dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Sebagai pendedahan kepada rakyat tentang perkembangan sains dan teknologi. Planetarium Negara telah dibina sebagai tanda kemajuan dalam bidang kajian angkasa lepas. Begitu juga dengan pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menggunakan teknologi seni bina termoden telah berjaya meletakkan Malaysia di peta dunia. Kestabilan politik negara sepanjang tempoh kemerdekaan negara mengagumkan dunia apatah lagi keamanan yang wujud walaupun negara ini didiami oleh pelbagai kaum, budaya, agama dan adat resam. Rencah kestabilan negara ialah perpaduan yang berpegang kepada Prinsip Rukun Negara. Keharmonian inilah yang membolehkan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara di dunia. Dasar Luar Malaysia telah diamalkan oleh kelima-lima tampuk pemerintah Perdana Menteri Malaysia. Sepanjang di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Malaysia mengamalkan dasar luar yang antikomunis dan probarat. Manakala semasa pimpinan Tun Abdul Razak, Malaysia lebih menitikberatkan pembangunan negara dan integrasi nasional. Beliau mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara timur. Siri
155

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

lawatan ke negara-negara luar dititikberatkan demi mencedok dan bertukar-tukar fikiran, teknologi dan juga maklumat. Semasa Tun Hussein Onn memegang teraju pemerintahan, beliau telah menjalinkan hubungan dengan negara-negara Islam dan menjalin kerjasama pertahanan dan keselamatan negeri. Dasar Luar Malaysia semakin rancak dan menyeluruh ketika pemerintahan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau sangat peka terhadap isu-isu keamanan dunia, alam sekitar, perdagangan dunia serta pelaburan asing. Negara kita juga bertuah kerana semasa pemerintahan Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang menekankan konsep Islam Hadhari. Kerjasama serantau dan antarabangsa banyak membantu negara dalam menempuh masalah sejagat. Tidak hairan juga negara kita pernah diberi mandat untuk mengelolakan sesuatu persidangan bertaraf dunia. Hal ini juga merupakan kelangsungan daripada tertubuhnya Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) selain kredibiliti pemimpin yang menitikberatkan rundingan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, wajarlah kita mengenang kembali detik-detik perjuangan para nasionalis dalam membawa Malaysia ke arah pembangunan dan kemajuan. Kesimpulannya, sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 tidak lama lagi, kita mestilah memastikan rakyat telah disalut dan disemai dengan semangat patriotisme dan perpaduan agar peristiwa hitam yang pernah melanda negara 400 tahun dahulu tidak berulang kembali. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Maka kita hendaklah berpegang pada prinsip Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Penghayatan terhadap prinsip tersebut menjadi kunci ke arah negara gagah gemilang dan semoga keharmonian, kemakmuran dan persefahaman akan terus bersemadi utuh dan berkekalan.

156

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Siti Syamirah Binti Razali SMK Khir Johari, Tanjung Malim, Perak

K

epelbagaian kelompok etnik di negara ini telah diterima oleh semua masyarakat sejak sebelum merdeka lagi dan ia merupakan sumber kekuatan. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Negara ini melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam Pilihan Raya 1955. Akhirnya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957 seterusnya mewujudkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Ramlah Adam dan rakan-rakan : 2003). Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Permuafakatan formula perkongsian kuasa ini telah dipersetujui oleh semua pihak sejak dahulu lagi dan masih menjadi amalan sehingga sekarang.
157

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Proses pembinaan negara memerlukan rakyat Malaysia menyemai semangat hidup dan bangga terhadap negara. Proses pencapaian matlamat perpaduan Negara adalah sukar serta penuh dengan dugaan dan cabaran (Malaysia Kita : 1991). Kerajaan sedang berusaha untuk membentuk bangsa Malaysia menerusi berbagai-bagai cara termasuklah pengukuhan konsep perpaduan nasional agar terhasil rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka, iaitu yang menyumbang dan berbakti kepada Negara. Taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara ialah bersatu padu, saling menghormati, tolong menolong dan berkongsi masa depan serta mempunyai semangat kebangsaan. Rukun Negara pada asasnya dilaksanakan melalui penerimaan umum serta kepatuhan kepada ideologi negara yang beridentiti dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat. Rukun Negara adalah menjadi satu peraturan hidup yang amat penting kepada setiap masyarakat. Kepatuhan kepada norma sosial ini amat penting dan jika diamalkan dalam kehidupan seharian, sudah pasti akan mewujudkan perpaduan dalam kalangan kumpulan pelbagai kaum di Malaysia. Rukun Negara yang digubal selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, merupakan batu asas kepada kesepaduan dan keharmonian pelbagai kaum di Malaysia kerana ia telah menjadi amalan hidup rakyatnya. Hubungan etnik di Malaysia tidak lagi berkisar soal-soal keagamaan (walaupun agama adalah sandaran) tetapi yang lebih penting ialah keadilan kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan rakyat yang berbilang agama dan kaum. Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat dengan jelas membuktikan ia adalah kunci yang perlu dipegang dan diamalkan oleh semua peringkat rakyat supaya keamanan dan keharmonian Negara dapat dikekalkan. Ikrar Rukun Negara juga mahu melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif serta bersifat terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Komuniti dan masyarakat ditakrifkan oleh ikatan yang menyatukan manusia, sama bahasa, budaya, sejarah dan kawasan (Drucker : 1995, hal 32).
158

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sehubungan dengan itu, objektif Rukun Negara menetapkan bahawa melaluinya, negara mahu mencipta satu masyarakat yang adil, supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Sikap kesaksamaan itu dapat membentuk satu sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak. Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undangundang dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini. Amalan sikap bertolak ansur selain memberi dan menerima, adalah asa kepada keharmonian hidup semua lapisan kaum di Malaysia. Rukun Negara adalah ideologi yang mementingkan prinsipprinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Ia dijadikan teras dalam kehidupan bermasyarakat selain menyemai nilai-nilai murni melalui lima prinsip Rukun Negara yang menjadi pedoman rakyat Malaysia berbilang kaum. Sebagai warganegara Malaysia yang berjiwa merdeka, Rukun Negara merupakan teras ke arah mewujudkan bangsa yang berwibawa dan berprinsip. Rakyat mestilah mendukung kepercayaan kepada Tuhan dan menolak ateisme. Oleh sebab itu, bukanlah seseorang itu dianggap sebagai warganegara Malaysia sekiranya dia mengaku tidak beragama atau tidak mempercayai Tuhan. Rakyat juga sama-sama tanpa mengira bangsa dan agama menumpahkan kesetiaan kepada raja dan Negara, pemimpin dan pemerintah, menjunjung kedaulatan undang-undang dan menghayati konsep kesopanan dan kesusilaan sebagai satu budaya dan cara hidup dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kelima-lima prinsip yang mendasari Rukun Negara telah menjadi pegangan dan amalan rakyat Malaysia sejak dahulu. Ia adalah tunjang kepada keutuhan, perpaduan, kestabilan, keharmonian dan kesepaduan sosial di negara ini. Rukun Negara sudah menggariskan apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara hendaklah diberi keutamaan berbanding kepentingan sesuatu kaum. Perkara ini penting bagi mengekalkan kestabilan dan keselamatan Negara.
159

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kepercayaan Kepada Tuhan Perayaan-perayaan kaum di Malaysia telah menjadi satu mekanisme memupuk semangat muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Kunjung mengunjung dilakukan bagi mengeratkan hubungan selain mencipta persefahaman. Amalan sebegini telah lama menjadi budaya hidup kita. Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan melalui agama masing-masing menyebabkan wujudnya pelbagai perayaan keagamaan. Jika tiada pegangan agama yang kukuh, ia bukan sahaja boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, malah bangsa dan negaranya. Hanya mereka yang percaya kepada Tuhan akan sentiasa mematuhi ajaran agamanya serta sentiasa berusaha membentuk keperibadian dan moral yang baik. Mereka akan selalu menghormati orang lain dan mengelak daripada melakukan perkaraperkara yang dianggap salah atau berdosa. Kepatuhan terhadap ajaran agama masing-masing menjadi amalan hidup masyarakat Malaysia selain mengikut prinsip Rukun Negara yang pertama. Ia dapat membentuk masyarakat Malaysia yang stabil dan aman. Kepercayaan Kepada Tuhan turut menerapkan kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan sesama bangsa Malaysia bagi menjadikan bangsa bermaruah dan mempunyai jati diri yang tinggi. Perlembagaan Persekutuan walaupun memperuntukkan Islam adalah agama rasmi negara, kebebasan beragama tetap diberikan kepada penganut agama lain. Keadaan ini jelas menunjukkan sikap toleransi rakyat negara ini yang tidak membeza-bezakan antara warganya. Kebebasan ini diberikan, menyedari ketidakpercayaan terhadap agama boleh meruntuhkan sebuah institusi negara kerana rakyatnya tidak mempunyai pegangan hidup. Tahap kesetiaan tinggi yang diberikan kepada raja dan Negara pula amat bersesuaian kerana raja adalah lambang perpaduan Negara. Melalui prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, rakyat Malaysia disaran menghormati dan memandang tinggi sistem Demokrasi Berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan oleh negara ini. Taat setia kepada raja harus diberikan
160

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

secara jujur dan ikhlas kerana ia adalah lambang kesetiaan rakyat kepada negara. Jika seseorang itu memilih kesetiaan sebagai prinsip hidupnya, tidak kira kepada diri, keluarga, masyarakat, negara, malah agamanya sendiri – pasti dia akan menjadi orang yang berbudi pekerti selain memiliki semangat patriotisme yang jitu. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara adalah faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia. Dalam hal ini, kita telah lama menyaksikan betapa rakyat Malaysia sentiasa menghormati dan menjunjung tinggi institusi beraja yang menjadi lambang kedaulatan dan keutuhan negara. Raja sentiasa dihormati dan disanjung tinggi. Rasa cinta akan negara adalah teras kestabilan ekonomi, politik dan sosial di Malaysia dengan diikat kemas oleh frasa perpaduan yang diwarnai oleh pelbagai kaum apatah lagi dalam sistem politik pada masa kini membolehkan semua rakyat bekerjasama dengan cara mereka yang sangat unik (Ensiklopedia Mahathir Mohamad : Jilid 5). Keluhuran Perlembagaan Prinsip ketiga Rukun Negara ialah Keluhuran Perlembagaan yang menekankan pentingnya rakyat untuk menerima dan mematuhi keluhuran serta kemuliaan Perlembagaan Negara kerana ia adalah sumber perundangan Negara yang tertinggi. Rakyat perlu sedar bahawa Perlembagaan Negara berfungsi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Adalah wajar setiap warganegara memahami maksud, kandungan dan latar sejarah pembentukan Perlembagaan Negara yang digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di Malaysia. Perlembagaan Negara menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di Negara ini selain menjadi sumber
161

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

perundangan tertinggi. Perlembagaan Negara merupakan panduan yang melingkungi dan membatasi segala perlakuan kita dalam masyarakat. Segala perlanggaran terhadap undang-undang atau peraturan akan dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang seperti yang ditetapkan. Setiap rakyat tidak terkecuali daripada mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Jika merujuk kepada Perlembagaan Negara terutama mengenai kedudukan Institusi Raja (Perkara 32), Agama Islam (Perkara 3), Bahasa Melayu (Perkara 152) dan Hak Istimewa Orang Melayu (Perkara 153), jelaslah bahawa semuanya itu adalah pengiktirafan terhadap kedudukan bangsa Melayu sebagai peribumi. Kesepakatan dan persetujuan semua kaum tentang perkara ini tidak boleh diganggu gugat dan telah menjadi amalan hidup bermasyarakat di Malaysia. Kedaulatan Undang-undang Ia bermaksud undang-undang itu betul-betul dikuatkuasakan (Siri Rukun Negara : 1885). Ia memberi keadilan kepada setiap rakyat di negara ini kerana ia dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Keadilan di Malaysia diasaskan oleh undang-undang yang menetapkan bahawa setiap rakyat di negara ini adalah sama kerana undang-undang dicipta dan digubal berasaskan perlembagaan dan ia harus dipatuhi. Semua rakyat di negara ini perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan keran ia mengawal tindak tanduk, perbuatan dan segala perlakuan kita dalam hidup bermasyarakat. Amalan ini perlu bagi menjamin dan mewujudkan masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Undang-undang juga menjamin kehidupan setiap ahli masyarakat dengan teratur tanpa sebarang kekacauan. Suasana sebegini akan member ruang lingkup yang selamat bagi semua rakyat menjalankan urusan seharian dan meneruskan kehidupan. Melalui prinsip dan semangat Kedaulatan Undang-Undang juga, hak-hak rakyat boleh diamalkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan tetapi masih terkawal dan tertakluk oleh undang-undang. Rakyat mesti menghormati
162

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

undang-undang dan bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Rakyat Malaysia sentiasa akur dan patuh dengan undangundang yang membatasi hidup mereka. Justeru, amalan hidup yang sentiasa mengikut lunas undang-undang telah lama menjadi faktor yang mengikut tatacara kehidupan rakyat Malaysia. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan menerangkan mengenai kepentingan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyat kerana ia penting dalam menjaga hubungan baik antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sememangnya masyarakat berbilang kaum di negara ini terkenal dengan budayanya yang menghormati dan menghargai orang lain. Kesopanan dan Kesusilaan sebagai satu cara hidup atau amalan membentuk perkembangan personaliti dan tingkah laku. Ia sememangnya telah lama menjadi amalan hidup di Malaysia. Melaluinya juga, warganegara yang bersopan santun dan bertatasusila dapat dibentuk. Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan ini telah lama menjadi amalan sehingga berjaya membentuk masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi. Rakyat Malaysia yang mengamalkan cara hidup bertatasusila akan membenci dan mengutuk tingkah laku yang melanggar norma-norma kehidupan sehingga boleh mengeruhkan hubungan sesama mereka. Tingkah laku sopan yang diamalkan sebagai satu cara hidup mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi sama ada dalam kehidupan peribadi mahupun bernegara. Rakyat yang mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara ini sebagai satu amalan atau cara hidup dapat dilihat melalui tutur kata yang sopan, merendah diri dan tidak suka menyinggung orang lain. Ia menjamin hubungan yang harmoni, berdisiplin dan bermoral. Kecemerlangan, kegemilangan dan keter bilangan kita akan muncul jika sekiranya kita menjadi satu bangsa yang berpekerti
163

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mulia, berbudi tinggi dan berbahasa baik. Inilah yang perlu kita tonjolkan dan usahakan agar warga Malaysia keseluruhannya memiliki pekerti mulia dan menjadi amalan hidup bersama. Pelaksanaan lima prinsip Rukun Negara akan lebih berkesan secara praktikalnya jika setiap unit kecil dalam masyarakat sama ada individu, keluarga, ahli perniagaan atau mereka di dalam kerajaan di semua peringkat menghargai nilai-nilai kesatuan, demokrasi dan keadilan ekonomi dalam menyemarakkan perkembangan budaya (Ghazali Shafie : 1985). Budaya dan moral yang kuat adalah pemangkin dalam usaha kita menjadi negara maju ke arah pencapaian Wawasan 2020. Kita telah melihat bagaimana pentingnya semangat dan falsafah Rukun Negara kepada perpaduan, keharmonian dan kemajuan rakyat Malaysia sejak ia diperkenalkan 35 tahun lalu. Semangat Rukun Negara perlu diteruskan kerana ia sangat relevan dalam mendepani cabaran kini dan masa depan, sama ada dari dalam atau luar negara. Dengan berpegang teguh kepada kelima-lima prinsip itu, kita mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu, kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa jua cabaran. Malah, bagi generasi muda, kupasan prinsip Rukun Negara diharap dapat menerapkan semangat kenegaraan dalam kalangan mereka, di samping mewujudkan rakyat yang berjiwa patriotik serta cinta akan negara. Rukun Negara menuntut supaya dicipta satu masyarakat demokratik, adil, saksama dan liberal (Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia : 2006). Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat jelas membuktikan ia adalah kunci yang perlu dipegang oleh semua peringkat rakyat, supaya keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan dan dalam waktu yang sama, terus menjadi amalan hidup masyarakat Malaysia.

164

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan 1. Drucker F. Terjemahan Nazlifa Bt. Mohd Ali. 1995. Masyarakat Pasca Kapitalis. Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur. 2. Ghazali Shafie. 1985. Rukun Negara: A Testament Of Hope. Creative Enterprise Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. 3. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. 1991. Golden Book Centre Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. 4. Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusof. 1993. Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia., Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur. 5. Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan. 1982. Persatuan Sejarah Malaysia., Kuala Lumpur 6. Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri, Shakila Parween Yacob, Muslimin Fadzil. 2003. Sejarah Tingkatan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur. 7. Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia: Siri Percetakan Am. 2006. Jabatan Penerangan Malaysia., Kuala Lumpur. 8. Kedaulatan Undang-undang. Siri Rukun Negara (Dalam Konteks Islam). 1985. Penerbitan ASA Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

165

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Siti Syafiqah Binti Razali SMK Khir Johari, Tanjung Malim, Perak

Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan ni adalah lima prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi negara untuk mencapai kesepakatan dalam hubungan sosial, ekonomi dan politik di Malaysia. Nilai intrinsik dan ekstrinsik yang terkandung dalam Rukun Negara ini amat penting bagi membentuk negara bangsa. Ia bukanlah satu undang-undang atau peraturan yang perlu dipatuhi, tetapi merupakan prinsip yang memandu pemikiran dan pola pembentukan sikap untuk menghormati antara satu sama lain dalam kalangan rakyat, institusi, organisasi atau kerajaan (Ghazali Shafie : 1985). Hubungan erat di antara kelompok sosial masyarakat akan membentuk masyarakat yang bersatu-padu. Teras kepada tercapainya prinsip Rukun Negara ini dalam menjadikannya sebagai amalan dalam masyarakat adalah sumbangan dan peranan setiap individu untuk memahami dan mematuhinya. Masyarakat adalah satu organisasi yang dianggotai oleh individu yang membentuk dan mengamalkan nilai-nilai bersama seperti
167

I

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

bersatu, mengamalkan cara hidup demokrasi, keadilan sosial, mengamalkan budaya tersendiri selain menikmati kesaksamaan kualiti hidup dengan adanya kemudahan sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu, Rukun Negara amat penting peranannya dalam masyarakat demi menjamin dan memelihara keharmonian, kestabilan dan keamanan dan sewajarnya ia menjadi amalan hidup masyarakat Malaysia. Rukun Negara Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara, iaitu Rukun Negara. Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 bertujuan supaya rakyat dapat hidup dengan muhibah, bersatu padu, saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Berdasarkan semangat Rukun Negara juga, telah wujud Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan serta memelihara keselamatan negara. Ia adalah asas kepada keutuhan dalam pembangunan negara, melindungi perpaduan dan kestabilan. Paling penting, Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dan masyarakat pelbagai agama serta budaya. Atas pegangan prinsip inilah rakyat majmuk kita dapat hidup aman, damai dan harmoni kerana Rukun Negara kekal menjadi amalan hidup sehingga Negara mencapai kemerdekaannya yang ke-50. Ghazali Shafie dalam bukunya Rukun Negara : A Testament of Hope menyatakan, seorang jurutera pembina lebuh raya yang
168

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

melakukan semua perkiraan berdasarkan sains dan teknologi akan membuat kesimpulan bahawa untuk membina jalan yang paling cepat dan murah adalah dengan membina jalan yang lurus. Walau bagaimanapun, apabila jalan berkenaan melalui tempat yang ada kaitan dengan nilai kerohanian seperti tempat yang dianggap suci, jalan yang paling dekat adalah dengan menghindari tempat itu. Ini kerana, apa sahaja gangguan yang berkaitan dengan tempat suci bagi agama di Malaysia akan menimbulkan reaksi kurang senang masyarakat. Justeru, Rukun Negara menuntut supaya dicipta satu masyarakat demokratik, adil, saksama dan liberal (Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia : 2006) supaya mana-mana pihak tidak membangkitkan atau menimbulkan isu sensitif. Ia merupakan pedoman negara dan amalan hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dalam menentukan kehidupan dan masa depan bangsa dan negara. Rukun Negara menyuarakan tanggapan, kepercayaan dan keazaman rakyat mengenai bangsa Malaysia dan ia membentuk cara hidup kita. Semangat Rukun Negara yang masih menjadi amalan memang wajar diteruskan kerana ia sangat relevan dalam mendepani cabaran pada masa kini. Dengan berpegang teguh prinsip-prinsip Rukun Negara, kita mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu, kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa saja cabaran selain memupuk semangat cintakan negara. Rasa cinta akan negara adalah teras kepada kestabilan ekonomi, politik dan sosial di Malaysia dengan diikat kemas oleh frasa perpaduan yang diwarnai oleh pelbagai kaum (Ensiklopedia Mahathir Mohamad : Jilid 5). Kepercayaan Kepada Tuhan Rakyat Malaysia berbilang kaum mempunyai pelbagai kepercayaan, anutan dan agama. Sememangnya, amalan keagamaan menjadi teras budaya hidup masyarakat Malaysia. Justeru, Kepercayaan Kepada Tuhan adalah prinsip pertama dalam Rukun Negara yang antara lain menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan sesama bangsa bagi menjadikan bangsa
169

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Malaysia sebagai bangsa bermaruah dan mempunyai jati diri yang tinggi. Mengikut prinsip ini, Malaysia tidak mengakui ideologi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan (Malaysia Kita : 1991). Rakyat yang mempunyai pegangan agama yang kukuh akan mudah diurus. Perlembagaan Persekutuan walaupun memperuntukkan Islam adalah agama rasmi negara, kebebasan beragama tetap diberikan kepada penganut agama lain. Hal ini jelas menunjukkan, sikap toleransi rakyat negara ini yang tidak membeza-bezakan antara warganya telah menjadi amalan hidup sejak sekian lama. Kebebasan ini diberikan kerana menyedari ketiadaan kepercayaan terhadap agama boleh meruntuhkan sebuah institusi negara. Kita harus ingat, kebebasan beragama yang diberikan mengikut peruntukan perlembagaan menyebabkan negara kita diwarnai dengan pelbagai sambutan hari perayaan dan kebesaran agama. Senario ini melambangkan masyarakat Malaysia yang unik dan dikagumi oleh ramai orang di seluruh dunia! Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Sejarah Negara kita membuktikan bahawa kegemilangan yang diraih bermula dari zaman Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Melayu Bruas, Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke zaman Kesultanan Johor-Riau adalah daripada kecemerlangan pimpinan raja-rajanya kerana kesetiaan tidak berbelah bahagi daripada rakyatnya. Jika melanggar titah perintah raja, ia dianggap derhaka dan boleh dihukum bunuh. Amalan ini telah lama menjadi cara hidup masyarakat kita. Kerana itulah pepatah Melayu ada menyebut “kerja sendiri dikelek kerja raja dijunjung”. Sejarah juga mencatatkan, satu daripada sebab utama yang menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka ialah perpecahan dalam kalangan pemimpin-pemimpin (Zainal Abidin Wahid dalam Persatuan Sejarah Malaysia : 1982). Sehubungan dengan itu, Kesetiaan kepada Raja yang menjadi lambang Ketua Negara amat perlu supaya kestabilan Negara
170

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sentiasa terjamin. Walaupun selepas mencapai kemerdekaan, semua rakyat dituntut supaya menunjukkan Kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagai ketua yang dipayungi oleh kemegahan takhtanya sebagai simbol kemegahan dan kekuatan. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi atau bumiputera. Penderhakaan kepada raja sama seperti menderhaka kepada negara. Tahap kesetiaan tinggi yang diberikan kepada Raja dan Negara, amat bersesuaian kerana raja adalah lambang perpaduan negara. Pegangan hidup bersandarkan kepercayaan ini sudah lama menjadi amalan masyarakat Malaysia malah ia menjadi kunci kekuatan dan keteguhan hubungan sosial yang ada. Keluhuran Perlembagaan Perlembagaan Negara merupakan panduan yang melingkungi dan membatasi segala perlakuan kita dalam masyarakat. Justeru, masyarakat perlu hidup berlandaskan undang-undang yang dipatuhi bersama. Segala pelanggaran terhadap undang-undang atau peraturan akan dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negara. Setiap rakyat tidak terkecuali daripada mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, prinsip ketiga Rukun Negara iaitu Keluhuran Perlembagaan menekankan pentingnya rakyat untuk menerima, mematuhi dan mempertahankan Keluhuran Perlembagaan Negara. Rakyat perlu sedar Perlembagaan Negara berfungsi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Rukun Negara melalui prinsip ketiga ini menekankan wajar bagi setiap warganegara memahami maksud, kandungan latar sejarah pembentukan Perlembangaan Negara. Perlembagaan adalah luhur, suci dan unggul. Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya. Rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan
171

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perlembagaan Negara yang digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara ini. Justeru, kepatuhan kepada perlembagaan akan menimbulkan suasana yang harmoni dalam kalangan masyarakat. Keharmonian inilah yang menjadi amalan masyarakat Malaysia demi memastikan tiada berlaku sebarang kekacauan yang akan menimbulkan perbalahan dan persengketaan. Kedaulatan Undang-undang Jika merujuk kepada Perlembagaan Negara terutama mengenai kedudukan Institusi Raja (Perkara 32), Agama Islam (Perkara 3), Bahasa Melayu (Perkara 152) dan hak Istimewa Orang Melayu (Perkara 153), semuanya mengiktiraf kedudukan Bahasa Melayu. Justeru, ia adalah satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak kerana Perlembagaan Negara menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Kedaulatan Undang-undang pula memberi keadilan kepada setiap rakyat di negara ini kerana ia dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa tanpa dikawal oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undangundang terpelihara. Rakyat bertanggungjawab memastikan undangundang Negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh manamana pihak. Melaluinya juga, hak-hak rakyat boleh diamalkan dengan bebas tetapi masih terkawal dan tertakluk mengikut undangundang. Mereka yang tidak mematuhi undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan; dan jika didapati benar bersalah maka dia akan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya (Siri Rukun Negara : 1985). Kepatuhan terhadap prinsip ini yang menjadi amalan hidup rakyat Malaysia memastikan Melaysia terus aman dan rakyatnya dapat hidup dalam suasana harmoni.

172

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kesopanan dan Kesusilaan Akhir sekali, prinsip Kesopanan dan Kesusilaan menerangkan mengenai kepentingan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyat kerana ia penting untuk menjaga hubungan baik antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sehubungan itu, adalah tidak wajar sesuatu kaum membangkitkan isu yang dianggap sensitif membabitkan agama, kaum dan bahasa kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman rakyat di negara ini. Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling hormat-menghormati. Rukun Negara juga mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dan masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini. Memetik daripada ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, ketika melancarkan Kempen Budi Bahasa pada 11 Januari 2005 yang lalu, “budaya dan sistem nilai itulah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda sebuah negara maju”. Masyarakat kita terkenal dengan sifat amanah, jujur, ikhlas, sabar, sopan santun dan memiliki semangat kekeluargaan yang tinggi. Kita perlu bijak menjana semula nilai-nilai tradisional yang menjadi cermin dan pegangan hidup untuk diadunkan dengan nilainilai kontemporari bagi terus memacu kejayaan selain dipergunakan untuk menjalin perpaduan sesama kita. Sejarah telah mengajar kita bahawa memutuskan diri daripada akar budaya sendiri dan menerima budaya asing secara total tidak dapat menjadikan sesuatu bangsa itu maju atau kuat apatah lagi untuk bersatu-padu. Rukun Negara menyumbang kepada skala keseimbangan antara keperluan material dan kerohanian (Ghazali Shafie : 1985). Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat dengan jelas membuktikan ia adalah kunci yang perlu dipegang oleh semua peringkat rakyat supaya keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. Ikrar Rukun Negara juga
173

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mahu melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif serta bersifat terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Selain itu, objektif Rukun Negara menetapkan ia mahu mencipta satu masyarakat yang adil, supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Sikap kesaksamaan itu dapat membentuk satu sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak. Justeru, amat jelas Rukun Negara menggariskan apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara hendaklah diberi keutamaan berbanding kepentingan sesuatu kaum. Sikap keprihatinan dan saling menghormati seperti ini amat penting apatah lagi dalam kehidupan zaman moden ini (Sufean Hussin : 1993, hal. 514). Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan, tidak sepatutnya dilupakan oleh rakyat Malaysia. Di dalamnya terkandung semangat yang berupaya menerapkan nilai murni ke arah pemupukan perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya. Seharusnya ia menjadi amalan hidup masyarakat Malaysia yang berbilang kaum supaya negara kita kekal bebas dan merdeka. Rujukan 1. Drucker F. Terjemahan Nazlifa Bt. Mohd Ali. 1995. Masyarakat Pasca Kapitalis. Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur. 2. Ensklopedia Mahathir Mohamad: Jilid 5. Darul Fikir., Kuala Lumpur. 3. Ghazali Shafie. 1985. Rukun Negara: A Testament Of Hope. Creative Enterprise Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. 4. Kedaulatan Undang-undang . Siri Rukun Negara (Dalam Konteks Islam). 1985. Penerbitan ASA Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
174

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

5. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. 1991. Golden Book Centre Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. 6. Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusof. 1993. Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia., Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 7. Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan. 1982. Persatuan Sejarah Malaysia., Kuala Lumpur. 8. Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri, Shakila Parween Yacob, Muslimin Fadzil. 2003. Sejarah Tingkatan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur. 9. Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia: Siri Percetakan Am. 2006. Jabatan Penerangan Malaysia., Kuala Lumpur. 10. Sufean Husin. 1996. Pendidikan Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur. 11. Baharom Mahusin, Mingguan Malaysia: 26 November 2006.

175

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Ho Kui Lan SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak

M

enjelang 31 Ogos 2007, kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50. Selama 50 tahun ini, negara kita telah mengalami pelbagai kemajuan dan perubahan yang pesat dari segi politik, sosial dan ekonomi. Kesemua kejayaan ini patut menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana negara kita dapat menandingi negara-negara maju yang lain di dunia, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Seiring dengan hasrat kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu untuk mewujudkan negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh rakyat Malaysia. Dari sebuah negara yang hanya bergantung pada timah dan getah, kini negara kita menjadi pengeluar barang elektrik dan elektronik yang bermutu di dunia. Malahan negara kita menjadi tempat sasaran pekerja-pekerja asing untuk mencari sumber kekayaan. Tidak dapat dinafikan bahawa negara kita mencapai kegemilangan atas dasar keberkesanan pucuk pimpinan negara. Dengan adanya pemimpin yang berwibawa dan berkaliber, dasar negara yang baik dan berkesan dapat dirancang supaya negara kita dapat membangun dengan pesat. Buktinya, semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1996 mantan Perdana Menteri negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil langkah untuk menetapkan kadar pertukaran mata
177

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

wang asing dengan nilai 1USD bersamaan dengan RM3.80 bagi memulihkan ekonomi negara. Langkah lain seperti memberhentikan pengeluaran mata wang bernilai RM500 dan RM1000 dan menghadkan jumlah mata wang negara yang boleh dibawa keluar dari negara turut dilaksanakan bagi mengelakkan pengaliran keluar mata wang negara yang boleh melemahkan ekonomi negara. Selain itu, negara kita juga berjaya dalam mengurus pentadbiran negara dengan melaksanakan pelbagai dasar. Contohnya, melalui Dasar Kepimpinan Melalui Teladan yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada tahun 1983. Objektif dasar ini adalah untuk memupuk ciri-ciri kepimpinan yang boleh dicontohi, meningkatkan daya pengeluaran dan mengamalkan perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah. Antara strategi yang dijalankan ialah memperkenalkan penggunaan kad perakam waktu, pemakaian tanda nama, menubuhkan kumpulan meningkatkan mutu kerja, mengadakan kempen pencegahan rasuah, mengadakan pengisytiharan harta milikan peribadi semua kakitangan kerajaan, mewujudkan bilik khas untuk berurusan dengan orang ramai serta memperkenalkan konsep pejabat terbuka dalam organisasi. Apabila Malaysia mula-mula memasuki era Internet pada tahun 1995, Tun Dr. Mahathir merupakan ketua kerajaan pertama di dunia yang mengadakan sidang media secara langsung melalui internet. Di samping itu, beliau turut memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilancarkan untuk membangunkan industri telekomunikasi dan teknologi maklumat negara. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan zon pelaburan khas yang dibentuk untuk membolehkan syarikat berteknologi tinggi dari seluruh dunia melabur dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia. Syarikat-syarikat yang terletak dalam zon MSC dapat menikmati sistem telekomunikasi yang canggih, kebebasan dari segi pemilikan organisasi, kebebasan dalam pengambilan tenaga kerja mahir asing dan kelonggaran peraturan dan undang-undang siber. Kemajuan ini memberi impak yang amat baik kepada rakyat untuk menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
178

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Dalam pada itu, pembinaan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang merupakan antara stadium yang terbesar di rantau ini menjadi mercu tanda kegemilangan negara terutamanya dalam bidang sukan. Jika gelanggang badminton di England pernah menyaksikan kejayaan anak muda Malaysia, Mohamad Hafiz Hashim merangkul kejuaraan dalam acara perseorangan lelaki dalam Pertandingan Badminton All England 2003. Kompleks Sukan Bukit Jalil yang masih setahun jagung ini pula menyaksikan kecemerlangan Malaysia mencipta sejarah dengan merangkul sepuluh pingat emas dalam Sukan Komanwel 1998. Pembinaan kompleks Sukan Bukit Jalil yang menelan belanja yang amat tinggi ini pernah menjadi topik perbincangan yang hangat pada suatu ketika dahulu, kini mampu membuahkan hasil. Namun, bangunan yang tersergam megah dan indah ini telah memadamkan kritikan terhadapnya dengan menjadi medan pertandingan-pertandingan bertaraf antarabangsa yang cukup berprestij. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kompleks sukan ini telah menjadi kebanggaan kita. Selain itu, kelahirannya juga memanifestasikan perpaduan yang erat dalam masyarakat majmuk Malaysia. Dengan itu, pembinaan Kompleks Sukan Bukit Jalil telah membawa semua rakyat bersama menikmati kejayaan demi kejayaan yang ditempah oleh rakyat Malaysia. Pembinaannya yang impresif ini bukan sahaja meningkatkan martabat negara pada mata dunia malahan juga mencerminkan kemajuan sains dan teknologi, sekali gus membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia tidak akan ketinggalan di dunia yang kian rancak dengan arus globalisasi. Tambahan pula, masyarakat negara ini tidak akan dipandang rendah oleh negara-negara luar yang lebih maju dari segi sains dan teknologi. Dalam erti kata lain, negara kita juga setanding negara lain dalam bidang kejuruteraan dan seni bina. Selain pembinaan Kompleks sukan, pembinaan Litar F1 Sepang juga membuktikan kepada dunia bahawa kemampuan Malaysia tidak boleh diperlekeh. Litar F1 Sepang ialah satu-satunya litar lumba di dunia yang diberikan penghormatan untuk memasukkan logo
179

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

F1 di dalam nama rasminya. Litar canggih yang menggabungkan teknologi seni bina dan kejuruteraan moden dengan ciri-ciri budaya Malaysia ini boleh menampung 130,000 penonton, termasuk 30,000 di anjung utama dwi-hadapan. Anjung dwi-hadapan ini adalah yang pertama seumpamanya dibina di dunia. Lebih membanggakan lagi apabila pembinaan litar ini mendapat pujian daripada pelancongpelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Bukti lain yang amat ketara ialah pembinaan Menara Kuala Lumpur setinggi 421m adalah menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia. Menara ini dibuka pada 1996 dan menampilkan reka bentuk bercirikan seni tradisi Malaysia dan Islam. Menara ini direka bentuk oleh Kumpulan Seni Reka Sdn. Bhd. dan dibina oleh firma Wayss & Freytag dari Jerman. Pembinaan Menara Berkembar Petronas juga membuktikan keunggulan Malaysia. Tamsilnya, sekumpulan 22 orang anggota Bomba dan Penyelamat yang terdiri daripada 22 anggota lelaki dan seorang wanita telah berjaya melakukan operasi menyelamat di menara berkembar tertinggi di dunia yang setinggi 452 meter. Walaupun sekadar latihan, operasi ini mencatat rekod Guiness sebagai operasi menyelamat kebakaran yang tertinggi di dunia. Malaysia juga berjaya dalam pembinaan lapangan terbang antarabangsa. Contohnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka pada tahun 1998 telah dipilih sebagai lapangan terbang keempat terbaik di dunia dalam satu kajian AETRA (program antarabangsa mengenai kepuasan pelanggan penerbangan) pada tahun 2004. Lapangan terbang ini dibina dengan konsep ‘lapangan terbang di dalam hutan, hutan di dalam lapangan terbang’, di mana kawasan berlandskap hijau dibiarkan hidup di tengah-tengah bangunan itu. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam pembinaan jambatan. Contohnya, jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5 km yang dibuka pada tahun 1985 adalah jambatan terpanjang di Asia dan ketiga terpanjang di dunia. Jambatan enam lorong itu dibina dengan keupayaan kalis gempa bumi sehingga 7.5 pada skala Richter. Sebelum jambatan itu dibina, orang ramai menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberangi Selat Pinang. Dengan
180

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kemudahan ini, rakyat dapat memanfaatkan pembinaan jambatan ini untuk keselesaan mereka dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya. Pada April 2004, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia dengan kerjasama pereka cipta Zulkifli Haron berjaya mencipta robot yang mampu berfungsi menggantikan manusia dalam menjalankan kerja-kerja keselamatan apabila berlaku kecemasan di dalam bilik radioaktif. Antara lain fungsi robot ini ialah memberi bacaan dedahan radiasi, mengangkat beban serta membaiki kerosakan. Robot ini juga boleh menjalankan pelbagai fungsi lain di luar bilik radioaktif. Program Robot Interaktif Pertama Malaysia yang dikenali sebagai AINI (Artificial Intelligent Neural-Network Identity). AINI telah dibangunkan oleh Prof Madya Dr. Goh Ong Sing bersama sepasukan penyelidik dari Kolej Teknikal Kebangsaan Malaysia di Melaka. Robot Maya ini boleh bersembang dengan manusia dalam apa jua topik perbualan. Ia boleh menunjukkan tindak balas dengan ekspresi muka serta pergerakan tubuh bersesuaian dengan perbualan, serta boleh bertutur dalam bahasa Perancis, Itali, Jepun, Korea, malah Bahasa Inggeris dengan loghat Amerika atau British. Pada tahun September 2000 pula, Malaysia telah melancarkan mikrosatelit reka bentuk sendiri pertama iaitu Tiungsat-1. Mikrosatelit ini dimiliki dan diselenggarakan oleh Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd, sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Kegunaan mikrosatelit bukan komersial ini meliputi aplikasi untuk agensi-agensi kerajaan, pusat-pusat pengajian tinggi dan sektor swasta. Pada lazimnya kegunaan robot ini adalah bagi tujuan pengimejan bumi menggunakan tiga kamera sudut tirus dan sebuah kamera sudut lebar. Hal ini mencerminkan kejayaan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi yang begitu pesat membangun pada era pasca moden ini. Dalam zaman globalisasi ini, negara tidak ketinggalan untuk mencapai kemajuan dalam bidang pengangkutan, perhubungan
181

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan telekomunikasi. Pada tahun 1983, kerajaan mengumumkan projek kereta nasional. Dua tahun kemudian, model kereta nasional pertama iaitu Proton Saga dikeluarkan oleh kilang Proton di Shah Alam. Semenjak itu, industri automotif negara telah berkembang dengan pesat dengan Proton melancarkan beberapa model lain, diikuti dengan penubuhan syarikat-syarikat lain seperti Perodua, Inokom dan Naza. Pelancaran kereta Perodua model terbaru pada tahun ini iaitu 2007 ialah kereta Viva yang direka khas untuk menampung keperluan dan keselesaan pengguna. Malahan, sistem transit rel ringan Putra yang menghubungkan kawasan-kawasan sub-bandar di sebelah timur dan barat Kuala Lumpur telah dilaksanakan dan merupakan sebahagian dari sistem pengangkutan moden di bandar raya itu. Sistem ini yang meliputi laluan sejauh 29 km ini adalah sistem kereta api ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia pada tahun pertama operasinya, sehingga perkhidmatan kereta api ringan di Lille, France dipanjangkan kepada 32 km pada tahun 2000. Manusia sentiasa berusaha mencapai kemajuan. Bahkan dari zaman batu hingga ke era globalisasi, manusia sejagat tidak pernah berhenti berusaha. Pencapaian dalam pelbagai bidang dapat dilihat dalam kehidupan kita seharian. Dari bangunan yang diperbuat daripada tanah liat hingga bangunan konkrit yang mencakar langit, dari surat menyurat hinggalah kepada penggunaan telefon mudah alih dan fax bagi memudahkan perhubungan. Pengangkutan tidak ketinggalan dari arus modenisasi, dari kapal hinggalah burung gergasi iaitu kapal terbang yang membawa penumpang ke seluruh persada dunia. Kemajuan dalam pelbagai peralatan canggih yang boleh membantu melakukan kerja seperti mesin-mesin atau robotrobot digunakan bagi mengatasi tenaga pekerja. Malaysia maju setapak lagi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pelbagai uji kaji mampu diselesaikan dengan adanya kemajuan teknologi. Sebagai contoh, virus selesema burung dapat dikenal pasti di bawah mikroskop elektron berkuasa tinggi. Bakteria seperti H5N1 dan sebagainya dianalisis dan penawarnya
182

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mungkin dapat ditemui. Kesihatan rakyat terjamin dengan ubatubatan dan alat pembedahan yang canggih. Pakar-pakar perubatan di Malaysia juga mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dengan pakar-pakar perubatan dari negara-negara asing. Buktinya, pada Mei 2000, pakar bedah Dr. V Pathmanathan mengetuai sekumpulan 55 orang dari Hospital Selayang, Selangor dalam menjalankan pembedahan pemindahan lengan ke atas seorang bayi yang pertama di dunia iaitu Chong Lih Ying, yang dilahirkan tanpa lengan. Bayi itu telah menerima lengan dari saudara kembarnya Lih Jeng, yang meninggal dunia akibat kerosakan otak semasa dilahirkan. Pembedahan untuk menyambung lengan Lih Jeng kepada tubuh Lih Ying mengambil masa 15 jam. Justeru, kemajuan yang dicapai dalam bidang perubatan dapat menjamin kesihatan rakyat pada tahap yang optimum. Baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan program pelancongan kesihatan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat negara ini. Selain itu kerajaan menawarkan pakej kesihatan yang murah dan efektif kepada pelancong-pelancong yang datang melancong di negara ini. Langkah ini jelas menunjukkan usaha kerajaan Malaysia dalam membangunkan dan memperkembangkan taraf kesihatan rakyat seantero dunia. Malaysia juga mencapai banyak kecemerlangan dan kegemilangan dalam bidang sukan sebagaimana peribahasa “Usaha Tangga Kejayaan” yang menjadi pegangan hidup rakyat. Prinsip ini dipegang oleh jaguh-jaguh sukan untuk mereka menyerlah dalam bidang sukan masing-masing. Misalnya, Nasmizan Mohammad yang meraih gelaran “Raja Pecut Asia Tenggara” yang telah memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 200 meter dalam Sukan SEA di Vietnam. Sementelahan itu, rakyat Malaysia juga mencapai kejayaan dalam beberapa aspek yang mengangkat martabat dan imej negara Malaysia di pentas dunia. Buktinya, pada Mei 2004 mahasiswa Universiti Teknologi Mara, Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin dan Ahmad Reduan Rozali, kedua-duanya berumur 22 tahun yang menjadi pelajar
183

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

universiti dari Asia Tenggara yang pertama berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest. Mereka merupakan kumpulan rakyat Malaysia kedua yang menjejakkan kaki ke puncak tertinggi dunia tersebut selepas kejayaan N. Mohandas dan M. Magendran pada Mei 1997. Contoh lain yang amat ketara juga ialah Lennard Lee, 20 seorang pelajar jurusan perubatan di Universiti Cambridge, berjaya berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 33.6 km dari Dover, England ke Calais, Perancis dalam masa 9 jam 45 minit pada Julai 2004. Lee menjadi rakyat Malaysia kedua berjaya merenangi Selat Inggeris, selepas Abdul Malik Mydin, 29 yang berjaya melakukannya dalam masa 17 jam 35 minit pada Ogos 2003. Malahan, kaum wanita di Malaysia turut menyumbang nama dalam pencapaian Malaysia. Pada 30 Disember 2004 pensyarah Psikologi Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datin Paduka Sharifah Mazlina memecahkan rekod dunia sebagai wanita Asia pertama merentasi Antartik yang diketahui sebagai tempat paling sejuk di dunia, dengan suhu serendah 80 darjah Celsius dan purata kelajuan angin 85 km sejam, telah meluncur ski dari Kutub Selatan ke Hercules Inlet yang meliputi jarak sejauh 1,100 km. Sharifah Mazlina memulakan ekspedisinya pada 9 Disember meluncur sejauh 30 km – 40 km sehari. Pendek kata, kejayaan hanya akan berpihak kepada orang yang berusaha kerana “yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang”. Oleh itu, kita tidak seharusnya terlalu bergantung pada nasib untuk menentukan pencapaian kita. Buktinya tokoh berjaya dalam bidang pendidikan ialah tokoh pendidikan Prof. Dr. Chin Yew Sin yang mencatat rekod dalam buku Record Book of World Initiators di atas pencapaian luar biasa di dalam bidang akademik. Dr. Chin memegang 12 rekod dunia, di antaranya; orang pertama di dunia menghadiri lapan majlis konvokesyen untuk menerima lima ijazah, tiga diploma pasca-siswazah dan sijil dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Scotland dan Malaysia dalam masa setahun, orang pertama di dunia yang memiliki empat ijazah sarjana muda dan melengkapkan ijazah pada tahun
184

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang sama; orang pertama di dunia yang berjaya melengkapkan program ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pentadbiran Perniagaan dalam masa empat bulan, ijazah MBA dalam masa sembilan bulan dan Doktor Falsafah dalam masa 15 bulan, dan beliau adalah orang pertama di dunia yang memiliki 72 kelayakan termasuk 11 ijazah, diploma pasca-siswazah dan sijil, dua diploma, 15 sijil, 7 sijil profesional dan 37 keahlian profesional. Salah satu daripada pencapaian terbesar dan merupakan keunikan Malaysia sejak merdeka adalah keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati oleh penduduknya yang berbilang kaum. Malaysia merupakan negara peneraju utama di dunia dalam usaha menentang keganasan. Malaysia melancarkan pewujudan Pusat Serantau Asia Tenggara bagi menentang keganasan (SEARCCT) di Kuala Lumpur pada 2003. Sejak sejarah negara kita dicalitkan dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang membabitkan perbalahan kaum, kerajaan Malaysia telah berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang harmoni dan aman damai. Inisiatif yang perlu diambil untuk mewujudkan integrasi nasional adalah menubuhkan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah yang mempunyai pelajar yang berlainan bangsa, kaum dan agama. Melalui Sekolah Wawasan, perpaduan dalam kalangan pelajar dapat dipupuk dan disemai supaya mereka turut mengamalkan prinsip hidup “bagai aur dengan tebing” dalam kehidupan mereka. Pelajar merupakan aset penting negara yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Mereka diumpamakan sebagai “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Sesungguhnya, integrasi nasional di Malaysia membantu menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Dengan adanya semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum, kata sepakat dapat dicapai. Rakyat hidup dalam keadaan saling membantu antara satu sama lain selaras dengan peribahasa “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pendek kata, masyarakat di Malaysia dapat hidup bersama-sama secara aman tanpa berlakunya persengketaan. Untuk ini rakyat Malaysia harus memainkan peranan sebagai
185

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

seorang warganegara yang bertanggungjawab dan menggembleng tenaga bersama untuk membantu pemimpin-pemimpin negara membangunkan negara Malaysia bagi menjamin kejayaan Malaysia yang lebih gemilang serta berusaha berjuang demi kemerdekaan negara. Rujukan 1. http://web5.bernama.com/event/merdeka2005/bm/about.htm 2. Berita Minggu, 20 Januari 2007 3. Estidotmy, 28 Mac 2007 4. Estidotmy, 31 Januari 2007 5. Mingguan Malaysia, 31 Disember 2006

186

50 TAHUN MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Siti Munirah Binti Arifin SMK Seberang Temerloh, Pahang

M

enjelang ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia, berbagai-bagai perubahan telah berlaku di negara ini sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Perubahan demi perubahan ini juga menjadikan Malaysia sebagai negara yang gagah gemilang. Sebagai sebuah negara yang sedang meningkat maju, Malaysia sudah mencipta nama tersendiri di peringkat antarabangsa melalui pelbagai bidang, dan yang paling menonjol buat masa kini ialah bidang sukan dan sektor pelancongan. Dalam soal memperjuangkan tanah air, kita tidak boleh lupa pada perjuangan dan pengorbanan nama-nama besar seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Salleh serta ramai lagi tokoh pejuang tempatan yang berjuang bagi mengembalikan kedaulatan bangsa. Bagaimana cekalnya, Dato’ Bahaman menentang British yang menghapuskan peranan beliau sebagai pembesar tempatan, bagaimana beraninya, Hj. Abdul Rahman Limbong menentang peraturan tanah yang membebankan penduduk, begitulah juga yang patut dilakukan oleh generasi pada masa kini yang kebanyakan sebelum ini tidak pernah merasa pahit getir dan perit jerih seorang pejuang bangsa yang mempunyai nilai-nilai nasionalisme dan patriotisme dalam usaha mempertahankan maruah bangsa dan negara.
187

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Semangat juang inilah perintis kepada perjuangan pemimpinpemimpin terdahulu untuk berjuang memerdekakan tanah air daripada cengkaman penjajah dalam acuan tersendiri. Dari aspek politik, negara Malaysia selepas merdeka mengamalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran bercorak demokrasi berparlimen. Melalui sistem demokrasi berparlimen, rakyat secara tidak langsung akan terlibat dalam sistem pemerintahan. Melalui sistem ini juga rakyat berpeluang menubuhkan kerajaan. Hal inilah yang sangat diperlukan oleh sebuah negara yang bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah sentiasa mengingati akan perjuangan Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman yang berusaha bersungguh-sungguh membawa Tanah Melayu pada masa itu ke arah kemerdekaan. Termeterainya, perjanjian antara Tunku Abdul Rahman dan pihak British, Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan daripada pihak British yang seterusnya menggelar Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan. Sebagai generasi hari ini dan masa depan kita semestinya berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan dengan pelbagai pengisian sehingga mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang unggul di mata dunia. Hubungan diplomatik dengan negara-negara luar amat dititik beratkan demi memelihara keamanan sejagat. Antaranya Perdana Menteri Malaysia yang pertama ini telah mencadangkan penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Beliau juga telah diberikan penghormatan untuk memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama di samping Malaysia mendapat mandat sebagai tuan rumah persidangan ini pada tahun 1974 dan 2003. Selain OIC, Malaysia juga terlibat dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa semenjak era Tunku Abdul Rahman sehinggalah kepada tampuk pemerintahan sekarang iaitu Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Dasar luar yang diamalkan ini mengutamakan kesejahteraan serantau dunia secara tidak langsung memberi impak yang positif kepada negara kita.
188

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Era penjajahan menunjukkan kepincangan ekonomi melalui dasar yang diamalkan oleh pihak British. Namun langkah bijak yang diambil oleh pemimpin-pemimpin negara mampu mengubah struktur ekonomi melalui rancangan pembangunan yang terancang. Pemimpin terdahulu telah dilaksanakan dasar ekonomi melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang masih diamalkan hingga kini. Pentingnya sektor ekonomi dalam membentuk sebuah negara merdeka yang gemilang adalah seiring dengan kestabilan politik. Bapa Pembangunan Negara, Tun Abdul Razak menyedari masalah ekonomi kaum bumiputera telah mengambil langkah bijak dengan menukarkan hutan belantara kepada tanah-tanah rancangan untuk memajukan sektor pertanian. Dari sektor ekonomi berasaskan pertanian, negara mengalami perubahan yang ketara apabila bekas Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencetus satu lagi revolusi dalam membawa Malaysia ke arah kegemilangan negara maju. Hasrat beliau untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian terlaksana apabila negara terlibat dalam perindustrian berat sehingga terhasilnya kereta keluaran tempatan yang pertama iaitu Proton Saga yang kini semakin pesat berkembang dengan model-model terbaru keluaran EON. Langkah ini membuka mata dunia apabila negaranegara maju berminat untuk melabur di negara ini. Wawasan 2020 adalah idea mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diumumkan dalam persidangan pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada 28 Januari 1991. Matlamat wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara industri yang maju beracuan sendiri setanding dengan Negara maju lain di dunia. Beliau yang sebelum ini juga telah memperkenalkan Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Pandang ke Timur, menegaskan bahawa Wawasan 2020 hanya akan menjadi kenyataan apabila kesemua sembilan cabaran utama dapat disahut oleh rakyat Malaysia. Cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Cabaran kedua pula mengetengahkan proses
189

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

untuk membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. Cabaran ketiga membina masyarakat demokratik yang matang. Cabaran yang keempat menekankan untuk melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Manakala cabaran kelima pula menegaskan idea yang lebih menjurus kepada hasrat untuk mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi. Cabaran keenam pula ialah usaha membina masyarakat yang maju dan saintifik. Hasrat murni Tun Dr. Mahathir Mohamad diketengahkan lagi melalui cabaran yang ketujuh dan kelapan untuk mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang dan juga hasrat untuk menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Cabaran yang terakhir ialah cabaran untuk memupuk dan membina masyarakat makmur. Dapatlah dirumuskan bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ini akan terus memacu kemajuan negara setanding negara-negara maju. Kemajuan yang diharapkan itu menitikberatkan kemajuan fizikal dan kemajuan bersepadu. Apa yang paling penting ialah Malaysia akan mencapai kemajuannya sendiri dengan menitik beratkan keseimbangan kemajuan fizikal dan rohaniah. Kemakmuran yang dikecap oleh rakyat negara ini merupakan usaha berterusan yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu hinggalah kini. Apa tidaknya, kepelbagaian kaum yang wujud akibat daripada dasar penjajah menyukarkan penduduk negara ini untuk bersatu padu. Kesungguhan Tunku Abdul Rahman yang berjaya menyatukan penduduk pelbagai kaum melalui rundingan khususnya melalui Pakatan Murni membuka hati penjajah untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Begitulah uniknya negara Malaysia yang mampu mengekalkan kemerdekaan hingga ke hari ini ekoran semangat perpaduan yang jitu. Perpaduan merupakan agenda utama negara dalam mengekalkan kemerdekaan. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa sukan merupakan antara alat perpaduan terpenting tanpa mengira keturunan
190

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan ideologi. Selain itu, sukan juga mampu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Negara Malaysia sendiri pernah mencipta sejarah apabila diberi kepercayaan untuk menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa iaitu Sukan Komanwel pada tahun 1998. Semenjak itu, sukan telah banyak melonjakkan nama Malaysia di persada dunia. Apatah lagi negara kita juga telah berjaya menganjurkan sukan permotoran khususnya Formula One apabila kita mempunyai litarnya tersendiri di Sepang, Selangor. Baru-baru ini negara telah melahirkan jaguh squash negara apabila Nicol David telah dinobatkan pemain nombor satu dunia. Dalam arena Badminton, personaliti seperti Misbun, Razif, Jailani dan Rashid Sidek meledakkan pencapaian terbaik mereka dalam pertandingan di peringkat antarabangsa, sehingga berjaya menempatkan mereka dalam kelas yang tersendiri. Hingga kini pasukan badminton negara masih digeruni pasukan lain walaupun diteruskan oleh pemain-pemain baru. Hal inilah yang harus dijadikan contoh dalam mencorakkan langkah kita yang seterusnya menuju ke arah gelaran negara merdeka yang gagah gemilang. Selain aspek perpaduan, kemantapan sistem pendidikan amat penting untuk melahirkan sebuah negara yang gagah gemilang. Mengimbas semula semasa era penjajahan, peluang penduduk tempatan menuntut ilmu sama ada di sekolah atau ke peringkat yang lebih tinggi sangat terhad. Hal ini demikian kerana pihak penjajah tidak mahu penduduk tempatan lebih berpengetahuan dan seterusnya mengancam kedudukan mereka di negara ini. Namun, kesedaran bangsa yang membawa kemerdekaan negara mengubah paradigma tersebut. Lihatlah kini berpuluh-puluh institusi pengajian tinggi yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia mencedok ilmu sebanyak mungkin sehingga ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam atau luar negara. Malah terdapat juga pusat-pusat pengajian tinggi Malaysia yang menawarkan tempat kepada pelajar-pelajar luar negara untuk menuntut di Malaysia. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam perubahan arus perdana. Selaras dengan era maklumat di hujung jari dan dasar langit terbuka,
191

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

maka projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Koridor (MSC) telah dilancarkan. Tujuan penubuhan MSC adalah untuk memastikan bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Perlaksanaan ICT secara tidak langsung dapat memantapkan ekonomi negara agar dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang lebih baik pada zaman atau era globalisasi ini. Selain itu juga, kita seharusnya menitik beratkan lagi konsep “Malaysia Boleh” yang sentiasa menjadi laungan rakyat Malaysia apabila mencipta nama ataupun kejayaan terbesar di peringkat antarabangsa seperti ekspedisi menawan Gunung Everest dan juga ekspedisi secara solo Dato’ Paduka Sharifah Mazlina ke Atlantik membuktikan bahawa rakyat Malaysia memang mempunyai semangat Boleh. Di samping itu, perubahan yang besar sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah sekarang ini ialah perubahan infrastruktur. Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain dengan terbinanya rangkaian sistem perhubungan bertaraf dunia. Mercu tanda negara yang dibina seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas serta Menara Kawalan KLIA dapat membuktikan bahawa, pada abad ke-21 ini telah berlaku banyak perubahan infrastruktur di Malaysia setelah hampir setengah abad merdeka. Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini disediakan demi kesejahteraan rakyat Malaysia setelah hampir setengah abad merdeka. Dalam bidang perubatan negara kita juga tidak ketinggalan dalam kecanggihan alatan dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Hal ini demikian dapat dibuktikan apabila negara kita juga telah menjadi destinasi pelancongan perubatan. Selain itu negara juga dapat membuktikan rakyat Malaysia juga mempunyai kemahiran dan kepakaran apabila Smart Tunnel atau Terowong Pintar telah dibina. Malaysia juga telah dikenali ramai sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik. Hal ini demikian berlaku kerana
192

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

keunikan yang terdapat di Malaysia sama ada dari segi sejarah dan juga masyarakatnya yang berbilang kaum dapat tinggal bersama di bawah satu tompok pimpinan. Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 bermatlamat untuk memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan serta memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Untuk merancakkan sektor pelancongan serta mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan, Malaysia telah melancarkan beberapa kempen seperti Tahun Melawat Malaysia, Citra Warna Malaysia dan sebagainya. Kesinambungan kegiatan pelancongan, banyak kemudahan infrastruktur telah dilaksanakan demi kemudahan pelancong dan juga penduduk di Negara ini. Sebagai sebuah negara kecil dalam peta dunia, pastinya negara Malaysia kurang mendapat perhatian dunia. Namun usaha gigih pemimpin-pemimpin terdahulu dan kini mampu menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Kesungguhan serta langkah-langkah strategik yang diambil oleh badan-badan kerajaan di Malaysia dalam strategi dasar luarnya membuktikan tentang pentingnya sebuah negara dalam mengejar maklumat dan mengikuti perubahan dunia dan juga usaha mengejar kejayaan dalam dunia tanpa sempadan ini. Walau bagaimanapun, perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial, kita tidak seharusnya lupa akan kelima-lima orang Perdana Menteri Malaysia yang ada ketika dulu dan kini saban waktu memerah keringat bagi menjulang negara kita ke peringkat yang lebih tinggi. Tunku Abdul Rahman semestinya, merupakan seorang Perdana Menteri yang sangat cekal dan tabah menghadapi jerih perih kehidupan di bawah jajahan kuasa asing. Namun beliau telah berjaya menyatupadukan rakyat yang seterusnya memperoleh kemerdekaan daripada penjajah. Gelaran Bapa Kemerdekaan memang sewajarnya diberikan kepada beliau atas jasanya memerdekakan Malaysia. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman memulakan projek
193

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pembangunan seperti pembinaan Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan juga Tugu Kebangsaan. Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak mendapat gelaran Bapa Pembangunan atas sumbangan beliau dalam pembangunan dan kemakmuran negara. Antara sumbangan beliau ialah perlaksanaan Penyata Razak 1956, Dasar Pembangunan Luar Bandar dan Dasar Ekonomi Baru. Beliau juga begitu menitik beratkan kesejahteraan rakyat dengan membawa banyak perubahan kepada ekonomi negara khususnya pembangunan luar bandar. Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga dikenang sebagai Bapa Perpaduan. Walaupun tempoh pentadbirannya singkat namun beliau juga banyak menyumbang ke arah kegemilangan bangsa. Beliau juga telah bertanggungjawab melancarkan Skim Amanah Saham Nasional. Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat telah digelar sebagai Bapa Pemodenan kerana sumbangan dan misi beliau yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara moden setaraf dengan negara maju yang lain. Beliau telah mendorong rakyat untuk “Pandang ke Timur” bagi mencapai kemajuan dalam aspek pendidikan, teknologi dan cara berfikir. Selain itu beliau juga dilabel sebagai “Pencetus Negara Maju”. Perdana Menteri kita pada hari ini Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri yang sangat tersohor dengan konsep Islam Hadhari. Langkah beliau ini sebagai kesinambungan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Kesimpulan bagi kegemilangan Malaysia yang akan menyambut ulang tahun ke-50 pada tahun ini, sejarah telah membuktikan betapa rakyat Malaysia sangat beruntung berada di bawah tampuk pimpinan negara yang begitu bertanggungjawab dalam memacu negara Malaysia ke landasan kegemilangan yang di kecapi hampir sepenuhnya selepas lebih 400 tahun Malaysia menjadi mangsa
194

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

penjajahan kuasa-kuasa asing yang tamak dengan sumber bumi negara ini. Jika tidak kerana mereka, pastinya negara kita tidak mampu membangun seperti yang di kecapi sekarang. Konklusinya, sebagai rakyat yang taat setia kepada Tuhan, raja dan negara, kita perlu memahami sedalam-dalamnya dasar pembangunan dan perpaduan serta jati diri bangsa dan seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam usaha memupuk perpaduan nasional. Prinsip Rukun Negara yang diamalkan dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan konsep nasionalisme dan patriotisme serta toleransi kaum. Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat hidup dalam sebuah negara yang demokrasi demi kesejahteraan rakyat. Namun begitu, kita perlu berwaspada dan tidak alpa dalam mengecap keamanan hari ini. Hal ini demikian kerana walaupun hampir setengah abad kemerdekaan dan mampu menjadi negara gagah gemilang kita seharusnya mengamalkan sikap sediakan payung sebelum hujan kerana segala bentuk penjajahan baru bukanlah sesuatu yang baru. Sungguhpun begitu segala kemajuan dan keamanan yang di kecapi sekarang sudah mampu membuktikan bahawa Malaysia sememangnya negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang! Sememangnya juga selepasnya 50 tahun Malaysia Merdeka memang telah terbukti sebuah negara yang gagah gemilang.

195

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Mohd Firdaus Mohd Azman SMK Damak, Jerantut, Pahang

T

anggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang sangat penting kepada negara. Setelah beratus-ratus tahun negara kita tunduk kepada kuasa penjajah dari era Portugis hinggalah ke zaman Jepun, akhirnya detik yang paling ditunggu-tunggu sekian lama oleh penduduk Malaysia menjelma jua. Bermula dari tarikh tersebut, negara kita telah diiktiraf sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai kerajaan. Peristiwa ini bukanlah sesuatu yang boleh dianggap enteng oleh kita semua, kerana bermula dari saat tersebut negara kita telah mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Jika suatu ketika dahulu, negara penjajah sering menganggap kita tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber untuk memajukan negara, tetapi setelah 50 tahun berlalu semakin jelas ketidakbenarannya. Buktinya, lihat sahajalah kepada ekonomi negara kita yang semakin hari semakin kukuh, keadaan ini sudah cukup untuk membuka mata dunia bahawa negara kita bukan lagi sebuah negara yang boleh diremeh dan diperbodohkan lagi seperti yang penjajah lakukan sebelum ini. Mengimbau kembali masa lampau, semasa negara kita dijajah, segala penat jerih dan keperitan hidup yang dilalui masyarakat
197

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pada waktu itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mereka bersusah payah dan berganding bahu hanya untuk mendapatkan sebuah negara yang berstatus merdeka. Telah ramai wira-wira kita yang terkenal pada waktu itu seperti Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Rentap, Tok Janggut, Dato’ Maharaja Lela dan banyak lagi yang gugur di tangan penjajah hanya kerana mereka ingin menuntut hak mereka sebagai pribumi. Ada di antara mereka mati dibunuh oleh penjajah dengan kejam dan tanpa belas kasihan seperti yang telah berlaku ke atas Tok Janggut yang tidak dikebumikan, sebaliknya diarak ke seluruh kampung beliau dengan keadaan yang sangat menyedihkan untuk memberi peringatan kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara yang dilakukan oleh Tok Janggut. Setelah negara kita mencapai kemerdekaan, segala kesengsaraan yang ditanggung oleh masyarakat ketika itu berakhir jua. Sedikit demi sedikit negara kita dirangka ke arah sebuah negara yang lebih maju oleh Perdana Menteri yang pertama ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Selama lebih kurang 13 tahun beliau memerintah, telah berjaya membentuk negara kita kepada sebuah negara yang lebih berorganisasi tanpa bantuan penjajah mahupun kuasa asing. Pada tahun 1970, beliau telah diganti oleh Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang kedua. Beliau telah meneruskan usaha yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan telah banyak berjasa dalam membangunkan negara dalam pelbagai sudut. Setelah itu beliau telah diganti oleh Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri yang ketiga pada tahun 1976. Setelah pembangunan dirancang oleh Perdana Menteri yang kedua, beliau pula dikenali dalam perpaduan masyarakat kita pada waktu itu. Beliau telah berjaya menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan negara. Pembangunan negara selepas itu dijana ke arah negara yang lebih moden iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang keempat. Beliau telah banyak memodenkan negara sepanjang tempoh yang agak lama iaitu selama 22 tahun seperti bangunan KLCC yang tersergam indah.
198

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Setelah berakhirnya zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pula mengambil alih pucuk pimpinan negara pada tahun 2003. Beliau telah melaksanakan pelbagai dasar baru yang lebih tersusun demi untuk memajukan negara supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Antara dasar yang diperkenalkan oleh beliau ialah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Beliau sangat menitikberatkan modal insan yang perlu ada dalam setiap diri masyarakat untuk menjana pembangunan Negara. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga terkenal dengan sikap yang sangat bertoleransi dalam memerintah negara. Sikap toleransi beliau dapat kita lihat semasa negara kita mengalami perselisihan pendapat dengan Singapura. Walaupun Singapura bersikap angkuh dan keras kepala dalam rundingan itu, tetapi Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi tetap mencari jalan penyelesaian berdamai kerana beliau tidak mahu bermusuhan. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi juga bijak dalam memerintah terutamanya boleh kita lihat semasa Amerika menawarkan hubungan perdagangan bebas dua hala dengan mereka. Beliau sedar sekiranya beliau mempersetujui hubungan itu, industri kecil-kecilan di negara kita mungkin akan tergugat oleh syarikatsyarikat besar daripada Amerika. Atas usaha gigih kelima-kelima Perdana Menteri kita, negara telah membangun dengan pesat sekali merangkumi ketiga-tiga aspek iaitu ekonomi, politik dan sosial. Kestabilan ekonomi negara sememangnya diakui oleh negara-negara lain walaupun ekonomi negara masih belum setaraf dengan negara-negara berkuasa besar seperti Amerika, Rusia dan Jepun. Perdagangan import dan eksport negara kita dengan negara lain sememangnya boleh dibanggakan. Jika dilihat pada situasi sekarang, negara kita merupakan antara sepuluh negara perdagangan yang terpenting bagi beberapa buah negara juga negara-negara luar sangat mengharapkan produk-produk daripada negara kita seperti getah asli, kelapa sawit dan petroleum yang sukar didapati di negara mereka. Kerajaan telah menyedari potensi produk-produk seperti ini dan berusaha untuk memajukan
199

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

industri-industri ini dengan memperuntukkan sejumlah dana yang agak besar, kerana produk-produk seperti getah asli dan kelapa sawit ini mempunyai pasaran yang semakin meluas di masa akan datang. Dengan kemajuan teknologi sekarang, pelbagai produk baru diterokai yang menggunakan getah asli dan kelapa sawit. Syarikat Petronas Malaysia pula termasuk antara 500 syarikat terbesar di dunia dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang lain di antarabangsa. Bukan itu sahaja, kenderaan berjenama proton juga terkenal di arena antarabangsa. Dari segi politik negara pula, perkembangannya cukup memberangsangkan. Walaupun negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa, tetapi politik negara kita tetap berjalan dengan aman, tidak seperti di sesetengah negara lain seperti Thailand, Filipina, Amerika dan Britain yang sering berlaku permusuhan serta pemberontakan lantaran keadaan politik yang tidak stabil. Di Malaysia, negara kita mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi. Ternyata, sistem ini mendapat sokongan padu daripada rakyat walaupun ada juga segelintir rakyat tidak bersetuju yang mewakili pihak pembangkang. UMNO ialah parti politik yang terkenal di Malaysia. Parti ini jugalah, yang banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Keamanan dan kestabilan politik negara sebagai sebuah negara Islam telah diberi kepercayaan oleh negaranegara Islam yang lain untuk mempengerusikan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Pemilihan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Pengerusi OIC juga adalah kerana kewibawaan beliau sebagai pemimpin. Sikap tegas beliau yang lantang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin harus dipuji kerana tidak banyak negara yang berani melakukan sedemikian kerana Israel adalah sekutu Amerika Syarikat. Seterusnya, perkembangan sosial negara juga tidak kurang hebatnya terutamanya dalam bidang pendidikan. Langkah
200

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pembestarian pembelajaran yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang ternyata memberi impak yang besar dalam bidang pendidikan negara dan juga antara sistem pembelajaran yang tercanggih setakat ini. Dalam pembestarian pembelajaran ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar dana untuk memperlengkapkan sekolah-sekolah di negara kita dengan perisian komputer. Langkah ini mendapat pujian daripada negara-negara lain kerana belum banyak lagi negara yang melaksanakan sistem ini termasuklah negara-negara maju. Selain itu, bidang sukan juga mengalami peningkatan yang pesat. Sukan negara seperti tenis, badminton dan hoki telah banyak menaik dan mengharumkan nama negara. Kecemerlangan Nicol Ann David di dalam sukan Skuasy yang menduduki ranking pertama dunia masih sukar digugat. Selain daripada tenis, penampilan negara kita di dalam arena sukan lain juga sedikit sebanyak menggerunkan negara lain. Semasa tsunami melanda Acheh pada penghujung tahun 2004, Malaysia merupakan negara pertama yang menderma untuk bantuan mangsa tsunami walaupun pada ketika itu negara kita juga terkena tempias tsunami itu. Hal ini menunjukkan negara kita bukan sahaja prihatin malah mampu membantu negara lain yang dalam kesusahan. Kesimpulannya, kita seharusnya lebih bersyukur dengan kemerdekaan yang kita kecapi sekarang. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning atau Rentap yang menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, atau Dato’ Maharaja Lela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum, agama, mahupun warna kulit. Setapak kita melangkah, usahlah kita menoleh ke belakang lagi. Sempena 50 tahun kemerdekaan yang kita kecapi pada tahun ini, marilah kita sama-sama bersatu hati dan berganding bahu dalam memperjuang dan mempertahankan kedaulatan negara yang kita nikmati sekarang, supaya peristiwa
201

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pahit getir sebelum 50 tahun dahulu tidak akan berulang kembali. Semoga negara kita menjadi semakin maju dan terus maju dalam meniti arus kegemilangan. Selamat hari kemerdekaan yang ke-50. Rujukan 1. Buku Teks Sejarah Tingkatan Tiga. Prof Datuk Dr. Ramlah binti Adam, Abdul Hakim Samsuri, Muslimin bin Fadzil, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004. 2. Masteri Memori Melalui Peta Minda, Sejarah SPM. Junaidah Salehudin, Rosnani Rifin, Nor Aslina Mamat. PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. 2006. 3. http://www.OIC-un.org.

202

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Devika A/P Gunasegaran SMK Tinggi Perempuan Melaka

D

alam tempoh lima puluh tahun merdeka, pembangunan dan kemajuan Malaysia begitu menakjubkan. Malaysia adalah antara negara membangun yang paling maju dan sedang menuju status negara maju pada tahun 2020. Malaysia juga menjadi negara contoh kepada negara-negara Islam lain serta kagum dengan pencapaian dan kemajuan singkat Malaysia dalam tempoh lima puluh tahun. Selepas mencapai kemerdekaan dan berjaya bebas daripada cengkaman penjajah, kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara kita selama lima puluh tahun telah banyak mencipta kejayaan dan pembangunan negara. Malaysia sebelum ini hanya bergantung pada pertanian tetapi kini ekonomi negara dipelbagaikan dengan perindustrian, pelancongan, perkhidmatan, teknologi maklumat dan sebagainya selain sumbangan sektor pertanian. Sistem pentadbiran juga semakin cekap dan sistematik dengan terbinanya Putrajaya sebuah lokasi pentadbiran kerajaan persekutuan baru. Pembinaan Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Pelabuhan Bebas Cukai Langkawi serta penganjuran F1 Sepang, LIMA telah dan menaikkan imej negara di peringkat
203

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

antarabangsa. Jika diimbas sejarah kemerdekaan negara, banyak pihak mempertikaikan keupayaan Tanah Melayu untuk merdeka apatah lagi mencapai kejayaan yang kita nikmati sekarang ini. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam kemajuan bidang aeroangkasa dengan melancarkan satelit MEASAT 1, 2 dan 3 serta menubuhkan agensi angkasa negara dan tidak melepaskan peluang dengan menghantar anak tempatan ke angkasa lepas. Penghantaran MEASAT 2 dan 3 ke angkasa lepas untuk mempertingkatkan satelit komunikasi bertaraf dunia. Malaysia juga telah banyak mencapai kemajuan dalam mempertingkatkan bidang pengangkutan dan infrastruktur demi untuk keselesaan rakyat. Pengangkutan moden seperti sistem LRT, monorel, ERL dan kereta api elektrik telah diwujudkan hingga dikagumi oleh pelancong luar negara. Pembinaan lebuh raya yang bertaraf dunia di kawasan utara-selatan, timur-barat menujukkan kecanggihan Malaysia. Jambatan Pulau Pinang yang terpanjang di Asia adalah antara arus pemodenan negara. Malaysia sekali lagi telah membuktikan kemampuannya apabila mencipta sejarah dalam industri automobil dengan mengeluarkan kereta sendiri iaitu jenama Proton. Selain dari pada itu Malaysia sekali lagi mencipta nama di peringkat antarabangsa dengan mencipta pesawat negara Eagle X – T5 yang pertama. Kemajuan dan kejayaan negara ini membuktikan kejayaan Malaysia selepas mencapai kemerdekaan lima puluh tahun. Satu lagi mercu tanda kejayaan Malaysia yang amat dikagumi dunia ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang canggih di rantau Asia. KLIA juga banyak mendapat anugerah antarabangsa kerana perkhidmatan terbaik yang ditawarkan serta kecanggihannya. Menara Berkembar Petronas yang pernah diiktiraf sebagai bangunan tertinggi dunia juga membuktikan betapa besarnya kemampuan Malaysia. Penganjuran Sukan Komanwel, Formula One (F1), Le Tour De Langkawi dan kejohanan dunia lain juga membuktikan keupayaan negara menganjur kejohanan bertaraf dunia dengan kelengkapan infrastruktur sukan bertaraf dunia. Malaysia
204

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

juga telah melahirkan ramai insan terbilang yang terdiri daripada anak watan negara. Di antaranya N. Mohandas dan M. Mahendran yang telah berjaya menawan puncak gunung Everest pada 26 May pada 26 Mei 1997, ekspedisi penerjunan kutub utara pada 18 April 1998 oleh enam belas orang rakyat Malaysia dan tidak ketinggalan juga misi Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia secara solo. Selain daripada itu ramai atlet negara telah mencatat nama di arena sukan antarabangsa seperti Punch Gunalan yang telah mencipta nama dalam sukan badminton diikuti dengan keluarga Sidek dan ramai lagi. Anak watan negara iaitu Nicole David telah melakar sejarah dalam dunia sukan squash hingga dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia. Dalam jangka masa lima puluh tahun Malaysia merdeka, negara kita juga telah mencipta nama dalam bidang seni dan kebudayaan seperti Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee di mana kebolehannya tiada tandingan sehingga ke hari ini. Tahap pencapaian pendidikan juga sudah terbukti akan tarafnya yang setanding dengan negara-negara maju dunia kerana kita memiliki institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang memiliki sistem pendidikan yang diiktiraf antarabangsa. Pelajar-pelajar kita di luar negara juga setanding dengan pelajar-pelajar lain di dunia dari segi aspek pendidikan. Di samping itu, terdapat ribuan pelajar asing yang menuntut di institusi-institusi pengajian di negara ini. Justeru, kita sebagai anak Malaysia patut berbangga dengan kemakmuran dan kekayaan yang negara miliki berbanding dengan negara jiran. Walaupun beberapa negara jiran telah mencapai kemerdekaan awal daripada negara kita tetapi aspek pembangunan kita mengatasi mereka. Kejayaan, kemajuan, kebebasan dan kegemilangan yang kita nikmati selama lima puluh tahun merdeka ini tidak datang bergolek begitu sahaja. Ia diperolehi hasil pengorbanan tumpah darah para perwira dan pahlawan-pahlawan lampau yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Setiap insan yang bergelar
205

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

rakyat Malaysia sepatutnya tidak mudah lupa akan sejarah perjuangan kemerdekaan negara dan kebebasan ancaman Komunis serta rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Kesemua ini sepatutnya dijadikan iktibar oleh segenap peringkat lapisan rakyat, lebih-lebih lagi generasi muda yang bakal menjadi tunggak negara dan harapan bangsa. Kekuatan ekonomi dan kemajuan yang dikecapi dalam masa lima puluh tahun Malaysia merdeka adalah hasil kebijaksanaan dan kecekapan para pemimpin-pemimpin yang berwawasan seperti Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri yang kedua iaitu Tun Abdul Razak, yang ketiga Tun Hussein Onn, Bapa kemajuan Malaysia iaitu pemimpin negara yang paling lama mampu bertahan dan mengharumkan nama Malaysia sehingga seluruh dunia iaitu legenda negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di manakah kedudukan kita tanpa mereka yang pernah berjuang untuk kemerdekaan, kemajuan dan kejayaan yang tidak terhingga nilainya. Dengan ini kita patut ada nilai berkualiti dalam diri serta tanggungjawab mempertahankan keharmonian, kedaulatan dan perpaduan demi untuk bangsa yang berbilang kaum, agama dan kebudayaan Malaysia. Kita juga harus mempertahankan martabat dan maruah negara yang diwarisi turun-temurun. Kenikmatan kesejahteraan negara kini harus dihargai dengan penuh bermakna. Kita seharusnya mengisi kemerdekaan dengan anak-anak bangsa yang bijak berfikir dan berjuang demi untuk meneruskan matlamat kemerdekaan yang dicapai dan tidak menyalahgunakan kebebasan. Kita juga jangan sekali-kali leka dengan keseronokan dan tenggelam dalam kemewahan yang melimpah di atas bumi bertuah ini atau menjadi pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara hingga tergadai maruah. Di sebaliknya kita harus mempertahankan kemajuan negara bertambah maju mengikut acuan kita sendiri. Segala kejayaan dan kemajuan yang dicapai selama lima puluh tahun Malaysia merdeka telah meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk muncul sebagai salah satu kuasa ekonomi di Asia.
206

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Dengan ini adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia memelihara keamanan keharmonian dan kemakmuran yang sedia ada. Erti kata sebenar merdeka bukan sahaja kebebasan daripada cengkaman penjajah semata-mata tetapi kebebasan daripada kejahilan, rabun minda, kebebasan daripada kemiskinan serta kebebasan menikmati semua peluang keemasan yang sedia ada dan jangan sekali-kali kita kehilangan identiti, jati diri dan menggadai maruah bangsa dan negara. Ancaman gejala sosial seperti dadah dan budaya liar tidak sesuai langsung dengan keperibadian negara. Kita sepatutnya bersyukur dan tidak patut menjadi hamba kepada budaya songsang kerana ini adalah satu-satunya musuh negara yang lebih berbahaya daripada penjajah. Jika tidak dapat dikawal pasti akan membawa padah dan menjadi ancaman kepada ketulenan kemerdekaan. Pencapaian kegemilangan dan kemajuan negara Malaysia dari semua aspek adalah hasil daripada kesediaan setiap warga negara yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan sikap bertolak ansur dan kesederhanaan. Oleh yang demikian setiap kaum mestilah sanggup berkongsi secara bijak dalam politik, ekonomi dan sosial bagi memperkukuhkan dan mengekalkan lagi pembinaan negara Malaysia. Pada masa yang sama sebagai rakyat Malaysia adalah tanggungjawab kita bersama mengingati insan yang bernama Muhammad Hamzah. Beliau adalah pencipta bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Dengan hasil usaha beliaulah maka wujudnya jalur gemilang yang menjadi lambang Malaysia dan juga memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Rujukan 1. Keratan Akhbar

207

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Tan Poh Chai SMK Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan ini disahut dengan penuh gemilang yang bergema memenuhi segenap pelosok negara. Kemerdekaan ibu pertiwi yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah mengimplikasikan negara kita bebas daripada belenggu dan cengkaman penjajah hampir 446 tahun. Bendera Malaysia yang berkibar megah di puncak tiang ditatap oleh setiap warga telah mencambahkan lagi semangat patriotisme dalam lubuk sanubari mereka. Sudah menjadi testimoni bahawa kesejahteraan dan keharmonian yang di kecapi kini merupakan hasil keringat pemimpin terdahulu mahupun komitmen padu yang diberikan oleh setiap rakyat untuk membangunkan negara supaya kemerdekaan yang dicapai boleh dikekalkan. Wawasan 2020 yang diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bermatlamat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi perindustrian, pelancongan, perubatan, pendidikan, perhubungan dan teknologi dalam era globalisasi yang radikal sekarang. Semua rakyat Malaysia telah menggembleng tenaga yang intensif bagi merintis jalan ke arah negara yang ‘Cemerlang,
209

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Gemilang dan Terbilang’ supaya dapat merealisasikan aspirasi dan gagasan negara kita. Inovasi dan kreativiti anak watan yang dinamis telah menyumbangkan kepada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). ICT boleh ditakrif sebagai salah satu prakarsa progresif yang boleh mempercepatkan mahupun memantapkan proses perhubungan tanpa mengira sempadan. Bagi mencapai objektif pembangunan yang konkrit itu, projek Koridor Raya Multimedia (MSC) telah dilancarkan. MSC mencakupi Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Cyberjaya dan Putrajaya. Putrajaya merupakan pusat pentadbiran negara baharu yang menggantikan Kuala Lumpur dan juga dibangunkan sebagai bandar metropolis yang menggunakan infrastruktur yang berteknologi tinggi bagi melancarkan segala urusan negara dan multimedia global yang konsisten. Sementelahan itu, lembah silikon Malaysia yang memulakan e-pendidikan, e-dagang, k-ekonomi, e-perubatan, perkampungan hiburan, tele-kesihatan, pemasaran tanpa sempadan dan penyiaran digital merupakan satu usaha melahirkan modal intelek dan generasi yang cerdik dalam bidang mekanisme bagi menghadapi pancaroba dalam era urbanisasi kini. Dalam bidang perindustrian, Zon Perdagangan Bebas telah dilengkapi dengan prasarana yang canggih bagi melancarkan proses penghasilan produk yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi serta mampu bersaing dengan produk asing. Barangan elektronik seperti perakam video kaset dan komputer telah diproses melalui industri di negara kita telah dapat meningkatkan taraf iktisad negara. Industri elektronik seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Bayan Lepas, Bintulu dan sebagainya mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk berhampiran sekali gus menggalakkan perkembangan teknologi moden dalam era industrialisasi yang serba ligat sekarang. Selain itu, barangan tersebut dapat dieksport ke negara lain bagi meningkatkan pendapatan negara.

210

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Pihak kerajaan sentiasa membangunkan bidang pelancongan dalam negara kita dan hasil pendapatan daripada bidang pelancongan ini, negara kita dapat menikmati berjuta-juta ringgit daripada industri pelancongan itu sendiri. Pihak kerajaan telah membangunkan dan menambahbaikkan taraf pelancongan dengan mengekalkan keselamatan politik, meningkatkan taraf kemudahan asas, melancarkan kempen dan memberi pelbagai motivasi melalui promosi tertentu di samping mementingkan amalan budi bahasa di tempat-tempat tertentu. Tahun 2007 merupakan Tahun Melawat Malaysia sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan para pelancong asing datang ke negara ini untuk menikmati keindahan pantai, hutan belantara dan bangunan yang istimewa. Port Dickson dan Pulau Pangkor membolehkan para pelancong menikmati pemandangan semula jadi yang cantik, bersih dan indah. Dari segi pengangkutan pula, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sentiasa di naik taraf bagi menyenangkan para pengguna di samping menjimatkan masa perjalanan. Kemahiran teknik pembinaan yang moden mahupun pengetahuan yang saintifik amat diperlukan untuk membina lebuh raya tersebut merentasi bukit dan banjaran besar. Justeru itu, jaringan jalan raya telah dilipat gandakan bagi menghubungkan bandar-bandar pesat, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan penduduk. Contohnya ialah Lebuh Raya Damansara–Puchong mengaplikasikan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang memiliki kemampuan tinggi dari segi mengesan segala pergerakan kenderaan dan rangkaian maklumat lain. Negara kita memang berjaya melangkah setapak lagi dalam bidang penghasilan kenderaan, Monorel, LRT dan kereta api merupakan pengangkutan awam yang telah di naik taraf dengan menggunakan teknologi yang canggih. Implikasinya, masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara dapat diatasi dengan lebih efektif terutamanya di bandar-bandar besar. Malaysia juga berjaya mengeluarkan kenderaan dan motosikal sendiri seperti Kriss, Kancil, Kelisa, Jaguh, Proton Wira, Proton Waja, Proton Saga dan Kenari yang amat dikagumi oleh segenap lapisan masyarakat pada
211

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

alaf baharu ini. Anjakan paradigma ini telah membuktikan bahawa negara kita mempunyai bakat dan kemampuan yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi untuk menghasilkan kenderaan nasional yang terkini. Dalam Tele-kesihatan, doktor sering menjalankan pelbagai penyelidikan untuk mempercepatkan peringkat tahap kesihatan rakyat dan mengurangkan kadar kematian di samping meningkatkan jangka hayat rakyat negara. Kemudahan hospital yang berteknologi tinggi dapat memudahkan para doktor untuk menjalankan pembedahan atau pengubatan. Selain itu, doktor negara kita sentiasa berkongsi pandangan tentang ilmu perubatan dengan doktor negara lain melalui komputer supaya negara kita dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut. Kemajuan negara dengan tersergamnya bangunan tinggi, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan yang mengaplikasikan seni pembinaan yang sofistikated mahupun kemahiran teknologi yang tinggi. Menara Kuala Lumpur pula yang didirikan pada tahun 1996 bagi memajukan sistem penyiaran televisyen dan radio di samping memainkan peranan yang mustahak dalam usaha untuk memantapkan sistem komunikasi di Malaysia sekali gus menjadi tempat tumpuan pelancong kerana bangunan ini membolehkan para pelancong menikmati pemandangan seluruh Kuala Lumpur. Sekolah Bestari telah dimajukan dengan memperkenalkan Rangkaian Sekolah Global yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan multimedia terkini. Para pelajar boleh menggunakan internet untuk mencari informasi dan ilmu pengetahuan yang amat berguna secara sistematik telah memainkan peranan yang imperatif dalam proses pembelajaran dalam kalangan pelajar. Melalui komputer, pengguna dapat menghantar e-mel, melaksanakan kerja taip-menaip, menyimpan maklumat, mencetak, menganalisis maklumat dan interpretasi yang lain supaya segala urusan perniagaan dan perdagangan dapat dijalankan dengan efektif dan
212

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pantas. Di sekolah pula, para guru mentransformasikan pengajaran dengan menggunakan LCD dan CD-ROM supaya pelajar mudah memahami tentang pengajaran sesuatu subjek. Pelajar pula boleh menggunakan kemudahan internet untuk bertukar pandangan serta berinteraksi dengan rakan lain di seluruh dunia tanpa sempadan sekali gus menjalinkan silaturahim yang erat. Maka, sistem pendidikan dapat diimplementasikan dengan strategik melalui teknologi canggih, yakni komputer mahupun dapat mencerminkan keunggulan dan daya cipta pelajar yang berimaginasi tinggi dan jauh ke hadapan supaya celik dalam IT. Malaysia menjadi tersohor apabila berjaya menganjurkan Sukan Komanwel yang merupakan satu majlis sukan berprestij di peringkat antarabangsa pada tahun 1998. Dalam sukan ini rakyat Malaysia berganding bahu menunjukkan semangat setia kawan yang jitu untuk menjayakan acara sukan tertentu dengan lancar serta dikagumi oleh negara-negara lain. Melalui sukan itu, nama negara menjadi harum di mata dunia dan secara langsung, prasarana tertentu dapat dimajukan. Kita sepatutnya mendabik dada kerana M. Magendran dan N. Mohandas berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia. Selain itu, Datuk Abdul Malik Maidin mampu berenang menyeberangi Selat Inggeris. Sementara Datuk Azhar Mansor berjaya mengelilingi dunia secara solo. Berkat kerajinan, kecekalan dan kegigihan mereka yang progresif telah meningkatkan nama baik negara mahupun menyemarakkan semangat rakyat supaya berdaya usaha dan berdedikasi dalam mengharungi segala kemusykilan kehidupan. Kejayaan mereka telah menjadi satu pedoman yang terbaik dalam kalangan rakyat Malaysia. Malaysia telah berjaya melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT) dan Tiungsat pada 13 Januari 1996 untuk memantapkan sistem perhubungan negara dari segi penerimaan siaran langsung dari negara luar, memupuk hubungan telekomunikasi dan menjadi
213

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pusat perhubungan serantau di Asia Tenggara. Teknologi ini telah mengendalikan satu lagi kemajuan, yakni ASTRO oleh MEASAT Broadcast Network System Sdn. Bhd. dalam mempelbagaikan rancangan rakyat serta menyiarkan siaran menarik mahupun mengisi masa lapang rakyat dengan penuh bermakna. Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang dapat meningkatkan kecekapan dan prestasi negara dalam perkhidmatan pengangkutan udara. Ramai pedagang asing telah melabur dalam bidang penerbangan Malaysia supaya dapat berkembang pesat serta menyediakan kemudahan yang pantas, cekap dan canggih. Dari segi sektor pelabuhan pula, pelbagai destinasi dimajukan dengan menubuhkan kontena seperti Pasir Gudang, Pulau Pinang dan Klang bagi meningkatkan jumlah kegiatan import dan eksport di samping transaksi antarabangsa dapat ditambahbaikkan. Tidak dapat dinafikan lagi negara kita telah membangunkan sektor pertanian dan perlombongan dengan pelbagai inisiatif yang menarik dan strategik. Sebagai contoh, pihak kerajaan mempelbagaikan kegiatan pertanian melalui penyelidikan dan kajian saintifik, meningkatkan pendapatan petani atau pelombong, mengubahkan sistem penanaman berskala kecil kepada berskala yang lebih besar bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan perlombongan. Senario ini dapat menampung keperluan penduduk yang kian bertambah di samping dieksport ke luar negara untuk memajukan sektor tersebut, sekali gus menambah pendapatan negara. Malaysia telah menghasilkan baka yang berkualiti dan bermutu untuk tanaman koko, kelapa sawit, getah, nanas dan padi. Bajabaja kimia yang baik juga dihasilkan dengan menggunakan pengetahuan tentang biologi dan kejuruteraan tertentu, yakni bioteknologi. Teknologi ini juga mampu meningkatkan hasil ternakan dan perlombongan seperti emas, perak, antimoni dan bijih timah. Insiden ini kerana kaedah melombong lebih tertumpu terhadap pengaplikasian ilmu teknologi seperti Eko Sounder, GPS (Global Positioning System), Seismik dan In-Vitro. Hasil Perikanan
214

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

juga dapat dipertingkatkan melalui teknologi tersebut. Impaknya, teknologi yang digunakan mampu mengesan kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian, perikanan dan perlombongan, menghasilkan tanaman bermutu tinggi dan tahan penyakit dan dapat mengeluarkan daya pengeluaran. Syarikat minyak tempatan, iaitu Petronas di Kerteh dan Bintulu dikhaskan untuk menerokai minyak di laut menjadi suatu sektor negara yang sangat penting dan merupakan nadi utama penggerak pembangunan ekonomi negara. Institusi Penyelidikan Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) atau MPOB juga memberi sumbangan yang besar dalam bidang pertanian negara melalui pelbagai kajian dan penyelidikan drastik yang dijalankan oleh pakar dalam bidang sains dan teknologi. Lantaran ini, barangan seperti sabun, minyak, ubat-ubatan yang berasaskan kelapa sawit dapat ditambahbaikkan dari segala hasil mahupun mutunya. Sebagai intiha, semua rakyat Malaysia haruslah terus bekerjasama dan berganding bahu tanpa mengira warna kulit, agama, keturunan dan kaum untuk memajukan negara dan meletakkan Malaysia di peta dunia, bak kata pepatah: “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Peranan remaja sebagai pewaris pucuk pimpinan dan bakal peneraju negara memang tidak dapat dinafikan dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara, membangunkan pelbagai bidang di Malaysia dan mewujudkan pelbagai pembaharuan. Marilah kita bersama-sama memajukan negara untuk mengisi kemerdekaan Malaysia yang penuh bermakna supaya negara terus gagah gemilang! Marilah kita berkongsi tenaga dan fikiran untuk meningkatkan martabat negara! Saya berharap agar Tuhan boleh melimpah dan mencucurkan rahmat terhadap negara kita yang tercinta supaya bunga-bunga hening, makmur-damai, harmoni dan aman boleh mekar di segenap pelosok negara dengan selama-lamanya. Dirgahayu Malaysia! Malaysia Boleh!

215

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Loii Mun Yee SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak

T

anggal 13 Mei 1969, merupakan salah satu detik bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. Masih segar dalam ingatan peristiwa hitam di mana berlakunya rusuhan kaum pada detik itu hingga menggugat ketenteraman dan keharmonian rakyat. Impak daripada peristiwa tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. Ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein yang merangkap Pengarah MAGERAN telah mengadakan mesyuarat pertamanya bersama anggota-anggota Majlis Perundingan Negara yang lain bagi membincangkan dan mengkaji sedalam-dalamnya isu perpaduan negara. Perundingan tersebut yang telah mengambil masa beberapa bulan terakhirnya telah dapat mencari satu formula bagi mengatasi isu tersebut agar tidak berulang lagi dengan memperkenalkan ideologi negara yang dikenali Rukun Negara. Rukun Negara yang menjadi ideologi rakyat Malaysia telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Semenjak Rukun Negara diperkenalkan, rata-rata masyarakat Malaysia masih lagi tidak mengerti dan menghayati makna ‘Rukun
217

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Negara’ yang telah sekian lama diwujudkan. Rukun Negara bukanlah sekadar lafaz ikrar dan sumpah taat setia, malah perlu dipraktikkan dalam meniti arus kehidupan agar sebuah masyarakat yang hidup bersama secara demokrasi dan patriotik dapat diwujudkan. Lantaran itu, tidak keterlaluan jika dikatakan generasi muda hari ini bukan sahaja tidak mengamalkan dan menghayati lima prinsip Rukun Negara, malah jika ditanya apa itu Rukun Negara sudah pasti ramai yang menggeleng kepala. Hari ini, lima prinsip Rukun Negara sering dilafazkan oleh golongan pelajar dan lima prinsip ini juga sering terpampang di media massa. Namun, dapatkah kita pastikan apa-apa yang di lafaz, dibaca, dapat difahami dan dihayati oleh rakyat Malaysia? Kita tidak mahu rakyat menjadi macam burung kakak tua yang hanya melafazkan lima prinsip Rukun Negara tanpa mengerti apa yang dilafazkan. Oleh itu, Rukun Negara merupakan ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma kehidupan yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi politik dan perundangan. Antara matlamat Rukun Negara diwujudkan adalah untuk mengukuhkan perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat dan memelihara satu corak hidup demokratik. Di samping itu, Rukun Negara juga diharapkan dapat mencipta sebuah masyarakat yang adil untuk memastikan kemakmuran negara dapat menikmati bersama secara adil dan saksama serta menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. Prinsip utama yang terkandung dalam Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan yang bersifat universal. Bangsa dan negara Malaysia yang harmonis dapat diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada tuhan. Di samping itu, pengamalan akhlak dan nilai murni dalam kehidupan akan dapat memajukan diri, bangsa, agama dan negara. Kita percaya bahawa rakyat yang beragama mudah diurus dan Perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi Persekutuan namun begitu, agama dan kepercayaan lain bebas
218

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

diamalkan. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada rakyat pelbagai kaum, agama dan kepercayaan yang berbeza. Golongan terbesar di negara ini ialah Melayu, Cina dan India. Manakala, terdapat juga golongan minoriti seperti Orang Asli, Punjabi, Iban, Kadazan dan etnik-etnik lain. Sudah pasti setiap agama yang diamalkan mempunyai pegangan agama dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi kerana tanpa pegangan agama yang kukuh boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa serta negara. Oleh itu, sejak kecil lagi anak-anak dididik dan dipupuk untuk mengamalkan nilai Kepercayaan Kepada Tuhan. Misalnya, agama Islam ada menggariskan bahawa ‘Sesungguhnnya tiada Tuhan yang disembah selain Allah’ dan segala tindakan yang diambil perlulah berlandaskan prinsip-prinsip Islam dan Al-Quran. Hal ini bermakna, Islam melarang sama sekali umatnya terjebak dalam kegiatan negatif dan sekiranya gagal mematuhi hukum-hukum Islam, natijahnya akan berlaku kepincangan hidup di dunia dan lebih dahsyat lagi individu berkenaan akan menerima azab di akhirat kelak. Menyedari hakikat ini, pengamalan dan penghayatan agama yang tinggi akan menghindarkan golongan belia daripada terjerumus dalam gejalagejala negatif seperti mencuri, menagih dadah dan jenayah-jenayah lain yang akan mengundang kesusahan. Justeru itu, secara tidak langsung dapat membendung masalah kegawatan sosial yang kian meruncing. Pengamalan dan penghayatan nilai keagamaan dalam diri setiap rakyat Malaysia akan melahirkan keluarga yang harmonis dan bahagia serta tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Senario ini akan membawa kecemerlangan dan kegemilangan kepada rakyat dan negara ini. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masingmasing, maka prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara merupakan prinsip kedua yang terkandung dalam Rukun Negara. Hal ini bermakna, setiap warganegara dituntut menumpukan taat
219

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara, manakala Raja atau Sultan sebagai simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat di negara ini. Sesiapa yang menderhaka kepada Raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara. Baru-baru ini, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Upacara pertabalan ini dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang dan keadaan ini melambangkan keutuhan sistem Raja Berperlembagaan di negara ini. Fenomena ini menunjukkan bahawa tidak mengambil kira pemerintah yang memegang tampuk pemerintahan sekalipun, rakyat perlu sentiasa menghormati dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja atau Sultan serta sentiasa menjamin kedaulatan Raja dan Negara agar terpelihara. Selain itu, sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengabaikan taat setia kepada Raja dan Negara adalah merupakan satu aspek yang bertentangan sama sekali dengan prinsip Rukun Negara. Sekiranya berlaku sebarang anasir negatif luar yang boleh menggugat kesejahteraan negara, rakyat perlu menjadi benteng bagi menghakis ancaman seperti peperangan, pemberontakan dan pengaruh negatif yang lain. Kita tidak mahu melihat ada kalangan rakyat yang hanya menundukkan kepala menjadi seperti seorang pengecut dan tidak mempunyai pendirian yang teguh sehingga dianggap lemah. Walau apa pun ancaman yang dihadapi negara, kita perlu sentiasa bersepakat dan bersatu padu dalam mempertahankan maruah bangsa dan negara serta tidak mudah dipengaruhi. Bak kata, pepatah ‘Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh’. Lantaran itu, kesetiaan yang tinggi seperti ini merupakan satu kebanggaan kepada negara dan dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara serta menjadi kunci yang boleh menyatukan rakyat Malaysia. Prinsip Keluhuran Perlembagaan yang terkandung dalam baris ketiga Rukun Negara pula menekankan rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran dan kemuliaan
220

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan adalah sumber tertinggi perundangan dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Perlembagaan merupakan satu kontrak sosial rakyat yang menjelaskan bahawa tidak ada sesiapa yang dibenarkan mempersoalkan isu-isu yang terkandung dalam Perlembagaan kerana semua isi kandungannya telah ditetapkan sejak dahulu lagi berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Perlembagaan merupakan satu sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat. Pengiktirafan terhadap kedudukan bangsa Melayu jelas dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai Institusi Raja (Perkara 32), Agama Islam (Perkara 3), Bahasa Melayu (Perkara 152) dan Hak Istimewa Orang Melayu (Perkara 153). Sungguhpun demikian, hak-hak yang adil juga diberikan kepada kaum bukan Bumiputera seperti pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa lain adalah tidak dihalang. Tambahan pula, orang bukan Islam juga bebas menganuti dan mengamalkan agama mengikut kepercayaan agama masing-masing serta hak asasi rakyat juga dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya rakyat tidak menerima Keluhuran Perlembagaan, kestabilan negara akan tergugat dan lebih mendukacitakan jika ada sesetengah pihak yang terus mempersoalkan serta mengkritik tanpa mengetahui asas penggubalannya. Dengan demikian, seluruh rakyat perlu mengamalkan sikap toleransi, hormatmenghormati dan saling memahami antara satu sama lain tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang berunsur perkauman. Maka, dengan wujudnya prinsip ini, semangat yang berupaya menerapkan nilai-nilai murni ke arah perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya dapat dipupuk. Sehubungan itu, prinsip keempat dalam Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang pula menuntut rakyat agar
221

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Dengan demikian, rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara dan rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan serta tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Justeru itu, selagi sesiapa sahaja yang bermastautin di Malaysia, individu berkenaan perlu mengikut dan mematuhi segala undang-undang dan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Dalam pada itu, keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang iaitu setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Tanpa undang-undang, hidup masyarakat tidak akan aman dan harmoni. Malangnya, dewasa ini masyarakat kian mengetepikan prinsip ini. Fenomena ini jelas dilihat menerusi peningkatan kes kesalahan lalu lintas, ‘Mat Rempit’ dan pelbagai kesalahan jenayah lain. Natijahnya, ribuan nyawa terkorban saban tahun akibat kecuaian dan kegagalan anggota masyarakat mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Dengan ini, akan timbullah kesedaran dalam kalangan rakyat kita untuk menyedari akan peranan masingmasing dalam mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan itu. Hal ini kerana, kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan dan semua anggota masyarakat akan berasa selamat. Walaupun hak-hak dan kebebasan rakyat dijamin oleh Perlembagaan, namun tidak termasuk hak mengguling kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Objektif sebenar prinsip Kedaulatan UndangUndang untuk memberi keadilan kepada setiap rakyat di negara ini akan terlaksana sekiranya rakyat mematuhi dan mengamalkannya kerana perkara ini dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang mengisi baris terakhir dalam Rukun Negara menggambarkan kepentingan pengalaman personaliti dan tingkah laku yang baik dalam kehidupan seseorang
222

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

individu. Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Kesopanan dan Kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata seseorang. Namun, apa yang dapat dilihat sekarang dalam era globalisasi ini, nilai-nilai murni masyarakat kita kian terhakis gara-gara hanyut dalam arus pembangunan moden yang semakin pesat membangun. Golongan utama yang menjadi sasaran keruntuhan akhlak yang drastik ialah golongan remaja di negara kita. Sekali imbas, prasarana awam yang paling kerap menjadi mangsa kegiatan vandalisme atau laku musnah ini ialah telefon awam, kerusi konkrit di taman-taman rekreasi dan di pondok-pondok menunggu bas, tandas-tandas awam, serta kelengkapan taman permainan kanak-kanak. Sehingga kini, entah sudah berapa banyak kemudahan awam telah dirosakkan oleh jari-jari halimunan yang tidak bertanggungjawab seperti ini! Sebenarnya, sekiranya bilangannya hendak ditaksirkan tentulah tidak terkira banyaknya! Persoalannya, adakah situasi ini menggambarkan Kesopanan dan Kesusilaan seperti yang tercatat dalam Rukun Negara? Keadaan yang menggusarkan semua pihak ini, pasti dapat diatasi sekiranya prinsip Rukun Negara diamalkan dan dihayati oleh rakyat negara ini. Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk memberi kemudahan kepada rakyat, sebaliknya kemudahan tersebut tidak dihayati ibarat kata-kata Perdana Menteri ‘Kemudahan yang digunakan sahaja kelas pertama, tetapi mentaliti kelas ketiga’. Kecewa berbaur sedih, itulah yang dapat diungkap terhadap golongan masyarakat ini. Bagi membendung masalah ini daripada kian menular, kerajaan telah melaksanakan semula dasar ‘Pendidikan Kenegaraan’ pada tahun 2003 yang setelah sekian lama dimansuhkan. Golongan sasaran dasar ini ialah pelajarpelajar sekolah rendah Tahun Satu, Dua dan Tiga yang bertujuan untuk mendidik dan memupuk kembali nilai-nilai Kesopanan dan Kesusilaan dalam diri anak-anak ini kerana ‘Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya’. Oleh itu, sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan
223

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sebuah masyarakat yang harmoni. Manakala, tatasusila pula membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh serta menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Hal ini bermakna, tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Prinsip ini jika dipraktikkan, akan dapat membentuk seseorang individu yang berdisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang mantap, berbudi bahasa, bersopan santun dan bersusila serta dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Tuntasnya, kita telah melihat betapa pentingnya semangat dan falsafah Rukun Negara kepada perpaduan, keharmonian dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Sudah tiba masanya, golongan belia hari ini bangkit dari alam keanak-anakan mereka dan bersedia untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan berkeperibadian mulia. Belia adalah pelapis negara yang akan menjadi tonggak utama dalam mewujudkan sebuah negara yang berdaya saing dan maju. Pengamalan dan penghayatan Rukun Negara menjadi titik tolak yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan juga akan membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiat pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik. Ungkapan ada menyatakan bahawa ‘Muafakat itu Berkat, dengan Muafakat Dapat Diangkat’, dengan itu akan lahirlah rakyat Malaysia yang mengamalkan prinsip Rukun Negara.

224

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Aina Afiqah Binti Kasim SMK Bandar Putera, Kulai, Johor

M

alaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana rakyatnya yang terdiri daripada berbilang kaum, pelbagai adat resam, budaya, bahasa dan agama. Asas kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 ialah hasil pakatan dan kerjasama tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang diketuai oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun H.S. Lee dan Tun Sambanthan yang mewakili kaum masing-masing. Hakikatnya untuk mencapai perpaduan antara kaum bukanlah mudah. Walaupun telah 12 tahun Malaysia merdeka ketika itu, namun perpaduan negara ini masih belum mantap. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah menyedarkan kerajaan bahawa perpaduan kaum di Malaysia masih goyah dan memerlukan satu ideologi kebangsaan untuk membangkitkan satu semangat dan identiti yang sama. Hasilnya, pada 31 Ogos 1970, satu idealisme baru iaitu Rukun Negara diperkenalkan yang mempunyai lima prinsip dan menjadi pegangan serta amalan rakyat Malaysia. Kelima-lima prinsip Rukun Negara ini akan menjadi penghayatan, amalan dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Lima prinsip Rukun Negara ialah; kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.
225

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kelima-lima prinsip ini adalah bertujuan untuk mencapai cita-cita negara iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif. Untuk menjamin penghayatan dan amalan masyarakat secara kekal, maka kelima-lima prinsip ini diterapkan melalui pendidikan di sekolah-sekolah. Setiap sekolah, sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah akan mengadakan lafaz ikrar Rukun Negara oleh para pelajar pada setiap perhimpunan mingguan. Dengan itu Penyataan Rukun Negara juga telah dicetak di buku tulis murid sekolah supaya senang pelajar-pelajar menghafal. Rata-rata di dinding sekolah ataupun pejabat-pejabat kerajaan dapat dilihat pernyataan Rukun Negara ini. Malah, di sekolah-sekolah diwujudkan kelab Rukun Negara. Melalui kelab ini berbagai-bagai aktiviti yang menjurus kepada kelima-lima prinsip ini dijalankan. Di samping itu, prinsip Rukun Negara diajarkan kepada para pelajar melalui mata pelajaran sivik dan ketatanegaraan. Kita percaya bahawa untuk menjadi amalan kepada rakyat, Rukun Negara perlu diterapkan kepada rakyat sejak mereka di bangku sekolah lagi seperti kata pepatah Melayu, “kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Prinsip Rukun Negara yang pertama memberi penekanan kepada pegangan hidup masyarakat Malaysia, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Untuk menjamin kehidupan yang bersatu padu, adil, liberal dan demokratik, kita memerlukan masyarakat yang beragama. Prinsip ini membawa maksud bahawa semua rakyat Malaysia mengakui kuasa Tuhan melebihi kuasa lain. Melalui agama masing-masing diharapkan semua rakyat Malaysia akan berpegang teguh kepada ajaran agama mereka dengan sentiasa mematuhi suruhan dan menjauhi larangan agama. Islam merupakan agama rasmi negara ini tetapi rakyat Malaysia bebas menganuti agama lain seperti masyarakat Cina yang menganuti agama Kristian atau Buddha atau masyarakat India yang kebiasaannya menganuti agama Hindu dan segelintirnya beragama Kristian, selain agama Sikh, Bahai dan lain-lain. Hakikatnya, kita percaya bahawa setiap agama mendidik umatnya untuk melakukan kebaikan dan menghindari
226

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

keburukan. Umumnya orang yang berpegang teguh kepada ajaran agama akan mempunyai peribadi dan sifat-sifat baik seperti menolong orang yang susah, tanpa mengira agama atau bangsa. Prinsip ini menjadi amalan hidup masyarakat Malaysia. Ini dapat dilihat dengan jelas di mana-mana sahaja dalam Malaysia. Hampir setiap taman perumahan, rumah-rumah ibadat didirikan seperti sama ada dengan bantuan kerajaan ataupun secara persendirian. Masjid-masjid, surau, kuil, tokong, gereja dan sebagainya dapat dilihat dengan jelas. Di rumah-rumah orang India dan Cina dapat dilihat tempattempat sembahyang didirikan. Ini menunjukkan bahawa prinsip Rukun Negara yang pertama ini dijadikan amalan dan pegangan rakyat Malaysia. Melalui rumah ibadat ini kerja-kerja kebajikan untuk membantu orang yang berkeperluan dijalankan. Ini boleh mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakyat. Antaranya program kempen derma darah, bantuan anak yatim dan sebagainya. Kita berharap dengan usaha ini Malaysia dapat melahirkan rakyatnya yang bersatu padu, berkasih sayang dan hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. Ini terbukti setelah kita mencapai 50 tahun kemerdekaan, rakyat Malaysia hidup dengan aman dan damai. Setiap perkara yang sensitif antara kaum ditangani dengan teliti oleh pemimpin negara ataupun pemimpin agama. Setiap kaum berganding bahu untuk memakmurkan negara. Setiap rakyat tahu menghormati dan bertoleransi dengan agama dan perayaan agama lain, malahan ada kalanya kita bergabung merayakan perayaan seperti Perayaan Kongsi Raya yang dibuat setiap tahun di negara kita dengan penyertaan seluruh rakyat, dari pemimpinan atas sehingga rakyat jelata biasa di peringkat bawah. Dengan ini secara terancang Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai yang mulia dan hati yang tulus, di mana perpaduan menjadi teras yang penting dalam kehidupan mereka. Melalui prinsip Rukun Negara yang kedua pula ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara memberi penekanan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah lambang perpaduan negara kita
227

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

berkonsepkan Raja Berperlembagaan. Adalah menjadi pegangan rakyat Malaysia sejak dari zaman dahulu bahawa rakyat perlu bertaat setia kepada raja. Contohnya, pada zaman kesultanan Melayu Melaka, rakyat akan menuruti segala titah perintah rajanya sebagai tanda taat setia. Konsep “tulah”, “derhaka”, “waad” atau “waadat” antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba yang digambarkan sebagai perjanjian antara raja dan rakyat masih menjadi pegangan. Dalam perjanjian tersebut, rakyat tidak boleh derhaka kepada raja dan raja perlu berlaku adil kepada rakyat. Raja adalah payung negara tempat rakyat bernaung. Daulat raja diharapkan dapat memakmurkan negara. Walaupun konsep itu telah meragui pemikiran anak muda sekarang, namun konsep raja sebagai payung dan lambang perpaduan masih kekal dan menjadi ikutan serta kebanggaan rakyat Malaysia. Titah raja dihormati dan disanjung sebagai lambang keagungan negara. Seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mentaati raja. Raja Melayu digambarkan sebagai mempunyai pertalian dengan raja China dan India. Pemerintahan pertama Kerajaan Melaka ialah Parameswara yang asalnya beragama Hindu dan kemudiannya memeluk Islam. Perkahwinan antara Raja Melaka dengan puteri China iaitu Puteri Hang Li Poh pula lebih mengeratkan lagi hubungan bangsa itu. Setiap kaum merasakan bahawa raja bukan hak orang Melayu sahaja, tetapi juga raja orang Cina, orang India atau orangorang lain di negara ini. Oleh itu setiap rakyat merasakan mereka perlu mentaati raja sebagai lambang perpaduan dan keselamatan bangsa. Raja pula membalas dengan memberi berbagai-bagai anugerah kepada semua bangsa pada hari keputeraan baginda. Menerusi sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, kemerdekaan dapat dicapai kerana adanya rasa taat setia kepada negara. Prinsip kesetiaan ini bertujuan untuk menanamkan sifat bertanggungjawab, sanggup berkorban demi raja dan negara serta memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Kesimpulannya, kesetiaan merupakan suatu semangat kebangsaan yang menyatupadukan rakyat.

228

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Prinsip ketiga dalam Rukun Negara ialah keluhuran perlembagaan. Prinsip ini menghendaki rakyatnya menghormati dan mematuhi perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Perlembagaan ditakrifkan sebagai kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah. Menurut Kamus Dewan, keluhuran membawa maksud keagungan, kemuliaan dan kebesaran. Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan perlembagaan yang menjadi sumber rujukan bagi pemerintahan negara. Sesebuah negara perlu mempunyai perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan yang cekap dan adil. Perlembagaan Malaysia merupakan sebuah dokumen tertinggi bagi mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur dan moden. Perlembagaan di Malaysia adalah secara bertulis. Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Terdapat beberapa perkara penting yang termaktub dalam perlembagaan iaitu tentang kewarganegaraan yang merupakan cara seseorang itu mendapat hak kerakyatan di Malaysia tentang hak asasi kemanusiaan, tentang Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan negara ini. Perkara 153 yang merupakan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta agama Islam sebagai agama rasmi negara. Keperluan kepada suatu perlembagaan menjadi lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan berbilang agama seperti Malaysia. Perlembagaan ini perlu untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan ini juga perlu untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemerintah dan melindungi kepentingan semua kaum. Sebagai undang-undang tertinggi, perlembagaan merupakan punca segala perundangan yang lain. Semua undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan, sekiranya berlaku pertentangan ini maka batallah undang-undang berkenaan. Setiap rakyat perlu
229

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

akur dengan kehendak perlembagaan. Setiap rakyat juga tidak boleh menyoal kesetiaan rakyat lain berdasarkan keturunan kaum. Inilah yang menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. Kedaulatan undang-undang yang merupakan prinsip yang keempat menegaskan bahawa keadilan dalam masyarakat dijamin oleh undang-undang. Setiap rakyat tidak kira kaum atau agama adalah sama rata di sisi undang-undang. Oleh itu, rakyat perlu menghormati dan mematuhi undang-undang negara. Sumber undang-undang terbahagi kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis. Undang-undang bertulis terdiri daripada perlembagaan, akta-akta yang diluluskan oleh parlimen. Enakmen dan ordinan yang diluluskan oleh badan perundangan negeri dan perundangan subsidiari. Undangundang tidak bertulis pula terdiri daripada Undang-undang Adat, Undang-undang Islam, Undang-undang Inggeris dan keputusankeputusan mahkamah. Undang-undang juga terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Sivil dan Undang-undang Jenayah. Undangundang sivil berkaitan dengan kesalahan sivil seperti kes saman manakala undang-undang jenayah pula berkaitan dengan kesalahan jenayah seperti membunuh atau mencuri. Kesimpulannya, setiap negara perlu memiliki undang-undang untuk menjamin keselamatan, keharmonian dan kedaulatan sesebuah negara. Dengan amalan mematuhi undang-undang negara, perpaduan kaum akan tercapai. Definisi kepada prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan ialah rakyat harus bertolak ansur, bertimbang rasa dan berkelakuan baik. Amalan kepada prinsip ini dapat memupuk sahsiah mulai di kalangan masyarakat agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Sejak berdekad lamanya rakyat Malaysia terkenal dengan ketinggian moral dan tatasusila mereka. Kelebihan ini menjadi kemegahan kepada negara kita ini. Rata-rata kita dipuji kerana sikap bertolak ansur, peramah, berhemah tinggi dan pandai menghormati tetamu. Amalan mulia ini yang diterapkan dalam sistem pendidikan kita telah membuahkan hasilnya. Rakyat kita telah pandai menghormati budaya dan agama orang lain. Contohnya seorang penceramah bukan Islam akan berhenti bercakap apabila
230

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mendengar seruan azan untuk menghormati seruan suci masyarakat Islam. Begitu juga seluruh masyarakat boleh bertoleransi dengan sambutan perayaan ‘Cingge’ masyarakat Tionghua ataupun perarakan kavadi oleh masyarakat beragama Hindu. Untuk memantapkan lagi prinsip kelima pada 11 Januari 2005 Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Kempen ini bertujuan untuk mendedahkan dan menanam erti pelbagai nilai murni dan nilai budi bahasa. Selain itu, kempen ini juga menggalakkan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni di kalangan anggota masyarakat dan sebagai inti sari jati diri peribadi serta perilaku anggota masyarakat dalam kehidupan harian. Kita mengharapkan agar kempen ini juga mampu menggilap nilai-nilai berbudi bahasa yang semakin terhakis. Memandangkan prinsip kelima ini sungguh penting kepada rakyat Malaysia, berbagai-bagai-bagai kempen lain juga turut dijalankan. Dalam sambutan Hari Guru tahun ini bersempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia turut diadakan kempen “Terima Kasih Cikgu” untuk melatih para pelajar kita menghargai orang telah berjasa kepada mereka. Adalah menjadi harapan kita agar nilai-nilai yang baik ini akan menjadi amalan rakyat Malaysia sepanjang zaman. Kita juga berharap agar amalan prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang bertujuan memupuk sahsiah mulia di kalangan masyarakat agar tidak menyinggung perasaan orang lain yang boleh menjejaskan keharmonian negara akan tercapai. Sebagai kesimpulannya, sama-samalah kita mengharap semoga kelima-lima cita-cita kita melalui amalan Rukun Negara di kalangan rakyat Malaysia akan tercapai. Cita-cita pertama kita ialah agar rakyat berbilang kaum dan budaya dapat bersatu mencipta satu bangsa Malaysia. Kedua, melahirkan masyarakat demokratik di mana kuasa ada pada rakyat yang bertindak melalui ahli Parlimen yang dilantik
231

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menurut perlembagaan. Kebebasan asasi dan kegiatan politik dijamin oleh perlembagaan selagi tidak melanggar undang-undang negara. Ketiga, melahirkan masyarakat adil di mana semua anggota berpeluang menikmati kekayaan negara secara adil dan saksama dan diharapkan masyarakat kita akan bebas daripada penindasan golongan tertentu. Keempat, mewujudkan masyarakat liberal yang bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing. Dengan ini perpaduan negara akan terjamin. Kelima, mewujudkan masyarakat progresif berlandaskan kemajuan sains dan teknologi dengan tidak melupakan nilai-nilai kerohanian. Kita juga mengharapkan agar falsafah Pelan Integriti Nasional (PIN) yang digubal dengan mengambil kira hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama akan menjadi satu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia. Kita juga mengharapkan agar Pelan Integriti Nasional yang menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara akan membantu negara kita membina masyarakat Malaysia bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif dengan berpegang teguh kepada kelima-lima prinsip Rukun Negara.

232

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Muhammad Zharief Afzal Bin Md Kassim Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor

J

ika anda berkunjung ke Arkib Negara Malaysia, pasti anda dapat melihat pelbagai buku tentang sejarah Malaysia. Jika diselak satu persatu halamannya, anda akan melihat dan membaca satu peristiwa yang menjadi tompokan hitam dalam sejarah negara iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Ia merupakan peristiwa pertelingkahan kaum yang paling hebat dan dahsyat yang pernah berlaku di negara tercinta ini. Peristiwa ini berlaku selepas Pilihan Raya 1969 dan menyaksikan kemenangan besar parti Gerakan Rakyat Malaysia dan pihak pembangkang serta kejatuhan Parti Perikatan. Hasil dari kemenangan tersebut, Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah membuat perarakan sebagai tanda meraikan kemenangan mereka. Perarakan tersebut telah mendapat keizinan polis. Walau bagaimanapun, masyarakat Cina yang menang telah mengutuk dan menghina orang Melayu dalam perarakan tersebut. Ekoran daripada celaan dan hinaan orang Cina tersebut maka orang Melayu telah membuat perarakan dan memprotes tindakan orang Cina tersebut sehingga terjadi satu tragedi berdarah yang tidak dapat dilupakan sehingga kini. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan Parlimen Malaysia dibubarkan sementara dan Majlis Gerakan Negara
233

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

(MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah pimpinan Tun Abdul Razak. MAGERAN telah mengambil alih pentadbiran negara dan seterusnya mengambil inisiatif yang terbaik untuk mengatasi masalah perpaduan kaum bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi. Pengarah MAGERAN iaitu Tun Abdul Razak telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara (MPN) yang bertujuan bagi membincangkan dan menilai sejauh mana perpaduan rakyat Malaysia. Ahli-ahli MPN seperti Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein merangkap pengerusi MAGERAN, Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abd. Rahman, Mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun V.T. Sambanthan telah duduk semeja dan memerah otak memikirkan langkah terbaik mengatasi masalah perpaduan kaum ini. Hasil daripada pemikiran mereka yang kritis dan kreatif tersebut maka lahirlah satu ideologi kebangsaan yang diberi nama Rukun Negara. Rukun Negara Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III pada 31 Ogos 1970 sempena sambutan ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. 38 tahun tragedi berdarah itu ditinggalkan, perpaduan rakyat semakin kukuh, negara berada dalam keadaan aman dan damai. Dalam keadaan kita yang aman damai ini, Rukun Negara yang pernah menjadi kunci ikatan perpaduan kita suatu masa dahulu sudah pudar pada ingatan masyarakat kini, khususnya golongan belia. Lebih memilukan, apabila ditanya anak muda kita tentang Rukun Negara, rata-rata mereka tunduk dan menggeleng malu kerana tidak mengingati prinsip Rukun Negara apatah lagi membudayakan atau mengamalkan lima prinsip tersebut. Rukun Negara merupakan satu ideologi atau pemikiran kebangsaan yang menjadi amalan rakyat Malaysia sebagai asas hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ia diibaratkan sebagai satu
234

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kulawangsa yang besar bernaung di bawah satu payung yang sama iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kepercayaan Kepada Tuhan Secara literalnya, rakyat Malaysia boleh mengamalkan atau membudayakan Rukun Negara dalam kehidupan seharian berdasarkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara. Prinsip pertama dalam Rukun Negara ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Mengapakah Jawatankuasa Penggubal Rukun Negara meletakkan prinsip ini sebagai prinsip yang pertama dalam Rukun Negara? Ini kerana, keyakinan akan kewujudan tuhan adalah penting untuk membimbing manusia ke arah jalan yang lurus kerana setiap agama ingin memberi yang terbaik kepada penganutnya. Agama membimbing manusia supaya berakhlak mulia dan menghormati antara satu sama lain. Agama juga menjadikan seseorang itu dihormati dan melahirkan bangsa dan negara yang disegani dan berdaulat seperti negara Arab Saudi yang dihormati kerana keyakinan dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Tanpa pegangan agama dan keyakinan kepada tuhan, menyebabkan seseorang hilang maruah dan menjatuhkan martabat seseorang. Negara dan bangsa akan disisih dan diperlekehkan dunia. Atas kesedaran inilah, pihak Jawatankuasa Penggubal Rukun Negara meletakkan prinsip ini sebagai prinsip utama supaya masyarakat Malaysia menjadikan prinsip ini sebagai amalan utama dalam kehidupan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Dalam pada itu, rakyat Malaysia juga boleh mengamalkan Rukun Negara dalam kehidupan seharian berdasarkan prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang menumpukan taat setia dan mempertahankan kedaulatan raja dan negara. Seperti yang kita sedia maklum, negara kita mengamalkan
235

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Rakyat perlu taat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana baginda merupakan lambang kedaulatan negara. Apabila seluruh rakyat Malaysia taat dan patuh kepada baginda maka bangsa Malaysia yang berbilang kaum ini dapat hidup bersatu padu dan aman damai. Rakyat hendaklah patuh dan mengikut segala titah perintah Yang di-Pertuan Agong dan melaksanakannya dengan ikhlas. Sejarah Melayu mengumpamakan hubungan rakyat dengan raja seperti “akar dan pohon; jikalau tiada akar, nescaya pohon tidak akan dapat berdiri”. Sebagai contoh, Melaka pada suatu masa dahulu merupakan sebuah kerajaan Melayu yang terulung di rantau Asia Tenggara, kerana rakyatnya menumpukan taat setia tanpa berbelah bagi kepada Sultan Melaka. Oleh sebab itu, Melaka mampu menjadi kerajaan yang terbilang suatu ketika dahulu. Apabila rakyat mempunyai sifat taat setia yang penuh kepada raja, rakyat mempunyai semangat cinta dan sayang akan negara dan bersedia mempertahankan negara daripada segala ancaman anasir luar. Rakyat juga harus menumpukan taat setia kepada Raja atau Yang di-Pertuan Negeri bagi negeri yang tiada beraja, tanpa mengurangkan sedikit pun taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika prinsip ini menjadi amalan rakyat Malaysia nescaya Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang unggul dan disegani oleh dunia. Keluhuran Perlembagaan Sementara itu, prinsip Rukun Negara yang seterusnya yang diamalkan oleh rakyat Malaysia ialah Keluhuran Perlembagaan yang bermaksud kemuliaan atau keagungan undang-undang negara Malaysia. Dalam prinsip ini rakyat hendaklah menerima, mematuhi dan bersiap sedia mempertahankan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan
236

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang tertinggi di dalam negara dan harus dihormati oleh semua lapisan masyarakat di negara ini Ini kerana Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan yang digubal khas dan memberi perlindungan serta keistimewaan kepada rakyat Malaysia. Rakyat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati serta mengamalkan Perlembagaan Negara dalam kehidupan seharian. Rakyat tidak boleh mengkritik dasar-dasar yang terdapat dalam Perlembagaan Negara kerana boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dan peperangan yang menggugat keutuhan dan keselamatan negara seperti tragedi 13 Mei 1969. Dalam peristiwa ini, ahli-ahli politik daripada barisan pembangkang telah mengkritik kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera. Hal ini telah menyebabkan semangat perkauman bergolak kerana mempertikaikan kedudukan orang Melayu yang seterusnya telah menyebabkan berlaku persengketaan yang membawa kepada pertumpahan darah. Oleh sebab itu, rakyat hendaklah sentiasa mematuhi dan mengamalkan perkara-perkara yang terdapat dalam Perlembagaan Negara supaya negara berada dalam keadaan yang harmoni dan suasana yang kondusif. Seterusnya, prinsip keempat dalam Rukun Negara yang boleh dijadikan amalan hidup rakyat Malaysia ialah Kedaulatan Undangundang. Undang-undang merupakan asas keadilan dalam kehidupan sesebuah masyarakat yang bertamadun. Undang-undang yang digubal di negara ini telah disusun berdasarkan prinsip di mana semua rakyat Malaysia adalah sama tarafnya di sini undang-undang negara. Rakyat hendaklah menerima dan mempertahankan serta mengamalkan undang-undang negara. Jika rakyat mengamalkan undang-undang negara dan tidak mempersia-siakan serta merendahkan undang-undang negara nescaya kehidupan bermasyarakat menjadi aman dan tiada persengketaan yang berlaku. Proses pentadbiran menjadi telus,
237

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

ekonomi berkembang pesat dan negara menjadi idola kepada negara-negara lain. Lihatlah betapa besarnya impak undang-undang terhadap negara. Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan prinsip keempat Rukun Negara ini supaya kehormatan dan kedaulatan negara terpelihara. Kesopanan dan Kesusilaan Selain daripada itu, prinsip Rukun Negara yang seterusnya yang boleh menjadi amalan rakyat Malaysia ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini amat penting untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang mempunyai budi bahasa dan nilai integriti yang tinggi. Sifat-sifat ini penting dalam konteks menjaga perhubungan dan perpaduan antara kaum. Ia mencerminkan rakyat Malaysia sebagai masyarakat yang bermoral tinggi dan berdisiplin serta mempunyai tatasusila dan kebudayaan yang luhur. Negara yang mana rakyatnya tidak mempunyai tatasusila dan kebudayaan yang luhur merupakan negara yang tidak aman kerana pelbagai kejadian jenayah berlaku di dalam negara tersebut seperti mana yang berlaku di negara-negara barat. Kesopanan dan kesusilaan yang tinggi juga akan meningkatkan jati diri yang tinggi dan dapat membendung seseorang daripada godaan anasir-anasir yang boleh merosakkan. Untuk mencapai matlamat ini, rakyat Malaysia hendaklah sentiasa menjaga pertuturan dan tingkah laku dalam perhubungan dengan masyarakat. Rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dengan nilai-nilai integriti supaya sesuatu yang dilakukan membuahkan hasil yang lumayan dan kekal lama. Program-program yang dianjurkan oleh kerajaan seperti Budi Bahasa Budaya Kita dan Hari Integriti Negara hendaklah dihayati oleh rakyat supaya prinsip kelima Rukun Negara ini boleh menjadi amalan rakyat. Negara yang mempunyai rakyat yang bertatasusila merupakan negara yang terbilang dan dihormati dunia.

238

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perpaduan Selain daripada lima prinsip utama dalam Rukun Negara, objektif pembentukan Rukun Negara juga hendaklah menjadi amalan rakyat. Antaranya, ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam konteks ini, semua rakyat Malaysia hendaklah menganggap diri mereka sebagai satu bangsa Malaysia tanpa mengira perbezaan keturunan dan agama masing-masing. Rakyat tidak boleh menyimpan perasaan dengki terhadap kelebihan yang diperoleh oleh orang lain mahupun kaum lain. Rakyat Malaysia hendaklah bertolak ansur dan hormatmenghormati antara satu sama lain. Dengan cara inilah perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dapat dicapai. Demokratik Dalam pada itu, masyarakat Malaysia hendaklah mengamalkan satu cara hidup demokratik yang memegang prinsip demokrasi dalam membuat sesuatu keputusan. Rakyat Malaysia juga bebas melakukan sebarang aktiviti selagi tidak bercanggah dengan prinsip Rukun Negara, Perlembagaan Negara serta undang-undang negara. Rakyat juga tidak boleh menggunakan keistimewaan demokrasi untuk memusnahkan dan merosakkan perpaduan antara kaum di negara ini. Malahan rakyat Malaysia dituntut untuk melakukan perkara-perkara yang membawa perpaduan rakyat Malaysia seperti tolong-menolong dan hormat-menghormati. Dengan wujudnya cara hidup demokratik ini maka lahirlah bangsa Malaysia yang dihormati di serata dunia. Masyarakat Yang Adil Selain itu, objektif penubuhan Rukun Negara yang boleh menjadi amalan rakyat Malaysia ialah mencipta satu masyarakat yang adil. Masyarakat yang adil bermaksud masyarakat yang
239

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sentiasa berlaku adil dan tidak memilih kasih dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira status dan kedudukan seseorang. Dalam konteks ini, semua masyarakat Malaysia berhak untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti sekolah, kemudahan hospital dan pelbagai lagi. Oleh sebab itu, masyarakat Malaysia hendaklah berlaku adil dan bijak dalam menguruskan semua infrastruktur ini. Sesungguhnya, masyarakat yang berlaku adil merupakan masyarakat yang berjaya dan mempunyai tamadun yang tinggi. Seperti yang sudah sedia kita maklum, bahawasanya negara kita merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa yang semestinya mempunyai pelbagai kebudayaan dan kepercayaan. Rakyat Malaysia harus mempunyai satu sikap yang liberal terhadap tradisi masyarakat Malaysia yang kaya dan pelbagai corak yang penuh dengan keunikan. Sikap Liberal Sikap yang liberal adalah bersifat bebas atau berpandangan terbuka terhadap kebudayaan rakyat Malaysia. Kita perlu menghormati kebudayaan masyarakat lain dengan tidak menghina dan mencaci kebudayaan mereka agar perpaduan kaum yang teguh dapat dibentuk. Sesungguhnya, kepelbagaian budaya rakyat Malaysia merupakan satu wahana yang boleh memikat kedatangan pelancong dan seterusnya memberi pulangan yang lumayan kepada negara. Jika sikap liberal ini diamalkan oleh rakyat Malaysia nescaya satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri dapat dibentuk. Kita hendaklah mengamalkan sikap progresif yang mahu menuju kemajuan dan kebaikan. Dalam konteks ini, masyarakat Malaysia dituntut untuk menguasai bidang teknologi maklumat dengan sepenuhnya supaya Malaysia dapat bersaing dengan negara maju. Masyarakat Malaysia hendaklah bangun dan berjalan seiring
240

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dengan kemajuan sains dan teknologi. Masyarakat Malaysia hendaklah menguasai segala ilmu-ilmu sains dan teknologi seperti ilmu pengkomputeran dan ilmu perubatan. Dalam kesibukan mengejar kemajuan masyarakat juga jangan melupakan batas-batas keagamaan dan mesti menghormati antara satu sama lain. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan seperti sekolah bestari, kerajaan elektronik dan jaringan internet tanpa wayar hendaklah dimanfaatkan oleh rakyat sepenuhnya. Jika sikap progresif ini menjadi amalan rakyat Malaysia nescaya negara tidak mundur dalam bidang sains dan teknologi. Seterusnya, kadar peratus buta komputer serta berfikiran superfisial dalam bidang sains dan teknologi dapat dikurangkan. Selain itu, cabaran Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif dapat dicapai. Kesimpulannya, Rukun Negara merupakan sesuatu yang amat signifikan dalam proses melahirkan masyarakat Malaysia yang bertamadun. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama hendaklah mengamalkan prinsip dan objektif Rukun Negara dalam kehidupan seharian. Ingatlah Rukun Negara merupakan ikatan perpaduan antara kaum dan merupakan ideologi yang amat penting untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai identiti tersendiri. Hayatilah dan amalkanlah Rukun Negara dalam kehidupan anda. Renung dan hayatilah serangkap pantun di bawah: Cantik sungguh sang puteri, Menjadi gilaan sang putera, Rukun Negara menjadi identiti, Harus diamalkan setiap masa.

241

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan 1. Bunga Raya dan Rukun Negara. 2007. Dewan Siswa. 2. Rukun Negara. Kuala Lumpur: 2007. Jabatan Penerangan Malaysia. 3. Peristiwa 13 Mei (n.d.). Diperolehi Mei 27, 2007, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei. 4. Rukun Negara.(n.d) Diperolehi Mei 27, 2007, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara.

242

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Karen Lee Yii Ping SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak

M

erenungi tragedi berdarah 13 Mei 1969, seluruh warga Malaysia nescaya digamit perasaan pedih, sedih, duka lagi hampa yang cukup mengancam ketenangan jiwa. Namun sebarang bencana yang melanda akan meninggalkan inisiatif dan pedoman kepada kita agar memeras otak berikhtiar merumuskan satu formula bagi menangani masalah tersebut. Bak kata pepatah, “bumi mana tak ditimpa hujan”. Sebagai warga yang berwawasan, kita tidak seharusnya berduka atas cabaran yang dihadapi, sebaliknya berjuang bermati-matian mencari alternatif yang efektif membanteras halangan. Onak dan duri yang dilalui menjadikan kita bersemangat kental dan waja. Rentetan itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) diamanahkan tanggungjawab suci mengembalikan keamanan, melicinkan pentadbiran dan memulihkan keharmonian kaum melalui penubuhan Majlis Perundingan Negara. Alhamdulillah, hasil usaha MAGERAN yang murni, maka lahirlah Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-13. Generalisasinya, Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan untuk menjamin perpaduan. Malaysia, ibu pertiwi tercinta kita yang dicorakkan dengan pelbagai ragam manusia, dihiaskan lagi dengan
243

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

beraneka jenis budaya, adat resam dan agama, prinsip-prinsip suci dalam Rukun Negara perlu dipraktikkan serta diasimilasikan dalam senario harian. Hal ini berikutan dengan matlamat utama Rukun Negara yang berwawasan mencapai perpaduan yang lebih erat antara warga Malaysia bersempena amalan “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, memelihara satu cara hidup demokratik, melahirkan yang adil saksama, membentuk sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang variasi, membina masyarakat progresif yang peka terhadap pembangunan sains dan teknologi moden. Rukun Negara merupakan pendekatan yang efisien untuk menyatupadukan penduduk Malaysia yang mempunyai latar belakang, keturunan, bangsa dan budaya berlainan dengan menanam semangat kekitaan di jiwa rakyat. Perlembagaan Persekutuan pula melambangkan kehidupan demokrasi. Kekayaan dan kebanggaan negara adalah milik bersama. Prinsip diskriminasi dan eksploitasi diabaikan sepenuhnya dalam Rukun Negara. Pelbagai ragam kebudayaan yang diwarisi turun-temurun dihargai serta diaplikasikan dalam kehidupan harian. Masyarakat progresif dibentuk bagi mengalu-alukan cabaran Wawasan 2020. Prinsip pertama yang termaktub dalam Rukun Negara ialah kepercayaan kepada Tuhan, hasil daripada pertimbangan ahli jawatankuasa penggubal Rukun Negara tentang kepentingan agama dalam pembentukan akhlak dan sahsiah seseorang. Berbekalkan hati murni yang yakin akan kewujudan Tuhan, kita bersyukur ke hadrat Allah. Sebaliknya, kebejatan moral penduduk acap kali dihubungkaitkan dengan kemuflisan ilmu agama. Agama diibaratkan pelita hidup yang menerangi kehitaman bagi masa depan seseorang dan menghindarkan umatnya daripada kejahilan. Secara langsungnya, agama berperanan sebagai benteng pertahanan menjauhkan penganutnya daripada godaan nafsu malah mengelakkan penganutnya terjerumus ke kancah hina. Sesungguhnya, agama Islam berfungsi sebagai agama kebangsaan di Malaysia, namun warganya adalah bebas menganuti agama lain seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, Buddhisme, Taoisme, Konfusianisme, Hinduisme,
244

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kristian dan Sikhisma turut diamalkan oleh rakyat bukan Islam. Walau bagaimanapun, lebih 59% daripada warga Malaysia menganuti agama Islam. Malaysia, sebagai sebuah negara Islam yang berwibawa sememangnya tidak mengakui ideologi yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Selain itu, sudah menjadi lumrah hidup bahawa kehidupan kita penuh dengan halangan dan cabaran. Semangat Islam Hadhari membimbing penganutnya daripada kehidupan yang terumbangambing ke hala tuju yang sebenar. Objektif agama Islam ialah menyedarkan penganutnya agar menjaga harga diri, meninggalkan kejahilan, bersikap mulia, menghindarkan salah laku seperti bohsia dan bohjan, perlakuan sumbang serta jenayah yang menghancurkan masa depan seseorang. Umat Islam yang beriman mengerjakan umrah di Mekah Al-Mukaramah berasa megah apabila Malaysia dinobatkan sebagai negara Islam contoh kerana keupayaan kita melaksanakan Islam tanpa sebarang pertumpahan darah terutamanya semasa mempertimbangkan ciri Malaysia didiami masyarakat majmuk. Negara lain seperti Arab Saudi, Mesir dan Maghribi terpegun dan memuji keberkesanan Malaysia membangunkan perbankan Islam, menguruskan haji dengan sistematik, memesatkan perkembangan ekonomi Islam serta memerintah negara berkonsepkan “Bersih, Cekap dan Amanah” dan “Kepimpinan Melalui Teladan”. Memang tidak dapat dinafikan kepentingan agama Islam dalam menjamin sistem pemerintahan yang teratur lagi sistematik. Kesetiaan kepada Raja dan Negara menduduki tangga kedua dalam prinsip Rukun Negara. Pada hemat saya, prinsip ini perlu dijunjung bagi menjamin keharmonian sejagat. Secara umumnya, Malaysia mempraktikkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Seri Paduka Baginda, Raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri melambangkan perpaduan rakyat. Pemimpin penjana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Sebelum tanah air mencapai kemerdekaan, dasar pecah dan perintah diamalkan. Ideologi ini hanya menguntungkan pihak
245

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

penjajah tetapi menjarakkan lagi jurang perbezaan kegiatan ekonomi penduduk tempatan. Misalan mereka mengklasifikasikan orang Melayu yang tinggal di kampung bertumpu dalam bidang pertanian, kaum Cina yang menetap di bandar menjalankan perlombongan dan perniagaan. Warga India pula bertungkus-lumus di ladang. Pembangunan sosioekonomi penduduk menjadi tidak seimbang dan seterusnya menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir kaum. Namun, taktik penjajah yang mementingkan diri sendiri tidak mampu mencabar kewibawaan pemimpin malah membangkitkan semangat berkobar-kobar para pemimpin menolak segala dasar yang mencetuskan polarisasi kaum. Tambahan pula, para pemimpin yang berkaliber dan berjiwa bangsa melancarkan Rancangan Malaysia beriringan dengan dasardasar baru sebagai batu loncatan merealisasikan Wawasan 2020. Pemimpin Malaysia disifatkan seperti “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” berikrar menghapuskan ketidakadilan sosioekonomi, mempertingkatkan taraf hidup, membasmi kemiskinan masyarakat serta mewujudkan interaksi antara kaum melalui bantuan kredit kepada usahawan-usahawan yang berpotensi, mengembangkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) malah menubuhkan beberapa agensi seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Bank Rakyat untuk menghulurkan bantuan serta sokongan padu kepada golongan yang memerlukannya. Sebagai rakyat, tibalah saat-saat genting kita mencurahkan tenaga menyokong segala dasar dan saranan pemimpin serta merestui usaha mereka. Rakyat perlu rela berkorban untuk nusa dan bangsa, menumpukan ketaatan malahan pula kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja dan negara. Prinsip ketiga yang tertera dalam Rukun Negara ialah Keluhuran Perlembagaan. Prinsip ini menekankan ketinggian perlembagaan dan keluhurannya mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, jemaah Menteri serta mahkamah. Hal ini terbukti apabila semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia akan hilang kesahihannya. Perlembagaan Persekutuan
246

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

merupakan teras perundangan tertinggi malahan pula mendukung fungsi melindungi hak asasi setiap rakyat. Hak asasi seseorang tidak boleh dicabar kerana Malaysia mengamalkan sifar diskriminasi dan eksploitasi. Hak istimewa bumiputera pula tidak boleh dipersoalkan. Bukan itu sahaja, kedudukan raja sebagai pemimpin berdaulat, agama Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi tidak boleh dicabar. Akan tetapi, rakyat bebas mempelajari bahasa lain, menganuti agama serta kepercayaan lain dengan syarat tidak melanggar perlembagaan. Kebebasan rakyat adalah liberal. Pemberian taraf kewarganegaraan juga berasaskan perlembagaan. Semangat menyanjung keluhuran perlembagaan tumbuh mekar di sanubari rakyat demi mengekalkan keharmonian sejagat. Prinsip selanjutnya ialah kedaulatan undang-undang. Prinsip ini mendukung cita-cita kerajaan mewujudkan sistem pentadbiran yang berdaulat dan bebas daripada anasir-anasir jahat yang cuba menodai kestabilan politik yang sedia ada. Undang-undang yang digubal amat menekankan prinsip keadilan dan menyatakan dengan jelas bahawa semua insan adalah sama di sisi undang-undang. Bak kata pepatah, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Seseorang yang berbuat jahat nescaya mendapat balasannya. Oleh hal yang demikian, warga Malaysia amat berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar tidak mencabuli kedaulatan undang-undang yang sedia ada. Di samping itu, hak asasi rakyat amat terjamin. Hak-hak dan kepentingan rakyat termaktub dalam undang-undang yang berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan. Justeru, kedaulatannya dititikberatkan lagi dipertahankan. Undang-undang tidak boleh diabaikan atau dipersendakan sebaliknya perlu diiktiraf kewibawaannya. Seperti kita yang sedia maklum, undang-undang merupakan hasil titik peluh pemimpin kita yang tegas tetapi tidak alpa semasa menggubalnya. Hajat Malaysia untuk mencapai sifar jenayah mustahil dicapai sekiranya rakyat Malaysia menerapkan sikap ‘endah tak endah’ terhadap kedaulatan undang-undang. Mujurlah rakyat Malaysia yang beretika serta berdisiplin mampu mempertahankan kesucian undang-undang.
247

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Menginsafi pedoman daripada prinsip kelima, iaitu kesopanan dan kesusilaan, rakyat Malaysia mendapat ilham bahawa demi menjalani kehidupan di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, amatlah mustahak bagi kita bersopan santun dan bertatasusila semasa bergaul antara satu sama lain. Rakyat merupakan tunjang pembangunan negara dan memikul tanggungjawab yang mulia untuk membangunkan tanah air yang tercinta. Kehidupan yang harmoni merupakan jalan pintas pembangunan negara yang pesat. Kerajaan berazam melahirkan generasi muda yang diperlengkap dengan minda kelas pertama agar pemikiran bernas mereka tidak lenyap dihanyutkan arus globalisasi. Rakyat berbangga menghuni di Malaysia kerana kagum dengan perpaduan dan kemajuan negara yang dicapai. Tanpa disedari, kemajuan Malaysia pada mutakhir ini adalah hasil usaha murni dan kerjasama antara pemimpin dengan penduduk. Kita bersama-sama menatang cita-cita “di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung” dan “hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri” supaya dapat membanteras anasir-anasir yang cuba merenggangkan perpaduan yang dikecapi. Amalan bersopan-santun dan bertata susila telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Rakyat Malaysia sering mengaplikasikan dan mempraktikkan prinsip ini dalam senario harian. Dasar penerapan “Bersih, Amanah dan Cekap” melahirkan generasi yang berkomitmen tinggi, berdaya saing, berintegriti dan memiliki kekuatan moral seiring dengan pelaksanaan prinsip ini. Penduduk bertegur sapa, berkomunikasi dengan berkesan dan efektif antara satu sama lain untuk mengetahui budaya serta adat masing-masing agar menghindar perkelahian dan perselisihan faham. Kefahaman sepakat dan muafakat dicapai. Keadaan di mana “seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” dielakkan, selanjutnya mengecap motif pembentukan Rukun Negara dengan gemilangnya. Nilai-nilai murni ini diharapkan dapat dikekalkan demi membuka satu langkah lebih dekat dengan Wawasan 2020 yang bakal menjelang tiba.

248

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Konklusinya, ikatan tali silaturahim yang erat antara rakyat pemangkin pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Hanya melalui pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara, perpaduan kaum dapat dicapai dengan mudahnya. Rakyat harus menggembleng tenaga dan berusaha dalam menjamin kepatuhan prinsip-prinsip mulia Rukun Negara. Pengaplikasian prinsip-prinsip Rukun Negara nescaya membentuk masyarakat yang proaktif, progresif, berfikiran terbuka dan bermuhibah. Secara tidak langsungnya, jati diri dan keutuhan akhlak warga Malaysia menjamin perpaduan, mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal serta demokratik. Rakyat Malaysia mengiktiraf kewujudan Rukun Negara dan melafazkannya semasa upacara rasmi seperti dalam sambutan Hari Kemerdekaan dan juga perhimpunan yang diadakan di peringkat sekolah. Murid-murid diajar prinsip-prinsip ini sejak berada di bangku sekolah lagi seperti pepatah Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Kita diselubungi perasaan megah dengan keamanan yang dikecap hasil dari pengaplikasian prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian. Biarlah peristiwa 13 Mei 1969 berlaku ibarat sejarah yang selalunya memberi iktibar kepada warga Malaysia. Hargailah usaha murni pihak-pihak yang menghasilkan Rukun Negara yang juga merupakan ubat mujarab dalam menangani rusuhan kaum. Rujukan 1. Rukun Negara Siri Pengetahuan Am oleh Jabatan Penerangan Malaysia 2. INTAN 1993, Masyarakat Majmuk dan Masalah Perpaduan (Negara kita) 3. INTAN 1980, Negara Kita

249

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

4. INTAN 1991, Malaysia Kita 5. Siri Teks Referens SPM Sejarah oleh Zamri Talib 6. Bahasa Melayu SPM Kertas 1 Karangan Isu-isu Semasa oleh Liew Siaw Lin.

250

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Yokesvaren A/L Sunderasen SMK Taman Universiti

P

ada 16 Mei 1969, satu episod duka telah menghiasi diari negara yang mengakibatkan beberapa lokasi di Kuala Lumpur menjadi merah disimbah darah mangsa-mangsa terkorban. Mangsa-mangsa yang tidak berdosa itu telah berada di tempat yang salah, di tempat yang tidak diduga. Mereka telah dibunuh dek kerana ketegangan kaum yang tidak terduga dahsyatnya. Akibat huruhara ketika itu, Yang di-Pertuan Agong memerintahkan seluruh negara diletakkan dalam perintah darurat mulai 14 Mei 1969. Parlimen digantung fungsinya, Malaysia diperintah oleh kabinet darurat di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Malah, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak Hussein telah ditubuhkan bagi menyelenggarakan hal-hal yang berkenaan dengan darurat. Begitulah secebis kisah Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah membunuh pemerintahan demokrasi di negara yang tercinta ini selama 22 bulan. Peristiwa hitam inilah telah mendorong Tun Abdul Razak menerusi Majlis Perundingan Negara yang dibentuk, selepas Peristiwa 13 Mei 1969 bagi mengadakan mesyuarat pertamanya pada 27 Januari 1970. Atas kecerdikan dan kebijaksanaan golongan pemimpin ketika itu, maka satu gagasan yang telah menjadi ideologi negara ketika itu dibentuk. Tiada apa yang ingin mereka lihat ketika
251

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

itu, melainkan mahu mewujudkan satu negara dan satu bangsa berjiwa Malaysia. Sanggup bersatu padu, menggenggam matlamat dan aspirasi yang sama, malah rela bangkit berjuang mempertahankan pertiwi dengan satu tekad dan hati yang membulat. Justeru, lahirlah Rukun Negara yang diumumkan kepada bangsa Malaysia sewaktu sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara dibentuk bagi memelihara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan. Disebabkan itu, Rukun Negara mengandungi prinsip ketuhanan, kesetiaan kepada negara, kesaksamaan politik, sosiobudaya, ekonomi, sains dan teknologi serta modenisasi. Secara umumnya, Rukun Negara menggabungkan falsafah dan semangat yang ada pada Perlembagaan Persekutuan dengan wajah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Besarlah harapan agar rakyat Malaysia tidak menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai lubuk perbalahan dan permusuhan kaum sehingga mengakibatkan jurang kaum yang besar, permusuhan dan persengketaan. Secara amnya, objektif terperinci Rukun Negara adalah seperti berikut: 1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh bangsa Malaysia. 2. Memelihara cara hidup yang lebih demokratik 3. Menjamin kewujudan bangsa Malaysia yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. 4. Membentuk sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dengan pelbagai corak. 5. Membina bangsa Malaysia yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. Matlamat Rukun Negara adalah melahirkan masyarakat yang sanggup mendepani zaman yang mencabar, holistik, universal dan hidup dalam kerukunan serta bersatu padu dalam segenap aspek dan peristiwa. Bertepatan dengan itu, kerangka perpaduan yang dibentuk ini adalah untuk menghapuskan prasangka kaum yang
252

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

wujud di negara ini sebelum dan sesudah peristiwa hitam 13 Mei 1969. Kepercayaan kepada Tuhan Terdapat lima prinsip Rukun Negara yang menjadi tunjang perpaduan dan pembentukan bangsa Malaysia yang harmoni. Kepercayaan kepada Tuhan, menduduki senarai teratas dalam prinsip Rukun Negara. Ini kerana, agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan juga pada asasnya memberikan peruntukan yang jelas kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi, di samping jaminan kebebasan beragama kepada penganut agama lain. Tambahan pula, agama itu sendiri adalah asas kepada pembentukan akhlak dan moral yang akan membentuk kekuatan dalam diri seseorang individu. Rakyat yang beragama mudah diurus, di samping agama itu sendiri akan menjadi perisai dan pendinding daripada kelakuan, sikap dan perbuatan songsang serta mungkar. Asas keagamaan dan keutamaan menjadi prinsip utama Rukun Negara kerana nilai-nilai murni dan pembentukan akhlak mulia yang ada pada ajaran agama. Menurut Kamus Dewan, agama ialah, “Kepercayaan Kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya.’ Ini jelas menunjukkan bagaimana penganut yang baik pasti akan taat dan patuh, malah tidak sesekali menimbulkan sebarang perkara onar dan noda yang secara tidak langsung akan merosakkan diri, masyarakat dan negara. Malah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang pada asasnya memberikan peruntukan yang jelas kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi di samping jaminan kebebasan beragama kepada penganut agama lain. Situasi ini telah menyumbang kepada kesejahteraan, keamanan dan kerukunan serta kebahagiaan bangsa Malaysia yang tercinta. Hidup yang berasaskan kepada Kepercayaan kepada Tuhan pasti membawa bahagia. Begitulah prinsip pertama yang menjadi pegangan dan anutan rakyat Malaysia.
253

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Bertepatan seperti yang telah dikatakan oleh Hamka, “Adat bersendikan agama, agama bersendikan kitabullah.” Sejak 1957, kita sudah 13 kali bertukar tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong. Kini, selepas 50 tahun kita merdeka, tibalah giliran Tuanku Mizan Zainal Abidin memayungi rakyat mendukung konsep Raja berperlembagaan dalam menjalankan pemerintahan baginda. Bertepatan dengan prinsip kedua Rukun Negara; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, rakyat Malaysia mengamalkan hidup setia dan taat serta patuh kepada Raja dan Negara. Begitu juga halnya kepada rakyat dalam negeri-negeri yang mempunyai raja. Raja ialah Ketua Negeri yang menjadi naungan rakyat. Raja adalah lambang penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa penduduk peribumi. Malah, sistem beraja ini adalah sebagai sumber kekuatan semula jadi kepada rakyat yang diperintah oleh baginda. Raja juga menjadi simbol perpaduan dan menjadi tempat untuk rakyat sebagai benteng terakhir mengenai hal check and balance dalam mempertahankan institusi awam seperti polis dan kehakiman supaya menjalankan khidmatnya dengan penuh berkesan. Gambaran ini membolehkan rakyat Malaysia menaruh sepenuh kepercayaan dan ketaatan kepada raja dalam memastikan kehidupan rakyat aman dan damai. Kesetiaan kepada Raja dan Negara juga adalah salah satu ciri asas yang membentuk bangsa Malaysia menjadi patriotik. Kesetiaan kepada raja dan negara adalah manifestasi kepada pembentukan negara bangsa (union state) yang berwibawa dan berdaulat. Apabila rakyat Malaysia mengamalkan prinsip Rukun Negara ini, ia bukan sahaja akan membina ketenteraman dan kemakmuran negara bahkan melahirkan rakyat yang sedia berkorban untuk mempertahankan sebarang ancaman sama ada bentuk luaran dan dalaman yang mengganggu gugat keamanan dan ketahanan negara. Dengan cara ini, kemerdekaan dan kedaulatan negara akan dapat dipertahankan.
254

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sewajarnya, prinsip ini akan mendorong semua rakyat Malaysia mencapai kecemerlangan semaksimum yang mungkin dalam memastikan negara berdaya saing di peringkat global. Ini dibuktikan dengan kemajuan dan kemodenan yang dicapai oleh negara seperti pembinaan projek mega Multimedia Super Corridor (MSC), kejayaan Petronas di peringkat dunia dan penciptaan kereta nasional Proton adalah contoh kesetiaan kepada raja dan negara, kerana prinsip ini menjadikan bangsa Malaysia serba boleh untuk melonjakkan martabat Malaysia di peringkat antarabangsa. Keluhuran Perlembagaan Selain itu, tidak kurang pentingnya juga tentang prinsip ketiga Rukun Negara. Keluhuran Perlembagaan. Ia adalah Rukun Negara yang menjamin keselamatan, ketenteraman, kestabilan dan kemakmuran rakyat serta Malaysia. Nilai guna sesebuah perlembagaan itu sangat besar dan merupakan nyawa kepada undang-undang negara. Oleh itu, perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul kerana ia dirangka untuk mengatur hidup rakyat dalam sesebuah negara. Perlembagaan itu ditafsirkan supaya tidak dijadikan bahan untuk menimbulkan keresahan, jurang antara kaum, perbalahan dan permusuhan antarabangsa Malaysia yang berbilang kaum, keturunan dan agama. Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan dalam Perkara 4(1), “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan.” Maka tidak timbul isu Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan” dan isu perlembagaan dipertikai, serta dipolitikkan bagi mencapai tujuan peribadi tanpa memikirkan soal kontrak sosial yang telah lama dipersetujui bersama sejak 50 tahun dahulu. Seharusnya, Keluhuran Perlembagaan harus didukung bersama tanpa ada perasaan prejudis dan buruk sangka dalam kalangan rakyat demi kelangsungan keamanan negara. Kita tidak mahu rakyat kembali derita seperti awal 1964 sehingga Peristiwa 13 Mei yang mengorbankan banyak nyawa. Terdapat beberapa perkara dalam
255

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perlembagaan boleh meretakkan hubungan sesama rakyat. Antaranya dalam Perkara 152(1)(a) yang mengatakan “dengan syarat tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar bahasa lain.” Apabila hanya perkara 152(1) sahaja difahami dengan mengabaikan klaus 152(1)(a) maka ada segelintir rakyat Malaysia yang memahami seolah-olah Perlembagaan hanya membenar penggunaan bahasa Melayu tetapi, bangsa Malaysia tidak pernah dihalang untuk menggunakan atau mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Atas semangat inilah sehingga hari ini, masih lagi tersergam indah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil untuk memberikan pendidikan kepada mereka yang memerlukannya. Dalam konteks Keluhuran Perlembagaan, prinsip Rukun Negara ini sepatutnya harus dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia kerana ia adalah sebaik-baik amalan dalam mewujudkan negara yang aman, toleransi dan muafakat. Kedaulatan Undang-undang Dewasa ini, masalah keruntuhan akhlak dan kelakuan songsang yang semakin membimbangkan masyarakat Malaysia, boleh dijadikan penanda aras, betapa prinsip Rukun Negara, Kedaulatan Undang-undang semakin dilupakan. Walhal undang-undang yang digubal oleh ahli Yang Berhormat di institusi Parlimen adalah untuk memelihara kesejahteraan sosial, keamanan dan ketenteraman awam. Maknanya, prinsip kedaulatan undang-undang diperkukuhkan dengan prinsip keluhuran Perlembagaan. Amalan hidup rakyat Malaysia yang setia dan taat kepada negara, perlu berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang telah digubal. Negara memerlukan undang-undang dan peraturan bagi mengawal segala tindak tanduk individu, kelompok, organisasi dan masyarakat supaya dapat mengekalkan tatacara hidup berbudi
256

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pekerti dan berakhlak mulia. Justeru, ketenteraman awam dan keamanan negara akan terlaksana sekiranya undang-undang dipatuhi oleh segenap masyarakat ke peringkat pimpinan atasan. Sepatutnya, undang-undang yang dikenakan kepada rakyat bawahan mestilah dikenakan juga kepada ‘orang besar’ yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki masyarakat. Ini kerana apabila seseorang rakyat itu melakukan kesalahan, hukuman telah setia menunggu di kandang orang bersalah. Contohnya dalam kes bertarikh 27 Mei 2007 dalam Utusan Malaysia yang melaporkan, Restoran Nasi Kandar Tanjung di Jalan Hiliran, dikenakan kompaun berjumlah RM22,5000 kerana menjual milo ais dengan harga RM1.80 segelas, melebihi harga biasa. Seharusnya usaha dan tindakan pihak berkuasa ini patut dipuji tetapi sepatutnya tindakan yang sama juga harus dikenakan kepada pemilik premis yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan kawalan seperti beras dan minyak masak. Kesannya, kedaulatan undang-undang yang tertera pada prinsip Rukun Negara yang keempat ini dijunjung tinggi dan tidak dibiarkan begitu sahaja hanya kerana kekuasaan yang disalahgunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia mesti bertanggungjawab untuk memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Sebarang tindakan yang bercanggah dengan undang-undang akan mendatangkan mudarat yang besar dan meletakkan kepentingan negara dalam keadaan terancam dan tergugat. Kesopanan dan Kesusilaan Usaha dan tindakan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyetujui pelaksanaan undang-undang moral seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada 15 April 2005 adalah manifestasi kepada prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Beliau bersetuju rakyat Malaysia
257

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

perlu mengamalkan kesopanan dan kesusilaan walau di mana jua. Pelaksanaan undang-undang moral secara tidak langsung akan melahirkan rakyat Malaysia yang budiman dan berakhlak mulia. Tambahan pula, pelaksanaannya ini adalah sebahagian daripada pembentukan budi pekerti mulia. Prinsip utama yang ingin digembleng dalam Kesopanan dan Kesusilaan ini adalah berbudi bahasa dan mempunyai jati bangsa yang mampu menahan segala asakan dan tingkah laku songsang yang meruntuhkan akal budi seorang manusia. Amalan nilai-nilai murni serta budi bahasa adalah penting dalam membangunkan bangsa Malaysia yang bertamadun. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mengamalkan cara hidup yang bersopan santun dan bernilai murni. Nilai-nilai murni dan cara hidup bersopan santun ini telah menjadi kempen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2005 sejajar dengan prinsip Kesopanan dan Kesusilaan dalam Rukun Negara. Amalan nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara yang terakhir ini diharap dapat menjadikan institusi keluarga lebih bahagia dan institusi masyarakat hidup dengan penuh kerukunan. Kesimpulannya, Rukun Negara yang garap dan di acu dengan lenggok budaya Malaysia ini sewajarnya menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. Kita tidak dapat menafikan jasa dan budi pemimpin terdahulu seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Mendiang Tun Tan Siew Sin, Mendiang Tun Sambanthan serta semua pemimpin utama dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang berkerah keringat dan segalagalanya bagi memastikan negara yang tercinta ini tidak terjerumus ke kancah kehancuran akibat peristiwa hitam yang berlaku pada 13 Mei 1969. Kewujudan Rukun Negara yang tersusun indah ini bukan sekadar untuk dihafal semata-mata tetapi yang paling penting, penghayatan falsafah yang terkandung dalam Rukun Negara ini perlu disematkan dalam hati dan diamalkan dalam setiap perbuatan dan tingkah laku
258

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kita. Dengan ini, tidak sia-sia usaha pemimpin kita yang terdahulu bertungkus-lumus menyelamatkan negara tercinta ini daripada hancur dimamah rantaian belenggu penjajah. Rujukan 1. http://www.pmo.gov.my 2. http://www.kempen.gov.my/index.php 3. http://www.utusan.com.my 4. Budi Bahasa Budaya Kita, terbitan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

259

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Ho Eileen SMK Datok Lokman, Kuala Lumpur

M

alaysia merupakan sebuah negara yang unik dan istimewa. Walaupun Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, rakyat Malaysia masih boleh hidup dengan aman sejahtera. Ini kerana Malaysia mengamalkan Rukun Negara yang menyeru agar rakyat Malaysia untuk mendukung cita-cita mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Ini dapat dilakukan dengan memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil dengan kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Malaysia juga ingin menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang variasi serta membina satu masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden untuk membangunkan negara. Bagi mencapai cita-cita tersebut, rakyat Malaysia telah berikrar untuk mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, menyeru kepada warga Malaysia untuk sama-sama berusaha memperkukuhkan perpaduan nasional. Selain itu, rakyat Malaysia diseru untuk mempertahankan dan meningkatkan hubungan harmoni yang terjalin dalam kalangan warga Malaysia yang berlatar belakangkan pelbagai kaum, agama, budaya dan bahasa.
261

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Toleransi Nilai atau amalan toleransi amat penting dalam diri setiap rakyat Malaysia. Ini kerana, toleransi ditakrifkan sebagai seseorang individu yang mempunyai kesanggupan untuk bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham dalam pergaulan seharian demi kesejahteraan hidup. Toleransi juga merupakan asas perpaduan kaum dan kunci keharmonian negara. Perpaduan kaum pula merupakan matlamat penting kerana kepelbagaian kaum di Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Hormat-menghormati antara agama masing-masing perlu diamalkan oleh setiap warga Malaysia untuk mewujudkan suasana harmoni. Sikap toleransi yang sering dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia antaranya, menyediakan makanan yang boleh dimakan oleh semua kaum dalam sesuatu majlis, berpakaian kemas dan sopan serta tidak mencaci kepercayaan kaum lain. Selain itu, kepelbagaian perayaan diadakan di Malaysia. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha oleh orang Melayu, Tahun Baru Cina oleh orang Cina dan Deepavali yang diraikan oleh orang India. Cuba anda bayangkan jika tiada perpaduan, perpecahan kaum akan berlaku dan seterusnya menyebabkan pergaduhan antara kaum. Jika masalah ini bertambah serius, kedaulatan negara akan terjejas. Justeru, perpaduan kaum perlu diamalkan bagi mewujudkan keadaan yang harmoni agar tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan, taraf hidup rakyat bertambah maju dan wujudnya masyarakat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bak kata pepatah Melayu “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Sejarah Rukun Negara Bagi mewujudkan perpaduan supaya negara maju, rakyat Malaysia perlu mengamalkan prinsip-prinsip dan objektif-objektif dalam Rukun Negara. Rukun Negara merupakan ideologi negara
262

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial dari segi keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Pembentukan Rukun Negara bermula apabila pihak Inggeris menjajah Tanah Melayu dan memperkenalkan dasar imigrasi liberal. Melalui dasar ini, Inggeris menggalakkan kemasukan buruh dari negara China, India dan Indonesia, untuk melombong bijih timah dan menjalankan perniagaan di bandar-bandar dan estet dengan keuntungan dikaut oleh pihak Inggeris. Inggeris juga telah memperkenalkan dasar ‘pecah dan perintah’ yang memisahkan orang Melayu, Cina dan India dari segi tempat tinggal, pekerjaan dan pendidikan. Orang Melayu telah ditempatkan di desa untuk bekerja sebagai petani. Orang Cina pula bekerja di bandar untuk berniaga manakala orang India bekerja di estet. Dari segi pendidikan pula, setiap bangsa mempunyai sekolah aliran masing-masing yang mempunyai sukatan pelajaran yang berbeza. Keadaan ini telah berterusan sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, satu kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf bandar raya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama telah berlaku secara kecil-kecilan di Pangkor pada 1960 dan di Bukit Mertajam pada 1966. Pada 13 Mei 1969, satu rusuhan kaum yang serius telah berlaku. Peristiwa tersebut dianggap sebagai peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Selepas peristiwa tersebut, pihak Inggeris telah berusaha untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah ini. Berikutan itu, Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) Tun Abdul Razak, telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.

263

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Majlis Perundingan Negara ini terdiri daripada Pengerusi, Tun Abdul Razak bin Hussein yang juga Pengarah MAGERAN, tiga orang Menteri iaitu Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T Sambanthan, wakil-wakil parti politik, wakil-wakil kerajaan negeri, wakil-wakil dalam kalangan tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil. Mesyuarat pertama yang diadakan pada 27 Januari 1970 dengan dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, telah merumuskan supaya satu ideologi negara yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara. Objektif Rukun Negara Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian iaitu lima objektif dan prinsip. Seperti mana yang kita sedia maklum, Rukun Negara diwujudkan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat. Dengan perpaduan, semua rakyat Malaysia dapat bekerjasama untuk membangunkan ekonomi Malaysia. Semua bangsa perlu menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. Objektif kedua ialah memelihara satu cara hidup demokratik. Demokrasi adalah amat penting untuk mewujudkan suasana yang aman damai. Ekoran itu, Perlembagaan Negara diwujudkan untuk membolehkan rakyat Malaysia bebas melibatkan diri dalam politik dan menjamin kebebasan hak asasi selagi tidak melanggar undangundang. Namun begitu, hak-hak serta kebebasan ini tidak boleh disalahgunakan bagi memusnahkan demokrasi. Sekiranya berlaku sebarang masalah yang melanda negara ini, kepentingan bangsa dan negara perlu diutamakan. Objektif ketiga ialah mencipta satu masyarakat yang berganding bahu di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Tanpa mengira taraf atau bangsa setiap anggota
264

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Bukan sahaja sumber-sumber negara dibahagikan sama rata kepada semua kaum di Malaysia, malah dari segi undangundang hukuman yang dikenakan adalah adil tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Dengan itu, objektif untuk mencipta satu masyarakat yang adil dapat diwujudkan. Objektif keempat ialah membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak. Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan kebudayaan. Walaupun mempunyai perbezaan, tetapi setiap anggota masyarakat harus mewujudkan ikatan persaudaraan yang menjadi sumber kekuatan bangsa dan negara. Masyarakat di Malaysia juga mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sejajar dengan matlamat perpaduan negara. Secara tidak langsung, satu sikap yang liberal dapat dibentuk. Objektif yang terakhir ialah membina sebuah masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden. Dunia kini sedang berkembang maju dan menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu mendadak dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Justeru, kerajaan negara ini bercita-cita untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang progresif bagi mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Tujuan objektif ini adalah untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Meskipun demikian, dengan pencapaian ini, ia tidak akan menjejaskan perpaduan rakyat Malaysia dan terkeluar daripada batas-batas agama serta nilai-nilai ketuhanan. Prinsip Rukun Negara Prinsip pertama Rukun Negara ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Ia ditakrifkan sebagai seseorang yang mempercayai kewujudan Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan
265

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Tuhan. Setiap agama mempunyai kepercayaan tersendiri. Melalui kepercayaan beragama ini, akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat kerana setiap agama telah mengajar penganutnya untuk berbuat baik. Menurut Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Walau bagaimanapun, agama-agama dan kepercayaankepercayaan lain boleh diamalkan. Seseorang itu adalah dilarang menghina dan membeza-bezakan seseorang warganegara atas alasan agama. Prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama kerana Jawatankuasa penggubal Rukun Negara telah menyedari pentingnya agama dalam kehidupan manusia dan pentadbiran negara. Prinsip kedua ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Sistem beraja yang diamalkan, perlu dihayati kerana ia melambangkan perpaduan. Setiap individu juga perlu setia kepada raja dan negara. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi ini bukan sahaja menyatukan rakyat Malaysia malah memupuk perasaan cintakan negara. Prinsip ketiga ialah Keluhuran Perlembagaan. Prinsip ini menyatakan rakyat sedia menerima, mematuhi dan mempertahankan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara merupakan perundangan yang tertinggi dan fungsinya adalah untuk memberi perlindungan dan menjaga hak serta keistimewaan rakyat Malaysia sebagai warganegara. Oleh itu, warga Malaysia perlu menghormati, menghargai dan memahami maksud, kandungan serta latar belakang sejarah terbentuknya Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara digubal dengan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Ia merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia memainkan peranan sebagai satu bahan rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.
266

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Aspek-aspek utama Perlembagaan adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta hak-hak istimewa orang Melayu. Walau bagaimanapun, hak-hak kaum bukan Bumiputera turut diberikan. Mereka diberi taraf kewarganegaraan Malaysia. Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa asing juga tidak dilarang dan orang bukan Islam bebas menganuti agama masing-masing. Jika rakyat tidak mematuhi Perlembagaan Negara, kestabilan negara akan tergugat. Oleh itu, Perlembagaan Negara merupakan satu tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia. Prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-undang. Undangundang adalah penting untuk menjamin keselamatan rakyat sebuah negara. Undang-undang merupakan satu bahan rujukan untuk memberi hukuman yang setimpal kepada mereka yang melakukan kesalahan. Setiap rakyat mempunyai taraf yang sama di sisi undang-undang. Undang-undang negara perlu dipertahankan dan diterima oleh semua rakyat. Tanpa undang-undang, negara akan berada dalam keadaan huru-hara, tidak aman dan stabil. Oleh itu, kedaulatan undang-undang tidak boleh diabaikan, malah perlu diterima dan dihormati. Undang-undang dapat menjamin hakhak seseorang individu dan dapat melaksanakan perkara-perkara yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Dengan undang-undang, rakyat akan berasa selamat dan pentadbiran negara mampu dilaksanakan dengan lancar. Prinsip yang terakhir ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Ia menekankan sikap dan tingkah laku seseorang individu. Setiap individu perlu menerapkan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ yang dianjurkan, bertujuan untuk meningkatkan budi bahasa rakyat Malaysia. Sikap sopan santun dan bertatasusila yang tinggi, penting dalam perhubungan dan pergaulan seharian. Selain itu, sikap ini penting untuk mewujudkan individu yang berdisiplin dan bermoral agar dapat mewujudkan
267

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

suasana yang harmoni. Dengan mengamalkan prinsip ini, imej negara dapat dipelihara. Kesannya, masyarakat luar memandang tinggi kredibiliti kita yang seterusnya mampu meningkatkan sektor pelancongan negara. Kesimpulannya, prinsip ini penting kerana dapat mewujudkan masyarakat yang berbudi bahasa, bersopan santun, bertatasusila dan bersatu padu. Rukun Negara dapat menjamin kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia serta memajukan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik. Seharusnya, Rukun Negara perlu dijadikan amalan hidup rakyat Malaysia pada setiap masa. Rujukan 1. Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia: Jabatan Penerangan Malaysia (2006). 2. Pendidikan Moral Tingkat Lima: Dewan Bahasa dan Pustaka (2003). 3. Pengajian Kenegaraan Malaysia STPM: TQM Consultants Sdn. Bhd. (2005).

268

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Abdul Azim Bin Arshad SMK Bukit Goh, Kuantan, Pahang

K

emerdekaan membawa maksud kebebasan, iaitu bebas daripada penjajahan kuasa asing. Sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, negara kita telah dijajah oleh kuasa asing seperti Inggeris, Jepun serta Portugis dan Belanda. Zaman penjajahan rakyat hidup menderita dan menjadi hamba di negara sendiri sebaliknya bertuankan penjajah asing. Disebabkan penjajahan yang berterusan, rakyat hidup susah meskipun hasil negara kita begitu mewah. Oleh sebab itu, kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah membawa implikasi yang cukup besar dalam memajukan negara antaranya ialah dari segi politik, ekonomi dan sosial. Pertama, implikasi kemerdekaan terhadap negara dan rakyat dari segi politik merupakan implikasi yang penting dan asas dalam pembentukan ekonomi dan sosial. Dari segi politik, kita telah mempunyai kerajaan sendiri yang memerintah negara ini. Jadi, melalui pemerintahan sendiri, suasana politik di negara ini sentiasa terkawal. Justeru, rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa. Tetapi, kita harus mengingati dan mengenang jasa-jasa pemimpin negara kita sebelum ini. Tanpa mereka, kemerdekaan dan kesejahteraan hidup yang kita nikmati hari ini tidak dapat kita kecapi. Perdana Menteri terdahulu dan kini telah banyak menabur jasa
269

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kepada kita. Perdana Menteri Pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Ketiga Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Keempat Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Perdana Menteri Kelima dan kini Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kelima-lima Perdana Menteri ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam usaha memajukan negara kita dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Allahyarham Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Pertama adalah Bapa Kemerdekaan Negara kerana jasa beliau memerdekakan negara kita pada 31 Ogos 1957. Usaha untuk mencapai kemerdekaan bukannya mudah kerana melalui proses perundingan dan pemuafakatan sebelum persetujuan dicapai dengan British. Rombongan kemerdekaan ke London yang diketuai Tunku Abdul Rahman ternyata membuahkan hasil dan negara bebas daripada cengkaman penjajah asing selama hampir 446 tahun. Selain itu, Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak juga pemimpin yang banyak berjasa terutamanya dalam usaha menjadikan Asia Tenggara “kawasan aman, bebas dan berkecuali” daripada sebarang bentuk campur tangan kuasakuasa luar. Pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 merupakan peristiwa yang bersejarah bagi negara kita walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya negaranegara jiran kita, iaitu Filipina dan Indonesia. Dalam kes ini, Allahyarham Tun Abdul Razak telah memainkan peranan penting sebagai Menteri Pertahanan dengan menyelesaikan krisis tersebut secara aman. Seperti yang kita semua ketahui, cinta beliau terhadap keamanan dan kedamaian adalah amat mendalam. Beliau telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan keharmonian negara. Tragedi 13 Mei 1969 menjadi iktibar kepada kita semua. Keamanan telah dikembalikan dan perpaduan kaum telah dipupuk. Lahirnya MAGERAN kemudian Rukun Negara yang menjadi kunci perdamaian antara kaum. Terdapat lima prinsip penting dalam Rukun Negara yang ditekankan iaitu Kepercayaan
270

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Kesusilaan, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Di samping itu, implikasi kemerdekaan juga telah memberi impak kepada ekonomi negara. Kita sepatutnya berasa bangga kerana bumi Malaysia kaya dengan pelbagai sumber ekonomi. Terdapat pelbagai sumber dan kegiatan ekonomi yang menjana pendapatan negara contohnya, industri pelancongan, pertanian, perkilangan dan sebagainya. Contohnya dalam sektor pertanian Malaysia adalah pengeluar utama minyak sawit dunia. Selain itu, industri pelancongan juga merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara. Malaysia menawarkan banyak tempat menarik yang bersejarah, keindahan pantai, pusat membelibelah dan sebagainya untuk pengunjung tempatan dan asing. Antara destinasi popular ialah Pulau Langkawi, Melaka, Kota Kinabalu dan banyak lagi. Dianggarkan hampir 20 juta pelancong asing akan melawat Malaysia pada tahun ini dan jumlah ini akan meningkat setiap tahun. Sektor perindustrian juga mencapai perkembangan yang pesat. Sebelum negara mencapai kemerdekaan aktiviti ekonomi di Tanah Melayu dimonopoli oleh kerajaan British iaitu sektor perlombongan dan pertanian. Antara hasil sektor perlombongan utama ialah bijih timah manakala sektor pertanian ialah getah, lada hitam, teh dan rempah ratus. Semua hasil ini dikaut oleh Kerajaan British ketika itu dan rakyat tempatan hanya sebagai pekerja sahaja. Namun keadaan ini berubah selepas merdeka kerana rakyat tempatan menjadi pemilik di negara sendiri. Implikasi kemerdekaan turut memberi kesan kepada aspek sosial. Selepas negara mencapai kemerdekaan banyak perubahan telah berlaku. Contoh jelas dapat dilihat daripada aspek pengangkutan, kesihatan, perbandaran, sistem pendidikan dan sebagainya. Kesan sosial seperti perbandaran merupakan kesan yang dapat dilihat
271

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dengan jelas pada hari ini. Perbandaran secara amnya bermaksud perubahan daripada pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya. Pusatpusat bandar baru serta perumahan-perumahan baru telah muncul dan berkembang pesat. Proses pembandaran ini lengkap dengan kemudahan awam dan sosial seperti jalan raya, sekolah, pusat kesihatan, bank dan sebagainya. Kini, rakyat dapat menikmati hasil daripada perkembangan pembandaran ini dengan lebih selesa dalam keadaan negara yang aman. Sistem pendidikan juga telah mengorak langkah jauh ke hadapan. Kadar celik huruf dan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Jika sebelum merdeka, negara kita hanya mempunyai sebuah universiti, tetapi kini Malaysia mempunyai 11 buah universiti awam dan enam buah kolej universiti serta mempunyai lebih 100 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Sistem pendidikan sekolah rendah atau sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga dikatakan berpotensi berkembang seiring dengan perubahan zaman. Sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah sentiasa dikemaskinikan mengikut keperluan semasa. Pendidikan agama dan akhlak diterapkan di sekolah-sekolah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia. Ia bertepatan dengan pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kerajaan juga membenarkan sistem pendidikan jenis Kebangsaan Cina dan India dipraktikkan bagi memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia memilih sistem pendidikan tanpa melunturkan semangat kebangsaan. Aspek perkhidmatan kesihatan juga mencapai kejayaan yang membanggakan. Kini Malaysia mempunyai lebih kurang 49 pusat kesihatan seperti hospital kerajaan, hospital swasta, klinik dan sebagainya. Pusat-pusat kesihatan ini lengkap dengan infrastruktur dan peralatan moden bagi merawat pesakit dengan kos rawatan yang paling minima sejajar dengan dasar Kerajaan memberi perkhidmatan sempurna bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera.
272

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Ternyata kemerdekaan negara memberi implikasi yang besar dalam memajukan negara dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat seperti yang kita nikmati hari ini. Dalam tempoh 50 Tahun Malaysia merdeka telah berlaku banyak perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kegigihan berterusan pihak pemerintah selepas merdeka telah berjaya membuktikan bahawa penduduk negara ini berupaya memajukan sektor ekonomi moden dan mengendalikan pelbagai bentuk perniagaan hingga ke peringkat global. Sebagai contoh, kejayaan Petronas, Proton dan Tenaga Nasional Berhad yang menjadi kebanggaan rakyat negara ini. Selain itu, taraf hidup masyarakat semakin meningkat dan kadar kemiskinan dapat dikurangkan. Hasil kemerdekaan negara juga mencorakkan kemajuan negara tanpa mengikut telunjuk sesiapa. Negara kita semakin maju sehingga banyak melahirkan pemimpin yang berwawasan serta disegani. Maka kita seharusnya bersama-sama berganding bahu dan berusaha memelihara kemerdekaan ini demi masa depan negara agar kemerdekaan ini berterusan dan dapat dinikmati sehingga ke generasi yang akan datang. Rujukan Majalah 1. “Anjakan Bangsa.” Zainuddin Maidin Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan Malaysia. 2. “ICT JELAS”, Jilid 03 Bil. 03 dan Jilid 05 Bil. 02 Jabatan Penerangan Ibu Pejabat Felda Jalan Perumahan Gurney 54000 Kuala Lumpur 3. Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia (MPOPC) Tingkat 2, Wisma Sawit, Lot 6 SS6, Jalan Perbandaran 47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan
273

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Buku 4. Kementerian-kementerian, Jabatan dan Agensi di Malaysia Jabatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur 2005 5. Koleksi Skrip Pengisahan Kenegaraan 2005 Jabatan Penerangan Malaysia 2006 6. Hari Kebangsaan Malaysia: Tema dan Logo (1957-2005) Jabatan Penerangan Malaysia, 2006 7. Malaysia 2005 Jabatan Penerangan Malaysia Akhbar 8. 31 Ogos 2005, Kelahiran Sebuah Negara Merdeka 1946-1963 Tajaan Petronas, Terbitan Berita Harian Sdn. Bhd.

274

50 TAHUN NEGARA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Mohd Azrul Affandi Bin Md Kassim SMK Teknik Seberang Perai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

M

erdeka! Merdeka! Malaysia Mampu Merdeka! Sekiranya kalimah agung ini dilafazkan 50 tahun yang lepas, boleh dikatakan setiap jiwa di Tanah Melayu pada masa itu akan tampil ke platform keadilan hanya untuk merealisasikannya. Rata-rata lapisan masyarakat daripada pelbagai bangsa dan agama tidak kira daripada seorang pemuda gagah perkasa hingga kepada seorang nenek tua tidak berdaya, kesemuanya akan bersatu untuk suatu matlamat murni iaitu untuk mencapai azimat unggul yang dinamakan kemerdekaan mutlak. Dalam konteks ini, kemerdekaan mutlak merujuk kepada masyarakat yang merdeka untuk memerintah negara sendiri. Merdeka untuk menikmati hasil bumi negara yang dicintai dan yang paling penting merdeka untuk bebas menjadi diri sendiri. Semua impian seolah-olah menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri pertama kita melaungkan kalimah ‘merdeka’ bersama-sama rakyat apabila hak kemerdekaan telah dirampas kembali daripada cengkaman penjajah. Kita tidak perlu lagi berlindung di bawah bayang-bayang kezaliman dan janji-janji penjajah yang kebanyakannya hanya seperti indah khabar dari rupa.

275

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

50 tahun sudah berlaku sejak negara Malaysia mencapai kemerdekaan buat julung-julung kalinya. Sudah 50 tahun masa menjarakkan kita daripada belenggu penjajah. Sesungguhnya, pada hari ini kita bangga mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Pada hakikatnya, dalam tempoh 50 tahun ini, Malaysia gah mencapai zaman kegemilangannya. Kegemilangan ini sentiasa berkembang bak kata pepatah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak pembaharuan telah dibawa, daripada pembinaan bangunan pencakar langit sehinggalah kepada penciptaan teknologi siber yang serba canggih dan maju. Sungguh mengharukan sebenarnya apabila mengenangkan bahawa perkara yang menjadi titik tolak kemajuan yang dimiliki pada hari ini semuanya disebabkan oleh kesungguhan tokoh-tokoh intelek masa lalu yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam diri mereka untuk menjadi warganegara merdeka di tanah air sendiri. Adalah sesuatu yang mengagumkan apabila melihat semangat juang yang kental dalam sanubari mereka untuk mempertahankan hak asasi diri dan tanah air. Sudah terlakar dalam sejarah negara namanama seperti Tok Janggut, Dol Said, Mat Salleh dan ramai lagi yang telah mengharumkan persada negara. Tidak keterlaluan rasanya jika dikatakan tokoh-tokoh berkenaan merupakan suatu anugerah, suatu lagenda. Dalam arus globalisasi ini, masyarakat sering bersikap alpa terhadap pengorbanan mereka. Ketahuilah, tanpa mereka siapalah kita pada hari ini. Renungkanlah, jika mereka sanggup untuk memerah keringat, terlalu takut untuk bermandikan darah, mungkin kita masih berada di bawah tampuk penjajahan asing. Jikalau pada hari bersejarah itu Perdana Menteri kita, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak memiliki keberanian dan semangat yang secukupnya untuk memohon kemerdekaan di London, pasti pada hari ini negara kita masih mengikut telunjuk kuasa luar. Insafilah, bahawa segala keperitan dan susah payah yang dilalui oleh tokoh-tokoh yang berkenaan, daripada peristiwa Portugis menguasai Melaka sehinggalah ke era Jepun bermaharajalela di
276

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pelosok Tanah Melayu, hanyalah untuk kesejahteraan anak cucu mereka iaitu generasi muda pada hari ini. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita selaku pemangkin masa depan Malaysia untuk bermuafakat demi meneruskan perjuangan mereka dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah agama, bangsa dan negara, bak kata pepatah muafakat membawa berkat. Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah drastik dengan menggariskan suatu peraturan tetap di mana setiap sekolah dan institusi pengajian di Malaysia diwajibkan untuk mempelajari subjek sastera berunsurkan nilai patriotik terhadap negara. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat dalam zaman atom ini supaya bersemangat merdeka dalam erti kata yang sebenar terutama dari segi pembangunan lahiriah, sahsiah dan cara hidup dalam pergaulan seharian. Bukan itu saja, Malaysia juga menyambut ulang tahun kemerdekaannya pada setiap tahun. Boleh dikatakan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaannya, tidak sekalipun kerajaan Malaysia pernah melupakan agenda sambutan hari bersejarah yang amat bermakna ini. Apabila difikirkan semula, apakah rasionalnya majlis ulang tahun kemerdekaan yang acap kali menjadi buah mulut rakyat kita ini? Adakah sekadar untuk bermegah-megah dengan kemajuan yang telah di kecapi? Atau adakah sekadar untuk melihat pelancaran bunga api yang berwarna-warni selama sepuluh minit pada tiap-tiap tahun? Sudah tentu tidak! Hal ini kerana tujuan sebenarnya hanyalah untuk menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Susah payah mereka bermandikan peluh serta darah hanya untuk mengambil kembali sesuatu yang memang sepatutnya menjadi hak mutlak diri masing-masing. Justeru, adalah suatu perbuatan yang tidak wajar sekiranya kita mengetepikan pengorbanan serta jasa baik mereka dengan bersikap seperti kacang lupakan kulit. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa semua orang bersetuju apabila saya mengatakan bahawa perjuangan yang diteruskan oleh tokoh-tokoh negara pada masa sekarang juga tidak kurang hebatnya. Malaysia dipandang tinggi oleh negara-negara luar
277

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang maju seperti Amerika Syarikat, Rusia, Jepun dan lain-lain lagi dengan wujudnya ketokohan pimpinan yang unggul. Adalah menjadi tamparan hebat kepada negara-negara maju itu apabila sebuah negara membangun seperti Malaysia yang pada masa lalu menjadi wilayah kekuasaan mereka telah berjaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, setaraf dengan kemajuan negara mereka. Sudah pastinya, pemimpin-pemimpin agung yang dimaksudkan adalah tidak lain tidak bukan para Perdana Menteri kita sendiri. Daripada Tunku Abdul Rahman yang mendapat hak kemerdekaan untuk rakyat sehinggalah Perdana Menteri kita sekarang iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kesemuanya hebat-hebat belaka. Mereka adalah tokoh yang sangat bijaksana yang telah membawa kita keluar daripada zaman kemunduran. Semuanya bermula apabila Tunku Abdul Rahman Putra berjaya dalam rundingannya di London bagi mendapatkan kemerdekaan bagi anak-anak Tanah Melayu. Dari saat itu, beliau telah membawa masuk pelbagai pembaharuan dari segi sistem pentadbiran, perundangan, ekonomi dan politik. Sehingga hari ini di seluruh Malaysia masih mengenangnya sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Seterusnya tampuk pemerintahan negara diteruskan oleh Perdana Menteri kedua kita iaitu Tun Abdul Razak. Beliau membawa kelainan dalam aspek pentadbirannya dengan mementingkan aspek pembangunan. Pada zaman pemerintahannya, negara kita pesat membangun dengan pembinaan pelbagai bangunan yang menjadi lambang keperibadian negara. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Pembangunan Negara. Selepas beberapa tahun, Tun Hussein Onn menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang ketiga. Beliau yang dikenali sebagai Bapa Pemodenan Negara, telah memberi sumbangan besar dalam konsep pentadbiran Malaysia demi memajukan bumi berdaulat ini, “bapa borek, anak rintik,’ inilah perumpamaan yang sesuai diberi apabila anaknya turut meneruskan usaha murni beliau selama ini. Tokoh tersebut tidak lain tidak bukan tentulah Dato’ Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran kita sekarang.
278

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Selepas peninggalan mereka, jawatan Perdana Menteri yang keempat diambil alih oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau merupakan pemimpin yang arif lagi berwibawa sehingga berjaya menggemparkan negara-negara asing yang maju dengan perubahan cara pemerintahan serta anjakan paradigma yang diterapkan kepada rakyat Malaysia. Idea-idea beliau yang bernas dan cara pentadbiran yang efektif menjadikan beliau antara pemimpin terulung yang disegani ramai. Antara konsep yang diperkenalkan dan menjadi panduan dalam sistem pemerintahan pada hari ini adalah Wawasan 2020. Beliau mengetengahkan usaha ini untuk menjadikan Malaysia negara yang maju dalam semua aspek dengan mengikut caranya yang tersendiri tanpa terikat dengan corak pentadbiran negara asing. Beliau telah dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pemodenan Malaysia dan menjadi contoh kepada generasi masa sekarang. Pada dasarnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun. Negara kita dijangka akan tersenarai dalam senarai negara maju menjelang tahun 2020. Hal inilah yang sedang diusahakan oleh Perdana Menteri kita pada hari ini, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menyeru agar semua rakyat Malaysia menggembleng tenaga dan usaha ke arah mencapai matlamat murni tersebut. Hal ini kelihatan begitu izhar sekali semasa beliau berkata “Jangan bekerja untuk saya, bekerjalah bersama saya.” Dewasa ini boleh dikatakan bahawa sudah wujud seribu satu pencapaian yang dicapai oleh negara Malaysia. Usia 50 tahun kemerdekaan digunakan sepenuhnya untuk maju dalam semua bidang kehidupan. Sebagai contoh, bidang pendidikan adalah keutamaan mutlak pada masa kini. Kerajaan Malaysia sanggup membelanjakan bilion-bilion ringgit setahun untuk biasiswa kepada pelajar cemerlang sebagai intensif kepada mereka bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekolah-sekolah diberi pelbagai kemudahan yang serba canggih dan pembelajaran alternatif seperti e-pendidikan yang diajar menggunakan komputer di sekolah-sekolah bestari yang terpilih.
279

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Selain itu, kemajuan alam siber dan teknologi turut diberi perhatian. Malaysia telah menyediakan ramai jurutera pakar dalam bidang automotif, elektronik dan lain-lain. Setakat ini, pencapaian dalam bidang ini telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Jepun telah dijadikan negara contoh yang ideal dalam bidang ini. Harapan kerajaan Malaysia adalah semoga kemajuan bidang teknologi negara menjadi setaraf dengan kecemerlangan di negara matahari terbit itu. Aspek pertanian juga tidak diabaikan dan kerajaan sedang berusaha mempergiatkan lagi bidang ini dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar dan peluang pekerjaan yang luas dalam sektor berkenaan. Dalam pada itu, mutu sukan negara turut dipertingkatkan. Sukan seperti bola sepak, badminton, hoki, boling dan sebagainya sudah acap kali mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia. Malaysia sudah merangkul banyak pingat serta piala dalam bidang sukan sejak dari awal penglibatannya lagi. Negara kita juga pernah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel suatu ketika dahulu. Hasilnya, Malaysia telah melahirkan ramai atlet-atlet yang berbakat seperti Nicol Ann David, Alex Yoong, Rashid Sidek dan ramai lagi. Dari segi pembangunan, bumi berdaulat ini telah muncul sebagai negara paling agung dalam aspek seni bina. Bukan hanya terdapat tujuh keajaiban di dunia sahaja, malah begitu juga di Malaysia. Tujuh keajaiban ini adalah Menara Berkembar Petronas, Menara Condong Teluk Intan, Jambatan Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur, Putrajaya, Bangunan Sultan Abdul Samad serta KLIA. Sesungguhnya, aspek ini menjadi kayu pengukur keagungan sesebuah negara. Oleh itu, kita harus memelihara kemerdekaan yang kita kecapi dengan baik seperti menatang minyak yang penuh. Ingatlah bahawa rakyat yang bersatu padu adalah kunci kepada negara yang unggul. Hargailah apa yang ada pada hari ini kerana esok mungkin ia tiada lagi. Oleh itu, bersemangatlah wahai anak-anak Malaysia! Jangan
280

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

biarkan titik-titik hitam berulang kembali. Cantumkan segala semangat, azam, keperitan usaha dan ukhuwah menjadi satu. Teruskanlah membawa negara ke arah zon kecemerlangan agar ia sentiasa menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Malaysia Boleh!

281

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Abu Sufian Bin Mansoor Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak

Bunga raya, bunga pertiwi, Cantik juga bunga Rafflesia, Rukun Negara pembentuk komuniti, Asas Perpaduan bangsa Malaysia.

M

alaysia adalah sebuah Negara yang ditubuhkan dengan rakyat yang berbilang bangsa. Dengan konsep yang bertemakan demokrasi, pemimpin-pemimpin di Malaysia berjaya menyatupadukan seluruh kaum di Malaysia. Namun, untuk mencapai tahap Malaysia yang maju, aman, dan makmur bukan suatu perkara yang mudah atau bak kata pepatah “yang pipih tidak datang melayang, dan yang bulat tidak akan datang bergolek”. Malaysia yang kini gagah berdiri telah berhadapan dengan pelbagai masalah yang sangat mencabar daripada pelbagai jenis cabaran dan perspektif. Sebagai contoh, pemerintahan di Malaysia pernah dinodai dek tragedi 13 Mei 1969 – tiga hari selepas pembuangan undi untuk Pilihan Raya Umum Ke-3. Ia dilakukan oleh segolongan pemimpin politik yang dipercayai mengamalkan konsep demokrasi ekstrem dan melulu. Mereka telah menyalahgunakan hak “Kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan” untuk menyemarakkan api perkauman dan mewujudkan polarisasi kaum;
283

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

anasir-anasir ini dipercayai berusaha menghancurkan Malaysia, kononnya demokrasi tidak sesuai dengan negara yang terdiri daripada pelbagai keturunan, agama, bahasa, dan budaya. Namun dengan kebijaksanaan para pemimpin dan dengan bantuan cerdik pandai daripada semua kaum, masalah ini dapat diselesaikan sepenuhnya. Pada 1971, Allahyarham Tun Abdul Razak telah menyusun semula bangsa Malaysia melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini mempunyai matlamat serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Allahyarham Tun Abdul Razak juga telah memperkenalkan Rukun Negara yang disifatkan sebagai ideologi nasional. Rukun Negara telah diumumkan kepada rakyat Malaysia sewaktu sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 1970. Sesetengah pihak menyifatkan Rukun Negara sebagai doktrin kefahaman nasional. Golongan pragmatis berpendapat, Rukun Negara adalah ‘blueprint’ untuk menentukan perpaduan, pembangunan, kemajuan, dan modenisasi Negara. Desawarsa ini, Rukun Negara adalah asas utama yang boleh memangkin pembentukan rakyat Malaysia yang patriotik. Rukun Negara adalah satu karya pemikiran yang mendepani zamannya, sebuah karya yang holistik, realistik, dan universal. Objektif terperinci Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, Memelihara cara hidup yang demokratik, menjamin kewujudan rakyat Malaysia yang adil supaya kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, membentuk sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak dan akhir sekali membentuk bangsa Malaysia yang progresif. Selain itu, Rukun Negara diwujudkan untuk menghakis seluruh prasangka kaum yang mungkin wujud di negara ini sebelum dan sesudah peristiwa hitam 13 Mei 1969.

284

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kepercayaan kepada Tuhan Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip Rukun Negara yang pertama. Sejak zaman dahulu kala manusia telah mula mempercayai kewujudan kuasa yang menguasai dunia ini. Di setiap pelusuk dunia, manusia mula mencari satu pegangan yang khusus merujuk perlindungan kepada mereka daripada sebarang bahaya termasuk fizikal mahupun rohani. Manusia juga mula mempercayai kewujudan tuhan. Justeru agama telah diwujudkan seperti agama Samawi, Hanif dan Watani. Setiap penganutnya dituntut untuk memberikan ketaatan mereka sepenuhnya kepada tuhan yang mereka sembah. Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana mampu mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera walaupun rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum. Untuk mencapai keharmonian ini, prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan telah diadakan. Secara umumnya, agama adalah asas kepada pembentukan akhlak mulia dan moral yang tinggi. Jika diteliti, semua agama di dunia menekankan penganutnya agar berkelakuan baik, berfikiran positif dan menghindari perbuatan negatif. Justeru, dengan menyatakan soal keagamaan dan keutuhan sebagai prinsip utama pastinya rakyat Malaysia mempunyai sikap dan gaya hidup yang sihat dan positif. Dengan itu kerjasama dan perpaduan yang erat dapat dibentuk. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Prinsip kedua ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kesetiaan membawa erti taat, patuh, dan sanggup berkorban. Kesetiaan kepada raja dan Negara adalah satu elemen penting yang boleh disematkan di dalam diri setiap warga Malaysia untuk menjadi patriotik. Apabila semangat patriotisme tegar di dalam diri, perasaan cinta dan sayangkan Negara akan menjadi alasan yang kukuh untuk mereka berkorban demi tanah air daripada sebarang ancaman dan
285

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

anasir-anasir negatif. Dengan cara tersebut, kemerdekaan akan terus dipertahankan, kedaulatan bangsa akan dijulang dan kesucian agama akan sentiasa dipelihara pada setiap masa. Prinsip ini sewajarnya dihayati oleh rakyat Malaysia kerana ia mendorong rakyat Malaysia mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan. Prinsip berkenaan juga akan menjadikan rakyat Malaysia sebagai warga yang berkebolehan untuk melonjakkan martabat Malaysia dan bangsa Malaysia diperingkat global. Keluhuran Perlembagaan Seterusnya, Keluhuran Perlembagaan. Dalam Persekutuan juga termaktub Rukun Negara tidak dijadikan sebagai bahan untuk menimbulkan keresahan, polirisasi, perbalahan, dan permusuhan antara rakyat Malaysia yang berbilang keturunan, agama, dan budaya ini. Jika mana-mana peruntukan dalam perlembagaan Persekutuan dijadikan bahan provokasi, maka kesejahteraan awam dan keselamatan tanah air pastinya akan terancam. Terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipercayai pernah diungkit oleh sesetengah pihak di Malaysia, pada suatu ketika dahulu hingga 13 Mei 1969. Misalnya, Perkara 152(1) yang memaktubkan bahawa “Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan yang diperlukan dengan undang-undang oleh Parlimen. Perkara ini dipercayai telah menimbulkan provokasi sesetengah bangsa Malaysia. Provokasi tersebut telah berjaya menarik perhatian sebilangan bangsa pada 1969 kerana pihak yang mencetuskan provokasi dikatakan tidak menguraikan dengan jelas maksud perkara 152 (1)(a) yang menyatakan “Dengan syarat tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakannya (bagi apa-apa maksud, selain maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar bahasa lain”.

286

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perkara 152(1) dan 152 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan ini membuktikan bahawa, walaupun bahasa kebangsaan Malaysia diangkat sebagai bajasa Kebangsaan, rakyat Malaysia tidak pernah dilarang untuk mendalami bahasa lain, termasuk bahasa ibunda masing-masing. Sebab itulah, Malaysia masih mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sehingga kini. Lantaran itu, rakyat Malaysia menjunjung Keluhuran Perlembagaan. Tuntutan seperti ini sewajarnya dipatuhi supaya seluruh isi kandungan Perlembagaan Persekutuan tidak diungkit, dicemar, dipertikaikan, dipolitik, dan dijadikan sumber antinasional dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan munjunjung tinggi Perlembagaan adalah sebaik-baik dan semurni amalan oleh semua rakyat Malaysia yang mahu hidup aman, damai dan muafakat. Kedaulatan Undang-undang Rukun Negara juga memaktubkan prinsip Kedaulatan Undangundang. Kedaulatan membawa erti kekuasaan tertinggi yang mesti dipatuhi dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. Prinsip kedaulatan undang-undang juga berkait rapat dengan memelihara keharmonian sosial, kemakmuran negara dan ketenteraman awam. Prinsip ini sebenarnya menyokong penuh prinsip Keluhuran Perlembagaan bagi memantapkan lagi kesinambungan Rukun Negara. Dalam konteks Malaysia hari ini, prinsip kedaulatan undang-undang akan membendung perlakuan dan juga jenayahjenayah yang serius menjadi topik utama perbualan dan yang kerap terpampang di dada akhbar. Terdapat pelbagai jenis jenayah yang amat membimbangkan pada ketika ini, antaranya gejala rasuah yang semakin menular dalam masyarakat. Gejala rasuah ataupun makan suap akan menyebabkan kejatuhan sesebuah negara dalam jangka masa tertentu. Hal ini akan mencetuskan kesan yang amat menakutkan dan dikhuatiri sukar untuk dipulihkan. Namun jika pihak berkuasa seperti Badan Pencegah
287

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rasuah (BPR) bingkas menangani gejala rasuah ini, masyarakat akan terus mantap dan mempunyai ekonomi yang seimbang. Dalam konteks pemesatan negara, prinsip Kedaulatan Undangundang sewajarnya menjadi satu penghalang bagi seluruh rakyat Malaysia daripada terjebak dengan keganasan dan ekstremisme. Amalan mengatakan tidak kepada keganasan dan eksterisme akan menjauhkan Malaysia daripada kemungkinan diserbu secara tidak langsung oleh sesetengah kuasa besar yang giat dan ghairah mencerobohi negara-negara merdeka dan berdaulat. Penaklukan semula ke atas negara-negara merdeka oleh kuasa besar ini berdasarkan alasan memerangi penjenayah antara bangsa walaupun tanpa usul yang konkrit. Kesopanan dan Kesusilaan Bunga raya, bunga kebangsaan; Mekar harum bunga dahlia; Kesopanan dan kesusilaan; Asas pembentuk ummah mulia. Prinsip yang terakhir ialah prinsip Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini melibatkan proses pembentukan ummah mulia, berdisiplin, berhemah, berbudi bahasa, dan berwibawa. Pada keseluruhannya, sifat, sikap, serta tindakan yang bersopan dan bertatasusila akan membantu Malaysia mencapai tahap negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dalam konteks hubungan manusia, prinsip Kesopanan dan Kesusilaan akan menimbulkan kemesraan, keakraban, dan kemakmuran. Misalnya, kehidupan berjiran. Kehidupan di Malaysia tentunya bersama dengan kaum yang berbilang bangsa. Jadi, amalan menjaga adab pergaulan akan membentuk kemesraan dan keharmonian. Contohnya, menjaga tutur kata, hormat-menghormati dan tidak sombong.
288

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Apabila hubungan sesama rakyat Malaysia menjadi mesra dan akrab, secara tidak langsung juga persefahaman antara mereka akan menjadi ikhlas dan abadi. Ini seterusnya membantu Malaysia menjadi aman, makmur dan sejahtera. Masyarakat yang penyayang dan prihatin juga dibentuk melalui kesopanan dan kesusilaan. Perasaan prihatin dan sayang menjadikan sesebuah masyarakat itu mengambil berat tentang nasib manusia senegara dan umat sejagat. Sifat-sifat berkenaan akan menjadikan institusi keluarga bahagia, institusi masyarakat terbela, dan institusi kerajaan lebih terpelihara. Hakikatnya kewujudan Rukun Negara bukan sekadar ole-ole patriotisme yang hanya untuk diperhatikan tanpa menyedari tujuan penciptaannya. Seharusnya, seluruh rakyat Malaysia meneliti, menghayati dan mendalami maksud yang tersirat dan tersurat disebaliknya. Penghayatan yang baik mampu membentuk sifat patriotisme atau sayang kepada negara yang sangat mendalam. Seluruh pandangan, elemen, dan rasional yang terbit di dalam Rukun Negara membuktikan bahawa kewujudan Rukun Negara amat penting kepada proses pembentukan Malaysia, memakmurkan negara, memupuk semangat patriotisme dan sekaligus mencegah segala gejala negatif yang semakin hari semakin menular dalam kalangan masyarakat. Sikap-sikap seperti mengadu domba, pencetus sentimen perkauman dan pengkhianat negara harus disingkirkan daripada kamus pemikiran rakyat Malaysia yang sepatutnya semakin matang selaras dengan usia kemerdekaan Malaysia yang ke-50 tahun. Kesimpulannya, Rukun Negara bukan hanya untuk dihafal atau diikrarkan. Ia mesti dihayati, diamal dan diterapkan dalam kehidupan harian setiap rakyat Malaysia. Jika Rukun Negara menjadi amalan hidup rakyat Malaysia, tiada lagi kegusaran, tiada lagi masalah dalaman dan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dipersada dunia.

289

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan 1. http://www.google.com.my/ 2. http://www.yahoo.com.my/ 3. http://www.utusan.com.my/ 4. Sejarah Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 5. Dilema Melayu hasil karya Tun Dr. Mahathir Mohammad 6. Patriotisme Malaysia hasil karya Datuk Ruhanie Haji Ahmad

290

50 TAHUN MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Siti Rusniza Binti Tajul Ariff SMK Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

P

ada setiap tanggal 31 Ogos, kita akan menyambut hari pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Namun begitu, kemerdekaan negara tidak cukup sempurna tanpa kemerdekaan setiap individu rakyat di negara ini. Oleh itu, apakah ertinya negara berada dalam situasi bebas dan merdeka sedangkan rakyatnya terus dibelenggu pelbagai ikatan yang menyekat mereka daripada menikmati erti kemerdekaan yang sebenar. Justeru, negara merdeka mestilah mempunyai rakyat yang berstatus bebas dan merasai kebebasan itu di dalam dirinya. Oleh itu, “Erti Kemerdekaan” diperkenal pada setiap sambutan kemerdekaan adalah untuk membangkitkan kesedaran dan mengingatkan mereka khususnya generasi muda yang lahir dalam era pascamerdeka untuk memahami serta mendalami signifikan kemerdekaan negara kita yang ditafsirkan secara berbezabeza mengikut pengalaman dan peringkat umur. Selain itu, sambutan kemerdekaan yang diadakan saban tahun adalah untuk memperingatkan rakyat Malaysia bahawa yang dinikmati kini merupakan hasil titisan darah dan keintelektualan para pejuang pertiwi kita dahulu. Perkara ini bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh oleh setiap ahli masyarakat bahkan perlu disebar lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda agar keperitan dan kesusahan
291

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pejuang dan pemimpin dahulu dihayati bersama. Kita semua seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bernaung dan berteduh di bawah sebuah negara bernama Malaysia yang sentiasa dikurniakan keamanan berbanding beberapa negara luar yang sering berlaku peperangan akibat konflik keagamaan dan ekonomi. Seharusnya, kita melafazkan taat setia kita terhadap raja dan negara tanpa rasa berbelah bagi. Inilah tanah tumpah darah kita, tempat kita mencari rezeki. Di sinilah, kita menumpang berteduh dan di sinilah kita dapat menggapai cita-cita kita tanpa gangguan anasir luar. Tegasnya, rasa syukur haruslah sentiasa tersemat di hati setiap orang yang mengaku sebagai warganegara Malaysia. Kemerdekaan yang dicapai kini haruslah dihayati dan dipelihara oleh segenap lapisan masyarakat. Sebagai yang kita maklum, kerajaan telah melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara. Sebagai generasi baru pewaris negara, kita sepatutnya menyertai program ini secara rela hati tanpa berdolak-dalik dengan memberi alasan yang tidak munasabah. Selain itu, tanyalah diri apakah sumbangan kita dalam memajukan negara. Kita seharusnya berusaha dengan mengangkat martabat bangsa di seluruh pelosok dunia agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Di samping itu, generasi muda haruslah memainkan peranan dengan memenuhkan dada dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat agar dapat mencapai wawasan 2020. Tambahan pula, tugas menaikkan dan memartabatkan negara terletak di tangan generasi muda yang akan mewarisi tonggak kepimpinan pada masa akan datang. Penjajahan sejak ratusan tahun dahulu telah menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara mundur yang sering ditindas. Walaupun pelbagai pembangunan telah dilakukan di negara ini, namun keterbatasan dalam memimpin negara tetap ada sehingga rakyat kekal mundur. Menyedari hakikat itu, rakyat Malaysia mula bangkit untuk mencapai kemerdekaan. Oleh itu, muncullah pemimpin berhati cekal seperti Dato’ Onn Jaafar dan Tun Tan Cheng Lock yang mengusulkan kemerdekaan. Rundingan mengusulkan kemerdekaan ini diadakan dengan
292

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mengambil kira penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum. Semua kaum mengemukakan cadangan mereka melalui pemimpin tertinggi parti politik yang mereka anggotai. Terdapat tiga buah parti politik besar yang mewakili setiap kaum iaitu UMNO untuk penduduk Melayu, MCA untuk penduduk Cina dan MIC untuk kaum India. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Kuala Lumpur dan presiden pertamanya ialah Dato’ Onn bin Jaafar. Persatuan Cina Malaya atau MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Presiden pertama MCA ialah Tun Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan adalah untuk melindungi hak-hak dan kepentingan ekonomi, sosial dan politik kaum Cina di Tanah Melayu. MCA juga bermatlamat untuk bekerjasama dengan masyarakat Melayu untuk mencapai kemerdekaan. Manakala Kongres India Malaya iaitu MIC ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 dan Presiden pertamanya ialah John Tivy. MIC juga mempunyai hala tuju untuk menyampaikan pendapat-pendapat kaum India kepada kerajaan. Kemudian, tokohtokoh seperti Tun V.T Sambanthan pula mewarisi impian tersebut sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kewibawaan Tunku Abdul Rahman haruslah dihayati bersama kerana beliau menuntut kemerdekaan tanpa ada pertumpahan darah yang berlaku. Dalam usaha mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman lebih banyak mengamalkan sikap tolak ansur dan berkompromi dengan pihak British. Oleh sebab beliau lebih mengutamakan keamanan dan kesejahteraan dan bukan darah dan air mata. Tunku Abdul Rahman meletakkan kepentingan bangsa dan negara melebihi kepentingan lain. Rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra bukanlah perkara yang mudah. Rombongan ini bertungkus-lumus menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Rombongan merdeka akhirnya pulang dengan penuh kemenangan. Rombongan itu telah disambut dengan jutaan harapan. Bandar Hilir Melaka adalah tempat untuk mengumumkan tarikh keramat itu. Ini adalah untuk memberi penghormatan terhadap lahirnya hulubalang-hulubalang Melaka yang terbilang iaitu Hang Tuah. Ketibaan rombongan itu disambut oleh 100,000 rakyat yang inginkan kemerdekaan sejak dahulu lagi.
293

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Di padang Bandar Hilir Melaka iaitu Tunku Abdul Rahman Putera akan mengumumkan tarikh kemerdekaan kepada semua rakyat jelata tanpa mengira kaum dan agama. Beberapa surat telah ditandatangani sebagai membuktikan Tanah Melayu akan terhindar daripada cengkaman penjajah. Nah, hari ini telah mencapai 50 tahun kemerdekaan, Malaysia telah bangkit daripada kepayahan masa silam hingga gah di mata dunia! Semangat “Malaysia Boleh” yang diterapkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyaksikan satu pencapaian luar biasa bagi rakyat Malaysia di pentas dunia. Rakyat Malaysia berjaya membuktikan bahawa anak Malaysia setanding dan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia dan tidak lagi setakat menjadi jaguh kampung. Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai Malaysia tidak lagi setakat menjadi jaguh kampung. Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai Malaysia tidak perlu diragui lagi. Sekarang kita sudah gah di mata dunia. Buktinya sudah ada anak Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest. M. Magendran dan N. Mohandas anak Malaysia yang berani mempertaruhkan nyawa dengan mendaki Gunung Everest semata-mata ingin mengharumkan nama Malaysia. Kedua-dua wira ini telah berjaya menawan puncak pada 23 Mei 1997. Pada tahun 1999 pula Datuk Azhar Mansor telah mengelilingi dunia secara solo hanya dengan menggunakan kapal layar Jalur Gemilang dan seorang lagi anak kampung iaitu Datuk Abdul Malik Mydin telah berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 328 kilometer pada Ogos 2003. Melalui slogan keramat “Malaysia Boleh” itu juga rakyat Malaysia bakal menyaksikan satu lagi kejayaan luar biasa apabila ada rakyat Malaysia menjadi angkasawan ke angkasa lepas. Agensi Angkasa Negara (NSA) giat meneliti kriteria-kriteria yang perlu ada pada seorang angkasawan. Buktinya kini telah ada dua orang rakyat Malaysia yang akan menjejakkan kaki ke angkasa lepas. Mereka kini dalam persiapan untuk persediaan semasa di sana nanti. Selain itu, pemimpin kita telah berjaya mengubah
294

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Malaysia daripada negara pertanian kepada negara perindustrian yang tumbuh dengan begitu pesat dan disasarkan akan menjadi negara maju menjelang 2020. Jika dahulu kita sentiasa ditindas dan dihalang menerokai bidang baru tetapi kini sesiapa sahaja bebas menerokai dan mempelajari pelbagai bidang yang berteraskan pengetahuan sains dan teknologi. Dalam menuju kemajuan kehidupan seharian, matlamat wawasan 2020 turut menekankan nilai-nilai agama bagi mewujudkan keseimbangan antara keperluan hidup dan rohaniah. Slogan keramat itu juga telah menyaksikan kemunculan satu demi satu anak Malaysia tampil menyatakan kesanggupan mereka untuk mengharungi cabaran yang sebelum ini dilihat mustahil untuk melakukannya. Kejayaan Malaysia juga bukan sahaja pada pembangunan negara bahkan jelas terlihat kecemerlangan Malaysia dalam pelbagai bidang terutamanya pendidikan ekonomi, politik dan sukan. Dalam arena sukan, Malaysia berupaya menganjurkan pelbagai acara sukan berprestij pada peringkat dunia seperti Sukan Komanwel 1998. Anak bangsa kita iaitu Nicol Ann David telah mencipta nama di arena skuasy dengan menjadi ratu skuasy dunia. Dia telah menewaskan peserta-peserta dari negara-negara yang pernah menjajah kita dahulu. Kita dapat melihat kemenangan beliau sedikit sebanyak membantu Malaysia terkenal di pentas dunia sekali gus menolak gangguan anasir luar. Malaysia juga boleh dianggap setaraf dengan negara maju kerana sudah mempunyai bangunan pencakar langit tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas, Litar Lumba F1 tercanggih di dunia, iaitu Litar F1 Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bandar pintar Cyberjaya, Putrajaya dan banyak lagi monumen fizikal yang meletakkan Malaysia di peta dunia. Kemampuan Malaysia menganjurkan perlumbaan kereta F1 buat pertama kali pada 1999 telah menaikkan profil Malaysia di mata dunia. Selain itu, Malaysia turut diberi kepercayaan dalam menganjurkan persidangan utama dunia termasuk Sidang Kemuncak
295

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Persidangan NegaraNegara Berkecuali (NAM). Jurutera tempatan juga telah mencatat sejarah apabila berjaya menghasilkan satelit buatan Malaysia iaitu RazatSat. Negara Malaysia juga telah menjadi pengeksport yang dikenali dunia dan tidak lagi bergantung pada semua barangan luar negara. Pada tahun ini iaitu tahun 2007 kita sekali lagi dapat melihat perkembangan Malaysia. Sebuah roda gergasi telah dibina iaitu “Eye On Malaysia”. Ini adalah sebagai tarikan bagi pelancong asing untuk datang ke Malaysia dan melihat keindahannya. Tetapi kejayaan sebenar formula Malaysia bukanlah terletak pada jumlah prasarana fizikal atau jumlah penganjuran acara dunia. Kejayaan sebenarnya ialah menyatukan rakyat Malaysia yang berjumlah 20 juta penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya untuk bersatu menggembleng tenaga membina negara tanpa wujud perasaan curiga antara satu sama lain dan inilah yang patut kita banggakan dan uar-uarkan kepada dunia kerana tiada negara di dunia ini mampu mensimulasikan apa yang ada di Malaysia hari ini. Semangat Malaysia Boleh! merupakan suatu revolusi mental rakyat Malaysia dan pembakar semangat kepada semua untuk melakukan apa yang dianggap mustahil. Bukti jelas ialah keupayaan kita untuk keluar dari belenggu kemelesetan ekonomi yang melanda dunia dengan kadar yang mengagumkan semua pihak. Ramai penganalisis ekonomi menyatakan tentang keraguan kaedah Malaysia pada awalnya tetapi mengubah pandangan mereka apabila keupayaan mencatatkan pertumbuhan purata KDNK 4% untuk tahun 1999 jauh mengatasi nilai jangkaan 1%. Komitmen masyarakat Malaysia dalam menyahut aspirasi Malaysia Boleh! ditunjukkan dengan begitu bersemangat apabila hampir 2.1 juta warga Malaysia bersama-sama “Berjalan untuk Negara” sebagai tanda sokongan terhadap penawaran kita untuk menganjurkan sukan kedua terbesar di dunia iaitu Sukan Asia. Inilah hasilnya Formula Malaysia, satu formula yang mengambil masa selama 42 tahun untuk membinanya. Kami rakyat Malaysia yang bersatu padu, harmonis, berjiwa kental dan berdiri sendiri mencapai wawasan 2020.
296

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kejayaan Malaysia kini bukan dapat dicapai dengan mudah. Segala penderitaan dan keperitan terpaksa dihadapi untuk kita berjaya sebegini. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang bernaung di bawahnya haruslah mengekalkan kejayaan dan kegemilangan Malaysia agar negara dapat mengejar arus dunia berteknologi. Untuk mengekalkan kejayaan ini semua pihak haruslah memainkan peranan. Pihak kerajaan haruslah membasmi kemasukan pendatang tanpa izin. Kemasukan pendatang tanpa izin ini akan menghakis dan menghalang kemajuan Malaysia. Pengambilan tenaga asing yang tiada henti akan menyebabkan tenaga tempatan seperti remaja tidak lagi berpeluang mendapat tempat di sektorsektor pekerjaan pada masa akan datang. Selain itu, atlet-atlet negara haruslah mempertingkatkan lagi keupayaan mereka agar kejayaan dapat dicapai. Dengan pencapaian yang terbaru, kejayaankejayaan dahulu akan sentiasa diingati oleh dunia luar. Pemimpinpemimpin haruslah berusaha memajukan negara dalam sektorsektor perindustrian, perdagangan dan lain-lain. Kemajuan ini dapat membina kejayaan-kejayaan baru sekali gus tidak menjatuhkan reputasi kemajuan yang terdahulu. Sebagai rakyat Malaysia yang inginkan kebebasan negara berpanjangan kita haruslah mempertahankan kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang dahulu. Kita haruslah menerapkan dalam diri masing-masing semangat kemerdekaan agar negara kita tidak menjadi seperti dahulu yang dimonopoli oleh penjajah durjana. Selain itu, kita juga harus mengekalkan kegemilangan dan kejayaan Malaysia agar generasi akan datang dapat mengenali Malaysia dengan lebih mendalam dan dapat melihat kejayaan-kejayaan Malaysia. Oleh itu, berbanggalah kerana semua ini adalah kerana kita memiliki pemimpin yang berpandangan jauh dan sentiasa berusaha memajukannya.

297

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan 1. Empat Dasawarsa (Sejarah & Kejayaan Malaysia) 2. E-media (NSTP) 3. Tunku Abdul Rahman (Siri Tokoh-tokoh) 4. Penubuhan Malaysia.

298

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Nor Amaleena Binti Mohamad SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang

K

ebelakangan ini, nama Malaysia sering meniti di bibir masyarakat seluruh dunia. Apabila disebut nama Malaysia seantero masyarakat dunia mengenalinya. Walaupun negara kita baru sahaja bebas dari cengkaman penjajah selama 50 tahun, Malaysia telah membangun dengan begitu gah sehingga boleh berdiri sebaris dengan negara-negara maju lain di Asia Tenggara. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa negara kita telah menjadi lebih maju daripada negara-negara lain yang terlebih dahulu mencapai kemerdekaan. Selain itu, negara kita juga telah menjadi satu-satunya negara di rantau Asia yang menuntut kemerdekaan tanpa melibatkan sebarang pertumpahan darah. Dari situ, ketokohan pemimpin terdahulu seperti Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman dapat dilihat. Hal ini membuktikan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tanah Melayu suatu masa dahulu mampu melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber, jitu dan berwawasan sejak dahulu lagi. Oleh itu, tidak hairanlah jika negara kita semakin maju dari hari ke hari hasil terajuan Perdana MenteriPerdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ketokohan pemimpin-pemimpin ini tidak dapat disangkal lagi. Jika tidak, masakan Malaysia menjadi satu-satunya negara di dunia yang masyarakat majmuknya
299

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

hidup dalam suasana harmoni dan saling membantu. Malaysia juga amat mengutamakan perpaduan dan mementingkan hak asasi manusia. Hal ini dibuktikan melalui tindakan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Bagi menunjukkan penentangan terhadap dasar yang membezakan taraf penduduk mengikut warna kulit itu, Malaysia tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan sehingga undang-undang itu dihapuskan oleh Afrika Selatan. Selain mementingkan perpaduan dalam kalangan masyarakat, Malaysia juga berusaha memelihara keamanan dunia dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan piagampiagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Negara kita tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB untuk mengekalkan keamanan dunia. Terdapat pelbagai faktor yang membantu memperkenalkan nama Malaysia di mata dunia. Pemimpin-pemimpin negara kita telah banyak berusaha bagi memastikan negara kita berkembang pesat setanding dengan negara-negara membangun lain. Hal ini kerana setelah negara mencapai kemerdekaan, negara kita telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand. Memandangkan ketika itu pertahanan Malaysia belum cukup teguh, negara kita banyak bergantung pada kuasa barat seperti mengharapkan modal dan juga pasaran dari Britain dan Amerika Syarikat bagi menggalakkan pelaburan asing dalam meningkatkan ekonomi negara serta peluang pekerjaan di negara kita. Walau bagaimanapun, pada tahun 1982, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang menjadikan Korea Selatan dan Jepun sebagai model dalam menggalakkan rakyat Malaysia menerima pakai nilai-nilai positif yang diamalkan oleh masyarakat di negara itu yakni semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan, dan etika pengurusan pekerjaan yang baik. Pemimpin negara kita berusaha bersungguh-sungguh memastikan ekonomi negara berkembang pesat di samping
300

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

memastikan rakyat negara kita menerapkan nilai mencintai negara dalam diri masing-masing. Pada peringkat awal kemerdekaan, negara kita telah bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan dalam memastikan Malaysia dikenali di arena antarabangsa di samping membantu mempertingkatkan perkembangan negara-negara sedunia. Hal ini jelas dibuktikan melalui penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) atas cadangan Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman yang telah banyak membantu dalam perkembangan negara-negara Islam di dunia, Tunku Abdul Rahman yang mula-mula mencadangkan OIC yang pertama pada tahun 1971 yakni hanya 14 tahun selepas kemerdekaan Malaysia. Hal ini membuktikan kepimpinan beliau diyakini sehingga beliau diberi jawatan tersebut walaupun baru 14 tahun memimpin negara ketika itu. Pertubuhan yang bermatlamat mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam semua bidang ini dianggotai oleh 57 buah negara di awal penubuhannya. Pertubuhan ini banyak memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah. Antara bantuan yang diberikan oleh OIC ialah menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan memandangkan negara-negara itu sering menghadapi peperangan. Melalui OIC, masyarakat seluruh dunia mula membuka mata akan kebolehan Malaysia lebih-lebih lagi apabila negara kita menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan antara IranIraq yang sekali gus membuktikan negara kita mencintai keamanan. Selain OIC, Malaysia juga telah menjadi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada tahun 1970 setelah berlakunya pertukaran dasar luar Malaysia daripada anti-komunis kepada dasar berbaikbaik dengan semua negara. Perjuangan NAM adalah berteraskan beberapa prinsip seperti tidak campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara dan juga penghormatan terhadap hak asasi dan kedaulatan sesebuah negara. Ketika sidang kemuncak NAM ke-7, Malaysia telah mengemukakan beberapa isu iaitu berkenaan isu
301

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Palestin, kerjasama ekonomi dan isu benua Antartika. Malaysia juga telah diberikan kepercayaan menjadi Naib Presiden dalam sidang kemuncak NAM selain dilantik sebagai ahli kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara-negara anggota. Pada tahun 2003 pula, Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak NAM ke-13 di Kuala Lumpur yang mencatatkan kejayaan di mana dua negara anggota baru didaftarkan selain pernyataan bersama berkenaan kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Palestin telah dikeluarkan. Selain OIC dan NAM, Malaysia juga telah menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1957 sejurus selepas mencapai kemerdekaan. Sepanjang menyertai PBB, Malaysia telah menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB yang bermatlamat menamatkan perang saudara di Congo pada tahun 1960 dan menghantar pasukan pengaman ke Bosnia pada tahun 1990-an. Pada Jun 1987, Perdana Menteri Malaysia telah menjadi Yang Dipertua Persidangan Penyalahgunaan Dadah di Vienna. Melalui pertubuhan-pertubuhan yang disertai Malaysia seperti OIC, NAM dan PBB ini, Malaysia telah berjaya mengangkat namanya sebaris dengan negara-negara membangun yang lain ketika itu. Selain penyertaan aktif negara kita dalam pertubuhan-pertubuhan dunia, negara kita juga dikenali melalui pelbagai kejayaan yang ditempa oleh rakyat-rakyatnya. Kejayaan demi kejayaan yang telah dicatat oleh mereka telah memartabatkan negara kita di mata dunia selain menjadi bahan bualan masyarakat global. Pada 12 Mei 2004, dua orang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu Ahmad Reduan dan Muhammad Muqharrabin mencatatkan kejayaan membanggakan apabila berjaya menawan puncak Gunung Everest. Mereka menjadi pelajar universiti pertama di Asia Tenggara berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest dan kumpulan kedua menapak kaki ke puncak tertinggi dunia itu selepas kejayaan pendaki negara M. Mohandas dan N. Magendran yang berjaya melakukannya pada 23 Mei 1997. Dua anak muda ini begitu bulat hati dan tabah melaksanakan misi mereka walaupun ketika pendakian mereka, angin bergerak dengan
302

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kelajuan 120 hingga 200 km sejam. Tekad dan usaha dua anak muda ini meneruskan misi mereka walaupun dalam keadaan serba sukar telah membuktikan pemuda-pemudi Malaysia mampu menjadi tunggak harapan dalam memimpin negara kelak. Selepas kejayaan dua pemuda yang mengamalkan pepatah “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”, nama negara sekali lagi diharumkan dengan kejayaan yang dicapai oleh Datin Paduka Sharifah Mazlina yang melalui ekspedisi 1100 km merentasi Antartika dengan kaedah ‘ski sailing’ selama 22 hari bermula dari Kutub Selatan sehingga melepasi garisan penamat di Hercules Inlet. Kejayaan beliau menjadi lebih bermakna apabila pihak Ekspedisi dan Logistik Antartika (ALE) iaitu badan yang mengurus dan mengendalikan ekspedisi tersebut turut mengiktiraf kejayaan beliau memecahkan rekod pendakian selama 24 hari yang dicatatkan sebelum beliau memecahkan rekod pendakian selama 24 hari yang dicatatkan sebelum beliau. Selain kejayaan bersifat ekspedisi, rakyat Malaysia juga sering diberi pengiktirafan atas kecemerlangan akademik mereka. Najmil Mohamed Aris, pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO) menjadi pelajar Malaysia pertama membentangkan kajian ‘Micro Machine Process’ kepada anggota Parlimen United Kingdom di London. Lebih membanggakan, anak muda ini telah memenangi anugerah The Best Research of Good Prospect hasil kajiannya berkenaan proses mikro dan kejuruteraan nano. Hasil daripada pembentangannya selama 15 minit itu, Menteri Perindustrian Britain, Brian Edden menawarkan Najmil peluang untuk membentangkan hasil kajiannya di House of Common, bakal menjadi rakyat Malaysia termuda memiliki Ph.D. Najmil telah menolak ganjaran tinggi yang boleh didapati di United Kingdom apabila memilih untuk berbakti di negara sendiri bak kata pepatah “Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri”. Selain daripada kejayaan membanggakan beliau, seorang lagi anak Malaysia yang mencatatkan kejayaan yang telah mengharumkan nama Malaysia ialah Melati Abdul Hamid yang memenangi anugerah pembahas terbaik dalam debat undang-undang universiti seluruh dunia di Amerika Syarikat. Pertandingan itu
303

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

juga menyaksikan Melati dan rakan sepasukannya yang terdiri daripada Siti Aliza Alias, Esma Mohamad Yunus, Fadiah Nadwa Fikri dan Ng Noon Ka meraih tempat naib juara. Selain kejayaan dalam bidang akademik, Malaysia juga sering melahirkan atlet-atlet yang melakar sejarah di arena sukan antarabangsa. Antara atlet kelahiran Malaysia yang sedang mengungguli persada sukan antarabangsa ialah Nicol Ann David. Nama anak muda ini tidak lekang di kalangan penggemar sukan skuasy di serata dunia. Kejayaan demi kejayaan yang dicatatkan oleh beliau sangat membanggakan sehingga telah bergelar pemain nombor satu dunia. Walaupun bergiat aktif dalam skuasy, ratu skuasy negara ini juga cemerlang dalam pencapaian akademik. Hal ini dibuktikan melalui keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau yang cemerlang walaupun kebanyakan masanya dihabiskan di gelanggang skuasy. Melalui pencapaian-pencapaian ini, jelas sekali rakyat Malaysia memainkan peranan yang dominan dalam memastikan nama Malaysia terus harum di mata dunia. Selain hasil usaha pemimpin dan kecemerlangan rakyat, terdapat satu lagi faktor yang membantu meningkatkan martabat Malaysia di mata dunia yakni bidang pertaniannya. Sektor pertanian di Malaysia merupakan salah satu di antara sektor yang berkembang dengan pesat. Antara tanaman yang sering menjadi tumpuan ialah kelapa sawit. Hal ini dibuktikan apabila republik Benin yang merupakan salah satu wilayah Afrika menyatakan kekagumannya di atas kejayaan Malaysia menjadikan kelapa sawit sebagai komoditi pertanian utama negara. Presidennya, Dr. Thomas Boni Yayi yang mengetuai delegasi Benin mengunjungi ibu pejabat MPOB bagi meninjau lebih dekat kemajuan industri sawit di Malaysia sambil menyatakan minat untuk berkongsi kepakaran penyelidikan negara kita bagi memajukan industri yang sama di negaranya. Hal ini jelas menunjukkan industri pertanian kita berkembang dengan begitu pesat sehingga mendapat perhatian dari negara-negara luar.

304

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sebagai intiha, terdapat pelbagai faktor yang membantu mengharumkan nama Malaysia di seluruh pelosok dunia. Walaupun baru 50 tahun mengecap nikmat kemerdekaan, Malaysia bangun dengan gagah dan pesat bagi melahirkan warga yang proaktif dan berdaya saing yang banyak memberikan sumbangan kepada tanah air yang tercinta. Kini, di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sudah pasti perubahan sikap dan anjakan paradigma rakyat ke arah masyarakat positif akan dapat dicapai sekali gus menjadikan Malaysia bertambah maju dan semakin disegani masyarakat dunia berpadanan dengan slogan yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri kita, “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. Walaupun begitu, bagi memastikan keamanan, keharmonian dan kemajuan ini berkekalan, semua pihak harus berusaha menyematkan kejituan dan menjana semangat perpaduan dalam diri masing-masing. Jika inisiatif semua pihak dijana, saya pasti, negara kita pasti akan terus disanjung dan dihormati seiring dengan wawasan 2020 yang insyallah dicapai kelak kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Rujukan 1. Ulang kaji Total SPM Sejarah 2. Buku teks sejarah Tingkatan 5 3. www.pustaka.usm.my.docushare 4. www.beritaharian.com.my 5. www.fizik.edu.my 6. www.research.ukm.my

305

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Nur Abidah Binti Kasman SMK Seri Tulang, Temerloh, Pahang

M

alaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta kepercayaan yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang diperuntukkan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya. Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan. Hal ini bagi memastikan negara Malaysia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Selain itu tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju serta mewujudkan suasana politik yang stabil. Kecemerlangan dalam pendidikan, keharmonian masyarakat yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Rukun Negara merupakan tonggak tatasusila rakyat Malaysia dan ideologi kebangsaan Malaysia. Sebagai falsafah negara,
307

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rukun Negara dapat disamakan dengan Pancasila negara Indonesia. Pancasila merupakan perkataan Sanskrit bermaksud lima rukun. Proses penggubalan Rukun Negara bermula sebaik sahaja berlakunya rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman Negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dipertanggungjawabkan untuk merangka falsafah nasional tersebut sehingga menjadi seluruh rakyat Malaysia. Semangat yang terkandung melalui lima prinsip Rukun Negara, kini semakin dilupakan khusus di kalangan generasi muda. Oleh itu, tidak keterlaluan jika kita katakan tidak semua orang mampu mengingati lima prinsip itu apabila ditanya mengenainya. Ini terbukti berdasarkan kajian kerajaan ke atas lebih 1000 anggota masyarakat berusia dalam lingkungan 18 hingga 50 tahun, tahun lalu mendapati kurang 20 peratus daripada mereka mampu menyatakan kandungan Rukun Negara sepenuhnya. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan, tidak sepatutnya dilupakan oleh rakyat Malaysia. Di dalamnya terkandung semangat yang menerapkan nilai murni ke arah pemupukan perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya. Rukun Negara menyatakan bahawa negara kita mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih bererti dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagaicorak dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

308

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Objektif pertama ialah mencapai perpaduan yang lebih erat. Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masingmasing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud. Ini berlaku kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Walaupun wujud unsurunsur perbezaan, hal ini tidak menghalang bagi membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum menunjukkan tanda kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara. Seterusnya yang kedua ialah memelihara satu cara hidup demokratik. Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan berpolitik asalkan tidak melanggar undang-undang Negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan dengan melakukan demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau memusnahkan demokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah dibela dan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak ketenteraman negara akan terancam. Objektif yang ketiga pula ialah semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat akan aman di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak yang terlibat dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak lain. Matlamat yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain. Objektif yang keempat pula ialah akan dapat membentuk satu sikap yang liberal. Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing serta perpaduan negara. Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam kerana terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum.
309

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Walaupun wujud perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita tinggi kerana berlainan budaya itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan negara Malaysia. Selain itu, kita juga boleh membina sebuah masyarakat progresif. Kita perlulah bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif bagi mencapai kemajuan di bidang sains dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini telah mengalami perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dan seiring dengan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Sesungguhnya, peristiwa hitam yang menimpa negara pada tahun 1969 yang dipanggil sebagai peristiwa 13 Mei telah menyedarkan para pemimpin negara bahawa suatu falsafah perlu dicipta untuk dijadikan sebagai pegangan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, anutan agama, bangsa dan keturunan. Justeru, lahirlah Rukun Negara dengan lima prinsip utamanya. Kelima-lima prinsip Rukun Negara dirangka berdasarkan keperluan nasional dan rupa bentuk komposisi penduduk negara kita. Prinsip pertama, kepercayaan kepada Tuhan bersifat universal dan menuntut agar setiap warga menganuti kepercayaan agamanya sendiri. Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan ini akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi ada kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Perlembagaan Persekutuan dan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Seperti mana yang dimaklumi, setiap agama dan kepercayaan menganjurkan nilai-nilai ke arah kebaikan.
310

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa. Oleh itu, pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing berdasarkan prinsip pertama dalam Rukun Negara. Justeru, tujuan sebenar di sebalik prinsip pertama Rukun Negara ini adalah untuk mencipta masyarakat yang mempunyai pegangan kuat terhadap ajaran agama masing-masing. Sebagai tonggak tatasusila rakyat Malaysia Rukun Negara juga menetapkan rakyat perlu menumpahkan taat setia yang sepenuhnya kepada raja dan negara melalui prinsip keduanya, iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan negara. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara selaras dengan kedudukan Yang diPertuan Agong sebagai Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan seperti ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki patuh kepada raja yang memerintah negara tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada rajanya. Sebagai negara yang mengamalkan dasar demokrasi berparlimen, rakyat dituntut agar melafazkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi kepada raja yang menjadi naungan setiap rakyat dan juga simbol perpaduan negara. Malaysia menjadi tempat setiap warga berteduh serta mencari nafkah hidup. Prinsip ketiga pula, iaitu keluhuran perlembagaan bermaksud Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tubuh negara yang harus disanjung dan dipatuhi oleh semua masyarakat pada setiap masa.
311

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Prinsip ini menekankan supaya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara yang merupakan sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia perlulah menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan perlembagaan negara ini. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini serta merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara Malaysia. Sekiranya rakyat gagal mematuhi undang-undang, maka akan porak-perandalah negara kita. Prinsip keempat yang tidak kurang pentingnya adalah kedaulatan Undang-undang yang membawa maksud sebagai sebuah negara merdeka dan kita bebas menentukan haluan kita sendiri. Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Kita harus menolak sebarang campur tangan asing dalam pentadbiran negara kita. Sehubungan dengan ini, setiap warganegara bertanggungjawab memastikan undang-undang negara tidak dilanggar oleh manamana pihak luar sama ada orang perseorangan mahupun secara ;berkumpulan. Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Tegasnya, negara kita adalah menjadi tanggungjawab kita dalam mempertahankannya. Di sini sekali lagi rakyat diseru agar bersedia mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara apabila keadaan memerlukan. Rakyat akan hidup dalam keadaan aman apabila kedaulatan undangundang terpelihara.

312

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sementara prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan bermaksud setiap rakyat Malaysia mesti mempamerkan sikap terpuji yang bersesuaian dengan amalan budaya masing-masing. Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila kerana perkara ini merupakan nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Justeru, terdapat unsur-unsur kepelbagaian dalam amalan kebudayaan. Walaupun demikian, setiap warga dikehendaki menunjukkan perilaku yang sopan dan bertatasusila dalam kehidupan seharian. Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati. Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969 antara lain bertujuan supaya rakyat dapat hidup dengan muhibah, bersatu padu, saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Berdasarkan semangat Rukun Negara juga lahirnya Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan serta memelihara keselamatan negara. Dasar yang masih diguna pakai sejak lebih tiga dekad itu juga yang menjadi teras pembangunan negara dalam semua bidang. Ia adalah asas kepada keutuhan dalam membangunkan negara, melindungi perpaduan dan kestabilan. Paling penting, Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dan masyarakat pelbagai agama serta budaya. Atas pegangan prinsip inilah rakyat majmuk dapat hidup aman, damai dan harmoni. Kita telah melihat bagaimana pentingnya semangat dan falsafah Rukun Negara kepada perpaduan, keharmonian dan kemajuan rakyat dan Negara Malaysia. Justeru, setiap rakyat perlu menghayatinya. Bagi memastikan kita tidak melupakan semangat itu, memang wajar ikrar Rukun Negara dibaca pada setiap majlis rasmi, perhimpunan jabatan dan agensi kerajaan. Kempen peringkat nasional selama lima tahun bagi menyemarakkan penghayatan Rukun Negara itu akan dilancarkan pada satu masa yang akan ditetapkan. Kempen itu sepatutnya diperluaskan kepada semua lapisan masyarakat, tidak
313

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

terhad kepada kakitangan kerajaan sahaja. Agensi swasta, badan politik, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi juga perlu melakukan usaha sama ada dalam menghayati Rukun Negara. Kita mahu Rukun Negara bukan sekadar di ikrar pada bibir sahaja, tanpa penghayatan terhadap semangat dan tujuan ia diperkenalkan 35 tahun lalu. Semangat Rukun Negara perlu diteruskan kerana sangat relevan dalam mendepani cabaran kini dan masa depan, sama ada dari dalam atau luar negara. Dengan berpegang teguh kepada prinsip itu, kita mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu, kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa sahaja cabaran. Di samping itu juga dapat mewujudkan rakyat yang berjiwa patriotik serta cintakan negara. Sikap sebegini memberi contoh kepada generasi yang akan datang. Rumusannya, Rukun Negara sebagai suatu falsafah nasional haruslah dihayati dan diamalkan oleh setiap rakyat sesuai dengan tatasusila dan norma masyarakat kita tanpa sebarang unsur paksaan. Rujukan 1. http://ms.wikipedia>orf/wiki/Rukun_Negara 2. http://www.darulnuman.com 3. http://www.bernama.com 4. http://www.JPNIN.gov.my 5. Utusan Malaysia, 10 Disember 2005 6. Berita Harian, 10 Disember 2005

314

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Wan Nadzirah Binti Wan Hassan SMK Nasiruddin Shah, Besut, Terengganu

P

eristiwa kemerdekaan di Tanah Melayu bermula dari peristiwa rombongan Parti Perikatan ke London untuk merundingkan hal kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Rombongan itu diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan terdiri daripada empat orang wakil RajaRaja Melayu dan empat orang wakil parti Perikatan. Rundingan tersebut berlangsung selama hampir tiga minggu bermula dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Melalui Perjanjian London, tarikh kemerdekaan Tanah Melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Rombongan kemerdekaan kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956 dan disambut dalam satu perhimpunan yang besar di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka. Tanggal 31 Ogos 1957, maka terciptalah satu sejarah yang amat bermakna bagi seluruh rakyat Tanah Melayu. Pada tarikh inilah seluruh negara termasuklah rakyat di bandar mahupun di ceruk desa meraikan hari kemerdekaan Tanah Melayu setelah dijajah beratus-ratus tahun lamanya. Laungan keramat iaitu ‘Merdeka’ amat dinantikan mereka dengan harapan Tanah Melayu terus kekal merdeka dan aman. Akhirnya, tepat pukul 12.00 tengah malam pada 31 Ogos, Tunku Abdul Rahman telah melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali dan disambut oleh seluruh rakyat yang berkumpul di Dataran Merdeka. Serentak itu, bendera Union Jack diturunkan
315

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan megah dan perasaan yang gembira. Dataran Merdeka yang pada hari ini sebenarnya siap dibina hanya sehari sebelum tarikh keramat tersebut. Era penjajahan oleh kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British, Jepun kembali semula kepada British akhirnya Tanah Melayu berjaya membebaskan rakyat daripada dibelenggu oleh penjajah. Sebagai iktibar, pemerintahan Jepun telah memperlihatkan kepada kita pada hari ini bahawa penyeksaan yang amat pedih oleh tentera Jepun kepada rakyat tempatan. Contohnya, pembunuhan tanpa usul periksa, kekurangan bekalan makanan, dan keselamatan terancam walaupun berada di negara sendiri. Betapa seksa dan peritnya nenek moyang kita menjalani kehidupan sebelum mengecap kemerdekaan. Malaysia pada awal kemerdekaan memang sukar untuk digambarkan dengan keperitan yang dialami oleh pejuang kemerdekaan kita sehinggalah apa yang kita kecapi pada hari ini. Dari aspek infrastruktur jalan raya, bangunan dan kemudahan pengangkutan sudah banyak berkembang daripada kosong hinggalah pesat seperti sekarang. Pepatah ada mengatakan ‘harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’. Antara nama-nama pejuang bagi kemerdekaan Tanah Melayu yang masih lagi segar ialah Almarhum Tunku Abdul Rahman, Mat Kilau, Tok Janggut, Allahyarham Onn Jaafar dan ramai lagi. Pada hari ini, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pahlawan tanah air yang bermati-matian menentang musuh demi memastikan negara tercinta bebas merdeka. Setelah 50 tahun Malaysia merdeka, negara telah dipimpin oleh lima orang Perdana Menteri yang berwibawa bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman yang dikenali juga sebagai Bapa Kemerdekaan Negara, kemudian disusuli pula oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri yang ketiga. Seterusnya, negara ditadbir dengan cemerlang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi
316

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perdana Menteri keempat dan memerintah negara selama 21 tahun. Beliau juga digelar sebagai Bapa Pemodenan Negara kerana telah banyak membangunkan Malaysia dari segala aspek sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2003. Dato’ Seri Abdullah banyak menekankan Islam Hadhari dan modal insan sebagai teras kepimpinannya. Seperti kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Hal yang demikian kerana setiap agenda yang ingin dilaksanakan mestilah bermula dari pucuk pimpinan yang adil dan bijaksana. Usaha ini telah direalisasikan dengan memberi penerangan tentang konsep Islam Hadhari kepada masyarakat luar dan dapat diterima oleh semua pihak. Selain itu, Malaysia telah banyak mengecap kejayaan demi kejayaan di peringkat global malah terkenal di seantero dunia. Antaranya ialah kejayaan Datuk Malik Maidin yang berjaya berenang merentasi Selat Inggeris secara solo telah membuktikan bahawa semangat Malaysia Boleh memang tebal dalam diri rakyat Malaysia. Walaupun Malaysia nampak kecil di peta dunia, namun kejayaan ini telah membuktikan kepada semua pihak bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang kerdil. Di samping itu, kejayaan Datuk Azhar Mansor yang berjaya mengelilingi dunia secara solo dengan menaiki kapal layar amat membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. Dengan ini telah meletakkan nama beliau sebagai rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia menggunakan kapal layar. Tambahan lagi, wanita di negara ini juga telah membuktikan bahawa mereka bukanlah golongan yang lemah dan sanggup meredah cabaran yang getir. Sebagai contoh, Datin Paduka Sharifah Mazlina telah berjaya menawan Kutub Utara secara solo. Bukan mudah untuk menghadapi pelbagai cabaran di sana seperti ancaman Beruang Kutub dan suhu yang sejuk melampau. Inilah dikatakan semangat wanita yang kental walaupun berhadapan dengan masalah yang amat getir. Baru-baru ini, satu ekspedisi belia untuk mengubah cara hidup mat rempit kepada insan yang berguna telah mengharumkan nama negara kerana telah berjaya menjalani aktiviti terjunan udara di Kutub Utara. Mereka
317

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

telah membuktikan bahawa golongan ini juga mampu memberi sumbangan kepada negara dengan menyertai aktiviti seperti ini. Selama 50 tahun ini juga Malaysia telah banyak berubah dari segi infrastruktur dan perpaduan yang semakin erat. Pembangunan infrastruktur semakin hari semakin pesat tidak kira di ibu kota mahupun di desa. Sebagai contoh, pembukaan Putrajaya sebagai pusat pemerintahan negara yang menggantikan Kuala Lumpur telah memberi impak yang positif kepada negara. Keindahan dan keunikan kawasan bandar Putrajaya telah berjaya menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun. Kawasan ini meliputi Pejabat Perdana Menteri, Masjid Putrajaya yang indah, kediaman Perdana Menteri dan kediaman Timbalan Perdana Menteri serta beberapa bangunan kementerian yang lain. Masjid Putrajaya yang dilengkapi dengan kemudahan lif dan keselesaan tandas telah menyebabkan ia adalah satu tempat untuk beribadat yang paling selesa. Pelancong juga terpesona dengan kecantikan landskap dan kebersihan dijaga dengan rapi. Terdapat juga pusat membelibelah yang besar di sini iaitu Pasar Raya Alamanda Putrajaya. Pasar raya ini menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang besar dan selesa untuk semua pengguna dan dilengkapi dengan ciriciri keselamatan. Selain itu, pembinaan Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia malah menjadi mercu tanda Malaysia di mata dunia. Menara Kuala Lumpur adalah menara yang tertinggi di Asia dan keempat tertinggi di dunia. Setiap rakyat Malaysia pasti pernah menjejakkan kaki di sini dan merasai sendiri pengalaman berada di puncak menara sambil menikmati keindahan bandar raya Kuala Lumpur dengan menggunakan teropong yang disediakan. Ini telah membuktikan kemajuan teknologi di Malaysia telah berkembang pesat. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah menara kawalan udara yang tertinggi di dunia dan ia menjadi tumpuan pelancong dari seantero dunia dengan kecanggihan teknologi terkini. Baru-baru ini lapangan terbang ini
318

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

telah memenangi tempat pertama dalam kategori 15 hingga 20 juta pelancong bagi tahun 2006. Ini telah membuktikan lapangan terbang ini telah menjadi tumpuan pelancong dan salah satu lapangan terbang yang tercanggih di dunia. Tambahan lagi, terdapat akuarium terbesar di Asia iaitu Aquaria KLCC yang terletak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Terdapat lebih 2000 spesies hidupan laut dan darat dari seluruh dunia seperti ikan pari, ikan jerung dan banyak lagi. Malaysia sememangnya terkenal dengan keunikan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama seperti bangsa Melayu, Cina dan India. Malaysia mempunyai tiga bangsa utama dan lebih 10 suku kaum yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Walaupun tinggal dalam satu negara, masyarakat Malaysia mampu hidup penuh dengan keamanan dan kedamaian di sesebuah kawasan. Tidak cukup dengan itu, perayaan bagi sesebuah agama juga turut disambut oleh agama lain sebagai menghormati antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Sebagai contoh, sambutan Hari Raya yang disambut oleh seluruh umat Islam turut disambut oleh agama Hindu dan Buddha. Secara tidak langsung, hubungan yang terjalin menjadi bertambah erat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Perayaan di peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai Rumah Terbuka juga diadakan secara besar-besaran dan dihadiri oleh semua lapisan masyarakat tidak kira usia, agama, bangsa malah pelancong dari luar negara turut hadir. Dengan ini jelas menunjukkan perpaduan dalam kalangan masyarakat sangat kukuh seperti kata pepatah, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’ Jadi, betullah apa yang dikatakan pepatah ini kerana perpaduan masyarakat adalah asas bagi sesebuah negara untuk berkembang maju. Setiap tahun pasti Malaysia menyambut tidak kurang daripada lima perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan Hari Aidiladha. Malaysia telah berjaya menganjurkan pelbagai kejohanan antarabangsa yang disertai oleh negara-negara luar. Sebagai contoh, Malaysia telah menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998
319

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang diadakan di Kuala Lumpur dan acara Sukan SEA pada tahun 2001 juga di Kuala Lumpur. Dengan penganjuran acara terbesar ini nama Malaysia telah tersebar dan terkenal dalam hal-hal berkaitan dengan kejohanan sukan. Sukan Komanwel disertai oleh negaranegara Komanwel iaitu yang pernah menjadi jajahan British manakala Sukan SEA melibatkan negara-negara Asia. Tambahan lagi, negara ini juga telah berjaya menganjurkan kejohanan lumba kereta yang terbesar iaitu acara Grand Prix Malaysia Formula 1 yang diadakan setiap tahun di Litar Antarabangsa Sepang. Acara ini disertai oleh nama-nama besar dalam sukan permotoran ini seperti Alonso, Michael Schumacer dan ramai lagi. Terdapat juga acara Monsoon Cup yang diadakan di Pulau Duyong, Terengganu telah meletakkan nama Terengganu di peta sukan dunia. Sempena 50 tahun kemerdekaan negara, Malaysia pada tahun ini menyambut Tahun Melawat Malaysia 2007. Sambutan ini diadakan untuk memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Banyak usaha telah dijalankan oleh pelbagai agensi pelancongan untuk mempromosikan Malaysia sehingga tiket penerbangantempatan habis ditempah. Pihak hotel, resort dan kawasan peranginan berlumba-lumba untuk memberi khidmat yang terbaik demi memastikan kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2007. Setiap warganegara memainkan peranan penting dalam melaksanakan rancangan ini seperti memberi layanan yang terbaik, sentiasa ramah, senyum dan bersedia memberi pertolongan. Dengan ini, pelancong yang pertama kali datang pasti akan datang lagi kerana terpikat dengan keramahan rakyatnya. Zaman sekarang ialah zaman dunia tanpa sempadan dan teknologi tersebar ke seluruh pelosok dunia. Segala maklumat tentang Malaysia terdapat dalam internet dengan hanya melayari laman web kerajaan Malaysia dan agensi pelancongan di seluruh negara. Dengan ini, pelancong dari pelbagai negara dapat mengenali Malaysia dan budayanya sebelum datang ke sini. Cara ini jauh lebih mudah berbanding dengan 50 tahun lalu di mana pelancong memang sukar untuk mendapatkan maklumat tentang negara ini. Jika dahulu tiada kemudahan komputer, internet dan
320

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

telefon, hari ini segala-galanya telah tersedia dan ini membantu merancakkan lagi promosi Malaysia ke serata dunia. Secara tuntasnya, setelah 50 tahun Malaysia mengecap kemerdekaan, pelbagai kemajuan dan kejayaan yang dicipta oleh rakyat Malaysia demi mengharumkan nama negara tercinta di mata dunia. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap individu di negara ini untuk memastikan Malaysia terus mengecap keamanan dan peristiwa penjajahan tidak berulang lagi. Seperti kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Kita sebagai rakyat Malaysia mesti mempunyai semangat cintakan negara dan berkorban untuk memastikan negara terus maju dan berjaya. Golongan belia ialah modal insan yang sebenar bagi meneruskan perjuangan orang yang terdahulu dan mengambil alih tampuk pemerintahan sekarang. Modal insan seperti apa yang dicanangkan oleh Perdana Menteri ialah masyarakat yang memberi manfaat kepada negara pada masa hadapan dan menjadi generasi yang cemerlang. Kita perlu memastikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Akhir kata, Malaysia Boleh. Rujukan 1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 dan Majalah.

321

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Choo Thiam Shin SMK Datok Lokman, Kuala Lumpur

M

erdeka, Merdeka, Merdeka! tepat jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan. Detik-detik ini melambangkan kemerdekaan negara yang tercinta. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta pejuangpejuang kemerdekaan menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh rasa bangga. Maka, semua ini cumalah satu permulaan sahaja. Pada akhir bulan Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah berucap di Singapura, beliau berusaha mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah (Jun 1961) dan Brunei (Julai 1961) dengan tujuan menerangkan konsep, objektif dan matlamat penubuhan Malaysia. Selepas itu, terdapat banyak prosedur lagi sebelum pembentukan Malaysia. Perundingan diadakan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura. Hasilnya terbentuk Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) di Singapura pada Jun 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. JPPK ini berperanan untuk menerangkan kepada orang ramai tentang Gagasan Malaysia (GM), mengumpulkan pandangan penduduk serta menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia. Mesyuarat JPPK telah berlangsung sebanyak empat kali, iaitu di Jesselton (Sabah),
323

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur (Tanah Melayu) dan Singapura. Dalam mesyuarat terakhir di Singapura (Februari 1962), ahli bersepakat mengemukakan satu memorandum yang mengandungi perkara penting tentang pertimbangan kepada pandangan dan pendapatan Sarawak serta Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan baru kepada Suruhanjaya Cobbold (SC) yang dibentuk oleh kerajaan British. Suruhanjaya Cobbold ini ditugaskan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang Gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British. Selepas peninjauan dibuat, wujudnya laporan Suruhanjaya Cobbold yang menyatakan bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong GM tanpa syarat, 1/3 menyokong dengan syarat (kepentingan mereka perlu dilindungi), dan 1/3 lagi menginginkan kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Gagasan Malaysia. Di samping itu, Suruhanjaya Cobbold juga mencadangkan beberapa cadangan iaitu Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1957, Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imigresen, Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak, pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk dan penentuan tarikh penubuhan Malaysia. Keputusannya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, terdapat tentangan daripada Indonesia dan Filipina. Kejadian ini menyulitkan pembentukan Malaysia. Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan yang melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina diadakan. Ini merupakan sidang kemuncak antara ketua kerajaan, iaitu Tunku Abdul Rahman, Presiden Suharto dan Presiden Macapagal yang diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 6 Ogos 1963. Namun demikian, penduduk Sabah dan Sarawak adalah lebih suka menyertai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu daripada menganggotai Indonesia
324

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mahupun Filipina. Kesannya, Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963. Walau bagaimanapun tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963 kerana laporan daripada PBB tidak sempat disiapkan serta tentangan daripada Indonesia dan Filipina yang berterusan. Brunei pula menarik diri pada saat-saat akhir. Pada 16 September 1963, Negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Bendera Malaysia yang baru telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia. Jalur Gemilang yang baru ini mempunyai bilangan jalurjalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun pada tahun 1965, Singapura telah berpisah dengan Malaysia. Sungguhpun Singapura berpisah dengan Malaysia pada 9 Ogos 1965 namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dan Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Sehinggalah sekarang, negara kita telah merdeka selama 50 tahun. Banyak peristiwa yang manis mahupun sedih pun telah alami. Pencapaian negara kita dari segi politik, ekonomi dan sosial sejak tahun 1957 boleh dikatakan amat membanggakan. Politik negara yang stabil telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam keharmonian sejak tahun 1957. Perpaduan diertikan dengan hubungan rapat dan sifat bertoleransi yang wujud untuk mencapai sasaran bersama. Perpaduan ini adalah penting untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang stabil. Masyarakat yang stabil ini menjamin pembangunan negara. Selain itu, persefahaman antara kaum memudahkan rancangan-rancangan negara kita seperti Wawasan 2020. Tambahan pula, perpaduan membentuk masyarakat yang menjalinkan ikatan kukuh dari aspek kekeluargaan dan keagamaan. Dengan ini, dapatlah kita mengelakkan perpecahan kaum. Di samping itu, lahirnya masyarakat yang saling
325

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menghormati dan bertolak ansur. Justeru, terdapat pelbagai langkah dan usaha telah dijalankan untuk memupuk perpaduan di antara masyarakat negara kita. Usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dapat kita lihat melalui rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1), rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP 3). Ketiga-tiga rangka rancangan jangka panjang turut bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama melalui dasar-dasar tertentu. Misalnya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini memupuk kesedaran dan perasaan menghormati kebudayaan etnik-etnik Malaysia bagi mewujudkan perpaduan negara. Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga bertujuan ke arah mempertingkatkan kualiti kehidupan dan mengimbangi kerohanian dan pembangunan fizikal negara. Sekali lagi dapat kita lihat betapa pentingnya perpaduan melalui peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Peristiwa hitam ini memberi kesedaran kepada kerajaan bahawa pentingnya perpaduan masyarakat. Kesannya, Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara yang dapat menyatukan fikiran, pendapat, dan perasaan rakyat pelbagai kaum. Rukun Negara ini bercita-cita untuk mewujudkan sebuah negara yang bersatu. Selain itu, Rukun Negara ini bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang demokratik, adil, liberal dan progresif. Terdapat lima prinsip Rukun Negara, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Di samping itu, negara kita juga mempunyai hubungan diplomatik yang sungguh baik dengan negara-negara lain. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyertaan negara kita dalam Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Pertubuhan ini membolehkan kita mengeratkan hubungan dengan negara serantau
326

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan antarabangsa. Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara-negara ASEAN, Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) telah diwujudkan pada 27 November 1971. Pertubuhan ZOPFAN adalah untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara. Selain itu, sebarang pertikaian di Asia Tenggara perlu diselesaikan secara aman dan ahli-ahli tidak digalakkan melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa besar. Dari segi ekonomi pula, pencapaian negara kita adalah baik. Walaupun negara kita pernah mengalami krisis ekonomi serantau pada tahun 1997 yang mengakibatkan pembangunan ekonomi negara kita terjejas, kita masih dapat menanganinya dengan secepat mungkin. Pada masa itu, pelbagai langkah strategik yang menyeluruh dan berkesan telah dilaksanakan oleh kerajaan. Misalnya, dasar kewangan yang lebih berkesan dan boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi telah dirangka. Selain itu, pelancaran kempen galakan menabung peringkat nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di samping itu, kempen penggunaan barang dan perkhidmatan tempatan diadakan untuk mengurangkan import negara asing. Semua ini memerlukan kerjasama rakyat dengan kerajaan. Di sini, dapatlah kita lihat perpaduan yang wujud di kalangan masyarakat adalah penting untuk pembangunan negara. Sektor pembuatan merupakan satu sektor yang agak penting kepada ekonomi negara kita. Menurut kajian, sektor pembuatan menyumbang hampir 50 peratus kepada pendapatan negara kita. Pencapaian ini adalah kerana keyakinan kerajaan terhadap keperluan sektor perindustrian pada masa depan. Kerajaan telah mengadakan Pelan Induk Perindustrian Pertama (IMP 1) dari tahun 1986 hingga 1995. IMP 1 ini bermatlamat untuk menjadikan sektor pengilangan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan perindustrian negara. Dengan ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan. Contohnya tumpuan kepada pengeksportan keluaran secara besar-besaran dengan mempelbagaikan sektor-sektor berkenaan. Selain itu, industri kecil dan sederhana (IKS) diberi perhatian. IMP 1 ini telah diteruskan
327

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

oleh pelan induk perindustrian kedua (IMP 2). Sasaran IMP 2 adalah mewujudkan sektor perkilangan yang lebih luas, berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Melalui pelan ini, wujudnya peluang pekerjaan yang banyak dan kadar pengangguran negara kita telah menurun kepada lebih kurang 3 peratus. Selain itu, pemindahan teknologi dari luar negara berlaku dengan pesat. Semua ini membolehkan negara kita berupaya meningkatkan dan memantapkan ekonomi dalam alaf baru. Industri pelancongan negara kita juga mengembang dengan pesat sejak kemerdekaan. Industri ini berperanan penting dalam ekonomi negara seperti perusahaan perhotelan, penginapan, pengangkutan, perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur yang lain. Menurut kajian, industri pelancongan membawa pendapatan yang sangat lumayan kepada negara kita. Misalnya, pada tahun 2004, kira-kira 15.7 juta orang pelancong asing yang melawat negara kita telah membawa pendapatan sebanyak RM30 bilion melalui pertukaran wang asing. Selain itu, industri pelancongan memainkan peranan dari segi pembangunan setempat bagi kawasan-kawasan pelancongan. Antara kawasan pelancongan yang menikmati pembangunan ini termasuklah Port Dickson, Pulau Langkawi, Gua Musang dan Gua Mulu. Keadaan ini juga selaras dengan matlamat RRJP 2 yang hendak mencapai pembangunan seimbang. Dari segi sosial pula, negara kita mempunyai pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan global yang begitu pantas dan meluas serta pelbagai cabaran dalam bidang dan dimensi menyebabkan negara kita meletakkan sistem pendidikan di tahap dunia. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS dalam negara kita. Selain itu, usaha kerajaan melengkapkan pusat pengajian dengan teknologi maklumat merupakan satu langkah yang amat penting dalam mencapai pendidikan bertaraf dunia. Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk menyiapkan makmal multimedia. Tambahan pula, pensyarah-pensyarah yang berkaliber diimport dari luar negara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
328

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang sistematik dan berkesan bagi membentuk modal insan bestari. Justeru, dapat kita lihat kerajaan kita adalah sangat mementingkan sistem pendidikan negara kita. Koridor Raya Multimedia (MSC), satu projek yang mega, telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena pelancaran Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 29 Ogos 1995. Keluasan MSC ini ialah 750 kilometer persegi yang merangkumi Kuala Lumpur City Center (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya. Projek MSC ini merupakan projek ke arah merealisasikan Wawasan 2020, menjadikan Malaysia negara maju. MSC ini berperanan sebagai pemangkin dalam teknologi maklumat. Misalnya, teknologi maklumat seperti multimedia digunakan sepenuhnya di sekolah. Selain itu, melalui MSC, maklumat penemuan baharu dalam bidang perubatan dapat disebarkan dan diterima oleh doktor-doktor tempatan dengan pantas. Dengan ini, perubatan menjadi lebih murah dan cepat kerana rakyat boleh menerima rawatan pakar perubatan luar negara dengan bantuan doktor tempatan di sisinya melalui tele perubatan. Pendek kata, dengan adanya MSC ini, taraf sosial negara adalah baik berbanding dengan masa lalu. Selain itu, pengenalan sistem LRT dan MRT di bandar-bandar besar merupakan satu penggunaan laluan yang berlainan yang mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas. Sistem ini dapat mengurangkan penggunaan kereta di kalangan masyarakat. Dengan ini, dapatlah kita mengurangkan kesan rumah hijau yang amat membimbangkan sejak kebelakangan ini. Selain itu, penumpang-penumpang bukan sahaja dapat sampai ke destinasi dengan cepat, tetapi dengan selesa dan selamat. Sistem ini juga dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta. Dengan ini, kita dapat menggunakan tanah berkenaan untuk kegunaan lain dengan lebih manfaat. Kesimpulannya, negara kita telah mengalami banyak peristiwa yang berbeza-beza sejak kemerdekaan. Namun kita masih dapat mengatasi semua peristiwa yang kurang menggembirakan tanpa bantuan negara-negara asing. Sebaliknya, pencapaian-pencapaian
329

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

negara kita yang cemerlang sehinggalah kita rakyat Malaysia berani menyuarakan “Malaysia Boleh”, semua ini merupakan usahausaha dan kerjasama yang kita lakukan bersama. 50 tahun negaraku merdeka, negaraku gagah gemilang. Rujukan 1. http://www.rukunegara malaysia.com 2. Pengajian Kenegaraan Malaysia STPM: TQM Consultant Sdn. Bhd. 3. Akhbar Utusan Malaysia (20 April 2006) 4. Ramlah binti Adam, Shakila Parween binti Yacob, Abdul Hakim bin Samsuri, Muslimin bin Fadzil, 2003 Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

330

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Lee Xiao Qian SMK Damak, Jerantut, Pahang

P

engisytiharan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan hari bersejarah bagi negara kerana bermula saat itu negara kita bebas daripada penjajahan British. Hari Kemerdekaan itu sukar diperoleh ibarat mahal dibeli, sukar dicari kerana setelah beberapa puluh tahun negara kita berusaha untuk menuntut kemerdekaan, barulah kita dapat kemerdekaan. Setelah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Pembangunan negara juga semakin pesat dari setahun ke setahun. Bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah mengilhamkan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju di dunia menjelang tahun 2020. Cita-cita yang juga dikenali dengan Wawasan 2020 ini bermaksud negara kita akan menjadi negara yang maju dalam bidang ekonomi, sosial dan politik setanding dengan negaranegara yang telah maju di dunia pada masa ini. Negara telah menjadi gagah dan gemilang setelah lima puluh tahun Malaysia merdeka. Negara kita boleh mencapai wawasan 2020 menjelang tahun 2020 kerana kita telah mempunyai kemajuan dan pembangunan negara yang pesat. Cita-cita ini akan tercapai dalam masa lebih kurang tiga belas tahun dari sekarang. Negara kita akan dapat menjadi negara maju seperti negara-negara yang lain.

331

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Negara kita memang terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber-sumber semula jadi. Warga asing yang telah datang ke negara ini sejak zaman dahulu lagi untuk mendapatkan bahanbahan mentah seperti bijih timah, hasil pertanian dan kekayaan hutan sehingga timbul niat mereka untuk menjajah negara kita. Negara kita pada hari ini telah mempunyai sumber bahan mentah yang terpenting di dunia iaitu minyak dan gas. Sumber-sumber utama ini boleh dijadikan asas bagi kemajuan dan kemakmuran negara. Selain hasil yang diperoleh daripada sumber-sumber ini, kita juga dapat menggunakan sumber asli yang ada bagi menyokong perkembangan sektor perindustrian negara. Kita boleh menggunakan minyak dan bahan galian seperti besi dan timah dalam pelbagai sektor pembuatan jentera dan kenderaan. Kayu-kayan yang diperoleh di negara kita boleh menjadi asas bagi perkembangan industri perabot dan pembinaan. Selain itu, kita juga maju dalam industri-industri kecil dan sederhana yang bergantung pada bahanbahan pertanian dan sumber-sumber asli yang lain. Negara kita telah menjadi maju kerana kita mempunyai kawasan yang subur di seluruh negara. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Komposisi rakyat majoritinya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Di samping itu, terdapat juga orang Asli, Kadazan, Iban, Bidayuh, Dayak dan lain-lain. Masyarakat majmuk di Malaysia menganut pelbagai agama dan kepercayaan. Mereka mempunyai adat resam dan pantang larang yang istimewa serta bertutur dalam pelbagai bahasa. Keunikan masyarakat majmuk di Malaysia dan rakyat Malaysia yang bersatu ibarat sama lebur sama binasa telah sekian lama dikagumi oleh masyarakat dunia. Rakyat bebas bertutur dalam pelbagai bahasa walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara. Hal ini tidak dapat menghalang keharmonian dan perpaduan rakyat, malah meningkatkan perasaan bangga dan sayangkan negara. Keadaan ini menunjukkan rakyat Malaysia sayang akan negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Persefahaman antara kaum membolehkan rakyat mengamalkan cara hidup dan budaya masing-masing dalam keadaan yang harmoni.
332

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rakyat juga berazam untuk terus memelihara perpaduan negara supaya segala hasil pembangunan dapat dinikmati bersama. Politik negara kita berada dalam keadaan yang stabil. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Satu ciri penting dan unik dalam negara Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama Negara. Kestabilan negara bergantung pada permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Gandingan tersebut telah menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Di samping itu, perkembangan ekonomi telah memperlihatkan kemajuan negara yang semakin menggalakkan pada setiap tahun. Negara kita sering mencapai perkembangan ekonomi tujuh peratus setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kemajuan ini amat menggalakkan dan untuk mencapai matlamat ‘Wawasan 2020’ seperti yang dirancang kita hanya perlu mencapai kemajuan ekonomi enam setengah peratus setahun sahaja. Kita dapat melihat perkembangan ekonomi yang sungguh menggalakkan pada hari ini
333

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

terutamanya dalam sektor perindustrian. Negara kita telah berjaya menarik banyak pelabur dari luar bandar supaya bergiat dalam bidang perindustrian di negara ini. Kita telah berupaya menjadi sebuah negara yang menjadi pengeluar barangan elektronik dan semi konduktor ini. Bidang-bidang perindustrian yang lain juga menjadi penyumbang yang besar dalam kemajuan ekonomi negara. Industri tekstil, pembuatan dan pemprosesan makanan, pembuatan jentera dan kereta nasional, perabot dan sebagainya telah menyumbangkan hasil eksport yang bernilai beribu-ribu juta ringgit setahun. Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk untuk mengkaji semula sistem pelajaran kebangsaan. Objektif utamanya adalah untuk menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara. Di samping itu, jawatankuasa tersebut ingin mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Kemajuan falsafah pendidikan kebangsaan penting untuk memupuk perpaduan. Pendidikan merupakan faktor utama dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan, adat resam dan agama. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Industri pelancongan di negara kita semakin maju. Malaysia sendiri telah banyak melakukan promosi pelancongan ke peringkat antarabangsa sehingga meningkatnya kedatangan pelancong asing ke negara kita. Keistimewaan Malaysia dapat diperhatikan melalui
334

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

budaya dan etika kerja pendidiknya, bangunan dan perusahaannya, tempat-tempat bersejarah yang unik dan keindahan alam semula jadinya seperti bukit bukau yang menghijau, rangkaian pulau yang cantik, air terjun yang bertingkat-tingkat dan pantainya yang putih bersih. Keistimewaan tersebut menjadi faktor pendorong kepada kedatangan pelancong ke negara kita. Negara kita banyak mempunyai tempat bersejarah seperti A Famosa, perigi Hang Tuah, perigi Hang Li Poh dan rumah merah di Melaka. Tempat-tempat bersejarah ini dapat mendorong pelancong datang ke negara kita. Tempat-tempat menarik di Malaysia lazimnya berkaitan dengan keindahan hutan lipur dan taman-taman negara tentunya terdapat di kawasan pedalaman. Sebagai contoh, Taman Negara yang berada di Jerantut telah menjadi tumpuan pelancong asing kerana mereka tertarik dengan keindahan alam semula jadi. Industri pelancongan telah menjadi satu kegiatan yang menguntungkan negara ibarat anak baik, menantu molek. Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Matlamat wawasan ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju dengan menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju di dunia. Kemajuan yang diharapkan seperti negara-negara maju di barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata tetapi kemajuan bersepadu. Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh raya Timur Barat. Lalu lintas yang lurus, lebar dan selesa telah disediakan oleh kerajaan. Kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan dengan adanya lebuh raya yang lebar dan luas, selain dapat menjimatkan masa pengguna. Pembinaan LRT pula dapat mengurangkan pencemaran udara berbanding kereta dan bas yang berasap hitam yang akan menjejaskan kesihatan pengguna jalan raya yang lain. Penubuhan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan satu pencipta pembangunan yang dikagumi oleh seluruh dunia. Lapangan terbang ini amat strategik
335

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dengan keluasan tapaknya yang kira-kira 139 ekar yang dibuka pada tahun 1998. Penubuhan lapangan terbang ini telah meningkatkan ekonomi negara dan pembangunan negara. Malaysia telah maju dalam bidang sukan dalam beberapa tahun ini. Sukan memainkan peranan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja malah membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat. Pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti ko-kurikulum yang sangat digalakkan. Majlis Sukan Sekolah-sekolah telah ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan. Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali jelas memainkan peranannya mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri. Dato Abdul Malik Mydin telah menaikkan nama negara apabila beliau merentasi Selat Inggeris sejauh 32.8 kilometer pada 3 Ogos 2003 dalam masa 17 jam 30 minit 15 saat. Peristiwa ini amat bermakna kerana ianya menaikkan nama Malaysia. Negara kita telah memiliki banyak pemain badminton yang handal seperti Lee Chung Wai, Hafizi Norsham, Tan Boon Heong, Koo Kien Keat. Antara pemain badminton yang cekap dalam bidang tersebut, pasukan beregu lelaki Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong telah memenangi pingat emas dalam acara terbuka England. Pingat emas ini amat bermakna kerana negara kita telah menunggu selama dua puluh lima tahun untuk mendapatkan pingat emas ini. Kita juga mempunyai Nicol David yang mendapat kedudukan pertama dalam permainan skuasy di peringkat dunia. Kesimpulannya, dasar pembangunan ekonomi dan sosial telah digunakan dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang wujud selama ini telah menyediakan asas kepada negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan. Generasi pelajar yang sedang berada
336

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

di bangku sekolah pada hari ini sebenarnya bertanggungjawab yang berat. Pelajar-pelajar bukan sahaja terlibat dalam pengisian wawasan tetapi juga meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpinpemimpin negara terdahulu untuk terus mengekalkan kemajuan negara kita supaya negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah seperti negara maju yang lain. Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan terus memacu kemajuan negara setanding dengan negara-negara maju di barat. Malaysia yang menggunakan acuan kemajuannya sendiri malah mempunyai kelebihan kerana menitikberatkan keseimbangan antara kemajuan fizikal dan kemajuan rohaniah. Rakyat negara perlu bekerjasama dalam semua aspek kehidupan agar kemajuan dan pembangunan negara dapat bersama-sama kita nikmati. Kita haruslah berusaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Kita dapat menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang makmur dan tenteram pada masa akan datang dengan kerjasama dari semua pihak. Rujukan 1. Buku Teks Pendidikan Moral Tingkat 5, Kaladevi a/p Arumugam, Chang Keng Ling, Napisyah binti Muhammad, Cetakan Pertama 2003, Dewan Bahasa dan Pustaka 2003. 2. Buku Teks Sejarah Tingkat 5, Ramlah binti Adam, Shakila Parween binti Yacob, Abdul Hakim Samsuri, Muslimin bin Fadzil, Cetakan Keempat 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003. 3. Fokus 2U Sejarah PMR, Lee Sin Cian, Aleeya Atiqah Ammor, tahun 2006, Penerbit Pelangi Sdn. Bhd. 4. 1001 Nota & Soalan PMR Sejarah 1,2,3, Fazira Khaini (B, EduSejarah, M.Edu-Sejarah), Cetakan Kedua 2005, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

337

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

5. Target SPM Citra Pintar Sejarah Malaysia Tingkatan 5, L.Devi, Mansor Hassan, tahun 2001, Penerbitan Sasbadi Sdn. Bhd. 6. Target PMR Formula Bestari Sejarah Tingkatan 123, Yew Chee Wai,tahun 2000, penerbit Sasbadi Sdn. Bhd. 7. Ensiklopedia Malaysiana Jilid 8 Leukemia-Myrtales, Edisi 1996, penerbit Anzagain Sdn. Bhd. (Syarikat Kumpulan Ebiza) Kuala Lumpur, Malaysia.

338

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->