You are on page 1of 20

Eksekutif Diploma Pengurusan Perladangan

Tugasan Sains Tumbuhan dan Tanih

Disediakan oleh : Zakariya Zaki Bin Tahir

Pensyarah : Tun Bakli

(Tugasan 1): Lakukan Kajian Morphology pada tiga (3) tumbuhan monokotiledon dan tiga
(3) tumbuhan dikotiledon. Lakarkan dan label dengan jelas bahagian-bahagian yang dikaji.
Buat kaji selidik mengenai kepentingan ekonomi tumbuhan-tumbuhan yang dipilih.

MONOKOTILEDON

1. KELAPA SAWIT
Umum tahu Kelapa sawit (Elaeis guinennsis) berasal dari Amerika Selatan iaitu speisis
Elaesis melanococca atau Elaeis oleivera dan Afrika Barat iaitu speisis Elaeis guineensis.
Industri sawit di Malaysia bermula pada 1917 apabila ladang Tenmaran di Kuala
Selangor dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang, Kuala Selangor sekitar 1911/1912.
Penanaman ladang berlaku secara mendadak pada awal 1960an apabila FELDA
membuka tanah rancangan secara besar-besaran.

Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negaqra Malaysia yang
perkembangannya semakin pesat. Prospek penanaman kelapa sawit ini telah
menghasilkan keuntungan yang cukup banyak dan menjadi daya tarikan kepada pelabur-
pelabur asing untuk melabur di bidang ini. Ia merupakan tananam utama terpenting di
Malaysia selepas getah. Ia juga memiliki prospek yang cukup cerah samada dari segi
pengeluaran bahan mentah mahupun hasil memprosesnya.

Kelapa sawit juga adalah tanaman penghasil minyak sayuran yang bermutu tinggi dan
berkualiti berbanding dengan minyak yang dihasilkan oleh tanaman lain seperti minyak
kacang soya, minyak biji sesawi dan minyak bunga matahari. Ini disebabkan minyak
sayuran kelapa sawit memiliki kadar kolestrol yang rendah, malah terdapat juga minyak
yang diproses tanpa kolestrol.

Minyak kelapa sawit merupakan produk utama yang dihasilkan daripada kelapa sawit.
Potensi pengeluaran per hektar mencapai purata 6 tan setahun, bahkan lebih daripada itu.
Hasil dari pemprosesan buah kelapa sawit tersebut akan menghasilkan minyak sawit
mentah (CPO atau crude palm oil) yang berwarna kuning dan minyak inti sawit (PKO
atau palm kernel oil) yang berwarna jernih. CPO atau PKO banyak digunakan sebagai
bahan industry makanan (minyak goring dan maerjerin), industry sabun, industry baja,
industry tekstil, kosmetik dan sebagai bahan bakar alternative (minyak diesel).

 Klasifikasi Buah Kelapa Sawit


Divisi : Spermatophyta
Subdivisi : Angiospermae
Kelas : Monocotyledonae
Ordo : Palmales
Famili : Palmaceae
Genus : Elaeis
Spesies : Elaeis guineensis
Elaeis odora (tidak ditanam di Indonesia)
Elaeis melanococca (Elaeis oleivera)
Varieti : Elaeis guineensis dura
Elaeis guineensis tenera
Elaeis guineensis pisifera

 Morphology Buah Kelapa Sawit

a. Akar
Benih sawit yang baru tumbuh memiliki akar tunjang, tetapi akar ini
mudah mati dan perlu segera diganti dengan akar serabut. Akar serabut
memiliki sedikit cabang, membentuk anyaman rapat dan tebal. Sebahagian
daripada akar serabut tumbuh lurus ke bawah (Vertikal) dan
sebahagiannya tumbuh mendatar kea rah sisi (horizontal).

Sekiranya biji benih dijaga dan diberi pengudaraan dengan baik, akarnya
dapat menembusi 8 meter ke dalam tanah. Manakala, akar yang tumbuh
secara mendatar boleh mencapai 16 meter. Keadaan ini bergantung kepada
umur tanaman, system penjagaan dan keadaan tanah itu sendiri. Sistem
perakaran seperti ini menyebabkan tanaman tidak mudah tumbang.

Di celah-celah akar, terdapat ruang-ruang udara dan saling berhubung


dengan akar-akar di atas tanah. Di sekitar pangkal batang akan keluar akar
akar adventif yang tergantung. Jika akar tersebut telah mencecah tanah,
akar adventif akan berubah menjadi akar biasa. Akar pokok ini akan
menjadi busuk jika terendam di dalam air untuk jangkamasa yang lama.
b. Batang
Pada awal tahun penanaman, setelah benih kelapa sawit mula tumbuh
menjadi sepohon pokok, ia tidak menunjukkan tanda-tanda akan tumbuh
tinggi dan memanjang. Pokok kelapa sawit akan tumbuh menegak dan
rendah serta daun-daun yang berukuran besar.

Setelah tanaman berumur 4 tahun, batang mula tumbuh tinggi dan


memanjang. Ketebalan batang bergantung kepada kekuatan pertumbuhan
daun-daunnya. Tanaman yang tumbuh kurus memanjang menandakan
factor-faktor pertumbuhannya tidak sempurna. Keadaan ini menunjukkan
daun sukar untuk mendapatkan sinaran matahari. Malah gejala daun yang
saling bertindih (overlapping) berlaku disebabkan jarak antara tanaman
terlalu dekat dan mengakibatkan daun tidak mendapat cahaya matahari
yang secukupnya. Sekiranya pokok masih muda dan mempunyai batang
yang cepat tinggi, ia akan menghasilkan pengeluaran buah yang kurang.

Umumnya, pokok kelapa sawit boleh mencapai umur sehingga 100 tahun.
Tetapi pokok tersebut perlu ditanam semula sebelum mencapai umur
tersebut. Ini untuk menjamin pengeluaran buah serta bahan olahannya
bermutu tinggi dan berkualiti.

c. Daun

Daun kelapa sawit mula terbentuk pada peringkat awal pertumbuhannya.


Kebiasaanya, setiap bulan ia akan menghasilkan dua helai daun. Setiap
pelepah mempunyai lebih kurang 100 pasang helai daun. Setiap
pertumbuhan helai daun akan membentuk sudut 135º. Daun akan tumbuh
kearah atas dan melekat antara satu sama lain. Daun yang terbentuk
berwarna kuning. Anak daun (leaf-let) yang terdapat pada daun normal
berjumlah 80-120 lembar. Dan semakin melengkung ke arah bawah. Daun
yang tua akan saling menutupi, sehingga daun paling bawah akan
terlindung oleh daun yang berada di atasnya.

Kedudukan helaian daun pada pelepah diukur dengan rumus daun


(phylotaxis) dengan pecahan 3/8 iaitu pada setiap 3 putaran terdapat 8
helai daun. Daun yang kesembilan terletak pada garis lurus dari daun
pertama. Daun yang telah tua akan patah pada pangkal pelepahnya, tetapi
pangkal pelepah daun ini tidak akan terlucut dari batangnya. Ini
menyebabkan permukaan batang tidak licin seperti pokok kelapa. Di
bahagian pangkal pelepah daun terdapat duri yang sangant tajam. Setiap
tahun, tanaman kelapa sawit akan mengeluarkan kira-kira 20 ke 24 helai
daun.

d. Bunga
Bunga sawit terdiri dari dua jenis iaitu bunga jantan dan bunga betina,
malah terdapat juga tanaman kelapa sawit yang hanya mengeluarkan
bunga jantan sahaja. Pada umumnya, bunga jantan dan bunga betina
terdapat dalam dua tandan yang berbeza dan ada juga pada tandan yang
sama. Oleh itu pendebungaan antara bunga jantan dan bunga betina dalam
satu tandan jarang berlaku. Masa untuk pendebungaan adalah 3 kali dalam
masa 24 jam. Setelah itu, bunga betina akan berwarna hitam dan
mengering. Ini menandakan proses pendebungaan telah berhasil.

Sekiranya kelopak (spathe) bunga jantan baru terbuka, ia akan tercium bau
harum bunga betina dan debunya masih dalam keadaan segar. Dalam
keadaan ini, ia hanya dapat hidup dalam masa 24 jam (iaitu tempoh
mampu untuk mensenyawakan bunga betina). Sekiranya bunga jantan
diawet, ia akan dapat bertahan sehingga mencapai umur 10 minggu.
Pengawetan ini dilakukan dengan cara mengeringkan buah jantan di dalam
oven pada suhu yang tetap iaitu 60ºC selama 24 jam. Tujuan pengawetan
adalah untuk membantu pendebungaan (assisted pollination). Untuk
tanaman kelapa sawit muda (sehingga mencapai umur 6 tahun), bunga
betina tumbuh lebih banyak daripada bunga jantan. Ini berlaku disebabkan
kelapa sawit muda memerlukan agen pendebungaan yang dapat dilakukan
oleh manusia.

e. Buah
Buah kelapa sawit akan terhasil pada pelepahnya pada umur 3 – 4 tahun,
bilangan pelepah kelapa sawit akan meningkat sehingga 30 – 40 pelepah
dan semakin menurun sehingga 18 – 25 pelepah apabila umur semakin
meningkat. Oleh itu semakin tua umur kelapa sawit, pertumbuhan
pelepahnya semakin menurun. Begitu juga dengan hasil buahnya. Tetapi ia
tidak bererti hasil pengeluaran minyaknya akan menurun. Ini disebabkan,
semakin tua umur pokok kelapa sawit, ukuran buahnya semakin
membesar. Kadar minyak yang dihasilkan juga semakin meningkat. Oleh
kerana, saiz buahnya bervariasi, ini menyebabkan berat setandan buah
akan berbeza-beza sehingga mencapai berat 30kg.

Tanaman kelapa sawit mula berbuah ketika berumur 18 bulan selepas ia di


tanam, tetapi kadar minyaknya masih sedikit dan mempunyai peratus
lumpur (cecair) yang banyak. Oleh itu bunga yang tumbuh pada sawit
muda akan dibuang supaya tidak membentuk buah.

Buah sawit muda atau nama saintifiknya, elaeis guneensis dura, elaeis
guneensis tenera, dan elaeis guffieensis pisifera mengalami perubahan
warna iaitu berwarna ungu tua sehingga berwarna hitam. Perubahan warna
ini disebabkan oleh gabungan zat anthocyanin. Setelah buah masak pada
umur 6 bulan, warna buah menjadi jingga (oren) kemerahan. Ini kerana
buah sudah bergabung dengan zat karotin. Berbeza pula dengan buah
kelapa sawit jenis Elaeis melanococca, ketika muda warnanya hijau dan
apabila semakin tua, ia akan berubah menjadi warna jingga (oren)
kekuningan.

Buah kelapa sawit melekat pada bahagian yang dikenali sebagai tandan
buah, terdapat beribu-ribu biji buah sawit. Tandan buah akan mencapai
ukuran paling maksimum (terbesar) pada umur 4.5 – 5 bulan.
Pada umur ini, buah mulai membentuk zat-zat minyak yang tersusun
dalam sel-sel pengisi di ruang sabut buah. Minyak sawit mentah (CPO)
tersebut membentuk warna jingga kerana ia banyak mengandungi karotin.
Ketika pembentukan minyak, warna kulit buah akan berubah dari unggu
menjadi jingga kemerahan. Pengeluaran buah paling maksimum berlaku
apabila buah mencapai 25 tan/hektar/tahun. Bahagian CPO ini akan
mencapai 20% dari berat tandan dan minyak inti sawit (PKO) boleh
mencapai sehingga 30%.
2. KELAPA / NYIUR (COCONUT)

Kelapa ialah sejenis pokok palma yang termasuk dalam kumpulan monokotiledon.
Nama latinnya Cocos nucifera. Ia adalah salah satu pokok yang terpenting di kawasan-
kawasan tropika kerana banyak gunanya selain dari menjadi punca pengeluaran minyak
kelapa.

Ia banyak didapati di kawasan-kawasan pantai tropika dan tropika sederhana, dengan


hujan 60 inci, iklim lembap dan suhu antara 80 º F - 90º F. Tanah yang paling sesuai
baginya ialah tanah pasir yang gembur. Tanah liat tidak berapa sesuai kerana air mudah
bertakung. Di tanah gambut, hasilnya mula-mula baik tetapi selepas 10 tahun hasilnya
kurang hingga tinggal separuh dari yang sepatutnya. Tempat asalnya tidak diketahui
tetapi oleh kerana lebih 20 jenis dari genus ini terdapat di kawasan tropika Amerika
Selatan jadi adalah dijangka Cocos nucifera mungkin dibawa oleh air dari sana.

 Batang Pokoknya
Ia boleh hidup tinggi hingga 100 kaki, batangnya bulat dengan ukuran
garispusatnya dua kaki.

 Akar
Ia mempunyai akar luar biasa iaitu seperti tali dan boleh menjalar hingga tujuh
kaki di bawah tanah jika aras mata air rendah. Akar-akar itu mudah patah dan
tidak lebih dari ½ inci lebar. Ia berkayu tetapi menganjal dan tidak ada akar
rambut. Pada satu-satu pokok kelapa boleh terdapat hingga 7000 urat akar.

 Daun
Daun Kelapa lurus, panjang dan berlidi di tengah-tengah. Ia tumbuh pada pelepah
yang hingga 20 kaki panjang. Pada satu-satu pokok terdapat antara 25 hingga 30
pelepah. Pucuknya bersalut dengan upih daun (sheath). Umbutnya ialah bahagian
yang paling lembut dan mudah terancam oleh musuh (kumbang) dan penyakit.
Umbutnya juga boleh dibuat sayur.

 Bunga
Pokok kelapa mula berbunga dan berbuah antara 4 – 6 tahun selepas ditanam dan
ia boleh terus memberi hasil hingga 60 tahun. Bunga kelapa melekat pada mayang
yang pada waktu mudanya berbalut dengan seludang. Pada satu-satunya tangkai
mayang terdapat bunga betina di pangkalnya dan bunga jantan di hujungnya. Pada
setandan mayang terdapat antara 20 – 40 bunga betina dan antara 200 – 300 bunga
jantan.

Bunga jantan kembang dulu dan debunganya keluar selama dua minggu; bunga
jantan gugur dan bunga betina mula kembang. Dengan cara ini pendebungaan
kacuk terjadi. Pendebungaan terjadi dengan bantuan serangga yang menghisap
madu pada bunga betina dan oleh angin. Satu-satu pokok yang baik boleh
mengeluarkan tidak kurang dari 100 biji kelapa setahun iaitu 60 paun kelapa
kering.

 Buah Kelapa
Buah kelapa ialah sejenis drup dan salah satu buah yang terbesar. Kulit lapisan
luarnya keras dan licin. Waktu muda ia berwarna hijau apabila tua ia bertukar
menjadi perang. Pada lapis kedua terdapat sabut, kemudian tempurung yang keras
dengan isi kelapa dan air didalamnya.
Dari saat persenyawaanya hingga ke masa kelapa cukup tua dan boleh
menghasilkan minyak memakan masa satu tahun. Tiap-tiap satu bulan satu tandan
ada antara 8 hinnga 10 biji kelapa. Pekebun-pekebun kecil boleh mendapat antara
3,000 – 3,500 biji kelapa pada satu ekar setahun iaitu kira-kira antara 10 -12 pikul
kelapa kering. Kelapa kering yang baik mengandungi hanya 3% - 5% air dan 60%
- 65% minyak.

Buah kelapa mengeluarkan tunasulung dan akar daripada ‘mata’ tempurungnya.


Bagi Sembilan bulan yang pertama anak kelapa mendapat makanannya daripada
bahagian-bahagian buah itu yang banyak mengandungi nutrien. Akarnya akan
mendapat nutrien pada sabut yang mengandungi mineral terutamanya kalium.

 Kegunaanya
Kelapa adalah tanaman yang penting memandangkan kegunaanya dari segi segi
perdagangan dan juga dalam kehidupan seharian. Hasilnya yang penting ialah
minyak kelapa yang boleh dibuat lilin, marjerin dan sabun selain dari digunakan
untuk memasak makanan.

Daripada nira kelapa boleh didapati ‘tuak’ atau todi dan juga gula kelapa. Isi
kelapa yang dibuat kelapa parut kering banyak gunanya dalam masakan dan
pembuatan kuih-muih dan manis-manisan.

Air kelapa muda dan isinya sangat digemari sebagai minuman menghilangkan
dahaga. Santan kelapa hampir tiap-tiap hari digunakan untuk membuat kuih,
gulai dan pengat.

Bukan sahaja buah kelapa yang banyak gunanya tetapi boleh dikatakan semua
bahagian pokokm dari batang hingga ke pucuknya sangat berguna kepada
penduduk-penduduk di kawasan-kawasan ia didapati. Batang kelapa boleh dibuat
titi, tempurungnya dan pelepahnya dijadikan kayu api, daunya dibuat atap, bakul
dan lekar, sabut dijadikan tali, berus dan isi tilam dan lidinya dibuat penyucuk
sate dan lekar sementara pucuknya dibuat sampul ketupat dan umbutnya disayur.
Negeri-negeri pengeluar kelapa ialah Filipina, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka,
India dan Burma. Ia juga didapati tumbuh di pualu-pulau tengah Lautan Pasifik,
Amerika tengah, Pulau Karibean dan pantai-pantai Afrika.

3. PINANG
Pokok pinang termasuk dalam kumpulan monokotiledon dan keluarga PALMAE. Nama
latinya ialah Areca catehu. Pokoknya seperti pokok kelapa tetapi ia kurus dan tinggi. Ia
lekas tumbuh dari biji buahnya. Pokok pinang boleh mencapai ketinggian 100 kaki tetapi
yang biasa dilihat hanya 50 kaki tingginya.

Daun pinang ialah daun bentuk lelipan antara empat hingga enam kaki pankang.
Bunganya melekat pada mayang dan berbalut seludang seperti bunga kelapa. Kedua-dua
bunga jantan dan betina terdapat pada satu tandan. Buah pinang ialah jenis buah pepauh
kira-kira dua inci panjang. Kulitnya berwarna jingga dan bersabut. Isinya iaitu bijinya
yang keras. Pokok pinang di tanam kerana buah atau bijinya ini yang dimakan dengan
sirih oleh kebanyakan penduduk di India, Sri Lanka dan Asia Tenggara. Kegemaran
memakan sireh ini telah diamalkan orang sejak 2000 tahun dahulu.

Biji pinang boleh dimakan basah (baru dipetik) atau kering. Yang kering ada dijual di
kedai-keadi orang india. Pinang yang kering dihiris dahulu kemudian dijemur dan ia
kurang mengandungi samak (tannin), rasanya lebih sedap dan ia boleh disimpan lama.
Pinang mengandungi alkaloid bernama arekolin (arecolin).

Satu lagi jenis pinang , bijinya tidak dimakan orang tetapi pokoknya ditanam sebagai
perhiasan ialah pinang Raja. Buahnya merah keluar dari tandan juga tetapi bersaiz kecil.

DIKOTILEDON
1. GETAH

Getah merupakan salah satu komoditi eksport utama Malaysia sejak 1902 telah
berkembang dengan pesat sehingga menyumbangkan pendapatan eksport yang paling
tinggi bagi Malaysia terutama pada tahun 1970 an. Situasi ini telah menempatkan
Malaysia sebagai pengeluar getah asli yang utama dunia selepas Indonesia dan Thailand.

Pada awal abad ke -20, getah mula ditanam secara besar-besaran di Tanah Melayu.
Menjelang kemerdekaan, seluas 800,000 hektar tanah ditanam dengan pokok getah secara
perladangan, sebahagian besar di kawasan Perak, Permatang, Selangor, Lembah Kelang
dan Johor. Penanaman secara kebun kecil pula melibatkan kawasan seluas 700,000
hektar. Pada ketika itu, industri getah telah menyumbang sebanyak lebih daripada 50%
kepada eksport kasar negara.

Getah merupakan tanaman asli yang berasal dari Amerika Selatan. Pokok getah tidak
terdapat di kebanyakan negara. Pada mulanya ia dijumpai di Hutan Brazil sehingga di
kenali dengan istilah saintifik Havea Brasiliensis. Sebelum ia mula tersebar di beberapa
buah negara lain terutama di benua Asia, ianya banyak ditanam secara besar-besaran oleh
penduduk asli di Amerika Selatan dan Afrika. Seterusnya tanaman ini telah tersebar
meluas di Asia terutama di India, dan Sri Lanka. Kini pokok getah banyak ditanam di
negara-negara Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

Klasifikasi pokok Getah:

Alam : Plantae
Divisi : Spermatophyta
Subdivisi : Angiospermae
Kelas : Dycotyledoneae
Susunan : Euphorbiales
Keluarga : Euphorbiacae
Genus : Havea
Spesies : Havea Brasiliensis
MORFOLOGI POKOK GETAH
a. Batang
Tanaman getah berupa pokok yang memiliki ketinggian mencapai 25 meter
dengan diameter batang yang cukup besar. Umumnya, batang pokok getah
tumbuh lurus dan menegak dengan bahagian percabangan di atas. Pada bahagian
batang yang lebar tersebut mengandungi getah yang amat dikenali sebagai lateks
atau susu getah.

b. Daun
Daun pokok getah terbentuk pada tangkai utama yang mempunyai ukuran panjang
3 – 20 cm dan tangkai anak daun berukuran 3 – 10 cm dengan bahagian kelenjar
di hujungnya. Setiap daun getah biasanya memiliki tiga anak daun yang berbentuk
elips memanjang dengan bahagian hujung meruncing. Daun ini berwarna hijau
dan akan berubah manjadi kuning atau merah apabila ia mula gugur. Seperti
kebanyakan pokok-pokok tropika yang lain, daun-daun ini akan mula gugur
menjelang puncak musim kemarau dengan tujuan untuk mengurangkan berlaku
pengewapan yang berlebihan.

c. Bunga
Bunga pokok getah bersifat ginodiesius (hermafrodit) di mana bahagian bunga
jantan dan bunga betina pada bunga yang sama. Ia terbentuk pada tangkai bunga
yang berbentuk malai payung yang jarang. Bahagian hujung tangkai bunga
berbentuk loceng di mana hujungnya terdapat mahkota bunga yang sempit. Bunga
betina (pistil) mempunyai ukuran yang lebih besar berbanding ukuran bunga
jantan (stamen) serta mengandungi ovul iaitu gamet betina yang berbentuk ovari.
Pistil (organ pembiakan bunga betina) terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu
stigma, stil dan ovari. Manakala stamen (organ pembiakan bunga jantan)
merupakan hasil gabungan daripada 10 benang sari. Bahagian anter bunga jantan
terbahagi kepada dua ruangan di mana salah satunya akan terletak lebih tinggi
daripada yang lain.

d. Buah
Buah getah memiliki diameter 3 – 5 cm, terbentuk daripada proses pendebungaan
bunga getah yang mempunyai pembahagian ruangan yang jelas, biasanya 3 – 6
ruang. Setiap ruangan berbentuk seperti separuh bola. Apabila sudah tua, buah
getah ini akan meletup pecah dengan sendirinya dan setiap pecahan akan tumbuh
membentuk individu baru jika jatuh ke bahagian yang tepat.

e. Akar
Akar pokok getah berupa akar tunjang yang mampu menampung atau menyokong
batang pokok yang besar dan tumbuh tegak ke atas. Pembentukan akar tunjang ini
membolehkan pokok getah sentiasa tegak dan mantap walaupun tumbuh setinggi
25 meter.

2. KOKO
KLASIFIKASI
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Magnoliopsida
Order : Malvales
Famili : Sterculiaceae
Genus : Sterculia
Spesies : S.rubiginosa

Koko adalah sejenis pokok dari keluarga STERULIACAE. Ia adalah jenis Theobroma
cacao. Jenis-jenis lain ialah Theobroma pentagona dan Theobroma spherocarpa. Koko
adalah tumbuhan asli yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Kemudian, dari sana ke Afrika (Ghana, Nigeria dan neger-negeri lain) dan akhir sekali ke
timur termasuklah Malaysia.

MORFOLOGI POKOK KOKO


Pokok koko boleh tumbuh setinggi 40 kaki, tetapi di dalam ladang-ladang koko tingginya
tidak sampai demikian kerana ia sering dicantas untuk menyenangkan kerja-kerja
mengumpulkan hasil-hasil buahnya.

Pokok koko mempunyai dahan-dahan dan ranting-reanting yang banyak dan dari dahan
dan batang ini kelurlah bunga-bunganya berwarna biru biji kundang. Bila gugur bunga-
bunga ini timbullah buah-buahnya yang hijau. Buah-buah itu mjembesar bulat – lonjong
seperti buah betik. Apabila masak kulit buah koko ini berwarna kuning serta keras. Di
dalam setiap sebiji buah koko ini ada antara 25 hingga 50 biji benih. Biji benih inilah
yang dibersihkan dan dikeringkan kemudian diproses untuk dijadikan bahan makanan
atau campuran minuman atau dibubuh ke dalam kuih muih atau gula coklat dan lain-lain.

Koko adalah sumber pendapatan negara yang ketiga selepas minyak sawit dan getah.
Koko merupakan tanaman yang berkembang dengan pesat. Sejak tahun 1971,
pertambahan hasil tanaman ini meningkat sebanyak tujuh kali ganda. Dalam 1988 sahaja,
dianggarkan Malaysia telah menghasilkan 210,000 tan biji koko kering, iaitu
pertambahan sebanyak 13.5 % berbanding dengan tahun sebelumnya. (185,000 tan).

Daripada negara pengeluar koko yang ketujuh besar di dunia pada awal tahun 80 an.
Malaysia menjadi negara keempat terbesar menghasilkan biji koko kering selepas Ivory
Coast, Brazil dan Ghana dalam tahun 1986, dan kini menjadi negara ketiga terbesar di
dunia dalam tahun 1988. Penghasilan koko meningkat dengan pesat kini memerlukan
pengawasan yang rapi agar harganya dapat dikekalkan pada paras tinggi.

3. DURIAN
Nama saintifik : Durio Zibethinus Murr.
Keluarga : Bombacaceae
a. Asal usul
Durian berasal dari Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Di
Thailand, duruian telah dikembangkan secara komersial dengan baik sekali.

b. Morfologi Durian
Pokok durian berukuran besar dan tingginya mampu mencapai 30 M. Buahnya
berukuran besar dan berduri. Ia dikenali dengan julukan sebagai raja segala buah
(king of fruit).
 Daun dan dahan
Helaian daunnya panjang dan runcing. Permukaan daun sebelah bawah
berwarna keperakan. Pertumbuhan dahan cenderung ke atas (vertikal).
Namun ,dahan primer di bahagian bawah pokok cenderung ke sisi
(horizontal).

 Akar
Mempunyai akar tunjang dan akar sisi yang kuat dan dalam. Sistem akar
ini baik untuk mencegah lereng runtuh..

 Bunga
Bunganya besar dan berbentuk seperti mangkuk dengan benang sari dan
mahkota bunga berwarna kuning emas sehingga merah. Bunganya
sempurna atau hemafrodit (bahagian bunga jantan dan bunga betina pada
bunga yang sama.
Bunga keluar secara tunggal atau berkelompok pada dahan primer hingga
dahan sekunder. (ranting). Bunnganya tergantung pada tangkai yang
panjang. Pokok ini di tanam melalui kaedah generatif iaitu menggunakan
biji. Ianya akan mula berbunga pada umur 8 – 15 tahun. Jika ia dibiak
menggunakan kaedah vegetatif melalui kaedah cantuman mata tunas, ia
akan berbunga pada umur 5 – 7 tahun.
Bunga mekar pada waktu pagi. Proses pendebungaan silang berlaku
melalui bantuan kelawar dan beberapa jenis kumbang. Pendebungaan
silang oleh kelawar berlaku pada tengah malam. Kejayaan proses
pendebungaan terjadi antara 5 – 10%.

 Buah
Buah matang dituai pada umur 4 – 5 bulan selepas bunga mekar. Tanaman
ini umumnya berbunga pada bulan September – November. Buah berbiji
banyak (antara 1 -40 biji). Isi buah membaluti biji yang terdapat dalam
ruang buah. Isi buah berkembang dari jaringan biji yang disebut arilus.
Bentuk buahnya bulat hingga lonjong dan berduri runcing serta tajam.
Buah mempunyai 1 -7 ruang (pangsa). Setiap ruang terdapat 1- 6 buah.
Sebiji buah durian mempunyai biji yang berisi atau kempis.

 Kegunaan
Isi buah durian yang telah matang boleh dimakan segar. Baki buah durian
boleh dijadikan tempoyak atau dodol. Buah yang tua tetapi belum matang
dibuat tepung durian. Kayunya amat sesuai digunakan sebagai bahan
binaan bangunan. Pati buah duriaon boleh digunakan sebagai aroma
aiskrim. Durian sesuai di tanam di lereng bukit kerana ia membantu
mengelakkan proses hakisan.
(TUGASAN 2) : TERDAPAT BERATUS- RATUS SIRI TANAH DI MALAYSIA.
DIANTARANYA ADALAH SIRI BUNGOR, SERDANG, HARIMAU, GAJAH MATI,
SEGAMAT DAN LAIN-LAIN. PILIH LIMA (5) DARIPADA SIRI-SIRI INI DAN
LAKUKAN KAJIAN MORPHOLOGI MENDALAM KEATAS SIRI-SIRI TANIH YANG
DIPILIH. INI TERMASUK SIFAT-SIFAT FIZIKAL, KIMIA, KEKURANGAN,
KELEBIHAN, DAN TANAMAN-TANAMAN YANG SESUAI DITANAM DI TANIH
INI. NYATAKAN PENGURUSAN YANG PERLU DIBUAT BAGI MENAMBAHBAIK
KESESUAIAN MEREKA TERHADAP TANAM-TANAMAN YANG HENDAK
DIUSAHAKAN DI TANIH-TANIH INI.

You might also like