You are on page 1of 4

Isu-Isu Pendidikan di Malaysia

By kulanz on Aug 06, 2009 with View commentsComments

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan


pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa.
Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan
negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan
merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan
negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang
penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa
mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran


Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan
hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan
khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan.
Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau
bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang
ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya
perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti
tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program
PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang
menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran,
peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur
pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:

 Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan


kebanyakan negara lain di dunia;
 Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
 Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
 Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT)
dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah
melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama
penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut
adalah berkaitan dengan:

 pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar
bandar;
 perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
 latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di
sekolah yang kurang berkesan;
 penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
 bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan
memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur
yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan
kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara
adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung
(advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber:
Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu
banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan.
Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan
yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang
amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya
sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber
pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan
pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh
Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran
Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan
KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di
pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang
kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku
ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah
keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”.
Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik,
Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang
pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam
menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah
melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar
subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini
kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya
di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi
tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.

Kesan globalisasi
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan
internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat
diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan
sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu
yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk
diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin
diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain
yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya
kosmopolitan.

Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan
dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah
menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti
sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum
dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme,
melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-
jadi.

Isu-isu lain dalam sistem pendidikan


Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul
berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, anta
ranya:

 Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin


pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
 Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu
mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak
mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah
melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
 Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya
sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang
berbeza;
 Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
 Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di
negara maju adalah terhad;
 Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara
menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan
berkesan;
 Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek
pemberian bantuan; dan
 Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

You might also like