P. 1
Puasa Menurut Pandangan Islam

Puasa Menurut Pandangan Islam

|Views: 1,551|Likes:
Published by ashyprincess

More info:

Published by: ashyprincess on Jan 14, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/08/2013

pdf

text

original

PENGHARGAAN

Puji-pujian kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. Tuhan yang memiliki sekalian alam ini kerana dengan limpah inayah dan kasih sayang-NYA, maka dapatlah kami menyiapkan assignment ini dengan jayanya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi utusan Tuhan.

Tiada apa yang ingin kami coretkan di kesempatan ini melainkan jutaan terima kasih kepada Encik Muhamad Nizam Bin Jamaludin kerana telah memberi kepercayaaan kepada kami untuk menyiapkan assignment ini. Tanpa tunjuk ajar dan sokongan daripada beliau, mungkin kerja yang kami buat ini tidak begitu sempurna. Sesungguhnya kesabaran, dedikasi serta semangat yang diberikan kepada kami amatlah dihargai.

Tidak dilupakan juga ibu bapa kami yang banyak memberi bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral yang tidak putus-putus sejak dari bangku sekolah lagi sehingga ke peringkat kolej sekarang. Moga kebaikan kalian dirahmati ALLAH. Selain itu, jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan juga tidak kurang hebatnya. Segala pengorbanan dari segi masa, tenaga, buah fikiran yang bernas dan kerjasama yang berlanjutan. Moga segala nikmat ALLAH ini akan terus disyukuri dengan sebaiknya.

Akhir kalam, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga Encik Muhamad Nizam Bin Jamaludin berpuas hati dengan hasil kerja kami ini. SEKIAN…

MUQADDIMAH
1

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapatlah kami melakukan tugasan yang diamanahkan kepada kami dengan bersumberkan buku-buku yang berkait rapat dengan ibadah puasa. Puasa ialah menahan diri dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa sekaligus menghindarkan kita dari membuat maksiat dan kemungkaran. Puasa juga melatih diri kita untuk sentiasa mengingati Allah dan memupuk diri manusia dengan sifat sabar. Bulan puasa sememangnya bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam di dunia ini. Kerana didalam bulan ramadhan terdapat banyak ganjaran yang boleh kita perolehi, pada bulan ini pintu-pintu syurga di buka dengan seluas-luasnya dan pintu neraka di tutup. Jadi, pada bulan ramadhan ini kita harus merebut nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Dalam bulan ramadhan terdapat satu malam yang menyamai seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadr. Amalan yang dilakukan pada malam Al Qadr itu adalah lebih baik dari melakukan amalan seribu bulan. Justeru itu, marilah kita mempertingkatkan amal ibadah pada bulan yang penuh barakah ini. Wassalam…

PUASA MENURUT PANDANGAN ISLAM
2

Erti Puasa: Dari segi bahasa: Menahan diri dari sesuatu. Syarak/istilah: Menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan dari terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat dan syarat-syarat tertentu. Dalil mewajibkan puasa:

          

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Jenis-jenis puasa Empat jenis puasa di dalam islam: Puasa wajib seperti puasa di bulan ramadhan puasa kifarat dan puasa nazar. Puasa sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal. Puasa makruh Puasa haram seperti puasa dua hari raya ( Aidilfitri dan Aidiladha), Hari-hari Tashriq dan Hari Syak.

Puasa Di Bulan Ramadhan Puasa di bulan ramadhan merupakan salah satu daripada rukun islam yang lima. Kewajiban berpuasa bermula pada tahun ke-2 hijrah.

Hukum Berpuasa Pada Bulan Ramadhan
3

Diwajibkan kepada semua mukallaf dan tidak boleh meninggalkannya tanpa keuzuran.

Sebelum menunaikan puasa di bulan ini, setiap muslim yang mukallaf diwajibkan mengikut salah satu daripada ketentuan-ketentuan yang berikut:
1

 Dengan melihat anak bulan  Dengan menyempurnakan tiga puluh hari dalam bulan syaaban. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “ Berpuasalah kamu sewaktu melihatmya ( bulan syawal). Jika terdapat sesuatu yang menghalang sehingga bulan tidak kelihatan, hendaklah kamu menyempurnakan bulan syaaban tiga puluh hari”.

Dengan melihat ( Rukhyah) yang disaksikan oleh seorang yang adil di muka Dengan berita mutawatir, yaitu berita orang ramai yang tidak mungkin sepakat

hakim.

  

untuk berdusta dengan berita yang dibawa. Mempercayai orang yang melihat. Tanda-tanda yang selalu dilakukan di kota-kota besar untuk memberitahu kepada orang ramai seperti lampu, meriam dan sebagainya. Dengan ilmu hisab, atau khabar dari ahli hisab. Syarat wajib puasa
➢ Islam. ➢ Berakal.Orang

yang berakal menyedari segala perbuatan dan kegiatan yang dilakukannya sehari-hari. Manakala orang gila tidak diwajibkan puasa kerana dia tergolong dalam golongan yang mukallaf.

➢ Baligh. Apabila seseorang itu telah cukup umurnya, maka perintah puasa wajib

keatasnya. ➢ Berkemampuan untuk berpuasa. Seseorang yang sihat tubuh badannya.

SYARAT SAH PUASA

1 Baligh: Seseorang yang telah cukup umur. Maka wajib baginya untuk berpuasa

4

 Islam. Orang kafir tidak sah berpuasa dan sekiranya dia berpuasa, puasanya tidak akan



diterima oleh Allah. Mumaiyiz. Boleh membezakan antara perkara yang baik dan yang buruk. Kanak-kanak yang masih kecil dan belum mumaiyiz tidak termasuk dalam syarat sah puasa. Suci dari haid dan nifas. Wanita yang berada dalam keadaan begitu tidak sah berpuasa, dia wajib mengqadhakan puasa pada hari lain. Berniat pada waktu malam. Tidak sah puasa jika terlupa niat. Pada hari-hari sah puasa. Bererti selain daripada hari yang dilarang berpuasa pada dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dan hari tashriq (11-13 Zulhijrah), puasa seseorang itu dikira \sah.

RUKUN PUASA 1. Berniat tiap-tiap malam pada bulan Ramadan. Semua umat islam yang mukallaf wajib berniat pada malam hari di bulan ramadah. Sekiranya seseorang muslim tidak berniat (puasa) pada malamnya atau terlupa,maka puasanya tidak sah. Ini kerana niat merupakan asas sesuatu perkara yang dilakukan.
2. Menahan diri.

Apabila berpuasa seseorang itu hendaklah menahan diri dari makan dan minum juga perkara-perkara lain yang dilarang seperti mengumpat, mencela, memaki, melihat perkara-perkara maksiat dan sebagainya. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA A. Makan dan minum Apabila seseorang yang berpuasa, makan atau minum secara sengaja, maka puasanya dianggap batal kecuali dia lupa. Memasukkan sesuatu dalam rongga badan seperti lubang hidung, telinga dan sebagainya, sebahagian ulama berpendapat, kelakuan ini sama seperti makan dan minum dan dikira batal puasanya.
2

2 Ensiklopedia Asas Fardhu Ain. Muhammad Firdaus Nurul Huda Perkara membatalkan puasa m/s 657, 658 dan 659

5

B. Muntah dengan sengaja Menjolokkan sesuatu kedalam rongga mulut untuk mengeluarkan muntah, maka puasanya dikira batal kerana sengaja melakukan perbuatan tersebut dan dia wajib mengantikan puasanya itu sebaliknya puasa seseorang itu tidak batal sekiranya dia muntah dengan tidak sengaja.

C. Bersetubuh Suami yang membatalkan puasanya pada bulan Ramadan dengan menyetubuhi isterinya maka dia wajib membayar kifarat. Tiga jenis kifarat: I. Memerdekakan hamba II. Berpuasa dua bulan berturut-turut III. Bersedekah dengan makanan asasi kepada 60 fakir miskin. A. Keluar darah haid atau nifas Apabila seorang wanita itu berada dalam hadas besar, dia tidak diwajibkan puasa kerana pada waktu itu sekira dia berpuasa, puasanya dianggap batal. Bahkan dia mesti mengantikannya pada waktu lain. B. Gila Sekiranya seorang itu tidak disiang hari dan gila pada waktu malam, maka dia wajib menjalankan ibadat puasanya seperti biasa. Sebaliknya jika dia gila disiang hari, maka puasanya dikira batal.

C. Keluar mani.

6

Hukum keluar mani sama seperti orang melakukan persetubuhan.Sekiranya mani yang keluar kerana mimpi dan sebagainya ia tidak membatalkan puasa seseorang itu. Seseorang yang terkeluar maninya kerana bersentuh dengan perempuan dikira batal puasanya.

Perkara-Perkara Yang Memakruhkan Puasa

1) Memberus gigi setelah gelincir matahari 2) Membekam 3) Mencium bau-bauan 4) Bersuka-suka dengan isteri yang menimbulkan keinginan 5) Merasa makanan 6) Tidur sepanjang hari

Golongan yang diharuskan berbuka
1) Orang sakit Orang yang sakit dan tidak mampu berpuasa atau sekiranya mampu, tetapi puasa boleh mendatangkan mudarat kepada dirinya, maka pada masa ini (puasa) dibolehkan kepadanya

7

berbuka. Dia wajib menggantikan puasanya pada hari lain (selain bulan ramadhan) apabila dia sembuh kelak. 2) Musafir Orang yang berjalan jauh lebih dari dua marhalah maka dibolehkan kepadanya berbuka untuk memudahkannya dalam meneruskan perjalanan. Puasanya itu wajib diganti pada hari lain.

Firman Allah:

                                              
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keteranganketerangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

3) Orang tua yang lemah dan tidak mampu berpuasa Golongan ini tidak diwajibkan menqada’kan puasa tetapi wajib membayar fidyah ¾ liter beras setiap hari atau makanan yang mengenyangkan dalam sukatan yang sama kepada fakir dan miskin.
8

4) Wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak Kedua golongan ini jika bimbang berpuasa akan memudaratkan dirinya dan anak yang dikandung atau disusu, maka mereka diharuskan berbuka. Mereka wajib menggantikan puasa sepertimana orang sakit menggantikan puasa. Jika mereka berbuka kerana takut memudaratkan anak, mereka boleh berbuka dan wajib qada’kan puasa serta membayar fidyah.3

Melewatkan Qadha’
Sekiranya seseorang itu lewat menqadha’kan puasanya sehingga bertemu semula bulan ramadhan yang berikutnya maka dia wajib meqadha’kan pusanya itu serta membayar fidyah.

Menqadha’kan puasa orang lain
Seseorang muslim meninggalkan puasa disebabkan oleh keuzuran tertentu tetapi tidak sempat untuk menggantikan puasa itu kerana meninggal dunia, dalam keadaan ini tidak dianggap berdosa. Kewajipan menggantikan puasa dan membayar fidyah juga gugur daripadanya. itu, tetapi melengah-lengahkannya kemudian meninggal dunia, maka keluarganya wajib menggantikan untuknya.

Junub hingga pagi hari puasa
Orang yang junub tidak batal puasanya tetapi dia hendaklah segera mandi sebelum terbit fajar, kerana dibimbangi akan membatalkan puasanya seperti kemasukan air ke rongga-rongga badan ketika mandi.4

Sunat-sunat puasa

3 Surah Al-Baqarah:185 4 Junub ialah bersetubuhan antara suami dan isteri Ensiklopedia Asas Fardhu Ain. Muhammad Firdaus Nurul Huda m/s 664

9

Untuk menjadikan ibadat kita lebih sempurna, maka kita mengerjakan sunat-sunat yang terdapat di dalam ibadat tersebut. Contohnya ketika berwuduk kita disunatkan memulakan anggota sebelah kanan dahulu, maka kita akan mendapat ganjaran yang dikerjakan itu. Sunat puasa yang boleh dilakukan seperti: 1.Segera berbuka apabila yakin terbenam matahari. Kita disunatkan menyegerakan berbuka setelah masuk waktu Maghrib. Kita bukan sahaja mendapat nikmat berbuka, malah akan sentiasa mendapat kebaikan. Sebaliknya melewatkan berbuka puasa hukumnya makruh dan kita tidak digalakkan.

2.Berbuka dengan sesuatu yang manis,kurma atau air. Nabi berbuka puasa sebelum menunaikan sembahyang denagan rutab (kurma tua). Sekiranya tidak terdapat rutab, Baginda akan bebuka dengan kurma atau jika kurma tiada,Baginda minum beberapa teguk air.

3.Berdoa sewaktu berbuka. Kita disunatkan berdoa sebelum berbuka puasa. Selain mendapat keberkatan di dalam berdoa. Kita dapat mengawal hawa nafsu apabila berhadapan dengan makanan. Baginda membaca doa sebelum berbuka. Doa yang selalu diamalkan Baginda ialah: “Ya Allah kerana Engkau aku berpuasa, dan dengan rezeki pemberian-Mu aku berbuka, dahaga telah hilang dan urat-urat telah minum, dan mudahmudahan ganjarannya ditetapkan.

4.Bersahur. Bersahur dapat membantu kita menguatkan tubuh badan untuk berpuasa pada keesokan hari, seterusnya dapat melakukan ibadat yang sempurna kepada Allah.

5.Melewatkan bersahur. Kita disunatkan melewatkan masa bersahur. Sebaiknya 15 minit sebelum habis waktu. Nabi S.A.W mengatakan bahawa apabila umat islam melewatkan masa bersahur, maka mereka akan sentiasa berada didalam kebaikan.

6.Memberi makanan kepada orang berpuasa untuk berbuka. Allah amat menyayangi hambahamba-Nya yang sentiasa bersedekah dan membantu sesame sendiri. Apabila kita memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka kita akan mendapat ganjaran pahala sebanyak ganjaran pahala orang yang berpuasa itu.

10

7.Memperbanyakkan sedekah. Kita digalakkan bersedekah lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadan yang mulia ini. Rasulullah pernah mengatakan bahawa sedekah yang paling baik dilakukan oleh umat islam ialah sedekah di bulan Ramadan.

8.Membaca Al-Quran dan mempelajarinya. Dalam bulan yang penuh berkat ini, kita digalakkan memperbanyakkan membaca Al-Quran. Dengan memaca dan memahami maksud yang terkandung dalam Quran akan menjadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur disamping dapat mendapatkan keimanan kita kepada Allah.5

PUASA SUNAT 1.Puasa 6 hari pada bulan syawal.

5 Perkara yang disunatkan untuk melakukan dalam bulan puasa Sebaik-baiknya dilaksanakan dengan istiqamah

11

Puasa ini dilakukan pada bulan syawal selepas hari raya aidilfitri. Nabi mengatakan bahawa berpuasa pada bulan Ramadan kemudian meneruskannya 6 hari di bulan syawal, kita seperti berpuasa sepanjang masa.

2.Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Puasa ini disunatkan kepada orang-orang yang tidak mengerjakan haji. Ganjaran bagi orang yang berpuasa pada hari Arafah ialah terhapusnya dosa selama dua tahun, setahun dosa yang telah lalu dan setahun dosa yang akan datang.

3.Pada hari Asyura (10 muharam). Jika kita dikurniakan nikmat kesihatan yang baik daripada Allah, maka tunaikanlah puasa sunat hari Asyura. Ini kerana, ganjaran yang diberikan kepada orang yang berpuasa ialah terhapusnya dosa yang telah lalu.

4.Puasa bulan Sya’ban. Selain puasa sunat yang disebutkan di atas, puasa bulan Sya’ban disunatkan mengerjakannya.

5.Puasa hari isnin dan khamis Kita disunatkan berpuasa pada hari isnin dan khamis untuk meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah. Nabi Muhammad memilih hari isnin dan khamis apabila ingin berpuasa.

6.Puasa tengah bulan dari tiap-tiap bulan Qamariah(Hijrah) Kita disunatkan berpuasa pada tengah bulan iaitu 12,13 dan 14 tiap-tiap bulan Qamariah.6

HIKMAH PUASA

6 Puasa sunat melatih diri kita untuk lebih eriman dan Bertaqwa kepada Allah

12

1.Menyatakan rasa bersyukur kepada Allah. Apabila kita berpuasa, sebenarnya kita telah menunjukkan rasa berterima kasih kepada Allah. Allah telah mengurniakan nikmat yang begitu banyak kepada kita sehingga kita tidak mampu menghitungnya. Sebagai tanda kesyukuran kita terhadap-Nya kita menjalani ibadat puasa di samping dapat mempertingkatkan keimanan kepadaNya.

2.Mendidik diri bersifat amanah. Ini bererti kita menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang dilarang Allah. Kita tidak akan melakukan perkara yang dilarang walaupun orang tidak memerhatikan tingkah laku kita kerana percaya Allah memerhatikan amal petbuatan kita.

3.Melahirkan rasa belas kasihan terhadap fakir miskin. Kita dapat mersakan penderitaan yang dialami oleh orang miskin dan fakir selama ini. Betapa susah dan payahnya mereka untuk mendapat sesuap nasi bagi menyara kehidupan. Dengan berpuasa rasa kasihan kita terhadap golongan ini akan bertambah seterusnya membantu mereka dengan cara bersedekah, bayar zakat dan sebagainya

4.Kesihatan terjamin. Sebenarnya dengan berpuasa kita telah merehatkan sistem pencernaan yang telah bekerja sepanjang tahun. Orang yang berpuasa akan sentiasa cergas seterusnya dapat melakukan amal ibadat dengan mudah.

PENUTUP

13

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan Inayahnya dapatlah kami menyiapkan tugasan ini. Dengan berpandukan sumber rujukan dari buku-buku fiqh ini kami telah memperolehi input-input yang berguna dan boleh dijadikan amalan dalam hidupan seharian. Seperti kita sedia maklum, puasa ialah amalan yang mendatangkan banyak ganjaran kepada umat islam yang melaksanakannya. Justeru, wajib kepada umat islam untuk melaksanakan perintah Allah iaitu berpuasa. Semoga dengan kertas kerja yang disiapkan oleh kami akan memberi pengetahuan tentang amalan berpuasa dan kelebihan yang terdapat di dalamnya. Sekian, Wassalam…

BIBLIOGRAFI

14

1.Ensiklopedia Asas Fardhu Ain. Muhammad Firdaus Nurul Huda,Muhd Ramzi Omar

2.Soal Jawab Fiqh Harian. Ustaz Ishak Din, Dato’Haron Din, Dato’Abu Hassan Din Al-Hafiz

3.Fiqh Ibadah Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

15

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->