You are on page 1of 10

SEJARAH ISLAM - Kerajaan Monggol

Kekuatan Bangsa Mongol

Kerajaaan Mongol didirikan oleh Genghis Khan dengan memakai gelaran


"Khaqan",ertinya Raja dari segala Raja.Dia mempunyai tentera yang tetap tidak kurang
daripada 600 000 orang. Dia menjelajahi dan menakluk ke negeri-negeri Islam dan
masuk juga ke tanah Rusia bahkan sampai ke Polang dan Tiongkok pun diserangnya
juga. Mana-mana negeri yang ditaklukkannya, Masjid-masjid, rumah-rumah yang indah,
perpustakaan habis semuanya dibakar.

Genghis Khan lahir dekat tasik Baikal (pada masa sekarang Rusia), pada 1167. Nama
asalnya adalah Temojin. Dia adalah putra puak Yesügei, kepala dan pemimpin Mongol,
dan cucu yang besar dari Kabul Khan, pemimpin mongol yang kononnya diracuni oleh
Puak Tartar.

Lakaran Genghis Khan

Kerajaan Khan pada masa kematiannya diperpanjang di seluruh Asia, dari Lautan Pasifik
ke Laut Caspian. Pencerobohan ketenteraan yang sering ditandai dengan pembunuhan
besar-besaran apabila mereka menang. Keturunannya memperluaskan kekuasaan
empayar dan wilayahnya selama beberapa ratus tahun.

Setelah Genghis khan mati pada usia 73 tahun di bahaginyalah kerajaannya yang besar
itu kepada 4 bahagian untuk puteranya yang berempat.

Kekuasaan sebelah Tartar Utara diserahkannya kepada puteranyayang sulung Juji Khan.
Tetapi empat bulan setelah ayahnya meninggal dia pula yang meninggal. Dia digantikan
oleh puteranya iaitu Batu Khan. Dialah yang menaklukkan Rusia ,Poland ,Bulgaria dan
Maghyar ( Eropah Timur ) dan dia bermaksud hendak menaklukkan juga Konstantinopel
pusat Kerajaan Byzantium pada masa itu tetapi belum pun sempat untuk menaklukinya
beliau pun mati.

Kepada puteranya yang kedua iaitu Okutai Khan,Genghis Khan menyerahkan kekuasaan
di Tartar Tengah dan Tiongkok Utara. Okutai inilah yang menyambut gelar bapanya yang
besar iaitu "Khaqan". Dan beliau pulalah yang menurunkan Emperor Kublai Khan yang
terkenal dalam sejarah Tiongkok. Sejak itu yang berhak memakai gelar 'Khaqan' di antara
mereka yang jadi Emperor di Tiongkok.

Putera yang ketiga ialah Toli Khan. kepadanya diserahkan tanah Iran,Khorasan,Kabul
( ibu negeri Afghanistan sekarang ) .Ada pun Toli Khan ini lebih kuat semangat
membangun dan memperkuat kerajaan dan kekuasaannya di negeri yang dikuasainya dan
tidak begitu suka memperluaskan kerajaannya. Banyak sekali Puteranya dan di antara
seorangnya itulah 'Hulagu Khan'.

Hulagu Khan

Hulagu Khan adalah anak Toli Khan anak kepada Genghis Khan ini mempunyai
semangat Penaklukan seperti neneknya juga. Setelah teguh kekuasaannya di Tanah
Iran,Khorasan dan Asia Tengah keseluruhannya, belumlah menjadi puas pada dirinya
selagi negeri-negeri Islam di bawah kuasa Khalifah di Baghdad dan raja-raja Saljuk dan
Raja Khawarizmi itu ditaklukkannya semua.

Perancangannya bermula dengan menyapu bersih pengikut Hasan Ibn Sabah iaitu satu
perkumpulan rahsia yang paling berbahaya. Hulagu Khan seorang pemimpin perang yang
pintar. Mereka memperdaya dahulu para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama
dengan diberi makan daging babi dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-
doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40
malam.

Setelah itu dilanjutkan pula maksudnya yang telah lama iaitu menghancur leburkan Kota
Baghdad. Amat mudahlah baginya menaklukkan kota Baghdad yang bersejarah itu, yang
mana lima setengah abad lamanya menjadi pusat kebudayaan Islam yang besar. Sebab
kejatuhannya adalah kerana perpecahan yang ada sesama mereka. Wazir Besar Kerajaan
Bani Abbas ketika itu adalah seorang panganut fahaman syiah, yang lebih suka negeri itu
ditaklukkan oleh bangsa Mongol daripada terus-menerus di tangan Khalifah yang
bermazhab Ahli-Sunnah dan hanya tinggal nama sahaja, sebab kekuasaan yang
sebenarnya adalah di tangan Raja-raja Islam dari luar Baghdad yang kebanyakkan juga
Ahli-Sunnah. Maka Hulagu Khan masuk ke dalam Kota Baghdad dengan tidak dihalangi
sebab Baghdad dijadikan "Kota Terbuka", mula-mula ditawannyalah Khalifah Bani
Abbas yang terakhir,AL-Mu'tasim bersama putera-puteranya yang berhak
menggantikannya.

Setelah beberapa hari kemudian disuruh bunuh kesemuanya. Tiga hari kemudiannya
dibebaskanlah tenteranya dan membunuh serta menyapu bersih segala Kota Baghdad
laki-laki mahupun perempuan,tua muda,besar dan kecilnya. Sehingga bertimbun-
timbunlah mayat. Barang-barang berharga dirampas, rumah-rumah dibakar,demikian juga
masjid dan kitab-kitab yang berharga dihanyutkan ke dalam sungai Dajlah sehingga
'hitamlah' air sungai itu disebabkan tinta yang cair dari kertas karangan kitab. Hancur
musnahlah dasar ilmu pengetahuan yang berjuta bilangannya itu. Paling akhir setelah
hatinya puas maka dibunuhnya Wazir Besar Baghdad Al-Alqamy yang terkenal kerana
pengkhianatannya itu.

Setelah kota Baghdad tinggal menjadi runtuhan puing dan abu, Hulagu pun keluar dari
bekas runtuhan kota itu dan meneruskan penaklukkannya ke seluruh tanah Iraq yang lain.
Kemudian diteruskannya pula ke Sham dan di dalam masa setahun saja habislah seluruh
Iraq dan Sham di bawah kekuasaannya dan tidak kurang dari 14 juta orang yang mati
selama penaklukkannya.

Dari Sham bangsa Mongol hendak meneruskan penaklukkan yang dahsyat itu ke negeri
Mesir pula. Ketika itu Mesir di bawah kekuasaan kaum Mamalik ( Mameluk ) yang
mewarisi Kerajaan keturunan Salahuddin ,pahlawan perang Salib yang terkenal itu. Raja
Mesir ketika itu ialah Saifuddin Qataz. Dialah lagi yang tinggal seorang Raja Islam yang
tidak patah semangat menghadapi bahaya Mongol dan Tartar itu. Maka datanglah tentera
Mongol tetapi mereka beruntung kerana yang datang ketika memimpin tentera Mongol
bukanlah Hulagu tetapi wakilnya. Di satu tempat yang bernama 'Ain Jalut' , sempadan
negeri Sham dan Mesir dapatlah Mesir menyekat kemaraan balatenteranya yang
bersemangat itu hingga tertahannya dan tidak dapat meluaskan kekuasaanya ke Mesir.
Hampir saja lumpuh tentera Hulagu Khan di 'Ain Jalut' sehinggakan mereka mundur
kembali ke pusat kekuasaannya di Azerbaijan. di sanalah Hulagu Khan mendirikan
sebuah kota yang indah dan dibinanya atas hasil rampasan yang bertimbun dan melimpah
ruah itu dan diberi nama Kota Maraghah. Di sanalah Raja gagah perkasa itu menghembus
nafasnya yang terakhir.
Quran peninggalan di zaman kerajaan Hulagu Khan
Abaqa Khan

IAnya seperti juga nenek dan bapanya. Abaqa Khan yang menggantikan bapanya iaitu
Hulagu Khan menjadi Raja dan belumlah memeluk Agama yang bertuhankan yang Maha
Esa. Pada waktu itu pendita-pendita Kristian Romawi Timur ( Konstantinopel ) berusaha
menyebarkan Agama Kristian ke negeri-negeri Iran,apatah lagi pada masa itu Perang
Salib maseh belum berhenti dan angkatan demi angkatan yang datang.

Memang sudah dijangka pada ketika itu maksud kaum Kristian. Sekiranya kaum Mongol
pada ketika itu masuk Kristian maka bertambahlah kekuatan mereka dalam
menghancurkan Islam.

Abaqa cuba untuk mendekati Kristian dan membiarkan penyebaran agama itu di Iran,
wilayah kekuasaannnya. Untuk merapatkan hubungan itu dipinangnya Puteri Maharaja
Mukhail Pilologus, Maharaja Byzantium. Pinangannya dikabulkan ,kerana pihak Nasrani
mengharap dia akan memeluk agama Kristian tetapi sampai wafatnya Raja Mongol itu
tidaklah memeluk agama yang tetap. Sebab melihat kegiatan kaum Kristian mendekati
raja itu, orang-orang besar dan ulama serta cerdik pandai dan pujangga-pujangga Islam di
Iran berlumba pula mendekati Istana. Wazir besarnya ialah seorang sarjana dan Alim
akan hal Islam bernama Sheikh Shamsuddin. Sehingga semakin lama ia semakin
tertariklah hatinya kepada ilmu pengetahuan dan kebudayaan Kaum Muslimin. Di
zamannya inilah hidup penyair Tasauf yang besar iaitu Maulana Jalaluddin Rumi,
pengarang Mastnawi yang juga terkenal dengan sebutan Ash-shaer-Ur-Ruhi ( penyair
Kerohanian ) , demikian juga Penyair Sheikh Sadly. Sadly pernah mengarang syair
ratapan yang sangat mengharukan atas kejatuhan Islam sebab serangan Bangsa Mongol
itu.

Sehinggalah kepada kematiannya Abaqa Khan masih belum menyatakan agama apa yang
diautinya.

Nikodar Khan

Setelah Abaqa Khan mangkat, bermesyuaratlah orang-orang besar Kerajaan mencari akan
gantinya di antara putera-putera yang banyak. Maka jatuhlah pilihan kepada Nikodar
Khan , adik dari Abaqa Khan kerana di antara puteranya sendiri tidak ada yang layak
menjadi raja.

Di waktu kecilnya Nikodar Khan ini telah diBaptiskan di dalam Gereja Orthodok dan
memakai nama Nicolas. Tetaoi setelah dia naik takhta kerajaan dipertimbangkannyalah
mana yang baik dan sesuai dengan jiwanya di antara kedua agama. Kristian atau Islam
dan mana pula yang akan sesuai dengan politik pemerintahannya. Dilihatnya pula bahawa
golongan rakyatnya yang terbesar adalah Umat Islam. Meskipun telah sedemikian teguh
kekuasaannya namun dia melihat bahawa seluruh rakyat belum lagi puas dan maseh
memandangnya sebagai "orang pendatang" dalam negeri Iran. Akhirnya jatuhlah
pilihannya kepada Islam dan dirasmikannyalah bahawa dia seorang Muslim dan
ditukarnya namanya menjadi "Ahmad Khan" dan dipakainya gelaran "Sultan".

Kecintaannya kepada agama yang dipeluknya itu amat dikenali dan bercampur pula
dengan fanatik. Dikeluarkan aturan melarang penyiaran agama Nasrani dalam wilayah
kekuasaannya bahkan pendita-pendita Nasrani disuruh berangkat meninggalkan Iran.

Sikap Sultan Ahmad Khan yang demikian itu tidaklah diterima dengan senang hati oleh
amir-amir ( ketua ) bangsa Mongol sebab meskipun mereka memeluk Kristian dan ada
pula yang telah memeluk agama Islam namun perhubunganmereka dengan kaum Kristian
selama ini amat baik dan tekanan-tekanan yang ditimpakan kepada orang Kristian itu
pada pandangan mereka memundurkan kerajaan. Tetapi oleh kerana di Iran tidak ada lagi
Raja yang lebih besar daripadanya maka bersama-sama dengan pendita Kristian dan
utusan Maharaja dari Rom mereka meminta keputusan Hakim mereka yang tertinggi
menurut adat-istiadat bangsa Mongol iaitu "Khaqan" keturunan Okutai Khan putera
kedua Genghis Khan yang memerintah Tiongkok. Maharaja Tiongkok katika itu ialah
KUblai Khan. Pengaruh Agama Islam telah sangat mendalam pada diri Ahmad Khan
( Nikodar ) sebagai orang Islam dan dia tidak mahu lagi meminta hukum tertinggi kepada
Maharaja Kublai Khan. Oleh sebab itu sebelum maksud orang-orang itu tercapai, mereka
telah ditangkapnya. Di antaranya ialah saudara anak saudaranya yang bernama Aragon
Khan. Saudaranya itu dibunuhnya. Tetapi Aragon Khan yang menang dan Ahmad Khan
tertawan dan dibunuhnya.

Aragon Khan

Raja ini pun telah memeluk Agama Islam sebagai yang digantikannya tetapi tidak
mengikut sepertimana Ahmd Khan. Mula-mulanya diangkatnya kembali Wazir
Shamsuddin yang menjadi wazir di zaman Abaqa dahulu. Kemudian difitnahkan orang
wazir itu, dikatakan bahawa dialah yang meracun bapa saudaranya Abaqa. Lantaran itu
wazir itu dibunuhnya dan digantinya dengan wazir lain.Setelah wazir pengganti ini
memegang pemerintahan, dilihatnya wazir ini hendak melanjutkan siasatan ke atas
Ahmad Khan pula, maka dibunuhnya pula dan digantikannya dengan seorang Yahudi
bernama Sad ud-Daulah. Sebagaimana kebiasaan orang yahudi, wazir ini amat pintar
mengumpulkan wang dan manis pula mulutnya berkata-kata dan pandai menarik hati
tetapi sangat berdendam kepada orang Islam. Orang Kristian dipujuknya dan ditolongnya
mendirikan gereja-gereja sedang masjid-masjid orang Islam disuruhnya runtuh. Rakyat
dihalangnya agar tidak sampai mendekati Istana dan berhubungan dengan Raja.
Kemudian itu diteruskannya juga menyiasat dan dibuatnya hubungan dengan Paus
Nicolas IV di Rom supaya segera memperbesarkan penyebaran Kristian di Tanah Iran.

Bukan main cemasnya kaum Muslimin di Iran ketika itu. Dan mereka telah bersedia
hendak menghadapai sebarang kemungkinan tetapi kemudian datanglah pertolongan
Tuhan yang tidak di duga. Raja Aragon Khan sendiri ditimpa sakit yang membawa
kepada kematian. Maka setelah jelas kebenaran berita itu sebelum orang besar-besar
Mongol memilih siapa akan gantinya, penduduk dengan cepat mengambil keputusan
sendiri iaitu dengan segera mengepung rumah wazir besar Sad ud-Daulah lalu tiada maaf
bagimu lagi dan beliau dibunuh.
Kaikha Khan

Setelah itu dipilih oranglah akan gantinya Aragon Khan itu dan saudaranya yang bernama
Kaikha Khan bekas wali di negeri Anatolia.
Meskipun siasatan hendak menghancurkan Islam telah berhenti dengan pengangkatan
baginda ,namun kenaikannya pula tidak memberi harapan baru. Sebab Raja ini adalah
seorang yang sangat pemalas dan tidak memperhatikan keadaan kerajaannya malah
memperturutkan hawa nafsunya sahaja dengan meminum arak sepuas-puasnya.
Sehinggakan dikirimnya pegawai-pegawai istana untuk menculik anak-anak gadis
orang,hinggalah orang tidak merasai aman dan belanja Istana menjadi besar. Akhirnya
Raja itu mendapat akal buat mengumpul harta benda yang ada di tangan penduduk
dengan ditukarnya wang emas dengan wang kertas, iaitu menurut peraturan yang telah
berlaku terlebih dahulu di Tiongkok.. Wang kertas itu diberi ukiran yang indah dan di
sebelahnya dituliskan dengan huruf Arab-Parsia dari huruf "Kanji-Tiongkok" kalimat
puji-pujian kepada Maharaja Tiongkok ( Khaqan ) dan di sebelahnya lagi dihiasi dengan
dua kalimat Shahadat "La ilahaillal-Lah Muhammadur Rasulul-Lah" , lalu dipaksakan
kepada orang ramai memakainya.

Lantaran itu maka Iranlah kerajaan yang mula-mula memakai wang kertas sesudah
Tiongkok dan beratus tahub selepas itu barulah digunakan di Eropah.

Kezaliman Sultan tidaklah sederita rakyat sehingga di satu masa bangkit seorang Amir
lain memberontak dan segera mendapat sokongan rakyat yang kuat. Amir itu adalah
Baidu Khan cucu kepada Hulagu Khan .Maksudnya berhasil merebut kerajaan dan
Kaikha Khan dapat ditwan dan dibunuh. tetapi Baidu Khan hanya beberapa bulan saja
memerintah diberontaki pula oleh Ghazan Khan putera Aragon.

Ghazan Khan
Raja ini telah memeluk Agama Islam bersama-sama dengan 100 000 orang tenteranya
tetapi beliau berpendirian agama lain dan mengikut cara pemerintahan lain pula. Sebab
beberapa negeri Islam sendiri telah diserangnya dan dia banyak memberikan pertolongan
kepada orang Kristian.

Dan di akhir-akhir hayatnya dia kembali menjadi seorang Islam yang fanatik sekali.
Dibatalkannya hubungan "adat-istiadat" yang mengakui pertuanan Maharaja Tiongkok
dan disuruhnya perbaiki bentuk wang dinar kerajaan yang di sana dilukiskan gambar
beliau. Beliau berpendapat bahawa melukiskan gambar raja pada wang dinar adalah
haram dan perbuatan orang kafir. Dengan pembatalan hubungan dengan Maharaja
Tiongkok itu, bangsa Tartar menyerang negeri Iran tetapi dengan kebijaksanaan wazirnya
yang bernama Nuruz Khan maka dapatlah serangan itu ditangkis. Dalam pada itu ada
juga kecewe di hati beliau apabila di dengarnya bahawa penyerangan tenteranya di negeri
Sham tidak berhasil sehingga membawa kepada wafatnya beliau.

Khuda Bandah Khan

Ghazan Khan termahsyur sebagai Raja Monggol Islam di Iran yang agak ganjil tabiatnya.
Dia seorang yang taat sekali memegang agama dan mengajak tenteranya memeluk Islam
yang berjumlah 100 000 orang banyaknya. Tetapi orang Kristian ditolongnya dan
beberapa negara Islam diperanginya. Baginda membela mazhab syiah dengan baik sekali.
Dirasmikan dasar mazhab syiah itu dalam kerajaan dan baginda menyuruh memuji nama
Imam Syiah yang 12 orang . Gerakan perluasan tidak banyak terjadi di zaman Khudha
Khan.

Abu Sa'id

Setelah Khudha Khan wafat dinaikkan orang menjadi raja puteranya yang masih belum
dewasa bernama Abu Sa'id. Ketika beliau menaiki takhta kerajaan usianya baru 12 tahun.
Sebab itu kerajaan dikendalikan oleh wazir besarnya iaitu Chupan. Pengaruh wazir ini
bertambah besar setelah dia kahwin dengan saudara perempuan Sultan. Putera wazir itu
bernama Timur Tash memberontak di negeri Sham sehingga wazir terpaksa memerangi
puteranya sendiri. Oleh kerana kekuatan tidak seimbang ,si anak ini terpaksa mengaku
kalah dan menyerah kepada bapanya sendiri. Putera ini di bawa mengadap Raja dan
Sultan Abu Sa'id memberinya ampun.

Maka tersedialah hubungan baik di antara Raja dan Wazirnya selagi raja tidak membuat
kesalahan yang besar. Diketahuinya bahawa wazirnya mempunyai seorang puteri yang
cantik jelita lalu di pinangnya. Padahal Puteri itu telah bertunang dengan seorang Amir
yang juga menjadi pahlawan Mongol dan juga telah lama memeluk Islam iaitu Amir
Husin. Sultan Abu Sa'id tidak mengerti akan keberatan wazirnya dan dia mendesak juga
supaya puteri diserahkan kepadanya dan wazir besar terasa terhina dan merasa pantang
baginya memungkiri janjinya dengan amir Husin. Sebab itu dia pun memberontak pula
dibantu oleh Amir Husin.
Kemudian terjadilah kembali perang di antara Raja dan Wazirnya dan kekuatan tidak
pula seimbang,wazir tidak pula mahu menyerah sehingga akhirnya tewaslah wazir di
dalam perang tetapi hatinya puas kerana teguh memegang janjinya. Ada pun Amir Husin
setelah dilihatnya bakal pak mentuanya telah mati dia pun datang menyerah diri dan
dibawanya tunangannya itu dan diserahkan kepada Sultan Abu Sa'id lalu berhentilah
perang. Setelah puteri itu menjadi isteri Sultan ,Sultan sangatlah menjaga hati isteri yang
di sayanginya itu dan segala permintaannya dikabulkan, hinggalah seluruh keluarga
bapanya tidaklah dimusnahkan kerana pandainya pujuk rayu sang isteri kepada Sultan.

Tetapi tidaklah lama Sultan bersenang diam bersama isterinya setelah pemberontakan
wazir itu. Kerana selepas itu beberapa bulan kemudian terjadi pula pemberontakan di
Shirwan. Baginda sendiri yang pergi ke sana memimpin tenteranya. Tetapi sayang ,di
tengah perjalanan baginda jatuh sakit yang membawa kepada ajalnya. Maka jenazah
baginda diangkat oranglah dari tengah jalan menuju peperangan itu kembali ke
Sultannniyah pusat Kerajaan Mongol-Parsi di waktu itu. Dikuburkan di perkuburan
nenek moyangnya Raja-raja Mongol-Islam. Dengan mangkatnya beliau tidaklah ada
penggantinya lagi sehingga terputuslah kerajaan keturunan Hulagu Khan itu yang dari
nenek moyangnya menjadi musuh Islam nombor satu maka sampailah kepada cucu
Hulagu Khan yang bernama Nikodar telah memeluk agama Islam dan menjadi pembela
Islam yang taat dan membina sejarah yang gilang gemilang dan di sambung pula oleh
Ghazan Khan.

Sebelum Ibnu Batutah berangkat menjadi utusan Sultan Delhi ke Tiongkok dan singgah
sebentar di Samudera Pasai sempatlah ibnu Batutah berjumpa dengan Sultan Abu
Sa'id.Sultan Mongol Islam yang akhir itu iaitu di akhir abad ke13M.

Dan dengan mangkatnya Sultan Abu Sa'id,kembalilah negeri Iran terpecah belah,masing-
masing Amir hendak berdiri sendiri sehinggalah datang seorang pahlawan Mongol-Islam
yang lain yang mana namanya akan tersebut pula di mana-mana sebagai Raja Besar yang
gagah perkasa dan kejam bengis iaitu 'Timurlane' dan penulis Eropah juga menulisnya
sebagai 'Tamerlane'.

InsyaALLAH sendainya ada ruang dan peluang akan di sambungkan lagi sejarah bangsa
Mongol ini.Bangsa yang asalnya begitu kejam sehinggakan dikatakan setiap kali
penyerangan bangsa Mongol ini,akan dikumpulkan bangkai manusia yang dihimpunkan
menjadi bukit-bukit bangkai manusia.Begitulah kekejaman di zaman pemerintahan
bangsa Mongol ini sehinggalah apabila Islam telah meresap ke dalam jiwa mereka dan
mereka meninggalkan sejarah yang gemilang bagi umat Islam....

You might also like