You are on page 1of 4

PENDAHULUAN

Penggunaan bahan sastera di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menjadikannya sebagai satu
komponen yang dijadikan bahan utama bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu murid-
murid. Di samping itu ia juga berfungsi sebagai alat pendidikan untuk mengimbangkan
perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani. Karya-karya sastera di samping mempunyai unsur
keindahan dan kehalusan biasanya mencerminkan nilai, jiwa dan pemikiran masyrakat.

Kertas kerja ini mengupas nilai yang tersirat di sebalik sajak ‘Kasih Ibu’ yang dipetik dari ‘Antologi
Sajak Cermin Diri’. Ia diharap akan dapat memberi idea kepada guru-guru Bahasa Melayu dan bakal
guru tentang kebaikan yang terdapat apabila menggunakan bahan sastera sebagai bahan pengajaran
di bilik darjah.

NILAI-NILAI MURNI DI SEBALIK KARYA SASTERA

Karya-karya sastera yang terdapat di negara ini memang sarat dengan nilai murni dan pengajaran.
Oleh yang demikian sangat wajarlah jika guru bahasa menggunakan karya sastera sebagai bahan
pengajaran di bilik darjah. Di samping menumpukan kepada aspek-aspek pengajaran bahasa,
penerapan nilai-nilai murni dan pengajaran juga sangat penting dan merupakan tanggungjawab guru
dalam membentuk sahsiah murid-muridnya.

Berikut disenaraikan beberapa nilai yang tersirat di dalam karya-karya sastera :

 Baik hati – iaitu sikap mengambil berat terhadap orang lain secara ikhlas, iaitu tanpa
mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu itu. Sebagai contoh sikap seorang murid
yang suka menolong kawannya yang dalam kesusahan seperti menolong kawan tersebut
dalam memahamkan sesuatu pelajaran yang tidak difahaminya. Nilai-nilai ini boleh didapati
daripada cerpen-cerpen, sajak, pantun, cerita-cerita rakyat dan sebagainya.

 Kepahlawanan – iaitu sikap keberanian seseorang. Biasanya terdapat di dalam cerita-cerita


rakyat, sejarah dan syair. Sebagai contoh, cerita sejarah yang menggambarkan keberanian
seorang pahlawan dalam mempertahankan negerinya daripada jajahan orang asing. Misalnya
cerita mengenai Pateh Berbai yang menjadi pahlawan dan bertanggungjawab dalam
membangun dan memperkembangkan sejarah awal Brunei, sehingga diangkat menjadi
Sultan Brunei yang pertama dan dikenali sebagai Sultan Ahmad.

 Hormat-menghormati – iaitu saling menghargai dan memuliakan seseorang dan


memberikan layanan yang bersopan serta berpandangan tinggi terhadapnya. Sebagai contoh
menghormati kedua ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua. Nilai hormat-menghormati ini
biasanya didapati di dalam cerpen, pantun, syair dan sebagainya.

 Kerajinan – iaitu usaha berterusan dengan semangat kegigihan, kecekalan, dedikasi dan
daya usaha dalam melakukan apa jua kerja yang biasanya berkaitan cita-cita seseorang. Nilai
ini biasanya dimasukkan dalam pantun berupa nasihat, cerita-cerita, cerpen, novel dan
sebagainya.
 Patriotisme – iaitu perasaan sayang dan bangga kepada negara dan biasanya nilai-nilai
berunsurkan patriotisme ini diselitkan di dalam lagu-lagu, pantun, sajak, cerita rakyat dan
sebagainya.

Selain nilai-nilai yang disebutkan di atas, terdapat nilai-nilai lain yang tersirat di dalam karya-karya
sastera. Sebagai contoh nilai kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, semangat bermasyarakat,
kebebasan, berdikari dan sebagainya.

Berikut akan disentuh pula mengenai nilai-nilai yang terdapat di dalam sajak Kasih Ibu.

NILAI-NILAI DI DALAM SAJAK ‘KASIH IBU’

Sajak ‘Kasih Ibu’ dinukilkan oleh Abdullah Idris. Sajak ini mengandungi empat rangkap dan setiap
rangkap mengandungi lima baris kecuali rangkap ke tiga yang hanya mengandungi empat baris.
Purata jumlah perkataan ialah antara empat hingga lima perkataan di dalam setiap baris.

Dalam sajak ‘Kasih Ibu’ ini penulis menggambarkan kasih seorang ibu yang membesarkan anaknya
dengan penuh kasih sayang dan sentiasa memberi nasihat untuk kebaikan anaknya. Namun seorang
anak yang telah dewasa kadang-kadang lupa akan jasa seorang ibu yang telah bersusah payah
membesarkannya. Setelah ketiadaan ibu, si anak biasanya menyesali kerana telah mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang anak yang sepatutnya berbakti kepada ibunya.

Apabila diteliti nilai-nilai yang terdapat di dalam sajak ini adalah sepeti berikut:

 Nilai berdikari – seperti yang terdapat pada rangkap pertama dan keempat berikut :

memang telah lama kufikir


untuk berbakti
pada ibu dan siapa nanti rangkap pertama
alih-alih tiba saatnya kami menyendiri
antara hidup dan mati

lalu sekarang semuanya bagai membebani


jauh-jauh dinihari air mata membasahi
dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri rangkap kedua
justeru kerananya bagai menuntuti
sebuah ungkapan yang tak bererti lagi

Dalam rangkap pertama dan keempat tersebut, penulis menggambarkan tentang nilai berdikari
yang harus ditempuh oleh seorang anak yang telah kehilangan ibunya dan terpaksa menyendiri
dalam menempuh hidupnya. Penyesalan anak, yang digambarkan di dalam rangkap keempat,
sudah telambat dan tidak dapat ditutupi oleh tangisan. Anak tersebut harus menghadapi hidup
tanpa ibu di sisi dan perlu belajar berdikari demi menempuh hidupnya sendiri.
 Nilai hukum Islam – yang terdapat dalam rangkap kedua dan ketiga sepeti berikut :

sejak kecil pun aku diajari


tentang anak-anak yang salat
balasannya adalah syurga
bersama ibu yang tercinta
dan para syuhada.

tapi bila aku telah dewasa


ibu sudah tidak mau bercerita
dan aku jadi lupa
tentang hukuman anak derhaka

Kedua-dua rangkap ini menggambarkan tentang nilai hukum Islam yang diutarakan oleh ibu kepada
anaknya, iaitu tentang balasan baik apabila seseorang itu mengerjakan solat yang diwajibkan kepada
seorang Muslim. Kealfaan anak tentang nasihat ibunya akan menjadikannya seorang anak yang
derhaka dan akan mendapat balasan yang setimpal dengan sikapnya itu.

KESIMPULAN

Karya sastera yang diterangkan di atas merupakan contoh yang dapat diambil daripada sebahagian
karya-karya sastera yang ada. Namun karya-karya sastera lainnya juga mengandungi pelbagai nilai
yang juga boleh digunakan dalam menyampaikan pengajaran guru kepada murid-muridnya di bilik
darjah. Terpulang kepada guru berkenaan untuk memilih kesesuaian bahan yang akan diajarkan
kepada murid-muridnya. Guru harus pandai mengolah bahan-bahan sastera yang dipilih agar nilai-
nilai murni dan pengajaran tersirat di sebaliknya, akan dapat disampaikan dengan berkesan kepada
murid-murid. Dengan adanya kertas kerja ini, diharap para guru dan bakal guru akan dapat
mengambil iktibar daripadanya.
Rujukan :

Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasa dan Sastera.
Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim, Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah Alam. Fajar
Bakti Sdn Bhd.

Rozaiman Makmun. (2007). BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa. Bandar Seri
Begawan. Universiti Brunei Darussalam.

Sidang Penyusun. (2001). Antologi Sajak Cermin Diri (Teks Pelajar Kesusasteraan Melayu). Bandar
Seri Begawan. Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra’in Shaari. (2007). Siri Pengajian dan Pendidikan:
Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd.

You might also like