You are on page 1of 15

1

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

DTT5613 KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BERKOMUNIKASI


SEMESTER I SESI 2009/2010

TUGASAN : LAPORAN IKLAN


(NESTLẺ KOKO KRUNCH)

NAMA PENSYARAH:
DR. HABSAH BINTI HUSSIN
EN. MOHD SOBRI BIN ISMAIL

TARIKH HANTAR:
15 JANUARI 2010

BIL. NAMA NO. MATRIK


1. NURHASHEILA BT LATIF DT20098517C
2. NORAFIZAH BT ANUAR DT20098445C
3. NORIZAN BT ISMAIL DT20098507C
4. SABARIAH BT AHMAD DT20098505C
5. ERLINA BT MOHD NOOR DT20098521C
6. NUR WAHIDAH BT MD AINI DT20098475C
2

Isi Kandungan Mukasurat

Abstrak
1.0 Pengenalan.............................................................................. 3
1.1 Ciri-ciri Iklan................................................................. 4
2.0 Sinopsis Iklan Nestlé Koko Krunch.......................................... 5
3.0 Mesej Iklan: Penerapan Nilai.................................................. 7
4.0 Keberkesanan & Kumpulan Sasaran Iklan.............................. 8
4.1 Ibu Bapa....................................................................... 9
4.2 Kanak-kanak................................................................. 9
5.0 Propaganda: Benarkah Pendapat dalam Iklan Tersebut?....... 10
6.0 Kesahihan Maklumat dalam Iklan........................................... 12
7.0 Penutup.................................................................................... 14
8.0 Rujukan.................................................................................... 15
3

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan isu berkaitan dengan pengiklanan dengan mengambil contoh
iklan makanan jenis bijirin iaitu Nestlé Koko Krunch. Penggunaan iklan telah lama digunakan
oleh pihak pengeluar sebagai salah satu cara untuk melariskan produk mereka. Selain
memberikan pengenalan awal terhadap pengiklanan, kajian ini turut menyatakan sinopsis
iklan Koko Krunch dan juga beberapa aspek lain. Aspek yang akan dibincangkan dengan
terperinci mengenai iklan ini meliputi mesej yang ingin disampaikan melalui iklan tersebut,
keberkesanan iklan dalam menarik perhatian penonton, kumpulan yang menjadi sasaran
iklan, propaganda serta cara untuk menentukan kesahihan maklumat yang disampaikan
dalam iklan ini. Iklan ini cuba untuk menyampaikan mesej mengenai perlunya amalan
pemakanan yang baik bagi membantu perkembangan anak-anak. Keberkesanan iklan dapat
dilihat melalui kejayaan iklan mempengaruhi kumpulan sasaran utama iaitu kanak-kanak
untuk mendesak ibu bapa bagi membeli produk tersebut. Namun begitu, kebaikan yang
terdapat dalam setiap hidangan bijirin Koko Krunch sering dianggap sebagai hanyalah
propaganda semata-mata ekoran tindakan pihak pengiklan lain yang sering memutarbelitkan
fakta sebenar sesuatu produk itu untuk mendapatkan keuntungan. Kesahihan iklan ini dapat
ditentukan dengan melihat sendiri kepada isi kandungan yang terdapat dalam bijirin ini. Ia
mempunyai perbezaan dengan hidangan yang sejenis dengannya kerana bijirin Koko
Krunch merupakan bijirin penuh.

1.0 PENGENALAN
4

Penggunaan iklan mula dikenali oleh masyarakat dunia sejak zaman Yunani Kuno lagi.
Namun begitu, pengisian iklan pada waktu itu hanya mengenai kanak-kanak yang melarikan
diri daripada tuannya dan juga mengenai penyelenggaraan pertandingan Gladiator. Ketika
itu, penggunaan iklan hanya sekadar dalam bentuk surat edaran sahaja. Kemudiannya,
kaedah pengiklanan yang lebih baik telah muncul melalui penulisan tangan dengan kertas di
negara Eropah. Perkembangan iklan di barat semakin berkembang selepas berlakunya
peningkatan perindustrian dan perdagangan pada awal tahun 1800-an. Pada masa itu, iklan
di Eropah dipaparkan dalam akhbar-akhbar, pamplet, brosur dan kertas edaran.

Walaubagaimanapun, pengiklanan mula wujud di Malaysia dan Singapura pada


kurun ke-19 iaitu sejak bermulanya kedatangan pedagang-pedagang asing ke Negeri-Negeri
Selat. Akan tetapi, penggunaan media sangat terbatas dan teknik penerbitannya masih
belum dapat menarik perhatian pengguna sepenuhnya. Prinsip utama pengiklanan sejak
dahulu masih belum berubah sehingga kini iaitu pengiklanan diperlukan untuk menjual
barangan (http://www.karyanet.com.my/knetbeta/ebook/preview/p_Asas_Periklanan.pdf).
Pengiklanan di Malaysia pada suatu ketika dahulu terdiri daripada poster, risalah, papan
yang digantungkan dan akhbar yang kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Malahan, iklan ketika itu hanya dipaparkan di kawasan-kawasan tumpuan umum misalnya di
kawasan pelabuhan Singapura dan pelabuhan Pulau Pinang.

Iklan ialah promosi barang, jasa, perusahaan, dan idea-idea yang harus


dibayar oleh sebuah sponsor. Jika dilihat dari aspek pemasaran,  iklan merupakan sebagai
sebahagian daripada strategi promosi secara keseluruhannya. Komponen-komponen lain
yang sering digunakan untuk tujuan promosi termasuklah  publisiti,  penjualan, dan promosi
penjualan (http://id.wikipedia.org/wiki/Iklan). Iklan juga dilihat sebagai salah satu bentuk
komunikasi yang boleh mempengaruhi dan memotivasikan seseorang pembeli untuk
membeli sesuatu produk itu. Menurut Paul Copley,” advertising is by and large seen as an
art – the art of persuasion – and can be defined as any paid for communication designed to
inform and/ or persuade” (http://kuliahkomunikasi.blogspot.com). Paul Copley melihat iklan
ini sebagai satu komunikasi yang dibayar untuk tujuan promosi dan untuk memujuk.

Jelaslah di sini, penggunaan iklan menjadi salah satu medium untuk berkomunikasi
yang telah diwujudkan oleh segelintir pihak perusahaan untuk menyampaikan informasi
tentang sesuatu barang kepada masyarakat awam khususnya para pelanggannya melalui
media massa. Keupayaan memujuk sangat penting dalam pemasaran produk supaya
pengguna dan pendengar mudah dipengaruhi agar membeli produk yang diiklankan. Salah
5

satu syarikat yang menggunakan perkhidmatan iklan dalam memasarkan produknya ialah
Nestle. Nestlé  adalah sebuah perusahaan multinasional di Vevey, Swiss yang bergerak
dalam bidang makanan. Ia didirikan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé. Perusahaan ini
menghasilkan makanan dan minuman seperti makanan bayi, susu, kopi, coklat dan lain-lain.
Kebanyakan produk pengeluaran Nestle mendapat sambutan ramai terutamanya produk
berbentuk bijirin seperti bijirin Koko Krunch, bijirin Milo, dan bijirin Honey Stars
(http://id.wikipedia.org/wiki/Nestlé).

1.1 CIRI-CIRI IKLAN

Iklan adalah elemen penting dalam memastikan jangka masa sesuatu barang terjamin dan
membantu meningkatkan penjualan produk-produk. Tanpa kita sedari, iklan memainkan
peranan penting dalam usaha mempengaruhi penggunaan sesuatu produk terutamanya
kepada para suri rumah tangga dan juga golongan kanak-kanak. Iklan yang dipaparkan di
kaca televisyen dan corong-corong radio pada masa kini sangat berbeza berbanding dahulu
selari dengan perubahan zaman dan juga peredaran teknologi yang pesat. Bagi memastikan
penyampaian iklan sesuatu produk itu berkesan, sesebuah iklan perlu memenuhi kriteria-
kriteria yang dapat menarik perhatian pengguna seperti mempunyai makna (manfaat yang
membuatkan pengguna ingin membeli produk tersebut), boleh dipercayai (dapat
mempercayai penggunaan bahawa produk tersebut memberi manfaat sebagaimana yang
dijanjikan) dan juga khas (menjelaskan keistimewaan produk tersebut berbanding produk
lain (http://kuliahkomunikasi.blogspot.com).

Malahan bagi memastikan pengeluaran iklan berjaya menarik perhatian pengguna,


beberapa elemen penting digariskan dan perlu diterapkan dalam sesebuah iklan bagi
memastikan produk diterima ramai. Terdapat enam elemen utama yang perlu diambil
perhatian iaitu elemen ‘heard words’, ’music’, ’seen’, ‘picture’, ‘colour’, dan ‘movement’
(http://kuliahkomunikasi.blogspot.com):

1.1.1 Elemen heardwords
Maksudnya adalah kata-kata yang dapat didengar di dalam iklan tersebut dapat membuat
para pendengar semakin memahami maksud pesanan iklan yang ingin disampaikan.

1.1.2 Elemen music
Maksudnya adalah muzik yang terdapat dalam tayangan iklan termasuk iringan muzik atau
lagu yang cuba ditampilkan.
6

1.1.3 Elemen seenwords
Maksudnya adalah kata-kata yang dapat dilihat dalam tayangan iklan dapat mempengaruhi
pemikiran pendengar atau penonton.

1.1.4 Elemen picture
Maksudnya adalah gambar atau tayangan iklan merangkumi objek yang digunakan, posisi
yang digunakan dan adegan yang telah ditampilkan.

1.1.5 Elemen colour
Maksudnya adalah komposisi atau keserasian warna gambar serta penggunaan cahaya yang
terdapat dalam tayangan iklan. Susunan dan padanan warna perlulah sesuai mengikut iklan
yang ditayangkan.

1.1.6 Elemen movement
Maksudnya adalah gerakan yang terlihat dalam setiap tayangan iklan dapat mempengaruhi
emosi seseorang untuk menghayati dan merasakan dirinya ‘masuk’ dalam iklan tersebut.

2.0 SINOPSIS IKLAN NESTLẺ KOKO KRUNCH

Permulaan iklan Koko Krunch ini memaparkan kasih sayang dan sikap prihatin tiga orang
ibu yang menyediakan sarapan untuk anak-anak mereka. Si ibu menuangkan bijirin Koko
Krunch ke dalam sebuah mangkuk dan mencampurkan susu ke dalam mangkuk itu. Lalu
Koko Krunch tersebut diberikan kepada anak-anak mereka bagi memastikan anak-anak
mendapat bekalan tenaga yang mencukupi sebelum pergi ke sekolah. Setiap pagi si ibu
akan memastikan anak-anak mendapat bekalan sarapan bijirin Koko Krunch yang berkhasiat
kerana bijirin ini mengandungi fiber, vitamin dan mineral yang tinggi. Pengambilan bijirin
Koko Krunch ini telah membantu anak-anak menjadi cergas dan bersedia sepanjang waktu
di sekolah. Ini membantu anak-anak berjaya dalam pendidikan dan juga aktiviti sukan. Iklan
memperlihatkan kejayaan tersebut menerusi kejayaan yang dapat dicapai oleh ketiga-tiga
orang kanak-kanak di sekolah mereka. Anak lelaki bagi wanita pertama yang berbaju merah
jambu itu, diperlihatkan berjaya menjadi johan dalam permainan sukan bola sepak di
sekolahnya. Anak perempuan bagi wanita yang memakai kemeja putih pula berjaya menjadi
juara pertandingan lukisan di sekolahnya dan wanita tersebut meraikan kejayaan anaknya.
Manakala, anak lelaki bagi wanita ketiga pula telah berjaya mendapat tempat pertama
dalam satu pertandingan yang diadakan di sekolahnya. Kejayaan ketiga-tiga anak wanita
tersebut adalah disebabkan oleh kesediaan anaknya menghadapi waktu persekolahan
7

dengan gembira dan betul setelah dibekalkan dengan bijirin Koko Krunch setiap pagi. Hal ini
bersesuaian dengan logo bijirin Koko Krunch itu sendiri “Kids love it, Moms trust it”.

3.0 MESEJ IKLAN: PENERAPAN NILAI

Iklan ini secara tidak langsung menyampaikan mesej dan penerapan nilai-nilai murni kepada
penonton sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Iklan ini berkisarkan tentang
beberapa orang ibu dan anak-anak mereka serta beberapa rentetan cerita pendek tentang
kisah mereka dari rumah hingga ke sekolah. Beberapa nilai-nilai murni dikenalpasti cuba
disampaikan di dalam iklan ini seperti hubungan kekeluargaan, tanggungjawab, penjagaan
kesihatan dan kecemerlangan pelajar di sekolah.

Hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan di dalam iklan ini adalah antara ibu dan
anak. Hubungan kasih sayang yang erat antara ibu dan anak dapat dilihat dari awal hingga
ke akhir iklan ini iaitu apabila pada awalnya ibu menyediakan sarapan pagi untuk anaknya
hingga pada akhirnya ibu meraikan kecemerlangan anaknya di sekolah. Beberapa rentetan
cerita di dalam iklan ini menunjukkan kasih sayang dan hubungan mesra antara ibu dan
anak kerana ibu memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak dan mengambil berat
hal anaknya dari rumah hingga sekolah.

Di dalam iklan ini juga ciri-ciri tanggungjawab seorang ibu terhadap anaknya dapat
ditonjolkan dan begitu juga dengan anaknya. Tanggungjawab ibu seperti menyediakan
sarapan berkhasiat untuk anaknya dapat dilihat semasa ibu memberikan sarapan Koko
Krunch kepada anaknya, memberi layanan yang baik kepada anaknya, mengambil berat
terhadap prestasi anaknya di sekolah (semasa melihat lukisan yang dihasilkan oleh anaknya
dan semasa anaknya mencapai kecemerlangan di sekolah). Situasi ini menunjukkan sikap
ibu yang sangat mengambil berat tentang perkembangan anaknya dari segi fizikal dan juga
mental. Tanggungjawab anaknya juga dapat dilihat dengan kesungguhannya belajar hingga
mencapai kecemerlangan.

Selain itu, iklan ini juga menunjukkan kepentingan memberikan makanan berkhasiat
untuk anak-anak. Nestlé Koko Krunch bukan sahaja lazat tetapi ianya diperbuat dengan
kebaikan bijirin penuh. Ia mengandungi serat, vitamin B tertentu dan zat besi agar individu
yang mengambilnya sebagai sarapan pagi akan dapat memulakan pagi mereka dengan
bersemangat dan bersedia untuk ke sekolah. Bijirin penuh ini penting untuk memastikan
diet yang seimbang khasnya bagi membantu perkembangan tumbesaran kanak-kanak yang
berumur 7 hingga 9 tahun. Perkara ini memperlihatkan sikap ibu yang prihatin tentang
8

pemakanan anaknya dengan memastikan anaknya mendapat zat makanan secukupnya.


Dengan ini, anak-anak mendapat bimbingan dengan pemilihan makanan yang mempunyai
zat hingga dia dewasa kelak dan menjamin kesihatan yang berpanjangan.

Amalan pemakanan yang sihat dapat membawa kepada kecemerlangan


anak-anak di sekolah. Inilah mesej sebenar yang ingin disampaikan melalui iklan ini.
Dengan memberikan anak-anak Koko Krunch yang dilengkapi dengan bijirin penuh, ia dapat
membuatkan anak-anak lebih bersedia sepenuhnya untuk pembelajaran di sekolah. Selain
itu, kasih sayang juga penting bagi seorang kanak-kanak kerana ia akan membuatkan
mereka lebih yakin pada diri sendiri dan menetapkan matlamat hidup. Kasih sayang yang
diberikan ibu dan faktor pemakanan yang sihat memberi kesan kepada kecemerlangan
anak-anak di sekolah berbanding yang tidak mendapat kedua-duanya.

Jadi, dapatlah diringkaskan di sini bahawa iklan ini sememangnya banyak


menerapkan unsur nilai-nilai murni terutamanya kepada ibu dan anak-anak. Kanak-kanak
yang menonton iklan ini akan terasa lebih bermotivasi dan sekali gus menerapkan nilai-nilai
baik seperti sayang kepada ibu dan keluarga, makan makanan berkhasiat dan belajar
bersungguh-sungguh di sekolah untuk mencapai kecemerlangan. Ibu bapa juga akan
menerapkan nilai-nilai seperti memberi kasih-sayang secukupnya pada anak, memastikan
pemakanan berkhasiat untuknya dan mengambil berat tentang pembelajaran anak-anaknya
di sekolah.

4.0 KEBERKESANAN DAN KUMPULAN SASARAN IKLAN KOKO KRUNCH

Sesuatu iklan itu memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat atau
sebagai alat memperkenalkan sesuatu produk yang ingin dijual. Menurut Gilian Dyer (1982)
dalam artikel Sharina dan Syed yang bertajuk ‘Memahami faktor pembujukan yang
mempengaruhi keberkesanan pengiklanan menerusi internet di Malaysia’, penulis
menyatakan fungsi utama pengiklanan adalah untuk memperkenalkan produk dan
organisasi kepada orang awam dan membantu perkembangan ekonomi. Keterlibatan iklan
dalam kehidupan banyak memanipulasi sikap serta nilai-nilai sosial yang berubah dalam
masyarakat. Ternyata iklan yang berkesan penting bagi melariskan sesuatu produk. Dalam
iklan Koko Krunch, terdapat dua golongan yang menjadi kumpulan sasaran atau ciri
pembujukan dalam iklan mereka iaitu ibu bapa dan kanak-kanak.

4.1 Ibu bapa


9

Ibu bapa mudah terpengaruh dengan propaganda iklan Koko Krunch yang disiarkan kerana
Koko Krunch dilihat sebagai penyelesaian masalah bagi mereka untuk menyediakan
sarapan pagi kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana, kerja mereka telah menjadi lebih
mudah dengan menyediakan sarapan bijiran Koko Krunch untuk anak-anak. Koko Krunch
menjadi pilhan ibu bapa yang bekerja dan mengejar masa. Malah ia mudah disediakan
untuk anak-anak mereka kerana penyediaan yang ringkas serta iklan ini juga
menggambarkan kanak-kanak yang mengambil bijirin Koko Krunch sebagai sarapan mampu
menahan lapar selama lapan jam iaitu suatu tempoh yang lama dan menyebabkan ibu bapa
tidak perlu risau akan jadual pemakanan anak-anak mereka.

Iklan ini juga dapat menarik pelanggan yang terdiri daripada ibu bapa untuk
membelinya. Hal ini kerana ia menunjukkan kandungan-kandungan yang berkhasiat di
dalam Koko Krunch. Contohnya, Koko Krunch ini mengandungi vitamin B1, B2, dan B3 yang
diperlukan untuk melepaskan tenaga dari protein, lemak dan karbohidrat serta ia dilengkapi
dengan zat besi untuk tulang dan membantu dalam pembentukan sel darah merah. Oleh itu,
ia memudahkan urusan ibu bapa dalam memilih pemakanan kanak-kanak. Tetapi, ia akan
menjadi bebanan bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai dan berpendapatan
sederhana kerana kurang mampu beli Koko Krunch dalam kuantiti yang banyak untuk
hidangan anak-anak mereka.

4.2 Kanak-kanak
Kanak-kanak merupakan sasaran utama bagi iklan kerana mudah terpengaruh apabila
melihat iklan Koko Krunch yang menarik serta menayangkan makanan kegemaran kanak-
kanak yang berbentuk bijirin dan mempunyai coklat yang sangat disukai oleh mereka. Iklan
ini juga mampu mengubah corak pemakanan kanak-kanak iaitu dari corak pemakanan yang
menjadi amalan biasa kepada pemakanan yang berbentuk segera dan ringkas. Sebelum ini
kanak-kanak di Malaysia lebih cenderung untuk mengamalkan pemakanan yang biasa
diambil oleh orang timur terutamanya di Malaysia ini. Contohnya, rakyat Malaysia tipikal
dengan nasi lemak dan roti canai tetapi melalui iklan ini, kanak-kanak mudah terpengaruh
dan inginkan corak pemakanan seperti yang diiklankan iaitu lebih ke arah cara barat. Ini
menyebabkan penyerapan unsur-unsur barat dalam kehidupan masyarakat kita khususnya
dalam masyarakat Melayu. Iklan ini juga mampu membuat kanak-kanak terpengaruh untuk
memiliki Koko Krunch. Situasi ini berlaku kerana ia menonjolkan cerita yang menunjukkan
bahawa kejayaan kanak-kanak di dalam iklan tersebut adalah disebabkan oleh pengambilan
Koko Krunch sebagai sarapan harian mereka.
10

Iklan ini juga cuba mempengaruhi pelanggannya dengan menggambarkan keadaan


anak-anak yang makan Koko Krunch akan menjadi bertenaga dan berjaya di dalam
pelajaran mahupun dalam sukan kerana kandungan vitamin yang terdapat dalam Koko
Krunch itu sendiri. Penggunaan slogan dalam iklan ini iaitu ‘Anak Suka, Ibu Percaya’ ( Kid
Love It, Mum’s Trust It ) juga mampu menarik pelanggan untuk membeli produk yang
diiklankan ini kerana sememangnya kanak-kanak menyukai makanan yang berbentuk snek.
Ia dijual dalam perisa coklat yang sememangnya digemari oleh kanak-kanak dan ibu-ibu
percaya bahawa Koko Krunch adalah salah satu snek yang berkhasiat untuk anak-anak
mereka memandangkan keadaan anak-anak yang kelihatan gembira menikmati hidangan
tersebut.

5.0 PROPAGANDA: BENARKAH PENDAPAT DALAM IKLAN TERSEBUT?

Propaganda merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Latin moden iaitu “propagare”
yang bermaksud mengembangkan atau memekarkan. Menurut Jowett G.S dan O’Donnell V,
propaganda adalah satu usaha yang dilakukan secara sengaja dan sistematik untuk
membentuk persepsi, memanipulasi pemikiran serta mengarahkan kelakuan bagi
mendapatkan tindak balas atau reaksi yang diinginkan oleh penyebar propaganda. Dalam
“Everyman's Encyclopedia” propaganda merupakan suatu seni untuk menyebarkan dan
meyakinkan satu kepercayaan, khususnya kepercayaan agama atau politik. Selain itu,
Propaganda bertujuan mempengaruhi pendapat dan kelakuan masyarakat atau sejumlah
orang ramai. Biasanya propaganda yang dilakukan tidak menyampaikan informasi secara
objektif tetapi sebaliknya memberikan informasi yang dirancang untuk mempengaruhi pihak
yang mendengar atau melihatnya. (Propaganda : http://id.wikipedia.org/wiki/Propaganda).

Dalam bidang pengiklanan, propaganda dilakukan untuk tujuan komersial bagi


menarik perhatian masyarakat terutamanya bagi kumpulan sasaran sesuatu produk.
Propaganda iklan biasanya mengandungi beberapa elemen yang bertujuan untuk
mempengaruhi pandangan dan perhatian pengguna dengan menyembunyikan sumber
informasi, tujuan informasi serta iklan yang dicipta akan berpihak kepada pengeluar produk.
Di dalam era globalisasi pada masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa faktor pengaruh
pengiklanan dan pemasaran memainkan peranan yang besar dalam usaha meningkatkan
permintaan dalam kalangan pengguna terhadap sesuatu produk. Media bercetak mahupun
media elektronik merupakan medan untuk mempromosikan barangan atau produk.
11

Pengeluar produk biasanya menggunakan pelbagai propaganda untuk menarik minat


pengguna membeli barangan keluaran mereka. Biasanya propaganda yang sering dilakukan
secara berulang akan mendatangkan kesan terhadap penonton.

 Kajian Persatuan Pulau Pinang (CAP) mendapati bahawa 62% kanak-kanak telah
meminta ibu bapa mereka membeli makanan atau produk yang telah dipaparkan di kaca
televisyen. Hasil kajian ini menunjukkan betapa kuat dan hebatnya pengaruh iklan terhadap
kanak-kanak. Walaupun mereka tidak mempunyai kuasa beli tetapi mereka mempunyai
kuasa ”desakan”. Desakan kanak-kanak akan menyebabkan ibu bapa membeli apa sahaja
yang diminta sebagai alasan untuk memenuhi kesukaan dan mencurahkan kasih sayang.
Faktor inilah yang menyebabkan syarikat-syarikat pengiklanan sering menjadikan kanak-
kanak sebagai kumpulan sasaran mereka. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan
dalam menentukan apa yang perlu dan tidak perlu dibeli untuk anak-anak mereka. Ini
adalah kerana kuasa beli adalah di dalam tangan ibu bapa.

“Nestlé Koko Krunch” tidak terlepas daripada menggunakan iklan sebagai medan
untuk menyebarkan propaganda mereka dengan slogan mereka yang berbunyi “ Anak
Suka, Ibu Percaya” (Kids Love It, Moms Trust It) yang bertujuan untuk mempengaruhi
dan menarik minat golongan ibu dan kanak-kanak terdapat produk tersebut. Selain itu, di
dalam iklan tersebut juga turut memaparkan bahawa Koko Krunch tergolong dalam
makanan yang berasaskan bijirin dan amat sesuai diambil oleh kanak-kanak sebagai
sarapan pagi yang sihat kerana ianya lengkap dengan protein, zat besi, vitamin B dan C,
Kalsium serta fiber. Bijirin penuh ini dikatakan akan membantu meningkatkan keupayaan
pembelajaran dan membekalkan tenaga yang banyak kepada kanak-kanak. Iklan Nestlé
tersebut juga turut memperlihatkan kejayaan anak-anak yang mengambil sarapan pagi
Koko Krunch. Kesemua faktor ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi dan mendorong para
ibu untuk memberi anak sarapan Koko Krunch.

Sebagai sebuah syarikat besar, Nestlé juga tidak terlepas daripada menggunakan
iklan dan propaganda untuk mempromosikan produknya. Namun begitu, iklan yang
disiarkan bukan hanya sekadar propaganda tetapi ianya masih mengekalkan unsur-unsur
kebenaran mengenai produk tersebut. Menurut Dr Alexander Halim Santoso, Head of
Medical Nutrition Services Nestlé Indonesia sarapan dengan makanan yang mengandungi
karbohidrat kompleks dan serat penting bagi memenuhi keperluan glukosa dalam tubuh
serta ianya dapat meningkatkan konsentrasi serta kecerdasan otak kanak-kanak. Bijirin
Penuh (Whole Grain) pula memiliki karbohidrat kompleks, serat dan protein yang diperlukan
12

oleh tubuh untuk membekalkan sumber tenaga yang mencukupi. Selain itu, bijirin ini
mempunyai kandungan gula yang rendah sehingga menjadikannya sesuai untuk diambil
sebagai sarapan terutamanya bagi golongan kanak-kanak. (Smart Start : Kegiatan Sarapan
Sehat Nestlé Koko Krunch from http://www.astaga.com/content/smart-start-kegiatan-
sarapan-sehat-nestle-koko-krunch). Dengan ini jelaslah bahawa iklan Nestlé Koko Krunch
yang sering dipaparkan di kaca television bukanlah hanya satu propaganda semata-mata
tetapi masih menitikberatkan unsur kebenaran mengenai produknya.

6.0 KESAHIHAN MAKLUMAT DALAM IKLAN

Iklan Koko Krunch adalah satu iklan pemakanan khas untuk kanak-kanak. Bijirin ini
dihasilkan untuk dijadikan sarapan pagi serta makanan kesihatan terutamanya dan dianggap
sebagai bijirin yang sangat penting. Dengan setiap sajian Nestlé Koko Krunch, kanak-kanak
dan ibu bapa akan mendapat lebih kebaikan dari setiap bahagian bijirin penuh. Kesahihan
iklan ini boleh diterima oleh masyarakat terutamanya bagi ibu bapa yang mahukan
kecergasan dan kecemerlangan anak mereka. Situasi yang ditonjolkan dalam iklan itu
menunjukkan anak-anak mencapai kejayaan apabila menjadikan bijirin Koko Krunch sebagai
makanan yang diambil oleh anak mereka terutamanya sebelum pergi ke sekolah.

Iklan ini dianggap sahih apabila ia dapat dibuktikan dengan kandungan bahan-bahan
yang telah digunakan dalam proses penghasilan bijirin ini. Sebenarnya bijirin ini terdiri
daripada tiga bahagian utama yang menyimpan khasiat tertentu. Tiga bahagian itu ialah
lapisan paling luar yang dinamakan sebagai bran yang menyimpan gentian, vitamin B dan
zat besi. Lapisan kedua ialah lapisan tengah, iaitu endosperma mengandungi tenaga dan
karbohidrat, manakala bahagian ketiga ialah lapisan germa di bahagian dalam yang
menawarkan mineral, vitamin B, E dan nutrien phyto. Pada masa kini, banyak produk bijirin
telah dipasarkan. Tetapi ia dianggap kurang berkhasiat kerana lapisan bran dan germanya
telah dibuang dan hanya mengekalkan bahagian endosperma yang mana ia merupakan
80% daripada keseluruhan bijirin semasa pemprosesan.

Kenapa ia berlaku? Menurut pakat nutrisi global Bijirin Sarapan Nestlé, Brigid
McKevith, hal ini disebabkan oleh kebanyakan pengeluar bijirin ini hanya mementingkan
rasa, tekstur dan penampilan yang baik sahaja serta bertujuan untuk menghasilkan produk
yang mana jangka hayat pasaran yang lebih lama tanpa mementingkan aspek kesihatan dan
kecerdasan. Ekoran daripada itu, kandungan gentian seperti vitamin, mineral, nutrient phyto
dan antioksidanya telah hilang. Berbeza dengan bijirin Koko Krunch yang mana ia adalah
bijirin penuh dan bersesuaian dengan kanak-kanak. Menurut pakar nutrisi itu lagi, bijirin
13

penuh dapat membantu keupayaan pembelajaran dan membekalkan tenaga harian yang
banyak. Ini dapat dibuktikan apabila Nestlé telah menggunakan bijirin penuh dalam keluaran
mereka. Bijirin penuh juga menggalakkan pembuangan air besar yang dapat memastikan
saluran penghadaman kekal sihat. Begitu juga dengan Vitamin B dan C, Zat Besi dan serat.
Dengan setiap sajian Nestlé Koko Krunch, kanak-kanak dan seluruh isi keluarga akan
mendapat lebih kebaikan dari setiap bahagian bijian penuh. Vitamin B1, B2 dan B3 pula
diperlukan oleh manusia untuk melepaskan tenaga dari protein, lemak dan karbohidrat.
Manakala zat besi pula diperlukan untuk pembentukan sel darah merah, vitamin C sebagai
penyerapan zat besi dari makanan dan kandungan serat yang mencukupi iaitu sebanyak 1.5
gram serat dalam setiap sajian 30 gram. Kesemua kandungan ini tidak sepenuhnya ada
dalam bijirin yang lain.

Menurut pakar nutrisi lagi, kandungan karbohidrat kompleks dan gentian daripada
bijirin penuh dapat membuatkan tubuh mengambil masa yang lebih lama untuk
menghadamnya, sekaligus ia akan membuatkan kanak-kanak berasa kenyang sepanjang
hari di samping membekalkan tenaga harian yang banyak. Pilihan yang mudah memilih
Koko Crunch sebagai sarapan mungkin kelihatan terlalu ringan, tetapi dengan sifatnya yang
mengandungi karbohidrat kompleks, vitamin serta kaya dengan mineral, ia menjanjikan hari
anda yang lebih sihat dan penuh tenaga.

Pengambilan bijirin penuh ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada kanak-kanak
terutamanya tetapi juga kepada golongan dewasa. Ini kerana menurut McKevith, kajian
menunjukkan pengambilan bijirin penuh dalam jumlah yang banyak dalam diet seharian
merendahkan risiko peningkatan berat badan. Lebih baik lagi, ia dapat mengurangkan risiko
diserang pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi, kanser usus, diabetes
Jenis 2 dan menggalakkan sistem penghadaman yang sihat secara keseluruhannya.

Jadi, dengan adanya kandungan bahan-bahan tersebut dapatlah dibuktikan


kesahihan iklan Koko Krunch yang menggambarkan kanak-kanak yang mengambil bijirin
penuh akan bersemangat ke sekolah, cemerlang dan cerdas. Dengan kata lain, bijirin ini
bukan sahaja lazat, tetapi diperbuat dengan kebaikan bijirin penuh! Ia mengandungi serat,
vitamin B tertentu seperti yang dinyatakan sebelum ini dan zat besi agar anda dapat
memulakan pagi anda dengan bersemangat dan bersedia untuk ke sekolah.

7.0 PENUTUP
14

Industri pengiklanan semakin berkembang pesat seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh
syarikat-syarikat di seluruh dunia. Masing-masing bersaing untuk memasarkan produk
mereka dengan tujuan untuk mengaut seberapa banyak keuntungan yang boleh diperolehi.
Penggunaan iklan sebagai salah satu daripada medium penting dalam memasarkan sesuatu
produk atau perkhidmatan telah lama dipraktikkan. Keberkesanannya dalam memujuk
pengguna memang tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu iklan itu
dipersembahkan dengan cara yang cukup berkesan. Namun begitu, terdapat pihak yang
menyalahgunakan industri pengiklanan ini semata-mata untuk mendapatkan keuntungan
tanpa mengambilkira kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh individu dan pihak yang
menggunakan produk atau perkhidmatan mereka. Tindakan mereka yang tidak
bertanggungjawab ini telah mendorong pihak pengguna mempertikaikan kesahihan atau
kebenaran mengenai sesuatu produk itu. Iklan Nestlé Koko Krunch tidak terkecuali turut
menerima tempias daripada tindakan mereka ini. Propaganda yang sering diwar-warkan
mengenai Koko Krunch adalah hidangan bijirin ini tidak berkhasiat dan tidak sesuai untuk
kanak-kanak. Akan tetapi, jika dilihat dari sudut positif, sebenarnya hidangan ini mempunyai
pelbagai khasiat yang boleh membantu dalam tumbesaran kanak-kanak. Di samping itu, ia
juga boleh menjadi satu langkah alternatif untuk memujuk anak-anak yang tidak suka
bersarapan agar mahu mengambil hidangan kegemaran mereka sebagai alas perut sebelum
ke sekolah. Hal ini kerana hidangan ini berbentuk snek coklat yang lazat dan sering menjadi
pilihan kanak-kanak. Perlu diingatkan, pengambilan sebarang jenis makanan harus dalam
kuantiti yang berpatutan. Jika tidak, buka satu perkara mustahil sekiranya isu yang sering
diutarakan mengenai keburukan hidangan ini akan menjadi kenyataan.

8.0 RUJUKAN
15

Asas Pengiklanan. (n.d.). Retrieved 30 Disember 2009 from


http://www.karyanet.com.my/knetbeta/ebook/preview/p_Asas_Periklanan.pdf

Bijirin Penuh Khasiat. (16 April 2008). Retrieved 5 Januari 2010 from
http://izzan126.multiply.com/journal/item/233/KESIHATAN_Bijirin_penuh_khasiat

Definisi iklan, efek dan iklan korporat. (16 September 2008). Retrieved 30 Disember 2009
from http://kuliahkomunikasi.blogspot.com/2008/12/definisi-iklan-efek-dan-iklan-
korporat.html

Iklan. (n.d.). Retrieved 30 Disember 2009 from http://id.wikipedia.org/wiki/Iklan

Nestlé. (n.d.). Retrieved 30 Disember 2009 from http://id.wikipedia.org/wiki/Nestlé)

Propaganda. (n.d). Retrieved 11 December 2009 from


http://id.wikipedia.org/wiki/Propaganda

Sharina Shamsudin & Syed Abd Rahman Syed Zin. Memahami Faktor Pembujukan Yang
Mempengaruhi Keberkesanan Pengiklanan Menerusi Internet Di Malaysia.(n.d.).
Retrieved 10 Januari 2010 from
http://eprints.uum.edu.my/685/1/Memahami_Faktor_Pembujukan_yang_Mempengar
uhi_Keberkesanan_Pengiklanan_Menerusi_Internet_di_M'sia.pdf-

Smart Start : Kegiatan Sarapan Sehat Nestle Koko Krunch. (n.d). Retrieved 11 December
2009 from http://www.astaga.com/content/smart-start-kegiatan-sarapan-sehat-
nestle-koko-krunch)

You might also like