You are on page 1of 25

http://hazis.wordpress.

com/dtopografi-wilayah-barat/amalan-dan-kerja-kerja-di-
topografi/sistem-koordinat/

Sebelum menjadi peta dan jenis jenis peta,terlebih dahulu gambar udara perlu di
ambil, di atas salah satu contoh gambar udara yang di ambil dari penerbangan
udara.

Definisi Peta

Peta ialah Suatu lukisan yang menggambarkan sebidang kawasan yang diterangkan
dalam bentuk simbol dan dibuat mengikut ukuran samada sama luas, sama bentuk , sama
jarak dan sama arah.

Sifat – Sifat Peta

1. Dilukis mengikut skala

2. Dilukis secara pilihan

3. Dilukis menggunakan simbol piawai

4. Menunjukkan paramuka secara umum mengikut skala dan tujuan peta

5. menpunyai ciri – ciri tertentu spt petunjuk , tajuk ,huruf , No.siri rujukan dan maklumat

Tertentu.

6. berkaitan dengan sistem kodinat geografikal iaitu latitid dan logitud .

Jenis Peta

satu bentuk peta Topografi


Jenis Peta Tematik

Peta Jalan

1. Peta Topografi 4. Peta Tematik 7. Peta Utiliti

2. Peta Bandar 5. Peta Pentadbiran Daerah

3. Peta Jalan 6. Peta Orthophoto


Di atas contoh peta Orthophoto

Spesifikasi Pemetaan dan Skala

1. Peta Bandar

Siri Skala Jenis Peta

L808 1 : 10000 Bandar Kuala Lumpur


1 : 3000 – 1: 12 Bandar Semenanjung
L905 500 Malaysia
T 931 1 : 3000 – 1: 12 Bandar Sabah , Sarawak
500 dan Labuan

2. Peta Topografi

Siri Skala Jenis Peta


Topografi Semenajung
L 7030 1 : 50 000 Malaysia
Topografi Semenajung
L 8028 1 : 25 000 Malaysia
Topografi Sabah , Sarawak
T 738 1 : 50 000 , Labuan
Topografi Sabah , Sarawak
T 835 1 : 25 000 , Labuan

Peta Di cetak

1. Verasi Terhad
2. Verasi Tidak Terhad

Kaedah Penomboran Siri Peta Baru

Kaedah nombor siri peta baru hendaklah terdiri dari lima ( 5 ) elemen iaitu Prefix, Skala

Wilayah / Kawasan , Nombor giliran dan kod Jenis .

1. Prefix

Prefix merujuk kepada penggunaan singkatan kepada nama negara Malaysia iaitu ” MY “

2. Skala

Skala ialah penggunaan julat skala yang merujuk kepada konvensyen antarabangsa yang

Sedang di gunapakai sekarang dengan pengubahsuaian iaitu :

Siri Skala
1 : 5,000, 000 dan lebih kecil
1
1 : 1,000, 000 hingga lebih besar dari 1 :
2 5,000,000
1 : 500, 000 hingga lebih besar dari 1 :
3 1,000,000
1 : 100, 000 hingga lebih besar dari 1 :
4 500,000
1 : 50, 000 hingga lebih besar dari 1 :
5 100,000
1 : 25, 000 hingga lebih besar dari 1 : 50,
6 000
Lebih besar dari 1 : 25,000
7
Peta Bandar ( Pelbagai Skala )
8
Peta Tematik ( Pelbagai Skala )
9

3 . Wilayah / Kawasan

Wilayah ialah satu digit angka dengan merujuk kepada wilayah / kawasan kecil
Kod Kawasan
Digunakan bagi peta yang meliputi negeri
0 di semenanjung malaysia
Digunakan bagi peta yang meliputi negeri
1 Sabah , Sarawak , Labuan
Digunakan bagi peta yang meliputi
2 kawasan wilayah malaysia atauNegeri di
semenanjung malaysia , sabah, Sarawak
,Labuan dalam satu lembar peta
Digunakan bagi peta yang meliputi negeri
3 wilayah Malaysia dan negara jiran di
sekitarnya

4. Nombor Giliran

Nombor giliran ialah Satu ( 1 ) atau tiga ( 3 ) digit angka yang digunakan untuk
menunjukkan

bilangan sesuatu nombor siri bagi jenis peta yang meliputi kawasan dan julat skala yang

sama .

No. Giliran Jenis peta


Nombor giliran bermula angka 1 – 9
1–9 bagi peta topografi ,peta bandar dan
peta tematik
Nombor giliran bermula angka 001 –
001- 999 999 bagi peta rampaian

5. Kod Jenis

Kod jenis merupakan satu abjad yang di gunakan untuk merujuk kepada jenis peta .

Kod Jenis Peta


Peta Topografi dan Peta Bandar Terhad
T
Peta Topografi tidak terhad ( Am )
A
Peta Bandar tidak terhad
B
Peta Rampaian
R
Peta Laporan
L
Peta Ortho Photo
P
Peta Utiliti bawah tanah
U

6. Peta Berdigit

Jenis Peta Skala Format Harga


Selembar
Peta Topografi 1: 50 DST , CAMS 960.00
Semenanjung 000 ( ASCII), DXF
Malaysia ( L7030 &
DNMM 5101)
Peta Topografi 1: 50 DST , CAMS 960.00
Sabah & Sarawak( T 000 ( ASCII), DXF
738 & DNMM
5201)
Peta Topografi 1: 25 DST , CAMS 300.00
Semenanjung 000 ( ASCII), DXF
Malaysia ( L8028 &
DNMM 6102)
Peta Topografi 1: 25 DST , CAMS 300.00
Sabah & Sarawak( T 000 ( ASCII), DXF
835 & DNMM
6201)
Peta Topografi 1: 10 DST , CAMS 950.00130.00
Bandaraya Kuala 0001: 5 ( ASCII),
Lumpur & Bandaran 000 DXFDST ,
Sekitar( L808 & CAMS ( ASCII),
DNMM 6101) DXF
Peta Topografi 1: 10 DST , CAMS 440.0080.00
Semenanjung 0001: 5 ( ASCII),
Malaysia ( L905 & 000 DXFDST ,
DNMM 8101) CAMS ( ASCII),
DXF
Peta Topografi 1: 10 DST , CAMS 440.0080.00
Sabah & Sarawak( T 0001: 5 ( ASCII),
931 & DNMM 000 DXFDST ,
8201) CAMS ( ASCII),
DXF

7. Peta Geoid Malaysia – My Geoid

Bentuk Geoid

Model Geoid Malaysia iaitu MyGEOID mengandungi dua model asas iaitu WMGEOID
04 di semenanjung malaysia dan EMGEOID 05 di sabah dan sarawak .Model geoid
ini dihasilkan daripada gravimetrik dan ketinggian ellipsod GPS diatas tanda aras .

Penghasilan peta geoid malaysia antara lainnya bertujuan untuk memudahkan pengguna
GPS mendapatkan nilai ketinggian ortometrik model geoid yang dihasilkan telah dibuat
analisis dan mendapat ketepatan pada tahap 5 sm bagi sabah dan sarawak . 2 sm bagi
semenanjung malaysia

8. Siri Baru Pemetaan Malaysia

Bil Siri baru Lama Skala Kawasan


1. MY 501 T dan MY 1: 50 000 Semenanjung
501 A L7030 Malaysia
2. MY 511 T dan MY 1: 50 000 Sabah , Sarawak dan
511 A T 738 Labuan
3. MY 601 T dan MY 1: 25 000 Semenanjung
601 A L 8020 Malaysia
4. MY 611 T dan MY 1: 25 000 Sabah , Sarawak dan
611 A T835 Labuan
5. MY 801 T dan MY 1: 3000, Bandar Semenanjung
801 B L905 1:12 500 Malaysia
6. MY 811 T dan MY 1: 3000 , 1 : Bandar Sabah ,
811 B T931 12 500 Sarawak dan Labuan
7 MY 701 T dan MY 1: 10 000 Peta Bandar Lembah
701 A L808 Klang
8 MYS 8201 R Peta Daerah

Spesifikasi Pemetaan , Skala dan Sela Kontur

1. Peta Bandar

Siri Skala Jenis Peta Sela Kontur


Bandar Kuala 5 meter
L808 1 : 10000 Lumpur
1 : 3000 – 1: Bandar Semenanjung5 meter
L905 12 500 Malaysia
T 931 1 : 3000 – 1: Bandar Sabah , 5 meter
12 500 Sarawak dan Labuan

2. Peta Topografi

Siri Skala Jenis Peta Sela Kontur


Topografi 20 meter
L 7030 1 : 50 000 Semenajung
Malaysia
Topografi 10 meter
L 8028 1 : 25 000 Semenajung
Malaysia
Topografi Sabah , 20 meter
T 738 1 : 50 000 Sarawak , Labuan
Topografi Sabah , 10 meter
T 835 1 : 25 000 Sarawak , Labuan

3. Skala bagi plastik pruf siri L 808 adalah 1: 10000

Kekerapan Ulangkaji Pemetaan

Jenis Pemetaan Tempoh


Ulangkaji
a.Kawasan bandar dan kawasan 3 Tahun
membangun
b.Kawasan membangun bandar kecil dan 5 Tahun
persekitaranya
c.Kawasan kurang membangun dan 10 Tahun
terpencil

Tanda Lazim yang terdapat dalam sebuah peta

Tanda lazim terbahagi kepada 4 Bahagian iaitu :

a. Ciri Buatan

b. Tumbuh- tumbuhan dan Tanaman

c.Hidrografi

d. Relief

A. CIRI BUATAN

Ciri -ciri buatan yang ditunjuk dalam siri pemetaan ini terbahagi kepada 6 kumpulan

a. Lebuh Raya / Jalan Raya

b. Jalan Kereta Api

C. Ciri Berkaitan dengan Lebuh raya / Jalan raya dan Jalan kereta api contoh :

Jambatan , Terowong , Pembetung ,Jalan kaki ,

d. Bangunan

e. Sempadan contoh : Antarabangsa , Negeri, Bahagian / Jajahan, Daerah,Daerah Kecil,

Mukim dan Rizab

f. Ciri Buatan Lain contoh : Talian paip , Talian Penghantar Elektrik , Pagar ,Kubur ,
Kuari

B Hidrografi
jenis peta hidrografi

Ciri – ciri hidografi yang ditunjuk dalam siri pemetaan ini terbahagi kepada 3 kumpulan

a. Ciri Hidrografi Semulajadi contoh sungai, tasik , air terjun , air panas

b. Ciri Hidrografi Buatan contoh tangki air, terusan ,takungan bekal

c. Ciri Berkaitan dengan Hidrografi contoh batuan, pasir , lumpur, jeti, empangan ,rumah
api,

boya suar dan berup suar .

C. Relief

Ciri – ciri relief yang ditunjuk dalam siri pemetaan ini terbahagi kepada 3 kumpulan

a. Ciri relief Semulajadi contoh kontor , tanah runtuh, tanah berjeda , batuan bonjol

b. Ciri relief Buatan contoh benteng

c. Ciri Berkaitan dengan relief contoh stesen GPS ,stesen Trigonometri , tanda aras , titik

ketinggian

D. Sudutiswa dalam pemetaan

Ciri -ciri sudutiswa dalam pemetaan ini terbahagi kepada 3 kumpulan

a. Utara Grid
b. Utara Benar

c. Utara Magnet

E .Perbezaan Peta Topografi Terhad Dan Peta Topografi Tidak Terhad

a. Nilai Grid

b.Garisan Grid

c. Rujukan Grid

A. Definisi Unjuran Peta

Unjuran Peta ialah Suatu penyusunan untuk menggambarkan meridian yang terdapat
pada permukaan spiar atau spheroid pada permukaan satah .

B. Klasifikasi Unjuran Peta

a. Unjuran Zenit / Azimut

b. Unjuran Kun

c. Unjuran Selinder

Unjuran Zenit / Azimut

Unjuran Azimut adalah hasil dari pengunjuran siratan garisan unjuran ke permukaan
satah yang tangen ke glob secara perspektif dari titik punca dikenali sebagai unjuran
pandang tirus.

Unjuran lain seperti unjuran azimut sama jarak dan unjuran azimut sama luas di kenali
sebagai unjuran azimut bukan pandang tirus.

Unjuran Kun

Unjuran kun adalah terbit dari contoh membalut glob dengan segulung kertas khayali
berbentuk kun dengan titik bucunya berbetulan dengan kutub dan muka kertas tercecah
disepanjang garis lintang yang di pilih . prinsip unjurannya seperti berdasarkan perspektif
dari titik puncanya mengunjurkan garis lintang dan garis bujur ke muka kertas unjuran
yang dihasilkan apabila kun di buka rata kelihatan seperti garis lintang sepusat dan
garisan bujur menjejari.

Unjuran Selinder
Unjuran Selinder adalah adalah terbit dari contoh membalut glob dengan satu segulung
kertas khayali tercecah disepanjang garis khatulistiwa jika perspektif dari pusat glob
semua garis lintang dan meridian di glob akan terunjur keatas permukaan kertas tersebut ,
hasilnya ialah satu garis unjur dengan garis lintang yang selari dan sama panjang dengan
khatulistiwa dan semua garis bujurnya lurus dan sama jarak seperti khatulistiwa .

Stesen MyRTK net

salah sebuah setesen gps di malaysia.

A. Definisi Stesen MyRTK net- Real Time Kinematic

Stesen MyRTK Net terdiri daripada 26 stesen di Semenanjung Malaysia dan masing –
masing 1 stesen di Sabah dan Sarawak . Ia merupakan satu jaringan stesen GPS kekal
pada sela jarak 30 km ke 150 km untuk mengutip data secara berterusan bagi dibekalkan
kepada pemprosesan melalui suatu jaringan komputer. Di samping itu ia akan
menyediakan pusat pemprosesan bagi menerbit dan menghantar data pembetulan kepada
pengguna bergerak yang boleh memberi kejituan sehingga ke tahap sentimeter bagi dense
network dan ketahap desimeter bagi sparse network secara hakiki ( real -time ) . Data
real-time ( 1- 3 jam ) stesen rujukan bagi pengguna post -processing differential GPS
untuk seluruh negara .

B. Sistem MyRTKnet terdiri daripada

a. Sistem GPS
Mengunakan peralatan gps bagi mendapatkan nilai kordinet

b. Teknologi maklumat

c. Teknologi komunikasi wireles

C. Stesen MyRTKnet

a. Semenanjung malaysia 26 stesen

1.Rantau 7. Mersing 13. 19. Kuala 25.Grik


Panjang JupemMelaka Kubu
Baharu
2.Gua 8..Kluang 14.Banting 20. Jupem 26.Balik
Musang Ipoh Pulau
3. Marang 9.Tg. 15.K. Klawang21.Pulau
Pengering Pangkor
4.Pekan 10.Kukup 16. UPM 22.Bandar
Serdang Baharu
5. 11. Johor 17.Sg Petani 23.
Temerloh Baharu Langkawi
6. Nibong 12.Kapar 18. Selama 24.UUM
Tebal Sintok

b. Sabah 1 stesen

1. UMS Kota Kinabalu


c. Sarawak 1 stesen

1. UMAS Kuching

STESEN GEODETIK MALAYSIA

A. Definisi Stesen MASS – Sistem GPS Aktif Malaysia

Setesen Mass yang terdapat di INSTUN atau Institiut Tanah dan Ukur Negara di
Behrang Tanjung Malim Perak.

Stesen Mass terdiri daripada 18 stesen GPS aktif yang menjejak satelit GPS yang terletak
pada 20,000 km di angkasa lepas , terletak diloksi strategik di seluruh negara pada sela
200 ke 300 km . Stesen mass ini menjejak satelit GPS 24 jam sehari secara berterusan
dimana data ini disimpan dalam bentuk fail setiap jam dan dipindah ke pusat
pemprosesan data Geodesi di Kuala Lumpur setiap hari. Stesen Mass juga boleh di
gunakan dalam kajian geodinamik seperti memantau pergerakan crustal ufuk dan tegak
bagi hubungan diantara jaringan GPS dengan aras purata laut dua stesen MASS telah
didirikan di stesen STAPS di Geting bagi semenanjung malaysia dan Bintulu bagi
sarawak . Data STAPS dan MASS digunakan secara bersepadu bagi memantau
kedudukan pasang surut dan mengawal Sistem Rujukan Spatial Negara .Kajian saintifik
juga boleh dilakuan dengan menggunakan data -data GPS untuk mengukur TEC ( Total
Electron Content ) didalam ionosfera untuk mengukur kelembapan udara. Data GPS akan
dikemaskinikan secara automatik , data GPS dalam bentuk Rinex yang boleh didapati
adalah data cerapan , data Navigasi dan data Meteorologi .

B. Sistem Mass terdiri daripada

a. Rangkaian stesen Kekal

b. Infrastruktur komunikasi

c. Pusat kawalan stesen mass dan pemprosesan data


C. Stesen Mass

a. Semenanjung malaysia 10 stesen

1.UiTM Arau Perlis 6. UTM Skudai Johor Bharu


2.USM Pulau Pinang 7. Jupem Kuantan Pahang
3.Politeknik Ungku Omar 8. Bukit Pak Api Kuala
Ipoh Perak Terengganu
4.Instun Behrang Tanjung 9. Geting Tumpat Kelantan
Malim Perak
5.Wisma Jupem Kuala 10.UiTM Segamat Johor
Lumpur

b. Sabah 3 stesen dan Labuan 1 stesen

1. Tanjung Dumpil Kota 3. Tawau


Kinabalu
2.Sandakan 4.Labuan

c. Sarawak 4 stesen

1.Politeknik Kuching 3. Miri


2. Bintulu 4. JKR Sibu

D.Hasil dan Produk Stesen Mass

i.Vektor koordinat dan Velocity

ii. Efemeris satelit GPS yang berkejituan tinggi

iii. Parameter putaran bumi

STESEN TOLOK AIR PASANG SURUT ( STAPS )


satu gambaran setesen tolok air pasang surut / Tide Gauge

A. Definisi Stesen STAPS – Sistem Tolok Air Pasang Surut

Stesen STAPS terdiri daripada 12 stesen di Semenanjung Malaysia dan masing -masing 5
stesen di Sabah dan 3 stsesn di Sarawak serta 1 stesen di Labuan .Objektif utama ialah
untuk menentukan nilai -nilai aras laut dibeberapa tempat di perairan malaysia digunakan
bersama rangkaian aras jitu bagi menetapkan Datum Tegak Geodesi Semenanjung
Malaysia ( DTGSM ) bagi menggantikan Land Survey Datum (LSD 1912 ) sebagai
rujukan kebangsaan baru untuk sistem ketinggian di Semenanjung Malaysia.Kerja
pengumpulan data air pasang surut dibuat secara berterusan dan nilai Aras Laut Min
ditentukan semula untuk dijadikan rujukan bagi penentuan datum tegak yang baru
.Pelabuhan Kelang dipilih sebagai rujukan aras dalam penubuhan Datum Tegak Geodesi
Semenanjung Malaysia ( DTGSM ) berdasarkan keatas cerapan bagi tempoh 10 tahun
( 1984 – 1993 ). Pada tahun 1994satu monumen dibina di Ibu pejabat JUPEM Kuala
Lumpur. Ukuran dijalankan dari stesen air pasang surut Pelabuhan Kelang ke monumen
ini secara ukur jitu dan ukuran graviti .

B. Aras Laut Min ( MSL )

Aras Laut Min berubah mengikut tempat disebabkan perubahan ketumpatan air laut.
MSL sentiasa berubah -ubah dari masa kesemasa ,masa cerapan yang panjang diperlukan
bagi mendapat aras laut min. Bulan merupakan faktor utama dalam kejadian air pasang
surut maka cerapan haruslah dibuat secara berterusan dalam tempoh satu pusingan bulan
penuh atau 18.6 tahun. Walau bagaimanpun nilai tersebut masih dipengaruhi oleh faktor
lain seperti Jarak Geopusat ( Geocentric Distance ) ,Oseanografi , Cuaca dan Astronomi.
staf tolok air pasang surut

Kaedah MSL Di cerap

 MSL harian boleh didapat dengan cara cerapan air pasang surut setiap jam dan di
puratakan .
 MSL bulanan iaitu jumlah nilai purata harian dan dibahagi dengan bilangan hari
dalam bulan tersebut .
 MSL tahunan iaitu jumlah nilai purata bulanan dan dibahagi dengan 12 bulan
( setahun )

C. Jenis Air Pasang Surut

 Semi Harian anggaran masa 12 jam

- F _< 0.25

- Dimana F = ( H’ +Ho ) /(Hm + Hs )

 Harian anggaran masa hari

-F > 3.0

 Campur ( Semi Harian Dominan )

-0.25 < F _< 1.5

 Campur ( Harian Dominant )


-1.50 < F -< 3.0

D. Peralatan Yang Digunakan

1. Model L TT – 3AD – data simpan dalam pita rakaman

2. Model DFT – 1 – data di simpan didalam I / C memory

 Menggunakan sistem pengukuran secara pelampung


 Sistem ini menukarkan pengukuran cerapan air pasang surut secara analog kepada
bentuk digital menggunakan analogue digital converter.
 Data disimpan dalam I / C memory ( I Mega byte)
 Data dikutip setiap 2 bulan

E. Stesen STAPS

a. Semenanjung malaysia 12 stesen

1.Pulau Langkawi kedah 7. Jeti Kastam Johor Bharu


2.Pulau Pinang 8. Tanjung Sedili Johor
3.Lumut Perak 9. Pulau Tioman Pahang
4. Pelabuhan Kelang10. Tanjung Gelang Pahang
Selangor
5. Tanjung Keling Melaka 11. Pelabuhan LKIM Cendering
Terengganu
6. Kukup Johor 12.Pelabuhan LKIM Geting
Tumpat Kelantan

b. Sabah 5 stesen dan Labuan 1 stesen

1. Kota Kinabalu 4. Tawau


2.Sandakan 5. Lahad Datu
3. Kudat 6.Labuan

c. Sarawak 3 stesen

1. Kuching 3. Miri
2. Bintulu

STESEN GRAVITI

A. Definisi Stesen Graviti


i.Bagi memberikan pembetulan ortometrik pada setiap beza tinggi.

ii.Memberi nilai N ( geoid undulation ) dan seterusnya mengujudkan peta geoid

iii.Perbezaan tarikan graviti disebabkan oleh

a. Putaran bumi

b. Perbezaan jarak dari pusat bumi

c. Bahan Kandungan dalam bumi

B. Peralatan Yang Digunakan

i.La Coste & Romberg Air / Sea Gravimeter S- 99

La Costage & Romberg Air


Gravimeter S-99

C. Stesen Graviti

a. Stesen Graviti Kelas Pertama

Nama Stesen Jarak Selang


1.Semenanjung Malaysia (PMGSN 89 ) –30 – 50 km
180 titik
2. Sarawak (SSGSN 98 ) – 56 titik 15 – 25 km
3. Sabah ( SBGSN 99 ) – 71 titik 15 – 25 km

Ketepatan 30 ugals

b. Stesen Graviti Kelas Kedua

Nama Stesen Jarak Selang


1.Semenanjung Malaysia 1993 – 1242 titik 1 – 5 km
2. Sabah 1999 – 51 titik 5km

Ketepatan 50 ugals

c. Stesen Graviti Kelas Ketiga

Nama Stesen Jarak Selang


1.Semenanjung Malaysia – 1410 titik Grid 25 km

Ketepatan 100 ugals


SISTEM KOORDINAT GPS

Bagaimana satelit menberi kordinet melalui pengunaan peralatan GPS

A. Sistem koordinat GPS menggunakan Datum WGS 84 – World Geodetic System 84

i. Ciri – ciri sistem koordinat WGS 84

a. Jenis cartesian 3 Dimensi

b. Pusat di tengah isipadu bumi

c. Paksi X , Y, Z beredar mengikut putaran bumi

ii . Nilai ketinggian dalam WGS 84 berpandukan kepada Ellipsod WGS 84

iii. Multipath didalam GPS adalah isyarat GPS diterima daripada beberapa sumber .

iv. Cycle Slip adalah apabila receiver hilang bilangan jarak gelombang penuh.

v. GPS code adalah termasuk C/ A code dan Precise code

vi. SPS dan PPS dalam GPS adalah :

Standard positioning system dan Precise positioning service

vii.SA dan AS dalam GPS adalah :

Selective Availability dan Anti -spooling

viii. Perbezaan di antara pengukuran Carrier Phase dengan pengukuran Pseudo Range

adalah Penentuan integer ambiguities.


B . Jenis DOP – Dilution Of Precision ( DOP )

a. GDOP – Geometrical Dilution Of Precision

Latitude , Longitude , ketinggian dan time

b. PDOP – Positional Dilution Of Precision

Latitude , Longitude , ketinggian

c. HDOP – Horizontal Dilution Of Precision

Latitude dan Longitude

d. VDOP – Vertical Dilution Of Precision

Ketinggian

e. TDOP – Time Dilution Of Precision

Time

Ketepatan sesuatu cerapan GPS bergantung kepada beberapa faktor diantara adalah

Dilution Of Precision ( DOP ) ialah

i.Semakin kecil nilai DOP semakin tinggi ketetapan pengukuran

ii.Nilai DOP sentiasa berubah mengikut lokasi geografi.

iii.Nilai DOP berubah dengan jumlah bilangan satelit diangkasa.

iv.Nilai DOP berubah pada lokasi yang sama walaupun pada masa yang berlainan

C. Sistem Koordinat GDM 2000- Geocentric Datum Of Malaysia 2000

i.Sistem rujukan ellipsoid bagi Malaysia Revised Triangulation ( MRT 48) adalah

Modified Everest.

ii.Sistem rujukan ellipsoid bagi Borneo Triangulation ( BT 68 ) adalah

Modified Everest.

iii.Sistem rujukan ellipsoid bagi GDM 2000 adalah GRS 80


iv. Rujukan origin ( datum ) bagi Malaysia Revised Triangulation ( MRT 48) adalah

Kertau.

v. Rujukan origin ( datum ) bagi Borneo Triangulation ( BT 68) adalah Timbalai.

vi. Rujukan frame bagi koordinat GDM 2000 adalah ITRF 2000

vii Formula ( model ) yang digunakan untuk transformasi koordinat di malaysia

adalah Bursa_Wolf.

viii.Map projection yang di gunakan di semenanjung malaysia adalah RSO.

x.Map projection yang di gunakan di sabah dan sarawak adalah Borneo RSO.

xi. Format bagi data-data Malaysia Active GPS System ( MASS) adalah Rinex.

Link dengan artikal di atas

Sejarah GPS

Dengan usaha yang tidak seberapa ini,Saya cuba mrncari seberapa banyak bahan untuk
menjadi bahan rujukan bagi saya sendiri di samping itu kita gunakanlah bersama
,Semuga sahabat sahabat di seksyen topografi atau mana seksyen atau bahagian sekalipun
yang membaca blog saya ini berjaya di peperiksaan PTK yang akan menjelang nanti….
Selamat Berjaya’

Dari ; hazaldin

Peta dan kompas


Oleh ABD. HALIM HADI
halimhadi@utusan.com.my
Gambar AsmarudDin JAMAluddin

MALU bertanya sesat jalan', ada kebenaran


di sebalik kata-kata pepatah itu. Tetapi
bagaimana pula keadaannya jika seseorang
ARAH tuju yang tepat hanya boleh diperoleh dengan
itu berada jauh di dalam hutan dan orang membaca kompas dengan cara yang betul.
yang ada di sekeliling pula tidak dapat
menunjukkan arah yang betul.
Berdepan dengan risiko sesat sememangnya menakutkan tetapi keadaan mungkin lebih terkawal
jika ada yang membawa peta, kompas dan juga tahu menggunakannya.

Masih ingatkah bila kali terakhir kita merujuk perjalanan pada sesebuah peta dan lebih penting
lagi masih fahamkah kita dengan cara-cara penggunaannya.

Kemahiran membaca peta melengkapkan seseorang pengembara dengan teknik pergerakan dari
satu tempat ke tempat yang lain dengan tepat.

Hakikatnya kini, masih ramai yang melakukan aktiviti riadah di hutan tanpa dua 'sahabat baik' si
pengembara itu. Bahkan, khidmat pemandu pelancong dan sistem penentu kedudukan global
(GPS) lebih menjadi pilihan.

Tetapi apakah jaminan yang dimiliki sekiranya alat yang dibawa itu gagal berfungsi ataupun
pemandu pelancong yang diupah hanya arif mengenai laluan yang biasa digunakan?

Bertempat di kaki Gunung Nuang, Ulu Langat, Komuniti Radio Amatur Alam Damai (ADARC 47)
baru-baru ini menganjurkan Kursus Asas Pandu Arah dan Orientasi Peta.

Pensyarah Kursus, Kapten Aswadi Norman Safeie berkata, peta bukan sahaja memberi tunjuk
arah malah menceritakan maklumat secara terperinci mengenai bentuk muka bumi di sesuatu
kawasan.

"Berpandukan peta sesuatu kawasan kita dapat mengenal pasti bentuk kawasan dan membuat
persediaan perjalanan dengan lebih teratur.

"Peta adalah aset terpenting bagi setiap pengembara," katanya yang mencurahkan pengalaman
dalam bidang itu dari Sekolah Latihan Peperangan Pulada (Pusat Latihan Darat), Tentera Darat
Malaysia.

Kursus melibatkan 20 peserta itu bermula dengan pengenalan tiga alat utama dalam kursus asas
pandu arah iaitu peta, kompas dan jangka sudut peta (protector).

Pembelajaran bermula dengan pengenalan jenis-jenis peta seperti peta topografi, peta planimetri
dan peta jasad timbul. Peta topografi adalah peta yang biasa digunakan. Ia dibezakan dengan
kategori peta terhad (bergrid) dan tidak terhad.

Melalui maklumat pada bingkai peta pula, peserta diajar cara-cara membaca arah, kontur,
tafsiran gambar, nisbah dan skala sehinggalah panduan yang betul meletakkan peta semasa
dibaca.
"Posisi membaca peta juga perlu sejajar bagi mengelakkan kekeliruan. "Sebaik-baiknya peta
dibaca di atas permukaan yang rata," jelas Aswadi.

Tambah beliau, dengan kebolehan mentafsir maklumat muka bumi pada peta, seseorang
mungkin mengambil kira soal beban yang dibawa, jarak perjalanan dan merancang tapak
penempatan semasa bermalam.

Selepas pengenalan asas membaca peta dan cara penggunaan jangka sudut, peserta
mengeluarkan kompas yang disediakan oleh penganjur dan bersedia untuk pembelajaran
seterusnya.

Tiga kegunaan utama kompas yang diajar pada hari itu adalah kaedah mencari bearing sesuatu
objek yang terdapat di muka bumi, meletakkan arah bearing dan menggunakan bearing dalam
orientasi peta.

Dengan menggabungkan semua peralatan yang diberikan, peserta kemudiannya diuji mengukur
jarak dari satu titik ke titik yang lain dan menentukan arah tuju dengan tepat.

Malah hanya selepas mengikuti sendiri kursus itu baru sahaja penulis mengetahui tata-tertib
penggunaan dan penjagaan kompas yang sebenarnya begitu teliti dan rapi.

Aswadi berkata, objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai terutama
kepada pemegang-pemegang lesen radio amatur dalam pengetahuan pandu arah.

Katanya, orientasi peta bukan sahaja penting untuk mereka yang selalu melakukan aktiviti hutan
malah diperlukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang biasa disertai ahli kelab
radio amatur.

Sementara itu, ahli jawatan kuasa ADARC 47, Mohd. Nizam Abrahim berkata, walaupun baru
pertama kali diadakan acara itu akan dijadikan acara tahunan untuk memberi lebih kesedaran
kepada umum.

Katanya, selain kursus pandu arah dan orientasi peta, kursus turut menerapkan kemahiran ikhtiar
hidup seperti panduan menyelamatkan diri di dalam hutan, membuat api, teknik ikatan dan
simpulan serta bahasa isyarat kecemasan.

"Sebagai permulaan kita memilih Gunung Nuang sebagai lokasi kursus untuk memberi
kesedaran kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti hutan,"jelasnya.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti kelab boleh diperolehi dari laman www.adarc47.blogspot.com.

You might also like