You are on page 1of 9

KAUNSELING & KEPIMPINAN

Oleh : Asmawati Baharudin


Ketua Kaunselor
PK MAINS

PERGERTIAN KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “counselling” yang boleh


difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian
yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam
aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa,
guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan
proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara
sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk
mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara
kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat
dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan,
agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada
bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan
berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah
manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang daripada
situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan
kepada kepercayaan:

• Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi


makna kepada kehidupan masing-masing.

• Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia
bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling
merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang
meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan
pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien
membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik
buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan
situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan
nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa
depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang
kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan


masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan
dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan
tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka
aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya.
Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-
pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan
halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan
lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien
dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara
kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan
klien berubah.

TUJUAN KAUNSELING

Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza
tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan
proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai
dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses
kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan
perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah
penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan
kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan
kaunseling tersebut.

bTujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka
masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan
dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang
diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi
sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang
dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah
sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih
bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

Lima tujuan kaunseling iaitu:

1. Menolong mengubah tingkah laku klien.


2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama
mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-
ragu tentang dirinya.
3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien
diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana,
tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah
kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat
keputusan tersebut.
4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang
menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah
ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep
kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat
menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain,
misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan
seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu
kesejahteraan kehidupan individu.
5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti
kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada


diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif
kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai,
membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang
dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat
keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa
mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang
banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang
nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses
kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa.
Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik
atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut
keperluan klien.

Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:

• Memahami diri dan situasinya;


• Mengenal pasti keperluannya;
• Menerima realiti hidupnya;
• Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
• Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
• Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga
menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa
yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup
di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan
kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai
dalam masa yang singkat.

Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi
yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan
kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan
hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga
merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang
penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan
kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari
dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak
mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup.

Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan
hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan
seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.

Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman


dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi
kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada
mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya,
memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini
tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin
berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat
meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

Kembali ke Indeks

PRINSIP KAUNSELING
Oleh : Asmawati Baharudin
Ketua Kaunselor
PK MAINS
|Penilaian diri|Matlamat|Sikap|

PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan
kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:

1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela


dengan kehendak hati klien sendiri.Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan
pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.

2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah


hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.

3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling.
Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah
kaunselor.

4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu
bual.Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya
melibatkan temu bual.

5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti


mendengar merupakan kaunseling.

6. Kaunselor memahamikliennya.

7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor
dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.

8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang
mempunyai masalah psikologi.

KAUNSELING HARUS BERASASKAN PRINSIP-PRINSIP BERIKUT:

1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.

2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih
tinggi

3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya
kebenaran tentang dirinya sendiri.

4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan


kaunselor

Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:

1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah


atau kerunsingan.

2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien


berdasarkan kemesraan dan kepercayaan.Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan
dalam kaunseling.

3. Dalam sesi kaunseling,kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan


mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau
keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk
membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor.Kaunselor menolong
klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui
kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional.

4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan.


Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang
terlibat.Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan
kurang percaya pada orang lain.

5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan


bagi kesejahteraan diri sendiri.

6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri


seseorang.

7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang
maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai
matlamat itu.

8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

KETRAMPILAN PEMIMPIN BERWIBAWA

Membentuk Kejayaan Diri

• Menganalisa mengenali diri sendiri


• Menyediakan matlamat hidup
• Mempunyai wawasan sendiri
• Mengenalpasti nilai dan prinsip dalam hidup
• Sasaran – Perancangan dan matlamat untuk menjayakan sasaran bagi
membolehkan berjaya dalam kerjaya

Mengenal diri sendiri

• Anggapan kita mengenal diri sendiri


• Diri kita dari kaca mata orang lain
• Diri kita sebenar

Tiga jenis manusia

1. Mereka yang menjadikan sesuatu berlaku


2. Mereka yang melihat sahaja apa yang berlaku
3. Mereka yang bertanya apa yang berlaku

Penilaian diri

• Memahami diri sendiri - kekuatan/kelemahan


• Motivasi - kemahuan, semangat membara, keyakinan
• Disiplin diri - menggunakan kekuatan diri dalam mengawal diri
• Keimanan - Pedoman dan Pegangan hidup
• Keyakinan - mempercayai kebolehan sendiri
• Personaliti dan imej diri
• Perasaan - kebolehan mengawal perasaan
• Sikap - Positif atau Negatif
• Tenaga- tenaga yang berterusan
• Semangat, kecergasan,kesungguhan Berfikir kreatif -idea/strategi baru
• Sasaran - sasaran dan standart diri sendiri
• Matlamat - Matlamat dan perancangan sebagai kompas ke arah kejayaan
• Pengurusan masa -keupayaan membezakan antara keutamaan , segera,
kepentingan, tidak penting segera.

Jenis-jenis matlamat

• Matlamat jangka panjang


Matlamat yang memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk dicapai

• Matlamat jangka pendek


Matlamat jangka pendek yang membawa kepada implementasi matlamat
jangka panjang

Matlamat : Pendekatan-Smarter

S - Specific......Spesifik
M - Measurable....Boleh diukur
A - Attainable....Boleh dicapai
R - Reasonable....Berpatutan
T - Time bound....Jangkamasa
E - Exciting......Seronok / mengembirakan
R - Rewarding.....Ganjaran

Prinsip pembentukan matlamat

• Matlamat mestilah matlamat anda sendiri


• Matlamat mestilah positif
• Matlamat mestilah boleh di capai dan nyata
• Matlamat mestilah ditulis
• Matlamat mestilah specifik

Mengapa tidak mempunyai matlamat

• Boleh dijangkakan
• Telah ditetapkan
• Takut kehilangan / kekalahan
• Takut kemenangan
• Pengharapan yang terlalu tinggi

9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda

1. Kuasai masa anda


"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"

2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda.


"Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang
boleh melakukannya untuk selama-lamanya"
3. Hapuskan ketakutan.
"Jika anda takut mencuba,anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba
membuat anda tidak akan berjaya".

4. Praktikan sikap positif

5. Gambaran minda
"Kejayaan bukan destinasi,ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana
tujuan perjalanan tersebut".

6. Bina imej diri positif

7. Capai sebarang peluang yang mendatang


"Peluang hanya datang sekali"

8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu

9. Ambil tindakan sekarang- Jangan cakap-cakap kosong sahaja.


"Action speak louder than words"
"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"

Keputusan ditangan anda,jangan biarkan sesiapa menghalang anda

Langkah 1

• Jelaskan kenapa anda membuat keputusan tersebut.


• Fikirkan berapa banyak masa yang anda ada.
• Tuliskan matlamat anda dan bila ia patut dicapai.

Langkah 2

• Fikirkan tindakan yang akan diambil


• Cari maklumat yang berkaitan dengan situasi tersebut
• Senaraikan pilihan yang terbuka untuk anda

Langkah 3

• Senaraikan implikasi dan akibat dari setiap pilihan


• Hapuskan pilihan yang tidak munasabah atau tidak anda perlukan

Langkah 4

• Ikut setiap pilihan sampai tamat


• Anda boleh mengikut lebih dari satu pilihan
• Jangan membuang masa jika anda menemui jalan buntu.

Langkah 5

• Tambah pilihan atau matlamat baru didalam tindakan anda

Langkah 6
• Bila anda telah mencapai matlamat anda tuliskan matlamat baru dan had
masa baru. Ikut langkah 2.

Langkah 7

• Bila anda telah mencapai matlamat yang terakhir, anda juga adalah kearah
mencapai kejayaan yang jitu.

Hilangkan ketakutan

Bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri.

Fasa 1 Kenalpasti diri anda


Langkah 1 : Bina fail kejayaan anda
Langkah 2 : Mempunyai sikap optimistik
Langkah 3 : Tukar sikap anda terhadap kegagalan
Langkah 4 : Berhenti dari menganggap kegagalan dimana-mana

Fasa 2 Ketegasan diri anda


Langkah 1 : Belajar menyatakan “TIDAK”
Langkah 2 : Bertanya

Bersikap positif

Apa itu SIKAP

• Sikap adalah tingkahlaku yang lahir dari emosi. Ia adalah kumpulan


keterlaluan/perangai yang ditunjukan oleh seseorang terhadap orang lain.
• Ia merupakan komponen emosi dan salah satu perkara yang sukar di
fahami dan diurus.

Bagaimana Sikap di Perlihatkan


Perkataan yang digunakan - “Boleh saya tolong…….” - “Maaf,……”
Air muka - senyum
Budi bahasa - Bersopan santun - Kurang sopan
Nada bahasa - Lembut, marah
Pembawaan diri (Imej) - Kemas, bersih
Pakaian - Kotor, bersih
Cara berjalan - Bertenaga, tak bermaya
Posture - Tegap, Bongkok

Sikap dan perhubungan manusia

Apa fungsi sikap terhadap persekitaran?

Sikap positif akan menghasilkan 3 matlamat:

• Ia akan melahirkan emosi yang positif/baik terhadap kerja dan rakan-rakan


di sekitar anda
• Ia menambahkan sifat kreatif bagi menambah produktiviti anda
• Ia memperbaiki personaliti anda dalam berhubung dengan persekitaran
Sikap dan sifat positif dalam pembentukan seseorang. Anda adalah apa yang anda
fikirkan. Jika anda positif kerja di anggap mustahil boleh berjaya.

Kaedah mengubah sikap

• Tentukan dahulu samada sesuatu masalah itu berpunca dari sikap atau
faktor persekitaran. Jika berpunca dari faktor lain, usaha mengubah sikap
tidak perlu dilakukan.
• Apakah diri sendiri orang yang paling sesuai untuk melakukannya dan
apakah pengaruh yang membawa kepada perubahan?Apakah kerana
pengaruh ganjaran, kepakaran, paksaan, tauladan atau simpati?
• Nilai diri apakah komponen yang paling mempengaruhi sikap untuk
berubah? Apakah dengan mengubah persekitaran, pemikiran, pandangan
dunia, perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan persekitaran untuk
bertindak?
• Tentukan pendekatan yang diperlukan untuk mengubah diri samada
dengan secara langsung negatif; mengancam; mengkritik; menghina;
mengenakan dendaan dan paksaan atau secara tidak langsung;
menunjukkan tauladan silaturrahim dan perlakuan.
• Mengenal pasti rintangan rintangan yang mungkin dihadapi serta cara
mengatasinya, menentukan cara pengukuhan setelah berlaku perubahan;
galakan atau dorongan dan mengubah suai pendekatan berasaskan
kejayaan atau kegagalan.

Sikap orang yang berjaya

• Mengubah kelakuan sendiri


• Bekerja keras dan punya masa
• Tahu bila mahu bersikap tegas dan mengalah
• Menghormati orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
• Menggunakan masa untuk maju
• Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
• Menerima pendapat orang lain

Sikap orang yang gagal

• Cuba mengubah kelakuan orang lain


• Terlalu sibuk membuat apa yang patut
• Mengalah bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
• Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan
mereka
• Gunakan masa untuk mengelakkan kritikan
• Penekanan terhadap masalah
• Tidak mahu menerima pendapat orang lain

Kembali ke Indeks

You might also like