You are on page 1of 11

Koleksi Teks Ucapan

YB Datin Paduka Hajah Zaleha Bt Ismail


Menteri Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat
27 Mac 1998, Jam 9.00 Pagi
Majlis Perasmian ‘KIWANIS International 23RD Asia Pacific Convention’
Di Sunway Lagoon Resort Hotel

Yang Berbahagia, Tan Sri Khir Johari & Puan Sri Christine
Charter President of Kiwanis Clubs of Malaysia

Mr Walter Sellers
Kiwanis International President

Mr Glen Bagnell
Kiwanis International President-Elect

Mr Nettles Brown
Kiwanis International Treasurer

Dr Juan `Ito’ Torres Jr. and Dr Kim Hyun Soo


Kiwanis International Trustees

Mr Chooi Tat Wai


Convention Chairman

Me Eugene Leow
Organising Chairman

Dr Ong Hean Tee


Area Co-Ordinator of Kiwanis Malaysia

Ahli Lembaga Eksekutif dari Kiwanis Negara-Negara Asia Pasifik


Yang Di Pertua dan Ahli Kelab Kiwanis Kawasan Asia Pasifik dan Malaysia
Staf dari Kiwanis International

Tetamu-tetamu Kehormat Kelab Kiwanis Malaysia,

Wakil-Wakil Media,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekelian,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Kelab Kiwanis Malaysia
yang telah menjemput saya untuk merasmikan Konvensyen Ke 23, Kiwanis International bagi kawasan Asia Pasifik.
Syabas diucapkan kepada Kelab Kiwanis Malaysia yang telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi
Persidangan ASPAC ini yang diadakan setiap tahun. Adalah difahamkan bahawa seramai lebih kurang 1,000 orang
peserta dari Negara-Negara Asia-Pasifik menghadirkan diri di Persidangan ini untuk membincang isu-isu semasa
dari segi kesan kegawatan ekonomi kepada masyarakat dan peranan yang dapat dimainkan oleh Kelab Kiwanis
Malaysia untuk menangani masalah-masalah sosial yang timbul.

I am happy to note that representation at this Convention has been extended to cover the Asia Pacific Region. It thus
gives me great pleasure to extend a warm and cordial "Selamat Datang" to all of you especially our participants from
overseas, on behalf of the people and the government of Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang telah bekerja keras untuk menentukan Persidangan ini
dapat dikendalikan dengan jayanya. Saya berasa bangga dengan inisiatif yang telah ditunjukkan oleh Kelab Kiwanis
Malaysia khususnya Kelab Kiwanis Petaling Jaya bukan saja di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat
antarabangsa kerana berjaya menyahut cabaran untuk menganjurkan Persidangan ini untuk kali yang ketiga. Saya
difahamkan bahawa kali terakhir Persidangan ini diadakan di Malaysia adalah pada tahun 1991. Kejayaan yang telah
dicapai oleh tuan rumah, iaitu Kelab Kiwanis Kuala Lumpur yang menjadi penganjur pada tahun tersebut,
menjadikan negara kita di pilih sekali lagi untuk menganjurkan Persidangan yang bertaraf antarabangsa ini.

Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang yang
bertanggungjawab untuk membawa pergerakan Kiwanis ke negara kita iaitu tidak lain dan tidak bukan BAPA
KIWANIS kita – Y.Bhg. Tan Sri Khir Johari. Jika tidak kerana beliau, Majlis seumpama ini dengan kehadiran tuan-
tuan & puan-puan sekelian tidak akan diadakan pada hari ini. Walaupun Kelab Kiwanis Malaysia mempunyai
sejarah yang pendek tetapi telah berjaya mengendalikan berbagai projek yang boleh dibanggakan dan bermanfaat
kepada masyarakat umum. Projek seperti penubuhan Pusat-pusat Jagaan Harian Kiwanis bagi kanak-kanak Down
Syndrome dan Pusat-pusat Rawatan Dialisis Buah Pinggang di seluruh negara merupakan tanda kejayaan Kelab ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian,

Baru-baru ini saya telah dijemput untuk melancarkan projek `Mencari Harta Karun’ yang Ke –15 di Pusat Kiwanis
Down Syndrome, Petaling Jaya. Lanjutan dari itu, saya di fahamkan bahawa Kiwanis di Malaysia telah mencatatkan
satu rekod bagi projek ini sebagai projek yang terlama pengendaliannya (longest running motor Treasure Hunt in the
country). Sekali lagi syabas kepada mereka yang bertanggungjawab dan semoga projek seumpama ini dapat
diteruskan dan dipertingkatkan di masa-masa hadapan.

Kejayaan yang ditunjukkan dan beberapa projek lain yang dikendalikan oleh 17 buah Kelab Kiwanis di Malaysia
membuktikan komitmen dan keprihatinan oleh kepimpinan dan ahli-ahli Kelab Kiwanis yang berkenaan dan saya
yakin sifat kesukarelaan yang ditunjukkan juga wujud di seluruh dunia di mana sahaja simbol Kiwanis ini wujud.
Dalam negara menghadapi kegawatan ekonomi yang melanda beberapa negara Rantau Asia Pasifik sekarang,
peranan yang dimainkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Kelab Kiwanis adalah sangat penting khususnya
dalam usaha meringankan kesan-kesan ekonomi kepada kebajikan dan kesejahteraan masyarakat yang kurang
bernasib baik. Konvensyen dua hari ini, saya percaya, membuka peluang kepada pergerakan Kelab Kiwanis untuk
membincang dan membuat perancangan yang menyeluruh dalam membantu Kerajaan negara masing-masing
menghadapi masalah kegawatan yang dihadapi dengan pengendalian dan pembiayaan projek-projek komuniti untuk
meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang memerlukan.

Ladies and Gentlemen,

We in Malaysia believe very strongly in the non-governmental organisations taking an active role in supplementing
and complementing Government service delivery. To this end, Government reciprocate by providing the necessary
support, both in the form of incentive and monetary assistance, to meet their financial commitments in implementing
various programmes and activities for the different deprived groups of society. Needless to say, there is a lot that can
be done through the voluntary movement, as evident from the service delivery and projects initiated by the Kiwanis
Club and Movement. What we see is just a small portion of the reservior of community goodwill and effort that can
be put into action through cooperation and support enhancement. Efforts are being made to tap this latent energy of
volunteerism through the non-governmental organisation sector. One of the strategies adopted by the Ministry of
National Unity & Social Development to achieve its desired goal towards a well-being and developed society is to
forge strategic alliancies or smart partnerships with NGO’s at all levels. Through such partnerships, it is hoped that
both parties can worked together, sharing resources, and through coordinated efforts, provide the essential services
and programmes that can alleviate social and economic problems faced by those sectors of society that are in need of
assistance in whatever form they may be.

Ladies and Gentlemen:

It is internationally known that Malaysia is embarking towards a fully industrialised nation by the year 2020 but we
are very much aware that such economic policy for development should also contribute towards achieving the goal
of producing a harmonious society. In times when we are constantly being made aware of the social ills of society as
a result of rapid socio-economic changes, a reassessment of our development approach perhaps need no further
emphasis. The progress of any country cannot be sustained without making human welfare concerns an integral part.
Given our unique social, cultural and historical circumstances, the effects of industrialisation are still unclear
although new and emerging social issues are an indication. It is however possible to predict and forecast and even
manage these consequences to some extent. We do not have to be overwhelmed by the situation but we will need to
define our own problems and devise solutions that are more relevant to our circumstances. There is no doubt one of
the most important priorities for social development is to evolve capability for responding to social problems in a
timely and effective fashion. Such a capability will not come about at the initiative of government alone, the
problems are often complex and widespread. They demand equally complex solutions. I believe that no agenda for
social development can be complete without specifying the role for government, the community, the business sector,
the voluntary sector and the family. It must be emphasied that social development must build upon a durable
partnership between these sectors of society.

Realising this, Malaysia formulated its National Welfare Policy in 1990 with the ultimate objectives of ensuring a
secure and stable society for the nation’s progress. This is in line with Malaysian’s vision 2020 but equal emphasis is
given on enchancing the well-being and social stability of the people and the establishment of a fully caring society.
Malaysia’s policies and programmes for the underprivileged population are guided by the strategic goals of the
National Welfare Policy which emphasised on the attainment of self-reliance, equalisation of opportunities for the
less fortunate and fostering the spirit of mutual help and support towards enhancing the caring culture. We strongly
believe that society as a whole can play a crucial role in providing a better and secure future for the poor and
underprivileged groups of society. Although much have been achieved there is still much more that need to be done.
The task ahead of us is indeed enormous. But through the cooperation of all sectors of society, the family,
community, business and government, and the voluntary sector like the Kiwanis Clubs, our burden will indeed be
lighter. A 'Fully Caring Society’ is not likely to evolve without such a partnership. Most importantly and as
emphasised earlier, a partnership of all these sectors will prevent social development and welfare programmes from
being segregated into mere charity based, remedial activities that have little relevance to the new challenges we will
encounter as industrial nations.

Ladies and Gentlemen:

In conclusion, I would like to thank the Kiwanis International & Kiwanis Clubs of Malaysia for their support and
technical assistance and to Kiwanis Club Petaling Jaya who have put tremendous effort in ensuring the success of
this meeting. To the delegates, it is my hope that this Convention will stimulate fresh ideas that will help forge new
directions with regards to the Kiwanis movement worldwide and what Kiwanis can do to make the world a better
place. May your deliberations here be both stimulating and fruitful.

In the midst of discussions and deliberations, please do find time to enjoy our beautiful capital city of Kuala Lumpur
and enjoy the numerous places of interests. Once again, I wish all of you, especially the delegates, a fruitful
discussion and enjoyable stay in Malaysia.

With this note, I now have the pleasure to declare the Kiwanis International 23rd Asia Pacific Convention offically
open.

Thank you.

2 April 1998
Di Majlis Pelancaran Briged Kebajikan Perdana Negeri Sarawak

Saudara Pengerusi Majlis

Y Bhg. Dato’ Dr. Hj. Zainul Arif Bin Hj. Hussain


Ketua Setiausaha KPNPM

Y Berusaha
Encik Jaafar Bin Abdul Wahid
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

Encik Anuar Bin Haji Mohd Noor


Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak

Komandan-Komandan Dan Ahli-Ahli Briged Kebajikan Perdana Negeri Sarawak Dan


Ahli-Ahli Jawatankuasa Pelancaran Briged Kebajikan Perdana Negeri Sarawak

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian

Terlebih dahulu saya mengucap syukur kepada Allah SWT kerana di atas limpah perkenannya, saya dapat bersama-
sama tuan-tuan dan puan-puan di Kuching pada pagi ini untuk merasmikan pelancaran Briged Kebajikan Perdana
bagi Negeri Sarawak.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Sarawak kerana telah dapat menganjurkan Majlis Pelancaran ini dengan jayanya . Sesungguhnya dedikasi serta
semangat yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat membuktikan bahawa kita semua peka dan mengambil berat
terhadap masalah sosial yang wujud dalam masyarakat kini.

Saya difahamkan bahawa keahlian BKP bagi Negeri Sarawak telah menjangkau 6,795 ahli yang merangkumi 9
bahagian. Negeri Sarawak adalah negeri yang kedua belas yang melancarkan Briged Kebajikan Perdana. Beberapa
aktiviti secara kecil kecilan telahpun diadakan untuk mengorientasikan ahli-ahli BKP kepada kerja kesukarelaan
dalam bidang kebajikan dan khidmat masyarakat. Sesungguhnya penyertaan orang ramai dalam bidang kerja
kebajikan adalah sangat dialu-alukan. Penglibatan dan sumbangan masyarakat untuk membantu memperluaskan dan
mempertingkatkan perkhidmatan kebajikan adalah sangat penting dalam usaha untuk menentukan kesejahteraan
rakyat lebih lagi bagi yang kurang bernasib baik.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian

Sejak dilancarkan di Negeri Johor pada bulan September 1995 hingga Disember 1997, jumlah keahlian Briged
Kebajikan Perdana seluruh negara ialah seramai 63,965 ahli. Berbagai program dan aktiviti kesukarelaan telah
diadakan khususnya untuk masyarakat yang memerlukan. Program-program dalam perkhidmatan luar dan institusi
jabatan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan telah dilaksanakan. Program dan aktiviti berbentuk kemasyarakatan seperti
membantu dalam pemindahan mangsa banjir dan mangsa kebakaran, membaiki rumah, membuat kerja–kerja yang
menambah keselesaan penghuni institusi serta aktiviti berbentuk pendidikan dan meningkatkan pengetahuan seperti
seminar, kursus motivasi, kursus pengurusan dan kepimpinan serta khemah kerja telah berjaya dilaksanakan untuk
manfaat masyarakat dan penghuni di institusi dan rumah kebajikan. Saya penuh yakin bahawa menerusi program
penglibatan dalam aktiviti BKP, anggota masyarakat yang berminat dalam kerja kebajikan akan dapat mengisi masa
lapang dengan kegiatan yang bermanfaat serta dapat pula mencegah atau setidak-tidaknya mengurangkan masalah
sosial yang negatif.

Sepertimana yang sedia maklum, keujudan BKP adalah sebagai jentera yang dapat memberi perkhidmatan yang
cekap dan pantas kepada peringkat akar umbi. Di samping itu, ahli BKP bertindak sebagai pasukan simpanan yang
tersusun bagi menghadapi masalah-masalah dengan komitmen semua ahli-ahli. Dengan jumlah sukarelawan lebih
63,000 , sudah tentu ini merupakan satu tenaga yang boleh digembeling secara berkesan dalam membantu kerajaan
untuk menangani masalah sosial yang dihadapi masyarakat.

Walaupun berbagai program dan aktiviti telah berjaya diadakan di peringkat negeri dan daerah, akan tetapi banyak
lagi yang perlu dilakukan untuk mempergiatkan lagi program BKP ini supaya dapat menjadi satu kejayaan
melambangkan keprihatinan dan komitmen masyarakat dalam bidang kesukarelaan dan kemasyarakatan. Program
latihan untuk komandan BKP dalam bidang pembangunan kesukarelaan akan di pertingkatkan bagi melengkapkan
mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus dan membangunkan program seperti ini. Para
pemimpin BKP perlu berkeupayaan untuk menarik minat masyarakat dalam bidang kerja sukarela, mengekalkan dan
mengukuhkan minat tersebut serta membangunkan program supaya lebih tersusun dan menyeluruh dari segi
penglibatan ahli dan pemantauan program.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Akibat pembangunan negara yang begitu pesat dalam aspek ekonomi dan teknologi maklumat, kesan sampingan
yang timbul adalah gejala sosial yang mengancam kesejahteraan negara. Berbagai masalah sosial seperti penagihan
dadah, pergaulan bebas, remaja lari dari rumah, pembuangan bayi penderaan dan keganasan rumah tangga,
pengabaian warga tua dan bermacam lagi telah dikesan. Kekukuhan institusi keluarga semakin tergugat, anak-anak
remaja yang merupakan bakal pemimpin di masa hadapan menghadapi berbagai cabaran yang boleh membinasakan
mereka dan negara. Oleh itu, kita semua harus bersiap sedia dan perlu memainkan peranan dalam usaha untuk
menangani masalah sosial yang ada, lebih-lebih lagi dalam menhadapi alaf baru yang menjanjikan kemajuan negara
berada ditahap yang tinggi setanding dengan negara maju. Sesungguhnya banyak lagi masalah sosial yang akan
melanda negara seperti masalah pendatang asing dengan implikasi sosialnya di mana kesannya sudah kelihatan. Jika
masalah ini tidak ditangani bersama dan terus dibiarkan berleluasa tanpa kawalan, kita bimbang matlamat negara
untuk menjadikan negara sebagai negara maju, aman, makmur dan dihormati dunia akan hanya tinggal idaman
sahaja.

Terdapat keadaan di mana masyarakat kurang arif atau maklum mengenai kejadian negatif dalam persekitaran
mereka. Sikap tidak peduli ini perlu dikikis kerana boleh mengakibatkan penyakit-penyakit sosial terus menular dan
merebak lebih meluas lagi kesegenap lapis masyarakat. Selain dari melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
dan aktiviti pendidikan, ahli-ahli BKP perlu juga memainkan peranan sebagai mata dan telinga Kementerian dengan
melapur atau memaklumkan mengenai insiden-insiden yang memerlukan intervensi Kementerian dan Jabatan di
bawahnya. Insiden yang dimaksudkan merangkumi penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi, anggota masyarakat
yang memerlukan bantuan, pendaftaran orang kurang upaya dan sebagainya. Dalam usaha ini, tuan-tuan dan puan-
puan sebagai ahli BKP boleh menunjukkan bahawa tuan-tuan dan puan-puan adalah sebagai anggota masyarakat
yang sedar, peka dan prihatin terhadap isu-isu sosial semasa. Dengan cara ini , sumber tenaga kesukarelawan ini
dapat membantu dalam usaha untuk mengurangkan berlakunya gejala sosial dalam masyarakat.

Pada pendapat saya, kebajikan untuk golongan yang kurang bernasib baik tidaklah sepatutnya dibebankan kepada
kerajaan semata-mata. Tanggungjawab itu perlu dipikul bersama oleh kerajaan dan masyarakat. Kita tidak mahu
masyarakat kita bersikap kurang bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka yang memerlukan perhatian dan
pertolongan. Justeru itu, penubuhan BKP merupakan satu usaha untuk mencapai hasrat ini. Tidak salah kalau
diperkatakan bahawa BKP merupakan rakan kongsi Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menangani masalah sosial
negara. Penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan kumpulan masyarakat akar umbi seperti BKP dalam bidang
kebajikan dan pembangunan sosial dapat meringankan beban tanggungan kerajaan lebih-lebih lagi dalam negara
menghadapi kegawatan ekonomi yang agak serius.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk membina sebuah masyarakat yang kukuh dan bertanggungjawab serta
penyayang sejajar dengan cabaran wawasan 2020. Kita tidak mahu masyarakat kita bersikap kurang prihatin
terhadap kebajikan golongan masyarakat yang memerlukan perhatian dan bantuan. Justeru itu, kita perlu berusaha
untuk membina sikap bertanggungjawab dan ingin membantu di kalangan masyarakat supaya semua usaha akan
dapat dikendalikan dengan sempurna dan kita akan dapat memajukan kesejahteraan mereka yang kurang bernasib
baik dalam erti kata yang sebenar.

Saya percaya bahawa tuan-tuan dan puan-puan adalah terdiri daripada anggota masyarakat yang mempunyai
pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam berbagai bidang dan berbagai profession. Saya juga percaya bahawa
sebilangan besar dari tuan-tuan dan puan-puan sudah lama berkecimpung dan melibatkan diri dalam kerja kebajikan.
saya berharap agar minat dan kecenderungan ini dikekalkan dan digiatkan untuk manfaat mereka yang malang. Saya
juga berharap agar BKP Negeri Sarawak akan dapat terus bergiat aktif agar matlamat penubuhan dapat dicapai untuk
kebaikan semua pihak. Apa yang penting ialah minat ahli BKP dalam bidang kerja kebajikan dan khidmat
masyarakat dapat dijelmakan dalam bentuk tindakan yang terancang. Sesungguhnya minat sedia ada ini dapat
memupuk perasaan cintakan kerja amal, budaya tolong menolong dan sikap bantu membantu sesama ahli dalam
menghadapi senario sosial masa kini.

Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan setinggi tahniah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak
yang telah berjaya melancarkan Briged Kebajikan Perdana ini serta seluruh warga kerja jabatan dan agensi lain yang
terlibat dengan program hari ini. Tidak lupa saya ucapkan syabas kepada semua ahli BKP yang telah menyahut
seruan kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan negara. Saya mendoakan agar
program hari ini dapat mengorak langkah dalam perancangan dan perlaksaaan aktiviti yang lebih aktif dan berkesan
dengan semangat dan iltizam ahli-ahli BKP semua.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya melancarkan Briged Kebajikan Perdana Negeri
Sarawak.

Terima kasih.

12 Mei 1998 (Selasa), Jam 10.00 Pagi


Di Majlis Perasmian Konvensyen Pengurusan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM)
Di Kompleks MADA, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dan Salam Sejahtera

Saudara Pengerusi Majlis

Yang Berhormat Dato’ Zainol Md Isa


Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelenggara Konvensyen Pengurusan Anak-Anak Yatim Malaysia II

Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Sebi Bakar


Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia

Dato’-Dato’/Datin-Datin

Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Di Hormati Sekalian

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana di atas limpah perkenannya, saya dapat
bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan pada pagi ini untuk merasmiikan Konvensyen Pengurusan Anak-anak Yatim
Malaysia II yang bermula pada 11 Mei 1998 hingga 13 Mei 1998. Saya mengambil kesempatan di sini untuk
mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Penyelenggaraan iaitu Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia,
Pergerakan Belia 4B Negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan
Perak kerana berjaya bergabung tenaga menganjurkan konvensyen ini, sesungguhnya dedikasi serta semangat yang
ditunjukkan oleh semua yang terlibat membuktikan bahawa kita semua peka dan mengambil berat tentang masalah
sosial yang sentiasa memerlukan keprihatinan dalam masyarakat kini.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang di hormati sekalian

Sesungguhnya anak-anak yatim di negara kita amat bertuah kerana ramai masyarakat kita prihatin terhadap mereka,
jika di bandingkan dengan negara-negara membangun lainnya, taraf kehidupan anak-anak yatim kita adalah jauh
lebih baik daripada mereka. selain daripada orang perseorangan yang menolong anak-anak yatim kita juga punya
kumpulan masyarakat yang berusaha mengujudkan rumah ataupun pertubuhan anak-anak yatim yang ujud hampir di
semua negeri. Semangat ini menjurus kepada ‘caring society’ suatu konsep atau wadah kearah mengujudkan
masyarakat yang sejahtera dan penyayang. Mmelaksanakan kerja-kerja kebajikan ini tidak cukup dengan cara kita
menghadiri konvensyen ia harus di tunaikan dengan penuh minat, komitmen yang tinggi dan yang paling penting
sekali ialah kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab kita.

Terdapat 55 buah pertubuhan kebajikan sukarela yang mengendalikan kebajikan anak-anak yatim di bawah program
keluarga dan kanak-kanak yang diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara di beri peruntukan
bantuan geran sebanyak RM 4,138,972 bagi tahun 1998. Negara maju tidak bermaksud sebuah negara yang
masyarakatnya hilang segala nilai sosial dan kejiwaan di mana keadilan sosial tidak ujud. Kerajaan melaksanakan
berbagai program bagi menentukan cabaran-cabaran ini dapat dicapai dengan sokongan semua pihak. Ini merupakan
matlamat negara di mana semua lapisan masyarakat harus peka dan bersedia untuk menjayakan usaha Malaysia
mencapai taraf negara maju dengan masyarakat yang menikmati sepenuhnya dari segi pembangunan ekonomi,
kestabilan politik, dan kesejahteraan sosial yang akan dapat meningkatkan nilai hidup masyarakat dan maruah
bangsa.

Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekalian

Sepertimana yang diamalkan, falsafah "Kebajikan Tanggungjawab Bersama" di kalangan semua pihak tidak kira
individu, komuniti, sektor swasta, mempunyai peranan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat yang
kurang bernasib baik di negara ini. Adalah sesuatu yang murni jika semuanya sedar akan perkara ini dan cuba lebih
prihatin dan membantu di mana kepentingan masyarakat yang berkerperluan lebih diutamakan, maka dengan
sendirinya, konsep masyarakat penyayang dan kebajikan tanggungjawab bersama akan dapat tercapai dan menjadi
budaya kita.

Penyakit sosial kian hari kian meningkat melanda remaja yang berusia di antara 13 tahun hingga 21 tahun seperti
merokok, menonton video lucah, terbabit dalam perjudian dan mengambil dadah berat dan peningkatan pembabitan
remaja wanita dalam maksiat. Kursus-kursus, seminar, konvensyen perlu dilaksanakan dengan terancang.
Kurikulumnya mestilah berteraskan ajaran Islam yang sebenar supaya kekuatan akidah setiap individu dapat
dipertingkatkan.

Golongan kanak-kanak merupakan harapan bangsa dan negara di masa hadapan. Oleh itu mereka haruslah
dilindungi, dipupuk dan dibangunkan supaya dapat memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang. Masyarakat
sendiri begitu penting dalam menentukan keadaan gejala sosial seperti penderaan fisikal dan rohani, exploitasi,
sumbang mahram dan sebagainya tidak berlaku. Jika tidak dibendung maka masa depan generasi muda sudah
tentunya gelap dan bermasalah.

Tidak siapa yang dapat mengubah arah hidup sekiranya mereka sendiri tidak berusaha mengubah sikap yang negatif
dalam diri mereka sendiri. Hubungan kasih sayang yang erat akan membawa kepada kesanggupan berkorban secara
ikhlas untuk saling bantu membantu sesama insan. Tidak sempurna iman seseorang selagi tidak ada kasih dan
sayang kepada insan lain sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri.

Manifestasi terhadap insan ini iaitu anak-anak yatim, termasuk melayan mereka dengan penuh kasih sayang dan
bersabar dengan segala kerenah mereka. Agama kita menyarankan agar kita berbuat baik dengan menghormatinya
walaupun mereka bukan dari keluarga atau kaum kerabat kita sendiri. Dengan menghayati dan mengenalkan prinsip
hidup ini, saya yakin golongan anak-anak yatim akan sentiasa terpelihara dan kesejahteraan mereka terjamin.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Masyarakat juga boleh memainkan peranan secara terus dalam membantu golongan yang memerlukan umpamanya
mengambil anak-anak yatim sebagai anak pelihara (fostering) supaya kanak-kanak berkenaan dapat merasai suasana
hidup berkeluarga yang sejahtera dan sempurna.

Kesedaran sivik harus dipupuk dari muda lagi dan oleh itu, sistem pendidikan negara harus memberi penekanan
kepada kesedaran sivik dalam kurikulum supaya ksedaran ini dapat dipupuk dan dihayati pada kanak-kanak
sehinggalah mereka dewasa. Dengan cara ini masyarakat akan menjadi lebih sedar dan lebih kepada keperluan sivik
dalam masyarakat. Di samping itu, kempen-kempen kesedaran sentiasa dijalankan oleh Badan-badan Bukan
Kerajaan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai masalah sosial.

Badan-badan seperti Yayasan Kebajikan Negara, Yayasan Membasmi Kemiskinan yang terdapat di negeri-negeri,
Amanah Ikhtiar Malaysia dan yayasan-yayasan yang ditubuhkan oleh sektor swasta telah banyak menjalankan
usaha-usaha untuk membantu golongan miskin di negara ini. Di samping itu, kerajaan melalui Jabatan Perdana
Menteri juga telah mengadakan berbagai projek dan aktiviti di bawah program pembangunan rakyat termiskin.
Dapat di lihat bahawa masyarakat miskin negara tidak dilupakan tetapi mempunyai pelbagai kemudahan dan
bantuan yang disediakan oleh Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Sektor Swasta.

Kejayaan Kempen Masyarakat Penyayang untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dapat juga di lihat dari
penglibatan masyarakat dalam program kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat umpamanya, badan kebajikan
sukarela dan organisasi komuniti diperingkat akar umbi seperti Rukun Tetangga, Pasukan Perlindungan Kanak-
kanak, Jawatankuasa Kebajikan Juvana daerah, Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti dalam usaha menangani
berbagai masalah sosial yang dihadapi.
Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,

Saya difahamkan konvensyen ini akan membentangkan kertas kerja memberi penumpuan kepada tajuk-tajuk yang
penting meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pembangunan potensi manusia, dan saya percaya
bahawa pengetahuan yang akan diperolehi amat berguna sebagai langkah persediaan untuk membangunkan satu
kumpulan masyarakat yang utuh dan sihat.. Saya mengharapkan agar semua yang hadir dapat memahami dan
menghayati pengetahuan yang akan diberi bukan saja untuk kemajuan diri sendiri tetapi juga untuk kesejahteraan
keluarga dan pembangunan negara.

Akhir kata, saya harap tuan-tuan dan puan-puan dapat bertukar-tukar maklumat untuk memperbaiki mutu
perkhidmatan organisasi masing-masing dan meningkatkan lagi pencapaian kumpulan sasar dalam bidang akademi
dan kemahiran hidup. Saya sekali lagi mengucapkan syabas kepada YATIM yang begitu aktif melaksanakan
pelbagai program dan aktiviti untuk manfaat golongan anak-anak Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia
dan mendoakan agar Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia terus maju dan berkembang sebagai satu
pertubuhan sukarela yang menjamin kesejahteraan dan kepentingan kumpulan sasar yang di bawah
tanggungjawabnya. Sebagai pengurus-pengurus pengurusan anak yatim saya menaruh harapan agar tuan-tuan/puan-
puan dapat melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab supaya segala sumbangan dan
khidmat yang dicurahkan itu memanfaatkan anak-anak yatim kita semua.

Dengan kata-kata ini, saya dengan lafaz Bismillahirahmannirahim merasmikan Konvensyen Pengurusan Anak-anak
Yatim Malaysia anjuran Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia kali kedua.

Sekian, terima kasih.

26 November 1998

Majlis Pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan Dan Hari Keluarga Antarabangsa 1998

Bismillahir Rahmanir Rahim


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Perpaduan.

Yang Mulia Pengerusi Majlis,

Yang Berhormat
Dato’ Peter Tinggom Anak Kamarau
Timbalan Menteri Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat,

Yang Berhormat
Dato’ G. Palanivel
Setiausaha Parlimen
Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat,

Yang Berbahagia
Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Khalid Bin Sahan
Pengerusi
Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara,

Yang Berbahagia
Encik R. Theivandran
Ketua Setiausaha
Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat,

Yang Berbahagia
Dr. Raj Bt Abdul Karim
Ketua Pengarah
Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara,

Yang Berbahgia
Ketua-Ketua Jabatan,

Yang Berhormat
Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin,

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah izinnya dapat kita bersama di majlis pada hari ini. Saya
ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya hadir bersama di majlis
yang besar ertinya dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan/Hari Keluarga
Antarabangsa bagi tahun 1998 ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Keluarga merupakan unit asas dalam masyarakat. Keluarga juga merupakan blok asas pembangunan sosio-ekonomi
negara. Berasaskan hubungkait ini, sebarang perubahan yang berlaku dalam rentak pembangunan negara akan
memberi kesan secara langsung ke atas institusi keluarga. Begitu juga sebaliknya. perubahan dalam sistem, struktur
dan hubungan kekeluargaan akan mempengaruhi tempo pembangunan, sama ada dalam tempoh jangka pendek
mahupun jangka panjang.

Seperti mana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, pembangunan sosio-ekonomi yang dialami oleh negara kita
sejak dua dekad yang lalu begitu pesat sekali. Proses pembangunan ini sesungguhnya telah berjaya meningkatkan
mutu hidup keluarga dan individu. Rakyat Malaysia telah berjaya menikmati taraf pendidikan dan taraf ekonomi
yang lebih tinggi. Rakyat Malaysia juga telah berjaya menikmati tahap kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik -
jangka hayat penduduk Malaysia telah meningkat kepada 70 tahun bagi lelaki dan 74 tahun bagi wanita pada tahun
1991. Pada masa yang sama, tahap pendidikan wanita terus meningkat di mana murid wanita merupakan setengah
daripada jumlah murid di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan menengah atasan. Kemasukan penuntut
wanita di peringkat universiti telah meningkat dengan pesat daripada 37.2 % dalam tahun 1990 kepada 49.5 %
dalam tahun 1994.

Proses pembangunan yang pesat ini telah membawa keluarga dan ahlinya mengalami suatu struktur dan dinamik
tranformasi sosial yang mendadak. Kajian-kajian yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan bahawa sistem dan struktur kekeluargaan di Malaysia telah mengalami
perubahan yang ketara. Tiga daripada empat keluarga di Malaysia masa kini merupakan keluarga asas (nukliar) dan
dijangka fenomena ini akan berterusan pada masa akan datang. Jangkaan ini diasaskan kepada hakikat bahawa
proses penghijrahan belia ke bandar akan terus meningkat dan kecenderungan pasangan baru berkahwin dan hidup
secara sendiri sudah menjadi suatu tren dalam sistem kekeluargaan di negara kita. Perubahan yang sedang dialami
ini menimbulkan pelbagai implikasi dan cabaran ke atas hubungan dan sokongan kekeluargaan, caragaya
keibubapaan dan peranan keluarga pada keseluruhannya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan peralihan negara menuju ke arah pencapaian masyarakat maju dan berindustri, kerumitan dan kehendak ke
atas individu dan keluarga akan bertambah. Ketidakupayaan untuk memenuhi kehendak ini akan memberi tekanan
ekonomi, sosial dan psikologikal ke atas keluarga. Keluarga yang tidak berupaya mengatasi tekanan tidak akan
boleh berfungsi dengan berkesan, sama ada dalam mendidik dan membimbing anak-anak, mahupun dalam
menangani konflik dan mengatasi krisis kekeluargaan. Kajian-kajian menunjukkan bahawa keluarga yang tidak
berupaya menghadapi cabaran dan tekanan hidup merupakan penyumbang utama kepada peningkatan gejala-gejala
negatif seperti keretakan keluarga, keganasan rumahtangga, penceraian, penyalahgunaan dadah, seks bebas,
pelacuran, pembuangan bayi dan jangkitan HIV/Aids.

Justeru itu, bagi mencapai matlamat seperti yang digariskan dalam wawasan 2020, institusi keluarga perlu dimantap
dan diperkukuhkan. Keluarga yang mantap, padu dan harmoni akan lebih berdaya-tahan untuk menghadapi cabaran
perubahan. sekaligus akan menjadi landasan padu ke arah pembinaan generasi penduduk yang berkualiti. Penduduk
berkualiti dengan ciri-ciri yang berkemahiran tinggi, bermoral dan beretika, inovatif, produktif dan berdaya-saing
akan menjadi pemangkin dan penjana kecemerlangan masa depan negara.

Saya percaya setiap pihak menyedari bahawa cabaran untuk mencapai matlamat tersebut adalah besar sekali. Lebih-
lebih lagi dalam situasi sekarang di mana negara sedang berada dalam kegawatan ekonomi dan sosial. Segala
cabaran dan ujian ini sesungguhnya menuntut kita berfikir dan bertindak secara rasional, positif dan optimis. Kita
perlu mempunyai kekuatan mental dan psikologikal yang kental untuk berhadapan dengan apa juga cabaran. Dalam
konteks keluarga, kita perlu mempunyai keupayaan untuk mengubah gaya hidup (lifestyle). Kita perlu mempunyai
kemahiran dan keupayaan untuk menguruskan keluarga dalam suasana stress dan konflik. Gesaan saya ini adalah
selaras dengan tema Hari Keluarga Kebangsaan dan Hari Keluarga Antarabangsa bagi tahun ini, iaitu "Keluarga
Menyaingi Cabaran".

Bagi merealisasikan tema ini, KPNPM sedang meningkatkan usaha melaksanakan program-program di bawah Pelan
Induk Tindakan Sosial atau PINTAS. Dalam hubungan ini, LPPKN telah menumpukan fokus kepada tiga bidang
program utama, iaitu Penyelidikan dan Pembangunan; Latihan dan Pendidikan; serta Peningkatan Kesedaran
Masyarakat. Satu kajian mengenai kesan pembangunan sosio-ekonomi ke atas keluarga sedang dilaksanakan.
Manakala di bawah program Latihan dan Pendidikan, sebanyak enam modul dibangunkan. Di bawah Program
Peningkatan Kesedaran Masyarakat, LPPKN sedang menyediakan beberapa siri penerbitan menerusi media-
cetak dan media-elektronik untuk kumpulan-kumpulan sasar tertentu. Buku Nilai dan Etika Edisi Satu dan Dua serta
Manual Kaunseling telahpun diterbitkan.

Sempena Majlis Pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan dan Hari Keluarga Antarabangsa tahun ini, sebuah buku
kecil berjudul "Petua Keluarga" atau "Family Tips" akan dilancarkan. Penerbitan buku ini secara umumnya
bertujuan untuk memberi panduan kepada ahli-ahli keluarga dalam menghadapi pelbagai situasi kehidupan,
khususnya dalam situasi kegawatan ekonomi dan sosial seperti yang dialami sekarang. Buku ini juga bertujuan
untuk memupuk ciri-ciri amalan kehidupan keluarga yang sihat, harmoni dan sejahtera.

Bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi ini, acara penyampaian hadiah bagi peserta-peserta pertandingan melukis
poster anjuran bersama LPPKN dan Tabung Kependudukan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) akan dilangsungkan.
Untuk makluman para hadirin, pertandingan ini merupakan sebagai acara tahunan sempena Hari Penduduk Sedunia
yang disambut setiap 11 Julai. Pertandingan ini terbuka kepada lima kategori peserta mengikut kumpulan umur.
Tema pertandingan pada tahun ini ialah "Generasi Hidup Bersama-sama" atau "Generation Living Together".

Dari sejumlah 233 peserta yang mengambil bahagian, sebanyak lima karya telah dipilih untuk dipertandingkan di
peringkat antarabangsa yang berlangsung di New York. Sebanyak empat dari lima karya ini telah terpilih
memenangi hadiah antarabangsa mengikut kategori masing-masing. Kejayaan ini mencerminkan bahawa bakat dan
daya kreativiti anak-anak Malaysia telah meningkat ke suatu tahap yang amat membanggakan. Kejayaan ini juga
telah meningkatkan imej Malaysia di mata masyarakat antarabangsa. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya
ucapkan kepada pemenang-pemenang berikut:

• Mohd Syafiq B. A. Jalal dari Sekolah Rendah Kebangsaan Taming Jaya, Seri Kembangan , Serdang, yang
memenangi tempat pertama bagi kategori II;

• Ooi Chun Gee dari Sekolah Menengah St. Micheal, Kedah, yang memenangi tempat kedua bagi kategori
IV;

• Syarifah Radziah Bt Syed Khairuddin dari Institut Teknologi Mara, Shah Alam, yang memenangi tempat
kedua bagi kategori V; dan

• Tee Li Jing dari Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Kueng Cheng I, Kuala Lumpur, yang memenangi
Anugerah "Honourable Mentions" bagi kategori I.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan/Hari Keluarga Antarabangsa 1998 ini, saya ingin mengambil
kesempatan untuk memohon sokongan dan kerjasama setiap individu, keluarga, masyarakat, sektor swasta dan
korporat serta Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan untuk bersama-sama dengan kerajaan bagi membina azam
dan beriltizam ke arah mewujudkan Institusi Keluarga di Malaysia yang mantap serta berdaya tahan menghadapi
segala cabaran, khususnya cabaran ekonomi dan sosial yang sedang dialami negara masa kini. Tanpa penglibatan
dan komitmen semua pihak, segala hasrat dan agenda murni kerajaan akan sukar dicapai sepenuhnya.

Akhir kata, sukacita saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada LPPKN dan semua pihak yang terlibat termasuk
Agensi-Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan, Keluarga dan Individu yang telah berusaha begitu gigih menjayakan
sambutan pada hari ini.

Sekian dan dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Sambutan
Hari Keluarga Kebangsaan/Hari Keluarga Antarabangsa 1998.

Terima Kasih.

Pindaan Terakhir : 14 Disember 1998

You might also like