You are on page 1of 59

PEMBANGUNAN MANUSIA

Unit 1
Falsafah Pembangunan Manusia Sebagai Insan

Pengenalan

Unit ini akan memperkenalkan anda kepada konsep insan dan manusia serta falsafah
pembangunan manusia di sepanjang hayat. Sebanyak 11 perspektif akan dibentangkan
bagi menerangkan falsafah pembangunan manusia. Pemahaman tentang falsafah
pembangunan manusia adalah penting sebagai asas untuk meneliti proses yang dilalui
oleh manusia dari awal kejadian sehingga ke akhir hayat. Setiap perspektif yang
dibincangkan memberikan takrifan tersendiri tentang pembangunan manusia sebagai
insan.

Topik-topik yang akan dibincangkan mengenai falsafah pembangunan manusia


adalah:

1.1 Konsep insan dan manusia


1.2 Perspektif Multi-dimensi dan Interdisiplinari
1.3 Perspektif Sepanjang Hayat
1.4 Perspektif Herediti dan Persekitaran
1.5 Perspektif Kelangsungan
1.6 Perspektif Kumulatif
1.7 Perspektif Kestabilan dan Perubahan
1.8 Perspektif Kepelbagaian
1.9 Perspektif Kitaran dan Ulangan
1.10 Perspektif Perbezaan Individu
1.11 Perspektif Perbezaan Budaya
1.12 Perspektif Pengaruh Resiprokal
1.13. Kesimpulan

Objektif Unit

Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:

a. Menerangkan falsafah pembangunan manusia di sepanjang hayat


b. Menyenaraikan 11 perspektif yang menerangkan falsafah
pembangunan manusia
c. Membincang dan membezakan antara satu perspektif dengan
perspektif yang lain.

Bacaan

Rice, F. P. (1998). Human Development: A life span approach. N. J.: Prentice Hall.

1.1 Konsep Insan dan Manusia

Kamus Dewan mendefinisikan insan sebagai manusia. Dalam kursus ini, insan merujuk
kepada manusia sejagat iaitu manusia secara universal. Kursus ini membincangkan
tentang insan dan sistem di mana mereka berinteraksi dan bertransaksi dan kesannya
terhadap kualiti hidup.

1.2 Perspektif multi-dimensi dan interdisiplinari

1
PEMBANGUNAN MANUSIA

Pembangunan manusia merupakan satu proses yang kompleks yang boleh dibahagikan
kepada empat dimensi, iaitu:

a. Perkembangan fizikal
b. Perkembangan kognitif
c. Perkembangan emosi
d. Perkembangan sosial

Setiap manusia akan menempuhi kesemua dimensi perkembangan di sepanjang


hayatnya. Dimensi tersebut mempunyai ciri umum yang ketara yang mana akan dilalui
oleh setiap individu mengikut tahap kitaran hidup. Walaupun demikian, wujud ciri unik
yang membezakan seorang individu dengan individu yang lain bersesuaian dengan fitrah
kejadian masing-masing.

Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merujuk kepada pertumbuhan dari segi ketinggian dan berat badan,
perkadaran pertumbuhan bahagian tubuh, kematangan sistem organ utama tubuh seperti
otak dan saraf, motor kasar dan motor halus, kematangan deria dan keperluan penjagaan
kesihatan menerusi pemakanan, tidur yang mencukupi dan gaya hidup sihat.
Perkembangan seksual juga terangkum dalam perkembangan fizikal.

Perkembangan Kognitif

Kognisi merujuk kepada perlakuan mengetahui dan mempersepsi. Perkembangan kognitif


bermaksud proses di mana individu berkembang dari aspek pengetahuan dan
keupayaannya untuk membuat persepsi, berfikir, memahami dan menggunakan
kemahiran ini untuk meneruskan kehidupan. Perkara yang amat berkait dengan
perkembangan kognitif adalah kemahiran intelek, persekolahan, pendidikan dan
kejayaan.

Perkembangan Emosi

Emosi ialah keadaan perasaan yang merupakan satu elemen penting untuk penerusan
kehidupan. Perkembangan emosi bermaksud perkembangan perasaan dan peluahannya
dalam konteks hubungan dengan orang atau objek lain di dunia ini. Emosi juga
merupakan pengantara komunikasi, faktor penting dalam hubungan sosial dan agen
penggalak tingkahlaku yang utama. Emosi merupakan sumber keseronokan mahupun
kesedihan yang berupaya mempengaruhi perkembangan moral seseorang.

Perkembangan Sosial

Faktor sosial dan budaya (atau sosio-budaya) merupakan pengaruh penting dalam
kehidupan seseorang manusia. Konteks pelbagai seperti keluarga, jiran, komuniti, negeri
dan negara serta dunia merupakan keadaan persekitaran di mana individu boleh
dipengaruhi ataupun mempengaruhi ibubapa, rakan sebaya, saudara-mara, dan individu
lain. Bahan seperti media cetak dan elektronik, tempat seperti pusat ibadat dan sekolah
serta peristiwa yang berlaku di dunia juga boleh mempengaruhi individu.

Rajah 1 menunjukkan elemen yang terkandung dalam tiap-tiap dimensi


perkembangan manusia.

2
PEMBANGUNAN MANUSIA

Rajah 1: Dimensi perkembangan manusia

Kesemua dimensi di atas adalah saling bergantung dan menerangkan antara satu sama
lain. Sebagai contoh, perkembangan sosial boleh dipengaruhi oleh kematangan
biologikal, kemampuan intelektual dan reaksi emosi. Kemahiran kognitif pula misalnya,
amat bergantung kepada kecerdasan fizikal, kestabilan emosi dan pengalaman sosial.

• Seorang remaja yang obes [FIZIKAL] tidak dapat mengambil bahagian dalam
sebarang acara sukan di sekolahnya. Di dalam kelas dia juga kurang cekap
mengikuti pelajaran [KOGNITIF]. Dengan pencapaian akademik yang rendah dia
merasa terpinggir [SOSIAL]. Oleh itu remaja berkenaan sering murung kerana
estim diri yang rendah [EMOSI] dan tidak mempunyai ramai kawan.
• Seorang tua yang tinggal berseorangan kerana kematian pasangan merasa sunyi
[EMOSI], dengan kesihatan yang sering terganggu [FIZIKAL] dan sering ingat-ingat
lupa [KOGNITIF] mendapati sukar baginya untuk bergaul dengan masyarakat
sekeliling dan ahli keluarga seperti masa mudanya [SOSIAL].

3
PEMBANGUNAN MANUSIA

@ Cuba anda fikirkan contoh-contoh lain yang sesuai bagi menerangkan


perspektif multi-dimensi dan interdisiplinari.

1.3 Perspektif Sepanjang Hayat

Manusia menjalani proses perkembangan di sepanjang hayatnya bermula dari peringkat


pra-lahir sehingga ke akhir hayat. Walaupun terdapat beberapa aspek fizikal yang
kelihatan terhenti seperti pertumbuhan ketinggian, perkembangan dari segi perubahan
dan adaptasi adalah berterusan di sepanjang hidup. Seseorang yang sentiasa sakit
semasa kecilnya tidak mustahil untuk menjadi dewasa yang sihat. Kematangan emosi
juga meningkat dengan bertambahnya usia seseorang, begitu juga dengan pengalaman
sosialisasi individu yang berlangsung di sepanjang hayatnya

1.4 Perspektif Herediti dan Persekitaran

Perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor herediti seperti pengaruh genetik dan
juga faktor persekitaran. Konsep “natur lwn. nurtur” ini menekankan kepada kepentingan
faktor baka dan pengaruh persekitaran dalam membentuk perkembangan manusia.
Kedua-dua faktor adalah penting dalam mempastikan manusia berkembang mengikut
potensi dan fitrah kejadiannya.

1.5 Perspektif Kelangsungan dan bukan kelangsungan

Ahli psikologi berpendapat bahawa wujud beberapa elemen dalam kehidupan manusia
yang berlaku secara langsung dan berterusan mengikut peningkatan usia seseorang. Ada
juga berpendapat bahawa wujud tahap-tahap tertentu di mana individu mencapai fasa
pertumbuhan dan perkembangan tertentu sebelum dapat berkembang ke tahap
seterusnya. Perspektif ini amat berkaitrapat dengan pengaruh herediti dan persekitaran
ke atas perkembangan manusia.

1.6 Perspektif Kumulatif

Kehidupan manusia boleh dipengaruhi oleh pengalaman awal dalam kehidupannya.


Pengalaman awal yang dilalui oleh individu dianggap akan terkumpul dan memberi impak
kepada pengalaman kehidupan selanjutnya. Walau bagaimanapun pelbagai faktor boleh
mempengaruhi pencapaian semasa seseorang dalam hidup dan bukan semata-mata
berasaskan pengalaman lampau sahaja.

1.7 Perspektif Kestabilan dan Perubahan

Manusia dijangkakan boleh mengalami perubahan atau kekal dalam pelbagai aspek
perkembangan hidupnya. Sebagai contoh, seorang remaja yang liar dan lemah
pencapaian akademiknya berkemungkinan menjadi dewasa yang matang dan
bertanggungjawab ataupun sebaliknya. Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan
menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor dalam persekitaran yang boleh
mempengaruhi sama ada personaliti individu kekal atau berubah pada setiap tahap
kehidupannya.

1.8 Perspektif Kepelbagaian

Dalam kehidupan manusia mengalami kepelbagaian dalam pertumbuhan dan


perkembangan di sepanjang hayatnya. Seorang kanak-kanak yang sedang mengalami
transisi ke alam remaja kelihatan besar dari segi fizikal tetapi mungkin masih mempunyai

4
PEMBANGUNAN MANUSIA

pemikiran dan emosi seperti seorang kanak-kanak kecil. Kecelaruan akibat kepelbagaian
ini kadangkala mengelirukan orang lain seperti ibubapa yang mengharapkan kanak-kanak
tersebut bertingkahlaku sebagai seorang remaja.

1.9 Perspektif Kitaran dan Ulangan

Penyesuaian berlaku dalam banyak aspek kehidupan. Kadangkala ia berulang pada tahap
kitaran hidup tertentu. Misalnya, krisis identiti yang sering melanda pada zaman remaja
mungkin berulang di peringkat umur pertengahan. Kitaran dan ulangan ini boleh berbeza
antara individu dan dipengaruhi oleh konteks budaya dan persekitaran yang berlainan.

1.10 Perspektif Perbezaan Individu

Individu boleh berbeza dari segi masa dan kadar perkembangan. Misalnya ketinggian dan
berat badan yang berbeza; kemampuan kognitif, kestabilan emosi dan kematangan
personaliti. Perbezaan boleh juga wujud dari segi kemahiran sosial dan gayahidup.
Lazimnya, ciri umum dijadikan indikator bandingan dalam melihat tahap perkembangan
individu. Ciri umum ini biasanya ditentukan berdasarkan nilai purata. Namun, nilai
purata tidak mengambilkira julat perbezaan yang wujud antara satu individu dengan
individu yang lain. Sebagai contoh, purata berat badan bayi baru lahir ialah 3.3 kilogram.
Angka ini tidak menggambarkan berapa ramai yang lahir dengan berat badan yang
sangat rendah dari nilai purata ini.

1.11 Perspektif Perbezaan Budaya

Perbezaan budaya memainkan peranan yang penting dalam perkembangan individu.


Sebagai contoh, di Malaysia umur pada kali pertama berkahwin bagi wanita Melayu pada
suatu masa dahulu adalah di bawah 18 tahun, berbanding dengan wanita Cina dan India
yang berkahwin kali pertama pada usia yang lebih lewat. Budaya juga menetapkan
status yang istimewa kepada mereka yang berkahwin walaupun berusia muda
berbanding dengan mereka yang belum berkahwin tetapi telah lewat usia

1.12 Perspektif Pengaruh Resiprokal

Perspektif tindakbalas dua hala ini melihat bagaimana saling tindak antara individu boleh
mempengaruhi perkembangan seseorang. Pengaruh orang dewasa dan persekitaran ke
atas perkembangan kanak-kanak adalah tidak dinafikan. Walau bagaimanapun kajian
telah membuktikan bahawa perbezaan pelbagai ciri yang ada pada kanak-kanak boleh
mempengaruhi interaksi orang dewasa dengan mereka. Sebagai contoh, bayi yang
comel dan tidak merengek lebih digemari oleh orang dewasa di sekelilingnya yang
seterusnya akan memberikan reaksi mesra dan positif. Sebaliknya, seorang kanak-kanak
nakal yang sukar dibentuk akan menjadikan dewasa di sekelilingnya bertindak garang
dan menolak kehadiran kanak-kanak tersebut.

1.13 KESIMPULAN

 Unit satu telah membentangkan tentang falsafah pembangunan manusia sebagai


asas untuk memahami proses yang dilalui oleh manusia dari awal kejadian
sehingga ke akhir hayat.
 Konsep insan dan manusia diterangkan pada awal unit di mana insan merujuk
manusia sejagat yang hidup dalam persekitarannya.
 Terdapat 11 perspektif yang melihat manusia sebagai insan yang berkembang
mengikut konsep-konsep yang tersendiri.
 Perkembangan manusia dilihat sebagai meliputi pelbagai dimensi (fizikal, kognitif,
emosi dan sosial), berlangsung sepanjang hayat secara berterusan, saling
mempengaruhi antara satu sama lain.

5
PEMBANGUNAN MANUSIA

 Perkembangan manusia juga dianggap dipengaruhi oleh pengaruh baka dan


asuhan, serta budaya di samping itu terdapat perkembangan yang berulang
ataupun berlangsung dalam kitaran.

Latihan

1. Senaraikan ciri perkembangan umum yang dilalui oleh seorang kanak-kanak


tadika dan seorang dewasa berusia 60 tahun mengikut dimensi perkembangan
fizikal, kognitif, emosi dan sosial yang telah anda pelajari.

Kanak-kanak tadika:

Orang dewasa berumur 60 tahun:

2. Huraikan bagaimana seorang remaja boleh saling berhubung dengan


persekitarannya. [Untuk menjawab soalan ini anda perlu meneliti

perspektif-perspektif yang telah dipelajari].

6
PEMBANGUNAN MANUSIA

Unit 2
Pembangunan Manusia dalam Konteks Ekologikal

Pengenalan

Unit ini akan memperkenalkan pendekatan ekologi manusia dalam mengkaji


pembangunan insan. Pendekatan ekologikal melihat bahawa manusia tidak wujud dalam
vakum. Setiap aspek dalam kehidupan manusia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh
persekitaran di mana manusia itu berada. Persekitaran merujuk kepada semua yang
berada di luar sistem organisma. Ekologi manusia menganggap manusia sebagai
organisma biologikal dan sosial yang berinteraksi dan bertransaksi dengan
persekitarannya. Anda akan diperkenalkan dengan dua model ekologi manusia iaitu
Ekologi Pembangunan Manusia oleh Urie Bronfenbrenner (1979) dan Teori Ekologi
Manusia oleh Margaret Bubolz dan Susan Sontag (1993). Kedua-dua model ini
mempunyai ciri tersendiri dan menerangkan konsep asas pendekatan ekologikal iaitu
organisma, persekitaran dan salingtindak antara keduanya.

Topik-topik yang akan dibincangkan mengenai pembangunan manusia dalam


konteks ekologikal adalah:

1.1 Latarbelakang pendekatan ekologikal


1.2 Konsep asas ekologikal
1.3 Persekitaran
1.4 Kepentingan perspektif ekologi dalam memahami pembangunan manusia
1.5 Kesimpulan

Objektif Unit

Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:

a. Memahami pendekatan ekologi manusia dalam mengkaji pembangunan


insan
b. Menyenarai dan menerangkan konsep utama ekologi manusia
c. Menerangkan kelebihan penggunaan perspektif ekologi manusia dalam
mengkaji pembangunan insan.

Bacaan

Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development: Experiments by nature


and design. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Bristor, M. W. (1995). Individuals & family systems in their environment. 2nd. Ed. IO:
Kendal/Hunt Pub. Co.

2.1 Latarbelakang pendekatan ekologikal

Bidang Ekologi Manusia melihat individu sebagai insan yang berinteraksi dan bertransaksi
dengan persekitarannya. Dari aspek sejarah, pemikiran ekologikal telah dapat dikesan
dalam kerja-kerja awal Aristotle dan Plato mengenai pertumbuhan penduduk dan
kestabilan persekitaran. Perkataan ecology telah diketengahkan oleh Ernest Haeckel,
seorang ahli zoologi berbangsa German pada tahun 1869. Haeckel berpendapat bahawa
individu terbentuk hasil kerjasama antara persekitaran dan herediti organisma. Beliau
mencadangkan satu cabang sains diwujudkan untuk mengkaji organisma dalam
persekitaran.

Seorang ahli kimia, Ellen Swallow Richards mencadangkan satu bidang sains yang
menganalisis persekitaran rumah dan keluarga diwujudkan. Kajian Ellen mengenai
edaran udara, kualiti air, sanitasi, pemakanan dan makanan mendorong beliau

7
PEMBANGUNAN MANUSIA

merumuskan bahawa wujud hubungan rapat antara tingkahlaku dengan kesihatan


manusia serta kualiti persekitaran mereka. Ellen berpendapat bahawa persekitaran
menjalani transformasi akibat teknologi, tetapi beliau percaya manusia tetap perlu
mengekalkan kawalan terhadap hidup dan persekitaran masing-masing.

Pendekatan ekologikal adalah unik kerana terdapat konsep asasnya yang juga wujud
dalam pelbagai disiplin sains sosial, sastera dan kemanusiaan serta beberapa bidang
sains gunaan yang lain. Perspektif ekologi yang memfokus kepada individu dan keluarga
adalah berasaskan fenomena holistic (menyeluruh), multi-disiplin dan sistemik serta
mengenengahkan salingtindak antara fenomena tersebut.

Berlatarbelakangkan bidang ekonomi rumahtangga yang mendokong falsafah dan konsep


yang sama, Beatrice Paolucci dari Michigan State Universiti mencadangkan konsep
bahawa keluarga sebagai sistem sokongan hidup yang bergantung kepada persekitaran
semulajadi untuk pengekalan fizikal dan persekitaran sosial untuk nilai kemanusiaan dan
kualiti serta makna kehidupan. Usaha Paolucci diteruskan oleh Margaret Buboltz dan
Susan Sontag dari universiti yang sama. Urie Bronfenbrenner dari Cornell University
memberikan penekanan kepada aspek kontekstual dalam melihat pembangunan
manusia. Pada awalnya Bronfenbrenner memperkenalkan 4 jenis sistem persekitaran
iaitu sistem mikro, meso, ekso dan makro yang juga akan diterangkan dalam unit ini.

2.2 Konsep asas ekologikal

Teori Ekologi Manusia menggunapakai konsep-konsep asas daripada 3 komponen besar


konsep dalam teori Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi Keluarga. Jadual 1 akan
menerangkan tentang konsep-konsep tersebut:

Konsep Sistem Umum Konsep Ekologi Manusia Konsep Ekologi Keluarga

Sistem Ekosistem manusia Ekosistem keluarga


Elemen/Objek Organisma/individu Keluarga
Ciri Persekitaran Sumber
Perhubungan Interaksi Keperluan
Persekitaran Pola Nilai
Maklumat/informasi Salingbergantungan Matlamat
Tenaga Persepsi Pengadilan
Bahan Organisasi Pembuatan keputusan
Ruang Kepelbagaian Komunikasi
Masa Adaptasi Pembangunan manusia
Homeostasis Teknologi Personaliti
Maklumbalas Kefungsian Kesejahteraan
Sempadan Holism Kualiti kehidupan manusia
Limitasi
Niche

Jadual 1: Konsep Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi Keluarga

# Sila baca "Individual & family systems in their environment" oleh Bristor, M. W. Bab 3
mukasurat 37 hingga 54 untuk membantu anda memahami topik ini dengan lebih jelas.

2.3 Persekitaran

Persekitaran terdiri daripada keseluruhan aspek fizikal, biologikal, sosial, ekonomi, politik,
estetik dan struktur yang terdapat di sekeliling manusia. Persekitaran merupakan konteks
tingkahlaku dan perkembangan manusia. Persekitaran boleh diklasifikasikan menurut
sumber yang ada di dalamnya. Ini termasuk persekitaran semulajadi atau bio-fizikal,

8
PEMBANGUNAN MANUSIA

persekitaran sosio-budaya dan persekitaran teknologi-binaan manusia (Bubolz & Sontag,


1993)

• Persekitaran semulajadi/bio-fizikal terdiri daripada sumber bumi yang asli seperti


tanah, air, masa, tumbuhan, haiwan, fosil, mineral dan lain-lain
• Persekitaran sosio-budaya terdiri daripada institusi sosial seperti persanakan
(kinship), agama, politik, ekonomi, rekreasi atau kumpulan simbolik.
• Persekitaran teknologi-binaan manusia termasuk rumah, jambatan, sistem hidro-
elektrik, bangunan serta sistem jalanraya.

Secara grafik, persekitaran yang disarankan oleh Bubolz & Sontag (1990) boleh
digambarkan seperti berikut:

Rajah 2: Ekosistem Keluarga

Cuba anda senaraikan contoh lain bagi setiap persekitaran berikut:

Persekitaran semulajadi/bio-fizikal : __________________________________________


Persekitaran sosio-budaya:__________________________________________________
Persekitaran teknologi-binaan manusia:________________________________________

Persekitaran boleh juga diklasifikasikan kepada persekitaran mikro dan makro. Klasifikasi
ini adalah berdasarkan saiz persekitaran tersebut. Mikro merujuk kepada saiz
persekitaran yang kecil, manakala makro pula merujuk kepada saiz persekitaran yang
besar. Bronfenbrenner (1979) melihat persekitaran ekologikal manusia berdasarkan

9
PEMBANGUNAN MANUSIA

hubungannya dengan konteks di mana individu itu berinteraksi. Beliau membahagikan


persekitaran ekologikal tersebut kepada 5 sistem iaitu sistem-mikro, meso, ekso, makro
dan krono.Sistem-sistem ini saling terangkum antara satu sama lain dengan persekitaran
yang paling dalam atau dekat sebagai tempat di mana individu itu berkembang.

Sistem-mikro:

Persekitaran yang paling hampir dengan individu. Sebagai contoh, sistem-mikro bagi
kanak-kanak sekolah rendah ialah persekitaran rumah dan bilik darjahnya.

Sistem-meso:

Merujuk kepada hubungan antara 2 atau lebih keadaan di mana individu yang
berkembang itu berada dan bertingkahlaku secara aktif. Sebagai contoh, sistem-meso
bagi seorang dewasa ialah hubungan antara keluarga, kerja dan kehidupan sosial. Bagi
seorang kanak-kanak pula, sistem-mesonya terdiri daripada hubungan antara rumah,
sekolah dan jiran.

Sistem-ekso:

Sistem-ekso merujuk kepada keadaan yang tidak melibatkan individu secara langsung,
tetapi peristiwa yang berlaku di dalam persekitaran ini mempengaruhi sistem individu
dan keluarga. Sebagai contoh, sistem-ekso seorang pelajar sekolah termasuklah tempat
kerja ibubapanya.

Sistem-makro:

Persekitaran ini adalah abstrak dan merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi yang
mendokong sesuatu budaya. Sebagai contoh, budaya, perspektif dunia, agama, sistem
perundangan, sistem pendidikan dan keselamatan negara.

Sistem-krono:

Sistem ini merujuk kepada pola peristiwa dan transisi yang berlaku dalam persekitaran
individu di sepanjang hayatnya. Elemen masa memainkan peranan penting dalam sistem
ini.

Aktiviti

 Sila analisis sistem-sistem yang wujud di persekitaran di mana anda berinteraksi.


 Labelkan setiap sistem yang anda kenalpasti.
 Huraikan bagaimana interaksi dan transaksi berlaku antara anda dan sistem-
sistem tersebut.

2.4 Kepentingan perspektif ekologi dalam memahami pembangunan manusia

Perspektif ekologi mengambilkira pendekatan holistik yang melihat pelbagai faktor


berkaitan individu dalam konteksnya. Pendekatan holistik memberi penekanan kepada
aspek menyeluruh yang dianggap lebih besar daripada gabungan bahagian-bahagiannya
(the whole is greater than the sum of the parts). Dengan menggunakan pendekatan
tersebut, sebarang fenomena boleh diteliti dari pelbagai sudut dan tidak terhad kepada
satu sudut pandangan sahaja. Semua aspek yang berpotensi mempengaruhi sesuatu isu

10
PEMBANGUNAN MANUSIA

atau fenomena itu diambilkira. Ini membolehkan tindakan bagi menangani sesuatu
fenomena itu diambil secara lebih seimbang dan menyeluruh. Penyelesaian holistik boleh
membantu meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan masyarakat.

Sebagai contoh, fenomena salahlaku di kalangan pelajar sekolah mungkin disebabkan


oleh gabungan pelbagai faktor seperti personaliti pelajar, keluarga, pengaruh rakan
sebaya, iklim sekolah dan media-massa. Maka, untuk menangani isu salahlaku ini,
sumbangan kesemua faktor tersebut perlu diambilkira supaya penyelesaiannya adalah
lebih menyeluruh dan dapat memberi faedah khususnya kepada kesejahteraan pelajar,
keluarga dan masyarakat amnya.

Sebagai kesimpulannya, perspektif ekologikal menggalakkan perkara berikut dalam usaha


memahami manusia:
a. Pemikiran bersepadu
b. Pemikiran kreatif
c. Fokus dinamik yang komprehensif
d. Pemahaman sistem
e. Penaakulan beretika
f. Kepelbagaian
g. Tindakan yang praktikal
h. Pemahaman tentang diri

2.5 Kesimpulan

Pendekatan ekologi menggalakkan pemikiran kritikal. Dengan menggunakan pendekatan


holistik, anda akan dapat mengumpulkan banyak maklumat untuk mengkaji sesuatu isu
dan mencari penyelesaian untuk tujuan jangkapendek atau jangkapanjang.

Di samping itu, anda boleh menyusun strategi mengikut keutamaan dan dapat
meningkatkan pelbagai aspek seperti meningkatkan kretiviti pemikiran, menaakul secara
beretika, meneliti kepelbagaian dan memahami diri sendiri.

Latihan

Sila dapatkan satu artikel berasaskan penyelidikan daripada jurnal berwasit (contoh:
Journal of Marriage and the Family; PERTANIKA Journal of Social Sciences and Humanities,
Child Development, Family Issues). Baca dan analisis artikel tersebut. Senaraikan konsep
ekologi/ekosistem yang terdapat dalam artikel tersebut dan huraikan bagaimana ia
digunakan.

11
PEMBANGUNAN MANUSIA

Unit 3
Kitaran Hidup Manusia

Pengenalan

Unit ini akan memperkenalkan perkembangan insan menerusi tahap-tahap dalam kitaran
hidupnya. Kitaran hidup manusia bermula dari saat persenyawaan berlangsung dan
berakhir apabila individu itu meninggal dunia. Bagi memudahkan perbincangan, sarjana
terdahulu telah mengklasifikasikan kitaran hidup manusia kepada beberapa tahap yang
berasaskan kepada pertumbuhan dan perubahan yang berlaku kepada diri individu
tersebut. Ciri yang hadir pada setiap tahap adalah universal berasaskan fakta saintifik.
Tetapi tidak dinafikan setiap individu mempunyai keunikan masing-masing dari segi ciri,
masa dan tempoh sesuatu tahap tersebut. Secara umumnya, terdapat tahap kritikal di
mana seseorang individu melalui detik “mudah-ajar”. Pada detik ini individu mudah
menerima asuhan dan didikan yang cuba diterapkan kepadanya. Biasanya tahap ini
berlangsung pada zaman awal kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak terabai di saat
genting perkembangannya, kemungkinan perkembangan kanak-kanak akan terjejas dan
lebih cenderung dipengaruhi gejala kurang sihat. Bak kata pepatah “Melentur buluh
biarlah dari rebungnya”.

Anda perlu merujuk bahan bacaan tambahan untuk mendalami setiap tahap kerana apa
yang dibentangkan dalam unit ini adalah pengenalan kepadanya sahaja. Anda juga akan
berpeluang mempelajari setiap tahap secara khusus dan terperinci apabila anda
mengambil kursus-kursus berkenaan pada semester-semester yang akan datang.

Topik-topik yang akan dibincangkan mengenai kitaran hidup manusia adalah:

3.1 Peringkat Konsepsi dan Kehamilan


3.2 Peringkat Kelahiran
3.3 Peringkat Bayi (2 tahun pertama selepas kelahiran)
3.4 Peringkat Awal Kanak-kanak (3 hingga 6 tahun)
3.5 Peringkat Pertengahan Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun)
3.6 Peringkat Awal Remaja (13 hingga 15 tahun)
3.7 Peringkat Penghujung Remaja (16 hingga 19 tahun)
3.8 Peringkat Awal Dewasa (20-an hingga 30-an)
3.9 Peringkat Pertengahan Dewasa (40-an hinggan 50-an)
3.10 Peringkat Penghujung Dewasa (60 tahun ke atas)
3.11 Kesimpulan

Objektif Unit

Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:

a. Memahami pembangunan manusia menerusi tahap-tahap yang ada dalam


kitaran hidupnya.
b. Menyenarai dan menerangkan ciri utama yang wujud dalam setiap tahap kitaran
hidup manusia
c. Membezakan tahap dalam kitaran hidup manusia dan ciri yang ada pada tahap
tersebut.

Bacaan

Rice, F. P.(1998). Human development. 3rd. ed. N. J.: Prentice Hall.

Mohammed Ali Albar (1992). Perkembangan manusia: Menurut al-Quran & hadis.
Terjemahan Dr. Rusli Hj. Nordin. K. L: Crescent News.

12
PEMBANGUNAN MANUSIA

Jamilah Jamaludin (1998). Perkembangan manusia dari janin ke dewasa. K. L.: Dewan
Bahasa & Pustaka.

3.1 Peringkat Konsepsi dan Kehamilan

Peringkat konsepsi dan kehamilan atau dikenali juga sebagai peringkat pra-natal
merupakan peringkat pertama dalam kitaran hidup manusia. Peringkat ini bermula
dengan persenyawaan ovum dan sperma, yang membentuk sel-sel yang berkembang
membentuk janin. Secara biologikal, peringkat prenatal ini melalui tempoh-tempoh
berikut:

a. Tempoh germinal – berlangsung dari persenyawaan sehingga pelekatan sel


tersenyawa ke dinding rahim yang mengambil masa lebihkurang 14 hari
b. Tempoh embrionik – bermula dari usia 2 minggu sehingga 8 minggu
persenyawaan berlaku
c. Tempoh fetus – dari usia 2 minggu sehingga ke penghujung kehamilan

Dalam Islam, istilah Nutfah, Alakah, dan Modghah menerangkan tempoh-tempoh yang
tersebut di atas [Rujuk Mohammed Ali Albar (1992). Perkembangan manusia: Menurut al-
Quran dan hadis].
Proses kehamilan yang normal berlangsung selama lebihkurang 9 bulan 10 hari biasanya
dibahagikan kepada 3 tri-mester seperti berikut:

 Trimester Pertama (awal kehamilan sehingga 3 bulan pertama)


 Trimester Kedua (tempoh 4 hingga 6 bulan kehamilan)
 Trimester Ketiga (3 bulan terakhir kehamilan)

Di sepanjang tempoh tersebut, janin yang dikandung mengalami pertumbuhan struktur


tubuh yang asas serta perkembangan organ. Faktor baka (herediti) dan persekitaran
boleh mempengaruhi perkembangan janin dalam peringkat prenatal ini. Seseorang
wanita yang hamil mengalami pelbagai perubahan fizikal, emosi dan sosial akibat
pengaruh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh badannya.

3.2 Peringkat Kelahiran

Setelah tamat tempoh kehamilan, bayi bersedia untuk dilahirkan. Proses kelahiran
berlangsung dalam 3 peringkat. Pada peringkat pertama berlaku tanda-tanda kelahiran
serta pembukaan serviks dan rahim. Peringkat kedua diikuti dengan pembukaan serviks
sepenuhnya disamping ibu merasa gesaan untuk meneran. Peringkat ketiga gesaan
semakin kerap, ibu terus meneran sehingga bayi terlahir diikuti urinya. Kelahiran bayi
boleh berlaku secara normal atau dengan bantuan alat seperti forsep dan vakum atau
melalui pembedahan caesarian.

3.3 Peringkat Bayi (2 tahun pertama selepas kelahiran)

Bermula selepas lahir, peringkat bayi berakhir apabila bayi itu memasuki peringkat
kanak-kanak bertatih iatu lebihkurang pada umur 2 tahun. Tempoh ini menyaksikan
pelbagai perubahan yang mendadak berlaku pada diri bayi. Perkembangan keupayaan
motor dan koordinasi fizikal, kematangan deria dan keupayaan berbahasa bayi dapat
dilihat dengan jelas. Perapatan terbentuk antara bayi dengan ahli keluarga dan penjaga,
bayi belajar mempercayai atau tidak mempercayai, juga belajar untuk meluahkan atau
memendam kasihsayang dan kemesraan. Bayi juga belajar meluahkan beberapa
perasaan yang asas, membentuk keupayaan kendiri dan belajar berdikari. Bayi pada
tahap ini juga mempamerkan ciri personaliti dan temperamen yang berbeza.

3.4 Peringkat Awal Kanak-Kanak (3 hingga 6 tahun)

Peringkat ini berlangsung dari umur 3 hingga 5 tahun. Peringkat ini juga boleh dikenali
sebagai peringkat umur pra-sekolah. Kanak-kanak pada peringkat umur ini meneruskan

13
PEMBANGUNAN MANUSIA

pertumbuhan yang drastik dari segi fizikal, kognitif dan linguistik. Kanak-kanak peringkat
awal telah mula pandai menjaga diri, membentuk konsep kendiri dan identiti dan peranan
gender serta menunjukkan minat untuk bermain dengan kanak-kanak lain. Kualiti
hubungan ibubapa-anak amat kritikal pada peringkat ini bagi menjamin proses sosialisasi
berjalan lancar.

3.5 Peringkat Pertengahan Kanak-Kanak (7 hingga 12 tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak mula membaca, menulis dan memahirkan diri dalam
matematik. Mereka belajar memahami dunia dan berfikir secara logik. Oleh kerana
sekolah merupakan mikro-sistem yang penting bagi kanak-kanak peringkat ini, kejayaan
merupakan satu perkara penting. Perkembangan psiko-sosial dan moral juga
berkembang pesat pada peringkat ini. Kualiti hubungan dalam keluarga memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial anak.

3.6 Peringkat Awal remaja (13 hingga 15 tahun)

Peringkat remaja adalah tempoh transisi antara alam kanak-kanak dan alam dewasa.
Perubahan fizikal yang ketara berlaku terutamanya pada kanak-kanak perempuan yang
pada lazimnya mengalami tahap baligh lebih awal dari kanak-kanak lelaki. Pada
peringkat ini kanak-kanak matang secara seksual dan mula berfikiran secara operasi
formal. Remaja mula mahukan kebebasan dari ibubapa dan membentuk hubungan erat
dengan rakan sebaya. Komunikasi ibubapa-remaja yang efektif dapat membantu dalam
penyesuaian hubungan antara keluarga dan remaja pada peringkat ini.

3.7 Peringkat Penghujung remaja (16 hingga 19 tahun)

Pembentukan identiti diri merupakan tugas utama yang menjadi agenda penting dalam
peringkat penghujung remaja. Remaja mula berfikir dan bertindak dalam menentukan
kerjaya pilihan, meneruskan pengajian dan akhirnya bekerja. Hubungan dengan rakan
berlainan jantina mula terbentuk di samping kekal berhubung baik dan mesra dengan
orang lain.

3.8 Peringkat Awal dewasa (20-an dan 30-an)

Cabaran penting pada peringkat awal dewasa termasuklah menjalin hubungan intim,
menetapkan pilihan kerjaya dan berjaya dari aspek pekerjaan. Pelbagai keputusan hidup
lain yang penting juga perlu dibuat pada peringkat ini seperti pemilihan pasangan,
berkahwin dan menjadi ibubapa. Terdapat juga individu dewasa yang berhadapan
dengan perceraian dan perkahwinan semula. Keputusan penting yang dibuat pada
peringkat ini bakal mempengaruhi hidup di kemudian hari.

3.9 Peringkat Pertengahan dewasa (40-an dan 50-an)

Pada peringkat ini, golongan dewasa pertengahan mula merasakan bahawa mereka
kesuntukan masa dalam hidup ini. Mereka akan mengimbas kembali perjalanan hidup
sebelum ini dan seterusnya menyebabkan krisis peringkat pertengahan umur berlaku.
Bagi golongan dewasa yang mempunyai anak yang telah meninggalkan rumah, peringkat
ini boleh meningkatkan “kebebasan” mereka. Pada tahap ini ramai yang mampu
mencapai tahap tanggungjawab personal dan sosial yang maksimum serta berjaya dalam
kerjaya. Walau bagaimanapun ubahsuaian perlu dilakukan kerana perubahan juga
berlaku dari segi fizikal, emosi dan keadaan pekerjaan (jika berkenaan).

3.10 Peringkat Penghujung Dewasa (60 tahun ke atas)

Peringkat ini memerlukan individu melakukan banyak penyesuaian terutamanya akibat


perubahan dalam kapasiti fizikal, keadaan emosi dan sosial serta hubungan dengan orang
lain. Tumpuan lebih perlu diberi ke atas jagaan kesihatan untuk menjamin keupayaan
fizikal dan kesejahteraan secara keseluruhan. Terdapat golongan dewasa yang mampu
meneruskan minat dan mungkin kerjaya ??? mendalami ilmu dan kemahiran kognitif.

14
PEMBANGUNAN MANUSIA

Dewasa pada peringkat ini juga mula memberi makna baru bagi hubungan yang wujud
antara mereka dengan anak-anak yang telah dewasa, cucu-cicit dan saudara-mara yang
lain terutamanya apabila salah seorang pasangan telah meninggal dunia. Mengekalkan
hubungan baik dengan rakan sebaya adalah satu perkara penting dalam membantu
dewasa mengekalkan kesejahteraan hidup. Bagi dewasa yang mengalami pengalaman
positif dalam kehidupannya, peringkat ini dilalui dengan kegembiraan dan rasa puashati
terhadap hidup serta sedikit keresahan dalam menghadapi kematian.

3.11 Kesimpulan

 Perkembangan manusia mengikut kitaran hidup terbahagi kepada beberapa


peringkat bermula dengan peringkat prenatal dan berakhir dengan kematian.
 Pada setiap peringkat wujud perubahan dan perkembangan dalam dimensi utama
kehidupan iaitu fizikal, kognitif, emosi dan sosial.
 Pengaruh faktor herediti dan persekitaran sama-sama memainkan peranan dalam
membantu individu mencapai tahap perkembangan yang optimum
 dan menjalani kehidupan dengan penuh jaya dan sejahtera.

Latihan

1.Sila senaraikan ciri perkembangan yang utama bagi individu dalam setiap peringkat
hidup berikut:

a. Peringkat bayi
b. Peringkat kanak-kanak sekolah rendah
c. Peringkat remaja awal
d. Peringkat pertengahan dewasa

2. Jelaskan kenapa detik mudahajar penting dalam pembangunan individu. Beri


contoh yang sesuai.

15
PEMBANGUNAN MANUSIA

Unit 4
Fitrah dan Potensi Individu

Pengenalan

Unit ini akan memperkenalkan kepada anda tentang konsep fitrah dan potensi individu.
Pemahaman tentang kedua-dua konsep ini adalah penting kerana pembangunan
seseorang itu berkaitrapat dengan fitrah dan potensi yang ada dalam dirinya. Sebagai
agen pembangunan manusia, kepekaan anda terhadap konsep fitrah dan potensi individu
akan mendorong anda untuk membekalkan rangsangan yang berkualiti demi melahirkan
insan cemerlang dan sejahtera sesuai dengan tuntutan dan aspirasi agama, bangsa,
masyarakat dan negara. Ini adalah juga selaras dengan fokus ekologi manusia yang
menitikberatkan bukan sahaja kepada kesejahteraan hidup individu tetapi juga insan
sejagat.

Topik-topik yang akan dibincangkan mengenai fitrah dan potensi individu


adalah:

4.1 Fitrah manusia


Hiraki keperluan manusia
4.2 Potensi manusia
4.3 Kepentingan memahami perkembangan fitrah dan potensi manusia
4.4 Kesimpulan

Objektif Unit

Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:

a. Memahami makna fitrah dan hiraki keperluan manusia


b. Memahami makna potensi manusia.
c. Membincangkan tentang kepentingan memahami mengenai fitrah dan potensi
bagi merangsang perkembangan individu.

Bacaan

Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan perkembangan kanak-kanak. K. L: Utusan


Pub. & Distributors.

Mitsch, R. (1994). Nurturing your child’s potential: How to make the most of your child’s
emotional, physical, and intellectual promise. Ann Arbor, Michigan: Servant Publications.

Rozumah, B. (2001). Lahirkan anak pintar: Interaksi positif ibu bapa dengan anak
prasekolah. Singapore: Times Book International.

16
PEMBANGUNAN MANUSIA

4.1 Fitrah manusia

Secara umumnya perkataan fitrah boleh diertikan sebagai sifat semulajadi. Setiap
manusia lahir dengan berbekalkan fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah. Antaranya
termasuklah bakat, keupayaan fizikal, mental dan emosi. Lazimnya fitrah pemberian
Tuhan itu berkecendurungan ke arah kebaikan. Malah setiap manusia yang lahir ke dunia
ini mempunyai fitrah atau sifat semulajadi yang suci dan sempurna. Namun pengaruh
negatif daripada asuhan dan persekitaran yang tidak berkualiti boleh menjejaskan
kesucian dan kesempurnaan itu. Oleh itu adalah penting supaya manusia itu dibimbing
dan dididik supaya sifat semulajadinya terasuh ke arah kebaikan.

Umumnya, fitrah semulajadi manusia terbahagi kepada dua aspek iaitu:

a. Jasmani
b. Rohani

FITRAH

JASMANI

Secara semulajadi manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kekal hidup. Tiga
perkara tersebut adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tanpa perkara asas ini
sukar bagi manusia untuk terus hidup dengan selasa. Oleh itu untuk membangun dan
berjaya dalam hidup manusia perlu memperolehi ketiga-tiga perkara asas ini.

ROHANI

Sifat semulajadi manusia ialah menginginkan kebenaran dan ketuhanan. Keadaan ini
sesuai dengan pengertian fitrah sebagai ciptaan Tuhan. Fitrah juga merupakan naluri
manusia terhadap kepercayaan kepada Tuhan penciptanya. Dengan lain perkataan naluri
untuk beragama wujud dalam diri setiap manusia. Maka untuk kesejahteraan manusia
perlu memenuhi tuntutan nalurinya.

4.2 Hiraki Keperluan Manusia

Untuk menjamin fitrah atau sifat semulajadi dapat berkembang dengan maju, setiap
individu perlu memenuhi tuntutan beberapa keperluan asasi. Abraham Maslow telah
mengenalpasti lima keperluan asasi manusia. Beliau telah menyusun keperluan tersebut
secara hiraki untuk melambangkan bahawa wujud beberapa tahap dalam keperluan
manusia untuk hidup. Tahap keperluan tersebut bermula dengan yang paling asas iaitu
keperluan fisiologi, sehinggalah ke tahap yang tertinggi iaitu keperluan pencapaian hasrat
diri atau nirwana diri. Menurut Maslow, setiap individu perlu memenuhi keperluan yang
paling asas terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan kepada tahap yang lebih tinggi.
Namun keperluan tersebut tidak perlu dipenuhi mengikut urutan satu persatu. Seseorang
boleh memenuhi beberapa keperluan serentak. Keupayaan atau tidak keupayaan
individu untuk melengkapkan kelima-lima keperluannya akan mempengaruhi persepsinya
terhadap proses kehidupan dan persekitarannya. Rajah 3 menunjukkan hiraki keperluan
manusia yang diperkenalkan oleh Maslow.

17
PEMBANGUNAN MANUSIA

Keperluan pencapaian
nirvana diri
Keperluan penghargaan
Keperluan kasih sayang dan
termilik
Keperluan keselamatan

Keperluan fisiologi

Rajah 3: Hiraki Keperluan Maslow

Keperluan fisiologi

Pada tahap pertama keperluan manusia adalah untuk mencapai kesejahteraan fizikal.
Makanan, minuman, rehat dan riadah adalah antara unsur penting yang diperlukan untuk
mencapai kesejahteraan tersebut. Individu yang memperolehi unsur ini dengan
seimbang akan dapat menjamin kesempurnaan keperluan fisiologi atau tubuh badannya.
Sekiranya keseimbangan ini terbina semenjak daripada peringkat awal hidup, individu
akan memperolehi kecergasan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga mental. Individu
yang sihat lazimnya berkeperibadian baik, tenang dan ceria. Sifat ini penting dalam
usaha untuk menghasilkan insan yang mulia dan cemerlang.

Keperluan keselamatan

Tahap kedua keperluan manusia ialah jaminan keselamatan. Seperti keperluan fisiologi,
keperluan ini adalah juga asas untuk manusia kekal hidup (survive). Untuk pertumbuhan
dan perkembangan yang optimum, manusia perlu mendapat perlindungan dan
keselamatan secukupnya selain makanan, minuman dan pakaian. Keluarga merupakan
tempat pertama individu mendapat keperluan ini seperti juga keperluan fisiologi. Apabila
keperluan ini didapat dilengkapkan individu akan merasa selasa, tenteram, dan
mempercayai orang serta persekitarannya. Sekiranya tidak akan merasa terancam, takut
dan terganggu dari segi mental, fizikal, sosial serta emosi.

Keperluan kasih sayang dan termilik

Setiap individu memerlukan kasih sayang dan perasaan dipunyai (termilik) terutama
daripada orang yang signifikan (penting) dalam hidupnya seperti ibu bapa dan ahli
keluarga. Kedua-dua keperluan ini apabila dipenuhi membuatkan individu merasa
hidupnya mempunyai tempat untuk bermesra, bermanja, mengadu dan meluahkan
perasaan. Ia juga akan merangsang individu ke arah perkembangan yang sihat terutama
dari segi emosi. Individu yang memperolehi kasih sayang dan rasa dipunyai ini juga telah
didapati lebih cerdas, ceria dan aktif. Namun, sekiranya kedua-dua keperluan ini terabai,
seseorang itu merasakan hidupnya tidak sempurna. Malah dia akan sentiasa kelihatan
murung, gelisah, tidak sihat, tidak aktif dan tidak bahagia. Oleh itu untuk perkembangan
yang optimum manusia perlu memperolehi kasih sayang yang mencukupi, di samping
rasa dipunyai oleh mereka yang penting disekelilingnya.

Keperluan penghargaan

Secara semulajadi manusia ingin memenuhi keperluan penghargaan kendiri. Keperluan


ini merujuk kepada perasaan ingin dihormati, disanjung dan dipuji. Dengan kejayaan
memenuhi perasaan ini, seseorang itu akan merasakan dirinya berguna dan dihargai.
Perasaan ini akan selanjutnya mendorong kepada keyakinan diri yang tinggi.

18
PEMBANGUNAN MANUSIA

Penghargaan kendiri yang tinggi sering dikaitkan dengan kejayaan dalam pelbagai bidang
kehidupan. Sebagai contoh seorang pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang
tinggi lazimnya cemerlang dalam bidang akademik. Individu yang rendah penghargaan
kendiri biasanya merupakan seorang yang pasif, tidak ceria, tidak berani mencuba, selalu
menyendiri, selalu gagal dan merasakan tiada apa-apa yang positif mengenai dirinya.

Keperluan pencapaian nirwana diri

Tingkat keperluan tertinggi bagi manusia menurut Maslow ialah keperluan pencapaian
hasrat diri atau nirwana diri. Keperluan ini bermakna menggunakan keupayaan dan
bakat yang terpendam untuk mencapai potensi diri yang optimum. Individu ditahap ini
lazimnya sudah mencapai tahap keunikan atau kesempurnaan yang diinginkannya.
Individu begini biasanya mempunyai kawalan diri yang tinggi. Tindakan dan tingkah
lakunya dibimbing oleh matlamat dan kesempurnaan yang ditentukannya sendiri.
Menurut Maslow tidak ramai individu mampu mencapai tahap keperluan tertinggi ini.
Mereka yang berjaya memiliki ciri seperti realistik, berdikari, kreatif, fleksibel, mempunyai
perspektif sendiri, penghargaan kendiri tinggi, penyelesai masalah dan kuat dari segi
kerohanian.

Aktiviti:

Cuba bincangkan bagaimana Agama anda mendefinisi dan menerangkan tentang


konsep fitrah. Pelajar Islam boleh memetik beberapa firman ALLAH swt. dan hadis
Nabi s.a.w untuk menjawab aktiviti ini.

Konsep fitrah daripada perspektif Agama

Firman ALLAH swt.

Petikan Hadis Nabi s.a.w

4.2 Potensi manusia

Potensi manusia merujuk kepada kebolehan atau keupayaan yang terpendam dalam diri
manusia. Secara mudah, potensi disebut juga sebagai kemungkinan (possibility) yang
wujud dalam diri seseorang. Kebolehan/keupayaan/kemungkinan tersebut mesti
dirangsang supaya kewujudannya terserlah dan berkembang maju.

Seperti fitrah, potensi juga adalah anugerah Tuhan yang maha pencipta. Potensi wujud
dalam diri individu sejak dia dilahirkan. Walau bagaimanapun potensi merupakan
sebahagian daripada fitrah, malah kedudukannya boleh dilihat sebagai lebih rendah
daripada fitrah. Fitrah akan terus berkembang walaupun tidak dirangsang, tetapi potensi
individu akan terbantut sekiranya dibiarkan.

Perkembangan potensi individu banyak bergantung kepada rangsangan yang


diterimanya. Perkembangan yang berkualiti terhasil daripada rangsangan yang
berkualiti. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak akan tetap boleh bercakap dan
menggunakan bahasa untuk berkomunikasi walaupun tidak dilatih untuk berbuat
demikian. Secara fitrahnya kanak-kanak itu memang berkemampuan untuk bercakap
dan berkomunikasi. Seandainya kanak-kanak itu berpeluang untuk berinteraksi dengan
orang di sekelilingnya dan didedahkan dengan sumber serta rangsangan untuk
meningkatkan perkembangan bahasanya, tahap penguasaan bahasa kanak-kanak itu
sudah pasti lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang tidak memperolehi peluang yang
sedemikian.

Satu contoh menarik untuk menunjukkan perkaitan rapat antara fitrah dan potensi ialah
dari segi kemampuan manusia untuk terbang. Secara fitrah sememangnya manusia tidak
dianugerahkan oleh Tuhan dengan kebolehan untuk terbang bebas di udara seperti
seekor burung, namun manusia mempunyai potensi untuk mencipta alat untuk

19
PEMBANGUNAN MANUSIA

membantunya terbang dari satu tempat ke satu tempat. Ini bermakna wujud
kemampuan atau keupayaan untuk manusia melakukan sesuatu demi mencapai cita-
citanya. Ringkasnya selaras dengan fitrah yang ada dalam diri, manusia mampu
mengasah potensinya untuk maju.

Sebagaimana fitrah, potensi manusia boleh juga dilihat dari aspek jasmani dan rohani.
Dari aspek jasmani, manusia berpotensi untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti
bersukan, berkebun, riadah, rekreasi dan sebagainya. Manakala dari segi rohani,
manusia berpotensi untuk memahami konsep, berfikiran kreatif dan kritis, inovatif,
berhujah dan sebagainya sesuai dengan fitrah yang ada padanya. Potensi manusia yang
dihuraikan ini lazimnya diklasifikasikan kepada aspek intelektual, kerohanian, sosio-emosi
dan fizikal. Selaras dengan keperluan individu, kesemua aspek ini perlu dirangsang
daripada peringkat awal hidup supaya setiap individu dapat mencapai kemajuan dan
kecemerlangan yang holistik.

cth Rangsangan untuk perkembangan intelek anak peringkat prasekolah


Wujudkan suasana yang menggembirakan untuk anak belajar
Cipta mainan untuk anak belajar mengira, membaca dan menulis
Kreatif dalam menyampaikan ketiga-tiga kegiatan di atas seperti
disertakan dengan gambar, lawak jenaka dan lakonan

Bantu anak menerima dan belajar daripada kesilapan


Galakkan dan tanamkan sikap untuk terus mencuba
Tenangkan anak jika berlaku kesilapan
Terangkan kepada anak bahawa kesilpan boleh dibaiki dan diatasi.

Beri peluang anak bersoal jawab.


Kemukakan soalan terbuka, iaitu soalan yang memberi anak peluang
menghuraikan idenya, bukan soalan yang cuma memerlukan jawapan
‘ya’ atau ‘tidak’ sahaja.

Peka kepada peluang pembelajaran.


Jadikan setiap keadaan dan tempat di mana anak berada sebagai
tempat untuk belajar. Misalnya, kalau berada di pejabat pos, tunjukkan
kepadanya apa yang berlaku di situ.

[Sumber: Rozumah, B. (2001). Lahirkan anak pintar: Interaksi positif ibu bapa dengan
anak prasekolah. Singapore: Times Book International

4.3 Kepentingan memahami perkembangan fitrah dan potensi manusia

Seperti yang telah dibincangkan setiap manusia telah dibekalkan dengan fitrah dan
potensi. Kedua-dua unsur ini memainkan peranan penting dalam pembangunan diri
manusia. Memahami bagaimana fitrah dan potensi berkembang dan menyumbang
kepada pembangunan diri manusia akan mendorong kepada usaha yang lebih teratur
untuk melahirkan manusia yang cemerlang dan resilien.

Sifat semulajadi manusia seperti boleh berfikir, bercakap dan melakukan kerja untuk
mencari rezeki adalah ketetapan yang dilengkapi oleh Tuhan untuk setiap manusia sejak
azali lagi. Secara fitrahnya perlu difahami bahawa setiap manusia ditetapkan untuk
menuju ke arah kebaikan. Ini bermakna tiada manusia yang dilahirkan ke dunia ini
dengan ketetapan untuk melakukan kejahatan atau kemusnahan. Malah manusia
dilahirkan dengan sifat suci dan bersih baik dari segi fizikal, mental, sosial ataupun emosi.
Walau bagaimanapun kesucian ini boleh tercemar sekiranya manusia berinteraksi dan
bertransaksi dengan ekosistem yang disfungsi.

Sebagai contoh, setiap manusia dilahirkan dengan fitrah untuk hidup berkelamin iaitu
mempunyai naluri untuk berkahwin dan hidup berpasangan. Sifat semulajadi ini adalah

20
PEMBANGUNAN MANUSIA

sesuatu yang mulia untuk mempastikan kelangsungan generasi pewaris. Walau


bagaimanapun sekiranya naluri ini tidak dilaksanakan dengan cara yang betul iaitu yang
tidak diiktiraf oleh Agama maka akan lahir generasi pewaris yang sesat dan tidak
berkualiti. Kewujudan fenomena seperti berzina, rogol, sumbang mahram, berkhalwat
dalam masyarakat hari ini memberi gambaran bagaimana fitrah yang suci untuk hidup
berkelamin telah tercemar hasil interaksi dan transaksi dengan sistem sosial yang tidak
sihat. Keadaan ini juga memberi gambaran akibat buruk hasil daripada fitrah yang tidak
terbimbing dan terpesong daripada landasan Agama.

Sekiranya fenemona seperti ini berterusan dalam masyarakat, apakah kualiti manusia
yang akan terlahir? Apakah implikasinya terhadap usaha membangunkan manusia dan
insan sejagat?

Seiring dengan fitrah wujud dalam diri setiap manusia potensi yang perlu dicungkil untuk
ia berkembang maju. Satu ciri potensi yang perlu difahami ialah ia mungkin berbeza di
antara seorang individu dengan individu yang lain. Mungkin ada individu yang lebih
berpotensi dalam satu bidang tetapi tidak dalam bidang yang lain. Seperti fitrah, potensi
yang wujud dalam diri manusia boleh dibentuk ke arah kelebihan yang lebih tinggi.
Rancangan dan latihan yang sesuai dan berkualiti boleh merangsang perkembangan
potensi ke tahap yang maksimum sesuai dengan izin Tuhan. Misalnya dari segi intelek,
didikan dan latihan yang berkualiti akan dapat meningkatkan tahap kecerdasan
seseorang sehingga dia menjadi seorang yang berjaya. Asuhan dan latihan juga boleh
membentuk potensi seseorang sehingga meningkat ke tahap profesional. Contohnya,
anak-anak Dato’ Sidek terkenal sebagai pemain badminton profesional hasil latihan rapi
yang telah dirancangkannya untuk mereka. Oleh itu sejauhmana potensi manusia itu
berkembang banyak bergantung kepada rangsangan yang diterima. Selain rangsangan
berkualiti faktor umur, baka, dan persekitaran juga boleh mempengaruhi juga tahap
perkembangan potensi seseorang. Jelaslah bahawa fitrah dan potensi individu itu boleh
berkembang secara semulajadi atau dibentuk oleh faktor-faktor yang wujud dalam
konteks di mana individu itu berada.

Aktiviti:

Dengan ringkas cuba bincangkan mengapa penting untuk memahami tentang


perkembangan fitrah dan potensi manusia?

4.4 Kesimpulan

Manusia dilahirkan ke dunia dengan berbekalkan fitrah dan potensi. Fitrah merujuk
kepada sifat semulajadi manusia, manakala potensi pula merupakan keupayaan yang
terpendam dalam diri manusia dan perlu dijelmakan. Fitrah manusia mempunyai
perkaitan yang rapat dengan keperluan asasinya yang mesti dilengkapkan. Keperluan
asasi manusia disusun secara hiraki oleh Abraham Maslow. Pelbagai faktor dalam
ekosistem manusia boleh mempengaruhi perkembangan kedua-dua fitrah dan potensi
manusia. Usaha yang terancang adalah perlu bagi merangsang perkembangan fitrah dan
potensi manusia ke arah kecemerlangan.

Latihan:

Sila senaraikan teknik yang boleh anda gunakan untuk merangsang perkembangan
potensi individu berikut dari segi intelektual, kerohanian, emosi dan fizikal. (Catatkan
siapa individu yang diberi tumpuan dalam bulatan contoh bayi, kanak-kanak sekolah
rendah atau remaja). Untuk membantu anda mencari ide untuk aktiviti ini, sila rujuk buku
oleh Mitsch, R. (1994) dan Rozumah, B. (2001).

21
PEMBANGUNAN MANUSIA

Unit 5
NILAI MURNI DAN BUDAYA MANUSIA

Pengenalan

Unit ini akan membincangkan perkara asas yang berkaitan dengan nilai seperti ciri,
klasifikasi, orientasi, fungsi dan pola nilai. Proses yang melibatkan nilai seperti membuat
penilaian, penjelasan dan perubahanjuga akan dijelaskan. Nilai adalah perkara penting
dalam kehidupan manusia yang mempengaruhi tingkahlaku manusia dalam
persekitarannya.

Topik-topik yang akan dibincangkan mengenai kitaran hidup manusia adalah:

5.1 Definisi, ciri dan klasifikasi nilai


5.2 Orientasi nilai
5.3 Fungsi nilai
5.4 Pola nilai
5.5 Proses menilai
5.6 Penjelasan dan perubahan nilai
5.7 Anjakan paradigma
5.8 Nilai sejagat
5.9 Kesimpulan

Objektif Unit

selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:

• memahami makna, ciri dan klasifikasi nilai


• menerangkan ciri utama yang wujud dalam setiap tahap kitaran hidup manusia
• menggunakan pemahaman tentang nilai dalam menganalisa perkara penting
dalam pembangunan manusia

Bacaan

Bristor, M. W. (1995). Individuals and family systems in their environments. IO:


Kandall/Hunt.

5.1 Definisi, ciri dan klasifikasi nilai

Proses menilai ialah proses di mana maklumat, sumber dan tenaga dipilih, disusun
mengikut kepentingan atau keutamaan dari segi nilainya. Dalam kehidupan seharian, kita
sering berdepan dengan cabaran dan keadaan yang memerlukan kita membuat
keputusan dan bertindak. Setiap situasi yang memerlukan kita membuat pilihan,
keputusan dan mengambil tindakan melibatkan proses menilai. Proses ini didasarkan
kepada kepercayaan, sikap dan nilai kita. Nilai akan mempengaruhi persepsi, pemilihan
matlamat dan cara yang sesuai untuk mencapai matlamat. Dua peranan utama nilai ialah
untuk menjadi kriteria dalam memilih dan membantu menyusun atur pilihan mengikut
keutamaan.

Nilai merujuk kepada ide yang dipunyai oleh individu tentang apa yang benar dan apa
yang salah. Nilai merupakan konsep intemal tentang apa yang dimahukan seperti sesuatu
yang disukai, disanjungi, "committed" terhadapnya. Manusia menggunakan nilai bagi
memandu tentang apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk bertingkahlaku
terhadap orang lain.

22
PEMBANGUNAN MANUSIA

Terdapat pelbagai definasi yang boleh membantu kita memahami makna nilai. antaranya
ialah:

"... sesuatu yang boleh mempengaruhi keputusan individu untuk membuat pemilihan dan
yang boleh menghasilkan respon yang membabitkan emosi "(Linton, 1954).

"... konsepsi yang eksplisit ataupun implisit, unik bagi individu atau kumpulan, tentang
perkara yang dimahukan yang mempengaruhi pemilihan cara dan penyudah tingkahlaku -
(Kluckhohn, 19 71).

"... kepercayaan yang berlanjutan tentang cara perlakuan tertentu atau keadaan terakhir
kewujudan yang diutamakan sama ada personal atau sosial " (Rokeach, 19 73). Cara
perlakuan tertentu clikenali sebagai nilai instrumental dan keaddan terakhir kewujudan
dikenali sebagai nilai terminal. Jadual 2 menunjukkan senarai bagi nilai instrumental dan
nilai terminal.

Nilai Terminal Nilai Instrumental


Kehidupan yang selesa Bercita-cita tinggi
(kehidupan yang mewah) (bekerja keras, berazarn tinggi)
Kehidupan yang tidak menjernukan Berpandangan luas
(kehidupan yang memberangsangkan, (berfikiran terbuka)
aktif)
Rasa pencapaian Berkebolehan
(sumbangan yang berlanjutan) (cekap, berkesan)
Keamanan dunia Periang
(tiada peperangan dan pertentangan) (senang hati, sentiasa gembira)
Keindahan dunia Bersih
(keindahan sernulajadi dan seni) (teratur, kernas)
Kesamaan Tabah
(persaudaraan, peluang yang sama untuk (berpegang teguh kepada kepercayaan
semua) sendiri)
Keselarnatan keluarga Pengampun
(menjaga orang yang dikasihi) (sedia memaafi orang lain)
Kebebasan Suka menolong
(berclikari, pilihan bebas) (bekerja untuk kebajikan orang lain)
Kebahagiaan Jujur
(kepuasan) (ikhlas, benar)
Keharmonian dalarnan Imaginatif
(bebas dari ketegangan dalaman) (berani, kreatif)
Cinta yang matang Berdikari
(perhubungan seks dan kerohanian) (serba boleh, mampu diri)
Keselarnatan negara Intelektual
(perlindungan daripada serangan) (pandai, suka berfikir)
Kenikmatan Logik
(kehidupan yang gembira/mewah) (tekad, rasional)
Keselarnatan Penyayang
(selarnat, kehidupan yang berterusan) (pengasih, lembut)
Hormat diri Kepatuhan
(harga diri) (taat, menghormati)
Peingiktirafan sosial Berbudi-bahasa
(honnat, kagurn) (bersopan, beradat)
Persahabatan sejati Bertanggungjawab

23
PEMBANGUNAN MANUSIA

(sahabat yang karib) (boleh diharap, boleh dipercayai)


Kebijaksanaan Kawal. diri
(permaharnan yang matang) (mengawal. diri, disiplin diri)

Jadual 2: Nilai Instrumental dan Nilai Terminal

1. Klasifikasi nilai

Nilai merupakan perkara penting yang mempengaruhi hampir kesemua aspek kehidupan
kita. Mengklasifikasikan nilai membantu kita bagaimana nilai mempengaruhi kehidupan
harian. Nilai boleh diklasifikasikan kepada 3 kategori iaitu nilai personal, nilai moral dan
nilai sosial.

Nilai Personal

Nilai personal merangkumi ciri atau cara individu bertindak dalam kehidupan seharian
yang dilahirkan dalam tingkahlaku seperti disiplin, motivasi, ketepatan masa, ketertiban,
penilaian diri terhadap usaha, ketetapan pendirian dan orientasi matlamat. Nilai-nilai ini
merupakan sebahagian dari ciri personal seseorang. Nilai personal adalah unik bagi
setiap individu di mana nilai persona dipilih mengikut kepentingan masing-masing.]

Nilai Moral

Nilai moral membekalkan rasa salah atau benar, dan berkait dengan tanggungjawab
untuk hidup dengan cara yang melindungi kebebasan dan hak orang lain. Nilai moral
menggambarkan kesopanan moral. Sikap dan kepercayaan bermoral ditunjukkan dari
segi kejujuran, boleh diharapkan, toleransi, ketenangan fikiran, keadilan, integriti, prihatin
kepada faedah jangkapanjang dan konsisten dari segi kesempurnaan dan tindakan.

Nilai Sosial

Nilai sosial dapat dilihat melalui perhubungan dengan orang lain. Nilai ini adalah seperti
sokongan, kerjasarna, penghargaan, berdikari, saksarna, pemurah, adil, patuh undang-
undang, menerima keputusan ramai, saling bergantungan, serta mengiktiraf kebaikan
dan maruah orang lain.

5.2 Orientasi Nilai

Orientasi nilai merujuk kepada pembudayaan nilai murni dalarn kehidupan harian.
Terdapat 5 orientasi nilai yang asas iaitu: 1) Orientasi aktiviti, 2) Orientasi kemanusiaan 3)
Orientasi individu-alam, 4) Orientasi masa dan 5) Orientasi hubungan.

Orientasi Aktiviti

Orientasi aktiviti menjawab persoalan mengenai kegiatan yang dilakukan oleh manusia
yang pengaruhi oleh budaya. Orientasi aktiviti boleh dinilai daripada 3 sudut iaitu pelaku
(being), apa yang dilakukan ((being-in-becoming) dan apa yang tercapai olehnya (doing).
Terdapat budaya yang menekan kepada aspek pencapaian lebih daripada lain-lain aspek.
Orientasi "apa yang akan dilakukan" dapat dilihat di kalangan intelektual di mana aktiviti

24
PEMBANGUNAN MANUSIA

yang menggalakkan pekembangan personaliti yang menyeluruh serta pencapaian


keunggulan diri menjadi turnpuan utama. Orientasi yang memberi penekanan kepada
pelaku mengambilkira siapa individu yang melakukan dan bukan apa yang boleh
dicapainya serta ekspresi personalitinya yang spontan.

Orientasi Kemanusiaan Semulajadi

Manusia dilahirkan suci dan sempurna. Pandangan ini bercanggah dengan pendapat yang
menyatakan bahawa manusia lahir dengan kualiti baik dan jahat. Dengan sifat yang suci
dan sempurna manusia berkembang untuk kebaikan. Jika individu disosialisasikan dengan
orientasi keimanan dan amalan baik maka akan terserlahlah kualiti baik individul itu.
Faktor keimanan diberi penekanan dalam orientasi ini di mana ia berfungsi sebagai
panduan untuk bertingkahlaku. Orientasi ini sekiranya tersebar kepada manusia sejagat
akan menjamin keharmonian dalam kehidupan.

Orientasi Individu-alam

Oientasi ini berkait dengan hubungan di antara individu dengan alam sekitarnya. Kualiti
kehidupan manusia dan alam sekitar bergantung kepada bagaimana individu melihat
hubungannya dengan alam. lndividu pasif merasakan mereka tidak boleh menyumbang
kepada kesejahteraan alam. Individu yang ingin menguasai alam pula menyalahgunakan
sumber alam dalam kehidupan. Individu yang peka mementingkan keharmonian
hubungannya dengan alam, selaras dengan perspektif ekologi yang menganggap saling
pergantungan antara manusia dan alam.

Orientasi masa

Kehidupan manusia dipengaruhi oleh orientasi masa depan, kini dan lampau. Faktor
agarna dan budaya menentukan orientasi masa yang diberi keutama. Sebagai contoh
masyarakat Cina amat mementingkan budaya masa lampau di mana nenek-moyang yang
telah meninggal dunia mempengaruhi caragaya kehidupan mereka. Manakala Masyarakat
maju lebih menitikberatkan kepada masa depan tanpa mengira apa yang telah berlaku
sebelum itu. Elemen masa sama ada masa lampau, kini ataupun masa depan adalah
mempunyai kepentingan dalam kehidupan manusia. Kesemua dimensi masa ini perlu
diambilkira dalam merancang dan melaksana sesuatu aktiviti.

Orientasi hubungan

Orientasi hubungan dengan orang lain merangkumi 3 pilihan. Dalam hubungan dengan
orang lain, manusia berfungsi dalam cara linear, kolateral atau individualistik. Linear
merujuk kepada hubungan interpersonal berdasarkan persamaan tingkahlaku dengan
mengiktiraf perbezaan. Dalam orientasi ini, orang yang lebih tua dan biasanya lelaki
biasanya berkuasa pilihan kolateral menekankan kepada penyelesaian masalah. Apabila
masalah timbul, keluarga asas serta keluarga luas secara kumpulan terlibat dalam
mencari penyelesaian. Keputusan dibuat untuk kebaikan kumpulan. Ketua dalam
kumpulan ini dilantik berdasarkan kelayakan dan bukan umur ataupun tradisi Pilihan
orientasi individualistik pula memberi penekanan kepada keupayaan individu dalarn
penyelesaian masalah. Bagaimanapun individu itu mempunyai tanggungjawab terhadap
kumpulan secara keseluruhan. Kedudukan dan tanggungjawab individu itu distrukturkan
secara tesendiri. Walaupun fokus kepada individualistik, kerjasama dan semangat
berkumpulan diberi penekanan.

5.3 Fungsi Nilai

Nilai membekalkan orientasi dan kerangkakerja bagi memandu manusia bertingkahlaku.


Tiga fungsi utama nilai ialah:

25
PEMBANGUNAN MANUSIA

i. Piawai untuk bertindak

Nilai membekalkan manusia dengan piawai bandingan untuk manusia mernutuskan sama
ada hendak memuji atau mengadili diri atau orang lain Sebagai piawai, nilai
membolehkan justifikasi dibuat ke atas sesuatu tindakan. Piawai ini juga akan
menghasilkan pola tindakan yang konsisten.

ii. Pembuatan keputusan dan penyelesaian konflik

Keputusan dibuat dengan memproses input dari persekitaran menggunakan maklumat


yang diterima menerusi persepsi yang dipengaruhi orientasi nilai seseorang. Penyelesaian
konflikjuga dapat dilakukan dengan berasaskan nilai seseorang. Penyelesaian konflik
boleh menjadi sukar akibat persepsi seseorang terhadap konflik itu, makna yang dilihat
berasaskan nilai yang dipegang serta tejemahan kedua-duanya yang dipupuk oleh situasi
emosi yang tidak stabil. Dengan menggunakan pendekatan ekosistem, pembuatan
keputusan akan menjadi lebih mudah apabila isu itu dapat difahami secara lebih
menyeluruh, seterusnya membantu dalam menyelesaikan konflik yang ada.

Motivasi

Nilai mempunyai komponen motivasi yang kukuh. Seperti yang dinyatakan oleh Rokeach
(1973), nilai instrumental merujuk kepada nilai jangkapendek yang mendorong
pencapaian matlamat sementara nilai terminal pula merujuk kepada matlamat yang lebih
besar dan bejangkapanjang. Nilai boleh menjadi pendorong apabila ia mempengaruhi
pembuatan keputusan yang boleh meraih estim diri seseorang.

5.4 Pola Nilai

Nilai sering dikaitkan dengan budaya tertentu. Ahli masyarakat dalam sesuatu kelompok
budaya lebing cenderung memegang nilai yang hampir sama Walaupun terdapat nilai
tradisional yang dipegang kukuh, perkembangan terkini melihat kelompok budaya
semakin terbuka kepada kepelbagaian dalam makna bagi sesuatu nilai dan
menjadikannya saling berkaitan.

Pola nilai juga bergantung kepada faktor masa dan keadaan. Perkembangan terkini
melihat manusia semakin berupaya bertindak atas dasar kesedaran tentang kepentingan
diri dan bukan semata-mata demi kepentingan orang lain semata-mata.

5.5 Proses Nilai

Nilai wujud dalam pelbagai tahap iaitu personal, keluarga ataupun budaya. Menerusi
proses sosialisasi, individu mempelajari dan membentuk nilai dari ibubapa dan ahli
keluarga serta anggota masyarakat dalam budayanya. Kajian yang dijalankan telah
mengenalpasti bahawa ibu merupakan orang yang paling berpengaruh dalam membantu
individu membentuk nilai masing-masing. Meniti alam dewasa, individu membentuk nilai
tersendiri hasil dari menilai nilai yang dipelajari dari keluarga dan menggabungkannya
dengan pengalaman peribadi.

Proses transmisi nilai berlangsung menerusi 3 mekanisme iaitu pengukuhan, mencontohi


dan menerimapakai. Menerusi pengukuhan, perlakuan yang menggambarkan nilai yang
boleh diterima diberi ganjaran sementara hukuman dikenakan bagi perkara sebaliknya.
Menerusi pencontohan, agen sosialisasi paling rapat dalam kehidupan individu iaitu
ibubapa dan guru menunjukkan contoh teladan nilai yang sesuai menerusi tingkahlaku
mereka supaya dapat dicontohi oleh generasi muda. Menerimapakai nilai pula merupakan
proses yang melibatkan penyerapan dan penerimaan nilai yang sesuai dengan piawai
personal seseorang. Dengan meningkatnya usia dan meluasnya pengalaman, definasi

26
PEMBANGUNAN MANUSIA

nilai juga turut meluas. Perkara ini juga dibantu dengan kematangan individu dalam
membuat keputusan.

Terdapat 3 pendekatan di mana nilai boleh di perolehi, iaitu pendekatan


tradisionalautoritarian; pendekatan relatif mutlak dan pendekatan organismik-straktur
perkembangan.

i. Pendekatan Tradisional-Autoritarian

Pendekatan tradisional-autoritarian berasaskan kepada kepercayaan kepada nilai mutlak


yang sedia ada. Manusia bertanggungjawab untuk mempelajari dan hidup berdasarkan
nilai ini. Nilai ini merupakan sebahagian dari tradisi masyarakat. Kepatuhan kepada ketua
dan orang yang lebih berkuasa adalah dipentingkan. Setiap ahli dalam masyarakat
tradisional secara umum mengetahui nilai yang benar dan salah. Proses sosialisasi
bergantung kepada peraturan dan kefahaman yang ditetapkan, ketakutan, hukuman,
ganjaran, pujian dan tuduhan. Manusia menurut pendekatan ini dilihat sebagai individu
yang bertindak pasif (menerima dan patuh) terhadap persekitaran.

ii. Pendekatan Relatif-Mutlak

Pendekatan ini memberi penekanan kepada nilai yang relatif, di mana tidak ada sebarang
prinsip etika atau peraturan moral yang mutlaq. Pendekatan ini adalah berlawanan
dengan pendekatan di atas. Pendekatan relatif mutlak menjadikan individu "agung",
mengenepikan struktur dan organisasi persekitaran dan berpegang kepada betapa
penting dan perlunya untuk membina kebenaran mengikut persepsi sendiri.

iii. Pendekatan organismik-struktur-perkembangan

Pendekatan ini berdasarkan pandangan yang berlainan terhadap manusia, persekitaran


dan perkaitan di antaranya. Organismik merujuk kepada kajian tentang manusia sebagai
keseluruhan yang berfungsi Pendekatan ini juga melihat individu sebagai keseluruhan
yang tersusun, berintegrasi dan sistematik. Dengan yang demikian ia melihat manusia
secara intrinsiknya aktif dan bermotivasi dan menolak pandangan manusia dikawal oleh
unsur luar. Pandangan ini tentunya bertentangan dengan agama Islam dan amalan
budaya timur. Elemen struktur dalam pendekatan ini merujuk kepada ciri keseluruhan
yang sistematik, bertransformasi dan kawal kendirii Elemen perkembangan merujuk
kepada tahap perkembangan manusia di mana manusia berkebolehan untuk meningkat
kepada tahap perkembangan pemikiran yang lebih tinggi dan seterusnya berkebolehan
untuk meningkat dari segi kefahaman nilai dan moral.

5.6 Penjelasan dan Perubahan Nilai

Sistem nilai wujud dalam diri seseorang melalui tiga proses iaitu memilih, menghargai,
dan melakukan. Proses memilih melibatkan pertimbangan secara bebas ke atas beberapa
altematif dan akibat dari pemilihan tersebut. Proses menghargai bermaksud berpuashati
dengan pilihan yang dibuat dan mengakui pilihan itu. Proses melakukan adalah termasuk
menggunakan nilai tersebut dalam semua perlakuan dalam hidup secara konsisten.
Kesemua proses ini akan menjadi sebahagian daripada orientasi nilai individu.

Pegangan nilai seseorang mempunyai kemungkinan untuk berubah bergantung kepada


perubahan yang berlaku dalarn kehidupan mereka. Nilai yang dipegang menentukan
sama ada individu mahu atau tidak menerima perubahan tersebut. Pada masa kini nilai
tradisional terdedah kepada cabaran disebabkan perubahan yang dilalui oleh manusia
merentasi era pasca industn'Atebagai contoh, nilai sosial seperti mengambilberat hal-
ehwal kebaj ikan jiran lebih banyak dipraktikkan dalarn era pra indust~berbanding pasca
industri.

27
PEMBANGUNAN MANUSIA

5.7 Anjakan Paradigma

Anjakan paradigma merujuk kepada penyusunan semula nilai asas bagaimana manusia
melihat dunia paradigma sosial terdiri dari kumpulan nilai, kepercayaan dan pengalaman
yang dikongsi oleh majoriti anggota masyarakat. Peredaran masa boleh menyumbang
kepada perubahan dalam paradigma sosial. Anjakan paradigma ini lazimnya berlaku
beransur-ansur dan bukan secara mendadak. Jadual 3 menunjukkan anjakan nilai
daripada tradisi kepada baru:)

Nilai Lama Nilai Baru


Etika tidak menghargai diri Etika pencapaian diri
Tahap hidup yang lebih tinggi Kualiti kehidupan yang lebih baik
Peranan seksual yang tradisional Peranan seksual yang kabur
Definisi kejayaan yang diterima Definisi kejayaan yang tersendiri
Kehidupan keluarga yang
Keluarga alternatif
tradisional
Keyakinan dalam industri,
Yakin pada diri sendiri
institusi
Hidup untuk bekerja Bekerja untuk hidup
Mengagungkan hero Suka akan ide
Expansionism Pluralism
Patrionism Kurang nationalistik
Perturnbuhan yang tidak selari Lebih kesedaran tentang had
Perkernbangan
Perturnbuhan industrial
maklumat/perkhidmatan
Penerimaan teknologi Orientasi teknologi'

Jadual 3: Anjakan Nilai Lama kepada Baru

Aktiviti

Bincangkan bagaimana anjakan pradigma yang jelas berlaku di kalangan masyarakat


Malaysia masa kini. Sila beri contoh yang sesuai.

5.8 Nilai Sejagat

Terdapat kajian yang mengenalpasti nilai yang dikongsi sejagat tanpa mengira sempadan
bangsa dan tradisi budaya. Di antara nilai tersebut ialah:

Cinta (kasih sayang): Asas tingkahlaku moral ialah keharmonian, kasihsayang dan
saling tolong-menolong. Ihsan merupakan konsep yang paling tepat untuk menerangkan
nilai ini. Dengan kasihsayang dan ihsan manusia boleh saling menolong pada tahap
personal.

Kebenaran: Nilai yang berkait dengan kebenaran termasuklah kejujuran, menunaikan


janji, bercakap benar, dan yakin. Keyakinan perlu bagi membolehkan kebenaran
disahihkan.

Keadilan: Nilai adil merujuk kepada cara melayan orang lain sebagaimana kita mahu
diperlakukan. Nilai adil juga dikaitkari dengan kesaksamaan sesama manusia.

28
PEMBANGUNAN MANUSIA

Kebebasan: Keperluan untuk mempunyai kebebasan bersuara dan bertingkahlaku tanpa


perlu merujuk kepada orang lain hadir dalam kebanyakan diri manusia. Kebebasan
memerlukan rasa tanggungjawab,dan etika.

Perpaduan: Nilai perpaduan menyatukan peranan individu dalam masyarakat. Istilah


yang berkaitan dengan perpaduan termasuklah harmoni, kerjasama, masyarakat, dan
semangat berkumpulan. Berkongsi, sumber alam adalah mesej perpaduan bagi semua
manusia.

Toleransi: Berkongsi persekitaran memerlukan individu mempunyai nilai toleransi yang


tinggi. Toleransi merangkumi rasa hormat terhadap hak orang lain untuk mempunyai ide
dan komitmen untuk mendengar pelbagai pandangan dan menghargai kepentingan
pandangan tersebut. Nilai ini berkait pula dengan nilai menghargai kepelbagaian yang
menjadi satu keperluan bagi penerusan hidup.

Tanggungjawab: Nilai tanggungjawab ialah sebahagian dari nilai kebebasan.


Tanggungjawab adalah penting dalam mempastikan hak dilindungi. Konsep ini amat
penting bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dilakukan.

Menghargai kehidupan: Keamanan hidup hanya akan dapat dicapai apabila manusia
menghargai kehidupan. Saling berbunuhan adalah dilarang manusia digalakkan mencari
jalan damai dalam menyelesaikan konflik.

Lain-lain nilai sejagat: Kegigihan, kebijaksanaan, keramahan, kestabilan, dan hak


untuk mempunyai persekitaran yang sihat adalah antara nilai sejagat yang biasa
diketengahkan.

5.9 Kesimpulan

• Nilai wujud dalam semua aspek kehidupan. Nilai mempengaruhi tingkahlaku dan
proses membuat yang akhirnya memberi kesan ke atas perkembangan individu
dan keluarga.
• Cabaran kehidupan yang pelbagai menjadikan nilai sebagai perkara penting dalam
hidup. Tekanan ekonomi, perubahan demografi, amalan pendidikan, era teknologi
maklumat dan sebagainya memerlukan manusia meniliti nilai sejagat yang ada di
dunia ini.
• Setiap manusia bertanggungjawab mengkaji diri, meneliti apa makna kehidupan
dan apa tujuan hidup dalam meneruskan kehidupan yang lebih bermakna.

Latihan

1. Sila senaraikan 10 nilai yang anda rasa penting ada bagi seorang individu dewasa
mengikut hirarki kepentingannya.

1. 6.
2. 7.
3. 8.
4. 9.
5. 10.

2. Jelaskan bagaimana anjakan paradigma mempengaruhi kehidupan seseorang pelajar


universiti. Beri contoh yang sesuai.

29
PEMBANGUNAN MANUSIA

Unit 6
EKOSISTEM INDIVIDU

Pengenalan

Anda telah mempelajari konsep-konsep asas dalam pendekatan Ekologi Manusia. Kini
anda meneliti pula unsur paling asas dalam perkembangan manusia iaitu individu itu
sendiri. Unit ini akan memperkenalkan tentang bagaimana individu berfungsi sebagai
sebahagian dari sistem ekologi manusia. Pemahaman tentang individu serta
persekitarannya dapat membantu memahami bagaimana individu berfungsi atau
sebaliknya. fTiga aspek yang diberi penekanan dalam memahami sistem individu ialah
persekitaran fizikal, personaliti dan komunikasi interpersonal. Ketiga-tiga aspek ini
berinteraksi dengan persekitaran keluarga bagi menghasilkan persekitaran yang sihat
dan produktif ataupun sebaliknya. lndividu yang mempunyai pandangan positif,
mendapat pemakanan sempurna, dan sihat fizikalnya akan berfungsi dengan berkesan,
mampu menggunakan sumber sebaik mungkin,dan boleh adaptasi kepada perubahan,
tekanan dan transisi. Individu yang sedemikian menjadi ahli keluarga, ahli masyarakat
dan warganegara, yang lebih efektif.

Topik-topik yang akan dibincangkan mengenai individu dan keluarga adalah:

6.1 Sistem fizikal individu


6.2 Sistem internal
6.3 Sistem interpersonal
6.4 Kesimpulan

Objektif Unit

Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:

• Memahami aspek utama dalam sistern individu.


• Menghuraikan sistem fizikal, internal dan interpersonal.
• Membincangkan pengaruh ketiga-tiga sistern individu ke atas pernbangunan
individu.

Bacaan

Bristor, M. W. (1995). Individuals & family systems in their environment. 2nd . Ed. 10:
Kendal/Hunt Pub. Co.

6.1 Sistem Fizikal Individu

Penelitian tentang sistern individu dan interaksinya dalam keluarga dapat membantu
pemahaman yang tinggi tentang sistem keluarga. Aspek pertama dalam sistem individu
yang akan anda teliti di sini ialah sistem fizikal individu berkenaan.

Terdapat 3 elemen asas yang menjadi input dalam sistem fizikal individu iaitu:

a. Oksigen
b. Nutrien
c. Air

Ketiga-tiga elemen ini penting untuk penerusan dan kefungsian hidup individu. Elemen
tersebut berasal dari persekitaran semulajadi. Oksigen merupakan keperluan utama

30
PEMBANGUNAN MANUSIA

sistem fizikal individu di mana tubuh badan tidak dapat berfungsi walaupun seminit tanpa
oksigen. Air merupakan kornpaun yang penting dan paling banyak terdapat dalam tubuh
individu. la merupakan 50 hingga 6O peratus daripada jumlah berat badan. Manusia
biasanya boleh hidup tanpa air untuk beberapa hari, tetapi individu yang sangat muda
atau sangat tua tidak dapat bertahan melebihi satu hari tanpa air.Elemen keperluan
fizikal yang ketiga bagi individu ialah nutrien iaitu makanan, vitamin dan mineral.
Keperluan pemakanan yang asas bagi individu ialah karbohidrat, lemak, dan protein.
Walaupun ketiga-tiga elemen ini terhasil dari persekitaran semulajadi, persekitaran
binaan manusia dan sosio-budaya turut memberi pengaruh ke atas kesediaadaan, kualiti
dan penggunaannya. Sebagai contoh, pencemaran akibat perbuatan manusia dalam
persekitaran binaan dan sosio-budaya boleh mempengaruhi kualiti udara, air dan
makanan.
6.2 Sistem Internal Individu

Persekitaran dalaman individu yang akan dibincangkan dalam kursus ini terdiri daripada
konsep kendiri dan personaliti. Pembentukan konsep kendiri berlaku di sepanjang proses
sosialisasi individu. Konsep kendiri ialah persepsi individu terhadap diri dan merangkumi
sernua pemikiran dan perasaan individu terhadap diri sendiri. Sub kepada konsep kendiri
ialah estim-diri yang merupakan aspek perasaan mengenai nilai dan harga diri. Secara
ekologikal, individu boleh mempunyai pelbagai persepsi tentang diri dan keupayaan yang
mana secara langsung mempengaruhi tingkahlaku dan personalitinya. Individu yang
mempunyai konsep kendiri yang positif lazimnya dapat menjalankan fungsi hidup dengan
berkesan,

Personaliti individu terdiri daripada gabungan pelbagai ciri yang berkembang selepas lahir
dan seterusnya terbentuk sepanjang hidup. Semasa bayi, ciri personaliti dipercayai
terbentuk berasaskan naluri dan emosi seperti lapar, dahaga, takut dan seronok.
Sepanjang peringkat dewasa personaliti terus terbentuk melalui pengalaman dan
interaksi dengan persekitaran sosio-budaya. Jenis personaliti adalah sebahagian daripada
punca yang menjadikan individu berlainan di antara satu sama lain. Caragaya individu
berinteraksi dengan keluarga, rakan dan orang di sekelilingnya banyak dipengaruhi
kecenderungan personalitinya. Menurut teori Jungian, setiap individu mempunyai empat
pasang kecenderungan personaliti alternatif. Seseorang berkemungkinan mempunyai
kecenderungan personaliti berikut:

Ekstrovert atau Introvert


Peka atau Spontan
Berfikir atau Berperasaan
Mengadili atau Membuat persepsi

Kecenderungan personaliti ini menggambarkan gabungan pengaruh genetik dan


pengalaman awal kehidupan. Kecenderungan dalam konteks ini bermakna penampilan
sesuatu personaliti lebih terserlah berbanding dengan yang lain. Ini bermakna, personaliti
lain juga wujud dalam individu tetapi kurang menonjol. Jadual berikut menunjukkan ciri
personaliti ekstrovert dan introvert.

Ekstrovert Introvert
Bercakap dahulu, berfikir kemudian Berfikir dahulu sebelum bercakap
Kenal ramai orang dan menganggap ramai
Tidak mempunyai ramai kawan rapat
orang sebagai kawan rapat
Gemar akan kepelbagaian dan aksi. Boleh
Gemarkan suasana sunyi dan aman. Boleh
berbual atau membaca walaupun tv
memberi tumpuan yang sangat tinggi dalam
terpasang. Tidak menghiraukan bunyi
suasana damai.
bising dan ganguan.
Mendominasi perbualan Dianggap sebagai pendengar yang baik.Selalu

31
PEMBANGUNAN MANUSIA

merasa seperti teraniaya.


Mudah didekati dan digemari rakan dan
Kelihatan pendiam, tidak peramah.
orang yang tidak dikenali
Suka berkongsi majlis istimewa dengan
Suka menghadiri majlis dan berbual dengan ramai orang beberapa orang tertentu
sahaja
Lebih suka mengahasilkan ide dalam Berfikir tentang ide, melakukan refieksi ide
kumpulan. Menggalakkan orang lain dan mengharapkan ide tersebut boleh
meluahkan ide diluahkan dengan tegas
Mendengar adalah lebih rumit berbanding
Suka menyatakan ide tanpa diganggu oleh
dengan bercakap. Suka menjadi perhatian
sesiapa
orang lain
Banyak bercakap Banyak berfikir
Perlu diperakukan oleh rakan dan gemar
maklumbalas orang lain tentang Lebih gemar menyendiri
pencapaian yang diperolehi
Sering merasa syak wasangka terutama jika
Suka berbual panjang pada bila-bila masa orang lain sering memuji atau mengulang apa
yang telah dinyatakan.

Jadual 4: Ciri Personaliti Ekstrovert dan Introvert

Jelas dapat dilihat perbezaan kedua-dua jenis personaliti ini. Tetapi perlu diingat bahawa
lindividu mungkin mempunyai kedua-dua ciri personaliti ini tetapi hanya satu yang akan
menonjol. Jadual berikut pula menunjukkan ciri-ciri yang lazimnya ada pada individu yang
mempunyai personaliti peka dan spontan.

Peka Spontan
Lebih gemarkan jawapan yang tepat
Cenderung memikirkan pelbagai perkara
bagi setiap soalan khusus. Perincian
dalam satu masa; sering dituduh pelupa
adalah sangat penting
Memberi tumpuan ke atas setiap
Mendapati masa depan dan segala
perbuatan.Tidak memikirkan apa akan
kemungkinannya menarik; gembira
berlaku. Lebih gemar melakukan sesuatu
tentang tempat yang akan ditujuinya
berbanding memikirkan tentang sesuatu
Mendapatkan kerja sesuai yang
Percaya bahawa perincian adalah
memberikan hasil yang mudah tampak.
membosankan dan mengulang
Tidak gemar membersihkan sesuatu.
Percaya bahawa apabila sesuatu tidak
rosak, maka tidak perlu
Suka memikirkan bagaimana sesuatu
membetulkannya. Tidak faham dengan
perkara boleh berlaku atau terjadi
sikap yang sentiasa ingin memperbaiki
segala sesuatu
Gemar mendengar sesuatu yang teratur
Mencari hubungan dan salingkalt perkara-
mengikut giliran dan bukan rambang.
perkara yang berlaku dan tidak
Lebih mudah bekerja dengan bukti yang
menerimanya begitu sahaja
konkrit berbanding dengan ide dan teori
Menggunakan masa untuk berfikir secara
reflektif, membayangkan dan melihat
Tidak gemar berkhayal
hubungan dan salinghubungan perkara
yang berlaku serta mencari maknanya.
Membaca bermula dari muka pertama Boleh membaca mana-mana halaman
sehinggalah ke akhir dan bukan mula di yang diminati.

32
PEMBANGUNAN MANUSIA

mana-mana sahaja
Mengambil kenyataan seperti seadanya.
Kecewa apabila arahan yang diberi tidak Memberl jawapan yang umum, Tidak
jelas, apabila perincian diberikan gemar apabila didesak untuk
kemudian dan jika arahan jelas memperincikan sesuatu
disalahertikan sebagai arahan kabur
Melihat sesuatu yang terperinci
Melihat keseluruhan dan
berbanding dengan gambaran
salinghubungannya dengan yang lain.
keseluruhan.
Hanya percaya apabila sesuatu itu sahih Melihat tentang kemungkinan dan
berbukti kebarangkalian

Jadual 5: Ciri Personaliti Peka dan Spontan

Jadual berikut pula meneliti ciri personaliti seorang pemikir dan seorang perasa.

Pemikir Perasa
Tidak mudah melahirkan emosi dan
Sangat peka kepada emosi sendiri dan
sering tidak selesa berurusan dengan
orang lain
aspek emosi orang lain
Menganggap sebarang keputusan adalah
Kekal tenang, tabah dan objektif
baik apabila mengambilkira perasaan
walaupun orang lain sedang bersedih
orang lain
Menyelesaikan konflik berasaskan Sangat mengambilberat perasaan orang
keadilan dan kebenaran dan bukan lain terutarna dalam mempertimbang
untuk menyukakan orang lain pandangan orang lain
Suka membuktikan sesuatu untuk Lebih gemarkan keharmonian berbanding
tujuan penjelasan, mengambilkira kejelasan, sering merasa malu jika wuj ud
kesemua pandangan dalam konflik dalam kumpulan atau perhimpunan
perbincangan demi kemajuan keluarga dan sentiasa cuba
pemikiran mengelakkannya
Kelihatan lebih tegas, menyatakan Tidak teragak-agak menarik balik kata-
perkara yang sebenar dan tidak kata yang telah melukakan perasaan
hipokrit orang, boleh dituduh tidak tetap fikiran
Mengiktiraf diri dengan objektiviti dan
Sering mengambilkira semua perkara
sering dikatakan dingin dan tidak
secara peribadi
prihatin
Sering membuat keputusan yang
Sering memikirkan sama ada orang lain
sukar dan tidak faharn mengapa
memikirkan tentang kemahuan anda
rarnai orang mudah terganggu oleh
walaupun sukar untuk melafazkannya
banyak perkara
Memikirkan adalah lebih penting
mengatakan kebenaran dari disukai.
Sering meletakkan kepentingan dan
Percaya bahawa tidak perlu menyukai
keperluan orang lain lebih dahulu dari diri
orang supaya dapat bekerja
sendiri
dengannya dan menghasilkan kerja
yang baik
Terpesona dengan perkara yang logik
dan saintifik. Lebih mudah mengingati Orang lain dan perasaan mereka adalah
nombor dan rajah berbanding muka lebih penting dalam membuat keputusan
dan nama

Jadual 6: Ciri-ciri Personaliti Pemikir dan Perasa

33
PEMBANGUNAN MANUSIA

Berikut pula adalah ciri bagi personaliti pengadil dan pembuat persepsi

Pengadil Pembuat persepsi


Menunggu orang lain walaupun
Mudah terganggu dan hilang turnpuan
mereka tidak menepati masa
Meletakkan sernua benda/perkara
Suka meneroka perkara baru
pada tempatnya
Tahu bahawa jika orang melakukan
Tidak merancang tetapi menunggu
semua perkara yang sepatutnya
permintaan. Sering dianggap tidak
dilakukan perkara akan menjadi lebih
terurus dan menangguh kerja
mudah
Menyusun-atur keja seharian, sukar
Bergantung kepada kerja di saat
jika perkara tidak berlangsung seperti
terakhir.
yang dirancangkan
Percaya bahawa kreativiti, spontan dan
Tidak suka akan kejutan, lebih berdayatindak lebih penting dari hidup
berstruktur yang teratur dan kernas. Bertindak
mengikut keadaan
Menyenaraikan sernua perkara dan Menjadikan kerja sebagai sesuatu yang
menggunakan senarai tersebut seronok untuk dilakukan
Tidak mempunyai sistern. Sering
Mempunyai sistem yang terurus menukar topik perbualan mengikut
apa yang terlintas di fikiran
Tidak gernar terikat dan mahukan
Membuat kenyataan secara tegas
pilihan yang terbuka
Cenderung untuk membiarkan kerja
Mahu menyelesaikan kerja. Tertutup tidak selesai walaupun tidak selalu.
Terbuka.

Jadual 7: Ciri Personaliti Pengadil dan Pembuat Persepsi

6.3 Persekitaran Interpersonal

Persekitaran interpersonal memberi fokus kepada aspek komunikasi. Proses komunikasi


memainkan peranan penting fungsi sistem individu. Komunikasi ialah proses
menggunakan maklumat untuk melahirkan makna kepada orang lain dan ia penting
untuk adaptasi, kejeleketan dan kefungsian individu dalam persekitarannya.

Elemen struktur dalam proses komunikasi terbahagi kepada 4 bahagian:

1. Penyampai
2. Mesej/ Maklumat
3. Media/Pengantara
1. Penerima

Rajah berikut menunjukkan bagaimana kesemua elemen tersebut bertindak


menghasilkan proses komunikasi.

34
PEMBANGUNAN MANUSIA

Rajah 4: Proses Komunikasi

Elemen struktur dalarn proses komunikasi tersebut di atas merupakan perkara asas
dalam proses komunikasi. Elemen lain seperti teknologi mempunyai kaitan rapat dengan
elemen asas tersebut. Pada lazimnya turnpuan diberikan kepada elemen mesej dan
media dan sering mengabaikan elemen penerima dan bagaimana reaksi penerima ke
atas mesej yang diperolehi. Penerima juga mungkin kurang peka dengan apa maksud
sebenar penyampai. Kegagalan sedemikian akan menjadikan proses komunikasi menjadi
kurang berkesan. Berikut dijelaskan secara ringkas tentang setiap elemen struktur
komunikasi:

I. Penyampai

Orang yang mereka dan menghantar mesej ialah penyampai dalarn proses komunikasi.
Sistem individu dilihat secara menyeluruh sebagai penyampai dari aspek komunikasi
tanpa lisan. Penampilan diri dari segi gaya tubuh, memek muka, gerakan, nada suara dan
gaya suara memainkan peranan penting dalam komunikas. Jarak fizikal antara
penyampai, sentuhan atau tidak melakukan sentuhan semasa berkomunikasi, perlakuan
peribadi seperti pemilihan warna, penyusunan. alatperabut rumah dan pej abat dan lain-
lain juga menjadi aspek yang dinilai dalam menentukan kredibiliti seorang penyampai.
Penampilan diri penyampai adalah penting dalam kebanyakan situasi terutamanya yang
kritikal seperti temuduga, penyelesaian konflik, soal peribadi dan seumparnanya.

II. Mesej/Maklumat

Mesej adalah unit maklumat yang disampaikan oleh penyampai kepada penerima.
Penyampai mereka mesej yang menggambarkan pemikirannya.Mesej boleh merangkumi
perasaan, fikiran, ide, cadangan atau arahan. Selepas menyedia dan mengkodkan mesej,
penyampai akan menentukan sama ada mesej itu perlu diterangkan, disembunyikan, di
tapis atau dijadikan sesuai untuk penerima dan keadaan mesej seterusnya dihantar
kepada penerima. Penerima akan menerima mesej, mengkodkan semula mesej supaya
boleh diterimapakai dalam sistem individu Secara amnya mesej difikirkan dalam bentuk
perkataan. Perkataan diucapkan, dibaca dan ditaakul. Manusia terdidik untuk
menggunakan perkataan. Perkataan adalah penting terutamanya tentang pilihan
perkataan, penggunaan frasa, cara bagaimana perkataan di jalin dan mempengaruhi
emosi dan deria rasa penerima dan mempengaruhi mesej yang diterima. Setiap mesej
mempunyai empat bahagian iaitu:

1. Subjek bagi mesej tersebut


2. Predikat memberitahu apa yang dilakukan
3. Objek memberitahu ke mana tindakan itu diarahkan
4. Kandungan tindakan tersebut

35
PEMBANGUNAN MANUSIA

Perkataan juga hanya merupakan simbol atau petanda dan bukan benda yang
diwakilinya. Simbol atau petanda ini dipersetujui dalam konteks budaya setempat. Dalam
era pasca industri, manusia beredar ke era visual simbolik di mana komunikasi lebih
berasaskan garnbar dan imej.

III.. Media/Pengantara

Media merupakan cara mesej dipersembahkan kepada penerima. Mesej yang diterima
selalunya amat dipengaruhi oleh cara mesej tersebut dipersembahkan. Sebagai contoh,
masa merupakan satu elemen yang sangat mahal dalam pengiklanan televisyen. Oleh
yang demikian, iklan di persembahkan dalam masa yang singkat dengan gambar,
pergerakan, imej, dan bunyi yang mampu menarik perhatian penonton dalam tempoh
masa yang begitu terhad.

IV. Penerima

Pihak yang menerima mesej dikenali sebagai penerima. Dalam komunikasi, pihak yang
menghantar mesej perlu memahami penerima dan konteks di mana mesej itu akan
diterima oleh penerimanya. P ihak penerima boleh memberikan intepretasi yang berbeza
dari apa yang dimaksuakan oleh penghantar mesej. Ini seterusnya boleh memberikan
reaksi yang berbeza oleh penerima mesej. Pengaruh budaya juga memainkan peranan
tentang penggunaan perkataan dan pergerakan dalam berkomunikasi.

6.4 Proses dan impak interaksi dan transaksi keluarga dengan Persekitaran

Bentuk komunikasi mempengaruhi makna keluarga

Dalam proses komunikasi, makna diperolehi melalui interpretasi yang berterusan dan
respon kepada mesej. Anggota fizikal, sensitiviti yang melibatkan penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa dan bau membentuk set pertarna penapisan dalam
komunikasi. Persepsi individu turut disaring melalui sistem keluarga dan sistem sosial,
penggunaan bahasa, penerimaan individu dalam melihat dan menginterpretasi sesuatu
perkara serta persetujuan sosial yang piawai bagi seluruh dunia. Melalui cara ini, kita
mempunyai tanggapan yang sama terhadap simbol verbal dan non-verbal. Sebagai
contoh, kita berkongsi pengalaman yang am dengan ramai individu lain, tetapi
pengalaman yang lebih khusus hanya dikongsi bersama kumpulan kecil. Sebagai contoh,
kita hanya berkongsi pengalaman yang global (seperti bahasa, kawasan geografl, budaya
dan kepercayaan) dengan ramai individu dan pada masa yang sama kita berkongsi
pengalaman yang khusus serta belajar memahami sesama sendiri dengan cara yang unik
di dalam sistern keluarga.

Pengalaman sosial membentuk dunia yang kita diarni bersarna. Bahasa yang kita
gunakan sering membataskan bentuk serta makna. Sebagai contoh, dalam sesetengah
bahasa, terdapat banyak perkataan deskriptif untuk pelbagai elemen. Perkataan-
perkataan ini membenarkan pelbagai cara untuk melihat dan menerangkan makna
perkataan ini. Walaupun bahasa boleh menghasilkan makna, kita boleh meluaskan
persepsi dengan belajar bahasa baru dan bersikap lebih terbuka kepada pengalaman
baru.

Oleh itu, secara keseluruhannya budaya mempengaruhi persepsi dan makna, tetapi
kumpulan individu secara langsung seperti keluarga, kelas di sekolah, kumpulan kerja
atau rakan-rakan turut membekalkan pengaruh besar dalarn membentuk caragaya
persepsi individu. Tempat dan ruang menarnbahkan makna kontekstual dan
mempengaruhi cara kita membentuk pernahaman terhadap maklumat yang diterima.

Walaupun, sistern fizikal dan sosial membekalkan penapisan asas untuk makna, individu
turut mempengaruhi interpretasi di dalam sistem masyarakat yang lebih luas. Individual
constraints merujuk kepada interpretasi yang kita bentuk kepada makna berpandukan

36
PEMBANGUNAN MANUSIA

sejarah dan pengalarnan individu. Setiap individu mempunyai cara yang unik dalam
menganalisis maklumat dan melihat setiap perkara. Sebagai contoh, di dalam sistern
keluarga, seorang individu mungkin mempersepsikan percutian keluarga mereka sebagai
'gembira' dan memori yang indah, manakala ada individu lain yang mempersepsikannya
sebagai 'membosankan'.

Sebagai ahli keluarga, kita turut berkongsi persepsi dengan ahli keluarga yang lain
memandangkan pembelajaran kita mengenali dunia adalah hampir sama. Setelah
menjalankan kefungsian dalam keluarga, individu biasanya selesa untuk mengendalikan
simbol bahasa kerana kernarnpuan memahaminya di dalam sistern keluarga tersebut.
Contohnya, sebagai anak, apabila kita mendengar panggilan ibu, kita dapat
menjangkakan apa yang diingininya berpandukan nada suara, kecemasan suaranya serta
samada behau memanggil dengan nama penuh atau tidak.

Kesimpulannya, bentuk komunikasi yang mempengaruhi makna dalam keluarga:

 • Dalam bentuk verbal dan non-verbal


 • Khusus kepada perhubungan di dalam sistem
 • Memerlukan timbal-balas
 • Sering dapat diramal
 • Mesej yang mengandungi maklumat dan perasaan
 • Membentuk hubungan
 • Boleh berubah disebabkan tekanan dalam sistern
 • Merangsang perabahan di dalam sistern

Di antara faktor penting yang menyumbang kepada pernbangunan makna dalarn


keluarga ialah:

 • Pengaruh keluarga asal


 • Peraturan komunikasi keluarga
 • Komunikasi dan gender
 • Kerangkakerj a komunikasi

Pengaruh keluarga asal

Keluarga asal merujuk kepada keluarga di mana kita dilahir dan dibesarkan. Pengalaman
tertentu dalarn sistern keluarga akan membentuk kombinasi personaliti dan khazanah
budaya yang unik kepada individu. Ini disebabkan kebanyakan hubungan dengan ahli
keluarga yang berlangsung pada peringkat awal usia individu akan berterusan sehingga
dewasa dan juga kepada pasangan individu kelak.

Sistem keluarga merupakan sumber pembelajaran yang paling bermakna. Keluarga


mengajar individu mempersepsikan dan menapis pelbagai maklumat serta memberi
perspektif kepada persekitaran keluarga serta persekitaran di sekeliling keluarga. Oleh
itu, keluarga asal memberi pengaruh paling besar terhadap pembangunan sistem baru.
Bagaimanapun, sumber lain seperti media, pendidikan dan institusi keagamaan, jiran dan
keluarga rakan turut menunjukkan generasi muda bagaimanakah cara hidup keluarga
sebenarnya.

Peraturan komunikasi keluarga

Peraturan merupakan persetujuan yang menentu serta membataskan perlakuan serta


tingkahlaku pada setiap masa. Sistem keluarga ditadbir oleh peraturannya sendiri, dan
peraturan ini membentuk struktur. Peraturan ini membentuk gambaran yang
membenarkan ahli keluarga mengetahui apakah panduan dalam sistem mereka. Individu
mungkin kurang menyedari peraturan komunikasi keluarga mereka kerana peraturan ini

37
PEMBANGUNAN MANUSIA

adalah berterusan dan membangun dari masa ke semasa bergantung kepada


penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

Komunikasi dan gender

Bagi bentuk komunikasi keluarga, perbezaan mengikut gender akan wujud. Peraturan
mengikut gender ini akan menentukan siapa yang harus memainkan peranan atau
memberi respon terhadap tingkahlaku komunikasi, contohnya menangis, memeluk,
pendedahan diri, memukul atau berlawan. Sebagai contoh, kebanyakan sumber
menyatakan isteri akan menunjukkan lebih perasaan dan emosi di dalarn mesej bagi
hubungan mereka berbanding suarni. Wanitajuga dikenalpasti sering menggunakan
bahasa untuk meningkatkan keintiman semasa berkongsi perasaan berbanding lelaki
yang kurang ekspresif

Kerangka komunikasi keluarga

Proses komunikasi digunakan oleh sistern keluarga untuk membentuk kumpulan yang
dapat berkongsi maklumat. Tindakan ini biasanya diatur oleh satu kerangka komunikasi.
Dengan membangunkan rangkaian untuk saluran maklumat tertentu, ahli keluarga dapat
berkongsi makna melalui interaksi dan menentukan laluan melalui rangkaian tertentu di
dalam kerangka komunikasi keluarga tersebut. Saluran maklumat ini akan menjadi
jaringan komunikasi yang digunakan di dalam keluarga. Kerangka ini akan mempengaruhi
laluan mesej daripada seorang ahli kepada ahli yang lain serta individu di luar keluarga.
Laluan tersebut mungkin dalarn bentuk horizontal apabila seorang adik bertanyakan
sesuatu kepada abangnya atau apabila ibu dan anak menyelesaikan masalah bersam.
Komunikasi vertical pula wujud apabila perbezaan kuasa mempengaruhi laluan
komunikasi, contohnya dalam keluarga yang mempunyai ibubapa yang tidak bertolak
ansur dalam peraturan.

Keluarga yang mudah mengadaptasi di dalam pembuatan peraturan akan melibatkan


perubahan di dalam kerangkakerja komunikasi mereka berbanding keluarga yang kurang
mengadaptasi, di mana mereka menggunakan kerangka komunikasi yang sama dalam
setiap perkara. Kerangkakerja komunikasi dianggap dapat mengekalkan rol dan peraturan
di dalam sistem. Peraturan mungkin mempengaruhi kerangkakeja dan dalam masa yang
sama kerangkakeja komunikasi turut membentuk peraturan. Pemprosesan maklumat
bergantung kepada kerangkakej a komunikasi dalam sistem dan kerangkakej a turut
mempengaruhi j enis pemprosesan maklumat yang akan diwuj udkan.

38
PEMBANGUNAN MANUSIA

Unit 7
INTERAKSI DAN TRANSAKSI INSAN DENGAN PERSEKITARAN KELUARGA

Pengenalan

Unit ini akan memperkenalkan tentang bagaimana insan berinteraksi dan bertransaksi
dalarn sistern keluarga. Pari perspektif ekologi, keluarga dikenali sebagai sistern
ekologikal kerana ia terdiri daripada individu sebagai organisma hidup yang berinteraksi
dengan persekitaran-kndividu berinteraksi antara satu sama lain dengan persekitarannya
terutama persekitaran keluarga, berkongsi nilai, sumber, matlarnat, tanggungjawab dan
mempunyai kornitmen sepanjang masa; individu dan keluarga tidak wujud secara
berasingan, mereka perlu berinteraksi untuk memperolehi sumber, bahan, tenaga dan
maklurnat sebagai memenuhi keperluan hidup. Aktiviti individu dengan keluarganya
merupakan proses ekologikal. yang berlangsung dalam konteks masa.)

Topik-topik yang akan dibincangkan mengenai individu dan keluarga adalah:

7.1 Ekosistem keluarga sebagai sistem sosial


7.2 Bentuk dan struktur keluarga
7.3 Fungsi ekologikal keluarga
7.4 Proses dan impak interaksi dan transaksi keluarga dengan persekitaran
7.5 Kesimpulan

Objektif Unit

Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:

1. Memahami aspek utama dalam ekosistem keluarga.


2. Menghuraikan struktur dan fungsi keluarga.
3. Membincangkan saling pengaruh individu dan sistem keluarga ke atas
persekitaran.

Bacaan

Bristor, M. W. (1995). Individuals & family systems in their environment. 2nd . Ed. IO:
Kendal/Hunt Pub. Co.

Bubolz, M. M. dan Sontag, M. S. (1993). Human ecology theory dalam Sourcebook of


family theories and methods: A contextual approach. N.Y.: Plenum Press.

7.1 Ekosistem keluarga sebagai sistem sosial

Keluarga berinteraksi dalam persekitarannya dikenali sebagai ekosistem di mana setiap


bahagian dalam keluarga dan keseluruhan persekitaran adalah saling bergantungan dan
berkait antara satu sama lain. Keluarga juga menj alankan tugas pengekalan fizikal dan
biologi seperti menyediakan keperluan makan, minum dan tempat tinggal serta
melahirkan zuriat untuk penerusan hidup berkeluarga.

Tugas keluarga juga meliputi aspek psiko-sosial dan asuhan kepada setiap individu yang
menggotainya untuk kebaikan keluarga dan masyarakat amnya.) Struktur dan kefungsian
keluarga ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam topik lain selepas ini.
Kesejahteraan individu dan keluarga saling berkaitan dengan kesejahteraan dunia secara
amnya Secara terperinci, faktor andaian berikut perlu diteliti dalam memahami ekologi
keluarga;

39
PEMBANGUNAN MANUSIA

• komponen, struktur keluarga dan persekitarannya serta proses yang berlangsung


di antara keduanya adalah saling bergantungan dan berkaitan, maka ianya perlu
dianalisis sebagai sistem
• sebagai sebahagian dari sistem manusia, keluarga merupakan sebahagian dari
keseluruhan sistem hidup yang saling berkait dengan organisma hidup dan bukan
hidup yang terdapat dalam persekitaran.
• keluarga mempunyai ciri separa terbuka, bermatlamat, dinamik dan adaptif .
Keluarga juga memberi respon, berubah, berkembang, bertindak dan
mengubahsuai persekitarannya. Adaptasi merupakan proses berterusan dalam
sistem keluarga
• kesemua bahagian dalarn persekitaran adalah bersalingkait dan mempengaruhi
antara satu sama lain. Persekitaran semulajadi fizikal-biologikal menyediakan
sumber yang perlu sebagai asas untuk hidup, ia dipengaruhi dan mempengaruhi
persekitaran sosio-budaya dan binaan manusia. Keluarga berinteraksi dengan
pelbagai persekitaran
• keluarga adalah sistem yang melakukan transformasi tenaga dan memerlukan
bahan dan tenaga untuk pengekalan dan penerusan, untuk berinteraksi dengan
sistem lain dan untuk berfungsi. Maklumat membantu dalam mengurus,
menggalakkan dan melakukan transformasi bahan-tenaga dalam ekosistern
keluarga
• dua set peraturan utama mempengaruhi interaksi keluarga dengan
persekitarannya iaitu 1) undang-undang semulajadi fizikal dan biologikal seperti
peraturan termodinamik tentang pertukaran bahan-tenaga, dan 2) nilai dan
peraturan yang direka oleh manusia. Perspektif ekosistem mementingkan kedua-
dua set peraturan
• persekitaran tidak menentukan tingkahlaku manusia tetapi meletakkan batasan
dan kekangan di samping peluang untuk keluarga berkembang
• keluarga mempunyai pelbagai darjah kawalan dan kebebasan dalam aspek
interaksi dalarn persekitaran
• Pembuatan keputusan merupakan proses mengawal utama yang mengarah
tingkahlaku dalam mencapai matlamat individu dan keluarga yang seterusnya
akan mempengaruhi persekitaran luas yang lain.

Nilai asas dalam pendekatan ekologi keluarga ialah untuk penerusan hidup dan
peningkatan kualiti hidup individu dan keluarga konsep asas ekologi keluarga adalah
seperti yang telah dibincangkan sebelum ini dalam Unit 2. konsep dan definisi yang
penting untuk difahami ialah:

Keluarga

Ulnit asas masyarakat yang dianggotai oleh organisma yang berinteraksi dalam
persekitarannya. Definisi keluarga merangkumi keanggotaan oleh ahli yang mempunyai
pertalian sama ada oleh perkahwinan, secara biologikal atau diangkat menjadi ahli serta
mereka yang saling bergantungan tetapi berdikari, berkongsi matlamat, sumber dan
mempunyai komitmen terhadap satu sama lain. Definisi keluarga ini bersifat ekologikal,
namun ia perlu disesuaikan mengikut konteks agarna dan sosio-budaya setempat.

Keperluan

Keadaan yang perlu dipenuhi untuk meneruskan hidup dan bertingkahlaku secara adaptif
dikenali sebagai keperluan. Tiga kategori keperluan individu dan keluarga ialah: 1)
keperluan untuk mepunyai, 2) keperluan untuk berhubung dan 3) keperluan untuk wujud.
Keperluan untuk mempunyai merujuk kepada perolehan bahan-tenaga dan maklumat
sebagai asas keperluan hidup. Keperluan untuk berhubung pula merujuk kepada
keperluan untuk disayangi dan menyayangi, diterima dengan baik serta untuk
berkomunikasi. Keperluan untuk wujud merujuk kepada keperluan untuk pertumbuhan
dan perkembangan individu termasuk pencapaian kecemerlangan diri. Keperluan
berhubung dan wujud banyak dipengharuhi oleh budaya. Oleh itu, keperluan individu dan
keluarga mesti diambilkira mengikut konteks masyarakat dan ekosistem.

40
PEMBANGUNAN MANUSIA

Nilai: Nilai merentas sistem individu dan keluarga serta merupakan bahagian penting
dalam proses keluarga. Definisi dan fungsi nilai telah dibincangkan dalam Unit 4. Bila
membicarakan tentang ekosistem keluarga nilai serta matlamat individu dan keluarga
perlu difahami kerana ia boleh mempengaruhi proses membuat keputusan dan tindakan
manusia dan interaksi mereka dalam persekitaran sosio-budaya.

Matlamat: Setiap individu dan keluarga mempunyai matlamat iaitu sesuatu yang
mendorong keluarga berusaha untuk mencapainya. Gabungan nilai dan matlamat
merupakan faktor pendorong bagi keluarga untuk berfungsi sehingga ke tahap optimum.
Dalam usaha ini, pelbagai sumber boleh digunakan oleh keluarga bagi mempastikan
matlamat tercapai.Matlamat juga dipengaruhi oleh masa iaitu ia boleh merupakan
matlamat jangkapendek atau matlamat jangkapanjang.

Sumber: Sumber digunakan oleh sistem keluarga bagi mencapai matlamat, jangkaan
dan permintaan. Terdapat pelbagai jenis dan potensi sumber untuk memenuhi keperluan
individu dan keluarga. Secara umumnya sumber terbahagi kepada dua jenis iaitu sumber
manusia dan sumber material. Sumber manusia ialah ciri personal seperti pengetahuan,
kemahiran psikomotor, ciri emosi seperti kasihsayang, cinta, kesihatan, tenaga dan masa.
Sumber material ialah perkara dan bahan yang boleh memenuhi permintaan di luar diri
manusia. Sumber bukan manusia ini adalah seperti bahan semulajadi ataupun berproses,
perumahan, harta, wang dan pelaburan.

Pengurusan: Pengurusan ialah satu proses komprehensif yang melibatkan pencapaian,


rekacipta, koordinasi dan penggunaan sumber untuk mencapai matlamat dan
merealisasikan nilai. Pengurusan melibatkan proses yang saling berkait dan
berorientasikan kerja seperti penetapan matlamat, perancangan, implementas dan
penilaian juga proses berorientasi kemanusiaan seperti motivasi, pembelajaran dan
integrasi. Pembuatan keputusan terlibat dalam semua proses pengurusan. Hasil dari
aktiviti membuat keputusan dan pengurusan akan menjadi maklumat asas kepada sistern
keluarga untuk pembuatan keputusan di masa depan.

Membuat keputusan: Pembuatan keputusan ialah sistem kawalan bagi aktiviti


keluarga. Keputusan dibuat dalam aktiviti penyelesaian masalah, pencapaian matlamat,
dan aktiviti harian. Perkara asas dalam membuat keputusan melibatkan:

a. Menyedari keputusan diperlukan


b. Mengenalpasti, membanding dan menilai alternatif
c. Memilih alternatif yang sesuai

Pembuatan keputusan adalah satu proses yang kompleks dalam keluarga kerana:

 Keluargaperlumembuatbanyakjeniskeputusan:teknikal,ekonomi,
perandangan dan politik
 Kebanyakan keputusan keluarga dibuat apabila wujud kadaan yang tidak
pasti atau berisiko
 Terdapat keputusan yang melibatkan keputusan secara berkumpulan atau
oleh seluruh ahli keluarga

Aktiviti pengekalan: Aktiviti pengekalan merangkurni sebahagian besar kehidupan


harian keluarga seperti aktiviti ekonomi, pengelauaran, penggunaan, pengasuhan, tugas
rumah dan penjagaan ahli keluarga. Ia memerlukan transformasi bahan-tenaga dan
rnaklumat. Aktiviti pengekalan adalah aktiviti biasa, berulang dan berpanjangan.

Komunikasi: Seperti mana yang telah dibincangkan dalarn unit sebelum ini, komunikasi
merupakan proses interaksi yang penting dalarn sistem keluarga.)

Pembangunan Manusia: Keluarga merupakan mikrosistern yang kritikal untuk


pernbangunan manusia. Sistem lain seperti meso, ekso dan makro adalah juga pengaruh

41
PEMBANGUNAN MANUSIA

yang kuat terhadap pembangunan manusia. Seperti yang telah dibincangkan dalam Unit
1, pernbangunan manusia berlangsung sepanjang hayat daripada peringkat konsepsi,
bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Kualiti kehidupan manusia dan kualiti persekitaran: Kualiti kehidupan manusia


adalah sinonim dengan kesejahteraan hidup manusia. Di peringkat individu, kebahagiaan,
keamanan, kepuasan merupakan ciri kehidupan yang diinginkan berbanding
kesengsaraan, kekecohan, dan ketidakpuasan. Manakala contoh kualiti kehidupan
keluarga pula ialah kesediaadaan tempat tinggal yang selesa dengan kemudahan yang
lengkap berbanding ketiadaan tempat tinggal atau tempat tinggal yang tidak sernpurna.

Pada peringkat masyarakat, kadar kematian bayi dan pengangguran adalah contoh
indikator kualiti kehidupan. Kualiti persekitaran semulajadi, binaan manusia dan sosio-
budaya merujuk kepada kapasiti persekitaran membekalkan sumber manusia dan bukan
manusia untuk pengekalan hidup. Persekitaran yang berkualiti tinggi boleh dihuraikan
sebagai mempunyai ciri yang selamat, menyokong dan mernuaskan secara estetik dan
sesuai untuk didiami dan diduduki.

7.2 Bentuk dan struktur keluarga

Setelah memaharni ekosistern keluarga sebagai sistern sosial, anda akan didedahkan
kepadkperkara asas mengenai keluarga iaitu dari segi bentuk dan strukturnya.

Bentuk Keluarga

Menurut perspektif sistem, bentuk merujuk kepada bahagian sistem yang boleh dilihat.
Bentuk keluarga merujuk kepada ahli yang terlibat dalam sistem keluarga. Keluarga boleh
wujud dalam pelbagai bentuk termasuk nuklear, luas, induk tunggal, pasangan berkahwin
tanpa anak, keluarga tiri,dan keluarga kahwin semula

Keluarga nuklear merupakan keluarga yang mempunyai ahli yang terdiri daripada ibu,
bapa dan anak-anak. Keluarga konjugal merujuk kepada keluarga nuklear yang terbentuk
berasaskan ikatan perkahwinan. Keluarga luas ialah unit keluarga yang terdiri daripada
ibu, bapa, anak-anak dan ahli keluarga yang lain seperti datuk, nenek, ibu/bapa saudara
dan saudara mara.

Ahli dalam keluarga luas boleh terdiri daripada 3 atau lebih generasi. Bilangan ahli dalam
keluarga luas biasanya lebih ramai daripada ahli dalam keluarga nuklear. Keluarga
konsanguines ialah keluarga luas yang berasaskan kepada hubungan darah. Keluarga
lengkap ialah keluarga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta anak. Keluarga induk
tunggal ialah keluarga yang diketuai oleh ibu atau bapa dan mengandungi satu atau lebih
anak. Keluarga ini terbentuk akibat perceraian, kematian atau perpisahan.

Keluarga kahwin semula pula ialah keluarga yang terbentuk apabila salah seorang atau
kedua-dua pasangan pernah berkahwin sebelumnya. Keluarga tiri ialah keluarga yang
terbentuk apabila salah seorang atau kedua pasangan mempunyai anak hasil daripada
perkahwinan terdahulu.

Selain daripada pelbagai bentuk keluarga di atas, keluarga juga boleh diklasifikasikan
kepada dua j enis iaitu keluarga orientasi dan keluarga prokreasi. Keluarga orientasi ialah
keluarga di mana seseorang itu dilahirkan. Keluarga prokreasi pula merupakan keluarga
yang terbentuk kemudian seperti keluarga yang terhasil apabila individu berkahwin.

Struktur

Perspektif sistem mendefinisikan struktur keluarga kepada saling hubungan antara


elemen dalam keluarga. Secara konsepsual, struktur merujuk kepada pola interaksi yang
terbentuk dalam sistem keluarga. Pola ini menjadi kerangka struktur yang
menghubungkan elemen dalam kelaurga dan membantu keluarga menjalani aktiviti
kehidupan.

42
PEMBANGUNAN MANUSIA

Elemen struktur merangkumi kedudukan sosial yang boleh didapati dalam semua
organisasi sosial. tanpa mengira ciri personal ahli organisasi tersebut. sebagai contoh,
dalam keluarga nuklear, struktur merangkumi kedudukan sebagai isteri-ibu, suami-bapa,
anak-adik-beradik. Kedudukan dalam keluarga dikaitkan dengan peranan yang perlu
dijalankan dan tingkahlaku yang dijangkakan. Setiap kedudukan ahli dalam keluarga
boleh menjalankan pelbagai peranan seperti sebagai pencari nafkah, suarni, bapa, dan
pendidik.

7.3 Fungsi ekologikal keluarga

Fungsi keluarga adalah merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh keluarga yang
menyumbang kepada pengekalan dan penerusan hidup individu dan keluarga secara
keseluruhannya. Secara ekologikal, fungsi keluarga menggambarkan tujuan dan aktiviti
keluarga dalarn masyarakat yang lebih luas. Tidak ada keluarga yang wujud bersendirian.
Setiap keluarga berinteraksi dengan keluarga lain serta komuniti melalui sistem yang
saling berkaitan antara satu sama lain. Secara umumnya keluarga menjalankan fungsi
yang harnpir sama. Lima fungsi keluarga yang boleh dikenalpasti dalam semua konteks
budaya adalah seperti berikut:

1 . Reproduksi iaitu proses melahirkan generasi pelapis


2. Menghalal atau membenarkan fungsi seksual
3. Mensosialisasi anak sebagai ahli masyarakat yang produktif
4. Mewujudkan hubungan ekonomi secara resiprokal antara keluarga dan
masyarakat
5. Membekalkan sumber sokongan emosi kepada ahli

Fungsi keluarga juga boleh dilihat menerusi peranannya untuk ahli keluarga iaitu:

1. Perlindungan
2. Ekonomi
3. Asuhan
4. Pengantara
5. Pendidikan
6. Adaptasi
7. Penerusan (Continuity)

Perlindungan

Keluarga berperanan membekalkan aspek keselarnatan kepada ahli menerusi penyediaan


tempat tinggal dan perlindungan dari persekitaran yang membahayakan. Peranan
keluarga dari aspek perlindungan ini termasuklah menyediakan langkah-langkah
keselamatan dalam mernastikan ahli keluarga selamat di rumah, di kawasan kejiranan,
dalam perjlanan pergi dan balik dari sekolah dan tempat kerja. Persoalan yang sering
dikaitkan dengan aspek perlindungan termasuklah:

a. Apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil untuk memastikan


keselamatan diri?
b. Apakah sumber yang diperlukan bagi melindungi kesihatan dan keselamatan ahli
keluarga?
c. Bagaimanakah keluarga berbincang dan mengajar ahli keluarga tentang perkara
yang membahayakan seperti dadah dan penyakit serta cara untuk melindungi diri
dari pengaruhnya?

Ekonomi

43
PEMBANGUNAN MANUSIA

Keluarga juga berfungsi untuk membekalkan perkara asas ekonorni seperti keperluan
makanan, pakaian dan tempat tinggal. Seperti yang telah anda pelajari dalarn Unit 4,
Maslow menyatakan bahawa keperluan asas manusia seperti makanan, pakaian dan
tempat tinggal perlu dipenuhi sebelum manusia maju ke tahap keperluan seterusnya.
Memenuhi keperluan asas dapat dilakukan dengan memberi dan menerima di antara ahli
keluarga serta institusi sosial yang membekalkan barangan dan perkhidmatan untuk
kegunaan seperti perniagaan, kerajaan, jiran dan rakan. Persoalan yang dikaitkan dengan
aspek ekonomi sebagai kefungsian keluarga meliputi:

a. Apakah sumber yang akan digunakan untuk memperolehi keperluan asas ekonomi
keluarga?
b. Siapakah pencari nafkah utama dalam keluarga?
c. Apakah barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh keluarga yang perlu
dibekalkan melalui pengeluaran isirumah oleh ahli keluarga?
d. Siapakah yang membuat keputusan tentang penggunaan sumber seperti duit,
kemahiran, masa, ruang dan tenaga?

Asuhan

Fungsi asuhan dalam keluarga termasuklah memberi dan menerima ganjaran emosi dan
kasihsayang yang diperlukan bagi membolehkan ahli keluarga membesar. Fungsi ini
meliputi pembekalan sokongan emosi dan j agaan fizikal untuk ahli keluarga. Dalam
sistem keluarga, sokongan emosi dan j agaan fizikal melibatkan keseluruhan ahli keluarga
termasuk suami-isteri dan anak-anak di sepanjang tempoh kitaran hayat mereka. Fungsi
asuhan antara anak-anak dan ibubapa berlangsung secara resiprokal di mana anak-anak
bukan sahaj a menenima sokongan emosi dan j agaan fizikal malahan membekalkan
ibubapa dengan berkongsi ide, maklumbalas dan persepsi mengenai keperluan mereka
dalam menjalani kehidupan sebagai anak dalam era tertentu. Perkongsian sihat ini
diharap dapat meningkatkan kualiti hubungan ahli keluarga, termasuk meningkatkan
darjah kepuasan hubungan suami-isteri sebagai ibubapa yang berkongsi peranan sebagai
agen utama fungsi asuhan dalam keluarga. Persoalan yang sering dilibatkan dalam fungsi
asuhan termasuklah:

a. Bagaimana ahli keluarga memperuntukkan masa untuk memupuk


hubungan antara pasangan
b. Bagaimanakah kefungsian asuhan berlangsung dalam isirumah keluarga
induk tunggal?
c. Bagaimanakah setiap ahli keluarga diasuh?

Pengantara

Keluarga menjalankan fungsi sebagai sistem penapis di mana keluarga mengenalpasti


dan memilih maklumat, tingkahlaku dan sumber yang sesuai dengan nilai, agama,
kepercayaan, matlamat dan gaya hidup. Fungsi ini menggambarkan ciri keluarga yang
berupaya untuk mewujudkan sempadan terbuka, tertutup atau separa, terbuka. Ciri
tersebut dapat membantu keluarga bersifat memilih terhadap input yang masuk ke dalam
sistem keluarga. Kesej ahteraan rohani dan j asmani merupakan unsur utama yang perlu
dititikberatkan oleh keluarga dalam proses ini. Persoalan yang dikaitkan dengan fungsi
pengantara ialah:

a. Bagaimanakah keluarga menetapkan sempadan dalam kehidupan seharian?


b. Bagaimanakah keluarga berfungsi sebagai pengantara dalam mengasuh dan
mendidik ahli dalam memilih maklumat atau sumber yang sesuai?
c. Input yang bagaimanakah boleh mempengaruhi keluarga dalam menetapkan
sempadan yang terbuka, tertutup atau separa terbuka?

Pendidikan

Fungsi pendidikan termasuk membantu ahli keluarga memperolehi disiplin personal asas,
kemahiran interaksi, keupayaan memainkan peranan, sikap dan aspirasi yang sesuai, dan

44
PEMBANGUNAN MANUSIA

orientasi nilai yang menepati keperluan persekitaran masakini dan akan datang.
Pendidikan boleh berlangsung dalam pelbagai cara, umumnya ia boleh berlaku secara
formal dan bukan formal. Pendidikan formal diperolehi di luar rumah, biasanya menerusi
sistem sekolah ataupun pusat pengajian tinggi, Pendidikan bukan formal diperolehi dari
pengalaman hidup seharian dan melalui pemerhatian. Persoalan yang dikaitkan dengan
fungsi pendidikan oleh keluarga ialah:

a. Bagaimanakah keluarga boleh mengenalpasti kaedah yang boleh memupuk


pembelajaran ahlinya?
b. Bagaimanakah keluarga boleh menyediakan persekitaran yang merangsang
pembelajaran?
c. Sejauhmanakah keluarga terlibat dalam sistem pendidikan ahlinya?

Adaptasi

Keluarga berfungsi untuk mewujudkan keharmonian di antara persekitaran rumah dengan


persekitaran luar yang pelbagai (fizikal, biologikal, teknikal, ekonomi, politik, sosial dan
emosional) dan sering berubah Perubahan dalam masyarakat lazim terjadi dan
mempengaruhi keluarga. Sikap keluarga menentukan keupayaan ahli untuk beradaptasi.
Kemahiran membentuk dan mengasuh ahli keluarga untuk beradaptasi adalah sesuatu
yang mencabar, dan sekiranya berjaya ia merupakan aset yang produktif bagi keluarga.
Persoalan yang dikaitkan dengan fungsi adaptasi keluarga termasuklah:

a. Bagaimanakah keluarga mengurangkan tekanan apabila berlakunya perubahan


dalam persekitaran?
b. Apakah penyesuaian peranan yang perlu dilakukan oleh keluarga dalam proses
beradaptasi bagi memastikan kefungsian keluarga tidak terjejas.
c. Apakah kemahiran yang perlu dikuasai oleh keluarga untuk beradaptasi secara
berkesan?

Penerusan

Fungsi penerusan merujuk kepada perasaan stabil dalam keluarga di sepanjang masa. lni
termasuk perasaan kekeluargaan dan ikatan istimewa yang wujud dalam keluarga seperti
melahir dan membesarkan anak. Perasaan ini boleh diluahkan melalui pelbagai cara oleh
hli keluarga dalam pelbagai konteks suka dan duka. Sebagai contoh, penerusan boleh
diluahkan menerusi perkataan, perbuatan, pemberian objek atau artifak keluarga kepada
ahli, perayaan, dan perhimpunan keluarga seperti kenduri-kendara. Fungsi penerusan
membekalkan ahli keluarga dengan perasaan kekitaan dan persaudaraan yang tebal, rasa
selamat dan kesedaran mengenai asal-usul masing-masing. Persoalan yang dikaitkan
dengan fungsi penerusan ialah:

a. Adakah pasangan mahu mempunyai anak dan bila?


b. Apakah aktiviti yang boleh dilakukan oleh keluarga untuk menyemai dan
memupuk semangat kekitaan?
c. Apakah peninggalan keluarga yang boleh diturunkan dari generasi ke generasi?

7.5 Kesimpulan
.....

Latihan....

45
PEMBANGUNAN MANUSIA

Unit 8
INTERAKSI DAN TRANSAKSI INSAN DENGAN PERSEKITARAN: MASYARAKAT

Pengenalan

Unit ini akan memperkenalkan tentang bagaimana insan berinteraksi dan bertransaksi
dalam sistem masyarakat. Individu dan keluarga merupakan unit asas masyarakat yang
mana kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Memahami konteks
masyarakat yang mempengaruhi dinamik individu dan keluarga akan membantu anda
meneliti implikasinya ke atas kesejahteraan keluarga dan juga masyarakat itu sendiri.

Topik-topik yang akan dibincangkan mengenai individu dan keluarga adalah:

1. Konsep Masyarakat
2. Masyarakat dan Perubahan
• Masyarakat Tradisi
• Masyarakat Industri
• Masyarakat Teknologi Maklumat
3. Masyarakat dan Pembangunan Manusia
• Impak Masyarakat/Komuniti terhadap Individu dan Keluarga
• Titik perternuan keluarga komuniti
• Kawasan Kejiranan dan Sistern Sokongan
• Ekologi Kornuniti dan Patologi Sosial Individu-Keluarga
4. Kesimpulan

Objektif

Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:

a. Memahami aspek utama dalam sistem masyarakat.


b. Menghuraikan struktur dan fungsi masyarakat.
c. Membincangkan saling pengaruh sistem individu, keluarga dan masyarakat.

Bacaan

Garbarino.....

1. Konsep Masyarakat

Masyarakat terdiri daripada lebih dari satu individu yang berinteraksi dalam kawasan
geografi dan mempunyai hubungan atau ikatan sosial. Sebagai satu sistem sosial,
masyarakat menjalankan fungsi berkaitan kawasan setempat seperti kawalan sosial,
penglibatan sosial, sosialisasi, saling menyokong, pengeluaran dari segi ekonomi,
pengedaran dan penggunaan Oleh itu, masyarakat mempunyai komponen sosial dan
ekonomi. Ciri sesebuah masyarakat boleh dipengaruhi oleh faktor sejarah dan kedudukan
geografi, pihak berkuasa tempatan dan ahli komuniti itu sendiri. Ciri tersebut juga boleh
dipengaruhi oleh faktor luar daripada komuniti seperti perubahan tren di peringkat sistem
makro.

Ciri komuniti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kualiti kehidupan keluarga yang
menganggotainya. Pengaruh ini wujud dalarn pelbagai j enis, dan pendekatan ekologi
mengingatkan kita untuk mengambilkira kedua-dua pengaruh langsung dan tidak
langsung di semua peringkat persekitaran keluarga. Perspektif ekologi menarik tumpuan
kita kepada bagaimana komuniti mempengaruhi dinamik dalaman sistem mikro keluarga.

46
PEMBANGUNAN MANUSIA

Sebagai contoh, masalah ekonomi dalam masyarakat misalnya penutupan kilang boleh
mempengaruhi kadar kejadian keganasan rumahtangga. Komuniti juga mempengaruhi
sistem mikro seperti sekolah dan kejiranan. Pendekatan ekologi memperjelaskan
bagaimana komuniti mempengaruhi sistem meso iaitu hubungan antara keluarga dengan
konteks lain seterusnya mengukuhkan penghargaan keprihatinan bagaimana pelbagai ciri
komuniti mempengaruhi kehidupan ahlinya.

2. Perubahan Masyarakat

Perubahan masyarakat berlaku hasil daripada peredaran zaman iaitu bermula dengan
zaman pra industri sehingga pasca industri.Toffler (1980) mengklasifikasikan perubahan
tersebut kepada Gelombang Pertama, Kedua dan Ketiga Setiap gelombang mempunyai
ciri-ciri tersendiri. Rajahl*** menunjukkan model perubahan masyarakat dan keluarga.

Dalam era pra industri, keluarga bergantung kepada persekitaran semulajadi untuk
mendapatkan sumber makanan. Ekosistem keluarga aktif beradaptasi menjalankan
aktiviti bertani dan memburu. Sistem keluarga luas dan bersaiz besar membekalkan
tenaga buruh untuk bekej a di ladang. Segala urusan ditentukan oleh orang lelaki dan
mereka yang lebih tua. Pola kediaman keluarga didominasi oleh sistem patrilokal dan
matrilokal sementara segala urusan perkahwinan diatur dan ditentukan oleh mereka yang
berkuasa. Perceraian j arang berlaku dalam masyarakat pra industri.

Peredaran zaman turut mengubah ekonomi masyarakat daripada pertanian kepada


perindustrian.Disebabkan oleh tekanan masyarakat sistem keluarga luas dalam era pra
industri berubah kepada sistem keluarga nuklear. Perubahan ini mengubah fungsi dan
dinamik keluarga sesuai dengan tuntutan masyarakat era industri. Berbeza dengan
keluarga dalam era pra industri, keluarga di era industri mempunyai kediaman sendiri
serta mengurus dan mengatur kuasa dan tanggungjawab. Lelaki sebagai ketua isirumah
merupakan pencari nafkah sementara wanita menguruskan rumahtangga dan saiz
keluarga semakin mengecil akibat penggunaan kontraseptif oleh kaum wanita dan
penglibatan wanita dalarn sektor ekonomi. Perubahan ini juga menggalakkan agihan
peranan dan tanggungjawab yang sama rata antara suami isteri. Walau pun demikian,
kadar perceraian adalah pada tahap sederhana.

Di era pasca industri pula keluarga berada di persimpangan antara era industri dan
teknologi maklumat. Era baru ini menghasilkan perspektif dan cabaran baru yang
mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan keluarga. Selain daripada keluarga nuklear
wujud beberapa bentuk keluarga yang lain dalam masyarakat pada era pasca industri.
Keluarga induk tunggal dan keluarga tiri adalah dua j enis keluarga yang makin ketara
kewujudannya dalarn masyarakat. Ini berlaku disebabkan oleh perceraian dan kematian
pasangan. Selain itu, keluarga "komuter" atau keluarga jarak jauh juga wujud di mana
pasangan suami isteri yang mempunyai anak atau tanpa anak tinggal j auh berasingan
disebabkan oleh komitmen pekerjaan. Adalah dijangkakan keluarga nuklear akan terus
mengecil manakala keluarga luas akan pupus. Namun di Malaysia, bentuk keluarga
seperti keluarga homoseksual, keluarga kontrak, keluarga pelbagai pasangan serta
pasangan yang tidak berkahwin tidak akan diperakui kewujudannya disebabkan oleh
pegangan agama, budaya dan nilai masyarakat yang tidak menerima keluarga tersebut.

Saiz keluarga yang kecil menjadi tren keluarga Malaysia dalam era pasca industri
disebabkan oleh pertumbuhan sosial, teknologi dan ekonomi yang pesat, penurunan
kadar kesuburan dan peningkatan tahap pendidikan kaum wanita. Purata bilangan anak
dalam era pasca industri ialah 3 berbanding 6 pada era sebelum ini.

Dalam era pasca industri, lelaki dan wanita semakin lewat berkahwin. Lelaki berkahwin
pada umur lebih kurang 28 tahun sementara wanita berkahwin pada umur 24 tahun.
Purata umur berkahwin adalah tertinggi di kalangan wanita Cina berbanding wanita
Melayu dan India. Bagi wanita, peningkatan dalam pendidikan serta penglibatan dalam
sektor ekonomi merupakan faktor yang mempengaruhi tren ini. Era pasca industri juga
menghasilkan peningkatan golongan yang tidak berkahwin. Di samping; itu kadar

47
PEMBANGUNAN MANUSIA

perceraian didapati meningkat di era pasca industri. Faktor tekanan kehidupan yang
kompleks pada era ini dianggap menyumbang kepada kejadian ini.

Pasangan berkahwin dalam era pasca industri bersikap lebih terbuka dalam perkongsian
tugas dan tanggungjawab kaum lelaki didapati lebih bersedia untuk berkongsi peranan
bersama isteri dalam urusan rumahtangga dan penjagaan anak Disebabkan penglibatan
aktif kaum wanita dalam dunia pekejaan urusan penjagaan anak terpaksa diambilalih
oleh pihak lain seperti pusat jagaan kanak-kanak dan pembantu rumah. Fenomena ini
semakin berleluasa dan mempunyai implikasi ke atas kehidupan keluarga.

Di samping keperluan penjagaan untuk bayi dan kanak-kanak di era pasca industri
keluarga berhadapan juga dengan isu penjagaan warga tua. Masyarakat di Malaysia kini
berhadapan dengan peningkatan bilangan wargatua. Adalah dijangkakan menjelang
tahun 2010 sebilangan besar penduduk akan terdiri daripada mereka yang berumur 60
tahun ke atas. Situasi ini berlaku kerana penurunan kadar kesuburan dan kadar kematian
dalam masyarakat.

Kemajuan yang tercapai dalam era pasca industri mengubah masyarakat kepada
caragaya kehidupan yang berorientasikan maklumat, teknologi dan komunikasi (ICT -
information, communication and technology) Pemilikan dan penggunaan alat dan bahan
teknologi maklumat meningkat di kalangan ahli masyarakat. Pada masa kini terdapat
banyak keluarga yang mempunyai alatan seperti VCR, VCD, cakra laser, mesin faksimili,
mesin penjawab telefon, alat kelui, televisyen digital, telefon selular serta komputer
berinternet serta mel elektronik. Pemilikan dan penguasaan. alat bahan ICT dalam
keluarga dan masyarakat mempunyai pelbagai implikasi yang perlu diteliti dan dikaji.????
Rajah 1 menunjukkan model perubahan masyarakat dan keluarga di sepanjang tempoh 3
era tersebut.

48
PEMBANGUNAN MANUSIA

Perubahan Masyarakat Perubahan Keluarga


Era Pasca • Pelbagai struktur keluarga
• Keluarga dwi-pekerja
Industri/Teknologi /Komunikasi • Struktur kuasa egalitarian
• Peningkatan umur berkahwin
Gelombang Ketika
• Peningkatan bilangan individu
Era Industri tidak berkahwin
• Saiz keluarga semakin mengecil
Gelombang Kedua
• Peningkatan kadar perceraian
• Perkahwinan berasaskan cinta
• Keluarga nuklear
• Pola kediaman neolokal
• Lelaki sebagai pencari nafkah
• Wanita mengurus rumahtangga
dan anak
• Saiz keluarga mengecil
Era Pra Industri
Masyarakat Agrarian • Kadar perceraian sederhana

Gelombang Pertama • Masyarakat bertani dan


memburu
• Keluarga besar dan luas
• Pola kediaman patrilokal atau
matrilokal
• Dominasi oleh yang lebih tua
dan lelaki
• Perkahwinan diatur

• Kadar perceraian rendah

Rajah***1: Model Perubahan Masyarakat dan Keluarga

3. Masyarakat dan Pembangunan Manusia

Sebagai unit asas dalam masyarakat, kehidupan individu dan keluarga banyak
dipengaruhi oleh masyarakat. Pengaruh ini boleh dikaji daripada pelbagai aspek Empat
aspek yang menjadi tumpuan dalam unit ini ialah ekonomi komuniti, keadaan geografi
bandar, pinggir bandar dan luarbandar, kepadatan peranan sosial dan kestabilan
persekitaran.

Ekonomi komuniti

Faktor ekonomi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan individu dan
keluarga.Terdapat pelbagai sistem ekonomi mengikut konteks pekerjaan, barangan dan
perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor pemiagaan dan industri di dalam sesebuah
masyarakat. Kadar pengangguran dan pertumbuhan ekonomi yang tidak stabil boleh
menjejaskan kehidupan keluarga. Sebagai contoh, terdapat kajian yang telah
menunjukkan kaitan antara masalah ekonomi dengan masalah penderaan anak dalam
keluarga.

Persekitaran bandar, pinggir bandar dan luar bandar

Di samping pengaruh ekonomic, status persekitaran masyarakat iaitu bandar, pinggir


bandar dan luar bandar juga merupakan penentu kepada kualiti kehidupan keluarga.
Pengaruh lokasi ini boleh dilihat menerusi komponen yang terdapat dalam persekitaran

49
PEMBANGUNAN MANUSIA

semulajadi, binaan manusia dan sosio-budaya. Di bandar, persekitaran semulajadi


banyak telah diubahsuai dan disusun untuk memenuhi keperluan kehidupan manusia.
Pembangunan teknologi dan infrastruktur telah membuka peluang pekejaan yang lebih
banyak dan ini menjadikan migrasi dari luarbandar ke bandar semakin berleluasa.
Fenomena ini menghasilkan perubahan dalam bentuk keluarga di mana keluarga nuklear
menjadi bentuk keluarga yang lebih mudah untuk beradaptasi dengan kehidupan
bandar.Di sarnping itu kedapatan elemen dalam sistem makro yang lain seperti
kemudahan pendidikan, kesihatan dan perdagangan, telah menjadi faktor penarik kepada
keluarga dari luarbandar untuk berhijrah ke bandar. Kemajuan dalam bidang pendidikan
dan ekonomi telah membantu keluarga meningkatkan taraf hidup. Walau bagaimanapun,
perubahan gaya hidup keluarga di bandar juga mempunyai implikasi yang agak kurang
menyenangkan seperti ianya menjadikan hubungan keluarga renggang, tersendiri dan
tidak mempunyai sistem sokongan yang kuat.

Arus kemajuan kehidupan di bandar juga telah mempengaruhi individu dan keluarga yang
menganggotai masyarakat pinggir bandar. Selain dari faktor ekonomi yang menjadi
penarik bagi individu dan keluarga mendiami pinggir bandar, lokasi ini juga menawarkan
nilai yang tersendiri kepada penghuninya. Konsep "moden tetapi sederhana" iaitu berada
di antara ciri bandar dan luarbandar menjadikan kawasan pinggir bandar lebih selesa
untuk didiami. Terdapat penduduk pinggir bandar yang bekerja di bandar tetapi memilih
untuk menjadi ahli komuniti pinggir bandar.

Kawasan luar bandar khususnya di Malaysia masih kekal dengan tradisi masyarakat
petani sebagai aktiviti ekonomi utama walaupun pada kadar yang rendah. Industri kecil
yang memberi tumpuan kepada pengeluaran barangan makanan. pertanian menjadikan
keluarga luarbandar sebagai usahawan yang tidak perlu bergantung nasib kepada hasil
bumi atau lautan semata-mata. Arus kemajuan juga telah membawa beberapa
pengusaha kilang ke bandar-bandar kecil berhampiran kampung-kampung yang mana ini
telah membuka banyak peluang pekerjaan khususnya kepada golongan muda. Sistem
prasarana luar bandar juga semakin meningkat.

Persekitaran semulajadi di luar bandar lebih terpelihara berbanding di bandar dan ini di
sokong dengan polisi pemerintah yang mahu mengekalkan kehijauan alam
semulajadi.Naiktaraf kawasan hutan rimba dan lokasi rekreasi adalah dengan tujuan
untuk menarik pelancong luar serta warga bandar dan pinggir bandar "retreat" dari
kesibukan kehidupan harian.

Walaupun sistem keluarga luas masih wujud di luar bandar, tetapi bilangannya adalah
semakin mengecil. Persekitaran sosio-budaya di Malaysia menyaksikan bahawa kampung
halaman adalah tempat yang mesti dituju semasa hari perayaan dan juga di musim
percutian. Fenomena ini ketara di kalangan semua kumpulan etnik khususnya bagi orang
Melaka. Sistem sokongan dan ikatan kekeluargaan didapati masih utuh di kalangan
masyarakat luar bandar. Beberapa ciri yang ketara bagi masyarakat luar bandar kini ialah
terdapat banyak rumah dan tanah pertanian yang terbiar dan bilangan warga tua yang
tinggal sarna ada berpasangan ataupun bersendirian. Fenomena ini adalah disebabkan
oleh migrasi generasi muda ke bandar ataupun pinggir bandar.

Kepadatan Peranan Sosial

Pengaruh masyarakat yang paling ketara ialah kepadatan peranan sosial bagi
persekitaran sesebuah keluarga. Kepadatan peranan sosial ini merujuk kepada
kepelbagaian peranan. yang perlu dipelajari oleh anak dan yang boleh diperolehi oleh
ibubapa. Keluarga pelbagai generasi menawarkan kepadatan sosial yang lebih ketara
berbanding dengan keluarga satu generasi dewasa.

Sistem mikro keluarga pelbagai memperolehi faedah daripada kewujudan pelbagai


generasi peranan yang dilakukan oleh ahli keluarga seperti mengurus rumahtangga,
mencari nafkah, dan bekerja. Ibubapa dalam sistem keluarga pelbagai generasi
berpeluang mendapat khidmat sokongan sosial yang banyak dan sedia ada dalam sistem
tersebut. Kehadiran orang dewasa dalam persekitaran anak yang memainkan pelbagai

50
PEMBANGUNAN MANUSIA

peranan, menyumbang kepada pengkayaan sosial anak tersebut. Kepadatan sosial


sesebuah masyarakat menentukan sejauhmana kesediadaan sokongan yang boleh
diperolehi oleh ahli keluarga.

Kestabilan Persekitaran

Persekitaran masyarakat yang stabil dan selesa adalah penting dalam menentukan kualiti
hidup individu dan keluarga. Masyarakat yang perlu berpindah-randah akibat faktor
malapetaka seperti banjir dan peperangan ataupun politik seperti penempatan semula
kawasan setinggan adalah tidak stabil. Membina semula masyarakat yang dipindahkan
biasanya adalah lebih sukar berbanding membina persekitaran fizikal untuk mereka.
Sebagai contoh, perpindahan penduduk daripada kawasan terpencil ke penempatan
terancang seperti FELDA memerlukan strategi yang sesuai bagi membentuk j aringan
sosial di kalangan peserta.

Titik pertemuan keluarga – komuniti

Terdapat banyak aspek dalam hubungan keluarga-komuniti yang boleh mempengaruhi


kanak-kanak dan ibubapa dalam komuniti. Amalan pihak berkuasa tempatan, hubungan
ibubapa dengan pihak sekolah, tempat kerja ibubapa, dan respon komuniti tentang
keperluan kepada penjagaan kanak-kanak adalah contoh sokongan persekitaran kepada
keluarga.

Keluarga-Pihak Berkuasa Tempatan

Pihak berkuasa tempatan memainkan peranan seperti menempatkan penduduk mengikut


zon dan merancang pembangunan kawasan dalam membentuk konteks komuniti bagi
keluarga yang mendiami kawasan tersebut. Penyediaan perkhidmatan dan kemudahan
bagi penduduk merupakan salah satu daripada peranan penting pihak berkuasa
tempatan.

Perancangan petempatan oleh pihak berkenaan perlu mengambilkira penyediaan


persekitaran yang kondusif bagi penduduk dengan mengenalpasti keperluan khusus
golongan tertentu seperti padang permainan untuk kanak-kanak, rumah ibadat, dan
sekolah. Pengurusan pihak berkuasa tempatan yang kurang efektif boleh menjadikan
kawasan penempatan sebagai kawasan tidak selamat dan kurang selesa untuk didiami.
Ini seterusnya boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan individu dan keluarga.

Keluarga dan Pekerjaan

Interaksi keluarga dengan persekitaran tempat kerja adalah satu titik pertemuan yang
kritikal bagi perkembangan keluarga dan ahlinya terutama kanak-kanak Komuniti
memainkan peranan penting dalam menyediakan sistem sokongan bagi membantu
mengurangkan tekanan yang dialami oleh ibubapa berhubung dengan pekerjaan. Sebagai
contoh, masyarakat boleh menyediakan kemudahan seperti pusat j agaan kanak-kanak,
pusat j agaan untuk individu kurang upaya, menjalankan tugas kawalan sosial menangani
masalah salahlaku dan gejala sosial dan menghidupkan budaya masyarakat penyayang.

Keluarga dan Sekolah

Titik perternuan antara sekolah dan rumah adalah merupakan aspek perhubungan
keluarga-komuniti yang paling diiktiraf dan dipentingkan. Sistem meso ibubapa-sekolah
yang kukuh akan menguntungkan kanak-kanak terutamanya dari segi perkembangan
akademik dan pembentukan sahsiah. Faktor komuniti seperti lokasi sekolah yang terletak
dalam kawasan komuniti menjadikan ahli komuniti yang berdekatan sebagai agen
sosialisasi kepada pelajar sekolah berkenaan. Di samping itu saiz populasi sekolah juga
memberi kesan kepada perkembangan pelajar.

51
PEMBANGUNAN MANUSIA

Sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang terlalu ramai selalunya menghadapi
masalah dari segi disiplin pelajar. Pelajar yang bermasalah ini pula mernperolehi
pencapaian akademik yang rendah dan terpinggir. Keadaan yang sedemikian
memberikan implikasi yang kompleks kepada pelajar serta keluarganya. Komuniti juga
boleh memainkan peranan dalam menyediakan suasana yang menggalakkan kejayaan
persekolahan seeprti penyediaan program kernasyarakatan yang menggalakkan
perkembangan akademik dan penyediaan biasiswa ataupun bantuan kewangan untuk
pelajar yang berpotensi tetapi kurang berkemampuan.

Penjagaan Kanak-Kanak

Penyediaan pusat j agaan kanak-kanak merupakan indikator kualiti dan kuantiti sokongan
komuniti kepada keluarga. Ciri komuniti mempengaruhi kesedia-adaan pusat atau sistem
jagaan kanak-kanak yang formal (berlesen) dan bukan formal (seperti oleh j iran).
Peraturan dan undang-undang yang digunapakai oleh pihak berkuasa dalarn sesebuah
komuniti berkenaan. sistem j agaan kanak-kanak memainkan peranan penting dalam
menentukan sistem jagaan kanak-kanak berlangsung dalam keadaan terkawal dan
berkualiti. Sistem penjagaan kanakkanak selepas waktu persekolahan atau di antara
waktu persekolahan juga merupakan salah satu daripada indikator kualiti dan kuantiti
sokongan komuniti kepada keluarga.

Kawasan Kejiranan dan Sistem Sokongan

Jiran ialah orang yang boleh diharapkan menolong semasa diperlukan dan yang boleh
diharapkan ketika sistem sokongan lain tidak hadir. Kesakitan, kernatian, kecemasan,
perayaan, perkahwinan dan seumparnanya boleh menghimpunkan jiran tetangga. Jiran
memainkan peranan penting dalam mewujudkan sistem kawalan dan piawai sosial
terutamanya dalam sosialisasi kanak-kanak.

Konsep kejiranan. yang baik membekalkan sistern sokongan yang jitu bagi kanak-kanak di
mana kanak-kanak merasa selesa dan dipunyai tinggal dalam persekitaran tersebut.
Keluarga yang mendiami kawasan yang mempunyai sistem hubungan kejiranan yang baik
memperolehi rasa selamat dan tenteram terutamanya dalarn urusan mendidik dan
mensosialisasi anak-anak.Persekitaran kejiranan yang lemah dan berisiko menjadikan
keluarga terutamanya mereka yang berpendapatan rendah hilang sistem sokongan
terdekat yang boleh diharapkan.

Ekologi Komuniti dan Patologi Sosial Individu-Keluarga (cth ...)

Patologi sosial ialah masalah atau ketidakfungsian dalam kualiti persekitaran sosial. kajian
menunjukkan bahawa wujud salingkait antara patologi sosial, tekanan dan sokongan yang
wujud dalam komuniti dan keluarga. Komuniti yang bermasalah atau berisiko tinggi
menggambarkan ekologi komuniti tersebut mempunyai tekanan yang tinggi dan sistem
sokongan sosial yang lemah. Antara indikator patologi sosial yang melibatkan keluarga
adalah penderaan kanak-kanak dan keganasan rumahtangga, delinkuensi juvana,
pembuangan bayi, penyakit jangkitan seksual dan penagihan dadah.

Sebagai contoh, kehidupan di rumah yang mempunyai persekitaran yang penuh sesak,
bising dan bilangan ahli keluarga yang ramai mempunyai kecenderungan yang tinggi ke
arah patologi sosial individu-keluarga. Biasanya, persekitaran seumpama ini adalah kotor
dengan sampah sarap, mempunyai kernudahan asas yang minimum dan sering
dirosakkan dan iklim kejiranan yang kurang mesra membawa kepada risiko patologi yang
lebih tinggi. Ekologi komuniti seperti ini mendedahkan kekurangan dari aspek geografi,
politik, ekonomi, kesihatan dan sosial.

Kesimpulan

52
PEMBANGUNAN MANUSIA

 • Perubahan masyarakat dari era pra. industri ke era pasca industri


mempengaruhi dinamik kehidupan individu dan keluarga.

 • Faktor ekonomi komuniti, geografi bandar, pinggir bandar dan luarbandar,


kepadatan peranan sosial dan kestabilan persekitaran merupakan antara elemen
dalam ekologi komuniti yang signifikan dan menentukan kualiti kehidupan individu
dan keluarga.

 • Ekologi komuniti yang berisiko mendorong kepada perkembangan kejadian


patologi sosial individu-keluarga.

53
PEMBANGUNAN MANUSIA

Unit 9
INTERAKSI DAN TRANSAKSI MANUSIA DENGAN PERSEKITARAN GLOBAL

Pengenalan

Unit ini akan memperkenalkan tentang bagaimana persekitaran global mempengaruhi


interaksi dan transaksi manusia. Perspektif ekologi melihat persekitaran global sebagal
persekitaran makro yang menjadi acuan kepada pola manusia bertingkahlaku. Cuba anda
renungkan kepelbagaian caragaya kehidupan keluarga menurut lokasi berbeza dalam
dunia ini. Corak komunikasi, makanan, adat istiadat dan corak pemikiran berbeza
mengikut kawasan geografi.

Sebagai contoh, makanan segera yang satu masa dahulu hanya popular di negara barat,
kini makanan tersebut boleh didapati di seluruh pelusuk dunia. Walaupun perbezaan
wujud dengan ketara, tetapi manusia masih mempunyai elemen kesamaan. Sebagai
manusia yang hidup dalam planet yang sama, manusia menghadapi masalah yang
hampir sama di dalam persekitarannya. Cabaran ekonomi, kejadian malapetaka, iklim
politik negara dan banyak lagi perkara yang berlangsung dalam dunia mempunyai
pengaruh yang tersendiri ke atas individu dan keluarga di serata dunia. Negara kita,
seperti mana juga negara lain, saling bersandar dan bergantung antara satu sama lain
dalam menghasilkan sistem dunia.

Fenomena ini menjadikan perspektif ekologi manusia mencapai peringkat antarabangsa


di mana sesuatu kejadian atau perkara yang wujud dalam sesebuah negara, secara
globalnya mempunyai kesan ke atas negara lain. Dalam unit ini istilah globalism merujuk
kepada keahlian manusia dalam komuniti global di mana wujud saling tindak antara
persekitaran dalam persekitaran global dan ini memberi impak ke atas sistem individu
dan keluarga .

Topik-topik yang akan dibincangkan mengenai individu dan keluarga adalah:

1. Globalisasi dan pembangunan manusia


2. Kuasa pencetus perubahan
3. Saling-kait isu global
4. Kesimpulan

Objektif Unit

Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:

a. Memahami aspek utama dalam sistem global.


b. Menghuraikan fenomena globalisasi..????
c. Membincangkan saling pengaruh sistem global ke atas individu, keluarga dan
masyarakat.

Bacaan

Bristor...

1. Globalisasi dan pembangunan manusia

Sempadan negara. akan sentiasa wujud secara geografi tetapi isu dan cabaran
masyarakat merentasi sempadan negara. Keputusan berkaitan persekitaran, keluarga,
pendidikan serta aliran sumber adalah contoh bagaimana amalan dalam kehidupan
seharian tidak dibatasi sempadan geografi. Kesedaran tentang isu globalisasi semakin

54
PEMBANGUNAN MANUSIA

perlu di era pasca industri kerana ia mempunyai pengaruh yang langsung ke atas kualiti
kehidupan manusia. Mengapa isu ini perlu diberi perhatian?

Pertama, sebagai ahli masyarakat global, kita perlu peka kepada masa depan dunia yang
kita diami ini. Kedua, kebanyakan isu yang dihadapi oleh masyarakat global
membentangkan cabaran yang baru apabila dilihat dalarn konteks global. Sebagai
contoh, istilah demokrasi difahami dan dipraktikkan secara berbeza mengikut konteks
negara yang mengamalkannya. Perspektif global akan menggalakkan pemikiran untuk
mencari penyelesaian yang membawa kepada keseimbangan antara satu sistem politik
dunia dengan beberapa sistem yang bercanggah. ... Perbezaan?? ?????

Salah satu cabaran kritikal bagi ekologi manusia ialah memupuk kesedaran global.
Pemikiran dari segi kesan keputusan individu ke atas dunia terangkum dalam kesedaran
global. Sebarang keputusan yang dibuat akan menentukan sejauh mana sumber
digunakan dengan cara yang menyokong persekitaran secara ekologikal. Kesedaran
global meluaskan pemahaman kita tentang perspektif persekitaran. la menuntut kita
mengambilkira saling tindak di antara keluarga dan persekitaran dunia.

Dalarn era komunikasi dan teknologi, dua sumber global yang penting ialah maklumat
dan pengetahuan. Kedua-dua merupakan sumber yang membekalkan kuasa.
Menggunakan sumber maklumat dan pengetahuan dengan cara yang betul akan
membantu meningkatkan kualiti kehidupan, sebaliknya penyalahgunaan maklumat dan
pengetahuan akan membawa impak negatif

2. Kuasa pencetus perubahan

Perubahan memerlukan bekalan ekonomi dan anj akan dalam sikap manusia. Manusia
tidak akan berubah tanpa perubahan sikap. Tekanan ekonomi juga akan mendorong
kepada perubahan sikap manusia. Pendedahan kepada maklumat dan pengetahuan
menghasilkan kuasa untuk berubah. Terdapat tiga kuasa yang saling berkait dan
dikatakan sebagai isu penting yang perlu ditangani dalam membentuk dunia iaitu:

 • Persekitaran mudah rapuh


 • Keseimbangan Kuasa dan Kawalan senjata
 • Pertumbuhan Penduduk

Persekitaran Mudah Rapuh

Persekitaran tempat tinggal. manusia secara globalnya mempunyai ciri mudah rapuh jika
tingkahlaku manusia yang tidak terkawal dibiarkan berleluasa. Pencemaran alam sekitar,
pembuangan sampah dan bahan sisa, dan pengabaian boleh mencemarkan kualiti
persekitaran semulajadi manusia. Isu global ini seterusnya mempunyai implikasi kepada
kemiskinan dan kekurangan sumber. Etika ekologi memerlukan manusia bertindak dalam
persekitaran globalnya dengan mengambilkira implikasi jangkapendek dan
jangkapanjang setiap keputusan dan tingkahlaku ke atas kebaikan dunia sejagat.

Keseimbangan Kuasa dan Kawalan Senjata

Penggunaan senjata nuklear oleh negara-negara yang mempunyai kuasa dan sumber
untuk mengeluarkan senj ata tersebut menj adi satu bentuk ancaman global.
Penyalahgunaan senjata nuklear ke atas kesihatan dan keamanan dunia mempunyai
impak yang sangat mengerikan. Perancangan ke arah dunia yang aman tenteram
mernerlukan komitmen dan tanggungjawab kuasa-kuasa besar ini dalam menghapuskan
senjata berkenaan dan dalam mengawalselia kawasan-kawasan yang berpotensi untuk
pembinaan senjata.

Pertumbuhan Penduduk

55
PEMBANGUNAN MANUSIA

Pertumbuhan penduduk dunia yang pesat dilihat sebagai faktor yang boleh menimbulkan
pelbagai masalah. Persoalan yang timbul ialah apakah kapasiti penduduk yang boleh
ditampung oleh bumi? Pertambahan bilangan penduduk akan meningkatkan penggunaan
sumber untuk memenuhi keperluan makanan, pakaian, perlindungan, ruang dan
keselamatan. Tuntutan keperluan sumber yang meningkat ini membebankan persekitaran
dan menjadikan manusia bersaing kuasa sehingga mungkin mengancam atau
menggunakan kekerasan untuk memperolehi sumber.

'Ketiga-tiga kuasa besar dunia iaitu kualiti persekitaran, keseimbangan kuasa dan
pertumbuhan penduduk adalah saling bergantungan. Daripada perspetif ekologi, interaksi
dinamik antara ketiga-tiga kuasa ini perlu diberi perhatian dan diuruskan dalam
menangani isu dunia. Selain daripada kuasa-kuasa tersebut, isu lain yang mencetuskan
perubahan dalam urusan dunia adalah tennasuk bioteknologi, kesihatan, komunikasi dan
tingkahlaku budaya, keadilan dan hak manusia, kepercayaan, identiti kumpulan dan
musyawarah dalam membuat keputusan.

Bioteknologi

Bioteknologi dalam negara industri adalah berkaitan dengan penggunaan 'teknologi


tinggi seperti penggunaan optik fiber dan telekomunikasi, aplikasi komputer canggih dan
teknologi laser dalam perubatan. Secara geografi, sumber-sumber asli yang boleh
membantu dalam pembangunan bioteknologi banyak terdapat di negara-negara tropikal
dan sub-tropikal negara-negara ini belum maju dari segi teknologi dan pengetahuan
untuk membangunkan bioteknologi. Untuk menyeimbangkan pembangunan, negara lebih
maju perlu menyalurkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman kepada negara-
negara lain yang masih dalam proses pembangunan.

Kesihatan, Makanan dan Kesejahteraan

Makanan dan bekalan nutrien yang mencukupi adalah asas untuk kesihatan dan
kesejahteraan. Makanan merupakan masalah utama bagi kebanyakan negara. kerana
banyak negara tidak mempunyai sistem agihan yang lancar dan bekalan makanan
tempatan yang mencukupi. Ini menghadkan bekalan, kepelbagaian dan kualiti makanan.

Negara perindustrian di Barat telah membangun dari segi teknologi perubatan dan
penggunaan teknik perubatan yang canggih dengan kos yang tinggi. Ini menyebabkan
ramai penducluk tidak mendapat kemudahan kesihatan yang diperlukan. Model
penjagaan kesihatan di Barat masih berasaskan rawatan dan penyembuhan setelah
diserang penyakit. Sistem yang lebih produktif sepatutnya berasaskan model yang
mempromosi gayahidup sihat untuk mencegah penyakit dan menggalakkan
perkembangan individu sihat. Pemakanan yang sihat, pengurusan tekanan dan aktiviti
fizikal yang mencukupi adalah perlu untuk mencegah penyakit secara global, perkongsian
maklumat dan hasil penyelidikan, agihan bekalan perubatan dan kesediadaan
kemudahan penjagaan kesihatan dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia.

Komunikasi dan Tingkahlaku Budaya

Agihan dan perkongsian pengetahuan dan maklumat menerusi komunikasi elektronik


dapat membuka banyak peluang dan pilihan kepada penduduk dunia. Pelbagai bahasa
dan budaya boleh dipelajari dan ini membolehkan penduduk dunia berkomunikasi dan
berinteraksi secara lisan dan bukan lisan antara satu sama lain. Matlamat komunikasi
global ialah untuk mewujudkan masyarakat yang boleh berkornunikasi antara satu sama
lain dan dengan pihak berkuasa dengan memberi penumpuan kepada pendidikan dan
kesejahteraan manusia. Masyarakat yang mempunyai kerajaan yang mengamalkan
sistem pentadbiran dan pemerintahan secara musyawarah, beretika dan menegakkan
keadilan akan dapat berfungsi secara lebih berkesan sebagai ahli komuniti global.

56
PEMBANGUNAN MANUSIA

Keadilan dan Hak Asasi Manusia

Dewasa ini maklumat sernakin menjadi sumber utarna dunia dan ini menjadikan keadilan
perlu bergantung kepada rangsangan pembelajaran, menggalakkan manusia berfikir
untuk diri sendiri dan mengiktiraf pemikiran kreatif. Keadilan adalah fungsi hak asasi dan
pembangunan manusia. Jurang keadilan yang paling asas ialah antara mereka yang
mempunyai peluang untuk mendapatkan pengetahuan moden dan mereka yang tidak
memperolehinya.

"Hak Asasi Manusia Antarabangsa" adalah satu falsafah politik global tetapi
tidak diamalkan secara universal. Oleh itu bagaimanakah keadilan dan hak
asasi manusia dapat dipertahankan?

Kepercayaan

Keadilan memerlukan kepercayaan, satu ciri yang sukar dipupuk dalam komuniti global.
Urusan perdagangan yang saling bergantung memerlukan elemen kepercayaan daripada
sernua yang terlibat supaya dapat membentuk ekonomi yang boleh dinikmati oleh ramai.
Amalan dunia yang mengenakan kekangan ekonomi kepada negara tertentu
menyebabkan pembangunan ekonomi negara berkenaan terencat yang mana memberi
impak negatif kepada masyarakat.

Kepercayaan juga diperlukan dalam banyak asyek saling pergantungan global terutama
dari segi kuasa dan kawalan senjata. Peperangan yang berlaku antara kuasa-kuasa besar
boleh menyebabkan permusuhan yang berterusan antara negara yang terlibat. Keadaan
ini sudah tentu memudharatkan kehidupan penduduk negara berkenaan.

Identiti Kumpulan

Kepadatan penduduk dunia menj adikan manusia merasa 'hilang identiti' melainkan
mereka mempunyai identiti kumpulan. Mengetahui asal-usul keturunan dan identiti
budaya adalah perlu bagi menimbulkan 'rasa dipunyai' dalam komuniti. Identiti kumpulan
ini boleh mempengaruhi sikap dan tingkahlaku sesama manusia. Sejarah telah
menyaksikan beberapa perubahan dalam konsep 'kekitaan' dan persepsi terhadap orang
lain dan mengurangkan sikap prasangka antara satu sama lain. Teknologi global menarik
manusia untuk bersatu sebagai kelompok homogen, di samping mengizinkan
perkembangan dan pengekalan keunikan budaya dan bahasa masyarakat masing-
masing.

Sifat homogen dan heterogen (kepelbagaian dan pluralism) ini jika diambi secara positif
akan menjadi sumber tenaga yang boleh disalurkan untuk menghasilkan kuasa yang
produktif.

Musyawarah dalam Membuat Keputusan

Kepimpinan yang berasaskan kepada musyawarah lebih diterima oleh masyarakat dunia
kini berbanding kepimpinan yang berasaskan kepada pernerintahan autoritarian atau ala
- diktator. Konsep musyawarah menggalakkan perubahan sistemik kepada paradigma
baru yang menggalakkan interaksi dalarn organisasi. Pemimpin baru yang berwawasan
diperlukan untuk melihat secara global, berfikir secara ekologikal dan memahami
perbezaan keperluan antara negara dan kumpulan, serta boleh bertanggungjawab
mengambil penyelesaian kreatif. Pemimpin seumparna ini menyuburkan semangat
musyawarah dengan rmenggalakkan penglibatan manusia di semua peringkat individu,

57
PEMBANGUNAN MANUSIA

keluarga, masyarakat untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan. Situasi


begini mewuj udkan semangat bertanggungj awab di kalangan sernua pihak terlibat bagi
menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup dalam persekitaran yang pelbagai.

Saling-kait Isu dan Masalah Global

Isu dan masalah yang berlaku dalarn sesebuah negara boleh mempengaruhi keselamatan
dan kehidupan manusia secara global. Terdapat isu dan masalah negara yang merentasi
sempadan geografi yang mana menarik perhatian global untuk turut campurtangan
apabila keselarnatan dan kemanusiaan menjadi agenda utamanya. Contohnya, isu
peperangan etnik dalarn sesebuah negara akan diberi perhatian oleh badan yang
berurusan dengan hak asasi manusia, pertubuhan kesihatan dan sebagainya.

Keanggotaan dalam pertubuhan seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ASEAN, dan


Negara Commonwealth menjadikan sebarang isu dan masalah yang berlaku dalam
negara ahli pertubuhan berkenaan mendapat perhatian dan respon dari pertubuhan
tersebut. Oleh yang demikian, aspek keselarnatan dunia memerlukan pemimpin yang
mempunyai kesedaran ekologikal yang mampu untuk:

• mengurus, menjangka, menghindar dan menjadi pengantara konflik serantau;


• mengurus krisis;
• mengenepikan permusuhan;
• menghentikan peperangan dan
• mengekalkan keamanan.

Masalah dunia yang besar boleh meruntuhkan kerajaan dan memberi kesan kepada
negara-negara. dan keluarga. Masalah dunia mempunyai beberapa ciri yang sama iaitu:

• tempoh yang panjang dan berlanjutan;


• skop global dan
• saling bergantungan.

Satu contoh masalah dunia yang berlanjutan, global dan saling memberi kesan secara
global ialah pengedaran dadah yang telah wujud sejak lama dahulu dan masih tidak
dapat dibanteras. Masalah ini wujud di seluruh dunia dan mempunyai implikasi kepada
pembangunan manusia. Malangnya, walaupun masalah ini global, ia sukar diatasi kerana
sistem pentadbiran global tidak memberi penumpuan kepada kos dan faedah j angkapanj
ang.

Menurut perspektif ekologikal, isu dan masalah dunia boleh diurus dengan baik menerusi
pendekatan pencegahan dan bukan rawatan. Adalah lebih ekonomikal dan berkesan
untuk:

• Mencegah individu dari diserang penyakit dengan menyediakan kemudahan


imunisasi dan j agaan perubatan pada kos berpatutan.
• Menggalakkan manusia mengarnalkan gayahidup sihat dengan membekalkan
maklumat bersesuaian.
• Mencegah manusia daripada terjerumus ke lembah kemiskinan berbanding
menarik mereka keluar daripada kemiskinan.
• Menggalakkan pelajar mencapai potensi sebenar dengan memperuntukkan
sumber kepada golongan yang lebih memerlukan.
• Menyediakan kemudahan perumahan yang berpatutan kepada golongan yang
kurang berkemampuan
• Mengelakkan kanak-kanak dari sakit dan kebuluran daripada membekalkan
program memulih dan memberi makanan setelah mereka sakit.

58
PEMBANGUNAN MANUSIA

• Mengekalkan kebersihan persekitaran dengan memastikan persekitaran


semulajadi terpelihara daripada membelanjakan wang yang banyak untuk
membersihkan pencemaran yang telah berlaku.
• Mengelakkan konflik dari tercetus menerus musyawarah berbanding terlibat
dengan konflik yang merugikan.

Kesimpulan

• Sebagai masyarakat global, kita berkongsi ruang, sumber dan peluang. Oleh yang
demekian, kita perlu berfikir dan berinteraksi dengan cara yang membawa kepada
faedah global.
• Cabaran utama bagi masyarakat dunia dalam berinteraksi dan bertransaksi ialah
dalam mengiktiraf dan menghargai perbezaan antara individu dalam negara yang
berbeza.
• Perspektif ekologi manusia mengiktiraf salinghubung dan saling pergantungan
antara ahli masyarakat dunia dan mencadangkan penyelesaian yang
mengambilkira kebaikan insan sejagat.

Latihan

1. Bagaimanakah globalisasi mempengaruhi kehidupan anda dan keluarga?

2. Bincangkan bagaimana isu kemiskinan boleh dihuraikan dari aspek jangkamasa


berlanjutan, skop yang global dan saling berkaitan dengan isu lain.

59

You might also like