P. 1
perhubungan awam

perhubungan awam

4.81

|Views: 18,973|Likes:

More info:

Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on Apr 12, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

09/24/2013

Perhubungan Awam

PERHUBUNGAN AWAM
Individu juga perlukan perhubungan awam OLEH: MOHAMAD SHUHMY SHUIB Monday, August 18, 2003

RAMAI yang tidak tahu bahawa perhubungan awam bukanlah hanya untuk syarikat, pertubuhan ataupun kerajaan sahaja. Perhubungan awam juga boleh digunakan oleh individu seperti anda dan saya. Tetapi, mengapa pula seseorang individu itu perlukan perhubungan awam (Public Relations)? Antara sebab-sebabnya ialah : mereka sedang mencari kerja ataupun mencari peluang untuk naik pangkat. Cuba untuk memperjuangkan sesuatu isu atau menegakkan kebenaran. Mungkin hendakkan publisiti. Mahukan pendengar menghargai (kalaupun tidak menerima) pandangan mereka. Apa pun sebabnya, mereka mahu suara mereka didengari. Dalam kebanyakan situasi, individu tidak boleh menggunakan pengiklanan dalam iklan, anda bercerita tentang diri anda. Dengan perhubungan awam, pihak media akan bercerita tentang anda dan ini mempunyai lebih kredibiliti. Ramai yang merasakan mereka bagus dalam melaksanakan perhubungan awam. Tetapi, sejumlah kecil sahaja yang sebenarnya mampu melakukannya. Perhubungan awam merupakan satu usaha yang disengajakan, sistematik, terancang dan berterusan bagi menjalin dan mengekalkan persefahaman antara sesebuah organisasi dengan pelanggannya. Perhubungan Awam secara sedar atau tidak dipraktikkan oleh semua organisasi sama ada dalam organisasi perniagaan atau badan-badan yang tidak bercorak perniagaan. Perhubungan Awam merangkumi semua bentuk komunikasi dengan pihak-pihak yang ada kaitan dengan sesebuah organisasi itu. Perhubungan Awam Menurut Cutlip dan rakan-rakan (1985), perhubungan awam adalah sebagai “satu fungsi pengurusan yang mengenal pasti, mewujud dan mengekalkan hubungan bersama di antara organisasi dengan berbagai-bagai publiknya yang akan menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi itu”. Perhubungan awam ialah satu usaha komunikasi yang terancang yang sentiasa meninjau pendapat publik dan mewujudkan aktiviti komunikasi yang sesuai untuk menjalinkan kesecocokan hubungan di antara publik dan organisasi. sesebuah organisasi memerlukan hubungan publik kerana dalam anlisis terakhir, publiknya yang akan menentukan kewujudannya. Dengan itu, pengamal perhubungan awam untuk sebuah organisasi perlulah sentiasa meninjau minat, keperluan, tindakan sikap publik terhadfap organisasi dan

1

Perhubungan Awam

menasihati pihak organisasi untuk membuat penyesuaian di tempat yang difikirkan perlu. Oleh itu, bolehlah dikatakan perhubungan awam adalah penting untuk sesebuah organisasi menentukan kewujudannya. Fungsi pengamal perhubungan awam pula memestikan organisasi itu bersifat dinamik dan bersedia untuk berubah mengikut situasi persekitarannya. Untuk memastikan bahawa organisasi mendapat sokongan publiknya, aktiviti perhubungan awam perlu diwujud secara berterusan. Banyak organisasi menganggap strategi perhubungan awam sebagai strategi penyelesaian masalah.

DEFINISI Perhubungan Awam boleh didefinisikan sebagai suatu fungsi pengurusan yang bersifat berterusan dan dirancang dimana sesebuah organisasi akan mencari jalan untuk mendapat dan mengekalkan persefahaman, simpati dan sokongan daripada mana-mana pihak yang berkenaan. Ini dijalankan dengan cara menilai pendapat awam terhadap organisasi mereka supaya dapat berhubung dan menyampaikan dasar, polisi dan peraturan-peraturan mereka serta mencapaikanya melalui perancangan dan penyelesaian yang lebih lengkap untuk kepentingan bersama. TUJUAN Dasar Perhubungan Awam bermatlamat untuk “mempastikan imej baik Organisasi sentiasa terpelihara dan dipertingkatkan melalui persefahaman, penerimaan, kepercayaan, keyakinan dan kerjasama yang diperolehi berkaitan layanan dan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan dalam hubungannya dengan orang ramai”. Tujuan asas perhubungan awam adalah untuk mendapatkan sokongan masyarakat atau kumpulan-kumpulan tertentu terhadap sesebuah organisasi atau sesebuah program. Sokongan ini akan timbul sekiranya individu atau kumpulan yakin terhadap objektif organisasi/program dan faedah yang boleh didapati, sama ada oleh individu/masyarakat/negara. Menjadi tugas dan tanggungjawab individu-individu organisasi untuk memberitahu masyarakat umum tentang aktiviti yang dijalankan oleh organisasi dan individu bagi membolehkan masyarakat umum membulatkan pandangan dan sikap mereka terhadap organisasi. Dengan perkataan lain imej organisasi perlu berada di peringkat yang terbaik dan tugas individu dalam organisasi adalah untuk menjaga dan mengekalkan imej ini. OBJEKTIF 2

Perhubungan Awam

Di bawah dasar ini menggariskan lima objektif utama seperti berikut:

a) Identiti Korporat : Untuk memperkenal dan memberi kesedaran b) c)

d)

e)

kepada orang ramai akan kewujudan Jabatan dan juga peranan, tugas dan fungsi-fungsinya. Imej Korporat : Untuk membina, meningkat dan memelihara dengan baik Imej Korporat Jabatan yang dapat digambarkan sebagai positif, dinamik, proaktif, kreatif dan kritis. Budaya Korporat : Untuk menjalin dan memelihara hubungan persefahaman yang erat dan kerjasama yang rapat antara Jabatan dengan publiknya. Publik merupakan individu, kumpulan-kumpulan individu atau organisasi yang mempunyai kepentingan terhadap Jabatan. Publik sasaran ini meliputi publik dalaman dan publik luaran. Komunikasi : Untuk mengadakan saluran komunikasi dua hala yang melibatkan tiga komponen utama iaitu: a. Pengurusan Jabatan, b. Proses Komunikasi yang berterusan dari masa kesemasa, dan c. Publik Sasaran Kekitaan : Untuk mengukuh dan memupuk semangat kekitaan dikalangan anggota Jabatan (publik kakitangan) yang juga merupakan publik dalaman iaitu individu-individu yang berada dalam ruang lingkup Jabatan. Publik Kakitangan merangkumi pihak pengurusan Jabatan, pihak pekerja dan kesatuan sekerja.

FUNGSI PERHUBUNGAN AWAM 1. Mengukur, menilai dan menginterpretasikan sikap pelbagai publik yang berkenaan (Peringkat mengumpul maklumat daripada publik yang boleh mempengaruhi kedudukan) 2. Membantu pihak pengurusan dalam mendefinisikan objektif untuk kefahaman dan penerimaan publik terhadap barangan, rancangan, polisi dan tenaga pekerja. 3. Melengkapkan objektif ini dengan kepentingan keperluan dan matlamat pelbagai publik yang berkenaan (peringkat membuat perancangan). 4. Membentuk, menilai dan menjalankan kefahaman publik. (Kenyataan akhbar, sidang akhbar, ikhlan, promosi, pameran, rumah terbuka, derma atau apa saja kegiatan lain yang boleh mendatangkan imej yang baik. PRINSIP PERHUBUNGAN AWAM YANG BAIK DALAM ORGANISASI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Memahami alam politik organisasi. Mempelajari dan memahami system komunikasi tisdak formal. Mencari pengalaman untuk meningkatkan kemahiran. Mencari rakan sumber idea dan kerja. Menyesuaikan matlamat diri dengan organisasi. Belajar berkomunikasi denganbaik. Hindarkan berkomplot merancang menentang. 3

Perhubungan Awam

8. Berkawan seramai yang perlu. 9. Peka dengan isu semasa. 10.Hindarkan penggunaan pertalian anda untuk menentang ketua. 11.Maklumkan kepada ketua segala aktiviti yang berkaitan dengannya. 12.Berguna kepada mereka yang berkenaan. 13.Mendengar dengan baik. SIFAT PERIBADI SEORANG PERHUBUNGAN AWAM 1. Fasih bertutur/berpidato. 2. Menjadi pendengar yang setia. 3. Pemerhati yang se[pi. 4. Cepat mempelajari. 5. Pandai menyesuaikan diri. 6. Mempunyai daya ingatan yang kuat. 7. Boleh memahami hati manusia. 8. Sabar. 9. Berani. 10.Jujur. 11.Amanah. 12.Berdisiplin. 13.Penulis yang baik. 14.Peka kepada perubahan. 15.Boleh menghasilkan idea-idea baru. 16.Tenang dan cekap bertindak pada waktu kecemasan. 17.Berdiplomasi. 18.Cekap menjalankan tugas. 19.Matang pemikiran. 20.Keunggulan peribadi. Kefahaman terhadap prinsip-prinsip Perhubungan Awam menjadi asas dalam menjalinkan hubungan yang baik antara satu pihak dengan pihak yang lain. Perhubungan Awam yang berkesan akan dapat menonjolkan imej sesebuah organisasi. Layanan baik kepada publik yang memerlukan pertolongan dan perkhidmatan dengan memberi maklumat yang tepat dan secara terusmenerus kepada mereka yang berkepentingan akan dapat mengekalkan suasana harmoni dan silaturahim antara organisasi dengan publiknya. SKOP PENGETAHUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM Sebagai seorang Pegawai Perhubungan Awam harus memiliki pengetahuan asas mengenai: 1. Misi dan Visi Jabatan 2. Peranan dan Fungsi Jabatan 3. Aktiviti-Aktiviti semasa yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan. 4. Penjawat-Penjawat Utama 5. Orang-orang Atasan Daerah / Negeri. 6. Pengetahuan teknikal berkaitan Jabatan. SIKAP PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

4

Perhubungan Awam

Dalam apa-apa urusan semasa melaksanakan tugas, Pegawai Perhubungan Awam hendaklah sentiasa mengamalkan sikap : 1. Memberi layanan adil terhadap semua aduan sama ada aduan kakitangan atau aduan awam. 2. Sentiasa memberikan layanan mesra 3. Sentiasa bersikap berkecuali 4. Tidak beremosi menangani aduan 5. Tidak berdendam 6. Bersikap Pro-aktif 7. Menunjukkan perwatakan dan ketrampilan yang baik dan kemas. PERKARA-PERKARA DILARANG Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah tafsiran, Pegawai Perhubungan Awam dilarang : 1. Menyentuh soal-soal dasar dan polisi 2. membuat kenyataan akhbar kecuali dengan arahan ketua jabatan 3. membuat kenyataan yang bukan fakta.

5

Perhubungan Awam

ETIKA SOSIAL
Untuk memudahkan kita bergaul dan bermesra dengan orang lain, kita perlu mengetahui serba sedikit etika sosial. Jika pengetahuan tentang etika sosial terlalu cetek, seserorang itu merasakan dirinya janggal ketika bergaul dengan orang ramai. Ini akan membuatkan kita tersisih daripada masyarakat, malah ada yang menjadi wall flower ketika berada dalam sesuatu majlis. Tatacara Perkenalan Terdapat 2 prinsip asas: 1. Body language 2. Jangan jadi wall flower Cara Memperkenalkan 1. Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting. 2. Penonjolan diri sendiri adalah paling tidak penting. 3. Perkenalkan lelaki kepada wanita (daripada status dan pangkat yang sama). 4. Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua. 5. Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkat kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya. 6. Dalam urusan perniagaan, pangkat atau kuasa lebih penting. 7. Dari segi sosial, penghormatan diberi keutamaan kepada golongan diraja. Cara Memperkenalkan (Contoh dialog) 1. 2. 3. 4. 5. Boleh saya memperkenalkan…………………………… Saya ingin tuan/puan berkenalan dengan…………………. Tuan/puan, inilah…………………………………………… Izinkan saya memperkenalkan…………………………….. Silakan berkenalan………………………………………..

Cara Menjawab 1. 2. 3. 4. Apkhabar? Bertuah sungguh dapat bertemu tuan/puan Helo! Bersalam – orang lelaki mesti menunggu orang perempuan menghulurkan tangan (untuk bukan Islam) mengikut suasana di sesuatu tempat.

Cara yang berkesan semasa berkenalan 1. Tentukan kedua-dua belah pihak sudah bersedia.

6

Perhubungan Awam

2. Pandang kearah mata orang yang diperkenalkan kepada kita. 3. Sebutkan namanya dengan jelas, betul dan tentukan suara dalam keadaan sederhana. 4. Akui sekiranya terlupa nama orang yang sedang kita bercakap. Perbualan sosial. Bagi mewujudkan perbualan social yang harmonis kita perlu: 1. Berminat. 2. Mendengar dengan baik. 3. Memandang mata orang yang berbual dengan anda. 4. Bercakap dengan perlahan, tidak kuat dan ringkas. 5. Minta pendapat pendengar. 6. Berjenaka/memuji dengan ikhlas. 7. Mengawal gerakan tangan. Elakkan perkara-perkara berikut: 1. Hal-hal peribadi. 2. Agama. 3. Politik.

7

Perhubungan Awam

ETIKA BERPAKAIAN
Pengenalan Berpakaian sesuai dengan sesuatu majlis dan mengikut keadaan tempat merupakan amalan kehidupan kita seharian. Sekiranya kita berpakaian tidak sesuai mengikut majlis, kita akan berasa janggal dan menjadi tumpuan orang lain. Walau bagaimanapun, ia juga mengikut cita rasa seseorang. Penyesuaian baju bagi lelaki Tidak sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher kecuali memakai launge suit. Sematkan semua butang jika bertali leher (kecuali butang kolar). Biasanya tali leher/tie akan disesuaikan dengan baju Baju stripe plain cerah gelap cerah Penyesuaian seluar Baju cerah gelap plain plain stripe Tiga jenis seluar slack trausers pentelone - Ready made (beli terus dikedai). - Tempah di kedai. - Seluar berlipat dibawah. Seluar Gelap Cerah Plain Stripe plein Tali leher/tie Plain stripe gelap cerah terang

Penyesuaian tali leher/tie 1. Pakai tali leher hanya dengan baju lengan panjang. 2. Bahagian hujung tali leher mestilah kena hujung kepala tali pinggang. 3. Sekiranya menggunakan launge suit, tie pin hendaklah ditengan kocek. 4. Sekiranya tidak menggunakan launge suit, tie pin hendaklah di bahagian bawah kocek. 5. Tie batik hanya sesuai dengan pakaian berfesyen. Penyesuaian launge suit

8

Perhubungan Awam

1. Gunakan kain kapas berwarna lembut untuk waktu siang. 2. Gunakan kain kapas berwarna gelap untuk waktu malam dan acara rasmi. 3. Gunakan baju tanpa corak. 4. Gunakan tie pin selari dengan tengah kocek. 5. Seluar tidak bell bottom. Penyesuaian stoking 1. Gunakan warna yang sesuai dengan seluar. 2. Warna putih jenis kapas hanya sesuai untuk bersukan. 3. Elakkan stoking yang berbelang/bercorak. Penyesuaian pewangi

1. Gunakan cologne atau deodoran yang lembut.

2. Jika abergaul dengan orang ramai sapukan cologne di kedua-dua belah bahu. Penyesuaian fizikal 1. Rambut bersisir rapi. 2. Misai dan janggut dijaga rapi. Penyesuaian pakaian wanita 1. 2. 3. 4. 5. Elakkan kain berkilau/berkilat di siang hari. Elakkan menggunakan satu warna sahaja. Tidak lebih daripada empat warna pada satu masa. Pilihan warna kain berasaskan kepasa warna kulit dan bentuk badan. Gunakan stripe yang sesuai: a. Stripe menegak untuk orang yang gemuk. b. Stripe melintang untuk orang yang kurus. 6. Jangan terikut-ikut fesyen. 7. Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap. Penyesuaian alat solek wanita 1. Biasanya menggunakan alat solek yang sederhana. 2. Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat dan gunakan perfume diwaktu malam dan eau de toilette untuk waktu siang. 3. Gunakan barang kemas yang sederhana. Penyesuaian fizikal wanita 1. Rambut hendaklah sentiasa tersisir rapi. 2. Semua bahagian rambut tertutup diikat kemas jika memakai tudung. 3. Jika memakai mini telekung, warna tudung bertentangan dengan warna baju. 4. Gunakan sarung kaki warna kulit. 9

Perhubungan Awam

5. Berdiri dalam jam 10 atau jam 2

10

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->