P. 1
pengurusan masa dalam islam

pengurusan masa dalam islam

4.69

|Views: 2,911|Likes:

More info:

Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on Apr 13, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

03/02/2013

PENGURUSAN MASA DALAM ISLAM

Telah berfirman Allah s.w.t yang bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian, kecuali orang orang yang beriman dan beramal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran". ( S. Al-Asr:ayat 1-3 ) Demikianlah pesanan Allah s.w.t di dalam kitab-Nya kepada manusia supaya mereka menguruskan masa dengan baik. Bahkan Allah s.w.t turut memberikan isyarat bahawa selamanya manusia akan berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang menetapi ciriciri berikut, iaitu: Beriman Beramal salih nasihat-menasihati dengan kebenaran nasihat- menasihati dengan kesabaran

Jadi di sana, dapat dirumuskan bahawa antara perkara-perkara yang dapat diketengahkan daripada ayat-ayat tersebut ialah aspek " pengurusan masa ". Bagaimanapun bukanlah tujuan rencana ini untuk mengupas secara ilmiah aspek tersebut. Cuma yang akan dicatatkan, dalam keterbatasan ruang yang ada, ialah sudut-sudut " tasawur " (konsep), kewajipan insan muslim dan hubungannya di dalam mempertingkatkan taraf keinsan itu sendiri. Mudah-mudahan perbincangan mengenai pengurusan masa secara ilmiah bagi insan muslim dalam menanggapi suasana hidup serba moden hari ini, dapat pula dikupas oleh pihak yang memiliki "otoriti" dan muktabar.

PENGURUSAN MASA BERTERASKAN KEIMANAN
Soal dasar yang harus diutamakan dalam aspek pengurusan masa, baik dalam apa bidang sekalipun ialah "berteraskan keimanan". Lantaran keimanan akan mendorong seseorang bekerja dan beribadah dengan penuh kepatuhan kepada Allah s.w.t Bahkan dengan berbekalkab keimanan, selayaknya setiap kerja yang dilakukan tidak akan menjadi sia-sia. Sebaliknya, mereka yang membiarkan masanya berlalu begitu sahaja tanpa digunakan untuk melakukan sesuatu kerja atau amal salih, memperbaiki diri atau membantu orang lain, boleh dianggap sebagai orang yang telah mengkufuri nikmat Allah s.w.t. Malah jauh sekali mahu dikatakan menghayati iman dalam pengertian yang hakiki. Telah berkata abdullah bin Mas'ud: " Belum pernah daku menyesal, melainkan penyesalan daku di setiap hari apabila benam matahari. Semakin singkat umurku ini, sedangkan amalan daku takut-takut tidak bertambah". Di sana juga terdapat sebuah hadis yang tidak ketinggalan menekankan aspek keimanan. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sewajarnya setiap yang berakal, selagi akan fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagi-bahagikan masanya kepada empat waktu: i. ii. iii. Waktu untuk dirinya bermunajat (berzikir) kepada tuhannya. Waktu untuk dia bermunasabah tentang dirinya Wakut untuk dia berfikir mengenai penciptaan Allah

1

iv.

Waktu untuk dia mencari keperluannya (seperti makan dan minumnya)."

Kalau begitu benarlah keimanan dalam pengurusan masa merupakan ciri yang penting untuk menjadi syarat kemenangan insan beriman. Sebab itu orang beriman amat wajar menghargai masa. Masa baginya adalah kehidupan. Mereka sentiasa sedar bahawa setiap detik yang berlalu akan dihisap dan dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t. Justeru kiranya pengurusan masa menjadi aspek yang amat penting dalam mana-mana organisasi, khususnya "organisasi" yang berteraskan konspe "laba", Maka "laba" kepada insan beriman natijah dari pengurusan masa dengan baik ialah ganjaran pahala dari Allah s.w.t. Malah orang-orang yang beriman tidak akan membiarkan setiap keuntungan berlalu sia-sia dan tidak pula berhajat mengundang apa - apa kerugian. Mana-mana ruang kesempatan yang baik, sudah pasti direbutinya. Mereka akan sentiasa berpegang kepada pesa Rasulullah s.w.t sepertima maksud hadisnya: " rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain iaitu: Masa Masa Masa Masa Masa hidup sebelum mati sihat sebelum sakit lapang sebelum sibuk muda sebelum tua kaya sebelum fakir."

Apatah lagi "masa" itu sendiri merupakan nikmat dan kelebihan Allah s.w.t untuk manusia. Lantaran itu kurang tepat anggapan sesetengah orang yang mengatakan bahawa masa itu berharga bagaikan "mutu-manikam". Walhal hakikat sebenarnya, lebih berharga dan bernilai dari intan permata. Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna menyebutkan bahawa: " Dia(masa) hidup tiada erti hidup manusia , selain dari masa-masa beramalnya, semenjak lahir hingga ke saat - saat terkahirnya." Jadi orang yang dikurniakan oleh Allah akan umur yang panjang, tidak wajar mensia-siakan masa hidupnya . Hayatnya harus diaduni dengan pengisisan amal kebajikan. Pernah Rasulullah s.a.w ditanya: "Manakah suatu manusia yang baik, Maka jawab baginda: Siapa yang umurnya panjang, serta baik amalnya."

ASPEK-ASPEK PENGURUSAN MASA
Soalnya, bagaimankah seharusnya seseorang insan muslim patut 'mengolah' dan membahagikan masa 'seelok mungkin', supaya mana-mana satu tugas yang menjadi amanahnya tidak terjejas. Atau bagaimanakah sebagai insan Muslim kita boleh jadi lebih 'efficient'. Apakah pula aspek-aspek pengurusan masa yang perlu diutamakan? Sudah pasti di sana, hal itu memerlukan kecekapan. Apatah lagi, sama ada disedari ataupun tidak, masa itu sendiri adalah "jadual waktu bagi setiap pekerjaan dan aktiviti". Disudut realitinya, masa merupakan hakikat suatu saham permodalan buat individu mahupun masyarakat. Oleh kerana itu setiap insanmuslim bekerwajipan menjada masa-masanya itu supaya dapat mempertingkatkan lagi prestasi keimanan, amalan dan perlaksanaan

2

tanggungjawabnya baik berupa tanggungjawab keagaman mahupun berupa tanggungjawab keduniannya-ke tahap gemilang. Jadi antara perkara yang patut diutamakan ialah: perancangan perlaksanaan penghasilan

Aspek perancangan merupakan tatacara awal bagaimana pengurusan masa harus diolah oleh setiap insan muslim, supaya setiap detik perjalanan masanya dapat dimanfaatkan untuk agama dan dunianya, untuk kebaikan dan kebahagiaan serta untuk permbinaan rohani dan pembangunan kebendeaan. Aspek ini juga melibatkan; penyediaan jadual waktu kerja harian yang tersusun hala-cara kerja yang jelas sarana-sarana kerja yang boleh dimanfaatkan keutamaan sesuatu kerja

Aspek perlaksanaan pula merupakan pengisian amal dan kerja buat yang berguna. Perlaksanaan mesti berbentuk "aktif,relatif dan tidak jumud", dengan kerja yang sentiasa meningkat prestasinya dari masa ke semasa. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Sedang hari esok mesti lebih baik dari hari ini. Dalam hubungan ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah kasihkan kepada mereka yang meningkatkan mutu pekerjaannya". Manakala aspek penghasilan merupakan natijah dari perancangan dan perlaksanaan sesuatu kerja. Penghasilan mestilah yang dapat mempertahankan ciri-ciri keimanan dan amal salih. Soal lain yang mungkin timbul ialah bilakan seseorang itu wajar memulakan usaha menguruskan masa, untuk melakukan kerja-kerja yang boleh membantu mengingkatkan prestasi hidupnya dan apakah ada tempoh berhentinya? Inilah perkara utama yang mengelirukan kebanyakan orang. Apatah lagi yang melibatkan soal ibadah khusus mereka terhadap Allah s.w.t. Kekeliruan inilah yang menyebabkan adanya ungkapan 'life begin at 40' (hidup bermula pada umur 40 tahun). Lalu sebelum rambut putih ditumbuhi uban, mereka akan berpoya-poya sepuas hati tanpa memikirkan bahawa 'mati boleh mengundang mereka pada bila-bila masa sekalipun,' tidak kira tua atau muda. Alangkah ruginya masa dan umur muda yang disia-siakan. Justeru itu, insan muslim harus menggunakan setiap kesempatan masanya dengan betul dan bijaksana. Islam sangat menggalakkan, malah menyuruh supaya kita mengisi "ruang kekosongan waktu" yang ada sepenuh-penuhnya. Ibadah yang boleh dilakukan hari ini jangan ditangguh-tangguhkan pula pada esok hari. Alangkah ruginya masa dan umur muda yang disia-siakan. Justeru itu, insan muslim harus menggunakan setiap kesempatan masanya dengan betul dan bijaksana. Islam sangat mengalakkan, malah menyurh supaya kita mengisi "ruang kekosongan waktu" yang ada sepenuh-penuhnya. Ibadah yang boleh dilakukan hari ini jangan ditangguh-tangguhkan pula pada esok hari.

3

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup seratus tahu lagi, dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati esok hari." Keterangan yang lain terdapay di dalam sepotong hadis lagi yang bermaksud: " Jikapun berlaku kiamat, di tangan kamu ketika itu ada sepohon benih kurma, kamu masih lagi berkesempatan untuk menanmnya, makan hendaklah kamu kannya." Jika mahu ditilik dari segi manapun,konklusi dari kedua-dua hadis di atas jelas membayangkan betapa berharganya dan bernilainya setiap detik -detik perjalanan masa dan pentingnya ia diurus dengan baik. Berhubung dengan pengurusan masa, tidak semestinya setiap apa yang dirancang dan direncanakan oleh seseorang insan muslin itu dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebagai manusia, ada banyak perkara yang boleh melalaikan mereka dari kerja-kerja seharian dan dari mengingati Allah. Antara lain ialah:

(maka)

menanam-

a) Harta benda dan anak pinak Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: " Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah sampai harta benda kamu melalaikan kamu, dan janganlah sampai anak-pinak kamu melalaikan kamu dari mengin gati Allah". (S. Al-Munafikun: ayat 9) b) Sifat malas Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " Dan apabila mereka bangun (orang-orang munafik) untuk sembahyang, mereka bangun dengan keadaan malas." (S. Al-Nisa': ayat 142) c) Bersifat tangguh-menangguh Al-Imam Hassan Al-Basri berpesan: " Awas dari tempoh-menempoh! Hari esok belum tentu!, Jika besok harimu, Jadikanlah besok seperti hari ini. Jika besok bukan harimu, usah menyesal kerana kecuaianmu di hari ini." Bahkan kegagalan mentadbir masa adalah lebih bahaya daripada kegagalan menguruskan harta benda. Lanatarn harta benda yang hilang boleh di cari ganti. Tetapi masa yang berlalu sia-sia, tidak mungkin boleh diputarkan kembali. Justeru itu tabiat suka "membuang waktu" ketika lapang harus dielakkan. Apatah lagi nikmat kelapangan waktu merupaka suatu nikmat yang ramai di antara manusia mensia-siakannya serta tidak bersyukur. Dalam hubungan ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya: " Dua nikmat di antara nikmat-nikmat yang kebanyakan manusia kabur melihatnya, (iaitu nikmat) masa sihat dan masa lapang." "Masa lapang" yang dimaksudkan ialah masa-masa yang seseorang itu tidak sibuk dengan urusan kerja buat keduniaan, yang sampai menghalang seseorang itu mengerjakan amalan akhirat.

KESIMPULAN

4

Demikianlah, betapa perlunya setiap insan muslim mengurus dan mentadbir masa dengan wajar dan sempurna. Mudah-mudahan setiap waktu yang berlalu dipenuhi dengan amal bakti yang sampai kepada tujuannya, serta dikabukan oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: " Wahai orang yang beriman! takutlah kamu kepada Allah dan buatlah perhitungan untuk menyahut kedatangan hari esok." (S. Al-Hasr: ayat 18)

Disediakan Oleh: Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

5

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->