P. 1
Ayat majmuk

Ayat majmuk

|Views: 3,485|Likes:
Published by Syahizah Shah

More info:

Published by: Syahizah Shah on Jan 15, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2013

pdf

text

original

AZIJAH BINTI JAANG 911225125670 PPISMP PSV’09 SEM 2’10

Ayat Majmuk

Ayat Majmuk
o Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih menjadi satu ayat. o Percantuman ini menyebabkan ayat majmuk itu mempunyai lebih daripada dua predikat. o Terdiri daripada sederetan ayat tunggal yang dicantumkan menjadi satu ayat mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. o

Ayat Majmuk
o Contoh: 1. Ahmad sedang membuat kerja sekolah dan Ali sedang membuat ulangkaji. b. Ahmad sedang membuat kerja sekolah. c. Ali sedang membuat ulangkaji.

2. Tina memasak sambil menyanyi. b. Tina memasak. c. Tina menyanyi.

Ayat Majmuk
o Contoh: 1. Pencuri telah memasuki rumah Ah Chong ketika penghuni rumah itu tengah tidur. b. Pencuri telah memasuki rumah Ah Chong. c. Penghuni rumah itu tengah tidur.

2. Dompet Masnah tertinggal di dalam bas yang dinaikinya pagi tadi. b. Dompet Masnah tertinggal di dalam bas. c. Bas dinaikinya pagi tadi.

Ayat Majmuk
o Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: i. Ayat majmuk gabungan ii.Ayat majmuk pancangan iii.Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Gabungan
o Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayatayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, atau lalu, sambil, dan sebagainya.

Ayat Majmuk Gabungan
o Contoh: 1. Mary suka bersenam manakala Lyn suka berkebun. b. Mary suka bersenam. c. Lyn suka berkebun.

2. Sara mendapat hadiah daripadanya ayahnya tetapi Sara tidak menyukai hadiah itu. b. Sara mendapat hadiah daripada ayahnya. c. Sara tidak menyukai hadiah itu.

Ayat Majmuk Gabungan
o Contoh ayat di atas terdiri daripada dua ayat tunggal yang setara sifatnya dan boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat.

Ayat majmuk gabungan = Ayat 1 + kata hubung + Ayat 2

o

Ayat Majmuk Gabungan
o Ayat majmuk jenis ini boleh terdiri daripada tiga, empat atau lima ayat yang digabungkan menjadi satu ayat yang terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah atau ayat tanya tetapi tidak boleh dicampuradukkan.

Ayat Majmuk Gabungan
o Contoh: 1. Ali suka berbasikal dan berenang. b. Ali suka berbasikal. c. Ali suka berenang.

d.
6. Jangan lupa membasuh tangan dan berdoa sebelum menjamah makanan. f. Jangan lupa membasuh tangan. g. Berdoa sebelum makan.

= 3. Ali suka berbasikal dan berdoa sebelum makan.

o Ayat 3 merupakan hasil gabungan Ayat 1, iaitu ayat gabungan jenis penyata dan Ayat 2, iaitu ayat gabungan jenis perintah. o Ayat yang terhasil tidak gramatis kerana tidak mempunyai hubungan makna yang bersesuaian. o Ayat-ayat yang digabungkan perlulah mempunyai ciri-ciri dan tidak boleh dicampuradukkan antara jenis-jenis ayat dan perlulah mempunyai hubungan makna. o Sekiranya ayat-ayat yang digabungkan mempunyai unsur yang sama dan berulang, unsur yang sama boleh digugurkan.

o o

Ayat Majmuk Gabungan
o Contoh: a. Cermin itu terjatuh. c. Cermin itu pecah.  = Cermin itu terjatuh lalu pecah.

a. Alin suka warna kuning. b. Lina suka warna merah.  = Alin suka warna kuning tetapi Lina warna merah.

Ayat Majmuk Gabungan
o Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada dua jenis berdasarkan penggunaan kata hubung yang berbeza, iaitu; i. Gabungan yang susunan faktanya berurutan satu demi satu. Kata hubung yang digunakan seperti dan, lalu, lagi, serta, sambil, sebagainya.

Ayat Majmuk Gabungan
o Contoh: 1. Kereta pacuan empat roda itu terbabas lalu merempuh penghadang jalan. b. Kereta pacuan empat roda itu terbabas. c. Kereta itu merempuh penghadang jalan.

d.
2. Ayah membaca akhbar sambil minum teh. a. Ayah membaca akhbar. b. Ayah minum teh.

o

Ayat Majmuk Gabungan
ii. Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan itu. Kata hubung yang digunakan seperti tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal dan sebagainya.

Ayat Majmuk Gabungan
o Contoh: 1. Lisa belum sampai ke rumah, padahal waktu persekolahan telah habis. b. Lisa belum sampai ke rumah. c. Waktu persekolahan telah habis.

2. Rosnah telah mencuba bermacam-macam produk tetapi masalah jerawat di mukanya masih belum dapat diselesaikan. b. Rosnah telah mencuba bermacam-macam produk. c. Masalah jerawat di mukanya masih belum dapat diselasaikan.

Ayat Majmuk Gabungan
o Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih. o Kedudukannya tidak setara dan tidak boleh berdiri sendiri. o Terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang disebut ayat pancangan. o Dihubungkan menggunakan kata hubung seperti yang dan bahawa dan kata hubung yang membawa unsur keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan
• Dibahagikan kepada tiga jenis: i. Ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif) ii.Ayat majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen) iii.Ayat majmuk pancangan keterangan (ayat keterangan)

Ayat Majmuk Pancangan Relatif
o Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama melalui penggunaan perkataan yang. o Contoh: i. Diana telah membeli sut yang mahal itu. b.Diana telah membeli sut. c. Sut itu mahal. = Diana telah membeli sut + sut itu mahal.

Ayat Majmuk Pancangan Relatif
o Contoh: i. Kereta yang mewah itu milik ayah Jack. b.Kereta itu mewah. c. Kereta mewah itu milik ayah Jack. = Kereta itu mewah + kereta mewah itu milik  ayah Jack.

o

Ayat Majmuk Pancangan Relatif
o Contoh: i. Rumah yang terbakar semalam ialah rumah Mak Senah. b.Rumah itu terbakar semalam. c. Rumah terbakar semalam itu rumah Mak Senah. = Rumah itu terbakar semalam + rumah  terbakar semalam itu rumah Mak Senah. •

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
o Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama. o Dihubungkan dengan ayat induk menggunakan kata hubung komplemen bahawa dan untuk.

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
o Contoh: i. Syarikat korporat terbesar itu mengisytiharkan bahawa mereka akan bankrap. b.Syarikat korporat terbesar itu mengisytiharkan. c. Mereka akan bankrap. •

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
o Contoh: i. Adik memanjat kerusi untuk mencapai bola di atas almari itu. b.Adik memanjat kerusi. c. Mencapai bola di atas almari itu.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
o Ayat keterangan. o Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih. o Berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
o Contoh: i. Saya akan menghadiri kenduri di rumah kamu jika tiada aral melintang. b.Saya akan menghadiri kenduri di rumah kamu. (ayat induk) c. Tiada aral melintang. (ayat keterangan) d.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
o Contoh: i. Halim tetap menghadiri kuliah meskipun dia kurang sihat pada pagi itu. b.Halim tetap menghadiri kuliah. (ayat induk) c. Dia kurang sihat pada pagi itu. (ayat keterangan)

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
o Contoh: i. Farhan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dijauhi daripada segala malapetaka. b.Farhan sentiasa berdoa kepada Tuhan. (ayat induk) c. Dijauhi daripada segala malapetaka. (ayat keterangan)

Ayat Majmuk Campuran
o Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau dengan beberapa jenis ayat majmuk.

Ayat Majmuk Campuran
o Contoh: i. Farid menaiki bas apabila hendak ke pejabat kerana kereta barunya telah rosak. • Terdiri daripada satu ayat tunggal, Farid menaiki bas, dan satu kata majmuk pancangan, kerana, iaitu kerana kereta barunya telah rosak, dan ayat induknya ialah hendak ke pejabat. • Ayat tunggal dihubungkan dengan ayat majmuk menggunakan kata hubung apabila.

Ayat Majmuk Campuran
o Contoh: i. Kiran masih menyiapkan tugasannya meskipun teman sebiliknya telah lama tidur setelah menyiapkan tugasan yang diberikan. • Terdiri daripada satu ayat tunggal, Kiran masih menyiapkan tugasannya , satu kata majmuk pancangan relatif, yang, iaitu, yang diberikan, dan ayat induknya ialah teman sebiliknya telah lama tidur setelah menyiapkan tugasan. • Ayat tunggal dihubungkan dengan ayat majmuk menggunakan kata hubung meskipun.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->