You are on page 1of 56

Islam dan ......

Artikel yang diterbitkan di Laman Web Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

1. Islam, Sains Dan Ummah

Abu Bakar Bin Yang


Pegawai Penyelidik

00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

Kesyumulan yang ada pada Islam sememangnya tiada keraguan lagi. Ia


merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia daripada yang sekecil-
kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Atas sebab
kesyumulan inilah maka Islam mampu untuk berdepan dan
menyelesaikan sebarang masalah. Kemampuan Islam bukan terhenti
setakat itu sahaja, tetapi mampu pula membawa taraf hidup manusia itu
jauh lebih baik daripada apa yang dinikmatinya sekarang, asalkan
dengan syarat kesyumulan itu dihayati. Sains dan teknologi yang
dipelajari, digunakan dan dikuasai oleh manusia pada zaman serba
canggih ini juga tidak terlepas daripada jangkauan kesyumulan yang
dibawa oleh Islam itu.

Sayangnya, kemampuan yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia


untuk menguasai sains dan teknologi ini telah membuatkan manusia
lupa daratan. Ada golongan manusia yang bertuhankan sains dengan
mengenepikan langsung aspek agama. Tidak kurang pula yang
mengambil Islam apabila dirasakan perlu kerana dapat menjaga
kepentingan tertentu.

Ketidakseimbangan yang wujud hasil daripada pemikiran dan tangan


manusia inilah yang menjadi faktor utama kacau-bilau yang ada di dunia
sekarang ini. Kumpulan yang menguasai teknologi telah menjadikannya
sebagai senjata untuk menindas kumpulan atau negara yang lemah.
Sementara bagi mereka yang lemah pula tidak segan-silu untuk terus
menadah tangan meminta bantuan, seolah-olah tanpa bantuan dari
mereka yang berteknologi ini maka akan binasalah mereka.

Sesungguhnya ajaran Islam yang suci ini, sudah lama mengajak dan
mengajar manusia untuk memerangi ketidakadilan seperti ini. Cuma
yang malangnya, orang-orang Islam sekarang tidak mengindahkan
seruan yang besar ini, sehinggakan sumber kekuatan yang
dianugerahkan Allah kepada hampir setiap negara orang-orang Islam
tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Orang Islam bukannya tidak faham bahawa Islam itu mampu untuk
memulihkan imej mereka di mata dunia dan mampu pula menjadikan
mereka umat yang terbaik. Dengan segala kekayaan yang ada pada
bumi Islam, orang Islam mampu untuk berusaha dan bekerjasama untuk
menghasilkan teknologi yang diperlukan. Pun begitu ini semua
didahulukan dengan syarat. Iaitu orang Islam perlu kembali sepenuhnya
kepada ajaran Islam yang murni tersebut.
Islam sangat menekankan supaya Kebesaran Allah itu dapat dihayati
dengan memerhati dan mengkaji alam ini. Contohnya, dalam surah Al
Fatihah yang dibacakan pada setiap kali sembahyang itu dimulakan
dengan bacaan:

"SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM."

Dalam ayat pertama surah yang penting ini, telah menarik perhatian
orang Islam kepada Allah dan penciptaanNya. Sebagai orang Islam kita
perlu melihat kepada ciptaan Allah yang dijadikan ini dengan penuh rasa
tanggungjawab dan seterusnya menerokai alam ini sebagai jalan untuk
mendekatkan diri kepada Allah. Rasa tanggungjawab itu hendaklah lahir
dari kefahaman Islam yang jelas dan betul supaya penerokaan ilmu
pengetahuan yang bakal dilakukan tidak terpesong daripada kehendak
Islam yang sebenar. Kita bimbang sekiranya mereka yang terlibat
dengan usaha penerokaan ini adalah terdiri daripada mereka yang jahil
terhadap Keesaan Allah, maka lahirlah golongan-golongan yang
menyembah ilmu semata-mata dengan tidak mengambil kira Zat yang
mencipta ilmu tersebut.

Sekiranya ini berlaku, maka usaha untuk memperbaiki keadaan yang


sudah sedia ada akan menjadi lebih buruk lagi. Maka sebab itulah para
ilmuan dan cendikiawan Islam yang mempunyai kesedaran hendaklah
melengkapi diri masing-masing dengan pengetahuan Islam yang
secukupnya, agar ilmu yang akan disebarkan nanti adalah ilmu
pengetahuan yang sudah dibentuk dengan acuan Islam.

Sejarah keagungan Islam yang gilang gemilang yang tercatit dalam


banyak buku sejarah telah membuktikan Islam dan penganutnya mampu
menjadi model yang terbaik. Pada waktu itu, orang-orang Islam bukan
sahaja dianggap sebagai umat yang kuat berpegang pada agama tetapi
juga yang membawa bersama mereka tamadun budaya yang tinggi
seperti akhlak, pemerintahan, senibina, sastera, sains dan sebagainya.
Bahkan kota-kota besar seperti Baghdad adalah dianggap sebagai kota
ilmu oleh dunia pada waktu itu. Kemasyhuran umat Islam sebagai
pelopor di bidang ilmu melangkaui batas sempadan sehingga para
pelajar hampir dari seluruh dunia datang untuk mempelajari dan
mengambil ilmu dari orang Islam.

Ilmu yang dimiliki oleh orang Islam pada waktu itu bukan sahaja
memberi manfaat kepada orang Islam semata-mata tetapi juga kepada
dunia. Sumbangan Islam kepada dunia ilmu adalah suatu yang amat
besar nilainya. Di zaman keemasan Islam inilah lahirnya tokoh-tokoh
besar seperti Al Biruni dan Al Kindi yang memberi sumbangan kepada
ilmu fizik. Al Khawarizmi, Umar Khayyam, Al Battani dan Altusi di bidang
ilmu matematik. Al Fazari dan Al Nayrizi memberi sumbangan di bidang
astronomi. Ibnu Sina, Al Razi dan Al Zahrawi di bidang perubatan dan
bermacam-macam lagi sumbangan yang telah diberikan oleh ilmuan-
ilmuan Islam ini kepada dunia. Inilah istimewanya apabila ilmu
pengetahuan itu berada di tangan orang Islam yang benar-benar
beriman dan beramal dengan ilmunya, maka seluruh dunia akan
mendapat manfaat darinya. Sebaliknya jika ilmu itu berada di tangan
mereka yang tidak bertanggungjawab maka berlakulah apa yang dapat
kita lihat pada hari ini, penindasan, penipuan, penyelewengan dan
bermacam-macam kerosakan lagi yang semuanya menjuruskan
masyarakat ke arah kemusnahan.

Oleh itu adalah satu yang amat malang bagi umat Islam sekarang yang
tidak mahu mengambil contoh dan pengajaran daripada sejarah Islam
untuk dijadikan modal penggerak umat yang layu dan kaku masakini.
Umat Islam kini lebih mudah dijajah fikirannya, mudah ditipu dan terlalu
lemah untuk bangun menyatakan haknya. Umat Islam kini diletakan di
satu sudut dan dilihat sebagai umat yang mundur dari segenap segi dan
perlu diberi bantuan setiap kali bila ingin melangkah untuk berdikari.

Kenapakah ini berlaku kepada umat yang telah dijanjikan kemuliaan di


dunia dan kebahagiaan di akhirat? Kenapakah imej umat Islam menjadi
sebegini buruk? Jawapannya ialah umat Islam itu sendiri yang
menjadikan dirinya sedemikian. Jangan semata-mata menyalahkan
orang lain. Allah telah memberikan segala bentuk panduan di dalam
kitab suci Al Quran untuk dilaksanakan dan telah menurunkan rasulNya
sebagai petunjuk. Kedua-duanya menjadi dasar utama kepada umat
Islam untuk dijadikan panduan hidup dan juga menjadi syarat utama
untuk umat Islam kembali kepada kemuncak kegemilangannya.

Di samping itu, umat Islam haruslah melengkapkan diri dengan segala


keperluan masakini supaya mampu berdikari dengan tidak
mengharapkan atau bergantung kepada orang luar. Kepentingan ilmu
sains dan teknologi adalah satu keperluan yang perlu diberi perhatian.
Ini adalah kerana penguasaan umat Islam di bidang ini akan
memudahkan lagi Islam maju ke hadapan dengan lebih berkesan dan
mudah diterima masyarakat. Dari sinilah Islam dapat membina semula
kekuatan dan kembali menguasai dunia sebagaimana yang telah pernah
dibuktikan oleh sejarah. Barangkali inilah persoalan yang perlu difikirkan
dan dijawab oleh setiap individu muslim.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=662&cmd=resetall
2. Islam Dan Kehidupan

Abu Bakar Bin Yang


Pegawai Penyelidik

00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

Terdapat segolongan manusia yang berpendapat bahawa manusia dan


alam dijadikan tanpa tujuan yang tertentu. Alam yang terbentang luas
ini adalah terdedah kepada pengolahan manusia sesuai dengan tingkat
ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Manusia dan alam dianggap seperti
satu sistem yang bertindakbalas antara satu sama lain dan tidak boleh
dipisahkan. Pada pandangan mereka hidup hanyalah untuk keperluan
kebendaan semata-mata.

Ini adalah pandangan sains sekular. Bagi mereka, manusia tidak


mempunyai tujuan dan arah yang tertentu dalam kehidupan, melainkan
sebagai sumber utama sebagai ajen perubahan alam ini. Manusia telah
dipecahkan kepada komponen-komponen alam tanpa mengambil kira
faktor serta peranan akal, hati dan nafsu tabie manusia itu sendiri.

Menurut pandangan daripada satu persatuan ahli geografi Amerika


Syarikat yang dikeluarkan sekitar tahun 1920an, mengatakan segala
aktiviti manusia adalah dipengaruhi oleh alam sekitar. Iklim, cuaca dan
tanah mempengaruhi bidang pertanian para petani, dan begitu juga
faktor angin yang mempengaruhi para nelayan samada untuk turun ke
laut ataupun tidak. Barangkali konsep enviromentalis yang ditaja oleh
kumpulan geografi ini kurang disenangi oleh seorang lagi ahli sains
sekular yang cuba pula membawa konsep posiblelis yang mengatakan
manusia tidak bergantung kepada alam sekitar, tetapi pandangan dan
sikap manusialah yang mengubah alam sekitar bagi kepentingan
manusia itu sendiri.

Maka apa yang jelas di dalam sains sekular ialah, manusia dan alam
adalah merupakan komponen yang saling memerlukan satu sama lain.
Manusia juga dianggap sama seperti benda-benda lain, dan nilai
manusia itu juga sama seperti batu, ikan, pokok dan segala yang lain
yang wujud di alam ini. Kemuncak daripada konsep-konsep yang
dikemukakan oleh para saintis sekular ini ialah apabila Charles Darwin
mengeluarkan teori evolusinya, yang mengatakan manusia itu adalah
daripada mawas, yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Teori ini
terus dikembangkan di seluruh dunia oleh pengikut-pengikutnya dengan
berbagai-bagai hujah yang bukan sahaja lemah bahkan juga disanggah
sendiri oleh ahli-ahli saintis sekular Barat.
Pada pandangan Islam, manusia dan alam adalah sama-sama
merupakan makhluk ciptaan Allah, tetapi manusia mempunyai taraf
yang lebih tinggi berbanding dengan makhluk yang lain. Manakala
kejadian manusia itu juga adalah bermula daripada manusia pertama
yang diciptakan Allah s.w.t. iaitu Nabi Adam a.s. dan bukannya jelmaan
daripada makhluk-makhluk lain, serta tujuan ciptaan manusia itu juga
dinyatakan oleh Islam. Hakikat ini dapat dilihat di dalam ayat Al Quran
yang menyatakan bahawa manusia itu adalah "khalifah" di mukabumi,
sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:


"Sesungguhnya Aku

hendak menjadikan seorang khalifah di mukabumi." (Al Baqarah - 30)

Sesuai dengan kejadian manusia itu dijadikan sebagai khalifah di


mukabumi, maka Allah yang Maha Pencipta bukan sahaja mengelokkan
kejadian manusia itu, tetapi juga telah menganugerahkan nikmat akal
kepada manusia untuk membezakannya daripada makhluk-makhluk
yang lain.

Dengan berbekalkan akal yang dianugerahkan ini dan berpandukan pula


ajaran Islam yang syumul lagi lengkap, maka peranan dan
tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi ini tentunya
besar dan berat. Ianya bukan hanya sekadar menyempurnakan
tanggungjawab terhadap Penciptanya sahaja, iaitu Allah s.w.t. tetapi
juga bertanggungjawab terhadap hubungannya sesama manusia dan
juga alam sekitar. Pendeknya, Islam telah meletakkan keseluruhan
tanggungjawab ini di bawah satu peranan yang umum iaitu pengabdian
yang sepenuhnya hanya kepada Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya di
dalam Al Quran yang bermaksud:

"TidakKu jadikan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri


kepadaKu (Allah)." (Az Zariyat-56)

Oleh itu, pemikiran yang dianut oleh mereka yang mengatakan


kehidupan manusia tidak mempunyai matlamat dan tujuan yang
tertentu adalah batal dan salah. Tidak kira samada ia berpandukan
ajaran Islam ataupun sains sekular, masing-masing menpunyai
matlamat dan tujuan yang tertentu, tetapi matlamat dan tujuan itu
tentunya tidak serupa.

Bagi seorang materialis, kehidupannya adalah berdasarkan kepada


fahaman kebendaannya, dan bagi seorang sosialis pula akan cuba
menekankan konsep kesamarataan di dalam masyarakat. Manakala
seorang kapitalis pula akan berusaha memungut keuntungan semaksima
mungkin hasil daripada sistem yang diciptanya sendiri. Pendek kata,
setiap manusia atau masyarakat itu mempunyai matlamat dan
tujuannya yang tertentu.

Tetapi malangnya, matlamat dan tujuan itu telah diseleweng dan


disalah-tafsirkan mengikut hawa nafsu dan demi mementingkan
kehidupan duniawi semata-mata. Mereka beranggapan ilmu yang dimiliki
mampu untuk mengusai manusia dan dunia serta apa sahaja yang
mereka hajati.

Dari aspek yang lain pula, pendokong sekularisma berpandangan,


bahawa agama dan kehidupan duniawi adalah sesuatu yang perlu
dipisahkan. Bagi mereka, segala bentuk kepercayaan agama yang
membawa kepada ketaatan kepada Allah serta memelihara batasan-
batasan syariah adalah terhad kepada amalan-amalan peribadi sahaja,
sementara perkara-perkara umum yang melibatkan kehidupan manusia
secara keseluruhannya perlulah diatasi dengan kekuatan kebendaan
semata-mata.

Sebaliknya, Islam mengajar penganutnya yang merupakan khalifah di


mukabumi ini, supaya dapat mengimbangi kehidupan di dunia dan juga
kehidupan di akhirat dengan sewajarnya. Di samping menganjurkan
umatnya supaya membuat amal sebagai bekalan di akhirat, Islam tidak
pernah pula melarang umatnya daripada berusaha untuk kesejahteraan
hidup di dunia. Cuma kaedah-kaedah yang disarankan oleh Islam untuk
berusaha bagi mencapai kesejahteraan itu sahaja yang membezakannya
daripada sistem-sistem ciptaan manusia yang lain.

Bagi khalifah Allah di mukabumi ini pula, di antara intipati tugas yang
perlu dilaksanakannya ialah merealisasikan kaedah-kaedah tersebut. Ini
adalah kerana asas kepada pembangunan tamadun manusia yang hakiki
adalah bermula daripada cara hidup yang dianjurkan oleh Islam, dan
hanya Islam yang mampu untuk memakmurkan dunia ini dengan
sebaik-baiknya.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=666&cmd=resetall

3. Hubungan Islam Dengan Sains Dan Teknologi

Abu Bakar Bin Yang


Pegawai Penyelidik

00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

Hubungan antara Islam dengan sains dan teknologi adalah ibarat isi dan
kuku, tidak dapat dipisahkan kerana sama-sama mempunyai peranan
dan sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains
dan teknologi membawa kemajuan, kemudahan dan keselesaan,
manakala Islam pula memimpin manusia ke arah kebahagiaan dan
kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Sains wujud daripada perasaan ingin tahu manusia terhadap alam


sekelilingnya dan merupakan salah satu cabang utama ilmu
pengetahuan yang dapat digunakan untuk meningkatkan keimanan.
Sungguhpun Islam telah memberikan garis kasar terhadap kaedah dan
jawapan kepada banyak persoalan sains, namun ianya masih
memerlukan pengkajian yang mendalam untuk membuktikan
kebenarannya. Atas sebab inilah maka Islam sangat menuntut umatnya
mencari, mengembang dan menguasai ilmu pengetahaun.

PENCAPAIAN DAN REALITI

Sejarah telah membuktikan bahawa suatu masa dahulu, umat Islam


adalah umat yang sangat dihormati kerana ilmu pengetahuan yang
mereka miliki. Nama-nama seperti Ibn Sina, Ibn Rush, Al Khawarizmi, Al
Biruni adalah di antara tokoh-tokoh yang tidak asing lagi samada di
dunia Timur ataupun Barat. Penghormatan yang diterima ini adalah
melalui pencapaian mereka di bidang sains dan teknologi serta pegangan
yang kukuh terhadap Al Quran dan Hadis.

Sungguhpun umat Islam telah menunjukkan kehebatan yang tiada


tandingnya pada masa lampau, tetapi kini suasana yang wujud adalah
jauh berbeza. Umat Islam sekarang tidak lagi menguasai bidang sains
dan teknologi, sebaliknya ilmu tersebut telah berpindah dan dikuasai
oleh masyarakat Barat dan Timur Jauh. Apa yang lebih malang lagi ialah
bilamana umat Islam itu sendiri sudah hilang identiti Islamnya dan tidak
lagi dihormati.

ANUGERAH AKAL

Islam yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada baginda junjungan
nabi Muhammad s.a.w. adalah lengkap dan sempurna serta sesuai
dengan fitrah kejadian manusia. Sementara kejadian manusia yang
serba indah ini pula dihiasi dengan anugerah akal oleh Allah kepada
manusia untuk berfikir.

Oleh itu peranan akal yang telah dianugerahkan ini sangatlah besar.
Ianya bukan sahaja dapat digunakan untuk kepentingan mencari ilmu
tetapi juga untuk "melihat" kebenaran. Dengan sebab itulah Islam
sangat menggalakkan umatnya untuk menggunakan akal demi untuk
mencari kebenaran. Di dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang diakhiri
dengan Allah bertanya kepada manusia seperti, "Tidakkah kamu
menggunakan akal" dan "Tidakkah kamu memikirkan".

SAINS DAN TEKNOLOGI

Islam telah menetapkan bahawa setiap perkara itu adalah tertakluk


kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah
Nabinya, dan tidak terkecuali juga ilmu sains dan teknologi. Oleh itu ilmu
sains dan teknologi yang diterima oleh Islam adalah ilmu yang dipimpin
dan disuluh oleh Nur Ilahi, kerana hanya dengan itu ilmu tersebut tidak
akan bersifat menindas dan menganiaya makhluk lain.

Sebenarnya, di dalam Al Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu sains


dan teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan dikembangkan
oleh mereka yang memahami dan mengamalkannya. Setiap ayat yang
terkandung di dalamnya mempunyai maksud dan makna yang tertentu
yang perlu digali, diteliti dan direnungi, sebab Al Quran adalah sumber
ilmu pengetahuan yang terbesar dan terpenting. Jika tidak mutiara Al
Quran itu tidak akan menyerlah dan memancarkan cahayanya untuk
menyinari kehidupan umat manusia.

Berdasarkan kepada hakikat inilah maka umat Islam perlu mengambil


manfaat daripadanya dengan menggunakan akal fikiran yang
dikurniakan oleh Allah untuk menjalankan pengkajian yang bersifat
empirikal dan saintifik. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, maka tidak
syak lagi zaman kegemilangan Islam dapat dikembalikan dan Islam
sekali akan menjadi sumber inspirasi kepada kemajuan tamadun dan
kekuatan ummah.

KEPENTINGAN ISLAM

Ilmu sains dan teknologi tanpa Islam adalah seperti sebilah pedang di
tangan seorang yang mabuk, atau cahaya api di tangan seorang pencuri
yang memungkin dia mencuri barang-barang yang terbaik. Atas sebab
inilah pemisahan antara Islam dengan sains dan teknologi hanya akan
membawa kepada kemusnahan kerana mereka yang menguasai ilmu
tanpa pimpinan agama akan dipimpin oleh nafsu haloba.

Oleh itu peranan agama adalah sangat penting dalam memastikan


segala ilmu termasuk sains dan teknologi tidak disalahgunakan untuk
kepentingan individu ataupun golongan tertentu. Senario dunia masakini
juga seolah-olah menuntut umat Islam untuk kembali untuk menguasai
ilmu sains dan teknologi sebagai saluran untuk mencapai kemajuan dan
pemodenan.

PERANAN UMAT

Sebagai umat Islam yang bijak, agama itu tidak seharusnya dilihat
hanya sebagai ibadat ditikar sembahyang sahaja, tetapi ianya perlu
dilihat dari perpektif yang lebih luas dan menyeluruh. Hubungan
manusia bukan hanya terhad dengan Allah sahaja tetapi juga dengan
manusia yang lain dan alam sekelilingnya.

Oleh itu, tanggungjawab-tanggungjawab ini perlulah disempurnakan


dengan sebaik-baiknya, kerana Islam bukanlah hanya sekadar slogan
untuk dilaungkan tetapi menuntut supaya dilaksanakan. Agama tanpa
sokongan sains dan teknologi akan mudah pincang dan meletakkan
umatnya dalam keadaan serba lemah dan kekurangan. Oleh itu umat
Islam perlulah menjadikan dirinya seorang Muslim yang berilmu dan
bertaqwa.

Gabungan ilmu, iman dan taqwa serta akhlak yang mulia adalah faktor
yang utama untuk memungkinkan Islam kembali diterima sebagai
agama yang universal dan progresif.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=668&cmd=resetall

4. Islam dan rekreasi

Abu Bakar Bin Yang


Pegawai Penyelidik

00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

Terdapat segolongan manusia yang berpendapat bahawa manusia dan


alam dijadikan tanpa tujuan yang tertentu. Alam yang terbentang luas
ini adalah terdedah kepada pengolahan manusia sesuai dengan tingkat
ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Manusia dan alam dianggap seperti
satu sistem yang bertindakbalas antara satu sama lain dan tidak boleh
dipisahkan. Pada pandangan mereka hidup hanyalah untuk keperluan
kebendaan semata-mata.

Ini adalah pandangan sains sekular. Bagi mereka, manusia tidak


mempunyai tujuan dan arah yang tertentu dalam kehidupan, melainkan
sebagai sumber utama sebagai ajen perubahan alam ini. Manusia telah
dipecahkan kepada komponen-komponen alam tanpa mengambil kira
faktor serta peranan akal, hati dan nafsu tabie manusia itu sendiri.

Menurut pandangan daripada satu persatuan ahli geografi Amerika


Syarikat yang dikeluarkan sekitar tahun 1920an, mengatakan segala
aktiviti manusia adalah dipengaruhi oleh alam sekitar. Iklim, cuaca dan
tanah mempengaruhi bidang pertanian para petani, dan begitu juga
faktor angin yang mempengaruhi para nelayan samada untuk turun ke
laut ataupun tidak. Barangkali konsep enviromentalis yang ditaja oleh
kumpulan geografi ini kurang disenangi oleh seorang lagi ahli sains
sekular yang cuba pula membawa konsep posiblelis yang mengatakan
manusia tidak bergantung kepada alam sekitar, tetapi pandangan dan
sikap manusialah yang mengubah alam sekitar bagi kepentingan
manusia itu sendiri.

Maka apa yang jelas di dalam sains sekular ialah, manusia dan alam
adalah merupakan komponen yang saling memerlukan satu sama lain.
Manusia juga dianggap sama seperti benda-benda lain, dan nilai
manusia itu juga sama seperti batu, ikan, pokok dan segala yang lain
yang wujud di alam ini. Kemuncak daripada konsep-konsep yang
dikemukakan oleh para saintis sekular ini ialah apabila Charles Darwin
mengeluarkan teori evolusinya, yang mengatakan manusia itu adalah
daripada mawas, yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Teori ini
terus dikembangkan di seluruh dunia oleh pengikut-pengikutnya dengan
berbagai-bagai hujah yang bukan sahaja lemah bahkan juga disanggah
sendiri oleh ahli-ahli saintis sekular Barat.

Pada pandangan Islam, manusia dan alam adalah sama-sama


merupakan makhluk ciptaan Allah, tetapi manusia mempunyai taraf
yang lebih tinggi berbanding dengan makhluk yang lain. Manakala
kejadian manusia itu juga adalah bermula daripada manusia pertama
yang diciptakan Allah s.w.t. iaitu Nabi Adam a.s. dan bukannya jelmaan
daripada makhluk-makhluk lain, serta tujuan ciptaan manusia itu juga
dinyatakan oleh Islam. Hakikat ini dapat dilihat di dalam ayat Al Quran
yang menyatakan bahawa manusia itu adalah "khalifah" di mukabumi,
sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:


"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di mukabumi."
(Al Baqarah - 30)

Sesuai dengan kejadian manusia itu dijadikan sebagai khalifah di


mukabumi, maka Allah yang Maha Pencipta bukan sahaja mengelokkan
kejadian manusia itu, tetapi juga telah menganugerahkan nikmat akal
kepada manusia untuk membezakannya daripada makhluk-makhluk
yang lain.

Dengan berbekalkan akal yang dianugerahkan ini dan berpandukan pula


ajaran Islam yang syumul lagi lengkap, maka peranan dan
tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi ini tentunya
besar dan berat. Ianya bukan hanya sekadar menyempurnakan
tanggungjawab terhadap Penciptanya sahaja, iaitu Allah s.w.t. tetapi
juga bertanggungjawab terhadap hubungannya sesama manusia dan
juga alam sekitar. Pendeknya, Islam telah meletakkan keseluruhan
tanggungjawab ini di bawah satu peranan yang umum iaitu pengabdian
yang sepenuhnya hanya kepada Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya di
dalam Al Quran yang bermaksud:

"TidakKu jadikan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri


kepadaKu (Allah)." (Az Zariyat-56)

Oleh itu, pemikiran yang dianut oleh mereka yang mengatakan


kehidupan manusia tidak mempunyai matlamat dan tujuan yang
tertentu adalah batal dan salah. Tidak kira samada ia berpandukan
ajaran Islam ataupun sains sekular, masing-masing menpunyai
matlamat dan tujuan yang tertentu, tetapi matlamat dan tujuan itu
tentunya tidak serupa.Bagi seorang materialis, kehidupannya adalah
berdasarkan kepada fahaman kebendaannya, dan bagi seorang sosialis
pula akan cuba menekankan konsep kesamarataan di dalam
masyarakat. Manakala seorang kapitalis pula akan berusaha memungut
keuntungan semaksima mungkin hasil daripada sistem yang diciptanya
sendiri. Pendek kata, setiap manusia atau masyarakat itu mempunyai
matlamat dan tujuannya yang tertentu.

Tetapi malangnya, matlamat dan tujuan itu telah diseleweng dan


disalah-tafsirkan mengikut hawa nafsu dan demi mementingkan
kehidupan duniawi semata-mata. Mereka beranggapan ilmu yang dimiliki
mampu untuk mengusai manusia dan dunia serta apa sahaja yang
mereka hajati.

Dari aspek yang lain pula, pendokong sekularisma berpandangan,


bahawa agama dan kehidupan duniawi adalah sesuatu yang perlu
dipisahkan. Bagi mereka, segala bentuk kepercayaan agama yang
membawa kepada ketaatan kepada Allah serta memelihara batasan-
batasan syariah adalah terhad kepada amalan-amalan peribadi sahaja,
sementara perkara-perkara umum yang melibatkan kehidupan manusia
secara keseluruhannya perlulah diatasi dengan kekuatan kebendaan
semata-mata.

Sebaliknya, Islam mengajar penganutnya yang merupakan khalifah di


mukabumi ini, supaya dapat mengimbangi kehidupan di dunia dan juga
kehidupan di akhirat dengan sewajarnya. Di samping menganjurkan
umatnya supaya membuat amal sebagai bekalan di akhirat, Islam tidak
pernah pula melarang umatnya daripada berusaha untuk kesejahteraan
hidup di dunia. Cuma kaedah-kaedah yang disarankan oleh Islam untuk
berusaha bagi mencapai kesejahteraan itu sahaja yang membezakannya
daripada sistem-sistem ciptaan manusia yang lain.

Bagi khalifah Allah di mukabumi ini pula, di antara intipati tugas yang
perlu dilaksanakannya ialah merealisasikan kaedah-kaedah tersebut. Ini
adalah kerana asas kepada pembangunan tamadun manusia yang hakiki
adalah bermula daripada cara hidup yang dianjurkan oleh Islam, dan
hanya Islam yang mampu untuk memakmurkan dunia ini dengan
sebaik-baiknya.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=671&cmd=resetall

5. Islam dan seni suara

Abu Bakar Bin Yang


Pegawai Penyelidik

00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

Salah satu amalan rekreasi yang sangat digemari dan berkembang pesat
di negara kita ialah bidang seni suara. Seni suara sama ada bunyi-
bunyian, muzik dan nyanyian adalah sebahagian daripada budaya hidup
manusia. Setiap bangsa mempunyai seni suaranya yang tersendiri. Pada
umumnya seni suara bertujuan untuk mendapat hiburan dan
keseronokan.

Al Quran juga menerangkan kepada kita mengenai bidang seni suara.


Contohnya firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat ke 6, yang
bermaksud :

�Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan


yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari agama Allah
tanpa pengetahuan dan menjadikan agama Allah itu sebagai ejekan.
Mereka berhak menerima azab yang hina�.

Kebanyakan ulama tafsir berpendapat bahawa �laghwa al-hadith� ialah


nyanyian. Dan seterusnya Allah berfirman dalam surah al Isra� ayat 64,
yang bermaksud :

�Pujuklah (wahai Iblis) siapa yang engkau mampu di antara mereka


dengan menggunakan ajakanmu (sawtika)�.

Mujahid menjelaskan ajakanmu (sawtika) dalam ayat ialah nyanyian dan


serunai. Seterusnya dalam surah Syu�ara ayat 224 � 227, Allah
berfirman yang bermaksud :

�Dan penyair-penyair itu diikuti oleh golongan yang sesat. Tidaklah


kamu perhatikan mereka merayau-rayau di tiap-tiap lembah dan mereka
memperkatakan apa yang mereka tidak lakukan kecuali orang yang
beriman dan beramal salih, banyak mengingati Allah serta mereka
membela diri selepas dizalimi. Dan orang yang zalim akan mengetahui
ke tempat mereka akan kembali�.

Apa yang dapat difahamkan dalam ayat-ayat di atas bahawa Allah s.w.t.
mengutuk nyanyian yang digunakan untuk menyesatkan manusia dari
agama Allah s.w.t. Begitu juga syaitan menggunakan media nyanyian
dan muzik untuk melalaikan manusia dari tanggungjawabnya terhadap
agama Allah s.w.t. Seterusnya Allah s.w.t. mengecam penyair-penyair
yang tidak beriman dan menjalankan kegiatan hidupnya tanpa
matlamat, berusaha menyesatkan orang ramai dan mencari pengaruh
dengan menggunakan syairnya. Tetapi penyair-penyair yang beriman
dan beramal salih serta sentiasa menjalankan tanggungjawab agama
dengan baik tidak termasuk dalam golongan yang dikutuk oleh Allah
s.w.t. kerana syair-syair mereka mengajak orang ramai kepada
kebaikan.

Selain itu terdapat juga hadis yang menerangkan akan kedudukan seni
suara. Contohnya Termizi meriwayatkan daripada Aisyah, katanya
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

�Isytiharkanlah perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta palulah


rebana�.

Sejarah Islam juga turut menceritakan kepada kita bagaimana gendang


digunakan untuk menaikkan semangat pejuang-pejuang Islam apabila
berada di dalam peperangan.

Daripada hadis dan sejarah di atas menjelaskan bahawa nyanyian dan


bunyian boleh diadakan dalam majlis perkahwinan, dasn begitulah juga
pada hari-hari perayaan dan kebesaran tertentu dan juga dalam
peperangan.

Imam al-Ghazali berpendapat bahawa mendengar nyanyian ada yang


harus dan ada yang sunat. Selain itu, ada pula yang haram. Nyanyian
yang haram disebabkan oleh lima perkara yang mencorakkannya iaitu
penyanyi, alat muzik yang digunakan, susunan kata, tanggapan
pendengar terhadap nyanyian dan pendengar orang awam.

Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh Al-Azhar berpendapat bahawa


mendengar suara indah dan merdu sama ada daripada binatang,
manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk mempelajari
sesuatu daripadanya adalah merupakan keinginan untuk memenuhi
tuntutan nalurinya. Selama perkara itu tidak melalaikannya daripada
kewajipan agama, bersesuaian dengan nilai akhlak dan bersesuaian pula
dengan kedudukannya, maka ia diharuskan.

Apabila membincangkan mengenai seni suara, hal-hal seperti susunan


kata yang haram, kedudukan penyanyi perempuan, masa persembahan
nyanyian yang menghalang kewajipan agama atau melalaikan orang,
majlis yang disertai minuman haram dan percampuran lelaki dan
perempuan, dan kesan nyanyian kepada pendengar-pendengar tertentu
yang membawa kepada berkelakuan buruk hendaklah diambil-kira.

Begitu juga syarat-syarat lain yang perlu dipenuhi seperti

1. Niat
2. Tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah, seperti
o Syirik
o Kufur
o Nifak
3. Tidak bercanggah dengan syariat Islam, seperti
 Haram
 Syubahat
4. Tidak meninggal dan melalaikan kewajiban yang difardhukan oleh
Allah s.w.t.
5. Menutup aurat
6. Sentiasa menjaga adab-adab pergaulan.
7. Tiada unsur perjudian (pertaruhan)
8. Tidak berlaku pembaziran

Juga tujuannya hendaklah betul, seperti

1. Untuk kesihatan, ketenangan dan kepuasan


2. Jalan untuk takarub dan mencapai keredaaan Allah s.w.t.
3. Menjalin hubungan sesama manusia dan mesra alam.

Sewajarnya tidak menjadi kesalahan sekiranya keinginan kita


menyemarakkan Islam mengambilkira dan mempastikan segala cabang
lapangan hidup masakini di warnai oleh unsur-unsur yang Islamik,
termasuk seni suara dengan segala kebaikan dan kehalusan seninya.
Berdasarkan kepada fakta sejarah, bahan dan bidang untuk kesenian
dalam Islam adalah luas. Tetapi adakah masyarakat kita memberi laluan
yang sewajarnya untuk perkembangan rekreasi dan seni supaya ianya
dapat dilahirkan menerusi sikap tasamuh Islam?

Sesungguhnya masalah dan perdebatan inilah yang ingin dicari


penyelesainya supaya ianya menjadi satu titik tolak ke arah yang lebih
bermakna demi mendapatkan keredaan Allah s..w.t. dalam konteks
memenuhi naluri keinginan manusia menerusi seni suara.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=672&cmd=resetall

6. Islam Dan Ekonomi: Saling Memerlukan

Mazilan Bin Musa


Fellow Kanan

00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

Pendahuluan.

Jika diteliti, kedudukan ekonomi umat Islam di dunia hari ini secara
keseluruhannya sangat menyedihkan berbanding pencapaian ekonomi
penganut agama lain, seperti Kristian dan Yahudi. Realiti ini sangat
bertentangan dengan falsafah kehidupan yang dipelopori oleh Islam itu
sendiri. Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan
taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan shari�ah yang
dibenarkan. Pada hemat saya, kedai�fan ekonomi umat Islam
berpunca, sebahagiannya, daripada kegagalan mereka sendiri
menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap lagi sempurna.
Sebagai umat Islam kita tidak perlu menjadi miskin semata-mata untuk
memberikan tumpuan kepada ibadah serta mendapatkan keredhaan
Allah s.w.t.. Definisi ibadah itu sangat luas. Perlu difahami bahawa
mencari pendapatan untuk menyara keluarga dan memberi pendidikan
sempurna kepada anak-anak merupakan satu ibadah yang sangat
dituntut oleh Islam daripada setiap umatnya. Rasulullah s.a.w. ada
bersabda di dalam sebuah hadith yang berbunyi:

�Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang bekerja dan berusaha.


Barangsiapa bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya maka
dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah �azza wajalla.�
(HR.Ahmad).
Dalam sebuah hadith lain pula baginda bersabda:

�Sesungguhnya Ruhul Qudus (Malaikat Jibril) membisikkan dalam


benakku bahawa jiwa tidak akan mati sebelum lengkap dan sempurna
rezekinya. Kerana itu hendakalah kamu bertaqwa kepada Allah dan
memperbaikki mata pencarianmu. Apabila datangnya rezeki itu
terlambat, janganlah kamu memburunya dengan jalan bermaksiat
kepada Allah kerana apa yang ada di sisi Allah hanya boleh diraih
dengan ketaatan kepadanya.�

(HR. Abu Dzar dan Al-Hakim).

Kepentingan ekonomi dalam kehidupam umat Islam.

Umat Islam hari ini memang memerlukan kemantapan ekonomi untuk


meneruskan kehidupan serta menjalankan tanggung jawab mereka
sebagai Muslimin/Muslimat yang baik. Ini memang ada dinyatakan
sendiri oleh Rasulullah s.a.w.:

�Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk


menegakkan urusan agama dan urusaan dunianya.� (HR. Ath-
Thabrani).

Ini sudah jelas kita lihat hari ini. Untuk menunaikan ibadah Haji,
umpamanya, kita memerlukan sekitar RM10,000. Bagaimana pula
agaknya sepuloh tahun akan datang? Di dalam sebuah hadith yang lain,
Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

�Harta kekayaan adalah sebaik-baik penolong bagi pemeliharaan


ketakwaan kepada Allah.� (HR. Ad-Dailami).

Kita di Malaysia patut bersyukur kerana dilimpahkan rahmat yang


secukupnya sehingga kita boleh menjalani kehidupan dengan agak
selesa. Di sesetengah negara (tidak perlu disebutkan negara mana)
umat Islamnya tidak begitu bernasib baik seperti kita. Terdapat
segelintir umat Islam yang meninggalkan agama mereka semata-mata
kerana kesempitan hidup yang dilalui. Alasan mereka, semasa
kehidupan mereka dalam kesempitan hanya jiran bukan-Islam sahaja
yang mampu menghulurkan bantuan. Jiran-jiran Islam mereka pun tidak
mampu berbuat apa-apa kerana secara kolektif mereka semuanya
dha�if dibelenggu oleh kemiskinan. Inilah yang dikatakan oleh
Rasulullah s.a.w:

�Kesengsaraan yang paling sengsara ialah miskin di dunia dan diseksa


di akhirat.�

(HR. Ath-Thabrani dan Ash-Shihaab).

Salah faham tentang kepentingan ekonomi.

Dalam memperkatakan hal-ehwal pembangunan ekonomi, umat Islam


selalunya meletakkan diri mereka ke dalam satu keadaan yang
merumitkan � iaitu di antara tuntutan duniawi atau tuntutan akhirat.
Yang mana lebih penting, kehidupan di dunia atau kehidupan di akhirat?
Ini yang banyak menimbulkan kekeliruan. Kita tidak nafikan bahawa
sebagai umat Islam, kita berpegang kepada falsafah bahawa kehidupan
di dunia ini adalah bersifat sementara sahaja dan matalamat kita ialah
kehidupan yang lebih baik dan kekal di akhirat. Oleh itu, ada orang yang
memilih jalan yang mengutamakan pencarian untuk bekalan akhirat.
Pegangan seperti ini mungkin berdasarkan kepada beberapa buah hadith
di antaranya yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim yang
berbunyi:

�Aku menjenguk ke syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya


orang-orang fakir. Lalu aku menjenguk ke neraka dan aku melihat
kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.�

Di dalam sebuah hadith lain Rasullulah s.a.w. ada bersabda bahawa:

�Orang-orang fakir akan memasuki syurga lima ratus tahun sebelum


orang-orang kaya memasukinya.� (HR. At-Tarmizi dan Ahmad).

Saya berpendapat, selaras dengan Islam itu sendiri yang mengutamakan


kesederhanaan, kita mesti mengimbangkan di antara kehidupan di dunia
dan juga kehidupan di akhirat. Kedua-dua hadith di atas perlu dilihat
dalam konteks suatu peringatan kepada orang berharta supaya lebih
berhati-hati dalam mendapatkan kekayaan mereka agar tidak melanggar
batasan syari�ah. Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

�Orang yang paling dirundung penyesalan di hari kiamat ialah orang


yang memperolehi harta dari sumber yang tidak halal lalu
menyebabkannya masuk neraka.�

(HR. Al-Bukhari).

Perlu juga difahami bahawa pemilikan harta diiringi dengan tanggung


jawab. Harta kekayaan perlu dibelanjakan ke jalan Allah s.w.t.
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

�Sesungguhnya orang-orang yang mengelolakan harta Allah dengan


tidak benar maka bagi mereka api neraka pada hari kiamat.� (HR. Al-
Bukhari).

Pendekatan untuk meningkatkan ekonomi umat Islam.

Kita mesti akui bahawa cara terbaik untuk meningkatkan penguasaan


ekonomi orang Islam adalah melalui perniagaan. Ini memang dinyatakan
sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w. di dalam sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh Al Bazzar dan Ahmad:

�Mata pencarian yang paling afdal adalah berniaga dengan penuh


kebajikan dan dari hasil usaha tangan.�

Di dalam sebuah hadith lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:

�Sembilan per sepuloh punca rezeki itu adalah di dalam bidang


perniagaan.�

Dalam menggalakkan umat Islam berniaga, Allah s.w.t. pula berfirman:

�Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)


harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi, dan
sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara
suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-
bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani
kamu.� (An-Nisaa�:29).

Dalam konteks perniagaan ini, umat Islam perlu sepakat dalam


membangunkan ekonomi mereka. Rasulullah s.a.w. ada berkata,

�Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan,


saling mengukuhkan satu dengan yang lain (Kemudian Rasulullah s.a.w.
merapatkan jari-jari tangan baginda.)�

(Mutafaq �alaih).

Adalah penting kita secara beransur-ansur menguasai semua peringkat


kegiatan di dalam sesuatu bidang yang diceburi. Maksud saya, mesti ada
umat Islam yang menjadi pembekal, pengusaha, dan pemasar dalam
industri yang sama. Hanya dengan cara ini, perniagaan umat Islam tidak
dimanipulasi dan ditindas oleh orang lain. Sebagai contoh, seorang
pengusaha Islam akan mendapatkan bekalan bahan mentahnya daripada
pembekal Islam dan seterusnya akan memasarkan barangan mereka
melalui pemasar Islam.

Namun begitu, dalam kontek dunia moden hari ini, peningkatan ekonomi
tidak semestinya berlaku melalui kegiatan perniagaan sahaja.
Kebanyakan pekerjaan bergaji yang memerlukan kepakaran serta
kemahiran tinggi juga mampu meningkatkan taraf ekonomi seseorang
atau sesuatu keluarga. Oleh itu, disamping menceburi perniagaan, umat
Islam juga perlu menguasai ilmu serta kepakaran tertentu seperti
kedoktoran, kejuruteraan, perakaunan, kewangan, pelaburan dan
sebagainya. Kita masih boleh meningkatkan ekonomi diri sendiri dan
dalam masa yang sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi
umat Islam keseluruhannya. Sebagai contoh, kita memerlukan tenaga
akademik Islam yang mempunyai kemahiran serta kepakaran di dalam
bidang yang dikhususinya, tetapi boleh menyumbang dengan mendidik
generasi Islam akan datang.

Penutup.

Kesimpulannya, sekiranya umat Islam ingin dilihat sebagai suatu


kelompok yang dihormati, mereka mesti bangkit dan berusaha untuk
meningkatkan tahap ekonomi masing-masing. Ini merupakan konsep
�jihad� yang relevan pada hari ini dan mesti dipegang oleh umat Islam
seluruhnya. Kita juga perlu melihat kesan ekonomi individu Islam ke
atas kedudukan ekonomi umat Islam keseluruhannya. Sikap yang
mengabaikan keperluan ekonomi di dunia ini akan melemahkan
kedudukan ekonomi serta martabat orang Islam sendiri. Dalam masa
yang sama, kedudukan ekonomi yang lemah akan memudahkan kita
dieksploitasi oleh orang lain.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=646&cmd=resetall

7. Islam Menjamin Kesihatan Seksual Remaja

Khairul Azhar Bin Idris


Fellow

00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

Islam sebagaimana yang difahami merupakan satu gaya hidup yang


lengkap dengan pelbagai panduan yang mencorakkan kesempurnaan
ajarannya. Oleh yang demikian, umat Islam sudah semestinyalah tidak
akan teraba-raba dalam mengharungi alam yang fana ini dalam keadaan
yang tidak pasti atau dalam keraguan. Ini termasuklah isu yang
berkaitan dengan seksualiti yang merupakan aspek kehidupan yang
amat peribadi bagi seseorang individu itu. Islam sentiasa cuba memberi
panduan untuk mereka agar tidak timbul rasa bersalah di kemudian hari.

Remaja pula merupakan satu kelompok masyarakat yang amat besar


nilainya bagi umat Islam. Mereka adalah bakal pemimpin dan
pendakwah yang akan meneruskan kesinambungan masyarakat dan
tamaddun bangsa mereka. Sebagai pemimpin dan pembela di masa
yang akan datang, mereka itu wajar dibela dan dipelihara sebaik
mungkin. Di samping menyediakan suasana yang mampu meningkatkan
potensi perkembangan dan kecemerlangan diri mereka, para remaja
juga hendaklah dididik dan ditunjuk ajar tentang pelbagai perkara yang
baik. Mereka juga hendaklah diasuh untuk sentiasa meningkatkan
keupayaan diri sendiri dengan memperlengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dan maklumat yang baik serta kemahiran-kemahiran
tertentu.

Era globalisasi kini telah mendedahkan para remaja dengan pelbagai


gaya hidup dan persekitaran yang amat luas dan mencabar. Cabaran
dan dugaan yang luas ini adalah tidak terhad, termasuklah aktiviti
kehidupan peribadi mereka yang menyangkut aktiviti seksualiti. Ini
merupakan satu isu kerana para remaja pada era ini lebih terdedah
dengan implikasi berkaitan aktiviti seksual. Pada asasnya, aktiviti
seksual remaja kini berlaku akibat daripada aktiviti gaya hidup bersosial
yang terlalu bebas dan tiada had. Kajian klinikal di Amerika mendapati
bahawa golongan remaja dan belia yang berusia antara 17 dan 30 tahun
adalah golongan yang paling ramai dijangkiti pelbagai penyakit jangkitan
seks. Trend ini dijangka akan berterusan memandangkan remaja adalah
golongan yang paling aktif dan seterusnya menjadikan mereka sebagai
golongan yang paling berisiko tinggi dijangkiti penyakit kelamin. Selagi
perubahan gaya hidup sihat tidak diamalkan, para remaja akan terus
menjadi kumpulan utama dijangkiti pelbagai penyakit jangkitan seks dan
juga kumpulan teramai yang menyebarkan penyakit jangkitan seks
dalam masyarakat.

Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan


kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Trend semasa
menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit merbahaya berlaku akibat
daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat. Malah, kebanyakan
jangkitan oleh bakteria, virus dan kulat juga disebarkan oleh aktiviti
gaya hidup yang tidak sihat ini. Sebagai contohnya, penyalahgunaan
dadah boleh menyebarkan HIV yang mengakibatkan AIDS. Ketagihan
alkohol pula boleh menyebabkan penyakit kongenital, sindrom otak
organik dan lain-lain. Perlakuan seks bebas boleh menyebabkan
jangkitan penyakit kelamin seperti syphilis, gonorrhea, chlamydia,
herpes dan sebagainya, termasuklah AIDS. Gaya pemakanan yang tidak
seimbang pula boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, obesity,
kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Di seluruh dunia, amalan gaya hidup seks bebas dan tidak sihat telah
menjadi punca utama pelbagai penyakit jangkitan seks seperti yang
telah disebutkan di atas. Dan kini, insiden ini amat ketara pula di
kalangan remaja. Menurut anggaran WHO atau World Health
Organization, setiap tahun, setiap seorang daripada 20 orang remaja
akan dijangkiti penyakit kelamin. Dan daripada 333 juta kes baru
penyakit jangkitan kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan belia
berusia bawah 25 tahun. Jangkitan syphilis akan meningkat ke tahap
tertinggi bagi golongan berusia antara 15 dan 30 tahun berbanding
kumpulan umur lain. Setiap tahun, purata lebih daripada separuh kes
baru HIV adalah di kalangan belia berusia antara 15 dan 24 tahun. Di
Amerika, terdapat 2 kes baru jangkitan HIV dalam tempoh satu jam,
manakala di Malaysia terdapat 13 jangkitan baru setiap hari,
sebagaimana menurut Kementerian Kesihatan (BH, Mei 17, 1999).

Trend ini akan berterusan dan akan menjadi bertambah buruk melainkan
amalan gaya hidup sihat menjadi teras kehidupan. Islam sememangnya
sudah menyediakan garis panduan tersendiri sebagai asas kepada
amalan gaya hidup yang sihat ini terutamanya dalam mencegah
penyakit jangkitan kelamin. Dalam al Quran, surah Al Isra�, ayat 32
bermaksud

�dan janganlah kamu hampiri zina, kerana ia adalah seburuk-buruk


perbuatan, yang membawa kepada kejahatan�.

Daripada ayat ini, dengan tegas Allah memerintahkan umat Islam


supaya menjauhkan diri daripada perzinaan, apatah lagi melakukannya.
Ayat ini juga melarang manusia mendekati sebarang punca yang boleh
membawa kepada terjadinya zina. Mereka ditegah sama sekali
melibatkan diri dengan perkara-perkara yang mencetuskan zina seperti
menonton filem atau membaca majalah lucah, bercerita tentang sesuatu
yang lucah, menjual atau membeli barangan berunsur kelucahan,
bercampur gaul dengan bebas antara lelaki dan perempuan, memberi
isyarat berunsur seks dan sebagainya. Semua faktor ini mendorong
kepada perlakuan seks yang tidak sihat. Lebih baiklah menjauhi semua
perkara ini sebelum terjadinya perzinaan.

Pendekatan yang diberikan oleh Islam ini lebih bersifat behavioristic dan
praktikal serta menjurus kepada kaedah pencegahan. Ia menuntut agar
umat manusia tidak membiarkan diri mereka terjebak ke kancah
perzinaan dan kemaksiatan yang jika terjadi akan membawa kepada
pelbagai implikasi buruk yang mungkin akan melibatkan perbelanjaan,
usaha dan tenaga yang banyak bagi tujuan rawatan dan perubatan.
Malah, kadang kala nyawa pula yang akan menjadi pertaruhannya.

Remaja pula sebagai satu kelompok yang kurang matang (walaupun


waras) sering gagal menilai implikasi tersebut. Apa yang terlintas di
fikiran mereka hanyalah keseronokan tanpa menilai risiko dan kerugian
yang akan dialami kemudian. Berfikirlah, apakah mereka sekadar ingin
menikmati keseronokan yang sementara sifatnya tetapi akhirnya
terpaksa menanggung kerugian dari segi kewangan, kesihatan dan
mungkin nyawa. Amalkanlah gaya hidup sihat sebagaimana yang telah
diajar oleh Islam.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=640&cmd=resetall
8. Islam Dan Terrorism - Propaganda Media Barat?

Khairul Azhar Bin Idris


Fellow

09/04/2002 | Artikel Bahasa Malaysia

Terrorism merupakan satu istilah yang agak asing dalam adat dan
budaya masyarakat kita sebagaimana asingnya tamadduan dan budaya
masyarakat yang melahirkan perkataan ini kepada masyarakat kita.
Namun ia hanyalah satu perkataan semata. Bagaimanapun ia
mempunyai implikasi yang amat besar dalam kehidupan seseorang
individu dan kesinambungan sesebuah negara. Kamus Dewan terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka memberi makna ia sebagai satu perbuatan
berbentuk keganasan. Pada dasarnya Barat melihat perbuatan
keganasan ini sebagai satu tindakan pelampau yang dilakukan secara
sengaja dan biasanya bermotif politik dan melibatkan kemusnahan
kepada kemanusiaan dan harta benda. Terrorism mula menjadi
perhatian seluruh dunia selepas peristiwa serangan dahsyat ke atas
Amerika Syarikat, iaitu di Washington dan New York pada tanggal 11
September 2001 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh
berterusan dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi
dalangnya. Semenjak itu, umat Islam terus dihujani dengan pelbagai
tohmahan dan tuduhan yang mencemar agama Islam dan ajarannya,
serta pelbagai rencam propaganda yang melampaui batasan keamanan
oleh Barat khususnya melalui penguasaan media mereka. Penguasaan
Barat terhadap media utama dunia mempercepatkan lagi serangan
propaganda mereka terhadap agama ini, imejnya, ajarannya dan
anutannya, serta penganut dan negara-negara Islam. Mereka dilihat
sebagai pelopor, pencetus dan penganjur keganasan serta anti Barat.
Satu prasangka yang amat tidak berasas sama sekali. Islam menentang
keganasan. Dan Islam bukanlah anti Barat. Islam menyedari bukan
semua yang ada atau bermula di Barat sebagai buruk atau tidak Islamik.
Hanyalah penganutnya yang berfahaman ekstrim atau tidak memahami
ajaran Islam yang sebenarnya yang memusuhi Barat. Malahan terdapat
juga boneka yang bertopengkan Islam, menggunakan kesempatan
dengan motif untuk menjadi batu api memburukkan perhubungan yang
baik antara Islam dan Barat.

Bermula dengan serangan 11 September lalu, kemuncak serangan


propaganda Barat melalui media milik mereka terhadap Islam dan
penganutnya semakin menjadi-jadi. Sememangnya umat Islam telah
menjadi bahan serangan propaganda mereka sejak dua dekad yang lalu.
Sejak era 70an dan 80an, apabila pesawat Pan Am dan TWA dirampas,
mereka menuding jari kepada Islam walaupun tiada bukti. Begitu juga,
serangan pengebom berani mati di Lebanon pada 80an dan penahanan
tebusan Amerika dan Eropah juga dikaitkan dengan orang Islam, walhal
ia dilakukan oleh puak Syiah yang kedudukannya juga kurang jelas
dalam ajaran Islam sebenar. Dalam kebanyakan peristiwa keganasan
yang dikaitkan dengan Islam dan pengikutnya, perkara sebenar, iaitu
kedudukan mereka sebagai penganut Islam yang tulen, pemahaman
mereka yang cetek terhadap Islam itu sendiri dan motif keganasan
selalunya tidak diberi perhatian atau sengaja disembunyikan oleh media
Barat. Inilah satu pembohongan dan ketidakadilan yang mereka sengaja
lakukan ke atas masyarakat Islam.

Begitu juga, Barat dan propaganda media mereka kini sering


melaungkan slogan pengganas Islam atau Islamic terror bagi terus
mengecap umat Islam sebagai pengganas.

Ungkapan Islamic terror sebenarnya tidak pernah wujud dan seharusnya


tidak wujud di muka bumi ini, sebagaimana tiadanya istilah Jewish terror
atau pun Christian terror. Ketiga-tiga agama Samawi yang suci ini
sememangnya tidak mengajar para penganutnya menjadi pengganas
atau penjenayah, dan tidak menyuruh mereka pun untuk melakukannya.
Namun perkara inilah yang berlaku pada hari ini. Dan media Barat yang
mempelopori penggunaan perkataan ini bagi mengaitkan Islam dengan
keganasan sebenarnya telah melakukan satu pembohongan. Merekalah
yang mencipta dan melahirkan istilah ini sebagaimana mereka jugalah
yang melahirkan perlakuan ganas dalam masyarakat dan negara mereka
yang menjadi ikutan pula oleh orang lain yang cetek pemikiran rasional.
Dan apa yang dikesali, perangai ganas ini cuba dijustifikasikan pula
sebagai sesuatu yang sah setelah diberi nafas baru menurut doktrin
keagamaan, atau perjuangan sejagat menentang keganasan, bahkan
bagi membela hak asasi manusia dan lain-lain. Lebih parah lagi,
kesilapan ini tidak pernah pun cuba diperbetulkan oleh media
terutamanya media-media Barat. Mereka seolah-olah menyembunyikan
perkara yang sebenarnya dari diketahui oleh orang ramai. Mereka
semacam berada dalam ketakutan tidak bersebab.

Setiap keganasan sudah tentu akan mengundang kerosakan dan


kematian. Hakikat yang amat jelas, melakukan kerosakan dan
pembunuhan dilarang keras dalam Islam. Begitu juga, keganasan dan
pembunuhan yang dilakukan walaupun atas nama keagamaan sudah
tentu terkeluar dari ajaran Islam. Agama Islam tidak menyuruh manusia
berbunuhan sesama sendiri. Firman Allah dalam surah al An'am ayat 6
bermaksud:

Dan janganlah kamu membunuh kerana ia adalah haram melainkan


kerana sesuatu sebab yang benar.

Firman Allah lagi dalam surah al Maidah ayat 32 bermaksud:

Oleh kerana itu, Kami tetapkan kepada Bani Israel bahawa barangsiapa
yang membunuh seorang manusia atas alasan bukan membunuh orang
lain atau bukan kerana ia membuat kerosakan di muka bumi, maka
seolah-olah ia telah membunuh sekelian manusia.

Dalam Islam, sesiapa yang membunuh sesama manusia tidak akan


merasa aman tenteram baik di dunia mahu pun di akhirat, dan azab
untuk mereka di akhirat nanti adalah lebih perit lagi. Perkara ini
dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis riwayat Imam
Muslim bermaksud:
Sesiapa yang membunuh dirinya sendiri, Allah akan mengazabnya
dengan api neraka.

Ayat-ayat al Quran dan Hadis di atas membuktikan bahawa keganasan


yang menyebabkan kerosakan di muka bumi dan kehilangan nyawa
merupakan perkara yang memang dilarang dalam Islam. Namun ajaran
Islam yang sebegini rupa gagal difahami oleh Barat bahkan oleh
segelintir umat Islam juga. Memang tidak dapat dinafikan. Tetapi apa
yang pasti, mereka yang melakukannya terdiri dari sebilangan kecil
umat Islam yang amat cetek kefahaman Islamnya dan terdapat antara
mereka yang menjadikan agama untuk mengabui matlamat dan
kepentingan peribadi dan fahaman politik songsang mereka.

Apa yang dikesalkan juga adalah sikap prejudis mantap Barat dan media
mereka dalam melaporkan berita yang berkaitan dengan keganasan.
Sesuatu yang tidak adil apabila mereka cuba membela dan
menyembunyikan keganasan golongan militan, komunis dan penceroboh
seperti kezaliman regim Yahudi di Israel tetapi sebaliknya sering
memperbesar isu berkaitan umat Islam. Malahan umat Yahudi yang
menceroboh dan mengganas di bumi Palestin seringkali pula
digambarkan sebagai puak yang ditindas dan dianiaya oleh rakyat
Palestin ketika mempertahankan apa yang mereka dakwa kononnya
tanah air mereka.

Prejudis Barat juga terserlah apabila terdapat beberapa negara Islam


yang enggan tunduk kepada kehendak dan cita-cita mereka akan dilabel
sebagai negara pengganas. Dan banyak lagi perkara yang menyentuh
sensitiviti umat Islam yang sengaja dicabul dan diperlekehkan oleh
mereka. Sebagai contohnya, apa jua bentuk lakaran yang
menggambarkan imej Nabi Muhammad S.A.W adalah satu larangan
keras dalam Islam dan umatnya dilarang melakar, menyimpan atau
mempromosi imej tersebut. Ini sebenarnya satu isu yang amat sensitif
bagi umat Islam. Sebarang pelanggaran terhadap isu ini adalah satu
pencabulan ke atas sensitiviti beragama dan juga satu penghinaan
terhadap kepercayaan agama mereka. Tetapi malangnya, sensitiviti
umat Islam ini tidak dihormati langsung oleh Barat apabila majalah
antarabangsa milik mereka secara terang-terangan menyiarkan imej
Nabi Muhammad. Inilah satu bentuk serangan media yang mereka
lakukan terhadap umat Islam dengan mencabul sensitiviti keagamaan
dan kepercayaan mereka. Apa yang dapat dilakukan oleh negara dan
umat Islam ialah melarang pengedaran majalah tersebut, Newsweek
keluaran 11 Februari 2002, sebagai tindak balas terhadap keceluparan
mereka demi mempertahankan agama tercinta. Inilah satu bentuk
sistem pertahanan yang mampu mereka lakukan demi menghalang
serangan ke atas mereka. Tetapi yang menyedihkan sekali adalah
respon dari setiausahanyanya, Robert Menard bahawa larangan tersebut
merupakan satu serangan terhadap kebebasan penyaluran maklumat
dan menghadkan hak awam untuk menikmati saluran maklumat dan
penerbitan.

Persoalannya, adakah beliau sudah tidak dapat berfikir secara lebih


waras lagi bahawa sikap dan pencabulan yang mereka lakukan terhadap
umat Islam itu sebenarnya adalah satu serangan terhadap agama dan
kepercayaan masyarakat Islam keseluruhannya. Merekalah sebenarnya
yang mempunyai agenda untuk menyerang Islam dan umatnya melalui
penguasaan media. Ajaran Islam sendiri amat melarang umatnya
menyerang atau mempertikai apa jua kepercayaan dan pegangan agama
kaum lain. Ini sensitiviti yang Islam ajarkan kepada umatnya supaya
sentiasa dihormati.

Sebenarnya keganasan bukan saja boleh dinilai dalam bentuk serangan


bersenjata, perampasan kuasa dan harta benda, tetapi juga dalam
bentuk serangan terhadap ideologi kepercayaan dan ajaran sesuatu
anutan keagamaan. Dan serangan ini lebih mudah dan berleluasa dalam
bentuk penyebaran maklumat melalui media dan sistem komunikasi
yang sememangnya tanpa kawalan dan sempadan. Begitulah juga yang
dialami oleh masyarakat Islam dewasa ini. Serangan musuh Islam ke
atas mereka bukan sahaja dengan menuduh mereka sebagai umat yang
melatih pangganas, tetapi juga terhadap ajaran Islam. Menurut mereka,
jihad dalam Islam adalah satu bentuk latihan dan persiapan ketenteraan
yang dilakukan untuk melatih pengganas dan pengebom berani mati.
Mereka tidak memahami secara jelas konsep jihad dalam Islam
sebenarnya. Jihad dalam Islam bukannya mencari kematian semata-
mata dan Islam juga tidak menganggap umatnya yang membunuh diri
sehingga mengorbankan nyawa manusia, wanita, kanak-kanak dan
orang tua yang tidak berdosa sebagai mati dalam perjungan jihad yang
suci.

Begitu juga, cara berpakaian dalam Islam turut menjadi bahan serangan
dan propaganda musuh Islam. Mereka menganggap bahawa ciri-ciri
pakaian dalam Islam akan menjejaskan integrasi kaum yang lantaran itu
menjadi punca berlakunya perpecahan dan perpaduan kaum. Aspek
pakaian sesuatu bangsa bukan penentu atau pengukur kepada integrasi
atau perpecahan dalam perpaduan negara, malah ia sebaliknya akan
mengeratkan lagi kekuatan sesuatu bangsa dan negaranya. Aspek
pakaian dalam Islam adalah satu ajaran murni Islam, dan pendapat
yang mengatakan pakaian Islam akan menjejaskan integrasi dan
perpaduan kaum sebenarnya menganggap bahawa ajaran Islam tidak
sesuai atau tidak menyumbang kepada perpaduan kaum, malah
sebaliknya mengancam kestabilan negara. Umat Islam seharusnya
menyedari akan penipuan dan tuduhan yang dikenakan ke atas mereka
dan mereka tidak sepatutnya berdiam diri demi untuk mempertahankan
kepercayaan agama mereka.

Sebagaimana asingnya istilah ini pada masyarakat negara ini yang


majoritinya adalah umat Melayu beragama Islam, begitu juga asingnya
ia pada pandangan agama yang menjadi anutan kelompok masyarakat
terbesar negara ini. Sebagai satu istilah yang mempunyai konotasi
perbuatan yang ganas, ia sudah tentulah tidak wujud dalam ajaran
agama yang diturunkan oleh Allah ini. Sama ada sebagai satu bentuk
pembalasan mahu pun pembelaan. Keganasan bukan satu ajaran atau
tuntutan Islam. Malah Islam amat melarang umatnya mengambil jalan
yang berbentuk keganasan dalam menyelesaikan masalah. Firman Allah
dalam surah al Anfal ayat 61 bermaksud:
Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, turutilah dan
bertawakkallah kepada Allah, Dia Amat Mendengar lagi Amat
Mengetahui.

Inilah ajaran Islam yang sebenar, menuntut kepada keamanan dan


kedamaian, bukannya perseteruan dan keganasan. Umat Islam diajar
untuk mempertahankan diri dengan segala bentuk kekuatan, namun
perdamaian bukan sesuatu yang sukar dicapai walaupun melalui
perbincangan, bukannya keganasan.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=698&cmd=resetall

9. Islam Dan Kemodenan

Abu Bakar Bin Yang


Pegawai Penyelidik

06/02/2003 | Artikel Bahasa Malaysia

Salah satu fenomena yang dihadapi oleh umat Islam di seluruh dunia
ialah dominannya kesan dan pengaruh kemodenan yang dicetuskan oleh
kebudayaan barat. Konsep kemodenan yang dikaitkan dengan kemajuan
dan pembangunan dalam segala bidang, khususnya dalam bidang
ekonomi serta sains dan teknologi, telah mengelabui mata hampir
seluruh umat manusia di dunia, tidak terkecuali umat Islam. Sesiapa
yang mempersoalkan atau menolak kemodenan dicap sebagai kolot,
konservatif dan ketinggalan zaman.

Sebenarnya, isunya bukanlah isu penolakan terhadap kemodenan yang


dibawa tetapi ialah perlunya kepada satu penilaian yang saksama di
sebalik kemodenan yang memukau itu. Iaitu adakah kita umat Islam
patut menerima secara sepenuhnya dan melulu segala kemodenan yang
ditaja oleh barat? Tanpa memahami dan menyedari bahawa kemodenan
yang dihasilkan oleh barat mempunyai pertalian yang rapat dengan cara
dan gaya hidup barat, tidak akan nampak kepada kita bahaya yang
dibawa bersama seiring dengan kemodenan tersebut. Hakikat hidup
masakini telah membuktikan bahawa cara hidup yang dibawa oleh barat
yang tidak berlandaskan wahyu Ilahi adalah sangat rapuh dan
mengundang banyak masalah sosial yang tidak berkesudahan.

Kesedaran terhadap bahaya dan kegagalan gaya hidup cara barat ini
melalui wajah kemodenan telah mula dirasai dan berkembang, malah
barat tidak lagi dianggap satu-satunya model negara maju dan
membangun. Bahkan pandangan hidup saintifik yang dibina di atas
paradigma sekularisma sudah tidak dapat diterima sebagai satu asas
yang kukuh. Apa yang jelas kelihatan sekarang kepada dunia ialah
tamadun dan kebudayaan barat kini sedang di dalam proses penurunan.
Mahu tidak mahu barat terpaksa menerima hakikat bahawa asas-asas
kemajuan sains dan teknologinya beserta dengan paradigma yang
mendokong perkembangannya suatu masa lalu, mula dilihat sebagai
obsolete dan ketinggalan zaman. Ini ialah kerana kemuncak kemajuan
sains dan teknologi barat telah mengakibatkan berlakunya krisis yang
bersifat global, terutamanya yang berkaitan dengan moral dan alam
sekitar.

Perkembangan-perkembangan yang memperlihatkan peralihan tamadun


dari barat ke bahagian-bahagian lain di Asia, meletakan dunia di tempat
yang baru di dalam sejarah. Dunia yang suatu masa dulu gawat dengan
suasana perang dingin kini berubah kepada babak baru ke arah zaman
moden. Cara pembangunan turut berubah dan memberi ruang kepada
negara-negara membangun untuk memilih sendiri kaedah pembangunan
yang sesuai dengan selera masing-masing. Kini pembangunan dan
kemajuan mengikut acuan sendiri menjadi ungkapan yang popular,
disebut di mana-mana, walaupun untuk mencapainya masih perlu
menempuh perjalanan yang jauh.

Begitulah juga halnya dengan negara kita Malaysia, pembangunan


mengikut acuan sendiri sudah pun disemarakan. Cuma yang perlu diberi
penekanan ialah pembangunan tersebut perlulah menjadikan Islam
sebagai asasnya dan agenda utama. Sejarah telah membuktikan bahawa
umat yang terdahulu yang maju hampir dalam serba serbinya adalah
kerana berpegang kepada ajaran al Quran yang dinamik yang mampu
untuk menggerakkan masyarakat.

Di dalam proses menggerakkan masyarakat ke arah pembangunan, al


Quran menekankan kebangkitan generasi penggerak iaitu generasi ulul
al-bab, iaitu mereka yang dapat menjelas dan menghuraikan jalan dan
arah yang hendak dilalui. Keazaman kita untuk membentuk kemajuan
mengikut acuan sendiri akan terus kabur, sekiranya kita kekurangan
golongan ulul al-bab yang dapat menghurai tujuan dan matlamat
pembangunan, supaya dapat difahami dengan jelas dan didokong secara
sedar dan bersungguh-gungguh.

Proses pembangunan yang bercirikan Islam ini juga memerlukan kepada


kelahiran generasi penggerak yang memenuhi ciri-ciri ulul al-bab
tersebut. Di antara ciri-ciri penting ulul al-bab ialah persiapan
kerohanian yang teguh yang dapat memulakan pembangunan Islam
daripada permulaan yang betul, iaitu pembangunan yang berpusatkan
kepada pembangunan manusia. Keteguhan kerohanian yang
dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan serta dapat memperjelaskan
dengan terperinci konsep, matlamat dan arah pembangunan yang ingin
dibawa itu. Malah dapat menggerakkan sebarang bentuk pembangunan
yang berteraskan paradigma tauhid di dalam segala bidang sosial, sains
dan teknologi, ekonomi, pendidikan, pengurusan, kebudayaan dan
sebagainya yang mempunyai tenaga dan pengaruh di dalam arus
pembangunan hari ini.

Dengan pembangunan yang berteraskan Islam dan berpusatkan


pembangunan manusia, pembangunan yang akan dibina adalah
sebenarnya bermula daripada pemikiran yang tertumpu kepada
persoalan manusia dan nasibnya di dunia ini serta kesudahannya di
akhirat. Perincian mengenai persoalan inilah yang perlu dilaksanakan
oleh generasi penggerak ini, dan sentiasa bersedia menghadapi
masyrakat dengan penjelasan-penjelasan itu yang sudah semestinya
memerlukan kepada keberanian, ketajaman dan kewibawaan ilmiah
yang tinggi.

Seiring dengan itu juga, tugas generasi penggerak ialah berusaha


membangunkan kembali masyarakat Islam di atas asas-asasnya yang
asal. Di dalam konteks ini, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang
maksudnya;

"Tidak akan ada pembaikan bagi umat ini yang terakhir melainkan
dengan apa yang membawa pembaikan kepada yang awalnya."

Oleh itu, langkah pertama yang perlu dilaksanakan ialah memastikan


masyarakat menerima sistem Islam dan memantapkan keyakinan
kepada keunggulan sistem Islam untuk kehidupan yang sejahtera.
Tanda-tanda penerimaan itu kini telah menjadi fenomena yang merata,
yang sekaligus turut membantu dalam usaha menggerakkan masyarakat
ke arah penerimaan tersebut. Usaha untuk memantapkan kesedaran ini
adalah penting, sehingga kesedaran dalam setiap diri individu itu
menjadi suara desakan dan tuntunan ke arah melaksanakan sistem
Islam yang lebih tegas, samada di peringkat individu, masyarakat dan
juga negara. Untuk mencapai kesedaran yang sebegini, maka
perancangan-perancangan yang rapi perlu dibuat bagi memenuhi
keperluan setiap peringkat pembangunan itu.

Di samping itu juga kita tidak mahu perubahan ke arah pembangunan


yang Islamik ini dicemar dengan perancangan-perancangan lain yang
samada sedar atau tidak membantutkan kemurniannya. Dalam erti kata
yang lain, proses membangunkan masyarakat ini juga turut disertai
dengan program-program yang akan meruntuhkannya. Banyak contoh-
contoh yang jelas dapat menerangkan fenomena ini, yang mana satu
pihak mengembangkan unsur-unsur pembangunan yang Islamik,
sementara satu pihak lagi giat menjalankan usaha menyebarkan unsur-
unsur negatif yang meruntuhkannya. Kehadiran unsur penghalang inilah
yang menyulitkan lagi usaha ke arah menjadikan masyarakat yang
mantap dan yakin dengan dengan sistem Islam yang unggul dan
sejahtera.

Di atas kesedaran inilah kita umat Islam perlu memahami bahawa


perubahan daripada pembangunan moden kepada pembangunan yang
Islamik memerlukan kepada tenaga penggerak dan juga jihad. Jihad
dalam erti kata pengorbanan diri, masa dan harta benda. Diri manusia
itu juga perlu difahami secara menyeluruh dan sepadu sebagai
pembinaan yang merangkumi keimanan dan keyakinan kepada Islam,
taqwa, berakhlak mulia, berilmu, mempunyai kemahiran, berani dan
sebagainya.

Sebagai umat yang diberi keistimewaan dan kekuatan, umat Islam patut
membina dan mengamalkan konsep kemodenan menurut pandangan
hidup yang berasaskan petunjuk Allah, yang tidak mengasingkan aspek
fizikal, rohani, kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat, ilmu
daripada agama, dan akal daripada wahyu.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=720&cmd=resetall

10. Islam Dan Pembangunan Manusia Kontemporari


Abu Bakar Bin Yang
Pegawai Penyelidik

18/01/2003 | Artikel Bahasa Malaysia

Kesedaran manusia untuk kembali hidup di bawah sistem Islam sangat


dirasai kebelakangan ini dan usaha ke arah itu dapat dilihat dan
didengar di mana-mana. "Kebangkitan ini begitu dominan sekali dan
mempunyai kekuatannya tersendiri seperti satu aliran air yang deras
yang menenggelamkan sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya."
Kesedaran ini lahir setelah manusia gagal merobah kehidupan mereka
ke arah yang lebih baik dan selesa serta selamat dari segala ancaman
dengan mencuba segala macam sistem hidup ciptaan sendiri yang
pelbagai itu.

'Walaupun begitu kesedaran ini lahir bukan kerana dirasakan perlunya


kepada satu sistem hidup alternatif, tetapi ianya lebih didorong oleh rasa
tanggungjawab dan tuntutan Islam itu sendiri.' Tambahan pula sistem
hidup Islam bukanlah satu sistem alternatif yang boleh direka sesuka
hati, tetapi adalah satu sistem Ilahi yang unggul kebenarannya.
'Keunggulan yang mencakupi kebahagiaan dunia dan akhirat serta tidak
dapat dibandingkan dengan mana-mana sistem hidup alternatif lain yang
ada di dunia ini.' Namun, jika sistem Islam itu masih dilihat sebagai satu
alternatif, nescaya akan lahir sekurang-kurangnya dua natijah buruk
yang membimbangkan.

'Natijah pertama, akan muncul golongan manusia Islam "tempelan" yang


mengamalkan Islam secara sambil lewa kerana berpegang kepada cara
hidup alternatif yang sendirinya memberi makna "cara hidup pilihan",
bukannya kewajipan.' Oleh itu dia merasakan boleh mengamalkan Islam
sekadar yang dirasakan perlu dan yang hanya sesuai dengan nalurinya.
Mana-mana peraturan Islam yang dilihat mengikat dan menyekat
kemahuannya ditinggalkan dan pada masa yang sama tidak segan silu
pula beramal dengan sistem yang bercanggah dengan Islam. Cara hidup
Islam dianggap sama dengan sistem hidup yang lain, diambil dan
dipakai bila dirasakan perlu dan ditinggalkan bila sudah tidak ada lagi
kepentingan.

Kedua, adalah implikasi daripada natijah yang pertama, iaitu


memecahkan kefahaman terhadap kesyumulan yang dibawa oleh Islam,
terutamanya yang menyentuh mengenai tujuan, asas, falsafah dan
perlaksanaannya. Kefahaman terhadap perkataan "alternatif" itu sendiri
lebih cenderung hanya kepada menegakkan perlaksanaannya sahaja,
bukan merangkumi segala apa yang dihajatkan oleh Islam. Sebagai
contoh, ada pandangan yang menyarankan supaya segala kemudahan
teknologi yang dicipta oleh manusia dipakai dan dilaksanakan
penggunaannya di dalam masyarakat kerana dirasakan selaras dengan
syariat Islam, tetapi tujuan, asas dan falsafah teknologi itu tidak
diterangkan dan diteliti sungguh-sungguh. Penekanan hanya berkisar di
sekitar perspektif penggunaan dan perlaksanaan teknologi sahaja, tetapi
meminggirkan tujuan, asas dan falsafahnya, sehingga penggunaannya
memungkinkan penyelewengan yang bertentangan dengan ketauhidan
dan cara hidup yang Islamik.

�Begitulah seterusnya pemikiran dan salah faham yang timbul yang


menggalakkan manusia bekerja dan membanting tulang siang dan
malam melibatkan diri secara maksimum dalam pembangunan, tetapi
tujuan, asas dan falsafah di sebalik pembangunan itu tidak diberi
penekanan dengan sewajarnya. Sungguhpun manusia itu dapat
diransang dengan baik untuk melibatkan diri dalam pembangunan,
namun ciri-ciri pembangunan yang dibawa tetap menurut perspektif
yang tidak Islamik. Pembangunan hanya dianggap sebagai usaha
memaksimumkan pengeluaran dan kepuasan kepenggunaan sahaja.
Dalam suasana pembangunan yang sebegini, manusia akan dilihat
hanya dari satu dimensi, iaitu dimensi lahiriah sahaja dengan tidak
mengambil kira dimensi kerohanian dan kepentingannya dalam
pembangunan.

Maka akhirnya usaha untuk memajukan manusia hanya berlaku pada


peringkat perlaksanaan kaedah dan penggunaan sahaja. Pembangunan
ini sekali imbas memang amat mengkagumkan. Pembangunannya pesat
dan mempesonakan, meliputi segala apa yang ada di bumi, laut dan
udara, dan terus berkembang dan memuncak naik. Namun jika dilihat
dari segi pembangunan diri manusia itu sendiri, maka ianya amatlah
parah. Ini semua adalah disebabkan tujuan, asas dan falsafah
pembangunan yang dipegang itu salah dan kabur.

Pembangunan yang hanya memajukan manusia dari segi lahiriah sahaja


tidak sepatutnya berlaku dalam usaha menegakkan kembali sistem
hidup Islam. Ini adalah kerana ia bukan sahaja memerlukan pengolahan
semula kaedah pada peringkat perlaksanaan, malah lebih penting dari
itu ia mesti melibatkan pengolahan dan pengukuhan semula pada
peringkat pemahaman objektif, asas dan falsafah yang menyentuh
konseptual dan teoritis pembangunan itu. Pendek kata, sistem hidup
Islam mesti ditegakkan di luar daripada kerangka sistem hidup yang
bukan Islam, dengan objektif, asas, falsafah, definasi, konsep, teori dan
perlaksanaannya yang tersendiri yang berdasarkan kepada Wahyu Ilahi.
Jika tidak, usaha untuk menegakkan sistem hidup Islam tidak akan
bebas daripada perangkap yang telah memerangkap sistem-sistem yang
lain.

Sebagai contoh, sistem Islam dan sistem sosialisme, pada peringkat


falsafahnya, mungkin dirasakan menentang kezaliman. Tetapi pada
hakikatnya, baik pada peringkat konseptual atau teoritisnya adalah jauh
berbeza. Sistem hidup sosialisme melihat kezaliman dalam konteks
perhubungan mendatar, iaitu antara manusia dengan manusia atau
manusia dengan alam sekitar sahaja. Sedangkan Islam melihat
kezaliman bukan sahaja dalam konteks mendatar, malahan juga dalam
konteks hubungan menegak antara manusia dengan Penciptanya.
Sebagai contoh al Quran menyebut kezaliman pada peringkat mendatar
ini dalam surah at Taubah, ayat yang ke 23;
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan bapa-bapa
dan saudara-saudaramu pemimpim-pemimpin(mu), jika mereka lebih
mengutamakan kekafiran atas keimanan, dan siapa di antara kamu yang
menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, maka mereka itulah orang-
orang yang zalim."

Sementara zalim diperingkat menegak pula digambarkan oleh Allah


dalam surah Yunus, ayat yang ke 7;
"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang
mengadakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan ayat-
ayatNya? Sesungguhnya, tidaklah beruntung orang yang berbuat dosa."

Pendeknya, setiap konsep yang dibawa oleh Islam adalah menyeluruh


dan tidak terhad hanya kepada jangkauan pancaindera manusia sahaja.
Oleh hal yang demikian, amat penting bagi umat Islam kini kembali
menilai sejauh mana pemikiran cara hidup Islam sebenar yang
terangkum di dalamnya objektif, asas, falsafah dan perlaksanaannya,
kerana cara hidup yang berteraskan Islam bukanlah satu alternatif
kepada gaya hidup kini, tetapi merupakan satu tuntutan daripada Allah
yang mesti ditegak dan dilaksanakan oleh umat Islam.

Di samping itu, perlu juga difahami bahawa dalam memperkatakan


mengenai pembangunan mengikut cara Islam, pemahaman terhadap
konsep dan kaedah perlaksanaan adalah dua faktor yang penting dan
tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya perlu difahami dengan mantap
dan mendalam sebelum diterjemahkan kepada perlaksanaan.
Sungguhpun penekanan terhadap pemahaman konsep penting dalam
usaha untuk memajukan manusia, tetapi kaedah perlaksanaannya juga
sama penting, kerana konsep dan kaedah tidak mungkin dapat difahami
dengan jelas jika tidak melalui pengalaman-pengalaman di dalam proses
perlaksanaan. Pemahaman terhadap konsep dan kaedah adalah ilmu,
sementara perlaksanaannya pula adalah amalan. Oleh itu perlulah
kedua-duanya berada di dalam satu gabungan yang padu dan berjalan
seiring dalam usaha melahirkan manusia yang membangun dan dinamik
sesuai dengan tuntutan-tuntutan Rabbani.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=721&cmd=resetall

11. Islam Dan Pengurusan Bencana Alam


Azrina Bt. Sobian
Pegawai Penyelidik

27/01/2005 | Artikel Bahasa Malaysia

Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah bencana ini boleh
dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Bencana alam telah berlaku di muka bumi
ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Namun, kejadian ini akan hanya dikenali sebagai
bencana hanya apabila ia melibatkan kehilangan nyawa manusia. Walaupun bencana yang
datang meninggalkan kesan yang menggerunkan namun amat penting dan menarik bagi kita
mengetahui dan mempelajarinya.

Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat dari proses semulajadi alam. Namun,
dalam keadaan tertentu, bencana alam juga boleh berlaku akibat dari campur tangan
manusia. Dalam kes-kes yang lainnya, kesan-kesan dari bencana alam meningkat
intensitinya akibat tingkah-laku manusia di dalam alam ini

Di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Walaupun begitu, antara bentuk-bentuk bencana
yang kerap direkodkan di negara ini adalah banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Sepanjang
sepuluh tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat
liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), Tragedi
Ribut Greg di Sabah (1996), kejadian tanah runtuh di Gombak (2004) dan banyak lagi.
Manakala, tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu
merupakan yang pertama kali berlaku dan tidak mungkin kita semua lupakan.

Tragedi-tragedi alam ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia di bumi ini. Ayat 41,
surah Ar-Ruum menyatakan; "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat
dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang
demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-
perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"
Ayat ini membuktikan bahawa bencana alam yang berlaku di muka bumi ini ada kaitannya
dengan perilaku manusia yang tidak berhemah kepada alamnya.

Oleh itu, umat manusia sentiasa diingatkan supaya tidak "mencampakkan dirimu ke dalam
kebinasaan" (Surah al-Baqarah, 2: 195). Tindakan-tindakan manusia yang mengganggu dan
memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke
arah kemusnahan. Ini kerana, hubung kait antara manusia dan alam sangat rapat. Manusia
yang memusnahkan alam boleh diibaratkan sebagai memusnahkan kehidupannya sendiri.

Sementara itu, dalam apa jua keadaan, manusia diarahkan untuk membuat persediaan, sama
ada persediaan untuk menghadapi sesuatu yang buruk atau membuat persediaan untuk
melakukan sesuatu yang baik. Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. sering mengingatkan
manusia untuk bersiap sedia. Ayat 71, surah An-Nisa' (4) menyatakan "bersedialah dan
berjaga-jagalah" dan ini membuktikan bahawa membuat persediaan sebelum sesuatu
berlaku atau sebelum melakukan sesuatu bukanlah satu perkara asing bagi Islam.

Di dalam al-Quran juga diceritakan tentang nasihat Nabi Yusuf kepada Raja Mesir. Raja
Mesir telah bermimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu
yang kurus serta melihat tujuh tangkai biji-bijian yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang
kering. Dengan itu, Nabi Yusuf a.s. mentafsirkan bahawa negeri Mesir bakal berhadapan
dengan tujuh tahun musim kemarau. Oleh itu, rakyat Mesir diminta bersiap-sedia bercucuk
tanam dengan bersungguh-sungguh selama tujuh tahun bagi menghadapi musim kemarau
itu.
Dalam kisah di atas, persediaan yang rapi dilakukan bagi menghadapi bencana kemarau.
Oleh itu, semasa musim kemarau tiba, mereka sudah mempunyai cukup makanan untuk
berhadapan dengan bencana tersebut. Bukan itu sahaja, penduduk negeri tersebut juga telah
menyimpan biji benih yang baik untuk� ditanam semula selepas musim kemarau berlalu.
Lihatlah betapa persediaan merupakan sesuatu yang perlu dilakukan bagi menghadapi
bencana.

Samalah halnya dengan usaha untuk membangunkan satu sistem amaran awal bencana. Ini
merupakan satu bentuk persediaan yang memang dituntut dalam Islam. Sistem ini akan
membantu kita mengesan kemungkinan berlakunya bencana alam. Dalam kes bencana
Tsunami, sistem tersebut boleh mengesan gegaran yang akan menyebabkan Tsunami
berlaku. Sistem ini terdiri daripada unit-unit seismograf (alat pengesan gempa bumi),
pengesan ombak dan alat DART. Alat DART inilah yang akan menilai dan melaporkan
kewujudan dan intensiti ombak Tsunami selepas gempa bumi di lautan berlaku.

Pada ketika ini, sistem amaran ombak Tsunami di Lautan Pasifik telah terbukti berkesan
menyampaikan maklumat berkaitan bencana ini. Misalnya di Jepun, sebelum pembinaan
sistem ini, 14 kejadian Tsunami telah mengorbankan lebih 6000 orang di Jepun. Dengan
pengenalan sistem ini, terdapat 20 kejadian Tsunami yang mengorbankan 215 orang sahaja.
Ini membuktikan bahawa sistem tersebut yang disokong sistem komunikasi yang cekap di
negara-negara Lautan Pasifik memang berkemampuan memberikan maklumat yang betul
berkenaan ombak Tsunami.

Oleh itu, peranan sistem komunikasi juga amat penting. Sistem amaran awal ini tidak akan
dapat berfungsi dengan baik jika jaringan komunikasi negara-negara di Lautan Hindi tidak
cekap. Jaringan komunikasi ini penting bagi memastikan maklumat bencana dapat
disampaikan secepat mungkin kepada negara-negara yang terlibat. Apalah gunanya sistem
yang menelan belanja RM76 juta ini jika maklumat yang diperolehi itu tidak dapat
disalurkan kepada negara-negara penerima bencana.

Dalam pada itu, pembangunan sistem amaran awal ini mesti disertakan dengan program
kesedaran awam. Orang ramai mesti dididik dengan maklumat yang tepat berkenaan
bencana ini. Mereka mesti disedarkan akan kemungkinan bahaya yang bakal mereka hadapi
dan bagaimana hendak berhadapan dengan bahaya tersebut. Program kesedaran ini juga
akan menyokong kejayaan sistem amaran awal yang bakal dibina kelak. Dengan program
kesedaran dan pendidikan, orang ramai tahu bagaimana hendak bertindak dalam keadaan
bencana yang melanda.
Kejayaan keseluruhan sistem ini harus dikaji secara menyeluruh. Jaringan
komunikasi dan kesedaran awam memang penting. Seperkara lagi, usaha meningkatkan
keyakinan awam akan bahaya Tsunami juga sangat kritikal. Di Hawaii, sistem amaran awal
bencana Tsunami memang terbukti berkesan menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
Selain itu, program kesedaran akan bahaya Tsunami juga telah dirancang dan
diimplementasi dengan baik.

Walau bagaimanapun, menurut Dr. Walter Dudley dari University of Hawaii, program
kesedaran yang dijalankan belum tentu dapat meyakinkan orang awam akan bahaya ombak
Tsunami. Di Hilo, Hawaii, bencana Tsunami telah beberapa kali berlaku. Walaupun begitu,
amaran Tsunami sering juga diabaikan kerana penduduknya tidak begitu yakin dengan
amaran tersebut.

Ketidakyakinan ini timbul kerana terdapat beberapa kes di mana amaran yang dikeluarkan
tidak begitu tepat. Di Hilo, pernah berlaku satu kes di mana amaran ombak Tsunami
dikeluarkan tetapi ombak yang tiba hanyalah setinggi enam inci. Dalam kes ini,
pengetahuan orang awam tidak disertai dengan keyakinan. Oleh itu, cabarannya adalah
untuk meyakinkan bahawa bahaya ombak Tsunami benar-benar wujud dan boleh membawa
kebinasaan.

Berdasarkan penjelasan di atas, terbukti bahawa kerajaan atau mana-mana agensi yang
terlibat mempunyai tugas yang berat untuk menyediakan program kesedaran yang
bermanfaat kepada semua pihak. Walau pun sukar, usaha itu mesti terus dijalankan. Jika
tidak, sia-sialah pembinaan sistem amaran awal bencana yang bakal dibangunkan itu.

Perlu juga diingat bahawa pembinaan sistem amaran awal bencana ini bukanlah untuk
melawan kuasa Ilahi. Ia hanyalah sekadar satu usaha untuk membuat persediaan terhadap
kemungkinan tibanya bencana. Ini samalah juga dengan usaha seseorang untuk mencegah
penyakit sebelum penyakit itu datang. Dengan persediaan itu, kita akan lebih bersedia, tabah
dan sanggup menerima dugaan yang Allah s.w.t. berikan.

Pun begitu, kita akur bahawa usaha mengesan bencana dengan lebih awal bukan satu
jaminan kita akan bebas dari bencana tersebut. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ahzaab
(33), ayat 17 yang bermaksud, "Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari
kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah
yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu?
Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh
sesiapapun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka".

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa tiada apa pun yang dapat menahan bencana dari
berlaku. Walau bagaimana pun, manusia masih perlu berusaha untuk mengelak atau
mengurangkan kesan bencana alam tersebut. Oleh kerana itu, usaha untuk membangunkan
satu sistem amaran awal bencana Tsunami di negara ini amat dialu-alukan. Walaupun
sistem ini tidak dapat menghalang bencana tsunami namun terbukti system tersebut dapat
meminimumkan kesan bencana Tsunami kepada manusia.

Di dalam alam ini, manusia sungguh �kerdil�. Sekali alam bertindak manusia pasti tidak
dapat mengelak. Lebih-lebih lagi jika manusia itu leka dan alpa. Oleh itu, insaf dan ambillah
iktibar dari bencana yang telah berlaku serta berusahalah untuk lebih berhemah dalam
segala urusan di muka bumi ini.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=383&cmd=resetall

12. Melayu Dan Islam

Md. Asham bin Ahmad


Fellow

06/12/2006 | Artikel Bahasa Malaysia

Bangsa Arab sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai Arab Jahiliyyah.


Kedatangan Islam menandakan kelahiran zaman baru dan semangat
baru yang telah merubah segala-galanya. Kalau kita ibaratkan zaman
sebelum Islam sebagai zaman kegelapan akibat dari kejahilan, maka
zaman Islam adalah zaman kecerahan, yang terhasil dari cahaya
petunjuk Islam. Demikianlah halnya apabila kita berbicara tentang
bangsa Melayu sebelum dan setelah kedatangan Islam. Melayu sebelum
Islam adalah Melayu Jahiliyyah, yakni Melayu yang belum terbuka akal-
budinya kepada petunjuk Islam dan kehidupan bertamaddun. Bahkan
konsep Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri tidak wujud sebelum
Islam. Kedatangan Islam, menurut Professor Dr. Syed Muhammad
Naquib al-Attas (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1972),
menandakan permulaan suatu zaman baru dalam perabadan sejarah
Melayu. Beliau mengibaratkan kedatangan Islam ke alam Melayu sebagai
ayam jantan yang berkokok mengejutkan bangsa Melayu dari tidur, dan
menyedarkan mereka kegelapan malam sudah berakhir; kini hari sudah
siang, masa untuk bekerja dan memulakan kehidupan.

Dalam konteks sejarah bangsa Melayu, Islam adalah titik-tolak kepada


perubahan yang amat bermakna terhadap pemikiran, bahasa, dan cara
hidup mereka secara keseluruhannya. Islam telah membawa revolusi
kebudayaan, yang kelihatan jelas pada hasil-hasil penulisan ilmiah yang
bersifat polemika, syarahan, terjemahan, dan lain-lain yang muncul
pada abad-abad ke-15 hingga ke-17. Dengan acuan Islam, jelas al-
Attas, telah terbentuk dalam jiwa Melayu semangat rasionalisme,
individualisme dan internasionalisme.

Demikianlah umat Islam, tidak kira apa bangsa dan keturunan, melihat
sejarah dan masa lalu dan menginsafi kaitannya dengan nasib mereka
masa kini. Mereka mentafsirkan perubahan bersejarah sebagai sesuatu
yang bermakna yang melanda akal dan budi bangsa mereka. Memang
bukan semua perubahan itu menyebelahi kepada kebaikan, ada
perubahan yang menyebelahi kepada keburukan. Perubahan yang buruk
adalah yang membawa kepada kemerosotan atau kemunduran, dan
perubahan yang baik adalah yang membawa kepada kebenaran dan
kemajuan. Perubahan yang sebenar, yang dikehendaki, adalah yang
kedua. Soalnya: apakah kayu ukur kemerosotan dan kemajuan sesuatu
bangsa? Yang mana satu dari berbagai kayu ukur yang ada sepatutnya
digunakan bagi mengukur maju-mundur sesuatu bangsa?

Kalau kita merujuk kepada pandangan Prof. al-Attas di atas tentulah


Islam dan pandangan hidup yang dipancarkannya yang sepatutnya
menjadi kayu ukur kita. Maksudnya, dengan kayu ukur Islam kita
membandingkan apakah nasib Melayu pada hari ini lebih baik atau lebih
buruk dari apa yang terbaik pernah dicapainya sebelum ini dalam
sejarahnya. Dengan kayu ukur Islam perbandingan itu tidak terhenti
pada sejarah dan pengalaman bangsa Melayu tetapi merangkumi
sejarah dan pengalaman bangsa-bangsa Islam yang lain kerana mereka
adalah rumpun-rumpun kepada Umat Islam secara keseluruhannya;
melalui Islam kebudayaan Melayu dihubungkan dengan kebudayaan
dunia, Timur dan Barat.

Bagi golongan yang menafikan sama sekali wujudnya kayu ukur yang
boleh menilai secara objektif maju-mundur nasib sesuatu bangsa dalam
melalui perjalanan sejarahnya sejarah hanyalah sekumpulan fakta-fakta
kejadian yang tidak saling berkait antara satu sama lain. Sejarah, bagi
mereka, tidak mengajar apa-apa yang berguna bagi merancang tindakan
masa hadapan. Tanggapan ini terlalu jelas kedangkalannya dan tidaklah
perlu dipedulikan.

Bagi yang percaya terhadap kepentingan dan kegunaan sejarah pula


timbul masalah objektiviti tafsiran. Sebarang usaha untuk mentafsirkan
peristiwa-peristiwa sejarah bagi mengambil pengajaran dan manfaat
darinya, tidak boleh tidak, mesti melibatkan usaha mengaitkan suatu
fakta dengan fakta yang lain dalam kerangka sebab-akibat. Siapa yang
akan memberi kata putus tafsiran siapa yang tepat? Persoalan ini ada
asasnya, dan kalau tidak ditangani dengan bijaksana, hanya akan
mengiakan lagi pandangan yang menafikan ataupun meragui
kepentingan dan kegunaan sejarah.

Kalau sekiranya tulang temulang yang bercantum pada sendi-sendi yang


membentuk kerangka memberi rupa pada jasad manusia, 'kerangka
pemikiran' pula memberi rupa kepada akal dan mencirikan tabiatnya. Si
pentafsir sejarah, dalam tafsirannya terhadap peristiwa-peristiwa yang
berlaku, tidak boleh mengelak dari menjelmakan 'rupa' akalnya. Yang
kita maksudkan dengan 'rupa akal' ialah pandangannya terhadap hakikat
kewujudan ini, yang merujuk kepada apa yang diakuinya sebagai benar
(hakikat) perihal diri insan, tugas dan tanggungjawabnya dalam dunia
ini, dan kesudahan untung nasibnya. Dalam kata lain, apakah
pandangan hidup (worldview) yang dipegang oleh si pentafsir itu.

Dalam menilai peranan Islam dalam sejarah dan kebudayaan bangsa


Melayu kita boleh melihat dua kecenderungan yang merugikan. Pada
satu pihak ialah golongan berfikiran sekular, yang masih terbelenggu
pada gelang perhambaan kesarjanaan kolonial. Mereka cenderung
meremehkan dan memperkecilkan peranan dan pengaruh Islam dalam
sejarah dan kebudayaan Melayu. Pada satu pihak lagi ialah golongan
modernis dan pembaharu agama (reformis) yang salah asuhan.
Walaupun tidak menafikan peranan dan pengaruh Islam, tetapi Islam
yang difahami dan diamalkan oleh orang Melayu itu, pada pandangan
mereka, bukanlah Islam yang tulen, tetapi yang telah tercemar oleh
noda-noda pengaruh asing.

Golongan pertama adalah penyanjung kebudayaan Barat, yang pada


mereka adalah pembawa perubahan yang sebenar terhadap jiwa dan
raga Melayu. Golongan kedua, walaupun riuh mendakwa mendokong
cita-cita perjuangan Islam yang tulen, tidak memiliki kelayakan yang
sewajarnya untuk memimpin umat Islam mengharungi cabaran semasa.
Mereka adalah penganut faham-faham pembaharuan yang telah
memutuskan diri dari tradisi keilmuan Islam yang dianggap tidak
secocok dengan apa yang mereka cita-citakan.

Kedua-dua golongan ini bukan sahaja keliru tetapi juga


bertanggungjawab menyebarkan kekeliruan ke dalam pemikiran
masyarakat. Apabila Islam dinafikan atau diperkecilkan peranannya
bangsa Melayu teraba-raba mencari identitinya: patutkah dia kembali ke
alam pemikiran purbakala sebelum Islam bagi mencari pedoman hidup?
wajarkah dia terima sahaja apa-apa yang disogokkan oleh bangsa-
bangsa Eropah? Tambah mengelirukan apabila agama Islam yang
selama ini dianuti didakwa mengandungi unsur-unsur asing yang
menyeleweng, yang menjadi punca kemunduran umat Islam hari ini.
Mampukah agama Islam terus menjadi pedoman hidup? Atau patutkah
ia dipinda dan diubahsuai sejajar dengan kehendak-kehendak semasa?

Semua ini berlaku kerana kita telah menerima tafsiran yang palsu
terhadap hakikat agama Islam dan peranannya dalam membentuk
identiti bangsa Melayu. Walau apa sekalipun, setelah hampir 50 tahun
merdeka, kita tidak lagi boleh menuding jari kepada orang lain terhadap
nasib malang yang menimpa. Kita harus sedar bahawa akibat
kehampaan ilmu pengetahuan tentang agama Islam, pandangan hidup
yang dipancarkannya, dan peranannya dalam sejarah dan kebudayaan
sendiri, bangsa Melayu kini menderita penyakit 'krisis identiti'. Dengan
melupakan sejarah mereka tiada mempunyai matlamat tertentu bagi
panduan hidup nusa dan bangsa pada masa hadapan.

Hari ini cabaran yang dihadapi oleh bangsa Melayu di negara ini amatlah
getir. Sebagai golongan majoriti mereka mesti bijak menangani soal
kepelbagaian agama dan budaya, yang berkemungkinan untuk
digunapakai sewenangnya oleh pihak-pihak yang mempunyai
kepentingan-kepentingan tertentu. Peristiwa 9/11 menyebabkan
sebahagian umat Islam bersikap apologetik apabila berbicara tentang
Islam, dan keadaan ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai
kesempatan yang baik untuk mempersoalkan kedudukan Islam dalam
negara ini. Melayu yang menafikan terus, atau sekurang-kurangnya
tidak pasti apakah kaitan Islam dengan akal-budinya tentunya tidak
boleh diharapkan untuk mempertahan dan memperjuangkan Islam.
Kepada mereka kita ingatkan: tanpa Islam Melayu hilang di dunia!
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1151&cmd=resetall

13. Kepenggunaan Mengikut Islam

Nik Mustapha Bin Nik Hassan


Timbalan Ketua Pengarah

01/07/2008 | Berita Harian

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang
makin meningkat adalah baik untuk kita renungi kepada ajaran Islam
berkaitan dengan amalan kepenggunaan. Usaha ini bukanlah sebagai
reaksi kepada suasana ekonomi semasa, tetapi sebagai amalan yang
sepatut dihayati oleh umat Islam.

Islam dalam mengaturkan proses kepenggunaan ke arah pencapaian


matlamatnya, iaitu memberi kebajikan kepada pengguna dalam rangka
melahirkan pengguna yang sempurna, mempunyai prinsip-prinsip
tertentu terhadap dua faktor yang terlibat iaitu pengguna dan barangan
dan perkhidmatan.

Prinsip-prinsip yang dianjurkan oleh Islam dalam mempengaruhi gelagat


pengguna adalah melalui prinsip-prinsip umum yang berikut: Percaya
kepada Alam Akhirat, konsep kejayaan dalam Islam dan konsep
kekayaan dalam Islam.

Percaya kepada alam akhirat ada pertalian yang rapat dengan


kepercayaan kepada Allah. Ia memberi pengertian bahawa manusia
wujud di dunia untuk sementara waktu sahaja dan kewujudan manusia
yang hakiki adalah di alam akhirat. Ini bererti, kehidupan manusia akan
berterusan hingga di alam akhirat. Corak kehidupan sesorang di dunia
akan mewarnakan kehidupannya kelak di alam akhirat, bahawa alam
akhirat itu adalah penerusan hidup manusia selepas mati. Kepercayaan
ini memberi kesan-kesan yang mendalam kepada gelagat pengguna.

Pertama, aktiviti kepenggunaan akan dipengaruhi di mana pengguna-


pengguna akan menilai tindak tanduknya dari sudut kesan yang ia
perolehi sekarang dan seterusnya yang akan diperolehi di alam akhirat.
Oleh kerana itu pengguna Muslim akan cuba menjalankan aktiviti
kepenggunaan barangan dan perkhidmatan untuk faedah (utiliti) di
masa ini dan seterusnya faedah yang akan diperolehi di alam akhirat.

Kedua, alternatif-alternatif pilihan untuk membelanjakan pendapatan,


seseorang pengguna akan bertambah dengan wujudnya keyakinan
terhadap faedah yang akan dinikmati khususnya di alam akhirat hasil
dari tindakannya. Umpamanya seorang pengguna membelanjakan
sebahagian dari pendapatannya untuk menolong fakir miskin.
Tindakannya ini tidak memberi faedah kepadanya di masa ini tetapi
pembalasan Allah (faedah) di akhirat akan dikecapi. Justeru itu gelagat
pengguna akan dipengaruhi oleh kepercayaan kepada alam akhirat.

Konsep kejayaan dalam Islam memberi pengertian yang sangat


mendalam dan sudah tentu mempengaruhi aktiviti kepenggunaan umat
Islam. Islam mentakrifkan kejayaan sebagai mendapat keredhaan dari
Allah s.w.t. (consent of Allah). Ini berbeza dari erti kejayaan dalam
kapitalisme (mengumpul kekayaan). Pengabdian yang mutlak kepada
Allah merupakan kunci dalam mencapai keredhaan Illahi. Segala urusan
kehidupan manusia termasuk kepenggunaan mestilah dalam konteks
mencapai keredhaan Allah s.w.t. Peri pentingnya kecapaian objektif ini
adalah untuk menyelamatkan manusia dari mala petaka dan masalah
dalam kehidupannya. Pengabdian kepada Allah akan membentuk dan
mengatur kehidupan manusia semoga bersesuaian dengan fitrah
kejadiannya. Pengabdian yang mutlak bererti menghayati segala
perintah Allah s.w.t. dalam segala tindak tanduk manusia. Manusia yang
rasional pasti perlu kepada kejayaan di dunia dan seterusnya kehidupan
di alam akhirat. Aktiviti kepenggunaan manusia sudah tentu akan
diusahakan ke arah kejayaan ini, iaitu membelanjakan ke atas barangan
dan perkhidmatan dalam hubungan mencapai keredhaan Allah s.w.t.

Konsep kekayaan mengikut Islam adalah faktor ketiga yang boleh


mempengaruhi gelagat pengguna Islam. Islam melihat kekayaan
sebagai pengurniaan dari Allah s.w.t. dan bukan sebagai perkara yang
dimurkai Allah s.w.t. Kekayaan adalah alat sama ada ke arah mencapai
keredhaan Allah s.w.t. atau untuk mengkufurkan Allah s.w.t. Dengan
kefahaman dan keyakinan terhadap konsep kekayaan ini, seseorang
pengguna akan membelanjakan kekayaan kurniaan Allah s.w.t. untuk
mencapai kejayaan, iaitu mendapat keredhaan Allah s.w.t. Hasilnya
seseorang pengguna akan membelanjakan kekayaannya terhadap
barangan dan perkhidmatan semoga ia memperolehi restu Allah s.w.t.
untuk kejayaan.

Natijah daripada keyakinan dan kefahaman mengenai ketiga-tiga prinsip


di atas, gelagat seseorang pengguna mengikut ajaran Islam akan
dipengaruhi oleh matlamat untuk memaksimakan kejayaan dalam
kepenggunaan, iaitu proses kepenggunaan adalah untuk mencapai
keredhaaan Allah s.w.t. Pada contohnya seseorang pengguna Muslim
akan membelanjakan permintaan kepada barangan dan perkhidmatan
dalam lingkungan yang direstui oleh Allah s.w.t. moga-moga faedah
(utiliti) daripada kepenggunaannya itu akan meliputi dua jangka waktu
iaitu faedah di alam dunia, dan seterusnya faedah di alam akhirat, atau
tindakannya akan mendapat faedah khusus di alam akhirat sahaja.

Islam di samping menyediakan garis panduan yang dapat


mempengaruhi gelagat pengguna, juga mempunyai peraturan tertentu
terhadap barangan dan perkhidmatan yang akan dihasilkan dalam
negara. Mengikut pandangan Islam, jenis barangan dan perkhidmatan
untuk kepenggunaan mempunyai hubungan rapat dengan ajaran Islam.
Barangan dan perkhidmatan yang disediakan semestinya dapat memberi
manfaat kepada pengguna-pengguna semoga dalam proses
kepenggunaan barangan dan perkhidmatan tersebut, keperibadian Islam
dapat dilahirkan. Barangan dan perkhidmatan yang akan menjejaskan
keperibadian pengguna dari segi kesihatan, nilai akhlak dan ajaran
agama tidak diiktiraf sebagai barangan dan perkhidmatan, contohnya
arak dan judi: barangan-barangan ini tidak dibenarkan ujud kepada
masyarakat Islam.

Islam juga menyediakan garis panduan tentang pengeluaran barangan


dan perkhidmatan dalam sesebuah negara. Jenis barangan dan
perkhidmatan yang sekarang ini dihasilkan boleh dikategorikan sebagai
keperluan asas (necessaries), keperluan untuk kesenangan (comforts),
dan keperluan untuk kemewahan (Luxuries).

Keperluan asas adalah barangan dan perkhidmatan yang perlu untuk


kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan, perubatan dan lain-
lain.

Keperluan untuk kemewahan adalah barangan dan perkhidmatan di


mana kepenggunannya akan menjejas kecekapan pengguna dan juga
kecekapan peruntukan sumber-sumber (efficiency of resource allocation)
dalam sesebuah negara, misalnya pembinaan rumah besar, kereta yang
mahal seperti Rolls Royce, peralatan rumah yang terlalu mahal dan lain-
lain.

Dalam negara Islam perhatian yang utama akan diberi kepada


pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asasi,
diikuti dengan pengeluaran barangan kesenangan. Barangan mewah
dianggap sebagai mambazir dan bertentangan dengan Islam.
Pengeluaran baranga mewah akan menjejaskan kebajikan masyarakat
kerana ia melibatkan banyak faktor pengeluaran dalam usaha yang
membazir. Umpamanya dalam pembinaan rumah besar banyak faktor
pengeluaran yang berharga diperlukan, walhal jikalau faktor
pengeluaran ini disalurkan kepada pembinaan rumah murah, lebih ramai
orang dapat menyelesaikan masalah perumahan mereka yang mana
merupakan keperluan asas dalam kehidupan mereka.

Islam menganjurkan pengajaran kepada umatnya bahawa manusia


merupakan khalifah (wakil Allah di dunia ini) dan "kepunyaan Allah lah
kerajaan semesta langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya." (Al
Maidah: 17) Anjuran ini memberi pengertian yang nyata, bahawa
barangan dan perkhidmatan yang dihasil semestinya dinikmati bersama,
dan manusia bukan ampunya yang mutlak; ia adalah pengamanah yang
ditugaskan oleh Allah dalam mengurus kehidupan bermasyarakat.
Keadaan yang cuba membentuk kehidupan yang telalu terpisah dengan
masyarakat umum seperti mengeluar dan mengguna barangan dan
perkhidmatan mewah untuk segelintir kumpulan masyarakat adalah
berlawanan dengan prinsip dan roh Islam.

Ajaran Islam berhubung dengan proses kepenggunaan adalah diasaskan


kepada matlamat untuk mencapai kejayaan, iaitu mencapai keredhaan
Allah. Segala tindakan manusia termasuk kepenggunaan sewajibnya di
dalam lingkungan Islam. Oleh kerana proses pembentukan keperibadian
Islam dapat diujudkan dalam masyarakat yang beramal dengan Islam,
gelagat pengguna Islam akan dipengaruhi oleh tujuan mencapai
keredhaan Illahi. Tambahan lagi barangan dan perkhidmatan yang
dihasil dan ditawarkan oleh pengeluar adalah mengikut keutamaan
dalam Islam. Keadaan ini akan dapat mewujudkan proses kepenggunaan
yang sederhana; "Mereka apabila membelanjakan hartanya dengan tiada
berlebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara
keduanya." (Al Furqan: 67) dan pola (pattern) kepenggunaan yang
seimbang di antara keadaan yang melarat dan membazir. Akhlak
kegiatan ekonomi mengikut Islam adalah berhasrat untuk
mengurangkan keperluan kebendaan yang melampaui dalam rangka
membebaskan tenaga manusia ke arah pembentukan manusia yang
berkerohanian tinggi. Pembentukan dalaman manusia dianggap lebih
penting daripada pembentukan fisikal manusia dalam mencapai
keredhaan Illahi. Islam dengan ini mengatur segala amalan manusia
termasuk proses kepenggunaan untuk memberi kebahagian kebajikan
yang tulen bersesuaian dengan fitrah, kehendak dan kejadian manusia.

Dengan menyakini dan beramal dengan anjuran Islam dalam amalan


kepenggunaan, umat manusia akan lebih bahagia dan kurang tertekan
dengan cabaran kos sara hidup yang makin meninggi. Suasana semasa
sepatut membuka pintu hati manusia untuk berfikir sejenak dan
mengambil langkah sesuai untuk menyelamat diri dan masyarakat dari
kongkongan hidup hasil dari pembikinan manusia.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1619&cmd=resetall

14. Islam, Melayu dan Kekuatan Ekonomi

Nik Mustapha Bin Nik Hassan


Timbalan Ketua Pengarah

03/06/2008 | Berita Harian


Menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 160), orang
Melayu ditakrifkan sebagai `seseorang yang menganuti agama Islam,
lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan

i) lahir, sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau


ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada Hari
Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

ii) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut'

Tambah lagi dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan


memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan.
Kedudukan ini membolehkan Kerajaan Persekutuan membelanja wang
Persekutuan untuk membangunkan institusi-institusi Islam bagi
kepentingan umat Islam di negara ini yang rata-rata adalah terdiri dari
orang Melayu. Dan di dalam hal ini kerajaan telah mendirikan berbagai
institusi berkenaan dan menanggung belanja/kos operasi dan
pengurusannya bagi kepentingan umat Islam/Melayu.

Di samping itu berdasarkan satu kes yang telah diputuskan oleh


Mahkamah Tinggi pada 18 April 2001 dan disokong oleh Mahkamah
Rayuan pada 19 September 2005, bahawa Islam adalah satu identiti
bangsa yang tidak boleh dipisahkan dari orang Melayu sebagaimana
yang diperuntukkan oleh Perkara 160. Maka berdasarkan keputusan ini
orang Melayu tidak boleh membuang aspek Islam di dalam identitinya
kerana ia merupakan sebahagian dari takrif Melayu itu sendiri menurut
Perlembagaan Persekutuan. Maka kerana itu tindakan seseorang Melayu
untuk meninggalkan agama Islam (menjadi Murtad) adalah tidak sah
dari segi Perlembagaan kerana tindakan itu membawa implikasi menukar
bangsa seseorang sedangkan bangsa adalah sesuatu yang tidak boleh
ditukar ganti.

Berdasarkan kepada huraian yang jelas berkaitan perhubungan Islam


dan Melayu dalam konteks Perlembagaan Persekutuan dan keserasian di
antara Islam dan budaya Melayu, Islam dan Melayu adalah sinonim dan
agenda untuk membangun kekuatan Melayu dalam kesemua aspek perlu
diasaskan kepada pendekatan Islam. Ini termasuk membangun
kekuatan ekonomi. Lebih penting dari itu, pendekatan Islam memiliki ciri
yang maju, berdaya saing dan bersesuaian dengan fitrah manusia. Ciri-
ciri tersebut pada hakikatnya yang menjamin kepada kejayaan.

Jika kita merujuk kepada al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w., perspektif
yang tepat kepada pentingnya orang Melayu berusaha menguasai
kekuatan ekonomi adalah seperti berikut:

"Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air
hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu
berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu; dan Dia telah
menundukkan bahtera bagimu supaya bantera itu berlayar di lautan
dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu
sungai-sungai.

Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang
terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan
bagimu malam dan siang.

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa


yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat
Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia
itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)" Surah Ibrahim
32-34

"Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebarlah kamu di muka bumi;


dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu
beruntung" Surah Al-Jumuah: 10

"Mencari rezeki yang halal merupakan satu kewajipan kepada setiap


orang Islam" Hadis Riwayat At-Tabarani

"Sesungguhnya kamu meninggalkan keluargamu dalam keadaan


berharta adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam
keadaan papa sehingga terpaksa meminta-minta (dan akan
menyusahkan orang lain)"Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

"Sesungguhnya Allah s.w.t. suka melihat kesan nikmatNya ke atas


hambaNya" Hadis Riwayat at-Tirmizi

"Sembilan per sepuluh sumber rezeki ada dalam perniagaan" Hadis


Riwayat At-Tirmizi

"Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang-orang
yang benar dan para syuhada' (pada hari akhirat nanti)" Hadis Riwayat
At-Tirmizi

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga


perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang
lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya" Hadis Riwayat Muslim

"Tangan di atas (yang memberi), lebih baik daripada tangan yang di


bawah (yang menerima bantuan)” Hadis Riwayat Imam Ahmad

"Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran"


Hadis Riwayat At-Tabarani
"Ya Tuhanku, aku berlindung kepadamu daripada kekufuran dan
kemiskinan"
Hadis Riwayatkan Abu Daud

"Ya Tuhanku, aku berlindung kepadamu daripada kefakiran, kekurangan


dan kehinaan, dan aku berlindung dari menganiaya dan dianiaya"
Hadis Riwayat Abu Daud, An-Nasa'i, Ibn Majah Dan Al-Hakim

Dari ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. kita dapat satu
pandangan dan panduan bahawa setiap individu Melayu perlu berusaha
untuk melibat dan memajukan pencapaian kedudukan ekonomi masing-
masing.

Di samping Islam menyeru kepada setiap penganutnya berusaha


memantap kedudukan ekonomi mereka, Islam turut menganjur kepada
pendekatan menyusun masyarakat dan kegiatan ekonomi melalui prinsip
al-`Adl wal Ihsan. Prinsip al-`Adl wal Ihsan ini menganjurkan bahawa
sistem ekonomi dalam negara mestilah berusaha ke arah pencapaian
keadilan ekonomi dan ekonomi muafakat. Kedua-dua unsur ini adalah
asas kepada pencapaian perjalanan sistem ekonomi yang teratur, cekap
dan berdaya saing. Keadilan ekonomi yang menepati prinsip al-`Adl
membawa pengertian yang mendalam. Secara ringkas, beberapa ciri
berikut dapat menjelaskan keadilan dalam perjalanan sistem ekonomi:

· Setiap individu sebagai pemegang amanah Allah berhak memiliki harta


tertakluk kepada syariah dan menjaminkan harta sentiasa mengalir
dalam sistem ekonomi melalui kegiatan ekonomi pada tiap masa
semungkin. Negara wajib merancang ke arah pencapaian tersebut
melalui dasar fiskal dan kewangan.

· Setiap individu mempunyai kebebasan untuk menceburi dalam setiap


urusan ekonomi yang dibenarkan oleh Syariah. Tidak ada golongan yang
boleh menggagalkan kebebasan ini. Negara dengan itu mempunyai
tanggungjawab dalam mengawal bahawa kebebasan ini benar-benar
dapat dilaksana.

· Setiap individu dalam negara semestinya dapat memenuhi keperluan


asasinya yang mana tanpa keperluan tersebut, ia akan menjejaskan
kebajikannya dan seterusnya masyarakat. Mengikut Imam Al-Ghazali,
keperluan tersebut dapat dipenuhi melalui pemeliharaan keimanan,
kehidupan, intelek, keturunan dan kekayaan mereka. Negara
bertanggungjawab memastikan matlamat ini tercapai melalui semua
dasar-dasar yang dikemukakan.

· Setiap faktor yang menyumbangkan kepada proses pengeluaran


ekonomi hendaklah mendapat ganjaran yang setimpal dengan
sumbangan mereka. Sistem pulangan yang positif kepada faktor modal
dengan berlandaskan sistem riba adalah diharamkan. Begitu dengan
mekanisme ekonomi lain yang berunsur penindasan (zalim).

· Setiap peruntukan sumber negara hendaklah mengikut keutamaan


keperluan rakyat. Panduan Syariah perlu diikuti dalam hal tersebut.

· Setiap bentuk pembaziran sama ada dalam bentuk projek atau


perayaan yang hendak dilaksanakan atau pembaziran yang terdapat
dalam proses pengeluaran, pengagihan dan penggunaan mestilah di
minima dan jika mampu, dihapuskan.

Ekonomi muafakat yang menepati prinsip al-Ihsan pada hakikat yang


sebenar akan terlaksana dengan wujudnya keadilan ekonomi (Hasil
daripada pelaksanaan prinsip al-adl). Islam menganjurkan bahawa
kesemua unit ekonomi bekerjasama (bermuafakat) dalam menjalankan
kegiatan ekonomi. Setiap unit ekonomi sama ada, sektor awam atau
swasta, pengguna atau pengeluar, pekerja atau majikan dan seterusnya,
dan golongan kaya dan miskin sepatutnya mempunyai matlamat yang
satu, iaitu menghayati semangat muafakat dan kasih sayang. Oleh itu,
setiap unit ekonomi perlu saling bantu membantu di antara satu sama
lain kerana pada hakikat mereka saling memerlui. Pendekatan ini
menjalin kestabilan dan keutuhan perjalanan sistem ekonomi.

Allah S.W.T. berfirman dengan maksud:

"Maha suci Allah yang menjadikan berpasang-pasang semuanya, iaitu


apa-apa ditumbuhkan di bumi dan diri mereka sendiri dan apa-apa yang
tidak mereka ketahui." (Yassin: 35)

Dalam ayat lain, Allah S.W.T. berfirman dengan maksud:

"Tiap-tiap sesuatu itu Kami jadikan berpasang-pasang, mudah-mudahan


kamu menerima pengajaran". (Adz-Dzariyat: 49)

Allah S.W.T. turut memperingati umat Islam dengan maksud:

"Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang


mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang
miskin". (Al-Maa'uum: 1-3)

Dari kefahaman dan pendekatan ini, ia akan mengurangkan


pertelingkahan di antara pasangan unit ekonomi, seperti sektor awam -
sektor swasta; majikan-pekerja; penjual-pembeli; pengeluar-pengguna;
dan sebagainya dalam sistem ekonomi yang berasaskan Islam. Ini
adalah kerana kesemua unit-unit ekonomi tersebut pada fitrahnya perlu
memerlui di antara satu sama lain untuk memajukan ekonomi. Dengan
itu, dapat kita rumuskan bahawa Islam menganjurkan perhubungan
ekonomi secara muafakat dan bukan secara penipuan dan penindasan.
Bahkan prinsip al-ihsan (muafakat) adalah inti kepada keutuhan
kegiatan ekonomi negara.

Jika individu Melayu menghayati Islam di peringkat individu dan juga


dalam menyusun sistem ekonomi bernegara, natijah akhir sudah pasti
umat Melayu Islam akan mampu memperkukuhkan kekuatan ekonomi
demi kesejahteraan ummah dan masyarakat negara pada umumnya.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1604&cmd=resetall

15. Islam, Politik dan Kepimpinan

Nik Mustapha Bin Nik Hassan


Timbalan Ketua Pengarah

01/04/2008 | Berita Harian

Dalam membicara Islam, kita perlu memahaminya secara falsafah dan


dengan penuh ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sesebuah masyarakat
dalam menyusun sistem hidup dan membudayakan nilai mulia dalam
bermasyarakat memerlukan sandaran kepada falsafah sesuatu sistem
kepercayaan. Nilai mulia kemanusiaan tidak boleh di andai tanpa
sandaran. Justeru itu memahami falsafah bagi sesuatu sistem
kepercayaan itu sangatlah penting. Falsafah menggaris prinsip kawalan
(guiding principle) bagi sesuatu sistem kepercayaan itu. Ia juga akan
membentuk pandangan hidup (world view) dan membina corak
pendekatan sesuatu sistem itu. Ia juga akan mempengaruhi
pembentukan asas akhlak dan seterusnya melahirkan budaya
masyarakat berakhlak yang menyokong semangat falsafah tersebut ke
arah mencapai sesuatu matlamat.

Islam adalah satu deen yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. untuk umat
manusia sepanjang zaman dan untuk semua tempat. Agama Allah s.w.t
ini menepati fitrah kejadian manusia. Al-Quran ada menegaskan
semangat Islam tersebut dengan firmanNya yang bermaksud:

"Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada Agama Allah;


tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut
fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang
lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menghendaki supaya setiap orang yang
menganut Islam supaya menegapkan haluan hidup dengan berpandukan
kepada semangat kemanusiaan yang satu yang tidak menerima apa-apa
perubahan alam dan peredaran zaman. Fitrah manusia adalah sama bagi
semua peringkat tamadun yang dicapainya. Sebagai penganut agama
fitrah, umat Islam mesti berpegang kepada nilai kemanusiaan yang
tetap kekal walaupun terdapat perubahan kepada corak kehidupan
dengan berubahnya masa. Memenuhi tuntutan fitrah dalam apa sahaja
manusia berkecimpung adalah permulaan syarat yang akan membawa
kepada kejayaan. Mana-mana sistem kepercayaan yang menganjur
kepada pendekatan penyusunan hidup manusia yang bercanggah
dengan fitrah atau tabii manusia akan menghadapi kemusnahan
kehidupan manusia. Akhirnya kehancuran peradaban ummah.

Melalui Islam kita akan mempunyai satu pendekatan dalam menyusun


kehidupan bermasyarakat dan bernegara melalui sistem politik. Urusan
politik dalam sesebuah negara perlu dikendalikan dengan mantap dan
beramanah. Kepimpinan negara adalah satu tanggungjawab keagamaan
yang besar yang perlu dipikul oleh sesebuah pemerintahan. Dengan itu
mengikut Islam usaha untuk membangun sesebuah masyarakat dalam
negara memerlukan kepada sebuah sistem politik yang adil yang mampu
memilih sebuah pemerintahan yang berwibawa untuk menerajui
sesebuah kerajaan. Tanggungjawab orang Islam ialah memilih pemimpin
yang berakhlak dan berkelayakan.

Kepimpinan negara mengikut Islam mempunyai tanggungjawab


keagamaan untuk menghasilkan kestabilan, keharmonian dan
kemakmuran yang seterusnya menjana kepada pembangunan negara.
Rakyat turut sama mempunyai hak dan tanggungjawab keagamaan atau
dari segi moral untuk berperanan menyokong segala tindak tanduk
pemerintah yang berfaedah semoga negara mencapai matlamat yang
luhur tersebut.

Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim
daripada Abu Hurairah r.a. dengan maksud:

"Kaum Bani Israel, siasah kenegaraan mereka dipimpin oleh para nabi.
Setiap kali meninggal seorang Nabi, dia digantikan oleh Nabi yang
kemudiannya. Sesungguhnya aku tidaklah ada Nabi yang akan
mengganti dibelakangku. Yang bakal ada hanya khalifah-khalifah, yang
jumlah mereka adalah banyak".

Tugas pemerintah yang dipilih melalui sistem politik dalam sesebuah


negara oleh itu adalah berat dan mencabar. Kemampuan sebuah
kerajaan membangun negara ke arah peningkatan mutu hidup rakyat
secara syumul dan sepadu memenuhi keperluan rakyat adalah kejayaan
yang dipertanggungjawab oleh Islam.

Kepimpinan sesebuah negara perlu memberi perhatian yang utama


kepada perkara terpenting dalam menyusun dan membangun negara.
Dua daripada perkara tersebut ialah pertama, negara perlu mengurus
pengendalian negara bersandarkan semangat syura dan kedua, negara
perlu memenuhi tuntutan kebajikan rakyat.

Adalah sesuatu yang asas dalam pemerintahan Islam bahawa urusan


pengendalian negara perlu disandarkan kepada semangat syura. Allah
s.w.t. berfirman dengan maksud:

"Bermusyuaratlah dengan mereka dalam urusan-urusan" (Ali `Imran:


159)

Dan dalam ayat lain Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:

"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya


dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan
bermusyawarat antara mereka" (Asy-Syuura: 38)

Kedua, Islam menuntut pemerintah berusaha dengan ikhlas dan


bijaksana menghasilkan pencapaian kebajikan rakyat dalam negara.
Menepati perutusan Nabi s.a.w. kepada umat manusia di mana
risalahnya perlu menjana kebajikan kepada masyarakat manusia dan
alam sejagat, pemerintah sesebuah negara perlu meneruskan
perjuangan Rasulullah s.a.w. tersebut. Ini turut termasuk usaha ke arah
pencapaian "kehidupan sempurna" (hayat tayyibah), meningkat
keselesaan hidup, meminimakan kesusahan, menjana pertumbuhan
ekonomi, memupuk budaya penyayang dan bermuafakat, berusaha
mengurangkan keruntuhan akhlak, membasmi kemiskinan, menghapus
ketakutan dan tekanan jiwa rakyat.

Rasululullah s.a.w dalam memperingati gulungan pemimpin masyarakat


dan negara pernah bersabda dengan maksud:

"Seseorang pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan


orang Muslim tetapi tidak dengan ikhlas berusaha untuk memenuhi
kebajikan mereka tidak akan memasuki syurga". (Sahih Muslim)

Saidina Omar Al-Khattab r.a, Khalifah Islam kedua pernah menulis surat
kepada Abu Musa, Gabenor sebuah Wilayah dengan maksud berikut:

"Seorang pemerintah yang baik adalah di mana di bawah


kepimpinannya, masyarakat berada pada keadaan yang senang dan
makmur dan pemimpin yang buruk ialah di mana di bawah
kepimpinannya rakyat berada dalam keadaan menderita". (Kitab al-
Kharaj)

Dari kedua-dua asas penting pemerintahan Negara mengikut Islam jelas


kepada kita bahawa kepimpinan negara wajib memberi perhatian yang
bersungguh-sungguh kepada sistem pentadbiran dan pengurusan negara
yang diasaskan kepada semangat syura dan sekaligus bermatlamat
untuk mencapai pembangunan negara dalam ke semua aspek keperluan
rakyat termasuk kerohanian dan kebendaan dalam acuan yang sepadu.

Pembangunan negara mengikut Islam dengan itu adalah satu proses


usaha untuk menyusun (bersifat proaktif) sesebuah masyarakat atau
negara oleh sesebuah pemerintahan ke arah memaju dan meningkatkan
mutu hidup rakyat di peringkat individu dan bermasyarakat. Justeru itu,
dalam merancang pembangunan negara aspek yang perlu di bangun
untuk manusia hendaklah difahami terlebih dahulu. Memenuhi keperluan
manusia dalam usaha membangun negara adalah sesuatu yang kekal
dan tidak boleh diubah kerana sifat manusia adalah sesuatu yang abadi.

Sifat manusia pada hakikatnya perlu difahami sebelum usaha dapat


digembelingkan untuk memajunya dan meningkat mutu hidupnya. Pada
fitrahnya manusia mengandungi roh (soul) dan jasad (physical body).
Islam berpandangan bahawa keperluan kepada kedua-dua sifat tersebut
perlu diusahakan dalam bentuk yang sepadu. Kedua-dua sifat yang
terkandung pada diri manusia ini tidak boleh di asing dan dipisahkan.
Kedua-dua kandungan tersebut perlu dididik dan dibina dengan usaha
yang sepadu demi untuk meningkat sahsiah individu semoga mampu
menjadi penyumbang berfaedah dan menikmati hasil kejayaan
pembangunan.

Akibat dari pendekatan yang diambil oleh pemimpin pemerintahan yang


dianjur oleh Islam, negara dan rakyat akan memperolehi rahmat dan
keampunan berpanjangan oleh Allah s.w.t. [1] Ar-Rum: 30.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1555&cmd=resetall
16. Islam dan Agenda Membangun Ekonomi Melayu

Nik Mustapha bin Nik Hassan


Timbalan Ketua Pengarah

08/05/2007 | Berita Harian

Usaha membangun kekuatan ekonomi Melayu adalah suatu usaha yang


berterusan dan menepati tuntutan Islam.  Islam melihat aspek kekuatan
ekonomi adalah sesuatu keperluan yang sangat penting.  Tanpa
kekuatan ekonomi, bangsa Melayu akan pincang dan akan dipinggirkan. 
Dan ini akan sekaligus menjadi agama Islam itu sendiri tidak dilihat
sebagai agama yang berwibawa untuk membangun tamadun manusia. 
Islam adalah agama untuk umat manusia.  Justeru itu jika bangsa
Melayu menghayati pendekatan Islam dalam membangun ekonominya,
ia sekaligus mampu memberi kesan yang positif kepada kesemua ahli
masyarakat.

Pendekatan Islam dalam membangun kekuatan ekonomi mengambil


pendekatan pembangunan manusia secara syumur dan sepadu
(harmoni) dalam kesemua aspek keperluan pembangunan manusia
seperti kerohanian dan kebendaan; kepentingan individu dan
tanggungjawab individu kepada masyarakat; kepentingan generasi
sekarang dan keperluan generasi masa hadapan; menghayati akhlak
dalam kegiatan ekonomi dan sebagainya.  Pendekatan ini membolehkan
kejayaan ekonomi dicapai secara mantap dan mampu memperoleh
kejayaan secara berterusan kerana pencapaian tersebut dijayakan
melalui fitrah kemanusiaan.

Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan fahaman ideologi sekular


yang hanya melihat faktor ekonomi sebagai segala-galanya dalam
membangun tamadun manusia. Bahkan individu manusia hanya
dianggap sebagai makhluk ekonomi (homoeconomicus) yang
berkeinginan untuk membolot kekayaan untuk dirinya sahaja. 
Pendekatan ini menimbul banyak gejala kepada penyusunan
masyarakat/negara dan sekaligus mengugat kemantapan prestasi
ekonomi masyarakat/negara secara berpanjangan.  Kemajuan ekonomi
sesebuah negara memerlui kepada keharmonian masyarakat negara
terbabit.

Dalam membangun ekonomi bangsa Melayu di Malaysia, beberapa


agenda berikut perlu diberi perhatian yang bersungguh-sungguh semoga
minda Melayu dididik, kelakuan Melayu diasuh dan sekaligus membina
daya juang yang berkesan semoga pendekatan dan matlamat yang
dihayati turut diyakini sebagai tindakan yang direstui oleh Islam.

Pertama, Islam hendaklah dilihat sebagai agama yang lengkap dan


mampu untuk menyusun umat manusia.  Justeru itu falsafah dan
pandangan hidup Islam perlu menjadi asas dalam penggubalan membina
gagasan teori (theoretical framework) yang meliputi prinsip, struktur,
institusi, dasar dan instrumen dalam menyusun sistem ekonomi semasa.
Dalam konteks penyusunan dan pembangunan ekonomi prinsip  al-adl
wal ihsan hendaklah menjadi asas panduan.  Prinsip ini memberi
tekanan kepada semangat keadilan dan muafakat ekonomi sebagai asas
utama dalam penyusunan perjalanan ekonomi dalam masyarakat. 
Kegagalan mengubal bentuk dan strategi sistem ekonomi semasa
menepati prinsip Islam tersebut akan membantut kecekapan bangsa
Melayu untuk membangun ekonominya. 

Kedua, Islam menuntut umatnya, dalam konteks ini bangsa Melayu


kepada memahami perkembangan dan tuntutan ekonomi semasa
semoga mereka mampu merancang untuk merebut peluang ekonomi di
dalam dan di luar negara.  Konsep berperanan di arena antarabangsa
adalah tidak asing kepada Islam, yang pada hakikatnya merupa agama
untuk manusia sejagat.

Malaysia yang merupakan negara ketujuh belas dagangan terbesar di


dunia sudah pasti akan menghadapi cabaran yang hebat dari proses
globalisasi yang tidak boleh dibendung itu.  Ini adalah satu senario yang
mempengaruhi dunia keseluruhannya.  Justeru itu kemampuan bersaing
di peringkat sejagat memerlukan kemampuan mencipta dan menghasil
barangan dan perkhidmatan baru yang bermutu dengan disertai
pencetusan permintaan yang besar.  Berasaskan kepada keadaan
tersebut bangsa Melayu dituntut oleh Islam untuk berperanan di arena
antarabangsa.  Dalam kata lain Islam menuntut bangsa Melayu berjiwa
besar.

Justeru itu salah satu aspek yang penting ialah kepada penambahbaikan
kepada corak pengurusan organisasi dan peruntukan untuk penyelidikan
dalam organisasi milik Melayu.  Di Malaysia pada contohnya, hanya
0.3% daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) diperuntukkan untuk
penyelidikan dan pembangunan (Research and Development)  manakala
di negara maju 2% - 3 % KNK.  Melalui usaha-usaha tersebut
masyarakat Melayu akan berkebolehan berperanan di peringkat sejagat.

Dalam hubungan tersebut untuk terus meningkat daya persaingannya,


bangsa Melayu perlu mengambil langkah berikut:

 Melantik pemimpin yang benar-benar layak menerajui organisasi


Melayu.
 Meningkat mutu prestasi pengurusan organisasi melalui
peningkatan keberkesanan kos pengurusan dan kelancaran sistem
organisasi.
 Meningkat penghasilan pekerja melalui pembangunan pekerja
berillmu (knowledge worker).

Pekerja berilmu ataupun dalam istilah semasa `modal insan' boleh


dicapai melalui usaha berikut:

 Membina pekerja yang memiliki pandangan hidup yang sempurna


serta progresif menepati ajaran Islam;
 Membina sahsiah pekerja yang berintegriti dan dinamik. Setiap
pekerja hendaklah berkemahuan untuk maju serta berusaha
membangun kekuatan masyarakat;
 Meningkat kepakaran dan kemahiran pekerja dalam menguasai
pengetahuan dalam bekerja (termasuk dalam seni kepimpinan,
corak pengurusan) dan ilmu sains dan teknologi (termasuk ICT);
 Membudayakan pekerja untuk meningkat mutu kreatif dan
innovatif dalam kesemua aspek pekerjaan.

Ketiga, bangsa Melayu perlu digalak melibatkan diri dengan kegiatan


perniagaan.  Usaha kerajaan untuk membentuk golongan perdagangan
dan perindustrian Melayu perlu sepenuhnya mengambil pendekatan
Islam melalui usaha-usaha berikut:

Pada mulanya pihak berwajib perlu mengemukakan pandangan Islam


terhadap urusan perniagaan.  Rasulullah s.a.w., isteri baginda, Saidatina
Khadijah dan beberapa sahabat besar Baginda adalah ahli perniaga yang
berjaya.  Bahkan mengikut Islam perniaga yang jujur dan beramanah
akan dibangkit di Hari Akhirat bersama dengan para Nabi, orang-orang
yang benar dan para syuhada.

Di samping mulianya anugerah Islam kepada individu perniaga, aktiviti


perniagaan merupakan sumber rezeki terbesar, iaitu sembilan puluh
peratus dari sumber-sumber rezeki Allah s.w.t.  Justeru itu jika umat
Islam berkeinginan untuk membangun kekuatan ekonomi, mereka perlu
melibatkan diri dan dengan berkesan dalam kegiatan perniagaan.

Dalam rangka membangun penguasaan sektor perniagaan, bangsa


Melayu perlu memiliki jiwa besar, iaitu jiwa sebagai bangsa yang mampu
berperanan diperingkat antarabangsa.  Matlamat ini boleh di jayakan
jika perniaga Melayu menghayati strategi menguasai pasaran dalam
perniagaan.  Strategi ini menganjur kepada kebolehan bangsa Melayu
membaca peluang perniagaan yang besar dan disertai dengan usaha
meningkat mutu pengurusan, penghasilan barangan dan perkhidmatan
yang bermutu mengatasi pengeluaran antarabangsa.  Ini memerlukan
usaha penambahbaikan untuk meningkat perkhidmatan perniagaan
secara berterusan demi meningkat kebajikan umat manusia sejagat.

Melalui usaha-usaha di atas dengan jujur dan berkesan, tidak mustahil


bangsa Melayu beragama Islam mampu menjadi satu bangsa yang maju
dalam menguasai kedudukan ekonomi dan sekaligus mampu menjadi
contoh ikutan.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1249&cmd=resetall

17. Islam Dan Pengurusan Organisasi

Tn Hj Nik Mustapha Bin Nik Hassan


Timbalan Ketua Pengarah IKIM

10/05/2006 | Berita Harian

Islam diutus Allah (s.w.t.) untuk menyusun kehidupan manusia di


peringkat individu dan masyarakat semoga mencapai kemakmuran dan
kecemerlangan hidup di dunia dan seterusnya di akhirat. Penumpuan
kepada usaha mendidik individu dan menyusun masyarakat di peringkat
awal adalah bertujuan untuk melahir individu yang berguna dan
mengatur sistem hidup masyarakat semoga dapat berfungsi dengan baik
dan sekaligus mengurangkan segala bentuk permasalahan. Penyelesaian
Islam bukanlah hanya timbul akibat dari suatu permasalahan yang
dihadapi oleh manusia, tetapi Allah mengarahkan umat manusia pada
awal lagi supaya dididik dan disusun menepati fitrah kemanusiaan.
Natijah dari proses penyusunan yang baik ini memerlukan kepada suatu
sistem pengurusan diri, keluarga, organisasi dan negara yang mantap
demi membawa kepada wujudnya sebuah tamadun yang mulia.

Bagi usaha ke arah mewujudkan penyusunan organisasi menepati Islam,


ia merupakan kepada satu metodologi pendekatan yang sesuai dan
praktikal. Proses perubahan ke arah mencapai kejayaan hendaklah
melalui penerpan nilai tawhid kepada falsafah dan roh sistem yang sedia
ada. Islam tidak mengsyorkan semoga bentuk, mekanisme dan kegiatan
organisasi yang sedang beroperasi dihapuskan, melainkan kegilaan
tersebut jelas bertentangan dengan falsafah Islam. Islam hanya
mengutarakan garis panduan dan mengambil kira suasana dan budaya
persekitaran.

Dalam proses pengurusan, manusia yang menganggotai sesebuah


organisasi hendaklah diberi keutamaan. Manusia pada fitrahnya memiliki
sifat makhluk individu dan makhluk sosial. Untuk mencapai kejayaan
dan kecemerlangan dalam ke semua usaha, memahami hakikat ini
sangatlah perlu.

Sifat makhluk individu menonjolkan bahawa setiap individu berkeinginan


untuk menjaga kepentingan diri. Di samping itu sebgai makhluk sosial
pada lumrahnya perlu memerlui di antara satu sama lain dalam
mengatur tugas dalam organisasi. Pendekatan Islam mengemukakan
usaha dan tindakan yang mengharmonikan kepentingan individu dan
tanggungjawab organisasi atau sosial demi ke arah pencapaian
kebajikan masyarakat organisasi.

Untuk menjayakan keharmonian ini di peringkat individu, Islam


mengutamakan pendidikan akhlak semoga sahsiah (personality) individu
dapat dibentuk dengan memiliki sikap (boleh dipengaruhi oleh
pandangan hidup) yang positif dan mengamal perilaku yang mulia.
Usaha ini perlu kepada pendidikan yang dapat membantu kefahaman
dan menjalani latihan kerohanian semoga tindak tanduk yang negatif
dapat dikurangkan. Akhlak dan perilaku individu sepatut mengarah
kepada tanggungjawab individu untuk menghayati segala nilai dan
semangat keadilan dalam kesemua urusan pengendalian organisasi.
Pendidikan akhlak dengan itu dapat membentuk sikap yang mulia dan
positif.

Memahami keadaan suasana semasa turut juga merupakan keperluan


yang penting. Justeru itu memahami Islam, ilmu ekonomi, politik, dan
kebudayaan adalah sesuatu yang penting.Di samping itu, Islam turut
memberi penumpuan kepada peningkatan daya kemahiran dan
kepakaran individu pekerja dalam sesebuah organisasi. Organisasi
dengan itu mesti menganggap pekerja sebagai sumber yang terpenting
dan sanggup melabur kepada peningkatan kepakaran mereka. Individu
yang hendak dibangun mesti memiliki ketiga-tiga ciri ini, iaitu sikap yang
murni, memahami realiti dan budaya masyarakat, dan daya kepakaran
yang tinggi di peringkat tahap pekerjaan masing-masing. Tanpa ketiga-
tiga ciri ini, kejayaan sesebuah organisasi akan berada pada tahap yang
rendah. Bahkan hanya memiliki salah satu dari ciri ini tdak mungkin
membawa kepada kejayaan yang membanggakan.

Sifat mementing diri adalah daya penggerak yang akan dapat memberi
sumbangan positif kepada kemajuan sesebuah organisasi jika sifat
tersebut dapat dididik dan diletak pada tempatnya. Tanpa sifat ini tidak
mungkin manusia akan berusaha dengan gigih demi mencapai kejayaan
diri. Bahkan sifat tersebut pada fitrah terdapat dalam diri manusia.
Justeru itu bagi Islam daya usaha dan kreativiti seseorang individu akan
dapat dijayakan jika sistem organisasi memberi ruang yang secukupnya
kepada kebebasan usaha individu. Islam hanya memberi panduan
melalui tanggungjawab keagamaan yang perlu dilaksanakan oleh setiap
warga organisasi. Disamping itu Islam memberi penekanan kepada
pendidikan dan latihan kerohanian moga-moga sifat mementing diri
dapat diletak pada tempat yang sebenar. Dengan pendekatan ini Islam
berkeyakinan bahawa, sikap serta perilaku individu akan berbentuk
positif dan optimis.

Hasil dari keyakinan kepada kedudukan individu dalam sistem


penyusunan organisasi, Islam dengan itu memberi keutamaan kepada
pembangunan modal insan secara menyeluruh semoga dapat
mempertingkatkan daya kepakaran dengan disertai nilai akhlak yang
mulia. Dalam sistem penyusunan organisasi, ruang untuk individu
berusaha serta membuat keputusan perlulah diperluaskan. Struktur
membuat keputusan organisasi dengan itu akan diagihkan ke bahagian
dan unit tertentu mengikut keperluan dan bidang tugas yang releven.

Di peringkat negara, semangat perluasan ruang untuk sektor individu


atau swasta berperanan dalam penyusunan dan kegiatan negara turut
serta memanifestasikan bahawa Islam berkeyakinan penuh kepada
initiatif individu dalam sektor swasta. Sektor swasta mendapat
kedudukan yang utama dalam menggerakkan perjalanan kegiatan
pembangunan negara. Adalah kenyataan bahawa sektor swasta yang
peka dengan tanggungjawab kepada masyarakat (social responsibility)
akan dapat menerajui masyarakat ke arah kecemerlangan. Masyarakat
penyayang akan dapat diwujudkan apabila golongan individu di atas
mengambil ikhtiar sendiri dengan galakan pemerintah dapat berfungsi
secara majmuk menangani masalah masyarakat.

Begitu sepatutnya semangat tolong menolong dan budaya bekerja


secara berpasukan perlu diwujudkan dalam sesebuah organisasi.
Semangat kerja berpasukan dengan sekaligus dapat melaksanakan
mekanisme syura atau perbincangan dalam menangani sesuatu tugas
dan di samping itu dapat mengurang karenah pekerja dalam menjalani
tugas organisasi. Kecemerlangan dalam menghasilkan produktiviti dan
kualiti tugas adalah natijah dari memiliki pandangan hidup tersebut yang
dapat diterjemahkan dalam prinsip pengurusan dan penyusunan
organisasi.

Hasil dari menerajui pengurusan organisasi mengikut perspektif di atas


semangat keadilan akan dapat diterapkan dalam pengurusan organisasi.
Pelaksanaan roh keadilan dalam pengurusan akan memperkukuhkan lagi
suasana dan budaya muafakat dalam segala bentuk urusan tugas dan
tanggungjawab. Bahkan kemuncak kepada wujudnya prinsip keadilan
bagi sesebuah organisasi akan menghasil kejayaan yang cemerlang
dalam bentuk produktiviti dan kualiti kerja pekerja.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=939&cmd=resetall

You might also like