You are on page 1of 15

TAJUK: PENGUMPULAN CERITA PATRIOTIK

(LEFTENAN ADNAN WIRA NEGARA)

AHLI KUMPULAN:
1)MUHAMMAD HARITH BIN HASAN
2)MUHAMMAD AFIQ BIN RAMLAN
3)NUR SYAZWANI BINTI ABDULLAH
4)MUHAMMAD ASYRAF BIN TAKHIYUDDIN
2.1 Tajuk Projek
2.2 Matlamat Projek
2.3 Objektif
2.4 Kaedah Pengumpulan
2.5 Pelaksanaan Projek
2.6 Hasil Projek
2.7 Menbuat Refleksi
2.8 Penghargaan
2.9 Senarai Lampiran
2.1
2.2 Matlamat Projek

a) Mengaplikasi pengetahuan dan nilai sivik dan


kewarganegaraan di luar bilik darjah.
b) Menyedarkan murid tentang pentingnya
semangat patriotik terhadap negara.
c) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin,
dan bertanggungjawab terhadap masyarakat
dan Negara.
d) Menyedarkan akan pentingnya jasa yang telah
perajurit Negara memepertahankan Negara
demi memerdekakan Malaysia.
2.3 Objektif
a) Mengenal tokoh dan cerita patriotic dengan
lebih dekat.
b) Menanam sikap patriotik balam diri murid.
c) Menghormati tokoh yang pernah berjasa dan
berbakti kepada negara.
2.4 Kaedah
Pengumpulan

a) Mengkaji bahan-bahan rujukan seperti buku


sejarah, majalah, dan berita-berita tertentu.
b) Membuat perbincangan atau temu bual dengan
guru sejarah atau tokoh tempatan yang
mempunyai pengetahuan atau pengalaman
tentang sejarah berkenaan.
c) Menggunakan alat perakam yang bersesuaian
semasa sesi temu bual atau perbincangan.
d) Mencatat, menulis, dan menaip bahan-bahan
yang diperoleh dengan lengkap dan
menyerahkan kepada ketua kumpulan untuk
tindakan selanjutnya.
2.5 Pelaksanaan Projek

a) Mengatur tugas setiap ahli yang menyertai


kumpulan kami.
b) Menyediakan gambar, peta, dan bahan-bahan
yang berkaitan sebagai lampiran.
c) Mengarang atau menulis bahan-bahan dalam
betuk yang mudah difahami dan sempurna.
d) Menemu bual guru sivik.
2.6 Hasil Projek

Latar Belakang:

Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung
Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak
sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi
juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas
dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk,
ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda
Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di
Kajang, Selangor.

Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia
merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan
pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama
lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki
tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar
Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik.
Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas
bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili
platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan
Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat
kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan
pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik
sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .
Sebagai Ketua Keluarga:

Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru
dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki,
Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak
perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus
selepas kejatuhan Singapura.

Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa
keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam
kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.

Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia
untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung
mereka di Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya,
Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir
mereka bersama.

Pertempuran Di Bukit Candu:


Pendaratan tentera Jepun di Malaya [Tanah Melayu](Malaysia) dan tindakan pantas
tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-
pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir
Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu
dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit
tersebut.

Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang
biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi
kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan
pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura
berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain
itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan
langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh
bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera
British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.

Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C'
merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1
Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu, bersama-sama dengan batalion
ke-2 "Loyal Regiment" Tentera British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama
Malaya (1st Malaya Brigade)

Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal
di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka
kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut,
permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan
bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di
Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera
Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'. Adnan
dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah
tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota
yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan
pertahanan di Celah (Gap).

Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak
ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan
ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah
keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt.
Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng
pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan
benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada
Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun,
memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian
Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt.
Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu
bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British.
Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan
dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa
tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam
bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan
tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen
Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.
Kematian Pejuang:
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,
termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata
mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam
pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan
mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan
tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh
orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang
menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.

Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan


salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu.
Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang
terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan
melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan
Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua
platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai
rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali.
Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal
Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan
mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut
beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.

Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu,
teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran
tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia
melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik,
terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya
basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya,
Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa
mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt.
Adnan Saidi tidak dibakar).

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang
telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang
merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu
disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan
Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:

"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang
Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen
Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa
yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir
Panjang)..."
2.7 Membuat Refleksi
(a)Kejayaan Projek
• Projek ini berjaya mencapai objektif yang
dihasratkan.
• Mengumpulkan cerita / kisah patriotik.
• Dapat merapatkan lagi hubungan sesame ahli
kumpulan.

(b)Masalah Projek
• Ahli yang mengambil masa yang lama untuk
mencari maklumat atau tugasan yang ditetapkan.
• Kekurangan rujukan tempatan tentang tokoh-
tokoh tertentu.

(c)Cara Mengatasi Masalah


• Membantu ahli yang mengalami kesukaran
semasa menjalankan tugas.
• Mencari maklumat melalui internet.
2.8 Penghargaan
GURU:
Terima kasih kepada Puan Shahida kerana
membantu kami dalam misi menyiapkan kerja
kursus sivik tingkatan 4.
2.10 Senarai Lampiran
Gambar-gambar Terkumpul:

Leftenan Adnan

Potret Leftenan Adnan

Senjata Yang Digunakan Semasa Pertempuran di Bukit Candu:

Lewis Machinegun

Bayonet
Bom Tangan

\ Mortar

Senarai Bahan Rujukan:

a) http://ms.wikipedia.org/wiki/Adnan_bin_Said
i
b) http://www.youtube.com/view_play_list?
p=F7FC7FC371E8D57A&search_query=left
enan+adnan
c) http://images.google.com.my/images?
hl=en&q=leftenan+adnan&gbv=2&aq=1&oq
=lefte

You might also like