You are on page 1of 2

Fail 01 - 2.

1 Senarai 33 Kemahiran

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas
(Masalah Penguasaan 3M. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.

PEMULIHAN BAHASA MELAYU

2.1 SET KEMAHIRAN


Set kemahiran ini dibina berasaskan masalah penguasaan kemahiran asas yang
lazim dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) tahap satu, iaitu tahun 1 hingga tahun 3. Kemahiran ini tersenarai secara
tuturan, iaitu daripada mudah kepada yang lebih sukar berasaskan bidang
pengetahuan, pemahaman dan penggunaan.
Kemahiran Bahasa Melayu ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu senarai
kemahiran, aktiviti pembelajaran dan sumber contoh. Guru boleh mempelbagaikan
sumber dengan memanfaatkan sumber seperti Projek InSpire, Projek BAKA,
Projek BUDI dan sumber komersial. Guru perlu mengenal pasti bahan yang sesuai
digunakan untuk sesuatu aktiviti atau kemahiran.
Set kemahiran bagi aktiviti pemulihan Bahasa Melayu ini mengandungi 33
kemahiran asas seperti yang di bawah.

Huruf
1. Nama huruf kecil
2. Nama huruf besar
3. Fonik konsonan
4. Vokal

Suku Kata
5. KV
6. KVK
7. KV melibatkan diftong dan digraf
8. KVK meliatkan digraf

Perkataan
9. V + KV
10. KV + KV
11. KV + KV dengan digraf
12. KV + KV dengan diftong
13. KVK
14. V + KVK
15. V + KVKK
16. KV + KVK; KVK + KV
17. KV + KVKK
18. KV + KVK; KVK + KV dengan diftong dan digraf
19. KVK + KVK
20. KVK _ KVK dengan digraf
21. Vokal berganding
22. KV + KV + KV
23. KV + KV + KKV
24. KV + KV + KVKK
25. KV + KVK + KVKK
26. KVK + KV + KVK
27. KV + KV + KVKK
28. KVK + KVK + KVKK
29. KVK + KV + KVKK
30. KVKK + KV + KVK
31. KV + KVKK + KVK

Ayat/Perenggan
32. Ayat
33. Bacaan dan Pemahaman

Penggunaan
Murid yang mengikuti program pemulihan khas tidak semestinya perlu mengikuti
kemahiran yang tersenarai dari kemahiran 1 hingga kemahiran 33. Kemahiran
yang perlu dipelajari hendaklah berdasarkan analisis ujian diagnostik.
Pengajaran secara kumpulan boleh dilakukan sekiranya didapati
sekumpulan murid mengalami kesukaran menguasai kemahiran yang sama.
Setelah murid mengikuti aktiviti pembelajaran pada sesuatu peringkat
kemahiran yang tersenarai, pencapaian mereka boleh diuji dengan menggunakan
item ujian pencapaian yang sesuai.

Fail ini ialah fail pertama bagi bab 2.1 “Set Kemahiran” seperti yang terdapat dalam Buku Panduan
Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M (1999). Fail ini ialah edisi digital
suntingan Mohd Isa Abd Razak. Bahan ini digunakan untuk tujuan latihan di Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Keningau pada tahun 2007 dan 2008. Bahan ini dapat dimanfaatkan oleh guru yang melaksanakan
program celik huruf.

Nota pada 17 Januari 2010

Literasi dan Numerasi 2010 (LINUS)

Konstruk 1 Keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan


Konstruk 2 Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata terbuka
Konstruk 3 Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka
Konstruk 4 Keupayaan membunyikan dan menulis suka kata tertutup
Konstruk 5 Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata
Konstruk 6
tertutup ng
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata
Konstruk 7
vokal tunggal
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan
Konstruk 8
vokal berganding
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan
Konstruk 9
konsonan berganding
Konstruk 10Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran
Konstruk11 Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah
Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan secara lisan atau
Konstruk 12
penulisan

You might also like