You are on page 1of 49

1.

0 PENGENALAN

1.1 Pengertian Dialek

Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘dialektos’ yang pada mulanya

digunakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Di Yunani, terdapat perbezaan-

perbezaan kecil di dalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing, tetapi

sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka berasa mempunyai bahasa yang

berbeza. Mengikut Mario A. Pei , dialek adalah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh

sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.

Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan

daripada bentuk standard dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu, tetapi

kelainan tersebut tidak begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Faktor-faktor

yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor alam, politik, penjajahan dan masa. Demikian

pula halnya dengan ekonomi, cara hidup dan sebagainya. Ini tercermin juga di dalam dialek yang

bersangkutan.

Di Semanjung Malaysia contohnya, terdapat keadaan semulajadi yang terdiri daripada

bukit-bukau, hutan rimba dan sungai yang merupakan rintangan-rintangan kepada perhubungan

di antara penduduk-penduduknya, faktor politik telah membahagikan negara ini kepada unit-unit

politik yang lebih kecil, menghasilkan negeri-negeri Melayu Semenanjung Malaysia. Dialek-

dialek yang berdasarkan tempat seperti itu dipanggil dialek setempat. Dialek-dialek setempat di

Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu.

Dalam satu-satu dialek setempat di Malaysia, terdapat pula idiolek-idiolek iaitu kelainan-

kelainan pengucapan yang disebabkan oleh individu yang berlainan dan kelainan stilistik yang
1
terjadi akibat konteks yang berlainan. Semua kelainan ini disebut dialek. Sungguhpun terdapat

kelainan-kelainan tetapi bahasa tersebut tidak harus terkeluar daripada had saling kesefahaman

yang menentukan bahawa kelainan-kelainan itu masih tergolong di dalam satu bahasa.

2.0 LATAR BELAKANG TEMPAT KAJIAN

2.1 Latar Belakang Negeri Kelantan

Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada

14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli dan merupakan sebuah negeri agraria

iaitu pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Negeri Kelantan mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi, terletak di Timur

laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan

Thailand. Malaysia meliputi 336,700 km persegi yang terdiri daripada semenanjung Sabah dan

Sarawak di Kepulauan Borneo.

Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, ialah sebuah bandar yang sibuk sebagai pusat tumpuan

bagi pentadbiran dan aktiviti perniagaan. Negeri ini terbahagi kepada 10 jajahan pentadbiran

iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah,

Jeli dan Gua Musang. Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik, di mana hampir

setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu pada setiap tahun.

Biasanya hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau beberapa bulan

akan turun pada bulan November, Disember dan Januari. Suhu setiap hari dianggarkan dari 21°

C hingga 32° C. Negeri Kelantan yang mempunyai penduduk seramai 1.4 juta yang terdiri

daripada bangsa Melayu, Cina, India, Siam, dan lain-lain. Sebanyak 94% penduduk adalah

2
berbangsa melayu. Penduduknya meningkat hampir 2.8% setiap tahun. Sebanyak 75% daripada

penduduknya menetap di Utara negeri di mana kawasan itu meliputi sebanyak 17% daripada

jumlah tanah negeri tersebut.

Kelantan diperintah mengikut parti politik dan ia mempunyai hubungan yang baik

dengan kerajaan, mungkin ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara unik dan

matang yang mengamalkan sistem demokrasi. Persekitaran politik dan perbezaan antara negeri

dan kerajaan Mukim bukan menjadi masalah untuk membuat pelaburan. Semua polisi berkenaan

dengan pelaburan di Malaysia boleh dirujuk kepada kerajaan Mukim.

Kerajaan negeri akan memberi segala kemudahan berkenaan dengan pelaburan. Dalam

usaha untuk menarik minat pelabur melabur di Kelantan, kerajaan negeri berusaha untuk

menawarkan pelbagai kemudahan seperti kemudahan infrastruktur. Negeri Kelantan mempunyai

kemudahan yang secukupnya untuk menjalankan perniagaan secara kerjasama "Business

Ventures". Terdapat 39 buah cawangan bank komersial dan 12 institusi kewangan yang

beroperasi di negari ini.

Sejumlah 2300 km jalan di negeri dan mukim adalah berhubung dengan bandar utama di

Kelantan untuk ke Kota Bharu. Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur mengambil masa

selama 6 jam yang meliputi sebanyak 474 km melalui Gua Musang di Selatan Kelantan dan juga

negeri Pahang. Berikut merupakan peta bagi negeri Kelantan:

PETA KELANTAN

3
2.2 Sejarah Negeri Kelantan

4
Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama

Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya

datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Sejarah awal Kelantan tidak begitu

jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah.

Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer,

Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari

Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian

menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.

Pada 1499, Kelantan menjadi negeri asal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka

pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh

Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar.

Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur,

Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan.

Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah

Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunos iaitu putera raja Kelantan

Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai

Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh

Terengganu.

Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada

1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negera ufti Siam

yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak

5
penduduk serta termakmur di Semenanjung Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan

pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat.

Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19. Di

bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan,

Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-

negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.nKelantan merupakan tempat pertama

di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941.

Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas

kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British. Kelantan

menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan

negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan

menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

LOGO KELANTAN

6
BENDERA KELANTAN

2.3 Latar Belakang Daerah Kota Bharu

Kota Bharu merupakan sebuah pusat bandar utama bagi Negeri Kelantan . Perkembangan

bandar Kota Bharu bermula pada tahun 1844 iaitu sebagai sebuah penempatan DiRaja kini

berfungsi sebagai pusat utama bagi pentadbiran, perdagangan, kewangan, kebudayaan dan

pendidikan. Sehubungan dengan itu, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) merupakan sebuah

organisasi yang diwujudkan bagi mengendalikan pentadbiran bandar Kota Bharu.

Keluasan Bandar Kota Bharu adalah seluas 115.64 km persegi dengan jumlah penduduk

melebihi 300 ribu orang. Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan

sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan

Muhammad Ke-II. Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran

7
negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok,

Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, dan Gua Musang.

Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota

Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada

tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan

kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978. Majlis Perbandaran Kota Bharu

(MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang menjalankan operasi di sekitar bandar

Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen.

Keluasan kawasan pentadbirannya ialah 115.64 kilometer persegi yang merangkumi

kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan

dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di

sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat

Sungai Kelantan. Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan

dengan terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kewangan.

Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian sebagai Pusat

Institusi.

Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan

Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak

lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir.

Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang

baharu dibuka oleh baginda.

8
Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar

nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga

nama sebuah istana. Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan

menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai

Timur Malaysia dengan jumlah penduduk melebihi 400,000 orang.

Penduduk Kota Bharu sememangnya amat kaya dengan budaya yang sungguh unik.

Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya

oleh DYMM Al-Sultan Kelantan. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah

diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya

Islam". Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8

Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.

Dialek Kelantan adalah satu daripada dialek-dialek yang terdapat dalam bahasa Malaysia.

Dialek tesebut dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari Kelantan dan menduduki negeri

Kelantan. Dialek Kelantan juga dituturkan oleh penduduk-penduduk yang mendiami daerah-

daerah sempadan Kelantan/Terengganu, Kelantan/Pahang dan juga beberapa daerah dalam

wilayah Thai Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala dan Patani.

Di antara beberapa subdialek yang ada di Kelantan, subdialek Kota Bharu dianggap

sebagai subdialek yang standard. Dengan kata lain, subdialek inilah yang digunakan oleh orang-

orang golongan atasan di Kelantan dalam pertuturan mereka jika mereka tidak menggunakan

bahasa standard, bahkan dalam pertuturan sehari-hari pun. Subdialek ini dituturkan di daerah

Kota Bharu dan bepusat di Bandar Kota Bharu sendiri.

9
Di sinilah terdapat pusat pentadbiran perdagangan dan penyebaran budaya Kelantan. Di

sini jugalah terdapat tempat bersemayam keluarga di raja Kelantan. Dengan itu, subdialek yang

dituturkan di daerah ini oleh orang-orang Kelantan sendiri dianggap sebagai subdialek yang

‘tinggi’ yang menjadi tolok atau model dalam penggunaan bahasa bagi orang-orang Kelantan

dari daerah-daerah lain.

PETA JAJAHAN KOTA BHARU

10
3.0 PERBANDINGAN SUBDIALEK KOTA BHARU DENGAN BAHASA MELAYU

Jika membuat perbandingan antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu baku,

terdapat beberapa kelainan yang ketara di dalam bidang-bidang tertentu, seperti:

i. Fonologi

ii. Morfologi

iii. Ayat

iv. Leksikal

3.1 Kelainan dalam bidang fonologi

Fonologi merupakan satu kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa. Hal ini bermaksud, bidang

fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama

ada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. Dalam bidang ini, didapati wujud dua kelainan yang

ketara di antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu baku iaitu dalam aspek

pengucapan dan fonem.

3.1.1 Kelainan dalam pengucapan

Cara untuk mengungkapkan atau mengucapkan kata dalam subdialek Kota Bharu

berlainan dengan cara mengucapkannya dalam bahasa Melayu baku. Sebagai contoh, penutur

subdialek Kota Bharu mengucapkan [‫כ‬ ε] untuk [oran] dan [kit‫ ]כ‬untuk [kitә]. Berikut

merupakan contoh perkataan-perkataan yang menunjukkan ucapan yang berlainan di antara

subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu baku:

Subdialek Kota Bharu Bahasa Melayu


11
i. [kuba] [kәrbau] ‘Kerbau’

ii. [harε] [haram] ‘Haram’

iii. [m ?tε] [rambotan] ‘Rambutan’

iv. [abih] [habes] ‘Habis’

v. [bahaso] [bahasә] ‘Bahasa’

vi. [singoh] [singah] ‘Singgah’

vii. [itε] [hitam] ‘Hitam’

viii.[lopa?] [lompat] ‘Lompat’

ix. [sәlama?] [sәlamat] ‘Selamat’

x. [mε oh] [mεrah] ‘Merah’

3.1.2 Kelainan Fonem

Fonem merupakan unit bunyi terkecil yang dapat membezakan makna. Perbezaan makna

ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil pasangan. Subdialek Kota Bharu

mempunyai 35 fonem iaitu 15 fonem vokal dan 20 fonem konsonan.

(1) Fonem Vokal

/i/ seperti dalam /itek/ ‘itik’

/e/ seperti dalam /kile/ ‘kilir’

/ε/ seperti dalam /εl / ‘ela’

/a/ seperti dalam /kawa/ ‘kawal’

/i/ seperti dalam /ga in/ ‘garing’

/ẽ/ seperti dalam /kaẽ/ ‘kain’

/ε/ seperti dalam /sayε/ ‘sayang’

12
/ã/ seperti dalam /pacã/ ‘pancar’

/u/ seperti dalam /umõ/ ‘umur’

/o/ seperti dalam /tuboh/ ‘tubuh’

/ / seperti dalam /k t ?/ ‘kotak’

/ũ/ seperti dalam /kusũ?/ ‘akhir’

/õ/ seperti dalam /daõ/ ‘daun’

/ / seperti dalam /h / ‘ya’

/ә/ seperti dalam /pәloh/ ‘peluh’

Penyebutan vokal-vokal i, e, u, dan o dalam lingkungan-lingkungan yang terizin oleh

sistem fonologi subdialek ini tidak banyak bezanya dengan apa yang terdapat dalam Bahasa

Melayu dan subdialek-subdialek lain, kecuali ada nya ciri kardinal sekunder pada sifat kardinal

vokal-vokal berkenaan yang releven. Sebagai contoh:

I. Kota Bharu Bahasa Melayu

[kәlabu] [kәlabu]

[pәloh] [pәluh]

[buku] [buku]

Konsonan a akhir kata dalam Bahasa Melayu, atau konsonan pepet dalam bahasa

standard yang terdapat dalam lingkungan akhir kata, mempunyai kesejajaran dalam vokal

dalam subdialek ini. Misalnya:

II. Kota Bharu Bahasa Melayu


13
[d s ] [dosa]

[sap ] [siapa]

[kuas ] [kuasa]

Vokal a dalam suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal ,

dengan syarat konsonan yang mengikutinya itu adalah dalam Bahasa Melayu merupakan hentian

glotis ( ) atau frikatif (h).

III. Kota Bharu Bahasa Melayu

[M ?] [emak]

[Gal ?] [galak]

[Gaj h] [gajah]

[Mut h] [muntah]

Jika dalam Bahasa Melayu, konsonan penutup kata itu merupakan t atau p, ia dapat

digantikan oleh hentian glotis dalam subdialek ini dan a sebelumnya itu dipertahankan. Sebagai

contoh:

IV. Kota Bharu Bahasa Melayu

[Gәla?] [gәlap]

[Saya?] [sajap]

[Lewa?] [lewat]

[Lipa?] [lipat]

14
Selain itu, a, yang diikuti oleh salah satu konsonan nasal dalam suku kata akhir tertutup

mempunyai kesejajaran dengan dalam subdialek ini. Misalnya:

V. Kota Bharu Bahasa Melayu

[mas ] [masam]

[dal ] [dalam]

[dul ] [dulan]

[bәlac ] [bәlacan]

Konsonan a dalam Bahasa Melayu yang terdapat sebelum s pada akhir kata

dipertahankan dalam dialek ini, tetapi s digantikan dengan h. Sebagai contoh:

VI. Kota Bharu Bahasa Melayu

[Dә ah] [dәras]

[Bә ah] [bәras]

[Atah] [atas]

[Ulah] [ulas]

Demikian juga halnya dengan a yang dalam Bahasa Melayu diikuti oleh l dan r pada

akhir kata. Walau bagaimanapun, di dalam subdialek yang disenaraikan di bawah, l dan r

dihilangkan.

VII. Kota Bharu Bahasa Melayu

[Maha] [mahal]

[Mәka] [mәkar]
15
[Leba] [lebar]

[Tawa] [tawar]

(1.0) Vokal Nasal

Dalam subdialek Kota Bharu, terdapat fonem vokal nasal sedangkan dalam bahasa

Melayu tidak terdapat vokal nasal. Vokal-vokal nasal dalam subdialek Kota Bharu bersifat

fonemik, iaitu dapat memberi erti yang berlainan seperti yang ditunjukkan dalam pasangan-

pasangan miniml seperti yang senaraikan di bawah.

i. [kә i] ‘keri’

[kә i] ‘kering’

ii. [pane] ‘panggil’

[panẽ] ‘pangan’

iii. [tapε] ‘tapai’

[tapε] ‘tampan’

iv. [ a] ‘berderai’

[ ã] ‘ingin’

v. [ u] ‘ru’

[ ũ] ‘takut’

vi. [paco] ‘pancur’

[pacõ] ‘pancung’
16
vii. [s ?] ‘syak’

[s ?] ‘syuk’

viii. [wa] ‘layang-layang’

[wã] ‘bau busuk’

ix. [ca] ‘air lecah’

[cã] ‘memancut’

x. [la] ‘helai’

[ ã] ‘menyala’ atau ‘memancar’

(1.1) Vokal Rangkap

Subdialek Kota Bharu ini juga mempunyai banyak vokal rangkap yang boleh

dibandingkan seperti yang berikut:

I ) Rangkap depan - ae, ui, ue

II) Rangkap tengah - ia, ua

III) Rangkap belakang - io, io, iu, uo

Contoh Rangkap Depan

Kota Bharu Bahasa Melayu

17
[bae?] ‘Baik’

[kaen] ‘kain’

[kueh] ‘kuih’

[cue?] ‘Cuit’

[bueh] ‘buih’

Contoh Rangkap Tengah

Kota Bharu Bahasa Melayu

[bia] ‘biar’

[sia?] ‘siap’

[jua] ‘jual’

[sua?] ‘suap’

Contoh Rangkap Belakang

Kota Bharu Bahasa Melayu

[lio] ‘liur

[rioh] ‘riuh’

[di ] ‘dia’

[bi ?] ‘biak’

[tiu?] ‘tiup’

[du ] ‘dua’

18
[tu ?] ‘tuak’

(2) Fonem Konsonan

/p/ seperti dalam /pari/ ‘pari’

/b/ seperti dalam /balu/ ‘balu’

/t/ seperti dalam /tәn h/ ‘tengah’

/d/ seperti dalam /dapo/ ‘dapur’

/k/ seperti dalam /kuda/ ‘kuda’

/g/ seperti dalam /gila?/ ‘gilap’

/?/ seperti dalam /kak ?/ ‘kakak’

/s/ seperti dalam /saya?/ ‘sayap’

/z/ seperti dalam /zi?/ ‘zip’

/h/ seperti dalam /hapuh/ ‘hapus’

/c/ seperti dalam /culah/ ‘culas’

/j/ seperti dalam /jula/ ‘julai’

/l/ seperti dalam /lubε/ ‘lubang’

/ / seperti dalam / ape?/ ‘rapit’

/m/ seperti dalam /mude?/ ‘mudik’

/n/ seperti dalam /nasi?/ ‘nasi’

/n/ seperti dalam /namô?/ ‘nyamuk’

/n/ seperti dalam /nato?/ ‘mengantok’

/w/ seperti dalam /wa?/ ‘wad’

/y/ seperti dalam /yate/ ‘yatim’

19
Konsonan-konsonan yang terdapat dalam subdialek Kota Bharu dapat dibahagikan

kepada enam kategori iaitu:

(2.1) Konsonan Plosif/Hentian

Konsonan-konsonan dalam golongan ini yang dapat menduduki lingkungan akhir kata

hanyalah hentian glotis. Dengan ini juga konsonan-konsonan plosif lain yang terdapat dalam

Bahasa Melayu dapat menjadi unsur akhir kata digantikan dengan hentian glotis dalam subdialek

ini. Sebagai contoh:

Kota Bharu Bahasa Melayu

[ada?] [adat]

[ ba?] [ bat]

[isa?] [hisap]

[i u?] [hirup]

[a na?] [arnab]

(2.2) Konsonan Nasal

Konsonan nasal yang terdapat dalam subdialek Kota Bharu ialah m, n, n dan n. Keempat-

empat konsonan nasal yang terdapat dalam subdialek ini boleh menempati lingkungan pravokal

dan antara vokal. i, e, ε, , o dan u dalam hal ini. Begitu juga dengan konsonan-konsonan nasal

lainnya iaitu m dan n yang dalam Bahasa Melayu terdapat sebelum vokal-vokal tersebut,

mengalami penggantian dengan ng dalam subdialek Kota Bharu.

Kota Bharu Bahasa Melayu

[ren] ‘tenaga’

20
[sigon] ‘sigung’

[sokon] ‘sokong’

[kul n] ‘kulum’

[minun] ‘minum’

[bә әsen] ‘bersin’

Jika perkataan di dalam bahasa Melayu baku mempunyai vokal a sebelum konsonan

nasal terakhir iaitu m, n dan n, konsonan nasal tersebut akan mengalami proses pelemahan yang

akhirnya menggantikan kesemuanya itu dengan penyengauan yang merupakan artikulasi

tambahan pada vokal tersebut dan vokal tersebut mengalami perubahan pada bunyinya menjadi

ε.

Kota Bharu Bahasa Melayu

[tanε] ‘tanam’

[tamε] ‘taman’

[dalε] ‘dalam’

[selε] ‘selam’

[binatε] ‘binatang’

[tayε] ‘tayang’

(2.3) Konsonan Frikatif

Konsonan frikatif s hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Dalam

lingkungan sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami penggantian dengan h tanpa

melibatkan perubahan pada nilai vokal sebelumnya.

21
Kota Bharu Bahasa Melayu

[inuh] ‘hingus’

[aluh] ‘halus’

[pitah] ‘pintas’

[pәdah] ‘pedas’

[kәtah] ‘kertas’

[pulah] ‘pulas’

[panah] ‘panas’

[kә ah] ‘keras’

Konsonan h juga terdapat dalam lingkungan awal kata, antara vokal dan akhir kata.

Dalam lingkungan akhir kata, h dalam subdialek ini mempunyai kesejajaran dengan h dan s

dalam bahasa Melayu. Jika kesejajarannya itu h, maka a yang mendahuluinya itu mengalami

perubahan pada nilai bunyinya. Tetapi perubahan tersebut tidak berlaku jika kesejajarannya itu

ialah s.

Kesejajaran dalam subdialek Kota Bharu dengan h dalam bahasa Melayu sebelum vokal-

vokal lain adalah seperti yang berikut:

Kota Bharu Bahasa Melayu

[saloh] ‘salah’

[subo] ‘subuh’

[lәteh] ‘letih’

22
Contoh penyebaran h dalam lingkungan awal kata dan tengah kata adalah seperti yang

berikut:

Kota Bharu Bahasa Melayu

[habih] ‘habis’

[hase] ‘hasil’

[tahon] ‘tahun’

[mahliga] ‘mahligai’

[maha] ‘mahal’

(2.4) Konsonan Afrikat

Seperti dalam bahasa Melayu dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan afrikat dalam

subdialek Kota Bharu ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Konsonan-

konsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan sebelum kesenyapan.

Kota Bharu Bahasa Melayu

[Cin ] ‘Cina’

[cic ?] ‘cicak’

[jag ] ‘jaga’

[jә a?] ‘jerat’

(2.5) Konsonan Lateral

23
Konsonan lateral l tidak menempati lingkungan sebelum kesenyapan. Walau

bagaimanapun, sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami penghilangan tanpa menimbulkan

perubahan pada nilai bunyi vokal sebelumnya. Sebagai contoh:

Kota Bharu Bahasa Melayu

[lapu] ‘lampu’

[lala?] ‘lalat’

[luah] ‘luas’

[kate] ‘katil’

[aka] ‘akal’

[sapo] ‘sampul’

(2.6) Pemanjangan Konsonan

Subdialek Kota Bharu ini mempunyai ciri pemanjangan yang khususnya terletak pada

awal kata. Proses ini berlaku dalam kata atau antara kata. Jika proses ini merupakan proses

dalam kata, maka perkataan yang berkenaan biasanya terdiri daripada tiga suku kata yang suku

kata pertamanya digugurkan. Suku kata yang digugurkan itu akan digantikan dengan

menimbulkan kepanjangan pada konsonan pertama pada suku kata kedua perkataan yang

berkenaan.

Suku kata yang digugurkan itu boleh merupakan salah satu awalan dan boleh juga tidak.

Dalam kes yang pertama, suku kata tersebut merupakan ciri morfologi, yakni suku kata

berkenaan merupakan salah satu awalan. Sebaliknya, dalam kes yang kedua, suku kata yang

terlibat hanya merupakan ciri fonologi sahaja bagi perkataan yang mendukungnya yakni suku

kata yang demikian itu tidak medukung sebarang makna.

24
Kota Bharu Bahasa Melayu

[nnik h] [mәnikah]

[nnak ?] [pәnakot]

[nna i] [pәnari]

[jjalε] [bәrjalan]

[ccabu?] [tәrcabut]

[ttupa?] [kәtupat]

[nnatε] [binatan]

[mma i] [almari]

Proses ini juga boleh berlaku pada kata ganda. Dalam hal ini, unsur pertama pada kata

berkenaan mengalami pengguguran dan pada masa yang sama konsonan awal pada unsur kedua

itu dipanjangkan. Sebagai contoh:

Kota Bharu Bahasa Melayu

[ amô] ‘rama-rama’

[llabi] ‘labi-labi’

[kku ô] ‘kura-kura’

Jika proses itu merupakan antara kata, maka proses tersebut khususnya yang berlaku

dalam hubungan antara kata depan dengan kata nama yang mengikutinya, kata depan yang

berkenaan mengalami pengguguran. Dengan itu, konsonan pertama pada kata nama berkenaan

mengalami pemanjangan. Kata depan yang terlibat hanyalah ‘di’, ‘pada’ dan ‘ke’. Misalnya:

Kota Bharu Bahasa Melayu

[san ] ‘ke sana’


25
[ssini] ‘ke sini’

[kkeb ] ‘ke kebun’

[ddalε] ‘di dalam’

3.2 Kelainan Dalam Bidang Morfologi

Bentuk yang berlainan dalam bidang morfologi di antara subdialek Kota Bharu dengan

bahasa Melayu dapat dilihat dalam aspek-aspek yang berikut:

i. struktur morfem terikat

ii. jenis dan jumlah morfem terikat

iii. kekerapan penggunaan morfem terikat

(I). Struktur Morfem Terikat

Struktur morfem terikat dalam subdialek Kota Bharu berlainan dengan struktur morfem

terikat dalam bahasa Melayu. Umpamanya, hanya terdapat satu jenis struktur awalan dalam

subdialek Kota Bharu iaitu KV yang pengucapan Vnya tidak begitu jelas, misalnys {sә-} seperti

dalam /sebesa/ ‘sebesar’, sedangkan dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu (i) KV yang

pengucapan Vnya lebih jelas sedikit daripada yang diucapkan dalam subdialek Kota Bharu,

misalnya {sә-} dalam /sepandai/ ‘sepandai’ dan (ii) KVK, misalya {bәr-} seperti dalam

/berjalan/ ‘berjalan’. Berikut merupakan perbandingan stuktur awalan di antara subdialek Kota

Bharu dengan bahasa Melayu.

Kota Bharu Bahasa Melayu


KV KVK

{be-} {ber-}
26
{te-} {ter-}

{pe-} {pe-}

{me-} {me-}

{ke-} {ke-}

{se-} {se-}

Struktur akhiran yang terdapat dalam subdialek Kota Bharu berlainan dengan yang

terdapat dalam bahasa Melayu. Dalam subdialek ini, hanya terdapat satu struktur saja iaitu V,

misalnya {ε} seperti dalam [pilehε] ‘pilihan’, sedangkan akhiran dalam bahasa Melayu

mempunyai tiga struktur iaitu (i) KVK, misalnya (-kan) seperti dalam /jalankan/ ‘jalankan’, (ii)

VK, misalnya (-an) seperti dalam /buatan/ ‘buatan’ dan (iii) V, misalnya (-i) seperti dalam

/[tidori]/ ‘tiduri’. Berikut merupakan perbandingan struktur akhiran di antara subdialek Kota

Bharu dengan bahasa Melayu:

Kota Bharu Bahasa Melayu


V KVK/VK/V

- {-KAN}

{-ε} {-an}

{-i} {-i}

Selain itu, terdapat juga struktur imbuhan apitan yang berlainan di antara subdialek Kota

Bharu dengan Bahasa Melayu. Sruktur imbuhan apitan dalam subdialek Kota Bharu hanya satu

sahaja iaitu KV…V, misalnya {kә…ε} seperti dalam /kәlәbehε/ ‘kelebihan’, sedangkan dalam

Bahasa Melayu terdapat tiga jenis, iaitu (i) KV…KV, iaitu {mә..kan} seperti dalam /mәmulәkan/

‘memulakan’, (ii) KV…VK, misalnya {kә… an} seperti dalam /kәlәmahan/ ‘kelemahan’ dan

27
(iii) KV…V, misalnya {mә..i} seperti /mәnәmui/ ‘menemui’. Berikut diberikan perbandingan

struktur imbuhan apitan di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa Melayu:

Kota Bharu Bahasa Melayu


KV…V KV…KVK/KV…VK/KV…V

{kә..ε} {mә..kan}

{kә… an}

{mә..i}

(II). Jenis dan Jumlah Morfem Terikat

Jenis-jenis morfem terikat yang terdapat dalam subdialek Kota Bharu juga tidak sama

dengan yang terdapat di dalam Bahasa Melayu. Dalam subdialek Kota Bharu hanya terdapat

enam awalan, dua akhiran, tiga imbuhan terbahagi dan suprafiksa kepanjangan konsonan.

Sedangkan dalam Bahasa Melayu terdapat sebanyak tujuh awalan, tiga akhiran dan lima

imbuhan apitan.

(i) Enam awalan dalam subdialek Kota Bharu

{be-} /bεtεmu/ ‘bertemu’

{te-} /tεpileh/ ‘terpilih’

{pe-} /pεmaen/ ‘pemain’

{me-} /mεnuleh/ ‘menulis’

{ke-} /kεkaseh/ ‘kekasih’

{se-} /sebuwoh/ ‘sebuah’

(ii) Dua akhiran dalam subdialek Kota Bharu

{ε-} /pilehε/ ‘pilihan’


28
{i-} /bε?ki/ ‘baiki’

(iii) Tiga imbuhan apitan dalam subdialek Kota Bharu

{kә…ε} /kәlәbehε/ ‘kelebihan’

{pә…ε} /pәkaja ε/ ‘pelajaran’

{mә…i} /mәlәbehi/ ‘melebihi’

(iv) Suprafiksa kepanjangan konsonan dalam subdialek Kota Bharu

/bbuoh/ ‘berbuah’

(v) Tujuh awalan dalam bahasa Melayu

{bәr-} /bәrlari/ ‘berlari’

{tәr-} /tәrbae?/ ‘terbaik’

{pә-} /pәmaen/ ‘pemain’

{pәr-} /pәrbuat/ ‘perbuat’

{mә-} /mәmasa?/ ‘memasak’

{kә-} /kәkaseh/ ‘kekasih’

{sә-} /sәbәsa/ ‘sebesar’

(vi) Tiga akhiran dalam Bahasa Melayu

{-kan} /bәlikan/ ‘belikan’

{-an} /pujian/ ‘pujian’

{-i} /mileki/ ‘miliki’

(vii) Lima imbuhan apitan dalam Bahasa Melayu

29
{mә...kan} /mәnjalankan/ ‘menjalankan’

{kә…an} /kәrajinan/ ‘kerajinan’

{pә…an} /pәnajian/ ‘pengajian’

{per…an} /pәrsәlisehan/ ‘perselisihan’

{mә…i} /mәnidori/ ‘meniduri’

Kelainan-kelainan lain yang ketara di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa

Melayu ialah dari aspek sisipan. Dalam subdialek Kota Bharu hanya terdapat dua sisipan sahaja

iaitu {-әl-} dan {-әm-} seperti dalam /gәlәta/ ‘geletar’ dan /tәmu o/ ‘temurun’, manakala dalam

Bahasa Melayu terdapat tiga sisipan iaitu {-em-}, {-el-} dan {-er-} seperti dalam /gәmu oh/

‘gemuruh’, /tәlunju?/ ‘telunjuk’ dan /gә igi/ ‘gerigi’.

Di samping itu, dalam subdialek Kota Bharu tidak terdapat akhiran {-kan} dan imbuhan

apitan {mә…kan}dan {pәr…an}, sedangkan dalam bahasa Melayu terdapat unsur tersebut.

Kelainan yang ketara dalam bidang ini iaitu di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa

Melayu ialah tentang suprafiksa kepanjangan konsonanan yang banyak sekali terdapat dalam

subdialek Kota Bharu tetapi tidak terdapat dalam Bahasa Melayu.

(III). Kekerapan Penggunaan Morfem Terikat

Dari segi penggunaan morfem-morfem terikat, didapati kekerapan subdialek Kota Bharu

tidak setinggi seperti dalam Bahasa Melayu. Dibandingkan di antara morfem-morfem terikat

awalan, akhiran, imbuha apitan dan suprafiksa kepanjangan konsonan didapati suprafiksa

kepanjangan konsonan lebih kerap digunakan oleh penutur subdialek Kota Bharu, sedangkan

penutur Bahasa Melayu tidak menggunakan bentuk tersebut. Penggunaan imbuhan apitan sangat

terhad dalam subdialek Kota Bharu dan kebanyakkan kata yang mengandungi imbuhan apitan
30
yang digunakan oleh penutur-penutur subdialek Kota Bharu merupakan kata-kata yang diambil

dan disesuaikan daripada Bahasa Melayu.

3.3 Kelainan dalam Bidang Ayat

Kelainan yang terdapat dalam bidang ayat di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa

Melayu wujud dalam aspek-aspek yang berikut:

i. Susunan ayat pasif.

ii. Susunan kata aspek /d h/ ‘sudah’ dalam ayat.

iii. Susunan kata kesangatan dalam ayat.

3.3.1 Susunan ayat pasif

Ayat pasif dalam subdialek Kota Bharu didapati mempunyai susunan yang berlainan

daripada ayat pasif yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Ayat pasif dalam subdialek ini tidak

menggunakan di pasif sebelum kata kerja transitif seperti yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

Bentuk ini juga tidak menggunakan kata oleh sebelum pelaku. Ayat pasif dalam subdialek Kota

Bharu mempunyai tiga susunan yang berlainan:

(i) Ayat pasif yang menggunakan kata emfatik /n /an / sebelum kata kerja transitif dengan

diikuti oleh kepanjangan konsonan sebelum pelaku seperti dalam ayat:

“//kambe kәn makε ima// ‘kambing dimakan (oleh) harimau.”

(ii) Ayat pasif yang menggunakan kata depan /di/d/ sebelum pelaku seperti dalam ayat:

“//ula kәn kat ? di mama?// ‘ulat itu dipukul (oleh) Mamat.

(iii) Ayat pasif yang menggunakan kata depan /k / sebelum pelaku seperti dalam ayat:

//kasu? Tu kәn paka k diy // “kasut itu dia pakai, oleh dia.”
31
3.3.2 Susunan Kata Aspek /d h/ ‘sudah’ dalam ayat

Dalam subdialek Kota Bharu, susunan kata aspek /d h/ ‘sudah’ dalam ayat adalah

berlainan daripada yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Kata aspek /d h/ ‘sudah’ dalam

subdialek ini hadir selepas kata kerja, sedangkan dalam Bahasa Melayu bentuk tersebut hadir

sebelum kata kerja. Berikut diberikan perbandingan susunan kata aspek /d h/ dalam ayat di

antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa Melayu:

Kota Bharu Bahasa Melayu

i. //amb makε d h// ‘saya sudah makan’

ii. //kә әj kit siya? d h// ‘kerja kita sudah siap’

iii. //p ? ci? Lab d h// ‘pak cik sudah melabur’

3.3.3 Susunan Kata Kesangatan dalam Ayat

Dalam subdialek Kota Bharu, kata kesangatan hadir hanya selepas adjektif atau kata yang

hendak ditambah kualitinya itu, sedangkan dalam Bahasa Melayu lazimnya hadir sebelum

adjektif, tetapi terdapat juga selepas kata yang hendak ditambah kualitinya. Sebagai contoh:

Subdialek Kota Bharu Bahasa Melayu

i. //bud ? tu bae? sana?// ‘budak itu sangat baik’

ii. //zainun tido lam sungoh// ‘zainun tidur sungguh lama’

iii. //siti panda bәna mәnaji// ‘siti pandau benar mengaji’

3.4 Kelainan dalam Bidang Leksikal

32
Oleh sebab subdialek Kota Bharu merupakan satu daripada dialek-dialek Bahasa Melayu,

maka banyak sekali kata-kata atau unsur-unsur leksikal dalam subdialek Kota Bharu yang sama

dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa

kelainan dalam bidang leksikal seperti berikut:

i. Kata-kata yang ada dalam subdialek Kota Bharu tetapi tidak terdapat dalam Bahasa

Melayu.

ii. Kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata. Mengikut Ismail Hussein, pengaruh

daripada bahasa Thai telag menyebabkan timbulnya kemiripan untuk menunggalkan suku

kata di dalam kata-kata yang bersuku kata dua. Beliau juga menerangkan bahawa

peminjaman unsur-unsur leksikal daripada bahasa Thai banyak sekali berlaku dalam

subdialek Kota Bharu.

iii. Kata-kata daripada Bahasa Melayu yang disesuaikan dalam subdialek Kota Bharu. Dialek

Kelantan mempunyai banyak kata yang sama dengan bahasa Melayu, tetapi kata-kata

tersebut mempunyai erti yang berlainan sama sekali dengan Bahasa Melayu.

4.0 PERKATAAN DALAM SUBDIALEK KOTA BHARU YANG TIDAK TERDAPAT

DALAM BAHASA MELAYU

Dalam subdialek Kota Bharu, terdapat banyak perkataan yang tidak terdapat dalam

Bahasa Melayu. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai maksudnya tersendiri dan sering

digunakan dalam pertuturan orang Kelantan. Berikut merupakan senarai beberapa perkataan

tersebut:

Subdialek Kota Bharu Bahasa Melayu


33
[hunga] ‘lari’

[n ] ‘kelapa’

[nepen] ‘iklan’

[kәleh] ‘tengok’

[k ε] ‘kukur kelapa’

[t ?se] ‘tidak mahu’

[kk c ?] ‘cakap’

[jjәla] ‘lahap’

[tε] ‘pukul’

[go?] ‘reban’

[iga?] ‘tangkap’

[j ?o] ‘redup’

[s ?m ] ‘selalu’

[ ya?] ‘beritahu’

[kaw ] ‘saya’

[mango?] ‘sombong’

[bәd ? h] ‘melampau’

[ ?] ‘tahan/sabar’

[no] ‘buai’

[l ?] ‘biar’

[jjabe] ‘plastik’

[ddebe] ‘samseng’

[gәlәna] ‘mengada-ngada’

34
[r ?] ‘belukar’

[gg j h] ‘bertumbuk’

[temb ?] ‘jalan raya’

[sәlu?] ‘air lecah’

[nnәpoh] ‘melecet’

[dεm ] ‘awak’

[c ?] ‘cangkul’

[l ni] ‘sekarang’

[k h ] ‘perlahan/semakin’

[mul ] ‘dahulu’

[dәnuh] ‘di sana’

[rεn] ‘tenaga’

[r ba] ‘pemadam’

[g ε?] ‘pengasah pensel’

[lεmb ?] ‘tilam’

[sәl ?] ‘kunci’

[g w ] ‘kekasih’

[bәlәd ] ‘agar-agar’

[cacc ] ‘berdiri’

[kal ] ‘pensil’

[kala] ‘pensil warna’

[g tε] ‘uli’

[s ?] ‘laci’

35
[bәda] ‘pukul’

[kute] ‘cubit’

[k ja] ‘perasan’

[tel ] ‘pelat’

[bel ?] ‘bengkok’

[s y k] ‘koyak’

[kaet] ‘petik’

[sәnda] ‘sekat/tahan’

[jan ?] ‘bergaya’

[sәnje?] ‘lembab’

[j l ] ‘ya/betul’

[nnεl ] ‘tingkap’

[agah] ‘bongkak’

[pij h] ‘ketayap’

[so? h] ‘senak’

[ike kә onε] ‘ikan cencaru’

[ccolε?] ‘rojak’

[ttujup] ‘pepatung’

[po?k ] ‘mengkarung’

[sa?soba] ‘absorber’

[ko?] ‘sekeh’

[әnja] ‘tendang’

[samah] ‘lima puluh sen’

36
[na?n ] ‘kesian’

[be?w h] ‘kenduri’

[toho?] ‘buang’

[ ukah] ‘panjat’

[cuw h] ‘curah’

[ete?] ‘juga’

[tәpoh] ‘langgar’

[tube?] ‘keluar’

[kәla in] ‘kesat’

[klikpah-klikpah] ‘terpinga-pinga’

[nnәtin] ‘melantun’

[ceb ?] ‘cedok’

[pata?] ‘paling bawah’

[sija] ‘sembuh’

[ja?] ‘opocot!’

[deh] ‘ok?’

[bo?bon] ‘sejenis musang’

[bbal h] ‘kelahi’

[gεgε] ‘bising’

[pozε?] ‘deposit’

[nubε] ‘menyelerakkan’

[mole?] ‘baik/betul-betul’

[tεpe?] ‘tampal’

37
[kope?] ‘payudara’

[ttij ?] ‘menangis’

[εjuh] ‘ekzos’

[cәto] ‘gayung air’

[le?cu] ‘gincu’

[cuweh] ‘cuit’

[sәn ti] ‘benar/sunguh’

[s ] ‘satu’

[acu] ‘cuba’

[tә әbuh] ‘serkup’

[sәlo?] ‘tergamam’

[bәjә o?] ‘kuyup’

[gano] ‘bagaimana’

[gendon] ‘bonceng’

[bakp ] ‘kenapa’

[gitumolalu] ‘lebih-lebih’

[mәt ] ‘jahat’

[tәbolãh] ‘cuai’

[nengen] ‘dudyk dalam keadaan yang senget’

[nusu?] ‘menyorok’

[mujo] ‘nasib’

[dε] ‘dapat’

[par ?] ‘jenuh’

38
[kәpe?] ‘kemek’

5.0 CERITA RAKYAT ( HIKAYAT RAJA DONAN )

Kisah berlaku di Gunung Mandi Angin yang diperintah oleh Raja Madong Bongsu.

Baginda dikurniakan seorang putera yang lahir dengan penuh keajaiban. Apabia dilahirkan,

puteranya jatuh ke tikar, tikar koyak, jatuh ke lantai, lantai patah dan akhirnya jatuh ke tanah.

Kemudian diambil oleh Bidan Nan Tujuh. Lahir bersama puteranya, sebilah pedang di tangan

kanan, sebiji telur di tangan kiri dan selaras senapang di bahu kanan. Puteranya diamakan Raja

Donan atau turut dikenali dengan Awang Donan.

Raja Madong Bongsu memanggil Nujum Nan Tujuh ke istana untuk menilik nasib baik

atau buruk puteranya. Enam orang nujum membuat tilikan Raja Donan akan membawa celaka

kepada negeri Gunung Mandi Angin. Manakala Nujum Nan Bongsu menilik Raja Donan akan

membawa tuah kepada negeri Gunung Mandi Angin. Raja Madong Bongsu percaya kepada

tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan untuk membunuh puteranya. Namun, hasrat

baginda tidak kesampaian kerana dihalang oleh Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda

Pengasuh. Raja Donan dibawa mengembara ke Pulau Sembilan dan dipelihara di sana oleh

mereka berdua dengan penuh kasih sayang.

Setelah meningkat remaja, Raja Donan menebang buluh untuk membuat seruling di tepi

sebatang sungai tetapi tidak berjaya. Ketika itu, datang seekor gagak betina yang buta bersama

seekor anaknya ke tempat Raja Donan. Burung gagak bersetuju untuk mengajar Raja Donan

membuat seruling, dengan syarat Raja Donan memberikan kerak nasi kepada anaknya. Raja

Donan telah memukul mata gagak dengan kerak nasi dan dengan takdir tuhan, mata gagak yang

buta menjadi celik. Kemudian burung gagak mengajar Raja Donan cara untuk membuat seruling

39
Gagak menyuruh Raja Donan menebang buluh dan dicampakkan ke air dan mengambil buluh

yang hanyut ke hulu sungai untuk dibuat seruling.

Pada waktu malamnya, Raja Donan membakar gobek untuk menyelar buluh seruling.

Ketika itu, Raja Donan terdengar bunyi dentuman bedil dari arah negeri ayahandanya yang

memberi alamat bahawa negeri Gunung Mandi Angin diancam musuh. Setelah meminta izin

daripada Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh, Raja Donan melayang ghaib

ke negeri Gunung Mandi Angin nutk membantu ayahandanya.

Berlaku pertarungan hebat antara Raja Madong Bongsu dengan Raja Mambang Nan

Tujuh. Raja Madong Bongsu berjaya membunuh Mambang Nan Tua bersama lima lagi Raja

Mambang. Tetapi akhirnya Raja Madong Bongsu berjaya dibunuh pula oleh Raja Mambang Nan

Bongsu. Raja Donan kemudiannya berpura-pura baik sebagai satu muslihat untuk membunuh

Raja Mambang Nan Bongsu. Raja Donan menjadikan Raja Mambang Nan Bongsu sebagai bapa

angkatnya dan belajar ilmu persilatan dengannya. Ketika belajar bersilatlah Raja Donan berjaya

membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Ketujuh-tjuh bangkai Raja Mambang Nan Tujuh

dijadikan makanan buaya putih.

Sebelum pulang ke Pulau Sembilan, Raja Donan telah menghidupkan kembali

ayahandanya yang mati dibunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Mayat ayahandanya diletakkan di

atas sebidang tikar putih dan kain putih. Kemudian berseru-seru kepada Allah S.W.T dan

membangkitkan asal usul keturunannya. Pada masa yang sama, Raja Donan menabur beras putih

sebanyak tiga kali dan mengenakan lidi nyiur gading kepada mayat ayahandanya.

Permaisuri telah memberitahu Raja Madong Bongsu bahawa baginda telah dihidupkan

oleh anakandanya Raja Donan. Raja Madong Bongsu insaf dengan kesilapan yang telah

40
dilakukan dan berhasrat untuk mencari anakandanya. Baginda berangkat ke Pulau Sembilan dan

berjumpa dengan tiga orang pemukat iaitu penyamaran Raja Donan, Temenggung Bendahara

dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Setelah gagal bertemu dengan anakandanya, Raja Madong

Bongsu pulang semula ke negeri Gunung Mandi Angin. Raja Madong Bongsu pergi kali kedua

ke Pulau Sembilan untuk mencari dan ingin bertemu dengan anakandanya.namun usahanya juga

gagal kerana Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh menjelma

menjadi gabus.

41
5.1 TRANSKRIPSI HIKAYAT RAJA DONAN

#kisah bәrlaku di Gunoŋ Mandi Aŋen jaŋ dipәrintah oleh Rajә Madoŋ B ŋsu # Baginda

dikurni?akan sәoraŋ putәrә jaŋ laher dәnan pәnuh kәaja?iban # apabilә dilaherkan // putәranә

jatuh kә tikar // tikar koja? // jatuh kә lantai // lantai patah dan axirna jatuh kә tanah # kәmudian

diambel oleh Bidan Nan Tujuh # laher bәrsamә putәranә // sәbilah pәdan di tanan kanan // sәbiji

tәlor di tanan kiri dan sәlaras sәnapan di bahu kanan # putәranә dinamәkan Rajә D nan #

# rajә Madon mәmangel Nujum Nan Tujuh kә istanә unto? mәnile? Naseb bae? atau

buro? putәranә # әnam ran nujum mәmbuat tile?an Raja D nan akan mәmbawә cәlakә kәpadә

nәgәri Gunon Mandi Anen # manakalә Nujum Nan B nsu mәnile? Raja D nan akan mәmbawә

tuah kәpadә nәgәri Gunon Mandi Anen # raja Madon B nsu pәrcajә kәpadә tile?an әnam ran

nujum dan mәnambel kәputusan untu? mәmbunoh putәranә # namun hasrat baginda tida?

kәsampai?an kәrane dihalan oleh Tәmәngon Bәndaharә dan Ma? Inan Tanda Pәnasoh # raja D

nan dibawә mәnәmbarә kә Pulau Sәmbilan dan dipәliharә disanә oleh mәrekә bәrduwa dәnan

pәnoh kaseh sajan #

# sәtәlah mәninkat rәmajә // rajә D nan mәnәban buloh untu? mәmbuat sәrulen di tәpi

sәbatan sunai // namun tida? bәrjajә # kәtika itu datan sә?ekor gaga? Bәtinә jan butә bәrsamә sә?

ekor ana?nә kә tәmpat raja D nan # buron gaga? Bәrsәtuju untu? mәnajar rajә D nan mәmbuat

sәrulen dәnan sarat raja D nan mәmbәrikan kәra? nasi kәpade ana?nә # rajә D nan tәlah

mәmukol matә gaga? Dәnan kәra? nasi dan dәnan ta?der tuhan // matә gaga? jan butә mәnjadi

cәle? # kәmudi?an buron gaga? Mәnajar rajә D nan carә mәmbuat sәrulen # gaga? mәnuroh rajә

D nan mәnәban buloh dan dicampa?kan kә air dan mәnambel buloh jan hanut kә hulu sunai

untu? dibuat sәrulen #

42
# padә wa?tu malamna // rajә D nan mәmbakar g be? untu? mәnelar buloh sәrulen #

kәtika itu rajә D nan tәrdәnar buni dәntuman bәdil dari arah nәgәri ajahandәnә jan mәmbәri

alamat bahawә nәgәri Gunon Mandi Anen diancam musoh # sәtәlah mәminta izen daripadә

Tәmәngon Bәndaharә dan Ma? Inan Tanda Pәnasoh // rajә D nan mәlayan γa?ib kә nәgәri

Gunon Mandi Anen unto? mәmbantu ayahandәne #

# bәrlaku pәrtarunan hebat antarә rajә Madon B nsu dәnan rajә Mamban Nan Tujoh #

rajә Madon B nsu bәrjajә mәmbunoh Mamban Nan Tuwә bәrsamә limә lagi rajә mamban #

tәtapi axirnә rajә Madon B nsu bәrjajә dibunoh pula oleh rajә Mamban Nan B nsu # rajә D nan

kәmudi?ana bәrpura-pura baә? Sәbagai satu muslihat unto? mәmbunoh rajә Mamban Nan B nsu

# rajә D nan mәnjadikan rajә Mamban Nan B nsu sәbagai bapә ankatne dan bәlajar ilmu

pәrsilatan dәnanne # kәtika bәlaja bәrsilatlah rajә D nan bәrjaje mәmbunoh rajә Mamban Nan B

nsu # kәtujoh-tujoh bankai rajә Mamban Nan Tujoh dijadikan makanan bu?ajә puteh #

# sәbәlom pulan kә Pulau Sәmbilan // rajә D nan tәlah mәnhidopkan kәmbali ajahandәne

jan mati dibunoh rajә Mamban Nan B nsu # majat ajahandәnә dilәta?kan diatas sәbidan tikar

puteh dan kaen puteh # kәmudian bәrsәru-sәru kәpadә Allah S.W.T dan mәmbanketkan asal usol

kәturunannә # padә masә jan samә // rajә D nan mәnabor bәras puteh sәbana? Tigә kali dan

mәnenәkan lidi niur gaden kәpadә majat ajahandәnә #

# pәrmaisuri tәlah mәmbәritahu rajә Madon B nsu bahawә baginda tәlah dihidopkan oleh

ana?andәnә rajә D nan # rajә Madon B nsu insaf dәnan kәsilapan jan tәlah dilakukan dan

bәrhasrat unto? mәncari ana?andәnә # baginda bәrankat kә Pulau Sәmbilan dan bәrjumpә dәnan

tigә ran pәmukat i?aitu pәnamaran rajә D nan // Tәmәngon Bәndaharә dan Ma? Inan Tandә

Pәnasoh # sәtәlah gagal bәrtәmu dәnan ana?andәnә // rajә Madon B nsu pulan sәmulә kә nәgәri

43
Gunon Mandi Anen # rajә Madon B nsu pәrgi kali kәduwә kә Pulau Sәmbilan unto? mәncari dan

inin bәrtәmu dәnan ana?andәnә # namun // usahәnә jugә gagal kәranә rajә D nan // Tәmәngon

Bәndaharә dan Ma? Inan Tandә Pәngasoh mәnjәlmә mәnjadi gabus #

44
5.2 TRANSKRIPSI HIKAYAT RAJA DONAN

Dialek Kelantan

[ # kisoh ni jaddi di Gunuŋ Mandi Aŋiŋ h‫ ?כ‬dip it‫כ‬h oleh aj‫ כ‬Madoŋ B‫כ‬su # bagind‫כ‬

buleh putә ‫ כ‬jate h‫ ?כ‬bә an‫ ?כ‬deŋε ajae? # mas‫ כ‬b an‫ ?כ‬// putә ‫ כ‬tu jatoh atah tika // tika soj‫ ?כ‬//

jatoh atah lata // lata pat‫כ‬h pahtu jatoh ttan‫כ‬h # nj‫ כ‬ame? k‫ כ‬to? Bidε # put ‫ כ‬tu b ano? sekali

deŋε pәde ttaŋε kanε // sbute tәlo ttaŋε ki ri // bәde bbahu kanε # nam‫ כ‬putә ‫ כ‬tu aj‫ כ‬D‫כ‬nε #

# aj‫ כ‬Madoŋ B‫כ‬su paŋge nujum nan tujoh tile? nase? putә ‫ כ‬tuh # nnε ‫ כ‬ε nujum kat‫ כ‬aj

‫ כ‬D‫כ‬nε akε b‫כ‬w‫ ?כ‬cεlak‫ כ‬k‫ כ‬nәg i Gunuŋ Mandi Aŋiŋ # so ε nujum kato b‫כ‬w‫ ?כ‬tuw‫כ‬h # aj‫כ‬

Madoŋ B‫כ‬su ccaj‫ כ‬k‫ כ‬nnε nujum dan dij‫ כ‬n‫ ?כ‬bunuh putә ‫ כ‬tuh # tapi t‫ ?כ‬jadi bunuh sәba?

Tәmәngon Bәndaha ‫ כ‬ŋε M‫ ?כ‬Inε Tand‫ כ‬Pәnasoh t‫ ?כ‬se wi # dem‫ כ‬b‫כ‬w‫ ?כ‬aj‫ כ‬D‫כ‬ne gi Pula

Smilε // pe ‫ כ‬ŋε kaseh sajε #

# aj‫ כ‬Donε po bәsa // aj‫ כ‬Donε tәbε buloh n‫ ?כ‬wa? s uleŋ ttәpi suŋa tapi t‫ ?כ‬jjadi # mas‫כ‬

tu ma i sek‫ כ‬bu o gag‫ ?כ‬ttin‫ כ‬h‫ ?כ‬but‫ כ‬ŋε an‫ ?כ‬dij‫ כ‬# bu o gag‫ ?כ‬n‫ ?כ‬aja aj‫ כ‬Donε tapi aj‫ כ‬Donε

kәn‫ כ‬wi kә ‫ ?כ‬nasi? k‫ כ‬an‫ ?כ‬dij‫ כ‬# aj‫ כ‬Donε behε mat‫ כ‬gag‫ ?כ‬pahtu gag‫ ?כ‬tu po cәle? # pahtu //

gag‫ ?כ‬su oh aj‫ כ‬Donε tәbε buloh pahtu cap‫ ?כ‬ddalε a?e // pahtu ame? buloh h‫ ?כ‬hanu? di hulu #

# malε tu // aj‫ כ‬Donε baka gobe? // n‫ ?כ‬sәla buloh sә uleŋ # mas‫ כ‬tu aj‫ כ‬Donε dәŋa

bbuni bәde da i nәg i aj‫כ‬h dij‫ כ‬# ma?n‫כ‬n‫ כ‬nәg i aj‫כ‬h diy‫ כ‬kәn‫ כ‬sә ε musoh # aj‫ כ‬Donε mit‫?כ‬

izeŋ Tәmәngon Bәndaha ‫ כ‬ŋε M‫ ?כ‬Inε Tand‫ כ‬Pәnasoh // pahtu ga?e? #

# aj‫ כ‬Madoŋ B‫כ‬su ppә ε ŋε aj‫ כ‬Mambε Nan Tujoh # aj‫ כ‬Madoŋ B‫כ‬su bunuh aj‫כ‬

Mambε Nan Tuw‫ כ‬ŋε limo lagi aj‫ כ‬Mambε # tapi ŋәlah kali // aj‫ כ‬Madoŋ B‫כ‬su kәn‫ כ‬bunuh k‫כ‬

aj‫ כ‬Mambε Nan B‫כ‬su # aj‫ כ‬Donε po wa? l‫כ‬l‫ ?כ‬bba?e? ŋε aj‫ כ‬Mambε Nan B‫כ‬su # dij‫ כ‬wa? aj‫כ‬

45
Mambε Nan B‫כ‬su jjadi aj‫כ‬h aka? dij‫ כ‬// pahtu dij‫ כ‬blaja ssila? ŋε aj‫כ‬h aka? dij‫ כ‬tu # mas‫ כ‬blaja

ssila? tu // aj‫ כ‬D‫כ‬nε bunuh aj‫ כ‬Mambε Nan B‫כ‬su # maja? tujoh-tujoh aj‫ כ‬Mambε tu jjadi

makεnnε b‫כ‬j‫ כ‬puteh #

# bbәlo bale? k‫ כ‬Pula Smilε // aj‫ כ‬D‫כ‬nε wa? p rido? aj‫כ‬h diy‫ כ‬mula # aj‫ כ‬D‫כ‬nε lәt‫ ?כ‬aj

‫כ‬h diy‫ כ‬atah tika puteh # pahtu aj‫ כ‬D‫כ‬nε sә u-sә u k‫ כ‬Allah S.W.T pahtu bbake? asa uso ketu

onε dij‫ כ‬# maso tu jug‫ ?כ‬aj‫ כ‬D‫כ‬nε tabo bә ah puteh tig‫ כ‬kali // wat kәn‫ כ‬lidi n‫ כ‬di maja? aj‫כ‬h dij‫כ‬

# pәrmaisu i ‫כ‬ja? ko aj‫ כ‬Madoŋ B‫כ‬su // aj‫ כ‬D‫כ‬nε wa? p rido? aj‫ כ‬Madoŋ B‫כ‬su # aj‫כ‬

Madoŋ B‫כ‬su insa? Pahtu bә aja? n‫ ?כ‬ca i an‫ ?כ‬dij‫ כ‬mula # bagind‫ כ‬g Pula Smilε pahtu jjup‫ כ‬ŋε tig

‫ כ כ‬ε mmuka? // padaha aj‫ כ‬D‫כ‬nε // Tәmәngon Bәndaha ‫ כ‬ŋε M‫ ?כ‬Inε Tand‫ כ‬Pәnasoh nnnama

jadi pәmuka? tu # aj‫ כ‬Madoŋ B‫כ‬su o kәle? # aj‫ כ‬Madoŋ B‫כ‬su gi kali keduw‫ כ‬tapi d‫ ?כ‬jjup‫כ‬

jugo? sәba? Dem‫ כ‬nnnama jadi gabuh # ]

46
6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa dari segi fonologinya subdialek-

subdialek Kelantan, sungguhpun berbeza di antara satu sama lain, perbezaan-perbezaan tersebut

tidak begitu banyak. Ini bermakna bahawa dibandingkan dengan dialek-dialek lain di

Semenanjung, dialek Kelantan memperlihatkan keseragaman yang agak tinggi khususnya dalam

bidang fonologi. Tidak dinafikan bahawa di kawasan-kawasan sempadan terdapat ciri-ciri

perbauran antara dialek Kelantan dengan dialek-dialek lain, misalnya dengan dialek Patani (di

sebelah Utara), dialek Perak (di sebelah Barat), dialek Pahang (di sebelah selatan) dan dialek

Terangganu (di sebelah tenggara).

Kadar keseragaman yang agak tinggi itu mungkin disebabkan oleh kekurangan

kemasukan ciri-ciri dari luar. Jika kita melihat kembali kepada sejarah kependudukan Kelantan,

kita sudah sedia maklum bahawa negeri ini banyak “mengeksport” orang-orangnya ke negeri lain

untuk berdagang dan mencari nafkah, sedangkan arud dari luar ke arah dalam itu kurang.

Faktor lain yang boleh menyumbang kea rah keseragaman ini boleh juga dikaitkan

dengan wujudnya pusat budaya yang berpengaruh sejak berabad-abad lamanya iaitu yang

terletak di sebelah utara seperti Kota Bharu atau di sekitarnya. Dengan hal yang demikian, segala

perubahan yang berlaku di pusat itu mempengaruhi perubahan-perubahan di pusat lain, dan ini

mengurangkan jurang perbezaan.

Walau bagaimanapun, melihat betapa dekatnya subdialek-subdialek Bachok, Pasir Puteh

dan Machang dengan subdialek Kota Bharu dibandingkan dengan subdialek-subdialek Pasir Mas

dan Tumpat, kita berkecenderungan untuk menimbulkan dua subkawasan utama yang dipisahkan

oleh Sungai Kelantan, iaitu subdialek utara dan subdialek selatan.

47
Setiap subkawasan utama itu dengan sendirinya terdiri daripada subkawasan-subkawasan

yang lebih kecil. Dalam perbandingan subdialek Palekbang dan Kampung Laut dengan subdialek

Kota Bharu, didapati bahawa ada kalanya yang satu berkongsi ciri yang sama dengan subdialek

lain, dan ada kalanya tidak. Demikian juga sebaliknya. Ini merupakan bukti kesinambungan dan

penyimpangan antara subdialek, di samping bukti bagi perhubungan antara penutur-penuturnya.

48
7.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. 2007. Linguistik Fonetik dan Fonologi

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Aslita Sdn.Bhd.

Abdul Hamid Mahmood. 2002. Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Media Printext (M)

Sdn.Bhd.

Asmah Haji Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

en.wikipedia.org/wiki/Kota_Bharu

http://www.kelantan.gov.my/

http://en.wikipedia.org/wiki/Kelantan

James T Collins. 1996. Khazanah Dialek Melayu. Bangi . Universiti Kebangsaan Malaysia.

www.hoteltravel.com/malaysia/kelantan/kota_bharu_map.htm

49

You might also like