You are on page 1of 47

BAB 3

TAMADUN MELAYU: TERAS TAMADUN MALAYSIA


Oleh
Prof. Madya Dato’ Zainal Abidin Borhan
En. Ahmad Hakimi Khairuddin
Jabatan Sosio-Budaya Melayu,
Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya

3.0 PENGENALAN
Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau Asia
Tenggara. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong
dalam kumpulan penduduk asal rantau ini (Ahmad Hakimi 1998, 2006; Nik Hassan
Suhaimi 1994; 1999). Perkembangan kebudayaan Melayu dari zaman batu lama
(paleolitik) sehingga kepada kemunculan tamadun Melayu terawal di rantau ini adalah
satu perbincangan yang begitu panjang sekali dan tidak akan dibincangkan dalam
penulisan ini. Sebaliknya, perbincangan dalam kertas ini lebih tertumpu kepada bukti-
bukti kewujudan tamadun Melayu yang awal dan bagaimana tamadun Melayu
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun Malaysia.

Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh
disamakan dengan konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa.
Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan pada
waktu yang sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali antara satu sama lain.
Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan oleh orang-orang yang
datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan
etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang sama,
ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa yang lain
seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Perbincangan lanjut tentang keempat-empat
konsep di atas akan dibincangkan di bawah ini.

1
Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui
beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam
pembentukan tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu
merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu
Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh


sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu,
tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama
seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-
Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang
mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan
luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap
kepada pembentukan tamadun Melayu.

3.0.1 Konsep Melayu


Sebelum perbincangan tentang konsep Melayu boleh dimulakan, terdapat
beberapa istilah atau konsep asas yang perlu diperjelaskan terlebih dahulu. Konsep-
konsep ini adalah seperti masyarakat, dan kumpulan etnik. Masyarakat hanyalah merujuk
kepada satu kumpulan manusia. Kumpulan etnik merujuk kepada satu kumpulan manusia
yang terdiri daripada satu kebudayaan.

Istilah Melayu sebenarnya boleh merujuk kepada tiga perkara yang berbeza, iaitu
ras (gentetik atau biologi), kebudayaan, dan bahasa. Ras adalah satu istilah yang
digunakan dalam bidang biologi dan merujuk kepada satu kumpulan genetik yang
mempunyai ciri-ciri fizikal yang hampir sama. Apabila istilah Ras1 Melayu digunakan,
ianya hanya merujuk kepada kumpulan orang Melayu yang boleh diasingkan daripada
kumpulan lain dari segi ciri-ciri fizikal luaran dan kebudayaannya. Dalam kerangka
pemikiran bidang biologi, kumpulan ini adalah satu kumpulan kembang-biak (breeding
population) yang berfungsi secara terasing. Sungguhpun demikian, manusia sedunia pada
1
Istilah ras dan rumpun Melayu seringkali digunakan bertukar-ganti. Rumpun adalah istilah yang
digunakan dalam pergaulan umum manakala ras adalah istilah yang lebih tepat dan ilmiah.

2
hari ini tergolong dalam satu spesis iaitu Homo sapiens. Dari segi genetiknya, semua
manusia di dunia pada hari ini mempunyai persamaan DNA sebanyak 99.8% dan mampu
berkahwin antara satu sama lain untuk melahirkan zuriat. Perbezaan dari segi genetik
antara manusia sebenarnya tidak begitu penting; sebaliknya perbezaan dari segi
kebudayaan lebih memainkan peranan untuk membezakan kumpulan-kumpulan ras ini.

Kebudayaan pula merujuk kepada ilmu pengetahuan sesuatu kumpulan manusia


yang diwarisi dan diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Ilmu
pengetahuan ini berfungsi seolah-olah seperti satu sistem pengoperasian manusia oleh
kerana ianya memberitahu manusia bagaimana untuk berfungsi dengan manusia lain,
alam sekitar, dan kuasa-kuasa ghaib. Apabila kita berinteraksi dengan manusia lain, kita
mengetahui bagaimana untuk menampilkan diri kita dengan orang yang kita temui.
Apabila kita berada di dalam sesuatu persekitaran, kita mengetahui bagaimana untuk
mencari makanan. Apabila kita berhadapan dengan kuasa-kuasa yang ghaib pula, kita
mengetahui bagaimana untuk mengurangkan kesan negatif terhadap kita.

Bahasa adalah sistem percakapan yang digunakan untuk berhubung dengan


penutur-penutur bahasa yang sama. Ras Melayu (atau rumpun Melayu) selalunya bertutur
dalam kumpulan keluarga bahasa Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-
samanya sub-keluarga bahasa-bahasa Melayu, Jawa, Sunda, Madura, Acheh,
Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, dan Sulu. Keluarga bahasa
Melayu-Indonesia pula terangkum dalam Rumpun Bahasa Austronesia (Austronesia
membawa maksud orang-orang kawasan pulau-pulau selatan dan bahasanya merangkumi
bahasa-bahasa yang dituturkan dalam kawasan Asia Tenggara dan juga kepulauan
Pasifik. Pada satu masa dahulu, rumpun bahasa Austronesia dikenali dengan nama
rumpun bahasa Malayo-Polinesia, manakala rumpun bahasa Austronesia itu sendiri
tergolong di dalam Filum Austrik) seperti berikut:

(RAJAH 1: Kedudukan Rumpun Bahasa Austronesia).

3
3.0.2 Wilayah Kebudayaan Melayu
Wilayah kebudayaan Melayu merujuk kepada satu konsep yang dipegang oleh
masyarakat Melayu. Ianya merangkumi kawasan-kawasan di mana tersebarnya ras
(rumpun) Melayu dari pulau Madagaskar ke kepulauan Pasifik. Secara umumnya, pusat
teras wilayah ini adalah kawasan kepulauan Asia Tenggara yang menjadi pusat kepada
ras (rumpun) Melayu, bahasa Melayu, kebudayaan Melayu dan tamadun Melayu.

(PETA 1: Wilayah Kebudayaan Melayu - dari Ensaiklopedia Kebudayaan dan


Sejarah Melayu terbitan DBP).

Di dalam wilayah kebudayaan Melayu, khususnya di kepulauan Asia Tenggara,


terdapat konsep perantauan. Orang-orang Melayu bergerak bebas di dalam kawasan
perantauan dan apabila berada di luar kampung atau kerajaan asal, mereka dianggap
sebagai orang merantau. Orang yang merantau dianggap sebagai sebahagian daripada
orang Melayu. Dalam kerangka pemikiran masyarakat Melayu, kami membawa maksud
orang Melayu tempatan manakala kita membawa maksud orang Melayu di seperantauan.

Orang Melayu membezakan orang Melayu dengan orang-orang dari kebudayaan


lain. Kami dan orang kita digunakan untuk merujuk kepada orang-orang Melayu
manakala orang asing digunakan untuk merujuk kepada orang-orang dari luar kawasan
wilayah atau perantauan Melayu.

3.0.3 Takrif Perlembagaan Malaysia


Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:
i) secara lazimnya berbahasa Melayu,
ii) secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu, dan
iii) beragama Islam.

3.0.4 Istilah Bumiputera dan Pribumi

4
3.1 Asal- Usul Tamadun Melayu
Secara umumnya, apabila kita membincangkan tamadun Melayu, kita merujuk
kepada kemunculan masyarakat yang mempunyai susunan struktur sosial yang kompleks
(Johnson dan Earle 2000). Manusia yang tinggal di kawasan bandar memerlukan susunan
struktur masyarakat yang kompleks untuk membolehkan pengekalan cara kehidupan
perbandaran. Ahli-ahli masyarakat yang mengkhusus dalam tugas-tugas tertentu seperti
pentadbiran, penguatkuasa, pemimpin, pedagang, dan petani diperlukan dalam sebuah
organisasi masyarakat yang berfungsi sebagai satu entiti.

Kemunculan masyarakat kompleks boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat-


pusat kerajaan Melayu awal. Kerajaan-kerajaan Melayu awal mempunyai susunan
struktur masyarakat yang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, pembesar-pembesar,
pedagang-pedagang, dan petani-petani sekurang-kurangnya. Oleh yang demikian,
kemunculan tamadun Melayu secara langsung boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat-
pusat kerajaan Melayu.

3.1.0 Asas Pembentukan Tamadun Melayu


Apabila kita cuba menjejaki semula perkembangan kebudayaan Melayu, kita akan
dapati bahawa masyarakat Melayu telah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-
kurangnya 5,000 tahun dahulu (Ahmad Hakimi 2006; Bellwood 1997). Jika kita
menerima pandangan sarjana-sarjana barat dalam bidang arkeologi (seperti Bellwood
1997 dan von Heine Geldern 1945 terlebih awal) yang mengatakan bahawa orang-orang
Melayu (pada waktu itu dikenali dengan label penutur bahasa Austronesia) datang
berhijrah ke kawasan Asia Tenggara mengikuti laluan air dari kawasan utara pada zaman
batu baru (neolitik), anggaran kemunculan masyarakat Melayu di kawasan ini adalah
sekitar 5,000 tahun dahulu.

Akan tetapi, sarjana-sarjana tempatan (seperti Nik Hassan Suhaimi 1993)


menolak pendapat tersebut dan mengatakan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal
kawasan Asia Tenggara. Pendapat ini mengambil kira bahawa pada satu masa dahulu

5
(sebelum 10,000 tahun dahulu), kawasan Asia Tenggara ini merupakan satu dataran besar
yang merangkumi pulau Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa, dan juga
Pulau Borneo. Jika kita menerima pendapat tersebut dan menggunakan pentarikhan tapak
pra-sejarah yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu tapak Paleolitik Kota
Tampan, kita mendapati bahawa orang Melayu telah wujud di kawasan ini lebih daripada
12,000 tahun dahulu, sebelum kenaikan paras laut akibat pencairan glasier dan ais di
kawasan kutub-kutub utara dan selatan pada akhir zaman geologi pleistosen (Ahmad
Hakimi 1998).

Sungguhpun masyarakat dan kebudayaan Melayu mungkin telah wujud lebih


awal di kawasan Asia Tenggara, asas kepada kemunculan tamadun (atau perbandaran)
dan susunan masyarakat kompleks dibentuk dengan penguasaan teknologi pertanian tetap
pada zaman neolitik (Ahmad Hakimi 2006, 1998). Secara umumnya, zaman neolitik (atau
zaman batu baru) memperlihatkan perubahan teknologi yang berteraskan kepada
penubuhan tempat tinggal tetap (atau petempatan) sepanjang tahun (untuk menjaga
tanaman) dan pertanian tetap (untuk menghasilkan makanan yang mencukupi sepanjang
tahun).

Kebolehan untuk menghasilkan makanan (tanpa bergantung kepada pengumpulan


sumber makanan mengikut musim di tempat-tempat yang berlainan) adalah teknologi
yang penting oleh kerana apabila manusia sudah mampu untuk menghasilkan makanan
mereka sendiri, langkah seterusnya menujuk tamadun adalah penghasilan makanan yang
berlebihan. Sebelum manusia mampu untuk menghasilkan makanan yang berlebihan,
setiap orang terpaksa bekerja untuk mendapatkan makanan yang diperlukannya sendiri.
Penghasilan makanan yang berlebihan membolehkan sebahagian daripada masyarakat
untuk bebas mengkhusus kepada pekerjaan-pekerjaan tertentu tanpa bekerja untuk
menghasilkan makanan mereka; mereka boleh mendapatkan makanan dengan
memberikan hasil kerja kepakaran mereka kepada petani-petani (sistem barter).
Kemunculan pengkhususan pekerjaan sepenuh-masa di kalangan orang-orang sesebuah
petempatan mengakibatkan kemunculan susunan masyarakat kompleks yang terdapat di
dalam perbandaran.

6
Tamadun atau perbandaran adalah satu cara kehidupan manusia. Terdapat banyak
teori yang dikemukakan oleh sarjana-sarajan dari pelbagai bidang pengajian untuk
menerangkan tentang sebab-sebab kemunculan tamadun. Pada waktu yang sama, terdapat
pelbagai bentuk-bentuk tamadun yang berlainan di dunia ini. Kepelbagaian ini
menunujukkan kepelbagaian keperluan dan pengubahsuaian manusia. Setiap satu
tamadun adalah satu manifestasi yang unik dan amat sukar untuk membuat perbandingan
secara langsung antara tamadun-tamadun yang berlainan. Tidak semua kumpulan atau
kebudayaan manusia mewujudkan tamadun.

3.1.2 Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Penguasaan Laluan Perdagangan


Manifestasi tamadun Melayu yang terawal di kawasan Asia Tenggara adalah
dalam bentuk kerajaan-kerajaan Melayu awal (Ahmad Hakimi 1998, 2006; Nik Hassan
Suhaimi 1994, 1999). Kerajaan-kerajaan Melayu awal ini adalah kerajaan-kerajaan pra-
Islam. Antara contoh-contoh kerajaan-kerajaan Melayu pra-Islam yang awal adalah Oc
Eo di Funan (sekarang Vietnam), Langkasuka di Thailand Selatan, Kuala Selinsing di
Perak, dan Lembah Bujang di Kedah.

Kerajaan-kerajaan Melayu ini memerlukan sokongan daripada sistem ekonomi


yang kuat, khususnya dalam aktiviti penghasilan makanan untuk menampung keperluan
penduduk-penduduk sesebuah perbandaran. Apabila kita meninjau manifestasi tamadun-
tamadun di luar Asia Tenggara, kita akan dapati bahawa sebahagian besar dari tamadun-
tamadun ini sememangnya berasaskan kepada aktiviti pertanian (atau agraria). Akan
tetapi, sebahagian besar daripada kerajaan-kerajaan Melayu awal di kawasan Asia
Tenggara lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti maritim.

Tidak dapat dipertikaikan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu telah wujud


sekurang-kurangnya 2,500 tahun dahulu di Malaysia jika kita melihat kesan-kesan
peninggalan arkeologi masyarakat Melayu di Lembah Bujang, Kedah dan juga di Kuala
Selinsing, Selangor (Ahmad Hakimi 1998, 2006; Bellwood 1997; Nik Hassan Suhaimi
1994, 1999). Kedua-dua kerajaan Melayu awal ini meninggalkan bukti arkeologi yang

7
menunjukkan bahawa pelabuhan-pelabuhan yang dirikan oleh mereka terlibat dengan
perdagangan jarak jauh. Perdagangan jarak jauh menunjukkan rangkaian perhubungan
yang besar dan memerlukan petempatan yang agak lama dan tetap untuk memudahkan
pengekalan perhubungan tersebut. Secara umumnya, perdagangan jarak jauh dikuasai
oleh pemimpin sesebuah kerajaan, satu lagi petanda kewujudan susunan masyarakat
kompleks.
Sarjana-sarjana menjangkakan bahawa lokasi Semenanjung Malaysia pada satu
masa dahulu begitu penting sekali untuk laluan perdagangan yang melalui perairan Selat
Melaka (Ahmad Hakimi 1998, 2006; Bellwood 1997; Braddell 1935; Coedes1968;
Quaritch Wales 1957; Wheatley 1980). Pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia
memainkan peranan sebagai tempat berehat yang penting untuk kapal-kapal layar untuk
meneruskan perjalanan samada ke barat ataupun ke timur mengikut musim yang
bersesuaian. Pelabuhan-pelabuhan sedemikian berkembang untuk membentuk tamadun-
tamadun (atau perbandaran) Melayu yang awal.

Tamadun Melayu awal yang terbentuk di Kuala Selinsing berbeza daripada yang
terdapat di Lembah Bujang oleh kerana ianya tidak berfungsi sebagai sebuah pusat
keagamaan. Pada waktu yang sama, maklumat dari peninggalan arkeologi yang ditemui
di Kuala Selinsing mencadangkan bahawa tamadun ini tidak dipengaruhi oleh
kebudayaan Hindu-Buddha. Beberapa artifak yang ditemui di tapak arkeologi ini
menunjukkan bahawa penghuninya menggunakan sistem tulisan Pahlavi (atau Sanskrit)
untuk menulis dalam bahasa Melayu (Nik Hassan Suhaimi 1991).

3.1.3 Bukti-Bukti Ketamadunan Kerajaan Melayu Awal


Kita dapati bahawa tamadun-tamadun awal yang terdapat di kawasan Asia
Tenggara selalunya dibentuk oleh orang-orang Melayu (sila lihat Braddell 1935;
Coedes1968; Quaritch Wales 1957; Wheatley 1980). Kebudayaan orang-orang Melayu
berjaya menghasilkan tamadun-tamadun awal di rantau Asia Tenggara oleh kerana
teknologi orang Melayu pada waktu itu mampu untuk menguasai laluan-laluan
perdagangan jarak jauh yang melalui kawasan-kawasan perairan kerajaan-kerajaan
Melayu awal. Kemampuan ini membezakan masyarakat Melayu daripada masyarakat-

8
masyarakat lain di rantau Asia Tenggara, yang selalunya lebih tertumpu ke kawasan
pendalaman Asia Tenggara.
Selepas kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awal ini, perkembangan
seterusnya dalam tamadun masyarakat Melayu adalah dalam bentuk kerajaan-kerajaan
Melayu Islam. Kemunculan erajaan-kerajaan Melayu Islam adalah penting dalam
perkembangan tamadun masyarakat Melayu oleh kerana penggabungan antara
kebudayaan Melayu dan agama Islam membentuk satu tamadun Melayu yang baru, satu
tamadun yang menjadi asas kepada identiti kebudayaan Melayu dan yang menjadi teras
kepada pembentukan tamadun Malaysia.

Tamadun adalah satu istilah yang mempunyai pelbagai makna. Kepelbagaian


makna yang terdapat untuk tamadun adalah kerana istilah ini digunakan dalam pelbagai
bidang-bidang pengajian, dan juga dalam percakapan seharian. Bagi memudahkan
perbincangan tentang takrif tamadun yang paling sesuai, penulis telah membuat beberapa
kesimpulan penting iaitu cuba mentakrifkan tamadun mengikut ciri-ciri yang jelas, nyata,
tepat, dan boleh diukur (mengikut falsafah sains yang menumpukan kepada pemerhatian
empirikal). Untuk tujuan kursus ini, penulis menggunakan takrif-kerja untuk tamadun
yang datangnya dari bidang antropologi kebudayaan. Takrif-kerja untuk tamadun adalah
suatu masyarakat yang mempunyai penyusunan masyarakat komplex (pengkhususan
pekerjaan dan sistem susun lapis masyarakat dengan tahap-tahap sosial yang berbeza)
dan tinggal menetap di sebuah kawasan kecil yang dikenali dengan nama perbandaran.

Sungguhpun terdapat banyak kerajaan-kerajaan Melayu awal, sebahagian besar


daripada kerajaan-kerajaan tersebut tidak mempunyai ciri-ciri yang menepati takrif-kerja
tamadun seperti yang dinyatakan di atas (Ahmad Hakimi 1998, 2006). Namun demikian,
kerajaan-kerajaan Melayu awal yang menunjukkan pengaruhi Hindu-Buddha dengan
jelas menunjukkan ciri-ciri tamadun yang dinyatakan (Ahmad Hakimi 1998, 2006;
Braddell 1935; Coedes1968; Quaritch Wales 1957; Wheatley 1980). Ini adalah kerana
bandar-bandar atau petempatan-petempatan ataupun pusat-pusat keagamaan kerajaan-
kerajaan Melayu awal ini mempunyai pembinaan monumental (besar) yang
menggunakan batu. Penggunaan batu untuk pembinaan memerlukan pakar-pakar dalam

9
bidang pembinaan, pakar-pakar yang mengkhusus dalam pekerjaan mereka sepenuh
masa. Contoh-contoh kerajaan-kerajaan Melayu awal yang menunjukkan pengaruh
Hindu-Buddha adalah i) Angkor Wat di Kampuchea, ii) Borobudur di Pulau Jawa,
Indonesia, dan iii) Lembah Bujang, di Kedah, Malaysia.

3.1.4 Empayar Melayu Awal


Kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang terawal tidak begitu besar
dan tidak mampu berkembang luas. Ini mungkin kerana kerajaan-kerajaan ini tidak
mempunyai asas-asas perbandaran yang mencukupi untuk menampung jumlah penduduk
yang tinggi jika kita mengambil kira teori-teori barat tentang keperluan-keperluan
sesebuah perbandaran dan tamadun. Akan tetapi, kita dapati bahawa terdapat dua
empayar Melayu yang agak besar dan merangkumi kawasan yang luas iaitu Empayar
Funan dan Empayar Sri Vijaya. Sememangnya Empayar Sri Vijaya jauh lebih luas
daripada Empayar Funan. Akan tetapi terdapat sedikit persamaan di antara kedua-dua
empayar ini. Kedua-duanya mampu menguasai laluan perdagangan di kawasan mereka.
Penguasaan ini mungkin dilakukan mengikut cara yang agak berbeza daripada apa yang
berlaku di Eropah dan kawasan-kawasan lain di dunia ini.

Salah satu cara pemikiran masyarakat Melayu adalah pembentukan kerajaan-


kerajaan dan empayar-empayar berdasarkan pengaruh. Konsep ini berbeza daripada
pemikiran Eropah Barat yang mengembangkan wilayah melalui penaklukan dan
penetapan sempadan wilayah secara fizikal. Oleh kerana masyarakat Melayu pada
dasarnya adalah kumpulan manusia yang tinggal di kawasan kepulauan, mereka kurang
memberi perhatian kepada penguasaan fizikal wilayah mereka. Ini adalah kerana orang-
orang yang tidak bersetuju sentiasa boleh belayar keluar dari sesuatu tempat untuk
menuju ke tempat lain. Penguasaan kawasan bukannya berdasarkan kepada penguasaan
tanah, sebaliknya berteraskan kepada penguasaan laluan air serta kebolehan menarik
orang datang ke sesuatu tempat (jumlah penduduk di kawasan kepulauan Melayu tidak
begitu tinggi dan pembinaan sebuah perbandaran memerlukan orang datang untuk tinggal
di kawasan tersebut). Konsep penguasaan ini mungkin menyebabkan tamadun Melayu
tidak mempunyai peninggalan ciri-ciri fizikal sama seperti yang terdapat di kawasan-

10
kawasan lain di dunia ini (malahan masih terdapat banyak kerajaan-kerajaan Melayu
awal seperti Langkasuka dan Beruas di Malaysia, dan juga termasuk Sri Vijaya yang
masih belum dikenalpasti kedudukannya sehingga ke hari ini.

3.1.5 Teori-Teori Kedatangan Agama Islam ke Asia Tenggara


Terdapat beberapa teori yang berbeza tentang kedatangan agama Islam ke Asia
Tenggara. Secara umumnya, agama Islam dikatakan datangnya melalui tiga lalaun iaitu i)
secara langsung melalui lalauan perdagangan laut dari kawasan negara-negara Arab, ii)
melalui laluan perdagangan darat ke benua kecil India dahulu, sebelum sampai ke
kawasan Asia Tenggara, dan iii) melalui laluan perdagangan darat (yakni laluan sutera)
ke negara China dahulu sebelum mengikuti laluan perdagangan laut ke kawasan Asia
Tenggara. Walau bagaimanapun laluan kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara,
kedatangan agama Islam telah mengubah bentuk tamadun Melayu.

Sebelum kedatangan agama Islam, tamadun-tamadun Melayu yang terawal


dipengaruhi oleh agama-agama Hindu dan Buddha. Agama-agama Hindu dan Buddha
telah menghasilkan tamadun-tamadun Melayu yang berlainan dan berlawanan. Sentiasa
terdapat persaingan antara tamadun-tamadun Melayu yang beragama Hindu dengan
tamadun-tamadun Melayu yang beragama Buddha untuk menguasai laluan perdagangan.
Tamadun-tamadun Melayu yang terawal tidak berasaskan kepada kedua-dua agama
tersebut, dan oleh yang demikian, tidak mampu untuk menguasai perdagangan di
kawasan ini. Kemunculan agama Islam mengubah bentuk-bentuk tamadun Melayu dan
memaksa orang-orang Melayu untuk memeluk agama Islam bagi membolehkan mereka
menguasai perdagangan di kawasan ini.

3.1.6 Bukti-Bukti Kesultanan Melayu Islam


Kedatangan agama Islam membentuk satu tamadun Melayu yang baru dan boleh
dikatakan mengukuhkan (atau memantapkan) tamadun Melayu. Empayar Kesultanan
Melayu yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia adalah Empayar Kesultanan
Melayu Melaka. Empayar Melaka dan lain-lain kesultanan Melayu Islam menjadi pusat-
pusat keintelektualan dan kesusasteraan Melayu. Begitu banyak sekali karya-karya

11
kesusasteraan yang dihasilkan oleh kesultanan-kesultanan Melayu Islam seperti Hikayat
Raja-Raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut
Melayu, Adat Raja-Raja Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin (atau
Sejarah Melayu).

3.1.7 Ringkasan Sejarah Pembentukan Tamadun Melayu


Orang-orang Melayu menghasilkan tamadun-tamadun awal di kawasan Asia
Tenggara. Selepas masyarakat Melayu berjaya menghasilkan tamadun-tamadun awal
tersebut, mereka telah menggabungkan kebudayaan mereka dengan ajaran-ajaran agama
Islam untuk membentuk tamadun-tamadun Melayu Islam yang dianggap sebagai zaman
kegemilangan tamadun Melayu. Apabila orang-orang Eropah mula datang ke kawasan
Malaysia, mereka berhadapan dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam.

Orang-orang Inggeris pula telah mengesahkan kedaulatan kerajaan-kerajaan


Melayu di Malaysia dengan membuat perjanjian-perjanjian dengan kerajaan-kerajaan
Melayu Islam tersebut. Kerajaan penjajahan Inggeris telah mengekalkan kerajaan-
kerajaan Melayu dan membuat pengubahsuai-pengubahsuaian tertentu untuk
membolehkan mereka mentadbir kerajaan-kerajaan tersebut. Pengubahsuaian-
pengubahsuaian yang dilakukan oleh kerajaan penjajahan Inggeris masih kekal pada hari
ini.
Terdapat kesinambungan dari kerajaan-kerajaan (Tamadun) Melayu awal ke
kerajaan Islam Melayu Melaka hingga ke kerajaan persekutuan Malaysia yang sedia ada.
Sistem penyusunan kerajaan persekutuan Malaysia adalah hasil daripada kerajaan-
kerajaan Melayu Islam yang telah diubahsuai oleh kerajaan penjajahan Inggeris, satu
perkembangan yang mengambil masa lebih 500 tahun. Jika kita mengambil kira bahawa
kerajaan-kerajaan Melayu Islam tersebut telah berkembang dari kerajaan-kerajaan
Melayu awal, perkembangan kerajaan-kerajaan Melayu dari dahulu sehingga ke hari ini
telah mengambil masa sekurang-kurangnya 2,000 tahun.

3.2 Ketamadunan Kesultanan Melayu

12
Bukti-bukti untuk menunjukkan ketamadunan kerajaan-kerajaan Melayu awal
telah dibincangkan di bahagian awal penulisan ini. Bukti bagi kerajaan-kerajaan Islam
Melayu agak berbeza daripada daripada kerajaan- kerajaan Melayu awal. Bukti fizikal
untuk ketamadunan kurang jelas. Ini adalah kerana kerajaan-kerajaan Islam Melayu tidak
membina bangunan-bangunan monumental yang dibuat daripada batu.

Sebaliknya, bukti untuk ketamadunan kerajaan-kerajaan Islam Melayu lebih


menjurus kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Perkembangan ilmu pengetahuan
yang dihasilkan oleh Tamadun Melayu Islam ke seluruh kawasan Asia Tenggara dan
kepulauan Melayu menunjukkan kehebatan pengaruhnya. Falsafah sesuatu tamadun
menunjukkan pencapaian ahli-ahli fikirnya yang mengkhusus kepada penghasilan ilmu.
Ahli-ahli fikir ini selalunya dinaungi oleh kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang terdapat
pada waktu itu.

Seperti yang diketahui ramai, penggunaan bahasa Melayu tersebar luas di rantau
Asia Tenggara dan juga kepulauan Melayu. Selain daripada bahasa Melayu sebagai
sebuah bahasa lingua franca, penggunaannya menunjukkan bahawa bahasa Melayu itu
dikaitkan dengan bahasa orang-orang yang bertamadun. Kita dapati bahawa terdapat
penulisan yang dihasilkan oleh tamadun Melayu di antara 10,000 ke 14,000 naskah-
naskah Melayu yang memperkukuhan kehebatan tamadun Melayu.

3.3 Interaksi Kesultanan Melayu dengan Pengaruh Asing


Oleh kerana kesultanan-kesultanan Melayu Islam selalunya adalah sebuah
kerajaan maritim (maritime state) yang berteraskan kepada perdagangan, ianya sentiasa
bertembung dengan kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Terdapat beberapa cara
bagaimana pertembungan-pertembungan tersebut berlaku, seperti yang terdapat di bawah
ini.

3.3.1 Bekerjasama.

13
Kesultanan-kesultanan Melayu telah bekerjasama dengan kuasa-kuasa dari
kawasan negara-negera Arab, India, dan China untuk menjalankan perdagangan di antara
mereka. Kerjasama yang dilakukan di antara kuasa-kuasa ini telah berjalan untuk
membolehkan perdagangan yang banyak sekali berjalan sehinggalah ianya dimusnahkan
oleh kuasa-kuasa Eropah.

3.3.2 Rampasan Kuasa.


Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda, Sepanyol, dan Perancis telah cuba
untuk menguasai perdagangan yang bermula dari kawasan kepulauan Melayu dan pada
waktu yang sama juga menguasai perdagangan yang melalui kawasan jajahan mereka.
Selain daripada menguasai perdagangan, kuasa-kuasa Barat ini, terutamanya Portugis,
Sepanyol, dan Belanda, telah cuba untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan
orang-orang Melayu yang pada waktu itu kebanyakannya beragama Islam.

3.3.3 Naungan/Diplomasi.
Pihak Inggeris telah masuk ke kawasan kepulauan Melayu pada mulanya untuk
berdagang dengan orang-orang tempatan. Lama-kelamaan, pihak Inggeris juga telah turut
campur tangan dalam politik tempatan untuk memastikan pulangan ekonomi mereka hasil
daripada penguasaan perdagangan dapat dijaminkan. Oleh yang demikian, pihak Inggeris
telah lebih banyak menggunakan cara-cara diplomasi untuk melibatkan diri dengan
pentadbiran tempatan. Setelah berjaya menguasai sesebuah kawasan atau wilayah, pihak
Inggeris telah cuba menggunakan konsep naungan (pada pemikiran mereka) untuk
mentadbir wilayah-wilayah mereka, dengan memberi sebab bahawa wilayah-wilayah
tersebut mendapat banyak keuntungan daripada naungan yang diberikan oleh pihak
Inggeris.

3.4 Interaksi Kesultanan Melayu dengan Inggeris


Apabila pihak Inggeris datang ke kawasan Tanah Melayu, mereka telah membuat
perjanjian-perjanjian dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang mereka temui untuk
mendapatkan kebenaran untuk melakukan kegiatan-kegiatan ekonomi termasuk
perdagangan di dalam tanah naungan kerajaan-kerajaan tersebut. Pada waktu yang sama,

14
mereka juga telah membuat perjanjian-perjanjian tertentu untuk mendapatkan hak
terhadap kawasan-kawasan tertentu, supaya kawasan-kawasan tersebut boleh
dibangunkan mengikut keperluan kerajaan penjajahan Inggeris. Apabila pihak Inggeris
membuat perjanjian dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam, secara langsung mereka
mengakui bahawa kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai kuasa dan hak terhadap
kawasan-kawasan tanah naungan mereka. Pada waktu yang sama, perjanjian-perjanjian
tersebut merupakan perbuatan bertamadun (mengikut tata cara yang sempurna) di antara
kerajaan Inggeris dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam, perbuatan yang dilakukan
antara dua pihak yang bertamadun. Oleh yang demikian, pihak Inggeris mengiktirafkan
tamadun Melayu dengan kelakuan mereka menandatangani perjanjian-perjanjian dengan
kerajaan-kerajaan Melayu Islam.

3.4.1 Perjanjian-Perjanjian dengan Pihak Inggeris


Terdapat beberapa perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani di antara
kerajaan Inggeris dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam untuk mendapatkan hak-hak
menetap di beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu. Antara perjanjian-
perjanjian tersebut adalah dengan (sila lihat Andaya dan Andaya 2001; Jessy 1972; Khoo
1973; Khoo Kay Kim 2001: INTAN 1991; Tan 1976; Zainal Abidin 1980):

(i) kerajaan Kedah;


 1786 – Pulau Pinang di beri kepada pihak Inggeris, dan
 1800 - Province Wellesley diberi kepada pihak Inggeris.
(ii) kerajaan Johor;
 6 Februari 1819 - Pentadbiran Singapura diberi kepada Inggeris.
(iii) kerajaan Perak
 18 Oktober 1826 - Daerah Dindings dan Pulau Pangkor diberi kepada
Inggeris

Kerajaan Inggeris juga telah membuat perjanjian-perjanjian tertentu untuk


mendapatkan hak-hak tertentu ke atas kawasan-kawasan tanah tertentu di kawasan Pulau

15
Borneo (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972). Di bawah ini,
disenaraikan bagaimana tiga kawasan akhirnya jatuh ke tangan kerajaan Inggeris:

(i) Sarawak.
Pada asalnya, kerajaan Brunei telah memberi kawasan Sarawak kepada James
Brooke pada September 1842 sebagai balasan kepada usaha-usaha beliau yang membantu
kepentingan kerajaan Brunei (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972).
Pada waktu yang sama, James Brooke diberi gelaran Raja Sarawak. Raja-Raja Brooke
yang datangnya dari keturunan James Brooke telah memerintah Sarawak sehinggalah
ianya diserahkan kepada kerajaan Inggeris.

(ii) Pulau Labuan.


Melalui perjanjian di antara kerajaan Brunei dan kerajaan Inggeris, Pulau Labuan
telah diserahkan kepada kerajaan Inggeris pada tahun 1846 (Andaya dan Andaya 2001;
INTAN 1992; Jessy 1972). Pulau Labuan dimasukkan di bawah pentadbiran Negeri-
Negeri Selat (yang termasuk Singapura, Pulau Pinang dan Melaka).

(iii) Sabah
Perjanjian-perjanjian yang akhir menyatukan Sabah adalah agak kompleks
(Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972). Pada mulanya, kerajaan Brunei
telah memberikan hak-hak pajakan selama 10 tahun ke atas kawasan-kawasan
naungannya di Sabah (waktu itu digelar North Borneo) kepada Claude Lee Moses pada
tahun 1865. Kemudiannya, Moses telah menjual kepentingan beliau (iaitu hak-hak
pajakan) di North Borneo kepada Joseph Torrey, yang diberi gelaran Raja North Borneo.
Baron von Overbeck pula telah mengambil-alih kepentingan Torrey dan membuat
perjanjian dengan Sultan Sulu pada 1878 untuk menggabungkan semua kawasan-
kawasan yang pada hari ini dikenali dengan nama negeri Sabah. Akhir sekali, Alfred
Dent telah membeli kesemua kepentingan-kepentingan Overbeck dan juga Torrey pada
1880. Akhirnya North Borneo diserahkan kepada kerajaan Inggeris.

16
Perjanjian-perjanjian Inggeris dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam di
Malaysia Barat dan Malaysia Timur telah secara langsung mengiktirafkan hak-hak
kerajaan-kerajaan tersebut terhadap kawasan-kawasan yang tersebut di atas dan secara
tidak langsung mengangkat kerajaan-kerajaan tersebut ke taraf yang sama dengan
kerajaan Inggeris. Ianya juga menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu
mempunyai tahap ketamadunan (civility) yang membenarkan pihak Inggeris membuat
perjanjian dengan mereka.

3.5 Kemunculan Sistem Pentadbiran Sekular


Kemunculan sistem pentadbiran sekular yang memecahkan kuasa kepada dua,
yakni kuasa agama dan kuasa sekular, diperkenalkan oleh pihak Inggeris buat kali
pertamanya di Semenanjung Tanah Melayu apabila Perjanjian Pangkor
ditandatangani pada 1874. Sistem pentadbiran sekular yang diperkenalkan selepas
perjanjian ini menjadi asas kepada sistem pentadbiran sekular yang masih lagi digunakan
pada hari ini. Sungguhpun demikian, peranan Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran
sekular, seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Pangkor, bermakna bahawa sebahagian
daripada tradisi tamadun Melayu masih dikekalkan dalam sistem pentadbiran pada hari
ini.

3.5.1 Perjanjian Pangkor


Perjanjian Pangkor adalah perjanjian yang paling penting dalam sejarah
pembentukan negara Malaysia(Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan
1976). Perjanjian ini ditandatangani pada 20 Januari 1874. Perjanjian Pangkor mengubah
struktur pentadbiran kerajaan Melayu Perak. Sebelum perjanjian ini, kerajaan Perak
dianggap sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan kuasa raja
mutlak(absolute monarchy). Dalam kerangka perjalanan sistem ini, Sultan (atau Raja)
mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melakukan apa-apa saja tanpa perlu mendapat
persetujuan daripada sesiapa pun.

Perjanjian Pangkor mengubah sistem pentadbiran negeri Perak dengan


mengurangkan kuasa Sultan sehinggakan Sultan hanya mempunyai kuasa terhadap

17
perkara-perkara tentang agama Islam dan adai istiadat kebudayaan Melayu (Andaya dan
Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Semua perkara-perkara yang lain
digolongkan bawah kuasa Residen. Sultan, sebagai seorang ketua adat-istiadat, hanya
mendengar nasihat Residen dan terpaksa mengikut nasihat-nasihat beliau dalam perkara-
perkara yang berlainan dengan hal-hal agama Islam dan adat istiadat kebudayaan Melayu.

Antara 14 perkara-perkara yang dipersetujui dalam Pengajian Pangkor, tiga


perkara menjelaskan tentang perlantikan Residen dan bidang kuasanya (Andaya dan
Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Mengikut perjanjian tersebut,
Residen mesti dirujuk dalam semua perkara dan semua nasihat beliau dilaksanakan
kecuali perkara- perkara tentang agama Islam dan kebudayaan Melayu. Kuasa untuk
memungut cukai dan kuasa pengagihan cukai serta pentadbiran am negeri dilaksanakan
di atas nasihat Residen. Seperti yang telah dinyatakan terlebih dahulu, nasihat Residen
perlu dilaksanakan dalam perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa beliau.

Sistem pentadbiran kerajaan menggunakan residen ini adalah pembaharuan yang


dibawa oleh orang Inggeris kepada sistem kerajaan Melayu Islam. Sistem ini berkait
rapat dengan sistem pentadbiran yang terdapat di United Kingdom pada waktu itu dan
berasal dari pengalaman orang-orang Inggeris dengan sistem pemerintahan di Raja yang
terdapat dinegara mereka. Sistem ini masih kekal di negeri-negeri Melayu dalam
Persekutuan Malaysia pada hari ini, cuma jawatan Residen itu diubah nama menjadi
Menteri Besar.

3.5.2 Sistem Residen Inggeris di Tanah Melayu


Apabila orang-orang Inggeris telah menetap beberapa ketika di kawasan
Malaysia, kepentingan-kepentingan ekonomi mereka di kawasan ini menjadi besar dan
penting. Mereka mendapati bahawa kepentingan-kepentingan ekonomi mereka berkait
rapat dengan kestabilan politik di kerajaan-kerajaan Melayu Islam di Malaysia pada
waktu itu. Mereka mula campur tangan dengan pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu
apabila mereka membuat perjanjian-perjanjian dengan kerajaan-kerajaan tersebut dan
mewujudkan sistem Residen Inggeris untuk memudahkan pentadbiran.

18
Antara perjanjian-perjanjian yang ditangani oleh pihak Inggeris untuk
melaksanakan sistem Residen Inggeris adalah seperti berikut (Andaya dan Andaya 2001;
INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976):

 1874- Perjanjian Pangkor dengan Perak


 1874- Perjanjian dengan negeri Selangor
 1874- Perjanjian dengan Sungai Ujong (Negeri Sembilan)
 1888- Perjanjian dengan negeri Pahang
 1896 – Perjanjian dengan keseluruhan Negeri Sembilan

3.5.3 Negeri- negeri Melayu Bersekutu


Untuk memudahkan pentadbiran kerajaan penjajahan Inggeris, pihak Inggeris
telah membentuk negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu sebagai sebuah
unit pentadbiran (atau persekutuan) yang diberi gelaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(Federated Malay States) pada 1 Julai 1896 (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992;
Jessy 1972; Tan 1976). Empat negeri-negeri Melayu yang menjadi ahli dalam Negeri-
Negeri Melayu bersekutu adalah Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dilaksanakan di bawah sistem pentadbiran
persekutuan yang diketuai oleh seorang Residen-Jeneral. Penyatuan ini tidak mengubah
kuasa-kuasa ataupun kedudukan Raja-Raja Melayu. Hanya kuasa-kuasa Residen-Residen
British di peringkat negeri dikurangkan; mereka terpaksa mengikut arahan Residen-
Jeneral. Residen-Jeneral menguasai sepenuhnya pengurusan kewangan setiap negeri.

Kemunculan sistem pentadbiran persekutuan untuk Negeri-Negeri Melayu


Bersekutu ini adalah satu lagi pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak Inggeris yang
sangat penting dalam pembentukan sistem kerajaan Malaysia yang terdapat pada hari ini.
Ini adalah kerana jawatan Residen-Jeneral yang diwujudkan pada waktu itu boleh
dikatakan menjadi templet atau asal-usul jawatan Perdana Menteri yang ada pada hari ini.

19
3.5.4 Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar) yang Pertama
Selain daripada perkembangan sistem pentadbiran, pembentukan Negeri Melayu-
Melayu Bersekutu juga melibatkan satu perkembangan penting dalam sistem
pemerintahan Raja-Raja Melayu. Persiadang Raja-Raja Melayu yang pertama
dilangsungkan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar, yang telah mengetemukan Duli-Duli
Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Yang Di Pertuan
Besar Negeri Sembilan. Persidangan Raja-Raja Melayu ini menjadi asas kepada
pembentukan Majlis Raja-Raja Melayu yang terdapat pada hari ini, satu institusi yang
memainkan peranan penting di Malaysia. Ianya adalah salah satu simbol yang
menunjukkan kesinambungan dari kerajaan Melayu awal hinggalah ke kerajaan Malaysia
pada hari ini.

3.5.5 Negeri- negeri Melayu Tak Bersekutu


Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Non-Federated Malay States) merujuk
kepada kerajaan-kerajaan (atau negeri-negeri) Melayu yang tidak ditadbir oleh kerajaan
penjajahan Inggeris sebagai satu unit pentadbiran seperti Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Lima
kerajaan-kerajaan Melayu yang digolongkan dalam kumpulan ini adalah Kedah, Perlis,
Kelantan, Terengganu, dan Johor. Terdapat beberapa sebab mengapa kerajaan-kerajaan
ini tidak bergabung dengan Negeri-Negeri Melayu bersekutu. Salah satu sebabnya adalah
kerana negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pada mulanya di bawah
naungan kerajaan Siam. Negeri-negeri ini hanya diserahkan kepada pihak British pada
tahun 1909 apabila Perjanjian Bangkok ditandatangani diantara pihak British dengan
pihak Siam.

3.6 Perang Dunia Kedua: Pendudukan Jepun


Pendudukan Jepun semasa perang dunia kedua banyak membuka mata
masyarakat Melayu untuk menuntut kemerdekaan dari pihak British. Pemerintahan Jepun
tidak mengganggu atau mengubah sistem-sistem kerajaan Melayu. Secara tidak langsung,
pemerintahan Jepun mengiktirafkan kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu. Polisi
pemerintahan Jepun yang cuba mendapatkan sokongan daripada masyarakat tempatan

20
(iaitu orang Melayu) untuk menentang pihak British memberi kesedaran kepada
masyarakat Melayu tentang kemampuan mereka sendiri dan kelemahan pihak British.
Kemampuan pihak Jepun untuk mengalahkan pihak British dalam masa yang begitu
singkat sekali menunjukkan kepada masyarakat Melayu bahawa pihak British boleh
ditewaskan. Masyarakat Melayu mula melihat pihak British sebagai lawan yang boleh
dikalahkan dan bukannya sebagai tuan yang perlu diikuti perintahnya.

3.7 Kebangkitan Semangat Kebangsaan Melayu


3.7.1 Kebangkitan Awal
Kebangkitan semangat nasionalisme Melayu mungkin bermula sebelum Perang
Dunia Kedua. Akan tetapi gerakan ini mendapat sokongan ramai dengan penubuhan
Malayan Union (Andaya dan Andaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy 1972;
Tan 1976). Gerakan nasionalisme Melayu ini mungkin mendapat semangat baru untuk
menentang pihak British apabila mereka melihat bagaimana tentera Inggeris mampu
dikalahkan tentera Jepun. Mereka juga mendapati bahawa kerajaan penjajahan Jepun juga
kurang memberi perhatian kepada keperluan-keperluan masyarakat Melayu. Oleh sebab
yang demikian, semangat kebangsaan mula timbul di kalangan masyarakat Melayu untuk
membentuk sebuah negara bangsa (nation state) yang tersendiri.

3.7.2 Gerakan Inteligensia Melayu


Gerakan inteligensia Melayu yang menerajui gerakan nasionlisme Melayu terdiri
daripada orang-orang cerdik pandai Melayu yang telah mendapat pendidikan dari
Sekolah-Sekolah Melayu, Sekolah-sekolah (atau Pondok-Pondok) Agama, dan Sekolah-
Sekolah Inggeris.

Dengan kebangkitan semangat nasionalisme Melayu, muncullah parti-parti politik


Melayu seperti Parti Kebangsaan Melayu (PKMM), UMNO dan PAS (Andaya dan
Andaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976).

21
3.7.3 Bantahan kepada Penubuhan Malayan Union
Malayan Union ditubuhkan pada 1 Februari 1946 (Andaya dan Andaya 2001;
Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Penubuhan Malayan Union adalah
satu idea yang datangnya dari pihak kerajaan penjajahan Inggeris yang cuba untuk
menggabungkan semua negeri-negeri Melayu dan dua negeri-negeri Selat di
Semenanjung Tanah Melayu sebagai satu unit pentadbiran.

Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 hasil daripada perjanjian


Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani oleh sembilan Raja – Raja Melayu dan
Pesuruhjaya Tinggi British (Andaya dan Andaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN 1992;
Jessy 1972; Tan 1976). Ianya menggabungkan negeri- negeri Melayu dari Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu)
dengan dua negeri- negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka.

Raja-Raja Melayu sebenarnya dipaksa untuk menandatangani perjanjian untuk


menyerahkan kuasa mereka dan penubuhan Malayan Union (Andaya dan Andaya 2001;
Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Penubuhan Malayan Union
ditentang hebat oleh masyarakat Melayu dan Raja-Raja Melayu. Sesetengah ahli-ahli
sejarah berpendapat bahawa penubuhan Malayan Union ini mencetuskan semangat
kebangsaan atau nasionalisme yang membawa kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957.

Penentangan yang hebat terhadap penubuhan Malayan Union oleh masyarakat


Melayu berkait rapat dengan kemarahan mereka terhadap pihak British yang cuba
melupakan sejarah kemunculan pihak British memerintah negeri-negeri Melayu (melalui
perjanjian-perjanjian). Pihak British juga cuba membuat satu entiti politik baru yang tidak
mengambil kira kepentingan kuasa-kuasa tempatan (yakni kesultanan Melayu) yang telah
memegang kuasa dengan sah sebelum kedatangan (dan campur tangan) pihak British.
Sememangnya pihak British telah menggunakan kuasa politik dan diplomasi untuk
mengambil-alih kuasa di negeri-negeri Melayu. Sungguhpun sedemikian, perubahan-
perubahan yang telah dibuat oleh pihak British sebelum Malayan Union sentiasa

22
menggabungkan sistem-sistem yang dibentuk oleh tamadun Melayu dengan sistem-
sistem pihak British. Tindakan pihak British untuk memansuhkan kuasa raja-raja Melayu
di bawah Malayan Union akhirnya gagal dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
selepasnya mengekalkan penggabungan sistem-sistem tamadun Melayu dan pihak British
yang sedia ada.

3.8 Persekutuan Tanah Melayu


Penubuhan Malayan Union itu sendiri berjaya ditewaskan dan pada 1 Februari
1948 Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan hasil daripada Perjanjian Negeri Negeri
dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948 yang ditandatangi oleh
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu (Andaya dan Andaya 2001; Ibrahim
1981; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
adalah hasil daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani oleh
sembilan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi
British. Sembilan Negeri-Negeri Melayu (iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Pahang, Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu) dan dua negeri-negeri Selat
(Pulau Pinang dan Melaka) menjadi ahli-ahli kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu mengekalkan sebahagian daripada ciri-ciri


tamadun Melayu dan menjadi asas kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan
pembentukan Persekutuan Malaysia. Pembentukannya penting oleh kerana ciri-ciri
kerajaan persekutuan yang dibentuk semasa Persekutuan Tanah Melayu juga menjadi
asas kepada ciri-ciri kerajaan persekutuan Persekutuan Tanah Melayu yang mencapai
kemerdekaan dan juga kerajaan persekutuan Persekutuan Malaysia selepas itu.

3.9 Komunisma (PKM) dan Darurat


Selepas perang dunia kedua, ideologi komunisma cuba diperkembangkan di
kawasan ini oleh Parti Komunis Malaya (atau PKM). Ideologi komunisma ini berkait
rapat dengan kejayaan parti komunis di negara China. Ideologi ini dianggap sebagai
ideologi alternatif kepada ideologi demokrasi barat dan mendapat sokongan daripada
segolongan masyarakat Cina di sini. PKM menentang pemerintahan kerajaan Inggeris

23
dan kerajaan Malaysia selepas itu dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang
sedia ada dan menggantikannya dengan pemerintahan komunis. Banyak nyawa terkorban
akibat usaha-usaha penentangan PKM, kemudahan infrastruktur negara juga turut
dimusnahkan. PKM hanya menyerah diri kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1990.

Kegagalan PKM berkait rapat dengan penentangannya kepada ideologi


kebangsaan yang terdapat pada hari ini. Ideologi komunisma mempunyai nilai-nilai yang
bercanggah dengan nilai-nilai tamadun Melayu dan juga nilai-nilai tamadun-tamadun
yang lain di Malaysia seperti tamadun Cina dan tamadun India. Nilai komunisma yang
paling ketara percanggahannya dengan nilai tamadun-tamadun lain adalah bahawa agama
(atau kepercayaan) tidak diperlukan untuk kehidupan manusia.

3.10 Kemerdekaan dan Pembentukan Persekutuan Malaysia


Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pembentukan Persekutuan
Malaysia seterusnya merupakan sebahagian daripada proses perubahan dan
kesinambungan tamadun Melayu yang bermula daripada dahulu sehingga ke hari ini.
Proses pembentukan sebuah sistem pentadbiran moden bermula dengan Perjanjian
Pangkor, dan telah terus berkembang semenjak itu. Pengubah-suaian sistem-sistem
tamadun Melayu dengan memasukkan komponen-komponen sistem pentadbiran British
membentuk sebuah sistem baru yang akhirnya menggabungkan kedua-duanya sekali
dengan menggunakan nilai-nilai teras tamadun Melayu.

3.10.1 Proses Pembentukan Negara Bangsa


3.10.1.1 Kewarganegaraan Sebagai Kontrak Sosial
Kewarganegaraan menjadi satu perkara yang penting dalam perundingan-
perundingan untuk membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Terdapat
banyak tolak-ansur untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak-pihak yang terlibat.
Akhirnya persetujuan kewarganegaraan dalam perlembagaan menjadi satu kontrak sosial
antara kerajaan persekutuan dengan rakyat. Orang-orang Melayu menjadi warganegara
secara otomatik dan mereka berpayungkan kepada Raja-Raja Melayu. Masyarakat bukan-
Melayu menjadi warganegara dengan syarat-syarat bahawa mereka menerima kedaulatan

24
Raja-Raja Melayu, menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan, menerima Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan menerima kewujudan hak istimewa Orang-
Orang Melayu.

3.10.1.2 Struktur Kerajaan Persekutuan


3.10.1.3 Penerapan Simbol-Simbol Tamadun Melayu
Terdapat banyak simbol-simbol tamadun Melayu yang diterapkan ke dalam
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia selepas itu.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia selepas itu
mengekalkan simbol-simbol tamadun Melayu. Lagu Negaraku juga menggunakan
simbol-simbol yang datangnya dari tamadun Melayu. Bendera Malaysia juga
mencerminkan tamadun Melayu. Monumen-monumen Negara Malaysia seperti Istana
Negara, Parlimen, Masjid Negara, Muzium Negara, Tugu Negara, Stadium Merdeka, dan
Stadium Negara juga turut menggunakan simbol-simbol daripada tamadun Melayu.

3.10.2 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu


Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957. Banyak penulisan-penulisan telah dibuat tentang bagaimana kemerdekaan ini
dicapai. Tujuan penulisan ini bukannya untuk membincangkan dengan panjang lebar
bagaimana proses mendapatkan persetujuan dari kerajaan Inggeris itu berjalan. Perkara
yang lebih penting untuk tujuan ini adalah bagaimana kesinambungan dari Tamadun
Melayu ke Tamadun Malaysia diteruskan.

Antara perkara-perkara yang lebih penting dalam proses mencapai kemerdekaan


Persekutuan Tanah Melayu adalah bagaimana parti-parti politik bergabung untuk
membentuk satu Perikatan (Andaya dan Andaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN 1992;
Jessy 1972; Tan 1976). Tiga parti politik besar yang mewakili tiga kumpulan etnik
terbesar di Semenanjung Tanah Melayu, UMNO, MCA dan MIC, telah memainkan
peranan yang penting untuk mewujudkan Perikatan (sekarang ini dinamakan Barisan
Nasional). Gabungan parti-parti ini berjaya menerajui Persekutuan Tanah Melayu dan
kemudiannya Persekutuan Malaysia dari waktu sebelum merdeka sehinggalah pada hari

25
ini. Kejayaan gabungan ini bekerjasama melebihi 50 tahun adalah satu kejayaan yang
berkait rapat dengan falsafah orang Melayu tentang tinggal sama dengan kumpulan-
kumpulan etnik yang lain.

Kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional pada masa sekarang ini merupakan
satu kerajaan yang melakukan kerjasama serta bermesyuarah di antara parti-parti politik
yang berlain. Pemikiran untuk bekerjasama ini adalah satu idea baru pada waktu itu dan
mencerminkan falsafah kebudayaan Melayu yang mana sentiasa persetujuan dicapai
melalui mesyuarah bersama. Pemikiran ini menunjukkan bahawa kesinambungan
Tamadun Melayu sehingga ke hari ini masih diteruskan.

3.10.3 Penubuhan Persekutuan Malaysia


Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Penubuhan
Persekutuan Malaysia menggabungkan negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu
dengan negeri-negeri Sabah (dahulunya British North Borneo), Sarawak, dan Singapura.
Negeri-negeri yang baru digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada satu masa
dahulu merupakan tanah kerajaan-kerajaan Melayu Islam. Oleh kerana negeri-negeri ini
telah dipisahkan daripada kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang asal, mereka tidak
mempunyai sultan atau raja sebagai ketua negeri. Sebaliknya seorang gabenor dilantik
untuk mengambil alih tugas-tugas rasmi adat istiadat yang sepatutnya dimiliki oleh sultan
atau raja.

Ciri Utama Struktur Kerajaan Malaysia


Struktur kerajaan Malaysia yang diamalkan pada hari ini masih lagi mengekalkan
ciri-ciri tertentu yang datangnya kerajaan-kerajaan Melayu Islam sebelum kedatangan
Inggeris. Walaubagaimanapun, struktur ini telah diubahsuai oleh pihak Inggeris apabila
mereka campur tangan dalam hal-hal kerajaan-kerajaan Melayu. Pengubahsuaian-
pengubahsuaian yang telah dilakukan itu dikekalkan pada peringkat negeri-negeri.

26
Pada peringkat kerajaan persekutuan, ketua negara adalah Duli Yang Maha Mulia
Yang Di-Pertuan Agong. Beliau mempunyai persamaan dengan sistem kerajaan Melayu
Islam lama di mana, beliau mengambil tempat Sultan atau Raja.

Ketua kerajaan (juga dikenali dengan ketua eksekutif) yang melaksanakan


undang-undang dan pentadbiran negara adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Jawatan beliau mempunyai persamaan dengan jawatan Residen Inggeris pada masa
kerajaan-kerajaan Melayu Islam ditadbir oleh pihak Inggeris.

Jika kita lihat pula pada struktur kerajaan negeri-negeri di Malaysia yang
mempunyai Sultan ataupun Raja, kita akan dapati bahawa Ketua Negeri adalah Duli
Yang Maha Mulia Sultan, Yang Di-Pertuan Besar, ataupun Raja. Penyusunan ini
mengekalkan ketua kerajaan-kerajaan Melayu Islam seperti asal.

Akan tetapi, setiap negeri sekarang ini mempunyai Ketua Menteri yang mentadbir
sesuatu negeri hampir sama seperti yang telah dilakukan oleh Residen-Residen Inggeris
pada satu masa dahulu. Hampir tiada pengubasuaian yang dilakukan pada struktur
pemerintahan kerajaan-kerajaan negeri apabila Persekutuan Tanah Melayu dan
selepasnya Persekutuan Malaysia dibentuk.

Orang Melayu, Bumiputera dan Pribumi


Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia, istilah-istilah Bumputera dan Pribumi
terpaksa dijelaskan. Berbeza daripada kawasan Semenanjung Tanah Melayu, kawasan
Malaysia Timur khususnya mempunyai pelbagai kumpulan-kumpulan etnik asli. Secara
umumnya, istilah Orang Asli hanya digunakan di Malaysia Barat dan tidak dianggap
sesuai untuk digunakan di Malaysia Timur. Oleh yang demikian istilah bumiputera
digunakan untuk menunjukkan kumpulan-kumpulan etnik yang asalnya dari kawasan
Malaysia Timur sendiri.

Pembezaan ini terpaksa dilakukan sungguhpun terdapat pendapat di kalangan


sesetengah sarjana Malaysia bahawa orang-orang bumiputera di Sabah dan Sarawak juga

27
orang Melayu (ataupun rumpun Melayu). Ini adalah kerana Perlembagaan Malaysia
mentakrifkan orang Melayu sebagai orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan
kebudayaan Melayu dan beragama Islam.

3.11 Pemantapan Negara Bangsa Malaysia


Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia,
program-program pembangunan negara dijalankan untuk mempertingkatkan kemampuan
negara dan juga tahap kehidupan orang awam. Tragedi rusuhan perkauman pada 13 Mei
1969 telah mengubah pemikiran kerajaan Malaysia, yang bertanggapan (sebelum itu)
bahawa masyarakat pelbilang kaum di Malaysia mempunyai pemikiran sehaluan dan
mampu bekerja-sama. Ekoran daripada tragedi tersebut, kerajaan Malaysia telah
memperkenalkan pelbagai program pembaharuan untuk mengubah keadaan yang sedia
ada untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu. Pemantapan negara
bangsa Malaysia menjadi hasrat kerajaan Malaysia. Kesemua daripada perubahan-
perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia mendapat sokongan daripada
parlimen. Antara perkara-perkara yang dimulakan pada waktu itu adalah Rukun Negara,
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan
dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dalam pembentukan perkara-perkara di atas, nilai-
nilai tamadun Melayu diterapkan sebagai nilai-nilai asas seperti yang terdapat di dalam
perlembagaan Malaysia. Sejarah tamadun Melayu dan jumlah bilangan masyarakat
Melayu sebagai kumpulan etnik terbesar juga memainkan peranan dalam penerimaan
nilai-nilai tamadun Melayu sebagai nilai-nilai asas kepada pembentukan kebudayaan
kebangsaan dan bangsa Malaysia.

3.12 Sains, Seni, dan Teknologi Ketamadunan Melayu


Sains, kesenian, dan teknologi yang dihasilkan oleh tamadun Melayu adalah
sesuatu yang unik dan mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan
Melayu. Sebahagian daripada sains, kesenian, dan teknologi ini bukannya rekaan
tamadun Melayu, namun demikian, ianya telah diubahsuai mengikut citarasa kebudayaan
Melayu sehinggakan ianya menjadi satu bentuk lain yang menunjukkan daya kreatif
kebudayaan Melayu dan juga kebijaksanaan tempatan (local genius).

28
3.12.1 Sains Tamadun Melayu
Tamadun Melayu menghasilkan satu sistem sains tepat yang tersendiri
berdasarkan kepada keperluan-keperluan kebudayaan Melayu. Sebahagian daripada
sistem sains tepat yang dihasilkan oleh tamadun Melayu boleh dilihat daripada sistem
sukatan atau penakatan Melayu. Pengukuran jarak (seperti sejengkal, sedepa, hasta, dan
rantai) dan timbangan (seperti cupak, gantang, dan koyan) adalah berbeza daripada
sistem-sistem penekatan lain dan berkaitan rapat dengan keperluan serta pengalaman
masyarakat Melayu.

3.12.2 Kesenian Tamadun Melayu


Tamadun Melayu juga menghasilkan pelbagai bentuk kesenian. Kesenian ini
boleh dilihat daripada dua aspek, ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible). Di antara
kesenian yang berbentuk ketara adalah seni persembahan (seperti tarian Melayu dan Mak
Yong) dan artifak (seperti jaring, pukat, bubu, songket dan busana). Kesenian-kesenian
berbentuk tidak ketara pula adalah seperti pemikiran Melayu (syair, peribahasa, dan
pantun).

3.12.3 Ilmu dan Teknologi Tamadun Melayu


Tamadun Melayu banyak menghasilkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
teknologi. Ilmu-ilmu teknologi yang dihasilkan (dan diubahsuai) oleh tamadun Melayu
menunjukkan kebijaksanaan tempatan (local genius). Sebahagian daripada ilmu-ilmu ini
boleh dilihat daripada pembinaan (istana, masjid, dan rumah) dan pembuatan barang-
barang keperluan harian (seperti keris dan songket). Perbezaan hasil teknologi tamadun
Melayu dengan tamadun-tamadun lain mempunyai kaitan dengan sumber-sumber yang
boleh diperolehi dan juga keperluan serta nilai-nilai kebudayaan Melayu.

3.13 Nilai (World-View) Tamadun Melayu


Secara umumnya, nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu
berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai-nilai tersebut berkaitan rapat
dengan konsep iman yang terdapat dalam agama Islam. Nilai-nilai asas ini boleh dilihat

29
di dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasan, perumpamaan, dan pepatah-
pepatih. Terdapat pelbagai senarai yang boleh dibuat untuk menunjukkan nilai-nilai
tersebut. Untuk keperluan buku ini, sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang
lebih penting disenaraikan dan diperjelaskan di bawah ini.

3.13.1 Keimanan/Ketakwaan kepada Allah swt.


Keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt adalah perkara yang paling penting
dalam agama Islam. Ianya melibatkan banyak perkara-perkara yang menjadi pengangan
(pemikiran atau falsafah) asas kepada kehidupan manusia di dunia ini. Mentaati segala
yang dituntut dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah swt adalah sebahagian
daripada cara-cara bagaimana orang Melayu (dan orang Islam) beriman dan bertakwa
kepada Allah swt.

3.13.2 Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin


Sejarah tamadun Melayu berkaitan rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat
Melayu taat-setia kepada Sultan/Raja semenjak zaman-zaman awal tamadun Melayu lagi.
Ianya satu sifat turun-menurun yang diikuti dan diajar oleh orang-orang Melayu sehingga
ke hari ini. Masyarakat Melayu juga menghormati pemimpin. Nilai-nilai ini adalah nilai-
nilai yang asas dalam tamadun Melayu.

3.13.3 Kepatuhan kepada Undang-Undang


Masyarakat Melayu adalah satu kumpulan manusia yang patuh kepada undang-
undang, seperti yang boleh dilihat dalam hukum-hukum adat. Orang-orang Melayu
memahami kedaulatan hukum-hukum adat semenjak dahulu lagi dan mengikut peraturan-
peraturan serta undang-undang akibat daripada pemahaman mereka terhadap kedaulatan
hukum-hukum adat.

3.13.4 Mendahului yang Tua


Tamadun Melayu memberi keutamaan kepada yang tua atau berusia. Nilai ini
berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang-orang yang lebih
berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding dengan orang-orang yang

30
muda. Pengalaman adalah sesuatu yang sentiasa dipandang penting dalam masyarakat
Melayu. Golongan muda digalakkan merantau untuk mencari pengalaman lain.

3.13.5 Saling Hormat-Menghormati Orang Lain


Tamadun Melayu juga tidak memandang rendah kepada orang lain. Oleh yang
demikian, orang-orang Melayu saling hormat-menghormati orang lain. Penghormatan
diberikan kepada orang lain yang turut menghormati orang Melayu. Orang-orang Melayu
selalunya memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang-orang lain. Orang-orang
yang tidak membalas penghormatan yang diberikan akan dipandang rendah.

3.13.6 Meraikan Tetamu


Meraikan tetamu adalah satu nilai yang penting dalam masyarakat Melayu.
Mengikut ajaran agama Islam, tetamu membawa rezeki kepada tuan rumah. Oleh yang
demikian, tetamu sentiasa dipandang dengan baik oleh orang Melayu dan diraikan
dengan sebaik-baiknya.

3.13.7 Bertimbang Rasa


Tamadun Melayu sentiasa menggalakkan perasaan bertimbang rasa. Orang
Melayu sentiasa cuba memikirkan perasaan dan keadaan orang lain sebelum membuat
apa-apa keputusan. Pemikiran bertimbang rasa memerlukan kita tidak mengikuti perasaan
kita sahaja; ianya memaksa kita mengambil kira perasaan orang lain, yakni menimbang
perasaan kita dengan perasaan orang lain.

3.13.8 Bersopan-santun, berbudi pekerti


Bersopan-santun dan berbudi pekerti sebahagian daripada nilai-nilai tamadun
Melayu yang berkaitan dengan beradab (atau civilised). Masyarakat Melayu menganggap
bahawa orang-orang yang beradab sebagai halus (atau refined) budi pekertinya manakala
orang-orang yang tidak beradab sebagai kasar.

31
3.13.9 Bermesyuarah/Bermuafakat
Bermesyuarah atau bermuafakat adalah cara bagaimana masyarakat Melayu cuba
mencapai persetujuan ramai. Golongan ramai diberi peluang untuk menyuarakan
pendapat-pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua
pendapat-pendapat.

3.13.10 Bergotong-royong
Salah satu daripada ciri-ciri tamadun Melayu adalah melakukan pekerjaan secara
bergotong-royong. Nilai ini sebahagian daripada nilai-nilai kebudayaan Melayu yang
berteraskan kepada kepentingan kehidupan secara kumpulan (dan bukannya kepentingan
kehidupan bersendirian seperti yang diikuti oleh masyarakat Eropah Barat).

3.13.11 Bekerja Bersungguh-Sungguh


Masyarakat Melayu mementingkan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini
juga sebahagian daripada ajaran agama Islam yang menuntut pekerjaan yang halal dan
kesungguhan bekerja. Mengikut pemikiran ini, hasil pekerjaan kita akan menjadi
sebahagian daripada darah dan daging kita dan juga ahli-ahli keluarga kita. Apabila kita
melakukan pekerjaan yang haram atau tidak melakukan pekerjaan kita dengan sempurna,
perkara-perkara yang tidak elok akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri dan
ahli-ahli keluarga kita. Ianya mampu untuk membuat kita menjadi orang-orang yang
tidak elok.

3.14 Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di Malaysia


Masyarakat Melayu di Malaysia pada hari ini sentiasa berinteraksi dengan
tamadun-tamadun lain, bukan saja dengan masyarakat-masyarakat yang menetap di
Malaysia, akan tetapi juga dengan tamadun-tamadun luar. Hubungan dan interaksi di
antara masyarakat Melayu dengan masyarakat lain selalunya bersifat positif. Keadaan ini
bermula dengan sifat tamadun Melayu yang sentiasa terbuka kepada unsur-unsur luaran.
Sifat keterbukaan ini pula berpunca daripada sejarah kebudayaan Melayu yang tinggal di
kawasan kepulauan.

32
3.14.1 Orang Melayu Penduduk Kawasan Kepulauan
Orang Melayu pada asalnya adalah penduduk kawasan kepulauan (iaitu kawasan
tanah besar dan kepulauan Asia Tenggara). Lokasi pulau-pulau di kawasan ini
memisahkan orang-orang Melayu secara fizikal dan mengasingkan mereka daripada
mudah untuk berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan manusia lain. Keadaan ini
memaksa orang Melayu untuk berinteraksi dengan mana-mana kumpulan manusia yang
datang ke kawasan mereka untuk mendapat khabar berita dari jauh dan pada waktu sama
untuk berdagang. Perdagangan ini penting untuk membolehkan orang-orang Melayu
tempatan memperolehi keperluan-keperluan lain yang tidak terdapat di kawasan mereka.

3.14.2 Orang Melayu Bersifat Heterogeneous


Keadaan orang Melayu yang tinggal di kawasan kepulauan memisahkan mereka
secara fizikal dari kumpulan-kumpulan orang Melayu yang lain. Pemisahan fizikal ini
mengurangkan dan menyukarkan interaksi antara kumpulan-kumpulan orang Melayu
yang berbeza. Ianya juga membolehkan kemunculan perbezaan-perbezaan kebudayaan
tempatan. Perbezaan-perbezaan ini menjadikan orang-orang Melayu bersifat
heterogeneous atau pelbagai. Kepelbagaian ciri-ciri kebudayaan masyarakat Melayu ini
berterusan oleh kerana masayarakat Melayu tidak pernah disatukan oleh mana-mana satu
kerajaan atau empayar Melayu (ataupun bukan Melayu) untuk membentuk satu negara
bangsa atau empayar seperti yang berlaku di tempat-tempat lain seperti di Cina dan di
Rum2.

3.14.3 Sifat Terbuka Kepada Luar


Tamadun Melayu selalunya mempunyai sifat terbuka kepada kedatangan orang-
orang luar. Sifat ini berkaitan dengan sejarah masyarakat Melayu yang tinggal di
kawasan-kawasan kepulauan. Penerimaan kedatangan orang luar adalah sebahagian
daripada keperluan masyarakat yang menetap di kawasan kepulauan untuk

2
Hanya kerajaan Jepun sahaja berjaya untuk menguasai hampir kesemua kawasan kepulauan Melayu di
Asia Tenggara pada waktu perang dunia kedua. Kerajaan Jepun hanya menduduki kawasan ini buat
beberapa tahun dan tidak pernah cuba untuk memerintah keseluruhan kawasan ini sebagai satu wilayah
atau memaksa penghuni-penghuni (orang-orang Melayu dan rumpun Melayu) kawasan ini untuk berfikir
sebagai satu kumpulan.

33
mempertingkatkan kemampuan diri mereka. Tanpa kedatangan orang luar, masyarakat
tempatan tidak mampu untuk mengikuti perkembangan-perkembangan baru dan akan
lama-kelamaan menjadi ketinggalan zaman. Masyarakat Melayu memahami hakikat
tersebut dan sentiasa terbuka kepada luar untuk membolehkan peningkatan dalam diri
mereka.

3.14.4 Penerimaan Pandangan Luar


Selain daripada bersifat terbuka, tamadun Melayu juga sentiasa menerima
pandangan-pandangan dari luar. Masyarakat Melayu begitu mudah sekali menerima
pendapat-pendapat berbeza yang dibawa oleh pendatang-pendatang. Penerimaan
perbezaan pendapat ini tidak bermakna orang-orang Melayu akan bersetuju dengan
pendapat-pendapat luaran. Masyarakat Melayu biasa melihat kelainan dan tidak
menanggap kelainan itu sebagai sesuatu yang merbahaya. Ini adalah kerana lokasi
kepulauan membolehkan interaksi dengan kumpulan-kumpulan manusia yang berbeza.
Oleh kerana masyarakat Melayu mengetahui kewujudan kelainan dan mampu berhadapan
dengan kelainan, mereka juga mampu menerima pandangan dari luar.

3.14.5 Memberi Peluang Kepada Kemampuan Luar


Kemampuan tamadun Melayu untuk menerima pandangan dari luar adalah satu
sifat yang berkaitan rapat dengan kesediaan masyarakat Melayu untuk memberi peluang
kepada kemampuan luar. Kesediaan untuk memberi peluang kepada kemampuan luar
adalah sifat tamadun Melayu yang membolehkan masyarakat Melayu berubah mengikut
keperluan semasa. Pada waktu sama, kesediaan ini juga mencerminkan pemahaman
masyarakat Melayu bahawa terdapat pelbagai cara-cara yang berbeza untuk melakukan
sesuatu.
3.14.6 Bermesyuarah/Bermuafakat
Salah satu mekanisma yang terdapat dalam tamadun Melayu untuk mencapai
sesuatu keputusan adalah melalui proses bermesyuarah atau bermuafakat. Proses
bermesyuarah atau bermuafakat adalah proses di mana semua orang-orang yang terlibat
akan mengeluarkan pendapat mereka dan berbincang untuk mencapai sesuatu keputusan
bersama. Ini adalah satu proses yang berkemungkinan bermula semasa masyarakat

34
Melayu masih lagi mempunyai organisasi masyarakat (yang berdasarkan kepada pertalian
darah atau keluarga) pada peringkat perkampungan. Organisasi masyarakat pada
peringkat ini tidak dipimpin oleh seorang ketua yang mempunyai kuasa mutlak seperti
seorang raja; sebaliknya kepimpinan sesuatu perkampungan berdasarkan kepada
persetujuan ramai. Sungguhpun ketua kampung mempunyai kuasa, akan tetapi kuasa
tersebut berdasarkan kepada pengaruh yang diperolehinya (berkaitan dengan pangkat
dalam keluarga dan usia). Beliau terpaksa mendapatkan persetujuan ramai sebelum
sesuatu keputusan boleh diterima. Cara bermesyuarah dan bermuafakat ini masih boleh
dilihat di dalam proses membuat keputusan yang dilakukan oleh Barisan Nasional semasa
perbincangan dengan parti-parti komponennya.

3.14.7 Interaksi Orang Melayu dengan Orang Bukan Melayu


Interaksi yang berlaku antara orang-orang Melayu dan orang-orang bukan Melayu
di Malaysia menunjukkan ciri-ciri biasa kumpulan etnik terbesar (iaitu masyarakat
Melayu). Sama seperti kebanyakan negara-negara lain, kumpulan etnik terbesar selalunya
mempunyai sesuatu nilai yang dipandang tinggi oleh kumpulan-kumpulan etnik yang
lebih kecil. Kita boleh melihat perkara ini di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,
Great Britain, Australia, India, dan Singapura. Orang-orang dari kumpulan-kumpulan
etnik yang lain sentiasa cuba untuk memasuki kumpulan etnik yang terbesar di negara-
negara tersebut.

Di Malaysia, sungguhpun terdapat persamaan dari segi perasaan untuk memasuki


kumpulan etnik terbesar, terdapat satu kelainan yang berkaitan dengan pemikiran
terhadap tamadun atau peradaban. Jika kita kaji sebab-sebab mengapa masyarakat
kumpulan etnik lain cuba menjadi ahli-ahli kumpulan etnik terbesar di negara-negara di
atas, kita akan dapati bahawa ianya berkaitan dengan nilai prestij dan kuasa. Akan tetapi,
memasuki kumpulan etnik Melayu bermula jauh lebih awal daripada kemunculan negara-
negara di atas. Istilah masuk Melayu merujuk kepada perubahan nilai-nilai kebudayaan
dan juga bertukar agama untuk menganut agama Islam. Perubahan sedemikian telah
wujud semenjak kemunculan Islam di kepulauan Melayu.

35
Perkara yang lebih penting berkaitan dengan perbuatan masuk Melayu adalah
persepsi masyarakat rumpun Melayu di Asia Tenggara pada satu masa dahulu. Menjadi
orang Melayu menjadi satu perbuatan yang dipandang tinggi oleh masyarakat rumpun
Melayu di kepulauan Melayu oleh kerana orang Melayu dikaitkan dengan Tamadun
Melayu, satu pencapaian yang dianggap sebagai pencapaian peradaban tertinggi di
kalangan masyarakat kepulauan Melayu. Oleh yang demikian, perbuatan masuk Melayu
juga boleh dianggap sebagai menerima pencapaian Tamadun Melayu serta nilai-nilai
Tamadun Melayu untuk menjadi pedoman hidup.

Sungguhpun masuk Melayu adalah satu kaedah untuk orang-orang lain menjadi
ahli masyarakat Melayu yang diterima ramai, terdapat kumpulan-kumpulan etnik lain
yang tidak mahu berubah sepenuhnya. Kumpulan-kumpulan ini mungkin tidak begitu
selesa dengan keperluan untuk menganut agama Islam sebagai teras kepada perbuatan
masuk Melayu. Namun demikian, terdapat kumpulan-kumpulan etnik lain yang mengikut
cara-cara kebudayaan Melayu seperti Baba Nyonya dan Chitty. Kumpulan-kumpulan
seperti ini mengubah kebudayaan-kebudayaan mereka sehingga ianya hampir menyerupai
kebudayaan Melayu. Masyarakat Melayu secara umumnya berinteraksi secara positif
dengan kumpulan-kumpulan ini dan tidak menyekat ahli-ahli kumpulan ini dalam
perkara-perkara biasa selain daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama
Islam.
3.15 Rumusan dan Kesimpulan
Tamadun Melayu muncul di kawasan Asia Tenggara dengan kemunculan
kerajaan-kerajaan Melayu awal. Selalunya kerajaan-kerajaan Melayu awal menunjukkan
pengaruh dari kepercayaan Hindu-Buddha. Ini adalah kerana kerajaan-kerajaan tersebut
membina monumen-monumen besar dari batu. Akan tetapi terdapat bukti-bukti arkeologi
yang mencadangkan bahawa terdapat juga kerajaan-kerajaan Melayu awal muncul pada
waktu yang sama dengan kerajaan-kerajaan pengaruh Hindu-Buddha, akan tetapi tidak
menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha. Perkara penting yang juga perlu diambil
perhatian adalah bahawa kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan awal yang terdapat di
Asia Tenggara adalah kerajaan-kerajaan yang dibentuk oleh orang-orang Melayu.

36
Kerajaan-kerajaan Melayu awal ini menjadi lebih mantap apabila ianya menerima
agama Islam. Pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu Islam di rantau Asia Tenggara
dianggap sebagai zaman kegemilangan tamadun Melayu. Kerajaan Melayu Islam yang
sering dikaitkan dengan negara Malaysia adalah kerajaan Melayu Islam di Melaka.

Selepas Melaka ditawan oleh orang-orang Portugis, penguasaan orang-orang


Melayu terhadap perniagaan dan laluan perdagangan di kawasan Asia Tenggara
menurun. Orang Belanda mengambil alih tempat orang Portugis di Melaka setelah
beberapa ketika. Akhir sekali, untuk kawasan yang kelak akan menjadi Malaysia, orang
Inggeris pula datang untuk mengaut kekayaan yang terdapat di sini.

Orang-orang Inggeris mengubah sistem pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu


Islam yang terdapat di Malaysia. Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan
penjajahan Inggeris masih kekal pada hari ini. Sungguhpun, sistem pentadbiran di
Malaysia pada hari ini agak berbeza daripada sistem pentadbiran asal kerajaan-kerajaan
Melayu Islam, akan tetapi ianya pada asasnya masih mengekalkan Raja-Raja Melayu
sebagai ketua-ketua negeri dan negara. Pengekalan sistem ini menunjukkan
kesinambungan antara Tamadun Melayu dan Tamadun Malaysia. Kesinambungan ini
adalah sebab mengapa Tamadun Melayu menjadi teras kepada Tamadun Malaysia.

37
Rujukan Pilihan
A. Aziz Deraman
2003 Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Suatu Analisis Perkembangan
Kebudayaan di Malaysia. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Rahman Abdullah


2000 Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

Abdullah Ishak
1990 Islam Di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu). Petaling Jaya, Selangor:
Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Abdullah Jusoh
1989 Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdula Rahman Abdullah


1999 Falsafah Alam Semesta Di Nusantara. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Hakimi Khairuddin


2006 Arkeologi dan Sejarah Kebudayaan Melayu: Satu Tinjauan Awal, Purba
24:1-10.

1998 Arkeologi Pra-Sejarah dan Pengajian Melayu, dalam Pengajian Sastera dan
Sosiobudaya Melayu: Memasuki Alaf Baru. Hashim Awang A.R., Zahir Ahmad
dan Zainal Abidin Borhan (eds.). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.

38
Ahmad Hakimi Khairuddin dan Faridah Che Husain
2006 Isu-isu Kontemporari Dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, dalam
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Ahmad Sarji bin Abdul Hamid


1993 Beberapa Etos Pembangunan Negara (Nation Building Ethos). Kuala
Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Amir A. Rahman
1990 Pengantar Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya


2001 A History of Malaysia. Edisi Kedua. Houndmills, Basingstoke, Hampshire:
Palgrave.

Asmah Haji Omar


1983 The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

1988 Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bellwood, Peter S.
1997 Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago. Edisi Semakan. Honolulu:
University of Hawai'i Press.

Braddell, Roland
1935 An Introduction to the Study of Ancient Times in the Malay Peninsula and the
Straits of Malacca, Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic
Society, XIII(2):70-109.

39
Coedes, G.
1968 The Indianized States of Southeast Asia (Histoire ancienne des etats hindouises
d'Extreme-Orient, Edisi Ketiga). Wlater F. Vella (peny.). Diterjemahkan oleh
Susan Brown Cowing. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. (Teks asal
dalam bahasa Perancis).

Collins, James T.
1993 Istilah 'Melayu Proto' Takrif Etnografi, Linguistik, dan Arkeologi, dalam Tinta
Kenangan: Sumbangan Sempena Persaraan dan Perlantikan Naib Canselor,
Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Nik Safiah Karim (penyunting). Kuala
Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

1998 Malay, World Language: A Short History. The History of Malay Monograph
Series. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dartford, G. P.
1953 The Growth of the British Commonwealth. Part One: 1558-1815. London:
Longmans, Green and Co.

Hancock, W. K.
1943 Empire in the Changing World. A Penguin Special. New York, New York:
Penguin Books.

Harper, T. N.
2001 The End of Empire and the Making of Malaya. Cambridge: Cambridge
University Press.

40
Hashim Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim, Ahmad Hakimi Khairuddin
dan Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi
2006 Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu, dalam
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Higham, C.F.W.
1996a Archaeology and Linguistics in Southeast Asia: Implications of the Austric
Hypothesis, dalam Indo-Pacific Prehistory: The Cheng Mai Papers, P.S.
Bellwood (peny.). Canberra: Australian National University.
1996b A Review of Archaeology in Mainland Southeast-Asia, Journal of
Archaeological Research, 4(1):3-49.

Huntington, Samuel P.
1998 The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order. London:
Touchstone Books, An Imprint of Simon & Schuster UK Ltd.

Ibrahim Mahmood
1981 Sejarah Perjuangan UMNO: Suatu Penyingkapan Kembali Sejarah
Perjuangan Bangsa Melayu Menuju Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Pustaka
Antara.

Jessy, Joginder Singh


1972 Malaysia, Singapore & Brunei: 1400 - 1965. Edisi Semakan. Tanjong Tokong,
Pulau Pinang: Darulaman Publications.

41
Johnson, Allen W. dan Timothy Earle
2000 The Evolution of Human Societies: From Foraging Group to Agrarian State.
Edisi Kedua. Stanford, California: Stanford University Press.

Kamarudin Jaffar dan Hazami Habib (penyunting)


1993 Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

42
Khoo, Gilbert
1973 A History of South-East Asia Since 1500. Oxford Progressive History. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.

Khoo Kay Kim


2001 Malay Society: Transformation & Democratisation. A Stimulating Study on
the Evolution of Malay Society. Kelana Jaya, Selangor: Pelanduk Publications.

Lim Kit Siang


1978 Time Bombs in Malaysia. With a Special Commentary on the 1978 General
Elections and more speeches and illustrations. Edisi Kedua. Petaling Jaya,
Selangor: Democratic Action Party.

Malaysia. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).


1991 Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Muhammad Yusoff Hashim


1992 The Malay Sultanate of Malacca: A Study of Various Aspects of Malacca in
the 15th and 16th Centuries in Malaysian History (Kesultanan Melayu
Melaka). Diterjemahkan oleh D. J. Muzaffar Tate. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. (Teks asal dalam bahasa Melayu).

Murfett, Malcolm H., John N. Miksic, Brian P. Farrell and Chiang Ming Shun
1999 Between Two Oceans: A Military History of Singapore From First
Settlement to Final British Withdrawal. Singapore: Oxford University Press.

Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman


Menyusuli Asal Usul Orang Melayu: Dari Perspektif Arkeologi Semenanjung
Malaysia, dalam Sejarah dan Proses Pemantapan Negara-Bangsa: Prosiding
Kongress Sejarah Malaysia Kedua, Jilid II. Nik Hassan Suhaimi, Mohd.

43
Samsuddin dan Kamaruzaman Yusoff (peny.). Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah
Malaysia.

1999 Arkeologi Pra-Islam Pesisir Selat Melaka: Evolusi atau Migrasi. Syarahan
Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

1994 Sejarah Malaysia Pra-Melaka. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Majlis
Polemik Sejarah Malaysia di Arkib Negara Malaysia pada 18 Oktober 1994.

1991 Perbincangan persendirian.

Oppenheimer, S
2000 Austronesian Homeland in Southeast Asia: A Genetic Perspective, kertaskerja
yang dibentangkan di Seminar Borneo Research Council, di Kuching, Sarawak
dari 10 hingga 14 Julai 2000.

Owen, Frank
2001 The Fall of Singapore. Essential Asia: Classic Penguin. London: Penguin Books.

Quaritch Wales, H. G.
1957 Prehistory and Religion in South-East Asia. London: Bernard Quaritch, Ltd.

Rahmah Bujang, Yaacob Harun, Mohammad Nazzri Ahmad dan Ahmad Hakimi
Khairuddin
2006 Kesenian, Proses Sosialisasi, dan Pembudayaan Masyarakat Melayu, dalam
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Siti Hajar Abu Bakar Ah


2002 Pengantar Dasar Sosial Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

44
Syed Hussein Al Atas
1964 Archaeology, History and the Social Sciences in Southeast Asia, Federation
Museums Journal, IX:21-31.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas


1999 Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu: Suatu Mukaddimah
mengenai Peranan Islam dalam Peradaban Sejarah Melayu-Indonesia, dan
Kesannya dalam Sejarah Pemikiran, Bahasa, dan Kesusasteraan Melayu.
Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Tan Ding Eing


1976 A Portrait of Malaysia and Singapore. Oxford Progressive History. Singapore:
Oxford University Press.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


1969 Sa-Belum dan Sa-Lepas 13 Mei. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu
Berhad.

Tweedie, M.W.F.
1957 The Prehistory of Malaya. 2nd Edition. Singapore: Donald Moore.

1953 The Stone Age in Malaya, Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic
Society, 26(2). (Monograph on Malay Subjects, No. 1).

1949 The Malayan Neolithic, Journal of the Polynesia Society, 58(1): 19-35.

1942 Prehistory in Malaya, Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain
and Ireland, Part 1, ms. 1-13.

Wan Abdul Kadir Yusoff dan Zainal Abidin Borhan (peny.)

45
1985 Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.

Wan Azmi Ramli


1993 Dasar Sosial di Malaysia. Edisi Terbaru. Kuala Lumpur: Golden Books Centre
Sdn. Bhd.

Wan Hashim Wan Teh


2000 Tamadun Melayu dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua Puluh Satu, dalam
Tamadun Melayu: Menyingsing Abad Kedua Puluh Satu, Edisi Kedua. Ismail
Hussein, Wan Hashim Wan Teh dan Ghazali Shafie. ms. 69-144.

1994 Teori Migrasi dan Asal Usul Ras Melayu. Kertas kerja yang dibentangkan dalam
Majlis Polemik Sejarah Malaysia di Arkib Negara Malaysia pada 18 Oktober
1994.

Wheatley, Paul
1980 The Golden Khersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay
Peninsula Before A. D. 1500. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Wright, Esmond
1951 A Short History of Our Own Times (1919-1950). Thrift books No. 7. A
companion series to the Thinker's Library. London: Thrift Books.

Young, Kevin, Willem C. F. Bussink dan Parvez Hasan.


1980 Malaysia: Growth and Equity in a Multiracial Society. A World Bank Country
Economic Report. Washington, District of Columbia, U. S. A.: The Johns
Hopkins University Press untuk The International Bank for Reconstruction and
Development/The World Bank.

Zainal Abidin Borhan dan Ahmad Hakimi

46
1996 Alam Melayu: Tradisi dan Modeniti, dalam Tradisi dan Kemodernan, Safrin,
Subhilhar dan Sudirman (penyunting). Medan, Indonesia: Penerbit Universitas
Sumatera Utara.

Zainal Abidin Borhan, Ahmad Hakimi Khairuddin dan Noor Hasnoor Mohamad Nor
2006 Tamadun Melayu Sebagai Asas dan Kelangsungan Tamadun Malaysia,
dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Zainal Abidin Abdul Wahid


1992 Sejarah Malaysia: Pentafsiran dan Penulisan. Syarahan Perdana Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

1980 Glimpses of Malaysian History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Kling et. al.


2000 Arkeologi dan Sejarah Kebudayaan Melayu: Satu Tinjauan Awal, dalam
Kajian Antropologi dan Sosiologi Melayu. Kertas Kerja yang dibentangkan oleh
Profesor Datuk Zainal Kling dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian
Melayu, anjuran DBP dan UPSI, di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, pada
24-25 Ogos 2000.

47

You might also like