You are on page 1of 16

MODUL PROGRAM BACAAN NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM)

1. PENGENALAN

NILAM adalah singkatan nama bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan program
galakan membaca secara terancang dan berterusan dengan melibatkan semua pelajar
sekolah rendah dan menengah di negeri Pahang Darul Makmur. Dulu Program ini dikenali
dengan Projek BUKTI ( Baca Untuk Tingkat Ilmu ).

Program NILAM merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina
tabiat membaca dikalangan pelajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang
cinta kepada budaya mambaca dan budaya ilmu. Pada akhir persekolahan mereka, tahun 6
bagi sekolah rendah dan tingkatan 5 bagi sekolah menengah, mereka akan diberi
pengiktirafan berdasarkan jumlah buku yang dibaca.

Program NILAM ini telah mula dilaksanakan mulai tahun 1999 di peringkat neneri Pahang
setelah dilancarkan oleh mantan Pengarah Pelajaran Pahang iaitu Dato” Ibrahim bin Mat
Isa berdasarkan surat Pekeliling Iktisas bil 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 ( Lampiran 1).
Program NILAM masih dilaksanakan hingga sekarang.Semua pelajar mesti terlibat dengan
program ini.

2. MATLAMAT

Ia bertujuan untuk membudayakan amalan membaca dikalangan pelajar sepanjang hayat.

3. OBJEKTIF

3.1. Dapat menyemai minat membaca dikalangan pelajar

3.2. Menjadikan murid banyak membaca

3.3. Dapat memperbanyak bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.

3.4. Dapat memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai


kecemerlangan.

____________________________________________________________________________
1
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
4. MASA

4.1. Dimasukkan aktiviti membaca dalam jadual waktu, umpamanya satu waktu dalam
pelajaran bahasa.

4.2. Diberi masa khas untuk semua warga sekolah terlibat dengan membaca. Contohnya
10 minit sebelum dan selepas dan waktu rehat.

4.3. Ditekankan dan digalakkan penggunaan masa senggang unutk membaca.

5. PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

5.1. Rekod Bacaan Pelajar


Setiap pelajar menyediakan satu Buku Rekod Bacaan untuk mengisi maklumat
buku-buku yang telah dibaca.

5.2 Rekod Tahap Rakan Pembaca

5.2. Pengesahan Bacaan


Semua guru boleh membuat pengesahan Buku Rekod Bacaan Pelajar.

5.3. Pengiktirafan
Satu perakuan diberikan kepada pelajar berdasarkan rekod jumlah buku yang
dibacanya.

6. TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini terbahagi kepada dua tahap

 JAUHARI
Untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina tabiaat
membaca

 RAKAN MEMBACA
Membantu meningkatkan penyertaan pelajar dan kepelbagaian penggunaan bahan
dalam gerakan membaca.

____________________________________________________________________________
2
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
6.1. TAHAP JAUHARI
Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca

Sekolah rendah
Pelajar mengikuti aktiviti bacaan sebaik sahaja menguasai kemahiran asas membaca
(Pertengahan Tahun 1).

Sekolah Menengah
Pelajar mengikuti aktiviti bacaan sebaik sahaja memasuki Tingkatan 1.

Sistem Ganjaran JAUHARI

Pelajar akan diberi ganjaran berdasarkan bilangan bahan yang dibaca. Pengiktirafan ini diterakan
dalam Buku Rekod Kemajuan Pelajar, Sijil Berhenti dan Surat Akuan Sekolah

Sekolah Rendah

Jumlah Bacaan/ Buku Pengiktirafan


90 - 179 Gangsa
180 - 269 Perak
270 - 359 Emas
360 ke atas NILAM

Sekolah Menengah

Jumlah Bacaan/ Buku Pengiktirafan


72 - 143 Gangsa
144 - 215 Perak
216 - 287 Emas
288 ke atas NILAM

6.2. TAHAP RAKAN MEMBACA

Ciri- ciri Rakan Pembaca

Pra Syarat:

 Pelajar yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku layak dipilih ke
tahap ini.

 Pelajar mempunyai sifat kepimpinan dan berupaya memimpin dan menarik


minat pelajar lain.

____________________________________________________________________________
3
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
 Pelajar pada tahap ini akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta
ditempat-tempat aktiviti ( 10 orang pelajar untuk seorang fasilitator )

 Pelajar yang dipilih akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang
untuk menjayakan aktiviti ini.

 Pelajar juga dilatih untuk menjalankan pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah


seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku,meminjamkan buku dan
ulasan buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut
jumlah ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.

SISTEM GANJARAN PEMBACA

Ganjaran akan diberi kepada pelajar yang telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang
dinyatakan di bawah.

Contoh kiraan markah:


 Bercerita / Lakonan / Sketsa
1 sesi x 20 pendengar = 5 markah
 Membaca bersama
1 sesi x 3 pembaca = 3 markah
 Bicara buku / Resensi Buku / Diskusi
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
 Meminjamkan buku
1 buah x 5 peminjam = 5 markah
 Ulasan buku
1 buah x 4 pendengar = 4 markah

Jumlah 22 markah

Markah maksimum bagi setiap aktiviti ialah 5 markah.

Ganjaran mengikuti aktiviti

Markah Pengiktirafan
100 - 199 Gangsa
200 - 299 Perak
300 - 399 Emas
400 keatas NILAM

____________________________________________________________________________
4
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
JAWATANKUASA PROGRAM NILAM

Contoh Carta Organisasi Jawatankuasa NILAM Sekolah Rendah

SEKOLAH RENDAH

PENASIHAT
( GURU BESAR )

PENGERUSI
( GPK 1 )

TIMB PENGERUSI 1 TIMB PENGERUSI 2 TIMB PENGERUSI 3


( GPK HEM ) ( GPK KOKU ) ( PENYELIA PETANG )

PENYELARAS PROGRAM
( GPM )

SETIAUSAHA
( GURU NILAM )

KETUA PANITIA GURU GURU RAKAN GURU DATA


PERPUSTAKAAN PEMBACA ( RP ) NILAM

GURU KELAS WAKIL PIBG

Contoh Carta Organisasi Jawatankuasa NILAM Sekolah Rendah

____________________________________________________________________________
5
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
Contoh Carta Organisasi Jawatankuasa NILAM Sekolah Menengah

SEKOLAH MENENGAH

PENASIHAT
( GURU BESAR )

PENGERUSI
( GPK 1 )

TIMB PENGERUSI 1 TIMB PENGERUSI 2 TIMB PENGERUSI 3


( GPK HEM ) ( GPK KOKU ) ( PENYELIA PETANG )

PENYELARAS PROGRAM
( GPM )

SETIAUSAHA
( GURU NILAM )

KETUA PANITIA GURU GURU RAKAN GURU DATA


PERPUSTAKAAN PEMBACA ( RP ) NILAM

GURU KELAS WAKIL PIBG

____________________________________________________________________________
6
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
PERANAN AHLI JAWATANKUASA

7.1. Pengerusi- Pengetua / Guru Besar

 Memahami dasar dan matlamat program NILAM

 Mempengerusi setiap mesyuarat jawatankuasa

 Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.

 Memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dari segi penyeliaan,


perjumpaan dengan guru, temubual murid dan ibu bapa.

 Memastikan PSS dikemaskinikan dari segi bahan bacaan:


 Pengredan buku
 Pinjaman buku
 Keperluan bahan bacaan mencukupi dan sesuai
 Rekod Bacaan

 Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan program

 Mengenal pasti guru untuk menghadiri kursus atau seminar yang berkaitan
dengan program bacaan.

 Memastikan semua guru terlibat dalam program NILAM terutama dalam membuat
pengesahan Buku Rekod Bacaan pelajar.

 Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan.

7.2. Timbalan Pengerusi- Guru Penolong Kanan 1

 Menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaannya.

 Membantu pengerusi merancang, melaksana, menyelaras,memantau dan manilai


Program NILAM.

 Mengenal pasti masalah, kelemahan, kekuatan program dan mengambil tindakan


susulan.

 Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM

____________________________________________________________________________
7
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
 Memastika Program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan.

 Mengesah dan manandatangani Buku Rekod Bacaan pelajar.

7.3. Setiausaha- Penyelaras NILAM

 Membentuk satu pasukan kerja untuk pengredan buku

 Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok.

 Mengurus dan mengedar Buku Rekod Bacaan pelajar

 Mengenjur dan menyelaras sebarang aktiviti untuk menyokong Priogram NILAM


yang dirancang oleh setiap panitia dengan kerjasama PSS

 Menyedia laporan berkala dan laporan tahunan untuk dikemukakan kepada BTPN
Pahang melalui PKG

 Memasukkan dan mengemaskinikan data dari semasa ke semasa.

 Membuat analisis Program NILAM berdasarkan data terkumpul.

 Menjadi urus setia untuk anugerah NILAM peringkat sekolah.

7.4. Penolong Setiausaha- Guru Perpustakaan

 Membantu pihak sekolah membuat pengredan buku.

 Mengagihkan buku pinjaman secara aberkelompok.

 Mengedar Buku Rekod Bacaan pelajar

 Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong Program


NILAM.

 Membantu setiausaha menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan,

 Membantu setiausaha menyediakan pengiktirafan Tahap JAUHARI dan Tahap


RAKAN PEMBACA.

 Membantu setiausaha memasukkan dan mengemaskinikan data serta menganalisis


Program NILAM berdasarkan data terkumpul.

____________________________________________________________________________
8
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
7.5. Guru Penolong Kanan HEM / Kokurikulum / Penyelia Petang

 Bertanggungjawab kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta menjalankan


tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi semasa ketiadaannya.

7.6. Ketua Bidang / Ketua Panitia Mata Pelajaran

 Membanatu dan memilih bahan bacaan yang sesuai untuk pelajar,

 Menyemak buku rekod pembelajaran di perpustakaan atau di luar perpustakaan.

 Merancanga dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menjurus


ke arah pembacaan berkualiti.

 Membuat perancangan dan anggaran pembelajaran Program NILAM.

 Menyelia pelaksanaan Program NILAM

 Mengesah dan menandatngani Buku Rekod Bacaan Pelajar.

7.7. Penyelaras Pusat Sumber Sekolah

 Menggredkan buku-buku mengikut kesesuaian dan keperluan.

 Mengagihkan buku-buku secara pinjaman berkelompok.

 Menganjur dan menyelaras aktiviti galakan membaca.

 Menyedia dan melapor analisis koleksi bahan bacaan di PSS.

 Mengurus dan mengedar Buku Rekod Bacaan pelajar.

 Mengurus pembelian buku-buku berasaskan keperluan dan sistem pembelian


sekolah.

7.8. Guru kelas / Tingkatan

 Memantapkan dan memantau aktiviti membaca yang menyokong Program NILAM


yang telah dirancang.
 Mengambil tindakan selepas pembentangan laporan Setiausaha NILAM.

 Menjadi urus setia anugerah NILAM peringkat sekolah

 Mengwujudkan sudut bacaan kelas

____________________________________________________________________________
9
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
 Menyelaras agihan Buku Rekod Bacaan pelajar kelas

 Membuat pinjaman buku dari PSS

 Menyemak dan merekod data bacaan pelajar dan sentiasa dikemaskinikan data

 Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Bacaan pelajar

 Menyimpan dan mengemaskini Buku Rekod Bacaan pelajar

 MenghantarBuku Rekod Bacaan pelajar ke Setiauasa NILAM.

 Memberi kerajsama yang padu agar program NILAM berjalan mengikut


perancangan.

7.9. Wakil PIBG / Persatuan Bekas Pelajar Sekolah

 Menggalakkan anak-anak membaca di rumah

 Menyediakan bahan bacaan bersesuaian dan mencukupi di sudut perpustakaan


keluarga.

 Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain seperti Perpustakaan


Awam, Desa Bergerak, FELDA dan sebagainya.

 Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan merekodkan


bacaan.

 Membantu pihak sekolah menjayakan Program NILAM melalui sumbangan buku


atau kewangan.

 Menghadiri setiap mesyuarat jawatankuasa NILAM.

8. BAHAN BACAAN

8.1. Sekolah Rendah

Tahap 1

 Ilustrasi yang menarik dan berwarna warni.

 Bahan bebentuk imaginasi dan fantasi.

____________________________________________________________________________
10
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
 Mempunyai struktur ayat yang mudah.

 Saiz font ketebalan buku:

Tahun Saiz Font Ketabalan


Tahun 1 16 10 ms
Tahun 2 16 15 ms
Tahun 3 14 26 ms

Tahap 2

 Ilustrasi yang sesuai mengikut keperluan.

 Bahan berbentuk realiti pengembagan dan kegagahan.

 Mempunyai struktur ayat yang mudah kepada ayat yang


Kompleks dan gaya bahasa yang menarik.

 Ketebalan minimum buku disarankan 40 ms.

8.2. Sekolah Menengah

Tingkatan 1 - 3

 Berdasarkan kebolehan dan minat pelajar

 Disyorkan buku novel remaja yang bersesuaian , buku fiksyen dan buku
bukan fiksyen.

 Bahan berkaitan dengan perkara yang benar berlaku dan berpeluang


menyoal kembali pengembagan idea.

Tingkatan 4 - 5

 Berdasarkan kebolehan dan minat pelajar.

 Bahan yang membolehkan pelajar berfikir secara konkrit dan matang.

 Buku-buku yang bertema dan plot yang lebih kompleks.

____________________________________________________________________________
11
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
9. REKOD

9.1. Borang Rekod Bacaan Pelajar (SRT1)

Bilangan Bahan : ________________ Tarikh : ________________


Pengarang : __________________________________________
Judul : __________________________________________
Bil Muka Surat : ____________________

Jenis Bahan : Fiksyen Bukan Fiksyen

1. Salin 3 ayat daripada bahan yang anda baca.


……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….

Bahan ini : Sederhana Baik Sangat Baik

Disahkan oleh :

Guru : …………………….…..….. Penjaga : ……………....…..………..


( ) ( )
Tarikh : Tarikh :

____________________________________________________________________________
12
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
9.2. Borang Rekod Bacaan Pelajar (SRT2)

Bilangan Bahan : ________________ Tarikh : ________________


Pengarang : __________________________________________
Judul : __________________________________________
Bil Muka Surat : ____________________

Jenis Bahan : Fiksyen Bukan Fiksyen

1. Tuliskan 3 perkataan baru dan berikan erti.

Perkataan Baru Erti

2. Tuliskan ringkasan cerita bahan yang anda baca.


(minimum 30 perkataan)
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….

Bahan ini : Sederhana Baik Sangat Baik

Disahkan oleh :

Guru : …………………….…..….. Penjaga : ……………....…..………..


( ) ( )
Tarikh : Tarikh :

____________________________________________________________________________
13
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
9.3. Borang Rekod Bacaan Pelajar (SM)

Bilangan Bahan : ________________ Tarikh : ________________


Pengarang / Rujukan : __________________________________
Tajuk Buku : __________________________________________
Bil Muka Surat : ____________________

Jenis Bahan : Fiksyen Bukan Fiksyen

1. Tuliskan 5 perkataan baru dan berikan erti.

Perkataan Baru Erti

2. Buat ulasan bahan yang anda baca (minimum 50 perkataan).


……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….

Bahan ini : Sederhana Baik Sangat Baik

Disahkan oleh :

Guru : …………………….…..….. Penjaga : ……………....…..………..


( ) ( )
Tarikh : Tarikh :

____________________________________________________________________________
14
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
9.4. Contoh Kulit Buku Rekod Aktiviti Rakan Pembaca

PROGRAM NILAM

Sekolah :…………………

REKOD AKTIVITI
AHLI RAKAN PEMBACA

Nama :………..…………………..
….
Kelas : …………….…………….

Nama Guru Pembimbing: ……………..

9.5 Contoh Rekod Aktiviti Rakan Pembaca dan cara mengisi butiran
TARIKH

JUDUL BUKU

BIL SESI / BUKU


BIL

JENIS AKTIVITI

PEMBACA/PENDENGAR/

PENEGESAHAN GURU
JUMLAH

MARKAH
PENDENGAR/
PEMBACA/ NAMA
PEMINJA
T/TANGAN
PEMINJAM

____________________________________________________________________________
15
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli
____________________________________________________________________________
16
_ Pusat Kegiatan Guru Jeli

You might also like