P. 1
Tanaman Ulam Ulaman

Tanaman Ulam Ulaman

|Views: 1,016|Likes:
Published by zulright

More info:

Categories:Types, Recipes/Menus
Published by: zulright on Jan 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/21/2011

pdf

text

original

TANAMAN ULAM-ULAMAN

PENGENALAN
• Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. • Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. • Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga.

• Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja contohnya timun, kubis dan terung. • Selain daripada sayur-sayuran biasa, terdapat satu lagi kumpulan ulam ialah ulam tradisional. • Ulam tradisional lebih meluas penggunaannya termasuk digunakan sebagai ulam biasa, sebagai bahan masakan seperti dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu dan masakan sayur lemak, dan sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi.

• Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai keluarga tumbuh-tumbuhan. • Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan kecil dan melata jenis semusim seperti pegaga, dan sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas. • Pokok jenis saka adalah pokok yang besar dan tinggi. Biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. Pokoknya boleh meninggi atau menjulang antara 20 - 30 meter. Ukuran lilit batangnya boleh menjangkau antara 2 - 5 m.

• Ulam-ulam terbahagi kepada dua, iaitu kumpulan ulam yang popular dan mudah didapati di pasaran, contohnya rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai dan ulam raja. • Kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang terkenal dan jarang didapati di pasaran seperti kerdas, jering, genuak, pucuk jambu golok (gajus), beluntas, pucuk betik, dan cekur. • Bagaimanapun dengan adanya pasar-pasar tani dan pasar minggu yang diadakan oleh jabatan FAMA, dan lain-lain, ulam-ulam secara keseluruhan masih dapat dibeli walaupun secara terhad.

What you see in rows are called the buah jering. Used to eat it when I was young. It is quite hard to bite and it will leave a strong smell in your mouth. I am not hating it but it is just the smell that stop me from eating it.

• Secara amnya ulam tidak ditanam secara komersial. Ulam hanya ditanam secara kecil-kecilan disekitar rumah untuk dimakan sendiri atau dipetik daripada yang tumbuh meliar. • Ulam yang ditanam untuk kegunaan sendirian biasanya adalah dari jenis semusim dan mudah ditanam seperti pokok Ulam Raja, selom dan kacang kelisa. • Ulam yang berasal daripada pokok saka biasanya dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun. • Antara ulam yang termasuk dalam kumpulan ini adalah jering, pucuk putat, kerdas dan rebung. Terdapat juga yang ditanam untuk kegunaan lain seperti untuk buahnya, tetapi sebahagiannya diambil untuk dimakan sebagai ulam seperti jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda dan pucuk jambu golok (gajus).

• Bagaimanapun, peningkatan permintaan yang disumbang oleh kegiatan pemasaran dan pengedaran yang lebih meluas, seperti di pasar tani dan pasar minggu telah menggalakkan para petani-petani untuk mula menanam ulam-ulam secara meluas atau komersil.

TANAMAN SERAI
PENGENALAN • Serai makan adalah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. • Terdapat 2 spesis serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai ‘lemongrass’ iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. • Spesis C. citrates tersebar luas di kawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia, manakala penanaman C. Flexus lebih tertumpu di kawasan Malabar, India.

• Negara-negara utama yang menanam serai makan secara komersial adalah India, China, Guatemala dan Brazil. Di negara-negara ini serai makan diusahakan untuk pengeluaran minyak pati. Pengeluaran minyak pati dunia dalam tahun 80an ialah kira-kira 310 tan setahun.   • Di Malaysia, industri pengeluaran minyak pati serai makan atau minyak minyak pati lain hampir tidak wujud. Oleh itu, serai makan hanya ditanam untuk kegunaan segar sebagai perisa makanan.

KEPERLUAN IKLIM DAN TANAH

• Tanaman serai makan sesuai di tanam dikawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari dan hujan. • Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada kemarau. Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak memuaskan. Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.

BAHAN TANAMAN • Tanaman serai makan C. citrates dibiak menggunakan anak berakar. • Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 hingga 9 bulan. • Di dalam sesuatu rumpun, hanya anakanak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai tanaman. • Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

PENYEDIAAN TANAH • Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan. • Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. • Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

PENANAMAN • Dua hingga tiga ‘batang’ serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. • Jarak tanaman dan kepadatan tanaman bergantung kepada kesuburan tanah. • Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur.

• Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m. • Pemerhatian di MARDI menunjukkan jarak tanaman 1.0 m antara baris x 0.5 m dalam baris iaitu memberi kepadatan 20,000 rumpun sehektar sesuai untuk diamalkan

PEMBAJAAN
• Serai makan dikenali sebagai tanaman yang ‘menghauskan’ tanah. • Pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang. • Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah. • Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. • Baja asas ditabur dan digaul ke dalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan.

• Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam. • Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman ditanah mineral ialah 80-100 kg N, 40-60 kg P2O5 dan 40-80 kg K2O. • Bagi Tanah gambut, kapur atau zeolite sebanyak 2.5 tan/ha perlu di tabur. • Baja asas : Sebatian NPK 12:12:17:2 • Baja Tambahan : Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas menanam.

KAWALAN RUMPAI
• Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya di peringkat awal pertumbuhan. • Sekiranya penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali merumput biasanya mencukupi. • Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga atau penyakit ke atas tanaman serai makan.

PENUAIAN HASIL
• Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6 hingga 8 bulan selepas ditanam. • Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul. • Akar serta daun dipotong meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10 – 15 cm. • Bagi tanaman yang berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40 batang yang boleh dipasarkan. • Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga disuling untuk pengeluaran minyak pati.

PENUAIAN HASIL (Samb...)
• Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman berumur 6 hingga 8 bulan. • Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah. • Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan dipotong semula setiap 3-4 bulan. • Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya semakin rendah. • Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 hingga 12 tan/ha bergantung kepada umur dan kesuburan tanaman. • Anggaran hasil bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32-48 tan/ha.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->