You are on page 1of 10

Kaum Negrito

 
Kumpulan Kaum Orang Asli Negrito terdiri daripada kumpulan etnik Kensiu, Kintak, Lanoh,
Jahai, Mendriq dan Bateq. Mereka mendiami kawasan di sekitar banjaran Titiwangsa yang
berpusat kebanyakannya di sebelah utara Semenanjung.

Kensiu

Lokasi penempatan kumpulan etnik Kensiu cuma terdapat di Kampung Lubok Legong, Kedah.
Mereka merupakan kumpulan kedua terkecil dari kalangan 18 kumpulan etnik Orang Asli. Satu
ketika dulu, orang Kensiu suka berpindah randah untuk mencari bahan-bahan makanan. Kini
mereka mengusahakan tanaman getah yang dubangunkan oleh pihak RISDA sebagai sumber
ekonomi tetap mereka.

Kintak

Seperti juga Kensiu, Orang Kintak suka berpindah randah untuk mencari bahan makanan.
Mereka mendiami kawasan pinggir daerah Gerik, Hulu Perak. Tumpuan serius yang diberikan
oleh pihak Kerajaan terhadap kalangan masyarakat Orang Asli, telah menyebabkan kumpulan
etnik Kintak mengubah cara hidup mereka untuk menjadi setanding dan separa dengan rakan-
rakan mereka yang lain. Kalangan mereka turut menyertai bidang-bidang pekerjaan yang
dulunya dirasakan mustahil seperti perkhidmatan kolar putih dan biru.

Lanoh

Masyarakat Lanoh (Lano) dulunya turut dikenali sebagai Sabubn. Namun, kini perkataan Sabubn
tidak digunakan lagi oleh sebab-sebab yang kurang jelas. Penempatan mereka bertaburan di
sekitar utara negeri Perak terutama di daerah Lenggong. Mereka juga satu ketika dulu suka hidup
berpindah randah. Dari sudut linguistik dan budaya, mereka lebih mirip kepada kumpulan etnik
Kensiu dan Kintak. Umumnya mereka lebih banyak bertutur dalam dialek bahasa Temiar.

Jahai

Lokasi penempatan kumpulan etnik Jahai terdapat di Banun, Sungai Tiang dan persisir
Empangan Temenggor di Perak. Sementara di Kelantan, mereka bertumpu di Kampung Sungai
Rual dan sekitar Jeli, Hulu Kelantan. Pada amnya, rupa paras orang Jahai seakan ada
persamaannya dengan orang Habsyi atau Negro di Arika, suku kaum Negrito di Pulau Andaman
dan Aeta di Filipina. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat, dibina daripada buluh dan
beratapkan daun bertam dan tepus.

Keadaan rumah mereka yang serba ringkas itu adalah disebabkan amalan mereka yang suka
berpindah randah, terutama apabila berlaku kematian dan bencana selain tujuan untuk mencari
keperluan makanan di kawasan baru. Namun demikian, seperti juga masyarakat Orang Asli yang
lain, mereka kini sudah memiliki penempatan sendiri dan terbela dari segala sudut kehidupan
melalui bantuan-bantuan oleh pihak Kerajaan.

Mendriq

Kumpulan etnik Mendriq menghuni di sekitar hulu sungai Kuala Lah, jajahan Gua Musang,
Kelantan. Seperti Jahai, ciri fizikal orang Mendriq lebih mirip kepada rupa paras orang Negrito
lain di kepulauan Andaman, Filipina dan Selatan Thai. Tubuh mereka kecil tetapi tegap dan sasa.
Mereka dikatakan sebagai kaum dari tinggalan zaman paleolitik (zaman batu lama) yang
mengunjur dari Semenanjung ke Pasifik. Bahasa suku kaum Mendriq ialah Austraossiatik.
Mereka tergolong sebagai penutur kumpulan etnik Mon-Khmer tetapi kini telah banyak
menerima kemasukan kosa kata Melayu.

Bateq

Taman Negara Kuala Tahan, sekitar bahagian hulu Sungai Tembeling, Sungai Kechau, Teluk
Gunung di Pahang, Sungai Gala, Sungai Chiku, Sungai Tako, Sungai Lebir dan Sungai Airing di
Kelantan serta Sungai Berua, Besut, Terengganu adalah merupakan penempatan utama
masyarakat Bateq. Jika dahulu mereka turut mengamalkan amalan berpindah randah, tetapi
mutakhir ini mereka memilih untuk menduduki kawasan yang disediakan oleh pihak Kerajaan ke
arah kesejahteraan kehidupan mereka.
Orang Bateq tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan selatan
Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Bateq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai
untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi
kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk
mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung di
daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang. Negeri Kelantan terdapat 4
buah kampung di Pos Lebir yang penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang. Di negeri
Terengganu terdapat 12 keluarga seramai 41 orang

D. Jahut

Suku Bangsa Jahut terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Negeri Pahang. Di daerah
Temerloh mereka tinggal di kawasan-kawasan yang dipanggil Kerdau-Paya Paleng, Paya
Mengkuang, Kuala Krau - Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong. Di daerah Jerantut
mereka tinggal di Sungai Kiol dan Kekwel (Kol). Mereka menyara hidup dengan mencari rotan
dan damar untuk dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan
menanam padi huma, jagung dan ubi.

Meneroka rahsia Taman Negara Pahang

SECARA peribadinya, ini bukanlah kali pertama penulis berkunjung ke Taman Negara Pahang.
Kira-kira dua tahun lalu, penulis pernah bertemankan kehijauan hutan hujan tropika seluas 4,343
kilometer persegi yang merentangi Pahang, Kelantan dan Terengganu ini.

Namun peluang untuk berkunjung sekali lagi ke destinasi menarik ini dengan kerjasama
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia cawangan Pahang sememangnya sukar dilepaskan.
Bersama tiga lagi rakan, kami meninggalkan ibu kota tepat pukul 9.30 pagi.

Sepanjang perjalanan, perbualan kami berkisar tentang aktiviti-aktiviti yang menunggu. Kami
tiba di Jerantut kira-kira pukul 12 tengah hari. Di situ, sedia menanti ialah wakil syarikat agensi
pelancongan NKS Hotel & Travel Sdn. Bhd. (NKS), Mohd. Redzuan Lim.

Selain ke Taman Negara Pahang, NKS turut menyediakan pakej pelancongan ke Pulau
Perhentian, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan dan Cameron Highlands.

Sementara menanti bas yang disediakan untuk ke jeti Kuala Tembeling, Jerantut, kami sempat
bertanyakan tentang perkembangan terkini sambutan pelancong di taman itu.
Memanglah sejak kenaikan harga minyak seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini, beritanya
kurang menggembirakan, tetapi menurut Mohd. Redzuan, kekurangan jumlah pelancong
tempatan mungkin boleh ditampung dengan kehadiran lebih ramai pelancong luar negara.

Meneruskan perjalanan, kami kemudian menaiki sampan panjang. Perjalanan mengambil masa
kira-kira tiga jam, sebelum memasuki kawasan Taman Negara Pahang.

Jam pertama menyusuri Sungai Tembeling, memberi satu pengalaman yang benar-benar
mengujakan kami. Bayangkan, duduk bersila di lantai sampan separas air sungai, sambil
menikmati pemandangan kiri dan kanan yang menghijau, sungguh damai dan mengasyikkan.

Sesekali kami melintas beberapa buah perkampungan Orang Asli, menyaksikan anak-anak kecil
begitu bebas dan riang bermain air, fikiran melayang kepada anak-anak kota yang setiap hari
begitu sibuk bermain permainan video dan Internet.

Seperkara yang unik tentang anak-anak kecil Orang Asli ini ialah, mereka cukup mesra dengan
para pelancong. Sesiapa sahaja yang melintasi kawasan ‘permainan’ mereka akan disapa dengan
lambaian tangan disulami senyuman manis.

Masa perjalanan yang agak panjang menyebabkan kami berusaha ‘bertahan’ sedaya mungkin.
Mujur ada di antara kami yang ‘kaki sembang’. Perbualan tanpa henti, melayan topik bual
bicaranya yang bersilih ganti, membuatkan rasa penat dan bosan tidak begitu terasa.

Kesabaran

Akhirnya, kesabaran kami berbayar jua apabila sampai di Resort Mutiara Taman Negara. Ia
merupakan satu-satunya resort bertaraf lima bintang di Taman Negara Pahang. Resort ini
menyediakan kemudahan serba lengkap seperti bilik dan chalet pelbagai jenis, restoran, kedai
serbaneka dan tidak terkecuali, perkhidmatan Internet.

Memandangkan tempahan untuk bilik biasa dan chalet penuh, kami ditempatkan di salah sebuah
daripada hanya dua unit banglo yang terdapat di resort berkenaan.

Kami difahamkan, banglo kayu dua bilik yang merupakan unit kediaman mewah itu pernah
‘dihuni’ oleh beberapa orang kenamaan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad sewaktu bercuti bersama keluarga suatu ketika dahulu.

Malam merupakan saat yang ditunggu-tunggu kebanyakan pelancong di sini. Bersama seorang
pemandu pelancong, kami dibawa menyusur laluan khas yang disediakan untuk meninjau
kehidupan sebenar pelbagai jenis serangga dan haiwan lain yang sukar dilihat pada waktu siang.

Antara yang dapat dilihat dalam suasana malam, hanya diterangi lampu suluh yang dibekalkan
ialah kala jengking, serangga yang menyerupai ranting-ranting pokok, mentadak mentadu yang
luar biasa saiznya, labah-labah, ular daun dan beberapa spesies burung hutan sedang tidur.
Paling menarik, usaha kami untuk melihat rusa pada waktu malam juga tidak sia-sia. Sepanjang
‘pencarian’ tersebut, kami leka dengan alunan ‘muzik hutan’ yang didendangkan tanpa henti.

Keesokannya, seawal pagi, kami diajak meneroka lebih jauh rahsia Taman Negara Pahang.
Berkunjung ke sini, tidak lengkap jika terlepas peluang meniti jambatan gantung yang diiktiraf
sebagai terpanjang di dunia. Dengan jarak 500 meter dan berada di ketinggian 50 meter, bagi
sesiapa yang berdarah gemuruh, memang agak mencabar.

Ketakutan tersebut jelas kelihatan pada wajah salah seorang teman yang pada mulanya nampak
berani. Bayangkan bila di sekeliling kita, yang kelihatan hanya pokok-pokok sayup nun di
bawah.

Ketika menuruni titian gantung di laluan terakhir, terdapat satu lagi laluan baru yang disambung
dengan laluan asal sejauh 300 meter tetapi hanya akan dibuka sehari selepas itu. Jika tidak, kami
akan mencipta rekod peribadi sebagai antara pengunjung pertama yang akan merentasi perut
hutan hujan tropika yang berusia lebih 130 tahun tersebut.

Bagaimanapun, sebelum tiba ke jambatan gantung, kami terlebih dahulu perlu mendaki Bukit
Teresek yang mengambil masa perjalanan lebih satu jam.

Dalam pendakian yang agak menguji mental dan fizikal itu, kami berkesempatan singgah di satu
perhentian yang membolehkan kami melihat puncak Gunung Tahan.

Samar-samar

Nasib tidak menyebelahi kami apabila kabus tebal menghalang pemandangan dan yang kelihatan
hanyalah samar-samar kehijauan Bukit Teresek di puncak yang berbeza.

Dalam perjalanan pulang, kami terserempak dengan pergaduhan sepasang lipan berwarna coklat
berbelang putih yang juga bersaiz agak luar biasa betul-betul di perdu sebatang pokok.

Menurut orang lama di situ, pergaduhan berlaku kerana merebut ‘batu geliga’. Selepas
mengambil gambar, kami meninggalkan tempat tersebut dengan persoalan yang sukar dijawab.

Selesai meneroka hutan, kami menyusuri Sungai Tembeling dalam rintik-rintik hujan.
Pengalaman ini adalah sesuatu yang sangat manis untuk dikenang.

Mudik melawan arus yang menderu dari hulu barangkali kerana hujan yang agak lebat, sampan
kami beberapa kali hampir terbalik dilambung ombak sungai. Sesekali ketika terpaksa meredah
jeram dan mengelak daripada batu-batu besar yang merentangi sungai, kami terpaksa berpaut
kuat pada sisi sampan yang seperti hilang keseimbangannya. Singgah di sebuah perkampungan
kecil Orang Asli pula, kami ditemukan dengan kehidupan yang sangat menginsafkan.

Sukar menerima hakikat, di sebalik hiruk pikuk kota raya dan bangunan-bangunan pencakar
langit yang menyesakkan, masih ada manusia yang memilih untuk terus hidup ‘bersama alam’.
Kami disambut oleh Tok Batin yang menjaga lima keluarga Orang Asli suku kaum Batek
Negrito.

Meluangkan masa kira-kira satu jam, kami ditunjukkan dengan cara menghidupkan api
menggunakan sejenis pokok hutan selain diajar cara menyumpit yang betul. Sempat juga
mencuba beberapa sumpitan dengan alat yang diperbuat daripada buluh itu.

Sejujurnya, Taman Negara Pahang adalah tempat paling sesuai bagi mereka yang cintakan alam.
Bagi mereka yang benar-benar menghayatinya, keindahan yang terpancar, sukar dijelaskan
dengan kata-kata.

Biarpun banyak rintangan untuk terus menjadikan ia satu destinasi terpilih, namun itu bukan
alasan untuk kita membiarkan keindahannya terbiar begitu sahaja. Dalam hal ini, mungkin
kewujudan masyarakat Orang Asli, adalah antara jawapan mengapa kita perlu terus mengekalkan
keaslian alamnya. Kepulangan kami selepas berada selama tiga hari, dua malam di Taman
Negara Pahang, membawa semangat baru yang akan kekal segar sampai bila-bila.

Orang Asli merupakan kumpulan minoriti yang agak ketinggalan di negara ini berbanding
kumpulan masyarakat kumpulan masyarakat yang lain. Mereka ini tinggal di pedalaman dan
berjiran dengan kampung-kampung Melayu atau di sepanjang persisiran pantai di seluruh
Semenanjung Malaysia kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Kebanyakan daripada mereka tinggal di
hutan belantara dan tanah-tanah tinggi di antara 2,000 hingga 6,000 kaki dari paras laut. Terdapat
40% daripada mereka tinggal di tanah rendah dan persisiran pantai. Secara tradisi Orang Asli
hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 kelamin. Walaupun
ada sebahagian daripada mereka yang masih hidup secara berpindah randah tetapi 80% hingga
90% sudah mentap di kampung-kampung seperti orang Melayu.
Terdapat tiga kumpulan utama Orang Asli di Semenanjung Malaysia iaitu Negrito, Senoi atau
lebih dikenali sebagai Sakai oleh orang Melayu dan Melayu Asli atau Proto-Malay yang
dibezakan melalui bahasa, kebudayaan, cara hidup dan ciri-ciri fizikal. Daripada tiga kumpulan
utama ini terbahagi pula kepada suku kaum yang kecil. Suku Senoi merupakan suku yang
terbesar di Semenanjung Malaysia. Suku Senoi terdiri daripada Temiar, Semai, Che Wong,
Jahut, Semoq Beri dan Mah Meri. Kumpulan Melayu Asli pula merangkumi Temuas Belandas,
Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Seletar dan Orang Kuala atau Laut. Mereka dikatakan
kumpulan kedua berhijrah selepas suku Negrito. Dalam kumpulan Negrito terdapat suku Kintak,
Kensiu, Jahai, Mendriq, Batek dan Lanoh.
Kumpulan Negrito terdapat terutamanya di Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Kumpulan Senoi terdapat di Perak, Kelantan dan Pahang. Orang Melayu Asli terdapat di Johor,
Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Sumber Pendapatan
Sumber pendapatan Orang Asli adalah berlandaskan persekitaran di sekeliling mereka iaitu
pertanian sara diri, berburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Mereka mengusahakan
tanaman padi huma, padi, sekoi dan ubi. Aktiviti berburu dijalankan oleh kaum lelaki muda
dengan menggunakan sumpitan yang diletakkan jarum tajam dan dipalitkan dengan racun getah
Ipoh. Selain itu, mereka juga menggunakan jerat. Antara hasil buruan mereka ialah tupai,
monyet, kera, biawak, pelanduk, babi hutan dan sebagainya.
Mereka juga memungut hasil hutan seperti rotan, buluh, kayu cendana, damar dan akar kayu
untuk menambahkan hasil pendapatan. Mereka juga mencari petai, kerdas atau jering serta madu
lebah untuk dijual di pasar.
Kepercayaan
Secara umumnya, masyarakat Orang Asli menganut fahaman ananisme, agama Islam dan
Kristian. Bagi kaum Semai, pantang larang dari segi cara berhubung dengan manusia dan alam
mesti diamati dengan baik jika manusia ingin selamat dan sejahtera. Ia boleh dilakukan dengan
mengadakan dengan mengadakan pelbagai penyembahan untuk mendapat restu dari makhluk
ghaib setelah melakukan kesilapan bagi mengelakkan penyakit atau bencana.
Kepercayaan dalam masyarakat Orang Asli suku Semai ditonjolkan melalui kesenian tarian
sewang. Acara ini diiringi oleh paluan muzik dari buluh dan ukiran patung imejan makhluk
ghaib yang bertujuan untuk menghubungkan bomoh dengan kuasa-kuasa halus.
Asli Asli

Semarang, Indonesia

Reply »
|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#2
Nov 17, 2007
 

Bahasa
Gaya bahasa dan pertuturan di antara suku-suku Orang Asli tidak banyak berbeza.
Kebanyakannya menggunakan perkataan asas yang sama tetapi mempunyai perbezaan dari segi
bunyi dan sebutan. Perbezaan ini dipercayai mempunyai kaitan dengan asal usul mereka. Suku
kaum Senoi dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan suku kaum di Kemboja dan Vietnam.
Oleh itu, bahasa mereka mirip kepada Orang Negrito Semenanjung Thai iaitu bahasa Mon-
Annam atau Mo-Khmer. Orang Melayu Proto dipercayai datang dari kawasan pedalaman Asia,
oleh itu bahasa mereka mempunyai persamaan dengan orang Melayu.
Upacara Sewang
Senawang merupakan tarian tradisioanal masyarakat Orang Asli. Terdapat empat jenis sewang
iaitu sewang kematian, perubatan, menyambut tetamu dan kesyukuran. Secara umumnya
pergerakan sewang kelihatan sama kecuali dibesakan dengan rentak permainan centung dan
tujuan ia diadakan. Upacara sewang yang dijalankan untuk kematian dan perubatan, gerak tari
dan alunan muziknya lebih perlahan. Bagi menyambut tetamu dan kesyukuran, gerak tarinya
agak rancak dan menyeronokkan.
Majlis sewang biasanya dijalankan oleh seorang ketua yang dinamakan Tok Halaaq. Beliau
membacakan mantera dalam bentuk nyanyian dan diiringi dengan paluan centung yang
dimainkan oleh golongan wanita. Kebanyakan lagu-lagu sewang adalah berbentuk nasihat dan
lawak jenaka.
Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
Pada peringkat awal, Orang Asli tidak mendapat perhatian daripada pihak pemerintah. Oleh itu,
mereka hidup secara bebas dengan menjalankan aktiviti dan adat resa mereka yang tersendiri di
kawasan yang disuka. Mereka tinggal berselerak di pedalaman hutan dan jarang sekali
menonjolkan diri.
Pada tahun 1954, Jabatan Orang Asli (JHEOA) ditubuhkan di bawah undang-undang baru yang
dinamakan Aborigional Peoples, Ordinan No.3, 1954. Pada peringkat awal penubuhannya, ia
bertujuan untuk melindungi Orang Asli daripada pihak komunis dan kemudian ia mula beubah
sedikit demi sedikit kepada tujuan untuk memimpin masyarakat Orang Asli ke arah perubahan
dan kesedaran, melindungi Orang Asli dan cara hidup mereka dari kepesatan dan perkembangan
tamadun dan eksploitasi. Di samping itu,kemudahan untuk pendidikan dan pembangunan yang
sesuai bagi mereka seperti perubatan dan pelajaran agar tidak terus terpinggir dari arus
pembanunan dan kemajuan negara juga disediakan.
Sehingga kini, peranan JHEOA dalam mentadbir dan memajukan Orang Asli telah
menampakkan hasilnya. Ramai di kalangan Orang Asli telah bejaya dalam kerjaya dan
kehidupan masing-masing.
Kesimpulan
Orang Asli merupakan masyarakat yang unik dari segi budaya dan cara hidup. Justeru, kita tidak
seharusnya mengabaikan mereka dari terus mengecapi arus pemodenan dan kemajuan negara.
Mereka merupakan warisan negara kerana mereka adalah penghubung sejarah dan tamadun awal
negara kita.

http://www.arkib.gov.my/PS_orangasli.htm
(buat tambahan pengetahuan, inilah yang Asli di Malasya)
Asli Asli

Semarang, Indonesia

Reply »
|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#3
Nov 17, 2007
 

kenapa kalo di forum ini udah post ke dua, post pertama ilang yah)
dasar forum primitif
Asli Asli

Semarang, Indonesia

Reply »
|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#4
Nov 17, 2007
 
ini post pertamanya ;

Orang Asli merupakan kumpulan minoriti yang agak ketinggalan di negara ini berbanding
kumpulan masyarakat kumpulan masyarakat yang lain. Mereka ini tinggal di pedalaman dan
berjiran dengan kampung-kampung Melayu atau di sepanjang persisiran pantai di seluruh
Semenanjung Malaysia kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Kebanyakan daripada mereka tinggal di
hutan belantara dan tanah-tanah tinggi di antara 2,000 hingga 6,000 kaki dari paras laut. Terdapat
40% daripada mereka tinggal di tanah rendah dan persisiran pantai. Secara tradisi Orang Asli
hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 kelamin. Walaupun
ada sebahagian daripada mereka yang masih hidup secara berpindah randah tetapi 80% hingga
90% sudah mentap di kampung-kampung seperti orang Melayu.

Terdapat tiga kumpulan utama Orang Asli di Semenanjung Malaysia iaitu Negrito, Senoi atau
lebih dikenali sebagai Sakai oleh orang Melayu dan Melayu Asli atau Proto-Malay yang
dibezakan melalui bahasa, kebudayaan, cara hidup dan ciri-ciri fizikal. Daripada tiga kumpulan
utama ini terbahagi pula kepada suku kaum yang kecil. Suku Senoi merupakan suku yang
terbesar di Semenanjung Malaysia. Suku Senoi terdiri daripada Temiar, Semai, Che Wong,
Jahut, Semoq Beri dan Mah Meri. Kumpulan Melayu Asli pula merangkumi Temuas Belandas,
Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Seletar dan Orang Kuala atau Laut. Mereka dikatakan
kumpulan kedua berhijrah selepas suku Negrito. Dalam kumpulan Negrito terdapat suku Kintak,
Kensiu, Jahai, Mendriq, Batek dan Lanoh.

Kumpulan Negrito terdapat terutamanya di Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Kumpulan Senoi terdapat di Perak, Kelantan dan Pahang. Orang Melayu Asli terdapat di Johor,
Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sumber Pendapatan

Sumber pendapatan Orang Asli adalah berlandaskan persekitaran di sekeliling mereka iaitu
pertanian sara diri, berburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Mereka mengusahakan
tanaman padi huma, padi, sekoi dan ubi. Aktiviti berburu dijalankan oleh kaum lelaki muda
dengan menggunakan sumpitan yang diletakkan jarum tajam dan dipalitkan dengan racun getah
Ipoh. Selain itu, mereka juga menggunakan jerat. Antara hasil buruan mereka ialah tupai,
monyet, kera, biawak, pelanduk, babi hutan dan sebagainya.

Mereka juga memungut hasil hutan seperti rotan, buluh, kayu cendana, damar dan akar kayu
untuk menambahkan hasil pendapatan. Mereka juga mencari petai, kerdas atau jering serta madu
lebah untuk dijual di pasar.

Kepercayaan

Secara umumnya, masyarakat Orang Asli menganut fahaman ananisme, agama Islam dan
Kristian. Bagi kaum Semai, pantang larang dari segi cara berhubung dengan manusia dan alam
mesti diamati dengan baik jika manusia ingin selamat dan sejahtera. Ia boleh dilakukan dengan
mengadakan dengan mengadakan pelbagai penyembahan untuk mendapat restu dari makhluk
ghaib setelah melakukan kesilapan bagi mengelakkan penyakit atau bencana.

Kepercayaan dalam masyarakat Orang Asli suku Semai ditonjolkan melalui kesenian tarian
sewang. Acara ini diiringi oleh paluan muzik dari buluh dan ukiran patung imejan makhluk
ghaib yang bertujuan untuk menghubungkan bomoh dengan kuasa-kuasa halus.

You might also like