You are on page 1of 18

Prinsip Perakaunan KBSM  

TAJUK 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.1 Pendedahan Kepada Penyata Kewangan

Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
• menyatakan pihak yang bertanggungjawab atas
penyediaan Penyata Kewangan

(e) Pihak yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan.


Dari segi undang-undang perniagaan, pemilik merupakan pihak yang
bertanggung-jawab memastikan penyata disediakan. Terdapat beberapa
pihak yang terlibat dalam penyediaan Penyata Kewangan.

Tugas-tugas yang dipertanggungjawab kepada pihak-pihak di bawah adalah


tertakluk kepada saiz sesuatu perniagaan.

i) Akauntan
• Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem
belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
• Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk
dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan
berkanun dan badan-badan lain.

ii) Pengurus Kewangan


• Mengurus pelaporan kewangan supaya berjalan lancar.
• Menyediakan akaun bulanan dan penyediaan laporan kepada pihak
atasan.
• Menyediakan akaun tahunan.

iii) Pengurus Akaun


• Menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan
sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa
dengan bimbingan akauntan.
• Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan
pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan yang lain.
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 1
Prinsip Perakaunan KBSM  

• Menyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu.


• Menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej
perisian komputer yang standard.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 2


Prinsip Perakaunan KBSM  

1.2 Sejarah Perakaunan

Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
• Menerangkan perkembangan sistem dan falsafah perakaunan
berasaskan kebertanggungjawaban (accountability), amanah dan
integriti.
• Membezakan falsafah perakaunan Islam dan konvensional
berasaskan konsep pendedahan dan konsep penemuan
(disclosure vs discovery).
• Menerangkan falsafah kos sejarah dan pelaporan nilai saksama
(historical and fair value reporting) dalam sistem perakaunan.
• Menerangkan perkembangan proses perakaunan secara
berkomputer.
• Menjelaskan maksud profesional.
• Mengenal pasti ciri-ciri akauntan sebagai pemimpin.
• Menyenaraikan tanggungjawab akauntan sebagai pemimpin.
• Mengenal pasti kewujudan kod etika profesion perakaunan.
M l ik l k d ik f i k

(c) Perkembangan Sistem Perakaunan

(i) Falsafah Perakaunan Islam dan Konvensional

Falsafah Perakaunan Islam


Sistem kewangan berasaskan Syariah Islam telah berkembang dan menjadi
bahagian yang penting dalam sistem kewangan antarabangsa. Namun, ianya masih
dalam proses perkembangan dan memerlukan usaha supaya dapat berdaya saing
dalam persekitaran kewangan global. Dalam banyak aspek, kewangan Islam masa
kini masih lagi bergantung kepada standard pengawalseliaan dan perakaunan
konvensional.
Sumber perakaunan Islam adalah berlandaskan Al Quran dan Sunnah.
Semua aspek perakaunan melibatkan kaedah dan aktiviti yang dibenarkan oleh
syarak. Contohnya, larangan melibatkan riba dalam amalan perakaunan Islam.
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 3
Prinsip Perakaunan KBSM  

Dalam sistem perakaunan Islam, peraturan perakaunan memberi penekanan kepada


aspek akhlak dan etika berpandukan konsep hisbah. Oleh itu, seseorang akauntan
atau Muhtasib perlu memiliki sifat-sifat amanah, benar, bertanggungjawab, adil dan
berakhlak mulia dalam menjalankan tugas-tugasnya sesuai sebagai pemegang
amanah. Perakaunan Islam juga mengambil kira faktor halal haram, kesan moral
dan sosial.

Info:

Sejarah Perkembangan Perakaunan Islam


Sejarah perakaunan Islam melalui 3 peringkat iaitu:
1. Zaman Keagungan / Zaman Awal
(a) Zaman Rasulullah
ƒ Urusan keluar masuk wang direkodkan.
ƒ Melaksanakan kewajipan membayar zakat.
ƒ Nilai mata wang mengikut harga semasa.
(b) Zaman Umar Al Khatab
ƒ Kementerian khusus ditubuhkan untuk menguruskan hal-hal perakaunan.
ƒ Prinsip keseimbangan atau catatan bergu dipraktikkan dengan meluas dalam
pengurusan Baitulmal dengan menggunakan istilah Al-Hisab.
ƒ Penggunaan wang dinar dan dirham bertujuan mengelakkan daripada amalan
riba dan penindasan.
ƒ Peringkat awal mereka menggunakan dinar emas dan dirham perak.
(c) Zaman Umaiyyah dan Abasiah
ƒ Islam berada di puncak ketamadunan
ƒ Islam menjadi pusat rujukan ilmu pengetahuan, perluasan kuasa, kaedah
percukaian, perdagangan antarabangsa, pengurusan. Baitulmal yang menjadi
faktor kepada perkembangan perakaunan.

2. Zaman Kemerosotan
(a) Pertengahan abad ke-5 Hijrah, perpecahan empayar dan umat Islam.
ƒ Ulamak dan pemimpin berebut kuasa untuk memerintah dan saling menjatuhkan
antara satu sama lain.
ƒ Masing-masing hanya mementingkan harta sedangkan ajaran Islam sudah tidak
diambil perhatian, menyebabkan terputusnya prinsip-prinsip Islam termasuklah
perakaunan dan perekonomian.
(b) Lewat abad 18 -19M, pengaruh barat terhadap dunia Islam
ƒ Empayar Osmaniah di bawah pemerintahan Kamal Atartuk dipengaruhi Barat.
ƒ Barat melakukan perluasan kuasa khususnya ke negara-negara Islam
ƒ Barat mahu mengaut keuntungan ekonomi di negara yang dijajah.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 4


Prinsip Perakaunan KBSM  

(c) Kejatuhan Islam di tangan Barat


ƒ Zaman kebangkitan Eropah menyebabkan Islam jatuh.
ƒ Musnahnya Pusat Sumber Baitul Hikmah di Sepanyol
ƒ Harun Al-Rasyid menggalakkan kedatangan orang luar ke Baghdad.
ƒ Barat menguasai keseluruhan umat Islam dan akhirnya segala ilmu Islam telah
berpindah kepada Barat atau dimusnahkan.

3. Zaman Kebangkitan Semula


(a) Abad 20
ƒ Kebangkitan semula Islam
ƒ Pengkajian perakaunan diperhebatkan apabila masyarakat sedar akan masalah
riba yang membelenggu.
ƒ Seminar dan persidangan mula diadakan untuk memberi pendedahan tentang
pelbagai ajaran Islam khususnya dalam ekonomi.

Falsafah Perakaunan Konvensional


Konsep perakaunan konvensional menekankan ciri-ciri tertentu kepada amalan
perakaunan iaitu mengambil kira perkara yang hanya boleh diukur dengan nilai
kewangan. Sehubungan itu, dalam membuat keputusan perniagaan, pengurus
biasanya akan membuat keputusan perniagaan berdasarkan keuntungan semata-
mata. Prestasi syarikat lazimnya dikaitkan dengan keuntungan yang dicapai tanpa
menekan kepada cara dan punca keuntungan. Lebih tinggi keuntungan akan
menggambarkan prestasi kerja pengurus yang lebih baik.
Maka adalah tidak mustahil bagi seseorang pengurus untuk membuat
tindakan perniagaan tanpa mengambil kira kesannya terhadap masyarakat dan alam
sekitar. Kes pembukaan pusat hiburan tanpa kawalan, pembalakan di lereng bukit,
mengaut keuntungan yang berlipat ganda melalui penipuan terhadap pengguna
adalah hasil daripada nilai dan pandangan manusia terhadap faktor keuntungan itu.

Konsep Pendedahan vs Konsep Penemuan (Disclosure vs Discovery)


Bagi tatacara pelaporan maklumat perakaunan, konsep pendedahan menyatakan
bahawa semua maklumat penting perlu didedahkan iaitu tidak ditinggal atau
disembunyikan. Ianya berkait dengan kerelevanan dan kematerialan.
Di samping itu, ia memerlukan kejujuran dalam pembentangan laporan
perakaunan. Kesemua nilai yang dilaporkan dalam penyata kewangan sepatutnya
merupakan nilai yang sememangnya sepatutnya dilaporkan. Pendedahan maklumat
tambahan yang tidak dapat didedahkan pada permukaan penyata tetapi relevan
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 5
Prinsip Perakaunan KBSM  

kepada nilai perniagaan secara keseluruhan biasanya dibuat dalam nota kepada
Penyata Kewangan (notes to the account). Antara perkara yang didedahkan dalam
nota kepada Penyata Kewangan ialah kaedah-kaedah perakaunan yang digunakan
bagi menilai inventori, mengira susut nilai dan mengiktiraf hasil.

Perkara-perkara lain yang perlu didedahkan adalah perubahan dalam


anggaran perakaunan, instrumen kewangan dan liabiliti luar jangka. Konsep ini
bukan sahaja mengutamakan pendedahan segala maklumat penting, tetapi
memerlukan juga maklumat atau data berkenaan disusun dengan teratur supaya
senang dibaca dan difahami. Sehubungan dengan itu, pendedahan semua
maklumat tentang syarikat akan membolehkan pengguna maklumat kewangan
melihat semua perkara yang perlu dalam membuat keputusan dan perancangan
berkaitan dengan firma itu.
Konsep penemuan pula menyatakan maklumat hanya didedahkan sekiranya
perkara itu dibangkitkan atau dipersoalkan oleh pihak lain atau pihak luar.
Contohnya, dari segi hasil jualan, penjual sepatutnya mendedahkan keadaan
sebenar barangan jualan dengan jujur supaya sebarang kekurangan didedahkan
kepada pembeli. Tanggungjawab untuk “menemui” kekurangan tersebut tidak
sepatutnya dipindahkan kepada pembeli. Namun mengikut peruntukan undang-
undang berasaskan “Caveat Emptor" (Buyers Beware), pihak penjual tidak
bertanggung jawab sehinggalah kekurangan ditemui oleh pembeli. Oleh itu, konsep
pendedahan seharusnya bermula dengan tatacara aktiviti perniagaan dilakukan dan
bukan hanya mengenai tatacara maklumat didedahkan dalam penyata kewangan.

(ii) Falsafah Pelaporan Kos Sejarah dan Nilai Saksama


(Historical and Fair Value Reporting)

Kos sejarah
Kos sejarah ialah kos sebenar, iaitu kos yang telah benar-benar berlaku. Sebarang
kos selain kos sejarah adalah subjektif dan maklumat perakaunan menjadi butir
anggaran semata-mata. Bagi tujuan membuat keputusan tentang rancangan dan
tindakan pada masa hadapan, pihak pengurusan perlu terlebih dahulu mengetahui
prestasi masa lalu yang sebenar. Untuk mengukur prestasi masa lalu, angka
pengukurnya tidak lain dan tidak bukan ialah kos sejarah.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 6


Prinsip Perakaunan KBSM  

Nilai Saksama
Nilai Saksama merupakan anggaran nilai terhadap harga pasaran yang realistik dan
munasabah. Dalam perakaunan, nilai saksama digunakan sebagai anggaran
kepada harga pasaran bagi aset (atau liabiliti) sekiranya (apabila) nilai pasaran
sebenar tidak dapat ditentukan. Sungguhpun begitu, persetujuan di antara kedua-
dua belah pihak yang berurusniaga hendaklah dicapai.

Konsep pelaporan berasaskan nilai saksama.


Nilai berasaskan kos sebenar masih digunakan sebagai nilai untuk direkodkan ke
dalam jurnal sama seperti mengikut konsep kos sejarah. Namun pada tarikh
penyata kewangan disediakan, kesemua nilai atau angka di dalam buku perlu
disemak untuk memastikan nilai di dalam buku perakaunan adalah nilai saksama.
Keperluan ini dibuat supaya nilai yang akan dilaporkan dalam penyata
kewangan dapat memberi gambaran terkini mengenai nilai perniagaan. Kesemua
item yang dilaporkan berdasarkan kos sejarah perlu diselaraskan jika tidak lagi
merupakan nilai saksama. Contohnya jika terdapat item aset atau liabiliti yang tidak
menunjukkan nilai saksama, pelarasan perlu dibuat kepada nilai sejarah item
tersebut walaupun aset atau liabiliti ini tidak dicadangkan untuk dijual. Konsep ini
sama dengan konsep penilaian semula tetapi sekarang menjadi kelaziman yang
perlu dilaksanakan pada setiap tarikh penyediaan penyata kewangan.

(iii) Proses perakaunan (Manual dan Berkomputer)


Dalam proses perakaunan secara manual, media penyimpanan maklumat adalah
buku-buku perakaunan seperti Jurnal, Buku Tunai dan Lejar secara fisikal. Kesemua
catatan dan rekod dibuat secara bertulis. Penyediaan akaun dalam sistem manual
agak rumit kerana banyak kerja tulis menulis, pindah memindah daripada dokumen
ke jurnal, lejar, Imbangan Duga dan seterusnya penyediaan Penyata Kewangan.
Pelbagai kesilapan juga boleh berlaku.
Dalam proses perakaunan berkomputer pula, media penyimpanan maklumat
adalah media elektronik seperti disket, cakera optik dan katrij digunakan.
Penyediaan akaun adalah mudah dan cepat kerana program telah diaturcarakan.
Pengiraan, pemindahan dan penyemakan ketepatan data boleh dilakukan secara
automatik (berkomputer). Dokumen-dokumen perniagaan seperti resit, invois dan
sebagainya juga boleh dihasilkan. Pengeposan dan penyediaan Imbangan Duga
serta Penyata Kewangan disediakan secara automatik.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 7


Prinsip Perakaunan KBSM  

(d) Perakaunan Sebagai Profesion

(i) Maksud Profesional


Profesional merujuk kepada sesuatu profesion atau pekerjaan ikhtisas yang
dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran tertentu dan terlatih
dalam bidang-bidang yang diceburi.

(ii) Akauntan Sebagai Pemimpin


Akauntan adalah seseorang yang mengkhusus dalam bidang perakaunan.
Tugas seorang akauntan sekarang merangkumi sebagi penasihat
perniagaan. Justeru itu, akauntan bukan lagi hanya sebagai seorang
pelaksana proses tetapi perlu membuat keputusan. Dalam urusan
pembuatan keputusan, akauntan harus memikirkan kesan setiap keputusan
yang dibuat bukan hanya kepada prestasi perniagaan atau organisasi, tetapi
juga kepada pekerja, masyarakat dan persekitaran. Akauntan perlu bertindak
sebagai seorang pemimpin yang berakauntabiliti kepada pihak dalaman
perniagaan dan pihak awam. Seorang akauntan mempunyai tanggungjawab
yang besar. Oleh itu mereka perlu mempunyai ciri-ciri sebagai seorang
pemimpin seperti akauntabiliti, jujur, amanah, komited dan berintegriti.

Tanggungjawab seorang akauntan secara umumnya adalah seperti berikut:


• menyediakan Penyata Kewangan.
• membuat keputusan.
• merancang belanjawan.
• merancang pelan strategik dan taktikal.
• berurusan dengan pasaran kewangan.
• juruaudit dalaman.
• penasihat dan perancang percukaian.

(iii) Keperluan Kod Etika Profesion Perakaunan


Seorang akauntan yang baik perlu mematuhi beberapa kod etika yang
berkaitan dengan profesionnya ketika menjalankan tugas. Etika profesional
bagi seorang akauntan adalah berdasarkan Kod Etika untuk Akauntan
Profesional (Code of Ethics for Professional Accountants) yang dikeluarkan
oleh International Federation of Accountants (IFAC) menyatakan bahawa
etika adalah mengenai prinsip, nilai dan kepercayaan yang memberi kesan

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 8


Prinsip Perakaunan KBSM  

pada pengaruh, pertimbangan dan tingkah laku. Ianya melangkaui


pematuhan undang-undang, syarat-syarat dan peraturan. Dengan kata lain
etika adalah melakukan perkara yang betul dalam apa jua keadaan.

Tanggungjawab Akauntan Awam (Akauntan Berdaftar):


1. Melakukan kerja-kerja pengauditan rekod-rekod kewangan bagi
memastikan rekod perakaunan itu mematuhi piawaian perakaunan yang
ditetapkan dan memenuhi keperluan Akta Syarikat 1965.
2. Melakukan kerja dalam bidang percukaian iaitu sebagai penasihat dan
perancang percukaian.
3. Melakukan kerja-kerja kesetiausahaan bagi sesebuah perniagaan seperti
mengurus pendaftaran perniagaan dan syarikat baharu serta mengurus
pembaharuan lesen perniagaan.

Tanggungjawab Akauntan Pengurusan


Bertindak sebagai perancang, pengawal dan pengurus kewangan organisasi
tempat bertugas. Oleh itu, mereka bertanggung jawab menyediakan
belanjawan dan perancangan kos.

Tanggungjawab Akauntan Biasa


Berkhidmat dalam organisasi kerajaan atau industri:
1. Merekod urus niaga dan menyediakan penyata kewangan.
2. Menyelia atau mengurus kakitangan bawahan.
3. Menjalankan kerja-kerja dalam bidang sistem maklumat perakaunan
organisasi.
4. Melakukan kerja-kerja sebagai juru audit dalaman.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 9


Prinsip Perakaunan KBSM  

1.3 Bentuk Organisasi

Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
• Menyenaraikan ciri-ciri koperasi.
• Membanding dan membezakan ciri-ciri setiap organisasi
perniagaan dari segi milikan, sumber modal dan liabiliti.

(a) Pengenalan kepada :

(iv) Koperasi
Koperasi merupakan badan atau pertubuhan yang dibentuk bersama oleh
sekumpulan individu untuk menggalakkan kepentingan sosial dan ekonomi ahli-
ahlinya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Ciri-ciri koperasi ialah seperti berikut:
1. Tujuan
Sebuah organisasi yang menjalankan perniagaan untuk memperoleh
keuntungan tetapi matlamat utamanya adalah untuk memberi kebajikan
kepada anggota. Koperasi menjaga kepentingan anggota-anggota dan
memberi perkhidmatan ekonomi kepada mereka untuk meningkatkan taraf
hidup dan kebajikan anggota-anggotanya.
Contoh : Koperasi Sekolah – menyediakan perkhidmatan jualan alat tulis dan
jualan pakaian unit beruniform.
2. Penubuhan
Koperasi didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Koperasi di bawah Ordinan
Koperasi Malaysia 1984 (Pindaan 1995). Yuran pendaftaran penubuhan
tidak dikenakan. Perkataan ”Koperasi” dan ”Berhad” mesti menjadi
sebahagian daripada namanya.
3. Liabiliti
Koperasi dan para ahlinya menanggung liabiliti terhad. Koperasi mempunyai
taraf perundangan sendiri dan terpisah daripada anggotanya. Koperasi boleh
membeli aset, mengikat perjanjian, mendakwa dan didakwa atas namanya.
4. Modal
Koperasi mendapat modal melalui sumbangan saham oleh setiap anggota.
Harga saham adalah tetap seperti yang telah dinyatakan dalam Undang-
Undang Kecil Koperasi.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 10


Prinsip Perakaunan KBSM  

5. Kuasa dan Keahlian


Semua anggota mempunyai satu undi dan hak atau suara yang sama tidak
kira jumlah saham yang dimilikinya. Setiap anggota tidak boleh memiliki lebih
daripada 20% daripada jumlah modal sesebuah koperasi.
6. Pentadbiran dan Kawalan
Koperasi ditadbir oleh satu Anggota Lembaga Koperasi (ALK). ALK ini dilantik
dalam mesyuarat agung tahunan koperasi menerusi pengundian. Mesyuarat
agung tahunan ini mesti diadakan setiap tahun. ALK bertanggungjawab
menggubal dasar, membuat perancangan dan menetapkan matlamat
koperasi itu.
7. Dividen kepada anggota
Dividen akan dibayar berdasarkan kepada jumlah modal saham yang
disumbangkan oleh anggota sekiranya koperasi memperoleh keuntungan.
Kadar dividen yang boleh dibayar tidak boleh melebihi 10% mengikut Ordinan
Koperasi Malaysia. Namun begitu, ALK boleh memohon daripada Ketua
Pendaftar Koperasi untuk membayar dividen yang melebihi 10%.

(b) Perbezaan diantara (i) Milikan Tunggal, (ii) Perkongsian, (iii) Syarikat Berhad
dan (iv) Koperasi.
Jadual berikut menunjukkan perbandingan ciri-ciri organisasi perniagaan dari segi
milikan, sumber modal dan liabiliti.

Milikan Perkongsian Syarikat Berhad Koperasi


Tunggal
1. Milikan Dimiliki oleh Dimiliki oleh 2 Bilangan Bilangan minimum
seorang hingga 20 orang minimum anggota 50 orang
peniaga sahaja pekongsi pemegang saham
2 orang
2. Sumber Modal Modal Modal Sumbangan
modal disumbangkan disumbangkan disumbangkan saham oleh
oleh pemilik oleh setiap oleh pemegang anggota
pekongsi saham
3. Liabiliti Liabiliti tidak Liabiliti tidak Liabiliti terhad Liabiliti terhad
terhad terhad kepada jumlah kepada
saham yang sumbangan
dilaburkan. saham anggota

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 11


Prinsip Perakaunan KBSM  

1.4 Perakaunan dan Simpan Kira

Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
• Membezakan perakaunan kewangan dan perakaunan
pengurusan dengan tepat.
• Membezakan perakaunan dengan pengauditan serta percukaian
dengan tepat.
• Menghubungkaitkan perakaunan dengan pengauditan serta
percukaian dengan betul.
• Menyenaraikan kepentingan sistem maklumat perakaunan
dengan tepat dan betul.

(d) Sub Bidang Perakaunan

Secara umumnya, sub bidang perakaunan terdiri daripada :

(i) Perakaunan Kewangan


Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas
kerana melibatkan proses maklumat kewangan perniagaan direkod, dikelas,
dirumus, ditafsir dan dihubungkan.
Perakaunan kewangan adalah berkaitan dengan pelaporan prestasi
perniagaan (untung atau rugi) dalam sesuatu tempoh perakaunan, pelaporan
kedudukan kewangan, aliran masuk dan aliran keluar tunai yang berkaitan
dengan operasi perniagaan itu. Objektif utama dalam perakaunan kewangan
adalah untuk menyediakan maklumat-maklumat perakaunan kepada
pengguna yang berkepentingan.

(ii) Perakaunan Pengurusan


Perakaunan pengurusan mengkhusus kepada penyediaan maklumat-
maklumat untuk kegunaan dalaman perniagaan seperti pihak pengurusan
dan kakitangan. Maklumat ini digunakan untuk perancangan, kawalan,
pembuatan keputusan dan pengurusan syarikat. Contoh laporan perakaunan
pengurusan adalah belanjawan dan laporan prestasi.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 12


Prinsip Perakaunan KBSM  

(iii) Audit
Audit ialah satu proses sistematik untuk memperoleh dan menilai bukti secara
objektif mengenai pernyataan tentang kegiatan kewangan. Tujuannya adalah
untuk menentukan kesesuaian antara pernyataan tersebut dengan kriteria
yang ditetapkan (pematuhan) serta menyampaikan kepada pengguna yang
berkepentingan.
Pengauditan melibatkan aktiviti pemeriksaan dokumen-dokumen
perniagaan bagi mengesahkan urus niaga yang direkod itu sebenarnya telah
berlaku. Di samping itu, pengauditan juga bertujuan untuk mengesahkan
rekod perakaunan yang telah disediakan itu mengikut piawaian dan peraturan
perakaunan yang diterima umum. Biasanya, pengauditan ini dilakukan oleh
juruaudit bertauliah. Pada akhir kerja-kerja pengauditan, juruaudit perlu
mengeluarkan laporan dan memberi pendapat ke atas akaun-akaun yang
telah diperiksa dengan menyatakan laporan kewangan yang diterbitkan
kepada umum itu adalah memberi gambaran yang benar dan saksama (true
and fair view).

(iv) Percukaian
Bidang perakaunan yang melibatkan perundingan percukaian, perancangan
percukaian dan penyediaan penyata cukai (retan cukai). Mereka yang terlibat
dalam bidang ini mestilah mahir dalam bidang perakaunan.

(v) Sistem Maklumat Perakaunan


Sistem maklumat perakaunan merupakan sistem untuk menjanakan
maklumat perakaunan sebagai sebahagian daripada sistem maklumat
keseluruhan.
Sistem maklumat perakaunan juga merupakan satu rangkaian
prosedur yang berhubungan antara satu maklumat perakaunan dengan satu
maklumat perakaunan yang lain. Contohnya maklumat perakaunan
kewangan dihubungkan dengan maklumat perakaunan pengurusan atau
percukaian. Sistem ini berperanan untuk memproses data-data perakaunan,
seterusnya menghubungkan data-data ini dengan sistem maklumat
pengurusan agar dapat digunakan oleh organisasi dalam proses pembuatan
keputusan.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 13


Prinsip Perakaunan KBSM  

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara Perakaunan Kewangan dengan


Perakaunan Pengurusan:
Aspek PERAKAUNAN KEWANGAN PERAKAUNAN PENGURUSAN

Pengguna Melaporkan kepada pihak luaran Melaporkan kepada pihak dalaman


organisasi seperti pelabur, pemegang organisasi bagi melaksanakan
saham, Jabatan Hasil dan pihak fungsi pengurusan seperti
perundangan. perancangan, pengawalan,
penilaian prestasi dan pembuatan
keputusan.
Masa Merupakan ringkasan kepada aktiviti Lebih menumpukan kepada aktiviti
yang telah lepas. yang mempengaruhi keputusan
masa depan.
Hanya data-data yang telah Laporan adalah terperinci dan
Tumpuan diringkaskan yang dilaporkan dalam melaporkan mengikut bahagian,
laporan laporan tahunan dan mewakili produk, pelanggan atau segmen.
keseluruhan organisasi.
Laporan perlu disediakan mengikut Tidak perlu mengikut Prinsip
Perundangan Prinsip Perakaunan Yang Diterima Perakaunan Yang Diterima Umum.
Umum. (Generally Accepted (Generally Accepted Accounting
Accounting Principles –GAAP) Principles –GAAP)
Pematuhan Mempunyai mandatori iaitu mesti Tiada mandatori iaitu mempunyai
dibuat secara terperinci. pilihan untuk disediakan laporan
(Akta Syarikat 1965 dan Piawaian atau tidak.
Pelaporan Kewangan (Financial
Reporting Standard))

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 14


Prinsip Perakaunan KBSM  

1.6 Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta


Ciri Kualitatif Penyata Kewangan

Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
ƒ Menerangkan konsep dan prinsip perakaunan.
ƒ Menjelaskan dengan contoh konsep dan prinsip perakaunan.
• Menyenaraikan ciri-ciri kualitatif Penyata Kewangan.

(a) Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata
Kewangan:

(vi) Konservatisme
Prinsip ini adalah berkait rapat dengan polisi berhati-hati yang diamalkan
untuk melindungi perniagaan daripada segala kerugian yang mungkin
berlaku. Sehubungan dengan prinsip ini, segala kerugian yang dijangkakan
hendaklah diambil kira sebagai belanja dalam Penyata Pendapatan tetapi
segala keuntungan yang dijangkakan tidak boleh diiktiraf sebagai pendapatan
sehingga keuntungan ini telah diperoleh. Penggunaan konsep ini bagi
memastikan:
• aset dan hasil tidak terlebih nyata,
• liabiliti dan belanja tidak terkurang nyata,
• kerugian mesti direkod walaupun belum berlaku,
• keuntungan hanya direkod bila telah berlaku.
Contohnya, pihak pengurusan biasanya terlalu optimis mengenai
masa hadapan perniagaannya. Keadaan ini mungkin akan
memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kedudukan kredit
pelanggan mereka yang tertentu adalah sentiasa baik. Keadaan ini
akan menyebabkan untung terlebih nyata kerana peruntukan hutang
ragu yang rendah disediakan. Oleh itu, dalam keadaan ini konsep
konservatisme perlu digunakan. Peruntukan hutang ragu perlu
diwujudkan untuk meminimakan daripada berlakunya untung yang
terlebih nyata.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 15


Prinsip Perakaunan KBSM  

(vii) Asas Perakaunan Akruan


Asas Perakaunan Akruan ialah istilah baru bagi konsep pemadanan.

(x) Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama


Penyata Kewangan perlu memberikan maklumat yang tepat, tidak
mempunyai apa-apa kesilapan yang material serta dapat memberikan
gambaran benar dan saksama. (Rujuk muka surat 5)

(b) Ciri Kualitatif Penyata Kewangan:

(i) Kebolehfahaman
Pengguna-pengguna maklumat harus dapat memahami kandungan
maklumat yang disampaikan kepada mereka. Melalui cara ini, maklumat
tersebut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut keperluan
masing-masing.

(ii) Relevan
Maklumat perakaunan mesti relevan dengan tujuan maklumat tersebut diberi
atau disediakan. Pemerolehan maklumat yang tidak relevan akan
menyebabkan keputusan yang tidak tepat diambil semasa membuat
perancangan. Oleh itu, maklumat-maklumat dalam penyata kewangan yang
berkaitan dengan peristiwa lalu selalunya tidak begitu relevan kerana
akauntan pengurusan lebih mementingkan aktiviti-aktiviti pada masa kini dan
masa hadapan.

(iii) Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada maklumat yang bebas daripada ralat dan
kesilapan. Oleh itu, semua fakta perlu didedahkan berserta bukti yang kukuh.
Selain itu, sesuatu maklumat mesti bebas daripada sebarang
pengaruh dan tidak boleh disediakan bagi tujuan memenuhi kepentingan
pihak tertentu sahaja. Maklumat yang diperoleh mesti neutral, iaitu tidak
memihak kepada sesiapa pun dan disahkan oleh pihak lain, terutama pihak
luar seperti juruaudit.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 16


Prinsip Perakaunan KBSM  

(iv) Kebolehbandingan
Ciri ini penting kerana maklumat perakaunan akan digunakan sebagai asas
sesuatu perbandingan, misalnya maklumat dan data dalam laporan prestasi
jabatan-jabatan akan dibandingkan antara dua tempoh yang berlainan.

(v) Tepat Masa (Timeliness)


Maklumat harus diperoleh pada masa maklumat tersebut diperlukan kerana
maklumat yang diperoleh lewat daripada tempoh yang ditetapkan tidak dapat
digunakan sebagai asas untuk bertindak.
Dalam perakaunan, maklumat perlu diperoleh dengan lebih kerap bagi
membolehkan aktiviti perancangan, pengawalan,pengukuran prestasi dan
pembuatan keputusan dijalankan pada masa yang ditetapkan.

LATIHAN

1. Dalam sesebuah perniagaan, siapakah yang terlibat dalam penyediaan penyata


kewangan?

2. Terangkan perkembangan sistem perakaunan Islam berasaskan


kebertanggungjawaban (accountability), amanah dan integriti.

3. Berikan perbezaan antara sistem perakaunan Islam dengan sistem perakaunan


konvensional.

4. Berikan perbezaan antara konsep kos sejarah dengan konsep nilai saksama.

5. Nyatakan bidang tugas seorang akauntan dalam sebuah oraganisasi perniagaan.

6. Nyatakan kepentingan kod etika profesion perakaunan dalam amalan harian seorang
akauntan.

7. Nyatakan perbezaan perniagaan perkongsian, syarikat berhad dan koperasi.

8. Bidang tugas seorang akauntan kewangan berbeza dengan bidang tugas seorang
akauntan pengurusan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan
tersebut?

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 17


Prinsip Perakaunan KBSM  

9. Perakaunan, pengauditan dan percukaian adalah tiga bidang yang berbeza, tetapi
ketiga-tiga bidang ini masih ada persamaan. Bincangkan.

10. Penyata kewangan sepatutnya mudah difahami, relevan, boleh dipercayai dan boleh
dibandingkan. Senaraikan kepentingan ciri-ciri ini dalam penyediaan penyata
kewangan.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 18

You might also like