P. 1
Modul 8 sistem ekologi

Modul 8 sistem ekologi

|Views: 2,152|Likes:

More info:

Published by: Rosnani binti Khalid on Jan 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/05/2013

pdf

text

original

Modul Ulangkaji 8 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan Enam

Isi Kandungan
BAB 5: SISTEM EKOLOGI 1 a) b) c) 2 a) b) c) 3 a) b) c) 4 a) b) c) 5 a) b) c) a) b) c) 7 a) b) c) 8 a) b) c) 9 Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem? Dengan bantuan gambarajah, jelaskan bagaimana tenaga dialirkan melalui suatu siratan makanan yang mudah dalam ekosistem daratan. Jelaskan kepentingan ekosistem hutan bakau Apakah yang dimaksudkan dengan rantaian makanan dan jaringan makanan Terangkan bagaimanakah tenaga dipindahkan dalam rantaian makanan bagi ekosistem hutan tropika Bagaimanakah rantaian makanan boleh diganggu dan huraikan kesan gangguan itu terhadap manusia. Nyatakan dua fasa kitar nutrien dalam sesuatu ekosistem Dengan bantuan gambarajah, huraikan proses yang berlaku dalam kitar nitrogen Huraikan bagaimana manusia mempengaruhi kitar nitrogen Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrien dalam ekosistem? Dengan bantuan gambarajah, huraikan bagaimana kitar oksigen berlaku dalam ekosistem daratan Jelaskan mengapa kitar oksigen dan kitar karbon selalunya digabungkan. Takrifkan kehilangan tenaga dalam piramid ekologi Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan tersebut. Jelaskan bagaimana kegiatan manusia boleh mengganggu ekosistem tasik Nyatakan komponen-komponen asas yang membentuk setiap ekosistem Jelaskan bagaimanakah tumbuhan semulajadi telah menjana proses-proses geomorfologi? Bincangkan pengaruh karbon terhadap kehidupan manusia Berdasarkan kajian luar di suatu kawasan pinggir pantai Huraikan siratan makanan dalam ekosistem di kawasan itu Jelaskan bagaimana aktiviti manusia telah mengganggu ekosistem di kawasan itu Huraikan bagaimana gangguan terhadap ekosistem tersebut dapat dikawal oleh pihak berkuasa tempatan Terangkan konsep ekopelancongan dan ciri-cirinya
Huraikan satu contoh kawasan di Malaysia yang mempunyai ciri-ciri ekopelancongan

[5 markah] [10 markah] [10 markah] [5 markah] [10 markah] [10 markah] [5 markah] [12 markah] [8 markah] [5 markah] [10 markah] [10 markah] [5 markah] [10 markah] [10 markah] [5 markah] [10 markah] [10 marlkah] [7 markah] [10 markah] [8 markah] [5 markah] [10markah] [10 markah]

6

Terangkan bagaimana kegiatan manusia boleh menjejaskan perlaksanaan program ekopelancongan Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di suatu kawasan

71

hutan a) Nyatakan ciri-ciri hutan tersebut b) Jelaskan empat aktiviti manusia yang boleh mengganggu kestabilan ekosistem hutan tersebut c) Cadangkan lima kaedah bagaimana hutan tersebut dapat diuruskan dengan baik untuk generasi akan datang

[7 markah] [8 markah] [10 markah]

SKEMA JAWAPAN; MODUL 8 SISTEM EKOLOGI BAB 5: SISTEM EKOLOGI
1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem? satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu sama lain dan alam sekitarnya yang terdiri daripada unsur biotik(tumbuhan, manusia, haiwan) dan unsur abiotik(tenaga suria, udara, tanih dan air) Dengan bantuan gambarajah, jelaskan bagaimana tenaga dialirkan melalui suatu siratan makanan yang mudah dalam ekosistem daratan. 1. Lukis gambarajah (2m) 2. Pengeluar(proses fotosintesis – tenaga drp matahari) 3. Pengguna 1 (herbivor) – untuk tenaga bergerak,bernafas dan membiak) 4. Pengguna 2,3(karnivor/omnivor- untuk tenaga, bergerak dan membiak) 5. Pengurai(kulat, bakteria)- membekalkan nitrit, nitrat, ammonia kepada tumbuhan sebagai nutrien Jelaskan kepentingan ekosistem hutan bakau 1. tempat pembiakan ikan, kerangan dan sebagainya 2. membekalkan oksigen 3. mengawal hakisan/memerangkap sedimen/enapan/lanar 4. menghalang tiupan angin kencang 5. bekalan sumber kayu, damar, ubatan, pencelup, makanan 6. tempat persinggahan/pembiakan burung yang bermigrasi(migratory birds) 7. rekreasi 8. penyelidikan/kajian [5 markah]

b)

[10 markah]

c)

[10 markah]

2

a)

Apakah yang dimaksudkan dengan rantaian makanan dan [5 markah] jaringan makanan 1. Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di

72

sepanjang aliran satu hala. 2. Jaringan makanan ialah pemindahan tenaga, elemenelemen kimia dan beberapa jenis sebatian dari satu organisma kepada organisma yang lain melalui beberapa rantaian makanan yang saling bertindih lapis iaitu terdapat lebih daripada satu pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier. b) Terangkan bagaimanakah tenaga dipindahkan dalam [10 markah] rantaian makanan bagi ekosistem hutan tropika 1. tenaga dipindahkan kepada drp cahaya matahari kepada tumbuhan untuk proses fotosintesis dan tenaga itu disimpan dalam bentuk kabohidrat,protein, lemak dan asid tumbuhan 2. Pengguna primer adalah haiwan herbivor yang memakan tumbuhan yang kaya dengan tenaga untuk keperluan hidupnya 3. Pengguna sekunder adalah haiwan karnivor yang memakan herbivor. Pengguna sekunder mendapat tenaga terus daripada molikul-molikul organik yang kaya dengan tenaga daripada haiwan herbivor yang dimakannya 4. Pengguna tertier ialah haiwan omnivor yang memakan karnivor dan herbivor yang lain Bagaimanakah rantaian makanan boleh diganggu dan [10 markah] huraikan kesan gangguan itu terhadap manusia. Cara gangguan 1. kebakaran hutan,pembersihan hutan dan pembalakan 2. perubahan cuaca/iklim-kemarau, banjir dan peningkatan suhu 3. Serangan penyakit 4. Bencana alam- gempa bumi,pergerakan jisim/tanah runtuh 5. Pemburuan dan pemungutan hasil hutan 6. penggunaan racun serangga, racun rumpai dan makhluk perosak 7. Pembinaan empangan 8. Pengenalan spesis lain- haiwan lain dari ekosistem lain dibawa masuk kesan terhadap manusia 1. kekurangan sumber makanan 2. kepupusan spesis- kekurangan sumber ekonomi/pendapatan 3. kemerosotan sumber tanih-kemerosotan kesuburan tanih 3 a) Nyatakan dua fasa kitar nutrien dalam sesuatu ekosistem i. Fasa persekitaran( abiotik) kitar nutrien (air, karbon, nitrogen) yang wujud di udara, air dan tanih ii. Fasa organisma(biotik) kitar nutrien dalam komponen biotik [5 markah]

c)

73

(tumbuhan, binatang dan organisma pengurai) b) Dengan bantuan gambarajah, huraikan proses yang berlaku [12 markah] dalam kitar nitrogen i. Gambarajah kitar nutrien yang mengandungi nitrogen dalam atmosfera, tanih dan tumbuhan/organisma (3m) ii. Fasa atmosfera – Nitrogen bebas di atmosfera tidak boleh digunakan secara langsung oleh tumbuhan dan haiwan. Bakteria pengurai nitrogen menukar nitrat kepada nitrogen dan dibebaskan ke udara iii. Fasa organisma- tumbuhan menyerap larutan nitrat dalam tanah dan disimpan dalam bentuk sebatian nitrogen dalam tumbuhan kemudian digunakan oleh haiwan disimpan dalam protein haiwan iv. Fasa tanih- haiwan mati dan reput dalam tanih diurai oleh bakteria dan kulat. Protein dihasilkan dalam sel-sel haiwan yang mati/perkumuhan dan ini membekalkan ammonia dalam tanih. Ammonia ditukar kepada nitrit oleh bakteria. Bakteria pengikat nitrogen menukarkan nitrogen. Huraikan bagaimana manusia mempengaruhi kitar nitrogen [8 markah] i. Penggunaan baja kimia oleh manusia di ladang-ladang pertanian ii. Perkumuhan haiwan ternakan iii. Kumbahan domestik dan bandaran(kandungan nitrogen) iv. pembakaran bahan api fosil menghasilkan nitrogen oksida v. penebangan hutan –reputan sisa Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrien dalam [5 markah] ekosistem? Kitar nutrien ialah aliran yang berterusan unsur-unsur dan bahan kimia seperti oksigen, karbon, nitrogen dan air yang terdapat dalam ekosistem Dengan bantuan gambarajah, huraikan bagaimana kitar [10 markah] oksigen berlaku dalam ekosistem daratan i. gambarajah (2m) ii. Oksigen dari atmosfera untuk pernafasan oleh haiwan dan tumbuhan iii. karbon dioksida di atmosfera diambil oleh tumbuhan untuk fotosintesis iv. melalui fotosintesis tumbuhan membebaskan oksigen ke atmosfera c) Jelaskan mengapa kitar oksigen dan kitar karbon selalunya digabungkan. i. saling kaitan gas oksigen dan karbon dioksida dalam proses fotosintesis dan pernafasan ii. Oksigen terikat dalam karbon dioksida semasa pernafasan haiwan [10 markah]

c)

4

a)

b)

74

iii. Dalam proses fotosintesis karbon dioksida digunakan dan oksigen dibebaskan iv. Oksigen digunakan dalam pembakaran bahan api fosil dan menghasilkan karbon dioksida

5

a)

Takrifkan kehilangan tenaga dalam piramid ekologi. [5 markah] Jawapan Kehilangan tenaga merujuk kepada penurunan sejumlah tenaga secara berturut-turut di setiap aras trofik disebabkan terdapat pembebasan tenaga dalam bentuk tenaga haba di setiap aras trofik Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan [10 markah] tersebut. i. Matahari – sumber tenaga kepada semua hidupan dan membekalkan tenaga kepada tumbuhan hijau bagi menjalankan proses fotosintesis ii. Pengeluar- terdiri daripada tumbuhan hijau yang menggunakan tenaga suria untuk membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.. Tenaga akan disimpan dalam batang, dahan dan daun dalam sel tumbuhan tersebut iii. Pengguna primer- Pengguna primer memakan tumbuhan untuk membesar, bergerak dan membiak dan tenaga dipindahkan ke dalam sel pengguna primer iv. Pengguna sekunder- Haiwan karnivor yang makan pengguna primer dan menggunakan tenaga untuk proses membesar, membiak dan bergerak. Aliran tenaga dipindahkan ke pengguna sekunder v. Pengguna tertier – Haiwan karnivor yang lebih besar akan memakan pengguna sekunder dan tenaga dipindahkan dan digunakan untuk bergerak, membesar dan membiak Jelaskan bagaimana kegiatan manusia boleh mengganggu [10 markah] ekosistem tasik i. Pertanian: bahan kimia, racun makhluk perosak dan racun rumpai ii. Pelancongan : pembuangan bahan makanan, buangan plastik, sampah sarap ke tasik iii. Perlombongan: minyak dan bahan mendak iv. Pengangkutan: minyak v. Industri: sisa toksik dan kumbahan vi. Ternakan : najis babi vii. Pembalakan : bahan mendakan Nyatakan komponen-komponen asas yang membentuk [5 markah] setiap ekosistem a) komponen biotik terdiri daripada komponen hidup seperti tumbuhan (pengeluar), Haiwan/serangga (pengguna ) 75

b)

c)

6

a)

b) komponen abiotik terdiri daripada komponen buka hidup seperti pelbagai gas, cahaya matahari, air dan galian/mineral b) Jelaskan bagaimanakah tumbuhan semulajadi telah menjana proses-proses geomorfologi? i. Luluhawa fizikal – tumbesaran akar ii. Gerakan jisim – cepat dan lambat gerakan jisim dipengaruhi oleh litupan tumbuhan iii. luluhawa kimia – celasi oleh asid humik yang dihasilkan oleh tumbuhan iv. Hakisan- air larian permukaan, angin dan ombak bergantung kepada litupan tumbuhan di permukaan cerun, tebing, di pinggir pantai dan sebagainya v. pemendapan –pokok bakau di pinggir pantai membantu proses pemendapan di pinggir pantai [10 markah]

c)

Bincangkan pengaruh karbon terhadap kehidupan manusia [10 marlkah] Pengaruh positif i. Sumber bahan api (kayu arang, arang batu) ii. Bahan makanan (karbohidrat, minuman berkarbonik) iii. Lain-lain bahan pengguna (pemadam api, penapis, kosmetik) iv. Bahan binaan Pengaruh negatif i. Bahan api yang menjadi sumber pencemaran udara ii. Bahan kloroflorokarbon (CFC) , karbon dioksida, karbon monoksida- pencemaran udara iii. Bahan makanan ( membawa penyakit) [7 markah] Berdasarkan kajian luar di suatu kawasan pinggir pantai Huraikan siratan makanan dalam ekosistem di kawasan itu Kawasan yang dikaji ialah pinggir pantai Kuala Perlis, Perlis. Ekosistem yang dikaji pula ialah ekosistem paya bakau. Siratan makanan bermaksud jaringan makanan yang lebih kompleks berbanding rantaian makanan. Siratan makanan yang wujud dalam ekosistem ialah 1. Pengeluar ialah pokok bakau, pucuk, bunga dan buah pokok bakau 2. Pengeluar dimakan oleh pengguna primer seperti ulat beluncas dan juga haiwan primat seperti monyet. Selain itu pengguna primer juga terdiri daripada hidupan air payau seperti siput belitong, siput sedut tiram, kepah, ketam, udanag dan ikan khususnya ikan belacak yang memakan daun-daun pokok bakau yang gugur dan reput dan telah diurai oleh cacing. Pengguna primer yang hidup di dalam air payau ini memakan najis haiwan primat seperti monyet. 3. Pengguna sekunder terdiri daripada burung seperti burung pucong dan juga ular misalnya ular air yang memakan pengguna primer seperti beluncas, siput, udang dan ikan. 4. Pengguna tertier pua terdiri daripada buaya yang 76

7

a)

b)

memakan hampir ke semua peringkat pengguna yang lain. Sebagai haiwan dominan di dalam hutan paya bakau buaya akan memakan ikan, burung, ular dan juga monyet. 5. Akhirnya apabila semua pengguna mati, ia akan reput dan diuraikan oleh pengurai yang terdiri daripada cacing misalnya cacing polychaeta. Jelaskan bagaimana aktiviti manusia telah mengganggu [10 markah] ekosistem di kawasan itu a. Pembalakan di kawasan hutan bakau. Pokok bakau yang bermutu tinggi seperti bakau minyak dan bakau kurap telah ditebang secara berleluasa kerana nilai dagangan kayu bakau yang tinggi. Pemusnahan hutan ini telah merosakkan habitat pelbagai spesies hidupan dua alam b. Aktiviti akuakultur. Di kawasan-kawasan tertentu, hutan bakau telah dimusnahkan untuk dijadikan kolam ternakan udang harimau dan ternakan ikan kerapu yang diusahakan secara komersial oleh penduduk tempatan. Selain daripada kemusnahan habitat asal, perubahan landskap juga berlaku. c. Pembuangan sisa kilang/penyaliran efluen kilang ke sungai yang seterusnya sisa-sisa tersebut terkumpul di kawasan hutan bakau yang terletak di bahagian hilir sungai Perlis. Penyaliran sisa toksid telah menyebabkan sir sungai tercemar dan seterusnya mematikan pelbagai speseis ikan dan udang galah yang mendiami ekosistem hutan bakau berkenaan. d. Aktiviti pembinaan jeti pendaratan ikan. Kuala-kuala sungai yang kecil telah diperdalamkan manakala alur-alur sungai kecil yang dikelilingi hutan bakau telah dilebarkan untuk memudahkan pendaratan bot-bot nelayan. Ini melibatkan kerja-kerja penebangan dan pembersihan hutan bakau yang berhampiran. Kesannya ekosistem hutan bakau juga turut terjejas. Huraikan bagaimana gangguan terhadap ekosistem tersebut [8 markah] dapat dikawal oleh pihak berkuasa tempatan 1. Hutan bakau yang telah ditebang mestilah ditanam semula melalui pembangunan hutan yang sepadu. Pokok-pokok yang bermutu tinggi mestilah ditanam semula dan dijaga sentiasa dengan rawatan silvikultur. 2. Hutan bakau juga perlu diwartakan sebagai hutan rezab kekal dari sebarang pencerobohan manusia. Kawasan hutan yang masih semulajadi dilindungi sebagai taman negara seperti di Taman Negara Endau-Rompin yang sebahagian besarnya diliputi oleh hutan paya bakau. 3. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang ketat kepada individu atau syarikat yang menjalankan pembalakan haram ke atas hutan bakau. Antaranya hukuman denda yang tinggi, membatalkan lesen syarikat, hukuman penjara dan sebagainya di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. 77

c)

8

a)

4. Kempen kesedaran kepada penduduk tentang pentingnya hutan bakau dijaga dan dipulihara dengan baik sebagai kawasan penampan, penahan tsunami, kawasan habitat flora dan fauna yang cantik dan unik, kawasan sumber makanan semulajadi dan sebagainya. Huraikan makna ekopelancongan dan ciri-cirinya Ekopelancongan merangkumi perjalanan atau lawatan ke kawasan semulajadi dengan tujuan menikmati, mengkaji, mengkagumi keindahan alam dan tumbuhan serta hidupan liar serta mempunyai kesedaran untuk memelihara dan memuliharanya. Ciri-ciri ekopelancongan 1. pelawat atau pelancong akan mengalami pengalaman secara langsung tentang sumber alam semulajadi yang unik 2. Hubungan kerjasama di antara pihak kerajaan, pengusaha pelancongan, masyarakat tempatan, ahliahli sains menghormati dan menerima nilai-nilai intrinsik sumber alam sekitar 3. Semua golongan sedar akan tanggungjawab moral terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan 4. mengadakan kemudahan pendidikan mengenai sumber alam 5. konsep hubungan antara alam semulajadi dengan budaya Huraikan satu contoh kawasan di Malaysia yang mempunyai ciri-ciri ekopelancongan Taman negara Pahang 1. ciri pendidikan : mengadakan program database di dalam sistem komputer untuk membolehkan pelawat memperoleh maklumat dengan hanya menyentuh layar monitor. Program ini diperkenalkan di semua pintu masuk negara dan hotel-hotel terkemuka dalam usaha mempromosikan kekayaan alam semulajadi negara 2. Ciri pemeliharaan dan pemuliharaan: Agensi kerajaan PERHILITAN menjalankan kerja-kerja pengumpulan data pelbagai jenis spesies hidupan liar bagi menentukan kesan baik dan buruk kehadiran hidupan liar terhadap persekitaran.Taman negara juga menjadi tempat pemeliharaan hidupan liar dari tempat lain yang telah terjejas habitatnya 3. Ciri pengalaman secara langsung: Disediakan pelbagai jenis rekreasi yang memberi pengalaman secara langsung spt titian kanopi, rintis hutan, mendaki gunung Tahan, memancing,acara sukan air, berakit, meredah jeram, tarian sewang oleh orang asli tempatan, menyumpit, pengalaman homestay dll 78

b)

c)

Terangkan bagaimana kegiatan manusia boleh menjejaskan perlaksanaan program ekopelancongan. 1. Pembangunan pesat: pembinaan bangunan, chalet, hotel atau rumah peranginan menyebabkan penebangan pokok yang banyak lalu menyebabkan hakisan tanah. Mendapan dari hakisan ini mengkelodakkan anak-anak sungai dan air terjun. Ini menjejaskan keindahan sungai mengurangkan kunjungan pelancong/pelawat. Penswastaan beberapa bahagian Taman negara di Sarawak terutama Syarikat Jepun telah mengetepikan masyarakat tempatan menyebabkan bantahan dan tiada kerjasama masyarakat turut menjejaskan ekopelancongan yang seharusnya memaksimumkan penglibatan masyarakat tempatan. 2. Pembuangan sampah sarap: pencemaran dari sisa buangan seperti najis dan sampah ke lautan. Sisasisa ini disalirkan ke laut lalu menyebabkan banyak pantai tercemar dan kawasan terumbu karang turut terjejas seperti di perairan Pulau Tioman. Kawasan ini dijadikan kawasan peranginan semata-mata. Oleh itu terdapat kesan negatif pembuangan sampah sarap terhadap keindahan alam sekitar kawasan berkenaan. Sampah organik boleh menyebabkan pertumbuhan alga merah yang menjejaskan pertumbuhan fauna dan flora lautan yang lain 3. Projek-projek padang golf dan ladang kuda: Pembangunan projek ini memusnahkan ekosistem hutan dan hutan bakau akibat penebangan dan penggunaan baja dan racun untuk padang golf. Ini boleh menjejaskan ekologi setempat terutama sumber air bawah tanah.

9

a)

b)

Kawasan = 1 markah Ciri-ciri hutan (satu jenis hutan sahaja)  Ketinggian tumbuhan /dirian pokok/morfologi(lapisan)  Kepadatan tumbuhan – tebal  Spesies flora  Spesies fauna  Bentuk silara  Jenis tanih  Kepadatan lantai hutan Pertanian Pembalakan Petempatan

79

c)

Rekreasi/pelancongan Perhubungan/pengangkutan Perlombongan Akuakultur Empangan Pemburuan/pengutipan hasil hutan Langkah  Penguatkuasaan undang-undang/akta  Kempen awam  Pendidikan  Penghutanan semula/pemuliharaan  Mewartakan hutan simpan/pemeliharaan  Silvikultur/penanaman terancang  Penebangan terpilih

80

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->