P. 1
Otak Kiri Dan Otak Kanan

Otak Kiri Dan Otak Kanan

|Views: 1,848|Likes:
Gunakan maklumat ini dengan sebaiknya
Gunakan maklumat ini dengan sebaiknya

More info:

Categories:Types, Research, Science
Published by: Mohd Shafuan Zulkafli on Jan 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/20/2013

pdf

text

original

Otak kiri dan otak kanan Pada tahun 1981 psikologis Amerika, Roger Sperry telah m,endapat anugerah

Nobel (perubatan) kerana penemuannya mengenai pengkhususan fungsi pada hemisfera cerebral otak manusia. Penyelidikannya membuktikan bbahawa otak kiri dan otak kanan mempunyai pengkhususan yang berbeza dalam menjalankan tugas intelektual. Setiap hemisfera otak mempunyai sensasi, persepsi, pemikiran dan idea sendiri yang tidak bertindak balas dengan apa yang ada pada hemisfera satu lagi, seolah-olah kedua-duanya beroperasi secara berasingan. Proses pemikiran pada otak kiri mempunyai ciri susunan, turutan dan logi; manakala pe mikiran pada otak kanan pula mengawal keupayaan ‘spatial’, aspirasi artistic dan kreativiti. Berikut merupakan pengkhususan fungsi otak kiri dan otak kanan: Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Otak kiri Segmental Berturutan Ekspresi logik Persepsi fokal Analatikal Pemikiran mengenai masa Bahasa Linguistik/simbol Kecerdasan verbal Intelek Pengetahuan yang boleh dikira Pengiraan Matematik Pemikiran sedar Analisis logikal Kaedah dan peraturan Otak kanan Holistik Serentak Ekspresi gestalt Orientasi sedar Kreatif Pemikiran mengenai masa kini Metaforikal Rupa bentuk Inteligen praktikal Penggunaan deria Pengetahuan melalui pengalaman Mengenal pasti pola Pemikiran bawah sedar Reaksi emosional Intutif/kreatif

Otak kiri berkeupayaan melakukan aktiviti rasional dan logic serta menterjemahkan persepsi menjadi persembahan yang logikal dan fonetik mengenai reality dan seterusnya mengkomunikasikannya berasaskan analisis logikal. Aktiviti otak kiri lebih ketara dalam aktiviti membaca , menulis dan mengira. Semua aktiviti ini adalah pemikiran secara linear, menegak dan habitual. Otak kiri lebih cemerlang dalam tugas Otak kiri lebih cemerlang dalam tugas berkaitan bahasa, pertuturan dan logik. Hemisfera kanan (otak kanan) pula bersifat intutif yang melakukan imaginasi dan persepsi tehadap sesuatu secara holistic, apresiatif terhadap seni dan muzik, pemujaan, upacara keagamaan, mistik dan perasaan. Otak kanan berupaya membina konstruk daripada berbagai maklumat sehingga dapat membentuk idea dan konsep baru. Keupayaan ini

dipanggil holistik, lateral, intutif, metaforikal dan selanjutnya memahami saling hubungan yang kompleks, pola dan struktur. Otak kanan juga cemerlang dalam tugas mengenal pasti pola, muzik dan emosi. Ada kebenaran mengenai pendapat yang mengatakan bahawa kebanyakan sistem pendidikan mempunyai kecenderungan untuk mengembangkan keupayaan analatikal pada otak kiri lebih daripada potensi kreatif yang ada pada otak kanan. • • Secara umumnya otak kanan berfungsi mengendalikan sesuatu secara umum seperti emosi. Otak kiri lebih berfungsi untuk menganalisis seperti menyelesaikan masalah Matematik.

Pada amalannya keseluruhan yang terdapat pada minda kita adalah hasil aktiviti pemerosesan otak kiri dan kanan. • Aktiviti yang melibatkan bahasa dilaksanakan oleh otak kiri bagi mereka yang menggunakan tangan kanan (right-handed). Oleh itu mereka yang lumpuh otak kirinya akan mengalami masalah untuk bercakap. Walau bagaimanapun otak kanan yang membantu membentuk persepsi dan otak kiri yang ditugaskan melapor melalui bahasa, kadang kala otak kiri tersalah terjemah apa yang otak kanan fahami kerana maklumat yang diterima akan diterjemah mengikut bagaimana otak kiri memahami situasi berkenaan. Gabungan kekuatan otak kiri dan otak kanan akan menghasilkan pemikiran dan tindakan terbaik untuk menghadapi apa jua situasi.

Contoh soal selidik untuk membezakan penggunaan otak kiri atau otak kanan Soalan (a) Adakah anda kerap mempunyai gerak hati? (b) Adakah anda banyak menggerakkan tangan semasa bercakap? Ya Tidak

(c) Bolehkah anda memberitahu berapa lama masa yang telah berlalu tanpa menggunakan jam? (d) Bila anda mendapat gerak hati, adakah anda bertindak mengikut gerak hati berkenaan?

(e) Adakah anda memilih untuk belajar sesuatu yang baru dengan mengikut langkah yang anda fahami atau mengikut apa yang ditunjukcarakan? (f) Adakah algebra lebih mudah dari geometri?

(g) Adakah anda cekap mendapatkan intipati mengenai apa yang orang lain maksudkan apabila mereka bercakap dengan bahasa yang anda fahami? (h) Bila anda memerhatikan gambar pada sebuah buku, adakah anda baca tajuk sebelum mengkaji imej pada gambar?

(i) Adakah anda lebih mudah mengenali wajah daripada nama seseorang? (j) Adakah anda lebih suka menyempurnakan sesuatu tugas terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain?

Skor: Untuk soalan a, b, d, g dan i, tandakan ‘kanan’ bagi jawapan ‘ya’ dan ‘kiri’ bagi jawapan ‘tidak’. Bagi soalan c, e, f, h dan j, tandakan ‘kiri ‘pada jawapan ‘ya’ dan tandakan ‘kanan’ pada jawapan ‘tidak’. Sekarang kira jumlah tanda ‘kiri’ dan ‘kanan’ yang anda perolehi. Jika lebih banyak ‘kanan’ daripada ‘kiri’ bermakna anda lebih cenderung menggunakan otak kanan, dan sebaliknya. Kebanyakan daripada kita mempunyai kecenderungan campuran antara otak kiri dan kanan.

Ujian Personaliti dan Kesihatan Selepas membuat ujian berdekad lamanya, Hans Eysenck, seorang psikologis British telah mengelompokkan tiga dimensi personality melalui soal selidik, iaitu introvert/ekstovert, emosional/stabil dan tahan lasak/lembut hati. Dengan memahami personality masingmasing kita boleh mengenal pasti kecenderungan gaya dan tingkah laku yang mendatangkan impak negatif terhadap kesihatan kita dan berusaha mengubah suai bagi mengelakkan gangguan kesihatan. Soal selidik Personaliti Soal selidik Introvert/Ekstrovert Bil 1 Soalan Adakah anda gelisah bila melakukan aktiviti/kerja yang kurang tindakan? Adakah anda kerap mencari motif disebalik tindakan orang lain? Adakah anda suka bercakap dengan orang untuk mengelakkan anda hilang peluang bercakap dengan orang asing? Adakah anda di antara orang akhir member tepukan dalam Sesutu konsert atau majlis? Semasa mendapatkan maklumat urusniaga, adakah anda lebih suka menggunakan tulisan daripada berbincang melalui telefon? Adakah anda seronok memerlukan bacaan? dengan projek yang banyak Ya Tidak

2

3

4

5

6

7

Adakah anda berharap anda terlepas tugas dan mempunyai lebih banyak masa rehat? Adakah anda mendapati anda berada di depan rakan anda yang berhati-hati semasa melintas jalan? Adakah anda memerlukan banyak kawalan diri untuk mengelakkan masalah? Adakah anda kerap berhati-hati untuk membuat perisytiharan sepenuhnya kepada pihak kastam/polis atau sebagainya untuk tujuan memberi kerjasama.

8

9

10

Soal selidik Emosional/Stabil Bil 1 Soalan Adakah anda kerap mengalami kurang tidur bila merasa bimbang? Adakah anda terganggu oleh sesuatu yang kurang penting dalam fikiran anda? Pada umumnya adakah anda berpuas hati dengan kehidupan anda? Adakah anda menganggap masa depan anda cerah? Adakah anda cukup yakin dengan keputusan anda? Adakah anda kerap merasa takut dengan sesuatu atau seseorang yang anda tahu tidak akan mencederakan anda? Adakah anda kerap merasa malu dengan apa yang telah anda lakukan? Adakah anda senyum dan ketawa seperti orang lain? Adakah anda merasa sangat kecewa jika orang lain mengkritik anda? Adakah anda berpendapat berjumpa doktor kerana penyakit remeh seperti selesema, suatu yang membuang masa? Ya Tidak

2

3

4 5 6

7

8 9

10

Soal selidik Keras hati/lembut hati Bil 1 Soalan Adakah anda menetapkan aspirasi pada peringkat rendah untuk mengelakkan daripada kecewa? Jika seseorang melakukan sesuatu yang buruk kepada anda, adakah anda akan melakukan Sesutu kembali kepadanya? Adakah anda merasa marah bila seseorang ahli politik tertentu mengatakan sesuatu dalam akhbar? Adakah anda kerap menyoal moral dan tingkah laku sendiri? Adakah anda meminati lakonan ganas dan seksaan dalam filem? Adakah anda melakukan sesuatu kerja yang agak merbahaya untuk mendapatkan keseronokan? Adakah anda hilang minat kerana jenaka yang agak kasar dan tidak beradab? Adakah anda merasa marah sek,iranya seseorang itu tidak mengakui kesalahannya? Adakah anda bersungguh-sungguh ingin membantu sesorang yang mengalami masalah emosi? Adakah anda merasa sukar untuk mengelak daripada memegang binatang kecil dan berbulu? Ya Tidak

2

3

4 5

6

7

8

9

10

Skor: Soal selidik Introvert/Ekstrovert dan hubungan dengan kesihatan Satu mata bila anda menjawab ‘ya’ bagi soalan 1, 3, 4, 8 dan 9; manakala satu mata juga bagi jawapan ‘tidak’ bagi soalan 2, 5, 6, 7 dan 10. Skor 8-10 bermakna personality anda adalah ‘outgoing’, bersosial, aktif dan impulsif atau ekstrovert. Jika skor 3-7 anda adalah introvert. Jika skor 1-2, anda adalah menyepi, mengawal diri, priharin dan bertanggungjawab atau introvert klasik. Personaliti ekstrovert biasanya mempunyai ciri berikut: • • • • • • • Suka aktiviti, Bersosial Berani mengambil risiko Mengikut gerak hati Penuh perasaan Kurang refleksi dan; Kurang bertanggungjawab

Mereka yang ekstrovert perlukan gaya hidup yang lebih seimbang dan sederhana. Mereka perlukan cukup tidur dan makanan sihat. Mereka berkemungkinan minum alcohol dan menghadiri jamuan berlebihan. Personaliti introvert sebaliknya mempunyai cirri yang bertentangan dengan ekstrovert. • • • • Mereka lebih berhati-hati dan reflektif Boleh dipercayai Tabah dan; Berusaha sendirian

Mereka pada umumnya merasa malu dan kurang bersosial. Mereka perlukan khidmat kaunseling untuk mengurangkan rasa malu yang berlebihan. Mereka yang tinggal bersendirian perlu mengambil berat mengenai keperluan fizikal dan emosional terutamanya dengan mengekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan.

Soal selidik Emosional/Stabil dan kaitannya dengan kesihatan Satu mata bila anda menjawab ‘ya’ bagi soalan 1, 2, 6, 7 dan 9; manakala satu mata bagi jawapan ‘tidak’ bagi soalan 3, 4, 5, 8 dan 10. Skor antara 8-10 bermakna anda sangat emosional, merasa bimbang dan menakutkan. Skor 3-7 menunjukkan anda sederhana emosional, lebih seimbang tetapi masih resah. Skor 1-2 bermakna anda sekali sekala stabil, berkeyakinan, merasa selamat dan tidak mudah terganggu. Emosi yang stabil disenangi orang lain. Mereka yang emosional biasanya lebih mudah tertarik kepada sesuatu, kreatif, artistik dan lebih bersimpati kepada orang lain berbanding mereka yang stabil. Mereka yang tidak stabil emosinya mempunyai harga diri yang rendah, tertekan, bimbang, kurang autonomi, hypochondria dan terasa bersalah. Mereka yang terlalu emosional kerap kali mengalami tekanan atau fobia. Terapi kognitif tingkah laku boleh membantu kesihatan fizikal dan mental mereka. Meningkatkan harga diri melalui teknik pemikiran positif dan belajar mengatasi kebimbangan boleh menjadikan hidup mereka lebih sihat dan gembira. Mereka yang emosinya stabil tidak bertindak berlebihan terhadap sesuatu dan lebih dipercayai orang lain. Mereka perlu sedar bahawa tidak semua orang tenang dan seimbang emosinya.

Soal selidik Keras hati/Lembut hati Satu mata bil;a anda menjawab ‘ya’ bagi soalan 2, 3, 5, 6 dan 8; manakala satu mata bagi jawapan ‘tidak’ bagi soalan 1, 4, 7, 9 dan 10. Skor 8-10 bermakna anda mempunyai cirri keras hati seperti tegas, agresif, bercita-cita tinggi dan meminati sensasi. Skor 3-7 menunjukkan keras hati anda adalah sederhana. Skor 1-2 bermakna anda mempunyai cirri sangat lembut hati seperti pemurah, prihatin dan memahami orang lain. Sifat kersa hati yang berlebihan menunjukkan anda perlu khidmat kaunseling untuk mengawal marah dan mengurangkan tingkah laku yang berisiko. Pada puratanya lelaki biasanya lebih keras hati berbanding perempuan. Mereka yang lembut hati biasanya disenangi oleh rakan mereka yang kadang-kadang mengambil kesempatan kerana sifat ini. Mereka yang lembut hati biasanya lebih cenderung mengalami depresi bila sesuatu tidak kena atau jangkaanya meleset. Mereka ini perlu meningkatkan keprihatinan terhadap diri mereka lebih daripada orang lain.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->