You are on page 1of 19

Badan perundangan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Dewan Pertuanan di Istana Westminster merupakan salah satu daripada dua dewan di United
Kingdom

Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk
menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Ia dikenali dengan banyak nama, dengan
yang paling umum merupakan parlimen dan kongres, walaupun istilah-istilah itu juga membawa
pengertian yang lebih khusus. Dalam sistem berparlimen, badan perundangan ialah badan yang
tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif. Sebaliknya, dalam sistem berpresiden, badan
perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang kuasanya sama sahaja dengan cabang
eksekutif. Selain daripada menggubal undang-undang, badan perundangan biasanya mempunyai
kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang
wang yang lain. Kebenaran dewan perundangan juga biasanya diperlukan sebelum mengikat
perjanjian perdamaian atau mengisytiharkan perang.

Komponen utama badan perundangan merupakan satu atau lebih dewan yang mendebatkan dan
menerima rang undang-undang melalui undi. Badan perundangan yang memiliki hanya satu
dewan dikenali sebagai ekadewan. Badan perundangan dwidewan terdiri daripada dua dewan
yang berasingan, biasanya diperihalkan sebagai Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat. Tugas,
kuasa, dan kaedah yang digunakan untuk memilih anggota adalah tidak sama untuk kedua-dua
dewan tersebut. Badan perundangan tridewan jarang ditemui, dengan yang paling terkini wujud
semasa tahun-tahun kuasa berkurang pemerintahan minoriti orang kulit putih di Afrika Selatan.

Dalam kebanyakan sistem berparlimen, Dewan Rakyat ialah dewan yang lebih berkuasa,
manakala Dewan Pertuanan hanya merupakan dewan penasihat atau kajian semula.
Bagaimanapun, dalam sistem berpresiden, kuasa kedua-dua dewan seringnya adalah serupa atau
sama. Dalam persekutuan, Dewan Pertuanan biasanya mewakili negeri-negeri komponen,
dengan keadaan yang sama diamalkan oleh dewan perundangan supranasional di Kesatuan
Eropah. Bagi tujuan ini, anggota Dewan Pertuanan:

 terdiri daripada wakil kerajaan negeri, sebagaimana dengan Kesatuan Eropah dan Jerman
serta juga Amerika Syarikat sebelum tahun 1913; atau
 dipilih menepati formula yang memberikan perwakilan yang sama kepada negeri-negeri
yang kecil jumlah penduduknya, sebagaimana dengan Australia dan Amerika Syarikat
moden.

Dewan Rakyat Malaysia


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Dewan Rakyat)


Lompat ke: pandu arah, gelintar

Dewan Rakyat

Jenis Dewan Rendah

Yang di-Pertua Tan Sri Pandikar Amin Mulia, BN


Dewan Rakyat sejak 29 April 2008

Anggota 222
Parti politik Barisan Nasional (140)
Pakatan Rakyat (81)
Bebas (1)

Pilihanraya terakhir 8 Mac 2008

Tempat Persidangan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur

Laman web http://www.parlimen.gov.my

Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:


Politik dan kerajaan
Malaysia

Kerajaan[papar]
Eksekutif[papar]
Perundangan[papar]
Badan Kehakiman[papar]
Pilihan raya[papar]
Hubungan luar[papar]
Bahagian-bahagian[papar]

Negara-negara lain · Atlas


 Portal Politik
papar • bincang • sunting

Dewan Rakyat ialah dewan rendah bagi Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang
perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen - Dewan Rakyat dan Dewan Negara -
sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.[1] Ahli-ahli
Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana
Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

Tugas

Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: "Kuasa
perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada
Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan
Dewan Rakyat."[2] Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai
hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan
dari tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya.[3]

[sunting] Pembubaran

Dewan Rakyat bersidang selama maksimum lima tahun dan kemudian terbubar sendiri
melainkan jika dibubarkan lebih awal dari itu.[4] Kuasa pembubaran ini terletak di bawah budi
bicara Yang di-Pertuan Agong.[5] Baginda boleh membubarkan parlimen walaupun sesi
perkhidmatannya masih lagi awal ataupun jika Perdana Menteri tidak lagi memiliki keyakinan
dan kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan kerana tewas samada melalui undi percaya atau
meluluskan belanjawan. Namun begitu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh melantik seorang ahli
parlimen lain yang menurut budi bicaranya boleh memiliki keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli
dewan lain.[6][7]

Perdana Menteri, yang lazimnya mengetuai parti politik atau kumpulan parlimen yang memiliki
jumlah kerusi terbanyak bertanggungjawab mengetuai badan eksekutif yang mentadbir negara
ini. Beliau turut berhak melantik ahli daripada kedua-dua dewan di parlimen untuk
menganggotai Jemaah Menteri.[8] Badan eksekutif ini berperanan membawa atau mencadangkan
satu-satu undang-undang untuk dibahas, dikaji dan diluluskan oleh parlimen.

[sunting] Hak istimewa

Ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan dan keistimewaan untuk memperkatakan sesuatu perkara
tanpa rasa gusar atau dikecam di luar dewan;[9] satu-satunya badan yang boleh mengecam
seseorang ahli parlimen ialah Jawatankuasa Parlimen bagi Hak dan Kebebasan. Kekebalan
parlimen ini berkuatkuasa serta-merta setelah seseorang itu mengangkat sumpah menjadi ahli
parlimen dan hanya boleh digunapakai ketika ahli tersebut dibenarkan bersuara. Kekebalan ini
tidak boleh dipakai ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat di luar dewan. Satu pindaan telah
dibuat di bawah Perkara 63 Perlembagaan berikutan Peristiwa 13 Mei dengan penambahan
Perenggan 4 yang menidakkan Fasal 2 Perlembagaan yang secara amnya memberikan hak-hak
kebebasan asasi. Perenggan 4 itu menerangkan bahawa sesiapapun termasuk ahli Parlimen yang
berucap di Dewan Rakyat boleh didakwa jika melakukan kesalahan di bawah Fasal 4 Perkara 10
atau di bawah Akta Hasutan 1948.[10] Selain itu ahli-ahli Parlimen juga kehilangan hak-hak
istimewanya jika menganjurkan penghapusan kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau mana-
mana Raja di negeri-negeri.[11]
[sunting] Proses menggubal undang-undang

Sesebuah undang-undang yang ingin dicadangkan mestilah disediakan rangkanya terlebih dahulu
- kebiasaannya oleh Jemaah Menteri atau sesebuah kementerian dengan dibantu oleh Jabatan
Peguam Negara. Rangka tersebut yang dikenali sebaga rang undang-undang kemudiannya dikaji
dan dibincang bersama-sama oleh Jemaah Menteri. Jika diputuskan untuk dicadangkan ke
parlimen, rang itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada semua ahli-ahli dewan rakyat.

Rang ini akan melalui tiga bacaan dalam persidangan Dewan Rakyat.

1. Bacaan pertama adalah untuk memperkenalkan rang undang-undang tersebut.


2. Bacaan kedua untuk dibincang dan dibahas oleh ahli-ahli yang berhormat.
3. Bacaan ketiga akan dicadangkan oleh menteri atau timbalannya untuk dibuat satu undian ke
atas rang undang-undang ini.

Kebanyakan undang-undang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah untuk diluluskan.


Namun, dalam beberapa keadaan, majorit dua pertiga adalah diperlukan, seperti dalam hal-hal
berkaitan meminda perlembagaan. Setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat rang undang-undang
itu kemudiannya dihantar ke Dewan Negara dan tiga bacaan yang diterangkan sebelum ini akan
dilakukan sekali lagi. Dewan Negara boleh bertindak untuk tidak meluluskan satu-satu rang
undang-undang. Walaubagaimanapun, langkah ini hanya melambat-lambatkan kelulusan dibuat
selalunya selama sebulan dan kadang-kadang setahun. Setelah tempoh ini tamat, rang undang-
undang in dianggap telah diluluskan oleh Dewan Negara.

Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur yang menempatkan Dewan Rakyat.

Jika diluluskan, rang undang-undang itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong
untuk dipertimbangkan dalam tempoh 30 hari. Jika baginda tidak bersetuju, rang undang-undang
itu akan dikembalikan ke parlimen bersama-sama dengan beberapa cadangan pindaan. Parlimen
kemudiannya harus mengkaji semula rang undang-undang tersebut dan pindaanya dan
mengembalikannya semula kepada Yang di-Pertuan Agong jika rang undang-undang itu
diluluskan semula. Yang di-Pertuan Agong mempunyai 30 hari lagi untuk memberikan perkenan
diraja. Setelah tempoh itu, rang undang-undang tersebut dianggap telah diluluskan sebagai
undang-undang yang boleh berkuatkuasa. Undang-undang ini hanya akan berkuatkuasa setelah
dimasyhurkan di dalam Warta Kerajaan.[12]

Kerajaan sering memelihara kerahsiaan sesebuah rang undang-undang yang akan dibahaskan.
Ahli-ahli parlimen sering menerima salinan rang undang-undang beberapa hari sebelum
dibahaskan dan akhbar-akhbar tempatan jarang menerima salinan tersebut. Dalam sesetengah
kes, ahli-ahli dewan pernah diberikan salinan pada hari yang sama sesebuah rang undang-undang
itu dibentang di parlimen. Contoh terbaik adalah sewaktu Pindaan Perlembagaan 1968 yang
dilakukan tiga bacaan pada hari yang sama. Dalam kes yang agak jarang berlaku, kerajaan
pernah mengeluarkan satu Kertas Putih yang mengandungi cadangan-cadangan kerajaan yang
akhirnya diluluskan sebagai undang-undang. Kes ini merujuk kepada penggubalan Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1971.

[sunting] Rang Undang-undang Persendirian

Proses sebelum ini hanya menerangkan langkah-langkah sesebuah undang-undang itu dibawa
oleh pihak kerajaan. Namun begitu, wujud satu lagi proses yang dipanggil Rang Undang-undang
Persendirian yang memberi peluang kepada ahli-ahli dewan mencadangkan undang-undang baru
untuk dibahas di parlimen. Walaupunbegitu, sebagaimana yang sering menjadi amalan di dalam
sistem parlimen ala Westminster, hanya sedikit bilangan ahli parlimen yang pernah
memperkenalkan rang undang-undang. Proses ini dimulakan dengan ahli yang terbabit memohon
dewan untuk berhenti daripada meneruskan persidangan bagi membahaskan rang undang-undang
yang ingin dibawanya sebelum diputuskan dalam undian. Senator dari Dewan Negara juga
dibenarkan untuk mencadangkan rang undang-undang di parlimen. Tetapi hanya wakil kerajaan
sahaja dibenarkan mencadangkan rang undang-undang berkaitan hal-ehwal kewangan dan ini
perlu dilakukan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.[13]

Seringkali sesebuah rang undang-undang yang dicadangkan oleh wakil pembangkang, yang
harus menggunakan Rang undang-undang Persendirian, sering dipandang remeh oleh parlimen.
Sesetengahnya sampai pernah mendakwa bahawa hak-hak ahli parlimen untuk mencadangkan
rang undang-undang telah dihalang melalui pindaan terhadap Aturan Urusan Mesyuarat yang
membenarkan Yang di-Pertua dewan meminda cetakan ucapan ahli parlimen sebelum ianya
dapat diucapkan.

[sunting] Keahlian

Setiap ahli Dewan Rakyat dipilih untuk mewakili satu kawasan parlimen melalui pilihanraya
pelbagai parti. Kawasan ini ditentukan melalui pensempadanan kawasan pilihanraya yang
dijalankan setiap lapan tahun sekali setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.[14]
Pensempadanan semula kawasan parlimen ini hanya boleh diluluskan di Dewan Rakyat dengan
mendapat sokongan daripada sekurang-kurang dua pertiga ahli-ahli dewan.

Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:

 warga negara Malaysia[15]


 tidak kurang dari 21 tahun[16]
 waras fikiran[17]
 bukan seorang muflis[18]
 tidak memegang jawatan berpendapatan[19]
 telah menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya sebelum ini, jika pernah
bertanding[20]
 tidak mempunyai rekod jenayah[21]

Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam
satu masa.[22]

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah
di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[23] Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji
bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang
mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan
Perlembagaan.[24]

[sunting] Yang di-Pertua

Rencana utama: Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang
Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen
tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat yang
lain.[25] Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang
di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha
sebaik mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-12 ketika ini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia
dari Barisan Nasional. Beliau, yang merupakan Speaker Dewan Rakyat yang ke-8 dan tidak
mempunyai kerusi di parlimen adalah penjawat pertama dari negeri Sabah. Timbalan-
timbalannya ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong-BN)
dan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee (Beluran-BN).

[sunting] Pilihan raya


Rencana utama: Pilihan Raya Umum Malaysia

Ahli-ahli Dewan Rakyat berkhidmat selama maksimum lima tahun bagi satu-satu sesi parlimen.
Selepas itu pilihanraya mesti diadakan bagi memilih ahli-ahli baru. Pembubaran parlimen hanya
boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana
Menteri.

Pengundi-pengundi akan memilih seorang wakil rakyat daripada setiap 222 bahagian pilihan
raya.[26][27] Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang keahliannya
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.[28]
Pemenang pilihanraya selalunya ditentukan menggunakan prinsip majoriti tertinggi - calon yang
mendapat undi terbanyak berbanding calon-calon lain - yang turut diamalkan di dalam sistem
berparlimen ala Westminster.[29]

Pilihanraya umum terakhir yang telah diadakan di Malaysia ialah pada 8 Mac 2008.

[sunting] Pembentukan kerajaan

Jemaah Menteri Malaysia bagi tahun 2006.

Parti politik atau gabungan parti-parti politik yang memenangi kerusi terbanyak di Dewan
Rakyat berhak untuk membentuk kerajaan yang baru. Kerajaan akan diketuai oleh seorang ahli
parlimen yang memiliki sokongan majoriti dewan dan beliau dipanggil Perdana Menteri. Namun
begitu, Perdana Menteri Malaysia tidak dilantik oleh ahli-ahli parlimen. Jawatan ini hanya boleh
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan mengikut budi bicara baginda unuk memilih
seorang ahli Dewan Rakyat yang dirasakan mendapat sokongan terbanyak ahli-ahli di Dewan
Rakyat. Perdana Menteri Malaysia ketika ini ialah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah
bin Haji Ahmad Badawi (Kepala Batas-BN).

Lihat juga: Perdana Menteri Malaysia untuk senarai Perdana Menteri Malaysia.

Menngikut tradisi berparlimen Westminster, seorang ahli Dewan Rakyat yang memiliki
sokongan terbanyak golongan minoriti di parlimen akan memain peranan sebagai Ketua
Pembangkang. Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia Ke-12 ialah Yang Berhormat Datuk
Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh-PKR). Beliau telah memenangi kerusi parlimen Permatang
Pauh pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Beliau
menggantikan Ketua Pembangkang terdahulu, Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh Datuk Seri
Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 31 Julai
2008. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan wanita pertama di Malaysia yang diberi
penghormatan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang.[30]

[sunting] Pilihan raya kecil


Peta kawasan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri N11 Ijok. Pilihan raya kecil Ijok yang diadakan
pada tahun 2007 menyaksikan pertandingan hebat di antara calon parti kerajaan dan pembangkang.

Mengikut Undang-undang Pilihanraya, jika seseorang Ahli Parlimen terpaksa mengosongkan


kerusinya dengan apa jua sebab sekalipun sewaktu Dewan Rakyat berada di awal sesi
perkhidmatannya dan tidak kurang daripada dua tahun sebelum dewan terbubar, satu pilihan raya
kecil perlu diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut. Jika kekosongan itu berlaku kurang
dari dua tahun sebelum dewan terbubar pula, pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika Yang
di-Pertua Dewan Rakyat telah memastikan bahawa sokongan majoriti terhadap parti kerajaan
telah terjejas.[31] Proses dan penganjuran satu pilihan raya kecil adalah sama seperti pilihan raya
umum dijalankan. Kebanyakan pilihan raya kecil adalah kurang penting kerana kerajaan
seringkali memiliki majoriti stabil di Dewan Rakyat. Namun begitu, pilihan raya kecil boleh
dijadikan kayu pengukur terhadap prestasi semasa kerajaan.

Dewan Negara
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Ahli Dewan Negara bersidang di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan
rakyat yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan
dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat. Seramai 69 ahli Dewan Negara
atau senator dimana hanya 26 daripada 69 tidak dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2
senator setiap negeri di Persekutuan and 43 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa
naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang
dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

Keahlian

Individu yang dilantik mesti berjaya mencapai kepujian dalam kerjaya, perniagaan, industri,
pertanian, aktiviti kebudayaan atau khidmat sosial atau wakil dalam kaum-kaum minoriti atau
berkebolehan dalam mewakili kepentingan pribumi (Orang Asli)". [1]

Setiap daripada perhimpunan legislatif 13 negeri memilih 2 Senator. Tempoh jawatan adalah 3
tahun dan senator-senator hanya boleh dipilih sekali sahaja, berturut-turut atau pun tidak. Yang
Di-Pertuan Agong melantik dua senator bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dansatu lagi
pada Wilayah Persekutuan Labuan di bawah nasihat Perdana Menteri. 40 Senator yang lain,
tidak merujuk kepada negeri, dilantik oleh Sultan, juga atas nasihat Perdana Menteri. [2]

Untuk kelayakan, calon mestilah seorang warganegara Malaysia yang tinggal di Persekutuan,
mesti tidak muflis menurut perintah kepada sebarang negeri luar, mesti tidak menerima hukuman
penjara selama setahun atau lebih, dan mesti tidak disaman RM2,000 atau lebih. Pemegang dari
posisi pembuat-faedah masa penuh dalam khidmat awam juga tidak layak. Terdapat tiada
keperluan untuk tergolong kepada parti politik. Parlimen dibenarkan untuk menambah bilangan
Senator kepada tiga per negeri, mengurangi bilangan, atau menghapuskan jawatan Senator untuk
khusus negeri keseluruhan. Proses perlantikan telah ditetapkan dalam Artikel 45 dari
Perlembagaan. [2]

Ahli Senat tidak merasa sebarang kesan pilihanraya sepertimana rumah lebih rendah iaitu Dewan
Rakyat, dan mereka akan terus memegang jawatan meskipun pembubaran Dewan Rakyat untuk
suatu pilihanraya. [1]

Senat mengundi satu Presiden untuk mempengerusikan atas kedudukan Senat, memastikan
pemerhatian dari peraturan rumah, dan mentafsir Arahan Berdiri dari rumah patut mereka
dipertikaikan. [3] Patut Presiden tidak hadir, Timbalannya mengambilalih tempatnya. [4]

[sunting] Kekuasaan Dan Prosedur

Senat mungkin memulakan legislasi, kecuali bagi perkara-perkara fiskal dan kewangan. Ia
mungkin juga meminda legislasi, yang mana tidak berkaitan dengan hal ehwal kewangan. Apa-
apa cadangan legislasi mesti diluluskan oleh Dewan Rakyat. Kemudian, ia dihadapkan ke Dewan
Negara dalam tiga bacaan. Pada permulaannya, pencadang legislasi akan menghadapkannya ke
perhimpunan. Kali keduanya, rang undang-undang atau bill akan didebatkan. Kali ketiga, satu
undian akan dibuat sama untuk meluluskan atau menolak rang undang-undang berkenaan.
Dewan Negara mungkin tidak akan menolak rang undang-undang secara rasmi; ia hanya
dibenarkan untuk melewatkan petikan mereka selama satu bulan, atau hingga ke satu tahun di
bawah keadaan tertentu. Selepas rang undang0undang itu diluluskan atau tempoh keperluam itu
tamat, ia akan dihadapkan ke Yang diPertuan Agong bagi persetujuan diraja. Sekiranya Raja
bersetuju dengn tidak membantah atau 30 hari tanpa persetujuan diraja, rang undang0undang tadi
dihantarkan kembali ke Parliament dengan satu senarai pemindaan yang dicadangkan. Rang
undang-undang itu mesti diluluskan oleh kedua-dua dewan Parlimen. Sekiranya Agong masih
lagi tidak memberikan persetujua baginda 30 hari selepas rang undang-undang itu dihadapkan
kepada baginda, rang undang-undang itu tadi akan menjadi undang-undang secara automatik. Ia
tidak memberikan kesan, walau bagaimanapun , sehingga ia diterbitkan dalam gazet kerajaan. [5]

Walaupun ahli-ahli Parliamen biasanya mempunyai kekebalan undang-undang, akan tetapi


apabila bercakap mengenai kebebasan bersuara, di bawah Akta Hasutan perbincangan mengenai
artikel Perlembagaan mengenai hak-hak keistimewaan Bumiputera seperti Artikel 153 adalah
menyalahi undang-undang. [6]

Badan Perundangan
(Legislatif)
 
A. A. PERINGKAT PERSEKUTUAN
 
     

Y.D.P. Agung

 
 

D. RAKYAT

 
 

D. NEGARA
2 Majlis
 

B. B.
 
         PERINGKAT NEGERI
 

DYMM. Raja/Y.D.P. Negeri


 

Dewan Negeri
 
 

Badan Perundangan
(Legislatif)
 

Bagi Persekutuan
(Perkara 44- 68 Perlembagaan Persekutuan)
 

Kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen, yang


mengandungi :
 
Yang di-Pertuan Agong
Dua Majlis Dewan Negara
Dewan Rakyat
 
Dewan Negara
Keahlian 40 orang dilantik Yang di-Pertuan Agong
2 bagi setiap Negeri yang dipilih oleh Negeri

2 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

dan seorang bagi Wilayah Persekutuan Labuan

dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong


 

Tempoh Setiap tempoh maksima 3 tahun, dan maksima boleh


Untuk 2 tempoh sahaja
 

Dewan Rakyat
Keahlian 193 orang :
20 dari Johor

15 dari Kedah

14 dari Kelantan

5 dari Melaka

7 dari Negeri Sembilan

11 dari Pahang

11 dari Pulau Pinang

23 dari Perak

3 dari Perlis

20 dari Sabah

28 dari Sarawak
17 dari Selangor

8 dari Terengganu

11 dari Wilayah Persekutuan

(10 dari Kuala Lumpur & 1 dari Labuan)

Kelayakan & Hilang Kelayakan


(Perkara 47 & 48 Perlembagaan)
 

Umur : 30 tahun ke atas (untuk Dewan Negara)


21 tahun ke atas (untuk Dewan Rakyat)
 
 
Hilang Kelayakan :
Tidak sempurna akal
Bangkrap
Memegang jawatan berpendapatan
(dalam perkhidmatan awam)
Tidak hantar penyata belanja pilihanraya
(setelah dia dinamakan untuk pilihanraya)
Disabitkan kesalahan jenayah & dihukum penjara
Tidak kurang 1 tahun atau didenda tidak kurang
RM2,000.00
Dengan sengaja menperolehi/guna hak
kewarganegaraan asing
 
Tidak boleh menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serentak
 

Acara Perundangan
(Perkara 66 - 68 Perlembagaan)

 
Undang-undang dibuat dengan pembentangan Rang Undang-Undang dalam
mana-mana Dewan (tetapi biasanya di Dewan Rakyat dahulu). Jika lulus,
diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tandatangan (tetapi tetap
menjadi undang-undang jika selepas 30 hari Rang Undang-Undang diluluskan oleh
kedua-dua Dewan).

Perundangan : Badan-badan Perundangan Persekutuan dan Negeri

1. Perundangan

Jenis undang- Keterangan


undang
1.      Akta     Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen
mulai 11 September 1959 hingga masa sekarang
2.      Ordinan     Undang-undang yang diluluskan oleh Badan
Perundangan Persekutuan antara 1 Februari 1948
hingga 1959
3.      Enakmen     Undang-undang yang dibuat oleh Dewan
Undangan Negeri (kecuali bagi Sabah dan
Sarawak)
4.          Peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang
Perundangan dibuat oleh seseorang Menteri atau badan di
subsidiari bawah kuasa yang diwakilkan atau diberikan oleh
Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan
Negeri

2. Parlimen 

        Merupakan badan perundangan Persekutuan yang mempunyai tiga komponen iaitu :
 

        Fungsi utama Parlimen ialah membuat undang-undang bagi seluruh Persekutuan 

a)     Yang Di-Pertuan Agong 

        Parlimen akan bersidang apabila dibuka secara rasmi oleh Yang Di Pertuan Agong

        Yang Di Pertuan Agong boleh menamatkan persidangan Parlimen atau membubarkan
Parlimen

        Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu
mendapat persetujuan Yang Dipertuan Agong sebelum dijadikan undang-undang 

a) Dewan Negara c) Dewan Rakyat

Perbezaan Dewan Negara dan Dewan Rakyat


Dewan Negara Dewan Rakyat

1. Keahlian 1. Keahlian

  69 orang ahli   193 orang ahli


(berubah apabila tambahan kerusi
dalam pilihanraya dibuat)

  26 – dipilih oleh Dewan Undangan   134 – dipilih oleh rakyat di negeri-


Negeri tiga belas buah negeri negeri Semenanjung

  2 orang ahli bagi Wilayah   10 orang di Wilayah Persekutuan


Persekutuan Kuala Lumpur dan 1 Kuala Lumpur dan 1 orang di
orang ahli Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan

  40 orang ahli lagi dilantik oleh Yang   20 orang di Sabah


Di Pertuan Agong

      28 orang di Sarawak
2. Perlantikan 2. Perlantikan

  Dilantik   Melalui proses pilihanraya

3. Gelaran 3. Gelaran

 Senator   Ahli parlimen / ahli Dewan Rakyat

4. Umur 4. Umur

  30 tahun ke atas   21 tahun ke atas

5. Tempoh jawatan 5. Tempoh jawatan

  3 tahun   5 tahun

6. Peranan Utama 6. Peranan Utama

  Membahaskan sesuatu Rang   Membuat undang-undang dengan


Undang-undang yang diluluskan oleh cara membincangkan dan
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang

3. Mesyuarat Parlimen

  Bersidang apabila dibuka oleh Yang Di Pertuan Agong

  Tidak boleh dibiarkan jarak enam bulan antara mesyuarat akhir bagi satu
persidangan penggal lalu dengan mesyuarat pertama bagi persidangan yang akan
datang
  Apabila parlimen dibubarkan, suatu pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh 60
hari dari tarikh pembubarannya
  Parlimen hendaklah dipanggil bersidang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh
pembubaran itu
  2 mesyuarat Parlimen yang sangat penting ialah :

  i. Membahaskan Titah Ucapan Diraja


      titah ucapan dibuat semasa mesyuarat pertama parlimen
     meliputi dasar-dasar kerajaan yang akan dilaksanakan dalam tahun
berkenan
      semua ahli parlimen boleh membahaskan isi atau kandungan ucapan
tersebut
  ii
. Mesyuarat Belanjawan
      Mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk berakhir
      Biasanya diadakan pada bulan Oktober
      Menteri Kewangan akan membuat ucapan belanjawan yang merangkumi
anggaran hasil dan perbelanjaan bagi tahun hadapan / tahun baru
4. Keistimewaan Parlimen

  Parlimen mempunyai beberapa keistimewaan tertentu yang adalah perlu bagi


menjamin kebebasan bercakap dan berbahas
  Keistimewaan-keistimewaan Parlimen ialah :

  i. Kesahan apa-apa prosiding dalam mana-mana Majlis Parlimen atau


jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah
  ii. Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah mengenai apa-apa jua yang
dikatakannya semasa mengambil bahagian dalam prosiding mana-mana
Majlis Parlimen atau jawatankuasa. Namun demikian, ahli-ahli Parlimen tidak
boleh mempersoalkan kewujudan perkara-perkara sensitif seperti hak
istimewa orang Melayu, kerakyatan, bahasa kebangsaan, dan kedaulatan raja-
raja Melayu, serta
  iii. Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah mengenai apa-apa jua yang
disiarkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana Majlis Parlimen.

Rujukan

1. [ CITATION dew10 \l 1033 ]http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Negara


2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Rakyat
3. http://www.angelfire.com/moon/pengajian_am/nota_6atas.htm
4. http://www.hbp.usm.my/aziz/Badan%20Pemerintah.htm[ CITATION bad10 \l 1033 ]

You might also like