You are on page 1of 15

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR: SATU ULASAN DALAM

PENDIDIKAN SEMASA
Sabar Afifuddin Bin Ahmad Sobri, Mohd Taufek Bin Mohd Noh, Fatimah Zahra Binti
A.Jamil, Zuazlina Binti Mohd Sadri
FAKULTI PENDIDIKAN , UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK

Kertas ini mengulas tentang kaedah, teknik atau pendekatan yang berkaitan dengan
pembelajaran berpusatkan pelajar juga menyentuhlatar persoalan kajian. Setiap kaedah
atau teknik yang diwujudkan, lahir daripada kajian terhadap masalah atau isu yang
berkaitan dengan penagajaran dan pembelajaran. Data menunjukkan pencapaian
pelajar berbeza apabila kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah lebih
berpusatkan pelajar, sebagai mana dapatan kajia oleh Affandi bin Ag. Ghani dalam tesis
yang bertajuk “Persepsi pelajar terhadap penggunaan buku teks jawi Pendidikan Islam
dalam pembelajaran: Satu kajian ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati Guru yang
menggunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbulnya
rasa bosan di kalangan pelajar terutamanya bagi pelajar yang cergas.. Selain itu,
kaedah yang dinyatakan dalam ulasan ini disertakan dengan definisi dan ciri-ciri
penting kaedah pembelajaran yang berkesan.

1.0 Pengenalan
 
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang
berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau
berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya
menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber
pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar
adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju
proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru

1
kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur
dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan
pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.

Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah, iaitu
teknik dan pendekatan.  Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara
mendekati sesuatu mata pelajaran.  Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar
berdasarkan objektifnya.  Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula
ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam
jangka masa pendek.  Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992).  Manakala teknik
pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan  kaedah mengajar dalam
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik
itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.  Kalau guru mengajar bahasa dengan
menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. 
Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan
mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah


peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan
Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan

2
untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham
kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.  Melihat
kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon
Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan
Mahfudh Salahuddin (1987),  nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada
nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel
dan sebagainya.

            Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran
yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula
mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah
tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai
obektif pengajaran.   Demikian juga dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan
bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja
cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada
pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia tidak
mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long
(1981) dan lain-lain.

2.0 Latar Belakang Masalah

Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan merupakan salah satu
punca matapelajaran pembelajaran tidak diminati. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses
pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru-pelajar. Sekiranya guru
hanya menitikberatkan menghabiskan silibus berbanding aspek penghayatan dan
penerapan nilai agama boleh menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus. Kesannya
pelajar hilang minat (Atan Long, 1982)

Antara dilema yang dihadapi oleh pelajar masa kini ialah hilangnya konsep ta’dib
dalam pendidikan. Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapai

3
kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadap
mendidik, mengajar adab serta membentuk akhlak. Berbalik, masalah yang utama iaitu
kebanyakan penerapan dan penggunaan kaedah, strategi dan teknik mengajar oleh guru-
guru tidak dapat menarik minat pelajar

Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu
mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan
kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Ianya berpunca daripa kurangnya penerapan
pembelajaran berpusatkan pelajar, tetapi lebih kepada berpusatkan guru. Kaedah
tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan kaedah penerangan
terutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta akan membuatkan pelajar bosan dan
kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan).


Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar
membuat nota dan hafal. Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar
digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran. Pelajar lebih banyak
bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar Pengajaran kadang
kala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar
dibuat. Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan
kerja rumah/ latihan secara individu. Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku
teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik

Masalah ini dibuktikan melalui satu kajian yang telah dilakukan oleh Affandi bin
Ag. Ghani dalam tesis yang bertajuk “Persepsi pelajar terhadap penggunaan buku teks
jawi Pendidikan Islam dalam pembelajaran: Satu kajian ke atas pelajar tingkatan 4,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai, Johor Bahru”. Petikan di dalam tesis beliau
menyebut “Semasa proses pengajaran dalam kelas, guru lebih suka menggunakan buku
teks sebagai bahan pengajaran yang utama. Guru yang menggunakan buku teks
sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbulnya rasa bosan di kalangan
pelajar terutamanya bagi pelajar yang cergas. Oleh itu, guru mestilah merancang kaedah,
bahan, dan aktiviti yang sesuai bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran

4
di dalam kelas. Aktiviti dan latihan juga perlulah dipelbagaikan dan bukannya hanya
tertumpu kepada buku teks semata-mata.”

Justeru, jelaslah bahawa kaedah pengajaran dan masa kini perlu mengalami
proses tranformasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru perlu
diubah kepada berpusatkan pelajar bagi memastikan mereka memahami dan merasakan
keperntingan subjek ini bukan sahaja di dalam peperikasaan tetapi di dalam pengamalan
kehidupan sebenar. Transformasi dan penambahbaikan yang dilakukan akan
mememastikan pelajar-pelajar meminati subjek ini sekaligus merubah paradigma mereka
sebelum ini terhadap subjek Pendidikan Islam.

3.0 Pernyataan Masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan


pendekatan digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan
berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru
hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung
tahun. Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja.
Tidak mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau
pun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar
konteks sebenar.

Persembahan pengajaran yang hanya melibatkan guru semata-mata memberi


implikasi yang kebanyakannya pelajar tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu
sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sewaktu P&P dijalankan, mereka
seringkali mengantuk, bermain, bersembang dan tidak menumpukan perhatian kerana
pengajaran hanya satu hala sahaja tanpa melibatkan penyertaan aktif pelajar. Selain
itu, didapati kaedah penyampaian objektif pengajaran seperti ini tidak begitu berkesan
mungkin kerana kaedah yang kurang bersesuaian.

5
Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan
melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini
boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan
kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti soal
jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan
berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk
memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis serta kreatif.

Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar , pelajar-pelajar akan


diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap
kebolehan pelajar. Pelajar kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai
sumber untuk menyiapkannya. Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar
digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru
berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru
mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara
berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah
diakses oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut,

Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah


pembentangan hasil tugasan Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan
memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan
pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.

Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada
peringkat yang lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara
kritikal, menganalisa maklumat serta mengsistesiskan maklumat bagi menyelesaikan
masalah dalam pelbagai konteks. Oleh itu, kajian harus dijalankan untuk melihat sejauh
manakah keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar di dalam pengajaran
Pendidikan Islam.

6
7
4.0 Pembelajaran berpusatkan pelajar

Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006. Strategi pembelajaran merujuk
kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan
bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran). seseorang pelajar dikatakan
bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan
peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi
pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000). Definisi khas bagi Pembelajaran
berpusatkan pelajar ialah Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai
individu, memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin
dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran
positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar
pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran.

Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti kata
lain, pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi
dua hala antara guru dan pelajar. Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalam
menemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar
yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanya
memantau contohnya dengan mencadangkan bahan- bahan penagajaran dan
pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya menberikan
pemahaman konsep baru yang mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksi
sosial; menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber dan
menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran.

Selain itu, Pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman


pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada pelajar
untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam
membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan

8
mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar
bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka

Menurut Syidam Abdullah, 2008 terdapat beberapa prinsip pembelajaran


berpusatkan pelajar iaitu :

i. Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan


utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar
secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator.
iii. Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan.
iv. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.

Menurut Freiberg, 1996 dalam Giam Kah How, 2000 terdapat strategi yang
berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Di sini,
disenaraikan antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar antaranya adalah:

i. Kaedah Koperatif
Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama
untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (Suhaida
Abdul Kadir, 2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar
boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun
penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja,
semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah
tersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi
dikalangan pelajar. Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan
pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini
juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru  hendakalah
memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak
mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga hendaklah

9
melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli
kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif.

ii. Pendekatan Kumpulan


Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi
kemasyarakatan dan dinamik kumpulan.  Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulan
harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih  prosedur pengajaran secara
kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik,   tanggung
jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan,
penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan, kerja kumpulan yang berkesan
akan wujud jika individu diberi tanggungjawab,   Semangat berkerjasama dalam
kumpulan harus dipupuk. Selain itu, kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah
membolehkan pelajar, mengenalpasti,      menganalisis dan menyelesaikan
masalah secara koperatif  

iii. Teknik Perbincangan


Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi
sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciri
Pentingnya, pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea
mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada
akhir sesi perbincangan, pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang
topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru,
perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang
situasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan
pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat,
menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009).

iv. Penyelesaian Masalah


Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu
berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-
langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan

10
masalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran
bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan,
menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit.
Aspek penting yang perlu diketahui ialah Tujuan penyelesaian masalah ialah ia
membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila
menghadapi masalah, mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan
kritis dan kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran yang
berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran.

v. Kaedah Simulasi
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-
masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri Pentingnya, ia
merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. peserta belajar daripada
kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya,
dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja
dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu
berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat
keputusan, peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang
berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi, tujuan
simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih
berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan
berkesan, kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan
berfikir secara kreatif, analisis dan kritis.

vi. Kaedah Strategi Main Sambil Belajar


Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang
membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-
pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa, permainan
manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan
congak,  permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal

11
digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal,
permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa  mengandungi
unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar
untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna,
kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada
keseronokkan bermain  dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk
membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.

vii. Kaedah Projek


Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen
atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M.
1997). Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar
bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri
Pentingnya, tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar
dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek,  ia juga
membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam
menghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan pembelajaran melalui
pengalaman melaksanakan aktiviti,  projek yang hendak dibuat hendaklah
bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar, bahan-bahan yang diperlukan
untuk projek hendaklah mudah diperolehi,   projek yang sesuai dengan objektif
pelajaran,   kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan
perasaan dan kepuasan jika dapat meyelesaikan projek serta pengetahuan yang di
perolehi kekal dan berkesan.

viii. Kaedah Lawatan


Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa
yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul
maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh
dibawa masuk ke dalam bilik darjah, tujuan lawatan ialah meningkatkan
pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsungmenggalakkan
penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran,

12
memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud
dan proses-proses yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk
mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan 
disekolah.

Kesimpulan

Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu medan, tempat melahirkan insan-insan


berkualiti mulia, sebagaimana yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan Negara.
Selaras dengan itu, isu kaedah pengajaran merupakan isu yang tidak lapuk, ia sentiasa
dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pendidikan Negara berada ditahap
yang diharapkan.

13
Bibliografi

 Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988).  Asasiyat fi turuq at-tadris


       al-`ammah. Riyadh: Dar Al-Huda.

Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Azela Abdullah, 2009. Kepelbagaian, Gaya Pembelaran Dan Budaya. Diterima

Daripada http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah .
Pada 11/01/2010.

Azman Wan Chik (1987).  Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur:


       Karya Bistari.

Hasan Langgulung (1981).  Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.


       Kuala Lumpur: Pustaka Antara,.

 Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya:


        Bina Ilmu.

Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran


         mikro.  Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

 Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik
         darjah, kaedah & strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala


       Lumpur: Heinemann, ctk. 4.

Suhaida Abdul Kadir et.al, 2006. Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif terhadap

Prestasi Pelajar Dalampendidikan Perakaunan. Universiti Putra Malaysia:


Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya.

Suhaida Abdul Kadir, 2002. Perbandingan Pembelajaran Koperatif Dan Tradisional]

14
Terhadap Prestasi, Abtribusi Pencapaian,Konsep Kendiri Akademik Dan
Hubungan Social Dalam Pendidikan Perakaunan. . Universiti Putra Malaysia,
tidak diterbitkan.

Syidam Abdullah, 2008. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. Diterima

daripada http://www.scribd.com/doc/8535938/PB-Berpusat-Pelajar. pada


11/01/2010. Pada 11/01/2010.

15

You might also like