P. 1
Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

|Views: 5,131|Likes:
Published by CikguNikMie
Hasil kerja Nantene, Punitha M & Thamaraikanni 6AA KHS 2010
Hasil kerja Nantene, Punitha M & Thamaraikanni 6AA KHS 2010

More info:

Published by: CikguNikMie on Jan 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/18/2015

pdf

text

original

1

a] Terangkan konsep “sistem geomorfologi ”

-perkataan geomorfologi berasal daripada bahasa yunani. Geo bermaksud bumi, morphe Bermaksud
bentuk dan logos bermaksud kajian.oleh itu, geomorfoogi bermaksud ‘kajian bentuk muka bumi’.

-Walaupun bentuk muka bumi terhasil di permukaan dan di kerak bumi (di litosfera bumi)tetapi proses
dan faktor yang mempengaruhi ju ga berkaitan dengan elemen2 fizikal di atmosfera ,hidrosfera dan
biosfera.

-Pengkajian geomorfologi juga berkaitan dengan bidang2 sains seperti meteorologi,
fizik,kimia,biologi,dan pedeologi.

1

b] Huraikan taburan daratan dn taburan lautan di peringkat global.

-Kepelbagaian muka bumi boleh ditinjau melalui skala mikro atau makro. Pada skala makro boleh
dilihat dalam konteks taburan daratan dan taburan lautan.

-Kira-kira 29 %terdiri daripada daratan dan 71% terdiri daripada lautan.Daripada kesemua daratan
yang ada 39.4% terletak di hemisfera utara dan 18.6% terletak di hemisfera selatan.

-Benua2 yang utama ialah seperti eurasia, benua afrika, benua amerika utara, amerika selatan, benua
antartika, dan benua australia. Lautan utama ialah Atlantik, pasifik, hindi dan artik.

-Ketinggian daratan dan kedalaman lautan adalah tidak seragam. Di permukaan daratan ketinggian
daratan ketinggian maksimum adalah antara 6000-8848 meter sementara di lautan kedalaman
maksimum adalah antara 8000-11516 meter. Jelas sekali lautan lebih dalam berbanding ketinggian
daratan kerana di lautan terdiri daripada 10 jurang yang kedalamannya melebihi ketinggian

1

c] Huraikan kepelbagaian jenis pulau yang membentuk sebahagian komponen geomorfologi
lautan.

-Keanekan dalam taburan pulau2 di dunia boleh dibahagi kepada 3jenis;

-pulau yang bersaiz besar dan terletak hampir dengan benua mempunyai struktur geologi yang sama
dengan jisim benua tersebut. Contoh: kepulauan british yang terletak hampir dengan benua eropah.
Kedua dua mempunyai struktur geologi yang sama.

-Gugusan pulau yang mempunyai saiz yang pelbagai dan berbeza antara satu sama lain. Contoh:
Kepulauan jepun .Walaupun tedengan kepulauan terletak dalam gugusan yang sama dengan kepulauan
Taiwan dan Hong kong tetapi ciri2 geologi antara kepulauan tersebut adalah berbeza.

-Bagi pulau2 yang terpencil di tengah lautan dan jauh dari daratan biasanya dibentuk oleh aktiviti
gunung berapi yang aktif. Kebanyakkan saiz pulau2 ini adalah kecil seperti di kepulauan Hawaii.

2

a] Nyatakan 3 jenis lapisan bumi

-Kerak bumi , lapisan mantel, lapisan tera bumi

2b]Bagi setiap jenis lapisan yang anda nyatakan di atas , huraikan sifat2 fizikal dan kimianya.

-Lapisan kerak bumi terletak paling luar dan menyelubungi mantel. Ia terbentuk daripada bahan
kurang tumpat terpisah dari mantel oleh ketakselanjaran Mohorovicics. Ketebalannya berubah
mengikut tempat iaitu kerak bumi di lautan lebih nipis, berusia muda, dan lebih tumpat berbanding
kerak bumi di daratan. Kerak bumi terdiri daripada lapisan atas [sial] dan lapisan bawah [sima]

-Lapisan mantel merupakan lapisan ke2 dalam struktur bumi .Lapisan ini lebih tumpat berbanding
kerak bumi dan mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh ketakselanjaran mohorovicic. Ketebalannya
2830km dan ketumpatan pula 3.0-3.37g/cm.

-Lapisan teras bumi merupakan lapisan bumi yang paling dalam dan dipisahkan dari mantel oleh
ketakselanjaran Gutenberg. Ia dikenali juga sebagai barisfera. Ketumpatan lapisan ini paling tinggi
berbanding kerak bumi dan mantel dan ketebalannya ialah 3470km. Lapisan ini kaya dengan mineral
seperti nikel dan besi. Lapisan ini terbahagi kepada lapisan teras luar dan lapisan teras dalam.

3]

Terangkan 3 ciri utama lapisan mantel.

-Merupakan lapisan ke2 dalam struktur bumi. Ia meliputi 82% daripada isi padu bumi dan berasaskan
jisim pula mantel meliputi 68% daripada bumi. Lapisan ini lebih tumpat berbanding kerak bumi.

-Mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh ketakselanjaran Mohorovicic dan dipisahkan dari lapisan
teras bumi oleh ketakselanjaran Gutenberg. Ketebalan lapisan mantel 2830km dan ketumpatan adalah
3.0-3.37g/cm

-Di bahagian lapisan mantel bumi terdapat zon batuan separa cair yang dikenali sebagai astenosfera.
Di sini berlaku arus2 perolakan panas yang menghasilkan tenaga haba yang tinggi untuk
menimbulkan proses tektonik berlaku.

4

a] Bezakan proses endogenik dengan proses eksogenik.

-Perbezaan dari segi punca tenaga-T enaga endogenik berasal dari dalam bumi/kerak bumi manakala
tenaga eksogenik berasal dari luar bumi/tenaga matahari.

-Perbezaan contoh tenaga-Tenaga endogenik seperti tenaga seismik [gempa bumi], tenaga volkanik,
tenaga atomik seperti galian plutonium, uranium. Tenaga eksogenik adalah tenaga matahari yang
boleh bertukar menjadi tenaga keupayaan dan tenaga kinetik.

-Tenaga eksogenik/matahari amat penting untuk menggerakkan seluruh sistem bumi sama ada sistem
geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan juga sistem ekologi. Manakala tenega endogenik
amat penting untuk menghidupkan sistem dalam bumi/ aktiviti igneus jalar dalam dan juga jalar luar.

4

b] Huraikan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem2 bumi.

Tenaga eksogenik amat penting untuk menggerakkan seluruh operasi sistem2 bumi.

-Luluhawa berlaku-Kesemuanya memerlukan suhu yang tinggi dan tenaga haba yang cukup untuk
beroperasi. Misalnya luluhawa kimia memerlukan suhu asas 10 celcius untuk bertindakbalas
menguraikan batuan, manakala luluhawa fizikal memerlukan kepanasan yang terik untuk
mengembangkan mineral batuan.

-Proses hakisan dan pergerakan jisim-Misalnya dalam proses hakisan glasier, proses ini boleh berlaku
apabila mempunyai tenaga haba yang cukup untuk mencairkan salji. Bahang matahari akan
mencairkan salji. Apabila salji mencair barulah ia boleh menggerakkan segala bahan hakisan
menuruni lurah2.

-Proses sejat peluhan dalam sistem hidrologi. Sejatan dari permukaan air, sejatan dari lembapan tanih,
dan perpeluhan dari tumbuhan2t idak akan terjadi jika tidak mempunyai tenaga haba matahari yang
cukup. Oleh itu ia mempengaruhi turunya hujan.

-Membolehkan angin bertiup dalam sistem atmosfera. Angin akan bertiup dari tekanan tinggi ke
tekanan rendah untuk menghasilkan perbezaan tekanan ini, mestilah wujud perbezaan suhu dan haba
antara dua tempat.

-Membolehkan tumbuhan2 membuat makanan dalam sistem ekologi. Tenaga matahari yang cukup
membolehkan proses fotosintesis berlaku. Begitu juga organisma2 lain yang memerlukan tenaga
matahari untuk pelbagai proses seperti proses pepeluhan/respirasi, tumbesaran dan sebagainya.

5]

Jelaskan kesan2 terhadap sistem geomorfologi apabila bumi dikatakan menerima

lebihan tenaga eksogenik.

Sistem bumi menerima lebihan tenaga eksogenik disebabkan aktiviti manusia. Kesannya ialah rumah
hijau, penipisan lapisan ozon, antara kesan2nya ialah;

-Fenomena penggurunan ; Saiz kawasan gurun menjadi semakin besar akibat cuaca dan persekitaran
di kawasan gurun yang semakin kering-kontang dan tandus-gersang. Proses2 luluhawa fizikal serta
hakisan layang angin semakin dominan. Contoh, Gurun Sahel dan Kalahari di Afrika sedang
mengalami perluasan yang hebat.

-Pencairan ais di kawasan2 kutub. Misalnya litupan ais Antartika dan Greenland menyebabkan
kenaikan aras laut serta risiko yang rendah menjadi tenggelam.

-Menggiatkan proses hakisan glasier dan runtuhan salji di kawasan pergunungan tinggi kerana litupan
ais dan salji akan mengalami pencairan yang hebat.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->