You are on page 1of 44

BAB 4: KONSEP GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA

BUMI

1 a] Terangkan konsep “sistem geomorfologi ”

-perkataan geomorfologi berasal daripada bahasa yunani. Geo bermaksud bumi, morphe Bermaksud
bentuk dan logos bermaksud kajian.oleh itu, geomorfoogi bermaksud ‘kajian bentuk muka bumi’.

-Walaupun bentuk muka bumi terhasil di permukaan dan di kerak bumi (di litosfera bumi)tetapi proses
dan faktor yang mempengaruhi ju ga berkaitan dengan elemen2 fizikal di atmosfera ,hidrosfera dan
biosfera.

-Pengkajian geomorfologi juga berkaitan dengan bidang2 sains seperti meteorologi,


fizik,kimia,biologi,dan pedeologi.

1 b] Huraikan taburan daratan dn taburan lautan di peringkat global.

-Kepelbagaian muka bumi boleh ditinjau melalui skala mikro atau makro. Pada skala makro boleh
dilihat dalam konteks taburan daratan dan taburan lautan.

-Kira-kira 29 %terdiri daripada daratan dan 71% terdiri daripada lautan.Daripada kesemua daratan
yang ada 39.4% terletak di hemisfera utara dan 18.6% terletak di hemisfera selatan.

-Benua2 yang utama ialah seperti eurasia, benua afrika, benua amerika utara, amerika selatan, benua
antartika, dan benua australia. Lautan utama ialah Atlantik, pasifik, hindi dan artik.

-Ketinggian daratan dan kedalaman lautan adalah tidak seragam. Di permukaan daratan ketinggian
daratan ketinggian maksimum adalah antara 6000-8848 meter sementara di lautan kedalaman
maksimum adalah antara 8000-11516 meter. Jelas sekali lautan lebih dalam berbanding ketinggian
daratan kerana di lautan terdiri daripada 10 jurang yang kedalamannya melebihi ketinggian

1 c] Huraikan kepelbagaian jenis pulau yang membentuk sebahagian komponen geomorfologi


lautan.

-Keanekan dalam taburan pulau2 di dunia boleh dibahagi kepada 3jenis;

-pulau yang bersaiz besar dan terletak hampir dengan benua mempunyai struktur geologi yang sama
dengan jisim benua tersebut. Contoh: kepulauan british yang terletak hampir dengan benua eropah.
Kedua dua mempunyai struktur geologi yang sama.
-Gugusan pulau yang mempunyai saiz yang pelbagai dan berbeza antara satu sama lain. Contoh:
Kepulauan jepun .Walaupun tedengan kepulauan terletak dalam gugusan yang sama dengan kepulauan
Taiwan dan Hong kong tetapi ciri2 geologi antara kepulauan tersebut adalah berbeza.

-Bagi pulau2 yang terpencil di tengah lautan dan jauh dari daratan biasanya dibentuk oleh aktiviti
gunung berapi yang aktif. Kebanyakkan saiz pulau2 ini adalah kecil seperti di kepulauan Hawaii.

2 a] Nyatakan 3 jenis lapisan bumi

-Kerak bumi , lapisan mantel, lapisan tera bumi

2b]Bagi setiap jenis lapisan yang anda nyatakan di atas , huraikan sifat2 fizikal dan kimianya.

-Lapisan kerak bumi terletak paling luar dan menyelubungi mantel. Ia terbentuk daripada bahan
kurang tumpat terpisah dari mantel oleh ketakselanjaran Mohorovicics. Ketebalannya berubah
mengikut tempat iaitu kerak bumi di lautan lebih nipis, berusia muda, dan lebih tumpat berbanding
kerak bumi di daratan. Kerak bumi terdiri daripada lapisan atas [sial] dan lapisan bawah [sima]

-Lapisan mantel merupakan lapisan ke2 dalam struktur bumi .Lapisan ini lebih tumpat berbanding
kerak bumi dan mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh ketakselanjaran mohorovicic. Ketebalannya
2830km dan ketumpatan pula 3.0-3.37g/cm.

-Lapisan teras bumi merupakan lapisan bumi yang paling dalam dan dipisahkan dari mantel oleh
ketakselanjaran Gutenberg. Ia dikenali juga sebagai barisfera. Ketumpatan lapisan ini paling tinggi
berbanding kerak bumi dan mantel dan ketebalannya ialah 3470km. Lapisan ini kaya dengan mineral
seperti nikel dan besi. Lapisan ini terbahagi kepada lapisan teras luar dan lapisan teras dalam.

3] Terangkan 3 ciri utama lapisan mantel.

-Merupakan lapisan ke2 dalam struktur bumi. Ia meliputi 82% daripada isi padu bumi dan berasaskan
jisim pula mantel meliputi 68% daripada bumi. Lapisan ini lebih tumpat berbanding kerak bumi.

-Mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh ketakselanjaran Mohorovicic dan dipisahkan dari lapisan
teras bumi oleh ketakselanjaran Gutenberg. Ketebalan lapisan mantel 2830km dan ketumpatan adalah
3.0-3.37g/cm

-Di bahagian lapisan mantel bumi terdapat zon batuan separa cair yang dikenali sebagai astenosfera.
Di sini berlaku arus2 perolakan panas yang menghasilkan tenaga haba yang tinggi untuk
menimbulkan proses tektonik berlaku.
4 a] Bezakan proses endogenik dengan proses eksogenik.

-Perbezaan dari segi punca tenaga-T enaga endogenik berasal dari dalam bumi/kerak bumi manakala
tenaga eksogenik berasal dari luar bumi/tenaga matahari.

-Perbezaan contoh tenaga-Tenaga endogenik seperti tenaga seismik [gempa bumi], tenaga volkanik,
tenaga atomik seperti galian plutonium, uranium. Tenaga eksogenik adalah tenaga matahari yang
boleh bertukar menjadi tenaga keupayaan dan tenaga kinetik.

-Tenaga eksogenik/matahari amat penting untuk menggerakkan seluruh sistem bumi sama ada sistem
geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan juga sistem ekologi. Manakala tenega endogenik
amat penting untuk menghidupkan sistem dalam bumi/ aktiviti igneus jalar dalam dan juga jalar luar.

4 b] Huraikan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem2 bumi.

Tenaga eksogenik amat penting untuk menggerakkan seluruh operasi sistem2 bumi.

-Luluhawa berlaku-Kesemuanya memerlukan suhu yang tinggi dan tenaga haba yang cukup untuk
beroperasi. Misalnya luluhawa kimia memerlukan suhu asas 10 celcius untuk bertindakbalas
menguraikan batuan, manakala luluhawa fizikal memerlukan kepanasan yang terik untuk
mengembangkan mineral batuan.

-Proses hakisan dan pergerakan jisim-Misalnya dalam proses hakisan glasier, proses ini boleh berlaku
apabila mempunyai tenaga haba yang cukup untuk mencairkan salji. Bahang matahari akan
mencairkan salji. Apabila salji mencair barulah ia boleh menggerakkan segala bahan hakisan
menuruni lurah2.

-Proses sejat peluhan dalam sistem hidrologi. Sejatan dari permukaan air, sejatan dari lembapan tanih,
dan perpeluhan dari tumbuhan2t idak akan terjadi jika tidak mempunyai tenaga haba matahari yang
cukup. Oleh itu ia mempengaruhi turunya hujan.

-Membolehkan angin bertiup dalam sistem atmosfera. Angin akan bertiup dari tekanan tinggi ke
tekanan rendah untuk menghasilkan perbezaan tekanan ini, mestilah wujud perbezaan suhu dan haba
antara dua tempat.

-Membolehkan tumbuhan2 membuat makanan dalam sistem ekologi. Tenaga matahari yang cukup
membolehkan proses fotosintesis berlaku. Begitu juga organisma2 lain yang memerlukan tenaga
matahari untuk pelbagai proses seperti proses pepeluhan/respirasi, tumbesaran dan sebagainya.
5] Jelaskan kesan2 terhadap sistem geomorfologi apabila bumi dikatakan menerima
lebihan tenaga eksogenik.

Sistem bumi menerima lebihan tenaga eksogenik disebabkan aktiviti manusia. Kesannya ialah rumah
hijau, penipisan lapisan ozon, antara kesan2nya ialah;

-Fenomena penggurunan ; Saiz kawasan gurun menjadi semakin besar akibat cuaca dan persekitaran
di kawasan gurun yang semakin kering-kontang dan tandus-gersang. Proses2 luluhawa fizikal serta
hakisan layang angin semakin dominan. Contoh, Gurun Sahel dan Kalahari di Afrika sedang
mengalami perluasan yang hebat.

-Pencairan ais di kawasan2 kutub. Misalnya litupan ais Antartika dan Greenland menyebabkan
kenaikan aras laut serta risiko yang rendah menjadi tenggelam.

-Menggiatkan proses hakisan glasier dan runtuhan salji di kawasan pergunungan tinggi kerana litupan
ais dan salji akan mengalami pencairan yang hebat.

BAB 5: Batuan atau Geologi


Soalan 1

a) Huraikan perkataan geologi? (10markah)


b) Apakah konsep batuan? (10 markah)
c) Nyatakan ciri-ciri batuan? (5 markah)

Jawapan

a) Geologi berasal dari perkataan Greek iaitu ``Geo`` bermaksud bumi dan ``logos``
bermaksud kajian. Ia mengenai sains bumi dan terdiri daripada cabang-cabang
berikut:
 Geologi struktur dan volcanologi
 Geologi ekonomi seperti perlombongan
 Geologi kejuruteraan
 Geokimia
 Geofizik
 Geologi marin
 Hidrologeologi
 Astrogeologi
 Geodetik
 Geokronologi
b) komponen semula jadi mineral seperti mika, kuartza, feldsfar, kalsium, dan
karbonat yang terikat secara langsung menerusi proses pembekuan magma atau
diikat oleh bahan peerikat yang seperti kaolin, kapur, oksida-oksida, menerusi
proses simentansi atau penyimenan. Ia terdapat tiga jenis batuan iaitu:
 batuan igneus
 batuan enapan(mendak)
 batuan metaformosis(jelmaan)

ketiga-tiga batuan tersebut sama dari segi warna, kandungan mineral, struktur dan
tekstur, keasidan, kekerasan, dan ketahanan seta cara pembentukanya

c) Komposisi mineral, kestabilan mineral, darjah mobiliti mineral

Soalan 2

Ciri-ciri komposisi mineral merupakan salah satu ciri-ciri batuan

a) Huraikan ciri-ciri tersebut? (10 markah)

b) Bagaimanakah komposi mineral menentukkan sifat batuan? (10 markah)

c) Selain daripada komposisi mineral, huraikan 2 ciri yang lain? (5 markah)

Jawapan

a) Terdapat batuan yang mengandungi sejenis mineral sahaja seperti batu kapur yang
hanya terdiri daripada mineral kalsit.
Sifat fizikal kalsit ialah berhablur, berbutir, berwarna cerah dan mengandungi
kapur.
Sifat kimia ialah terdiri daripada kalsium karbonat yang mudah larut dalam asid
lemah seperti asid karbonik.

b) Keras dan lembut mineral yang membentuk batu berkenaan.


 Mineral pembentuk batuan yang keras maka batuan tersebut tahan dan
stabil. Contohnya, batuan granit.
 Mineral pembentuk batuan yang lemhbut maka batuan tersebut lemah
dan mudah diluluhawakan. Contohnya, batu kapur.

Kestabilan mineral dan bahan perikat yang membentuk batuan.

 Sesetengah batuan mendak dibentuk menerusi proses penyimenan.


 Kestabilan bahan perikat menjamin keteguhan batuan.
 Mineral seperti kuartza,feldsfar dan biotit diikat oleh bahan perikat yang
stabil.
 Mineral seperti olivin, augit, dan anotit diikat oleh mineral yang tidak
stabil.
Darjah mobilti atau pergerakan mineral apabila menerima kehadiran air dan
asid lemah

 Mineral yang paling cepat bergerak dan bertindak balas.


 Ia akan menyebabkan batuan tersebut menjadi lemah.
 Batuan lemah tersebut seperti mineral kalsium, natrium, magnesium,
dan kalium beerbanding mineral seperti kuartza, mika, ferum, dan
aluminium yang lambat bertindak balas menyebabkan pembentukan
batuan yang teguh

C) ciri-ciri tekstur batuan

 Saiz dan bentuk hablur mineral yang membentuk batu.


 Sifat tekstur adalah kasar, halus dan licin bergantung kepada saiz hablur
atau butiran mineral di dalam sesebuah batuan.
 Contohnya, batun teknik bertekstur kasar, batuan riolit bertekstur halus
dan batuan obsidian bertekstur licin.

Ciri-ciri struktur batuan

 Susunan hablur mineral dalam batuan


 Terdapat dua struktur iaitu struktur berhablur dan struktur serpih.
 Struktur hablur
 Susunan padat
 Tidak terdapat ruang kosong
 Kesannya, batuan menjadi teguh dan jitu
 Contohnya batuan granit
 Struktur serpih
 Susunan tidak teratur
 Terdapat ruang kosong
 Ruang kosong diisi oleh bahan perikat dan penyimen
 Contohnya, batuan mendak seperti batu konglomeret,dan
brekia

Ciri-ciri rekahan dan ira batuan

 Rekahan merupakan sifat fizikal dan ira merupakan sifat kimia


 Batuan yang mempunyai banyak rekahan dan ira maka batuan
tersebut menjadi tidak teguh dan lemah.
 Rekahan merupakan garis kelemahan batuan.Contohnya, batu
kapur.
Soalan 3

a) Nyakan lima contoh batuan igneus? (5markah)


b) Huraikan lima ciri utama batuan igneus. (10 markah)
c) Bagaimanakah batuan igneus mempengaruhi pembentukan pelbagai rupa muka
fizikal di sesebuah kawasan? (10 markah)

Jawapan

a) Granit,gabro,basalt,
obsidian, pumis
b) Ciri-ciri batuan igneus:

Kandungan
Jenis contoh warna mineral utama Tekstur Asid/ Bes
Granit Cerah Feldspar, kuartza,
IGNEUS dan mika Kasar Asid
REJAHAN Gabro Gelap Feldspar, piroksin
dan Olivin Kasar Bes
Basalt Gelap Piroksin, feldspar,
IGNEUS dan olivine Halus Bes
TEROBOSAN Obsidian Gelap Feldspar Berkaca Asid
pumis cerah feldspar Berkaca bes

c) bentuk muka bumi yang dipengaruhi

Jenis contoh Bentuk Contoh


muka bumi kawasan
IGNEUS Granit Kubah,kelupusan, Banjaran titiwangsa,
REJAHAN tanah tinggi, banjaran gunung ledang
gunung
Gabro Daik, lereng curam Gunung sematan,
Sarawak
IGNEUS Basalt Daik, lereng curam tawau, pulau jawa,
TEROBOSAN pulau Hawaii
Obsidian Lereng curam Taman Negara,
yellow stone, USA
Pumis Tanah tinggi Kawasan gunung
berapi

Soalan 4
a) Nyatakan lima contoh batuan enapan. (5 markah)
b) Jelaskan sifat-sifat fizikal dan kimia batuan enapan. (10 markah)
c) Bincangkan bagaimana batuan enapan mempengaruhi pembentukan pelbagai rupa muka
fizikal di sesebuah kawasan? (10 markah)
Jawapan
a) Konglameret, batu pasir, syal, batu garam, batu gipsium, batu kapur dan batu arang
b) Sifat-sifat batuan enapan:

Jenis batuan Contohnya Komposisi


Konglemeret Kerakal,kelikir,batu tongkol
Jenis klastik Batu pasir Pasir
Syal Lempung
Jenis kimia Batu garam Halit
Batu gipsium Gipsium
Jenis organik Batu kapur Kalsit dari sisa haiwan
Batu arang Fosil tumbuhan

c) Rupa muka fizikal yang dipengaruhi:

Bentuk muka
Jenis batuan contohnya bumi Kawasan
Konglemeret Permatang dan Pulau redang
gunung
Batu pasir Tebing tinggi Pulau langkawi
Jenis klastik dan dataran
tinggi
Syal Cerun landai, Pulau langkawi
lembah dan
tanah pamah
Batu gipsium Habysyah, Africa dan
Jenis kimia new mexico
Batu garam Tasik-tasik Laut mati
cetek
Batu kapur Landskap karst Lembah kinta, dan
Jenis organic sekitar ipoh,perak
Batu arang Tanah pamah, Batu arang, Selangor
pinggir laut dan Pahang

Soalan 5

a) Huraikan proses pembentukan batuan igneus. 5markah)


b) Bagaimanakah batu metamorfik terhasil? (5markah)
c) Apakah ciri-ciri batuan metamorfosis? (8markah)
d) Bagaimanakah batuan metamorfosis mempengaruhi bentuk muka bumi? (7 markah)

Jawapan

a) Batuan igneus ter bentuk melalui proses penyejukan dan pembekuan magma di lapisan
kerak bumi atau di permukaan bumi.
Magma yang membeku di dalam lapisan kerak bumi dinamakan sebagai igneus rejahan
manakala magma yang membeku di permukaan bumi dinamakan sebagai igneus
terobosan.

b) Batu metamorfik terhasil melalui perubahan tekanan dan suhu yang dialami oleh batu
mendak dan juga batu igneus semasa gerakan tektonik di dalam bumi. Batu metamorfik
lebih keras dan stabil berbanding batu igneus dan batu mendak.

c) Ciri-ciri batuan metamorfosis

Jenis tekstur Batuan asal


Syis Sederhana Slat,basalt,granit
kasar
Gneisi Kasar Granit
Batu marmar Kasar Batu kapur
Kaurzit Sederhana Batu pasir
kasar

Ciri seterusnya ialah, batu metamorfosis amat keras, bersinar-sinar, cantik, dan
menarik. Batu dibahagikan dua jenis. Iaitu, batuan berjlur dan tidak berjalur. Batuan
berjalur mempunyai susunan mineral berlapis-lapis secara selari.

d) Bentuk muka bumi yang mempengaruhi

jenis Bentuk muka bumi Kawasan


Syis Tanah tinggi dan Rutland,vermond
permatang
Gneisi Tanah tinggi Carolina utara, usa
Batu marmar Tanah pamah dan Pulau langkawi
bukit
kaurzit Bukit sisa Utah tengah,usa

Soalan 6

a) Bagaimanakah batuan enapan dan mendak terbentuk? (5markah)


b) Bezakan proses pembentukan batuan igneus, dan metamorfik? (10markah)
c) Nyatakan contoh-contoh bahan enapan. (5markah)
d) Bagaimanakah batu kapur hasil daripada batuan enapan? (5markah)

Jawapan

a) Batuan enapan dan batuan mendak adalah batuan yang terbentuk daripada bahan-
bahan yang dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angin. Bahan-bahan enapan terdiri
daripada lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit kerang sisa tumbuhan dan haiwan yang telah
mati yang dikenali sebagai fosil.

b) Batuan igneus terbentuk melalui proses penyejukan dan pembekuan magma di lapisan
kerak bumi atau di permukaan bumi. Magma yang membeku di dalam lapisan kerak
bumi dinamakan sebagai igneus rejahan manakala magma yang membeku di
permukaan bumi dinamakan sebagai igneus terobosan.

Manakala Batu metamorfik terhasil melalui perubahan tekanan dan suhu yang dialami
oleh batu mendak dan juga batu igneus semasa gerakan tektonik di dalam bumi. Batu
metamorfik lebih keras dan stabil berbanding batu igneus dan batu mendak.

c) Lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit kerang, sisa tumbuhan, haiwan mati(fosil)

d) Batuan enapan yang terbentuk di dasar laut mengandungi banyak kalsium karbonatyang
kebanyakannya datang dari timbunan cengkerang dahn hidupan laut yang mati, mengeras
dan seterusnya menghasilkan batu kapur.

Soalan 7

a) Hurahikan proses pemadatan dan penyimenan. (12markah)


b) Hurikan tentang bahan-bahan perikat. (6markah)
c) Bagaimanakah metamorfosisme atau penjelmaan berlaku? (7markah)

Jawapan

a) Proses pemadatan berlaku apabila bahan-bahan enapan terkumpul secara lapisan,


selapis demi selapis. Apabila bahan enapan menjadi semakin tebal, lapisan bawh
akan mengalami tekanan daripada lapisan atasnya. Lama-kelamaan bahan-bahan
eanapan tersebut menjadi mampat dan melekat antara satu sama lain membentuk
batuan

Penyimenan merupakan prose pelekatan antara mineral-mineral disebabkan adanya


bahan perikat. Bahan enapan yang kasar tidak melekat antara satu sama lain seperti
mana bahan enapan yang halus. Bahan-bahan enapan yang kasar hanya boleh terlekat
antara satu sama lain apabila adanya bahan-bahan perikat atau bahan penyimenan.

b) Bahan-bahan perikat seperti lempung, kalsit,silica, yang memasuki ruang-ruang yang


wujud antara mineral-mineral yang kasar. Tekanan dari lapisan atas menyebabkan air
akan keluar,yang tinggal ialah bahan-bahan perikat yang akan terhablur dan
bertindak mengikat mineral-mineral kasar, tersimen bersama-samanya sbg batuan
enapan.
c) Metarfosisme atau penjelmaan akan berlaku apabila kedua-dua jenis batuan tersebut
mengalami tekanan dan suhu yang tinggi. Kesannya, batuan tersebut berubah bentuk,
warna, dan juga komposisi mineralnya menjadi bentuk baru. Misalnya batu pasir
akan bertukar kepada kuartzit, batu kapur bertukar kepada batu marmar, batu granit
bertukar kepada gneisi, batu syal bertukar kepada batu loh.

Soalan 8

a) Apakah maksud kitar batuan? (10markah)


b) Bagaimanakah batuan mendak, dan metamorphosis, terdapat daripada kitar batuan?
(15markah)

Jawapan
a) Kitar batuan merupakan proses perubahan yang dialami oleh sesuatu jenis batun
yang melibatkan sifat fizikal dan kimia batuan tersebut. Antara proses yang terlibat
dalam kitar batuan ialah pembekuan,pencairan, tekanan dan haba yang tinggi,
hakisan, luluhawa, mampatan dan simentansi. Ia akan menyebabkan batuan boleh
berubah sama ada menjadi batu metamorfik, igneus,enapan dan sebaliknya.

b) Apabila permukaan bumi terluluhawa dan terhakis maka batuan akan dipecahkan
menjadi serpihan atau partikal-partikel yang lebih kecil. Serpihan batuan atau
partikal ini akan dibawa oleh agen pengankutan lalu dimendapkan di kawasan tanah
rendah. Proses pemendapan dan timbun-tambah bahan mendak seterusnya
menyebabkan serpihan batuan tadi tersimen dan termampat seterusnya bertukar
menjadi batu mendak.

Batuan mendak pula terus tertimbus jauh ke dalam bumi akibat pemendapan yang
berlajutan sehingga batuan mendak tadi mengalami tekanan dan suhu yang tinggi.
Akibat tekanan dan suhu yang tinggi, maka batuan mendak bertukar menjadi batuan
metarmorfosis.

Soalan 9

a) Huraikan bentuk-bentuk muka bumi yang menonjol dan melekuk.


(10markah)
b) Huraikan secara ringkas tentang batu kapur dan kesannya.
(15markah)

Jawapan

a) menonjol
contohnya, banjaran gunung, bukit, tebing tinggi,dataran tinggi yang
menunjukan bahawa batuan tersebut adalah keras, stabil dan amat tahan
daripada operasi proses geomorfikdi kawasan berkenaan.
Melekuk
Contohnya lembah, lurah, lembangan dan tanah pamah yang
mencerminkan batuan dasarnya mudah digondol, dihakis dan diluluh, serta
tidak teguh dan tidak stabil.

b) Batu kapur merupakan sejenis batu mendak, lembut dan tidak stabil. Ia
menghasilkan konfigurasi bentuk muka bumiyanb berbeza dengan batuan
granit. Komponen utama ialah kalsium karbonat yang mudah mengalami
pelarutan, pengkarbonan, dan hidrolis melalui luluhawa dalaman.

Kesannya, menghasilkan bentuk-bentuk lekukan yang besar, lurah dan


tanah pamah. Proses-proses larutan dan pengkarbonan bertindak dengan
maksimum.

Soalan 10

a) Bezakan batu granit dan batu kapur. (10markah)


b) Huraikan bagaimanakah kegiatan manusia dipengaruhi oleh kepelbagaian jenis
batuan, (15markah)

Jawapan

a) Pertalian yang rapat antara sifat-sifat ketahanan geologi dengan proses-proses


geomorfologi yang berlaku sehingga terhasil bentuk muka bumi. Konsep
ketahanan batuan adalah tidak mutlak. Kedua-dua batuan tersebut tidak tahan
kepada semua keadaan iklim. Batu kapur di kawasan gurun panas berdiri teguh
seperti gunung dan permatang.

b) Batuan igneus
Granit- membina jalan raya dan bahan pembinaan
Basalt-membentuk tanih yang subur dan sesuai untuk pertanian.
Riolit-tanah laterit yang subur untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

Batuan enapan
Batu kapur-digunakan dalam perusahaan membuat semen dan konkrit
-mengurangkan kadar keasidan tanih untuk pertanian
-kawasan ekopelancongan yang boleh mendatangkan pendapatan
lumayan
Lempung-digunakan dalam perusahaan tembikar pasu bunga dan batu- bata
untuk pembinaan banguna
Batuan metamorphosis-Batu marmar-sebagai lantai dan dinding bangunan dan
perhiasan.
Batu permata-perhiasan wanita seperti cincin,subang dan rantai.

BAB 6 PROSES ENDOGENIK ATAU PROSES PERGERAKAN DALAM BUMI

SOALAN 1

a) Huraikan kewujudan tenaga endogenik. (5markah)


b) Huraikan punca-punca tenaga endogenik (10 markah)
c) Apakah kesan yang daripada tenaga endogenik (10 markah)

JAWAPAN

a) Berpunca dari kerak bumi. Wujud dalam lapisan mantel bumi yang menghasilkan
berbagai fenomena seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, lipatan, gelinciran
gerakan tektonik.

b) Tenaga gravity-mampatan jisim dan pertambahan momentum sudut semasa


pembentukan planet. Tenaga radiogenik-atom yang didapati daripada pencerakinan
nucleus atom yang wujud dalam sesetengah mineral radiogenik. Tenaga haba-wujud
dalam lapisan atas mantel bumi yang amat panas dan batuannya bersifat separa cair
kerana berada dalam keadaan tekanan, suhu dan mampatan yang tinggi.

c) Batuan yang separa cair mewujudkan arus-arus perolakkan yang panas yang boleh
Mengerakan lapisan kerak bumi. Ia akan menghasilkan fenomena seperti lipatan dan
gelinciran, gempa bumi, letusan gunung berapi. Perlanggaran antara kerak bumi boleh
menghasilkan gelombang seismik yang menyebabkan kejadian gempa bumi.

Soalan2

a) Apakah andaian Wegener tentang hanyutan benua? (7 markah)


b) Bagaimanakah benua-benua memisah? (3 markah)
c) Apakah benua-benua dan lautan terlibat? (7markah)
d) Huraikan tentang arah pergerakan benua. (8markah)

Jawapan

a) Benua-benua yang ada pada hari ini sebenarnya berasal daripada satu benua
yang besar sahaja dinamakan sebagai PANGEA( pan=all, gea=earth) dan
apabila berlakunya gerakan-gerakan di dalam kerak bumi pangea akan
berpecah-pecah dan bertaburan seperti mana yang ada pada hari ini.

b) Putaran bumi membekalkan tenaga tekanan yang cukup kuat untuk memisah
dan menghayutkan benua-benua tersebut.
c) Benua-benua:
 Amerika dan eropah
 Afrika dan Australia
 Antartika serta afrika
 India

Lautan-lautan:

 Lautan atlantik
 Lautan hindi
d) Dua arah
 Pergerakan ke barat-disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik yang
ada di dalam bumi
 Pergerakan ke arah kutub- akibat tekanan ke atas benua yang
seolah-olah terapung di atas lautan magma yang panas.
 Mempunyai daya mampatan dan daya tegangan

Soalan 3

a) Nyatakan dua daya yang boleh menggerakan lapisan kerak bumi. (2markah)
b) Huraikan kedua-dua daya tersebut. (7markah)
c) Huraikan perkataan astenosfera. (7markah)
d) Apakah contoh kesan hanyutan tersebut? (9markah)

Jawapan

a) Daya mampatan dan tegangan.


b) Kedua-dua wujud akibat arus perolakan yang panas. Batuan di dalam mantel bumi
mengalami suhu dan tekanan yang sangat tinggi sehingga batuan tersebut menjadi
cair atau separa cair. Kepanasan dan kecairan tersebut mewujudkan satu arus
perolakan yang sentiasa boleh menggerakan lapisan kerak bumi diatasnya.

c) Astenosfera merupakan sejenis lapisan mantel yang panas. Ia akan mengenakan


daya mampatan dan tegangan ke atas lapisan kerak bumi di atasnya dan kesannya
lapisan kerak bumi turut bergerak yang bererti benua-benua yang ada turut bergerak
apabila arus perolakan tersebut bergerak.

d) India dipendekan setelah mengalami hanyutan ke arah utara melintasi lautan hindi
yang ada pada masa kini. Banjaran lipatan Himalaya terbentuk apabila
pertembungan tanah besar asia dengan india. Cara seperti ini menghasilkan
banjaran-banjaran gunung pada zaman tersier seperti banjarab alps, andes, rocky.
Lipatan yang rencam wujud daripada geseran menarik yang wujud semasa benua
melintasi di atas lapisan kerak batuan basalt.
Soalan 4

a) Nyatakan bukti yang menyokong teori hanyutan benua. (5markah)


b) Huraikan bukti-bukti tersebut. (10 Markah)
c) Apakah yang dimaksudkan oleh teori hanyutan benua? (10markah)

Jawapan

a) Bukti-bukti:
 Keselanjaran benua
 Kesamaan geologi
 Kesamaan fosil
 Bukti paleomagnet
 Bukti oseanik

b) Bukti keselanjaran benua


 Garisan pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun
kedudukan benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan
yang luas.
 Pinggir pantai barat afrika dan timur selatan, eropah barat dan amerika
utara boleh dicantum.

Bukti geologi

 Melalui teknik radiometrik geologi enapan awal yang berada di


atlantik dan yang ditemui di benua amerika selatan dan afrika sama
dari segi jenis dan usia walaupun berada pada benua-benua yang
berlainan.

Bukti fosil

 Fosil haiwan dan tumbuh-tumbuhan dijumpai di enua-benua berlainan


adalah sama dari segi jenis dan usia.
 Contohnya fosil dinousour dari zaman jurasik yang ditemui di benua
amerika selatan, afrika,dan juga china.

Bukti paleomagnet
 Bukti mengenai pindahan kutub
 Pengalihan dan putaran benua
 Pembalikan medan geomagnet

Bukti oseanik
 Bahan mendak lautan yang paling tua ditemui di lautan atlantik dan lautan
pasifik
 Walaupun kedua-dua lautan ini paling jauh tetapi bahan mendak yang ditemui
sama dari segi jenis dan usia.

c) teori hanyutan benua menjelaskan bahawa benua-benua sentiasa megalami
pergerakan antara satu sama lain kerana wujudnya arus perolakan yang panas di
dalam mantel bumi. Arus perolakan mampu menggerakan lapisan kerak bumi
yang dibahagikan kepada plat-plat tektonik.

Soalan 5

a) apakah yang dimaksudkan oleh teori plat tektonik? (10markah)


b) nyatkan cara-cara plat tektonik bergerak. (3markah)
c) huraikan gerakan pertembungan. (12markah)

Jawapan

a) plat dipecahkan kepada plat benua dan plat lautan.


Plat benua:
 Plat pasifik
 Plat amerika utara
 Plat amerika selatan
 Plat Eurasia
 Plat Africa
 Plat indo-australia
 Plat antartika

Plat lautan

 Plat pasifik
 Plat antartika

Plat- Plat ini sentiasa bergerak. Pergerakan ini disebabkan wujud pergerakan arus
perolakan magma yang panas di lapisan astenosfera.

b) Pertembungan, pencapahan dan perselisihan


c) Pertembungan plat berlaku antara plat benua dengan plat benua, plat lautan dengan
plat lautan, plat benua dengan plat lautan.
Apabila dua plat lautan bertembung:
 Plat yang tumpat terjunam ke bawah.
 Zon plat terjunam membentukan jurang lautan yang sangat dalam.
 Plat yang terbenam mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan
tekanan yang sangat tinggi.
 Plat yang cair membentuk magma. Magma membentuk barisan-barisan
gunung berapi di dasar laut.
 Barisan- barisan tersebut akan membentuk pulau dan rangkaan gunung
berapi.

Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua:

 Plat laut lebih tumpat. Plat benua terbenam ke bawah.


 Plat lautan mencair membentuk magma.
 Wujud jurang lautan
 Kerak bumi akan termampat dan menghasilkan gunung lipat.

Apabila plat benua bertembung plat dengan plat benua

 Pinggir plat mampat dan lipat


 Ia kerana terdapat tolakan dari kedua-dua arah plat yang
bertembung.
 Kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yang sama.
 Lapisan kerak bumi akan terlipat membentuk banjaran gunung
lipat.

Soalan 6

a) Huraikan gerakan perselisihan dan pencapahan. (10markah)


b) Jelaskan gegaran yang wujud apabila gempa bumi berlaku. (10markah)
c) Nyatakan 5 plat utama yang melibat dalam pergerakan kerak bumi.(5markah)

Jawapan

a) Perselisihan
 Berselisih sepanjang garis gelinciran.
 Garis sempadan berlakunya perselisihan ini dinamakan sebagai
sempadan neutral.
 Iaitu plat- plat yang tidak bertembung menjauhi antara satu sama lain
tetapi sekadar berselisih dan bergeseran sahaja.
 Fenomena yang sering terjadi ialah gempa bumi.

Pencapahan

 Plat- plat terpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain
 Menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi.
 Kesannya, sempadan pencapahan yang akan merekah.
 Wujud garis kelemahan pada kerak bumi yang membolehkan magma
yang panas dari lapisan mantel mengalir keluar.
b) Gegaran berlaku pada tiga peringkat. Iaitu, gegaran awal, gegaran utama, dan
gegaran penghujung. Kuat gegaran maka semakin besar gelombang seismic yang
dikeluarkan dan fenomena gempa bumi akan menjadi semakin dahsyat. Geseran
antara dua plat membolehkan tenaga terkumpul dalam teori kejadian gempa
bumi. Tenaga ini tidak boleh dipendamkan dan terpaksa dilepaskan.

c) plat benua:
 Plat pasifik
 Plat amerika utara
 Plat amerika selatan
 Plat Eurasia
 Plat Africa
 Plat indo-australia

Soalan 7

a) Kawasan manakah merupakan kawasan gunung berapi aktif dan lingkaran


api pasif ? (12 markah)
b) Huraikan zon yang stabil dan tidak stabil. (13 markah)

Jawapan

a) Di kawasan Sempadan antara plat-plat berlakunya pertembungan dan


pencapahan plat yang akan menghasilkan fenomena gunung berapi serta gempa
bumi. Di kepulauan Indonesia juga menjadi sempadan antara plat asia dengan
Australia. Kawasan ini merupakan kawasan gunung berapi aktif.

Plat Eurasia bersempadan dengan plat-plat pasifik di sepanjang siri jurang


lautan yang dalam. Di sempadan plat ini aktiviti gunung berapi dan gempa
bumi sangat aktif sehingga kawasan ini digelar sebagai ``lingkaran api
pasifik``.

b) Zon stabil
 Plat Eurasia, plat indo-sinian, plat indo-australia, plat pasifik stabil
sebagai zon yang stabil. Contoh Negara ialah Malaysia, Thailand,
Myanmar, Vietnam, laos dan kemboja. Negara-negara ini selamat
daripada mengalami gempa bumi dan gunung berapi.

Zon tidak stabil.

 Filipina dan Indonesia terletak di zon tidak stabil.


 Kepulauan Indonesia seringkali mengalami gempa bumi dan
mempunyai rangkaian gunung berapi yang aktif.
 Jurang lautan yang dalam dikenali sebagai jurang jawa yang terletak di
selatan pulau jawa.
Soalan 8

a) Nyatakan kedalaman laut dan lautan dunia pada masa kini.(6 markah)
b) Di perebakan dasar laut,
i. Bagaimanakah sempadan pencapahan wujud? (6 markah)
ii. Apakah berlaku di sempadan tersebut? (6 markah)
c) Apakah teori rebakan menyatakan? (7 markah)

Jawapan

a) Kedalaman laut dan lautan:


 Lautan pasifik(10924 m)
 Lautan atlantik(9219m)
 Laut india(7455m)
 Laut Caribbean(6946m)
 lautan artik (5625m)
 laut china selatan(5016m)
b) di perebakan dasar laut:
i. apabila magma yang panas dari lapisan mantel bertolak naik
ke lapisan kerak bumi yang menjadi dasar lautan maka dasar
lautan tersebut mengalami retakan. Tempat retakan ini
dinamakan sebagai sempadan pencapahan.
ii. Magma akan terus tertolak keluar dan memenuhi retakan
tersebut. Magma ini akan membeku seterusnya membentuk
permatang di dasar laut. Dasar lautan yang lama akan bertolak
ke sebelah bagi membolehkan dasar lautan yang baru
terbentuk. Dasar lautan yang lama mengalami rebakan.

c) Mengkaji batuan di dasar laut.batuan yang terletak berhampiran dengan


permatang lautan didapati lebih mudah beranding dengan batuan yang
terletak lebih jauh dari permatang lautan. Batuan yang berhampiran
permatang merupakan batuan yang baru terbentuk. Manakala batuan yang
lebih jauh dari permatang merupakan batuan lama terbentuk.

BAB 7: PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI

1 a] Huraikan kepelbagaian jenis lipatan dan gelinciran.

Lipatan
-Antiklin mempunyai lengan yang condong ke arah bertentangan dan mempunyai geologi atau batuan
tua di bahagian tengah lengkungnya Sinklin pula bertentangan dengan antiklin dan ia dientuk oleh
geologi yang muda di bahagian tengah lengkunya.

-Terdapat beberapa bentuk bumi dikaitkan dengan antiklin dan sinklin iaitu rabung antiklin dan
rabung sinklin. Rabung antiklin merupakan bahagian yang menonjol daripada permukaan bumi akibat
gelending ke atas lapisan batuan. Rabung sinklin ialah gelendingan ke bawah yang bersifat keras dan
tahan hakisan. Gelendingan timbul ke permukaan bumi sebagai 1 dataran yang sempit.

Gelinciran

-boleh dibahagikan kapada sesar biasa, sesar songsang, dan sesar rabak.

SESAR BIASA

-Berlaku apabila daya2 tegangan tarik kerak bumi dari bawah, dan akibatnya ada blok yang terangkat
atau terjatuh. Ini akan menghasilkan cerun sesar yang curam, lurus, dan ketinggian yang berbeza.

Tindakan ini menghasilkan geseran sesar pada permukaan blok batuan dan menyebabkan salah
satunya terangkat ke atas.

SESAR RABAK

-Berlaku apabila daya mampatan dan tegangan dikenakan ke atas lapisan kerak bumi dari kedua-dua
arah yang bertentangan dan hanya berlaku secara mendatar dan tidak melibatkan kenaikan dan
kejatuhan blok batuan. Kesannya ialah gempa bumi yang dahsyat.

1 b] Bincangkan empat kesan terhadap permukaan bumi akibat proses lipatan dan
gelinciran kerak bumi.

-Bentuk2 lipatan yang terjadi sebenarnya bergantung kepada kekuatan daya mampatan yang
dikenakan ke atas lapisan kerak bumi. Daya mampatan yang lemah mewujudkan permukaan bumi
yang beralun manakala daya mampatan yang kuat menghasilkan bentuk lipatan yang kompleks
sehingga membentuk banjaran2 gunung lipat yang berkilometer tingginya di atas permukaan bumi.
Pembentukan sistem gunung lipat sebenarnya berpunca daripada pertembungan plat2 tektonik yang

-Gelincirin atau sesar ialah retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan pada lapisan kerak bumi.
Daya dan tenaga endogenik dari dalam kerak bumi akibat tegangan dan mampatan akan bertindak
terhadap lapisan batuan dan menyebabkan lapisan batuan tersebut meretak atau merekah sehingga
lapisan batuan seolah-olah berbentuk blok yang disempadani oleh retakan.
-Proses tegangan dan mampatan yang berterusan membolehkan blok2 batuan (lapisan kerak bumi)
mengalami anjakan di sepanjang garis gelinciran.

2 a] Nyatakan perbezaan bentuk2 bumi igneus rejahan dan igneus terobosan.

Igneus rejahan Membeku di dalam lapisan2 kerak bumi maka ia akan menghasilkan pelbagai bentuk
bumi. Manakala igneus terobosan terhasil apabila cairan magma yang naik melepasi lapisan kerak
bumi, mengalir dan membeku di permukaan bumi dan ia akan menghasilkan bentuk bumi igneus
terobosan.Contoh igneus rejahan ialah daik, sil, lopolit, lakolit, pakolit ,batolit, manakala contoh
igneus terobosan ialah kon lava asid, kon lava bes, kon abu, kon komposit dan sebagainya.

2 b] Huraikan proses2 pembentukan bentuk bumi igneus rejahan dan igneus terobosan.

Ignes rejahan berasal daripada cairan magma yang panas yang berada jauh ke dalam bumi. Apabila
cairan magma itu bergerak ke atas, mengalir dan membeku di dalam lapisan2 kerak bumi maka ia
akan bumi igneus rejahan meliputi daik, sil, lopolit, pakolit, lakolit, dan batolit. Daik terbentuk apabila
menegak di lapisan kerak bumi. Sil terbentuk apabila magma membeku secara mendatar di antara
lapisan2 batuan terutama bagi batuan mendak. Lakolit terbentuk apabila magma mengangkat lapisan
sebelah atasnya menjadi bentuk kubah yang juga membeku di lapisan kerak bumi. Lopolit mempunyai
bentuk yang bertentangan dengan lakaolit. Ia terjadi sekiranya magma membeku di dalam lapisan
kerak bumi mengikut lengkung kerak bumi tersebut. Batolit pula terbentuk hasil daripada sekumpulan
magma yang membeku secara besar2 di lapisan kerak bumi. Pakolit terbentuk apabila magma
membeku di bahagian puncak lintap mungkum (antiklin) atau sinklin. Bentuk pakolit dan lakolit
adalah sebuah kanta.

Igneus terobosan pula terjadi apabila magma dari lapisan mantel bumi mengalir keluar dan membeku
di permukaan bumi. Oleh itu bentuk ini banyak dicirikan oleh aktiviti gunung berapi yang meletus dan
memuntahkan lavanya. Di antara contoh bentuk bumi jalar luar ialah seperti kon gunung berapi, lava
bes, kon abu, kon komposit, penara basalt, krater dan kaldera.

3] Jelaskan perbezaan lava bes dengan lava asid.

-Tahap kecairan lava asid adalah sangat likat, pekat, melekit dan mengalir dengan perlahan sahaja.
Manakala tahap kecairan lava bes pula cair dan mengalir dengan laju.

-Tahap pembekuan lava asid ialah ia cepat membeku di permukaan bumi dan jarak alirannya adalah
dekat. Manakala lava bes pula tahap pembekuan adalah lambat dan dapat mengalir lebih jauh di
permukaan bumi.
-Kandungan mineral dalam lava asid ialah kaya dengan silika manakala lava bes pula kaya dengan
besi dan magnesium.

-Takat peleburan lava asid mempunyai takat lebur yang tinggi manakala lava bes mempunyai takat
lebur yang rendah sangat panas.

-Suhu lava asid ialah 800 celcius hingga 1000 celcius dan suhu lava bes pula 1100- 1200 celcius.

-Kadar letupan lava asid adalah menghasilkan letupan yang kuat kerana banyak mengandungi gas
yang berada di bawah pengaruh tekanan yang tinggi manakala lava bes menghasilkan letupan yang
kecil kerana gas2 berada di bawah tekanan tinggi dalam dalam lava ini adalah sedikit.

4 a] Terangkan saiz dan 4 faktor yang menghasilkan gunung berapi yang beranika
bentuk dan saiz.

-Jenis bahan yang yang diletuskan : Keanekan bahan yang diletuskan akan mempengaruhi
kepelbagaian rupa yang berapi. Misalnya lava bes akan membentuk gunung berapi perisai yang
bercerun landai dengan ukur lilitnya yang sangat besar kerana lava bes adalah cair dan dapat mengalir
jauh sebelum membeku. Sebaliknya, lava asid pula menghasilkan gunung berapi berkubah dengan
cerun yang curam, kerana lavanya sangat likat dan tidak mampu mengalir jauh.

-Sifat dan jenis letusan: Letusan yang senyap dan utama dan menyumbatkannya, maka lava terpaksa
mencari jalan keluar yang lain.Tekanan daripada dalam gunung berapi boleh mewujudkan lohong-
lohong cawangan yang baru yang membolehkan lava mengalir keluar lalu membentuk kon serba
ragam.

-Kuantiti lava dan bahan piroklas yang keluar: Saiz gunung berapi amat bergantung kepada kuantiti
lava yang dikeluarkan lebih banyak bahan yang dikeluarkan maka lebih besar gunung berapi akan
terbentuk. Namun begitu kekuatan letupan boleh mempengaruhi saiz gunung berapi. Apabila letusan
kuat berlaku kemungkinan besar boleh mengecilkan atau memusnahkan gunung berapi yang sedia ada.

4 b] Nyatakan jenis dan taburan gunung berapi

-gunung berapi boleh dibahagikan kepeda 3 jenis iaitu gunung berapi hidup, gunung berapi pendam,
dan gunung berapi mati.

-Gunung berapi hidup ialah gunung berapi yang selalu meletus dan sangat aktif. Terdapat kira2 500
gunung berapi yang masih aktif di dunia. Contohnya gunung etna,gunung pelee dan sebagainya.

-Gunung berapi mati ialah gunung berapi yang tidak aktif dan tidak akan meletus lagi walaupun ia
pernah meletus sebelumnya. Contohnya gunung berapi kilimanjaro afrika.
-Gunung berapi pendam ialah gunung berapi yang pernah meletus dan akan meletus lagi pada masa
hadapan. Gunung berapi jenis ini akan meletus sekali dalam jangka masa yang panjang. Contohnya
ialah berapi fujiyama di jepun dan gunung berapi vesuvius di itali.

5 a] Jelaskan jenis-jenis sesar

Sesar boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu sesar biasa, sesar songsang, dan sesar rabak. Sesar biasa
berlaku apabila adanya daya- daya tegangan yang menarik kerak bumi atau blok batuan yang menolak
kerak bumi dari bawah. Akibat tarikan dan tolakan ini ada blok yang terangkat atau terjatuh. Sesar
jenis ini mempunyai garis gelinciran yang berkeadaan curam atau hampir tegak.
Sesar songsang terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok
batuan dari dua arah yang bertentangan.Tindakan ini menghasilkan garisan sesar pada permukaan
blok batuan tersebut dan seterusnya menyebabkan salah satu daripada blok batuan tersebut terangkat
atau terjulang ke atas.
Sesar rabak pula berlaku apabila daya mampatan dan tegangan yang dikenakan ke atas lapisan
kerak bumi pergerakan menjadi secara melintang pada blok-blok batuan tersebut dari dua arah yang
bertentangan. Pergerakan ini hanya berlaku secara mendatar dan tidak melibatkan sebarang kenaikan
atau kejatuhan ke atas blok batuan.

5 b] Jelasakan perbandingan antara kesan2 sesar biasa dan sesar rabak.

Kesan sesar biasa akan menghasilkan cerun sesar yang curamdan lurus dengan ketinggian
yang berbeza2 mengikut ketinggian anjakan blok yang telah berlaku. Selain itu terdapat banyak garis
gelinciran di satu tempat dan akan mengalami beberapa kali sesaran secara bersiri dan jenis sesar yang
terbentuk ialah sesar bertangga. Sekiranya terdapat dua atau lebih sesar biasa berkeadaan selari, maka
terdapat blok batuan yang mengalami kenaikan dan kejatuhan secara berselang-seli. Blok batuan yang
jatuh akan membentuk lurah yang dalam dikenali sebagai garben manakala blok yang terangkat akan
membentuk gunung bongkah yang dikenali sebagai horst.
Kesan sesar rabak ialah berlaku pergerakan secara melintang pada blok2 batuan dari kedua-
dua arah yang bertentangan. Pergerakan ini hanya berlaku secara mendatar dan tidak mewujudkan
cerun serta tidak terdapat ganguan di atas lapisan batuan yang dialami semasa sesar ini terjadi
menghasilkan gempa bumi yang dahsyat.

6 a] Huraikan tentang bahan-bahan yang dikeluarkan oleh letusan gunung berapi.

-Letusan gunung berapi akan mengeluarkan lava. Lava ialah magma yang mengalir di permukaan
bumi.Lava terbahagi kepada Lava asid dan lava bes.Kedua-dua jenis lava mempunyai ciri-ciri yang
berbeza antara satu sama lain. Ciri- ciri fizikal yang dikaitkan dengan sesuatu jenis lava ialah keadaan
suhu,kelikatan dan darjah keletupan.

-Letusan gunung berapi juga keluarkan bahan-bahan piroklas. Bahan- bahan ini terdiri
daripada serpihan batuan dan batu tongkol serta debu2 yang halus. Bahan2 ini dibahagikan
kepada ‘bom gunung berapi” , lapili, dan abu gunung berapi. Bom gunung berapi ialah
bongkah batuan pejal atau serpihan batuan yang berdiameter beberapa cm hingga 30cm
manakala lapili ialah partikal pejal yang lebih kecil dan berdiameter hingga 4-25mm. Abu
gunung berapi ialah partikal yang berdiameter kurang daripada 4mm. Partikal ini halus dan
ringan seperti debu dan habuk yang boleh diterbangkan oleh angin hingga berpuluhan2
kilometer jauhnya.

BAB 8: PROSES PEMBENTUKAN LANSKAP DIKAWASAN TROPIKA LEMBAB

Soalan (1)

a) Nyatakan jenis-jenis luluhawa (3markah)


Antara jenis-jenis luluhawa ialah luluhawa kimia, luluhawa fizikal, dan luluhawa biologikal.

b) Huraikan konsep luluhawa (5markah)


Satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlak secara in-situ
akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa seperti air hujan,perubahan suhu, tindakan ibun,
mikro organisma keatas batuan sehingga batuan tersebut mengalami pemecahan kepada saiz
yang lebih kecil atau terurai menjadi bahan batu seperti larutan,tanih regolit dan sebagainya.

Soalan (2)

a) Berikan definasi luluhawa kimia (5markah)

Proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindak balas
dengan air, asid, ion dan larutan-larutan sehingga mineral batuan tersebut bertukar dari
peringat primer kepada peringat sekunder.

b) Jelaskan proses-proses luluhawa kimia atau luluhawa dalaman (10markah)

Proses larutan(Solution)

Akibat tindakan air hujan atau air larian yang bertidak sebagai pelarut. Air berupaya
melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsium dan kalsium karbonat menjadi
hasil larutan. Kuantiti hasil larutan bergantung kepada kuantiti air yang ada dan kadar
kelarutan setiap mineral yang membentuk batu. Contotnya kalsium dan natrium.

Proses pengarbonan

Tindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan karbonat batu (kapur). Hujan yang
turun akan bersepadu dengan karbon dioksida di udara membentuk asid karbonik. Pesamaaan
tindak balas kimia ialah:

H2O + CO2 = H2CO3

Air Karbon dioksida Asid karbonik

Asid karbonik berupaya menguraikan batuan apabila ia bertindak balas dengan kalsium
karbonat (batu kapur) menghasilkan larutan kalsium bikarbonat.

Persamaan tindak balas kimianya ialah:

H2O3 + CaCO3 = Ca(HCO3)2

Asid karbonik kalsium karbonat Kalsium Bikarbonat

Oleh sebab itu batu kapur mudah mengalami luluhawa.

Proses penghidaratan

Penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut mengalami
tegasan dan pengembangan. Contohnya besi oksida menyerap air menjadi besi hidroksida.
Buktinya hematit merah telah menukar kepada limonit kuning dengan proses penghidratan

2FEO2 + 3O2 = 2FE2O2 3H2O

Hematit merah Oksigen Limonit kuning

Proses Pengksidaan (Oxidation)

Proses tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan yang menyebabkan
mineral tersebut teroksida
4FE 3O2 = 2FEO3

Ferum + Oksigen Ferum oksida

Proses Chelasi

Proses pembendungan satu ion antara agen-agen chelasi yang dikeluarkan oleh tumbuhan
dengan ion mineral dalam batuan seperti ion ferum. Pembendungan ini menyebabkan batuan
mengembang. Agen-agen chelasi boleh dikeluarkan oleh tumbuhan yang hidup di permukaan
batuan seperti lumut dan kulampair. Semasa menyerap makanan dan zat galian menerusi akar
higroskopinya tumbuhan tersebut akan mengeluarkan sejenis asid yang dikenali sebagai asid
chelasi. Asid ini berupaya bertindak balas dengan ion mineral tersebut mengalami penguraian.

Huraikan lima bentuk muka bumi yang terhasil akibat proses luluhawa kimia di
kawasan tropika lembab (10 markah).

Topografi

Rupa muka-rupa muka yang terdapat di kawasan karst ialah termasuk batu
kapur,stalaktit,stalagmit, tiang kalsit, sungai bawah tanah, lubang layang-layang dolina, uvalia
dan juga porje. Kewujudan ini menunjukkan keberkesanan poses larutan dan pengarbonan
dalam luluhawa dalaman. Kedua-dua tindak balas tersebut merurakan proses asas yang boleh
membentuk, mengukir, dan memperkembangkan rupa muka di kawasan karst. Pandangan ini
banyak terdapat di kepulauan Papua New Guinea, Kepulauan Indonesia, sekitar Pulau
Lngkawi.

Grike dan Clint

Terhasil akibat luluhawa dalaman di kawasan batu kapur.Batu kapur mempunyai banyak
rekahan. Air hujan akan meresap ke dalam batu kapur. Air hujan ini akan melarutkan kalsium
karbonat di sepanjang dinding rekahan tadi. Proses larutan yang berterusan akan
memperdalam dan memperlebarkan rekahan-rekahan berkenaan membentuk jurang dan lurah
yang dikenali sebagai grike manakala bongkah-bongkah yana dikelilingi oleh grike tadi
dinamai klint.

Tors dan Inselberg

Luluhawa kimia bertindak mereput dan menguraikan struktur batuan bukit yang kemudian
dihakis dan diangut oleh hakisan air meningalkan sisa-sisa yang keras, tahan serta tertonjol di
permukaan bumi.Manakala inselberg pula merupakan tonjolan- tonjolan batuan dari dalam
bumi setelah muka umi di sekitarnya diluluhawa, dihakis- angut dan direndahkan.
Kebanyakan proses yang bertindak merendahkan muka bumi sekitar sehingga tertonjolnya
batuan ialah proses hidrolisis, larutan dan juga hidrasi. Inselberg banyak terdapat di Afrika
Selatan, Ghana dan Nigeria.

Regolit seperti Tanah laterit dan Tanah liat

Tanah liat dan tanah laterit di tropika lembah mempunyai lapisan yang tebal yang
menunjukkan batuan mengalami pereputan dan penguraian sepenuhnya. Pembentukkan tanah
liat berkait rapat dengan proses hidrolisis terhadap batuan feldsfar iaitu;

Orthoclase felsfar + Asid Karbonik + Air =

Kalium Karbonat + kaolin [Tanah Liat] +Kuartza [Pasir]

Tanah laterit pula berkait rapat dengan proses pengoksidaan. Kepentingan proses
pengoksidaan dalam kejadian tanah laterit boleh dilihat pada longokkan seskuioksida besi
yang terdapat pada lapisan A tanah laterit ini. Warna keperangan pada seskuioksida besi
membuktikan sebatian ini telah mengalami proses pengoksidaan yang begitu hebat.Pada
sesetengah tempat longokkan seskuiosida besi mencapai ketebalan 10 meter yang
menyebabkan sebahagian besar tanah laterit berwarna keperangan.

Soalan 3

a) Senaraikan proses-proses luluhawa kimia. (6markah)

I. Larutan
II. Penkarbonan
III. Hidrolisis
IV. Hidrasi
V. Pengoksidaan
VI. Celasi

b) Jelaskan faktor – faktor mempengaruhi luluhawa (10 markah)

Faktor iklim

Dua anasir iklim yang mempengaruhinya ialah hujan dan suhu. Luluhawa amat bergantung
kepada air sebagai agen pereput batuan. Proses luluhawa seperti larutan, hidrasi, pengarbonan
dan hidrolisis bergantung kepada air sama ada dalam bentuk larutan, asid lemah atau ionik
sebagai agen-agen pengurai ikatan mineral batuan.

Kawasan tropika mendapat air yang banyak daripada air hujan, air sungai, air panah, dan wap-
wap air yang disumbangan oleh tumbuhan. Keadaan ini telah menjamin proses pembasahan
batuan secara berterusan dan membolehkan luluhawa berlaku dengan aktif tanpa tergendala.
Ini boleh dibuktikan lalui penebalan pofil regolit luluhawa yang terhasil mengikut zon iklim
yang berlainan.

Faktor suhu

Kawasan tropika lembab mempunyai purata suhu tahunan yang tinggi sepanjang tahun iaitu
antara 27-32 darjah celsius dan beza antara suhu harian yang kecil yang membolehkan operasi
kimia berlaku dengan kesan.

Faktor biotik

Dua elemen yang mempengaruhi ialah sifat tumbuhan dan mikro oraganisma.

Bekalan organik daripada reputan tumbuhan. Bekalan organik tersebut akan membekalkan
asid humik dan asid fulvik.

Asid ini merupakan agen pereput dan peluluh mineral yang berkesan apabila terkena batu.
Bekalan tersebut megeluarkan larutan –larutan tanah, koloid dan mineral seperti silika
mereput dan melarut dan mempercepatkan tindak balas kimia. Iaitu dengan larutan tersebut
bertemu dengan mineral batu.

Mikro oraganisma seperti bakteria mempercepatkan pembentukan humus dengan cara


mencampurkan sarap organik.

Faktor geologi

Ciri –ciri geologi yang mempengaruhi keberkesanan luluhawa di kawasan tropika lembab
dengan kestabilan mineral, struktur, dan tekstur, jenis batuan, rekahan serta sifat-sifat
porositinya.Jenis batuan yang lembutan seperti batu kapur mudah mengalami luluhawa .
Kepadatan rekahan berkeadaan menegak akan mengalami perluluhawan kerana
membenarkan asid, air dan larutan-larutan tanah menebusinya.

Faktor relief, aspek, dan masa.

Relief merujuk kepada keadaan cerun. Keadaan cerun yang landai dan bertanah pamah
mudah mengalami luluhawa. Ini kerana kawasan ini mengalakan kadar susupan dan simpanan
air tanah berbanding dengan kawasan cerun curam yang mengalakkan hakisan larian air
permukaan.

Soalan (4)

a) Apakah dimaksudkan dengan luluhawa fizikal. (4markah)

Proses pnyerpayaian atau pemecahan batuan.Akibat tindakbalas unsur-unsur iklim maka


batuan akan dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil tanpa menukarkan sifat-sifat kimia.

b) Huraikan proses-proses luluhawa fizikal. (8markah)

Luluhawa fizikal berlaku apabila tindakbalas unsur-unsur iklim maka batuan akan dipecahkan
kepada saiz yang lebih kecil tanpa menukarkan sifat-sifat kimia. Saiz batuan sahaja berubah.
Kehadiran ’daya tegasan yang secukupnya menyebabkan berlakunya pemecehan batuan.

Daya tegasan ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan diatas satu unit keluasan seperti
dinding-dinding rekahan sehingga dinding-dinding tersebut mengalami ketegangan dan
akhirnya penyapaian berlaku keatas rekahan batuan berkenaan. Proses-proses luluhawa
berlaku menerusi dengan pengembangan dan pengecutan akibat perubahan suhu yang ekstrem
pembasahan dan pengeringan batuan, tindakan ibun atau fros penghabluran garam dan
perlepasan tekanan. Pengembangan akan dialami oleh batuan sekiranya terdapat julat suhu
harian yang besar di kawasan seperti gurun panas.

c) Terangan bentuk-bentuk pemecahan batu dalam proses luluhawa fizikal. (8markah)

Penyepaian bongkah

Berlaku pada batuan yang bersendi atau mempunyai rekahhan bersegi empat. Pengembangan
dan pengecutan berlaku disepanjang sendi tersebut dan pentepaian terjadi mengikut sendi
berkenaan sehingga menjadi bongkah-bongkah segi empat.

Penyepaian berbutih

Berlaku pada batuan yang mempunyai mineral didalamnya. Contohnya batuan granit yang
mengandungi mineral kuartza. Mineral yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan
lebih cepat tersingkir daripada jisim asal kepada seripihan batu.

Pengelupasan

Berlaku kepada struktur batuan yang berlapis –lapis. Kadar pengembangan dan pengecutan
mengalami adalah berbeza. Pada waktu siang,lapisan luar lebih cepat panas dan
mengembang ;sebalikya pada waktu malam lapisan luar cepat sejuk dan mengembang.Tetapi
lapisan dalamnya pada waktu alam tetap panas; keadaan ini membawa kepada pengelupusan
iaitu berlaku secara berlapis-lapis. Pemecahan ini menghasilkan kulit-kulit kelupasan dan
serpihan batu.

Soalan (5)

a) Nyatakan proses-proses gerakan jisim.(4markah)

Aliran lambat, aliran cepat, geluncuran, runtuhan

b) Apakah proses-proses yang terdapat dalam aliran lambat.(4markah)


Kesotan tanah-tanih kesotan talus, kesotan batuan, kesotan batu glasier, gelangsaran

c) Huraikan aliran lambat. (7markah)

Melibatkan pergerakan regolit dan tanah-tanih secara prlahan-lahan menuruni cerun dan juga
dikenali sebagai kesotan.tidak lihat dalam mata kasar tetapi boleh mengenali dengan kesan-
kasan yang wujud di atas permukaan cerun seperti tiang elektrik, tiang telefon.Pergerakan
regolit ini berlaku di atas permukaan cerun yang landai dan melibatkan kedalaman dari
beberapa sentimeter kebeberapa meter ke bawah muka cerun. Proses ini mengambil jangka
masa yang perlahan.Terdapat beberapa faktor mempengaruhi proses aliran lambat iaitu,cerun
yang landai, tidak terlalu curam,dan muka cerun tersebut tidak dilitupi oleh tumbuban yang
tebal yang digondolkan oleh manusia. Faktor cerun mempengarui peranan tarikan graviti dan
cengkaman regolit dengan permukaan cerun.Selain itu, faktor hujan menambahkan berat jisim
di atas cerun apabila ruang-ruang udaranya dipenuhi air. Keadaan ini memyebabkan cerun
menjadi tidak stabil dan menambahkan kelicinan permukaan untuk memudahkan pergerakkan
regolit ke bawah cerun.

(d) Jelaskan lima langka untuk mengawal gerakkan jisim. (10markah)

Langkah perundangan

Menubuhkan unit cerun negara bagi melakasanakan kerja-kerja rondaan dan pemantauan
yang berterusan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi \ bercerun
curam.Mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang melanggar peraturan EIA.
Mewartakan kawasan cerun bukit yang tidak boleh diusih untuk pembangunan dan dikekalkan
dalam keadaan semula jadi.

Langkah pengurusan

Menanam pokok-pokok perlindung yang kekal diatas permukaan cerun bukit agar proses
kestabilan cerun secara semula jadi terpelihara.Membina benteng serta tembok penahan di
kaki cerun yang tidak stabil dan berisiko untuk runtuh. Menggunakan sungkupan plastik di
atas permukaan cerun yang tidak stabil yang bersifat sementara. Memperbaiki sistem saliran
dan laluan air di permukaan cerun dengan menyediakan sistem perparitan, longkang , sistem
pembentungan air buangan di permukaan cerun. Memotong cerun mengikut spesifikasi yang
ditetapkan seperti tidak melebihi 45 darjah.

Langkah pendidikan
Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada semua lapisan
masyarakat.Peranan media cetak dan elektronik untuk menganjurkan kursus-kursus seminar.

Soalan 6

a) Nyatakan proses-proses aliran cepat dalam gerakkan.( 3markah)

Aliran tanah ,aliran lumpur, puin saji runtuh.

b) Jelaskan proses aliran cepat. (7 markah)

Melibatkan pergerakkan regolit, tanih ,dan lumpur pada kadar lebih cepat dan di atas cerun
yang lebih curam berbanding dengan aliran lambat. Jisim regolit memerlukan banyak air atau
berada dalam keadaan yang lembab untuk pergerakkan hujan memainkan peranan sebagai
agen penggangkut regolit seperti tanah lumpur. Cerun-curam menyebabkan regolit seperti
tanah dan lumpur bergerak cepat. Kegiatan manusia seperti pembalakan akan menyebabkan
berlakunya proses aliran cepat. Proses ini menyebabkan berlaku banjir dan tanah runtuh.

c) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses aliran cepat. (4markah)

Kecerunan

Cerun yang lebih curam menyebabkan berlakunya aliran tanah. Regolitnya mudah bergerak
di cerun yang lebih curam dengan tidak terhad dalam alurnya.

Tindakan manusia

Aktiviti manusia seperti pembalakkan meninggalkan kayu,dahan dan sampah sarap akan
terkumpul membentuk empangan sementara menakung air dengan cepat dan akhirnya, pecah
apabila takat tepunya diatasi oleh curahan yang lebat.

d) Jelaskan langkah-langkah kestrukutaran untuk mengawal gerakkan jisim.


(10markah)
Menanam pokok-pokok perlindung yang kekal diatas permukaan cerun bukit agar proses
kestabilan cerun secara semula jadi terpelihara.Tumbuhan seperti, rumput dan pokok buluh
boleh ditanah.

Membina benteng serta tembok penahan di kaki cerun yangtidak stabil dan berisiko untuk
runtuh. Kaki cerun yang dipotong ditarah mengelahkan runtuh.

Menggunakan sungkupan plastik di atas permukaan cerun yang tidak stabil.Ia bersifat
bersementara.

Memperbaiki sistem saliran dan laluan air dipermukaan cerun. Ia menyediakan sistem
perparitan,longkang,sistem pembentungan air buangan di permukaan cerun. Boleh dibuat
secara berteres dari bahagian cerun atas hingga ke bawah demi mengelahkan limpahan air
permukaan dan ketepuan tanih.

Memotong cerun mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti tidak melebihi 45’dan
membina teres-teres di permukaan cerun bukit agar halaju larian air permukaan boleh
diperlahankan.

Soalan 7

a) Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa biologi (markah)

Merujuk kepada tindakan tumbuhan,haiwan,mikroorganisma dan manusia sama ada secara


fizikal atau kimia yang dapat memecah dan menguraikan batuan.

b) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa. (4markah)

Hujan, suhu, kelembapan udara, geologi, biotik, relief, dan manusia

c) Terangkan proses luluhawa biologi . (10markah).

Tindakan tumbuhan.

Akar-akar pokok kursusnya sistem akar tunjang boleh menjalar ke dalam tanah dan memasuki
rekaan batuan. Apabila akar membesar di dalam rekaan maka menekan dinding rekaan,
melebar dan memecahkannya. Rekaan yang dimasuki oleh akar tumbuhan mempercepatkan
kemasukkan air untuk luluhawa kimia beroperasi jauh ke dalam tanah.

Tindakan organisma.
Tindakan haiwan yang menggali lubang seperti tikus turut melemahkan struktuk kebatuan
untuk bertindak.Microorganisma seperti lumut yang terdapat di permukaan batu akan
mengeluarkan asid organik semasa menyerap zat-zat kalian dari dalam batu. Tindak balas asid
organik seperti asid chelasi dengan mineral batuan akan mempercepatkan penguraian batuan.

Tindakan manusia.

Aktiviti manusia mempercepatkan kadar luluhawa batuan dengan menerusi aktiviti


penyahutanan, pembinaan jalan raya dan perlombongan akan mendedahkan batuan di dalam
kepada agen-agen luluhawa kursusnya sinaran matahari dan air hujan. Oleh itu, batuan mudah
dipecah dan dihuraikan. Aktiviti pertanian dan perindustrian pula membebaskan bahan-bahan
kimia seperti bajak,racun serangga.

Soalan 8

a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi gerakkan jisim. (5markah)

Kecerunan, jenis batuan hujan litupan tumbuh-tumbuhan, gegaran, tindakan manusia dan
haiwan

b) Apakah memaksudkan dengan gelencuran. (4markah)

Melibatkan pergerakkan tanah-tanih regolit dan bongkak batuan secara besar-besar di cerun-
cerun yang curam dan hampir tegak. Proses ini berlaku lebih cepat dan secara tiba-tiba
berbanding dengan proses dalaman aliran cepat

c) Jelaskan tentang proses gelencuran. (10markah)

Robohan ialah sejenis gelencuran yang melibatkan bongkak batuan di suatu cerun-curam yang
berbentuk cengkung seperti cerun-cerun gunung.Berlaku apabila lapisan batuan yang lebih
berat terletak di atas lapisan-lapisan batuan yang lebih lembut.Beban batuan berat di atasnya
menyebabkan lapisan batuan keras dan berat di atas turut bergerak menuruni cerun.

Gelencuran puin melibatkan pergerakkan serpihan batuan di suatu cerun-curam.Pergerakkan


ini mengangkut regolit yang kurang padat dan lebih kering.

Gelencuran batuan lebih aktif berlaku di lapisan batuan tersusun secara menyerong dengan
kecerunan kira-kira 20 darjah.
Faktor yang mempengaruhi ialah keadaan cerun yang sangat curam dan hampir tegak yang
menghasilkan perbezaan antara tenaga graviti dan kinetik dengan daya cengkaman yang lebih
besar sesuai dengan memerlukan gerakkan. Terdapat banyak bahan-bahan tanih yang
menyerap air daya ikatan yang lemah serta permukaan yang licin.

d) Jelaskan langkah langkah perundangan untuk mengawal gerakkan jisim.(6markah)

Menubuhkan unit cerun negara bagi melaksanakan kerja-kerja rondaan dan pemantawan yang
berterusan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan tanah.

Mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang melanggar peraturan EIA . Tindakan
makama seperti atau kompaun. Mewartakan kawasan cerun bukit yang tidak boleh diusik
untuk pembangunan dan dikekalkan dalam keadaan semula jadi. Misalnya melalui akta hutan
simpan 1984.

Soalan 9

a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar gerakkan jisim. (4markah)

Jenis bahan,kecerunan cerun,kandungan air sebagai pelincir dan litupan tumbuhan. Manusia

b) Huraikan bagimanakah fenomena pergerakan jisim dipercepatkan oleh aktiviti


manusia. (11 markah)

Aktiviti pemotongan penerasan dan peratan cerun bukit untuk dibina petempatan dan jaringan
pengangkutan.

Aktiviti penimbusan tanah lembab seperti paya untuk dijadikan pelbagai jenis tapak bina,ini
menggalakkan tanah rendah.

Aktiviti penyahutanan seperti pembalakkan yang menyebabkan bukit tergondol dan muka
bumi hilang perlindungan.

Aktiviti penggorekkan dan penebukkan,pembinaan jalan raya dan perlombongan.


c) Huraikan langkah-langkah untuk megurangkan tanah runtuh di kawasan cerun
lebuh raya di Malaysia. (10markah)

Membina benteng serta tembok penahan di kaki cerun lebuh raya.Kaki cerun yang dipotong
dan ditarah perlu distabilkan dan diperkuatkan.

Menanam pokok sepanjang permukaan cerun berhampiran lebuh raya untuk menstabilkan
cerun supaya tidak runtuh. Menggunakan sungkupan plastik di atas permukaan cerun untuk
menstabilkan cerun untuk sementara daripada runtuh.

Memotong cerun mengikut spesifikasi yang diteapkan iaitu,tidak melebihi 45 darjah dan
membina teres-teres di permukaan cerun bukit.

Mengadakan kempen kesedaran tentang runtuhan tanah sepanjang lebuh raya.

BAB 9: GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRAN DAN PINGGIR PANTAI.

Soalan 1

1) a) Apakah dimaksudkan dengan hakisan (4markah)

Proses pengausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen-agen yang
bergerak seperti air mengalir angin dan ombak dan glasier.

b) Jelaskan proses hakisan (7markah)

Proses hakisan terjadi kerana adanya tenaga kinetik dan geseran semasa agen-agen hakisan
seperti air mengalir angin, ombak dan glesier bergerak menuruni permukaan bumi.

Terdapat dua konsep hakisan iaitu hakisan geologi dan hakisan tanih. Hakisan geologi –proses
hakisan yang berlaku di bawah keadaan semula jadi. Hakisan ini berlaku secara perlahan-
lahan dan mengambil masa yang lama dan melibatkan keseluruhan permykaan bumi.Hakisan
tanih –proses hakisan yang berpinca daripada manusia apabila manusia menganggu keadan
semula jadi alam sekitar. Ia berlaku di permukaan bumi terdedah akibat aktiviti-aktviti
manusia.
Agen –agen yang menyebabkan berlakunya hakisan di permukaan boleh dibahagikan kepada
empat jenis iaitu hakisan percikan air, kepingan, galir,galur.

c) Huraikan proses hakisan galir. (7 markah)

Hakisan di dalam alur-alur yang kekal dan mempunyai air semasa hujan lebat. Alur-alur ini
lebih besar daripada gegalur dan biasanya wujud lebih lama. Hakisan galir terhad di dalam
alur-alur kekal salja.Hakisan ini disamakan sebagai hakisan sungai. Di dalam alur –alur yang
besar dan kekal ini berlangsung pelbagai jenis mekanisme hakisan sungai seperti hakisan
larutan, hakisan hidraulik, hakisan lagaan serta hakisan kikisan.

d) Huraikan proses hakisan galur (7markah)

Hakisan di kawasan permukaan cerun yang lebih meluas.Permukaan cerun terdiri daripada
alur-alur air yang kecil dikenali sebagai gegalur yang berlakunya proses hakisan permukaan
sama-sama dengan limpahan air yang meluas tadi.

Galur ialah satu unit alur yang paling kecil terbentuk di atas permukaan cerun dan bersifat
sementara galur yang dibentuk oleh satu hujan lebat sering tadi terhapus oleh hujan lebat
berikut. Kesan-kesan gegalur mudah dilihat di tebing-tebing cerun yang sudah dipotong atau
ditarah.

Soalan 2

2) a) Nyatakan jenis-jenis hakisan permukaan. (4markah)

Hakisan percikan air hujan hakisan galur,hakisan galir

b) Terangkan hakisan larian air permukaan (6markah)

Larian air permukaan dikenali juga larian Hortan. Hakisan ini dihasilkan daripada baki air
yang tertinggal di permukaan setelah ditolak dengan yang tersejat ke udara, yang meresap ke
dalam bumi dan yang digunakan oleh tumbuhan selepas kerpasan(hujan) berlaku.

Formula larian air permukaan seperti

Larian air permukaan=Jumlah hujan-(sejatan +susupan+yang diguna oleh tumbuhan)


Baki air yang tertinggal di permukaan ini mempunyai kuasa untuk mengakis ,menghaus,
memusnahkan partikel-partikel tanah di atas permukan cerundan menggangkutnya menuruni
cerun-cerun tersebut ke kawasan yang lebih rendah sebelum dimendapkan. Keupayaan larian
air permukaan untuk mengakis adalah disebabkan ia memilihki tenaga potensi dan tenaga
kinetik. Hakisan larian air permukan berlaku beberapa cara iaitu larian permukaan, larian sub
permukaan, larian tepu dan larian air dalam alur-alur kecil.

c) Jelaskan factor-faktor yang mempengaruhi kadar hakisan larian air permukaan.


(10markah)

Kuantiti hujan dan bentuk hujan mengikut masa.

Semakin banyak hujan maka kadar hakisan larian air permukaan semakin tinggi. Ini kerana
bekalan air hujan yang banyak akan menambahkan lagi tenaga potensinya untuk mengakis.
Bagi larian jenis tepu dan aliran interak kuantiti air yang banyak tidak menambahkan kuasa
hakisannya, sebaliknya ia berkurang kerana larian air tersebut sudah mencapai peringkat tepu
maka penambahan hujan selanjutnya tidak mampu lagi mencampurkan bahan tanih dengan air
liang-liang pori tanih kesemuanya dipenuhi oleh air.

Geologi setempat

Ciri-ciri geologi akan mempengaruhi kadar susupan atau infiltrasi air hujan. Kepesatan
infiltrasi berkait rapat dengan ciri-ciri geologi seperti keporosan peratus liang pori struktur
dan kadar susupan dengan kadar larian air permukaan mempunyai hubungan song sang iaitu
kadar susupan tinggi larian air permukaan akan menjadi tinggi. Contohnya, batu pasir yang
bersaiz kasar mempunyai kadar susupan yang tinggi ekoran daripada peratus liang pori yang
dimiliki adalah banyak.

Kecerunan

Dirujukkan kepada dua elemen iaitu cerun curam dan cerun landai. Semakin curam sudut
cerun maka halaju pergerakan larian air permukaan semakin tinggi kadar hakisanya. Keadaan
sebaliknya berlaku apabila cerun itu menjadi semakin landai. Bentuk cerun mempengaruhi
kadar larian air permukaan. Cerung cengkung biasanya mengalami kadar hakisan yang kuat
berbanding dengan cerun cenbung.Ini disebabkan sudut tuju larian air permukaan bagi cerun
cengkung adalah lebih tepat berbanding dengan cerun cembung

Tumbuhan

Jenis dan ketebalan tumbuhan berfungsi untuk menutupi dan melindungi cerun daripada
ditimpa air hujan dan dihakis hangkut oleh hakisan tersebut. Contohnya,

hutan primer kanopinya tebal berlapis-lapis akan melakukan proses cegatan silara (pintasan)
yang baik menapis dan menempan air hujan daripada menimpa secara langsung keatas
permukaan cerun.

Soalan 3

(a) Nyatakan Faktor yang mempercepatkan proses hakisan. (5markah)

 Penyang hutanan( pembalakan pertanian dan pnternakan)


 Aktiviti pertanian
 Pembinaan bangunan
 Aktiviti mengubah, melurus dan mendalamkan lurah alur sungai

(b) Huraikan penjanaan hakisan tanih. (10markah)

Boleh berlaku secara semulajadi tetapi kadarnya kini ipercepat oleh aktiviti manusia terdapat
pelbagai jenis ktiviti manusia yang mempercepatkan kadar hakisan tanih antaranya seperti
aktiviti penyah utanan yang dilakukan untuk pelbagai tujuan melibatkan pemushaan hutan
secara besar-besaran kesanya kadar hakisan oleh percikan air hujan dan larian air permukaan
menjadi tinggi.

Ativiti pertanian dikawasan cerun cepatkan kadar hakisan cerun sebagai contohnya
pembajakan dan perakaan cerun. Amalan pertanian tanpa teras tanpa tanama tutup bumi dan
tanpa membina sistem berparitan akan memudahkan pergerakan larian ai permukaan secara
meluas untk menghakis permukaan cerun secara besar-besaran. Lapisan tanih yang subur
akan diangkut oleh larian air permukaan dimendapkan dikawasan tanah rendah. Kesannya
kesubura tanih semakin merosot dan menjadi tidak stabil.

Cerun-cerun bukit dikawasan tanah tinggi dipotong ditrah dan diratakan akan membawa
kepada peninkatan kadar hakisan, Cerun-cerun bukit berkenaan tidak lagi mempunyai
tumbuhan pelindung, stuktur tahihnya longgar, kaki cerun menjadi tidak stabil dan
menyebabkan hakisan galur berlaku serta larian air permukan bertindak untuk menghakis
mengankut dan menipiskan lapisan tanih di permukaan cerun

Aktiviti mengubah melurus dan memperdalamkan lurah serta alur-alur sungai akan
meningkatkan kadar hakisan sungai. Apabila dilurus maka halaju harus akan menambahkan
tenaga kinetik ungai tersebut menghakis tebing-tebing dan pelebaran tebing akan berlaku dan
seterusnya tebing-tebing sungai akan runtuh.

(c) Jelaskan langkah-langkah pengawalan hakisan. (10markah)

Langkah perundangan

Meliputi langkah penguatkusaan undang-undang pemantauan dan pelaksnaan hukuman


seperti denda, membatalkan lesan, penjara terhadap pihak melanggar peraturan pengunan
tanah pengunaan tanah.

Langkah pengurusan

Langkah agronomi – menanam tumbuh tumbuhan pelindung terhadap permukaan cerun


digoldolkan manusia. Menanam tanaman tutup bumi-bersifat sementara tujuan untuk
memuihara tanih dan mengawal hakisan. Melaksanaan keadah tanaman berteras- tujuanya
untuk memperlahankan pergerakan larian air permukaan. Membina sungupan-yang bersifat
sementara dan sungkupan dibuat dengan sisa-sisa tanaman atau sungkupan plastik.

Langkah pendidikan

Kempen kesedaraan dan pendidikan alam sekitar yang boleh dilaksanakan menerusi pelbagai
media elektronik dan projek kemasyarakatan.

Soalan 4

(a) Apakah dimaksudkan dengan pengangkutan sungai. ( 3markah)


Proses pemindahan yang membawa bahan-bahan yang ada di dalam alur sungai atau muatan
sungai akan dipindahkan dari hulu ke hilirnya serentak dengan aliran sungai tersebut.

(b) Nyatakan cara-cara pengangkutan sungai. (4markah)

Golekan, seratan, saltasi, ampaian dan larutan

(c) Jelaskan mekanisma pengangkutan sungai. (8markah)

Proses pengankutan memindahkan bahan-bahan sepertibatu tongkal, kerikil, pasir,


tanah,bahan-bahan ampaian seperti daun-daun pokok-pokok ataubahan kimia hasil buangan
manusia yang ada di dalam alir sungai atau muatan sungai dari hulu ke hilir serentak dengan
aliran. Proses dipengaruhi oleh tenaga kinetik arus sungai. Sungai memperolehi beban
daripada hakisan di bahagian tebing dan dasar alur sungai tetapi bahan-bahan yang diangkut
oleh air sungai yang daripada luluhawa cerun, hakisan larian air permukaan dan gerakkan
jisim yang berlaku di bahagian cerun atau sungai.

Mengangkut bahan-bahan loeh air sungai dengan melerusi dengan cara bolehkan saltasi,
ampaian dan larutan bergantung kepada jenis dan sifat bahan-bahan tersebut.Bagi beban
sedikit demi sedikit di dasar alur sungai. Bagi beban yang ringan yang mempunyai daya
apungan seperti daun yang diangkur dalam ampaian.Bahan-bahan yang bersifat kimia terlarut
akan dibawa oleh air sungai dalam bentuk larutan. Halaju arus sungai adalah sama seperti
halaju bahan larutan yang dibawa itu.

(d) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pengangkutan. (10markah)

Gradian (kecerunan)dasar alur sungai yang curam membolehkan air sungai mengalir dasar
dan meninggikan kadar hakisan iaitu hakisan lelasan dan lagaan yang berlaku dengan pesat
jika halaju arus sungai adalah tinggi.

Isi padu air sungai mempengaruhi keberkesanan proses larutan dan hidrolik kerana semakin
banyak air sungai semakin tinggi tenaga potensi dan kelarutan air sungai.

Kuantiti dan kualiti bahan yang dibawa oleh air sungai dengan keras-lembut batuan tebing
dan dasar alur sngai.Proses perlanggaran dan geselan mempengaruhinya bahan yang dibawa
bersifat keras berbanding dengan batuan tebing dan dasar alur sungai maka batuan tebing dan
dasar sungai mengalami pengausan melalui proses geselan
Geometri boleh dilihat daripada dua sudut iaitu alur yang lurus dan alur yang berliku. Bentuk
alur yang lurus mengalami kadar hakisan kerana taburan tenaga bagi geometri alur adalah
sama dan seimbang. Iaitu kiri atau kanan adalah mengalami hakisan pada kadar yang sama.

Ciri-ciri geologi dasar dan tebing alur dibentuk oleh geologi yang lembut seperti batu kapur
mudah mengalami hakisan melalui proses larutan mempunyai struktur , tekstur dan ikatan
mineral yang longgar.

Soalan 5

a) Nyatakan bentuk-bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai. (4markah)

Dataran banjir tetambak, tasik ladam dan liku terpenggal.

(b) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah pemendapan

Keberkesanan kegiatan geomorfologi , halaju air sungai, kecerunan dasar alur, kewujudan
halangan

(c) Huraikan faktor-fartor yang mempengaruhi proses pengamngkutan di dalam alur


sungai. (10markah).

Bentuk dan saiz beban kerana memerlukan jumlah tenaga yang berlainan untuk
diangkut.Bentuk beban tersebut apabila ia berada di dalam air ia larut terapung atau tertinggal
pepejat. Saiz beban merujuk kepada jisim dan ketumpatan yang mempengaruhi besar atau
kecil beban berkenaan.

Beban ampaian terdiri daripada kumin-kumin yang lebih halus dan ringan serta mempunyai
daya graviti yang rendah berbanding dengan air. Mempunyai ketumpatan yang rendah
berbanding dengan ketumpatan air sungai. Oleh itu, beban ini boleh terhapung di permukaan
air sungai seperti sampah sarap dan daun -daun kayu-kayu yang gugur di dalam air sungai.
Perbezaan halaju arus sungai menentukan cara jenis sungai diangkut. Halaju yang
diperlukan untuk mengangkut beban dasar secara golekkandan beban ampaian secara
apungan adalah lebih besar berbanding dengan laju yang diperlukan untuk mengangkut beban
pasir bersaiz sederhana secara saltasi.

Proses pengangkutan dipengaruhi oleh jenis aliran sungai yang terbahagi kepada dua jenis
iaitu aliran laminar yang merupakan aliran yang berlembut, berlapis-lapis mengalir di
bahagian alur yang lurus dan mempunyai halaju yang rendah. Aliran turbulens pula berbentuk
oleh aliran yang deras,berpusar yang wujud pada musim banjir atau hujan lebat dan berhalaju
tinggi berpusar mengangkut semua jenis beban.

Soalan 6

(a) Nyatakan faktor yang mempengaruhi pemendapan . (5markah)

Isi padu air, halaju air, bentuk alur , jenis batuan ,bahan muatan sungai dan halangan.

(b) Huraikan kesan aktiviti pembangunan ke atas pinggir pantai. (10markah)

Peningkatan kadar hakisan pinggir pantai

Kegiatan manusia membangunkan tanpa melaksanakan proses pemeliharaan dan


pemuliharaan yang sistematik menyebabkan keseimbangan proses geomorfologi tergugat.
Pantai semakin terhakis dan sempit.

Kepesatan pembangunan pelancongan. Mendedahkan zon pinggir pantai kepada agen-agen


geomorfologi secara berterusan.

Pemusnahan hutan bakau.Hutan bakau berfungsi sebagai zon penampan yang berkesan untuk
menahan segala bentu hakisan disebabkan oleh pergerakan air, ombak. Jika hutan bakau
dimusnahkan maka fungsi ini tidak dikembalikan.

Tahap kesimbangan zon pinggir pantai tergugat melalui aktiviti manusia seperti aktiviti
pergorekan pasir.ntuk mengimbangkan agen-agen seperti ombak akan bertindak menghakis
mengaut pasi dan mengankut pasir –pasir untuk metimbunkan kembali di bahagian muara
sungai. Akhirnya garis pantai akan terhakisdan semakin mengundur daratan.

(c) Jelaskan langkah-langkah mengatasi bagi megurangkan kadar hakisan di zon


pinggir pantai. (10 markah)
Pembangunan lestari satu idea pembangunan yang dilaksanakan bagi tujuan mengekalkan
keadaan asal sesuatu sumber dibawah sesebuah kawasan agar dapat nenikmati oleh genarasi
akan datang. Aktiviti pembangunana harus mengunakkan usaha pemuliharaan dan
pemeliharaan.

Langkah perundangan yang melibatkan pelaksanaan akta-akta seperti Akta Perhutanan


Negara 1984. Melalui undang-undang hutan bakau,tumbuhan hutan pantai

Kaedah kawalan Amalan pengurusan sumber yang cekap seperti menguruskan secara
sistem memilih ini akan menyebabkan tumbesaran

Menggunakan kaedah kawalan hakisan pantai iaitu kaedah penyuburan pantai dan kaedah
kawalan struktur.kaedah penyuburan pantai melibatkan usaha-usaha penanaman tumbuhan
seperti pokok-pokok rhu. Kaedah kawalan struktur melibatkan aspek kejuruteraan pantai
seperti pembinaan benteng seperti groin. Groin ialah strktur yang pendak dibuat daripada
konkrit atau atu yang dibina menganjur ke laut dalam keadaan sudut tepat dengan garis pantai
dan tujuan membinany ialah memerangkap enapan pasir yang dibawah oleh ombak dan arus
persisiran air

Langkah pengurusan yang seperti kempen kesedaran, program usaha sama, pendidikan alam
sekitar melalui media eletronik.

You might also like