P. 1
Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

|Views: 5,132|Likes:
Published by CikguNikMie
Hasil kerja Nantene, Punitha M & Thamaraikanni 6AA KHS 2010
Hasil kerja Nantene, Punitha M & Thamaraikanni 6AA KHS 2010

More info:

Published by: CikguNikMie on Jan 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/18/2015

pdf

text

original

Soalan (1)

a)Nyatakan jenis-jenis luluhawa (3markah)

Antara jenis-jenis luluhawa ialah luluhawa kimia, luluhawa fizikal, dan luluhawa biologikal.

b)Huraikan konsep luluhawa (5markah)

Satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlak secara in-situ
akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa seperti air hujan,perubahan suhu, tindakan ibun,
mikro organisma keatas batuan sehingga batuan tersebut mengalami pemecahan kepada saiz
yang lebih kecil atau terurai menjadi bahan batu seperti larutan,tanih regolit dan sebagainya.

Soalan (2)

a) Berikan definasi luluhawa kimia (5markah)

Proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindak balas
dengan air, asid, ion dan larutan-larutan sehingga mineral batuan tersebut bertukar dari
peringat primer kepada peringat sekunder.

b) Jelaskan proses-proses luluhawa kimia atau luluhawa dalaman (10markah)

Proses larutan(Solution)

Akibat tindakan air hujan atau air larian yang bertidak sebagai pelarut. Air berupaya
melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsium dan kalsium karbonat menjadi
hasil larutan. Kuantiti hasil larutan bergantung kepada kuantiti air yang ada dan kadar
kelarutan setiap mineral yang membentuk batu. Contotnya kalsium dan natrium.

Proses pengarbonan

Tindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan karbonat batu (kapur). Hujan yang
turun akan bersepadu dengan karbon dioksida di udara membentuk asid karbonik. Pesamaaan
tindak balas kimia ialah:

H2O + CO2 = H2CO3

Air Karbon dioksida Asid karbonik

Asid karbonik berupaya menguraikan batuan apabila ia bertindak balas dengan kalsium
karbonat (batu kapur) menghasilkan larutan kalsium bikarbonat.

Persamaan tindak balas kimianya ialah:

H2O3 + CaCO3 = Ca(HCO3)2

Asid karbonik kalsium karbonat Kalsium Bikarbonat

Oleh sebab itu batu kapur mudah mengalami luluhawa.

Proses penghidaratan

Penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut mengalami
tegasan dan pengembangan. Contohnya besi oksida menyerap air menjadi besi hidroksida.
Buktinya hematit merah telah menukar kepada limonit kuning dengan proses penghidratan

2FEO2 + 3O2 = 2FE2O2 3H2O

Hematit merah Oksigen Limonit kuning

Proses Pengksidaan (Oxidation)

Proses tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan yang menyebabkan
mineral tersebut teroksida

4FE 3O2 = 2FEO3

Ferum + Oksigen Ferum oksida

Proses Chelasi

Proses pembendungan satu ion antara agen-agen chelasi yang dikeluarkan oleh tumbuhan
dengan ion mineral dalam batuan seperti ion ferum. Pembendungan ini menyebabkan batuan
mengembang. Agen-agen chelasi boleh dikeluarkan oleh tumbuhan yang hidup di permukaan
batuan seperti lumut dan kulampair. Semasa menyerap makanan dan zat galian menerusi akar
higroskopinya tumbuhan tersebut akan mengeluarkan sejenis asid yang dikenali sebagai asid
chelasi. Asid ini berupaya bertindak balas dengan ion mineral tersebut mengalami penguraian.

Huraikan lima bentuk muka bumi yang terhasil akibat proses luluhawa kimia di
kawasan tropika lembab
(10 markah).

Topografi

Rupa muka-rupa muka yang terdapat di kawasan karst ialah termasuk batu
kapur,stalaktit,stalagmit, tiang kalsit, sungai bawah tanah, lubang layang-layang dolina, uvalia
dan juga porje. Kewujudan ini menunjukkan keberkesanan poses larutan dan pengarbonan
dalam luluhawa dalaman. Kedua-dua tindak balas tersebut merurakan proses asas yang boleh
membentuk, mengukir, dan memperkembangkan rupa muka di kawasan karst. Pandangan ini
banyak terdapat di kepulauan Papua New Guinea, Kepulauan Indonesia, sekitar Pulau
Lngkawi.

Grike dan Clint

Terhasil akibat luluhawa dalaman di kawasan batu kapur.Batu kapur mempunyai banyak
rekahan. Air hujan akan meresap ke dalam batu kapur. Air hujan ini akan melarutkan kalsium
karbonat di sepanjang dinding rekahan tadi. Proses larutan yang berterusan akan
memperdalam dan memperlebarkan rekahan-rekahan berkenaan membentuk jurang dan lurah
yang dikenali sebagai grike manakala bongkah-bongkah yana dikelilingi oleh grike tadi
dinamai klint.

Tors dan Inselberg

Luluhawa kimia bertindak mereput dan menguraikan struktur batuan bukit yang kemudian
dihakis dan diangut oleh hakisan air meningalkan sisa-sisa yang keras, tahan serta tertonjol di
permukaan bumi.Manakala inselberg pula merupakan tonjolan- tonjolan batuan dari dalam

bumi setelah muka umi di sekitarnya diluluhawa, dihakis- angut dan direndahkan.
Kebanyakan proses yang bertindak merendahkan muka bumi sekitar sehingga tertonjolnya
batuan ialah proses hidrolisis, larutan dan juga hidrasi. Inselberg banyak terdapat di Afrika
Selatan, Ghana dan Nigeria.

Regolit seperti Tanah laterit dan Tanah liat

Tanah liat dan tanah laterit di tropika lembah mempunyai lapisan yang tebal yang
menunjukkan batuan mengalami pereputan dan penguraian sepenuhnya. Pembentukkan tanah
liat berkait rapat dengan proses hidrolisis terhadap batuan feldsfar iaitu;

Orthoclase felsfar + Asid Karbonik + Air =

Kalium Karbonat + kaolin [Tanah Liat] +Kuartza [Pasir]

Tanah laterit pula berkait rapat dengan proses pengoksidaan. Kepentingan proses
pengoksidaan dalam kejadian tanah laterit boleh dilihat pada longokkan seskuioksida besi
yang terdapat pada lapisan A tanah laterit ini. Warna keperangan pada seskuioksida besi
membuktikan sebatian ini telah mengalami proses pengoksidaan yang begitu hebat.Pada
sesetengah tempat longokkan seskuiosida besi mencapai ketebalan 10 meter yang
menyebabkan sebahagian besar tanah laterit berwarna keperangan.

Soalan 3

a) Senaraikan proses-proses luluhawa kimia. (6markah)

I.Larutan
II.Penkarbonan
III.Hidrolisis
IV.Hidrasi
V.Pengoksidaan
VI.Celasi

b) Jelaskan faktor – faktor mempengaruhi luluhawa (10 markah)

Faktor iklim

Dua anasir iklim yang mempengaruhinya ialah hujan dan suhu. Luluhawa amat bergantung
kepada air sebagai agen pereput batuan. Proses luluhawa seperti larutan, hidrasi, pengarbonan
dan hidrolisis bergantung kepada air sama ada dalam bentuk larutan, asid lemah atau ionik
sebagai agen-agen pengurai ikatan mineral batuan.

Kawasan tropika mendapat air yang banyak daripada air hujan, air sungai, air panah, dan wap-
wap air yang disumbangan oleh tumbuhan. Keadaan ini telah menjamin proses pembasahan
batuan secara berterusan dan membolehkan luluhawa berlaku dengan aktif tanpa tergendala.
Ini boleh dibuktikan lalui penebalan pofil regolit luluhawa yang terhasil mengikut zon iklim
yang berlainan.

Faktor suhu

Kawasan tropika lembab mempunyai purata suhu tahunan yang tinggi sepanjang tahun iaitu
antara 27-32 darjah celsius dan beza antara suhu harian yang kecil yang membolehkan operasi
kimia berlaku dengan kesan.

Faktor biotik

Dua elemen yang mempengaruhi ialah sifat tumbuhan dan mikro oraganisma.

Bekalan organik daripada reputan tumbuhan. Bekalan organik tersebut akan membekalkan
asid humik dan asid fulvik.

Asid ini merupakan agen pereput dan peluluh mineral yang berkesan apabila terkena batu.
Bekalan tersebut megeluarkan larutan –larutan tanah, koloid dan mineral seperti silika
mereput dan melarut dan mempercepatkan tindak balas kimia. Iaitu dengan larutan tersebut
bertemu dengan mineral batu.

Mikro oraganisma seperti bakteria mempercepatkan pembentukan humus dengan cara
mencampurkan sarap organik.

Faktor geologi

Ciri –ciri geologi yang mempengaruhi keberkesanan luluhawa di kawasan tropika lembab
dengan kestabilan mineral, struktur, dan tekstur, jenis batuan, rekahan serta sifat-sifat
porositinya.Jenis batuan yang lembutan seperti batu kapur mudah mengalami luluhawa .

Kepadatan rekahan berkeadaan menegak akan mengalami perluluhawan kerana
membenarkan asid, air dan larutan-larutan tanah menebusinya.

Faktor relief, aspek, dan masa.

Relief merujuk kepada keadaan cerun. Keadaan cerun yang landai dan bertanah pamah
mudah mengalami luluhawa. Ini kerana kawasan ini mengalakan kadar susupan dan simpanan
air tanah berbanding dengan kawasan cerun curam yang mengalakkan hakisan larian air
permukaan.

Soalan (4)

a) Apakah dimaksudkan dengan luluhawa fizikal. (4markah)

Proses pnyerpayaian atau pemecahan batuan.Akibat tindakbalas unsur-unsur iklim maka
batuan akan dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil tanpa menukarkan sifat-sifat kimia.

b) Huraikan proses-proses luluhawa fizikal. (8markah)

Luluhawa fizikal berlaku apabila tindakbalas unsur-unsur iklim maka batuan akan dipecahkan
kepada saiz yang lebih kecil tanpa menukarkan sifat-sifat kimia. Saiz batuan sahaja berubah.
Kehadiran ’daya tegasan yang secukupnya menyebabkan berlakunya pemecehan batuan.

Daya tegasan ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan diatas satu unit keluasan seperti
dinding-dinding rekahan sehingga dinding-dinding tersebut mengalami ketegangan dan
akhirnya penyapaian berlaku keatas rekahan batuan berkenaan. Proses-proses luluhawa
berlaku menerusi dengan pengembangan dan pengecutan akibat perubahan suhu yang ekstrem
pembasahan dan pengeringan batuan, tindakan ibun atau fros penghabluran garam dan
perlepasan tekanan. Pengembangan akan dialami oleh batuan sekiranya terdapat julat suhu
harian yang besar di kawasan seperti gurun panas.

c) Terangan bentuk-bentuk pemecahan batu dalam proses luluhawa fizikal. (8markah)

Penyepaian bongkah

Berlaku pada batuan yang bersendi atau mempunyai rekahhan bersegi empat. Pengembangan
dan pengecutan berlaku disepanjang sendi tersebut dan pentepaian terjadi mengikut sendi
berkenaan sehingga menjadi bongkah-bongkah segi empat.

Penyepaian berbutih

Berlaku pada batuan yang mempunyai mineral didalamnya. Contohnya batuan granit yang
mengandungi mineral kuartza. Mineral yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan
lebih cepat tersingkir daripada jisim asal kepada seripihan batu.

Pengelupasan

Berlaku kepada struktur batuan yang berlapis –lapis. Kadar pengembangan dan pengecutan
mengalami adalah berbeza. Pada waktu siang,lapisan luar lebih cepat panas dan
mengembang ;sebalikya pada waktu malam lapisan luar cepat sejuk dan mengembang.Tetapi
lapisan dalamnya pada waktu alam tetap panas; keadaan ini membawa kepada pengelupusan
iaitu berlaku secara berlapis-lapis. Pemecahan ini menghasilkan kulit-kulit kelupasan dan
serpihan batu.

Soalan (5)

a) Nyatakan proses-proses gerakan jisim.(4markah)

Aliran lambat, aliran cepat, geluncuran, runtuhan

b) Apakah proses-proses yang terdapat dalam aliran lambat.(4markah)

Kesotan tanah-tanih kesotan talus, kesotan batuan, kesotan batu glasier, gelangsaran

c) Huraikan aliran lambat. (7markah)

Melibatkan pergerakan regolit dan tanah-tanih secara prlahan-lahan menuruni cerun dan juga
dikenali sebagai kesotan.tidak lihat dalam mata kasar tetapi boleh mengenali dengan kesan-
kasan yang wujud di atas permukaan cerun seperti tiang elektrik, tiang telefon.Pergerakan
regolit ini berlaku di atas permukaan cerun yang landai dan melibatkan kedalaman dari
beberapa sentimeter kebeberapa meter ke bawah muka cerun. Proses ini mengambil jangka
masa yang perlahan.Terdapat beberapa faktor mempengaruhi proses aliran lambat iaitu,cerun
yang landai, tidak terlalu curam,dan muka cerun tersebut tidak dilitupi oleh tumbuban yang
tebal yang digondolkan oleh manusia. Faktor cerun mempengarui peranan tarikan graviti dan
cengkaman regolit dengan permukaan cerun.Selain itu, faktor hujan menambahkan berat jisim

di atas cerun apabila ruang-ruang udaranya dipenuhi air. Keadaan ini memyebabkan cerun
menjadi tidak stabil dan menambahkan kelicinan permukaan untuk memudahkan pergerakkan
regolit ke bawah cerun.

(d) Jelaskan lima langka untuk mengawal gerakkan jisim.(10markah)

Langkah perundangan

Menubuhkan unit cerun negara bagi melakasanakan kerja-kerja rondaan dan pemantauan
yang berterusan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi \ bercerun
curam.Mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang melanggar peraturan EIA.
Mewartakan kawasan cerun bukit yang tidak boleh diusih untuk pembangunan dan dikekalkan
dalam keadaan semula jadi.

Langkah pengurusan

Menanam pokok-pokok perlindung yang kekal diatas permukaan cerun bukit agar proses
kestabilan cerun secara semula jadi terpelihara.Membina benteng serta tembok penahan di
kaki cerun yang tidak stabil dan berisiko untuk runtuh. Menggunakan sungkupan plastik di
atas permukaan cerun yang tidak stabil yang bersifat sementara. Memperbaiki sistem saliran
dan laluan air di permukaan cerun dengan menyediakan sistem perparitan, longkang , sistem
pembentungan air buangan di permukaan cerun. Memotong cerun mengikut spesifikasi yang
ditetapkan seperti tidak melebihi 45 darjah.

Langkah pendidikan

Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada semua lapisan
masyarakat.Peranan media cetak dan elektronik untuk menganjurkan kursus-kursus seminar.

Soalan 6

a) Nyatakan proses-proses aliran cepat dalam gerakkan.( 3markah)

Aliran tanah ,aliran lumpur, puin saji runtuh.

b) Jelaskan proses aliran cepat. (7 markah)

Melibatkan pergerakkan regolit, tanih ,dan lumpur pada kadar lebih cepat dan di atas cerun
yang lebih curam berbanding dengan aliran lambat. Jisim regolit memerlukan banyak air atau
berada dalam keadaan yang lembab untuk pergerakkan hujan memainkan peranan sebagai
agen penggangkut regolit seperti tanah lumpur. Cerun-curam menyebabkan regolit seperti
tanah dan lumpur bergerak cepat. Kegiatan manusia seperti pembalakan akan menyebabkan
berlakunya proses aliran cepat. Proses ini menyebabkan berlaku banjir dan tanah runtuh.

c) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses aliran cepat. (4markah)

Kecerunan

Cerun yang lebih curam menyebabkan berlakunya aliran tanah. Regolitnya mudah bergerak
di cerun yang lebih curam dengan tidak terhad dalam alurnya.

Tindakan manusia

Aktiviti manusia seperti pembalakkan meninggalkan kayu,dahan dan sampah sarap akan
terkumpul membentuk empangan sementara menakung air dengan cepat dan akhirnya, pecah
apabila takat tepunya diatasi oleh curahan yang lebat.

d) Jelaskan langkah-langkah kestrukutaran untuk mengawal gerakkan jisim.

(10markah)

Menanam pokok-pokok perlindung yang kekal diatas permukaan cerun bukit agar proses
kestabilan cerun secara semula jadi terpelihara.Tumbuhan seperti, rumput dan pokok buluh
boleh ditanah.

Membina benteng serta tembok penahan di kaki cerun yangtidak stabil dan berisiko untuk
runtuh. Kaki cerun yang dipotong ditarah mengelahkan runtuh.

Menggunakan sungkupan plastik di atas permukaan cerun yang tidak stabil.Ia bersifat
bersementara.

Memperbaiki sistem saliran dan laluan air dipermukaan cerun. Ia menyediakan sistem
perparitan,longkang,sistem pembentungan air buangan di permukaan cerun. Boleh dibuat
secara berteres dari bahagian cerun atas hingga ke bawah demi mengelahkan limpahan air
permukaan dan ketepuan tanih.

Memotong cerun mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti tidak melebihi 45’dan
membina teres-teres di permukaan cerun bukit agar halaju larian air permukaan boleh
diperlahankan.

Soalan 7

a) Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa biologi (markah)

Merujuk kepada tindakan tumbuhan,haiwan,mikroorganisma dan manusia sama ada secara
fizikal atau kimia yang dapat memecah dan menguraikan batuan.

b) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa. (4markah)

Hujan, suhu, kelembapan udara, geologi, biotik, relief, dan manusia

c) Terangkan proses luluhawa biologi . (10markah).

Tindakan tumbuhan.

Akar-akar pokok kursusnya sistem akar tunjang boleh menjalar ke dalam tanah dan memasuki
rekaan batuan. Apabila akar membesar di dalam rekaan maka menekan dinding rekaan,
melebar dan memecahkannya. Rekaan yang dimasuki oleh akar tumbuhan mempercepatkan
kemasukkan air untuk luluhawa kimia beroperasi jauh ke dalam tanah.

Tindakan organisma.

Tindakan haiwan yang menggali lubang seperti tikus turut melemahkan struktuk kebatuan
untuk bertindak.Microorganisma seperti lumut yang terdapat di permukaan batu akan
mengeluarkan asid organik semasa menyerap zat-zat kalian dari dalam batu. Tindak balas asid
organik seperti asid chelasi dengan mineral batuan akan mempercepatkan penguraian batuan.

Tindakan manusia.

Aktiviti manusia mempercepatkan kadar luluhawa batuan dengan menerusi aktiviti
penyahutanan, pembinaan jalan raya dan perlombongan akan mendedahkan batuan di dalam
kepada agen-agen luluhawa kursusnya sinaran matahari dan air hujan. Oleh itu, batuan mudah
dipecah dan dihuraikan. Aktiviti pertanian dan perindustrian pula membebaskan bahan-bahan
kimia seperti bajak,racun serangga.

Soalan 8

a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi gerakkan jisim. (5markah)

Kecerunan, jenis batuan hujan litupan tumbuh-tumbuhan, gegaran, tindakan manusia dan
haiwan

b) Apakah memaksudkan dengan gelencuran. (4markah)

Melibatkan pergerakkan tanah-tanih regolit dan bongkak batuan secara besar-besar di cerun-
cerun yang curam dan hampir tegak. Proses ini berlaku lebih cepat dan secara tiba-tiba
berbanding dengan proses dalaman aliran cepat

c) Jelaskan tentang proses gelencuran. (10markah)

Robohan ialah sejenis gelencuran yang melibatkan bongkak batuan di suatu cerun-curam yang
berbentuk cengkung seperti cerun-cerun gunung.Berlaku apabila lapisan batuan yang lebih
berat terletak di atas lapisan-lapisan batuan yang lebih lembut.Beban batuan berat di atasnya
menyebabkan lapisan batuan keras dan berat di atas turut bergerak menuruni cerun.

Gelencuran puin melibatkan pergerakkan serpihan batuan di suatu cerun-curam.Pergerakkan
ini mengangkut regolit yang kurang padat dan lebih kering.

Gelencuran batuan lebih aktif berlaku di lapisan batuan tersusun secara menyerong dengan
kecerunan kira-kira 20 darjah.

Faktor yang mempengaruhi ialah keadaan cerun yang sangat curam dan hampir tegak yang
menghasilkan perbezaan antara tenaga graviti dan kinetik dengan daya cengkaman yang lebih
besar sesuai dengan memerlukan gerakkan. Terdapat banyak bahan-bahan tanih yang
menyerap air daya ikatan yang lemah serta permukaan yang licin.

d) Jelaskan langkah langkah perundangan untuk mengawal gerakkan jisim.(6markah)

Menubuhkan unit cerun negara bagi melaksanakan kerja-kerja rondaan dan pemantawan yang
berterusan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan tanah.

Mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang melanggar peraturan EIA . Tindakan
makama seperti atau kompaun. Mewartakan kawasan cerun bukit yang tidak boleh diusik

untuk pembangunan dan dikekalkan dalam keadaan semula jadi. Misalnya melalui akta hutan
simpan 1984.

Soalan 9

a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar gerakkan jisim. (4markah)

Jenis bahan,kecerunan cerun,kandungan air sebagai pelincir dan litupan tumbuhan. Manusia

b) Huraikan bagimanakah fenomena pergerakan jisim dipercepatkan oleh aktiviti
manusia. (11 markah)

Aktiviti pemotongan penerasan dan peratan cerun bukit untuk dibina petempatan dan jaringan
pengangkutan.

Aktiviti penimbusan tanah lembab seperti paya untuk dijadikan pelbagai jenis tapak bina,ini
menggalakkan tanah rendah.

Aktiviti penyahutanan seperti pembalakkan yang menyebabkan bukit tergondol dan muka
bumi hilang perlindungan.

Aktiviti penggorekkan dan penebukkan,pembinaan jalan raya dan perlombongan.

c) Huraikan langkah-langkah untuk megurangkan tanah runtuh di kawasan cerun
lebuh raya di Malaysia. (10markah)

Membina benteng serta tembok penahan di kaki cerun lebuh raya.Kaki cerun yang dipotong
dan ditarah perlu distabilkan dan diperkuatkan.

Menanam pokok sepanjang permukaan cerun berhampiran lebuh raya untuk menstabilkan
cerun supaya tidak runtuh. Menggunakan sungkupan plastik di atas permukaan cerun untuk
menstabilkan cerun untuk sementara daripada runtuh.

Memotong cerun mengikut spesifikasi yang diteapkan iaitu,tidak melebihi 45 darjah dan
membina teres-teres di permukaan cerun bukit.

Mengadakan kempen kesedaran tentang runtuhan tanah sepanjang lebuh raya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->